Dokumen tersebut berisi nasihat-nasihat dari Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya tentang cara mengobati demam. Diantaranya dengan merenjiskan air sejuk ke tubuh, berendam di sungai yang mengalir setelah sholat subuh, serta tidak mencaci demam karena dapat menghilangkan dosa. Demam dijelaskan sebagai akibat dari percikan api neraka sehingga perlu dipadamkan dengan air.
4. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: Sesungguhnya demam adalah
daripada percikan api neraka, kerana itu
sejukkanlah badan yang demam itu dengan air,
atau baginda dengan kata lain adalah air zam-
zam. Bagaimana caranya? Renjislah air pada
tubuh atau berendam di dalam air.
5. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w.
bersabda: Apabila salah seorang daripada anda
demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke
atas tubuh badannya sebanyak tiga malam
pada waktu sahur.
6. Daripada hadith Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w.
bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam,
sesungguhnya demam itu adalah sebahagian darupada api
neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk.
Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap
aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan
hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama 3
kali selama 3 hari. Jika tidak sembuh cubalah sebanyak 5 kali, 7
kali atau 9 kali. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada
9 kali, InsyaAllah.
7. Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w. pernah menemui
Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: “Kenapa
anda menggigil?” Jawabnya: “Demam dan tidak ada keberkatan
Allah padanya.” Sabda baginda s.a.w.: “Jangan mencaci demam,
kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam,
sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-
karat pada besi.”