1. APA ITU DROPSHIP?
Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk
atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada
pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya
memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu
menyimpan stok dan menanggung modal.
Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana
peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan
sendiri.
BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI?
Dropship berfungsi sangat mudah:
2. 1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers
atau laman web.
2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web
anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan
keterangan Dropshippers.
3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan,
anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian
akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan
berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!
Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli
dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut.
Dropshipper akan melakukan semua ini untuk anda!
Keuntungan utama adalah untuk anda.Anda boleh menggunakan
dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit
keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda
gunakan.
Jika anda hanya mempunyai cadangan beberapa jam per minggu, anda
masih boleh menikmati manfaat dari dropshipping untuk memenuhi
keperluan kewangan anda, kerana anda HANYA memerlukan beberapa
jam seminggu dan tidak perlu memperuntukkan masa yang panjang.
Anda kemudian akan mampu mendedikasikan waktu anda untuk
membina perniagaan anda mengikut kemahuan anda sendiri. Dan
3. setelah anda merasa selesa dan yakin, anda mungkin memutuskan
untuk menambah jajaran produk lain untuk perniagaan anda!
Salah satu tarikan dropship adalah anda tidak perlu memikirkan untuk
membeli stok dan menyimpan stok. Anda hanya membayar
kepada dropshipper untuk pesanan pelanggan, setelah pelanggan anda
membayar kepada anda, dan Dropshipper akan menguruskan segala –
galanya sehingga memastikannya sempurna.
APA YANG DITAWARKAN OLEH DROPSHIP?
Dropship menawarkan keuntungan sebagai berikut:
1) Anda tidak perlu stok mengambil atau menyimpan stok sebagai
persediaan sama sekali. Apabila anda menerima pesanan anda hanya
perlu menempah dengan Dropshipper dan Dropshipper akan
menghantar terus kepada pelanggan anda. Dropshipper akan
melakukan semua pembungkusan dan penghantaran untuk anda.
2) Rangka masa untuk tempahan sampai adalah 1- 3 hari waktu
bekerja.
3) Anda akan dapat menambah produk Dropshipper ke laman web /
blog/ facebook anda. Dropshipper akan beri LINK untuk mengimport
semua produk Dropshipper sekali gus. Jadi anda tidak perlu copy dan
paste satu persatu gambar di laman web yang pasti memenatkan dan
memakan masa.
4) Penghantaran Dropshipper adalah dalam MALAYSIA dan juga Luar
Negara.
4. Dropship berfungsi sangat mudah:
1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers
atau laman web.
2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web
anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan
keterangan Dropshippers.
3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan,
anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian
akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan
berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!
Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli
dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut.
Dropshipper akan melakukan SEMUA ini untuk anda!
Keuntungan utama adalah untuk anda. Anda boleh menggunakan
dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit
keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda
gunakan.
Contoh :
Katakan anda jual baju blouse. Anda jual pada harga RM44 + RM6(pos)
= RM50 ( pembeli bayar kpd anda) . Anda hanya perlu bayar kepada
Dropshipper RM34 ( harga dropship) + RM6(pos) = RM40. Jadi anda
akan dapat untung atau komisen sebanyak RM10. Itu baru sehelai.
Bayangkan jika anda hanya buat jualan 30 helai sebulan. Setahun sudah
berapa keuntungan anda tanpa anda perlu mengeluarkan modal
puluhan dan ratusan ribu ringgit untuk membeli dan menyimpan stok.
5. Selain menjual secara runcit sehelai – sehelai anda juga diberi hak
untuk menjual secara borong. Katakan anda menjual blouse RM25
secara borong sebanyak 20 helai iaitu mark-up RM2 sehelai maka
dengan mudah anda mendapat komisen atau keuntungan sebanyak
RM40. Anda dengan mudah membuat keuntungan tanpa modal
membeli, tanpa perlu menyimpan stok dan tanpa perlu menghantar
stok. Menarik bukan?
Muslim Niaga Platform Dropship No 1 Malaysia
6. Salah satu platform dropship Malaysia yang popular ialah Muslim
Niaga. Jika anda menyertai Muslim Niaga, Ini flow bisnes dropship
anda.
Langkah 1: Anda promosikan kedai online anda.
Langkah 2: Pembeli membeli produk di kedai online anda.
Langkah 3: Pembeli membayar kepada anda mengikut Harga Jualan.
Langkah 4: Anda membayar Harga Kos kepada Pembekal. Anda simpan
keuntungan.
Langkah 5: Pembekal menghantar produk kepada Pembeli.
Untuk maklumat lanjut mengenari Dropship Muslim Niaga anda boleh
layari - http://mindafahmi.com/2014/02/muslim-niaga.html