More Related Content
Similar to Minit mesy bm bil 1
Similar to Minit mesy bm bil 1 (20)
Minit mesy bm bil 1
- 1. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3
SEKOLAH SERI KAMPUNG TENGAH
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1 /(2013)
Tarikh : 6 MEI 2013 (ISNIN)
Masa : 01:30 PETANG
Tempat : BILIK GERAKAN 1 SK SERI KAMPUNG TENGAH
Pengerusi : PN. HJH ASHIKAH BINTI HASANUDDIN
Kehadiran(Bilangan) : 12/16
Turut Hadir (Jika ada) : -
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan Alu-Aluan
1.1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.
1.1.2 Mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kehadiran semua guru
dalam mesyuarat panitia kali pertama bagi tahun 2013.
1.1.3 Harapan dan ucapan terima kasih atas kerjasama dalam menjayakan
program panitia serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berfokus.
1.1.4 Sempena tahun baru 2013, pengerusi mengajak semua ahli jawatankuasa
menanam iltizam dan keazaman yang jitu untuk meningkatkan prestasi
semua murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan 100 peratus murid-
murid menguasai kemahiran 3M.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS
2.1 Dicadang untuk disahkan oleh En Aryadi bin Katiman.
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Normazida binti Ahmad
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
1
- 2. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4. PERBENTANGAN KERTAS KERJA
4.1 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA
4.1.1 Pelantikan setiausaha yang baru iaitu Pn. Maryanti binti Jamaludin bagi sesi
2013 dicadangkan oleh En. Zulkifli bin Elias dan disokong oleh Tn. Hj Nordin
bin Nasiman.
4.2 ANALISIS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
4.2.1 Pengerusi menyampaikan pesanan guru besar meminta ahli jawatankuasa
membuat post-mortem pencapaian murid-murid bagi Tahun 3 sehingga
Tahun 6.
Bahasa Melayu Pemahaman
Tahun Calon daftar TOV ETR
3 - - -
4 124 96.75 98
5 142 85.82 90
6 147 78.08 85
UPSR 147 95.00 100
Bahasa Melayu Penulisan
Tahun
Tahun
Calon daftar TOV ETR
3 - - -
4 - - -
5 142 80.85 90
6 147 75.34 85
UPSR 147 90.70 96
Unjuran UPSR 2012
Mata pelajaran Peratus Lulus Pencapaian
Bahasa Melayu
Pemahaman
95.00 meningkat
Bahasa Melayu
Penulisan
90.70 menurun
4.2.2 Tahun 1 dan Tahun 2 perlu mencapai band yang ditetapkan. Pengerusi
meminta guru-guru berkenaan memastikan murid-murid KSSR mencapai
sekurang-kurangnya band tiga.
4.2.3 Headcount – Semua guru hendaklah menyediakan sasaran bagi setiap murid
bagi tahun 2013.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
2
- 3. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.3 PENYEDIAAN DAN PENGGUBALAN SOALAN
4.3.1 Semua guru akan ditugaskan menyediakan soalan untuk ujian kerana tiada
lagi soalan setara sebaliknya ujian berasaskan sekolah.
Penggubal Soalan Tahap 2
Tahun 4
Ketua: Pn. Norashidah binti Hassan
En. Kamarul Zaman bin Ahmad
Pn. Hjh Rasidah binti Jais
Tahun 5
Ketua: En. Zulkifli bin Elias
Pn. Maryanti binti Jamaludin
En. Aryadi bin Katiman
Tahun 6
Ketua: Pn. Maryanti binti Jamaludin
Pn. Norashidah binti Hassan
En. Zulkifli bin Elias
Pn. Hjh Ashikah binti Hasanuddin
Penggubal Soalan Tahap 1
Tahun 1
Ketua: Pn. Siti Zalena binti Ismail
Pn. Faridah binti Muhd Yusuf
Pn. Hjh Norasmah binti Ismail
Tahun 2
Ketua: Pn. Hartinie binti Zainuddin
Pn. Hjh Asiah binti Ahad
Pn. Faridah binti Muhd Yusuf
Tahun 3
Ketua: Pn. Hayati binti Munajat
Tn. Hj Nordin bin Nasiman
4.4 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN/ RANCANGAN TAHUNAN
4.4.1 Semua guru mesti mempunyai Rancangan Tahunan Bahasa Melayu untuk
setiap kelas yang diajar.
4.4.2 Huraian Sukatan Pelajaran juga perlu sentiasa ada dan dalam pengetahuan
kita. HSP dan rancangan tahunan jika belum ada boleh dapatkan daripada
ketua panitia.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
3
- 4. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.4.3 Pengerusi menyatakan Plan J masih relevan digunakan sebagaimana yang
diberitahu oleh pegawai PPD Pn. Hamidah binti Haduri
4.4.4 Format Penulisan Rancangan Harian
Semua guru tahap dua hendaklah memastikan item-item seperti di bawah ini
ada dan diikuti dalam penulisan rancangan harian.
a. Tajuk
b. Fokus Utama (FU)
c. Fokus Sampingan (FS)
d. Objektif
e. Aktiviti
Bilangan objektif dan aktiviti yang lebih daripada satu dicadangkan
menggunakan abjad supaya bersesuaian dengan mata pelajaran bahasa.
Pada ruang impak/ catatan hendaklah dicatatkan
a. Sistem Bahasa
b. Pengisian Kurikulum
- Ilmu
- Nilai
- Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
c. Impak atau refleksi iaitu hasil atau kesan daripada pengajaran dan
pembelajaran yang telah disampaikan dalam satu-satu sesi pengajaran.
Terdapat perbezaan penulisan rancangan harian bagi tahap 1. Guru-guru
tahap 1 boleh merujuk kepada Pn. Hartinie binti Zainuddin dan Pn. Hjh
Norasmah binti Ismail.
Tindakan : Pn. Hartinie dan Pn. Hjh Norasmah
4.5 PROGRAM PENINGKATAN BAHASA MELAYU
4.5.1 Aktiviti koakademik peringkat zon dan daerah akan bermula sekitar bulan
Mac. Di peringkat sekolah, Panitia Bahasa Melayu akan mengadakan Bulan
Akademik iaitu pelancaran pada 4 Februari 2013. Setiausaha Bulan
Akademik dikekalkan iaitu Pn. Norasidah binti Hassan.
Aktiviti akan dijalankan di dalam kelas mata pelajaran Bahasa Melayu.
Peserta yang terpilih dari kelas masing-masing akan bertanding untuk
peringkat akhir di dewan sekolah.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
4
- 5. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Bagi memudahkan pengurusan pertandingan, dua orang jurulatih dilantik
mengikut kategori.
Kategori Nama Guru
Syair Pn. Hjh Asiah / Pn. Faridah
Bercerita Tahap 1 Pn. Hayati / Tn. Hj Nordin
Mengarang En. Aryadi / Pn. Maryanti
Bercerita Tahap 2 Pn Norasidah / En. Zulkifli
Pidato Pn. Ashikah
Sajak En. Nordin / En Kamarul Zaman
4.5.2 Program Buku Nilam. Murid-murid boleh membaca di perpustakaan atau di
rumah. Perlu direkodkan dalam buku nilam sebagai bukti. Markah nilam perlu
dimasukkan secara on-line (Sistem Tarantula) oleh semua guru Bahasa
Melayu.
4.5.3 Program PROTIM akan diteruskan di bawah penyelarasan Pn. Norashidah
binti Hassan.
4.5.4 Program LINUS. Pn. Faridah binti Muhd Yusuf akan membuat program
pengisian pintar kepada ibu bapa dan guru untuk memberikan kefahaman
dan pengetahuan tentang program tersebut.
4.5.5 Program MBMBI. Program memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan
Bahasa Inggeris untuk menempatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan dan bahasa pertuturan negara. Guru-guru bahasa
hendaklah menyelitkan kemahiran berbahasa seperti pantun, syair, guridam,
sajak, peribahasa dan sebagainya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Catatkan d ruangan impak dalam rancangan harian contohnya MBMBI
(membaca syair).
4.5.6 Program KSSR. Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Memastikan semua guru bahasa Melayu tahun 1, 2 dan 3 sentiasa membuat
penilaian secara berterusan kepada semua murid untuk menjamin ketelusan
dan keadilan. Semua bahan yang dijadikan penilaian hendaklah disimpan
termasuk rekod ujian dan sebagainya untuk dijadikan bukti sekiranya sesuatu
perkara itu berbangkit.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
5
- 6. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Guru yang telah menghadiri kursus KSSR untuk tahun 3 hendaklah berkongsi
ilmu itu kepada rakan guru yang lain agar KSSR itu dapat berjalan
sebagaimana yang dikehendaki oleh kementerian.
4.6 PELAN STRATEGIK KECEMERLANGAN PANITIA BAHASA MELAYU 2013
4.6.1 Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan
Strategi 1: Pembelajaran dan pengajaran berfokus.
Strategi 2: Membudayakan Pemulihan 2M
4.6.2 Objektif : meningkatkan bilangan murid yang mencapai gred lulus dalam
kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan.
4.7 PENGGUNAAN BUKU TULIS
4.7.1 Panitia Bahasa Melayu juga telah menetapkan bilangan buku tuilis yang
harus digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Tujuan penetapan ini adalah sebagai peyelarasan dan garis panduan.
Tahap 1
a. Buku tatabahasa (BM1)
b. Buku pemahaman (BM2)
c. Tulisan 1
d. Penulisan (separuh kosong)
Tahap 2
a. Penulisan 1 (Bahagian A dan C)
b. Penulisan 2 (Bahagian B)
c. Bahasa Melayu 1 (Tatabahasa)
d. Bahasa Melayu 2 (Pemahaman)
e. Bijak Kamus
f. Modul PKJR
g. Modul 011 dan 012 (MGB)
4.8 MODUL GURU GANTI
4.8.1 Pengerusi akan berbincang dengan guru besar berkenaan modul guru ganti
sama ada perlu untuk semua murid. Rasional penggunaan modul ini adalah
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
6
- 7. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
bagi memudahkan guru yang menggantikan guru Bahasa Melayu yang tiada
untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran di kelas tersebut.
Penyelaras untuk menyediakan Modul Guru Ganti mengikut tahun.
Tahun Penyelaras
Tahun 1 Pn. Hjh Norasmah binti Ismail
Tahun 2 Pn. Torsiah binti Ambali
Tahun 3 Pn. Hayati binti Munajat
Tahun 4 En. Kamarul Zaman bin Ahmad
Tahun 5 En. Aryadi bin Katiman
Tahun 6 En. Zulkifli bin Elias
Tindakan : Penyelaras
4.9 PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
4.9.1 PLBS hendaklah dijalankan dua kali dalam setahun iaitu penggal 1 dan
penggal 2. Jika guru hendak menjalankan PLBS lebih dari 2 kali adalah lebih
baik. Pentaksiran boleh dijalankan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu
dan sesuai. Markah perlu dimasukkan secara aplikasi dan jika ada masalah
boleh dimasukkan secara manual.
Tindakan : En. Aryadi bin Katiman
4.9.2 Sekiranya guru menjalankan PLBS dalam waktu PdP, guru hendaklah
membuat catatan di ruang impak sebagai bukti bahawa PLBS telah
dijalankan. Contohnya PLBS telah dijalankan kepada 10 orang murid.
4.9.3 Guru sebagai pentaksir sekolah mempunyai satu fail. Pihak sekolah akan
menyediakan surat pelantikan guru sebagai guru pentaksir PLBS.
4.9.4 Guru hendaklah menyediakan rekod pencapaian murid, bahan yang diuji
hendaklah difotostat dan membuat catatan sebagai bukti digunakan termasuk
penggunaan buku teks. Jika murid membuat persembahan di perhimpunan
pagi boleh dikira sebagai PLBS, guru perlu mencatat tarikh dan jika ada sijil
sertakan salinannya.
4.9.5 Pn. Hartinie meminta guru-guru meletakkan fail PLBS di dalam bilik
peperiksaan (BOP). Fail induk ada di bilik gerakan 1.
4.10 MERANCANG PERBELANJAAN
4.10.1 Pengerusi meminta Pn. Hjh Asiah binti Ahad menyenaraikan buku yang
diperlukan bagi tahap 1
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
7
- 8. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.10.2 Pn. Hartinie meminta Carta KSSR Tahun 1, 2 dan 3 diperbanyakkan dan
meminta radio untuk digunakan semasa PdP.
4.10.3 Pn. Maryanti meminta buku Tatabahasa Dewan diperbanyakkan untuk
kemudahan guru-guru Bahasa Melayu..
4.11 BENGKEL PENANDAAN BAHASA MELAYU
4.11.1 Teknik penandaan Bahasa Melayu Penulisan akan diadakan untuk semua
guru Bahasa Melayu bagi mendapatkan keseragaman dalam penandaan
kertas Bahasa Melayu.
5. HAL-HAL LAIN
5.1 Pn. Norasidah binti Hassan bertanyakan tentang program Bijak Kamus yang
dijalankan di dalam kelas. Pengerusi menerangkan bagi kelas A perlu ditulis
20 perkataan. Manakala kelas akhir cukup 10 perkataan sahaja dalam
seminggu. Kamus Dewan boleh diambil di stor dalam bilik guru dan
dipulangkan selepas digunakan.
5.2 Pengerusi menyatakan program rumah terbuka 2013 akan diadakan
mesyuarat pada masa akan datang untuk penambahbaikan.
PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh pengerusi. Pengerusi mengharapkan agar segala
perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan
baik.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.
Disediakan oleh, Disemak Oleh,
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
8
- 9. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
..........................................……… ……...............................………....
(MARYANTI BINTI JAMALUDIN) (ASHIKAH BINTI HASANUDDIN)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
Tarikh : 3 Januari 2013 Tarikh : 4 Januari 2013
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
9
- 10. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
..........................................……… ……...............................………....
(MARYANTI BINTI JAMALUDIN) (ASHIKAH BINTI HASANUDDIN)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
Tarikh : 3 Januari 2013 Tarikh : 4 Januari 2013
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
9