SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 10
•

6. PENDAHULUANBahan Panduan Dunia Seni Visual
Tahun 3 bertujuan memberi panduan kepada guruPendidikan Seni
Visual untuk mempertingkatkan daya kreativiti melalui aktiviti
eksplorasimedia serta proses dan teknik dalam proses pengajaran.
Bahan panduan pengajaran inidapat memperkembangkan
keperibadian, memberikan kesedaran dan kepekaan guruterhadap
nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain.Bahan Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual
Tahun 3 merangkumi tajuk-tajuk yangmenekankan aspek
penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara
menyeluruh,dan aspek kritikan. Diharapkan dengan adanya
kurikulum ini dapat membentuk keperibadiangenerasi Malaysia
yang celik budaya dan kesenian. MATLAM ATBahan Panduan
Dunia Seni Visual bermatlamat melahirkan insan yang harmonis,
kritis,kreatif, dan produktif menerusi Bahan Panduan Pengajaran
Dunia Seni Visual Tahun 3disediakan untuk memberi panduan
kepada guru menjana idea bagi mewujudkan prosespengajaran
yang lebih kreatif dan efektif. Kandungan bahan panduan
pengajaran ini dapatmembantu guru untuk mengaplikasikan
proses dan teknik dalam penghasilan karya sertameningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga, masyarakat,
dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. vii

•

7. OBJEKTIFBahan Panduan Pengajaran Pendidikan Seni
Visual membolehkan guru: 1. peka dan bertanggungjawab
terhadap perkembangan pendidikan negara melalui Dunia Seni
Visual 2. menghayati kesedaran fitrah kanak-kanak dalam
mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih
berkesan 3. meningkatkan keyakinan diri dalam pengajaran secara
sistematik dan kreatif 4. menyedari adanya pelbagai media dan
teknik dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual 5. menanam sifat
adil dan bertanggungjawab dalam pengendalian pentaksiran 6.
meningkatkan semangat patriotisme melalui proses penghayatan
warisan budaya bangsa 7. memperkembangkan kemahiran berfikir
dalam situasi dan kehidupan harian ke arah pembentukan modal
insan 8. memupuk sifat sabar dan dedikasi untuk membantu murid
dalam penghasilan karya yang lebih kreatif dan bermakna 9.
menerapkan elemen merentas kurikulum (EMK) dalam
pembelajaran dan pengajaran viii
•

8. FOKUS MATA PELAJARANTumpuan mata pelajaran ini
merangkumi empat aspek utama iaitu:a. pemerhatian secara
aktifb. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahanc.
apresiasi seni visual secara mudahd. menghargai nilai baik dalam
semua aspek kehidupana. Pemerhatian secara aktifPemerhatian
secara aktif adalah aspek perkembangan deria penglihatan, yang
merangkumipemerhatian keseluruhan, berfokus, dan teperinci
untuk menajamkan persepsi murid. Selainitu, aspek ini juga
melibatkan pancaindera lain dalam membantu perkembangan
emosi melaluikajian perbandingan. Faktor ini, dapat membantu
pemahaman murid tentang asas seni visualdalam membuat
pemerhatian terhadap alam benda dan alam semula jadi secara
konkrit bagimendapatkan imej mental. Umumnya secara
keseluruhan kegiatan ini akan dapat membantumurid menyelaras
idea, imaginasi, dan alam fantasinya ke arah perkembangan
persepsi danpemikiran abstrak.b. Interaksi yang kritis dan kreatif
dengan alat dan bahanPeringkat ini menggalakkan murid
membuat penerokaan dan percubaan dalammempelbagaikan
kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini
akanmemperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas
seni visual berhubung denganmanipulasi alat dan bahan serta
teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat danbahan,
murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya
dengan objek yangdilihat. Proses pembelajaran ini amat penting
kerana memberikan peluang kepada muridbelajar secara tidak
langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka
bolehlakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang. ix
•

9. c. Apresiasi seni visual secara mudahApresiasi seni
visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek
pengetahuan senivisual dan kegunaannya dalam pelbagai
kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.Murid terlibat
dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari
aspek senimelalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula
boleh dibuat dalam pelbagai cara sepertilisan, cerita, lakonan,
nyanyian, karangan, dan puisi. Murid diperkenalkan kepada tokohtokohseni dan menghargai sumbangan mereka.d. Menghargai nilai
baik dalam semua aspek kehidupanSelain diberikan pengalaman
membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga
dipupuknilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang
wujud dalam persekitaran dan kehidupanmereka. Ini termasuklah
memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme,
nilaikebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat
membuat pertimbangan yangsewajarnya apabila berhadapan
dengan semua pelbagai situasi. x

•

10. PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARANPenilaian dalam Seni Visual bukan hanya
melibatkan pengujian dan pengukuran tetapipenilaian secara
keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan
muridmenggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif,
psikomotor, dan afektif. Secaratidak langsung, penilaian
menitikberatkan fokus pada perbuatan murid yang
mencungkilkemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu
membuat keputusan. Keberkesananprogram mata pelajaran ini
dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolahyang
dilaksanakan di peringkat sekolah.Penilaian Seni Visual KSSR
mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan
sekolah,penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai
akauntabiliti, dan penilaian yangadil.Penilaian berasaskan sekolah
perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari
segipembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian yang
fleksibel menitikberatkanpenilaian yang mengambil kira keperluan
sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gayapembelajaran dan
kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu
atauberkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk
melaksanakan penilaian yangmempunyai akauntabiliti seperti
perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya.Selain
itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisis
markah tersebut sertamembuat laporan untuk membuat tindakan
susulan yang berkaitan. Penilaian dalam SeniVisual bersifat adil
kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan
danciri murid. Murid dinilai dari segi pengetahuan mereka, cara
mereka berfikir, dankemampuan psikomotor mereka.Terdapat tiga
kaedah penilaian dalam Seni Visual secara khususnya,iaitu
pemerhatian, lisandan interaksi, dan penulisan. Kaedah
pemerhatian melibatkan pemerhatian proses danpemerhatian hasil
kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid
membuatkerja dikenali sebagai pemerhatian proses berguna
kerana guru dapat menilai penguasaankemahiran amali dan
perkembangan bakat murid. Selain itu, guru juga dapat
menilaipenguasaan kemahiran sosial, amalan murid serta
memerhati penglahiran emosi danperasaan. Tahap kreativiti murid
juga dapat dikesan melalui pemerhatian. Pencapaiankebolehan
dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan
denganmelihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan
penilaian. Antara kriteria yangdipilih untuk penilaian ialah gubahan,
interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti, dankemasan.
Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja. xi
•

•

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITIPersepsi Estetik Guru
menunjukkan contoh corak teknik capan. Guru meminta murid mengenal pasti
dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik capan. Guru
menyatakan definisi capan.Aplikasi seni Guru memperkenalkan media yang
digunakan. Guru menunjuk cara bancuhan warna dan mengecap pada kertas
lukisan secara terancang.Ekspresi kreatif Murid menggunakan bahan secara
kreatif. Murid menghasilkan corak teknik capan mengikut kreativiti.Apresiasi
Seni Murid mempamerkan karya yang dihasilkan. Murid menghargai dan
menceritakan karya sendiri dan rakan. Murid menyatakan hasil corak teknik
capan boleh dijadikan hiasan pada rekaan lain. 15
29. MEMBUAT CORAK DAN REKAANTahun : 3Modul : Bidang Membuat
Corak dan Rekaan Aktiviti : Lipatan dan Guntingan Tema : Objek Buatan
Manusia Tajuk : Hiasan Dinding Masa : 60 minit Media : Alat : gunting Bahan :
kertas lukisan, kertas warna, majalah dan gam Bahan Bantu Mengajar : Contohcontoh corak teknik lipatan dan guntinganEMK : Keusahawanan, Kreativiti, dan
InovasiSTANDARD KANDUNGAN1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni
visual iaitu rupa, jalinan, imbangan, kontra, dan harmoni yang terdapat pada alam
semula jadi dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik lipatan
dan guntingan.2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan bahasa seni visual
menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti penghasilan corak teknik
lipatan dan guntingan.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian
dalam penghasilan corak teknik lipatan dan guntingan.4. Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual sejarah seni dan budaya. 16

Falsafah Pendidikan Negara
Apakah yang dimaksudkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada secara tersurat
dan tersirat iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah
Pendidikan Negara (FPN). Justru itu guru sebagai 'imput' seharuslah 'cemerlang' terlabih
dahulu sebelum menentukan 'output' yakni murid yang cemerlang seperti dikehendaki
oleh FPN. Jika kita amati matlamat keseluruhan FPN dan Wawasan Pendidikan yang
diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan, budaya kerja cemerlang adalah
menjadi agenda utama. Penegasan wawasan pendidikan ialah budaya kerja cemerlang
perlu dibina berlandaskan sikap amanah, bertanggungjawab dan akauntabiliti terhadap
tugas.
" Satu konsep utama yang menjadi landasan untuk membangunkan budaya cemerlang
ialah amanah. Amanah ialah tanggungjawab dan juga penaggungjawab (akauntabiliti)
terhadap sesuatu yang telah ditugaskan atau diberi keparcayaan. Menurut Islam seluruh
diri dan hidup manusia adalah amanah"
(Wan Zahid.13)
Peranan guru amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah. Bagi guru
mata pelajaran pendidikan seni peranan mereka amat penting bagi menentukan mata
pelajaran pendidikan seni boleh di manfaatkan. Dua peranan penting bagi seseorang guru
pendidikan seni disekolah; pertama menentukan mata pelajaran pendidikan seni di ajar
kepada murid-murid dengan sempurna dan berkesan dan kedua menggunakan kemahiran
pendidikan seni berguna kepada kemajuan sekolah dari segi fizikal dan kemudahan.
Ciri-ciri Cemerlang
Indikator cemerlang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan
Kementerian Pendidikan, terutama untuk menentukan prestasi guru. Indikator tersebut
lebih menekankan penilaian prestasi seseorang guru biasa bagi menentukan pergerakan
gaji. Walau bagaimanapun indikator ini boleh diambil kira awal untuk menentukan
kecemerlangan seeorang guru terutama guru mata pelajaran pendidikan seni. Indikator
tersebut mengambilkira :
1. Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi.
2. Penghasilan kerja dari segi kualiti, mutu kerja, keberkesanan kos, ketepatan masa dan
pelaksanaan peraturan dan arahan pentadbiran.
3. Pengetahuan dan kemahiran yakni meliputi pengetahuan dalam bidang kerja,
kebolehan mengelola, kebolehan membuat keputusan, keberkesanan komunikasi dan
kebolehan menyelesaikan masalah.
4. Kualiti Peribadi - dari segi integriti (jujur, amanah dan berakhlak) komitmen, ikram,
adil dan saksama, berdisiplin dan kepimpinan.
5. Jalinan hubungan dan kerjasama samada dengan pegawai atasan, rakan sekerja,
pegawai bawahan dan pelanggang( murid-murid).
6. Potensi: adakah guru itu ada wawasan, perspktif menyeluruh, penganalisisan,
kesedaran kepada kenyataan, proaktif, daya kreatif dan inovasi, serta kebolehan
menghadapi cabaran.
Perkhidmatan awam menyenaraikan ciri-ciri budaya kerja cemerlang yang perlu
diamalkan pekerja kerajaan, antaranya:
1. Ketepatan masa dalam memberikan perkhidmatan.
2. Ketepatan fakta dan maklumat yang diberikan kepada pelanggan.
3. Sentiasa responsif kepada kehendak pelanggan.
4. Menyempurnakan tugas dengan cara yang adil dan jujur.
5. Bersopan santun ketika berurusan dengan pelanggan.
6. Menepati temujanji yang dibuat dengan pelanggan.
7. Tidak melakukan pembaziran sumber.
(Ahmad Sarji.210)
Indikator-indikator di atas merupakan indikator secara menyeluruh bagi menentukan
kecemerlangan bagi seseorang guru. Amalan budaya kerja cemerlang memerlukan
amalan yang berterusan. Seseorang guru yang cemerlang sewajarnya sentiasa cemerlang
dari segi indikator-indikator di atas.
Bagi guru pendidikan seni, indikator kecemerlangan akan berpusat kepada enam faktor
utama. faktor-faktor tersebut boleh dipecahkan dalam huraian selanjutnya:
1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni.
3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan.
4. Pengurusan Ko-kurikulum.
5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan.
6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar.
Namun demikian guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah seorang
guru yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka terhadap perkembangan individu,
simpatik dan empatik serta menjadi contoh kepada guru-guru lain dan pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
Berbagai-bagai teori dan model pengajaran yang berkesan. Mengikut Borich & Fenton
(1977), kecemerlangan pengajaran adalah melibatkan perlakuan guru, peningkatan
keilmuannya, dan beberapa variabel yang mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran P&P, misalnya hubungan dengan pengetua/gurubesar dan dan faktor
persekitaran . Yang dimaksudkan pelakuan guru ialah cara-cara guru menyampaikan ilmu
kepada murid-muridnya. Ini termasuklah bagaimana guru interaksi dengan murid,
pengurusan kelas, penggunaan masa dan sebagainya yang berkaitan dengan P&P. Satu
faktor yang penting ialah sikap guru itu penentu utama bagi kecemerlangan dalam P&P.
Dalam model yang dikemukan oleh John Carroll (1963) iaitu "A Model of Scholl
Learning'; menghuraikan lima elemen yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran,
iaitu:
1. 'Aptitude' - bakat/kebolehan murid untuk belajar.
2. Kemampuan murid me- mahami arahan/ pengajaran guru atau kesediaan murid belajar
sesuatu tajuk pelajaran. Kemampuan murid ini bergantung kepada pengetahuan atau
kemahiran yang sedia ada pada murid.
3. Daya tahan (persever- rance) murid - kesanggupan murid secara aktif terlibat dalam
pembelajaran. Faktor ini ditentukan oleh motivasi/kemahuan dalam diri murid untuk
belajar.
4. Peluang - masa yang diperuntukan kepada murid untuk belajar atau masa yang
digunakan oleh guru untuk mengajar sesuatu kemahiran dan konsep.
5. Kualiti pengajaran - keberkesanan sesuatu pelajaran itu diajar.
(Wan Fatimah .19)
Kualiti pengajaran merupakan perkara penting kepada seseorang guru pendidikan seni
untuk menentukan keberkesanan pengajaran. Guru yang cemerlang berjaya menentukan
corak pengajaran yang berkesan dan menyesuaikan situasi pengajaran dengan situasi
semasa. Berbagai kaedah dan strategi pengajaran dimanipulasikan agar murid menikmati
pengajaran dengan sempurna dan berkesan. Berikut adalah kuliti pengajaran pendidikan
seni yang berkesan:
• pengajaran/maklumat pendidikan seni secara tersusun, mudah difahami serta bermakna
kepada murid. Misalnya mengajar anyaman guru harus menerangkan jenis-jenis kelerai
terlebih dahulu sebelum pergi kepada teknik mengayam.
• pengajaran pendidikan seni dapat menarik minat murid.
• berkesan, mudah diingat dan digunakan oleh murid.
• guru menggunakan contoh-contoh yang mudah.
• pengajaran pendidikan seni dikaitkan dengan maklumat/pengetahuan dan kemahiran
yang sedia ada pada murid.
• guru sentiasa menunjukkan minat dan ghairah semasa pengajaran pendidikan seni.
• guru menggunakan kaedah-kaedah dan bahan-bahan pengajaran tertentu sesuai dengan
pelajaran pendidikan seni berjalan.
• guru bersifat humor dan penyayang.
• Guru pendidikan seni yang baik sentiasa mengadakan penilaian secara formal atau tidak
format kepada murid dan membuat penilaian keberkesanan pengajaran.
• guru pendidikan seni perlu membetulkan segera kesilapan yang dilakukan oleh murid.
• guru pendidikan seni yang baik sentiasa memberi motivasi dan insentif kepada murid
semasa pengajaran berlaku.
• guru pandai menyesuaikan pengajaran pendidikan seni mengikut keupayaan kebolehan
murid.
• pengajaran yang berkesan dibantu dengan suasana bilik seni yang bersih dan kemas.
Pengetahuan dan Kemahiran Pendidikan Seni
Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam kerjakerja amali. Lantaran itu guru pendidikan seni kurang mendalami pengetahuannya
melalui banhan-bahan bacaan ilmiah. Guru pendidikan seni lebih berminat sekiranya
diadakan latihan berbentuk bengkel. Ini merupakan fenomena yang negatif.
Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan amali. Bagi guru pendidikan seni
cemerlang perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam pendidikan seni.
Sebagai contoh sekarang pendidikan seni diperkenalkan bidang rekacipta, maka guru
pendidikan seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut hingga boleh
menguasainya.
Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan menentukan
mutu pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan komputer dalam pengajaran
pendidikan seni, walaupun belum disediakan dalam kurikulum, tetapi sekarang banyak
perisian komputer yang boleh digunakan dalam pendidikan seni. Misalnya perisian
Grafik seperti PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat
membantu guru dari segi alat bantu mengajar penggunaan dalam mata pelajaran.
Kualiti Peribadi
Penekanan kuliti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni. Seseorang
guru pendidikan seni cemerlang tentunya kualiti pribadi yang konsisten. Menunjukkan
akhlak mulia dengan rakan sejawat dan murid-muridnya. Ia sentiasa menjadi model
kepada guru-guru lain dari segi kemasan diri. Contohnya guru-guru pendidikan seni
perempuan boleh menjadi contoh dan kosaltan dari segi memilih warna dan fesyen baju
untuk guru wanita lain.
Guru pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang
berkaitan dengan kreativiti. Justru itu guru pendidikan seni haruslah seorang kreatif dan
inovatif.
Pengurusan Ko-kurikulum
Seorang guru yang cemerlang tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat dalam
organisasi kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan di bawah ko-kurikulum. Kelab
seni dan kreatif merupakan kelab yang membantu mengembangkan mata pelajaran
pendidikan seni di sekolah. Melalui kelab tersebut dapat menentukan daya minat yang
lebih dari murid yang diajar semasa pendidikan seni. Pelengkap dari pengajaran
pendidikan seni boleh di salurkan dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif.
Banyak aktiviti-aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab. Misalnya lawatan ke
pusat-pusat yang berkaitan dengan seni tampak, Balai senilukis dan Pusat kraftangan.
Melalui kelab pendidikan seni guru boleh membina kepimpinan murid dalam bidang
kesenian disamping melahirkan seniman-seniman kecil melalui penghasilan karya seni.
Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung kepada
keupayaan guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi keyakinan kepada
mereka.
Subangan dan Hasil Kerja
Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan orang terpenting untuk mencantikkan
sekolah. Tidak dinafikan tanggungjawab utama untuk keceriaan sekolah kebiasaannya
terpikul pada guru pendidikan seni. Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata
pelajaran pendidikan seni (sekolah menengah), Seni dan Persekitaran boleh dipraktikkan
melalui kerja-kerja keceriaan sekolah.
Sumbangan guru pendidikan seni tidak tertumpu kepada sekolah sahaja. Guru pendidikan
seni boleh memberi khidmat kepada projek-projek diperingkat daerah misalnya hiasan
pentas dan sebagainya. Subangan kreatif itu akan menambahkan lagi kesuburan
kemahiran bidang kerja.
Komunikasi dan hubungan
Melalui sumbagan yang diberikan kepada pihak sekolah, guru pendidikan seni
sewajarnya mempunyai tingkahlaku yang baik terutama dari segi hubungan dengan
pengetua/gurubesar, rakan sejawat dan pelajar. Hubungan ini penting, kerana prestasi
guru yang baik adalah melalui imej hubungan yang berkesan dan baik.
Penutup
Sebenarnya tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin mencabar. Namun
demikian bagi guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang, cabaran dan rintangan
yang berat dapat dipikul dengan mudah. Kerja-kerja yang ada kaitan dengan tugas dan
dan ada kaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi guru
pendidikan seni yang cemerlang. Kebiasaannya guru cemerlang ini mahukan setiap
kerjanya dilakukan dengan kualiti yang tinggi. Indikator utama guru pendidikan seni
yang cemerlang ialah sikap amanah dan bertanggungjawaban.
Tahap kesempurnaan tugas datang dari diri yang ikhlas dan sentiasa mahu
mengingkatkan pengetahuan, menguasai kemahiran, sikap terbuka, berfikiran secara
fleksibel, kreatif dan inovatif. Sesungguhnya guru yang cemerlang itu sentiasa menjadi
guru 'popular' disekolah.
Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan dalam kertas kerjanya bertajuk Keguruan
menjelang abad ke-21: Cabaran dan Harapan; Menjamin kualiti perkhidmatan dalam
profesion keguruan pada abad ke -21 merupakan satu cabaran. Stakeholders dan juga
pelanggan pendidikan pasti akan membuat tuntutan peningkatan mutu pendidikan. Sejauh
mana sesorang guru atau kakitangan pendidikan dapat memuaskan tuntutan dan
keperluan stakeholders dan pelanggan bergantung kepada sejauh mana tingginya kualiti
perkhidmatan yang dicurahkan. ( Wan Zahid. ms 121).
Anda mungkin juga meminati:
GURU bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya,perbuatannya, tingkah
lakunya, pakaiannya, amalannya danboleh dipercayai bermaksud keamanahan
yangdipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.
PENGENALAN

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Ctie Zahari
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Cikgu Hayati
 
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5Safiah Sulaiman
 
DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2skulumosopoh
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentRina Majin
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAhmad NazRi
 
125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psvCik Lieya
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 

Mais procurados (12)

Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
Bahan 1
Bahan 1Bahan 1
Bahan 1
 
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
 
DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2
 
Corak dan rekaan
Corak dan rekaanCorak dan rekaan
Corak dan rekaan
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigment
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
 
125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv
 
Kanak
KanakKanak
Kanak
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Psv3105
Psv3105Psv3105
Psv3105
 

Destaque

Guru cemerlang
Guru cemerlangGuru cemerlang
Guru cemerlangBern Thady
 
Contoh budaya kerja guru cemerlang
Contoh budaya kerja guru cemerlangContoh budaya kerja guru cemerlang
Contoh budaya kerja guru cemerlangIlham Afnan
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALasyikin hashim
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
7. kajian kes proses pelaksanaan copy
7. kajian kes  proses pelaksanaan   copy7. kajian kes  proses pelaksanaan   copy
7. kajian kes proses pelaksanaan copyahmad muzani
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiYuki Chia
 
Borang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesBorang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesSalwa Samsudin
 
Apps for edu training bm 7 24
Apps for edu training bm 7 24Apps for edu training bm 7 24
Apps for edu training bm 7 24OneNita Zuriah
 
SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)
SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)
SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)kimoralee
 
1. kualiti guru dan konsep plc
1. kualiti guru dan konsep plc1. kualiti guru dan konsep plc
1. kualiti guru dan konsep plcShahrizan Mazlan
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 

Destaque (20)

Guru cemerlang
Guru cemerlangGuru cemerlang
Guru cemerlang
 
Kk guru cemerlang jitra
Kk guru cemerlang jitraKk guru cemerlang jitra
Kk guru cemerlang jitra
 
Contoh budaya kerja guru cemerlang
Contoh budaya kerja guru cemerlangContoh budaya kerja guru cemerlang
Contoh budaya kerja guru cemerlang
 
Ciri ciri guru cemerlang
Ciri ciri guru cemerlangCiri ciri guru cemerlang
Ciri ciri guru cemerlang
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
 
Panduan penulisan APA
Panduan penulisan APAPanduan penulisan APA
Panduan penulisan APA
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Taklimat SBPA 7/12/2011- GURU
Taklimat SBPA 7/12/2011- GURUTaklimat SBPA 7/12/2011- GURU
Taklimat SBPA 7/12/2011- GURU
 
Wacana ilmu 3
Wacana ilmu  3Wacana ilmu  3
Wacana ilmu 3
 
7. kajian kes proses pelaksanaan copy
7. kajian kes  proses pelaksanaan   copy7. kajian kes  proses pelaksanaan   copy
7. kajian kes proses pelaksanaan copy
 
Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)
Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)
Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)
 
MODUL PSV3111
MODUL PSV3111 MODUL PSV3111
MODUL PSV3111
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
 
Bahan taklimat untuk sesi 2016
Bahan taklimat untuk sesi 2016Bahan taklimat untuk sesi 2016
Bahan taklimat untuk sesi 2016
 
Borang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesBorang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kes
 
Apps for edu training bm 7 24
Apps for edu training bm 7 24Apps for edu training bm 7 24
Apps for edu training bm 7 24
 
SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)
SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)
SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)
 
1. kualiti guru dan konsep plc
1. kualiti guru dan konsep plc1. kualiti guru dan konsep plc
1. kualiti guru dan konsep plc
 
1BestariNet
1BestariNet1BestariNet
1BestariNet
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 

Semelhante a Ciri2 guru cemerlang

Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Kickstory
 
Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3JENNY WONG
 
Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Nordin Laguda
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Nor Amalina
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Kim44444
 
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+31b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3Mashitah Shaari
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2JJ Antibiotic
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Saifatul Nurul Zaima
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Azzam Yusof
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Farah Husna Tajuddin
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Watie Razali
 
Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1linakhairi
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Leong Kim Yin
 
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5Kim44444
 
Sukatan pelajaran psv (kbsr)
Sukatan pelajaran psv (kbsr)Sukatan pelajaran psv (kbsr)
Sukatan pelajaran psv (kbsr)ong2012
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Sab Affendi
 

Semelhante a Ciri2 guru cemerlang (20)

Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
 
Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3
 
Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1
 
4 bidang psv
4 bidang psv4 bidang psv
4 bidang psv
 
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+31b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
 
Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1
 
Sp pseni kbsr
Sp pseni kbsrSp pseni kbsr
Sp pseni kbsr
 
Sp Pseni Kbsr
Sp Pseni KbsrSp Pseni Kbsr
Sp Pseni Kbsr
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4
 
Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4
 
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
 
Sukatan pelajaran psv (kbsr)
Sukatan pelajaran psv (kbsr)Sukatan pelajaran psv (kbsr)
Sukatan pelajaran psv (kbsr)
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4
 

Ciri2 guru cemerlang

  • 1. • 6. PENDAHULUANBahan Panduan Dunia Seni Visual Tahun 3 bertujuan memberi panduan kepada guruPendidikan Seni Visual untuk mempertingkatkan daya kreativiti melalui aktiviti eksplorasimedia serta proses dan teknik dalam proses pengajaran. Bahan panduan pengajaran inidapat memperkembangkan keperibadian, memberikan kesedaran dan kepekaan guruterhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.Bahan Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 3 merangkumi tajuk-tajuk yangmenekankan aspek penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh,dan aspek kritikan. Diharapkan dengan adanya kurikulum ini dapat membentuk keperibadiangenerasi Malaysia yang celik budaya dan kesenian. MATLAM ATBahan Panduan Dunia Seni Visual bermatlamat melahirkan insan yang harmonis, kritis,kreatif, dan produktif menerusi Bahan Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 3disediakan untuk memberi panduan kepada guru menjana idea bagi mewujudkan prosespengajaran yang lebih kreatif dan efektif. Kandungan bahan panduan pengajaran ini dapatmembantu guru untuk mengaplikasikan proses dan teknik dalam penghasilan karya sertameningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. vii • 7. OBJEKTIFBahan Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual membolehkan guru: 1. peka dan bertanggungjawab terhadap perkembangan pendidikan negara melalui Dunia Seni Visual 2. menghayati kesedaran fitrah kanak-kanak dalam mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan 3. meningkatkan keyakinan diri dalam pengajaran secara sistematik dan kreatif 4. menyedari adanya pelbagai media dan
  • 2. teknik dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual 5. menanam sifat adil dan bertanggungjawab dalam pengendalian pentaksiran 6. meningkatkan semangat patriotisme melalui proses penghayatan warisan budaya bangsa 7. memperkembangkan kemahiran berfikir dalam situasi dan kehidupan harian ke arah pembentukan modal insan 8. memupuk sifat sabar dan dedikasi untuk membantu murid dalam penghasilan karya yang lebih kreatif dan bermakna 9. menerapkan elemen merentas kurikulum (EMK) dalam pembelajaran dan pengajaran viii • 8. FOKUS MATA PELAJARANTumpuan mata pelajaran ini merangkumi empat aspek utama iaitu:a. pemerhatian secara aktifb. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahanc. apresiasi seni visual secara mudahd. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupana. Pemerhatian secara aktifPemerhatian secara aktif adalah aspek perkembangan deria penglihatan, yang merangkumipemerhatian keseluruhan, berfokus, dan teperinci untuk menajamkan persepsi murid. Selainitu, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain dalam membantu perkembangan emosi melaluikajian perbandingan. Faktor ini, dapat membantu pemahaman murid tentang asas seni visualdalam membuat pemerhatian terhadap alam benda dan alam semula jadi secara konkrit bagimendapatkan imej mental. Umumnya secara keseluruhan kegiatan ini akan dapat membantumurid menyelaras idea, imaginasi, dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi danpemikiran abstrak.b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahanPeringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalammempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akanmemperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung denganmanipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat danbahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya
  • 3. dengan objek yangdilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberikan peluang kepada muridbelajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka bolehlakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang. ix • 9. c. Apresiasi seni visual secara mudahApresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan senivisual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek senimelalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara sepertilisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid diperkenalkan kepada tokohtokohseni dan menghargai sumbangan mereka.d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupanSelain diberikan pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuknilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupanmereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilaikebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yangsewajarnya apabila berhadapan dengan semua pelbagai situasi. x • 10. PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPenilaian dalam Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapipenilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan muridmenggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. Secaratidak langsung, penilaian menitikberatkan fokus pada perbuatan murid yang mencungkilkemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Keberkesananprogram mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolahyang dilaksanakan di peringkat sekolah.Penilaian Seni Visual KSSR
  • 4. mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah,penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai akauntabiliti, dan penilaian yangadil.Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segipembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel menitikberatkanpenilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gayapembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atauberkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian yangmempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya.Selain itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisis markah tersebut sertamembuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam SeniVisual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan danciri murid. Murid dinilai dari segi pengetahuan mereka, cara mereka berfikir, dankemampuan psikomotor mereka.Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual secara khususnya,iaitu pemerhatian, lisandan interaksi, dan penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses danpemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuatkerja dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasaankemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain itu, guru juga dapat menilaipenguasaan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi danperasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat dikesan melalui pemerhatian. Pencapaiankebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan denganmelihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yangdipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti, dankemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja. xi
  • 5. • • STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITIPersepsi Estetik Guru menunjukkan contoh corak teknik capan. Guru meminta murid mengenal pasti dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik capan. Guru menyatakan definisi capan.Aplikasi seni Guru memperkenalkan media yang digunakan. Guru menunjuk cara bancuhan warna dan mengecap pada kertas lukisan secara terancang.Ekspresi kreatif Murid menggunakan bahan secara kreatif. Murid menghasilkan corak teknik capan mengikut kreativiti.Apresiasi Seni Murid mempamerkan karya yang dihasilkan. Murid menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan. Murid menyatakan hasil corak teknik capan boleh dijadikan hiasan pada rekaan lain. 15 29. MEMBUAT CORAK DAN REKAANTahun : 3Modul : Bidang Membuat Corak dan Rekaan Aktiviti : Lipatan dan Guntingan Tema : Objek Buatan Manusia Tajuk : Hiasan Dinding Masa : 60 minit Media : Alat : gunting Bahan : kertas lukisan, kertas warna, majalah dan gam Bahan Bantu Mengajar : Contohcontoh corak teknik lipatan dan guntinganEMK : Keusahawanan, Kreativiti, dan InovasiSTANDARD KANDUNGAN1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, imbangan, kontra, dan harmoni yang terdapat pada alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan.2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti penghasilan corak teknik lipatan dan guntingan.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak teknik lipatan dan guntingan.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual sejarah seni dan budaya. 16 Falsafah Pendidikan Negara Apakah yang dimaksudkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan? Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
  • 6. Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada secara tersurat dan tersirat iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Justru itu guru sebagai 'imput' seharuslah 'cemerlang' terlabih dahulu sebelum menentukan 'output' yakni murid yang cemerlang seperti dikehendaki oleh FPN. Jika kita amati matlamat keseluruhan FPN dan Wawasan Pendidikan yang diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan, budaya kerja cemerlang adalah menjadi agenda utama. Penegasan wawasan pendidikan ialah budaya kerja cemerlang perlu dibina berlandaskan sikap amanah, bertanggungjawab dan akauntabiliti terhadap tugas. " Satu konsep utama yang menjadi landasan untuk membangunkan budaya cemerlang ialah amanah. Amanah ialah tanggungjawab dan juga penaggungjawab (akauntabiliti) terhadap sesuatu yang telah ditugaskan atau diberi keparcayaan. Menurut Islam seluruh diri dan hidup manusia adalah amanah" (Wan Zahid.13) Peranan guru amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah. Bagi guru mata pelajaran pendidikan seni peranan mereka amat penting bagi menentukan mata pelajaran pendidikan seni boleh di manfaatkan. Dua peranan penting bagi seseorang guru pendidikan seni disekolah; pertama menentukan mata pelajaran pendidikan seni di ajar kepada murid-murid dengan sempurna dan berkesan dan kedua menggunakan kemahiran pendidikan seni berguna kepada kemajuan sekolah dari segi fizikal dan kemudahan. Ciri-ciri Cemerlang Indikator cemerlang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan, terutama untuk menentukan prestasi guru. Indikator tersebut lebih menekankan penilaian prestasi seseorang guru biasa bagi menentukan pergerakan gaji. Walau bagaimanapun indikator ini boleh diambil kira awal untuk menentukan kecemerlangan seeorang guru terutama guru mata pelajaran pendidikan seni. Indikator tersebut mengambilkira : 1. Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi. 2. Penghasilan kerja dari segi kualiti, mutu kerja, keberkesanan kos, ketepatan masa dan pelaksanaan peraturan dan arahan pentadbiran. 3. Pengetahuan dan kemahiran yakni meliputi pengetahuan dalam bidang kerja, kebolehan mengelola, kebolehan membuat keputusan, keberkesanan komunikasi dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Kualiti Peribadi - dari segi integriti (jujur, amanah dan berakhlak) komitmen, ikram, adil dan saksama, berdisiplin dan kepimpinan. 5. Jalinan hubungan dan kerjasama samada dengan pegawai atasan, rakan sekerja, pegawai bawahan dan pelanggang( murid-murid). 6. Potensi: adakah guru itu ada wawasan, perspktif menyeluruh, penganalisisan, kesedaran kepada kenyataan, proaktif, daya kreatif dan inovasi, serta kebolehan menghadapi cabaran.
  • 7. Perkhidmatan awam menyenaraikan ciri-ciri budaya kerja cemerlang yang perlu diamalkan pekerja kerajaan, antaranya: 1. Ketepatan masa dalam memberikan perkhidmatan. 2. Ketepatan fakta dan maklumat yang diberikan kepada pelanggan. 3. Sentiasa responsif kepada kehendak pelanggan. 4. Menyempurnakan tugas dengan cara yang adil dan jujur. 5. Bersopan santun ketika berurusan dengan pelanggan. 6. Menepati temujanji yang dibuat dengan pelanggan. 7. Tidak melakukan pembaziran sumber. (Ahmad Sarji.210) Indikator-indikator di atas merupakan indikator secara menyeluruh bagi menentukan kecemerlangan bagi seseorang guru. Amalan budaya kerja cemerlang memerlukan amalan yang berterusan. Seseorang guru yang cemerlang sewajarnya sentiasa cemerlang dari segi indikator-indikator di atas. Bagi guru pendidikan seni, indikator kecemerlangan akan berpusat kepada enam faktor utama. faktor-faktor tersebut boleh dipecahkan dalam huraian selanjutnya: 1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni. 3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan. 4. Pengurusan Ko-kurikulum. 5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan. 6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar. Namun demikian guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah seorang guru yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka terhadap perkembangan individu, simpatik dan empatik serta menjadi contoh kepada guru-guru lain dan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Berbagai-bagai teori dan model pengajaran yang berkesan. Mengikut Borich & Fenton (1977), kecemerlangan pengajaran adalah melibatkan perlakuan guru, peningkatan keilmuannya, dan beberapa variabel yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran P&P, misalnya hubungan dengan pengetua/gurubesar dan dan faktor persekitaran . Yang dimaksudkan pelakuan guru ialah cara-cara guru menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Ini termasuklah bagaimana guru interaksi dengan murid, pengurusan kelas, penggunaan masa dan sebagainya yang berkaitan dengan P&P. Satu faktor yang penting ialah sikap guru itu penentu utama bagi kecemerlangan dalam P&P. Dalam model yang dikemukan oleh John Carroll (1963) iaitu "A Model of Scholl Learning'; menghuraikan lima elemen yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran, iaitu:
  • 8. 1. 'Aptitude' - bakat/kebolehan murid untuk belajar. 2. Kemampuan murid me- mahami arahan/ pengajaran guru atau kesediaan murid belajar sesuatu tajuk pelajaran. Kemampuan murid ini bergantung kepada pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada pada murid. 3. Daya tahan (persever- rance) murid - kesanggupan murid secara aktif terlibat dalam pembelajaran. Faktor ini ditentukan oleh motivasi/kemahuan dalam diri murid untuk belajar. 4. Peluang - masa yang diperuntukan kepada murid untuk belajar atau masa yang digunakan oleh guru untuk mengajar sesuatu kemahiran dan konsep. 5. Kualiti pengajaran - keberkesanan sesuatu pelajaran itu diajar. (Wan Fatimah .19) Kualiti pengajaran merupakan perkara penting kepada seseorang guru pendidikan seni untuk menentukan keberkesanan pengajaran. Guru yang cemerlang berjaya menentukan corak pengajaran yang berkesan dan menyesuaikan situasi pengajaran dengan situasi semasa. Berbagai kaedah dan strategi pengajaran dimanipulasikan agar murid menikmati pengajaran dengan sempurna dan berkesan. Berikut adalah kuliti pengajaran pendidikan seni yang berkesan: • pengajaran/maklumat pendidikan seni secara tersusun, mudah difahami serta bermakna kepada murid. Misalnya mengajar anyaman guru harus menerangkan jenis-jenis kelerai terlebih dahulu sebelum pergi kepada teknik mengayam. • pengajaran pendidikan seni dapat menarik minat murid. • berkesan, mudah diingat dan digunakan oleh murid. • guru menggunakan contoh-contoh yang mudah. • pengajaran pendidikan seni dikaitkan dengan maklumat/pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada murid. • guru sentiasa menunjukkan minat dan ghairah semasa pengajaran pendidikan seni. • guru menggunakan kaedah-kaedah dan bahan-bahan pengajaran tertentu sesuai dengan pelajaran pendidikan seni berjalan. • guru bersifat humor dan penyayang. • Guru pendidikan seni yang baik sentiasa mengadakan penilaian secara formal atau tidak format kepada murid dan membuat penilaian keberkesanan pengajaran. • guru pendidikan seni perlu membetulkan segera kesilapan yang dilakukan oleh murid. • guru pendidikan seni yang baik sentiasa memberi motivasi dan insentif kepada murid semasa pengajaran berlaku. • guru pandai menyesuaikan pengajaran pendidikan seni mengikut keupayaan kebolehan murid. • pengajaran yang berkesan dibantu dengan suasana bilik seni yang bersih dan kemas. Pengetahuan dan Kemahiran Pendidikan Seni Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam kerjakerja amali. Lantaran itu guru pendidikan seni kurang mendalami pengetahuannya melalui banhan-bahan bacaan ilmiah. Guru pendidikan seni lebih berminat sekiranya diadakan latihan berbentuk bengkel. Ini merupakan fenomena yang negatif.
  • 9. Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan amali. Bagi guru pendidikan seni cemerlang perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam pendidikan seni. Sebagai contoh sekarang pendidikan seni diperkenalkan bidang rekacipta, maka guru pendidikan seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut hingga boleh menguasainya. Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan menentukan mutu pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan komputer dalam pengajaran pendidikan seni, walaupun belum disediakan dalam kurikulum, tetapi sekarang banyak perisian komputer yang boleh digunakan dalam pendidikan seni. Misalnya perisian Grafik seperti PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat membantu guru dari segi alat bantu mengajar penggunaan dalam mata pelajaran. Kualiti Peribadi Penekanan kuliti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni. Seseorang guru pendidikan seni cemerlang tentunya kualiti pribadi yang konsisten. Menunjukkan akhlak mulia dengan rakan sejawat dan murid-muridnya. Ia sentiasa menjadi model kepada guru-guru lain dari segi kemasan diri. Contohnya guru-guru pendidikan seni perempuan boleh menjadi contoh dan kosaltan dari segi memilih warna dan fesyen baju untuk guru wanita lain. Guru pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kreativiti. Justru itu guru pendidikan seni haruslah seorang kreatif dan inovatif. Pengurusan Ko-kurikulum Seorang guru yang cemerlang tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat dalam organisasi kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan di bawah ko-kurikulum. Kelab seni dan kreatif merupakan kelab yang membantu mengembangkan mata pelajaran pendidikan seni di sekolah. Melalui kelab tersebut dapat menentukan daya minat yang lebih dari murid yang diajar semasa pendidikan seni. Pelengkap dari pengajaran pendidikan seni boleh di salurkan dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif. Banyak aktiviti-aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab. Misalnya lawatan ke pusat-pusat yang berkaitan dengan seni tampak, Balai senilukis dan Pusat kraftangan. Melalui kelab pendidikan seni guru boleh membina kepimpinan murid dalam bidang kesenian disamping melahirkan seniman-seniman kecil melalui penghasilan karya seni. Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung kepada keupayaan guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi keyakinan kepada mereka. Subangan dan Hasil Kerja Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan orang terpenting untuk mencantikkan sekolah. Tidak dinafikan tanggungjawab utama untuk keceriaan sekolah kebiasaannya terpikul pada guru pendidikan seni. Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata
  • 10. pelajaran pendidikan seni (sekolah menengah), Seni dan Persekitaran boleh dipraktikkan melalui kerja-kerja keceriaan sekolah. Sumbangan guru pendidikan seni tidak tertumpu kepada sekolah sahaja. Guru pendidikan seni boleh memberi khidmat kepada projek-projek diperingkat daerah misalnya hiasan pentas dan sebagainya. Subangan kreatif itu akan menambahkan lagi kesuburan kemahiran bidang kerja. Komunikasi dan hubungan Melalui sumbagan yang diberikan kepada pihak sekolah, guru pendidikan seni sewajarnya mempunyai tingkahlaku yang baik terutama dari segi hubungan dengan pengetua/gurubesar, rakan sejawat dan pelajar. Hubungan ini penting, kerana prestasi guru yang baik adalah melalui imej hubungan yang berkesan dan baik. Penutup Sebenarnya tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin mencabar. Namun demikian bagi guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang, cabaran dan rintangan yang berat dapat dipikul dengan mudah. Kerja-kerja yang ada kaitan dengan tugas dan dan ada kaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi guru pendidikan seni yang cemerlang. Kebiasaannya guru cemerlang ini mahukan setiap kerjanya dilakukan dengan kualiti yang tinggi. Indikator utama guru pendidikan seni yang cemerlang ialah sikap amanah dan bertanggungjawaban. Tahap kesempurnaan tugas datang dari diri yang ikhlas dan sentiasa mahu mengingkatkan pengetahuan, menguasai kemahiran, sikap terbuka, berfikiran secara fleksibel, kreatif dan inovatif. Sesungguhnya guru yang cemerlang itu sentiasa menjadi guru 'popular' disekolah. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan dalam kertas kerjanya bertajuk Keguruan menjelang abad ke-21: Cabaran dan Harapan; Menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion keguruan pada abad ke -21 merupakan satu cabaran. Stakeholders dan juga pelanggan pendidikan pasti akan membuat tuntutan peningkatan mutu pendidikan. Sejauh mana sesorang guru atau kakitangan pendidikan dapat memuaskan tuntutan dan keperluan stakeholders dan pelanggan bergantung kepada sejauh mana tingginya kualiti perkhidmatan yang dicurahkan. ( Wan Zahid. ms 121). Anda mungkin juga meminati: GURU bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya,perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya danboleh dipercayai bermaksud keamanahan yangdipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur. PENGENALAN