More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
13 tips memilih supplier dropship
1. Kepentingan Memilih Supplier Dropship Yang Baik
Sekadar perkongsian untuk anda yang mungkin ingin memulakan
bisnes online sebagai dropshipper atau juga reseller . Jika anda
dropshipper dan reseller yang sudah berpengalaman merasa punya
ingin menambah info / tips selain yang dijelaskan berikut yang
berdasarkan dari hasil pengalaman anda , saya amat mengalu-alukan.
Penting bagi usahawan online yang ingin memulakan kerjaya sebagai
dropshipper atau reseller untuk memilih pembekal yang dipercayai ,
jujur , dan bertanggung jawab .
Mengapa memilih supplier ini adalah hal yang penting?
Sebagai bisnesman , reputasi adalah perkara yang sangat penting ,
kerana dengan adanya reputasi yang baik , maka customer akan
mempercayai kita sebagai penjual yang jujur dan dipercayai . Dari sini
juga prestasi supplier yang anda pilih itu boleh mempengaruhi reputasi
onlineshop anda. Dengan memilih supplier yang dipercayai , anda boleh
tenang menjalankan bisnes tanpa perlu bimbang akan masalah dan
risiko penipuan .
Cara Memilih Supplier Dropship
Ada beberapa cara untuk memilih supplier yang dipercayai :
2. 1) Selidiki kesahihan alamat website / fanpage , dan nombor
telephone supplier tersebut untuk mengelakkan penipuan .
Perhatikan respon dari pengunjung atau customer mereka di
website / fanpage tersebut .
2) Tanyakan syarat - syarat nya untuk menjadi droppshiper atau
reseller , kerana masing - masing supplier mempunyai perbezaan
system.
3) Supplier yang berpengalaman dan open untuk dropship dan
reseller akan berusaha memberikan yang terbaik untuk kepuasan
customer dropshipnya, dan mereka biasanya mempunyai system
management yang sudah tersistem dengan rapi untuk
pengendalian dropshipper atau reseller , mereka tidak akan
memakai konsep yang cincai dan menggunakan system yang tidak
jelas.
4) Pelajari sistem yang digunakan , untuk pembelian unit , berpuluhpuluh dan borong, kerana biasanya terdapat beberapa sistem cara
pembelian dan harga khusus.
5) Kaji atau study service mereka , seberapa cepat mereka respon
terhadap soalan yang anda ajukan. Kerana ini berkaitan dengan
customer anda . Kerana jika mereka terlalu lama menjawab maka
anda akan berisiko dirugikan dan kehilangan pelanggan.
6) Cermati bagaimana product knowledge supplier tersebut untuk
memberikan maklumat dan training instant kepada anda
3. terhadap produk yang mereka jual . Seorang supplier harus sangat
arif tentang produknya dari mana produk / brand itu berasal , dan
apa kelebihannya
7) Jika supplier tersebut menawarkan product branded yang di claim
asli , iaitu brand popular dari luar negeri , cari info sebanyak
banyaknya dengan benar tentang brand tersebut dari negara
asalnya ( packing asal , detail produk , jenis produknya , kualitinya
, harga display di website - website negara asal , juga anggaran
total harga jika di import ke malaysia ) .
8) Jangan sampai anda menjual produk palsu yang di claim asli ,
kerana banyak orang memanfaatkan populariti brand demi
mengaut keuntungan sebesar - besarnya dengan menjual produk
yang kononnya asli / original , padahal copy ori sahaja . Semuanya
berpunca kerana kejahilan dan malas mencari maklumat .
9) Ingatlah bahawa zaman sudah canggih , customer pun sudah
sangat pandai mencari maklumat produk mancanegara dengan
cepat , tidak ada alasan sebagai penjual mengatakan tidak tahu
apa2 tentang produk tersebut dan menyalahkan supplier . Sekali
saja anda menjual produk palsu yang di claim asli , hal tersebut
boleh merosakkan kepercayaan customer yang akhirnya memberi
kesan buruk terhadap imej onlineshop anda , customer tidak
kenal supplier anda , mereka hanya tahu anda sebagai penjual
produk tersebut .
4. 10)
Tanyakan perjanjian di awal dengan jelas tentang pulangan
barang jika barang yang dihantar ada kesalahan dari pihak
supplier ( contoh : salah penghantaran order , barang reject , dll ) .
Bagaimana prosedur nya , bagaimana dengan kos kirimnya
apakah ada pergantian kos kirim untuk customer jika customer
sudah menghantar produk yang bermasalah tersebut ke supplier
dan bagaimana bayaran pos pergantian produk baru dari supplier
ke customer ? Adakah pampasan lain yang diberikan oleh supplier
kerana kelalaiannya tersebut , kerana hal tersebut mengganggu
keselesaan customer dan cukup membuang masa customer.
11)
Tanyakan dengan jelas di awal tentang pengendalian
kemungkinan yang berlaku jika pihak pos penghantaran
melakukan kesalahan dengan menghilangkan pakej kiriman ,
bagaimana respon dari supplier menangani kes seperti itu .
12)
Amati cara mereka memberikan maklumat update stock
barang - barang yang out stock , restock , limited stock yag harus
di booking dalam tempoh tertentu jika droppshipper atau reseller
ada yang berminat , info produk baru , info promo , dsbnya . Hal
ini memudahkan anda dalam menawarkan produk ke customer
lebih cepat responnya dan meminimakan kesalahan penyampaian
maklumat ke customer . Jangan sampai anda sudah penuh
semangat menawarkan produk dan memberi perkhidmatan yang
terbaik lalu customer anda sudah melakukan pembayaran ke anda
5. dengan super cepat tetapi ternyata produk yang diingini sudah
tidak ada stock . Jualan terbatal , customer kecewa , dan tenaga
juga masa anda terbuang sia - sia .
13)
Langkah terakhir , tidak ada salahnya jika anda cuba
membeli produk tersebut untuk diri sendiri , test dropship ke
alamat anda sendiri dan survey hal - hal berikut :
i)
Bagaimana system laporan resit pengirimannya ? ?
Resit penghantaran diperlukan untuk memaklumkan kepada customer
bahawa produk yang ditempah sudah dihantar . Sangat tidak mungkin
anda dapat bekerjasama dengan supplier yang tidak bertanggungjawab
dalam urusan resit , bahkan penghantaran pun tidak tepat waktu,
berbelit - belit dalam beralasan dan akhirnya penghantaran jadi
tergendala dari masa yang dijanjikan , bahkan lupa menghantar
pesanan anda . Info resit adalah kewajiban supplier dan hak
dropshipper / reseller juga customer . Jangan sampai juga anda sebagai
dropshipper dan reseller kena marah dan cacian customer dituduh
penipu , dsbnya hanya kerana tidak boleh memberikan maklumat resit
yang benar , dan barang telah sampai dari anggaran jadual sampai
maximal . Hal tersebut boleh membuat reputasi onlineshop anda rosak
ii)
Bagaimana packaging penghantaran?
Kita semua tahu bahawa perkhidmatan penghantaran kadangkala
sampai dengan baik da nada kalanya mengalami sedikit kerosakan.
Oleh kerana itu , harus ada sikap membalut,membungkus packaging
dengan baik supa perkara yang tidak diingini seperti kerosakan dapat
6. dielakkan. Supplier mesti menghandle packaging dengan teliti , kerana
tanggung jawab penghantaran berada di tangan supplier.
iii)
Cek semula , adakah penghantaran tersebut menggunakan
nama anda atau supplier?
Hal ini sangat penting bagi dropshipper untuk memberikan identiti
onlineshop anda sebagai penghantar barang walau bukan anda yang
membungkus dan bukan anda yang menguruskan urusan pos.
iv)
Adakah anda dapat barang seperti yang ditempah?
Risiko jualan online bahawa kita tidak tahu keadaan asal produk yang
ditempah , semua hanya berdasarkan foto yang diberikan supplier .
Tidak ada salahnya memeriksa produk asli yang diterima dan pesanan
yang diminta. Dan bandingkan dengan gambar yang diberikan sama ada
sama ? Kalau masalah warna boleh jadi ada sedikit perbezaan 90-99 %
kerana kesan cahaya pada shooting gambar , tapi kalau dari sisi bentuk
dan spesifikasi produk yang dijanjikan semuanya harus sesuai dengan
gambar .
7. Mulakan Bisnes Dropship Dengan Muslim Niaga.
Seandainya anda ingin memulakan bisnes dropship, saya
mencadangkan anda bermula dengan platform yang disediakan oleh
Muslim Niaga. Mereka sudah menyediakan website dan supplier yang
baik. Bahkan mereka akan memberi bimbingan yang konsisten kepada
ahli-ahli mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Dropship Muslim Niaga, anda boleh
layari laman web ini : http://mindafahmi.com/2014/02/muslimniaga.html