Pentingnya Al-Qur'an dalam Perspektif Mahasiswa.pdf
Nuzul al quran power point
1. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada
malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun
ke-41 keputeraan Nabi Muhamad SAW
2. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling
besar yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad saw. Kita hendaklah beriman dan
mempercayai isi kandungan al-Quran.
Beriman dengan Al-Quran merupakan salah
satu dalam Rukun Iman. Kitab Al-Quran
merupakan kitab terakhir diturunkan kepada
Nabi Muhammad S.A.W
3. ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu
berpindah dari tempat sebelah atas ke
tempat di sebelah bawah
4. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau
himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan
kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh
manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana
dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang
menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi
soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat,
munakahat dan sebagainya.
5. 1 . Orang yang membaca, menghafaz dan
melihat sambil memikirkan keajaiban yang
ada pada susunannya diberikan pahala.
2 . Al-Quran sumber hidayah bagi
kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di
akhirat.
3. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan
manusia atau jin yang mampu mencipta ayat
yang menyerupai al-Quran.
6. 4. Al -Quran merupakan mukjizat tertinggi dan
teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi
Muhammad saw.
5. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran.
Membawa manusia daripada kegelapan kepada
cahaya yang terang.
6. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala
dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw
bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran,
sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat
sebagai syafaat kepada pembacanya .
7. 1- Al-Quran untuk dibaca, bukan dijadikan
perhiasan.
2- Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat)
bagi orang yang ingkar dan zalim.
3- Al-Quran menjadi petunjuk kepada
orang-orang yang bertakwa.
4- Hati yang keras boleh dilembutkan
dengan hidayah al-Quran dengan
keizinan Allah.