SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
ISI KANDUNGAN               HALAMAN

PENGENALAN                             2
           (i)    SINOPSIS NOVEL       4
           (ii)   TEORI SOSIOLOGI      6

PERNYATAAN MASALAH                    10



OBJEKTIF                              11



METADOLOGI                            12



ANALISIS KAJIAN                       12



KESIMPULAN                            14



BIBLIOGRAFI                           15



LAMPIRAN                              16
PENGENALAN


      Perkembangan yang dinamik dalam dunia sastera hari ini memperlihatkan
kehadiran penulis daripada multidisiplin atau pelbagai bidang. Kehadiran penulis
ini telah menambah rencah dan warna-warni dalam karya kreatif. Dahulu,
kehadiran penulis dari bidang luar sastera dianggap suatu yang asing. Mereka ini
pernah dikatakan menjungkar balikkan sastera dan turut dilabelkan sebagai
penulis yang suka bereksperimen dalam karya. Namun, kelainan mereka ini
membuatkan nama mereka cepat mendapat tempat meskipun keluhan-keluhan
daripada pengamal sastera yang tulen menyatakan bahawa penulis ini
menghasilkan karya yang sukar dihadam oleh pembaca.


      Bukan mudah membaca pemikiran atau karya orang lain. Apalagi jika
tidak menghayati pengarang dan kepengarangannya. Hal yang demikian kerana
idea yang dicurahkan dalam tulisannya melalui karya kreatif bukan buah fikiran
semata-mata, tetapi mengandungi makna yang tersurat dan tersirat


             Pengarang generasi baharu adalah pengarang yang aktif berkarya,
serta hadir dengan gaya dan teknik yang berbeza dalam mengangkat sesuatu
subjek dalam karyanya. Pangarang ini dikatakan tidak lagi terkongkong di bawah
panji realisme sebaliknya melakukan transformasi dan aliran lain seperti
surealisme, absurdisme dan neutrealisme. Melihat kepada cerpen dan novel
penulis mutakhir ini, karya mereka kental dengan penggunaan ilmu bantu bagi
memperkukuhkan muatan karya. Mereka dilihat tidak lagi membicarakan tema-
tema yang klise tetapi lebih yakin membicarakan isu-isu global.      Selain itu,
mereka begitu lancar     menggunakan teknologi maklumat, ekologi, geografi,
falsafah, undang-undang, politik antarabangsa, perubatan, dan pelbagai ilmu luar
sastera sebagai landansan pengkaryaan mereka.


       Penulis mempunyai sumbangan yang tertentu dalam masyarakat kerana
setiap manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing


                                                                               2
terhadap masyarakatnya. Seni sastera juga wujud dalam diri setiap manusia,
terpulang kepada insan tersebut sama ada mahu mengeksploitnya semaksimum
ataupun seminimum mungkin.




                                                                         3
SINOPSIS NOVEL


      Melalui novel ini kita dibawa menyusuri perjalanan hidup seorang gadis
yang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang mampu mengugat
keimanan dan ketabahan seorang gadis miskin dan naif sepertinya. Dugaan yg
mendatang bukan melemahkan gadis ini tetapi berjaya membentuk kekuatan
mental dan emosi untuk menghadapi pelbagai halangan yg mendatang. Novel ini
membawa kite ke alam nyata iaitu kenyataan bukan seindah yg kita impi dan
inginkan   tetapi   segalanya   telah   ALLAH     tentukan   sejak   azali   lagi...


      TANGISAN BULAN MADU 1


      mengisahkan tentang Amira seorang pelajar lepasan universiti yang
masih belum mempunyai pekerjaan. Ibunya pula sentiasa risau dengan
keadaannya yg masih memerap di rumah. Bosan dengan leteran ibu,dia mencari
kerja sebagai jurujual di sebuah butik milik seorg perempuan kaya yang bernama
Puan Marina. Amira terpaksa menipu dengan mengatakan dia cuma lepasan
SPM kerana terlalu menginginkan pekerjaan. Ketika itu dia bercinta dengan Azali
yang dikenalinya semasa belajar di universiti dulu.


      Namun cinta mereka tidak kesampaian kerana Azali memilih untuk
menuruti kehendak keluarga yang mahukannya berkahwin dengan jodoh pilihan
ibunya. Amira kecewa kerana impiannya musnah. Ketika itu anak Puan Marina
yg bernama RIZAL AFFENDY HAZWANI atau mesra dipanggil BOGATT sering
berkunjung ke butik itu untuk melawat ibunya.


       Pada awalnya Amira bencikan Bogatt kerana tingkahlakunya yang sukar
diramal. Bogatt seorg yang ceria tetapi kadang - kadang pemarah. Tetapi
akhirnya Amira mula mencintai lelaki itu kerana bogatt sebenarnya seorg lelaki
yang pada pandangannya seorang yang berani. Bogatt terpikat kepada Amira




                                                                                  4
kerana gadis itu seorang yang sopan, lembut dan sentiasa menjaga batasan
agama.
      Puan Marina menentang keras percintaan ini. Tetapi cinta mereka terlalu
kukuh. Ayah Bogatt, Tn. Amir merestui percintaan ini. Amira diherdik dan
dicemuh oleh Puan Marina kerana tidak setaraf dengan Bogatt Tetapi Bogatt
tetap mempertahankan cinta mereka.


      Setelah berjerih ke pelamin, takdir menentukan segalanya.benar. Mereka
berjaya disatukan sebagai suami isteri tetapi tuhan lebih sayangkan Bogatt.
Bogatt jatuh pengsan sebaik sahaja selepas melafaz akad nikah. Bogatt
meninggal dunia seminggu selepas itu kerana menghidap barah otak yg
dideritainya sejak sekian lama.


      Amira yang ditinggalkan terkapai sendirian mengharungi kepahitan hidup.
Amira masih sunti ketika bogatt meninggal. Amira bersumpah dengan Bogatt
bahawa dia tidak akan berkawin lagi. Tetapi Bogatt tetap mahu Amira mencari
kebahagiaannya sendiri suatu hari nanti. Amira telah membawa diri ke sabah
selepas permohonannya untuk menjadi guru diterima. Hubungannnya dengan
emak mertuanya pula semakin baik.


      Amira    kemudian    menjadi   guru   di   samping   menghasilkan   puisi
menggunakan nama pena Delima. Antara puisinya yang terkenal termasuk
Pengantin yang diangkat daripada kisah benar dengan arwah suaminya.




                                                                             5
TEORI SOSIOLOGI


       Dalam konteks kesusasteraan Melayu menurut Ungku Maimunah Mohd.
Tahir, konsep sosiologi sastera umumnya terbahagi kepada tiga bentuk
pemahaman dan penerapan. Pemahaman pertama bertolak daripada andaian
bahawa teks sastera bebas daripada tuntutan dan pengaruh persekitaran.
Justeru, kajian dipusatkan kepada tekssemata-mata dan ditumpukan kepada
usaha menyerlahkan gambaran masyarakat fiktif seperti yang tertera dalam teks
yang dikaji. Kajian seperti ini tidak jauh berbeza daripada kajian intrinsik yang
lumrah ditemui hanya ianya kini ditumpukan kepada gambaran masyarakat
dalam teks sastera.


       Pemahaman kedua menghujahkan bahawa persekitaran mempunyai
kaitan yang penting dengan karya yang terhasil. Justeru, kajian menganalisis
dinamika antara teks dengan konteksnya dan bagaimana konteks tersebut
mempengaruhi karya yang terhasil daripada segi isi dan bentuknya.


       Pemahaman      ketiga,   yang    juga   meyakini   eratnya    jalinan   antara
persekitaran dan karya, lebih menjurus kepada penggunaan sesuatu paradigma
tertentu untuk mengkaji permasalahan yang dibangkitkan dalam teks sastera.
Secara bandingan, pemahaman pertama adalah jauh lebih dominan dan
merupakan ‘ilmu’ tentang sosiologi sastera yang dianuti dan diamalkan dalam
sastera Melayu.


       Pada dasarnya, sosiologi dapat difahami sebagai ilmu yang mempelajari
kehidupan sosial manusia dalam menjalani kehidupan bersama. Ilmu ini
memusatkan telaahnya pada kehidupan kelompok dan tingkah laku sosial
lengkap dengan produk kehidupannya. Sosiologi tidak tertarik pada hal-hal yang
sifatnya kecil, pribadi, dan unik. Sebaliknya, ia tertarik pada hal-hal yang bersifat



                                                                                    6
besar dan substansial serta dalam konteks budaya yang luas. Sosiologi lebih
menekankan perhatiannya pada persoalan pengaruh kelompok pada sikap-sikap
dan perilaku anggotanya. Namun yang perlu ditegaskan, sosiologi hanya dapat
meneliti dan memahami yang lahiriah (manifest) Pendekatan Sosiologi dalam
kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang menggunakan prinsip-prinsip
teori Sosiologi.


       Sosiologi merupakan salah satu bidang sains sosial. Walaupun Sosiologi
bersumberkan bidang sains sosial, namun ia tetap mempunyai hubungkait
dengan    kesusasteraan.   Sosiologi   berkait   rapat   dengan   aspek     sejarah
sebagaimana yang dibincangkan dalam pendekatan Historikal sebelum ini.
Sosiologi melibatkan pelbagai perkara yang melibatkan latar sosial masyarakat
baik di dalam teks mahupun di luar teks. Aspek-aspek yang menjadi teras
kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya dan etika
sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi
kepengarangan dan latar tekstual karya.


       Falsafah pemikiran Auguste Comte (1798-1875) yang meletakkan
sosiologi sebagai ilmu yang tertinggi dan patut dipelajari, maka kritikan sastera
dan penulisan teksnya juga turut dipengaruhinya. Pemikiran Auguste Comte
telah mendapat sambutan yang hangat dan turut mempegaruhi pemikiran ahli
falsafah Inggeris John Staurt Mill. Lanjutan daripada permikiran inilah maka
berkembangnya pengaruh positivisme dan aliran realisme dalam kesusasteraan
Perancis dan Barat (Abdul Halim Ali,1998:4).


       Secara ringkas, pendekatan ini memberi penekanan kepada aspek aspek-
aspek sosial tentang bagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnya
menjadi    anggota   masyarakat    yang    berguna,      bertanggungjawab     demi
kepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal ini, pendekatan Sosiologi tidak
dapat lari dari turut membicarakan tentang pengkarya. Aspek sosiologi
pengkarya akan diteliti sama. Sebelum memasuki perbicaraan intrinsik karya,



                                                                                  7
riwayat hidup pengarang termasuk tempat lahir, sosiolisasi, pendidikan, alam
sekitar, status sosial, nilai-nilai kehidupan dan sebagainya hendaklah ditinjau
terlebih dahulu (Mana Sikana, 1983:110).


      Menggunakan       teori     Sosiologi   dalam      kritikan   kesusasteraan
mengkehendaki pengkritik mendalami ilmu sosiologi. Pengkritik perlu mahir
mengenalpasti aspek-aspek sosiologi yang berkait dengan teks dan pengkarya
di samping mampu menghubungkan sosiologi itu dengan kesusasteraan.


      Pengertian sosiologi menurut, Diana Laurenson dan Alan Swingewoods
(1972:13) menjelaskan bahawa pengkajian sosiologi yang berfokuskan aspek
masyarakat dan kemasyaratan merupakan satu bidang ilmu yang memberikan
tumpuan terhadap individu dan masyarakat secara saintifik dan objektif. Selain
itu, kajian sosiologi juga merangkumi kajian tentang kedudukan individu dalam
masyarakat, kajian mengenai institusi sosial, proses bersosialisasi serta sejarah
masyarakat itu. Berkaitan dengan pertalian antara masyarakat dengan
persekitaran sewaktu berkarya, Diana Laurenson dan Alam Swingewoods
(1972:13). Mengatakan bahawa hubungan masyarakat dan persekitaran sangat
rapat dan saling melengkapi untuk memahami isu-isu masyarakat dan sejarah.


      Diana    Laurenson    dan    Alan    Swingewoods     (1972:13)   seterusnya
memperincikan lagi pendekatan Sosiologi ini dengan melihat tiga dimensi,
pertamanya melihat karya sastera sebagai dokumen sosiobudaya yang
mencerminkan satu zaman. Hal yang kedua, melihat dari segi penghasilan karya
sastera terutama yang berhubungan dengan kedudukan sosial seorang penulis.
Dan hal yang ketiga merujuk kepada penerimaan sesuatu masyarakat. Terhadap
karya-karya , justeru, pendekatan sosiologi sastera dijadikan landasan
pengkajian disebabkan wujudnya hubungan yang erat antara sastera dengan
masyarakat.




                                                                                8
Walaupun kehidupan masyarakat dijadikan bahan untuk berkarya namun
bahan tersebut telah dipilih dan disaring serta diberikan tanggapan sendiri oleh
pengarang.
       Namun begitu, semasa berkarya mereka juga masih terikat dengan ruang
dan wakrtu. Oleh itu, semasa berkarya seseorang itu tidak akan melepaskan
dirinya daripada tanggungjawab untuk menyampaikan mesej sama ada dalam
bentuk peringatan, nasihat atau panduan kepada khalayak pembaca. Isu-isu
masyarakat yang menyentuh sensitiviti mereka dijadikan idea sebelum
mengolahnya dalam bentuk karya kreatif bagi mengungkapkan pemikiran melalui
bahasa. Walaupun begitu, pemikiran mereka berhubung dengan persoalan
masyarakat    dan   kemasyarakatan     terungkap    dalam    aspek   sosiobudaya,
sosiopolitik dan sosioekonomi.


       Menurut Diana Laurenson dan Alan Swingewood( 1972:12) lagi,
pendefinisian sosiologi juga merangkumi ruang lingkup kehidupan individu dan
masyarakat secara meluas, lengkap dan mendalam. Gambaran umum sesuatu
masyarakat itu dapat dikesan melalui penelitian terhadap institusi sosial
kepercayaan, ekonomi dan politik dalam masyarakat itu.


       Kesesuaian penerapan pendekatan sosiologi sastera untuk meneliti aspek
pemikiran penulis yang       berhubung    dengan persoalan masyarakat          dan
kemasyarakatan selaras dengan pendapat Mohamad Mokhtar Hassan (1995:11)
mengatakan, pada dasarnya pendekatan sosiologi cuba untuk melihat segala
macam nilai-nilai masyarakat, institusi sosial serta sesuatu komoniti atau indivivu
daripada hasil karya tertentu. .




       Menurut Mana Sikana (1986:106-107) pula, terdapat dua konsep
pendekatan sosiologi ini. Pertama, melihat karya sastera sebagai cerminan
sejarah, terutama mengenai sejarah perkembangan ekonomi, teknologi dan
perhubungan kelas. Tegasnya pendekatan ini melihat konfrantasi dan pertikaian



                                                                                  9
yang berlaku dalam masyarakat sebagai sumber inspirasi penulis dan tugas
mereka ialah mencerminkan atau menggambarkan         peristiwa yang terjadi, di
samping aspek perwatakan turut dirakamkan. Watak-wataknya hendaklah
menggambarkan sifat individu, personal dan berperibadi seperti yang telah
ditentukan oleh masyarakat.


      Penerapan teori sosiologi sastera dalam kajian, walaupun masih dianggap
baru, namun kajian terhadap masyarakat dan kemasyarakatan yang berkaitan
dengan masyarakat dan individu telah dilakukan sejak zaman Plato lagi. Hal
yang demikian, disahihkan lagi dengan penemuan bukunya yang bertajuk
Republik. dalam bukunya itu, beliau menyarankan bahawa sastera mesti
mengungkapkan unsure didaktif yang bermoral serta mengarah kepada aspek
kebenaran yang hakiki. Justeru, sebuah karya sastera tidak akan menjadi agung
dan bermutu tinggi sekiranya tidak menjelajahi alam masyarakat serta kehidupan
manusia sedalam-dalamnya. Hal ini, memperlihatkan bahawa karya sastera
dalam apa juga bentuk dan genre mempunyai pertalian yang rapat dengan
masyarakatnya.




      PERNYATAAN MASALAH



      1.     Kami mahu menkaji novel bertajuk Tangisan Bulan Madu 1 ini
kerana aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan
seperti ekonomi, politik, budaya dan etika sosial yang dilihat sebagai unsur-
unsur penting yang mempengaruhi kepengarangan dan latar tekstual karya
memenuhi kriteria Pendekatan Sosiologi yang akan digunakan sepanjang
tempoh        membuat         kajian       berdasarkan         novel        ini.




                                                                            10
2.     Selain daripada itu juga Pendekatan Sosiologi yang kami pilih juga
memberi penekanan kepada aspek aspek-aspek sosial tentang bagaimana
seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang
berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Kriteria ini
dapat kami temui melalui perjalanan watak utama yang menjadi teras subjek
kajian kami dlam novel yang dipilih.




OBJEKTIF


          Objektif   kajian novel ini adalah untuk melihat Hasil kesusasteraan
digunakan utk mengetahui nilai hidup, sikap dan tingkah laku masyarakat yang
mampu melihat kelebihan dan kelemahan watak utama ( Amira ) dari segi
Pendekatan Sosiologi yang merupakan ilmu yang mempelajari kehidupan sosial
manusia dalam menjalani kehidupan bersama.


   Selain daripada itu kajian novel yang bertajuk Tangisan Bulan Madu karya
Samsiah Mohd Nor dipilih bertujuan untuk mengkaji masalah            sosial seperti
profesion, ekonomi yang dihadapi watak utamanya iaitu Amira serta bertujuan
untuk :


   •      Menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya
   •      Memberikan pandangan, menilai karya sastera secara kritis dan
          menyuburkan nilai
   •      Memupuk budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan
          minat terhadap hasil dalam bidang penulisan Melayu.




                                                                                11
KAEDAH KAJIAN / METADOLOGI


      Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan. Rujukan telah dibuat di
perpustakaan Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu rujukan turut dibuat
berdasarkan jurnal Dewan sastera dan Dewan Bahasa.


      Kajian ini juga turut menggunakan kaedah perbincangan yang melibatkan
ahli dalam kumpulan untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan
sepanjang kajian dijalankan berdasarkan novel yang dipilih menggunakan
pendekatan sosiologi




ANALISIS KAJIAN


      PENGENALAN NOVEL


      Novel Tangisan Bulan Madu 1 merupakan sebuah karya Samsiah Mohd
Nor, terbitan Creative Enterprise Sdn.Bhd ( CESB) pada tahun 2001, pertama
kali diterbitkan pada 1991 dan sudah diulang cetak 13 kali, malah telah
diadaptasi ke drama bersiri oleh Asia Media Content Sdn Bhd. Beliau merupakan
seorang novelis dilahirkan pada 21 September 1965 di Kuantan, Pahang. Beliau
mendapat pendidikan menengah pada 1972 – 1976.




      KAJIAN NOVEL


Nilai hidup, sikap dan tingkah laku
      Watak Amira terpaksa mengorbankan diri demi mencari kebahagiaan,
tetapi cekal berdepan dengan penderitaan itu sehingga jarang sekali menangis di
hadapan orang lain. Watak Amira digambarkan sebagai seorang yang gadis


                                                                            12
menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang mampu mengugat keimanan
dan ketabahan seorang gadis miskin dan naif sepertinya. Dugaan yg mendatang
bukan melemahkan gadis ini tetapi berjaya membentuk kekuatan mental dan
emosi untuk menghadapi pelbagai halangan yg mendatang. Dia juga merupakan
gadis yang yang berpegang teguh pada nilai kehidupan di mana dia sentiasa
menjaga tingkah lakunya agar sentiasa bersopan santun dan menjaga batasan
agama meskipun diherdik caci oleh orang lain.


      Sikap watak Amira jelas digambarkan sebagai seorang gadis tabah yang
tidak pernah berputus asa menjalani setiap dugaan yang ditentukan buat dirinya.


Masalah sosial seperti profesion, ekonomi
      Dalam novel ini, masalah sosial seperti profesion dapat dilihat melalui
watak Amira yang hanya bekerja sebagai pembantu di sebuah butik meskipun
dia memiliki segulung ijazah yang seharusnya melayakkannya untuk mendapat
pekerjaan yang lebih baik, dan kerana status dirinya yang hanya pembantu kedai
ini juga telah menyebabkan Amira dipandang hina dan sering diherdik oleh
pemilik tempatnya bekerja yang juga merupakan ibu kepada kekasih hatinya
Bogatt lantaran tidak menyetujui perhubungan antara mereka.


      Dalam novel ini turut merungkaikan masalah ekonomi yang merupakan
penghalang sebenar perhubungan cinta antara Amira dan Bogatt. Ibu Bogatt
sangat menentang perhubungan anaknya dengan Amira kerana menganggap
Amira tidak setaraf dengan kedudukan yang dimiliki oleh mereka. Gambaran ini
menjelaskan sikap segelintir masyarakat masa kini yang sangat mementingkan
taraf dari segi kedudukan dan ekonomi yang disandang seseorang.




                                                                             13
KESIMPULAN


      Satu jalur pemahaman ‘sosiologi sastera’ dalam sastera Melayu moden
dapat dilihat pada tulisan yang mengandaikan ‘sosiologi sastera’ sebagai
gambaran masyarakat seperti yang diserlahkan oleh teks sastera. Penekanan
bahawa sastera adalah gambaran masyarakat memang sering didengar.
Sehubungan ini, selain daripada penyataan umum seperti “sastera adalah
cerminan masyarakat”, “sastera adalah terjemahan realiti masyarakat.


      Penceritaan dalam Novel Tangisan Bulan Madu menyerlahkan andaian
tertentu sebagai dasar pemahaman dan kajian. Pertama, kajian seperti ini
mengakui kaitan antara sastera dengan masyarakat adalah erat dan tidak dapat
dipertikaikan. Ini kerana masyarakat adalah bahan mentah dan sumber ilham
sastera, dan sastera seterusnya menyerlahkan masyarakat atau realiti
masyarakat tersebut dalam ciptaannya.


      Oleh itu, kami yakin penggunaan Pendekatan Sosiologi adalah jelas boleh
digunakan untuk menjalankan kajian terhadap novel yang telah dipilih dalam
kajian ini meskipun ruang lingkup masyarakat yang perlu dikaji tidak terlalu
besar. Tetapi cukup sekadar watak utamanya yang menjalani kehidupan dalam
masyarakatnya sendiri yang mengalami permasalahan yang dikupas sepanjang
huraian dalam kajian ini.




                                                                           14
BIBLIOGRAFI



    1. Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. 2006. Sastera Melayu
    Suatu Pengantar. Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn. Bhd.


    2. Djamaludin Ancok, Fuat Nashori Suroso. 1994. Psikologi Islamisasi :
    Salusi Islam Atas Problem-Problem Psikologi. Yogyakarta : Penerbit
    Pustaka Pelajar


    3. S. M. Zakir. 2003. Dunia Sastera Pelbagai Dsiplin Selangor.


    4.     http://qunia-mimpiyangindah.blogspot.com/2009/01/tangisan-bulan-
    madu-shamsiah-mohd-nor.html


    5.            http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/658/55/novel-
    umum/creative-enterprise/cesb-tangisan-bulan-madu.html


    6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologi




                                                                         15
LAMPIRAN




           16
Tajuk novel   : Tangisan Bulan Madu
Penerbit      : CESB
Terbitan      : 2001



                                      17

More Related Content

What's hot

Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologinurul amyeza
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanRasit Masrii
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerjaAsri Mohad
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU@f!Q@H @F!N@
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalWardah Munirah
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayukamalslaw
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat MelayuTutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat MelayuPhua Joo
 
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531Norainie Binti Ekan Usunor
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPensil Dan Pemadam
 

What's hot (20)

Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa Tradisional
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayu
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat MelayuTutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Ayat
AyatAyat
Ayat
 
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASAKOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
 

Viewers also liked

Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
Cara menganalisis novel
Cara menganalisis novelCara menganalisis novel
Cara menganalisis novelEki Ashadi
 
Bahan Pengajaran Komsas Novel Kembara Amira
Bahan Pengajaran Komsas Novel Kembara AmiraBahan Pengajaran Komsas Novel Kembara Amira
Bahan Pengajaran Komsas Novel Kembara AmiraSaiful Najmi
 
Permasalahan Sosial dalam Cerpen Air Karya Ras Siregar (Tinjauan Sosiologi Sa...
Permasalahan Sosial dalam Cerpen Air Karya Ras Siregar (Tinjauan Sosiologi Sa...Permasalahan Sosial dalam Cerpen Air Karya Ras Siregar (Tinjauan Sosiologi Sa...
Permasalahan Sosial dalam Cerpen Air Karya Ras Siregar (Tinjauan Sosiologi Sa...Vanny Andriani Huang
 
Akhiran kata kerja
Akhiran kata kerjaAkhiran kata kerja
Akhiran kata kerjaRuzaifi Ras
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Sastera panji
Sastera panjiSastera panji
Sastera panjilauchen32
 
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatifSemut Hitam
 
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangKajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangMomee Rain
 
6 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_5867
6 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_58676 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_5867
6 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_5867Đỗ Ngô Đài
 
Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523
Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523
Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523jeffreylancaster
 
Vasquez cristiana visual resume
Vasquez cristiana visual resumeVasquez cristiana visual resume
Vasquez cristiana visual resumeCristianav
 
Presentación intercambio
Presentación intercambioPresentación intercambio
Presentación intercambioiconcepcion
 

Viewers also liked (20)

Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Cara menganalisis novel
Cara menganalisis novelCara menganalisis novel
Cara menganalisis novel
 
Penanggungan
PenanggunganPenanggungan
Penanggungan
 
Bahan Pengajaran Komsas Novel Kembara Amira
Bahan Pengajaran Komsas Novel Kembara AmiraBahan Pengajaran Komsas Novel Kembara Amira
Bahan Pengajaran Komsas Novel Kembara Amira
 
Permasalahan Sosial dalam Cerpen Air Karya Ras Siregar (Tinjauan Sosiologi Sa...
Permasalahan Sosial dalam Cerpen Air Karya Ras Siregar (Tinjauan Sosiologi Sa...Permasalahan Sosial dalam Cerpen Air Karya Ras Siregar (Tinjauan Sosiologi Sa...
Permasalahan Sosial dalam Cerpen Air Karya Ras Siregar (Tinjauan Sosiologi Sa...
 
Akhiran kata kerja
Akhiran kata kerjaAkhiran kata kerja
Akhiran kata kerja
 
Imbuhan awalan kata kerja meN-
Imbuhan awalan kata kerja meN-Imbuhan awalan kata kerja meN-
Imbuhan awalan kata kerja meN-
 
Contoh jawapan kajian novel pmr
Contoh jawapan kajian novel pmr Contoh jawapan kajian novel pmr
Contoh jawapan kajian novel pmr
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Sastera panji
Sastera panjiSastera panji
Sastera panji
 
KEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATANKEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATAN
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangKajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
 
6 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_5867
6 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_58676 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_5867
6 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_5867
 
ELL Levels
ELL LevelsELL Levels
ELL Levels
 
Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523
Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523
Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523
 
Vasquez cristiana visual resume
Vasquez cristiana visual resumeVasquez cristiana visual resume
Vasquez cristiana visual resume
 
Presentación intercambio
Presentación intercambioPresentación intercambio
Presentación intercambio
 

Similar to TEORI SOSIOLOGI DALAM KRITIKAN KARYA

contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"KPM- ex KPLI students
 
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesiaManfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesiaMujahid Vanquisher
 
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHMomee Rain
 
Sastra angkatan pujangga baru
Sastra angkatan pujangga baruSastra angkatan pujangga baru
Sastra angkatan pujangga barudwiliarossa
 
Analisis novel pdktn mimesis
Analisis novel pdktn mimesisAnalisis novel pdktn mimesis
Analisis novel pdktn mimesisSri Rejeki Manalu
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarahWildan Insan Fauzi
 
This is the html version of the file http
This is the html version of the file httpThis is the html version of the file http
This is the html version of the file httpSyawiril Syawiril
 
Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian akajal20
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarahwifauzi
 
Berbagai pendekatan-dalam-pengkajian-sastra(1)
Berbagai pendekatan-dalam-pengkajian-sastra(1)Berbagai pendekatan-dalam-pengkajian-sastra(1)
Berbagai pendekatan-dalam-pengkajian-sastra(1)Lailin Luthfiana
 
Pendekatan Pengkajian Sastra.ppt
Pendekatan Pengkajian Sastra.pptPendekatan Pengkajian Sastra.ppt
Pendekatan Pengkajian Sastra.pptTiaBronte
 
Ringkasan seminar nasional
Ringkasan seminar nasionalRingkasan seminar nasional
Ringkasan seminar nasionalHuzny Baztian
 
Loveintrique
LoveintriqueLoveintrique
LoveintriqueDHEluvELI
 
Sosiologi Komunikasi - Sukardian (442201100260.pptx
Sosiologi Komunikasi - Sukardian (442201100260.pptxSosiologi Komunikasi - Sukardian (442201100260.pptx
Sosiologi Komunikasi - Sukardian (442201100260.pptxSukardian
 
New historicism aliran sastra
New historicism aliran sastraNew historicism aliran sastra
New historicism aliran sastraKhoirun Nif'an
 
Bahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdf
Bahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdfBahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdf
Bahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdfSnowyFox
 

Similar to TEORI SOSIOLOGI DALAM KRITIKAN KARYA (20)

contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"
 
Makalah sosiologi
Makalah sosiologiMakalah sosiologi
Makalah sosiologi
 
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesiaManfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
 
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
 
Sastra angkatan pujangga baru
Sastra angkatan pujangga baruSastra angkatan pujangga baru
Sastra angkatan pujangga baru
 
Gumuk sandhi
Gumuk sandhiGumuk sandhi
Gumuk sandhi
 
Sosiologi sastra
Sosiologi sastraSosiologi sastra
Sosiologi sastra
 
Analisis novel pdktn mimesis
Analisis novel pdktn mimesisAnalisis novel pdktn mimesis
Analisis novel pdktn mimesis
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
 
This is the html version of the file http
This is the html version of the file httpThis is the html version of the file http
This is the html version of the file http
 
SOSIOSASTRA.ppt
SOSIOSASTRA.pptSOSIOSASTRA.ppt
SOSIOSASTRA.ppt
 
Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian a
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
 
Berbagai pendekatan-dalam-pengkajian-sastra(1)
Berbagai pendekatan-dalam-pengkajian-sastra(1)Berbagai pendekatan-dalam-pengkajian-sastra(1)
Berbagai pendekatan-dalam-pengkajian-sastra(1)
 
Pendekatan Pengkajian Sastra.ppt
Pendekatan Pengkajian Sastra.pptPendekatan Pengkajian Sastra.ppt
Pendekatan Pengkajian Sastra.ppt
 
Ringkasan seminar nasional
Ringkasan seminar nasionalRingkasan seminar nasional
Ringkasan seminar nasional
 
Loveintrique
LoveintriqueLoveintrique
Loveintrique
 
Sosiologi Komunikasi - Sukardian (442201100260.pptx
Sosiologi Komunikasi - Sukardian (442201100260.pptxSosiologi Komunikasi - Sukardian (442201100260.pptx
Sosiologi Komunikasi - Sukardian (442201100260.pptx
 
New historicism aliran sastra
New historicism aliran sastraNew historicism aliran sastra
New historicism aliran sastra
 
Bahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdf
Bahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdfBahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdf
Bahasa Indonesia Tugas Presentasi_20240109_101356_0000.pdf
 

More from Momee Rain

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014Momee Rain
 
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiKajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiMomee Rain
 
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinKajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinMomee Rain
 
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungKajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungMomee Rain
 
Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenMomee Rain
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamMomee Rain
 
Pembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaPembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaMomee Rain
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraMomee Rain
 
SASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYASASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYAMomee Rain
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuMomee Rain
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16Momee Rain
 

More from Momee Rain (13)

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
 
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiKajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
 
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinKajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
 
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungKajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
 
Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis Cerpen
 
Puisi adalah
Puisi adalahPuisi adalah
Puisi adalah
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus Gurindam
 
Pembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaPembentangan Multimedia
Pembentangan Multimedia
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan Sastera
 
SASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYASASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYA
 
Bahasa Kita
Bahasa KitaBahasa Kita
Bahasa Kita
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
 

TEORI SOSIOLOGI DALAM KRITIKAN KARYA

  • 1. ISI KANDUNGAN HALAMAN PENGENALAN 2 (i) SINOPSIS NOVEL 4 (ii) TEORI SOSIOLOGI 6 PERNYATAAN MASALAH 10 OBJEKTIF 11 METADOLOGI 12 ANALISIS KAJIAN 12 KESIMPULAN 14 BIBLIOGRAFI 15 LAMPIRAN 16
  • 2. PENGENALAN Perkembangan yang dinamik dalam dunia sastera hari ini memperlihatkan kehadiran penulis daripada multidisiplin atau pelbagai bidang. Kehadiran penulis ini telah menambah rencah dan warna-warni dalam karya kreatif. Dahulu, kehadiran penulis dari bidang luar sastera dianggap suatu yang asing. Mereka ini pernah dikatakan menjungkar balikkan sastera dan turut dilabelkan sebagai penulis yang suka bereksperimen dalam karya. Namun, kelainan mereka ini membuatkan nama mereka cepat mendapat tempat meskipun keluhan-keluhan daripada pengamal sastera yang tulen menyatakan bahawa penulis ini menghasilkan karya yang sukar dihadam oleh pembaca. Bukan mudah membaca pemikiran atau karya orang lain. Apalagi jika tidak menghayati pengarang dan kepengarangannya. Hal yang demikian kerana idea yang dicurahkan dalam tulisannya melalui karya kreatif bukan buah fikiran semata-mata, tetapi mengandungi makna yang tersurat dan tersirat Pengarang generasi baharu adalah pengarang yang aktif berkarya, serta hadir dengan gaya dan teknik yang berbeza dalam mengangkat sesuatu subjek dalam karyanya. Pangarang ini dikatakan tidak lagi terkongkong di bawah panji realisme sebaliknya melakukan transformasi dan aliran lain seperti surealisme, absurdisme dan neutrealisme. Melihat kepada cerpen dan novel penulis mutakhir ini, karya mereka kental dengan penggunaan ilmu bantu bagi memperkukuhkan muatan karya. Mereka dilihat tidak lagi membicarakan tema- tema yang klise tetapi lebih yakin membicarakan isu-isu global. Selain itu, mereka begitu lancar menggunakan teknologi maklumat, ekologi, geografi, falsafah, undang-undang, politik antarabangsa, perubatan, dan pelbagai ilmu luar sastera sebagai landansan pengkaryaan mereka. Penulis mempunyai sumbangan yang tertentu dalam masyarakat kerana setiap manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing 2
  • 3. terhadap masyarakatnya. Seni sastera juga wujud dalam diri setiap manusia, terpulang kepada insan tersebut sama ada mahu mengeksploitnya semaksimum ataupun seminimum mungkin. 3
  • 4. SINOPSIS NOVEL Melalui novel ini kita dibawa menyusuri perjalanan hidup seorang gadis yang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang mampu mengugat keimanan dan ketabahan seorang gadis miskin dan naif sepertinya. Dugaan yg mendatang bukan melemahkan gadis ini tetapi berjaya membentuk kekuatan mental dan emosi untuk menghadapi pelbagai halangan yg mendatang. Novel ini membawa kite ke alam nyata iaitu kenyataan bukan seindah yg kita impi dan inginkan tetapi segalanya telah ALLAH tentukan sejak azali lagi... TANGISAN BULAN MADU 1 mengisahkan tentang Amira seorang pelajar lepasan universiti yang masih belum mempunyai pekerjaan. Ibunya pula sentiasa risau dengan keadaannya yg masih memerap di rumah. Bosan dengan leteran ibu,dia mencari kerja sebagai jurujual di sebuah butik milik seorg perempuan kaya yang bernama Puan Marina. Amira terpaksa menipu dengan mengatakan dia cuma lepasan SPM kerana terlalu menginginkan pekerjaan. Ketika itu dia bercinta dengan Azali yang dikenalinya semasa belajar di universiti dulu. Namun cinta mereka tidak kesampaian kerana Azali memilih untuk menuruti kehendak keluarga yang mahukannya berkahwin dengan jodoh pilihan ibunya. Amira kecewa kerana impiannya musnah. Ketika itu anak Puan Marina yg bernama RIZAL AFFENDY HAZWANI atau mesra dipanggil BOGATT sering berkunjung ke butik itu untuk melawat ibunya. Pada awalnya Amira bencikan Bogatt kerana tingkahlakunya yang sukar diramal. Bogatt seorg yang ceria tetapi kadang - kadang pemarah. Tetapi akhirnya Amira mula mencintai lelaki itu kerana bogatt sebenarnya seorg lelaki yang pada pandangannya seorang yang berani. Bogatt terpikat kepada Amira 4
  • 5. kerana gadis itu seorang yang sopan, lembut dan sentiasa menjaga batasan agama. Puan Marina menentang keras percintaan ini. Tetapi cinta mereka terlalu kukuh. Ayah Bogatt, Tn. Amir merestui percintaan ini. Amira diherdik dan dicemuh oleh Puan Marina kerana tidak setaraf dengan Bogatt Tetapi Bogatt tetap mempertahankan cinta mereka. Setelah berjerih ke pelamin, takdir menentukan segalanya.benar. Mereka berjaya disatukan sebagai suami isteri tetapi tuhan lebih sayangkan Bogatt. Bogatt jatuh pengsan sebaik sahaja selepas melafaz akad nikah. Bogatt meninggal dunia seminggu selepas itu kerana menghidap barah otak yg dideritainya sejak sekian lama. Amira yang ditinggalkan terkapai sendirian mengharungi kepahitan hidup. Amira masih sunti ketika bogatt meninggal. Amira bersumpah dengan Bogatt bahawa dia tidak akan berkawin lagi. Tetapi Bogatt tetap mahu Amira mencari kebahagiaannya sendiri suatu hari nanti. Amira telah membawa diri ke sabah selepas permohonannya untuk menjadi guru diterima. Hubungannnya dengan emak mertuanya pula semakin baik. Amira kemudian menjadi guru di samping menghasilkan puisi menggunakan nama pena Delima. Antara puisinya yang terkenal termasuk Pengantin yang diangkat daripada kisah benar dengan arwah suaminya. 5
  • 6. TEORI SOSIOLOGI Dalam konteks kesusasteraan Melayu menurut Ungku Maimunah Mohd. Tahir, konsep sosiologi sastera umumnya terbahagi kepada tiga bentuk pemahaman dan penerapan. Pemahaman pertama bertolak daripada andaian bahawa teks sastera bebas daripada tuntutan dan pengaruh persekitaran. Justeru, kajian dipusatkan kepada tekssemata-mata dan ditumpukan kepada usaha menyerlahkan gambaran masyarakat fiktif seperti yang tertera dalam teks yang dikaji. Kajian seperti ini tidak jauh berbeza daripada kajian intrinsik yang lumrah ditemui hanya ianya kini ditumpukan kepada gambaran masyarakat dalam teks sastera. Pemahaman kedua menghujahkan bahawa persekitaran mempunyai kaitan yang penting dengan karya yang terhasil. Justeru, kajian menganalisis dinamika antara teks dengan konteksnya dan bagaimana konteks tersebut mempengaruhi karya yang terhasil daripada segi isi dan bentuknya. Pemahaman ketiga, yang juga meyakini eratnya jalinan antara persekitaran dan karya, lebih menjurus kepada penggunaan sesuatu paradigma tertentu untuk mengkaji permasalahan yang dibangkitkan dalam teks sastera. Secara bandingan, pemahaman pertama adalah jauh lebih dominan dan merupakan ‘ilmu’ tentang sosiologi sastera yang dianuti dan diamalkan dalam sastera Melayu. Pada dasarnya, sosiologi dapat difahami sebagai ilmu yang mempelajari kehidupan sosial manusia dalam menjalani kehidupan bersama. Ilmu ini memusatkan telaahnya pada kehidupan kelompok dan tingkah laku sosial lengkap dengan produk kehidupannya. Sosiologi tidak tertarik pada hal-hal yang sifatnya kecil, pribadi, dan unik. Sebaliknya, ia tertarik pada hal-hal yang bersifat 6
  • 7. besar dan substansial serta dalam konteks budaya yang luas. Sosiologi lebih menekankan perhatiannya pada persoalan pengaruh kelompok pada sikap-sikap dan perilaku anggotanya. Namun yang perlu ditegaskan, sosiologi hanya dapat meneliti dan memahami yang lahiriah (manifest) Pendekatan Sosiologi dalam kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang menggunakan prinsip-prinsip teori Sosiologi. Sosiologi merupakan salah satu bidang sains sosial. Walaupun Sosiologi bersumberkan bidang sains sosial, namun ia tetap mempunyai hubungkait dengan kesusasteraan. Sosiologi berkait rapat dengan aspek sejarah sebagaimana yang dibincangkan dalam pendekatan Historikal sebelum ini. Sosiologi melibatkan pelbagai perkara yang melibatkan latar sosial masyarakat baik di dalam teks mahupun di luar teks. Aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya dan etika sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi kepengarangan dan latar tekstual karya. Falsafah pemikiran Auguste Comte (1798-1875) yang meletakkan sosiologi sebagai ilmu yang tertinggi dan patut dipelajari, maka kritikan sastera dan penulisan teksnya juga turut dipengaruhinya. Pemikiran Auguste Comte telah mendapat sambutan yang hangat dan turut mempegaruhi pemikiran ahli falsafah Inggeris John Staurt Mill. Lanjutan daripada permikiran inilah maka berkembangnya pengaruh positivisme dan aliran realisme dalam kesusasteraan Perancis dan Barat (Abdul Halim Ali,1998:4). Secara ringkas, pendekatan ini memberi penekanan kepada aspek aspek- aspek sosial tentang bagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal ini, pendekatan Sosiologi tidak dapat lari dari turut membicarakan tentang pengkarya. Aspek sosiologi pengkarya akan diteliti sama. Sebelum memasuki perbicaraan intrinsik karya, 7
  • 8. riwayat hidup pengarang termasuk tempat lahir, sosiolisasi, pendidikan, alam sekitar, status sosial, nilai-nilai kehidupan dan sebagainya hendaklah ditinjau terlebih dahulu (Mana Sikana, 1983:110). Menggunakan teori Sosiologi dalam kritikan kesusasteraan mengkehendaki pengkritik mendalami ilmu sosiologi. Pengkritik perlu mahir mengenalpasti aspek-aspek sosiologi yang berkait dengan teks dan pengkarya di samping mampu menghubungkan sosiologi itu dengan kesusasteraan. Pengertian sosiologi menurut, Diana Laurenson dan Alan Swingewoods (1972:13) menjelaskan bahawa pengkajian sosiologi yang berfokuskan aspek masyarakat dan kemasyaratan merupakan satu bidang ilmu yang memberikan tumpuan terhadap individu dan masyarakat secara saintifik dan objektif. Selain itu, kajian sosiologi juga merangkumi kajian tentang kedudukan individu dalam masyarakat, kajian mengenai institusi sosial, proses bersosialisasi serta sejarah masyarakat itu. Berkaitan dengan pertalian antara masyarakat dengan persekitaran sewaktu berkarya, Diana Laurenson dan Alam Swingewoods (1972:13). Mengatakan bahawa hubungan masyarakat dan persekitaran sangat rapat dan saling melengkapi untuk memahami isu-isu masyarakat dan sejarah. Diana Laurenson dan Alan Swingewoods (1972:13) seterusnya memperincikan lagi pendekatan Sosiologi ini dengan melihat tiga dimensi, pertamanya melihat karya sastera sebagai dokumen sosiobudaya yang mencerminkan satu zaman. Hal yang kedua, melihat dari segi penghasilan karya sastera terutama yang berhubungan dengan kedudukan sosial seorang penulis. Dan hal yang ketiga merujuk kepada penerimaan sesuatu masyarakat. Terhadap karya-karya , justeru, pendekatan sosiologi sastera dijadikan landasan pengkajian disebabkan wujudnya hubungan yang erat antara sastera dengan masyarakat. 8
  • 9. Walaupun kehidupan masyarakat dijadikan bahan untuk berkarya namun bahan tersebut telah dipilih dan disaring serta diberikan tanggapan sendiri oleh pengarang. Namun begitu, semasa berkarya mereka juga masih terikat dengan ruang dan wakrtu. Oleh itu, semasa berkarya seseorang itu tidak akan melepaskan dirinya daripada tanggungjawab untuk menyampaikan mesej sama ada dalam bentuk peringatan, nasihat atau panduan kepada khalayak pembaca. Isu-isu masyarakat yang menyentuh sensitiviti mereka dijadikan idea sebelum mengolahnya dalam bentuk karya kreatif bagi mengungkapkan pemikiran melalui bahasa. Walaupun begitu, pemikiran mereka berhubung dengan persoalan masyarakat dan kemasyarakatan terungkap dalam aspek sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi. Menurut Diana Laurenson dan Alan Swingewood( 1972:12) lagi, pendefinisian sosiologi juga merangkumi ruang lingkup kehidupan individu dan masyarakat secara meluas, lengkap dan mendalam. Gambaran umum sesuatu masyarakat itu dapat dikesan melalui penelitian terhadap institusi sosial kepercayaan, ekonomi dan politik dalam masyarakat itu. Kesesuaian penerapan pendekatan sosiologi sastera untuk meneliti aspek pemikiran penulis yang berhubung dengan persoalan masyarakat dan kemasyarakatan selaras dengan pendapat Mohamad Mokhtar Hassan (1995:11) mengatakan, pada dasarnya pendekatan sosiologi cuba untuk melihat segala macam nilai-nilai masyarakat, institusi sosial serta sesuatu komoniti atau indivivu daripada hasil karya tertentu. . Menurut Mana Sikana (1986:106-107) pula, terdapat dua konsep pendekatan sosiologi ini. Pertama, melihat karya sastera sebagai cerminan sejarah, terutama mengenai sejarah perkembangan ekonomi, teknologi dan perhubungan kelas. Tegasnya pendekatan ini melihat konfrantasi dan pertikaian 9
  • 10. yang berlaku dalam masyarakat sebagai sumber inspirasi penulis dan tugas mereka ialah mencerminkan atau menggambarkan peristiwa yang terjadi, di samping aspek perwatakan turut dirakamkan. Watak-wataknya hendaklah menggambarkan sifat individu, personal dan berperibadi seperti yang telah ditentukan oleh masyarakat. Penerapan teori sosiologi sastera dalam kajian, walaupun masih dianggap baru, namun kajian terhadap masyarakat dan kemasyarakatan yang berkaitan dengan masyarakat dan individu telah dilakukan sejak zaman Plato lagi. Hal yang demikian, disahihkan lagi dengan penemuan bukunya yang bertajuk Republik. dalam bukunya itu, beliau menyarankan bahawa sastera mesti mengungkapkan unsure didaktif yang bermoral serta mengarah kepada aspek kebenaran yang hakiki. Justeru, sebuah karya sastera tidak akan menjadi agung dan bermutu tinggi sekiranya tidak menjelajahi alam masyarakat serta kehidupan manusia sedalam-dalamnya. Hal ini, memperlihatkan bahawa karya sastera dalam apa juga bentuk dan genre mempunyai pertalian yang rapat dengan masyarakatnya. PERNYATAAN MASALAH 1. Kami mahu menkaji novel bertajuk Tangisan Bulan Madu 1 ini kerana aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya dan etika sosial yang dilihat sebagai unsur- unsur penting yang mempengaruhi kepengarangan dan latar tekstual karya memenuhi kriteria Pendekatan Sosiologi yang akan digunakan sepanjang tempoh membuat kajian berdasarkan novel ini. 10
  • 11. 2. Selain daripada itu juga Pendekatan Sosiologi yang kami pilih juga memberi penekanan kepada aspek aspek-aspek sosial tentang bagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Kriteria ini dapat kami temui melalui perjalanan watak utama yang menjadi teras subjek kajian kami dlam novel yang dipilih. OBJEKTIF Objektif kajian novel ini adalah untuk melihat Hasil kesusasteraan digunakan utk mengetahui nilai hidup, sikap dan tingkah laku masyarakat yang mampu melihat kelebihan dan kelemahan watak utama ( Amira ) dari segi Pendekatan Sosiologi yang merupakan ilmu yang mempelajari kehidupan sosial manusia dalam menjalani kehidupan bersama. Selain daripada itu kajian novel yang bertajuk Tangisan Bulan Madu karya Samsiah Mohd Nor dipilih bertujuan untuk mengkaji masalah sosial seperti profesion, ekonomi yang dihadapi watak utamanya iaitu Amira serta bertujuan untuk : • Menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya • Memberikan pandangan, menilai karya sastera secara kritis dan menyuburkan nilai • Memupuk budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan minat terhadap hasil dalam bidang penulisan Melayu. 11
  • 12. KAEDAH KAJIAN / METADOLOGI Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan. Rujukan telah dibuat di perpustakaan Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu rujukan turut dibuat berdasarkan jurnal Dewan sastera dan Dewan Bahasa. Kajian ini juga turut menggunakan kaedah perbincangan yang melibatkan ahli dalam kumpulan untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan sepanjang kajian dijalankan berdasarkan novel yang dipilih menggunakan pendekatan sosiologi ANALISIS KAJIAN PENGENALAN NOVEL Novel Tangisan Bulan Madu 1 merupakan sebuah karya Samsiah Mohd Nor, terbitan Creative Enterprise Sdn.Bhd ( CESB) pada tahun 2001, pertama kali diterbitkan pada 1991 dan sudah diulang cetak 13 kali, malah telah diadaptasi ke drama bersiri oleh Asia Media Content Sdn Bhd. Beliau merupakan seorang novelis dilahirkan pada 21 September 1965 di Kuantan, Pahang. Beliau mendapat pendidikan menengah pada 1972 – 1976. KAJIAN NOVEL Nilai hidup, sikap dan tingkah laku Watak Amira terpaksa mengorbankan diri demi mencari kebahagiaan, tetapi cekal berdepan dengan penderitaan itu sehingga jarang sekali menangis di hadapan orang lain. Watak Amira digambarkan sebagai seorang yang gadis 12
  • 13. menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang mampu mengugat keimanan dan ketabahan seorang gadis miskin dan naif sepertinya. Dugaan yg mendatang bukan melemahkan gadis ini tetapi berjaya membentuk kekuatan mental dan emosi untuk menghadapi pelbagai halangan yg mendatang. Dia juga merupakan gadis yang yang berpegang teguh pada nilai kehidupan di mana dia sentiasa menjaga tingkah lakunya agar sentiasa bersopan santun dan menjaga batasan agama meskipun diherdik caci oleh orang lain. Sikap watak Amira jelas digambarkan sebagai seorang gadis tabah yang tidak pernah berputus asa menjalani setiap dugaan yang ditentukan buat dirinya. Masalah sosial seperti profesion, ekonomi Dalam novel ini, masalah sosial seperti profesion dapat dilihat melalui watak Amira yang hanya bekerja sebagai pembantu di sebuah butik meskipun dia memiliki segulung ijazah yang seharusnya melayakkannya untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik, dan kerana status dirinya yang hanya pembantu kedai ini juga telah menyebabkan Amira dipandang hina dan sering diherdik oleh pemilik tempatnya bekerja yang juga merupakan ibu kepada kekasih hatinya Bogatt lantaran tidak menyetujui perhubungan antara mereka. Dalam novel ini turut merungkaikan masalah ekonomi yang merupakan penghalang sebenar perhubungan cinta antara Amira dan Bogatt. Ibu Bogatt sangat menentang perhubungan anaknya dengan Amira kerana menganggap Amira tidak setaraf dengan kedudukan yang dimiliki oleh mereka. Gambaran ini menjelaskan sikap segelintir masyarakat masa kini yang sangat mementingkan taraf dari segi kedudukan dan ekonomi yang disandang seseorang. 13
  • 14. KESIMPULAN Satu jalur pemahaman ‘sosiologi sastera’ dalam sastera Melayu moden dapat dilihat pada tulisan yang mengandaikan ‘sosiologi sastera’ sebagai gambaran masyarakat seperti yang diserlahkan oleh teks sastera. Penekanan bahawa sastera adalah gambaran masyarakat memang sering didengar. Sehubungan ini, selain daripada penyataan umum seperti “sastera adalah cerminan masyarakat”, “sastera adalah terjemahan realiti masyarakat. Penceritaan dalam Novel Tangisan Bulan Madu menyerlahkan andaian tertentu sebagai dasar pemahaman dan kajian. Pertama, kajian seperti ini mengakui kaitan antara sastera dengan masyarakat adalah erat dan tidak dapat dipertikaikan. Ini kerana masyarakat adalah bahan mentah dan sumber ilham sastera, dan sastera seterusnya menyerlahkan masyarakat atau realiti masyarakat tersebut dalam ciptaannya. Oleh itu, kami yakin penggunaan Pendekatan Sosiologi adalah jelas boleh digunakan untuk menjalankan kajian terhadap novel yang telah dipilih dalam kajian ini meskipun ruang lingkup masyarakat yang perlu dikaji tidak terlalu besar. Tetapi cukup sekadar watak utamanya yang menjalani kehidupan dalam masyarakatnya sendiri yang mengalami permasalahan yang dikupas sepanjang huraian dalam kajian ini. 14
  • 15. BIBLIOGRAFI 1. Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. 2006. Sastera Melayu Suatu Pengantar. Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn. Bhd. 2. Djamaludin Ancok, Fuat Nashori Suroso. 1994. Psikologi Islamisasi : Salusi Islam Atas Problem-Problem Psikologi. Yogyakarta : Penerbit Pustaka Pelajar 3. S. M. Zakir. 2003. Dunia Sastera Pelbagai Dsiplin Selangor. 4. http://qunia-mimpiyangindah.blogspot.com/2009/01/tangisan-bulan- madu-shamsiah-mohd-nor.html 5. http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/658/55/novel- umum/creative-enterprise/cesb-tangisan-bulan-madu.html 6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologi 15
  • 16. LAMPIRAN 16
  • 17. Tajuk novel : Tangisan Bulan Madu Penerbit : CESB Terbitan : 2001 17