SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 7
SASTERA DAN BUDAYA
              KESANTUNAN BERBAHASA :
 SEMAKIN KURANG DIPRAKTIKKAN KETIKA BERKOMUNIKASI

ABSTRAK

Setakat ini, kesantunan berbahasa merupakan fenomena yang menarik untuk dikaji dari
berbagai perspektif. Kesantunan berbahasa yang merupakan salah satu aspek komponen
sosiolinguistik dan sosiobudaya dalam pendidikan bahasa. Kesantunan bahasa ialah
tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa sering kali dapat
dilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi. Namun pada masa kini,
kesantunan bahasa semakin kurang dipraktikkan ketika berkomunikasi. Oleh itu kertas
kerja ini akan turut membahaskan tentang bahasa yang tidak baik didengar atau kurang
sopan di dengar oleh telinga (bahasa yang tidak berbahasa) ketika sedang berkomunikasi.

PENDAHULUAN

Masihkah kesantunan bahasa itu dipraktikkan ketika berkomunikasi pada zaman
globalisasi ini? Apa yang dapat kita sendiri lihat adalah semakin banyak penggunaan
kata-kata yang kurang sopan, yakni penggunaan bahasa yang tidak berbahasa ketika
berkomunikasi, serta tidak lagi menggunakan sapaan yang bersesuaian ketika
berkomunikasi.

Oleh itu kertas kerja ini akan membincangkan tentang kurangnya aspek kesantunan
berbahasa ketika berkomunikasi, di mana semakin kurang tatabahasa atau tatacara
berbahasa dalam interaksi antara individu. Sebelum membincangkan aspek tersebut,
terlebih dahulu akan diterangkan tentang kesantunan berbahasa.

Turut dibincangkan di sini ialah siapakah golongan yang tidak atau kurang dalam
menggunakan kesantunan bahasa ketika sedang berkomunikasi dan juga tempat atau
situasinya berlaku hal yang demikian. Apabila sudah dibincangkan tentang siapa dan
tempat atau waktunya, maka akan turut dikemukakan faktor-faktor penyebab mereka
berbahasa yang kurang sopan dan penyebab yang menunjukkan individu tidak
mempunyai kesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Sebelum menyimpulkan
perbincangan ini akan diterangkan juga saranan atau cara kesantunan berbahasa ketika
berkomunikasi.

KESANTUNAN

BERBAHASA

Bahasa sebenarnya wujud kerana kata, tiada kata tiadalah bahasa. Perhubungan untuk
menyampaikan dan menerima gagasan antara seorang dengan seorang dan seterusnya
antara seluruh anggota masyarakat dengan anggota masyarakat yang lainnya di seluruh
jagat ini adalah melalui bahasa (Keris Mas, 1988:31). Bahasa bukan setakat alat untuk



                                                                                        1
menyampaikan maklumat (fakta) semata-mata, tetapi turut berperanan dalam
menyampaikan perasaan prejudis penggunanya.

Dalam bahasa yang kita gunakan, kata Ludwig Wittgenstein, ahli falsafah bahasa dari
Austria, tersirat suatu orientasi hidup yang bukan saja merangkumi konsep yang menjadi
pegangan kita mengenai sekitar, melainkan juga perasaan, nilai, fikiran, kebudayaan,
hingga tahayul. Bahasa amat penting kerana ia yang menentukan hubungan dan
pergaulan dalam segala segi di masyarakat .

Dengan bahasalah kita dapat menyembunyikan dan mengungkap fikiran, dengan bahasa
pula kita mencipta dan mengakhiri sesuatu konflik. Kerana bahasa juga, kita
menyerahkan cinta dan dengannya pula kita mengumumkan perang. Singkatnya, bahasa
adalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia kita. Maka dengan bahasa yang kita
gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita,
sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada ia
sesuatu hal yang baik mahupun sebaliknya.

Yang kurik itu kundi,

yang merah itu saga,

yang baik itu budi,

yang indah itu bahasa.

Pantun di atas menggambarkan bahawa pentingnya penggunaan bahasa bagi
menggambarkan budi seseorang. Penggunaan bahasa yang betul oleh si pemakainya
menggambarkan si pemakai mempunyai budi pekerti yang tinggi. Kesantunan bahasa
adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan bersopan. Selain itu
penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain.

Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa, di mana ia
merujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh
sopan, tidak biadab atau kurang ajar. Kesantunan bahasa merangkumi aspek-aspek seperti
pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak laku
dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi.

Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara individu yang
berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma-norma
budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa sesuatu
masyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut.
Bahasa yang baik menunjukkan budaya yang sihat sesuatu masyarakat dan sebaliknya.

Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa Melayu sering
dikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang diperlihatkan melalui
pertuturan kita. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah dengan penggunaan


                                                                                        2
penanda-penanda sopan, iaitu beradab sebanyak mungkin kepada si pendengar. Semakin
banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah tingkat
kesantunan si penutur. Ia sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orang-
orang Melayu yang dianggap pemalu, lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang
lain.

Walau bagaimanapun, kesantunan berbahasa dalam sesebuah bahasa atau masyarakat itu
bersifat khusus. Apa yang dianggap sebagai sopan dalam sesuatu bahasa atau masyarakat
itu mungkin dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain. Ini adalah kerana
bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan yang sama kepada sesuatu
aspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal kesopanan.

KURANGNYA ASPEK KESANTUNAN

BERBAHASA

a. Dang, ka mari ko … ambil ni nombor ah.

b. Bah duduk tah dulu.

Ayat di atas sebagai contoh ujaran yang diucapkan oleh individu ketika sedang
berinteraksi dengan pelanggan atau tetamu yang hadir ingin meminta perkhidmatan di
jabatan atau syarikat mereka. Ayat (a) tersebut sudah dapat kita tafsirkan betapa kasarnya
bahasa mereka yang mengujarkan ayat ini, begitu juga ayat (b). Cara yang lebih sopan
ialah dengan mengujarkan atau mengucapkan ayat tersebut dengan:

c. Dayang, silakan ambil nombor terlebih dahulu.

d. Boleh abiskita tunggu sekajap, silakan duduk.

Ayat (c) dan ayat (d) di atas lebih menunjukkan tutur kata yang mesra dan bersopan.
Begitu susahkah kita menggunakan kesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Seperti
yang kita tahu dengan berkomunikasi secara lemah lembut dan ramah mesra serta
penggunaan tatacara bahasa yang sesuai, maka kita tidak akan dibenci oleh mereka atau
individu dengan kita berkomunikasi.

Selain contoh ayat (a) dan ayat (b) yang menggambarkan tiadanya atau kurangnya aspek
kesantunan berbahasa, kita perhatikan pula ungkapan di bawah ini.

e. Pak cik Sulaiman, awak dah makan?

f. Cikgu, kamu dah lama sampai?

Apa pula permasalahan dengan kedua-dua ayat di atas? Dalam bahasa Melayu, kedua-dua
ayat di atas sememangnya betul dari segi tatabahasanya. Tetapi yang salah ialah




                                                                                         3
pemilihan perkataan yang tidak mengikut tatasusila masyarakat orang Melayu. Ayat-ayat
tersebut tidak mempunyai kesantunan berbahasa.

Selain aspek kesalahan pemilihan kata yang bersesuaian atau pemilihan kata yang lebih
bertatasusila, terdapat juga aspek lain iaitu mencarut atau menyumpah (swearing) juga
turut mempunyai kesan negatif terhadap kesantunan berbahasa. Mencarut atau
menyumpah ialah bentuk dan penggunaan bahasa yang dianggap kasar, keji dan lucah
oleh sesebuah masyarakat. Antara kata-kata yang sering digunakan ketika mencarut atau
menyumpah ialah kata-kata 'kotor' yang dikaitkan dengan seks dan najis, misalnya shit
dalam masyarakat Inggeris, dan juga menggunakan kata-kata yang merujuk kepada
haiwan yang disalahgunakan semasa memanggil atau merujuk kepada seseorang,
misalnya babi, anjing, beruk dan sebagainya.

Kurangnya aspek kesantunan berbahasa juga disebabkan oleh nada atau intonasi yang
keras, kasar dan nada suara yang meninggi mungkin membangkitkan rasa kemarahan
bagi yang mendengar. Begitu juga bahasa kasar dan penggunaan gaya bahasa yang
kurang sesuai juga antara kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Penggunaan bahasa
yang kasar menjejaskan imej diri penutur dan boleh membangkitkan kemarahan
pendengar, oleh itu hal ini hendaklah dielakkan. Begitu juga gaya bahasa yang
berunsurkan bahasa ejekan, bahasa herdik atau bahasa sindiran akan membuat berbekas
dalam hati penerima dan dia akan memendam dendam.

SIAPA DAN DI MANA

ATAU BILA

(SITUASI)?

Akhir-akhir ini semakin banyak orang yang mempunyai bahasa tetapi tidak berbahasa
yakni tiada kesantunan bahasa, baik orang tua, baik muda, baik orang bawahan mahupun
atasan. Hal ini berlaku di tempat-tempat kerja seperti di ladang, di kilang, di firma swasta
dan di pejabat-pejabat awam dan juga turut berlaku di rumah, di tempat membeli-belah
dan sekolah.

Masalah kurangnya aspek kesantunan berbahasa ini sering terjadi pada pihak-pihak yang
berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan (costumer services). Tiada lagi
kesantunan berbahasa ketika tetamu atau pelanggan yang hadir meminta bantuan atau
minta perkhidmatan pada para anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kaunter-
kaunter barisan hadapan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam
penguatkuasaan seperti polis dan imigresen. Bahkan cara pertuturan mereka pula amat
atau sedikit kasar serta tiada senyuman yang terukir di wajah mereka.

Manakala mereka yang menggunakan kata carutan atau sumpahan boleh berlaku pada
dua tahap iaitu secara sedar atau sengaja semasa bercakap untuk tujuan tertentu seperti
ingin menyakiti hati atau menghina atau menghina sesuatu pihak, menjadi agresif serta
perlihatkan sikap tertentu terhadap pihak yang dicemuhkan itu. Tahap yang kedua ialah


                                                                                           4
secara tidak sedar atau tidak sengaja yang mengakibatkan pengucapan kata 'kotor' secara
spontan, di tahap ini berlaku semasa seseorang itu menghadapi tekanan emosi seperti
dipermalukan secara tiba-tiba di khalayak, atau sewaktu melatah dalam kalangan
masyarakat Melayu.

FAKTOR-FAKTOR

Setelah membincangkan tentang siapa, di mana dan bila (situasinya), maka dapatlah kita
mengambil sedikit kesimpulan tentang punca atau faktor-faktor penyebab kurangnya
kesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Di sini terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan terhasilnya bahasa yang tiada kesantunannya, iaitu disebabkan oleh
gangguan emosi, kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu dan
kebudayaan masyarakat Melayu dan juga diujarkan atau dituturkan secara disengajakan
atau sekadar bergurau senda.

Kurangnya aspek kesantunan berbahasa dalam suatu situasi kemungkinan disebabkan
oleh gangguan emosi, mungkin sedang marah atau sedang ada masalah yang menimpa si
penutur maka terkeluarlah kata-kata yang tidak sopan atau kata yang agak kasar nadanya.
Hal ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan
perasaan marah atau kekusutan fikiran, dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan
kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut.

Selain itu kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa atau tatasusila bahasa Melayu
dan kurang pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga boleh
menjadi faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Hal ini terjadi pada mereka yang
bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu atau mereka tidak di didik dalam masyarakat
Melayu. Tetapi terdapat juga penutur adalah orang Melayu tetapi tetap juga kurang
pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu misalnya mereka tidak bersekolah.

Walau bagaimanapun, penilaian tentang kesantunan berbahasa sebenarnya ditentukan
secara mutlak oleh pihak yang mendengar atau yang diajak bercakap. Di mana sering kali
terjadi apabila pihak yang mendengar atau diajak bercakap menganggap dan menuduh
pihak yang bercakap itu berlaku kurang sopan terhadapnya, misalnya si penutur sengaja
menuturkan sesuatu yang menyinggung perasaan si pendengar, padahal si penutur tidak
pernah berniat untuk berbuat demikian.

SARANAN BAGI CARA

KESANTUNAN

BERBAHASA

Terdapat beberapa cara menunjukkan cara kesantunan berbahasa, di antaranya ialah cara
sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak
dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Terdapat juga pelbagai situasi yang
berbeza yang menuntut kita, yakni penutur bahasa untuk menggunakan bahasa yang


                                                                                          5
menepati situasi dan kehendak sosial. Maka kita harus menggunakan bahasa yang
bersesuaian, nada atau intonasi yang tepat serta gaya bahasa yang sesuai dengan situasi
dan sekeliling.

Hal yang perlu juga selain kebolehan menghasilkan dan menginterpretasi ayat-ayat dalam
bahasa Melayu dengan tepat (ayat yang betul dari segi nahu bahasa Melayu) ialah
berkebolehan menggunakan bahasa Melayu yang sesuai (yang mematuhi adat dan resam
berbahasa Melayu) mengikut pelbagai situasi sosial atau budaya yang sudah tentu harus
mematuhi prinsip dan laras kesantunan berbahasa Melayu.

Oleh itu, para anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan
hadapan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan seperti polis
dan imigresen akan memberikan perkhidmatan dengan penuh beradab melalui tutur kata
yang mesra, bersopan dan sentiasa ingin membantu. Senyuman yang diberikan haruslah
ikhlas dan anggaplah ianya sebagai hadiah atau sedekah. Ini adalah cara tidak langsung
dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam serta
menaikkan imej perkhidmatan.

Maka berucap salamlah ketika bertemu. Mulakan dengan sikap ramah dan terbuka.
Rasulullah Sallalahu Wasallam bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah
menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara." Kepentingan kesantunan
berbahasa bukan sahaja untuk keluarga, tetapi juga untuk guru, rakan sekerja dan para
pelanggan yang memerlukan khidmat kita.

KESIMPULAN

Sebagi kesimpulan dari perbincangan di atas tadi, maka kita harus mempertahankan
penggunaan aspek kesantunan bahasa ketika kita berkomunikasi. Kesantunan berbahasa
ketika kita berinteraksi akan membuat hidup kita lebih aman dan tenteram kerana tiada
satu pun individu yang akan sakit hati pada kita yang mempunyai kesantunan bahasa
ketika berinteraksi antara satu dengan yang lain.

Oleh sebab itulah penggunaan kesantuanan bahasa itu perlu ketika berkomunikasi kerana
kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan
bersopan, selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Seperti
yang kita tahu bahawa masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi pekerti
dan kesantunan bahasa yang mulia. Oleh itu, kita harus mempertahankannya. Kalau
boleh, marilah kita sama-sama menjadikan bahasa itu benar-benar jiwa bangsa!

RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang, 2003. Bahasa Melayu
Komunikasi. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Keris Mas, 1988. Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.


                                                                                          6
Jalil A. Rahman. 'Bahasa Yang Tidak Berbahasa' dlm. Pelita Bahasa, Jilid 3, Bil 8, Ogos
1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Riris K Toha-Sarumpaet. Merebut Makna, Belajar Bahasa Kehidupan, diambil dari
website: http://www2.kompas.com/kompascetak/0305/05/opini/292386. htm

S. Nathesan. 'Kesopanan dan Kesusilaan Bahasa MAS'. dlm Pelita Bahasa, Jilid 5, Bil.
12, Disember 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.




                                                                                          7

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Clatan yongchee
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Oliver Louise
 
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahanPermasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahanfikri_muh
 
Variasi bahasa, bahasa isyarat
Variasi bahasa, bahasa isyaratVariasi bahasa, bahasa isyarat
Variasi bahasa, bahasa isyaratWatak Bulat
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Mok Ming yan
 
Bahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasanBahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasanHasriza Mat Jusoh
 
Bahasa dalam Komunikasi
Bahasa dalam KomunikasiBahasa dalam Komunikasi
Bahasa dalam KomunikasiSyahremie Teja
 
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasaTutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasaMok Ming yan
 
Pragmantik STPM
Pragmantik STPMPragmantik STPM
Pragmantik STPMyenchuxx
 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Jargon, Slang, Kata Percakapan, dan Bahasa Prokem
Jargon, Slang, Kata Percakapan, dan Bahasa ProkemJargon, Slang, Kata Percakapan, dan Bahasa Prokem
Jargon, Slang, Kata Percakapan, dan Bahasa ProkemJenny Givany
 
Sindy zulfa m
Sindy zulfa mSindy zulfa m
Sindy zulfa mtaufiq99
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasaFara Piruz
 
Powerpoint ragam bahasa indonesia
Powerpoint ragam bahasa indonesiaPowerpoint ragam bahasa indonesia
Powerpoint ragam bahasa indonesiaWaQhyoe Arryee
 

Mais procurados (20)

P strategi kesantunan
P strategi kesantunanP strategi kesantunan
P strategi kesantunan
 
Ragam bahasa ilmiah
Ragam bahasa ilmiahRagam bahasa ilmiah
Ragam bahasa ilmiah
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
 
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahanPermasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
 
Variasi bahasa, bahasa isyarat
Variasi bahasa, bahasa isyaratVariasi bahasa, bahasa isyarat
Variasi bahasa, bahasa isyarat
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
 
Bahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasanBahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasan
 
Bahasa dalam Komunikasi
Bahasa dalam KomunikasiBahasa dalam Komunikasi
Bahasa dalam Komunikasi
 
Kesantunan bahasa
Kesantunan bahasaKesantunan bahasa
Kesantunan bahasa
 
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasaTutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
 
Pragmantik STPM
Pragmantik STPMPragmantik STPM
Pragmantik STPM
 
Kesantunanbahasa
KesantunanbahasaKesantunanbahasa
Kesantunanbahasa
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3
 
Jargon, Slang, Kata Percakapan, dan Bahasa Prokem
Jargon, Slang, Kata Percakapan, dan Bahasa ProkemJargon, Slang, Kata Percakapan, dan Bahasa Prokem
Jargon, Slang, Kata Percakapan, dan Bahasa Prokem
 
Sindy zulfa m
Sindy zulfa mSindy zulfa m
Sindy zulfa m
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Powerpoint ragam bahasa indonesia
Powerpoint ragam bahasa indonesiaPowerpoint ragam bahasa indonesia
Powerpoint ragam bahasa indonesia
 

Destaque

Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikanRancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikanMohd Syafiq A. Ghani
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuMuhammad Aizat
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utamaMARTIN JANTAI
 
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1Cristianav
 
Periferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJA
Periferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJAPeriferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJA
Periferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJAHayyu_Ikhsan_R
 
Tqm cost of quality
Tqm   cost of qualityTqm   cost of quality
Tqm cost of qualityHazel Manalo
 
Jennifer and ellyce’s dedication
Jennifer and ellyce’s dedicationJennifer and ellyce’s dedication
Jennifer and ellyce’s dedicationmumOFtwo
 
Art against nazism
Art against nazismArt against nazism
Art against nazism4lykeiotrip
 
Generic prescribing akmccc
Generic prescribing  akmcccGeneric prescribing  akmccc
Generic prescribing akmcccOrgonic Baba
 
Qualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and Sounds
Qualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and SoundsQualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and Sounds
Qualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and SoundsBrian Izenson
 
CLIR Fellows - Science Data - 14_0730
CLIR Fellows - Science Data - 14_0730CLIR Fellows - Science Data - 14_0730
CLIR Fellows - Science Data - 14_0730jeffreylancaster
 
Gm5 ei 2006-le-gall-rapport
Gm5 ei 2006-le-gall-rapportGm5 ei 2006-le-gall-rapport
Gm5 ei 2006-le-gall-rapport2233445566778899
 
Small business interview
Small business interviewSmall business interview
Small business interviewalhealy63
 

Destaque (20)

Laras bahasa sastera
Laras bahasa sastera Laras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikanRancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama
 
Prog
ProgProg
Prog
 
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1
 
Periferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJA
Periferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJAPeriferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJA
Periferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJA
 
propuesta
propuesta propuesta
propuesta
 
Tqm cost of quality
Tqm   cost of qualityTqm   cost of quality
Tqm cost of quality
 
Jennifer and ellyce’s dedication
Jennifer and ellyce’s dedicationJennifer and ellyce’s dedication
Jennifer and ellyce’s dedication
 
Art against nazism
Art against nazismArt against nazism
Art against nazism
 
Horario
HorarioHorario
Horario
 
Generic prescribing akmccc
Generic prescribing  akmcccGeneric prescribing  akmccc
Generic prescribing akmccc
 
Qualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and Sounds
Qualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and SoundsQualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and Sounds
Qualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and Sounds
 
The First 10 Steps to Extreme Self Care
The First 10 Steps to Extreme Self CareThe First 10 Steps to Extreme Self Care
The First 10 Steps to Extreme Self Care
 
CLIR Fellows - Science Data - 14_0730
CLIR Fellows - Science Data - 14_0730CLIR Fellows - Science Data - 14_0730
CLIR Fellows - Science Data - 14_0730
 
Gm5 ei 2006-le-gall-rapport
Gm5 ei 2006-le-gall-rapportGm5 ei 2006-le-gall-rapport
Gm5 ei 2006-le-gall-rapport
 
Small business interview
Small business interviewSmall business interview
Small business interview
 

Semelhante a Kesantunan Bahasa

Mlcs final-9-38
Mlcs final-9-38Mlcs final-9-38
Mlcs final-9-38bab11
 
KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...
KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...
KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...rachelianto
 
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahanPermasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahanberbagikarya
 
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.ppt
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.pptWawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.ppt
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.pptonelmumtaz
 
Bahasa Indonesia.pptx
Bahasa Indonesia.pptxBahasa Indonesia.pptx
Bahasa Indonesia.pptxFikaOmolu1
 
Bahasa Indonesia.pptx
Bahasa Indonesia.pptxBahasa Indonesia.pptx
Bahasa Indonesia.pptxFikaOmolu1
 
Presentasi karya tulis
Presentasi karya tulisPresentasi karya tulis
Presentasi karya tulisDiba Mahanti
 
Bahasa indonesia sebagai media komunikasi baru (2)
Bahasa indonesia sebagai media komunikasi baru (2)Bahasa indonesia sebagai media komunikasi baru (2)
Bahasa indonesia sebagai media komunikasi baru (2)roviantoelieser
 
Etika dan Prosedur Berbicara
Etika dan Prosedur Berbicara Etika dan Prosedur Berbicara
Etika dan Prosedur Berbicara anggunangl
 
Fungsi Bahasa dan Tata Bahasa
Fungsi Bahasa  dan Tata BahasaFungsi Bahasa  dan Tata Bahasa
Fungsi Bahasa dan Tata Bahasapjj_kemenkes
 
Fungsi bahasa ragam bahasa dan bahasa yang baik dan benar
Fungsi bahasa ragam bahasa dan bahasa yang baik dan benarFungsi bahasa ragam bahasa dan bahasa yang baik dan benar
Fungsi bahasa ragam bahasa dan bahasa yang baik dan benarAMAR MAHARDIKA
 
52462393 makalah-bahasa-gaul
52462393 makalah-bahasa-gaul52462393 makalah-bahasa-gaul
52462393 makalah-bahasa-gaulKatarina Yuliana
 
Kata dan-diksi
Kata dan-diksiKata dan-diksi
Kata dan-diksiIjank Gaul
 
Makalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asing
Makalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asingMakalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asing
Makalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asingSantos Tos
 

Semelhante a Kesantunan Bahasa (20)

Mlcs final-9-38
Mlcs final-9-38Mlcs final-9-38
Mlcs final-9-38
 
KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...
KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...
KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...
 
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahanPermasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
 
Ragam Bahasa Indonesia
Ragam Bahasa IndonesiaRagam Bahasa Indonesia
Ragam Bahasa Indonesia
 
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.ppt
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.pptWawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.ppt
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.ppt
 
Bahasa Indonesia.pptx
Bahasa Indonesia.pptxBahasa Indonesia.pptx
Bahasa Indonesia.pptx
 
Bahasa Indonesia.pptx
Bahasa Indonesia.pptxBahasa Indonesia.pptx
Bahasa Indonesia.pptx
 
Ragam_Bahasa.pptx
Ragam_Bahasa.pptxRagam_Bahasa.pptx
Ragam_Bahasa.pptx
 
Presentasi karya tulis
Presentasi karya tulisPresentasi karya tulis
Presentasi karya tulis
 
Bahasa indonesia sebagai media komunikasi baru (2)
Bahasa indonesia sebagai media komunikasi baru (2)Bahasa indonesia sebagai media komunikasi baru (2)
Bahasa indonesia sebagai media komunikasi baru (2)
 
Etika dan Prosedur Berbicara
Etika dan Prosedur Berbicara Etika dan Prosedur Berbicara
Etika dan Prosedur Berbicara
 
Fungsi Bahasa dan Tata Bahasa
Fungsi Bahasa  dan Tata BahasaFungsi Bahasa  dan Tata Bahasa
Fungsi Bahasa dan Tata Bahasa
 
Fungsi bahasa ragam bahasa dan bahasa yang baik dan benar
Fungsi bahasa ragam bahasa dan bahasa yang baik dan benarFungsi bahasa ragam bahasa dan bahasa yang baik dan benar
Fungsi bahasa ragam bahasa dan bahasa yang baik dan benar
 
52462393 makalah-bahasa-gaul
52462393 makalah-bahasa-gaul52462393 makalah-bahasa-gaul
52462393 makalah-bahasa-gaul
 
Murni bm
Murni bmMurni bm
Murni bm
 
Murni bm
Murni bmMurni bm
Murni bm
 
Kata dan-diksi
Kata dan-diksiKata dan-diksi
Kata dan-diksi
 
Makalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asing
Makalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asingMakalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asing
Makalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asing
 
Teks 1 hakikat bahasa
Teks  1 hakikat bahasaTeks  1 hakikat bahasa
Teks 1 hakikat bahasa
 
kata-dan-diksi.ppt
kata-dan-diksi.pptkata-dan-diksi.ppt
kata-dan-diksi.ppt
 

Mais de Momee Rain

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014Momee Rain
 
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiKajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiMomee Rain
 
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinKajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinMomee Rain
 
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangKajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangMomee Rain
 
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungKajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungMomee Rain
 
Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenMomee Rain
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamMomee Rain
 
Pembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaPembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaMomee Rain
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraMomee Rain
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuMomee Rain
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUMomee Rain
 
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHMomee Rain
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16Momee Rain
 

Mais de Momee Rain (15)

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
 
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiKajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
 
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinKajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
 
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangKajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
 
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungKajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
 
Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis Cerpen
 
Puisi adalah
Puisi adalahPuisi adalah
Puisi adalah
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus Gurindam
 
Pembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaPembentangan Multimedia
Pembentangan Multimedia
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan Sastera
 
Bahasa Kita
Bahasa KitaBahasa Kita
Bahasa Kita
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
 
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
 

Kesantunan Bahasa

  • 1. SASTERA DAN BUDAYA KESANTUNAN BERBAHASA : SEMAKIN KURANG DIPRAKTIKKAN KETIKA BERKOMUNIKASI ABSTRAK Setakat ini, kesantunan berbahasa merupakan fenomena yang menarik untuk dikaji dari berbagai perspektif. Kesantunan berbahasa yang merupakan salah satu aspek komponen sosiolinguistik dan sosiobudaya dalam pendidikan bahasa. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi. Namun pada masa kini, kesantunan bahasa semakin kurang dipraktikkan ketika berkomunikasi. Oleh itu kertas kerja ini akan turut membahaskan tentang bahasa yang tidak baik didengar atau kurang sopan di dengar oleh telinga (bahasa yang tidak berbahasa) ketika sedang berkomunikasi. PENDAHULUAN Masihkah kesantunan bahasa itu dipraktikkan ketika berkomunikasi pada zaman globalisasi ini? Apa yang dapat kita sendiri lihat adalah semakin banyak penggunaan kata-kata yang kurang sopan, yakni penggunaan bahasa yang tidak berbahasa ketika berkomunikasi, serta tidak lagi menggunakan sapaan yang bersesuaian ketika berkomunikasi. Oleh itu kertas kerja ini akan membincangkan tentang kurangnya aspek kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi, di mana semakin kurang tatabahasa atau tatacara berbahasa dalam interaksi antara individu. Sebelum membincangkan aspek tersebut, terlebih dahulu akan diterangkan tentang kesantunan berbahasa. Turut dibincangkan di sini ialah siapakah golongan yang tidak atau kurang dalam menggunakan kesantunan bahasa ketika sedang berkomunikasi dan juga tempat atau situasinya berlaku hal yang demikian. Apabila sudah dibincangkan tentang siapa dan tempat atau waktunya, maka akan turut dikemukakan faktor-faktor penyebab mereka berbahasa yang kurang sopan dan penyebab yang menunjukkan individu tidak mempunyai kesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Sebelum menyimpulkan perbincangan ini akan diterangkan juga saranan atau cara kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi. KESANTUNAN BERBAHASA Bahasa sebenarnya wujud kerana kata, tiada kata tiadalah bahasa. Perhubungan untuk menyampaikan dan menerima gagasan antara seorang dengan seorang dan seterusnya antara seluruh anggota masyarakat dengan anggota masyarakat yang lainnya di seluruh jagat ini adalah melalui bahasa (Keris Mas, 1988:31). Bahasa bukan setakat alat untuk 1
  • 2. menyampaikan maklumat (fakta) semata-mata, tetapi turut berperanan dalam menyampaikan perasaan prejudis penggunanya. Dalam bahasa yang kita gunakan, kata Ludwig Wittgenstein, ahli falsafah bahasa dari Austria, tersirat suatu orientasi hidup yang bukan saja merangkumi konsep yang menjadi pegangan kita mengenai sekitar, melainkan juga perasaan, nilai, fikiran, kebudayaan, hingga tahayul. Bahasa amat penting kerana ia yang menentukan hubungan dan pergaulan dalam segala segi di masyarakat . Dengan bahasalah kita dapat menyembunyikan dan mengungkap fikiran, dengan bahasa pula kita mencipta dan mengakhiri sesuatu konflik. Kerana bahasa juga, kita menyerahkan cinta dan dengannya pula kita mengumumkan perang. Singkatnya, bahasa adalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia kita. Maka dengan bahasa yang kita gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita, sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada ia sesuatu hal yang baik mahupun sebaliknya. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Pantun di atas menggambarkan bahawa pentingnya penggunaan bahasa bagi menggambarkan budi seseorang. Penggunaan bahasa yang betul oleh si pemakainya menggambarkan si pemakai mempunyai budi pekerti yang tinggi. Kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan bersopan. Selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa, di mana ia merujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadab atau kurang ajar. Kesantunan bahasa merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi. Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut. Bahasa yang baik menunjukkan budaya yang sihat sesuatu masyarakat dan sebaliknya. Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa Melayu sering dikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang diperlihatkan melalui pertuturan kita. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah dengan penggunaan 2
  • 3. penanda-penanda sopan, iaitu beradab sebanyak mungkin kepada si pendengar. Semakin banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah tingkat kesantunan si penutur. Ia sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orang- orang Melayu yang dianggap pemalu, lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang lain. Walau bagaimanapun, kesantunan berbahasa dalam sesebuah bahasa atau masyarakat itu bersifat khusus. Apa yang dianggap sebagai sopan dalam sesuatu bahasa atau masyarakat itu mungkin dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain. Ini adalah kerana bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan yang sama kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal kesopanan. KURANGNYA ASPEK KESANTUNAN BERBAHASA a. Dang, ka mari ko … ambil ni nombor ah. b. Bah duduk tah dulu. Ayat di atas sebagai contoh ujaran yang diucapkan oleh individu ketika sedang berinteraksi dengan pelanggan atau tetamu yang hadir ingin meminta perkhidmatan di jabatan atau syarikat mereka. Ayat (a) tersebut sudah dapat kita tafsirkan betapa kasarnya bahasa mereka yang mengujarkan ayat ini, begitu juga ayat (b). Cara yang lebih sopan ialah dengan mengujarkan atau mengucapkan ayat tersebut dengan: c. Dayang, silakan ambil nombor terlebih dahulu. d. Boleh abiskita tunggu sekajap, silakan duduk. Ayat (c) dan ayat (d) di atas lebih menunjukkan tutur kata yang mesra dan bersopan. Begitu susahkah kita menggunakan kesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Seperti yang kita tahu dengan berkomunikasi secara lemah lembut dan ramah mesra serta penggunaan tatacara bahasa yang sesuai, maka kita tidak akan dibenci oleh mereka atau individu dengan kita berkomunikasi. Selain contoh ayat (a) dan ayat (b) yang menggambarkan tiadanya atau kurangnya aspek kesantunan berbahasa, kita perhatikan pula ungkapan di bawah ini. e. Pak cik Sulaiman, awak dah makan? f. Cikgu, kamu dah lama sampai? Apa pula permasalahan dengan kedua-dua ayat di atas? Dalam bahasa Melayu, kedua-dua ayat di atas sememangnya betul dari segi tatabahasanya. Tetapi yang salah ialah 3
  • 4. pemilihan perkataan yang tidak mengikut tatasusila masyarakat orang Melayu. Ayat-ayat tersebut tidak mempunyai kesantunan berbahasa. Selain aspek kesalahan pemilihan kata yang bersesuaian atau pemilihan kata yang lebih bertatasusila, terdapat juga aspek lain iaitu mencarut atau menyumpah (swearing) juga turut mempunyai kesan negatif terhadap kesantunan berbahasa. Mencarut atau menyumpah ialah bentuk dan penggunaan bahasa yang dianggap kasar, keji dan lucah oleh sesebuah masyarakat. Antara kata-kata yang sering digunakan ketika mencarut atau menyumpah ialah kata-kata 'kotor' yang dikaitkan dengan seks dan najis, misalnya shit dalam masyarakat Inggeris, dan juga menggunakan kata-kata yang merujuk kepada haiwan yang disalahgunakan semasa memanggil atau merujuk kepada seseorang, misalnya babi, anjing, beruk dan sebagainya. Kurangnya aspek kesantunan berbahasa juga disebabkan oleh nada atau intonasi yang keras, kasar dan nada suara yang meninggi mungkin membangkitkan rasa kemarahan bagi yang mendengar. Begitu juga bahasa kasar dan penggunaan gaya bahasa yang kurang sesuai juga antara kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Penggunaan bahasa yang kasar menjejaskan imej diri penutur dan boleh membangkitkan kemarahan pendengar, oleh itu hal ini hendaklah dielakkan. Begitu juga gaya bahasa yang berunsurkan bahasa ejekan, bahasa herdik atau bahasa sindiran akan membuat berbekas dalam hati penerima dan dia akan memendam dendam. SIAPA DAN DI MANA ATAU BILA (SITUASI)? Akhir-akhir ini semakin banyak orang yang mempunyai bahasa tetapi tidak berbahasa yakni tiada kesantunan bahasa, baik orang tua, baik muda, baik orang bawahan mahupun atasan. Hal ini berlaku di tempat-tempat kerja seperti di ladang, di kilang, di firma swasta dan di pejabat-pejabat awam dan juga turut berlaku di rumah, di tempat membeli-belah dan sekolah. Masalah kurangnya aspek kesantunan berbahasa ini sering terjadi pada pihak-pihak yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan (costumer services). Tiada lagi kesantunan berbahasa ketika tetamu atau pelanggan yang hadir meminta bantuan atau minta perkhidmatan pada para anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kaunter- kaunter barisan hadapan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan seperti polis dan imigresen. Bahkan cara pertuturan mereka pula amat atau sedikit kasar serta tiada senyuman yang terukir di wajah mereka. Manakala mereka yang menggunakan kata carutan atau sumpahan boleh berlaku pada dua tahap iaitu secara sedar atau sengaja semasa bercakap untuk tujuan tertentu seperti ingin menyakiti hati atau menghina atau menghina sesuatu pihak, menjadi agresif serta perlihatkan sikap tertentu terhadap pihak yang dicemuhkan itu. Tahap yang kedua ialah 4
  • 5. secara tidak sedar atau tidak sengaja yang mengakibatkan pengucapan kata 'kotor' secara spontan, di tahap ini berlaku semasa seseorang itu menghadapi tekanan emosi seperti dipermalukan secara tiba-tiba di khalayak, atau sewaktu melatah dalam kalangan masyarakat Melayu. FAKTOR-FAKTOR Setelah membincangkan tentang siapa, di mana dan bila (situasinya), maka dapatlah kita mengambil sedikit kesimpulan tentang punca atau faktor-faktor penyebab kurangnya kesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Di sini terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terhasilnya bahasa yang tiada kesantunannya, iaitu disebabkan oleh gangguan emosi, kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu dan kebudayaan masyarakat Melayu dan juga diujarkan atau dituturkan secara disengajakan atau sekadar bergurau senda. Kurangnya aspek kesantunan berbahasa dalam suatu situasi kemungkinan disebabkan oleh gangguan emosi, mungkin sedang marah atau sedang ada masalah yang menimpa si penutur maka terkeluarlah kata-kata yang tidak sopan atau kata yang agak kasar nadanya. Hal ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran, dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut. Selain itu kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa atau tatasusila bahasa Melayu dan kurang pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga boleh menjadi faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Hal ini terjadi pada mereka yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu atau mereka tidak di didik dalam masyarakat Melayu. Tetapi terdapat juga penutur adalah orang Melayu tetapi tetap juga kurang pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu misalnya mereka tidak bersekolah. Walau bagaimanapun, penilaian tentang kesantunan berbahasa sebenarnya ditentukan secara mutlak oleh pihak yang mendengar atau yang diajak bercakap. Di mana sering kali terjadi apabila pihak yang mendengar atau diajak bercakap menganggap dan menuduh pihak yang bercakap itu berlaku kurang sopan terhadapnya, misalnya si penutur sengaja menuturkan sesuatu yang menyinggung perasaan si pendengar, padahal si penutur tidak pernah berniat untuk berbuat demikian. SARANAN BAGI CARA KESANTUNAN BERBAHASA Terdapat beberapa cara menunjukkan cara kesantunan berbahasa, di antaranya ialah cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Terdapat juga pelbagai situasi yang berbeza yang menuntut kita, yakni penutur bahasa untuk menggunakan bahasa yang 5
  • 6. menepati situasi dan kehendak sosial. Maka kita harus menggunakan bahasa yang bersesuaian, nada atau intonasi yang tepat serta gaya bahasa yang sesuai dengan situasi dan sekeliling. Hal yang perlu juga selain kebolehan menghasilkan dan menginterpretasi ayat-ayat dalam bahasa Melayu dengan tepat (ayat yang betul dari segi nahu bahasa Melayu) ialah berkebolehan menggunakan bahasa Melayu yang sesuai (yang mematuhi adat dan resam berbahasa Melayu) mengikut pelbagai situasi sosial atau budaya yang sudah tentu harus mematuhi prinsip dan laras kesantunan berbahasa Melayu. Oleh itu, para anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan seperti polis dan imigresen akan memberikan perkhidmatan dengan penuh beradab melalui tutur kata yang mesra, bersopan dan sentiasa ingin membantu. Senyuman yang diberikan haruslah ikhlas dan anggaplah ianya sebagai hadiah atau sedekah. Ini adalah cara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam serta menaikkan imej perkhidmatan. Maka berucap salamlah ketika bertemu. Mulakan dengan sikap ramah dan terbuka. Rasulullah Sallalahu Wasallam bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara." Kepentingan kesantunan berbahasa bukan sahaja untuk keluarga, tetapi juga untuk guru, rakan sekerja dan para pelanggan yang memerlukan khidmat kita. KESIMPULAN Sebagi kesimpulan dari perbincangan di atas tadi, maka kita harus mempertahankan penggunaan aspek kesantunan bahasa ketika kita berkomunikasi. Kesantunan berbahasa ketika kita berinteraksi akan membuat hidup kita lebih aman dan tenteram kerana tiada satu pun individu yang akan sakit hati pada kita yang mempunyai kesantunan bahasa ketika berinteraksi antara satu dengan yang lain. Oleh sebab itulah penggunaan kesantuanan bahasa itu perlu ketika berkomunikasi kerana kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan bersopan, selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Seperti yang kita tahu bahawa masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi pekerti dan kesantunan bahasa yang mulia. Oleh itu, kita harus mempertahankannya. Kalau boleh, marilah kita sama-sama menjadikan bahasa itu benar-benar jiwa bangsa! RUJUKAN Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang, 2003. Bahasa Melayu Komunikasi. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Keris Mas, 1988. Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6
  • 7. Jalil A. Rahman. 'Bahasa Yang Tidak Berbahasa' dlm. Pelita Bahasa, Jilid 3, Bil 8, Ogos 1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Riris K Toha-Sarumpaet. Merebut Makna, Belajar Bahasa Kehidupan, diambil dari website: http://www2.kompas.com/kompascetak/0305/05/opini/292386. htm S. Nathesan. 'Kesopanan dan Kesusilaan Bahasa MAS'. dlm Pelita Bahasa, Jilid 5, Bil. 12, Disember 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7