2. PLASMA
Ciri-ciri
• Cecair yang merangkumi 55% daripada keseluruhan darah
• berwarna kuning
• Bersifat sedikit alkali
Fungsi
• Mengangkut bahan sisa seperti urea, asid amino, lemak
asid, garam mineral dan karbon dioksida terlarut.
• Mengangkut bahan organik seperti hasil pencernaan dan
vitamin.
• Mengangkut enzim, hormon dan antibodi.
• Mengangkut oksigen terlarut dan sel-sel darah lain.
3. SEL DARAH MERAH (Eritrosit)
Ciri-ciri
• Kaya dengan hemoglobin
• Berwarna merah, berbentuk dwicekung, dan tiada
nukleus
• Jangka hayat 120 hari
• Dihasilkan di sumsum tulang
Fungsi
• Mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan
• Mengangkut karbon dioksida dari seluruh badan ke
paru-paru
4. SEL DARAH PUTIH (Lukosit)
Ciri-ciri
• Tiada warna, tiada bentuk tetap da nada nucleus
• Jangka hayat 2 hingga 4 hari
• Dihasilkan di sumsum tulang dan limpa
• Sesetengah sel darah putih mempunyai granul
dan sitoplasma
Fungsi
• Mempertahankan badan daripada penyakit
• Mengekalkan sistem imunisasi badan
5. PLATLET (Trombosit)
Ciri-ciri
• Tiada warna, kecil, berbentuk cakera dan tiada
nukleus
• Jangka hayat 4 hari
• Dihasilkan di sumsum tulang
Fungsi
• Membantu pembekuan darah
6. Kumpulan Darah
• Darah manusia adalah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih
dan platlet. Kumpulan darah manusia pula dikelaskan kepada empat kumpulan
yang berbeza. Keempat-empat kumpulan tersebut adalah A, B, AB dan O yang juga
dikelaskan mengikut Sistem ABO.
7. • Sebenarnya selain daripada Sistem ABO ini, terdapat hampir 32 jenis sistem lain
yang digunapakai bagi mengklasifikasikan kumpulan darah. Namun yang paling
popular adalah yang menggunakan Sistem ABO yang diasaskan oleh Karl
Landsteiner pada tahun 1901.
• Jenis kumpulan darah adalah terwaris dan disumbangkan oleh kedua ibu bapa.
Mengikut budaya Jepun, mereka percaya bahawa jenis kumpulan darah ini boleh
mempengaruhi personaliti, watak dan kesesuaian seseorang dengan individu lain.
8. Kumpulan Darah Penderma dan
Penerima
• Apabila terdapat perkara yang memerlukan pemindahan darah, kita perlu
memastikan kumpulan darah penderma dan penerima adalah sama atau
serasi. Perkara ini disistemkan dengan lebih jelas melalui Sistem ABO yang
dibangunkan oleh Karl Landsteiner pada tahun 1901. Jika darah yang
digunakan adalah tidak sama dan serasi, darah tersebut akan menggumpal.
Hal ini akan membunuh penerima darah tersebut.
9. • Berikut adalah jadual yang boleh digunakan bagi menentukan sama ada darah
penderma tadi adalah sesuai atau tidak dengan darah penerima.
• Jika penderma adalah berdarah kumpulan A, maka penerima boleh terdiri daripada
kumpulan darah A dan juga AB.
• Jika penderma adalah berdarah kumpulan B, maka penerima boleh terdiri daripada
kumpulan B dan juga AB.
• Jika penderma adalah berdarah kumpulan AB, maka penerima boleh terdiri daripada
kumpulan darah AB sahaja.
• Jika penderma adalah berdarah kumpulan O, maka penerima boleh terdiri daripada
kumpulan A, B, AB dan O.
10. Penderma Universal
o Kumpulan darah O boleh menderma kepada SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya
boleh menerima daripada kumpulan darah O sahaja.
o Oleh itu kumpulan darah O juga dikenali sebagai Penderma Universal kerana boleh
mendermakan darahnya kepada semua kumpulan.
Penerima Universal
o Manakala kumpulan darah AB pula boleh menerima daripada SEMUA
kumpulan darah, tetapi hanya boleh menderma kepada kumpulan AB
sahaja.
o Oleh itu kumpulan darah AB juga dikenali sebagai Penerima Universal
kerana boleh menerima darahnya daripada semua kumpulan.
11. Kepentingan Menderma Darah
• Manusia mungkin kehilangan banyak darah akibat pendarahan yang berlebihan.
Pendarahan yang berlebihan ini mungkin berpunca daripada kecederaan ataupun
penyakit. Jadi, darah tersebut perlulah digantikan melalui pemindahan darah. Apabila
perkara ini berlaku, maka beberapa perkara perlu diambil kira seperti kesesuaian darah
penderma dengan darah penerima.
Syarat bagi penderma darah:
antara kumpulan umur 18-60 tahun.
berat badan 45 kg atau lebih.
haemoglobin adalah 12.5 gm% minimum.
derma darah terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini.
sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.
telah makan dan mendapat tidur yang mencukupi.
• Walaubagaimanapun, ada beberapa faedah yang berkaitan dengan kepentingan
menderma darah.
12. Kepentingan Menderma Darah
• Antara faedah menderma darah ialah:
A. Boleh menyelamatkan nyawa seseorang
Bagi orang-orang yang berisiko tinggi kehilangan darah seperti akibat kemalangan dan
juga ibu yang melahirkan anak, darah yang didermakan adalah sangat penting. Dalam
keadaan kecemasan seperti itu, mereka sangat memerlukan darah yang banyak dalam
kadar yang segera. Sudah tentu pada saat kecemasan itu, jika tiada bekalan darah
yang didermakan, proses ini akan menyulitkan lagi keadaan pesakit.
13. Kepentingan Menderma Darah
B. Boleh membantu seseorang dengan penyakit yang berkaitan dengan darah.
• Derma darah juga penting dalam membantu pesakit yang menghidap penyakit
yang berkaitan dengan darah. Antara penyakit yang berkaitan dengan darah adalah
hemofilia, anemia dan talasemia yang berkaitan dengn sel darah merah. Manakala
penyakit kegagalan sumsum tulang dan leukimia pula adalah penyakit yang
berkaitan dengan platlet.
• Mereka ini sangat memerlukan darah bagi menjalani kehidupan biasa seperti kita.
Tanpa bekalan darah yang berterusan, maka perkara ini boleh mengundang maut
kepada pesakit. Justeru itu, darah yang diderma adalah sangat penting.
14. Kepentingan Menderma Darah
• Kepentingan kepada penderma sendiri:
Membantu mengurangkan risiko kanser.
Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru.
Membantu melawan hemochromitosis Hemochromitosis sejenis gangguan
genetik.
Membakar kalori.
Warga emas rasa lebih bertenaga.
15. Langkah 1(kaunseling)
• Penderma diberi kaunseling percuma oleh pihak klinik.
Penderma akan diperiksa sama ada layak atau pun tidak untuk
mendermakan darah. Rekod derma darah juga akan disemak
bagi memastikan kali terakhir penderma mendermakan darah
adalah sekurang-kurangnya 90 hari yang lalu.
16. Langkah 2(Derma)
• Penderma akn mendermakan darah. Darah yang didermakan
adalah lebih kurang 400 cm3. Darah diambil melalui vena
pada lengan. Darah kemudiannya disimpan dalam beg darah
yang berisi natrium sitrat. Tujuannya adalah bagi menghalang
pembekuan darah. Masa yang diambil bagi menyalurkan satu
beg darah adalah kira-kira 5-10 minit.
17. Langkah 3(Ujian Darah)
• Penderma akn mendermakan darah. Darah yang didermakan
adalah lebih kurang 400 cm3. Darah diambil melalui vena
pada lengan. Darah kemudiannya disimpan dalam beg darah
yang berisi natrium sitrat. Tujuannya adalah bagi menghalang
pembekuan darah. Masa yang diambil bagi menyalurkan satu
beg darah adalah kira-kira 5-10 minit.
18. Langkah 4( Saringan Darah)
• Saringan darah dilakukan bagi sebarang tanda penyakit
seperti Hepatitis B dan C, AIDS dan penaykit pemindahan
darah yang lain. Kehadiran virus seperti virus imunodefesiensi
manusia (HIV) dan bahan yang tidak dikehendaki juga akan
dikenalpasti. Beg darah yang dicemari akan disingkirkan.
19. Langkah 5( simpan)
• Setelah dipastikan darah adalah benar-benar bersih dan sihat,
maka darah akan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 C
selama 5 - 10 hari ataupun lebih lama setelah ditambahkan
dengan glukosa. Secara spesifiknya komponen darah boleh
disimpan seperti berikut:
Sel darah merah - dalam peti sejuk selama 42 hari
Platlet - pada suhu bilik selama 5 hari
Plasma - dibekukan selama 1 tahun
20. Langkah 6( proses pemindahan)
• Langkah terakhir adalah pesakit menerima darah yang
diderma. Tetapi sebelum itu, bagi memastikan tahap
kebersihan dan kesihatan, maka darah tersebut diuji lagi
sekali. Kemudiannya proses pemindahan darah ini diteruskan
pada kadar dan suhu yang betul juga adalah melalui vena
pada lengan.