SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 46
PENGENALAN




Sejak drama bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah
sesuatu kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan
memonopoli kegiatan teater Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan
bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang ke seluruh Malaysia hingga ke
Indonesia.




      Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah di Malaysia, sebaliknya
bangsawan lahir daripada perkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam
tahun 1970-an, Pulau Pinang telah menerima pengaruh sebuah pementasan
teater bergerak bernama Wayang Parsi atau mendu. Kumpulan ini melakonkan
cerita-cerita dengan menggunakan bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon
lelaki dan wanita yang didatangkan dari India. Repertoiri cerita berkenaan
percintaan dan pengembangan golongan raja dan dewa-dewa. Penduduk Pulau
dalam tahun-tahun tersebut banyak yang memahami bahasa dari benua India
kerana penjajah Inggeris telah membawa sebanyak mungkin penduduk India
untuk bekerja dan menjadi penduduk pulau itu. Oleh kerana, lelaki lebih ramai
daripada wanita, akhirnya banyak pendatang lelaki berkahwin dengan penduduk
tempatan. Lama-kelamaan proses ini menimbulkan golongan India-Melayu yang
pada peringkat permulaannya dikenali sebagai Jawi Pekan. Golongan ini
bertambah banyak dan mereka mulai menggunakan lingua francis tempatan.
Kemudian Wayang Parsi diambil alih oleh tuan dari kalangan Jawi Pekan
tempatan bernama Mohamed Pusi dalam tahun 1884.




      Peralatan wayang itu diperbaiki dan digunakan semula, dengan barisan
pelakon baru untuk menggantikan pelakon lama. Tuan baru wayang ini tentu
mempunyai minat untuk memperdagangkan bangsawan lalu ia memberikan


                                     2
nama Wayang Bangsawan kepada persembahan itu. Nama kumpulan
bangsawan yang pertama ialah Pusi Indera Bangsawan of Penang. Kumpulan ini
mulai bergiat pada tahun 1885 dengan barisan pelakon yang menggunakan
bahasa Melayu.




BANGSAWAN SEBAGAI TEATER DRAMATIK




       Bangsawan merupakan satu corak seni yang dipersembahkan, sebuah
teater yang mendramakan kisah seorang wira atau wirawati. Bangsawan amat
popular pada awal abad yang kedua puluh – lebih kurang antara 1900 hingga
1945. Pada masa itulah anak-anak bangsawan berjaya mengolah, membentuk
dan menentukan gaya teater dramatik bangsawan sebagaimana yang dapat
diperhatikan pada hari ini.




       Persembahan seni bangsawan mempunyai dua gaya pembentasan: gaya
lakonan dan gaya opera. Perbezaan antara kedua-dua gaya ini tidak begitu
nyata. Perbezaan yang nyata hanya dari segi penekanan olahan lakonan dan
persembahan. Jika sesebuah pementasan bangsawan itu lebih memberi
penekanan kepada melagukan dialog, pementasan sedemikian dikatakan
mempunyai gaya opera. Jika lagu hanya digunakan dalam adegan yang tertentu,
umpamanya dalam adegan sedih, maka pementasan ini dikatakan mempunyai
gaya lakonan.




                                     3
Pilihan Cerita dalam Bangsawan




       Bangsawan mempunyai pilihan cerita yang mempunyai pola kejadian-
kejadian atau episod. Dalam cerita bangsawan episod dijalinkan secara longgar
untuk memudahkan urusan teknik lakonan bangsawan. Lazimnya, cerita
bangsawan dikembangkan melalui watak utama - sama ada watak wira atau
wirawati - dari sesuatu kejadian sebab akibat, umpamanya fitnah atau ramalan
nasib yang buruk ke atasnya. Wira lazimnya terpaksa mengembara dan
menghadapi berbagai-bagai kejadian sebagai pengalaman dirinya hinggalah ia
berjumpa wirawati, atau pada akhirnya ia mencapai sesuatu kejayaan. Cerita
bangsawan berkisar di sekitar golongan bangsawan - raja dan putera puteri.
Pengembangan cerita melalui pengalaman wira atau wirawati itu membolehkan
cerita dalam bangsawan itu dipendekkan atau dipanjangkan mengikut selera dan
sambutan penonton, iaitu dengan cara mengurangi atau menambahkan episod
dalam kejadian pengalaman watak utama, tanpa merosakkan keseluruhan unsur
dramatik jalan cerita.




       Cerita bangsawan menekankan kepada pilihan kisah yang berkaitan
dengan raja-raja dan telatah golongan rakyat. Plot cerita adalah tentang kisah
golongan bangsawan tetapi, unsur populariti dalam penceritaannya dipelihara
dengan menyelitkan kehidupan rakyat melalui watak jenaka. Jalinan ciri-ciri
kebangsawanan dengen ciri-ciri rakyat bawahan ini menimbulkan dua gaya lakon
dan dua gaya dialog, gaya lakonan stylized dan slapstick; serta gaya dialog
bahasa istana, pendramaan yang formal dan berirama, disamping gaya dialog
harian, pendramaan yang kasar (kerana bahasa pasar) yang disampaikan oleh
watak-watak yang berkaitan. Jalan cerita bangsawan mengutamakan unsur poet
justice – wira sebagai watak yang baik, di dalam cerita wira sentiasa
memperolehi keadilan dan kemenangan yang wajar pada akhir cerita, sementara



                                      4
watak yang mengkhianatinya, iaitu watak penjahat, akan menerima padah.
Pilihan cerita bangsawan ialah:

   (a) Kisah kezaliman rakyat jelata dan pembalasan terhadap kezaliman,
      contohnya, Bawang Putih Bawang Merah.
   (b) Kisah kezaliman permaisuri muda terhadap putera atau puteri dan
      terhadap permaisuri tua dan pembalasan terhadap kejahatannya,
      contohnya, Laksamana Bentan.
   (c) Kisah putera atau puteri yang mencari jodohnya dan dipertemukan melalui
      mimpi atau wasiat. Cerita begini merupakan pembinaan beberapa episod
      pengembaraan yang berakhir dengan pertemuan jodoh, contohnya, Puteri
      Cahaya Bulan.
   (d) Kisah cinta antara raja di dunia dengan puteri kayangan. Tema seperti ini
      mengutamakan hiburan disamping menimbulkan kesedaran terhadap
      pantang larang sebelum perkahwinan antara makluk yang berlainan dunia
      itu dilangsungkan. Contoh cerita yang mempunyai tema seperti ini ialah
      Jula Juli Bintang Tiga.
   (e) Kisah percintaan antara dua kekasih yang berlainan taraf atau kedudukan
      - antara anak raja dan rakyat biasa, tetapi akhirnya diketahui rahsia
      bahawa rakyat biasa itu asalnya seorang anak raja yang hilang atau
      dibuang oleh ibu bapanya semasa ia kecil dahulu. Ataupun, jika ia benar-
      benar   daripada   keturunan   rakyat   ia   diberi   keistimewaan   seperti
      mempunyai paras yang cantik, kebijaksanaan dan baik kelakuan seperti
      anak-anak raja. Contoh cerita seperti ini ialah Beliung Emas.
   (f) Kisah kepahlawanan untuk menonjolkan kegagahan wira. Cerita begini
      mempunyai episod yang amat longgar pembinaannya. Contoh cerita
      seperti ini ialah Badang.




      Antara contoh cerita daripada kisah sejarah tempatan ialah Sultan
Mahmud Mangkat Dijulang, Hang Tuah, dan Amuk Tuk Nading. Kisah-kisah
yang terbentuk epik ialah Gul Bakawali, Hikayat Bistaman, Jula Juli Bintang

                                       5
Tujuh. Cerita-cerita yang bercorak Islam dan Timur Tengah ialah Abu Nawas dan
Ali Baba dengan Empat Puluh Pencuri. Cerita yang berunsurkan Cina seperti
Nyai Dasimah dan Raden Mas dari Indonesia, dan Paratca dari Negeri Thai;
cerita-cerita Shakespeare seperti Romeo and Juliet dan Saudagar Sailok
(Merchant of Venice).




Perkembangan Teater Bangsawan




      Wayang atau Teater Parsi merupakan katalis kepada kemunculan
Bangsawan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, kemunculan ini
bukanlah secara mendadak tetapi secara beransur-ansur melalui adaptasi
daripada teater Parsi, menjadi tiruan Teater Parsi kemudian kepada Bangsawan,
Komidi Melayu dan hinggalah kepada Opera.




      Teater   Parsi    merupakan   teras   dan   acuan   dan   melalui   proses
pengubahsuaian      akhirnya menjadi bangsawan. Ciri-ciri teater Parsi, pada
peringkat awal penubuhan bangsawan, telah menjadi format untuk kelangsungan
teater bangsawan.



      Walaupun teater Parsi diasaskan oleh orang-orang Parsi tetapi teater ini
tidak bermula di negara Parsi, sebaliknya bermula di Bombay, India. Kejatuhan
kerajaan Sassanid di abad kelapan di Parsi, menyebabkan ramai orang-orang
Parsi melarikan diri dan menetap di Bombay. Di India, orang-orang Parsi
merupakan golongan minoriti yang pintar dan ramai yang melibatkan diri di
dalam perniagaan. Sementara itu, di Bombay, masyarakat Parsi yang meminati
perniagaan, ada yang tertarik dengan seni teater lalu menjadikan teater sebagai
usahaniaga. Dalam tahun-tahun 1870-an, bermula di Bombay, kumpulan teater
proffesional yang menggunakan bahasa Hindustan, mula berkembang ke

                                       6
seluruh daerah di utara yang menggunakan bahasa Hindustan. Orang-orang
Parsi merupakan pengasas teater moden di Bombay baik secara amatur
ataupun profesional. Kebanyakan mereka berpendidikan Inggeris dan beberapa
orang pelakon telah melawat England untuk mempelajari kondisi-kondisi teater di
sana. Mereka menjadi pengasas kompeni prifesional yang pertama yang
menggunakan Bahasa Hindustan sebagai bahasa untuk drama.


      Menjelang tahun 1870-an, sudah nampak tanda-tanda ke arah penubuhan
kumpulan atau syarikat teater yang profesional. Kumpulan pertama ialah The
Original Theatre Company oleh Prestoni Framji. Di Delhi pula, Khrushidji
Baliwala telah mengasaskan Victoria Theatrical Company (1877). Malah,
Baliwala telah membawa kumpulannya ke London untuk mempersembahkan
drama Hamlet tetapi berkerugian besar dan terpaksa menjual peralatan pentas
untuk mencari tambang pulang. Di antara kumpulan teater Parsi yang terkenal di
Bombay ketika itu ialah New Alfred theatrical Company. Old Parsi Theatrical
Company,    Corinthian   Company,    Alexander    Company,     Prince   Theatrical
Company, Imperial Thearical Company.


      Kebanyakan cerita-cerita di dalam teater Parsi bertemakan kebenaran,
kemuliaan, kestiaan dan kebangsawanan, cerita-cerita metos, sejarah, legenda
Timur Tengah serta adaptasi dari cerita-cerita Shakespeare. Teater Parsi
menggabungkan teknik-teknik Barat dan penuh dengan unsur-unsur kekaguman.
Tentang ciri-ciri kekaguman di dalam teater ini telah dirumuskan oleh Gargi.


      “ the sets and costumes were the nineteenth-century Western vision of
      oriental exotica. There was always a back drop curtain painted in crude
      colours. Mythical titan raged and thundered on the stage. Devils sour in
      the air, daggers flew, thrones moved, jumped from high palace walls,
      vampire pits, the painted black-cloth of a generalised scene and
      machanical devices to operate flying figures were a direct copy of the



                                        7
nineteenth-century Lyceum melodrama and the Drury Lane spectecles in
      London”


      Di dalam teater Parsi, asides (bisik kuat), soliloquies ( senandika),
monolog dan korus merupakan amalan yang lumrah. Pementasan memakan
masa berjam-jam lamanya yang berkembang dari komidi kepada tragedi, dari
hiba kepada lucu, dari nyanyian kepada pertaruhan dan semuanya terjurus
kepada pengajaran moral.


      Muzik memainkan peranan penting untuk mengiringi nyanyian pelakon
utama atau korus, tarian dan untuk menimbulkan kesan-kesan kekaguman.
Pelakon di dalam kumpulan teater Parsi adalah versatile dan serba boleh kerana
mampu menyanyai, menari, bermain muzik, akrobatik, bela diri, dan memiliki
tubuh badan yang baik. Di awal penubuhan teater Parsi, tidak ada pelakon
wanita, watak-watak wanita didokongi oleh kaum lelaki yang mempunyai sifat-
sifat kewanitaan. Cuma menjelang tahun-tahun 1920-an artis-artis wanita
terdapat di dalam teater Parsi.


      Teater Parsi mulai merosot di awal abad kedua puluh kerana sifat
kacukannya dan sifat keasliannya yang rapuh. Menjelang tahun-tahun 1930-an,
penampilan wayang gambar dan kemunculan teater realistik yang baru
merupakan tamparan kepada teater Parsi dan mengakibatkan kejatuhannya.




Teater Parsi Kepada Bangsawan


      Kira-kira dalam tahun 1870-an, sebuah pertunjukan bergerak atau
kumpulan teater kembara dari Bombay telah datang ke Pulau Pinang. Kumpulan
ini telah membawa bersama-sama wayang atau teater Parsi yang sudah pun
popular di India. Para pelakonnya terdiri daripada kaum lelaki dan menggunakan
bahasa Hindustan. Walaupun persembahannya di dalam bahasa Hindustan,

                                      8
teater Parsi mendapat sambutan hangat daripada penonton berbilang kaum iaitu
Melayu, Cina, Tamil, Jawi Peranakan dan tentera supai (sepoi) yang
berpengkalan di Pulau Pinang. Penonton kagum dengan cerita-cerita metos dan
romantik dari India dan Timur Tengah di samping peralatan dan set-set yang
hebat dan pakaian yang mengkagumkan serta iringan muzik yang dramatis.
Kehebatan sambutan penonton disebabkan bentuk teater itu sendiri. Di
dalamnya terdapat pelbagai elemen hiburan, antaranya lakonan, tarian,
nyanyian, kostium serta unsur kekaguman. Kalau dibandingkan dengan teater-
teater tempatan, belum terdapat teater sebegini yang menghidangkan segala-
galanya kepada penonton.


      Menjelang tahun 1880-an teater Parsi begitu popular di Pulau Pinang
hinggakan   lagu-lagu      Hindustannya   dinyanyikan   oleh   orang-orang   India,
peranakan Arab dan Melayu. Lagu-lagu ini berlirikkan Melayu menggantikan lagu
Hindustan asal, dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan. Banyak kumpulan
nyanyian ditubuhkan dan salah satu kumpulan dipimpin oleh Mamat Mashor
yang berperanakan Arab. Di dalam persembahannya, mMamat Mashor telah
menyelitkan lakonan-lakonan pendek seperti Indera Saba. Kemashuran
kumpulan ini menyebabkan Sultan Mahmud al-Rasyid, Sultan deli di Sumatera,
menjemputnya mengadakan persembahan di Deli. Mamat Mashor dan kapitan
Ali, seorang saudagar telah menubuhkan kumpulan professional. Walaupun
bertaraf professional, pada peringkat awal penubuhannya, kumpulan ini hanya
bergiat di Pulau Pinang.


      Pada tahun 1884, Mamak Pushi, hartawan Parsi di Pulau Pinang, tertarik
dengan teater baru ini telah membeli peralatannya seperti tirai, pakaian, alat
muzik kepunyaan kumpulan teater Parsi yang sedang menghadapi masalah
kewangan. Mamak Pushi bersama menantunya, Bai Kassim, telah menubuhkan
Empress Victoria atau Jawi Peranakan Theatrical Company dan kemudiannya
menjadi Pushi Indera Bangsawan Of Penang. Kumpulan ini merpakan kumpulan
teater Bangsawan yang pertama di Pulau Pinang. Kumpulan ini telah menjelajah

                                          9
ke bandar-bandar penting ke Tanah Melayu hingga ke Singapura dan Indonesia
dan akhirnya kumpulan ini mati di Jakarta. Sebelum pulang ke Singapura, Mamat
Pushi telah menjualkan kumpulannya kepada Jaafar Turki. Jaafar Turki telah
menukarkan nama teater itu kepada Stambul kerana banyak cerita yang
dipersembahkan berasal dari Asia Barat. Para pelakonnya memakai tarbus
merah dan serban putih orang Turki dan Arab. Selain Indera Bangsawan,
Mamak Pushi memiliki dua lagi kumpulan iaitu Sri Inderamawan dan Sri
Mudawan. Di samping istilah bangsawan yang dipelapori oleh Mamak Pushi,
kumpulan-kumpulan lain yang muncul selepas itu telah menggunakan berbagai
istilah untuk kumpulan teater mereka seperti tiruan wayang Parsi, komidi Melayu
serta bangsawan. Di akhir abad kedua-puluh, istilah opera pula digunakan oleh
kumpulan Operatta dan Vaudeville Barat yang melawat Tanah Melayu telah
mempengaruhi Bangsawan.


      Memang tidak dapat dinafikan kemunculan kumpulan-kumpulan teater
Parsi dan transisi Teater Parsi kepada Tiruan Teater Parsi, Bangsawan dan
seterusnya Opera adalah atas usaha gigih golongan peranakan Pulau Pinang.
Pada peringkat awal perkembangan bangsawan, golongan inilah yang
merupakan individu yang mengambil daya usaha untuk menghidupkan dan
mengembangkan tiruan teater Parsi dan seterusnya bangsawan. Penubuhan
kumpulan-kumpulan teater bangsawan di Plau Pinang telah didorongkan oleh
golongan ini.


      Oleh kerana teater Parsi telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan dalam kalangan penduduk tempatan khasnya Pulau Pinang dan
Singapura, telah mendorongkan tuan Mamat Mashur atau Syed Muhamad bin
Abdul Rahman al-Masyur, orang kaya dari Parsi Di Pulau Pinang menubuhkan
kumpulannya sendiri. Mamat Masyur yang peka kepada citarasa penduduk
tempatan telah menukarkan Bahasa Hindustan yang digunakan oleh teater Parsi
kepada Bahasa Melayu. Jalan teater dan irama lagu dalam teater Parsi masih
dikekalkan. Untuk membezakan teater Parsi yang menggunakan Bahasa

                                      10
Hindustan, kumpulan teater Mamat Masyur dinamakan Tiruan Teater Parsi.
Pada   peringkat   awal   penubuhannya,    kumpulan   ini   tidak   menunjukkan
persembahan mereka di panggung-panggung tetap tetapi hanya di majlis-majlis
keramaian dan perkahwinan. Setelah mendapat sambutan barulah disediakan
pentas-pentas khas.


       Menjelang tahun 1885-an, Mamak Pushi telah menubuhkan kumpulan
baru yang bertaraf prifessional. Empress Victoria dan Jawi Peranak Theatrical
Company, kemudian bertukar kepada nama Pushi Indera Bangsawan Of
Penang. Kumpulan ini merpakan kumpulan pertama yang menggunakan
perkataan bangsawan. Namun penggunaan perkataan bangsawan ini bukan
merujuk kepada bentuk teater itu tetapi sekadar kepada nama kumpulan. Bentuk
teater tersebut masih lagi terikat dengan Tiruan Teater Parsi. Selepas
penubuhan kumpulan Pushi Indera Bangsawan, banyak lagi kumpulan lain
ditubuhkan dan menghadkan persembahan di merata-rata tempat di kawasan-
kawasan bandar. Untuk membezakan dengan teater-teater sebelumnya teater
tradisional, penonton menamakan bentuk teater itu sebagai bangsawan.


       Beberapa andaian telah dikemukakan tentang penggunaan istilah
bangsawan sebagai sebuah bentuk teater. Bangsawan adalah golongan
manusia yang berketurunan raja-raja dan golongan atasan dalam masyarakat
dan penggunaannya di dalam teater baru ini mencerminkan bentuk teater yang
istimewa dan berprestij. Mereka menampilkan cerita dan watak-watak mengenai
golongan orang atasan serta menampilkan etika atau adat istana.


       Mengikut catatan Noor K.K perkataan bangsawan berasal daripada
pengasas-pengasasnya. Kumpulan pertama menubuhkan Tiruan Teater Parsi di
Pulau Pinang diketuai oleh Wan Thanby Shah, Wan Maidin, Wan Mat kapri, Wan
Pilus, Wan Nyian dan Pak Wan Pak Long. Berasaskan keturunan `wan‟ ini,
mereka menamakan kumpulan mereka Bangsa-Wan. Seolah-olah mereka yang
berketurunan atau berbangsa `Wan‟ yang mengasaskannya.

                                      11
Teater Bangsawan

      Teater bangsawan muncul di tanah Melayu, kini Malaysia. Pada tahun
1870an. Kemunculannya bukanlah disebabkan oleh cetusan karya asli dari anak-
anak tempatan tetapi dipinjam dan diadaptasi daripada teater Parsi yang
didatangkan dari India. Sebelum kemunculan bangsawan, Tanah Melayu,
sudahpun mempunyai teaternya yang tersendiri, teater tradisional seperti Mak
Yong, wayang Kulit, Menora dan Mek Mulung. Bentuk, gaya dan struktur
produksinya jauh berbeza daripada bangsawan. Namun, oleh kerana melalui
proses adaptasi, beberapa cirri teater tradisional masih terdapat di dalamnya
walaupun kehadiran elemen-elemen tradisional ini di dalam bangsawan, ada
yang berpendapat teater bangsawan itu teater tradisional.




Teater tradisional

      Kewujudan teater ini, teater-teater tradisional, bukan baru tetapi sejak
berabad-abad lamanya. Teater-teater tradisional ini merupakan media hiburan
zaman dahulu yang dipersembahkan untuk mengekspres world-view, di samping
nilai-nilai dan norma-norma kumpulan masyarakat itu. Penyampaiannya melalui
kesusasteraan dan genre-genre teatrikal menggunakan criteria artis yang
diterima oleh kumpulan masyarakat itu. Oleh kerana teater ini telah berulang kali
melalui latihan dan persembahan, telah diperkembangkan turun temurun dan di
popularkan dari satu generasi kepada generasi lain sejak berabad-abad lamanya
sehingga disifatkan sebagai tradisional.




      Teater-teater tradisional terlalu rapat kaitannya dengan agama, metos,
falsafah dan sistem mistik serta corak budayanya. Di samping itu, dari segi
artistiknya amat kompleks, mempamerkan adunan luar biasa seni muzik, tari,
kekaguman dan drama. Ciri-ciri ini agak bercanggah dengan tradisi teater Barat
yang memisahkan komponen-komponen ini kepada seni-seni yang berbeza.


                                           12
Ciri-ciri Tradisional dan Moden Di Dalam Bangsawan

      Improvisasi merupakan teras kepada cerita bangsawan dan improvisasi
juga merupakan unsur dominasi di dalam teater-teater tradisional yang lain
seperti Mak Yong, Menora, atau Wayang Kulit. Bangsawan tidak mempunyai
sebarang skrip tetapi sesebuah ringkasan cerita atau scenario yang dihasilkan
oleh pengarah atau pelakon utama kumpulan dilantik menjadi pengarah. Setiap
pelakon hanya mengetahui jalan ceritanya dan wataknya, sementara proses
perlaksanaannya iaitu pengisian scenario itu dilaksanakan oleh pelakon-
pelakonnya melalui teknik improvisasi.




Seni Teater Bangsawan

      Kalau di bandingkan dengan teater sebelumnya, bangsawan mempunyai
beberapa ciri keunikan dan keunikan ini menjadi penyebab sebagai teater
popular. Ada beberapa ciri yang terdapat di dalam bangsawan yang tidak
terdapat di dalam teater-teater sebelumnya. Kepelbagaian ciri-ciri ini merupakan
hidangan resepi yang mampu memenuhi selera penonton samada dari segi daya
tontonan, daya pendengaran ataupun daya perasaan. Komponen-komponen
seni di dalamnya, seni lakon, seni tampak, seni suara, seni silat, seni gerak, seni
bahasa, seni suara, seni muzik sudah pasti menjanjikan kepuasan tontonan
kepada penonton.




Seni Lakon

      Sepertimana teater sebelumnya, bangsawan adalah teater tanpa skrip.
Pelakon-pelakon hanya diberikan sinopsis cerita atau senarionya oleh pengarah
beberapa hari sebelum pementasan. Ada ketikanya pemberian senario dan
latihan dijalankan serentak pada paginya atau tengahari dan pada sebelah
malamnya dipersembahkan. Terpulang kepada budi bicara dan kecekapan
pelakon-pelakon untuk melaksanakan watak dan perwatakannya. Kesemua

                                         13
pelakon, setelah memahami ceritanya dan wataknya akan mencuba lakonkan
watak masing-masing. Selain daripada menghayati watak-watak, pelakon
utamanya harus cekap menyanyi, menari, berpantun, bersilat dan melakukan
adengan-adengan yang mencemaskan seperti terjun melalui tingkap kaca atau
menepis tikaman keris dan tombak. Kesemuanya harus dilakukan secara
spontan, sesuai dan tepat. Kesilapan atau kesumbangan di dalam aksi-aksi akan
menjejaskan kariernya sebagai seorang pelakon bangsawan di samping
memberikan kesan negatif terhadap masa depan kumpulan itu.




Seni Suara dan Bahasa

        Penggunaan suara adalah penting di dalam bangsawan. Oleh kerana
tidak menggunakan mikrofon, suara harus dilantangkan sekuat mungkin supaya
didengari penonton tetapi lantangan itu tidaklah sampai ke tahap jerit. Keadaan
bertambah membebankan apabila panggung atau dewan yang separuh
berdinding, lebih-lebih lagi kalau panggung atau khemah sementara. Keadaan
dewan atau khemah yang akuastiknya lemah, memaksa pelakon teater
bangsawan menggunakan suara secara optima.




        Kebanyakan cerita-cerita bangsawan berkisar di kawasan istana dan
golongan atasan atau bangsawan. Keperihalan ini menyebabkan pelakon-
pelakon menggunakan bahasa istana yang berbunga dan penuh beradat.
Bahasa-bahasa yang sedemikian menyebabkan pengucapan menjadi tidak
realistic,   seolah-olah   macam   diadakan.   Malah    mencerminkan    ciri-ciri
konversional. Mengikut pandangan penggiat bangsawan, kalau di ucapkan
bahasa harian atau biasa, akan kehilang ciri-ciri bangsawan.




        Mengenai penggunaan bahasanya, Bahasa Melayu Riau dan bukan
Bahasa Baku di gunakan. Diandaikan penggunaan bahasa Melayu Riau lebih

                                       14
halus dan lembut serta menampakkan ciri-ciri kebangsawanannya. Bahasa Baku
dianggap kasar, keras, terlalu kolokial dan tidak menampakkan ciri-ciri
kebangasawanan.




       Ada ketika di dalam adengan-adengan sedih, di dalam            cerita-cerita
tertentu, wira dan wirawati mengunakan dua cara pengucapan yang berbeza
tetapi serentak. Adengan ini dinamakan „bernasib‟ di mana mereka menyanyi di
dalam emosi sedih dan dalam masa yang sama mereka saling berdialog.
Bahasa-bahasa puitis merupakan satu kemestian di dalam bangsawan. Syair,
gurindam, pantun, seloka merupakan amalan didalam bangsawan, khususnya di
dalam cerita-cerita istana.




Seni Gerak

       Pergerakan dan suara hamper sama cirinya. Seringkali pergerakanya
„stylized’ ,cara bergerak yang menarik,cara lakonan yang ‘highly elevated’ atau
dilampaukan dan melebihi sepatutnya. Keperihalan ini mungkin disebabkan
penonton yang ramai dan jauh di belakang. Cara yang ‘stylized’ dan berlebihan
akan menguatkan maksud aksi. Walaupun pergerakan-pergerakannya agak
lampau tetapi masih natural dan selesa.




       Kalau diteliti, pergerakan yang dilaksanakan tidak ditentukan oleh motivasi
sebaliknya lebih tertumpu kepada pattern pergerakan dengan ruang yang ada.
Walau di dalam apa pun keadaan, pelakon-pelakon cuba memposisikan tubuh
mereka secara depan penuh kepada penonton, pertalian aksi di kalangan watak
sukar dicapai. Rata-rata posisi tubuh pelakon ialah depan penuh atau profil.
Jarang sangat pelakon membelakangkan penonton.




                                        15
Pergerakan besar mungkin terbatas kerana sistem tatacahaya yang serba
kekurangan. Ketika itu, akhir abad ke sembilan belas, sumber tatacahaya ialah
lampu „gasoline’. Oleh kerana penggunaan lampu sebegitu, ruang lakon juga
menjadi    kecil.   Keterbatasan   ini   menyebabkan    tumpuan    lebih   kepada
pengucapan dan bahasa. Fokus fizikalnya adalah kepada bahagian atas tubuh,
khususnya muka, tangan dan lengan. Umumnya, pergerakan adalah lambat dan
tidak drastik kerana kebanyakan cerita berkisar di dalam istana, watak-wataknya
golongan bangsawan serta konteks fizikal yang jarang dengan watak-watak lain.
Berbeza denagn watak-watak komedi, tempo pergerakannya lebih cepat dan
laju.




Emosi

        Penglahiran emosi oleh pelakon jelas difahami penonton walaupun emosi
itu berlaku secara dalaman. Tidak sukar untuk mengesan emosi kerana
kelahirannya akan disokong oleh aksi-aksi luaran yang jelas. Emosi sedih akan
diaksikan dengan posisi duduk termenung, berdialog dengan nada sedu sedan
atau tunduk terisak-isak. Lakuan sedang berfikir akan dilambangkan watak
menuding di kepala sambil mengangguk-angguk. Perbuatan sebegitu oleh para-
pelakon semata-mata untuk makluman dan fahaman penonton. Selain daripada
aksi, muzik juga membantu menjelaskan emosi-emosi. Lagu-lagu sedih akan
mengiringi adegan yang menyayat hati, bunyi drum secara tiba-tiba menandakan
rasa suspense atau kejutan. Nyanyian dari pelakon juga memaklumkan
emosinya. Kesimpulannya, pelakon-pelakon tak perlu penghayatan yang total,
kerana aksi-aksi luaran mampu memaklumkannya. Apa yang penting bagi
pelakon pada detik-detik dramatik ialah sinkronisasi emosi dan aksi fizikalnya.




        Berlakon di dalam bangsawan merupakan tugas yang berat ,rumit dan
mencabar. Walaupun mereka terdiri daripada pelakon „stock-type’ tapi stock-type
yang global, yang serba boleh. Hal ini jelas terbukti mereka bukan sekadar

                                         16
berlakon malah menyanyi, berpantun, bersilat dan berpedang. Sekiranya cerita
yang dipersembahkan itu cerita dari india dan ada pula adegan nyanyian,
mereka terpaksa menyanyi dengan menggunakan bahasa Hindustan. Mereka
terpaksa menghafalnya dengan waktu hafalan yang singkat di samping
mengsinkronis dengan kumpulan muzik yang mengiringi mereka. Kalau ada
adegan pertarungan di dalam cerita-cerita dari Timur Tengah, mereka terpaksa
berpedang dan bukan lagi bersilat. Hanya mereka yang betul-betul berbakat dan
gigih, mampu melaksanakannya.




Seni tampak

      Segala peralatan,props dan set, yang ditampilkan di atas pentas sewaktu
persembahan merupakan elemen yang mampu memukaukan penonton. Hiasan
tirai dan sebing, kostium, set diberi penelitian rapi samada dari aspek
gubahannya, komposisinya dan warnanya terutama daripada kumpulan yang
established. Penampilanya membawa penonton ke zaman berlakunya cerita
tersebut. Memang tidak dinafikan ada kumpulan disebabkan baru ditubuhkan
dan kecil modalnya, tidak mampu menyediakan peralatan yang detail. Mengikut
Mahmud Jun, bekas pelakon bangsawan, kumpulan itu dikategorikan sebagai
„wayang kampung‟ kerana mengadakan persembahan di kawasan-kawasan
terpencil dan pendalaman. Persembahan mereka selalunya diadakan di pentas-
pentas sementara.




                                     17
REPERTOIR BANGSAWAN

      Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh bangsawan dipetik dari berbagai
sumber termasuklah cerita-cerita kontemporari, cerita-cerita dari Timur Tengah,
India, Cina, Indonesia, Thailand dan Barat. Keanikaragaman cerita ini
disebabkan oleh keinginan pihak kumpulan bangsawan memenuhi citarasa
penonton yang berbilang kaum. Walaupun cerita yang berbeza dan berlainan
budaya, bahasa perantaraannya tetap Bahasa Melayu.




Cerita-cerita sejarah tempatan

      Merupakan kisah-kisah kebesaran raja-raja, riwayat hidup tokoh-tokoh
tempatan serta tokoh-tokoh pahlawan melayu. Cerita-cerita sebegini member
peluang kepada kumpulan bangsawan menggunakan ciri-ciri kekaguman
sebebas-bebasnya kerana cerita sedemikian kaya dengan unsur-unsur fantasi.
Unsur-unsur ini amat dinanti-nantikan oleh kebanyakan penonton. Di samping itu
pengarah kumpulan berkenaan bebas menokok-tambahkan cerita asalnya.
Kezaliman, pembalasan, pengembaraan, percintaan, pertarungan, salah tafsir,
kepahlawanan, ketidak-adilan adalah antara tema-tema yang dipaparkan di
dalam cerita sebegini. Olahan cerita-cerita ini membawa unsur-unsur khayal,
penuh kesaktian dan kegagahan. Di antara cerita-cerita yang popular yang
tergolang di dalam cerita sejarah tempatan ialah Hang Tuah, Si Badang, Sultan
Mahmud Mangkat Di Julang, Dandan Setia, Laksamana Mati Dibunuh,
Laksamana Bentan, Jula Juli Bintang Tujuh.




Cerita-cerita dari India

      Sebelum kedatangan islam ke Kepulauan Melayu di awal abad ke 15,
masyarakatnya telah lama menganut dan mengamalkan ugama dan kebudayaan
Hindu. Anutan dan amalan ini masih berterusan walaupun ugama islam telah
bertapak. Keperihal sedemikian, maka tidak hairanlah masyarakat melayu

                                      18
menerima dan meminati cerita-cerita dari India. Kebetulan pula, teater Parsi
yang dibawa ke alam melayu sebelum munculnya bangsawan, seratus peratus
ceritanya berteraskan India. Hawa-i-Majlis, Ali Chandran, Gul Bakawali, Hikayat
Bistamam, Sukarji adalah cerita-cerita bangsawan, yang berasal dari India, yang
popular di kalangan penonton. Cerita-cerita yang berunsur romantis amat
diminati   penonton.   Kalau   ditinjau,        cerita-cerita   dari   India   ini,   yang
dipersembahkan di dalam bangsawan, adalah berteraskan dan berinspirasikan
Islam. Di antara cerita-cerita yang gemar dipersembahkan oleh bangsawan ialah
Phar Ki Putli, Indera Saba, Bawafa Khatil, Cintamani, Roman Diroba, Haris
Chandra, Izazam Khalbi, Sakuntala, Gulzr E-Neky dan banyak lagi.




Cerita-cerita Timur Tengah

      Di samping cerita-cerita dari India, cerita-cerita dari Timur Tengah juga
menjadi pilihan, khususnya penonton melayu dan peranakan India. Cerita-cerita
dari Timur Tengah yang menjadi pilihan di dalam persembahan bangsawan tidak
sangat bertitik-tolakan ugama islam tetapi lebih kepada unsur pegembaraan dan
roman. Aladin dengan Lampu Ajaib, Ali Baba dengan 40 Orang Pencuri, Laila
Majnun, Yatim Mustaffa, Jula Juli bintang tiga, Jula Juli bintang Tujuh, Tajul
Muluk adalah cerita-cerita yang digemari penonton. Cerita-cerita lain yang sering
dipersembahkan terdiri daripada Sinbad, Taman Balkis ,Musalmah Pintu ,Sheikh
Arabi, Bayan Budiman, Garden of khamah, Siti Nurul Banun, Gadis Malang,
Askia Asidah, Khuri Arab, Nur E-islam, Nur Affendi, Rahsia Kubur Keramat dan
banyak lagi. Ceritanya, kostiumnya, irama lagunya dan tariannya adalah faktor-
faktor yang mendorongkan peminat meminatinya.




                                           19
Cerita-cerita dari Cina

      Cerita-cerita dari Cina juga terdapat di dalam bangsawan. Kumpulan-
kumpulan bangsawan yang mengadakan persembahan di kawasan-kawasan
bandar seperti Ipoh dan Kuala Lumpur, di mana majoriti penduduknya
masyarakat Cina, cerita-cerita seperti Siti Zubaidah, Sampit Ng Tai, atau Sam
Pek Eng Tai, Busiong Sichap Cho, Gu Seong Sat So, Si Jin Kui, Li Moon Kuan,
Panglima Ah Chong dan lain-lain lagi yang sering dipersembahkan. Cerita-cerita
sebegini selalunya dipersembahkan di kawasan-kawasan yang terdapat ramai
penduduk Cina.




Cerita-cerita dari Barat

      Di bawah penjajahan British, Tanah Melayu telah didatangi teater barat
seperti opera dan vaudeville. Bentuk teater ini telah mendapat sambutan di
kalangan   penonton       tempatan.   Kesan   daripada   kedatangan   teater   ini
mendorongkan kumpulan bangsawan mengadaptasi cerita-cerita dari Barat yang
popular untuk dihidangkan kepada penonton tempatan. Kumpulan bangsawan di
Tanah Melayu akan memilih cerita-cerita yang popular untuk dipersembahkan
kepada penonton tempatan.         Antara cerita-ceritanya ialah Othello, Hamlet,
Romeo dan Juliet, Jeneral Fipa atau Gino Fipa, Macbeth, Merchant of venice,
Cinderlella, Dragon Blood, Naga Berapi, Dr Faus, Black Eagle, Minda Mora, Air
Mata Spain,Topeng Hitam. Topeng Perak telah dipersembahkan.




Cerita-cerita dari Indonesia,Thailand dan Burma

      Perhubungan yang berabad abad lamanya di antara Malaysia dan
Indonesia menyebabkan kebudayaan orang-orang Melayu di Tanah Melayu dan
Indonesia hampir sama. Penggunaan bahasa yang sama membolehkan banyak
cerita-cerita dari Indonesia dapat diterima oleh masyarakat tempatan. Malah
terdapat kumpulan teater dari Indonesia dengan teater komedi stambulnya

                                        20
datang dan mengadakan persembahan di Tanah Melayu dan begitu kumpulan
teater bangsawan yang pergi ke Indonesia mengadakan persembahan.
Seringkali cerita-cerita yang dibawa oleh kumpulan bangsawan yang mendapat
sambutan penonton terdiri daripada cerita-cerita Panji Jaya Asmara, Panji
Semerang,    Songgeng,     Gelenggong,      Sang   Sembah,     Ken   Tambuhan,
Cindromato, Andai Andai Lumut, Gagak Solo serta Siti Bakheram.




      Cerita-cerita Moden Sebagaimana dimaklumkan cerita-cerita bangsawan
cuba memenuhi kehendak citarasa penonton. Di awal tahun-tahun 1930-an,
sesuai dengan kemajuan masyarakatnya dan zamannya, banyak cerita-cerita
yang tidak terikat dengan alam fantasi, telah dipersembahkan. Cerita-cerita ini
mulai mendekati dunia realisme walaupun becirikan bangsawan. Cerita-cerita
pada zaman itu dikategorikan sebagai cerita-cerita moden. Kembang Kenanga
Dari Kota, Dua Puluh Lima Tahun Dalam Rahsia, Nyai Dashima, Nyai Shaminah,
Pak Dol Keropok, Melati Fan Agam, Bengawan Solo, Siti Anbhari, Siti Nurbaya,
Kacang Lupa Kulit, Selendang Sutera, Jambatan Merah, Nyak Putih, Oh Darjat,
Nyak Intan, Air Mata Kasih, Terang Bulan, Celorong Celoreng, Muslamah,
Baktum Baktim, Teruna Kampung adalah cerita-ceritanya. Cerita-cerita moden
tidak berpijak di alam istana tetapi berlegar dengan masyarakat biasa.




Lakonan Bangsawan

      Satu lagi unsur yang mewajahkan seni drama bangsawan sebagai teater
dramatik ialah lakonan bangsawan. Unsur-unsur tersebut mempunyai gayanya
yang tersendiri, yang teradi hasil pilihan cerita yang bersifat episodik, dan
menekankan unsur poetic justice. Unsur membina cerita melalui watak wira atau
wirawati dengan bantuan humor melalui watak lawak sangat penting dalam
pembentukan satu gaya lakonan yang longgar dan plot yang mudah. Lakonan ini
boleh diubah mengikut suasana episod dalam cerita. Oleh itu, lakonan boleh
diubahsuai menjadi serius, jika episod itu mengisahkan       tentang watak wira

                                       21
menghadapi sesuatu bencana; atau lakonan kelihatan ringan dan mempunyai
unsur humor, jika episod itu mengisahkankan tentang watak-watak hamba atau
rakyat dengan kebodohan mereka.




         Lakonan bangsawan mempunyai teknik memanjangkan lakonan dan
teknik    memendekkan      lakonan.    Teknik    memanjangkan       lakonan   dalam
bangsawan digunakan melalui adegan sedih dengan cara “bernasib” atau
“berlagu tarik” ataupun dengan memanjangkan unsur luaran cerita, iaitu dengan
menyelitkan unsur extra lum satu          teknik memasukkan watak tambahan,
umpamanya watak dayang           istana yang melakonkan sebuah tarian          atau
nyanyian dalam cerita. Unsur pemanjangan ini kadangkala dimasukkan untuk
membolehkan pertukaran set antara adegan atau babak dilakukan-umpamanya,
menukar dari set istana kepada set hutan. Apabila pertukaran set begini
diperlukan, maka lakonan bangsawan              terpaksa menggunakan selingan.
Selingan diisi dengan menyelitkan tarian, nyanyian, atau lawak jenaka.




         Lakonan bangsawan tidak boleh ditakrifkan secara langsung mengikut
apa yang dinyatakan oleh Ronald Peacock. Unsur dramatik bangsawan masih
berlandaskan unsur kejutan dan situasi yang meruntun perasaan dan jiwa
penontonnya. Sebagai sebuah drama teater,bangsawan lebih bersuasanakan
unsur romantik dan predictable, terutama bagi penonton yang sentiasa
mengulagi menonton persembahan bangsawan-jalan cerita bangsawa                sudah
dapat diramalkannya. Bahkan bagi penonton yang pertama kali menonton
bangsawan dapat membuat telahan tertentu kerana corak cerita yang diepisodik
dan dapat dijangkan itu. Daya tarikan bangsawan bukan sahaja mengutamakan
nilai dramatik, tetapi lebih kepada „star rating‟ dan gaya lakonan itu.




                                         22
Olahan Pentas Bangsawan

      Tiap-tiap persembahan drama mempunyai aturan teater yang tertentu.
Dalam seni drama bangsawan, olahan teater adalah berasakan satu corak
pentas yang digelar pentas prosinum, iaitu pentas yang mengizinkan penonton
menonton dari bahagian hadapan sahaja. Ini sama kesannya dengan melihat
gambar dalam bingkai.




      Penggunaan corak pentas prosinum membolehkan pengolahan gambaran
set terai yang elaborate. Dalam bangsawan pentas sekurang-kurangnya
mempunyai antara tiga hingga enam tirai asas, mengikut tirai cerita.Set tirai yng
menjadi   asas      pentas   bangsawan   mengikut   adegan   cerita   ada   enam
pemandangan, iaitu:

(a)   Set tirai pemandangan dalam ruang istana

(b)   Set tirai pemandangan jalan raya

(c)   Set tirai pemandangan dalam hutan

(d)   Set tirai pemandangan dalam sebuah taman

(e)   Set tirai pemandangan dalam ruang bilik

(f)   Set tirai pemandangan alam




      Enam set tirai yang asas boleh ditambah menjadi beberapa tirai set lagi.
Dalam kes set tirai dalam istana misalnya, jika cerita memerlukan pemandangan
dari dua istana yang berlainan, maka dua set tirai pemandangan dalam istana
perlu dibuat. Begitu juga umpamanya jika set tirai ruang bilik itu memerlukan
gambaran bilik rumah kampung, ruang bilik dalam istana dan seterusnya ruang
dalam gua batu, maka kemungkinan tiga set pemandangan dalam ruang bilik
perlu disediakan.

                                         23
Penggunaan sistem set tirai dalam pentas prosinum bangsawan
memerlukan set „prop‟ yang dipanggil sebing iaitu pemidang pipih untuk
bahagian api di kiri dan kanan pentas. Sebing dibuat daripada kain yang
berbingkai kayu dan didirikan untuk mengadang bahagian belakang set tirai
daripada dilihat penonton. Sebing berguna untuk melindungi pekerja „tarik tirai‟
atau pelakon yang sedang menunggu giliran untuk masuk ke dalam sesuatu
adegan. Sebing bangsawan lazimnya berukuran (tiga kaki) lebar dan (tujuh kaki)
tinggi, sementara set tirai lazimnya seluas hingga 18 hingga 20 kaki lebar dan
antara (tujuh hingga lapan kaki tinggi). Di antara set-set tirai dalam bangsawan
satu set tirai hendaklah lebih luas daripada yang lain, set tirai pertama iaitu tirai
yang diperbuat daripada kain tebal tanpa corak, dengan warna yang terang
seperti warna merah atau hijau tua. Tirai pertama akan digunakan hanya
sebelum dan sesudah sesebuah pementasan cerita bangsawan. Kadangkala
tirai ini digunakan juga pada waktu selingan. Dalam zaman kegemilangan
bangsawan, kumpulam-kumpulan lebih suka menggunakan sebuah set tirai lain
yang dipanggil tirai „stret‟ (mungkin sebutan inggerisnya „straight‟). Kedudukan
tirai „stret‟ ke belakang sedikit daripada tirai pertama. Tirai „stret‟ itu mungkin juga
dikenali demikian kerana tirai ini satu warna, pilihan warnanya tidak begitu
garang jika dibandingkan denganwarna tirai pertama.




       Kedudukan susunan set tirai dalam pentas bangsawan diatur mengikut
urutan dulu kemudian adegan atau mengikut keperluan ruang lakon sesuatu
adegan. Set tirai ini disusun berbaris-baris dari hadapan ke belakang awangan
pentas. lihat rajah.




                                          24
Dalam sesuatu pementasan, sistem set tirai boleh menghasilkan kesan
dua demensi-kesan ini kurang menarik, dan kelihatan tidak natural. Untuk
mengelakkan kesan dua demansi „prop‟ disediakan agar kesan jarak dan ruang
kepada set tirai, dapat dihasilkan. „Prop‟ juga didapati dalam bentuk tirai. „Prop‟
ini dipanggil set drop digandingkan dengan sesuatu set tirai untuk memberi
kesan dalaman kepada gambaran keseluruhan set. Oleh itu set drop mempunyai
gandingan pandangan yang disesuaikan untuk melengkapi sesuatu set tirai. Set
tirai dalam hutan misalnya mungkin akan diserikan dengan set drop sebuah gua
batu atau sebahagian gua batu, pokok, dan seumpamanya, akan diserikan dan
kelihatan natural dengan membuat set drop awan atau sebahagian daripada
kapal layar. Dengan menyediakan tirai-tirai beginilah bangsawan menghasilkan
kesan tiga damensi untuk tujuan mengolah unsur dramatik persembahan
teaternya.


                                        25
Jelaslah bahawa pentas bangsawan menuntut penggunaan set tirai sama
ada dalam bentuk tirai sepenuhnya, set drop atau sebing. Keindahan dan
kerapian gambaran set tercapai melalui lukisan pemandangan dan ini menjadi
satu keistimewaan persembahan bangsawan, iaitu daya tarikan melalui
pebghasilan lukisan pemandangan yang baik, rapi dan hidup. Selain sistem tirai,
persembahan bangsawan juga menggunakan „prop‟ binaan. Satu bentuk „prop‟
binaan yang sering dikaitkan dengan bangsawan ialah kasmat ( atau disebut jiga
tasmat). Kasmat adalah „prop‟ yang dibina diatas pentas dan boleh digerk-
gerakkan. Antara contoh kasmat dalam bangsawan ialah kasmat tangga gerak,
kasmat kenaikan, seperti seekor angsa; kasmat kurungan seperti kasmat bintang
atau bulan dan seumpamanya. Penggunaan kasmat dalam bangsawan memberi
daya tarikan kepada penonton di samping menonjolkan kebolehan atau bakat
anak bangsawan sesuatu kumpulan itu.




       Dengan sistem setting yang sedemikiam rapi, tidak hairanlah jika seni
drama bangsawan dalam zamam praseni filem dan video menjadi sata-satunya
corak hiburan yang sangat diminati ramai. Dengan adanya kemampuan
kumpulan untuk mengetengahkan pelakon handalan yang berbakat,dan dengan
penggunaan kostum yang menarik memungkinkan persembahan bangsawan
yang hebat hidangan visualnya, akan menjadi lebih hebat kerana persembahan
yang bersifat live.




Muzik dalam Bangsawan

       Sebagai sebuah seni persembahan secara langsung, persembahan
bangsawan juga memerlukan iringan muzik cara langsung untuk menghidupkan
kesan dramatik. Sejak bangsawan diperkenalkan belum ada suatu persembahan
bangsawan yang menggunkan muzik cara rakaman. Setiap persembahan
bangsawan memerlukan iringan muzik yang dimainkan oleh kumpulan pemuzik.
Paling sedikit ahli muzik itu terdiri daripada empat atau lima orang. Mereka

                                      26
bermain alat muzik bertali, alat muzik arus angin dan alat muzik jenis
palu.Bangsawan menggunakan gabungan alat muzik ini melalui alat muzik
harmonium, biola dan gendang.




      Muzik    merupakan     salah   satu    elemen   terpenting   dalam   sesuatu
persembahan teater bangsawan. Ahli-ahli muzik yang ditempatkan di depan
pentas atau di kiri kanan pentas akan mengiringi bangsawan dari awal, sewaktu
penonton sedang masuk hingga ke akhir persembahan. Sewaktu penonton
sedang keluar panggung juga muzik dimainkan. Bilangan ahli muzik dan jenis
alat-alat muzik bergantung kepada besar atau kecil kumpulan itu.




      Semasa zaman awal bangsawan, muziknya terdiri daripada harmonium
dan table. Apabila bangsawan mula berkembang, alat-alat muzik dan pemuzik
mula bertambah. Menjelang tahun-tahun 1930an, orkes bangsawan sudah
lengkap dengan alat-alat bertali, tiupan dan gendering seperti biola, gitar, cello,
bass, kornet, trumpet, trombone, clarinet, drum, maracas, harmonium, akordian,
tabla dan tamborin, rebana serta piano. Pertambahan alat-alt muzik ini kerana
format bangsawan turut berubah.




      Lagu yang dimainkan oleh kumpulan muzik ini bukan sahaja mengiringi
lagu dan tarian dalam bangsawan, tetapi juga untuk memberi suasana kepada
dramatisan sesebuah cerita. Muzik dimainkan utuk memberi kesan kepada
suasana sedih, gembira atau takut dalam cerita. Muzik juga digunakan sebagai
tanda isyarat pelakon keluar atau masuk. Di samping itu, muzik menjadi olahan
tatabunyi kepada lakonan cerita dan menjadi „kiu‟ untuk permulaan dan
pengakhiran sesuatu adegan dan babak. Muzik itu amat dikehendaki sebelum
persembahan bangsawan dimulakan. Lazimnya kumpulan pemain muzik
bangsawan tidak akan berhenti        sejak mula mereka mengisi ruang khas di


                                        27
tengah-tengah bahagian hadapan yang menghadap pentas bangsawan itu.
Hinggalah persembahan berakhir, mereka masih terus bermain muzik untuk
mengiringi penonton keluar dewan atau arena. Sebagai satu kumpulan yang
menjadi tugas tertentu pemain muzik juga terdiri daripada anak bangsawan yang
terlatih-mereka bekerjasama dengan pelakon, malah amat memahami jalan
cerita sesebuah persembahan bangsawan itu.




Extra-Turns

      Pada kebiasaannya setiap babak pementasan bangsawan, tirai akan
dilabuhkan. Pada ketika ini petugas pentas sibuk menyiapkan dan menyusun
atur set-set dan props di belakang tirai untuk babak seterusnya. Ketika ini
penonton tidak diabaikan sebaliknya dihidangkan dengan tarian-tarian, lawak
jenaka, nyanyi-nyanyian sebagai hiburan sementara menunggu petugas
menyiapkan petas dibelakang tirai. Ada juga kumpulan-kumpulan bangsawan
memanggil extra-turns dari kumpulan lain dengan adengan-adengan yang
menarik dan mengkagumkan untuk acara waktu itu, seperti gerak-geri fizikal
contoh; silap mata, sarkis dan akrobatik. Adengan-adengan yang memuatkan
aksi-aksi ini, sementara petugas menyusun-aturkan pentas, di sebut extra-turns.




      Di dalam setiap persembahan bangsawan, peranan extra-turns amat
penting sebagai daya tarikan kepada penonton. Pelakon-pelakon extra-turns
juga turut mnenyumbangkan kejayaan sesuatu persembahan pentas bangsawan
di samping dengan pelakon-pelakon utama, kumpulan korus, pelakon-pelakon
pembantu dan petugas pentas. Penonton boleh membuat permintaan dengan
melemparkan wang ke atas pentas atau membawa surat permintaan yang berisi
wang. Tarian yang dipersembahkan adalah tarian-tarian melayu, joget, inang,
zapin, ronggeng, dan irama moden seperti samba, mambo serta tarian-tarian
Hawai dan Timur Tengah. Di samping penyanyi-penyanyi khas, penari-penari
yang telah di tetapkan pelakon yang belakon pada malam itu juga turut terlibat.

                                      28
Pelakon berkenaan, mungkin atas permintaan ramai, akan keluar menyani
dengan kostum wataknya.




      Extra-turns merupakan elemen terpenting untuk menarik minat penonton.
Ada penonton yang datang menonton bangsawan, bukan untuk mengikuti
ceritanya tetapi ingin menonton tarian-tarian dan mendengar nyanyian-nyanyian
dari penyanyi pujaan mereka. Di dalam program, poster, dan melalui corong
pembesar suara dihebahkan cerita yang hendak dipersembahkan dan senarai
persembahan terdapat di dalam extra-turns. Malah di dalam akhbar-akhbar, di
samping nama cerita yang akan dipersembahkan pada malamnya.




      Persembahan nyanyian dan tarian yang disertakan di dalam selingan
extra-turns bukan diadakan mengikut kehendak pangarah atau taukeh
bangsawan tetapi tertakluk kepada permintaan dan citarasa penonton. Lagu-
lagu, penyanyinya serta jenis tarian yang akan dipersembahkan itu akan disaring
terlebih dahulu supaya dapat menghiburkan penontondan selalunya permintaan
penonton jarang dikecewakan.




Lakonan didalam teater bangsawan

      Teater merupakan bentuk-bentuk seni yang lain, teater adalah bahantara
komunikasi di antara artis dan penonton. Di dalam suasana teater , setiap
maksud dan pengertian di pancarkan kepada penonton melalui ekspresi tubuh
dan suara gabungan para artis. Kesemua ciri-ciri ekpresi ini adalah kesan
daripada kebijaksanaan manganalisa skrip atau senario, pengarah yang cekap
termasuk integrasi tatacahaya, muzik, tatabunyi, kostium dan hiasan latar yang
baik dan paling pentingnya persiapan rapi teknik-teknik belakon. Kehadiran
pelakon dengan aksi-aksinya menyebabkan berlakunya persembahan teater.



                                      29
Teater menandakan bangunan fizikal, pelakon, set, kostium, tatacahaya,
peralatan, solekan dan muzik, drama melambangkan naskhah atau skrip. Namun
kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama. Lakon pentas selalunya tentang
manusia dan kehidupan manusia. Oleh itu teater merupakan bentuk seni yang
meniru aksi-aksi kehidupan, seni berlakon menjadi tonggaknya.




      Setiap bentuk teater mempunyai ciri-ciri tersendiri baik dari segi
formatnya, stail produksinya, mahupun gaya lakonannya. Kelainan ciri-ciri ini
membolehkan teater tersebut mudah di kategorikan atau dijenamakan untuk
membezakan     dengan   teater-teater   lain.   Begitu   juga   bangsawan   yang
mempunyai ciri-ciri tersendirinya baik dari aspek produksinya mahupun gaya
lakonannya. Keunikan dan kelainan gaya lakonannya jelas ketara kalau
dibandingkan dengan teater-teater sebelum dan selepasnya. Malah ada
sebahagian daripada ciri-cirinya mempengaruhi gaya lakonan di dalam teater-
teater selepas bangsawan.




Lakonan dan Watak.

      Sesebuah lakon drama terdiri daripada aksi manusia dan sesuatu agen
atau individu harus melakukan atau mendedahkan aksi tersebut. Individu
tersebut yang menangani aksi-aksi manusia itu melalui wataknya, perkataan-
perkataanya, dan perlakuan-perlakuanya. Individu inilah yang dimaksudkan
sebagai watak. Oleh itu perwatakan memerlukan penampilan watak-watak di
dalam aksi dan watak-watak ini pula berbeza dengan manusia lain disebabkan
wujudnya pertalian watak-watak manusia dengan aksi manusia. Berbeza dari
segi biologinya, fizikalnya, sikapnya, motivasinya, tindak tanduknya dan
matlamatnya.




                                        30
Berlakon ialah proses yang melibatkan beberapa transformasi; daripada
seseorang ditranform kepada pelakon dan daripada pelakon ditranform kepada
watak. Fungsi pelakon ialah mencipta semula di atas pentas watak yang
dibayangkan oleh pengarah dan yang dinyatakan oleh beliau melalui dialog dan
aksi cerita.Huraian tentang watak oleh pengarah adalah terlalu umum dan
adalah menjadi tugas pelakon untuk mengkaji secara terperinci untuk memahami
sedalam-dalamnya keadaan watak yang bakal dibawanya nanti. Kajianya secara
mendalam hingga dapat menampilkan watak dengan jayanya akan meyakinkan
penonton. Kesimpulanya, pengarah sekadar menyarankan manakala pelakon
menganalisa dan menafsirkannya, walaupun watak yang dibawa nanti secara
improvisasi.




      Teater bangsawan tidak terkecuali daripada amalan tersebut, proses
transformasi watak. Setiap pelakon cuba mendekati watak masing-masing
sedekat yang mampu. Cuba menampilkan watak-watak yang dapat dikenali dan
diyakini penonton, cuba menghasilkan daya tontonan yang maksima kepada
penonton walaupun cara pendekatannya secara spontan atau improvisasi. Hasil
daripada sesi latih-pandang yang begitu lama dan pengalaman yang luas
mendukungi sesuatu watak melalui persembahan demi persembahan, pelakon
bangsawan tidak mengalami sebarang kerumitan sewakti menjiwai atau
menghayati wataknya.




      Sebagaimana termaklum, watak-watak di dalam bangsawan adalah
watak-watak jenis stok. Ada watak-watak protagonis dan watak-watak antagonis.
Di dalam setiap cerita, kerapkali watak watak dominan terdiri daripada orang
muda (hero/wira), seri panggung(heroine /wirawati), sultan, menteri, dayang-
dayang, inang, gergasi/jin, penjahat serta pelawak. Setiap pelakon yang
memeganng watak ini akan kekal sepanjang kariernya kecuali kelanjutan usia
atau watak yang dipegang selama ini tidak lagi bersesuaian.


                                      31
Watak-watak terpenting di dalam teater bangsawan terdiri daripada watak-
watak berikut;

                 1.    Wira atau Orang Muda
                 2.    Wirawati atau Seri Panggung
                 3.    Ahli Lawak
                 4.    Raja atau Sultan
                 5.    Permaisuri
                 6.    Menteri-menteri
                 7.    Jin
                 8.    Pertapa
                 9.    Hulubalang
                 10.   Dayang-dayang /Inang-inang




Wira/Orang Muda

      Wira atau orang muda merupakan watak lelaki utama di dalam
bangsawan. Untuk menjadi seorang wira,seseorang lelaki haruslah mempunyai
suara yang baik dan boleh menyanyi lagu-lagu yang di untukkan kepadanya.
Rupa paras yang baik, tampan dan menarik adalah kriteria terpenting untuk
watak wira. Di samping itu, watak wira harus mahir di dalam persilatan dan
cekap berpantun di samping bakat semula jadinya sebagai pelakon. Wira ditegah
bermisai kerana misai akan menjejaskan efek raut mudanya yang dianggap
kasar dan bengis. Janggut juga tidak digalakkan. Selalunya wira membawa
peranan anak raja yang akan menghadapi berbagai rintangan dan akhirnya
mencapai kejayaan.




                                          32
Wirawati

      Sebelum penapakan kaum wanita di dalam bangsawan,watak wanita
dipegang oleh kaum lelaki yang berperawakan wanita. Beransur-ansur dan
sebagai daya tarikan,watak wanita dipegang oleh kaum wanita. Rupa paras yang
cantik, kulit kuning langsat di samping boleh berlakon dan bernyanyi adalah
syarat-syarat terpenting untuk watak wirawati. Wirawati juga bergekar Sri
Panggung dan sri panggung yang outstanding atau ulung yang digelar Prima
Donna. Mereka selalunya memegang watak tuan puteri, permaisuri atau anak
raja yang dipencilkan oleh kerana difitnah. Sepertimana wira, kedudukan
wirawati sama penting dengan wira. Kelincahan, kecantikan, pandai menyanyi
dan berlakon, merupakan aset terpenting untuk sesebuah kumpulan. Minah
Yem, Normadiah, Raunah, Ejam, Norsiah, Aminah Nani, Kamsinah B, Rohani B,
Rohaya B,Ainon, Norsiah, Rokiah adalah di antara pelakon wanita yang
menerajui watak wirawati di zaman bangsawan.




Raja dan Sultan

      Oleh kerana kebanyakan cerita bangsawan berdasarkan cerita-cerita
tentang kerajaan Timur Tengah dan tempatan, peranan raja atau sultan tak
dapat dielakkan. Watak sultan hanya dipegang oleh orang-orang yang dikhaskan
dan tumpuan perananya hanya kepada sultan atau raja sahaja. Beliau
dikecualikan daripada memegang watak-watak lain. Pelakon yang memegang
watak ini haruslah menampakkan ciri-ciri darjat,tenang,terkawal dan bersopan.
Sultan atau raja tidak boleh ketawa terbahak-bahak walau lucu sekali pun,tetapi
sekadar senyum mengulum. Tubuh badannya haruslah sesuai dengan pakaian
diraja yang dipakainya.




                                      33
Permaisuri

      Kerapkali aksi permaisuri terbatas hanya sebagai pengiring Sultan atau
Raja.selaku pengiring dialog-dialognya juga terhad. Namun ada juga cerita-cerita
yang menonjolkan peranan permaisuri dan berkembangnya cerita tersebut
kerana aksi-aksi permaisuri, contohnya cerita Raden Mas. Ciri-ciri keibuan dan
ketenangan merupakan kriteria untuk watak permaisuri. Untuk menjimatkan
perbelanjaan dan mangurangkan bilangan pelakon, permaisuri selalunya diambil
daripada isteri-isteri pelakon atau petugas pentas yang menganggotai kumpulan.




Pelawak/badut

      Untuk menjadi seorang pelawak di dalam bangsawan, seseorang itu
harus mempunyai bakat semula jadi pelawak. Watak pelawak amat penting dan
sepenting watak Seri Panggung atau Orang Muda. Pelawak sebagai magnet
yang akan mendorong penonton dan peminat datang menonton. Mereka bebas
mengimprovisasi dialog dan aksi. Apa yang penting ialah menimbulkan suasana
humour dan sebagai pelega atau comic relief di dalam adegan-adegan yang
tegang. Solekan, pakaian dan bahasanya berbeza dari watak-watak lain.




      Penampilan mereka di atas pentas dengan solekan dan pakaian yang
melucukan sudah mengisyaratkan kepada penonton bahawa itu adalah watak-
watak pelawak. Ahli lawak berpakaian berombak-ombak dan beropol-ropol yang
berwarna-warni atau berbelang-belang untuk menimbulkan efek bodoh, lucu dan
rendah kedudukannya. Ada pelawak yang diconteng-contengkan mukanya dan
gincu digunakan untuk dibesarkan mulutnya untuk menimbulkan efek lucu. Ahli
lawak yang mahir dan popular merupakan daset daya tarikan penonton. Di
antara pelawak bangsawan yang terkenal ialah Aman Belon, Yahaya Sulong,
Badul dan Husin Kerang.



                                      34
Jin

      Merupakan watak antagonis. Pemilihan watak jin selalunya terdiri
daripada mereka yng bertubuh besar dan tinggi. Watak jin dianggap orang kasar
dan jahat serta dasyat. Suaranya kuat dan garau, bermisai dan berjanggut.




Watak-Watak Sampingan

      Watak-watak sampingan biasanya dipegang oleh pelakon-pelakon baru,
watak-watak tersebut ialah Menteri, Pertapa, Hulubalang dan Dayang-dayang.
Sudah menjadi kebiasaan setiap cerita bangsawan akan diselitkan dengan
tarian-tarian tradisional. Penari-penari akan diajar berbagai tarian bersesuaian
dengan ceritanya. Kadang-kadang penari-penari menjadi dayang-dayang yang
mengiringi wirawati. Tarian-tarian juga akan ditampilkan di dalam slot extra-turn.




      Walaupun pelakon-pelakon terdiri daripada watak-watak stok kadang-
kadang mereka juga memegang watak-watak sampingan yang kurang penting
peranannya. Pelakon pelakon yang berpeluang memegang watak-watak tersebut
selalunya   terdiri   daripada   orang-orang   muda    dari   seri-seri   panggung.
Sebagaimana termaklum setiap kumpulan mempunyai empat hingga lima orang
muda dan seri panggung dan adalah mustahil kesemuanya memegang watak-
watak tersebut untuk sesuatu malam persembahan. Oleh itu mereka yang tidak
berpeluang memegang watak utama pada malam tersebut akan diberi peranan
sebagai watak-watak kurang penting, contohnya orang kampung, dayang,
penari, orang-orang kanan sultan atau pengikut antagonis atau protagonis untuk
mencukupkan pelakon.




                                        35
Penghayatan watak

      Penghayatan watak melibatkan proses merangkakan watak yang
dibawanya. Walaupun setiap pelakon bangsawan mempunyai cara tersendiri
merangkakannya tetapi pada dasarnya kepentingan peranan watak menjadi
kuncinya. Setiap pelakon akan mengetahui siapa dirinya di dalam cerita itu dan
peranannya di dalam cerita dan setiap babak di dalam cerita itu. Setelah
memahami peranannya, pelakon dapat merangkakan apa yang harus dilakukan
untuk setiap babak, perkara yang akan diucapkan untuk babak tersebut dan
peralatan yang perlu ditangani pada babak berikut, nyanyian yang akan
disampaikan pada babak tersebut atau apa-apa lakuan fizikal untuk babak
tersebut. Pengisian peranan tidak menjadi masalah kerana kesemuanya
ditangani melalui improvisasi.




      Setiap pelakon cuba menghasilkan watak setepat yang mungkin. Cuba
menampilkan watak yang benar-benar bertepatan dengan cerita. Cuba
menonjolkan watak yang boleh diterima dan dipercayai penonton. Untuk
mendapatkan watak sedemikian, pelakon akan membayangkan bahawa watak
yang didukunginya benar-benar watak itu dan dan bukan diri pelakon itu sendiri.
Pelakon akan cuba membayangkan bahawa pertuturannya adalah pertuturan
watak itu, pergerakannya, pergerakan watak itu, gerak isyaratnya, gerak watak
itu. Malah teman lakonnya, walau mereka adalah rakan kumpulan, akan
dianggap sebagai watak-watak yang diwujudkan dalam cerita itu.




      Penghayatan watak melibatkan proses „merasakan‟ atau „membayangkan‟
keadaan sebenarnya. Mengikut Badrul Munir (Pak Abang) kalau ingin
merasakan kesakitan didalam sesuatu babak atau adengan di ganas, pelakon
harus merasakan atau pegang perasaan itu. Sebagai contoh di dalam cerita
Satria Menara Putih, didalam babak arjuna di siksa oleh jin penunggu pulau di
sebatang pokok. Arjuna akan merasakan dirinya benar-benar arjuna dan bukan

                                      36
dirinya selaku pelakon, merasakan dirinya benar-benar dihina, merasakan
dirinya benar-benar malang, merasakan dirinya benar-benar pahlawan menara
putih dan anak kepada raja negara menara putih. Apabila berpelukan di dalam
adengan itu, rasakan sebagai anak dengan bapa bukan sesama pelakon.
Perasaan malu harus di kikiskan. Mengikut beliau perasaan sedih ini akan
terangsang lagi apabila pada ketika itu violin atau piano mengiringi adengan itu
dengan irama yang menyedihkan.




      Walaupun adengan sudah berakhir, perasaan sedih masih berlanjutan
hingga ke belakang pentas. Di kalangan penonton pula yang sensitif dengan
perkembangan cerita ini akan terus bersedihdan ada pula yang turut menangis.
Selain daripada itu untuk mengekalkan konsentrasi dan imaginasi, pelakon
dinasihatkan supaya jangan melihat penonton. Walaupun melihat kedepan tetapi
aras penglihatan itu harus melebihi kepala penonton. Penonton perlu betul-betul
menghayati supaya tidak nampak penonton di depannya.




      Kostium juga membantu mereka mempercepatkan kewujudan watak.
Apabila pelakon mengenakan kostium yang bertepatan dengan watak mereka,
secara amnya mereka dapat merasakan mereka adalah watak itu pada masa itu.
Mereka merasakan diri mereka adalah watak itu, percakapan mereka adalah
percakapan watak itu, perlakuan mereka, perlakuan watak itu. Apabila ditanya
adakah kostium-kostium itu dijampi serapahkan sebelum mereka memakainya.
Ada juga pengarah yang mengiyakannya dan ada juga pengarah yang
menafikannya. Kalau diikuti dari sudut psikologi, kebenarannya memang ada
sebab pakaian ini disimpan dan dijaga dengan rapi.




      Pelakon-pelakon bangsawan adalah pelakon-pelakon profesional. Apa
yang dilakukan mereka semata-mata untuk kepentingan dan kepuasan


                                      37
penonton. Mereka juga sedar penonton sedang melihat mereka di samping
menilai dan    mentafsir   watak dan     peranan   mereka. Mereka         berusaha
bersungguh-sungguh supaya anggapan penonton tadi tidak meleset malah
menyakinkan. Berbekalkan kesedaran ini dan ditokok-tambah pula dengan
kostium yang dipakai, kebetulan pula bukan kostium harian, menjadikan
semangat mereka terhadap kewujudan watak itu bertambah mampan.




Skrip

        Teater bangsawan tidak mempunyai skrip bertulis tetapi senario atau
ringkasan cerita. Senario lebih merupakan rangka cerita tanpa kata-bual atau
dialog. Kalau adapun dialognya ringkas-ringkas. Catatan-catatan itu hanya
merupakan simbol-simbol dan simbol-simbol ini memerlukan aksi, gerak isyarat,
intonasi ekpresi dan keseluruhan konteks situasi untuk menghasilkan sesuatu
yang bermakna.




        Pengarah kumpulan yang menyediakan dan menghasilkan senario.
Sebelum memulakan latihan, pengarah akan memaklumkan kepada pelakonnya
cerita yang akan dipersembahkan. Setalah menetapkan watak untuk pelakonnya
beliau terus menerangkan jalan ceritanya pula. Kalau sesebuah senario itu
berbentuk tulisan yang terkandung di dalamnya ialah rangka cerita bersama-
sama    dialognya   yang   serba   ringkas.   Sekiranya   cerita   yang   akan   di
persembahkan itu cerita baru, sewaktu taklimat pertama, pengarah akan
menegaskan jalan ceritanya, penggunaan dialognya, perwatakannya serta aspek
teknikalnya. Apa yang dijelaskan oleh pengarah adalah sesuatu yang muktamad
dan pelakon tidak berhak mencadangkan sesuatu untuk membubarkan atau
mengubahkan sesuatu yang terdapat di dalam senario dan yang ditentukan oleh
pengarah.




                                       38
Kebiasaannya sesebuah skrip atau senario itu dapat disiapkan dalam
jangka waktu yang pendek antara satu hari hingga dua minggu. Malah ada cerita
yang akan dipersembahkan pada sebelah malamnya, sementara skripnya bru
dicipta pada sebelah tangaharinya. Berdasarkan jangkawaktu yang pendek ini
jelas membuktikan bahawa pengarah merangkap penulis, penulis senario,
merupakan artis yang kreatif. Melalui saranan, buah fikirannya dapat
menghasilkan cerita demi cerita yang setiap satunya memakan masa tiga jam
persembahan.




      Kebanyakan cerita atau senario bangsawan baik bertulis mahupun lisan
tidak mempunyai nama penulisnya. Ketiadaan ini membolehkan penulis lain
bebas menciplak, mengubahsuai cerita asalnya di samping menukar tajuk
senarionya. Maka tidak hairanlah jalan ceritanya hampir sama tetapi tajuk,
lokasinya dan nama wataknya berbeza-beza. Ciri-ciri ini, berkarya tanpa nama,
menyamai ciri-ciri teater tradisional seperti cerita-cerita Mak Yong, Menora,
Panglipurlara serta Wayang Kulit yang menganggap karya itu hak umum dan
bukan hak milik individu.




      Senario yang dihasilkan oleh pengarah atau secara bersama bukanlah
dicipta mengikut kehendak citarasa penulis tetapi mengambil kira selera
penonton. Bersesuaian dengan tradisi teater ini, iaitu teater popular, yang
mementingkan sambutan dan citarasa penonton, apa yang dihasilkan itu
haruslah disesuaikan dengan penonton. Malah penetapan cerita untuk
dipersembahkan pada sesuatu tempat juga berdasarkan kepada citarasa
penonton dan komposisi masyarakat di dalam kawasan itu. Ada juga penonton
membuat permintaan dengan menulis surat dan memohon nama cerita yang
ingin di tontonnya. Bagi pihak kumpulan pula permintaan ini sering dilayani
sekiranya didapati cerita tersebut memang digemari penonton di tempat tersebut.



                                      39
Sebaliknya kalu permohonan itu datangnya dari pembesar negeri, selalunya
ditunaikan.




      Cerita-cerita yang akan dipersembahkan bukan dipilih secara rambang
atau sebarangan sebaliknya dikaji terlebih dahulu oleh pengarah dan taukeh
berdasarkan lokasi dan minat atau citarasa penonton. Tidak kesemua cerita-
cerita yang disukai pengarah, digemari atau di minati oleh penontonsesebuah
tempatatau lokasi. Cara mengetahui citarasa penonton ialah melalui maklum
balas yang diterima daripada penonton, daripada kumpulan bangsawan lain
yang pernah membuat persembahan di tempat tersebut atau mengetahui terlebih
dahulu komposisi penduduk yang mendiami kawasan tersebut.




Nyanyian

      Selitan nyanyian di dalam persembahan bangsawan adalah normal dan
merupakan salah satu ciri di dalam bangsawan. Nyanyian terdapat di dalam
adengan atau babak percintaan, usik-mengusik atau bersuka-ria. Senikata lagu
ditetapkan dan bagi pelakon yang lama berkecimpung di dalam bangsawan,
senikata lagu di improvisasikan pada masa itu Cuma lagu yang mengiringinya
ditetapkan. Di dalam adengan perpisahan contohnya, dara dan teruna akan
menyanyi dan lagu yang mengiringi mereka mungkin lagu apa saja yang
berentak asli. Tumpuan mereka ketika menyanyi samada pada detik-detik
gembira ataupun sedih ialah mengsinronisasi nyanyian mereka dengan muzik.
Selain keselarian , mereka juga cuba menguatkan suara supaya tidak diatasi
oleh bunyi muzik.




                                     40
Pantun

      Cerita-cerita bangsawan yang berunsurkan cerita-cerita tempatan tidak
dapat dielakkan daripada penggunaan pantun. Pantun digunakan ketika
berkasih-kasihan, senda gurau atau cabar-mencabar. Disini menampakkan
kemahiran pelakon menjual dan membeli pantun secara improvisasi. Kecekapan
mereka membeli dan menjual pantun untuk mematah cakap lawan, atau
menjawab pertanyaan lawan secara spontan dapat menimbulkan daya tarikan
kepada penonton. Ini jelas terbukti apabila setiap pantun yang dijual atau dibeli
mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Yang mengkagumkan pelakon-
pelakon utama ini dapat berpantun dengan lancar walaupun pada malam-malam
berikutnya beliau belakon di dalam cerita yang berbeza.




      Babak-babak percintaan atau pertarungan sering diselitkan dengan
pantun. Selalunya digunakan dua atau tiga rangkap pantun, untuk setiap watak
yang terlibat digunakan. Pantun-pantun ini ada kalanya disediakan terlebih
dahulu atau dicipta pada masa itu. Pelakon harus cepat dan tepat membeli dan
menjual   pantun   dan    pantun-pantun     ini   haruslah   disesuaikan   dengan
perkembangan cerita. Sekiranya mereka gagal membeli pantun yang dijual,
maksunya lain yang diminta lain pula dijawabnya atau lambat menjawab mereka
akan di ejek oleh penonton. Ejekan penonton menandakan pelakon itu tewas di
dalam pantunnya. Pelakon harus peka dan tajam pemikirannya sebelum
menjualatau membelinya. Sebagai contoh di dalam cerita Megat Terawis di
mana pertarungan di antara Megat Terawis dengan Megat Sari, beberapa
pantun diucapkan sebelum bertarung,

      Megat Terawis :      Anak Cina Bermain Gasing

                           Mari bermain di bawah tangga

                           Lautan berpusar awan berpusing

                           Inikan cacing nak jadi naga

                                       41
Pihak yang membelinya harus mencari akal pada masa itu juga untuk
menjawabnya. Kalau jawapannya baik dan tepat sudah tentu mendapat
sambutan yang memberangsangkan daripada penonton.




      Megat Sari:         Anak Cina masih masygul

                          Mari mandi dengan adiknya

                          Di lautan cina naga timbul

                          Di sini kukira berapa sisiknya




Disebabkan sorakan penonton yang memberangsangkan Megat Terawis tidak
mahu mengalah dengan jawapan pantun itu, lalu menjual pantun yang lain,

      Megat Terawis:      Pukul nobat tiup nafiri

                          Nak menabal raja seberang

                          Musuh lain boleh dicari

                          Jangan mencari maut di tangan abang




Megat Sari mungkin terasa dirinya tercabar dan untuk menyahut cabaran itu,
beliau mungkin berpantun begini,

      Megat Sari:         Air mengalir jangan di tahan

                          Kalau di tahan ramai dahaga

                          Ajal maut Di tangan tuhan

                          Tiada siapa dapat menduga (sumber Rahman B)



                                       42
Berpantun ketika berkasih adalah sesuatu yang lumrah di dalam bangsawan.
Penggunaan pantun ini menjadikan adengan itu lebih romantik. Berikut adalah
pantun yang menunjukkan perpisahan di antara kekasih.

      Teruna:              Penggal puan penggak cendana

                           Sayang senduduk kait berkait

                           Tinggallah tuan tinggalh nyawa

                           Tinggallah duduk sebaik-baik




      Dara:                Meredah paya Mencari kiambang

                           Kiambang terapung dicelah duri

                           Adinda di sini usahlah bimbang

                           Kekanda di rantau jagalah diri




      Di dalam bangsawan untuk mendapatkan pantun yang paling sempurna
dari segi ciri-ciri pantun yang indah adalah sesuatu yang sukar, kecuali yang
disediakan dan dilatih dahulu. Kesempurnaan dari segi bilangan sukukata yang
padat dan seimbang, pembayang maksud halusdan bertepatan dengan lokasi
cerita, penggunaan bahasa yang indah memang jarang ditemui. Pertama, pantun
itu dilahirkan tanpa persediaan tetapi secara spontan. Di dalam keadaan spontan
apa sahaja yang terlintas itulah hasilnya tetapi masih berupa pantun. Ada
ketikanya adengan berpantun ini dilatih terlebih dahulu tetapi semasa sesi latihan
itu hanyadi sediakan dua rangkap pantun. Semasa persembahan, oleh kerana
respon daripada penonton begitu baik, pengarah yang berada di sudut pentas
mengarahkan pelakonnya memanjangkan adengan. Pelakon di dalam keadaan
itu terpaksa mencari jalan membalasatau menjual secara spontan.



                                       43
Kemerosotan Teater Bangsawan

         Menjelang tahun-tahun 1940an, teater bangsawan mengalami zaman-
zaman kemerosotannya. Kemerosotannya bukanlah secara mendadak tetapi
beransur-ansur yang berpuncakan beberapa faktor. Soasa sosial, ekonomi dan
politik serta saingan daripada media hiburan baru merupakan faktor-faktor yang
menyebabkan kemerosotan teater bangsawan.




Sosial

         Para pelakon wanita di dalam kumpulan teater bangsawan, khasnya seri
panggung, sentiasa di minati ramai peminat. Bakat dan kemahiran mereka
berjaya memukau dan memikat para penonton malah ramai penonton yang
tergila-gilakan mereka. Para peminat yang berkedudukan dan berada seringkali
berjaya memikat seri-seri panggung ini. Ramai pula seri panggung yang inginkan
jaminan hidup dan kemewahan, telah berkahwin dengan peminat-peminatnya
dan terus meninggalkan kumpulan teater bangsawan. Miss Erah pernah
berkahwin dengan Sultan Perak. Ketiadaan mereka di dalam kumpulan sedikit
sebanyaknya telah menjejaskan kehadiran penonton kerana salah satu faktor
mereka datang menonton bangsawan kerana meminati dan ingin melihat wajah
seri panggung. Untuk mendapatkan seri panggung yang baru memerlukan
banyak masa, baik dari segi latihan dan pengalaman, sebelum pelakon itu dapat
menyaingi seri panggung yang lain.




Ekonomi

         Orang muda dan Seri Panggung merupakan penentu kepada populariti
sesebuah kumpulan. Oleh kerana banyk kumpulan yang wujud pada masa itu,
1920-an dan 1930-an, setiap kumpulan sentiasa mencari jalan untuk
mempopularkan kumpulannya. Salah satu cara ialah „melamar‟ Pelakon Orang
Muda dan Seri Panggung yang sedia popular di dalam kumpulan lain. Ramai

                                      44
yang telah meninggalkan kumpulannya kerana bayaran gaji yang lebih tinggi
oleh majikan baru. Bukan sahaja dikalangan pelakon malah pemuzik dan penari
popular turut dilamar. Perbuatan „lamar melamar‟ ini menyebabkan sesuatu
kumpulan yang popular akan kehilangan artis-artis popularnya. Melatih pelakon
baru bukanlah satu perkara yang mudah. Pelakon baru ini pula masih belum
boleh menjaminkan kumpulan tersebut akan popular. Daripada menanggung
risiko yang tinggi, taukeh-taukeh kumpulan yang kehilangan pelakon popularnya
terpaksa gulung tikar.




      Keadaan ekonomi yang meleset selepas Perang Dunia Kedua dan
pendudukan Jepun serta darurat merupakan era-era yang telah membataskan
kegiatan bangsawan. Pendapatan yang diperolehi oleh kumpulan-kumpulan
bangsawan terus merosot dan banyak taukeh bangsawan terpaksa gulung tikar.




Kemunculan Media Elektronik

      Kemunculan seni filem dan televisyen merupakan katalis kepada
kemerosotan bangsawan. Media Hiburan ini lebih canggih dan menarikdaripada
bangsawan. Ramai pelakon bangsawan melibatkan diri dengan filem kerana
pendapatan seorang bintang filem lebih lumayan dan penuh „glamour‟. Pada
tahun 1934, Syarikat Motilal Chemical merupakan pengeluar filem melayu yang
ulung di Tanah Melayu yang berpusat di singapura telah menerbitkan filem
Bistamam dan Laila Majnun. Pada tahun 1947, Shaw Brothers telah menerbitkan
filem Noor asmara dan Nasib manakala Cathy Keris pula menghasilkan filem
pertama mereka iaitu Buluh Perindu.




      Ramai daripada pelakon filem ini adalah bekas pelakon bangsawan. Di
samping pelakon-pelakon, penari-penari dan pemuzik-pemuzik dari kumpulan
bangsawan telah diambil kerja dengan syrikat-syarikat perfileman. Bekerja

                                      45
dengan syarikat-syarikat perfileman lebih selesa dan terjamin. Mereka tidak perlu
berpindah dari satu bandar ke satu bandar lain. Pengambilan bekas-bekas
pelakon bangsawan, yang sememangnya sudah popular di pentas bangsawan
menjadi pelakon filem merupakan usaha penerbit filem untuk melariskan
filemnya di samping itu penerbit filem tidak perlu lagi melatih atau mengajar
pelakon-pelakon tersebut.




Politik

      Keadaan sosial dan politik selepas Perang Dunia Kedua telah
mempengaruhi minat penonton. Cerita-cerita fantasi sudah tidak sesuai lagi.
Penonton lebih suka menonton sesuatu yang benar, berunsur sejarah, tepat,
realistik, nasionalistik dan munasabah. Ciri-ciri ini tidak terdapat dalam
bangsawan. Helah atau tasmat yang mengkagumkan dan watak-watak
kayangan yang terdapat di dalam bangswan sukar untuk menandingi filem-filem
dan bentuk teater baru, sandiwara.




      Sandiwara menampilkan watak-watak sebenar dan menyamai kehidupan
malah menghapuskan extra-turn kerana adengan ini mengganggu-gugat
perkembangan plot cerita. Kumpulan-kumpulan teater sandiwara baik profesional
atau amatur yang di tubuhkan oleh badan-badan belia, organisasi polis dan lain-
lain persatuan merupakan teater popular di Tanah Melayu yang telah
menjejaskan populariti bangsawan.




Pengurusan

      Tidak   semua     taukeh-taukeh    bangsawan     yang   cekap   mengurus
kumpulannya. Pembahagian keuntungan yang tidak adil, sikap taukeh yang
terlalu mementingkan diri sendiri dan keuntungan. Kegiatan berjudi dan arak di


                                        46
kalangan   pekerja   merupakan    antara   faktor-faktor   yang   menyebabkan
kemerosotan sesebuah kumpulan.




      Menjelang Perang Dunia Kedua, kedudukan teater bangsawan bertambah
gawat. Keadaan ekonomi yang kian merosot mengakibatkan jumlah penonton
berkurangan. Kesannya pulangan atau ganjaran yang diterima oleh pekerja
bangswan turut terjejas. Ramai yang meninggalkan kumpulan kerana jaminan
hidup mulai tergugat. Masing-masing menceburi bidang pekerjaan yang lain
sebagai alternatif untuk meneruskan kehidupan.




Rumusan

      Teater bangsawan adalah teater pelbagai atau ragaman kerana
terkandung berbagai resepi. Ada ciri-ciri tradisional dan moden, terdapat
lakonan, nyanyian, tarian, lawak jenaka, pantun, syair, bernasib serta adengan-
adengan fizikal yang mengkagumkan. Penonton tidak akan kecewa kerana ada
di antara ciri-ciri tadi dapat memenuhi slot yang di minatinya. Untuk
menghidangkan segala elemen ini, setiap kumpulan bangsawan memerlukan
ramai artis dengan pengkhususan masing-masing. Adalah tidak menghairankan
di dalam setiap kumpulan bangsawan mengandungi berpuluh orang anggota dan
berbelas lori untuk membawa peralatannya. Sebab itulah setiap kumpulan yang
mengadakan persembahan mereka di sesebuah tempat, memakan masa
berbulan-bulan lamanya.




                                      47

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Proses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifProses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifhaniffpotter
 
KULIAH 1 - KONSEP DAN DEFINISI drama teater.ppt
KULIAH 1 - KONSEP DAN DEFINISI drama teater.pptKULIAH 1 - KONSEP DAN DEFINISI drama teater.ppt
KULIAH 1 - KONSEP DAN DEFINISI drama teater.pptzuhairiraffien
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPensil Dan Pemadam
 
Gaya penceritaan
Gaya penceritaanGaya penceritaan
Gaya penceritaanIsmail Noh
 
Plot,Watak, Latar
Plot,Watak, LatarPlot,Watak, Latar
Plot,Watak, Latarnanareza
 
Analisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakAnalisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakArifahAzlanShah1
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuErica Leenya
 
UNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATERUNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATERIsmail Noh
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaNicholas Lidang Mud
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU@f!Q@H @F!N@
 
Pengenalan asas drama (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083)
Pengenalan asas drama (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083)Pengenalan asas drama (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083)
Pengenalan asas drama (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083)FaFai S.
 

Mais procurados (20)

Proses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifProses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektif
 
Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1
 
KULIAH 1 - KONSEP DAN DEFINISI drama teater.ppt
KULIAH 1 - KONSEP DAN DEFINISI drama teater.pptKULIAH 1 - KONSEP DAN DEFINISI drama teater.ppt
KULIAH 1 - KONSEP DAN DEFINISI drama teater.ppt
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
Gaya penceritaan
Gaya penceritaanGaya penceritaan
Gaya penceritaan
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Plot,Watak, Latar
Plot,Watak, LatarPlot,Watak, Latar
Plot,Watak, Latar
 
Analisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakAnalisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-Kanak
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
ZAPIN
ZAPINZAPIN
ZAPIN
 
Asas lakonan
Asas lakonanAsas lakonan
Asas lakonan
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
UNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATERUNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATER
 
Seloka
SelokaSeloka
Seloka
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU
 
Pengenalan asas drama (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083)
Pengenalan asas drama (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083)Pengenalan asas drama (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083)
Pengenalan asas drama (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083)
 

Semelhante a Teater Bangsawan

Semelhante a Teater Bangsawan (20)

Perkembangan Drama
Perkembangan DramaPerkembangan Drama
Perkembangan Drama
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Opera cina
Opera cinaOpera cina
Opera cina
 
Macam macam seni teater
Macam macam seni teaterMacam macam seni teater
Macam macam seni teater
 
Cerita Puteri Hang Li Po
Cerita Puteri Hang Li Po Cerita Puteri Hang Li Po
Cerita Puteri Hang Li Po
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
 
MATERI SEJARAH TEATER DI INDONESIA MATERI
MATERI SEJARAH TEATER DI INDONESIA MATERIMATERI SEJARAH TEATER DI INDONESIA MATERI
MATERI SEJARAH TEATER DI INDONESIA MATERI
 
Teks Drama
Teks DramaTeks Drama
Teks Drama
 
Zakaria ariffin
Zakaria ariffinZakaria ariffin
Zakaria ariffin
 
Bbm3104 1333332890
Bbm3104 1333332890Bbm3104 1333332890
Bbm3104 1333332890
 
Penglipur lara
Penglipur lara Penglipur lara
Penglipur lara
 
Penglipur lara 1
Penglipur lara 1Penglipur lara 1
Penglipur lara 1
 
Tari topeng klana
Tari topeng klanaTari topeng klana
Tari topeng klana
 
Powerpoint seni kelompok 2
Powerpoint seni kelompok 2Powerpoint seni kelompok 2
Powerpoint seni kelompok 2
 
sej bab 8
 sej bab 8 sej bab 8
sej bab 8
 
Wayang kulit
Wayang kulitWayang kulit
Wayang kulit
 
Ilmu sosial dasar 1 ia04
Ilmu sosial dasar 1 ia04Ilmu sosial dasar 1 ia04
Ilmu sosial dasar 1 ia04
 
Modul pkp 3117
Modul pkp 3117Modul pkp 3117
Modul pkp 3117
 
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYUArab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU
 
MACAM-MACAM TEATER TRADISIONAL
MACAM-MACAM TEATER TRADISIONALMACAM-MACAM TEATER TRADISIONAL
MACAM-MACAM TEATER TRADISIONAL
 

Último

MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 

Último (20)

MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 

Teater Bangsawan

  • 1. PENGENALAN Sejak drama bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah sesuatu kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan memonopoli kegiatan teater Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang ke seluruh Malaysia hingga ke Indonesia. Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah di Malaysia, sebaliknya bangsawan lahir daripada perkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam tahun 1970-an, Pulau Pinang telah menerima pengaruh sebuah pementasan teater bergerak bernama Wayang Parsi atau mendu. Kumpulan ini melakonkan cerita-cerita dengan menggunakan bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari India. Repertoiri cerita berkenaan percintaan dan pengembangan golongan raja dan dewa-dewa. Penduduk Pulau dalam tahun-tahun tersebut banyak yang memahami bahasa dari benua India kerana penjajah Inggeris telah membawa sebanyak mungkin penduduk India untuk bekerja dan menjadi penduduk pulau itu. Oleh kerana, lelaki lebih ramai daripada wanita, akhirnya banyak pendatang lelaki berkahwin dengan penduduk tempatan. Lama-kelamaan proses ini menimbulkan golongan India-Melayu yang pada peringkat permulaannya dikenali sebagai Jawi Pekan. Golongan ini bertambah banyak dan mereka mulai menggunakan lingua francis tempatan. Kemudian Wayang Parsi diambil alih oleh tuan dari kalangan Jawi Pekan tempatan bernama Mohamed Pusi dalam tahun 1884. Peralatan wayang itu diperbaiki dan digunakan semula, dengan barisan pelakon baru untuk menggantikan pelakon lama. Tuan baru wayang ini tentu mempunyai minat untuk memperdagangkan bangsawan lalu ia memberikan 2
  • 2. nama Wayang Bangsawan kepada persembahan itu. Nama kumpulan bangsawan yang pertama ialah Pusi Indera Bangsawan of Penang. Kumpulan ini mulai bergiat pada tahun 1885 dengan barisan pelakon yang menggunakan bahasa Melayu. BANGSAWAN SEBAGAI TEATER DRAMATIK Bangsawan merupakan satu corak seni yang dipersembahkan, sebuah teater yang mendramakan kisah seorang wira atau wirawati. Bangsawan amat popular pada awal abad yang kedua puluh – lebih kurang antara 1900 hingga 1945. Pada masa itulah anak-anak bangsawan berjaya mengolah, membentuk dan menentukan gaya teater dramatik bangsawan sebagaimana yang dapat diperhatikan pada hari ini. Persembahan seni bangsawan mempunyai dua gaya pembentasan: gaya lakonan dan gaya opera. Perbezaan antara kedua-dua gaya ini tidak begitu nyata. Perbezaan yang nyata hanya dari segi penekanan olahan lakonan dan persembahan. Jika sesebuah pementasan bangsawan itu lebih memberi penekanan kepada melagukan dialog, pementasan sedemikian dikatakan mempunyai gaya opera. Jika lagu hanya digunakan dalam adegan yang tertentu, umpamanya dalam adegan sedih, maka pementasan ini dikatakan mempunyai gaya lakonan. 3
  • 3. Pilihan Cerita dalam Bangsawan Bangsawan mempunyai pilihan cerita yang mempunyai pola kejadian- kejadian atau episod. Dalam cerita bangsawan episod dijalinkan secara longgar untuk memudahkan urusan teknik lakonan bangsawan. Lazimnya, cerita bangsawan dikembangkan melalui watak utama - sama ada watak wira atau wirawati - dari sesuatu kejadian sebab akibat, umpamanya fitnah atau ramalan nasib yang buruk ke atasnya. Wira lazimnya terpaksa mengembara dan menghadapi berbagai-bagai kejadian sebagai pengalaman dirinya hinggalah ia berjumpa wirawati, atau pada akhirnya ia mencapai sesuatu kejayaan. Cerita bangsawan berkisar di sekitar golongan bangsawan - raja dan putera puteri. Pengembangan cerita melalui pengalaman wira atau wirawati itu membolehkan cerita dalam bangsawan itu dipendekkan atau dipanjangkan mengikut selera dan sambutan penonton, iaitu dengan cara mengurangi atau menambahkan episod dalam kejadian pengalaman watak utama, tanpa merosakkan keseluruhan unsur dramatik jalan cerita. Cerita bangsawan menekankan kepada pilihan kisah yang berkaitan dengan raja-raja dan telatah golongan rakyat. Plot cerita adalah tentang kisah golongan bangsawan tetapi, unsur populariti dalam penceritaannya dipelihara dengan menyelitkan kehidupan rakyat melalui watak jenaka. Jalinan ciri-ciri kebangsawanan dengen ciri-ciri rakyat bawahan ini menimbulkan dua gaya lakon dan dua gaya dialog, gaya lakonan stylized dan slapstick; serta gaya dialog bahasa istana, pendramaan yang formal dan berirama, disamping gaya dialog harian, pendramaan yang kasar (kerana bahasa pasar) yang disampaikan oleh watak-watak yang berkaitan. Jalan cerita bangsawan mengutamakan unsur poet justice – wira sebagai watak yang baik, di dalam cerita wira sentiasa memperolehi keadilan dan kemenangan yang wajar pada akhir cerita, sementara 4
  • 4. watak yang mengkhianatinya, iaitu watak penjahat, akan menerima padah. Pilihan cerita bangsawan ialah: (a) Kisah kezaliman rakyat jelata dan pembalasan terhadap kezaliman, contohnya, Bawang Putih Bawang Merah. (b) Kisah kezaliman permaisuri muda terhadap putera atau puteri dan terhadap permaisuri tua dan pembalasan terhadap kejahatannya, contohnya, Laksamana Bentan. (c) Kisah putera atau puteri yang mencari jodohnya dan dipertemukan melalui mimpi atau wasiat. Cerita begini merupakan pembinaan beberapa episod pengembaraan yang berakhir dengan pertemuan jodoh, contohnya, Puteri Cahaya Bulan. (d) Kisah cinta antara raja di dunia dengan puteri kayangan. Tema seperti ini mengutamakan hiburan disamping menimbulkan kesedaran terhadap pantang larang sebelum perkahwinan antara makluk yang berlainan dunia itu dilangsungkan. Contoh cerita yang mempunyai tema seperti ini ialah Jula Juli Bintang Tiga. (e) Kisah percintaan antara dua kekasih yang berlainan taraf atau kedudukan - antara anak raja dan rakyat biasa, tetapi akhirnya diketahui rahsia bahawa rakyat biasa itu asalnya seorang anak raja yang hilang atau dibuang oleh ibu bapanya semasa ia kecil dahulu. Ataupun, jika ia benar- benar daripada keturunan rakyat ia diberi keistimewaan seperti mempunyai paras yang cantik, kebijaksanaan dan baik kelakuan seperti anak-anak raja. Contoh cerita seperti ini ialah Beliung Emas. (f) Kisah kepahlawanan untuk menonjolkan kegagahan wira. Cerita begini mempunyai episod yang amat longgar pembinaannya. Contoh cerita seperti ini ialah Badang. Antara contoh cerita daripada kisah sejarah tempatan ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Hang Tuah, dan Amuk Tuk Nading. Kisah-kisah yang terbentuk epik ialah Gul Bakawali, Hikayat Bistaman, Jula Juli Bintang 5
  • 5. Tujuh. Cerita-cerita yang bercorak Islam dan Timur Tengah ialah Abu Nawas dan Ali Baba dengan Empat Puluh Pencuri. Cerita yang berunsurkan Cina seperti Nyai Dasimah dan Raden Mas dari Indonesia, dan Paratca dari Negeri Thai; cerita-cerita Shakespeare seperti Romeo and Juliet dan Saudagar Sailok (Merchant of Venice). Perkembangan Teater Bangsawan Wayang atau Teater Parsi merupakan katalis kepada kemunculan Bangsawan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, kemunculan ini bukanlah secara mendadak tetapi secara beransur-ansur melalui adaptasi daripada teater Parsi, menjadi tiruan Teater Parsi kemudian kepada Bangsawan, Komidi Melayu dan hinggalah kepada Opera. Teater Parsi merupakan teras dan acuan dan melalui proses pengubahsuaian akhirnya menjadi bangsawan. Ciri-ciri teater Parsi, pada peringkat awal penubuhan bangsawan, telah menjadi format untuk kelangsungan teater bangsawan. Walaupun teater Parsi diasaskan oleh orang-orang Parsi tetapi teater ini tidak bermula di negara Parsi, sebaliknya bermula di Bombay, India. Kejatuhan kerajaan Sassanid di abad kelapan di Parsi, menyebabkan ramai orang-orang Parsi melarikan diri dan menetap di Bombay. Di India, orang-orang Parsi merupakan golongan minoriti yang pintar dan ramai yang melibatkan diri di dalam perniagaan. Sementara itu, di Bombay, masyarakat Parsi yang meminati perniagaan, ada yang tertarik dengan seni teater lalu menjadikan teater sebagai usahaniaga. Dalam tahun-tahun 1870-an, bermula di Bombay, kumpulan teater proffesional yang menggunakan bahasa Hindustan, mula berkembang ke 6
  • 6. seluruh daerah di utara yang menggunakan bahasa Hindustan. Orang-orang Parsi merupakan pengasas teater moden di Bombay baik secara amatur ataupun profesional. Kebanyakan mereka berpendidikan Inggeris dan beberapa orang pelakon telah melawat England untuk mempelajari kondisi-kondisi teater di sana. Mereka menjadi pengasas kompeni prifesional yang pertama yang menggunakan Bahasa Hindustan sebagai bahasa untuk drama. Menjelang tahun 1870-an, sudah nampak tanda-tanda ke arah penubuhan kumpulan atau syarikat teater yang profesional. Kumpulan pertama ialah The Original Theatre Company oleh Prestoni Framji. Di Delhi pula, Khrushidji Baliwala telah mengasaskan Victoria Theatrical Company (1877). Malah, Baliwala telah membawa kumpulannya ke London untuk mempersembahkan drama Hamlet tetapi berkerugian besar dan terpaksa menjual peralatan pentas untuk mencari tambang pulang. Di antara kumpulan teater Parsi yang terkenal di Bombay ketika itu ialah New Alfred theatrical Company. Old Parsi Theatrical Company, Corinthian Company, Alexander Company, Prince Theatrical Company, Imperial Thearical Company. Kebanyakan cerita-cerita di dalam teater Parsi bertemakan kebenaran, kemuliaan, kestiaan dan kebangsawanan, cerita-cerita metos, sejarah, legenda Timur Tengah serta adaptasi dari cerita-cerita Shakespeare. Teater Parsi menggabungkan teknik-teknik Barat dan penuh dengan unsur-unsur kekaguman. Tentang ciri-ciri kekaguman di dalam teater ini telah dirumuskan oleh Gargi. “ the sets and costumes were the nineteenth-century Western vision of oriental exotica. There was always a back drop curtain painted in crude colours. Mythical titan raged and thundered on the stage. Devils sour in the air, daggers flew, thrones moved, jumped from high palace walls, vampire pits, the painted black-cloth of a generalised scene and machanical devices to operate flying figures were a direct copy of the 7
  • 7. nineteenth-century Lyceum melodrama and the Drury Lane spectecles in London” Di dalam teater Parsi, asides (bisik kuat), soliloquies ( senandika), monolog dan korus merupakan amalan yang lumrah. Pementasan memakan masa berjam-jam lamanya yang berkembang dari komidi kepada tragedi, dari hiba kepada lucu, dari nyanyian kepada pertaruhan dan semuanya terjurus kepada pengajaran moral. Muzik memainkan peranan penting untuk mengiringi nyanyian pelakon utama atau korus, tarian dan untuk menimbulkan kesan-kesan kekaguman. Pelakon di dalam kumpulan teater Parsi adalah versatile dan serba boleh kerana mampu menyanyai, menari, bermain muzik, akrobatik, bela diri, dan memiliki tubuh badan yang baik. Di awal penubuhan teater Parsi, tidak ada pelakon wanita, watak-watak wanita didokongi oleh kaum lelaki yang mempunyai sifat- sifat kewanitaan. Cuma menjelang tahun-tahun 1920-an artis-artis wanita terdapat di dalam teater Parsi. Teater Parsi mulai merosot di awal abad kedua puluh kerana sifat kacukannya dan sifat keasliannya yang rapuh. Menjelang tahun-tahun 1930-an, penampilan wayang gambar dan kemunculan teater realistik yang baru merupakan tamparan kepada teater Parsi dan mengakibatkan kejatuhannya. Teater Parsi Kepada Bangsawan Kira-kira dalam tahun 1870-an, sebuah pertunjukan bergerak atau kumpulan teater kembara dari Bombay telah datang ke Pulau Pinang. Kumpulan ini telah membawa bersama-sama wayang atau teater Parsi yang sudah pun popular di India. Para pelakonnya terdiri daripada kaum lelaki dan menggunakan bahasa Hindustan. Walaupun persembahannya di dalam bahasa Hindustan, 8
  • 8. teater Parsi mendapat sambutan hangat daripada penonton berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, Tamil, Jawi Peranakan dan tentera supai (sepoi) yang berpengkalan di Pulau Pinang. Penonton kagum dengan cerita-cerita metos dan romantik dari India dan Timur Tengah di samping peralatan dan set-set yang hebat dan pakaian yang mengkagumkan serta iringan muzik yang dramatis. Kehebatan sambutan penonton disebabkan bentuk teater itu sendiri. Di dalamnya terdapat pelbagai elemen hiburan, antaranya lakonan, tarian, nyanyian, kostium serta unsur kekaguman. Kalau dibandingkan dengan teater- teater tempatan, belum terdapat teater sebegini yang menghidangkan segala- galanya kepada penonton. Menjelang tahun 1880-an teater Parsi begitu popular di Pulau Pinang hinggakan lagu-lagu Hindustannya dinyanyikan oleh orang-orang India, peranakan Arab dan Melayu. Lagu-lagu ini berlirikkan Melayu menggantikan lagu Hindustan asal, dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan. Banyak kumpulan nyanyian ditubuhkan dan salah satu kumpulan dipimpin oleh Mamat Mashor yang berperanakan Arab. Di dalam persembahannya, mMamat Mashor telah menyelitkan lakonan-lakonan pendek seperti Indera Saba. Kemashuran kumpulan ini menyebabkan Sultan Mahmud al-Rasyid, Sultan deli di Sumatera, menjemputnya mengadakan persembahan di Deli. Mamat Mashor dan kapitan Ali, seorang saudagar telah menubuhkan kumpulan professional. Walaupun bertaraf professional, pada peringkat awal penubuhannya, kumpulan ini hanya bergiat di Pulau Pinang. Pada tahun 1884, Mamak Pushi, hartawan Parsi di Pulau Pinang, tertarik dengan teater baru ini telah membeli peralatannya seperti tirai, pakaian, alat muzik kepunyaan kumpulan teater Parsi yang sedang menghadapi masalah kewangan. Mamak Pushi bersama menantunya, Bai Kassim, telah menubuhkan Empress Victoria atau Jawi Peranakan Theatrical Company dan kemudiannya menjadi Pushi Indera Bangsawan Of Penang. Kumpulan ini merpakan kumpulan teater Bangsawan yang pertama di Pulau Pinang. Kumpulan ini telah menjelajah 9
  • 9. ke bandar-bandar penting ke Tanah Melayu hingga ke Singapura dan Indonesia dan akhirnya kumpulan ini mati di Jakarta. Sebelum pulang ke Singapura, Mamat Pushi telah menjualkan kumpulannya kepada Jaafar Turki. Jaafar Turki telah menukarkan nama teater itu kepada Stambul kerana banyak cerita yang dipersembahkan berasal dari Asia Barat. Para pelakonnya memakai tarbus merah dan serban putih orang Turki dan Arab. Selain Indera Bangsawan, Mamak Pushi memiliki dua lagi kumpulan iaitu Sri Inderamawan dan Sri Mudawan. Di samping istilah bangsawan yang dipelapori oleh Mamak Pushi, kumpulan-kumpulan lain yang muncul selepas itu telah menggunakan berbagai istilah untuk kumpulan teater mereka seperti tiruan wayang Parsi, komidi Melayu serta bangsawan. Di akhir abad kedua-puluh, istilah opera pula digunakan oleh kumpulan Operatta dan Vaudeville Barat yang melawat Tanah Melayu telah mempengaruhi Bangsawan. Memang tidak dapat dinafikan kemunculan kumpulan-kumpulan teater Parsi dan transisi Teater Parsi kepada Tiruan Teater Parsi, Bangsawan dan seterusnya Opera adalah atas usaha gigih golongan peranakan Pulau Pinang. Pada peringkat awal perkembangan bangsawan, golongan inilah yang merupakan individu yang mengambil daya usaha untuk menghidupkan dan mengembangkan tiruan teater Parsi dan seterusnya bangsawan. Penubuhan kumpulan-kumpulan teater bangsawan di Plau Pinang telah didorongkan oleh golongan ini. Oleh kerana teater Parsi telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan penduduk tempatan khasnya Pulau Pinang dan Singapura, telah mendorongkan tuan Mamat Mashur atau Syed Muhamad bin Abdul Rahman al-Masyur, orang kaya dari Parsi Di Pulau Pinang menubuhkan kumpulannya sendiri. Mamat Masyur yang peka kepada citarasa penduduk tempatan telah menukarkan Bahasa Hindustan yang digunakan oleh teater Parsi kepada Bahasa Melayu. Jalan teater dan irama lagu dalam teater Parsi masih dikekalkan. Untuk membezakan teater Parsi yang menggunakan Bahasa 10
  • 10. Hindustan, kumpulan teater Mamat Masyur dinamakan Tiruan Teater Parsi. Pada peringkat awal penubuhannya, kumpulan ini tidak menunjukkan persembahan mereka di panggung-panggung tetap tetapi hanya di majlis-majlis keramaian dan perkahwinan. Setelah mendapat sambutan barulah disediakan pentas-pentas khas. Menjelang tahun 1885-an, Mamak Pushi telah menubuhkan kumpulan baru yang bertaraf prifessional. Empress Victoria dan Jawi Peranak Theatrical Company, kemudian bertukar kepada nama Pushi Indera Bangsawan Of Penang. Kumpulan ini merpakan kumpulan pertama yang menggunakan perkataan bangsawan. Namun penggunaan perkataan bangsawan ini bukan merujuk kepada bentuk teater itu tetapi sekadar kepada nama kumpulan. Bentuk teater tersebut masih lagi terikat dengan Tiruan Teater Parsi. Selepas penubuhan kumpulan Pushi Indera Bangsawan, banyak lagi kumpulan lain ditubuhkan dan menghadkan persembahan di merata-rata tempat di kawasan- kawasan bandar. Untuk membezakan dengan teater-teater sebelumnya teater tradisional, penonton menamakan bentuk teater itu sebagai bangsawan. Beberapa andaian telah dikemukakan tentang penggunaan istilah bangsawan sebagai sebuah bentuk teater. Bangsawan adalah golongan manusia yang berketurunan raja-raja dan golongan atasan dalam masyarakat dan penggunaannya di dalam teater baru ini mencerminkan bentuk teater yang istimewa dan berprestij. Mereka menampilkan cerita dan watak-watak mengenai golongan orang atasan serta menampilkan etika atau adat istana. Mengikut catatan Noor K.K perkataan bangsawan berasal daripada pengasas-pengasasnya. Kumpulan pertama menubuhkan Tiruan Teater Parsi di Pulau Pinang diketuai oleh Wan Thanby Shah, Wan Maidin, Wan Mat kapri, Wan Pilus, Wan Nyian dan Pak Wan Pak Long. Berasaskan keturunan `wan‟ ini, mereka menamakan kumpulan mereka Bangsa-Wan. Seolah-olah mereka yang berketurunan atau berbangsa `Wan‟ yang mengasaskannya. 11
  • 11. Teater Bangsawan Teater bangsawan muncul di tanah Melayu, kini Malaysia. Pada tahun 1870an. Kemunculannya bukanlah disebabkan oleh cetusan karya asli dari anak- anak tempatan tetapi dipinjam dan diadaptasi daripada teater Parsi yang didatangkan dari India. Sebelum kemunculan bangsawan, Tanah Melayu, sudahpun mempunyai teaternya yang tersendiri, teater tradisional seperti Mak Yong, wayang Kulit, Menora dan Mek Mulung. Bentuk, gaya dan struktur produksinya jauh berbeza daripada bangsawan. Namun, oleh kerana melalui proses adaptasi, beberapa cirri teater tradisional masih terdapat di dalamnya walaupun kehadiran elemen-elemen tradisional ini di dalam bangsawan, ada yang berpendapat teater bangsawan itu teater tradisional. Teater tradisional Kewujudan teater ini, teater-teater tradisional, bukan baru tetapi sejak berabad-abad lamanya. Teater-teater tradisional ini merupakan media hiburan zaman dahulu yang dipersembahkan untuk mengekspres world-view, di samping nilai-nilai dan norma-norma kumpulan masyarakat itu. Penyampaiannya melalui kesusasteraan dan genre-genre teatrikal menggunakan criteria artis yang diterima oleh kumpulan masyarakat itu. Oleh kerana teater ini telah berulang kali melalui latihan dan persembahan, telah diperkembangkan turun temurun dan di popularkan dari satu generasi kepada generasi lain sejak berabad-abad lamanya sehingga disifatkan sebagai tradisional. Teater-teater tradisional terlalu rapat kaitannya dengan agama, metos, falsafah dan sistem mistik serta corak budayanya. Di samping itu, dari segi artistiknya amat kompleks, mempamerkan adunan luar biasa seni muzik, tari, kekaguman dan drama. Ciri-ciri ini agak bercanggah dengan tradisi teater Barat yang memisahkan komponen-komponen ini kepada seni-seni yang berbeza. 12
  • 12. Ciri-ciri Tradisional dan Moden Di Dalam Bangsawan Improvisasi merupakan teras kepada cerita bangsawan dan improvisasi juga merupakan unsur dominasi di dalam teater-teater tradisional yang lain seperti Mak Yong, Menora, atau Wayang Kulit. Bangsawan tidak mempunyai sebarang skrip tetapi sesebuah ringkasan cerita atau scenario yang dihasilkan oleh pengarah atau pelakon utama kumpulan dilantik menjadi pengarah. Setiap pelakon hanya mengetahui jalan ceritanya dan wataknya, sementara proses perlaksanaannya iaitu pengisian scenario itu dilaksanakan oleh pelakon- pelakonnya melalui teknik improvisasi. Seni Teater Bangsawan Kalau di bandingkan dengan teater sebelumnya, bangsawan mempunyai beberapa ciri keunikan dan keunikan ini menjadi penyebab sebagai teater popular. Ada beberapa ciri yang terdapat di dalam bangsawan yang tidak terdapat di dalam teater-teater sebelumnya. Kepelbagaian ciri-ciri ini merupakan hidangan resepi yang mampu memenuhi selera penonton samada dari segi daya tontonan, daya pendengaran ataupun daya perasaan. Komponen-komponen seni di dalamnya, seni lakon, seni tampak, seni suara, seni silat, seni gerak, seni bahasa, seni suara, seni muzik sudah pasti menjanjikan kepuasan tontonan kepada penonton. Seni Lakon Sepertimana teater sebelumnya, bangsawan adalah teater tanpa skrip. Pelakon-pelakon hanya diberikan sinopsis cerita atau senarionya oleh pengarah beberapa hari sebelum pementasan. Ada ketikanya pemberian senario dan latihan dijalankan serentak pada paginya atau tengahari dan pada sebelah malamnya dipersembahkan. Terpulang kepada budi bicara dan kecekapan pelakon-pelakon untuk melaksanakan watak dan perwatakannya. Kesemua 13
  • 13. pelakon, setelah memahami ceritanya dan wataknya akan mencuba lakonkan watak masing-masing. Selain daripada menghayati watak-watak, pelakon utamanya harus cekap menyanyi, menari, berpantun, bersilat dan melakukan adengan-adengan yang mencemaskan seperti terjun melalui tingkap kaca atau menepis tikaman keris dan tombak. Kesemuanya harus dilakukan secara spontan, sesuai dan tepat. Kesilapan atau kesumbangan di dalam aksi-aksi akan menjejaskan kariernya sebagai seorang pelakon bangsawan di samping memberikan kesan negatif terhadap masa depan kumpulan itu. Seni Suara dan Bahasa Penggunaan suara adalah penting di dalam bangsawan. Oleh kerana tidak menggunakan mikrofon, suara harus dilantangkan sekuat mungkin supaya didengari penonton tetapi lantangan itu tidaklah sampai ke tahap jerit. Keadaan bertambah membebankan apabila panggung atau dewan yang separuh berdinding, lebih-lebih lagi kalau panggung atau khemah sementara. Keadaan dewan atau khemah yang akuastiknya lemah, memaksa pelakon teater bangsawan menggunakan suara secara optima. Kebanyakan cerita-cerita bangsawan berkisar di kawasan istana dan golongan atasan atau bangsawan. Keperihalan ini menyebabkan pelakon- pelakon menggunakan bahasa istana yang berbunga dan penuh beradat. Bahasa-bahasa yang sedemikian menyebabkan pengucapan menjadi tidak realistic, seolah-olah macam diadakan. Malah mencerminkan ciri-ciri konversional. Mengikut pandangan penggiat bangsawan, kalau di ucapkan bahasa harian atau biasa, akan kehilang ciri-ciri bangsawan. Mengenai penggunaan bahasanya, Bahasa Melayu Riau dan bukan Bahasa Baku di gunakan. Diandaikan penggunaan bahasa Melayu Riau lebih 14
  • 14. halus dan lembut serta menampakkan ciri-ciri kebangsawanannya. Bahasa Baku dianggap kasar, keras, terlalu kolokial dan tidak menampakkan ciri-ciri kebangasawanan. Ada ketika di dalam adengan-adengan sedih, di dalam cerita-cerita tertentu, wira dan wirawati mengunakan dua cara pengucapan yang berbeza tetapi serentak. Adengan ini dinamakan „bernasib‟ di mana mereka menyanyi di dalam emosi sedih dan dalam masa yang sama mereka saling berdialog. Bahasa-bahasa puitis merupakan satu kemestian di dalam bangsawan. Syair, gurindam, pantun, seloka merupakan amalan didalam bangsawan, khususnya di dalam cerita-cerita istana. Seni Gerak Pergerakan dan suara hamper sama cirinya. Seringkali pergerakanya „stylized’ ,cara bergerak yang menarik,cara lakonan yang ‘highly elevated’ atau dilampaukan dan melebihi sepatutnya. Keperihalan ini mungkin disebabkan penonton yang ramai dan jauh di belakang. Cara yang ‘stylized’ dan berlebihan akan menguatkan maksud aksi. Walaupun pergerakan-pergerakannya agak lampau tetapi masih natural dan selesa. Kalau diteliti, pergerakan yang dilaksanakan tidak ditentukan oleh motivasi sebaliknya lebih tertumpu kepada pattern pergerakan dengan ruang yang ada. Walau di dalam apa pun keadaan, pelakon-pelakon cuba memposisikan tubuh mereka secara depan penuh kepada penonton, pertalian aksi di kalangan watak sukar dicapai. Rata-rata posisi tubuh pelakon ialah depan penuh atau profil. Jarang sangat pelakon membelakangkan penonton. 15
  • 15. Pergerakan besar mungkin terbatas kerana sistem tatacahaya yang serba kekurangan. Ketika itu, akhir abad ke sembilan belas, sumber tatacahaya ialah lampu „gasoline’. Oleh kerana penggunaan lampu sebegitu, ruang lakon juga menjadi kecil. Keterbatasan ini menyebabkan tumpuan lebih kepada pengucapan dan bahasa. Fokus fizikalnya adalah kepada bahagian atas tubuh, khususnya muka, tangan dan lengan. Umumnya, pergerakan adalah lambat dan tidak drastik kerana kebanyakan cerita berkisar di dalam istana, watak-wataknya golongan bangsawan serta konteks fizikal yang jarang dengan watak-watak lain. Berbeza denagn watak-watak komedi, tempo pergerakannya lebih cepat dan laju. Emosi Penglahiran emosi oleh pelakon jelas difahami penonton walaupun emosi itu berlaku secara dalaman. Tidak sukar untuk mengesan emosi kerana kelahirannya akan disokong oleh aksi-aksi luaran yang jelas. Emosi sedih akan diaksikan dengan posisi duduk termenung, berdialog dengan nada sedu sedan atau tunduk terisak-isak. Lakuan sedang berfikir akan dilambangkan watak menuding di kepala sambil mengangguk-angguk. Perbuatan sebegitu oleh para- pelakon semata-mata untuk makluman dan fahaman penonton. Selain daripada aksi, muzik juga membantu menjelaskan emosi-emosi. Lagu-lagu sedih akan mengiringi adegan yang menyayat hati, bunyi drum secara tiba-tiba menandakan rasa suspense atau kejutan. Nyanyian dari pelakon juga memaklumkan emosinya. Kesimpulannya, pelakon-pelakon tak perlu penghayatan yang total, kerana aksi-aksi luaran mampu memaklumkannya. Apa yang penting bagi pelakon pada detik-detik dramatik ialah sinkronisasi emosi dan aksi fizikalnya. Berlakon di dalam bangsawan merupakan tugas yang berat ,rumit dan mencabar. Walaupun mereka terdiri daripada pelakon „stock-type’ tapi stock-type yang global, yang serba boleh. Hal ini jelas terbukti mereka bukan sekadar 16
  • 16. berlakon malah menyanyi, berpantun, bersilat dan berpedang. Sekiranya cerita yang dipersembahkan itu cerita dari india dan ada pula adegan nyanyian, mereka terpaksa menyanyi dengan menggunakan bahasa Hindustan. Mereka terpaksa menghafalnya dengan waktu hafalan yang singkat di samping mengsinkronis dengan kumpulan muzik yang mengiringi mereka. Kalau ada adegan pertarungan di dalam cerita-cerita dari Timur Tengah, mereka terpaksa berpedang dan bukan lagi bersilat. Hanya mereka yang betul-betul berbakat dan gigih, mampu melaksanakannya. Seni tampak Segala peralatan,props dan set, yang ditampilkan di atas pentas sewaktu persembahan merupakan elemen yang mampu memukaukan penonton. Hiasan tirai dan sebing, kostium, set diberi penelitian rapi samada dari aspek gubahannya, komposisinya dan warnanya terutama daripada kumpulan yang established. Penampilanya membawa penonton ke zaman berlakunya cerita tersebut. Memang tidak dinafikan ada kumpulan disebabkan baru ditubuhkan dan kecil modalnya, tidak mampu menyediakan peralatan yang detail. Mengikut Mahmud Jun, bekas pelakon bangsawan, kumpulan itu dikategorikan sebagai „wayang kampung‟ kerana mengadakan persembahan di kawasan-kawasan terpencil dan pendalaman. Persembahan mereka selalunya diadakan di pentas- pentas sementara. 17
  • 17. REPERTOIR BANGSAWAN Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh bangsawan dipetik dari berbagai sumber termasuklah cerita-cerita kontemporari, cerita-cerita dari Timur Tengah, India, Cina, Indonesia, Thailand dan Barat. Keanikaragaman cerita ini disebabkan oleh keinginan pihak kumpulan bangsawan memenuhi citarasa penonton yang berbilang kaum. Walaupun cerita yang berbeza dan berlainan budaya, bahasa perantaraannya tetap Bahasa Melayu. Cerita-cerita sejarah tempatan Merupakan kisah-kisah kebesaran raja-raja, riwayat hidup tokoh-tokoh tempatan serta tokoh-tokoh pahlawan melayu. Cerita-cerita sebegini member peluang kepada kumpulan bangsawan menggunakan ciri-ciri kekaguman sebebas-bebasnya kerana cerita sedemikian kaya dengan unsur-unsur fantasi. Unsur-unsur ini amat dinanti-nantikan oleh kebanyakan penonton. Di samping itu pengarah kumpulan berkenaan bebas menokok-tambahkan cerita asalnya. Kezaliman, pembalasan, pengembaraan, percintaan, pertarungan, salah tafsir, kepahlawanan, ketidak-adilan adalah antara tema-tema yang dipaparkan di dalam cerita sebegini. Olahan cerita-cerita ini membawa unsur-unsur khayal, penuh kesaktian dan kegagahan. Di antara cerita-cerita yang popular yang tergolang di dalam cerita sejarah tempatan ialah Hang Tuah, Si Badang, Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Dandan Setia, Laksamana Mati Dibunuh, Laksamana Bentan, Jula Juli Bintang Tujuh. Cerita-cerita dari India Sebelum kedatangan islam ke Kepulauan Melayu di awal abad ke 15, masyarakatnya telah lama menganut dan mengamalkan ugama dan kebudayaan Hindu. Anutan dan amalan ini masih berterusan walaupun ugama islam telah bertapak. Keperihal sedemikian, maka tidak hairanlah masyarakat melayu 18
  • 18. menerima dan meminati cerita-cerita dari India. Kebetulan pula, teater Parsi yang dibawa ke alam melayu sebelum munculnya bangsawan, seratus peratus ceritanya berteraskan India. Hawa-i-Majlis, Ali Chandran, Gul Bakawali, Hikayat Bistamam, Sukarji adalah cerita-cerita bangsawan, yang berasal dari India, yang popular di kalangan penonton. Cerita-cerita yang berunsur romantis amat diminati penonton. Kalau ditinjau, cerita-cerita dari India ini, yang dipersembahkan di dalam bangsawan, adalah berteraskan dan berinspirasikan Islam. Di antara cerita-cerita yang gemar dipersembahkan oleh bangsawan ialah Phar Ki Putli, Indera Saba, Bawafa Khatil, Cintamani, Roman Diroba, Haris Chandra, Izazam Khalbi, Sakuntala, Gulzr E-Neky dan banyak lagi. Cerita-cerita Timur Tengah Di samping cerita-cerita dari India, cerita-cerita dari Timur Tengah juga menjadi pilihan, khususnya penonton melayu dan peranakan India. Cerita-cerita dari Timur Tengah yang menjadi pilihan di dalam persembahan bangsawan tidak sangat bertitik-tolakan ugama islam tetapi lebih kepada unsur pegembaraan dan roman. Aladin dengan Lampu Ajaib, Ali Baba dengan 40 Orang Pencuri, Laila Majnun, Yatim Mustaffa, Jula Juli bintang tiga, Jula Juli bintang Tujuh, Tajul Muluk adalah cerita-cerita yang digemari penonton. Cerita-cerita lain yang sering dipersembahkan terdiri daripada Sinbad, Taman Balkis ,Musalmah Pintu ,Sheikh Arabi, Bayan Budiman, Garden of khamah, Siti Nurul Banun, Gadis Malang, Askia Asidah, Khuri Arab, Nur E-islam, Nur Affendi, Rahsia Kubur Keramat dan banyak lagi. Ceritanya, kostiumnya, irama lagunya dan tariannya adalah faktor- faktor yang mendorongkan peminat meminatinya. 19
  • 19. Cerita-cerita dari Cina Cerita-cerita dari Cina juga terdapat di dalam bangsawan. Kumpulan- kumpulan bangsawan yang mengadakan persembahan di kawasan-kawasan bandar seperti Ipoh dan Kuala Lumpur, di mana majoriti penduduknya masyarakat Cina, cerita-cerita seperti Siti Zubaidah, Sampit Ng Tai, atau Sam Pek Eng Tai, Busiong Sichap Cho, Gu Seong Sat So, Si Jin Kui, Li Moon Kuan, Panglima Ah Chong dan lain-lain lagi yang sering dipersembahkan. Cerita-cerita sebegini selalunya dipersembahkan di kawasan-kawasan yang terdapat ramai penduduk Cina. Cerita-cerita dari Barat Di bawah penjajahan British, Tanah Melayu telah didatangi teater barat seperti opera dan vaudeville. Bentuk teater ini telah mendapat sambutan di kalangan penonton tempatan. Kesan daripada kedatangan teater ini mendorongkan kumpulan bangsawan mengadaptasi cerita-cerita dari Barat yang popular untuk dihidangkan kepada penonton tempatan. Kumpulan bangsawan di Tanah Melayu akan memilih cerita-cerita yang popular untuk dipersembahkan kepada penonton tempatan. Antara cerita-ceritanya ialah Othello, Hamlet, Romeo dan Juliet, Jeneral Fipa atau Gino Fipa, Macbeth, Merchant of venice, Cinderlella, Dragon Blood, Naga Berapi, Dr Faus, Black Eagle, Minda Mora, Air Mata Spain,Topeng Hitam. Topeng Perak telah dipersembahkan. Cerita-cerita dari Indonesia,Thailand dan Burma Perhubungan yang berabad abad lamanya di antara Malaysia dan Indonesia menyebabkan kebudayaan orang-orang Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia hampir sama. Penggunaan bahasa yang sama membolehkan banyak cerita-cerita dari Indonesia dapat diterima oleh masyarakat tempatan. Malah terdapat kumpulan teater dari Indonesia dengan teater komedi stambulnya 20
  • 20. datang dan mengadakan persembahan di Tanah Melayu dan begitu kumpulan teater bangsawan yang pergi ke Indonesia mengadakan persembahan. Seringkali cerita-cerita yang dibawa oleh kumpulan bangsawan yang mendapat sambutan penonton terdiri daripada cerita-cerita Panji Jaya Asmara, Panji Semerang, Songgeng, Gelenggong, Sang Sembah, Ken Tambuhan, Cindromato, Andai Andai Lumut, Gagak Solo serta Siti Bakheram. Cerita-cerita Moden Sebagaimana dimaklumkan cerita-cerita bangsawan cuba memenuhi kehendak citarasa penonton. Di awal tahun-tahun 1930-an, sesuai dengan kemajuan masyarakatnya dan zamannya, banyak cerita-cerita yang tidak terikat dengan alam fantasi, telah dipersembahkan. Cerita-cerita ini mulai mendekati dunia realisme walaupun becirikan bangsawan. Cerita-cerita pada zaman itu dikategorikan sebagai cerita-cerita moden. Kembang Kenanga Dari Kota, Dua Puluh Lima Tahun Dalam Rahsia, Nyai Dashima, Nyai Shaminah, Pak Dol Keropok, Melati Fan Agam, Bengawan Solo, Siti Anbhari, Siti Nurbaya, Kacang Lupa Kulit, Selendang Sutera, Jambatan Merah, Nyak Putih, Oh Darjat, Nyak Intan, Air Mata Kasih, Terang Bulan, Celorong Celoreng, Muslamah, Baktum Baktim, Teruna Kampung adalah cerita-ceritanya. Cerita-cerita moden tidak berpijak di alam istana tetapi berlegar dengan masyarakat biasa. Lakonan Bangsawan Satu lagi unsur yang mewajahkan seni drama bangsawan sebagai teater dramatik ialah lakonan bangsawan. Unsur-unsur tersebut mempunyai gayanya yang tersendiri, yang teradi hasil pilihan cerita yang bersifat episodik, dan menekankan unsur poetic justice. Unsur membina cerita melalui watak wira atau wirawati dengan bantuan humor melalui watak lawak sangat penting dalam pembentukan satu gaya lakonan yang longgar dan plot yang mudah. Lakonan ini boleh diubah mengikut suasana episod dalam cerita. Oleh itu, lakonan boleh diubahsuai menjadi serius, jika episod itu mengisahkan tentang watak wira 21
  • 21. menghadapi sesuatu bencana; atau lakonan kelihatan ringan dan mempunyai unsur humor, jika episod itu mengisahkankan tentang watak-watak hamba atau rakyat dengan kebodohan mereka. Lakonan bangsawan mempunyai teknik memanjangkan lakonan dan teknik memendekkan lakonan. Teknik memanjangkan lakonan dalam bangsawan digunakan melalui adegan sedih dengan cara “bernasib” atau “berlagu tarik” ataupun dengan memanjangkan unsur luaran cerita, iaitu dengan menyelitkan unsur extra lum satu teknik memasukkan watak tambahan, umpamanya watak dayang istana yang melakonkan sebuah tarian atau nyanyian dalam cerita. Unsur pemanjangan ini kadangkala dimasukkan untuk membolehkan pertukaran set antara adegan atau babak dilakukan-umpamanya, menukar dari set istana kepada set hutan. Apabila pertukaran set begini diperlukan, maka lakonan bangsawan terpaksa menggunakan selingan. Selingan diisi dengan menyelitkan tarian, nyanyian, atau lawak jenaka. Lakonan bangsawan tidak boleh ditakrifkan secara langsung mengikut apa yang dinyatakan oleh Ronald Peacock. Unsur dramatik bangsawan masih berlandaskan unsur kejutan dan situasi yang meruntun perasaan dan jiwa penontonnya. Sebagai sebuah drama teater,bangsawan lebih bersuasanakan unsur romantik dan predictable, terutama bagi penonton yang sentiasa mengulagi menonton persembahan bangsawan-jalan cerita bangsawa sudah dapat diramalkannya. Bahkan bagi penonton yang pertama kali menonton bangsawan dapat membuat telahan tertentu kerana corak cerita yang diepisodik dan dapat dijangkan itu. Daya tarikan bangsawan bukan sahaja mengutamakan nilai dramatik, tetapi lebih kepada „star rating‟ dan gaya lakonan itu. 22
  • 22. Olahan Pentas Bangsawan Tiap-tiap persembahan drama mempunyai aturan teater yang tertentu. Dalam seni drama bangsawan, olahan teater adalah berasakan satu corak pentas yang digelar pentas prosinum, iaitu pentas yang mengizinkan penonton menonton dari bahagian hadapan sahaja. Ini sama kesannya dengan melihat gambar dalam bingkai. Penggunaan corak pentas prosinum membolehkan pengolahan gambaran set terai yang elaborate. Dalam bangsawan pentas sekurang-kurangnya mempunyai antara tiga hingga enam tirai asas, mengikut tirai cerita.Set tirai yng menjadi asas pentas bangsawan mengikut adegan cerita ada enam pemandangan, iaitu: (a) Set tirai pemandangan dalam ruang istana (b) Set tirai pemandangan jalan raya (c) Set tirai pemandangan dalam hutan (d) Set tirai pemandangan dalam sebuah taman (e) Set tirai pemandangan dalam ruang bilik (f) Set tirai pemandangan alam Enam set tirai yang asas boleh ditambah menjadi beberapa tirai set lagi. Dalam kes set tirai dalam istana misalnya, jika cerita memerlukan pemandangan dari dua istana yang berlainan, maka dua set tirai pemandangan dalam istana perlu dibuat. Begitu juga umpamanya jika set tirai ruang bilik itu memerlukan gambaran bilik rumah kampung, ruang bilik dalam istana dan seterusnya ruang dalam gua batu, maka kemungkinan tiga set pemandangan dalam ruang bilik perlu disediakan. 23
  • 23. Penggunaan sistem set tirai dalam pentas prosinum bangsawan memerlukan set „prop‟ yang dipanggil sebing iaitu pemidang pipih untuk bahagian api di kiri dan kanan pentas. Sebing dibuat daripada kain yang berbingkai kayu dan didirikan untuk mengadang bahagian belakang set tirai daripada dilihat penonton. Sebing berguna untuk melindungi pekerja „tarik tirai‟ atau pelakon yang sedang menunggu giliran untuk masuk ke dalam sesuatu adegan. Sebing bangsawan lazimnya berukuran (tiga kaki) lebar dan (tujuh kaki) tinggi, sementara set tirai lazimnya seluas hingga 18 hingga 20 kaki lebar dan antara (tujuh hingga lapan kaki tinggi). Di antara set-set tirai dalam bangsawan satu set tirai hendaklah lebih luas daripada yang lain, set tirai pertama iaitu tirai yang diperbuat daripada kain tebal tanpa corak, dengan warna yang terang seperti warna merah atau hijau tua. Tirai pertama akan digunakan hanya sebelum dan sesudah sesebuah pementasan cerita bangsawan. Kadangkala tirai ini digunakan juga pada waktu selingan. Dalam zaman kegemilangan bangsawan, kumpulam-kumpulan lebih suka menggunakan sebuah set tirai lain yang dipanggil tirai „stret‟ (mungkin sebutan inggerisnya „straight‟). Kedudukan tirai „stret‟ ke belakang sedikit daripada tirai pertama. Tirai „stret‟ itu mungkin juga dikenali demikian kerana tirai ini satu warna, pilihan warnanya tidak begitu garang jika dibandingkan denganwarna tirai pertama. Kedudukan susunan set tirai dalam pentas bangsawan diatur mengikut urutan dulu kemudian adegan atau mengikut keperluan ruang lakon sesuatu adegan. Set tirai ini disusun berbaris-baris dari hadapan ke belakang awangan pentas. lihat rajah. 24
  • 24. Dalam sesuatu pementasan, sistem set tirai boleh menghasilkan kesan dua demensi-kesan ini kurang menarik, dan kelihatan tidak natural. Untuk mengelakkan kesan dua demansi „prop‟ disediakan agar kesan jarak dan ruang kepada set tirai, dapat dihasilkan. „Prop‟ juga didapati dalam bentuk tirai. „Prop‟ ini dipanggil set drop digandingkan dengan sesuatu set tirai untuk memberi kesan dalaman kepada gambaran keseluruhan set. Oleh itu set drop mempunyai gandingan pandangan yang disesuaikan untuk melengkapi sesuatu set tirai. Set tirai dalam hutan misalnya mungkin akan diserikan dengan set drop sebuah gua batu atau sebahagian gua batu, pokok, dan seumpamanya, akan diserikan dan kelihatan natural dengan membuat set drop awan atau sebahagian daripada kapal layar. Dengan menyediakan tirai-tirai beginilah bangsawan menghasilkan kesan tiga damensi untuk tujuan mengolah unsur dramatik persembahan teaternya. 25
  • 25. Jelaslah bahawa pentas bangsawan menuntut penggunaan set tirai sama ada dalam bentuk tirai sepenuhnya, set drop atau sebing. Keindahan dan kerapian gambaran set tercapai melalui lukisan pemandangan dan ini menjadi satu keistimewaan persembahan bangsawan, iaitu daya tarikan melalui pebghasilan lukisan pemandangan yang baik, rapi dan hidup. Selain sistem tirai, persembahan bangsawan juga menggunakan „prop‟ binaan. Satu bentuk „prop‟ binaan yang sering dikaitkan dengan bangsawan ialah kasmat ( atau disebut jiga tasmat). Kasmat adalah „prop‟ yang dibina diatas pentas dan boleh digerk- gerakkan. Antara contoh kasmat dalam bangsawan ialah kasmat tangga gerak, kasmat kenaikan, seperti seekor angsa; kasmat kurungan seperti kasmat bintang atau bulan dan seumpamanya. Penggunaan kasmat dalam bangsawan memberi daya tarikan kepada penonton di samping menonjolkan kebolehan atau bakat anak bangsawan sesuatu kumpulan itu. Dengan sistem setting yang sedemikiam rapi, tidak hairanlah jika seni drama bangsawan dalam zamam praseni filem dan video menjadi sata-satunya corak hiburan yang sangat diminati ramai. Dengan adanya kemampuan kumpulan untuk mengetengahkan pelakon handalan yang berbakat,dan dengan penggunaan kostum yang menarik memungkinkan persembahan bangsawan yang hebat hidangan visualnya, akan menjadi lebih hebat kerana persembahan yang bersifat live. Muzik dalam Bangsawan Sebagai sebuah seni persembahan secara langsung, persembahan bangsawan juga memerlukan iringan muzik cara langsung untuk menghidupkan kesan dramatik. Sejak bangsawan diperkenalkan belum ada suatu persembahan bangsawan yang menggunkan muzik cara rakaman. Setiap persembahan bangsawan memerlukan iringan muzik yang dimainkan oleh kumpulan pemuzik. Paling sedikit ahli muzik itu terdiri daripada empat atau lima orang. Mereka 26
  • 26. bermain alat muzik bertali, alat muzik arus angin dan alat muzik jenis palu.Bangsawan menggunakan gabungan alat muzik ini melalui alat muzik harmonium, biola dan gendang. Muzik merupakan salah satu elemen terpenting dalam sesuatu persembahan teater bangsawan. Ahli-ahli muzik yang ditempatkan di depan pentas atau di kiri kanan pentas akan mengiringi bangsawan dari awal, sewaktu penonton sedang masuk hingga ke akhir persembahan. Sewaktu penonton sedang keluar panggung juga muzik dimainkan. Bilangan ahli muzik dan jenis alat-alat muzik bergantung kepada besar atau kecil kumpulan itu. Semasa zaman awal bangsawan, muziknya terdiri daripada harmonium dan table. Apabila bangsawan mula berkembang, alat-alat muzik dan pemuzik mula bertambah. Menjelang tahun-tahun 1930an, orkes bangsawan sudah lengkap dengan alat-alat bertali, tiupan dan gendering seperti biola, gitar, cello, bass, kornet, trumpet, trombone, clarinet, drum, maracas, harmonium, akordian, tabla dan tamborin, rebana serta piano. Pertambahan alat-alt muzik ini kerana format bangsawan turut berubah. Lagu yang dimainkan oleh kumpulan muzik ini bukan sahaja mengiringi lagu dan tarian dalam bangsawan, tetapi juga untuk memberi suasana kepada dramatisan sesebuah cerita. Muzik dimainkan utuk memberi kesan kepada suasana sedih, gembira atau takut dalam cerita. Muzik juga digunakan sebagai tanda isyarat pelakon keluar atau masuk. Di samping itu, muzik menjadi olahan tatabunyi kepada lakonan cerita dan menjadi „kiu‟ untuk permulaan dan pengakhiran sesuatu adegan dan babak. Muzik itu amat dikehendaki sebelum persembahan bangsawan dimulakan. Lazimnya kumpulan pemain muzik bangsawan tidak akan berhenti sejak mula mereka mengisi ruang khas di 27
  • 27. tengah-tengah bahagian hadapan yang menghadap pentas bangsawan itu. Hinggalah persembahan berakhir, mereka masih terus bermain muzik untuk mengiringi penonton keluar dewan atau arena. Sebagai satu kumpulan yang menjadi tugas tertentu pemain muzik juga terdiri daripada anak bangsawan yang terlatih-mereka bekerjasama dengan pelakon, malah amat memahami jalan cerita sesebuah persembahan bangsawan itu. Extra-Turns Pada kebiasaannya setiap babak pementasan bangsawan, tirai akan dilabuhkan. Pada ketika ini petugas pentas sibuk menyiapkan dan menyusun atur set-set dan props di belakang tirai untuk babak seterusnya. Ketika ini penonton tidak diabaikan sebaliknya dihidangkan dengan tarian-tarian, lawak jenaka, nyanyi-nyanyian sebagai hiburan sementara menunggu petugas menyiapkan petas dibelakang tirai. Ada juga kumpulan-kumpulan bangsawan memanggil extra-turns dari kumpulan lain dengan adengan-adengan yang menarik dan mengkagumkan untuk acara waktu itu, seperti gerak-geri fizikal contoh; silap mata, sarkis dan akrobatik. Adengan-adengan yang memuatkan aksi-aksi ini, sementara petugas menyusun-aturkan pentas, di sebut extra-turns. Di dalam setiap persembahan bangsawan, peranan extra-turns amat penting sebagai daya tarikan kepada penonton. Pelakon-pelakon extra-turns juga turut mnenyumbangkan kejayaan sesuatu persembahan pentas bangsawan di samping dengan pelakon-pelakon utama, kumpulan korus, pelakon-pelakon pembantu dan petugas pentas. Penonton boleh membuat permintaan dengan melemparkan wang ke atas pentas atau membawa surat permintaan yang berisi wang. Tarian yang dipersembahkan adalah tarian-tarian melayu, joget, inang, zapin, ronggeng, dan irama moden seperti samba, mambo serta tarian-tarian Hawai dan Timur Tengah. Di samping penyanyi-penyanyi khas, penari-penari yang telah di tetapkan pelakon yang belakon pada malam itu juga turut terlibat. 28
  • 28. Pelakon berkenaan, mungkin atas permintaan ramai, akan keluar menyani dengan kostum wataknya. Extra-turns merupakan elemen terpenting untuk menarik minat penonton. Ada penonton yang datang menonton bangsawan, bukan untuk mengikuti ceritanya tetapi ingin menonton tarian-tarian dan mendengar nyanyian-nyanyian dari penyanyi pujaan mereka. Di dalam program, poster, dan melalui corong pembesar suara dihebahkan cerita yang hendak dipersembahkan dan senarai persembahan terdapat di dalam extra-turns. Malah di dalam akhbar-akhbar, di samping nama cerita yang akan dipersembahkan pada malamnya. Persembahan nyanyian dan tarian yang disertakan di dalam selingan extra-turns bukan diadakan mengikut kehendak pangarah atau taukeh bangsawan tetapi tertakluk kepada permintaan dan citarasa penonton. Lagu- lagu, penyanyinya serta jenis tarian yang akan dipersembahkan itu akan disaring terlebih dahulu supaya dapat menghiburkan penontondan selalunya permintaan penonton jarang dikecewakan. Lakonan didalam teater bangsawan Teater merupakan bentuk-bentuk seni yang lain, teater adalah bahantara komunikasi di antara artis dan penonton. Di dalam suasana teater , setiap maksud dan pengertian di pancarkan kepada penonton melalui ekspresi tubuh dan suara gabungan para artis. Kesemua ciri-ciri ekpresi ini adalah kesan daripada kebijaksanaan manganalisa skrip atau senario, pengarah yang cekap termasuk integrasi tatacahaya, muzik, tatabunyi, kostium dan hiasan latar yang baik dan paling pentingnya persiapan rapi teknik-teknik belakon. Kehadiran pelakon dengan aksi-aksinya menyebabkan berlakunya persembahan teater. 29
  • 29. Teater menandakan bangunan fizikal, pelakon, set, kostium, tatacahaya, peralatan, solekan dan muzik, drama melambangkan naskhah atau skrip. Namun kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama. Lakon pentas selalunya tentang manusia dan kehidupan manusia. Oleh itu teater merupakan bentuk seni yang meniru aksi-aksi kehidupan, seni berlakon menjadi tonggaknya. Setiap bentuk teater mempunyai ciri-ciri tersendiri baik dari segi formatnya, stail produksinya, mahupun gaya lakonannya. Kelainan ciri-ciri ini membolehkan teater tersebut mudah di kategorikan atau dijenamakan untuk membezakan dengan teater-teater lain. Begitu juga bangsawan yang mempunyai ciri-ciri tersendirinya baik dari aspek produksinya mahupun gaya lakonannya. Keunikan dan kelainan gaya lakonannya jelas ketara kalau dibandingkan dengan teater-teater sebelum dan selepasnya. Malah ada sebahagian daripada ciri-cirinya mempengaruhi gaya lakonan di dalam teater- teater selepas bangsawan. Lakonan dan Watak. Sesebuah lakon drama terdiri daripada aksi manusia dan sesuatu agen atau individu harus melakukan atau mendedahkan aksi tersebut. Individu tersebut yang menangani aksi-aksi manusia itu melalui wataknya, perkataan- perkataanya, dan perlakuan-perlakuanya. Individu inilah yang dimaksudkan sebagai watak. Oleh itu perwatakan memerlukan penampilan watak-watak di dalam aksi dan watak-watak ini pula berbeza dengan manusia lain disebabkan wujudnya pertalian watak-watak manusia dengan aksi manusia. Berbeza dari segi biologinya, fizikalnya, sikapnya, motivasinya, tindak tanduknya dan matlamatnya. 30
  • 30. Berlakon ialah proses yang melibatkan beberapa transformasi; daripada seseorang ditranform kepada pelakon dan daripada pelakon ditranform kepada watak. Fungsi pelakon ialah mencipta semula di atas pentas watak yang dibayangkan oleh pengarah dan yang dinyatakan oleh beliau melalui dialog dan aksi cerita.Huraian tentang watak oleh pengarah adalah terlalu umum dan adalah menjadi tugas pelakon untuk mengkaji secara terperinci untuk memahami sedalam-dalamnya keadaan watak yang bakal dibawanya nanti. Kajianya secara mendalam hingga dapat menampilkan watak dengan jayanya akan meyakinkan penonton. Kesimpulanya, pengarah sekadar menyarankan manakala pelakon menganalisa dan menafsirkannya, walaupun watak yang dibawa nanti secara improvisasi. Teater bangsawan tidak terkecuali daripada amalan tersebut, proses transformasi watak. Setiap pelakon cuba mendekati watak masing-masing sedekat yang mampu. Cuba menampilkan watak-watak yang dapat dikenali dan diyakini penonton, cuba menghasilkan daya tontonan yang maksima kepada penonton walaupun cara pendekatannya secara spontan atau improvisasi. Hasil daripada sesi latih-pandang yang begitu lama dan pengalaman yang luas mendukungi sesuatu watak melalui persembahan demi persembahan, pelakon bangsawan tidak mengalami sebarang kerumitan sewakti menjiwai atau menghayati wataknya. Sebagaimana termaklum, watak-watak di dalam bangsawan adalah watak-watak jenis stok. Ada watak-watak protagonis dan watak-watak antagonis. Di dalam setiap cerita, kerapkali watak watak dominan terdiri daripada orang muda (hero/wira), seri panggung(heroine /wirawati), sultan, menteri, dayang- dayang, inang, gergasi/jin, penjahat serta pelawak. Setiap pelakon yang memeganng watak ini akan kekal sepanjang kariernya kecuali kelanjutan usia atau watak yang dipegang selama ini tidak lagi bersesuaian. 31
  • 31. Watak-watak terpenting di dalam teater bangsawan terdiri daripada watak- watak berikut; 1. Wira atau Orang Muda 2. Wirawati atau Seri Panggung 3. Ahli Lawak 4. Raja atau Sultan 5. Permaisuri 6. Menteri-menteri 7. Jin 8. Pertapa 9. Hulubalang 10. Dayang-dayang /Inang-inang Wira/Orang Muda Wira atau orang muda merupakan watak lelaki utama di dalam bangsawan. Untuk menjadi seorang wira,seseorang lelaki haruslah mempunyai suara yang baik dan boleh menyanyi lagu-lagu yang di untukkan kepadanya. Rupa paras yang baik, tampan dan menarik adalah kriteria terpenting untuk watak wira. Di samping itu, watak wira harus mahir di dalam persilatan dan cekap berpantun di samping bakat semula jadinya sebagai pelakon. Wira ditegah bermisai kerana misai akan menjejaskan efek raut mudanya yang dianggap kasar dan bengis. Janggut juga tidak digalakkan. Selalunya wira membawa peranan anak raja yang akan menghadapi berbagai rintangan dan akhirnya mencapai kejayaan. 32
  • 32. Wirawati Sebelum penapakan kaum wanita di dalam bangsawan,watak wanita dipegang oleh kaum lelaki yang berperawakan wanita. Beransur-ansur dan sebagai daya tarikan,watak wanita dipegang oleh kaum wanita. Rupa paras yang cantik, kulit kuning langsat di samping boleh berlakon dan bernyanyi adalah syarat-syarat terpenting untuk watak wirawati. Wirawati juga bergekar Sri Panggung dan sri panggung yang outstanding atau ulung yang digelar Prima Donna. Mereka selalunya memegang watak tuan puteri, permaisuri atau anak raja yang dipencilkan oleh kerana difitnah. Sepertimana wira, kedudukan wirawati sama penting dengan wira. Kelincahan, kecantikan, pandai menyanyi dan berlakon, merupakan aset terpenting untuk sesebuah kumpulan. Minah Yem, Normadiah, Raunah, Ejam, Norsiah, Aminah Nani, Kamsinah B, Rohani B, Rohaya B,Ainon, Norsiah, Rokiah adalah di antara pelakon wanita yang menerajui watak wirawati di zaman bangsawan. Raja dan Sultan Oleh kerana kebanyakan cerita bangsawan berdasarkan cerita-cerita tentang kerajaan Timur Tengah dan tempatan, peranan raja atau sultan tak dapat dielakkan. Watak sultan hanya dipegang oleh orang-orang yang dikhaskan dan tumpuan perananya hanya kepada sultan atau raja sahaja. Beliau dikecualikan daripada memegang watak-watak lain. Pelakon yang memegang watak ini haruslah menampakkan ciri-ciri darjat,tenang,terkawal dan bersopan. Sultan atau raja tidak boleh ketawa terbahak-bahak walau lucu sekali pun,tetapi sekadar senyum mengulum. Tubuh badannya haruslah sesuai dengan pakaian diraja yang dipakainya. 33
  • 33. Permaisuri Kerapkali aksi permaisuri terbatas hanya sebagai pengiring Sultan atau Raja.selaku pengiring dialog-dialognya juga terhad. Namun ada juga cerita-cerita yang menonjolkan peranan permaisuri dan berkembangnya cerita tersebut kerana aksi-aksi permaisuri, contohnya cerita Raden Mas. Ciri-ciri keibuan dan ketenangan merupakan kriteria untuk watak permaisuri. Untuk menjimatkan perbelanjaan dan mangurangkan bilangan pelakon, permaisuri selalunya diambil daripada isteri-isteri pelakon atau petugas pentas yang menganggotai kumpulan. Pelawak/badut Untuk menjadi seorang pelawak di dalam bangsawan, seseorang itu harus mempunyai bakat semula jadi pelawak. Watak pelawak amat penting dan sepenting watak Seri Panggung atau Orang Muda. Pelawak sebagai magnet yang akan mendorong penonton dan peminat datang menonton. Mereka bebas mengimprovisasi dialog dan aksi. Apa yang penting ialah menimbulkan suasana humour dan sebagai pelega atau comic relief di dalam adegan-adegan yang tegang. Solekan, pakaian dan bahasanya berbeza dari watak-watak lain. Penampilan mereka di atas pentas dengan solekan dan pakaian yang melucukan sudah mengisyaratkan kepada penonton bahawa itu adalah watak- watak pelawak. Ahli lawak berpakaian berombak-ombak dan beropol-ropol yang berwarna-warni atau berbelang-belang untuk menimbulkan efek bodoh, lucu dan rendah kedudukannya. Ada pelawak yang diconteng-contengkan mukanya dan gincu digunakan untuk dibesarkan mulutnya untuk menimbulkan efek lucu. Ahli lawak yang mahir dan popular merupakan daset daya tarikan penonton. Di antara pelawak bangsawan yang terkenal ialah Aman Belon, Yahaya Sulong, Badul dan Husin Kerang. 34
  • 34. Jin Merupakan watak antagonis. Pemilihan watak jin selalunya terdiri daripada mereka yng bertubuh besar dan tinggi. Watak jin dianggap orang kasar dan jahat serta dasyat. Suaranya kuat dan garau, bermisai dan berjanggut. Watak-Watak Sampingan Watak-watak sampingan biasanya dipegang oleh pelakon-pelakon baru, watak-watak tersebut ialah Menteri, Pertapa, Hulubalang dan Dayang-dayang. Sudah menjadi kebiasaan setiap cerita bangsawan akan diselitkan dengan tarian-tarian tradisional. Penari-penari akan diajar berbagai tarian bersesuaian dengan ceritanya. Kadang-kadang penari-penari menjadi dayang-dayang yang mengiringi wirawati. Tarian-tarian juga akan ditampilkan di dalam slot extra-turn. Walaupun pelakon-pelakon terdiri daripada watak-watak stok kadang- kadang mereka juga memegang watak-watak sampingan yang kurang penting peranannya. Pelakon pelakon yang berpeluang memegang watak-watak tersebut selalunya terdiri daripada orang-orang muda dari seri-seri panggung. Sebagaimana termaklum setiap kumpulan mempunyai empat hingga lima orang muda dan seri panggung dan adalah mustahil kesemuanya memegang watak- watak tersebut untuk sesuatu malam persembahan. Oleh itu mereka yang tidak berpeluang memegang watak utama pada malam tersebut akan diberi peranan sebagai watak-watak kurang penting, contohnya orang kampung, dayang, penari, orang-orang kanan sultan atau pengikut antagonis atau protagonis untuk mencukupkan pelakon. 35
  • 35. Penghayatan watak Penghayatan watak melibatkan proses merangkakan watak yang dibawanya. Walaupun setiap pelakon bangsawan mempunyai cara tersendiri merangkakannya tetapi pada dasarnya kepentingan peranan watak menjadi kuncinya. Setiap pelakon akan mengetahui siapa dirinya di dalam cerita itu dan peranannya di dalam cerita dan setiap babak di dalam cerita itu. Setelah memahami peranannya, pelakon dapat merangkakan apa yang harus dilakukan untuk setiap babak, perkara yang akan diucapkan untuk babak tersebut dan peralatan yang perlu ditangani pada babak berikut, nyanyian yang akan disampaikan pada babak tersebut atau apa-apa lakuan fizikal untuk babak tersebut. Pengisian peranan tidak menjadi masalah kerana kesemuanya ditangani melalui improvisasi. Setiap pelakon cuba menghasilkan watak setepat yang mungkin. Cuba menampilkan watak yang benar-benar bertepatan dengan cerita. Cuba menonjolkan watak yang boleh diterima dan dipercayai penonton. Untuk mendapatkan watak sedemikian, pelakon akan membayangkan bahawa watak yang didukunginya benar-benar watak itu dan dan bukan diri pelakon itu sendiri. Pelakon akan cuba membayangkan bahawa pertuturannya adalah pertuturan watak itu, pergerakannya, pergerakan watak itu, gerak isyaratnya, gerak watak itu. Malah teman lakonnya, walau mereka adalah rakan kumpulan, akan dianggap sebagai watak-watak yang diwujudkan dalam cerita itu. Penghayatan watak melibatkan proses „merasakan‟ atau „membayangkan‟ keadaan sebenarnya. Mengikut Badrul Munir (Pak Abang) kalau ingin merasakan kesakitan didalam sesuatu babak atau adengan di ganas, pelakon harus merasakan atau pegang perasaan itu. Sebagai contoh di dalam cerita Satria Menara Putih, didalam babak arjuna di siksa oleh jin penunggu pulau di sebatang pokok. Arjuna akan merasakan dirinya benar-benar arjuna dan bukan 36
  • 36. dirinya selaku pelakon, merasakan dirinya benar-benar dihina, merasakan dirinya benar-benar malang, merasakan dirinya benar-benar pahlawan menara putih dan anak kepada raja negara menara putih. Apabila berpelukan di dalam adengan itu, rasakan sebagai anak dengan bapa bukan sesama pelakon. Perasaan malu harus di kikiskan. Mengikut beliau perasaan sedih ini akan terangsang lagi apabila pada ketika itu violin atau piano mengiringi adengan itu dengan irama yang menyedihkan. Walaupun adengan sudah berakhir, perasaan sedih masih berlanjutan hingga ke belakang pentas. Di kalangan penonton pula yang sensitif dengan perkembangan cerita ini akan terus bersedihdan ada pula yang turut menangis. Selain daripada itu untuk mengekalkan konsentrasi dan imaginasi, pelakon dinasihatkan supaya jangan melihat penonton. Walaupun melihat kedepan tetapi aras penglihatan itu harus melebihi kepala penonton. Penonton perlu betul-betul menghayati supaya tidak nampak penonton di depannya. Kostium juga membantu mereka mempercepatkan kewujudan watak. Apabila pelakon mengenakan kostium yang bertepatan dengan watak mereka, secara amnya mereka dapat merasakan mereka adalah watak itu pada masa itu. Mereka merasakan diri mereka adalah watak itu, percakapan mereka adalah percakapan watak itu, perlakuan mereka, perlakuan watak itu. Apabila ditanya adakah kostium-kostium itu dijampi serapahkan sebelum mereka memakainya. Ada juga pengarah yang mengiyakannya dan ada juga pengarah yang menafikannya. Kalau diikuti dari sudut psikologi, kebenarannya memang ada sebab pakaian ini disimpan dan dijaga dengan rapi. Pelakon-pelakon bangsawan adalah pelakon-pelakon profesional. Apa yang dilakukan mereka semata-mata untuk kepentingan dan kepuasan 37
  • 37. penonton. Mereka juga sedar penonton sedang melihat mereka di samping menilai dan mentafsir watak dan peranan mereka. Mereka berusaha bersungguh-sungguh supaya anggapan penonton tadi tidak meleset malah menyakinkan. Berbekalkan kesedaran ini dan ditokok-tambah pula dengan kostium yang dipakai, kebetulan pula bukan kostium harian, menjadikan semangat mereka terhadap kewujudan watak itu bertambah mampan. Skrip Teater bangsawan tidak mempunyai skrip bertulis tetapi senario atau ringkasan cerita. Senario lebih merupakan rangka cerita tanpa kata-bual atau dialog. Kalau adapun dialognya ringkas-ringkas. Catatan-catatan itu hanya merupakan simbol-simbol dan simbol-simbol ini memerlukan aksi, gerak isyarat, intonasi ekpresi dan keseluruhan konteks situasi untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Pengarah kumpulan yang menyediakan dan menghasilkan senario. Sebelum memulakan latihan, pengarah akan memaklumkan kepada pelakonnya cerita yang akan dipersembahkan. Setalah menetapkan watak untuk pelakonnya beliau terus menerangkan jalan ceritanya pula. Kalau sesebuah senario itu berbentuk tulisan yang terkandung di dalamnya ialah rangka cerita bersama- sama dialognya yang serba ringkas. Sekiranya cerita yang akan di persembahkan itu cerita baru, sewaktu taklimat pertama, pengarah akan menegaskan jalan ceritanya, penggunaan dialognya, perwatakannya serta aspek teknikalnya. Apa yang dijelaskan oleh pengarah adalah sesuatu yang muktamad dan pelakon tidak berhak mencadangkan sesuatu untuk membubarkan atau mengubahkan sesuatu yang terdapat di dalam senario dan yang ditentukan oleh pengarah. 38
  • 38. Kebiasaannya sesebuah skrip atau senario itu dapat disiapkan dalam jangka waktu yang pendek antara satu hari hingga dua minggu. Malah ada cerita yang akan dipersembahkan pada sebelah malamnya, sementara skripnya bru dicipta pada sebelah tangaharinya. Berdasarkan jangkawaktu yang pendek ini jelas membuktikan bahawa pengarah merangkap penulis, penulis senario, merupakan artis yang kreatif. Melalui saranan, buah fikirannya dapat menghasilkan cerita demi cerita yang setiap satunya memakan masa tiga jam persembahan. Kebanyakan cerita atau senario bangsawan baik bertulis mahupun lisan tidak mempunyai nama penulisnya. Ketiadaan ini membolehkan penulis lain bebas menciplak, mengubahsuai cerita asalnya di samping menukar tajuk senarionya. Maka tidak hairanlah jalan ceritanya hampir sama tetapi tajuk, lokasinya dan nama wataknya berbeza-beza. Ciri-ciri ini, berkarya tanpa nama, menyamai ciri-ciri teater tradisional seperti cerita-cerita Mak Yong, Menora, Panglipurlara serta Wayang Kulit yang menganggap karya itu hak umum dan bukan hak milik individu. Senario yang dihasilkan oleh pengarah atau secara bersama bukanlah dicipta mengikut kehendak citarasa penulis tetapi mengambil kira selera penonton. Bersesuaian dengan tradisi teater ini, iaitu teater popular, yang mementingkan sambutan dan citarasa penonton, apa yang dihasilkan itu haruslah disesuaikan dengan penonton. Malah penetapan cerita untuk dipersembahkan pada sesuatu tempat juga berdasarkan kepada citarasa penonton dan komposisi masyarakat di dalam kawasan itu. Ada juga penonton membuat permintaan dengan menulis surat dan memohon nama cerita yang ingin di tontonnya. Bagi pihak kumpulan pula permintaan ini sering dilayani sekiranya didapati cerita tersebut memang digemari penonton di tempat tersebut. 39
  • 39. Sebaliknya kalu permohonan itu datangnya dari pembesar negeri, selalunya ditunaikan. Cerita-cerita yang akan dipersembahkan bukan dipilih secara rambang atau sebarangan sebaliknya dikaji terlebih dahulu oleh pengarah dan taukeh berdasarkan lokasi dan minat atau citarasa penonton. Tidak kesemua cerita- cerita yang disukai pengarah, digemari atau di minati oleh penontonsesebuah tempatatau lokasi. Cara mengetahui citarasa penonton ialah melalui maklum balas yang diterima daripada penonton, daripada kumpulan bangsawan lain yang pernah membuat persembahan di tempat tersebut atau mengetahui terlebih dahulu komposisi penduduk yang mendiami kawasan tersebut. Nyanyian Selitan nyanyian di dalam persembahan bangsawan adalah normal dan merupakan salah satu ciri di dalam bangsawan. Nyanyian terdapat di dalam adengan atau babak percintaan, usik-mengusik atau bersuka-ria. Senikata lagu ditetapkan dan bagi pelakon yang lama berkecimpung di dalam bangsawan, senikata lagu di improvisasikan pada masa itu Cuma lagu yang mengiringinya ditetapkan. Di dalam adengan perpisahan contohnya, dara dan teruna akan menyanyi dan lagu yang mengiringi mereka mungkin lagu apa saja yang berentak asli. Tumpuan mereka ketika menyanyi samada pada detik-detik gembira ataupun sedih ialah mengsinronisasi nyanyian mereka dengan muzik. Selain keselarian , mereka juga cuba menguatkan suara supaya tidak diatasi oleh bunyi muzik. 40
  • 40. Pantun Cerita-cerita bangsawan yang berunsurkan cerita-cerita tempatan tidak dapat dielakkan daripada penggunaan pantun. Pantun digunakan ketika berkasih-kasihan, senda gurau atau cabar-mencabar. Disini menampakkan kemahiran pelakon menjual dan membeli pantun secara improvisasi. Kecekapan mereka membeli dan menjual pantun untuk mematah cakap lawan, atau menjawab pertanyaan lawan secara spontan dapat menimbulkan daya tarikan kepada penonton. Ini jelas terbukti apabila setiap pantun yang dijual atau dibeli mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Yang mengkagumkan pelakon- pelakon utama ini dapat berpantun dengan lancar walaupun pada malam-malam berikutnya beliau belakon di dalam cerita yang berbeza. Babak-babak percintaan atau pertarungan sering diselitkan dengan pantun. Selalunya digunakan dua atau tiga rangkap pantun, untuk setiap watak yang terlibat digunakan. Pantun-pantun ini ada kalanya disediakan terlebih dahulu atau dicipta pada masa itu. Pelakon harus cepat dan tepat membeli dan menjual pantun dan pantun-pantun ini haruslah disesuaikan dengan perkembangan cerita. Sekiranya mereka gagal membeli pantun yang dijual, maksunya lain yang diminta lain pula dijawabnya atau lambat menjawab mereka akan di ejek oleh penonton. Ejekan penonton menandakan pelakon itu tewas di dalam pantunnya. Pelakon harus peka dan tajam pemikirannya sebelum menjualatau membelinya. Sebagai contoh di dalam cerita Megat Terawis di mana pertarungan di antara Megat Terawis dengan Megat Sari, beberapa pantun diucapkan sebelum bertarung, Megat Terawis : Anak Cina Bermain Gasing Mari bermain di bawah tangga Lautan berpusar awan berpusing Inikan cacing nak jadi naga 41
  • 41. Pihak yang membelinya harus mencari akal pada masa itu juga untuk menjawabnya. Kalau jawapannya baik dan tepat sudah tentu mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penonton. Megat Sari: Anak Cina masih masygul Mari mandi dengan adiknya Di lautan cina naga timbul Di sini kukira berapa sisiknya Disebabkan sorakan penonton yang memberangsangkan Megat Terawis tidak mahu mengalah dengan jawapan pantun itu, lalu menjual pantun yang lain, Megat Terawis: Pukul nobat tiup nafiri Nak menabal raja seberang Musuh lain boleh dicari Jangan mencari maut di tangan abang Megat Sari mungkin terasa dirinya tercabar dan untuk menyahut cabaran itu, beliau mungkin berpantun begini, Megat Sari: Air mengalir jangan di tahan Kalau di tahan ramai dahaga Ajal maut Di tangan tuhan Tiada siapa dapat menduga (sumber Rahman B) 42
  • 42. Berpantun ketika berkasih adalah sesuatu yang lumrah di dalam bangsawan. Penggunaan pantun ini menjadikan adengan itu lebih romantik. Berikut adalah pantun yang menunjukkan perpisahan di antara kekasih. Teruna: Penggal puan penggak cendana Sayang senduduk kait berkait Tinggallah tuan tinggalh nyawa Tinggallah duduk sebaik-baik Dara: Meredah paya Mencari kiambang Kiambang terapung dicelah duri Adinda di sini usahlah bimbang Kekanda di rantau jagalah diri Di dalam bangsawan untuk mendapatkan pantun yang paling sempurna dari segi ciri-ciri pantun yang indah adalah sesuatu yang sukar, kecuali yang disediakan dan dilatih dahulu. Kesempurnaan dari segi bilangan sukukata yang padat dan seimbang, pembayang maksud halusdan bertepatan dengan lokasi cerita, penggunaan bahasa yang indah memang jarang ditemui. Pertama, pantun itu dilahirkan tanpa persediaan tetapi secara spontan. Di dalam keadaan spontan apa sahaja yang terlintas itulah hasilnya tetapi masih berupa pantun. Ada ketikanya adengan berpantun ini dilatih terlebih dahulu tetapi semasa sesi latihan itu hanyadi sediakan dua rangkap pantun. Semasa persembahan, oleh kerana respon daripada penonton begitu baik, pengarah yang berada di sudut pentas mengarahkan pelakonnya memanjangkan adengan. Pelakon di dalam keadaan itu terpaksa mencari jalan membalasatau menjual secara spontan. 43
  • 43. Kemerosotan Teater Bangsawan Menjelang tahun-tahun 1940an, teater bangsawan mengalami zaman- zaman kemerosotannya. Kemerosotannya bukanlah secara mendadak tetapi beransur-ansur yang berpuncakan beberapa faktor. Soasa sosial, ekonomi dan politik serta saingan daripada media hiburan baru merupakan faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan teater bangsawan. Sosial Para pelakon wanita di dalam kumpulan teater bangsawan, khasnya seri panggung, sentiasa di minati ramai peminat. Bakat dan kemahiran mereka berjaya memukau dan memikat para penonton malah ramai penonton yang tergila-gilakan mereka. Para peminat yang berkedudukan dan berada seringkali berjaya memikat seri-seri panggung ini. Ramai pula seri panggung yang inginkan jaminan hidup dan kemewahan, telah berkahwin dengan peminat-peminatnya dan terus meninggalkan kumpulan teater bangsawan. Miss Erah pernah berkahwin dengan Sultan Perak. Ketiadaan mereka di dalam kumpulan sedikit sebanyaknya telah menjejaskan kehadiran penonton kerana salah satu faktor mereka datang menonton bangsawan kerana meminati dan ingin melihat wajah seri panggung. Untuk mendapatkan seri panggung yang baru memerlukan banyak masa, baik dari segi latihan dan pengalaman, sebelum pelakon itu dapat menyaingi seri panggung yang lain. Ekonomi Orang muda dan Seri Panggung merupakan penentu kepada populariti sesebuah kumpulan. Oleh kerana banyk kumpulan yang wujud pada masa itu, 1920-an dan 1930-an, setiap kumpulan sentiasa mencari jalan untuk mempopularkan kumpulannya. Salah satu cara ialah „melamar‟ Pelakon Orang Muda dan Seri Panggung yang sedia popular di dalam kumpulan lain. Ramai 44
  • 44. yang telah meninggalkan kumpulannya kerana bayaran gaji yang lebih tinggi oleh majikan baru. Bukan sahaja dikalangan pelakon malah pemuzik dan penari popular turut dilamar. Perbuatan „lamar melamar‟ ini menyebabkan sesuatu kumpulan yang popular akan kehilangan artis-artis popularnya. Melatih pelakon baru bukanlah satu perkara yang mudah. Pelakon baru ini pula masih belum boleh menjaminkan kumpulan tersebut akan popular. Daripada menanggung risiko yang tinggi, taukeh-taukeh kumpulan yang kehilangan pelakon popularnya terpaksa gulung tikar. Keadaan ekonomi yang meleset selepas Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun serta darurat merupakan era-era yang telah membataskan kegiatan bangsawan. Pendapatan yang diperolehi oleh kumpulan-kumpulan bangsawan terus merosot dan banyak taukeh bangsawan terpaksa gulung tikar. Kemunculan Media Elektronik Kemunculan seni filem dan televisyen merupakan katalis kepada kemerosotan bangsawan. Media Hiburan ini lebih canggih dan menarikdaripada bangsawan. Ramai pelakon bangsawan melibatkan diri dengan filem kerana pendapatan seorang bintang filem lebih lumayan dan penuh „glamour‟. Pada tahun 1934, Syarikat Motilal Chemical merupakan pengeluar filem melayu yang ulung di Tanah Melayu yang berpusat di singapura telah menerbitkan filem Bistamam dan Laila Majnun. Pada tahun 1947, Shaw Brothers telah menerbitkan filem Noor asmara dan Nasib manakala Cathy Keris pula menghasilkan filem pertama mereka iaitu Buluh Perindu. Ramai daripada pelakon filem ini adalah bekas pelakon bangsawan. Di samping pelakon-pelakon, penari-penari dan pemuzik-pemuzik dari kumpulan bangsawan telah diambil kerja dengan syrikat-syarikat perfileman. Bekerja 45
  • 45. dengan syarikat-syarikat perfileman lebih selesa dan terjamin. Mereka tidak perlu berpindah dari satu bandar ke satu bandar lain. Pengambilan bekas-bekas pelakon bangsawan, yang sememangnya sudah popular di pentas bangsawan menjadi pelakon filem merupakan usaha penerbit filem untuk melariskan filemnya di samping itu penerbit filem tidak perlu lagi melatih atau mengajar pelakon-pelakon tersebut. Politik Keadaan sosial dan politik selepas Perang Dunia Kedua telah mempengaruhi minat penonton. Cerita-cerita fantasi sudah tidak sesuai lagi. Penonton lebih suka menonton sesuatu yang benar, berunsur sejarah, tepat, realistik, nasionalistik dan munasabah. Ciri-ciri ini tidak terdapat dalam bangsawan. Helah atau tasmat yang mengkagumkan dan watak-watak kayangan yang terdapat di dalam bangswan sukar untuk menandingi filem-filem dan bentuk teater baru, sandiwara. Sandiwara menampilkan watak-watak sebenar dan menyamai kehidupan malah menghapuskan extra-turn kerana adengan ini mengganggu-gugat perkembangan plot cerita. Kumpulan-kumpulan teater sandiwara baik profesional atau amatur yang di tubuhkan oleh badan-badan belia, organisasi polis dan lain- lain persatuan merupakan teater popular di Tanah Melayu yang telah menjejaskan populariti bangsawan. Pengurusan Tidak semua taukeh-taukeh bangsawan yang cekap mengurus kumpulannya. Pembahagian keuntungan yang tidak adil, sikap taukeh yang terlalu mementingkan diri sendiri dan keuntungan. Kegiatan berjudi dan arak di 46
  • 46. kalangan pekerja merupakan antara faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan sesebuah kumpulan. Menjelang Perang Dunia Kedua, kedudukan teater bangsawan bertambah gawat. Keadaan ekonomi yang kian merosot mengakibatkan jumlah penonton berkurangan. Kesannya pulangan atau ganjaran yang diterima oleh pekerja bangswan turut terjejas. Ramai yang meninggalkan kumpulan kerana jaminan hidup mulai tergugat. Masing-masing menceburi bidang pekerjaan yang lain sebagai alternatif untuk meneruskan kehidupan. Rumusan Teater bangsawan adalah teater pelbagai atau ragaman kerana terkandung berbagai resepi. Ada ciri-ciri tradisional dan moden, terdapat lakonan, nyanyian, tarian, lawak jenaka, pantun, syair, bernasib serta adengan- adengan fizikal yang mengkagumkan. Penonton tidak akan kecewa kerana ada di antara ciri-ciri tadi dapat memenuhi slot yang di minatinya. Untuk menghidangkan segala elemen ini, setiap kumpulan bangsawan memerlukan ramai artis dengan pengkhususan masing-masing. Adalah tidak menghairankan di dalam setiap kumpulan bangsawan mengandungi berpuluh orang anggota dan berbelas lori untuk membawa peralatannya. Sebab itulah setiap kumpulan yang mengadakan persembahan mereka di sesebuah tempat, memakan masa berbulan-bulan lamanya. 47