SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 23
PETIKAN 1

      Melancong merupakan satu daripada aktiviti yang menyeronokkan dan
menghiburkan hati. Semasa aktiviti ini dijalankan, kita banyak memperoleh ilmu
pengetahuan yang berguna. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman.

       Pada pertengahan tahun yang lepas, saya berpeluang melawat ke negeri
Melaka. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kesan-kesan peninggalan sejarah
penjajah di negeri itu.

        Semasa saya berada di Bandar Hilir, Melaka, saya tidak melepaskan peluang
untuk melawat Kota A Famosa. Kota ini ialah kota yang dibina oleh tentera Portugis.
Kota ini pernah dijadikan kubu pertahanan tentera Portugis pada suatu masa dahulu.
Walaupun kota ini telah mengalami kerosakan, bahagian pintu kota ini masih kukuh dan
terpelihara.

       Selepas makan tengah hari, saya dan kawan-kawan meneruskan program
lawatan. Kami melawat ke makam pahlawan-pahlawan Melaka. Antara lokasi lawatan
kami makam Hang Jebat. Saya juga berkesempatan melawat ke mahkamah Hang
Tuah dan perigi Hang Tuah. Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk tempatan, air
perigi Hang Tuah ini boleh dijadikan penawar. Air perigi ini boleh mengubati pelbagai
jenis penyakit.

      Pada sebelah malamnya pula, saya dan kawan-kawan pergi ke Umbai untuk
menikmati keenakan ikan bakar. Saya turun ke gigi pantai untuk menikmati keindahan
malam di kota penuh sejarah ini. Semasa saya berada di sini, ramai pelancong asing
yang turut menikmati keindahan malam di Melaka sambil menjamu selera.

      Kira-kira pada pukul sebelas malam, saya dan peserta rombongan berangkat
pulang. Kami berasa amat seronok kerana dapat mengikuti lawatan ini. Banyak
pengalaman dan pengetahuan yang saya dan kawan-kawan telah peroleh. Melalui
lawatan ini, kami dapat melihat dan mengetahui sejarah sesuatu tempat. Saya juga
sedar betapa pentingnya penjaga kesan-kesan peninggalan sejarah bagi tatapan
generasi muda yang akan datang. Warisan sejarah merupakan antara aset pelaburan
negara kita yang tinggi nilainya. Lokasi-lokasi bersejarah ini menjadi tarikan kepada
para pelancong dari dalam dan luar negara, di samping mampu merealisasikan kempen
‘Melawat Malaysia’.



Jawab soalan-soalan berikut:

1.Pilih pernyataan yang benar tentang Kota A Famosa berdasarkan petikan.
        A. Dijadikan sebagai pelabuhan utama Melaka.
B. Dijadikan sebagai istana Sultan Melayu Melaka.
      C. Dijadikan sebagai benteng pertahanan peperangan.
      D. Dijadikan sebagai pusat pelancongan negeri Melaka.

2. Penulis dan rakan-rakannya        telah   melawat   ke     tempat-tempat   berikut
kecuali………….
      A. Kota A Famosa
      B. Perigi Hang Tuah
      C. Perigi Hang Jebat
      D. Makam Hang Tuah

3. Bilakah penulis dan rakan-rakannya melawat ke Melaka Bandar Raya Bersejarah?
       A. Bulan Jun
       B. Bulan Ogos
       C. Bulan Oktober
       D. Bulan November

4. Penulis dan rakan-rakannya pergi ke pecan Umbai untuk…………….
      A. makan malam
      B. minum petang
      C. membakar ikan
      D. bersarapan pagi

5. Apakah maksud rangkai kata menjamu selera dalam petikan?
      A. Makan dengan sepuas-puasnya
      B. Makan sewaktu benar-benar lapar
      C. Makan makanan yang enak
      D. Makan makanan yang dihidangkan




JAWAPAN PETIKAN 1
1. C 2. B 3. A 4. A      5.D
PETIKAN 2

Jumaat[15 januari 2010]

Kami bergegas ke Pelabuhan Redang setelah diberitahu bahawa kami tidak dapat
pergi ke Pulau Buru dengan mengunakan helikopter seperti biasa.Helikopter itu rosak
ketika dalam perjalanan untuk megambil kami.Kami tiba Pelabuhan Redang pada waktu
petang dan terpaksa menginap di rumah tumpangan kerana tidak ada bot yang
sanggup menghantar kami ke Pulau Buru.

Sabtu (16 Januari 2010)

Kami bangun awal pagi dan terus ke jeti untuk mencari tekong bot yang berani
meredah laut yang bergelora itu. Kami menemui seorang lelaki yang dikenali sebagi
Pak Saleh. Pak Saleh sanggup menghantar kami ke Pulau Buru setelah ditawarkan
bayaran yang lumayan.

       Pada pukul 2.00 petang, kami pun berangkat ke Pulau Buru. Setelah dua jam
berada di dalam bot yang terumbang-ambing dilambung ombak besar itu, kawan-kawan
aku terbaring lesu kerana mengalami mabuk laut.  Aku tidak senasib dengan rakan-
rakanku kerana aku sudah biasa dengan laut. Waktu senggang itu aku gunakan untuk
memancing ikan dari atas geladak.

      Tiba-tiba enjin bot mati. Pak Saleh turun ke bilik enjin. Setelah diperiksa, rupa-
rupanya paip minyak telah pecah.

       Setelah dua jam membaiki kerosakan tersebut, barulah kami dapat meneruskan
perjalanan ke pulau itu. Menjelang malam, barulah kami tiba di Pulau Buru. Kawan-
kawanku telah pulih daripada mabuk laut. Kami amemasang khemah agak jauh ke
darat. Malam itu, kami tidur dengan nyenyak kerana keletihan.

Ahad( 17 Januari 2010)

Pagi itu, sebaik-baik terjaga daripada tidur, kami bergerak ke tengah Pulau Buru. Pulau
itu berbatu-batan dan ini menyukarkan kami untuk bergerak. Kami menyambung kerja
yang terbengkalai pada minggu lalu dengan bantuan pekerja yang tidak pulang bercuti.
Menjelang akhir minggu ini, kami menjangka akan mendapat hasil daripada kerja-kerja
penggerudian itu.



Jawab semua soalan di bawah.
1. Mengapakah penulis dan kawan-kawannya terpaksa pergi ke Pulau Redang?
      A. kerana di Pulau Redang ada rmah tumpangan
      B. kerana helikopter tidak dapat mengangkut mereka ke Pulau Buru
C. kerana dari situ mereka akan menaiki bot untuk ke Pulau Redang
      D. kerana mereka akan bertolak ke Pulau Buru dari pelabuhan Redang

2. Perkataan lumayan dalam petikan bermaksud………………
       A. besar
       B. penuh
       C. luas
       D. banyak

3. Mengapakah kawan-kawan penulis mengalami mabuk laut?
      A. kerana tidak tahan dilambung ombak besar
      B. kerana telah biasa dengan laut
      C. kerana lama berada di dalam bot
      D. kerana bot itu turun naik di muka laut

4. Apakah tujuan utama mereka ke Pulau Buru?
      A. Untuk berkhemah di pulau tersebut
      B. Menyambung kerja menggali minyak
      C. Bagi menentukan pulau itu ada jentera penggerudi
      D. Melakukan penyelidikan tentang batu-batan di pulau itu

5. Berikut ialah perkara yang dilalui penulis dan rakan-rakannya ketika mereka dalam
perjalanan ke Pulau Buru kecuali ………..
       A. kawan-kawan penulis mabuk laut
       B. bot yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin
       C. helikopter yang mereka naiki mengalami kerosakan
       D. mereka sampai di Pulau Buru dalam keadaan letih dan lesu




JAWAPAN PETIKAN 2
1. B 2. D 3. A 4. B       5. C
PETIKAN 3
Baca syair di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan-soalan
berikutnya.

      Indah sungguh bumi tercinta,
      Aman tenteram makmur sekata,
      Dihormati disanjungi pelbagai negara,
      Sentiasa berusaha menghindar sengketa.

      Rakyat hidup berpadu sentiasa,
      Tiada sengketa tiada prasangka,
      Bebas bergerak ke mana-mana,
      Tanpa takut musuh durjana.

      Hasil mentahnya banyak sekali,
      Sawit, petroleum juga gas asli,
      Negara luar ingin membeli,
      Untuk diproses dijual kembali.

      Rakyat banyak sumbang tenaga,
      kereta nasional turut dicipta,
      Banyak ditempah di merata-rata,
      Anak watan pastilah bangga.

      Bangunan tertinggi berdiri megah,
      tempat npelancongan amatlah indah,
      Guna menghibur hati yang gundah,
       Namamu harum tidak disanggah.

      Kemajuan dicapai terus meningkat,
      Banyak pelancong telah terpikat,
      Dari jauh mahupun dekat,
      Itulah rahmat yang berkat.

      Jawab soalan di bawah.

      1. Apakah tema puisi di atas?
            A. Pembangunan di Malaysia
            B. Keamanan Malaysia
            C. Kemakmuran dan kemajuan Malaysia
D. Kabanggaan

      2. Apakah faktor utama yang menyebabkan negara-negara luar mengagumi
Malaysia?
            A. Kebolehan mencipta kereta
            B. Hasil mentahnya yang banyak
            C. Keamanan yang dikecapi rakyat Malaysia
            D. Kebolehan membina bangunan tertinggi di dunia

     3. Apakah harapan pemuisi terhadap rakyat Malaysia?
           A. Bergembira dan menghibur hati setiap masa
           B. Melancong ke tempat-tempat yang indah
           C. Bersyukur dan besar hati terhadap negara
           D. Membeli barang-barang buatan Malaysia

     4. Apakah bidang-bidang yang diceburi untuk kemajuan negara?
           A. Bidang perindustrian, pelancongan, dan pertanian
           B. Bidang perindustrian dan pelancongan
           C. Bidang pelancongan dan ketenteramana awam
           D. Bidang pembuatan secara besar-besaran

     5. Puisi rangkap ketiga menunjukkan ………
            A. Malaysia mengimport bahan mentah dan mengeksport bahan mentah
               yang telah diproses.
            B. Malaysia mengeksport bahan mentah dan mengimport bahan mentah
                yang telah diproses.
            C. Malaysia mengimport sama ada bahan mentah ataupun bahan yang
                telah diproses.
            D. Malaysia mengeksport sama ada bahan mentah ataupun bahan yang
                telah diproses.




     JAWAPAN PETIKAN 3
     1. C 2. C 3. C 4. A      5. B
PETIKAN 4
Baca surat di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiausaha,
Kelab Sains,
Sekolah Kebangsaan Taman Suria,
80350 Johor Baharu,
Johor Darul Takzim.
________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah kebangsaan Taman Suria,
80350 Johor Baharu,
Johor Darul Takzim.                                 5 SEPTEMBER 2008.

Tuan,
Memohon Kebenaran Untuk Mengadakan Lawatan Ke Pameran Sains

Di maklumkan bahawa Kelab Sains telah bermesyuarat dan mengambil
keputusan untuk menganjurkan lawatan ke Pameran Sains yang akan diadakan
di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Baharu pada bulan November
2008.

2.    Maklumat tentang lawatan adalah seperti berikut:
      Tarikh             : 3 November 2008
      Hari               : Sabtu
      Waktu bertolak     : 9.00 pagi
      Bayaran            : RM3.00
      Bilangan peserta : 40 orang ahli Kelab Sains
      Bilangan Guru      : 4 orang Guru Penasihat

3.    Sehubungan itu, pihak kelab juga akan menulis surat meminta
kebenarankepada ibu bapa murid yang akan menyertai lawatan ini bagi
memaklumkan tentang lawatan tersebut. Surat tersebut akan diedarkan kepada
murid-murid terbabit setelah mendapat persetujuan daripada pihak berkenaan.

4.      Semoga permohonan kami mendapat pertimbangan sewajarnya dan
segala kerjasama daripada pihak tuan sangatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
  Aidil
(AIDIL BIN SHAARI)
Setiausaha,
Kelab Sains,
Sekolah Kebangsaan Taman Suria.

Jawab soalan di bawah.

1. Siapakah Aidil bin Shaari?
       A. Guru Penasihat Kelab Sains
       B. Pengerusi Kelab Sains
       C. Setiausaha Kelab Sains
       D. Bendahari Kelab Sains

2. Perkataan diedarkan sama erti dengan
       A. disediakan
       B. dipecahkan
       C. dibahagikan
       D. diagihkan

3. Mengapakah Aidil menulis surat tersebut?
      A. Untuk memaklumkan tentang Pameran Sains kepada Guru Besar.
      B. Untuk meminta keizinan daripada Guru Besar untuk melawat Pameran
         Sains.
      C. Untuk memohon kebenaran Guru Besar mengadakan Pameran Sains.
      D. Untuk menghargai jasa Guru Besar mengadakan Pameran Sains.

4. Apakah tujuan surat meminta kebenaran ditulis kepada ibu bapa?
      A. Untuk memberitahu aktiviti murid.
      B. Untuk mempelawa mereka menyertai lawatan tersebut.
      C. Untuk murid meminta keizinan daripada ibu bapa bagi menyertai
         lawatan
      D. Untuk menghilangkan rasa cemas mereka tentang lawatan itu.

5. Pada pendapat kamu, apakah kebaikan yang akan diperoleh peserta lawatan
itu?
      A. Menimba ilmu tentang sains dan teknologi.
      B. Mendapat kawan-kawan baru.
      C. Melihat kawasan Sekolah Kebangsaan Taman Perling.
D. Membuat persediaan untuk mencapai kejayaan dalam mata pelajaran
         Sains.




JAWAPAN PETIKAN 4

1.C   2.D    3. B   4.C   5. A

PETIKAN 5
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

     Sekolah Kebangsaan Pendeta Za’aba (SKPZ), Seremban,                 telah
menubuhkan Kelab Pelancongan Murid pada bulan Oktober tahun lalu.

       Penubuhan kelab itu adalah untuk memberi pelbagai maklumat kepada
murid tentang bidang pelancongan, di samping memperkenalkan destinasi-
destinasi menarik di seluruh negara kita.

      Guru Besar SKPZ, Haji Jamaludin Abu, berkata kelab itu menjadi batu
asas membentuk dan memperkenalkan kepentingan industry pelancongan
negara dalam ekonomi dan pelancongan. Pembabitan 500 orang murid pada
peringkat awal menunjukkan kelab itu berpotensi melangkah lebih jauh.

     Majlis pelancaran dan perasmian kelab itu telah disempurnakan oleh
Pengarah Pelancongan Negeri Sembilan, Encik Najib Othman.

      Penasihat kelab berkenaan, Cikgu Lailawati berkata, hasrta menubuhkan
kelab KPM tercetus sejak awal tahun lalu selepas mengambil contoh kejayaan
penubuhannya di beberapa sekolah di negeri itu.

      Buat permulaan, ahli kelab giat mengumpul pelbagai risalah, majalah, dan
keratan akhbar mengenai industri pelancongan dengan beberapa aktiviti masih
dalam perancangan.

       Beberapa aktiviti akan dianjurkan tidak lama lagi. Antaranya ceramah
kerjaya, lawatan ke tempat menarik termasuk pusat homestay, dan Minggu
Kelab Pelancongan dengan aktiviti pertandingan seperti melukis poster dan
menulis esei.
1. Kelab apakah yang baru ditubuhkan di SKPZ?
       A. Kelab Pelajar
       B. Kelab Pelancongan Murid
       C. Kelab Pelancongan Malaysia
       D. Kelab Pelancong Asing

2. Rangkai kata batu asas bermaksud…………..
      A. penilaian
      B. usaha
      C. permulaan
      D. keputusan

3. Berapa orangkah ahli kelab ini apada awal penubuhannya?
       A. 1 300 orang
       B. 502 orang
       C. 84 orang
       D. 500 orang

4. Mengapakah kelab tersebut ditubuhkan?
      A. Untuk memberi maklumat tentang pelancongan di negara kita.
      B. Untuk menarik pelancong asing ke negara kita.
      C. Untuk meningkatkan pelancongan di negara kita.
      D. Untuk memberi peluang kepada ahli-ahli melancong pada masa cuti.

5. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.
        A. KPM telah ditubuhkan di beberapa buah sekolah di negeri itu.
        B. Perasmian KPM SKPZ telah dilaksanakan oleh Encik Najib Othman.
        C. Ahli-ahli Kelab itu telah melawat ke pusat “homestay”.
        D. Seorang guru dilantik sebagai guru penasihat kelab itu.




JAWAPAN PETIKAN 5
1. B 2.C 3. D 4. A       5. C
PETIKAN 6
      Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

                                                   8, Taman Seputih Indah,
                                                   59100 Kuala Lumpur.

                                                   4 Mei 2008.

            Menemui sahabatku, Heryanto di Jakarta semoga berada dalam
kandungan sihat sejahtera. Saya di sini sihat-sihat sahaja.

Saudara,
       Surat saudara telah selamat saya terima pada minggu lepas. Saya memohon
maaf atas keterlewatan membalas surat saudara. Hal ini demikian kerana saya baru
sahaja tamat menyertai Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap di Hutan Lipur
Lentang di negeri Pahang.
       Saya berbesar hati kerana saudara berminat mengetahui tentang permainan
gasing dalam kalangan masyarakat Melayu di negara saya. Di sini akan saya jelaskan
serba sedikit tentang permainan gasing.
       Permainan gasing sudah dikenali sejak dahulu lagi. Permainan ini biasanya
dimainkan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung. Permainan ini bukan sahaja
dimainkan oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.
       Permainan gasing biasanya dimainkan pada waktu petang atau pada hari
minggu. Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Sesiapa yang dapat memangkah
gasing lawan dikira sebagai pemenang. Permaianan ini juga boleh dipertandingkan
berdasarkan lama pusingan gasing.
       Permainan gasing diadakan pada masa dahulu untuk menyatukan masyarakat
setempat selain bertanding. Di samping bergembira, masyarakat akan dapat mengenali
jiran denganlebih rapat lagi.
       Setakat ini sahaja yang dapat saya tuliskan untuk saudara. Saya berharap agar
saudara berpuas hati dengan penjelasan saya ini. Akhir kata, sambutlah salam
daripada saya untuk keluarga saudara.

                                                                 Sahabatmu,
Haikal

Jawab soalan berikut.

1. Bilakah permainan gasing selalunya dimainkan?
       A. Pada waktu pagi dan senja.
       B. Pada waktu petang atau hari.
       C. Pada musim cuti sekolah.
       D. Pada hari-hari cuti umum.

2. Berbesar hati bermaksud………….
       A. bersedia
       B. bongkak
       C. bahagia
       D. bangga

3. Bagaimanakah pemenang permainan gasing ditentukan?
      A. Boleh bermain gasing dengan baik.
      B. Putaran gasing paling laju.
      C. Dia dapat memangkah gasing lawannya.
      D. Dia mempunyai banyak gasing.

4. Pada pendapat kamu, apakah kandungan surat Haryanto kepada Haikal?
      A. Menceritakan pengalamannya bermain gasing.
      B. Menceritakan pengalamanya semasa menyertai perkhemahan tahunan
         pengakap.
      C. Meminta maklumat tentang salah satu permainan warisan.
      D. Melaporkan pertandingan permainan gasing yang diadakan di
         sekolahnya.

5. Apakah tujuan permainan gasing diadakan?
      A. Untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.
      B. Untuk mengisi masa lapang kanak-kanak.
      C. Untuk melatih minda dan menyihatkan badan.
      D. Untuk menarik minat orang-orang muda membuat gasing.
JAWAPAN PETIKAN 6

      1. B   2. D   3. C   4. C   5. A


PETIKAN 7

Baca surat di bawah dan jawab soalan berikut




                                                     Anwaruddin bin Ahmad,
                                                     No. 9, Lorong Bakawali 1,
                                                     Taman Stephen, 88200 KOTA
                                                     KINABALU,
                                                     Sabah.
                                                     30 OKTOBER 1995


      Yang diingati saudaraku Nabil, Apa khabar? Saya di sini berada dalam keadaan
sihat walafiat dan diharapkan saudara dan keluarga saudara lebih-lebih lagi.


      Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudara
tempoh hari. Saudara tentu sedar, pada hujung tahun semua pelajar sibuk membuat
persediaan untuk menduduki ujian semester, termasuk saya.


      Cerita saudara tentang musim buah-buahan, mengingatkan saya beberapa
kenangan indah ketika berada di kampung saudara tempoh hari. Kita berbual-bual di
dalam pondok sambil menunggu buah durian gugur. Sebaik-baik sahaja kedengaran
buah durian gugur, masing-masing memasang jamung dan berlari-lari mencari buah itu.
Biasanya ayah saudara yang lebih dahulu menjumpai buah durian itu, sementara kita
masih mencangak di bawah pokoknya. Meskipun ayah saudara sudah tua, namun
pendengarannya amat tajam dan dia dapat mengecam dengan tepat pokok yang mana
gugur buahnya. Saudara tentu masih ingat, saya terpegang badan landak lalu menjerit
kerana ketakutan dan berlari ke arah ayah saudara. Kalian ketawa kerana geli hati.
Suasana di dusun itu menjadi riuh-rendah. Kakak saudaralah yang paling kuat
ketawanya. Kepada saya peristiwa itu cukup mengesankan.


       Dalam surat saudara, saudara bertanya tentang Pulau Sipadan. Pulau ini terletak
kira-kira empat puluh kilometer dari bandar Semporna. Kita boleh ke sana dengan
menaiki feri atau bot dari Semporna atau Tawau.
Pulau Sipadan merupakan salah satu pulau yang tercantik di dunia. Pantainya bersih,
putih dan menganjur sepanjang 18 kilometer. Air lautnya amat jernih Tldak hairanlah
jika
pulau ini berjaya menarik ribuan pelancong saban tahun. Tambahan pula bentuk
chaletnya yang cantik tetapi sewanya pula tidaklah mahal. Pulau ini ada legendanya
dan legenda itu bukanlah menjadi daya penarik kepada para pelancong itu. Para
pelancong lebih gemar memancing, menyelam di dasar laut sambil melihat keindahan
karangan laut. Menurut legenda itu, kononnya di bawah pulau ini terdapat sebuah gua
besar dikenali dengan nama 'Gua Kubur Penyu'. Dipercayai gua ini menjadi tempat tuju
penyu jika ia hendak mati. Apabila sampai waktunya penyupenyu itu akan berenang
memasuki gua tersebut dan tidak keluar-keluar lagi. Mungkinkah legenda itu benar?
Tiada siapa yang mengetahui hal yang sebenarnya meskipun para penyelam terjumpa
dengan timbunan kulit penyu di kawasan itu.


       Jika saudara ke sini, akan saya bawa saudara ke pulau ini. Pulau Sipadan
menanti saudara. Sampai di sinilah coretan saya. Sehingga kita bertemu di lembaran
lain, salam mesra yang berkekalan untuk saudara sekeluarga. Terima kasih.


                                                           Sahabatmu,
                                                           ________________

                                                           (Anwaruddin b. Ahmad)

1.     Apakah maksud frasa 'lebih-lebih lagi' dalam petikan itu?


       A.    Anwaruddin berharap keluarga penulis sentiasa sihat.
       B.    Penulis berharapkan kawannya serta keluarganya lebih sihat.
C.     Penulis serta keluarganya dan keluarga Anwaruddin lebih sihat lagi.
     D.     Semua pihak berada dalam keadaan lebih sihat walafiat.


2.   Maksud perkataan tajam dalam petikan di atas ialah


     A.     baik
     B.     cekap
     C.     galak
     D.     mudah


3.   Apakah peristiwa yang sukar dilupai oleh penulis ketika berada di dusun durian
     itu?


     A.     Duduk di atas dangau sambil menunggu buah durian gugur.
     B.     Suasana riuh ketika mencari buah durian yang gugur.
     C.     Gelak ketawa kakak yang kuat itu.
     D.     Penulis teraba belakang landak dan semua orang ketawa.


4.   Maklumat manakah yang tidak benar tentang Pulau Sipadan?


     A.     Pantainya putih dan memanjang sejauh 18 kilometer.
     B.     Para penyelam gemar melihat keindahan dasar laut.
     C.     Chaletnya elok dan sewanya pula murah.
     D.     Pelancong datang setelah mendengar legenda itu.


5.   'Gua Kubur Penyu' mendapat namanya mungkin sekali kerana


     A.     di situ tempat tuju penyu jika ia hendak mati.
     B.     di situ tempat penyu keluar masuk.
     C.     di situ terjumpanya banyak kulit penyu.
     D.     gua itu menjadi tumpuan pelbagai jenis penyu.
JAWAPAN PETIKAN 7
       1.B 2.A 3.D 4.D 5. C


PETIKAN 8
Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


KUANTAN- Pantai Batu Hitam yang terletak 14 kilometer dari bandar ini, bukan sahaja
terkenal sebagai pusat pelancongan, malahan menjadi tumpuan orang ramai yang
gemarkan makanan laut.
       Resort dan gerai-gerai yang terdapat di sini menyediakan pelbagai masakan
berasaskan sumber laut, misalnya kepah, remis, siput, ketam dan ikan. Di samping itu
pantai ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan yang datang untuk memungut kulit-
kulit siput. Kulit-kulit siput yang pelbagai warna danbentuk itu dijadikan perhiasan. Laut
yang terbentang itu juga kaya dengan ikan yang menjadi punca rezeki kepada
nelayan-nelayan di sekitar kawasan itu. Pantai Batu Hitam berbeza dengan pantai-
pantai lain di negeri Pahang atau negeri Terengganu. Jika pantai-pantai di negeri lain
berpasir, di sini pantainya dipenuhi dengan batu-batu yang agak besar dan berwarna
kehitam-hitaman. Barangkali kerana inilah pantai itu mendapat namanya. Pantai itu
yang melengkung dan membentuk teluk serta dilatari dengan bukit yang menghijau
menambahkan keindahan Pantai Batu Hit am. Jadi tidak hairanlah jika setiap hujung
minggu pantai ini sesak dengan para pengunjung.


1.     Pantai Batu Hitam menjadi tumpuan ramai kerana sebab -sebab berikut kecuali
       A.     makanan laut yang pelbagai jenis
       B.     di pantai itu terdapat kulit siput yang cantik.
       C.     lautnya yang kaya dengan pelbagai jenis ikann pantainya menjadi pusat
              pelancongan.
       D.     pantainya menjadi pusat pelancongan


2.     Laut yang menghadap Pantai Batu Hitam mungkin sekali
A.    Laut Pantai Batu Hitam.
      B.    Laut China Selatan
      C.    Laut Pahang
      D.    Laut China


3.    Maksud frasa punca rezeki dalam petikan di atas ialah


      A.    laut yang terbentang itu terdapat banyak ikan
      B.    nelayan-nelayan di sekitar Pantai Batu Hitam mendapat rezeki dari laut.
      C.    ikan merupakan sumber pendapatan semua penduduk Pantai Batu Hitam
      D.    laut merupakan punca pendapatan kepada nelayan di kawasan Pantai
            Batu Hitam


4.    Apakah yang membezakan Pantai Batu Hitam dengan pantai-pantai lain di
      negeri Pantai Timur itu?


      A.    Keadaan pantai yang berpasir hitam
      B.    Keadaan pantainya yang berbatu-batan hitam
      C.    Keadaan pantainya yang melengkung
      D.    Bukit yang menjadi latar belakang pantai


5.    Semua perkara berikut benar tentang Pantai Batu Hitam kecuali


      A.    pantai itu menjadi terdapat kemudahan penginapan
      B.    terdapat banyak gerai makanan di kawasan pantai itu
      C.    pantai itu berteluk, melengkung serta indah
      D.    pantai itu kaya dengan dengan pelbagai jenis

JAWAPAN PETIKAN 8
 1. C 2. B 3. B 4. D 5. C


PETIKAN 9
Baca iklan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.




                           CUTI-CUTI MALAYSIA


PAKEJ 1: SAFARI PAYA BAKAU LANGKAWI (2 hari/1 malam) – Bertolak dari
Langkawi. Kadar terendah, RM199.

•   Kemudahan: penginapan, pengangkutan pergi balik dari jeti/lapangan terbang ke
    hotel, dan makanan.
•   Aktiviti: memberi helang makanan, melawat ke kilang arang, safari di sungai paya
    bakau, melawat kolam ikan, berenang di pantai tersembunyi, dan meneroka gua –
    Gua Kelawar, Gua Legenda, dan Gua Buaya.


PAKEJ 2: TAMAN NEGARA ENDAU–ROMPIN (3 hari/2 malam) – Bertolak dari
Kahang. Kadar terendah, RM440.

•   Kemudahan: penginapan, makanan, dan pengangkutan.
•   Aktiviti: merentas hutan, berenang, memancing, berkayak, berjalan pada waktu
    malam, melawat ke Taman Herba.


PAKEJ 3: AIR TERJUN SEKAYU – Bermula di Kuala Terengganu. Lawatan harian
dengan kadar terendah, RM55 (Minimum, 3 orang).

•   Kemudahan: makan tengah hari, pengangkutan, dan pemandu pelancong.
•   Aktiviti: bersiar-siar dan melawat ke pusat penerangan, menikmati pemandangan
    tasik dan Sungai Terengganu, menikmati buah-buahan di dusun buah-buahan
    tropika Sekayu, dan merentas Air Terjun Sekayu hingga sampai di puncaknya.


PAKEJ 4: SUNGAI REJANG (lawatan separuh hari). Bertolak dari Sibu. Kadar
terendah, RM150.

•   Kemudahan: pengangkutan bot laju menyusuri Sungai Rejang.
•   Aktiviti: menikmati pemandangan bandar Sibu, melawat ke kilang membina kapal,
    kilang kayu balak, kilang papan lapis, perkampungan nelayan, dan rumah panjang.


     Ayuh, bercuti dan berehatlah bersama dengan keluarga! Pilihlah mana-mana
destinasi yang anda sukai. Bersedialah untuk dibawa arus yang hebat cabarannya.
               Hubungilah kami, Agensi Pelancongan As-Har di nombor telefon

                          03-7876 1771 untuk kemudahan anda.



6.       Tentang apakah iklan di atas?

         A     program khusus untuk menjayakan kempen Cuti-cuti Malaysia

         B     pakej pelancongan bersempena dengan kempen Cuti-cuti Malaysia

         C     agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian

         D     destinasi pelancongan di Malaysia



7.       Pakej pelancongan manakah yang sesuai sekali untuk keluarga yang tidak
         menggemari aktiviti lasak?

         A     pakej 1

         B     pakej 2

         C     pakej 3

         D     pakej 4



8.       Mengapakah kemudahan penginapan tidak disediakan dalam Pakej 3 dan Pakej
4?

         A     kerana kadar yang dikenakan agak rendah

         B     kerana tempoh lawatan kurang daripada semalam

         C     kerana pengunjungnya di kalangan penduduk setempat



9.       Penyataan yang berikut benar tentang iklan di atas, kecuali...

         A     pakej tersebut disediakan oleh Agensi Pelancongan As-Har.

         B     semua destinasi dalam pakej pelancongan itu letaknya di Semenanjung
               Malaysia.
C     kadar minimum untuk setiap pakej ialah antara RM55 hingga RM440.

       D     destinasi kunjungan pelancong ada kaitannya dengan “air”.



10.    Secara keseluruhannya, semua pakej pelancongan tersebut menggalakkan para
       pengunjung...

       A     melawat sambil berhibur.

       B     beriadah dan menikmati keindahan alam.

       C     menjamu selera di samping berpesta.

       D     menghilangkan tekanan perasaan.


JAWAPAN PETIKAN 9
 1. C 2. D 3. B 4. B 5. B




PETIKAN 10

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

                               PESTA COUNTDOWN



Datanglah ke Pesta Countdown di Zoo Negara dan bersama-sama menikmati
keseronokan, kemeriahan dengan pelbagai pertunjukan, permainan, pertandingan, dan
berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik. Anda juga berpeluang melancong
ke Pulau Langkawi jika dapat menjawab soalan-soalan kuiz dengan tepat ; .


Tarikh : Ahad, 19 November 1995.
Masa    : Mula pukul 10.30 pagi.
Tujuan :     Menyambut kempen "Sayangi Haiwan Kita" dan Ulang Tahun ke -5 Kelab
             Countdown
Penganjur : Kelab Countdown, Zoo Negara Malaysia, Persatuan Pencinta Alam
                dengan kerjasama akhbar Berita Harian dan Merpati Airlines.
Tempat : Zoo Negara.
Peserta : Terbuka kepada ahli-ahli Kelab Countdown dan warga kota yang berusia 9
             hingga 12 tahun sahaja.
Cara Penyertaan : Sila daftarkan nama anda di kaunter khas yang akan dibuka di Zoo
              Negara pada hari tersebut atau jika anda ahli Kelab Countdown, sila telefon
              Pejabat Countdown.
Bayaran : Tiada bayaran masuk untuk menyertai acara -acara itu tetapi kepada
             Pemegang kad Countdown bayaran masuk ke Zoo Negara diberi potongan
             20%.
Aturcara :
Pagi : - Pertandingan melukis reptilia yang terdapat di Zoo Negara. Pertunjukan singa
        laut.
Petang : - Pertandingan kuiz. Soalan-soalan berdasarkan kehidupan haiwan-haiwan
             yang terdapat di zoo ini.
             Pertandingan makan ais krim dan minum Coke.
Berhibur dengan badut.
Catatan:
_ Hadiah melancong ini ditaja oleh Merpati Airlines. (undian akan dijalankan jika ramai
peserta yang dapat menjawab dengan betul untuk menentukan hanya seorang
pemenang yang bertuah itu)
_ _ Buktikan anda warga kota dengan membawa dokumen yang perlu.
_ _ _ Sebelum menjawab kuiz ini anda dikehendaki mendapatkan maklumat -maklumat
     tentang haiwan yang terdapat di zoo melalui pemerhatian.


1.    Jangan lepaskan peluang istimewa ini bermaksud
      A         Jangan lepaskan peluang ke pesta ini
      B.        Jangan lepaskan peluang ke Zoo Negara
C.      Jangan lepaskan peluang memenangi hadiah-hadiah
     D.      Jangan lepaskan peluang melancong ke Pulau Langkawi


2.   Mengapakah pesta ini diadakan?


     A.      Sempena pembukaan Zoo Negara dan Ulang Tahun Kelab Countdown.
     B.      Sempena Ulang Tahun Kelab Countdown
     C.      Sempena kempen "Sayangi Haiwan Kita"
     D.      Sempena kempen dan merayakan ulang tahun ke-5 Kelab Countdown


3.   Jika kamu ingin menyertai pesta itu, bagaimanakah caranya?


     A.      Jika anda bukan ahli kelab Countdown, bawa surat pengesahan daripada
             ibu bapa
     B.      Mendaftar diri terlebih dahulu
     C.      Menjadi ahli Kelab Countdown terlebih dahulu
     D.      Datang pada waktu yang ditetapkan ke Zoo Negara


4.   Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk membuktikan seseorang itu warga
     kota?
     A.      Surat daripada ibu bapa
     B.      Surat daripada pihak sekolah
     C.      Kad Kelab Countdown
     D.      Surat Beranak


5.   Semua pernyataan berikut benar tentang pesta itu kecuali


     A.      pesta itu diadakan pada hari minggu 19 November 1995
     B.      bayaran masuk untuk semua peserta dikurangkan sebanyak 20%
     C.      pendaftaran dibuka di kaunter khas di Zoo Negara
     D.      hanya satu sahaja hadiah melancong ke Pulau Langkawi disediakan
JAWAPAN PETIKAN 10
1. C 2. D 3. B 4. D 5. B

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Soalan kuiz bahasa melayu
Soalan kuiz bahasa melayuSoalan kuiz bahasa melayu
Soalan kuiz bahasa melayu
karipappanas
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
Vivian Wmn
 
Bm bina ayat (1)
Bm  bina ayat (1)Bm  bina ayat (1)
Bm bina ayat (1)
Ucey Chai
 
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betulIsi tempat kosong dengan jawapan yang betul
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul
lovin86
 

Mais procurados (20)

UPSR - English Paper 2 - Section C
UPSR - English Paper 2 - Section C UPSR - English Paper 2 - Section C
UPSR - English Paper 2 - Section C
 
Kata kerja tahun 4 (1)
Kata kerja tahun 4 (1)Kata kerja tahun 4 (1)
Kata kerja tahun 4 (1)
 
rangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 Kssrrangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 Kssr
 
Latihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahamanLatihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahaman
 
Attachments 2011 12_5
Attachments 2011 12_5Attachments 2011 12_5
Attachments 2011 12_5
 
Soalan kuiz bahasa melayu
Soalan kuiz bahasa melayuSoalan kuiz bahasa melayu
Soalan kuiz bahasa melayu
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Bm bina ayat (1)
Bm  bina ayat (1)Bm  bina ayat (1)
Bm bina ayat (1)
 
Kata kerja _ada_bc_(jawapan)
Kata kerja _ada_bc_(jawapan)Kata kerja _ada_bc_(jawapan)
Kata kerja _ada_bc_(jawapan)
 
Latihan kata hubung
Latihan kata hubung Latihan kata hubung
Latihan kata hubung
 
Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014
 
Latihan ulasan merdeka
Latihan ulasan merdekaLatihan ulasan merdeka
Latihan ulasan merdeka
 
Kata Berimbuhan Awalan
Kata Berimbuhan AwalanKata Berimbuhan Awalan
Kata Berimbuhan Awalan
 
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betulIsi tempat kosong dengan jawapan yang betul
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul
 
Latihan imbuhan apitan
Latihan imbuhan apitanLatihan imbuhan apitan
Latihan imbuhan apitan
 
Latihan menyusun ayat
Latihan menyusun ayatLatihan menyusun ayat
Latihan menyusun ayat
 
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYU
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYUMODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYU
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYU
 
1. bm penulisan UPSR _pasti A
1. bm penulisan UPSR  _pasti A1. bm penulisan UPSR  _pasti A
1. bm penulisan UPSR _pasti A
 
40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda
40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda
40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda
 
Kata kerja tahun 5
Kata kerja tahun 5Kata kerja tahun 5
Kata kerja tahun 5
 

Destaque (20)

Kefahaman & Kosa Kata 2
Kefahaman & Kosa Kata 2Kefahaman & Kosa Kata 2
Kefahaman & Kosa Kata 2
 
Jawab soalan berdasarkan petikan
Jawab soalan berdasarkan petikanJawab soalan berdasarkan petikan
Jawab soalan berdasarkan petikan
 
Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4
 
Kertas ujian pemahaman tahun 3
Kertas ujian pemahaman tahun 3Kertas ujian pemahaman tahun 3
Kertas ujian pemahaman tahun 3
 
Sinonim
SinonimSinonim
Sinonim
 
Kata ganda
Kata gandaKata ganda
Kata ganda
 
Sinonim
SinonimSinonim
Sinonim
 
Petikan dan Latihan
Petikan dan LatihanPetikan dan Latihan
Petikan dan Latihan
 
Cara mengisi masa cuti
Cara mengisi masa cutiCara mengisi masa cuti
Cara mengisi masa cuti
 
Kuiz peribahasa
Kuiz peribahasaKuiz peribahasa
Kuiz peribahasa
 
LATIHAN BAHASA MELAYU PSLE - RANGSANGAN GRAFIK 01
LATIHAN BAHASA MELAYU PSLE - RANGSANGAN GRAFIK 01LATIHAN BAHASA MELAYU PSLE - RANGSANGAN GRAFIK 01
LATIHAN BAHASA MELAYU PSLE - RANGSANGAN GRAFIK 01
 
Penulisan bahagian b
Penulisan bahagian bPenulisan bahagian b
Penulisan bahagian b
 
5 simpulan bahasa cute - 50 slide
5   simpulan bahasa cute - 50 slide5   simpulan bahasa cute - 50 slide
5 simpulan bahasa cute - 50 slide
 
Peribahasa p5 p6 pengenalana
Peribahasa p5 p6 pengenalanaPeribahasa p5 p6 pengenalana
Peribahasa p5 p6 pengenalana
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 
Poster kempen baca buku teks
Poster kempen baca buku teksPoster kempen baca buku teks
Poster kempen baca buku teks
 
Simpulan Bahasa - Anak
Simpulan Bahasa - AnakSimpulan Bahasa - Anak
Simpulan Bahasa - Anak
 
Kata bantu
Kata bantuKata bantu
Kata bantu
 
Poster kelas balut buku
Poster kelas balut bukuPoster kelas balut buku
Poster kelas balut buku
 
Peraturan buku teks
Peraturan buku teksPeraturan buku teks
Peraturan buku teks
 

Semelhante a Latihan Pemahaman

Bahasa indonesia (e)
Bahasa indonesia (e)Bahasa indonesia (e)
Bahasa indonesia (e)
iruldarken06
 
Soal Tematik Kelas 5 SD Tema 1 Subtema 3 Lingkungan dan Manfaatnya dilengkapi...
Soal Tematik Kelas 5 SD Tema 1 Subtema 3 Lingkungan dan Manfaatnya dilengkapi...Soal Tematik Kelas 5 SD Tema 1 Subtema 3 Lingkungan dan Manfaatnya dilengkapi...
Soal Tematik Kelas 5 SD Tema 1 Subtema 3 Lingkungan dan Manfaatnya dilengkapi...
LusyaniDian2
 
Bahasa indonesia (c)
Bahasa indonesia (c)Bahasa indonesia (c)
Bahasa indonesia (c)
iruldarken06
 
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmpSoal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
MTs DARUSSALAM
 
Latihan penulisan
Latihan penulisanLatihan penulisan
Latihan penulisan
azmega12
 
Bahasa indonesia (a)
Bahasa indonesia (a)Bahasa indonesia (a)
Bahasa indonesia (a)
iruldarken06
 
Bahasa indonesia (d)
Bahasa indonesia (d)Bahasa indonesia (d)
Bahasa indonesia (d)
iruldarken06
 

Semelhante a Latihan Pemahaman (20)

Soal latihan uas
Soal latihan uas Soal latihan uas
Soal latihan uas
 
Petikan catatan
Petikan catatanPetikan catatan
Petikan catatan
 
Petikan catatan
Petikan catatanPetikan catatan
Petikan catatan
 
Latihan Penulisan
Latihan PenulisanLatihan Penulisan
Latihan Penulisan
 
Bd9 kd5-wulangan 5 pariwisata
Bd9 kd5-wulangan 5 pariwisataBd9 kd5-wulangan 5 pariwisata
Bd9 kd5-wulangan 5 pariwisata
 
Kt 2222
Kt 2222Kt 2222
Kt 2222
 
Bahasa indonesia (e)
Bahasa indonesia (e)Bahasa indonesia (e)
Bahasa indonesia (e)
 
Soal Tematik Kelas 5 SD Tema 1 Subtema 3 Lingkungan dan Manfaatnya dilengkapi...
Soal Tematik Kelas 5 SD Tema 1 Subtema 3 Lingkungan dan Manfaatnya dilengkapi...Soal Tematik Kelas 5 SD Tema 1 Subtema 3 Lingkungan dan Manfaatnya dilengkapi...
Soal Tematik Kelas 5 SD Tema 1 Subtema 3 Lingkungan dan Manfaatnya dilengkapi...
 
Bahasa indonesia (c)
Bahasa indonesia (c)Bahasa indonesia (c)
Bahasa indonesia (c)
 
Contoh Soal TKM bahasa indonesia XI SMK
Contoh Soal TKM bahasa indonesia XI SMKContoh Soal TKM bahasa indonesia XI SMK
Contoh Soal TKM bahasa indonesia XI SMK
 
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
 
Pkn genap 3sd
Pkn genap   3sdPkn genap   3sd
Pkn genap 3sd
 
Soal cpns-paket-17
Soal cpns-paket-17Soal cpns-paket-17
Soal cpns-paket-17
 
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmpSoal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
 
Soal les materi keberagaman
Soal les materi keberagamanSoal les materi keberagaman
Soal les materi keberagaman
 
Latihan penulisan
Latihan penulisanLatihan penulisan
Latihan penulisan
 
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdfBank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
 
Bahasa indonesia (a)
Bahasa indonesia (a)Bahasa indonesia (a)
Bahasa indonesia (a)
 
Tugas sejarah indonesia
Tugas sejarah indonesiaTugas sejarah indonesia
Tugas sejarah indonesia
 
Bahasa indonesia (d)
Bahasa indonesia (d)Bahasa indonesia (d)
Bahasa indonesia (d)
 

Mais de Megawati Jalaludin (20)

Kamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan BahasaKamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan Bahasa
 
Penjodoh Bilangan
Penjodoh BilanganPenjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan
 
Simpulan Bahasa
Simpulan BahasaSimpulan Bahasa
Simpulan Bahasa
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Penggunaan Kata Yang Tepat
Penggunaan Kata Yang TepatPenggunaan Kata Yang Tepat
Penggunaan Kata Yang Tepat
 
Memilih Soalan Kepada Jawapan
Memilih Soalan Kepada JawapanMemilih Soalan Kepada Jawapan
Memilih Soalan Kepada Jawapan
 
Memilih Jawapan Kepada Soalan
Memilih Jawapan Kepada SoalanMemilih Jawapan Kepada Soalan
Memilih Jawapan Kepada Soalan
 
Kesalahan Umum Tatabahasa
Kesalahan Umum TatabahasaKesalahan Umum Tatabahasa
Kesalahan Umum Tatabahasa
 
Kata Sendi Nama
Kata Sendi NamaKata Sendi Nama
Kata Sendi Nama
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama DiriKata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak makna
 
Kata Adjektif
Kata AdjektifKata Adjektif
Kata Adjektif
 
Imbuhan
ImbuhanImbuhan
Imbuhan
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Kamus Perbilangan
Kamus PerbilanganKamus Perbilangan
Kamus Perbilangan
 
Kamus Pepatah
Kamus PepatahKamus Pepatah
Kamus Pepatah
 
Ayat sama maksud
Ayat sama maksudAyat sama maksud
Ayat sama maksud
 
Antonim
AntonimAntonim
Antonim
 

Último

Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
RIMA685626
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 

Último (20)

power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Latihan Pemahaman

  • 1. PETIKAN 1 Melancong merupakan satu daripada aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati. Semasa aktiviti ini dijalankan, kita banyak memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman. Pada pertengahan tahun yang lepas, saya berpeluang melawat ke negeri Melaka. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kesan-kesan peninggalan sejarah penjajah di negeri itu. Semasa saya berada di Bandar Hilir, Melaka, saya tidak melepaskan peluang untuk melawat Kota A Famosa. Kota ini ialah kota yang dibina oleh tentera Portugis. Kota ini pernah dijadikan kubu pertahanan tentera Portugis pada suatu masa dahulu. Walaupun kota ini telah mengalami kerosakan, bahagian pintu kota ini masih kukuh dan terpelihara. Selepas makan tengah hari, saya dan kawan-kawan meneruskan program lawatan. Kami melawat ke makam pahlawan-pahlawan Melaka. Antara lokasi lawatan kami makam Hang Jebat. Saya juga berkesempatan melawat ke mahkamah Hang Tuah dan perigi Hang Tuah. Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk tempatan, air perigi Hang Tuah ini boleh dijadikan penawar. Air perigi ini boleh mengubati pelbagai jenis penyakit. Pada sebelah malamnya pula, saya dan kawan-kawan pergi ke Umbai untuk menikmati keenakan ikan bakar. Saya turun ke gigi pantai untuk menikmati keindahan malam di kota penuh sejarah ini. Semasa saya berada di sini, ramai pelancong asing yang turut menikmati keindahan malam di Melaka sambil menjamu selera. Kira-kira pada pukul sebelas malam, saya dan peserta rombongan berangkat pulang. Kami berasa amat seronok kerana dapat mengikuti lawatan ini. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya dan kawan-kawan telah peroleh. Melalui lawatan ini, kami dapat melihat dan mengetahui sejarah sesuatu tempat. Saya juga sedar betapa pentingnya penjaga kesan-kesan peninggalan sejarah bagi tatapan generasi muda yang akan datang. Warisan sejarah merupakan antara aset pelaburan negara kita yang tinggi nilainya. Lokasi-lokasi bersejarah ini menjadi tarikan kepada para pelancong dari dalam dan luar negara, di samping mampu merealisasikan kempen ‘Melawat Malaysia’. Jawab soalan-soalan berikut: 1.Pilih pernyataan yang benar tentang Kota A Famosa berdasarkan petikan. A. Dijadikan sebagai pelabuhan utama Melaka.
  • 2. B. Dijadikan sebagai istana Sultan Melayu Melaka. C. Dijadikan sebagai benteng pertahanan peperangan. D. Dijadikan sebagai pusat pelancongan negeri Melaka. 2. Penulis dan rakan-rakannya telah melawat ke tempat-tempat berikut kecuali…………. A. Kota A Famosa B. Perigi Hang Tuah C. Perigi Hang Jebat D. Makam Hang Tuah 3. Bilakah penulis dan rakan-rakannya melawat ke Melaka Bandar Raya Bersejarah? A. Bulan Jun B. Bulan Ogos C. Bulan Oktober D. Bulan November 4. Penulis dan rakan-rakannya pergi ke pecan Umbai untuk……………. A. makan malam B. minum petang C. membakar ikan D. bersarapan pagi 5. Apakah maksud rangkai kata menjamu selera dalam petikan? A. Makan dengan sepuas-puasnya B. Makan sewaktu benar-benar lapar C. Makan makanan yang enak D. Makan makanan yang dihidangkan JAWAPAN PETIKAN 1 1. C 2. B 3. A 4. A 5.D
  • 3. PETIKAN 2 Jumaat[15 januari 2010] Kami bergegas ke Pelabuhan Redang setelah diberitahu bahawa kami tidak dapat pergi ke Pulau Buru dengan mengunakan helikopter seperti biasa.Helikopter itu rosak ketika dalam perjalanan untuk megambil kami.Kami tiba Pelabuhan Redang pada waktu petang dan terpaksa menginap di rumah tumpangan kerana tidak ada bot yang sanggup menghantar kami ke Pulau Buru. Sabtu (16 Januari 2010) Kami bangun awal pagi dan terus ke jeti untuk mencari tekong bot yang berani meredah laut yang bergelora itu. Kami menemui seorang lelaki yang dikenali sebagi Pak Saleh. Pak Saleh sanggup menghantar kami ke Pulau Buru setelah ditawarkan bayaran yang lumayan. Pada pukul 2.00 petang, kami pun berangkat ke Pulau Buru. Setelah dua jam berada di dalam bot yang terumbang-ambing dilambung ombak besar itu, kawan-kawan aku terbaring lesu kerana mengalami mabuk laut. Aku tidak senasib dengan rakan- rakanku kerana aku sudah biasa dengan laut. Waktu senggang itu aku gunakan untuk memancing ikan dari atas geladak. Tiba-tiba enjin bot mati. Pak Saleh turun ke bilik enjin. Setelah diperiksa, rupa- rupanya paip minyak telah pecah. Setelah dua jam membaiki kerosakan tersebut, barulah kami dapat meneruskan perjalanan ke pulau itu. Menjelang malam, barulah kami tiba di Pulau Buru. Kawan- kawanku telah pulih daripada mabuk laut. Kami amemasang khemah agak jauh ke darat. Malam itu, kami tidur dengan nyenyak kerana keletihan. Ahad( 17 Januari 2010) Pagi itu, sebaik-baik terjaga daripada tidur, kami bergerak ke tengah Pulau Buru. Pulau itu berbatu-batan dan ini menyukarkan kami untuk bergerak. Kami menyambung kerja yang terbengkalai pada minggu lalu dengan bantuan pekerja yang tidak pulang bercuti. Menjelang akhir minggu ini, kami menjangka akan mendapat hasil daripada kerja-kerja penggerudian itu. Jawab semua soalan di bawah. 1. Mengapakah penulis dan kawan-kawannya terpaksa pergi ke Pulau Redang? A. kerana di Pulau Redang ada rmah tumpangan B. kerana helikopter tidak dapat mengangkut mereka ke Pulau Buru
  • 4. C. kerana dari situ mereka akan menaiki bot untuk ke Pulau Redang D. kerana mereka akan bertolak ke Pulau Buru dari pelabuhan Redang 2. Perkataan lumayan dalam petikan bermaksud……………… A. besar B. penuh C. luas D. banyak 3. Mengapakah kawan-kawan penulis mengalami mabuk laut? A. kerana tidak tahan dilambung ombak besar B. kerana telah biasa dengan laut C. kerana lama berada di dalam bot D. kerana bot itu turun naik di muka laut 4. Apakah tujuan utama mereka ke Pulau Buru? A. Untuk berkhemah di pulau tersebut B. Menyambung kerja menggali minyak C. Bagi menentukan pulau itu ada jentera penggerudi D. Melakukan penyelidikan tentang batu-batan di pulau itu 5. Berikut ialah perkara yang dilalui penulis dan rakan-rakannya ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Buru kecuali ……….. A. kawan-kawan penulis mabuk laut B. bot yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin C. helikopter yang mereka naiki mengalami kerosakan D. mereka sampai di Pulau Buru dalam keadaan letih dan lesu JAWAPAN PETIKAN 2 1. B 2. D 3. A 4. B 5. C
  • 5. PETIKAN 3 Baca syair di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya. Indah sungguh bumi tercinta, Aman tenteram makmur sekata, Dihormati disanjungi pelbagai negara, Sentiasa berusaha menghindar sengketa. Rakyat hidup berpadu sentiasa, Tiada sengketa tiada prasangka, Bebas bergerak ke mana-mana, Tanpa takut musuh durjana. Hasil mentahnya banyak sekali, Sawit, petroleum juga gas asli, Negara luar ingin membeli, Untuk diproses dijual kembali. Rakyat banyak sumbang tenaga, kereta nasional turut dicipta, Banyak ditempah di merata-rata, Anak watan pastilah bangga. Bangunan tertinggi berdiri megah, tempat npelancongan amatlah indah, Guna menghibur hati yang gundah, Namamu harum tidak disanggah. Kemajuan dicapai terus meningkat, Banyak pelancong telah terpikat, Dari jauh mahupun dekat, Itulah rahmat yang berkat. Jawab soalan di bawah. 1. Apakah tema puisi di atas? A. Pembangunan di Malaysia B. Keamanan Malaysia C. Kemakmuran dan kemajuan Malaysia
  • 6. D. Kabanggaan 2. Apakah faktor utama yang menyebabkan negara-negara luar mengagumi Malaysia? A. Kebolehan mencipta kereta B. Hasil mentahnya yang banyak C. Keamanan yang dikecapi rakyat Malaysia D. Kebolehan membina bangunan tertinggi di dunia 3. Apakah harapan pemuisi terhadap rakyat Malaysia? A. Bergembira dan menghibur hati setiap masa B. Melancong ke tempat-tempat yang indah C. Bersyukur dan besar hati terhadap negara D. Membeli barang-barang buatan Malaysia 4. Apakah bidang-bidang yang diceburi untuk kemajuan negara? A. Bidang perindustrian, pelancongan, dan pertanian B. Bidang perindustrian dan pelancongan C. Bidang pelancongan dan ketenteramana awam D. Bidang pembuatan secara besar-besaran 5. Puisi rangkap ketiga menunjukkan ……… A. Malaysia mengimport bahan mentah dan mengeksport bahan mentah yang telah diproses. B. Malaysia mengeksport bahan mentah dan mengimport bahan mentah yang telah diproses. C. Malaysia mengimport sama ada bahan mentah ataupun bahan yang telah diproses. D. Malaysia mengeksport sama ada bahan mentah ataupun bahan yang telah diproses. JAWAPAN PETIKAN 3 1. C 2. C 3. C 4. A 5. B
  • 7. PETIKAN 4 Baca surat di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Setiausaha, Kelab Sains, Sekolah Kebangsaan Taman Suria, 80350 Johor Baharu, Johor Darul Takzim. ________________________________________________________________ Guru Besar, Sekolah kebangsaan Taman Suria, 80350 Johor Baharu, Johor Darul Takzim. 5 SEPTEMBER 2008. Tuan, Memohon Kebenaran Untuk Mengadakan Lawatan Ke Pameran Sains Di maklumkan bahawa Kelab Sains telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk menganjurkan lawatan ke Pameran Sains yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Baharu pada bulan November 2008. 2. Maklumat tentang lawatan adalah seperti berikut: Tarikh : 3 November 2008 Hari : Sabtu Waktu bertolak : 9.00 pagi Bayaran : RM3.00 Bilangan peserta : 40 orang ahli Kelab Sains Bilangan Guru : 4 orang Guru Penasihat 3. Sehubungan itu, pihak kelab juga akan menulis surat meminta kebenarankepada ibu bapa murid yang akan menyertai lawatan ini bagi memaklumkan tentang lawatan tersebut. Surat tersebut akan diedarkan kepada murid-murid terbabit setelah mendapat persetujuan daripada pihak berkenaan. 4. Semoga permohonan kami mendapat pertimbangan sewajarnya dan segala kerjasama daripada pihak tuan sangatlah dihargai. Sekian, terima kasih.
  • 8. Yang benar, Aidil (AIDIL BIN SHAARI) Setiausaha, Kelab Sains, Sekolah Kebangsaan Taman Suria. Jawab soalan di bawah. 1. Siapakah Aidil bin Shaari? A. Guru Penasihat Kelab Sains B. Pengerusi Kelab Sains C. Setiausaha Kelab Sains D. Bendahari Kelab Sains 2. Perkataan diedarkan sama erti dengan A. disediakan B. dipecahkan C. dibahagikan D. diagihkan 3. Mengapakah Aidil menulis surat tersebut? A. Untuk memaklumkan tentang Pameran Sains kepada Guru Besar. B. Untuk meminta keizinan daripada Guru Besar untuk melawat Pameran Sains. C. Untuk memohon kebenaran Guru Besar mengadakan Pameran Sains. D. Untuk menghargai jasa Guru Besar mengadakan Pameran Sains. 4. Apakah tujuan surat meminta kebenaran ditulis kepada ibu bapa? A. Untuk memberitahu aktiviti murid. B. Untuk mempelawa mereka menyertai lawatan tersebut. C. Untuk murid meminta keizinan daripada ibu bapa bagi menyertai lawatan D. Untuk menghilangkan rasa cemas mereka tentang lawatan itu. 5. Pada pendapat kamu, apakah kebaikan yang akan diperoleh peserta lawatan itu? A. Menimba ilmu tentang sains dan teknologi. B. Mendapat kawan-kawan baru. C. Melihat kawasan Sekolah Kebangsaan Taman Perling.
  • 9. D. Membuat persediaan untuk mencapai kejayaan dalam mata pelajaran Sains. JAWAPAN PETIKAN 4 1.C 2.D 3. B 4.C 5. A PETIKAN 5 Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sekolah Kebangsaan Pendeta Za’aba (SKPZ), Seremban, telah menubuhkan Kelab Pelancongan Murid pada bulan Oktober tahun lalu. Penubuhan kelab itu adalah untuk memberi pelbagai maklumat kepada murid tentang bidang pelancongan, di samping memperkenalkan destinasi- destinasi menarik di seluruh negara kita. Guru Besar SKPZ, Haji Jamaludin Abu, berkata kelab itu menjadi batu asas membentuk dan memperkenalkan kepentingan industry pelancongan negara dalam ekonomi dan pelancongan. Pembabitan 500 orang murid pada peringkat awal menunjukkan kelab itu berpotensi melangkah lebih jauh. Majlis pelancaran dan perasmian kelab itu telah disempurnakan oleh Pengarah Pelancongan Negeri Sembilan, Encik Najib Othman. Penasihat kelab berkenaan, Cikgu Lailawati berkata, hasrta menubuhkan kelab KPM tercetus sejak awal tahun lalu selepas mengambil contoh kejayaan penubuhannya di beberapa sekolah di negeri itu. Buat permulaan, ahli kelab giat mengumpul pelbagai risalah, majalah, dan keratan akhbar mengenai industri pelancongan dengan beberapa aktiviti masih dalam perancangan. Beberapa aktiviti akan dianjurkan tidak lama lagi. Antaranya ceramah kerjaya, lawatan ke tempat menarik termasuk pusat homestay, dan Minggu Kelab Pelancongan dengan aktiviti pertandingan seperti melukis poster dan menulis esei.
  • 10. 1. Kelab apakah yang baru ditubuhkan di SKPZ? A. Kelab Pelajar B. Kelab Pelancongan Murid C. Kelab Pelancongan Malaysia D. Kelab Pelancong Asing 2. Rangkai kata batu asas bermaksud………….. A. penilaian B. usaha C. permulaan D. keputusan 3. Berapa orangkah ahli kelab ini apada awal penubuhannya? A. 1 300 orang B. 502 orang C. 84 orang D. 500 orang 4. Mengapakah kelab tersebut ditubuhkan? A. Untuk memberi maklumat tentang pelancongan di negara kita. B. Untuk menarik pelancong asing ke negara kita. C. Untuk meningkatkan pelancongan di negara kita. D. Untuk memberi peluang kepada ahli-ahli melancong pada masa cuti. 5. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas. A. KPM telah ditubuhkan di beberapa buah sekolah di negeri itu. B. Perasmian KPM SKPZ telah dilaksanakan oleh Encik Najib Othman. C. Ahli-ahli Kelab itu telah melawat ke pusat “homestay”. D. Seorang guru dilantik sebagai guru penasihat kelab itu. JAWAPAN PETIKAN 5 1. B 2.C 3. D 4. A 5. C
  • 11. PETIKAN 6 Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. 8, Taman Seputih Indah, 59100 Kuala Lumpur. 4 Mei 2008. Menemui sahabatku, Heryanto di Jakarta semoga berada dalam kandungan sihat sejahtera. Saya di sini sihat-sihat sahaja. Saudara, Surat saudara telah selamat saya terima pada minggu lepas. Saya memohon maaf atas keterlewatan membalas surat saudara. Hal ini demikian kerana saya baru sahaja tamat menyertai Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap di Hutan Lipur Lentang di negeri Pahang. Saya berbesar hati kerana saudara berminat mengetahui tentang permainan gasing dalam kalangan masyarakat Melayu di negara saya. Di sini akan saya jelaskan serba sedikit tentang permainan gasing. Permainan gasing sudah dikenali sejak dahulu lagi. Permainan ini biasanya dimainkan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak. Permainan gasing biasanya dimainkan pada waktu petang atau pada hari minggu. Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Sesiapa yang dapat memangkah gasing lawan dikira sebagai pemenang. Permaianan ini juga boleh dipertandingkan berdasarkan lama pusingan gasing. Permainan gasing diadakan pada masa dahulu untuk menyatukan masyarakat setempat selain bertanding. Di samping bergembira, masyarakat akan dapat mengenali jiran denganlebih rapat lagi. Setakat ini sahaja yang dapat saya tuliskan untuk saudara. Saya berharap agar saudara berpuas hati dengan penjelasan saya ini. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk keluarga saudara. Sahabatmu,
  • 12. Haikal Jawab soalan berikut. 1. Bilakah permainan gasing selalunya dimainkan? A. Pada waktu pagi dan senja. B. Pada waktu petang atau hari. C. Pada musim cuti sekolah. D. Pada hari-hari cuti umum. 2. Berbesar hati bermaksud…………. A. bersedia B. bongkak C. bahagia D. bangga 3. Bagaimanakah pemenang permainan gasing ditentukan? A. Boleh bermain gasing dengan baik. B. Putaran gasing paling laju. C. Dia dapat memangkah gasing lawannya. D. Dia mempunyai banyak gasing. 4. Pada pendapat kamu, apakah kandungan surat Haryanto kepada Haikal? A. Menceritakan pengalamannya bermain gasing. B. Menceritakan pengalamanya semasa menyertai perkhemahan tahunan pengakap. C. Meminta maklumat tentang salah satu permainan warisan. D. Melaporkan pertandingan permainan gasing yang diadakan di sekolahnya. 5. Apakah tujuan permainan gasing diadakan? A. Untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat. B. Untuk mengisi masa lapang kanak-kanak. C. Untuk melatih minda dan menyihatkan badan. D. Untuk menarik minat orang-orang muda membuat gasing.
  • 13. JAWAPAN PETIKAN 6 1. B 2. D 3. C 4. C 5. A PETIKAN 7 Baca surat di bawah dan jawab soalan berikut Anwaruddin bin Ahmad, No. 9, Lorong Bakawali 1, Taman Stephen, 88200 KOTA KINABALU, Sabah. 30 OKTOBER 1995 Yang diingati saudaraku Nabil, Apa khabar? Saya di sini berada dalam keadaan sihat walafiat dan diharapkan saudara dan keluarga saudara lebih-lebih lagi. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudara tempoh hari. Saudara tentu sedar, pada hujung tahun semua pelajar sibuk membuat persediaan untuk menduduki ujian semester, termasuk saya. Cerita saudara tentang musim buah-buahan, mengingatkan saya beberapa kenangan indah ketika berada di kampung saudara tempoh hari. Kita berbual-bual di dalam pondok sambil menunggu buah durian gugur. Sebaik-baik sahaja kedengaran buah durian gugur, masing-masing memasang jamung dan berlari-lari mencari buah itu. Biasanya ayah saudara yang lebih dahulu menjumpai buah durian itu, sementara kita masih mencangak di bawah pokoknya. Meskipun ayah saudara sudah tua, namun pendengarannya amat tajam dan dia dapat mengecam dengan tepat pokok yang mana gugur buahnya. Saudara tentu masih ingat, saya terpegang badan landak lalu menjerit kerana ketakutan dan berlari ke arah ayah saudara. Kalian ketawa kerana geli hati. Suasana di dusun itu menjadi riuh-rendah. Kakak saudaralah yang paling kuat
  • 14. ketawanya. Kepada saya peristiwa itu cukup mengesankan. Dalam surat saudara, saudara bertanya tentang Pulau Sipadan. Pulau ini terletak kira-kira empat puluh kilometer dari bandar Semporna. Kita boleh ke sana dengan menaiki feri atau bot dari Semporna atau Tawau. Pulau Sipadan merupakan salah satu pulau yang tercantik di dunia. Pantainya bersih, putih dan menganjur sepanjang 18 kilometer. Air lautnya amat jernih Tldak hairanlah jika pulau ini berjaya menarik ribuan pelancong saban tahun. Tambahan pula bentuk chaletnya yang cantik tetapi sewanya pula tidaklah mahal. Pulau ini ada legendanya dan legenda itu bukanlah menjadi daya penarik kepada para pelancong itu. Para pelancong lebih gemar memancing, menyelam di dasar laut sambil melihat keindahan karangan laut. Menurut legenda itu, kononnya di bawah pulau ini terdapat sebuah gua besar dikenali dengan nama 'Gua Kubur Penyu'. Dipercayai gua ini menjadi tempat tuju penyu jika ia hendak mati. Apabila sampai waktunya penyupenyu itu akan berenang memasuki gua tersebut dan tidak keluar-keluar lagi. Mungkinkah legenda itu benar? Tiada siapa yang mengetahui hal yang sebenarnya meskipun para penyelam terjumpa dengan timbunan kulit penyu di kawasan itu. Jika saudara ke sini, akan saya bawa saudara ke pulau ini. Pulau Sipadan menanti saudara. Sampai di sinilah coretan saya. Sehingga kita bertemu di lembaran lain, salam mesra yang berkekalan untuk saudara sekeluarga. Terima kasih. Sahabatmu, ________________ (Anwaruddin b. Ahmad) 1. Apakah maksud frasa 'lebih-lebih lagi' dalam petikan itu? A. Anwaruddin berharap keluarga penulis sentiasa sihat. B. Penulis berharapkan kawannya serta keluarganya lebih sihat.
  • 15. C. Penulis serta keluarganya dan keluarga Anwaruddin lebih sihat lagi. D. Semua pihak berada dalam keadaan lebih sihat walafiat. 2. Maksud perkataan tajam dalam petikan di atas ialah A. baik B. cekap C. galak D. mudah 3. Apakah peristiwa yang sukar dilupai oleh penulis ketika berada di dusun durian itu? A. Duduk di atas dangau sambil menunggu buah durian gugur. B. Suasana riuh ketika mencari buah durian yang gugur. C. Gelak ketawa kakak yang kuat itu. D. Penulis teraba belakang landak dan semua orang ketawa. 4. Maklumat manakah yang tidak benar tentang Pulau Sipadan? A. Pantainya putih dan memanjang sejauh 18 kilometer. B. Para penyelam gemar melihat keindahan dasar laut. C. Chaletnya elok dan sewanya pula murah. D. Pelancong datang setelah mendengar legenda itu. 5. 'Gua Kubur Penyu' mendapat namanya mungkin sekali kerana A. di situ tempat tuju penyu jika ia hendak mati. B. di situ tempat penyu keluar masuk. C. di situ terjumpanya banyak kulit penyu. D. gua itu menjadi tumpuan pelbagai jenis penyu.
  • 16. JAWAPAN PETIKAN 7 1.B 2.A 3.D 4.D 5. C PETIKAN 8 Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. KUANTAN- Pantai Batu Hitam yang terletak 14 kilometer dari bandar ini, bukan sahaja terkenal sebagai pusat pelancongan, malahan menjadi tumpuan orang ramai yang gemarkan makanan laut. Resort dan gerai-gerai yang terdapat di sini menyediakan pelbagai masakan berasaskan sumber laut, misalnya kepah, remis, siput, ketam dan ikan. Di samping itu pantai ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan yang datang untuk memungut kulit- kulit siput. Kulit-kulit siput yang pelbagai warna danbentuk itu dijadikan perhiasan. Laut yang terbentang itu juga kaya dengan ikan yang menjadi punca rezeki kepada nelayan-nelayan di sekitar kawasan itu. Pantai Batu Hitam berbeza dengan pantai- pantai lain di negeri Pahang atau negeri Terengganu. Jika pantai-pantai di negeri lain berpasir, di sini pantainya dipenuhi dengan batu-batu yang agak besar dan berwarna kehitam-hitaman. Barangkali kerana inilah pantai itu mendapat namanya. Pantai itu yang melengkung dan membentuk teluk serta dilatari dengan bukit yang menghijau menambahkan keindahan Pantai Batu Hit am. Jadi tidak hairanlah jika setiap hujung minggu pantai ini sesak dengan para pengunjung. 1. Pantai Batu Hitam menjadi tumpuan ramai kerana sebab -sebab berikut kecuali A. makanan laut yang pelbagai jenis B. di pantai itu terdapat kulit siput yang cantik. C. lautnya yang kaya dengan pelbagai jenis ikann pantainya menjadi pusat pelancongan. D. pantainya menjadi pusat pelancongan 2. Laut yang menghadap Pantai Batu Hitam mungkin sekali
  • 17. A. Laut Pantai Batu Hitam. B. Laut China Selatan C. Laut Pahang D. Laut China 3. Maksud frasa punca rezeki dalam petikan di atas ialah A. laut yang terbentang itu terdapat banyak ikan B. nelayan-nelayan di sekitar Pantai Batu Hitam mendapat rezeki dari laut. C. ikan merupakan sumber pendapatan semua penduduk Pantai Batu Hitam D. laut merupakan punca pendapatan kepada nelayan di kawasan Pantai Batu Hitam 4. Apakah yang membezakan Pantai Batu Hitam dengan pantai-pantai lain di negeri Pantai Timur itu? A. Keadaan pantai yang berpasir hitam B. Keadaan pantainya yang berbatu-batan hitam C. Keadaan pantainya yang melengkung D. Bukit yang menjadi latar belakang pantai 5. Semua perkara berikut benar tentang Pantai Batu Hitam kecuali A. pantai itu menjadi terdapat kemudahan penginapan B. terdapat banyak gerai makanan di kawasan pantai itu C. pantai itu berteluk, melengkung serta indah D. pantai itu kaya dengan dengan pelbagai jenis JAWAPAN PETIKAN 8 1. C 2. B 3. B 4. D 5. C PETIKAN 9
  • 18. Baca iklan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. CUTI-CUTI MALAYSIA PAKEJ 1: SAFARI PAYA BAKAU LANGKAWI (2 hari/1 malam) – Bertolak dari Langkawi. Kadar terendah, RM199. • Kemudahan: penginapan, pengangkutan pergi balik dari jeti/lapangan terbang ke hotel, dan makanan. • Aktiviti: memberi helang makanan, melawat ke kilang arang, safari di sungai paya bakau, melawat kolam ikan, berenang di pantai tersembunyi, dan meneroka gua – Gua Kelawar, Gua Legenda, dan Gua Buaya. PAKEJ 2: TAMAN NEGARA ENDAU–ROMPIN (3 hari/2 malam) – Bertolak dari Kahang. Kadar terendah, RM440. • Kemudahan: penginapan, makanan, dan pengangkutan. • Aktiviti: merentas hutan, berenang, memancing, berkayak, berjalan pada waktu malam, melawat ke Taman Herba. PAKEJ 3: AIR TERJUN SEKAYU – Bermula di Kuala Terengganu. Lawatan harian dengan kadar terendah, RM55 (Minimum, 3 orang). • Kemudahan: makan tengah hari, pengangkutan, dan pemandu pelancong. • Aktiviti: bersiar-siar dan melawat ke pusat penerangan, menikmati pemandangan tasik dan Sungai Terengganu, menikmati buah-buahan di dusun buah-buahan tropika Sekayu, dan merentas Air Terjun Sekayu hingga sampai di puncaknya. PAKEJ 4: SUNGAI REJANG (lawatan separuh hari). Bertolak dari Sibu. Kadar terendah, RM150. • Kemudahan: pengangkutan bot laju menyusuri Sungai Rejang. • Aktiviti: menikmati pemandangan bandar Sibu, melawat ke kilang membina kapal, kilang kayu balak, kilang papan lapis, perkampungan nelayan, dan rumah panjang. Ayuh, bercuti dan berehatlah bersama dengan keluarga! Pilihlah mana-mana
  • 19. destinasi yang anda sukai. Bersedialah untuk dibawa arus yang hebat cabarannya. Hubungilah kami, Agensi Pelancongan As-Har di nombor telefon 03-7876 1771 untuk kemudahan anda. 6. Tentang apakah iklan di atas? A program khusus untuk menjayakan kempen Cuti-cuti Malaysia B pakej pelancongan bersempena dengan kempen Cuti-cuti Malaysia C agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian D destinasi pelancongan di Malaysia 7. Pakej pelancongan manakah yang sesuai sekali untuk keluarga yang tidak menggemari aktiviti lasak? A pakej 1 B pakej 2 C pakej 3 D pakej 4 8. Mengapakah kemudahan penginapan tidak disediakan dalam Pakej 3 dan Pakej 4? A kerana kadar yang dikenakan agak rendah B kerana tempoh lawatan kurang daripada semalam C kerana pengunjungnya di kalangan penduduk setempat 9. Penyataan yang berikut benar tentang iklan di atas, kecuali... A pakej tersebut disediakan oleh Agensi Pelancongan As-Har. B semua destinasi dalam pakej pelancongan itu letaknya di Semenanjung Malaysia.
  • 20. C kadar minimum untuk setiap pakej ialah antara RM55 hingga RM440. D destinasi kunjungan pelancong ada kaitannya dengan “air”. 10. Secara keseluruhannya, semua pakej pelancongan tersebut menggalakkan para pengunjung... A melawat sambil berhibur. B beriadah dan menikmati keindahan alam. C menjamu selera di samping berpesta. D menghilangkan tekanan perasaan. JAWAPAN PETIKAN 9 1. C 2. D 3. B 4. B 5. B PETIKAN 10 Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. PESTA COUNTDOWN Datanglah ke Pesta Countdown di Zoo Negara dan bersama-sama menikmati keseronokan, kemeriahan dengan pelbagai pertunjukan, permainan, pertandingan, dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik. Anda juga berpeluang melancong ke Pulau Langkawi jika dapat menjawab soalan-soalan kuiz dengan tepat ; . Tarikh : Ahad, 19 November 1995. Masa : Mula pukul 10.30 pagi.
  • 21. Tujuan : Menyambut kempen "Sayangi Haiwan Kita" dan Ulang Tahun ke -5 Kelab Countdown Penganjur : Kelab Countdown, Zoo Negara Malaysia, Persatuan Pencinta Alam dengan kerjasama akhbar Berita Harian dan Merpati Airlines. Tempat : Zoo Negara. Peserta : Terbuka kepada ahli-ahli Kelab Countdown dan warga kota yang berusia 9 hingga 12 tahun sahaja. Cara Penyertaan : Sila daftarkan nama anda di kaunter khas yang akan dibuka di Zoo Negara pada hari tersebut atau jika anda ahli Kelab Countdown, sila telefon Pejabat Countdown. Bayaran : Tiada bayaran masuk untuk menyertai acara -acara itu tetapi kepada Pemegang kad Countdown bayaran masuk ke Zoo Negara diberi potongan 20%. Aturcara : Pagi : - Pertandingan melukis reptilia yang terdapat di Zoo Negara. Pertunjukan singa laut. Petang : - Pertandingan kuiz. Soalan-soalan berdasarkan kehidupan haiwan-haiwan yang terdapat di zoo ini. Pertandingan makan ais krim dan minum Coke. Berhibur dengan badut. Catatan: _ Hadiah melancong ini ditaja oleh Merpati Airlines. (undian akan dijalankan jika ramai peserta yang dapat menjawab dengan betul untuk menentukan hanya seorang pemenang yang bertuah itu) _ _ Buktikan anda warga kota dengan membawa dokumen yang perlu. _ _ _ Sebelum menjawab kuiz ini anda dikehendaki mendapatkan maklumat -maklumat tentang haiwan yang terdapat di zoo melalui pemerhatian. 1. Jangan lepaskan peluang istimewa ini bermaksud A Jangan lepaskan peluang ke pesta ini B. Jangan lepaskan peluang ke Zoo Negara
  • 22. C. Jangan lepaskan peluang memenangi hadiah-hadiah D. Jangan lepaskan peluang melancong ke Pulau Langkawi 2. Mengapakah pesta ini diadakan? A. Sempena pembukaan Zoo Negara dan Ulang Tahun Kelab Countdown. B. Sempena Ulang Tahun Kelab Countdown C. Sempena kempen "Sayangi Haiwan Kita" D. Sempena kempen dan merayakan ulang tahun ke-5 Kelab Countdown 3. Jika kamu ingin menyertai pesta itu, bagaimanakah caranya? A. Jika anda bukan ahli kelab Countdown, bawa surat pengesahan daripada ibu bapa B. Mendaftar diri terlebih dahulu C. Menjadi ahli Kelab Countdown terlebih dahulu D. Datang pada waktu yang ditetapkan ke Zoo Negara 4. Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk membuktikan seseorang itu warga kota? A. Surat daripada ibu bapa B. Surat daripada pihak sekolah C. Kad Kelab Countdown D. Surat Beranak 5. Semua pernyataan berikut benar tentang pesta itu kecuali A. pesta itu diadakan pada hari minggu 19 November 1995 B. bayaran masuk untuk semua peserta dikurangkan sebanyak 20% C. pendaftaran dibuka di kaunter khas di Zoo Negara D. hanya satu sahaja hadiah melancong ke Pulau Langkawi disediakan
  • 23. JAWAPAN PETIKAN 10 1. C 2. D 3. B 4. D 5. B