Disiplin sekolah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Disiplin sekolah

on

  • 1,082 visualizações

 

Estatísticas

Visualizações

Visualizações totais
1,082
Visualizações no SlideShare
1,082
Visualizações incorporadas
0

Actions

Curtidas
0
Downloads
54
Comentários
0

0 Incorporações 0

No embeds

Categorias

Carregar detalhes

Uploaded via as Microsoft Word

Direitos de uso

© Todos os direitos reservados

Report content

Sinalizado como impróprio Sinalizar como impróprio
Sinalizar como impróprio

Selecione a razão para sinalizar essa apresentação como imprópria.

Cancelar
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Sua mensagem vai aqui
    Processing...
Publicar comentário
Editar seu comentário

Disiplin sekolah Disiplin sekolah Document Transcript

  • Sosiologi Dalam Pendidikan II PENGENALAN Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pepbelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Bagi masyarakat di luar sekolah, disiplin adalah asas penting bagi membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Guru adalah golongan yang perlu memberi pemupukan disiplin pelajarpelajar berada di sekolah. Manakala ibu bapa dan masyarakat perlu memupuk disiplin semasa pelajarpelajar berada di luar sekolah. MAKSUD DISIPLIN Disiplin merupakan satu konsep yang berpengertian luas. Maka Kemenenterian Pelajaran Malaysia telah menetapkan jenis-jenis tingkahlaku yang dimaksudkan sebagai disiplin dalam konteks sekolah. Mengikut Garis Panduan Disiplin sekolah (1978) berikut merupakan tingkalilaku yang boleh disebut sebagai masalah disiplin: i. ponteng sekolah ii. mengancam guru iii. merosakkan harta benda sekolah iv. melanggar peraturan pakaian v. melanggar tatatertib sekolah vi. melanggar peraturan loceng bermula/tamat vii. melanggar tatatertib perpustakaan viii. bermain semasa guru mengajar ix. melanggar peraturan ujian x. melanggar tatatertib sukan 1
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II MATLAMAT DISIPLIN Dalam Kamus Dewan (2005) mentakrifkan disiplin, sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepata peraturan yang ditetapkan, dan hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan. Disiplin akan menjadikan seorang murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan. JENIS-JENIS DISIPLIN Mengikut Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu disiplin arahan guru, disiplin arahan kerja, disiplin arahan kumpulan dan disiplin arahan diri. Disiplin arahan guru adalah disiplin yang mempunyai ciri autokratik, iaitu guru mempunyai kuasa yang mutlak ke atas kawalan , arahan,pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Guru mempunyai kuasa mendenda murid yang melanggar peraturandan jenis disiplin ini mempunyai ciri menghukum. Disiplin arahan kerja pula diwujudkan apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru perlu diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan. Disiplin ini 2
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya untuk muridmurid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut jadual. Mempunyai ciri motivasi yang positif kerana menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri (kematangan murid/umur , jenis tugasan dan keupayaan murid ). Disiplin Arahan Kumpulan pula diwujudkan di antara ahli-ahli dalam dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan yang dengan tujuan menjalankan aktiviti pembelajaran seperti pengayaan atau kerja Projek. (Ketua kumpulan bertanggungjawab) Dibentuk berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Tingkah laku murid dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya.Proses Penyesuaian berlaku dan murid yang tidak mematuhi norma dinamika kumpulan akan disingkirkan. (Proses penyesuaian dan penyingkiran). Disiplin Arahan Diri mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff dalam bukunya Ilmu PendidikanPedagogi (1984), mentakrifkan disiplin arahan diri sebagai keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan yang ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran.bMurid mematuhi peraturan sekolah secara sukarela (sedar kebaikannya) tanpa dipaksa dan di arah oleh guru. Dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru. 3
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II CIRI-CIRI DISIPLIN YANG BAIK Seseorang pelajar yang baik berdisiplin sentiasa mematuhi dan taat kepada ajaran-ajaran agama, mengamalkan nilai-nilai kebudayaan Malaysia, memahami dan menghayati rukun Negara, serta mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan undang-undang negara. Di antara cirri-ciri penting seorang yang berdisiplin adalah sebagaimana berikut:• memahami dan mematuhi peraturan-peraturan • menepati waktu • rajin dan berdaya usaha • jujur dan ikhlas • sentiasa bersedia berkhidmat dan bekerjasama • berbudibahasa, bersopan-santun dan berdiplomasi • bersih, cekap dan amanah • menghormati orang lain • taat setia kepada raja dan Negara • kasih dan sayang kepada ibu bapa • mencintai sekolah • berfikiran luas dan berpandangan jauh 4
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II PERATURAN-PERATURAN KEMENTERIAN PELAJARAN BERKAITAN DISIPLIN SEKOLAH Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 1975 Disiplin Di Sekolah. Peraturan-Peraturan Sekolah Untuk Murid Murid Tujuan-tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari muridmurid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan. 1. Ordinan-Ordinan/Surat-Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas – Lampiran A Untuk membaiki disiplin sekolah, adalah mustahak bagi tiap-tiap guru besar dan guru penolong mengetahui dan memahami segala ordinan/Surat Pekeliling/pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaranh yang berkaitan dengan kelakuan dan disiplin di sekolah-sekolah. Untuk menolong sekolah ini, maka satu senarai Ordinan/Surat Pekeliling /Pekeliling Ikhtisas berkenaan dengan perkara ini disertakan dalam Lampiran A. 2. Perkara-Perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat-Lampiran B Sebagai panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru, satu senarai tatatertib yang dianggap berat, iaitu hasil daripada satu tinjauan yang dibuat oleh pejabat- 5
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II pejabat Pelajaran Negeri di antara lain di mana penggantungan sekolah sementara dan hukum buang sekolah boleh dijatuhkan, adalah disertakan di lampiran B. 3. Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk MuridMurid Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah-Lampiran C Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masingmasing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiaptiap murid mestilah mengetahuinya.Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefect) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatertib. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis.Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guruguru besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturanperaturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan 6
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut sekolah masing-masing. 4. Peraturan-Peraturan Khas Untuk Asrama, Perpustakaan dan Bilik MataMata Pelajaran Praktikal dan lain-lain. Guru-guru Besar hendaklah menyediakan peraturan-peraturan khas untuk asrama dan perpustakaan dan pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik seperti bengkel seni perusahaan, bilik sains rumah tangga, biik makmal sains dan dewan pendidikan jasmani dan lain-lain. 5. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik. 6. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-guru Besar sekolah Menengah dan Rendah termasuk sekolah persendirian mengenai kandungan Surat pekeliling ini dengan segera. 7
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Ordinan-ordinan/Surat-surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas Mengenai Kelakuan dan Disiplin di Sekolah-sekolah (Lampiran A) Bil Ordinan/Surat Pekeliling dan Tarikh 1 Peraturan-peraturan sekolah (Persatuanpersatuan) 1956 School (Societies) Regulations 1956 LN 179 of 1956 (Education Ordin 1952) 22.5.1956 2 Peraturan-peraturan Sekolah (Lawatanlawatan) 1957 School (Tours) Regulations 1957 LN 326 (Education Ordinan 1957) 9.7.1957 3 Peraturan-peraturan Sekolah (majalahmajalah) 1958 School (Magazines) Regulation 1958 LN 208 (Education Ordinan 1957) 15.7.1958 4 Peraturan-peraturan Pelajaran (Tatatertib Sekolah) 1959 Education (School Discipline) Regulations 1959 LN 61 (Education Ordinan 1959) 20.2.1959 5 Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68 10.9.1968 6 7 8 9 10 11 Rujukan Fail KPM Tajuk - M for E 8D/57 Lawatan-lawatan sekolah (School Tours) MEO 8G/57 Majalah-majalah Sekolah (School Magazines) ME 040 Tatatertib Sekolah (School Disipline) KP. 8543/10 Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68 10.9.1968 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1971 4.1.1971 Surat Pekeliling Ikhtisas 10.3.1972 Persatuan-persatuan sekolah (School Societies) Pembuangan Murid murid daripada Sekolah-sekolah kerana kel;akuan curang Tatatertib di Sekolah sekolah Pakaian Seragam Sekolah-sekolah Potongan Rambut dan Sebagainya Disiplin Murid-murid menghisap rokok. Salahguna dadah Garis Panduan untuk guru guru Panduan dan Guru Besar. Peraturan-peraturan asrama sekolah KP.8543/02/(12) KP. 8550/Jld.II/(10) KP.8543/(73) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6A/1975 5.9.1975 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1975 19.8.1975 KP.8548/8/(75) KP.8548/8/(67) Surat pekeliling 10.6.1974 KP.8613/Jld.7(63) & (63A) 8
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat (Lampiran B) i. Menjadi Ahli dalam pertubuhan haram ii. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat. iii. Memukul guru-guru. iv. Mengancam guru-guru atau Guru Besar ataupun Pengetua. v. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pelajaran. vi. Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa sekolah. vii. Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah. viii. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid. ix. Mencuri. x. Mengancam murid-murid lain- ancaman yang serius dan merbahaya. xi. Menghisap rokok dan mengambil dadah (sila lihat surat pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1975 dan 7/1975). xii. Berjudi. xiii. Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah. xiv. Masih membantah hukuman guru-sekalipun sudah tiga atau empat amaran. xv. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru, Guru Besar atau Pengetua. xvi. Sengaja meninbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum. xvii. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara Guru Besar atau Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat. 9
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Garis Panduan Peraturan-Peraturan Sekolah untuk Murid-Murid (Lampiran C) Perkara‐perkara yang perlu ditimbangkan: i. Pakaian Seragam Sekolah dan Pakaian Sekolah – Kebersihan dan kekemasan diri, rambut dan lain‐lain. ii. Kawasan Sekolah – meninggal kawasan, borang sakit, kawasan yang dilarang dan lain‐lain. iii. Kebersihan – sampah, kantin, bilik darjah, dinding, tandas, dan lain‐lain. iv. Keselamatn – beratur, melintas jalan raya, basikal, makmal sains, dan lain‐lain. v. Pelawat‐pelawat – dengan kebenaran Guru Besar dan lain‐lain. vi. Budi pekerti/kelakuan/tingkah laku – penepatan masa, hormat‐menghormati, pergaduhan, vii. bertumbuk, mengugut, kebiadapan, meminjam tanpa kebenaran, pencurian atau peras ugut dan lain‐lain. viii. Tidak hadir ke sekolah dan kelas. ix. Ketua murid darjah dan pengawas. x. Waktu sembahyang dan rehat. xi. Latihan kebakaran dan kecemasan. xii. Bayaran dan yuran sekolah. xiii. Kerosakan harta benda sekolah. xiv. Kegiatan‐kegiatan luar bilik darjah – Perpustakaan, kelab, persatuan sekolah, permainan sukan dan lain‐lain. 10
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II FENOMENA MELANGGAR DISIPLIN Melanggar disiplin sekolah atau masalah salah laku pelajar sudah menjadi masalah yang lumrah dalam sekolah. Tidak mungkin sebuah sekolah boleh elak dari menghadapi masalah disiplin dalam kalangan pelajarnya. Mengapakah berkemungkinan besar sebilangan pelajar yang dalam sekolah boleh melibatkan diri dalam masalah disiplin? Perkara ini telah dibincangkan di semua peringkat dan didebatkan dikalangan ahli pendidik. Ada yang mengatakan bahawa perlu ada iklim sekolah yang lebih positif untuk menggalakkan pelajar tidak melakukan salah laku. Manakala ahli sosiologi pula percaya bahawa masalah disiplin mencerminkan pergelutan kuasa di antara orang dewasa dan pelajar dalam satu sistem di mana pelajar merupakan pihak lemah dan sering memberontak terhadap peraturan yang bersifat otoritarian yang menghalang pemikiran dan tingkah laku mereka (Ballantine, 2001). Menurut Noguera (1995) beliau mencadangkan bahawa tindakan sekolah akan sentiasa mengundang budaya antidisiplin. Ini temyata di mana sekolah yang menekankan kepada pengawal, sosial yang ketat tidak menolong meredakan situasi tersebut. 11
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II TEORI PUNCA SALAH LAKU PELAJAR Teori Fungsionalis Mengikut teori Fungsionalis tapak peringkat sosial dan masyarakat dikekalkan melalui sekolah di mana ia menolong menerapkan nilai-nilai murni dalam pelajar. Dalam konteks sekolah, bilik darjah merupakan sebuah masyarakat atau agen sosialisasi di mana melalui interaksi, pelajar belajar nilai-nilai mumi, adat bertutur dan budaya masyarakatnya. Sekolah hanya merupakan perantaran di antara moraliti keluarga yang afektif dan ketaatan kehidufan morality dalam masyarakat. Disiplin pula merupakan moraliti dalam bilik darjah dan tanpanya sebuah bilik darjah akan menjadi huru-hara. Teori Konflik Teori Konflik melihat ketegangan akan berlaku dalam masyarakat disebabkan terdapat jurang perbezaan sosio-ekonomi dan budaya. Perbezaan ini dalam konteks sekolah adalah dari segi tahap pencapaian akademik. Pelajar yang cernerlang diletakkan dalam kelas pertama manakala yang rendah pencapaian dimasukkan dalam kelas akhir. Begitu juga dengan pelajar yang cemerlang tidak bergaul dengan pelajar dari kelas berlainan atau tahap pencapaian akademik rendah. Guru pula akan memberi perhatian yang lebih kepada pelajar yang dianggap pintar dan kurang perhatian pula diberi kepada pelajar yang mundur. Sinario begini sering wujud dalam masyarakat dalam sekolah. Perasaan ditindas, tidak puas hati, rendah diri, kecewa akan berputik dalam diri pelajar. Lama kelamaan perasaan begini akan memberontak dan ketegangan akan berlaku di mana pelajar akan mula menentang sistem sekolah tersebut. 12
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR Untuk mengatasi masalah disiplin maka pihak sekolah telah mengambil tindakan seperti menekankan kepada penglibatan ibu bapa dan melibatkan pihak polis dalam rondaan sekolah. Namun demikian usaha-usaha tersebut tidak menghasilkan apa yang diingini. Ini berkemungkinan terjadi memandangkan keperluan asas pelajar tidak dipenuhi. Contohnya, sekiranya pelajar datang ke sekolah dengan perut yang kosong atau tidak mendapat perhatian atau kasih sayang di rumah, maka berkemungkinan besar mereka akan menjadi pengacau dalam sekolah. Selalunya guru tidak mempunyai masa atau tenaga untuk mengendalikan masalah ini secara berterusan. Apa yang berlaku ialah guru akan mengambil tindakan disiplin seperti menghukum. Berikut merupakan di antara penyebab disiplin yang berpunca dari kelemahan sistem sekolah. Sekolah menggunakan tindakan otoritarian dan tiada altenatif yang lain. Kerja sekolah yang terlalu banyak sehingga pelajar tidak berkesempatan untuk menyiapkannya dan tindakan dikenakan. Bilangan pelajar yang ramai dalam bilik darjah menyebabkan guru tidak berpeluang untuk melayani masalah pembelajaran pelajar dengan berterusan. Pelajar sukar memahami sesuatu pelajaran disebabkan guru kurang mahir dalam pengajaran. Pemantauan lemah dari pentadbir sehingga ke guru kelas dalam soal disiplin. Tidak ada kerjasama oleh semua dalam sekolah untuk mengatasi masalah disiplin dengan lebih berkesan. Pihak sekolah tidak berani mendedahkan statistik masalah disiplin di sekolahnya kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Sikap tidak mahu pihak luar tahu keadaan sebenar dalam sekolah dan tidak mahu meminta pertolongan untuk mengatasi masalah disiplin telah membiarkan masalah ini berlarutan sehingga berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. 13
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II KESIMPULAN Pelbagai usaha boleh dilakukan bagi membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Semua pihak haruslah berganding bahu supaya masalah ini tidak berlarutan dan bertambah serius. Pihak kerajaan haruslah memainkan peranan penting dalam hal ini supaya masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan masa depan pelajar, malah turut akan menjejaskan masa depan negara dan bangsa secara tidak langsung kerana pelajar merupakan para pemangkin negara pada masa depan. Pelajar merupakan aset negara yang bernilai dan harus dibentuk dengan baik. 14