SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA
    PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI
                       RELEVAN?



                                  Azizi Hj. Yahaya
                                  Jamaluddin Ramli
                                      Yusof Boon
                                 Fakulti Pendidikan
                            Universiti Teknologi Malaysia

                                      Abstrak

      Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran
matematik dan apakah hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
tersebut. Penumpuan diberikan terhadap 3 aspek sikap iaitu sikap komitmen, sikap emosi
dan sikap berwawasan pelajar terhadap mata pelajaran matematik itu. Pengukuran sikap
berdasarkan kepada skala sikap model Likert, manakala pencapaian pelajaran dalam mata
pelajaran matematik diukur dengan menggunakan gred yang diperolehi dari peperiksaan
akhir tahun 1999. Seramai 40 orang responden telah dipilih dari sebuah sekolah
menengah di Johor Bahru sebagai sampel kajian ini. Data kajian telah dianalisis dengan
menggunakan korelasi Pearson. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan
yang lemah antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan pencapaian mata
pelajaran tersebut. Di akhir kajian, cadangan-cadangan telah dikemukakan untuk
membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran di kalangan pelajar.




                                          1
Pengenalan



        Sikap menggambarkan personaliti, sikap adalah diri kita. Itulah yang sering kita
dengar apabila memperkatakan tentang sikap. Adakah benar kenyataan di atas? Adakah
dengan sikap yang kita ada, dapat ditunjukkan dengan tingkah laku? Sikap seseorang,
objek atau ide yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Mengikut ahli psikologi
sosial, sikap meliputi 3 komponen yang utama iaitu afektif, perilaku dan kognisi
(Rajecki, 1989). Komponen afektif merangkumi emosi positif dan negatif individu
terhadap sesuatu iaitu bagaimana perasaan seseorang terhadapnya. Komponen perilaku
pula terdiri daripada kecenderungan atau bertujuan untuk bertindak pada tingkah laku
tertentu yang berkait dengan sikap kita. Manakala komponen kognisi merujuk kepada
kepercayaan dan pemikiran yang dipegang oleh seseorang terhadap sesuatu objek.
Ketiga-tiga komponen dalam sikap ini saling berhubungan dan seterusnya berfungsi
dalam pembentukan dan pemantapan sikap individu.

        Sikap adalah sesuatu yang berbentuk dalaman dan sukar untuk difahami. Ia
terletak di dalam sanubari kita dan bukan semua sikap dapat dizahirkan secara terang
dalam realiti kehidupan. Itulah sikap yang sering membuat manusia tertanya-tanya dan
tercari-cari. Melalui sikap, manusia boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk
mempertingkatkan jati diri. Itulah sikap yang sebenar yang perlu ada dalam diri manusia.
Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat
dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap pelajar.

        Sikap memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam
sesuatu perkara atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai
orang akan menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di sekolah pula, guru-guru
sering menyatakan bahawa kegagalan pelajar-pelajar disebabkan oleh sikap mereka yang
negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya.

        Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu
perkara atau fenomena ( Robbins, 1986). Persepsi pelajar-pelajar terhadap sesuatu mata
pelajaran akan membentukkan sikap mereka terhadap mata pelajaran tersebut.
Disebabkan sikap seringkali dikaitkan dengan kemajuan dan kegagalan persekolahan
pelajar, maka kajian ini akan dilakukan untuk melihat sikap pelajar terhadap mata
pelajaran matematik dan berhubungkaitnya dengan pencapaian mereka dalam mata
pelajaran ini.

       Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru
dapat memahami sikap pelajar terhadap mata pelajaran diajariya. Maklumat yang
diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi pengajaran yang
bersesuaian demi mengubah sikap pelajar dan seterusnya membawa kepada pencapaian
yang cemerlang.



                                           2
Latar Belakang Masalah

    Mata pelajaran matematik merupakan mata pelajaran teras baik di sekolah rendah
ataupun sekolah menengah. Mempelajari matematik adalah penting kerana dalam
kehidupan harian kita tidak boleh mengelak daripada aplikasi matematik contohnya
semasa membeli belah, pembinaan bangunan, membuat pengukuran, membuat
perbandingan dan sebagainya.

         Di sekolah juga, banyak mata pelajaran lain seperti fizik, kimia, sains, prinsip
akaun, geografi yang juga melibatkan pengiraan matematik. Maka penguasaan matematik
dengan baik memberi keuntungan dalam mempelajari mata pelajaran tersebut.
Memandangkan kepentingan matematik ini, pelajar haruslah mengamalkan sikap yang
positif terhadap mata pelajaran tersebut.

        Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapatnya kemerosotan mata
pelajaran matematik di kalangan pelajar kita. Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan
sikap mereka seperti tidak berminat atau dengan mengatakan matematik itu susah dan
berasa takut semasa mempelajari matematik serta persepsi negatif yang lain. Oleh itu,
kajian ini cuba meninjau sejauh manakah sikap pelajar terhadap mata pelajaran
matematik ini memberi kesan terhadap pencapaiannya.

        Kajian lepas menunjukkan dua pendapat iaitu satu kelompok menyatakan sikap
pelajar terhadap mata pelajaran mempunyai korelasi dengan pencapaiannya. Misalnya
kajian yang dibuat oleh Jordan (1940) telah menggunakan teknik soal selidik yang
dimajukan oleh Thurstone dan Chave (1929) untuk menguji sikap pelajar terhadap mata
pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, matematik, sejarah dan geografi di kalangan
231 pelajar ( berumur 11-15 tahun ) di Sekolah Utara London. Hasil dari ujian ini telah
menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara sikap pelajar terhadap mata
pelajaran itu. Demikian juga dengan kajian Rallison (1941), yang dibuat di kalangan
pelajar-pelajar berumur 11,12 dan 13 tahun di bandar New Castle, England, telah
mendapati bahawa sikap dan minat pelajar mempunyal hubung-kait yang kuat dengan
pencapaian mereka dalam mata pelajaran pendidikan Jasmani, bahasa Inggeris, llmu
Alam dan sejarab. Dari ujian yang menggunakan Vernon Measurement Abilities (VMA)
dijelaskan faktor sikap dan minat saling mempengruhi pencapaian pelajar-pelajar
tersebut.

        Fitt (1957) yang membuat kajian di Auckland, New Zealand juga mendapati
hubungan antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran adalah mempunyal kaitan yang
positif dengan pencapaian setelah beliau menggunakan soalselidik di kalangan 1244
orang pelajar di bandar itu. Lebih lanjut lagi beliau menunjukkan perubahan umur pelajar
dari rendah ke peringkat menengah mempengaruhi perubahan sikap pelajar terhadap
persekolahan mereka. Seterusnya banyak lagi kajian yang dilakukan selepas ini
termasuklah mencuba berbagai-bagai teknik. Austrin misalnya menggunakan
Multidimensional Achievement Orientation Scale (MAOS), Schultz menggunakan
Attitude-Interest Questionaire” dan Jackson bersama Getzel menggunakan” Iowa Test of
Educational Development” (TED), bagi menghubungkan sikap dengan pencapaian.


                                           3
Tetapi kelompok lain seperti kajian Jackson dan Lahademe (1957) yang mengkaji
pencapaian pelajar dan sikap mereka di kalangan pelajar gred 6 di enam buah sekolah di
Chicago dengan menggunakan Ujian IQ Kulmann-Anderson dan Michigan Student
Questionnaire (MSQ) telah gagal mencari korelasi yang jelas antara sikap pelajar dan
pencapaiannya. Demikian juga dengan kajian yang dibuat oleh Malpass terdahulu dari itu
gagal mencari korelasi antara sikap pelajar terhadap pelajaran dan pencapaian di sekolah.
Beliau telah menjalankan kajian itu di kalangan 92 orang pelajar gred 8, New York dalam
tahun 1953. Ada tanda-tanda kesamaran dalam membuat ukuran sikap dan ujian
pencapaian telah menyebabkan kajian ini gagal mencari jawapan antara dua
pembolehubah berkenaan.

        Kesimpulannya, ada kemungkinan berjaya atau gagalnya mencari pertalian antara
sikap dengan pencapaian pelajar berkait rapat dengan teknik kajian, dan bagaimana
kajian itu dibuat.


Pernyataan Masalah

     Kajian yang dijalankan ini ialah untuk melihat sejauh manakah persoalan sikap
mempunyai kesan tertentu terhadap pelajar. Sikap berkenaan akan dilihat dari aspek
komitmen iaitu penglibatan pelajar secara aktif atau tidak terhadap mata pelajaran
matematik, aspek emosi di mana perasaan pelajar sama ada ‘favorable’ atau tidak
‘favorable’ terhadap matematik dan aspek berwawasan iaitu pelajar bersifat inisiatif atau
tidak terhadap matematik. Ketiga-tiga aspek ini kemudian dihubungkan dengan
pencapaian matematik mereka bagi mendapat jawapan kepada pertalian antara
pembolehubah-pembolehubah berkenaan. Kajian ini akhirnya cuba mendapat jawapan
sejauh manakah sikap terhadap pelajaran boleh dijadikan faktor menelah pencapaian
mereka di sekolah.


Objektif Kajian

    Kajian ini bertujuan mengenalpasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik.
Melalui beberapa persepsi pelajar iaitu komitmen, emosi dan berwawasan terhadap mata
pelajaran matematik dengan pencapaiannya dalam mata pelajaran tersebut berdasarkan
peperiksaan akhir tahun 1999. Objektif kajian ini ialah:

       I.      Mengetahui persepsi pelajar terhadap mata pelajaran matematik.

       II.     Mengkaji perhubungan antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran
               matematik dengan pencapajan




                                           4
Hipotesis

    i.      Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap komitmen pelajar
            terhadap mata pelajaran matematik dengan pencapaian
    ii.     Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap wawasan pelajar
            terhadap mata pelajaran matematik dengan pencapajan.
    iii.    Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap emosi pelajar
            terhadap mata pelajaran matematik dengan pencapaian .


     Pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran adalah bergantung kepada sikap
pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran itu. Sikap yang positif terhadap mata
pelajaran memberi rangsangan kepada seseorang dalam pembelajaran mata pelajaran
tersebut. Kajian ini dapat membantu guru mengenalpasti sikap pembelajaran pelajar dan
seterusnya dapat merancangkan strategi pengajaran yang bersesuaian dengan
pembelajaran pelajar-pelajar dengan mengubah sikap negatif mereka kepada sikap yang
positif.


Kekangan Kajian

    Kajian ini membuat andaian bahawa pencapaian akademik pelajar yang baik adalah
disebabkan oleh sikap mereka. Kajian ini juga mengawal faktor luar yang boleh
mempengaruhi pencapaian seseorang seperti baka, taraf sosial ekonomi, latar belakang
keluarga dan faktor guru.

Definisi Istilah

    Pengertian sikap terlalu luas dan berbagai-bagai tetapi untuk kajian ini pengertian
yang diberikan oleh Katz (1966), Menurut beliau, sikap adalah sesuatu yang
mempengaruhi seseorang individu di dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau
apa yang disukai atau tidak. Seterusnya sikap adalah sesuatu yang terhasil dari perasaan,
kepercayaan atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi.

       Pencapaian pula bermaksud skor atau gred yang diperolehi dalam peperiksaan
yang dinilai dengan gred AI, A2, C3, C4, C5, C6, P7, P8 dan F9. Pencapaian gred AI, A2
dianggap sangat baik, gred C3, C4 dianggap baik, C5, C6 adalah sederhana, P7, P8 pula
lemah dan F9 gagal.




                                           5
Metodologi


       Kajian yang dijalankan ini adalah bersifat tinjauan, di mana borang soal selidik
digunakan untuk melihat persepsi pelajar terhadap beberapa aspek pembelajaran
matematik mereka. Aspek-aspek tersebut akan dilihat dari segi komitmen, perasaan dan
berwawasan. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik diukur berdasarkan
gred yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan empat pada
tahun 1999.

       Responden kajian ialah pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah
Kebangsaan di kawasan Johor Bahru yang telah menduduki peperiksaan akhir tahun pada
tahun 1999. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini seramai 40 orang yang dipilih secara
rawak dari berbagai kaum dan jantina.

       Soal selidik yang digunakan dibina berdasarkan soal selidik Aiken (1997) dan
diubahsuai selepas melaksanakan kajian rintis menggunakan sampel yang tidak terlibat
dalam kajian sebenar. Kajian rintis telah dibuat babagi memastikan kebolehpercayaan
dan kesahannya adalah baik.



Analisis data

        Skor setiap item adalah berdasarkan sekil Likert 5 skala. Pencapaian matematik
pelajar adalah merujuk kepada gred yang diperolehi dalam peperiksaan akhir tahun 1999.
Semua data-data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan SPSS for
Windows. Analisis deskriptif seperti min dan sisihan piawai akan digunakan. Sementara
itu, analisis secara inferensi yang digunakan ialah ujian-t dan korelasi Pearson.


Keputusan


        Data-data telah dikumpul dari 40 orang responden yang dipilih secara rawak dari
kelas Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan di Johor Bahru. Semua data dan
skor yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS for Windows. Skor mentah
yang diperolehi telah diubahsuai dan dibahagikan kepada 3 komponen sikap iaitu
komitmen, emosi dan berwawasan yang masing-masing mempunyai 3 nilai iaitu rendah,
sederhana dan tinggi. Pengumpulan data telah dijalankan dengan lancar di mana pelajar-
pelajar yang menjawab soal selidik telah memberi kerjasama.




                                          6
Keputusan Deskriptif

        Jadual 1 menunjukkan data kekerapan untuk 3 komponen sikap yang dikaji. Pada
keseluruhannya sikap pelajar adalah berada di tahap sederhana dan tinggi. Secara
terperinci sikap komitmen dan wawasan pelajar lebih bercenderung pada tahap yang
tinggi iaitu 75% dan 87.5% daripada responden berada di kategori ini. Ini bermakna
ramai pelajar mempunyai sikap yang ingin berusaha dan menyedari kepentingan
matematik terhadap masa depan mereka. Walau bagaimanapun, keadaan yang sebaliknya
dilihat pada sikap emosi pelajar. Dalam komponen ini terdapatnya 77.5% responden
mempunyai emosi yang sederhana berbanding dengan hanya 22.5% sahaja beremosi
tinggi terhadap matematik.

      Ketiga-tiga sikap ini boleh dikatakan sejajar dengan pencapaiannya dengan
memandang kepada kekerapan data pencapaian responden, di mana taburan yang banyak
juga berada di tahap sederhana dan tinggi dengan keputusan bahawa 11 orang
mempunyai pencapaian matematik yang rendah, 13 orang mencapai tahap sederhana dan
seramai 16 orang mempunyai pencapaian yang tinggi.

Jadual 1: Kekerapan komponen sikap dan pencapaian

ITEM                                          KEKERAPAN          PERATUS
KOMITMEN             Sederhana                10                 25.0
                     Tinggi                   30                 75.0
WAWASAN              Sederhana                3                  12.5
                     Tinggi                   35                 87.5
EMOSI                Sederhana                31                 77.5
                     Tinggi                   9                  22.5
PENCAPAJAN           Rendah                   11                 27.5
                     Sederhana                13                 32.5
                     Tinggi                   16                 40.0

       Seterusnya data juga dianalisis supaya menunjukkan min dan sisihan piawai yang
diperolehi oleh setiap sikap berbanding dengan pencapaian masing-masing seperti yang
di tunjukkan di dalam Jadual 2. Secara keseluruhannya, min yang diperolehi oleh sikap
komitmen ialah 2.75 dan sisihan piawal seramai 0.44, min sikap emosi pula 2.23 dan
sisihan piawai ialah 0.42, sikap wawasan mempunyai min seramai 2.88 dan sisihan
piawai yang agak rendah iaitu 0.33 sahaja. Dari keputusan ini, boleh dikatakan bahawa
sikap pelajar terhadap matematik adalah positif dan merangsangkan.

      Jadual 2: Min dan sisihan piawai komponen sikap berbanding dengan pencapaian.

Pencapaian    N        Komitmen                 Wawasan                Emosi
                     min      Sisihan         Min     Sisihan      min    Sisihan
                              Piawai                                      piawai
Rendah       11      2.55     0.52            2.73     0.47        2.09   0.30
Sederhana    13      2.77     0.44            2.92     0.28        2.38   0.51
Tinggi       16      2.88     0.34            2.94     0.25        2.19   0.40
Jumlah       40      2.75     0.44            2.88     0.33        2.23   0.43
                                          7
Jika ditinjau dari segi pencapaian pelajar, keputusan yang ditunjukkan juga
menerangkan bahawa pencapaian yang tinggi minnya pada setiap komponen sikap, juga
tinggi iaitu 2.89 bagi sikap komitmen dan 2.94 bagi sikap wawasan berbanding dengan
pencapaian yang rendah, min komponen sikapnya juga rendah iaitu 2.55 pada sikap
komitmen dan 2.72 pada sikap wawasan. Kekecualian terdapat pada sikap emosi di mana
min yang tinggi ialah berada di tahap pencapaian sederhana. Seperti yang dinyatakan
terdahulu, fenomena ini menjelaskan bahawa perasaan individu adalah tidak konsisten
dan berubah mengikut situasi tertentu. Tidak seperti sikap komitmen dan wawasan yang
lebih konsisten.

Keputusan Pengujian Hipotesis

       Keputusan inferensi disimpulkan oleh analisis korelasi Pearson dan Ujian-t.
Dalam kajian ini, aras signifikan 0.05 sebagai rujukan penerimaan atau penolakan
hipotesis nol. Sekiranya aras signifikan p, kurang daripada 0.05, ujian menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah yang dikaji.

Jadual 3: Korelasi antara komponen sikap pelajar terhadap matematik dan
          pencapaiannya.

Sikap        pelajar            N    Korelasi dengan pencapaian Signifikan,p
terhadap matematik                   Matematik, r
Komitmen                        40   0.367                      0.020
Wawasan                         40   0.111                      0.493
Emosi                           40   0.099                      0.545
Aras signifikan kore1asi 0.05

       Dari analisis Jadual 3, korelasi telah dibuat antara 3 komponen sikap dan
pencapaian mereka. Adalah didapati bahawa setiap sikap mempunyai hubungan yang
lemah dengan pencapaiannya. Walau bagamananapun, sikap komitmen telah
menunjukkan hubungan yang rendah dengan nilai r = 0.367. Sikap komitmen mempunyai
perhubungan signifikan dengan nilai yang lebih rendah daripada aras signifikan 0.05
Maka hipotesis nol ditolak. Oleh itu, sikap komitmen pelajar terhadap matematik
berkaitan dengan pencapaian mereka. Boleh dikatakan bahawa mereka yang bersikap
komitmen melibatkan diri dalam mempelajari matematik dan membawa kepada kejayaan
mereka dalam peperiksaan. Manakala bagi sikap wawasan dan emosi, nilai r masing-
masing ialah 0.111 dan 0.099 iaitu perhubungan yang agak lemah, nilai signifikan kedua-
dua sikap juga lebih besar daripada p, maka kedua-dua sikap ini menerima hipotesis nol
dengan jelasnya bahawa sikap wawasan dan emosi terhadap matematik tidak
menunjukkan hubungan signifikan dengan pencapaian matematiknya. Keputusan ini juga
menyokong hujah-hujah yang dikemukakan oleh Jackson dan Lahademe (1967) yang
mengatakan bahawa” hampir 25 tahun hasil dari kajian menunjukkan secara jelas bahawa
kejayaan murid tidak ada kaitan sama sekali dengan sikap murid terhadap sekolah dan
mata pelajarannya”.
       Di samping analisis korelasi, ujian-t juga digunakan untuk melihat perhubungan
antara sikap pelajar terhadap matematik dan pencapaian mereka seperti yang ditunjukkan
di dalamJadual 4.


                                                   8
Jadual 4: Ujian-t antara pasangan sikap dengan pencapaian.

Pasangan                  min     Sisihan piawai     t       df       signifikan
Komitmen-pencapaian       0.63    0.8066             4.9     39       0.00
Wawasan-pencapaian        0.75    0. 8086            5.87    39       0.00
Emosi-pencapajan          0.10    0.9001             0.70    39       0.486


         Ujian-t yang digunakan ialah statistik sampel berpasangan ( paired samples
statistic test ) dengan memadankan setiap komponen sikap dengan pencapaiannya. Dari
analisis tersebut, pasangan komitmen-pencapaian dan wawasan-pencapaian menunjukkan
signifikan antara perhubungan mereka. Oleh kerana mereka mempunyai nilai yang
kurang daripada aras signifikan yang ditetapkan, maka boleh dikatakan sikap komitmen
dan wawasan terhadap matematik berhubung kait dengan pencapaian matematik mereka.
         Untuk melihat satu gambaran perhubungan yang jelas antara sikap pelajar
terhadap matematik dan pencapaian matematik mereka, analisis crosstab telah digunakan
dan ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 5: Crosstab antara komponen sikap dan pencapaiannya.

Sikap         Nilai          Pencapaian                                            Jumlah
Pelajar
                             Rendah            Sederhana     Tinggi
Komitmen      Sederhana      5                 3             2                10
              Tinggi         6                 10            14               30
Wawasan       Sederhana      3                 1             1                5
              Tinggi         8                 12            15               35
Emosi         Sederhana      10                8             13               31
              Tinggi         1                 5             3                9

        Dalam analisis yang dibuat, sikap komitmen pelajar yang tinggi juga cenderung
ke arah pencapaian yang tinggi iaitu 30 orang yang bersikap komitmen tinggi, 14
antaranya memperolehi pencapaian yang tinggi. Manakala dari 10 orang yang bersikap
komitmen sederhana, kebanyakannya bertabur di pencapaian yang rendah iaitu seramai 5
orang. Sikap wawasan juga menunjukkan dapatan yang serupa dengan sikap komitmen.
Bilangan besar pelajar yang mempunyai sikap wawasan yang tinggi , boleh dilihat di
sekitar pencapaian sederhana dan tingg dengan terdapatnya 12 orang dan 15 orang.
Keadaan yang sebaliknya berlaku pada sikap emosi, di mana kebanyakan pelajar
mempunyai sikap emosi sederhana. Antara mereka ini, 10 orang telah mempunyai
pencapaian yang rendah, 8 orang dengan pencapaian sederhana dan terdapat 13 orang
mempunyai pencapaian yang tinggi. Fenomena sikap emosi ini menerangkan perasaan
pelajar terhadap matematik kurang merangsangkan dalam meningkatkan pencapaian
matematik mereka.




                                           9
Perbincangan


         Secara keseluruhan, kajian min telah menunjukkan bahawa sikap komintmen
pelajar terhadap mata pelajaran matematik mempunyai hubungan kait dengan pencapaian
matematik mereka. Manakala sikap wawasan dan emosi tidak mempunyai pertalian
dalam pencapaian matematik. Analisis data menunjukkan korelasi antara sikap pelajar
dan pencapaian adalah lemah. Jika ditinjau dari setiap komponen sikap tersebut,
komitmen dan wawasan yang tinggi memberi rangsangan dalam pencapaian akademik
yang baik, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga pelajar yang
memperolehi skor matematik yang rendah.

         Dari ketiga-tiga sikap ini, sikap emosi adalah sukar diramalkan. Manusia adalah
unik dan mempunyal sifat peribadi yang amat berbeza. Dari kajian ini, keputusan emosi
yang diperolehi adalah selalu bercanggah dengan keputusan yang diperolehi oleh sikap
komitmen dan wawasan. Perasaan afektif ini haruslah diberi prihatin supaya dapat
mengimbangi pembentukan sikap individu dan pemantapannya.
         Kejayaan dan kegagalan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran bergantung kepada
berbagai-bagai faktor. Walaupun dalam kajian ini hanya sikap komitmen pelajar
menunjukkan korelasi dengan pencapaian mereka, faktor sikap yang lain tetap menjadi
perhatian. Dalam dunia realiti, sering didapati bahawa sikap yang positif tidak seimbang
dengan kemampuan pelajar untuk mendapatkan skor yang baik dalam mata pelajaran
berkenaan. Maka sebagai pembimbing, guru seharusnya peka dan sensitif pada sikap
pelajar terhadap mata pelajaran yang diajariya.
        Beberapa cadangan disarankan agar dapat membantu meningkatkan prestasi
pencapaian matematik di kalangan pelajar.
1. Guru memeringkatkan bahan pengajaran-pembelajaran supaya mendahului dengan
    topik yang senang, diikuti dengan topik yang kompleks. Tindakan ini menyediakan
    pelajar supaya tidak berasa kecewa dan terdesak apabila menghadapi masalah
    matematik.
2. Guru memberi contoh-contoh matematik yang berhubung dengan kehidupan harian
    supaya pelajar menyedari kepentingan mempelajarinya dan aplikasinya dalam
    kehidupan harian.
3. Memupuk minat belajar matematik di kalangan pelajar dengan cara simulasi. Ini
    kerana minat merupakan sebahagian pembentukan sikap pelajar terhadap sesuatu
    fenomena.

        Sebagai kesimpulan, dapatan dari kajian ini memberikan suatu pengambaran
pengajaran-pembelajaran di kalangan pelajar terhadap mata pelajaran matematik.
Walaupun hubungan antara sikap dan pencapaian mereka adalah lemah, kita tidak boleh
mengabaikan faktor sikap ini. Malah kita perlu melakukan kajian yang lebih mendalam
tentang sikap pelajar supaya menyediakan suatu instrumen yang mantap untuk menilai
sikap terhadap pencapaian pelajar.




                                          10
Rujukan

     Aiken, L R. (1997). Psychological Testing and Assessment. (Ninth Edition). B
         Boston: Allyn and Bacon.

     Saifuddin Azwar (1995). Sikap Manusia (Edisi Kedua). Yogyakarta : Pustaka Pelajar.

     Feldman, R (1996) Understanding Psychology. New York: McGraw- Hill, Inc

     Fitt, A. B. (1990). An Experimental Study of Children ‘s Attitude to School in
           Auckland, New Zealand British Journal of Psychology 57, him 25-30.

     Graham, J R. dan Lilly, R S. (1984). Psychological Testing. New Jersey: Prentice-
        Hall, Inc.

     Henerson, Marlene B (1987) How to Measure Attitudes. Newbury Park: SAGE
        Publications.

     Jackson P.W. & Tatezis, J.W. (1956) Psychological Health and Classroom
         Functioning: A Study of Dissatisfaction With School Among Adolecents. Journal
         of Educational Psychology, 58 : 295-3 00.

     Kaplan, Robert M. & Saccuzzo, Dennis P. (1989). Psychological Testing ( Second
        Edition).

     Katz, R. (1960) The Functional Approach to the study of Attitude. Pub. Op. Qart.

.    Lahaderne, H.W. (1967) Scholastic Success and Attitude Toward School in a
        Population, of Sixt-Grade. Jaurnal of Educational Psychology 58 :1548.

.    Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan Skudai Johor :UTM.

     Rajecki D.W. (1989) Attitudes (Second Edition) Sunderland,, MA.: Sinauer.

     Shultz, R. C and Green B.F. (1953) Predicting Academic Achievement: A New
          Attitude& Interust Ii Educational and Psychological Measurement

     Steinberg, Robert J. (1997) Pathways to Psychology. New York: Harcourt Brace
         College Publisher&

    Thurstone, L.L & Chave,. E J. (1929). The Measurement of Attitude. Chicago.




                                            11

More Related Content

What's hot

Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Wana Ariza
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Jenry Saiparudin
 
Tugasan autentik
Tugasan autentikTugasan autentik
Tugasan autentikHK Chew
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTengku Firdaus
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khashuda hamdan
 
Kajian tindakan huda fazela
Kajian tindakan huda fazelaKajian tindakan huda fazela
Kajian tindakan huda fazelahuda hamdan
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)zahjannanti
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranLoreta Long
 
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia PasifikMUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifikmuhammadakbarzahidi
 
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantinaJurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantinaMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Dyg Khairunnisa
 
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)EyzahEs Brabies
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahFarah Waheeda
 

What's hot (20)

Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
Tugasan autentik
Tugasan autentikTugasan autentik
Tugasan autentik
 
Teacher's certification 3
Teacher's certification 3Teacher's certification 3
Teacher's certification 3
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
 
Kajian tindakan huda fazela
Kajian tindakan huda fazelaKajian tindakan huda fazela
Kajian tindakan huda fazela
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-Pentaksiran
 
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia PasifikMUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
 
3 Jurnal
3 Jurnal3 Jurnal
3 Jurnal
 
JURNAL SAINS 8
JURNAL SAINS 8JURNAL SAINS 8
JURNAL SAINS 8
 
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantinaJurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
 
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
 
Bab 5.1
Bab 5.1Bab 5.1
Bab 5.1
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
 
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran Autentik
 

Similar to Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik

Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikstephchun93
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Ameer Chann
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2jejakakunak
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnalhidadaus
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3Kamal Ludin
 
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyKamal Ludin
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahJue Mokhtar
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Mohd Farid Ismail
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri finalCik BaCo
 
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaPenerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaNoormawati Che Azmi
 
Combined
CombinedCombined
Combined098zxc
 

Similar to Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik (20)

Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
2003 andy
2003 andy2003 andy
2003 andy
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Ulasan Jurnal.pdf
Ulasan Jurnal.pdfUlasan Jurnal.pdf
Ulasan Jurnal.pdf
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3
 
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaPenerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
 
Combined
CombinedCombined
Combined
 

Recently uploaded

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 

Recently uploaded (12)

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 

Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik

  • 1. SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN? Azizi Hj. Yahaya Jamaluddin Ramli Yusof Boon Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan apakah hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Penumpuan diberikan terhadap 3 aspek sikap iaitu sikap komitmen, sikap emosi dan sikap berwawasan pelajar terhadap mata pelajaran matematik itu. Pengukuran sikap berdasarkan kepada skala sikap model Likert, manakala pencapaian pelajaran dalam mata pelajaran matematik diukur dengan menggunakan gred yang diperolehi dari peperiksaan akhir tahun 1999. Seramai 40 orang responden telah dipilih dari sebuah sekolah menengah di Johor Bahru sebagai sampel kajian ini. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan korelasi Pearson. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lemah antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan pencapaian mata pelajaran tersebut. Di akhir kajian, cadangan-cadangan telah dikemukakan untuk membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran di kalangan pelajar. 1
  • 2. Pengenalan Sikap menggambarkan personaliti, sikap adalah diri kita. Itulah yang sering kita dengar apabila memperkatakan tentang sikap. Adakah benar kenyataan di atas? Adakah dengan sikap yang kita ada, dapat ditunjukkan dengan tingkah laku? Sikap seseorang, objek atau ide yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Mengikut ahli psikologi sosial, sikap meliputi 3 komponen yang utama iaitu afektif, perilaku dan kognisi (Rajecki, 1989). Komponen afektif merangkumi emosi positif dan negatif individu terhadap sesuatu iaitu bagaimana perasaan seseorang terhadapnya. Komponen perilaku pula terdiri daripada kecenderungan atau bertujuan untuk bertindak pada tingkah laku tertentu yang berkait dengan sikap kita. Manakala komponen kognisi merujuk kepada kepercayaan dan pemikiran yang dipegang oleh seseorang terhadap sesuatu objek. Ketiga-tiga komponen dalam sikap ini saling berhubungan dan seterusnya berfungsi dalam pembentukan dan pemantapan sikap individu. Sikap adalah sesuatu yang berbentuk dalaman dan sukar untuk difahami. Ia terletak di dalam sanubari kita dan bukan semua sikap dapat dizahirkan secara terang dalam realiti kehidupan. Itulah sikap yang sering membuat manusia tertanya-tanya dan tercari-cari. Melalui sikap, manusia boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk mempertingkatkan jati diri. Itulah sikap yang sebenar yang perlu ada dalam diri manusia. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap pelajar. Sikap memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai orang akan menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di sekolah pula, guru-guru sering menyatakan bahawa kegagalan pelajar-pelajar disebabkan oleh sikap mereka yang negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya. Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau fenomena ( Robbins, 1986). Persepsi pelajar-pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran akan membentukkan sikap mereka terhadap mata pelajaran tersebut. Disebabkan sikap seringkali dikaitkan dengan kemajuan dan kegagalan persekolahan pelajar, maka kajian ini akan dilakukan untuk melihat sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan berhubungkaitnya dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran ini. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami sikap pelajar terhadap mata pelajaran diajariya. Maklumat yang diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi pengajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap pelajar dan seterusnya membawa kepada pencapaian yang cemerlang. 2
  • 3. Latar Belakang Masalah Mata pelajaran matematik merupakan mata pelajaran teras baik di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Mempelajari matematik adalah penting kerana dalam kehidupan harian kita tidak boleh mengelak daripada aplikasi matematik contohnya semasa membeli belah, pembinaan bangunan, membuat pengukuran, membuat perbandingan dan sebagainya. Di sekolah juga, banyak mata pelajaran lain seperti fizik, kimia, sains, prinsip akaun, geografi yang juga melibatkan pengiraan matematik. Maka penguasaan matematik dengan baik memberi keuntungan dalam mempelajari mata pelajaran tersebut. Memandangkan kepentingan matematik ini, pelajar haruslah mengamalkan sikap yang positif terhadap mata pelajaran tersebut. Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapatnya kemerosotan mata pelajaran matematik di kalangan pelajar kita. Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap mereka seperti tidak berminat atau dengan mengatakan matematik itu susah dan berasa takut semasa mempelajari matematik serta persepsi negatif yang lain. Oleh itu, kajian ini cuba meninjau sejauh manakah sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik ini memberi kesan terhadap pencapaiannya. Kajian lepas menunjukkan dua pendapat iaitu satu kelompok menyatakan sikap pelajar terhadap mata pelajaran mempunyai korelasi dengan pencapaiannya. Misalnya kajian yang dibuat oleh Jordan (1940) telah menggunakan teknik soal selidik yang dimajukan oleh Thurstone dan Chave (1929) untuk menguji sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, matematik, sejarah dan geografi di kalangan 231 pelajar ( berumur 11-15 tahun ) di Sekolah Utara London. Hasil dari ujian ini telah menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran itu. Demikian juga dengan kajian Rallison (1941), yang dibuat di kalangan pelajar-pelajar berumur 11,12 dan 13 tahun di bandar New Castle, England, telah mendapati bahawa sikap dan minat pelajar mempunyal hubung-kait yang kuat dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran pendidikan Jasmani, bahasa Inggeris, llmu Alam dan sejarab. Dari ujian yang menggunakan Vernon Measurement Abilities (VMA) dijelaskan faktor sikap dan minat saling mempengruhi pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Fitt (1957) yang membuat kajian di Auckland, New Zealand juga mendapati hubungan antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran adalah mempunyal kaitan yang positif dengan pencapaian setelah beliau menggunakan soalselidik di kalangan 1244 orang pelajar di bandar itu. Lebih lanjut lagi beliau menunjukkan perubahan umur pelajar dari rendah ke peringkat menengah mempengaruhi perubahan sikap pelajar terhadap persekolahan mereka. Seterusnya banyak lagi kajian yang dilakukan selepas ini termasuklah mencuba berbagai-bagai teknik. Austrin misalnya menggunakan Multidimensional Achievement Orientation Scale (MAOS), Schultz menggunakan Attitude-Interest Questionaire” dan Jackson bersama Getzel menggunakan” Iowa Test of Educational Development” (TED), bagi menghubungkan sikap dengan pencapaian. 3
  • 4. Tetapi kelompok lain seperti kajian Jackson dan Lahademe (1957) yang mengkaji pencapaian pelajar dan sikap mereka di kalangan pelajar gred 6 di enam buah sekolah di Chicago dengan menggunakan Ujian IQ Kulmann-Anderson dan Michigan Student Questionnaire (MSQ) telah gagal mencari korelasi yang jelas antara sikap pelajar dan pencapaiannya. Demikian juga dengan kajian yang dibuat oleh Malpass terdahulu dari itu gagal mencari korelasi antara sikap pelajar terhadap pelajaran dan pencapaian di sekolah. Beliau telah menjalankan kajian itu di kalangan 92 orang pelajar gred 8, New York dalam tahun 1953. Ada tanda-tanda kesamaran dalam membuat ukuran sikap dan ujian pencapaian telah menyebabkan kajian ini gagal mencari jawapan antara dua pembolehubah berkenaan. Kesimpulannya, ada kemungkinan berjaya atau gagalnya mencari pertalian antara sikap dengan pencapaian pelajar berkait rapat dengan teknik kajian, dan bagaimana kajian itu dibuat. Pernyataan Masalah Kajian yang dijalankan ini ialah untuk melihat sejauh manakah persoalan sikap mempunyai kesan tertentu terhadap pelajar. Sikap berkenaan akan dilihat dari aspek komitmen iaitu penglibatan pelajar secara aktif atau tidak terhadap mata pelajaran matematik, aspek emosi di mana perasaan pelajar sama ada ‘favorable’ atau tidak ‘favorable’ terhadap matematik dan aspek berwawasan iaitu pelajar bersifat inisiatif atau tidak terhadap matematik. Ketiga-tiga aspek ini kemudian dihubungkan dengan pencapaian matematik mereka bagi mendapat jawapan kepada pertalian antara pembolehubah-pembolehubah berkenaan. Kajian ini akhirnya cuba mendapat jawapan sejauh manakah sikap terhadap pelajaran boleh dijadikan faktor menelah pencapaian mereka di sekolah. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan mengenalpasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik. Melalui beberapa persepsi pelajar iaitu komitmen, emosi dan berwawasan terhadap mata pelajaran matematik dengan pencapaiannya dalam mata pelajaran tersebut berdasarkan peperiksaan akhir tahun 1999. Objektif kajian ini ialah: I. Mengetahui persepsi pelajar terhadap mata pelajaran matematik. II. Mengkaji perhubungan antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dengan pencapajan 4
  • 5. Hipotesis i. Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap komitmen pelajar terhadap mata pelajaran matematik dengan pencapaian ii. Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap wawasan pelajar terhadap mata pelajaran matematik dengan pencapajan. iii. Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap emosi pelajar terhadap mata pelajaran matematik dengan pencapaian . Pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran adalah bergantung kepada sikap pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran itu. Sikap yang positif terhadap mata pelajaran memberi rangsangan kepada seseorang dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut. Kajian ini dapat membantu guru mengenalpasti sikap pembelajaran pelajar dan seterusnya dapat merancangkan strategi pengajaran yang bersesuaian dengan pembelajaran pelajar-pelajar dengan mengubah sikap negatif mereka kepada sikap yang positif. Kekangan Kajian Kajian ini membuat andaian bahawa pencapaian akademik pelajar yang baik adalah disebabkan oleh sikap mereka. Kajian ini juga mengawal faktor luar yang boleh mempengaruhi pencapaian seseorang seperti baka, taraf sosial ekonomi, latar belakang keluarga dan faktor guru. Definisi Istilah Pengertian sikap terlalu luas dan berbagai-bagai tetapi untuk kajian ini pengertian yang diberikan oleh Katz (1966), Menurut beliau, sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang individu di dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai atau tidak. Seterusnya sikap adalah sesuatu yang terhasil dari perasaan, kepercayaan atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi. Pencapaian pula bermaksud skor atau gred yang diperolehi dalam peperiksaan yang dinilai dengan gred AI, A2, C3, C4, C5, C6, P7, P8 dan F9. Pencapaian gred AI, A2 dianggap sangat baik, gred C3, C4 dianggap baik, C5, C6 adalah sederhana, P7, P8 pula lemah dan F9 gagal. 5
  • 6. Metodologi Kajian yang dijalankan ini adalah bersifat tinjauan, di mana borang soal selidik digunakan untuk melihat persepsi pelajar terhadap beberapa aspek pembelajaran matematik mereka. Aspek-aspek tersebut akan dilihat dari segi komitmen, perasaan dan berwawasan. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik diukur berdasarkan gred yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan empat pada tahun 1999. Responden kajian ialah pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan Johor Bahru yang telah menduduki peperiksaan akhir tahun pada tahun 1999. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini seramai 40 orang yang dipilih secara rawak dari berbagai kaum dan jantina. Soal selidik yang digunakan dibina berdasarkan soal selidik Aiken (1997) dan diubahsuai selepas melaksanakan kajian rintis menggunakan sampel yang tidak terlibat dalam kajian sebenar. Kajian rintis telah dibuat babagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahannya adalah baik. Analisis data Skor setiap item adalah berdasarkan sekil Likert 5 skala. Pencapaian matematik pelajar adalah merujuk kepada gred yang diperolehi dalam peperiksaan akhir tahun 1999. Semua data-data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan SPSS for Windows. Analisis deskriptif seperti min dan sisihan piawai akan digunakan. Sementara itu, analisis secara inferensi yang digunakan ialah ujian-t dan korelasi Pearson. Keputusan Data-data telah dikumpul dari 40 orang responden yang dipilih secara rawak dari kelas Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan di Johor Bahru. Semua data dan skor yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS for Windows. Skor mentah yang diperolehi telah diubahsuai dan dibahagikan kepada 3 komponen sikap iaitu komitmen, emosi dan berwawasan yang masing-masing mempunyai 3 nilai iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Pengumpulan data telah dijalankan dengan lancar di mana pelajar- pelajar yang menjawab soal selidik telah memberi kerjasama. 6
  • 7. Keputusan Deskriptif Jadual 1 menunjukkan data kekerapan untuk 3 komponen sikap yang dikaji. Pada keseluruhannya sikap pelajar adalah berada di tahap sederhana dan tinggi. Secara terperinci sikap komitmen dan wawasan pelajar lebih bercenderung pada tahap yang tinggi iaitu 75% dan 87.5% daripada responden berada di kategori ini. Ini bermakna ramai pelajar mempunyai sikap yang ingin berusaha dan menyedari kepentingan matematik terhadap masa depan mereka. Walau bagaimanapun, keadaan yang sebaliknya dilihat pada sikap emosi pelajar. Dalam komponen ini terdapatnya 77.5% responden mempunyai emosi yang sederhana berbanding dengan hanya 22.5% sahaja beremosi tinggi terhadap matematik. Ketiga-tiga sikap ini boleh dikatakan sejajar dengan pencapaiannya dengan memandang kepada kekerapan data pencapaian responden, di mana taburan yang banyak juga berada di tahap sederhana dan tinggi dengan keputusan bahawa 11 orang mempunyai pencapaian matematik yang rendah, 13 orang mencapai tahap sederhana dan seramai 16 orang mempunyai pencapaian yang tinggi. Jadual 1: Kekerapan komponen sikap dan pencapaian ITEM KEKERAPAN PERATUS KOMITMEN Sederhana 10 25.0 Tinggi 30 75.0 WAWASAN Sederhana 3 12.5 Tinggi 35 87.5 EMOSI Sederhana 31 77.5 Tinggi 9 22.5 PENCAPAJAN Rendah 11 27.5 Sederhana 13 32.5 Tinggi 16 40.0 Seterusnya data juga dianalisis supaya menunjukkan min dan sisihan piawai yang diperolehi oleh setiap sikap berbanding dengan pencapaian masing-masing seperti yang di tunjukkan di dalam Jadual 2. Secara keseluruhannya, min yang diperolehi oleh sikap komitmen ialah 2.75 dan sisihan piawal seramai 0.44, min sikap emosi pula 2.23 dan sisihan piawai ialah 0.42, sikap wawasan mempunyai min seramai 2.88 dan sisihan piawai yang agak rendah iaitu 0.33 sahaja. Dari keputusan ini, boleh dikatakan bahawa sikap pelajar terhadap matematik adalah positif dan merangsangkan. Jadual 2: Min dan sisihan piawai komponen sikap berbanding dengan pencapaian. Pencapaian N Komitmen Wawasan Emosi min Sisihan Min Sisihan min Sisihan Piawai piawai Rendah 11 2.55 0.52 2.73 0.47 2.09 0.30 Sederhana 13 2.77 0.44 2.92 0.28 2.38 0.51 Tinggi 16 2.88 0.34 2.94 0.25 2.19 0.40 Jumlah 40 2.75 0.44 2.88 0.33 2.23 0.43 7
  • 8. Jika ditinjau dari segi pencapaian pelajar, keputusan yang ditunjukkan juga menerangkan bahawa pencapaian yang tinggi minnya pada setiap komponen sikap, juga tinggi iaitu 2.89 bagi sikap komitmen dan 2.94 bagi sikap wawasan berbanding dengan pencapaian yang rendah, min komponen sikapnya juga rendah iaitu 2.55 pada sikap komitmen dan 2.72 pada sikap wawasan. Kekecualian terdapat pada sikap emosi di mana min yang tinggi ialah berada di tahap pencapaian sederhana. Seperti yang dinyatakan terdahulu, fenomena ini menjelaskan bahawa perasaan individu adalah tidak konsisten dan berubah mengikut situasi tertentu. Tidak seperti sikap komitmen dan wawasan yang lebih konsisten. Keputusan Pengujian Hipotesis Keputusan inferensi disimpulkan oleh analisis korelasi Pearson dan Ujian-t. Dalam kajian ini, aras signifikan 0.05 sebagai rujukan penerimaan atau penolakan hipotesis nol. Sekiranya aras signifikan p, kurang daripada 0.05, ujian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah yang dikaji. Jadual 3: Korelasi antara komponen sikap pelajar terhadap matematik dan pencapaiannya. Sikap pelajar N Korelasi dengan pencapaian Signifikan,p terhadap matematik Matematik, r Komitmen 40 0.367 0.020 Wawasan 40 0.111 0.493 Emosi 40 0.099 0.545 Aras signifikan kore1asi 0.05 Dari analisis Jadual 3, korelasi telah dibuat antara 3 komponen sikap dan pencapaian mereka. Adalah didapati bahawa setiap sikap mempunyai hubungan yang lemah dengan pencapaiannya. Walau bagamananapun, sikap komitmen telah menunjukkan hubungan yang rendah dengan nilai r = 0.367. Sikap komitmen mempunyai perhubungan signifikan dengan nilai yang lebih rendah daripada aras signifikan 0.05 Maka hipotesis nol ditolak. Oleh itu, sikap komitmen pelajar terhadap matematik berkaitan dengan pencapaian mereka. Boleh dikatakan bahawa mereka yang bersikap komitmen melibatkan diri dalam mempelajari matematik dan membawa kepada kejayaan mereka dalam peperiksaan. Manakala bagi sikap wawasan dan emosi, nilai r masing- masing ialah 0.111 dan 0.099 iaitu perhubungan yang agak lemah, nilai signifikan kedua- dua sikap juga lebih besar daripada p, maka kedua-dua sikap ini menerima hipotesis nol dengan jelasnya bahawa sikap wawasan dan emosi terhadap matematik tidak menunjukkan hubungan signifikan dengan pencapaian matematiknya. Keputusan ini juga menyokong hujah-hujah yang dikemukakan oleh Jackson dan Lahademe (1967) yang mengatakan bahawa” hampir 25 tahun hasil dari kajian menunjukkan secara jelas bahawa kejayaan murid tidak ada kaitan sama sekali dengan sikap murid terhadap sekolah dan mata pelajarannya”. Di samping analisis korelasi, ujian-t juga digunakan untuk melihat perhubungan antara sikap pelajar terhadap matematik dan pencapaian mereka seperti yang ditunjukkan di dalamJadual 4. 8
  • 9. Jadual 4: Ujian-t antara pasangan sikap dengan pencapaian. Pasangan min Sisihan piawai t df signifikan Komitmen-pencapaian 0.63 0.8066 4.9 39 0.00 Wawasan-pencapaian 0.75 0. 8086 5.87 39 0.00 Emosi-pencapajan 0.10 0.9001 0.70 39 0.486 Ujian-t yang digunakan ialah statistik sampel berpasangan ( paired samples statistic test ) dengan memadankan setiap komponen sikap dengan pencapaiannya. Dari analisis tersebut, pasangan komitmen-pencapaian dan wawasan-pencapaian menunjukkan signifikan antara perhubungan mereka. Oleh kerana mereka mempunyai nilai yang kurang daripada aras signifikan yang ditetapkan, maka boleh dikatakan sikap komitmen dan wawasan terhadap matematik berhubung kait dengan pencapaian matematik mereka. Untuk melihat satu gambaran perhubungan yang jelas antara sikap pelajar terhadap matematik dan pencapaian matematik mereka, analisis crosstab telah digunakan dan ditunjukkan dalam Jadual 5. Jadual 5: Crosstab antara komponen sikap dan pencapaiannya. Sikap Nilai Pencapaian Jumlah Pelajar Rendah Sederhana Tinggi Komitmen Sederhana 5 3 2 10 Tinggi 6 10 14 30 Wawasan Sederhana 3 1 1 5 Tinggi 8 12 15 35 Emosi Sederhana 10 8 13 31 Tinggi 1 5 3 9 Dalam analisis yang dibuat, sikap komitmen pelajar yang tinggi juga cenderung ke arah pencapaian yang tinggi iaitu 30 orang yang bersikap komitmen tinggi, 14 antaranya memperolehi pencapaian yang tinggi. Manakala dari 10 orang yang bersikap komitmen sederhana, kebanyakannya bertabur di pencapaian yang rendah iaitu seramai 5 orang. Sikap wawasan juga menunjukkan dapatan yang serupa dengan sikap komitmen. Bilangan besar pelajar yang mempunyai sikap wawasan yang tinggi , boleh dilihat di sekitar pencapaian sederhana dan tingg dengan terdapatnya 12 orang dan 15 orang. Keadaan yang sebaliknya berlaku pada sikap emosi, di mana kebanyakan pelajar mempunyai sikap emosi sederhana. Antara mereka ini, 10 orang telah mempunyai pencapaian yang rendah, 8 orang dengan pencapaian sederhana dan terdapat 13 orang mempunyai pencapaian yang tinggi. Fenomena sikap emosi ini menerangkan perasaan pelajar terhadap matematik kurang merangsangkan dalam meningkatkan pencapaian matematik mereka. 9
  • 10. Perbincangan Secara keseluruhan, kajian min telah menunjukkan bahawa sikap komintmen pelajar terhadap mata pelajaran matematik mempunyai hubungan kait dengan pencapaian matematik mereka. Manakala sikap wawasan dan emosi tidak mempunyai pertalian dalam pencapaian matematik. Analisis data menunjukkan korelasi antara sikap pelajar dan pencapaian adalah lemah. Jika ditinjau dari setiap komponen sikap tersebut, komitmen dan wawasan yang tinggi memberi rangsangan dalam pencapaian akademik yang baik, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga pelajar yang memperolehi skor matematik yang rendah. Dari ketiga-tiga sikap ini, sikap emosi adalah sukar diramalkan. Manusia adalah unik dan mempunyal sifat peribadi yang amat berbeza. Dari kajian ini, keputusan emosi yang diperolehi adalah selalu bercanggah dengan keputusan yang diperolehi oleh sikap komitmen dan wawasan. Perasaan afektif ini haruslah diberi prihatin supaya dapat mengimbangi pembentukan sikap individu dan pemantapannya. Kejayaan dan kegagalan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran bergantung kepada berbagai-bagai faktor. Walaupun dalam kajian ini hanya sikap komitmen pelajar menunjukkan korelasi dengan pencapaian mereka, faktor sikap yang lain tetap menjadi perhatian. Dalam dunia realiti, sering didapati bahawa sikap yang positif tidak seimbang dengan kemampuan pelajar untuk mendapatkan skor yang baik dalam mata pelajaran berkenaan. Maka sebagai pembimbing, guru seharusnya peka dan sensitif pada sikap pelajar terhadap mata pelajaran yang diajariya. Beberapa cadangan disarankan agar dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian matematik di kalangan pelajar. 1. Guru memeringkatkan bahan pengajaran-pembelajaran supaya mendahului dengan topik yang senang, diikuti dengan topik yang kompleks. Tindakan ini menyediakan pelajar supaya tidak berasa kecewa dan terdesak apabila menghadapi masalah matematik. 2. Guru memberi contoh-contoh matematik yang berhubung dengan kehidupan harian supaya pelajar menyedari kepentingan mempelajarinya dan aplikasinya dalam kehidupan harian. 3. Memupuk minat belajar matematik di kalangan pelajar dengan cara simulasi. Ini kerana minat merupakan sebahagian pembentukan sikap pelajar terhadap sesuatu fenomena. Sebagai kesimpulan, dapatan dari kajian ini memberikan suatu pengambaran pengajaran-pembelajaran di kalangan pelajar terhadap mata pelajaran matematik. Walaupun hubungan antara sikap dan pencapaian mereka adalah lemah, kita tidak boleh mengabaikan faktor sikap ini. Malah kita perlu melakukan kajian yang lebih mendalam tentang sikap pelajar supaya menyediakan suatu instrumen yang mantap untuk menilai sikap terhadap pencapaian pelajar. 10
  • 11. Rujukan Aiken, L R. (1997). Psychological Testing and Assessment. (Ninth Edition). B Boston: Allyn and Bacon. Saifuddin Azwar (1995). Sikap Manusia (Edisi Kedua). Yogyakarta : Pustaka Pelajar. Feldman, R (1996) Understanding Psychology. New York: McGraw- Hill, Inc Fitt, A. B. (1990). An Experimental Study of Children ‘s Attitude to School in Auckland, New Zealand British Journal of Psychology 57, him 25-30. Graham, J R. dan Lilly, R S. (1984). Psychological Testing. New Jersey: Prentice- Hall, Inc. Henerson, Marlene B (1987) How to Measure Attitudes. Newbury Park: SAGE Publications. Jackson P.W. & Tatezis, J.W. (1956) Psychological Health and Classroom Functioning: A Study of Dissatisfaction With School Among Adolecents. Journal of Educational Psychology, 58 : 295-3 00. Kaplan, Robert M. & Saccuzzo, Dennis P. (1989). Psychological Testing ( Second Edition). Katz, R. (1960) The Functional Approach to the study of Attitude. Pub. Op. Qart. . Lahaderne, H.W. (1967) Scholastic Success and Attitude Toward School in a Population, of Sixt-Grade. Jaurnal of Educational Psychology 58 :1548. . Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan Skudai Johor :UTM. Rajecki D.W. (1989) Attitudes (Second Edition) Sunderland,, MA.: Sinauer. Shultz, R. C and Green B.F. (1953) Predicting Academic Achievement: A New Attitude& Interust Ii Educational and Psychological Measurement Steinberg, Robert J. (1997) Pathways to Psychology. New York: Harcourt Brace College Publisher& Thurstone, L.L & Chave,. E J. (1929). The Measurement of Attitude. Chicago. 11