1. AL-JAM’ dan AL-FARQ
Mazlan Bin Ahmad
037898
ISM Usuluddin Semester 5
Pensyarah : Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar
IUS 4163 Tasawwuf Perbandingan
2. Definisi al-Jam’ dan al-Farq
Al-Farq, adalah suatu keadaan yang dihubungkan kepada diri sendiri.
Al-Jam’, adalah keadaan menafikan diri sendiri.
Segala usaha hamba seperti melaksanakan ibadah dan hal-hal yang berkaitan
dengan tingkah laku manusia, disebut al-Farq.
Sementara jika dilihat dari sisi pandang Al-Haq (Allah swt) seperti kurniaan rahmat
dan kelembutan serta ihsan, maka disebut al-Jam’.
3. Keadaan al-Farq dan al-Jam’
Siapa yang menyaksikan dirinya di hadapan Allah swt dalam perbuatan-
perbuatannya seperti ketaatan dan pengingkaran dirinya, maka hamba tersebut
berada dalam keadaan al-Farq.
Apabila seorang hamba menyaksikan dirinya di hadapan Al-Haq melalui
perbuatannya yang merupakan kesan daripada Af’al Allah swt, maka hamba
tersebut telah berada di dalam keadaan al-Jam’.
4. Harus melazimi al-Jam’ dan al-Farq
Setiap hamba seharusnya melazimi kedua-dua keadaan iaitu al-Jam’ dan al-Farq.
Hal ini kerana seseorang yang tidak berada di dalam keadaan al-Farq, ia tidak memiliki
penghambaan (ubudiyah).
Manakala bagi seseorang yang tidak berada pada keadaan al-Jam’, ia tidak akan mencapai Ma’rifat
kepada-Nya.
Firman Allah swt. (Hanya Kepadamu Kami menyembah), merupakan isyarat terhadap al-Farq.
Sedangkan firman-Nya (dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolonan), merupakan isyarat al-
Jam’.
5. Jam’ul Jam’i
Adapun Jam’ul Jam’i adalah peringkat yang sudah melepasi keadaan al-Farq
dan al-Jam’.
Al-Farq adalah penyaksian terhadap makhluk, hanya untuk Allah swt. Al-Jam’
adalah penyaksian terhadap makhluk bersama Allah swt.
Jam’ul jam’i, berarti merasa alam ini tidak wujud dan fana’-nya rasa kepada
selain Allah swt.
6. Jam’ul jam’i merupakan kehancuran diri yang berkaitan dengan keseluruhan
alam dan kelenyapan rasa dengan sesuatu selain Allah ketika nilai hakikat
mengalahkan dirinya.
Maqam ini mengembalikan salik pada keadaan sedar untuk menunaikan
kewajiban.