1. Entiti Perniagaan di Malaysia
Zuhairah Ariff Abd Ghadas
SME Workshop- IIUM/SME Corp
1 July 2012
2. Pengenalan
⢠Di Malaysia, ada empat jenis entiti perniagaan
yang boleh di tubuhkan:
i. Pemilikan Tunggal (sole proprietorship)
ii. Perkongsian(Partnership)
iii. Syarikat(Company)
iv. Koperasi (Cooperative)
Terbaru- Perkongsian Liabiliti Terhad (Limited
Liability Partnerships)
3. Perniagaan Perseorangan/Pemilik
Tunggal
⢠Bilangan Ahli: 1 orang
⢠Undang-undang: Akta Pendaftaran Perniagaan
1956
⢠Pengurusan: Pengurus (Pemilik/Tuanpunya)
serta pekerja-pekerjanya
⢠Tanggungan: Tidak terhad
⢠Pembahagian Keuntungan: Untuk seorang
sahaja
4. Peniagaan/Pemilikan Tunggal
⢠Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 :
âperniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari
segi kewangan dan pegurusannya dikendalikan oleh
seorang individu sahajaâ.
⢠Jenis perniagaan ini selalunya dimiliki oleh orang
perseorangan dimana segala urusan perniagaan
bergantung kepadanya.
5. ⢠Tanggung jawab pemilik tunggal adalah tidak
terhad. Sekiranya perniagaan tersebut gagal dan
diistiharkan bankrupt, sipiutang (Creditors) boleh
menyaman pemilik bagi menuntut hutang.
Mereka yg mendapat arahan mahkamah boleh
menuntut diatas harta persendirian pemilik
tunggal.
⢠Entiti perniagaan ini senang dan mudah
ditubuhkan kerana kurangnya formaliti yang
perlu dipatuhi.
6. KEBAIKAN P.TUNGGAL
⢠Mudah untuk diurus dan dibubarkan;
⢠Kebebasan pemilik bertindak dan mengawal;
⢠Keuntungan yang diperolehi adalah hak pemilik
seorang;
⢠Maklumat kewangan tidak terdedah kepada
semakan awam;
⢠Dari sudut percukaian, kerugian perniagaan
boleh ditolak dengan pendapatan persendirian
lain seperti penggajian, dividen, sewa dan lain-
lain.
⢠Tidak banyak birokrasi, peraturan dan
perundangan.
7. KEBURUKAN P.TUNGGAL
⢠Rumit mendapat pembiayaan;
⢠Tanggungan perniagaan yang tidak terhad;
⢠Jangka hayat perniagaan bergantung kepada
jangka hayat pemilik (perniagaan
ditutup/tamat sekiranya pemilik meninggal
dunia);
8. Perkongsian
⢠Bilangan Ahli: 2 orang hingga 20 orang
⢠Undang-undang: Akta Pendaftaran Perniagaan
1956 dan Akta Perkongsian 1961
⢠Pengurusan: Pengurus dan Rakan Kongsi
⢠Tanggungan: Tidak terhad. Pihak pemiutang
boleh menuntut kerugian daripada mana-mana
ahli kongsi tersebut sehingga boleh melibatkan
harta-harta persendirian.
⢠Pembahagian keuntungan bergantung kepada
peratus pegangan saham atau perjanjiaan antara
ahli-ahli kongsi.
9. Perkongsian (Partnership)
⢠Perkongsian ditubuhkan dengan
mendaftarkan penubuhannya dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
⢠Seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961:
â Relation which subsist between persons
carrying on business in common with a view
of profit â
10. ⢠Seksyen 47(2) Akta Perkongsian dan Seksyen
14(3)(b) Akta Syarikat: Bilangan pekongsi
adalah diantara 2-20 orang. Walau
bagaimanapun bagi perniagaan berbentuk
profesional seperti guaman, akauntan dan
arkitek, tidak ada had keahliaan maksima.
11. ⢠Dari segi perundangan perkongsian tidak
dianggap entiti berasingan dengan pekongsi-
Seksyen 6 Akta Perkongsiaan 1961.
⢠Liabiliti perkongsi tidak terhad. Pemiutang
perkongsiaan berhak menuntut wang dari setiap
perkongsi untuk melunaskan hutang perniagaan.
Jika pekongsi gagal melunaskan tuntutan
tersebut, pekongsi lain wajib membantu untuk
melunaskannya.- Seksyen 7 & 11 Akta
Perkongsiaan 1961.
12. ⢠Terikat dengan surat ikatan perjanjian di
antara rakan kongsi.
⢠Surat perjanjian perkongsian menentukan
kuasa, tanggungjawab rakan kongsi dan
syarat-syarat lain.
⢠Keuntungan dan kerugian diagihkan kepada
rakan kongsi mengikut perjanjian.
13. Kebaikan Perkongsian
⢠Kemudahan mendapat kredit dan sumber modal
lebih besar berbanding pemikilan tunngal;
⢠Tanggungjawab diagihkan;
⢠Maklumat kewangan tidak terdedah kepada
semakan awam;
⢠Dari sudut percukaian, kerugian perniagaan
boleh ditolak
⢠dengan pendapatan persendirian lain seperti
penggajian, dividen, sewa dan lain-lain;
⢠Kepelbagaian idea, kebolehan dan kemahiran.
14. Keburukan Perkongsiaan
⢠Tanggungjawab tidak terhad, walaupun
terhadap rakan kongsi yang pasif;
⢠Keuntungan terpaksa dibahagi, bergantung
kepada peratus pegangan saham keuntungan
antara ahli-ahli;
⢠Jangka hayat perniagaan bergantung kepada
jangka hayat rakan kongsi (perniagaan
⢠Boleh ditutup/tamat sekiranya mana-mana
rakan kongsi meninggal dunia.
15. Syarikat
(Sendirian, Sendirian Berhad Dan
Berhad)
⢠Ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965.
⢠Entiti yang sah dan terpisah daripada pemilik
⢠Terbahagi kepada 3 bentuk :
(i) Syarikat Berhad oleh Syer
(ii) Syarikat Berhad oleh gerenti/jaminan
(iii) Syarikat tak berhad dengan atau tanpa
modal syer.
16. Ciri- ciri Syarikat
⢠Seksyen 16(5) Akta Syarikat 1965:
Syarikat mempunyai sifat-sifat seperti seorang
manusia iaitu mempunyai namanya sendiri, boleh
didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di
Mahkamah, mempunyai aset atas namanya
sendiri, hayat yang bersepanjangan sehingga
tindakan diambil bagi membubarkannya,
(perpetual seccession) walaupun ada di antara
ahli-ahlinya yang meninggal dunia.
17. Syarikat Berhad oleh Syer
⢠Syarikat Berhad oleh syer terbahagi
kepada dua jenis iaitu:
âSyarikat Sendirian Berhad
âSyarikat Berhad
18. SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
(SDN. BHD.)
⢠Bilangan Ahli :2 orang hingga 50 orang
⢠Undang-undang: Akta Syarikat, 1965
⢠Pengurusan: Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa oleh
ahli-ahli syarikat/pemegang saham untuk melantik
pasukan pengurus untuk mengurus operasi syarikat.
Biasanya pasukan pengurus sesebuah syarikat terdiri
dari:
19. ⢠Setiausaha Syarikat
⢠Juruodit
⢠Tanggungan:Terhad kepada saham yang dimiliki
⢠Pembahagian Keuntungan: Melalui dividen
mengikut keuntungan syarikat seperti yang
ditetapkan dalam mesyuarat agong.
⢠Pindahmilik Saham: Dikuasai oleh Pengarah dan
Mesyuarat Agong.
⢠Syarikat dilarang menjemput orangramai
membeli saham & mendepositkan wang.
20. Syarikat Berhad dengan Gerenti/Jaminan
⢠Syarikat yang ditubuhkan tanpa modal untuk
tujuan kebajikan, pelajaran, sukan, seni, sains,
ugama dan lainlain.
⢠Sumber kewangan adalah melalui derma orang
ramai atau sumbangan dari pihak kerajaan dan
swasta. Keuntungan sekiranya ada, tidak boleh
diarihkan kepada ahli sebaliknya dilaburkan
semula ke dalam syarikat. Contoh: UIAM,
Yayasan Pelajaran MARA, Yayasan Johor, Tabung
Pelaburan Perwira, Yayasan Islam dan
sebagainya.
21. Syarikat Awam Berhad (Bhd.)
⢠Syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
yang mempunyai modal saham yang boleh ditawarkan
kepada orangramai.
⢠Mempunyai sifat-sifat yang sama dengan Syarikat
Sendirian Berhad. Perbezaan utama nya adalah dari
segi pemilikan perniagaan.
⢠Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham
dipasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari
sesiapa.
⢠Bilangan Ahli tidak terhad-Sekurang-kurangnya 2 orang
dan keahlian dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin
menjadi ahli.
22. ⢠Pindahmilik saham syarikat adalah bebas tanpa
apa-apa syarat terutama syarikat yang
disenaraikan di Bursa Saham. Pindahmilik dibuat
melalui broker saham tanpa membebankan ahli
atau syarikat.
⢠Syarikat boleh menjemput orangramai membeli
sahamnya dengan mengeluarkan prospektus yang
dicetak dan diedarkan kepada orangramai melalui
surat khabar, broker saham, rumah terbitan dan
bank.
⢠Penjualan dibuat secara tunai.
23. ⢠Syarikat berhad yang kecil tidak perlu
mengeluarkan Prospektus. Apa yang
diperlukan ialah Statement in Lieu of
Prospectus yang telah diluluskan oleh
Pendaftar Syarikat.
⢠Dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad
mesti ditulis nama "Berhad".
24. ⢠Kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 ke
atas syarikat berhad adalah lebih rumit lagi
daripada yang dikenakan ke atas syarikat
sendirian berhad. Salah satu daripadanya ialah
syarikat berhad dikehendaki memajukan
imbangan kira-kira tahunannya yang diaudit
bersama-sama dengan laporan tahunan pada
tiap-tiap tahun.
25. Kelebihan perniagaan perseorangan
dan perkongsian.
⢠Kelebihan menjalankan perniagaan jenis ini
ialah pemilik dan rakan kongsi perniagaan
tidak perlu mendedahkan Penyata Kewangan
kepada pihak awam.
⢠Di sudut percukaian, kerugian perniagaan
boleh ditolak dengan pendapatan
persendirian lain seperti penggajian, dividen,
sewa dan lain-lain.
26. Kelebihan Syarikat
⢠Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada sumbangan
modal sahaja.
⢠Kontuniti atau Syarikat terjamin â iaitu Syarikat tidak
akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang
saham.
⢠Kemudahan untuk mendapat modal.
⢠Kemudahan dari segi penukaran hakmilik.
⢠Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh
perundangan.
⢠Potensi untuk perkembangan luas.
⢠Pemilik saham tidak dibebankan dengan
tanggungjawab pengurusan.
27. Kekurangan
⢠Rumit untuk diuruskan serta terikat dan
tertakluk kepada Akta Syarikat.
⢠Maklumat terdedah kepada semakan awam;
⢠Ahli hilang penguasaan jika tidak menjadi Ahli
Lembaga Pengarah;
⢠Perlu membayar pelbagai jenis cukai iaitu :
⢠Cukai kemajuan, Cukai pendapatan dan Cukai
keuntungan (26% daripada untung bersih).
28. KOPERASI
⢠Perniagaan yang dijalankan sekumpulan individu
secara sukarela untuk menjaga kebajikkan ahli-ahlinya.
⢠Sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di
bawah Akta Koperasi 1993.
⢠Terdapat 2 bentuk koperasi iaitu :
(i) Koperasi keahlian terhad - Terhad kepada jenis
pekerjaan, kawasan dan latarbelakang seperti Koperasi
Guru.
(ii) Koperasi keahlian bebas - Iannya terbuka kepada
sesiapa saja untuk menjadi ahli seperti Koperasi
Pengguna, Koperasi Perumahan
29. ⢠Merupakan persatuan yang menjalankan
aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu
dan meringankan beban anggota-anggotanya .
Selain mendapat pulangan dalam bentuk
dividen , anggota-anggotanya juga menikmati
harga yang lebih murah dari pasaran dan
kemudahan-kemudahan khas seperti
pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada
koperasi yang dianggotainya.
30. ⢠Ditadbirselia oleh sepasukan Anggota
Lembaga yang dilantik pada Mesyuarat Agung
yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir
tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Setiap
anggota berhak mencalonkan seseorang
daripada kalangan anggota untuk jawatan
Anggota Lembaga.
⢠Keuntungan di bahagi mengikut kadar
caruman ahli.
32. PERNIAGAAN PERSEORANGAN
⢠Seseorang yang ingin mendaftarkan perniagaannya
boleh memilih samada ingin mendaftarkannya
sendiri atau melalui pihak wakil pengurusan.
Langkah I :
⢠Carian nama. Dapatkan borang carian nama dari
Pejabat Pendaftaran Perniagaan dan penuhkan.
Majukan kepada pihak kaunter ROB untuk
menentukan nama yang dipohon boleh digunakan.
Pastikan nama perniagaan menggunakan 100%
dalam Bahasa Malaysia atau 100% dalam bahasa
Ingeris. Perkataan-perkataan tertentu adalah
dilarang penggunannya seperti National, Royal dan
lain-lain.
⢠Langkah II
⢠Dapatkan Borang A daripada Pejabat Pendaftar dan
penuhkan.
33. ⢠Langkah III
⢠Setelah dipenuhkan dan ditandatangani, pastikan
Borang tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya
Sumpah dengan bayaran lebih kurang RM10.00.
⢠Langkah IV
⢠Kemukakan Borang A tersebut bersama-sama
dengan salinan kad pengenalan pemilik dan surat
kelulusan nama.
⢠Langkah V
⢠Dapatkan Sijil Perakuan Pendaftaran dan
biasanya mengambil masa lebih kurang satu
minggu.
34. Bayaran bagi pendaftaran perniagaan
⢠RM50.00 Nama Perniagaan menggunakan nama
sendiri (seperti dalam Kad Pengenalan).
Contohnya: Ali bin Ahmad.
⢠RM25.00 Nama Perniagaan menggunakan nama
selain nama sendiri. Contohnya: Ali Ahmad
Enterprise, Restoran Ali Ahmad dan lain-lain.
⢠Pendaftaran ini adalah sah selama satu tahun.
Setiap pembaharuan akan dikenakan bayaran
sebanyak RM25.00. Kelewatan memperbaharui
Pendaftaran Perniagaan akan dikenakan penalti
dan jumlah penalti ditentukan berdasarkan
tempoh luput itu.
35. Perubahan dan Penamatan
⢠Sebarang perubahan kepada butir-butir perniagaan
seperti alamat perniagaan, bidang perniagaan, ahli
kongsi dan sebagainya perlulah dibuat melalui
BORANG "B". Borang yang telah diisi dan disahkan
oleh Pesuruhjaya Sumpah bolehlah dikemukakan ke
Pejabat Pendaftar. Bayaran sebanyak RM5.00
dikenakan pada perubahan pendaftaran ini.
⢠Penamatan perniagaan boleh dibuat di Pejabat
Pendaftar Perniagaan dengan mengemukakan
BORANG C. Borang ini mestilah dikemukakan dalam 2
salinan. Pastikan ianya disahkan oleh Pesuruhjaya
Sumpah. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan bagi
tujuan penamatan.
36. PERKONGSIAN
⢠Proses dan prosedur pendaftaran perniagaan
perkongsian pada asasnya adalah sama
seperti pendaftaran perniagaan perseorangan
iaitu dengan menggunakan BORANG A. Cuma
setiap ahli kongsi mestilah mengisi borang
yang berasingan, "Borang P.N.A.-1A".
37. PENDAFTARAN SYARIKAT SDN. BHD.
⢠Permohonan carian nama syarikat hendaklah
dikemukakan dengan menggunakan Borang 13A,
dalam dua salinan. Bayaran sebanyak RM30.00
dikenakan bagi setiap satu nama. Kelulusan nama
tersebut berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu:-
ďą Nama yang dipohon tidak bersamaan atau
menyerupai dengan nama syarikat lain yang telah
didaftarkan.
ďą Nama yang dipohon tidak termasuk di dalam nama
yang tidak diingini.
ďą Nama yang dipohon tidak bersangkutan dengan
kerabat diraja seperti raja, putera, puteri, permaisuri
dan lain-lain.
38. ďąNama yang dipohon tidak bersamaan dengan
Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Agensi
Kerajaan, Organisasi antarabangsa atau parti
politik (Warta Kerajaan bertarikh 14 April 1966).
ďąNama yang dipohon tidak melebihi dari 50 huruf
perkataan termasuk perkataan "Sendirian
Berhad".
ďąKelulusan menggunakan nama syarikat yang
dipohon akan diberikan sekiranya semua syarat
di dipatuhi. Kebenaran menggunakan nama
tersebut diberikan selama tiga bulan dari tarikh
kelulusan.
39. Dokumen Pendaftaran
⢠Memorandum & Articles Syarikat
A: MEMORANDUM OF ASSOCIATION
⢠Nama Syarikat.
⢠Objektif syarikat.
⢠Kedudukan pejabat berdaftar.
⢠Tanggungan ahli syarikat.
⢠Modal syarikat.
⢠Nama, alamat dan pekerjaan penaja
memorandum.
40. ARTICLES OF ASSOCIATION
⢠Definisi articles
⢠Definisi Sdn. Bhd.
⢠Modal syarikat dan saham
⢠Mesyuarat Agong
⢠Lembaga Pengarah
⢠Setiausaha Syarikat
⢠Cop mohor syarikat
⢠Dividen dan simpanan
⢠Akaun dan Odit
41. ⢠Memorandum dan Articles hendaklah
ditandatangani oleh semua penaja dan saksi
dan dimatikan setem dengan bayaran :
-Salinan asal: RM200.00
-Salinan pendua: RM 20.00
42. Borang 6 - Statutory Declaration of
Compliance (Lampiran)
⢠Borang ini ditandatangani oleh pengarah
utama atau setiausaha syarikat yang
menguruskan penubuhan syarikat di hadapan
Pesuruhjaya Sumpah.
43. Borang 48A
⢠Statutory Declaration by a person Before
appointment as director or promoter before
incorporation of corporation
⢠Setiap pengarah hendaklah mengangkat
sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah
sebelum perlantikan sebagai Pengarah
syarikat.
44. Borang 9
⢠Perakuan Perbadanan Syarikat
⢠Dikeluarkan kepada syarikat oleh Pejabat
Pendaftar Syarikat sekiranya dokumen yang
dihantar memenuhi kehendak Akta Syarikat.
Perakuan ini menyatakan tarikh penubuhan
syarikat, nama dan nombor syarikat.
45. ⢠Selepas penubuhan, syarikat mestilah
mengadakan mesyuarat pertama ahli
Lembaga Pengarah dalam masa satu bulan
dari tarikh penubuhannya. Ini bertujuan bagi
meluluskan beberapa perkara berhubung
dengan pendaftaran syarikat.
⢠Selepas mesyuarat ini, syarikat mestilah
memfailkan borang-borang berikut tidak lewat
dari satu bulan dari tarikh penubuhan
syarikat.
46. Borang 24 - Return of Allotment of Share
⢠Butir-butir pemegang saham, pembahagian
shaam dan cara bayaran samasa secara tunai
atau sebaliknya.
Borang 44 - Notice of Situation of Rgistered
Office and of Office Hours.
⢠Borang ini menyatakan kedudukan alamat
berdaftar syarikat dan di mana semua buku
berkanun syarikat disimpan. Biasanya di
alamat Setiausaha Syarikat.
47. Borang 49 - Return Giving Particulars in
Register of Directors, Managers and
Secretaries and Change of Particulars.
⢠Borang ini memberikan butir-butir ahli
Lembaga Pengarah, Pengurus dan Setiausaha
Syarikat. Sebarang perubahan yang berlaku
mestilah dikemukakan kepada Pejabat
Pendaftar Syarikat.