SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
ISU DAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA
                    DI SEKOLAH-SEKOLAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
                                           DI MALAYSIA
                                                 oleh
                          HJ. ABD. RAZAK DALI, P.K.T., ED.D., M.A. , Cert. Ed.
                                             Bukit Jambul
                                             Pulau Pinang
Membaca merupakan satu topik yang sentiasa mendapat perhatian serius daripada semua peringkat
masyarakat di nergara ini. Sungguhpun kita prihatin terhadap pelbagai isu dan masalah yang diutarakan
tentang tajuk ini, namun sehingga hari ini belum nampak sebarang penyelesaian berkesan dilakukan
terhadapnya. Mungkin kita tidak nampak isu dan masalah yang sebenar berkaitan dengan ilmu, pengajaran
dan pembelajaran membaca? salah satu masalah yang kita akui sebagai yang paling serius ialah kurangnya
minat dan tabiat membaca dan ini berlaku di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Kerajaan dan
pelbagai pihak telah dan sedang berusaha untuk meningkatkan tabiat dan minat membaca. Perkara ini
sentiasa dipandang serius oleh semua pihak kerana negara ini sedang menuju ke arah menjadi sebuah
negara membangun yang rakyatnya mesti boleh dan dapat bertanding dalam semua aspek kehidupan
dengan negara lain.
Di sekolah rendah dan sekolah menengah membaca masih lagi menjadi perkara penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk
menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai
masyarakat yang berilmu dan maju. Kalau dilihat pada dasar pendidikan, kurikulum, dan silibus
pengajaran membaca tidak ada cacatnya. Semua sudut tentang membaca telah diajar di sekolah-
sekolah. Malangnya isu dan masalah yang sama dibangkitkan setiap tahun.
"Pelajar tidak suka membaca."
"Pelajar tidak berminat membaca."
"Pelajart tidak mahu membaca."
"Pelajar malas membaca."
Tetapi ramai yang tidak mahu mengakui hakikat yang sebenarnya bahawa setelah tamat pengajian SRP,
SPM, STPM, Ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, dan kedoktoran pelajar-pelajar di Malaysia masih tidak
TAHU membaca. Sebenarnya banyak perkara yang menyumbang kepada masalah pembacaan tetapi yang
dilaung-laungkan kerap berfokus kepada masalah minat dan tabiat membaca sahaja. Kita perlu tahu
bahawa kebolehan dan kemahiran membaca tidak berteraskan kepada minat dan tabiat membaca
sahaja. Untuk menjadikan seseorang itu berminat serta mempunyai tabiat membaca yang positif kita perlu
pertimbangkan faktor-faktor lain yang berkaitan dengannya sama seriusnya dengan minat dan tabiat
membaca mereka.
MEMECAH TRADISI PENGAJARAN MEMBACA

Setiap kali proses pengajaran membaca berlaku di dalam bilik darjah sama ada di sekolah rendah,
menengah atau di intitusi pengajian tinggi ia perlu dipandang sebagai satu pengajaran ilmu yang baru yang
dapat diterima oleh pelajar. Kita berusaha mengajar dengan gigih supaya pelajar dapat menerima apa yang
diajar itu dengan penuh kesedaran, dengan sikap yang positif, dan dapat menggunakan hasil pengalaman
pembacaan itu untuk tujuan yang sebenar. Malangnya ramai guru hari ini menitikberatkan elemen-elemen
proses membaca yang tidak jelas dan tidak bermakna kepada pelajar. Ada guru yang memburukkan lagi
proses pengajaran membaca dengan mendekatinya pula mekanikal. Ini kerap berlaku kerana ada banyak
kekangan keadaan dan halangan yang berlaku proses mengajar membaca. Ilmu membaca perlu
dititikberatkan bukannya proses membaca.
Kekangan dan halangan yang wujud itu kerap kali tidak mendapat perhatian guru kerana ramai yang tidak
tahu yang ianya wujud. Proses pengajaran membaca di dalam bilik darjah adalah refleksi kepada amalan
bagaimana buku harus dibaca di sekolah semasa guru mempelarainya di sekolah dahulu. Amalan
pengajaran ini telah menyebabkan guru bertindak dengan mengajar secara teknikal tanpa berani membuat
keputusan bagaimana hendak mengubahsuaikannya
Untuk mengelakkan guru daripada menjadi sebagai seorang juruteknik membaca, mereka harus boleh dan
tahu mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan membuat keputusan sendiri berpandukan kepada apa
yang ada di hadapan mereka (pelajar, bahan, tujuan, kaedah dan diri mereka sendiri). Keupayaan berbuat
demikian adalah satu langkah ke arah menjadi seorang guru membaca yang profesional. Guru membaca
yang sebenar ialah mereka yang mendapat pendidikan dalam ilmu membaca dan ilmu pengajaran membaca
(yang dimaksudkan di sini ialah semua guru dan tidak terhad kepada guru yang mengajar subjek bahasa
sahaja).

Sebagai satu contoh ilmu membaca yang dimaksudkan ialah apabila kita membaca kita perlu tahu bahawa
tujuan penulis menulis teks ialah untuk berkongsi maklumat dengan pembacanya dan pembaca pula akan
membentuk semula isi teks supaya mereka dapat menerima dan memahami maklumatnya. Pada asasnya
untuk mendapatkan maklumat daripada teks pembaca harus boleh mengcam, menggunakan dan
mencantumkan petanda dan petunjuk yang disediakan oleh penulis dengan maklumat daripada pengalaman
lalu tentang tajuk yang dibacanya, dan dengan pengetahuan tentang proses membaca. Pembaca juga harus
boleh membuat inferens kepada makna yang dibuat oleh penulis.
Antara faktor utama yang boleh memungkinkan proses pembacaan itu menjadi satu aktiviti yang berjaya
ialah pembaca harus mempunyai sikap yang positif. Kedua, pembacaan yang dilakukan itu perlulah
berasaskan kepada kefahaman tentang konsep pemerosesan mental. Pemprosesan konsep ini boleh
dilakukan oleh seorang pembaca yang cekap ketika dia berusaha membentuk makna; dan jika dilakukan
dengan mahir dia boleh memahami keseluruhan teks yang dibacanya itu dengan berkesan (proses
metakognisyen). Ketiga, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kebolehan untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran membaca yang sebenarnya.

Bila kita mengajar membaca sebenarnya kita mengajar bagaimana pelajar dapat membentuk sikap terhadap
isi kandungan yang ditulis oleh penulis. Guru harus dapat menumpukan perhatian pembaca kepada
bagaimana penulis meluahkan pengalaman, pengetahuan dan pendapatnya ke dalam bukunya. Penulis
mempunyai perhubungan yang rapat dengan pembaca kerana kedua-dua mempunyai pandangan dan
sikapyang sama pengalaman, pemprosesan maklumat, pembinaan isi kandungan, tujuan membaca
kemahiran menulis dan membaca. Kesemua ini saling terikat dalam usaha membina pengalaman dan
kemahiran yang berkesan dan berjaya dalam pembacaan.

Pelajar perlu diberi motivasi melalui pengajaran yang terancang dan tersusun. Guru memotivasikan pelajar
dengan memberikan tugasan yang berjaya dilaksanakan oleh pelajar secara mengintegrasikan apa yang
hendak dipelajarinya itu dengan aktiviti yang sebenar. Kelemahan yang berlaku ialah semasa di sekolah
rendah guru merancang pengajaran membaca berpandukan kepada pembacaan satu teks asas sepanjang
tahun melalui kelas bahasa. Di situlah fokus pembelajaran membaca tanpa pelajar berpeluang meluaskan
kemahiran kepada bentuk bahan bacaan yang bebeza.

Pelajar tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca jika mereka mempunyai sikap negatif terhadap
peroses pembelajaran dan bahan yang dibacanya itu. Sikap positif terhadap membaca banyak bergantung
pada pelajar mempunyai kesedaran metakognitif tentang konsep seperti: a) "Apakah itu membaca?", dan b)
tentang penyertaan mereka dalam aktiviti membaca. Untuk menimbulkan semua ini teknik utama ialah
mewujudkan satu suasana keliling yang literat yang membolehkan pelajar membina konsep yang tepat dan
perasaan yang selesa dalam aktiviti membaca dan menulis yang bermakna. Menyeru dan menyuruh pelajar
membina sikap postif secara lisan akan menghasilkan kesan yang minima, yang pentingnya ialah penyertaan
dalam aktiviti membaca yang sebenar dengan panduan dan tunjuk ajar yang berkesan.
Semua pelajar akan melalui proses peningkatan darjah, oleh itu fokus pengajaran juga harus turut berubah
daripada satu konsep yang mudah kepada yang lebih sukar iaitu dari keseronokan membaca cerita beralih
kepada konsep tentang fungsi membaca dan pelbagai reaksi yang mereka ketemui dalam sesuatu bahan
bacaan (Lihat Rajah 5).
Matlamat membaca ialah untuk membolehkan palajar memahami mesej di dalam teks. Keupayaan untuk
memahami kandungan di dalam teks bergantung pada pengalaman latar yang ada pada pelajar tentang
tajuk yang dibaca, jenis bahan bacaan dan apa tujuan dia membacanya. Pada umumnya apabila kita
mengajar membaca tumpuan kita ialah pelajar. Tujuan guru biasanya untuk membolehkan pembaca
mengeluarkan isi kandungan teks yang dibacanya tetapi pengajaran begini tidak menjamin pelajar tahu
bagaimana maklumat dapat diproses dalam situasi bacaan yang berbeza. Ini berlaku kerana guru kurang
peka dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran-kemahiran kognitif bagaimana maklumat dapat
diterbitkan dari teks.
Semua Pusat Sumber Sekolah perlu menyediakan KLINIK MEMBACA. Cara pembacaan di ajar ia itu cara
membaca yang berkesan dengan mengetahui kepentingan bahagian-bahagian buku.
MEMBANTU PELAJAR MENGGUNAKAN STRATEGI MEMAHAMI TEKS
Sesuatu proses kefahaman teks bacaan yang berkesan berfokus pada cara-cara dan penaakulan yang
digunakan untuk mengeluarkan maklumat, dan bukannya pandangan pembaca terhadap isi kandungan
teks. Tujuan perlakuan kefahaman ialah untuk membolehkan pembaca sedar tentang cara membaca dan
penaakulan yang digunakan itu di bawah kawalannya sendiri. Kita mahu pelajar tahu bagaimana untuk
menggunakan pengetahuan latar dan membuat telahan dan inferens semasa mereka membaca. Kita juga
mahu pembaca boleh dan tahu memantau pembacaan mereka dan menggunakan strategi yang dapat
memecah halangan terhadap pembinaan makna semasa mereka membaca. Kita juga mahu pembaca
menyusun dan menilai hasil daripada apa yang telah mereka baca.
Peranan guru dalam pengajaran strategi ialah untuk mewujudkan satu suasana pengajaran yang
menegaskan bahawa dalam pembacaan teks yang bersambungan penggunaan strategi membaca yang tepat
adalah langkah yang penting. Guru dapat mengukuhkan proses kefahaman membaca seseorang pelajar itu
dengan menunjukkan kepada mereka bagaimana strategi yang sama juga digunakan oleh penulis semasa
mereka menulis teks. Pengajaran dalam proses kefahaman membaca bermula dengan kefahaman
mendengar pada peringkat permulaan literasi dan meningkat sedikit demi sedikit kepada proses-proses yang
lebih kompleks dan jenis bahan bacacan yang lebih tinggi.
PEMBACA HARI INI
Sikap dan kesedaran keperluan membaca di kalangan ramai pelajar kita di semua peringkat pengajian
adalah terlalu rendah, mudah dan cetek. Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi, sungguhpun
mereka telah berada di menara gading, hanya yang asas sahaja. Kebolehan membaca rata-rata terhad
kepada bahan bukan ilmiah dan berbentuk naratif. Penguasaan dan kelancaran bahasa mereka tidak
mendalam kerana ramai yang masih lagi tidak berupaya untuk berfungsi dalam bahasa akademik, bahasa
sains dan bahasa teknologi. Kelemahan ini bertambah apabila pembaca mempunyai pengetahuan am yang
terlalu sempit dan ini menyebabkan mereka tidak berupaya untuk berinteraksi dengan penulis. Semua ini
disebabkan pelajar terlalu bergantung pada nota-nota guru dan buku ulangkaji dan mereka enggan
membaca buku-buku ilmiah yang boleh didapati dalam jumlah yang besar di perpustakaan di seluruh
negara.
GURU HARI INI
Tanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya berat kerana guru bukan
sahaja bertanggungjawab memberi pengalaman kepada pelajar dalam bidang mata pelajaran yang
diajar tetapi ia juga bertujuan membentuk pelajar menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kalau itu tidak
mencukupi banyak lagi tugas dan tanggungjawab guru yang ditanggungnya di luar proses
pengajaran. Tugas guru bukannya mudah kerana ada banyak perkara lain yang dianggap seseorang guru
harus boleh lakukan sungguhpun guru itu tidak mendapat latihan khusus dalam bidang itu. (Lihat Rajah 6).
Tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan pembelajaran membaca bukannya terhad pada seseorang
guru sahaja. Untuk setiap mata pelajaran disediakkan buku teks. Ini bererti setiap guru mata pelajaran juga
harus menjadi seorang guru bacaan. Kalau ditanya kepada guru, ramai akan mengatakan bahawa buku teks
digunakan sebagai rujukan atau untuk memberi latihan kepada pelajar. Persoalannya ialah bilakah pelajar
betul-betul berpeluang untuk diberi kemahiran membaca dalam erti kata membaca dengan penuh
perhatian. Begitulah juga keadaannya di dalam kelas bahasa, membaca tidak begitu penting, yang penting
ialah menjawab soalan kefahaman.
Lalu kita akan bertanya - tanggungjawab siapakah untuk mengajar membaca. Latihan yang diterima oleh
guru dalam bidang membaca terlalu minima dan ada guru yang tidak pernah menerima sebarang
pendedahan tentang pengajaran membaca dan ilmu membaca terutamanya guru mata
pelajaran. Kefahaman tentang ilmu membaca terlalu penting untuk diabaikan dalam proses pendidikan
guru. Sekurang-kurangnya apabila seorang guru itu tamat pengajiannya dia telah pun menerima
pendedahan dalam bidang ilmu membaca dan pengajaran membaca. Dengan ilmu yang ada mereka
berupaya memberi penjelasan dan penerangan yang betul kepada soalan-soalan seperti ini:
 a. Apakah definisi membaca?
 b. Apakah faktor yang mempengaruhi membaca?
 c. Bagaimana proses membaca itu berlaku?
         d. Apakah erti kefahaman dalam pembacaan dan perbezaannya dengan proses membaca?
         e. Apakah kemahiran dan strategi yang perlu diajar bagi pelajar yang mempunyai latar belakang,
         kebolehan, pengetahuan, dan matlamat membaca yang berbeza?
PENGAJARAN MEMBACA HARI INI
Di mana dan bila harus dimulakan pengajaran membaca? Perlukah pengajaran membaca itu diasingkan
dari pengajaran bahasa? Bagaimanakah dapat dibezakan pengajaran membaca dengan pembacaan bahan
ilmiah? Ini adalah antara persoalan yang perlu diberi perhatian dalam pengajaran membaca. Kita percaya
bahawa sistem pendidikan di sekolah rendah telah berjaya melengkapi pelajar dengan kemahiran mekanis
membaca.
Oleh itu di mana salahnya kita? Mungkin apabila pelajar meningkat ke sekolah menengah pengajaran
membaca masih lagi tertumpu kepada kemahiran yang dipelajari di sekolah rendah. Apabila tiba pada satu
tahap, sudah pasti kemahiran membaca yang lebih kompleks perlu diajar dan dipraktikkan kerana inilah
caranya untuk membolehkan pelajar membaca dengan berkesan dan berjaya. Mereka tidak akan berasa
takut untuk menghadapi buku-buku ilmiah yang lebih kompleks dan padat dengan maklumat.
RUMUSAN
Kalau guru tidak tahu dan tidak mahu membaca maka lebih ramai pelajar yang tidak mahu dan tidak tahu
membaca. Pelajar tidak mahu membaca kerana membaca buku teks itu selalu dianggap susah. Mereka tidak
mahu membaca kerana mereka tidak kenal buku, dan mereka juga tidak mahu membaca kerana
penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris mereka lemah (Lihat Rajah 7). Pelajar lebih mementingkan bacaan
nota yang guru sediakan atau nota komersial. Kepada mereka, ini boleh menjamin kelulusan peperiksaan
yang cemerlang dan inilah yang sangat digalakkan oleh guru, ibu dan bapa.
Pelajar di Malaysia rata-rata tidak diberi tunjuk ajar tentang kemahiran membaca pada tahap yang tinggi
dan lebih kompleks dan berkesan untuk membaca buku-buku teks dan buku ilmiah iaitu menggunakan
petunjuk, tanda-tanda, ciri-ciri dan sifat-sifat yang disediakan di dalam buku. Buku ulang kaji dan nota guru
tidak mempunyai sifat-sifat dan bahagian seperti yang terdapat dalam buku teks dan buku ilmiah. Membaca
buku ulang kaji dan nota guru tidak boleh digolongkan sebagai latihan kemahiran membaca buku kerana ia
bukanya buku dalam erti kata sebenar. Buku teks dan buku ilmiah yang sempurna banyak memberi petujuk
kepada pembaca untuk membaca secara kritikal.
Kita harus percaya sehingga hari ini ramai guru mempunyai pengetahuan yang samar-samar tentang
membaca kerana sebilangan besarnya tidak pernah mengikuti kursus tentang ilmu membaca dan
pengajaran membaca. Program pendidikan guru di peringkat diploma, sarjana muda tidak mewajibkan
guru mengambil kursus-kursus dalam bidang ini. Yang dikesalkan di IPTA dan di maktab-maktab
perguruan tidak ditawarkan bidang Pengkhususan Ilmu Membaca dan Pengajaran Membaca. Pelajar-
pelajar program Diploma Pendidikan di maktab perguruan menerima pengetahuan asas tentang membaca
melalui kursus bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Yang lebih serius ialah guru-guru yang pengkhususan
mereka mata pelajaran sains, teknikal, perdagangan dan kejuruteraan tidak menerima sebarang
pendedehan tentang ilmu membaca dan pengajaran membaca. Inilah situasi yang ada pada hari ini tentang
Ilmu Membaca.

More Related Content

Recently uploaded

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxRIMA685626
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024RoseMia3
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 

Recently uploaded (20)

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 

Featured

Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Applitools
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at WorkGetSmarter
 
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...DevGAMM Conference
 
Barbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationBarbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationErica Santiago
 
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them wellGood Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them wellSaba Software
 

Featured (20)

Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 
ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides
 
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike RoutesMore than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
 
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
 
Barbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationBarbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy Presentation
 
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them wellGood Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
 

46260933 isu-dan-masalah-pengajaran-dan-pembelajaran-membaca

  • 1. ISU DAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA DI SEKOLAH-SEKOLAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA oleh HJ. ABD. RAZAK DALI, P.K.T., ED.D., M.A. , Cert. Ed. Bukit Jambul Pulau Pinang Membaca merupakan satu topik yang sentiasa mendapat perhatian serius daripada semua peringkat masyarakat di nergara ini. Sungguhpun kita prihatin terhadap pelbagai isu dan masalah yang diutarakan tentang tajuk ini, namun sehingga hari ini belum nampak sebarang penyelesaian berkesan dilakukan terhadapnya. Mungkin kita tidak nampak isu dan masalah yang sebenar berkaitan dengan ilmu, pengajaran dan pembelajaran membaca? salah satu masalah yang kita akui sebagai yang paling serius ialah kurangnya minat dan tabiat membaca dan ini berlaku di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Kerajaan dan pelbagai pihak telah dan sedang berusaha untuk meningkatkan tabiat dan minat membaca. Perkara ini sentiasa dipandang serius oleh semua pihak kerana negara ini sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara membangun yang rakyatnya mesti boleh dan dapat bertanding dalam semua aspek kehidupan dengan negara lain. Di sekolah rendah dan sekolah menengah membaca masih lagi menjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai masyarakat yang berilmu dan maju. Kalau dilihat pada dasar pendidikan, kurikulum, dan silibus pengajaran membaca tidak ada cacatnya. Semua sudut tentang membaca telah diajar di sekolah- sekolah. Malangnya isu dan masalah yang sama dibangkitkan setiap tahun. "Pelajar tidak suka membaca." "Pelajar tidak berminat membaca." "Pelajart tidak mahu membaca." "Pelajar malas membaca." Tetapi ramai yang tidak mahu mengakui hakikat yang sebenarnya bahawa setelah tamat pengajian SRP, SPM, STPM, Ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, dan kedoktoran pelajar-pelajar di Malaysia masih tidak TAHU membaca. Sebenarnya banyak perkara yang menyumbang kepada masalah pembacaan tetapi yang dilaung-laungkan kerap berfokus kepada masalah minat dan tabiat membaca sahaja. Kita perlu tahu bahawa kebolehan dan kemahiran membaca tidak berteraskan kepada minat dan tabiat membaca sahaja. Untuk menjadikan seseorang itu berminat serta mempunyai tabiat membaca yang positif kita perlu pertimbangkan faktor-faktor lain yang berkaitan dengannya sama seriusnya dengan minat dan tabiat membaca mereka. MEMECAH TRADISI PENGAJARAN MEMBACA Setiap kali proses pengajaran membaca berlaku di dalam bilik darjah sama ada di sekolah rendah, menengah atau di intitusi pengajian tinggi ia perlu dipandang sebagai satu pengajaran ilmu yang baru yang dapat diterima oleh pelajar. Kita berusaha mengajar dengan gigih supaya pelajar dapat menerima apa yang diajar itu dengan penuh kesedaran, dengan sikap yang positif, dan dapat menggunakan hasil pengalaman pembacaan itu untuk tujuan yang sebenar. Malangnya ramai guru hari ini menitikberatkan elemen-elemen proses membaca yang tidak jelas dan tidak bermakna kepada pelajar. Ada guru yang memburukkan lagi proses pengajaran membaca dengan mendekatinya pula mekanikal. Ini kerap berlaku kerana ada banyak kekangan keadaan dan halangan yang berlaku proses mengajar membaca. Ilmu membaca perlu dititikberatkan bukannya proses membaca. Kekangan dan halangan yang wujud itu kerap kali tidak mendapat perhatian guru kerana ramai yang tidak tahu yang ianya wujud. Proses pengajaran membaca di dalam bilik darjah adalah refleksi kepada amalan bagaimana buku harus dibaca di sekolah semasa guru mempelarainya di sekolah dahulu. Amalan pengajaran ini telah menyebabkan guru bertindak dengan mengajar secara teknikal tanpa berani membuat keputusan bagaimana hendak mengubahsuaikannya Untuk mengelakkan guru daripada menjadi sebagai seorang juruteknik membaca, mereka harus boleh dan tahu mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan membuat keputusan sendiri berpandukan kepada apa yang ada di hadapan mereka (pelajar, bahan, tujuan, kaedah dan diri mereka sendiri). Keupayaan berbuat demikian adalah satu langkah ke arah menjadi seorang guru membaca yang profesional. Guru membaca
  • 2. yang sebenar ialah mereka yang mendapat pendidikan dalam ilmu membaca dan ilmu pengajaran membaca (yang dimaksudkan di sini ialah semua guru dan tidak terhad kepada guru yang mengajar subjek bahasa sahaja). Sebagai satu contoh ilmu membaca yang dimaksudkan ialah apabila kita membaca kita perlu tahu bahawa tujuan penulis menulis teks ialah untuk berkongsi maklumat dengan pembacanya dan pembaca pula akan membentuk semula isi teks supaya mereka dapat menerima dan memahami maklumatnya. Pada asasnya untuk mendapatkan maklumat daripada teks pembaca harus boleh mengcam, menggunakan dan mencantumkan petanda dan petunjuk yang disediakan oleh penulis dengan maklumat daripada pengalaman lalu tentang tajuk yang dibacanya, dan dengan pengetahuan tentang proses membaca. Pembaca juga harus boleh membuat inferens kepada makna yang dibuat oleh penulis. Antara faktor utama yang boleh memungkinkan proses pembacaan itu menjadi satu aktiviti yang berjaya ialah pembaca harus mempunyai sikap yang positif. Kedua, pembacaan yang dilakukan itu perlulah berasaskan kepada kefahaman tentang konsep pemerosesan mental. Pemprosesan konsep ini boleh dilakukan oleh seorang pembaca yang cekap ketika dia berusaha membentuk makna; dan jika dilakukan dengan mahir dia boleh memahami keseluruhan teks yang dibacanya itu dengan berkesan (proses metakognisyen). Ketiga, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kebolehan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran membaca yang sebenarnya. Bila kita mengajar membaca sebenarnya kita mengajar bagaimana pelajar dapat membentuk sikap terhadap isi kandungan yang ditulis oleh penulis. Guru harus dapat menumpukan perhatian pembaca kepada bagaimana penulis meluahkan pengalaman, pengetahuan dan pendapatnya ke dalam bukunya. Penulis mempunyai perhubungan yang rapat dengan pembaca kerana kedua-dua mempunyai pandangan dan sikapyang sama pengalaman, pemprosesan maklumat, pembinaan isi kandungan, tujuan membaca kemahiran menulis dan membaca. Kesemua ini saling terikat dalam usaha membina pengalaman dan kemahiran yang berkesan dan berjaya dalam pembacaan. Pelajar perlu diberi motivasi melalui pengajaran yang terancang dan tersusun. Guru memotivasikan pelajar dengan memberikan tugasan yang berjaya dilaksanakan oleh pelajar secara mengintegrasikan apa yang hendak dipelajarinya itu dengan aktiviti yang sebenar. Kelemahan yang berlaku ialah semasa di sekolah rendah guru merancang pengajaran membaca berpandukan kepada pembacaan satu teks asas sepanjang tahun melalui kelas bahasa. Di situlah fokus pembelajaran membaca tanpa pelajar berpeluang meluaskan kemahiran kepada bentuk bahan bacaan yang bebeza. Pelajar tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca jika mereka mempunyai sikap negatif terhadap peroses pembelajaran dan bahan yang dibacanya itu. Sikap positif terhadap membaca banyak bergantung pada pelajar mempunyai kesedaran metakognitif tentang konsep seperti: a) "Apakah itu membaca?", dan b) tentang penyertaan mereka dalam aktiviti membaca. Untuk menimbulkan semua ini teknik utama ialah mewujudkan satu suasana keliling yang literat yang membolehkan pelajar membina konsep yang tepat dan perasaan yang selesa dalam aktiviti membaca dan menulis yang bermakna. Menyeru dan menyuruh pelajar membina sikap postif secara lisan akan menghasilkan kesan yang minima, yang pentingnya ialah penyertaan dalam aktiviti membaca yang sebenar dengan panduan dan tunjuk ajar yang berkesan. Semua pelajar akan melalui proses peningkatan darjah, oleh itu fokus pengajaran juga harus turut berubah daripada satu konsep yang mudah kepada yang lebih sukar iaitu dari keseronokan membaca cerita beralih kepada konsep tentang fungsi membaca dan pelbagai reaksi yang mereka ketemui dalam sesuatu bahan bacaan (Lihat Rajah 5). Matlamat membaca ialah untuk membolehkan palajar memahami mesej di dalam teks. Keupayaan untuk memahami kandungan di dalam teks bergantung pada pengalaman latar yang ada pada pelajar tentang tajuk yang dibaca, jenis bahan bacaan dan apa tujuan dia membacanya. Pada umumnya apabila kita mengajar membaca tumpuan kita ialah pelajar. Tujuan guru biasanya untuk membolehkan pembaca mengeluarkan isi kandungan teks yang dibacanya tetapi pengajaran begini tidak menjamin pelajar tahu bagaimana maklumat dapat diproses dalam situasi bacaan yang berbeza. Ini berlaku kerana guru kurang peka dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran-kemahiran kognitif bagaimana maklumat dapat diterbitkan dari teks. Semua Pusat Sumber Sekolah perlu menyediakan KLINIK MEMBACA. Cara pembacaan di ajar ia itu cara membaca yang berkesan dengan mengetahui kepentingan bahagian-bahagian buku.
  • 3. MEMBANTU PELAJAR MENGGUNAKAN STRATEGI MEMAHAMI TEKS Sesuatu proses kefahaman teks bacaan yang berkesan berfokus pada cara-cara dan penaakulan yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat, dan bukannya pandangan pembaca terhadap isi kandungan teks. Tujuan perlakuan kefahaman ialah untuk membolehkan pembaca sedar tentang cara membaca dan penaakulan yang digunakan itu di bawah kawalannya sendiri. Kita mahu pelajar tahu bagaimana untuk menggunakan pengetahuan latar dan membuat telahan dan inferens semasa mereka membaca. Kita juga mahu pembaca boleh dan tahu memantau pembacaan mereka dan menggunakan strategi yang dapat memecah halangan terhadap pembinaan makna semasa mereka membaca. Kita juga mahu pembaca menyusun dan menilai hasil daripada apa yang telah mereka baca. Peranan guru dalam pengajaran strategi ialah untuk mewujudkan satu suasana pengajaran yang menegaskan bahawa dalam pembacaan teks yang bersambungan penggunaan strategi membaca yang tepat adalah langkah yang penting. Guru dapat mengukuhkan proses kefahaman membaca seseorang pelajar itu dengan menunjukkan kepada mereka bagaimana strategi yang sama juga digunakan oleh penulis semasa mereka menulis teks. Pengajaran dalam proses kefahaman membaca bermula dengan kefahaman mendengar pada peringkat permulaan literasi dan meningkat sedikit demi sedikit kepada proses-proses yang lebih kompleks dan jenis bahan bacacan yang lebih tinggi. PEMBACA HARI INI Sikap dan kesedaran keperluan membaca di kalangan ramai pelajar kita di semua peringkat pengajian adalah terlalu rendah, mudah dan cetek. Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi, sungguhpun mereka telah berada di menara gading, hanya yang asas sahaja. Kebolehan membaca rata-rata terhad kepada bahan bukan ilmiah dan berbentuk naratif. Penguasaan dan kelancaran bahasa mereka tidak mendalam kerana ramai yang masih lagi tidak berupaya untuk berfungsi dalam bahasa akademik, bahasa sains dan bahasa teknologi. Kelemahan ini bertambah apabila pembaca mempunyai pengetahuan am yang terlalu sempit dan ini menyebabkan mereka tidak berupaya untuk berinteraksi dengan penulis. Semua ini disebabkan pelajar terlalu bergantung pada nota-nota guru dan buku ulangkaji dan mereka enggan membaca buku-buku ilmiah yang boleh didapati dalam jumlah yang besar di perpustakaan di seluruh negara. GURU HARI INI Tanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya berat kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab memberi pengalaman kepada pelajar dalam bidang mata pelajaran yang diajar tetapi ia juga bertujuan membentuk pelajar menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kalau itu tidak mencukupi banyak lagi tugas dan tanggungjawab guru yang ditanggungnya di luar proses pengajaran. Tugas guru bukannya mudah kerana ada banyak perkara lain yang dianggap seseorang guru harus boleh lakukan sungguhpun guru itu tidak mendapat latihan khusus dalam bidang itu. (Lihat Rajah 6). Tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan pembelajaran membaca bukannya terhad pada seseorang guru sahaja. Untuk setiap mata pelajaran disediakkan buku teks. Ini bererti setiap guru mata pelajaran juga harus menjadi seorang guru bacaan. Kalau ditanya kepada guru, ramai akan mengatakan bahawa buku teks digunakan sebagai rujukan atau untuk memberi latihan kepada pelajar. Persoalannya ialah bilakah pelajar betul-betul berpeluang untuk diberi kemahiran membaca dalam erti kata membaca dengan penuh perhatian. Begitulah juga keadaannya di dalam kelas bahasa, membaca tidak begitu penting, yang penting ialah menjawab soalan kefahaman. Lalu kita akan bertanya - tanggungjawab siapakah untuk mengajar membaca. Latihan yang diterima oleh guru dalam bidang membaca terlalu minima dan ada guru yang tidak pernah menerima sebarang pendedahan tentang pengajaran membaca dan ilmu membaca terutamanya guru mata pelajaran. Kefahaman tentang ilmu membaca terlalu penting untuk diabaikan dalam proses pendidikan guru. Sekurang-kurangnya apabila seorang guru itu tamat pengajiannya dia telah pun menerima pendedahan dalam bidang ilmu membaca dan pengajaran membaca. Dengan ilmu yang ada mereka berupaya memberi penjelasan dan penerangan yang betul kepada soalan-soalan seperti ini: a. Apakah definisi membaca? b. Apakah faktor yang mempengaruhi membaca? c. Bagaimana proses membaca itu berlaku? d. Apakah erti kefahaman dalam pembacaan dan perbezaannya dengan proses membaca? e. Apakah kemahiran dan strategi yang perlu diajar bagi pelajar yang mempunyai latar belakang, kebolehan, pengetahuan, dan matlamat membaca yang berbeza? PENGAJARAN MEMBACA HARI INI
  • 4. Di mana dan bila harus dimulakan pengajaran membaca? Perlukah pengajaran membaca itu diasingkan dari pengajaran bahasa? Bagaimanakah dapat dibezakan pengajaran membaca dengan pembacaan bahan ilmiah? Ini adalah antara persoalan yang perlu diberi perhatian dalam pengajaran membaca. Kita percaya bahawa sistem pendidikan di sekolah rendah telah berjaya melengkapi pelajar dengan kemahiran mekanis membaca. Oleh itu di mana salahnya kita? Mungkin apabila pelajar meningkat ke sekolah menengah pengajaran membaca masih lagi tertumpu kepada kemahiran yang dipelajari di sekolah rendah. Apabila tiba pada satu tahap, sudah pasti kemahiran membaca yang lebih kompleks perlu diajar dan dipraktikkan kerana inilah caranya untuk membolehkan pelajar membaca dengan berkesan dan berjaya. Mereka tidak akan berasa takut untuk menghadapi buku-buku ilmiah yang lebih kompleks dan padat dengan maklumat. RUMUSAN Kalau guru tidak tahu dan tidak mahu membaca maka lebih ramai pelajar yang tidak mahu dan tidak tahu membaca. Pelajar tidak mahu membaca kerana membaca buku teks itu selalu dianggap susah. Mereka tidak mahu membaca kerana mereka tidak kenal buku, dan mereka juga tidak mahu membaca kerana penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris mereka lemah (Lihat Rajah 7). Pelajar lebih mementingkan bacaan nota yang guru sediakan atau nota komersial. Kepada mereka, ini boleh menjamin kelulusan peperiksaan yang cemerlang dan inilah yang sangat digalakkan oleh guru, ibu dan bapa. Pelajar di Malaysia rata-rata tidak diberi tunjuk ajar tentang kemahiran membaca pada tahap yang tinggi dan lebih kompleks dan berkesan untuk membaca buku-buku teks dan buku ilmiah iaitu menggunakan petunjuk, tanda-tanda, ciri-ciri dan sifat-sifat yang disediakan di dalam buku. Buku ulang kaji dan nota guru tidak mempunyai sifat-sifat dan bahagian seperti yang terdapat dalam buku teks dan buku ilmiah. Membaca buku ulang kaji dan nota guru tidak boleh digolongkan sebagai latihan kemahiran membaca buku kerana ia bukanya buku dalam erti kata sebenar. Buku teks dan buku ilmiah yang sempurna banyak memberi petujuk kepada pembaca untuk membaca secara kritikal. Kita harus percaya sehingga hari ini ramai guru mempunyai pengetahuan yang samar-samar tentang membaca kerana sebilangan besarnya tidak pernah mengikuti kursus tentang ilmu membaca dan pengajaran membaca. Program pendidikan guru di peringkat diploma, sarjana muda tidak mewajibkan guru mengambil kursus-kursus dalam bidang ini. Yang dikesalkan di IPTA dan di maktab-maktab perguruan tidak ditawarkan bidang Pengkhususan Ilmu Membaca dan Pengajaran Membaca. Pelajar- pelajar program Diploma Pendidikan di maktab perguruan menerima pengetahuan asas tentang membaca melalui kursus bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Yang lebih serius ialah guru-guru yang pengkhususan mereka mata pelajaran sains, teknikal, perdagangan dan kejuruteraan tidak menerima sebarang pendedehan tentang ilmu membaca dan pengajaran membaca. Inilah situasi yang ada pada hari ini tentang Ilmu Membaca.