SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 62
SMK SRI RAHMAT
KELAS PENDIDIKAN KHAS
MATA PELAJARAN VOKASIONAL
                      PERTANIAN



               BAHAGIAN 1

              PENANAMAN
                   SAYURAN

intisari
1.0   PENANAMAN SAYURAN
      1.1   Jenis sayuran
      1.2   Pemilihan tapak
      1.3   Penyediaan tapak
      1.4   Pembinaan batas
      1.5   Pemilihan benih
      1.6   Kaedah menanam sayuran
1.6.1    Menyemai benih besar
          1.6.2    Menyemai benih kecil
          1.6.3    Semaian terus
          1.6.4    Mengubah/memindah semaian
          1.6.5    Mengekalkan kesegaran
          1.6.6    Perlindungan semaian
          1.6.7    Sungkupan
          1.6.8    Penjarangan
          1.6.9    Memancang
          1.6.10   Kawalan Penyakit dan Serangga
                   1.6.10.1   Jenis racun
                   1.6.10.2   Teknik Meracun
          1.6.11   Membaja
                   1.6.11.1   Jenis baja
                   1.6.11.2   Teknik membaja




1.1       JENIS SAYURAN
Sayuran daun                                Sayuran kekacang

  Sawi                                      Kacang panjang

 Kailan                                     Kacang botor

 Bayam                                      Kacang buncis

 Kangkung                                   Kacang sepat
Sayuran berubi / akar              Sayuran Berbuah

     Bendi                              Petola

     Keledek                            Bendi

     Ubi kayu                           Cili

     Sengkuang                          Peria

     Lobak putih                        Timun

     Lobak merah                        Tomato




                Latihan 1

1.       Tandakan ( / ) jika ia sayuran daun

     •   Kubis              _____________          petola
                ______________
     •   Timun      _____________           kangkung
                ______________
     •   Bayam      _____________           buah            naga
         ______________
     •   Peria              _____________          kalian
                ______________
2.       Gariskan sayuran buah

     •   Cili                         bendi
     •   Peria                                keledek
     •   Ubi kayu                     kacang tanah
     •   Kacang buncis                kacang sepat

3.       BULATKAN sayuran berubi

     •   Keledek                      labu
     •   Labu air                     kentang
     •   Keladi                       rozel
     •   Lobak merah                  sengkuang

4.       Sayuran     ______________ memerlukan junjung untuk
menjalar.

A .      daun                         B.      berbuah

C.       kekacang                     D.      berubi


                              BATAS
     1.2 Pemilihan Tapak Batas

            o   Tanah sebaik-baiknya rata
            o   Kawasan yang lapang
            o   Dekat jalan raya
            o   Dekat bekalan air
            o   Dekat dengan rumah
o   Saliran yang baik

      1.3 Penyediaan Batas

          o   Buangkan batu-batan, akar, kayu, rumput
          o   Gali tanah untuk dibuat batas sedalam 25 hingga
              30 sm bagi gemburkan tanah dan membunuh
              akar rumpai
          o   Gemburkan tanah dengan penggembur
          o   Buat parit saliran
          o   Tebang pokok besar disekeliling bagi
              memudahkan pencahayaan
          o   Bina batas dengan ukuran yang sama

      1.4 Pembinaan batas

          o   Terdapat 2 jenis batas iaitu :
                   Batas tunggal
                         Tinggi – 20-25sm, Lebar 30-45sm,
                   Batas rata
                         Tinggi 15-25sm, Lebar – 0.75-1.2m
                          dan Panjang – 5-9 meter
          o   Jarak di antara batas ialah 30-60 sm
          o   Batas berguna bagi mengelak air bertakung dan
              memudahkan menjaga tanaman



1.5     Pemilihan Benih dan Penyimpanan Benih
o   Cukup matang/tua
         o   Besar dan berisi penuh
         o   Bebas dari haiwan perosak atau penyakit
             seperti kulat
         o   Simpan benih di bekas kedap udara
         o   Labelkan bekas simpan benih

1.6     Kaedah menanam sayuran

        Terdapat 3 cara menanam sayuran:

         o   Penanaman 4 segi
         o   Penanaman 3 segi
         o   Penanaman silang/ kuinkuk

1.6.1   Menyemai benih besar

         o   Semaian terusMenyemai benih kecil

         o   Semaian terus ( seperti langkah di atas)

1.6.2    Semaian terus

                  Langkah –langkah semaian:
                       Rendamkan biji benih sehari bagi
                        memudahkan percambahan
   Tanam 2 / 3 biji benih dalam 1
                            lubang
                           Selepas bercambah ,buang
                            semaian yang kurang sihat,
                            tinggalkan 1 benih yang sihat
                            saja.
    •   Terdapat 2 kaedah semai tabur:
            o   1. Kaedah Jalur
                     Bina jalur
                     Tabur benih dan timbus tanah
                     Selepas bercambah buat penjarangan
                      dalam jarak tertentu
            o   2. Semai Tabur
                     Tabur benih
                     Timbuskan dengan tanah nipis
                     Siram
                     Selepas bercambah, buat penjarangan
                      dalam jarak tetentu

1.6.3       Semaian di Tapak Semaian

•   Terdapat 3 cara penyemaian bukan terus iaitu :

        •   1. Mengguna Polibeg
o   Sesuai untuk cili, tomato dan terung
              o   Pindahkan ke tanah setelah matang
        •   2. Kotak Percambahan
              o   Menggunakan kotak kayu yang
                  berlubang
              o   Tanah mengandungi 2 bahagian tanah
                  peroi, 1 bahagian baja organic , 1
                  bahagian pasir
              o   Tabur benih dan tutup dgn tanah halus
              o   Pindahkan ke tanah selepas
                  percambahan
        •   3. Batas semaian
              o   Bubuh baja asas dan baja fosforus ke
                  tanah sebelum semaian
              o   Semai kaedah jalur / tabor
              o   Siram dan ubah benih selepas
                  bercambah

1.6.4       Mengubah/memindah semaian

                  •   Semai di tapak semaian
                  •   Guna sudip dan pastikan akar benih
                      tidak rosak
                  •   Ubah/pindah setelah cukup matang
•   Tanam ikut jarak yang sesuai

1.6.5   Mengekalkan kesegaran

        Penyegaran tumbuhan boleh dilakukan
        menggunakan 2 cara iaitu:

          •   1. bekalan air berterusan sama ada
              melalui siraman tangan atau penyebar air
          •   2. perlindungan- menggunakan pelindung
              jaring plastic hitam/hijau telus air atau
              sungkupan daun kelapa

1.6.6   Perlindungan semaian

          Tujuannya ialah bagi mengelakkan
          panacaran matahari terlalu terik dan timpaan
          hujan lebat yang boleh menghanyutkan dan
          merosakkan anak benih.

          Kaedah sungkupan merupakan kaedah
          tradisi yang masih digunakan iaitu
          menggunakan daun kelapa atau rumput
          menutup permukaan tanah yang telah
          disemai benih
Kaedah moden adalah menggunakan jarring
          hijau,hitam atau plastic telus cahaya

1.6.7    Penjarangan

          •   Pembuangan anak benih yang tumbuh
              terlalu rapat dan memindahkan kepada
              jarak tertentu.
          •   Mengurangkan anak benih berebut baja,
              cahaya air, dan zat makanan

1.6.8    Memancang

        Memancang ialah proses membuat sokongan
        kepada pokok terutama pokok menjalar atau
        tumbuhan memanjat.

        Terdapat 3 jenis pancangan iaitu :

          •   1. Pancang 3 segi
          •   2. Pancang jenis jarring
          •   3. Pancang jenis pagar

1.6.9   Kawalan Penyakit dan Serangga
Haiwan perosak dan serangga akan
 membawa pengakit, merosakkan daun dan
 memakan anak benih.

Haiwan perosak

 •   Kutu daun, ulat bulu,
     teritip,belalang,kumbang, pianggang
     (mengkerintingkan daun), bari-bari ( warna
     kuning yang menbuk dan memakan daun),
     nematola,siput dan koya( debu putih)

 Jenis racun

 •   Racun serangga
 •   Racun rumput

 Penyakit Sayuran

 •   Melecur - akibat kulat
 •   Reput akar – akibat kulat dan bacteria
 •   Bintik daun – akibat kulat
 •   Kulapuk – akibat kulat
 •   Karat batang- akibat kulat
 •   Pokok terbantut- akibat virus
1.6.9.1     Langkah Mengawal

            •   Sembur racun serangga
            •   Buang siput/ulat bulu
            •   Tabur umpan racun bagi mengawal siput
                atau tikus
            •   Tanaman giliran
            •   Menjaga kebun dengan bersih

1.6.10    Tanaman giliran

•   Pusingan Giliran:

            •   I – Tanaman Kekacang
            •   II- Sayuran daun
            •   III- Tanaman berubi
            •   IV- Sayuran berbuah

          Tujuan tanaman digilirkan ialah supaya dapat
          mengawal makluk perosak, men yerap zat
          makanan dengan sekata dan menambah
          nitrogen dalam tanah terutama jika menanam
          tanaman kekacang.

1.6.11    Membaja
1.6.11.1 Tujuan Membaja

  •   Membekalkan zat makanan
  •   Membaiki struktur tanah

1.6.11.2 Zat makanan pokok (N.P.K)

  •   N – Nitrogen ( tumbesaran)
  •   P – Phosforus (akar)
  •   K – Kalium ( bunga dan buah)

1.6.11.3 Jenis Baja

  Terdapat 2 jenis baja iaitu     baja organan
  dan baja organan

  Baja organan

      •   Sumber asli dari najis haiwand an pokok
          reput seperti tahi ayam, tahi lembu, rtahi
          kambing, kompos dan tanah bakar

  Baja kimia

      Terdapat 2 jenis baja kimia iaitu baja
      tunggal dan baja campuran sebatian

      •   Baja tunggal
o   Baja Nitrogen ( urea 46%,
                 ammonium sulfat 20 % dan
                 ammonium nitrate 33%
             o   Baja Phosforus ( CIRP-Baja asli pra
                 Natal, Fosfat Super)
             o   Baja Kalium ( Kalium klorida 50%
                 dan Kalium sulfat 50%)
     •   Baja Campuran/sebatian
             o   Mengandungi N.P.K
                 ( nitrogen,phosphorus dan kalium)
             o   Nisbah :       N -15%, P – 15% , K – 17
                 % dan Magnesium – 2%

Teknik Membaja

 •   Pembajaan asas – dicampur dengan tanah
         o   Membaja sebelum menanam
                    5 kg baja organan/0.3 kg baja
                     sebatian
                    Baja fosforus CIRP 50 gram
                    Kapur 0.5 kg
 •   Pembajaan permukaan
         o   Tabur sekeliling pokok
         o   Tabur setiap 2 minggu
o    Elak baja terkena pokok
              o    Boleh juga mencampur dengan air
                   nisbah 5 air 1 baja dan sembur

        Pemungutan Sayuran

Sayuran    Cara Tanam      Jarak      Jarak     Mula Kutip
                           tanam      Tanam     hasil
                                                (minggu)
                           Antara     Antara
                           tumbuhan   barisan
Peria      Semaian terus   45 cm      60 cm     10 -12
                                                minggu
           Perlu
           junjungan
Petola     Semaian terus   45 cm      60cm      8-10
                                                minggu
           Perlu
           junjungan
Sawi       Semai dan       25 cm      30cm      4-6 minggu
           pindah ke
           batas
Terung     Semai di        45 cm      60 cm     10-12
           polibeg                              minggu

           Dan ubah ke
           batas
Timun      Semain terus    45 cm      60 cm     6-8 minggu
           ke batas

           Perlu
junjuungan
Tomato   Semai terus ke   45 cm   50 cm   12-14
         batas atau                       minggu
         polibeg




 MAKLUMAT
    TANAMAN
PENANAMAN BENDI

1. Nama Tempatan: Bendi, Okra (Hibiscus        esculentus)




2.   Pendahuluan:

 Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis
 tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan
 kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-
 bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti
 buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam,
 salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan
 dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai
 bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi
 yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan
 minuman harian menggantikan kopi

3.   Tanah:

Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur
berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai
yang bersaliran baik

 A. Menyedia Kawasan
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm. Buat
     pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam.
     Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah, baja organik seperti
     tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar


     B. Menanam

Tanam biji benih sedalam 2.5sm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji
selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 sm antara pokok.
Selepas 2 minggu, cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak
11 gm biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 m
lebar dan 30 m panjang (Rajah 1).




C. Membaja



Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok
setiap 2 minggu. Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja.

D. Menyiram
Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di
peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah

E. Merumput

Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada
label racun herba tersebut.

F. Sungkupan

Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau
kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan untuk
mengekalkan kelembapan.

G. MeSetelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas
setinggi 40 sm hingga 60 sm dari paras tanah untuk mendapatkan
hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru dibiarkan
membesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan
pembajaanmangkas

4. Kawalan Musuh Dan Penyakit:

Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat
pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi
pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk,
gunakan racun serangga seperti Diazinon.


Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada
daun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok
hitam dan berjelaga. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur
racun kulat Benomyl. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut
arahan label.

5. Penuaian:

Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari pangkal
buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar
berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula
dilakukan ketika:


i. 50 - 55 hari selepas menanam.
ii. 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebugaan.
iii.Buah berukuran 10 - 12 sm panjang, iaitu buah-buahan masih
lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan
yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi
boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya
menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2
hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil
dianggarkan 10,000 - 15,000 kg sehektar.



6. Pengendalian Lepas Tuai
Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan
dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas
dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh
disimpan selama 2 - 3 hari sahaja tanpa dibungkus dengan plastik.
Sedikit air perlu dipercikkan supaya pengudaraan menjadi lembab.
Buah-buah yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan
selama 7 - 8 hari dalam keadaan suhu 24 darjah Celcius - 26 darjah
Celcius dan kelembapan bandingan 70 - 75 %.


|
PENANAMAN KACANG PANJANG

1. Nama Tempatan: Kacang Panjang (Vigna sinensis)




2. Penanaman:

  •   Penyediaan Tanah:

      Di Ladang



Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 sm ke 22 sm ( 6 ke 9 inci)
supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batas berukuran 1.2 m (4
kaki) lebar, 25 sm (10 inci) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan
kawasan. Jarak antara batas ialah 60 sm (2 kaki). Gaulkan 50 kg tahi
ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi.
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain



Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1
bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah
campuran tersebut sehingga 5 sm dari permukaan permukaan pasu.

  •   Menanam:

Di Ladang


Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 60 sm
(2 kaki) antara barisan dan 45 sm (18 inci) antara pokok.

Setelah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 1 pokok
selubang sahaja. Sebanyak 70 g biji benih diperlukan untuk kawasan
seluas 100 meter persegi (1000 kaki persegi).

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain


Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 sm ( 1 inci ). Selepas 2 minggu
ditanam, tinggalkan 1 pokok sahaja dalam satu pasu.

  •   Menyedia Junjung:

Di Ladang

Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan
menggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Condongkan
kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas.
Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan
anak-anak pokok meliliti kayu sokongan.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan anak
pokok meliliti kayu sokongan.




3. Penjagaan:

  •   Menyiram air:

Siram tanaman di ladang atau dalam pasu pada waktu pagi dan
petang setiap hari kecuali hari hujan



  •   Membaja:
Di Ladang

Gunakan baja kimia NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak 7 kg
bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagi kepada 3 kali
pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 7 selepas menanam.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain


Tabur 1 sudu teh (5 g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu
setiap minggu.




  •   Merumput:



Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk
mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai.

 4. Kawalan Penyakit Dan Serangga:



Untuk kawalan ulat pengorek buah, sembur jika perlu dengan racun
serangga seperti carbaryl, 0.1% b.a.
Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1% b.a.



5. Memungut Hasil:
Di Ladang

Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam.
Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6
minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100
meter persegi. Dengan harga purata antara Rm4.00 - RM6.00/kg.


Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Anggaran hasil ialah 0.5 kg/pokok.
PENANAMAN KACANG BOTOR

1. Nama Tempatan: Kacang Botor, kacang kelisa (Psophocarpus
tetragonolobus D.C. )




2. Pendahuluan:



Kacang botor atau kacang kelisa adalah sejenis sayuran berbuah
yang sangat kaya dengan protin dan lemak serta vitamin A & B. Ia
dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara.

Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan pancang/kayu
junjung untuk memanjat. Ia selalu ditanam sebagai tanaman jangka
pendek di kebun sayur atau di tepi-tepi pagar rumah.
Buah polong berukuran 15 - 20 sm panjang dan mempunyai 4 sayap
yang bergerigis. Biasanya buah digunakan dalam masakan dan juga
dimakan mentah sebagai ulam.



3. Tanah:

Kacang botor boleh ditanam di berbagai jenis tanah iaitu daripada
ringan berpasir hingga kepada tanah lempong serta tanah gambut.
Elakkan dari menanam di kawasan yang bertakung air. Tanah yang
gembur, subur, baik salirannya dan pH5.5-6.0 adalah paling sesuai.




4. Penanaman:

A. Menyedia Kawasan


Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20 - 30 sm untuk memudahkan
akar tumbuh dengan baik. Sediakan batas berukuran 1.3 m lebar, 30
sm tinggi dan panjangnya 7.5 m atau mengikut keadaan kawasan.
Jarak antara batas ialah 30 sm.


B. Menanam


Kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya boleh diambil
dari buah-buah yang telah cukup tua yang berwarna perang
kehitaman. Gaul biji benih dengan racun kulat, contohnya thiram
dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih sebelum menanam.


Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 sm antara pokok dan 1 m
antara barisan ataupun 60 sm x 60 sm. Tiap-tiap batas mengandungi
2 barisan pokok. Tanam terus biji benih ke batas sebanyak 2 biji
selubang, lebih kurang 2.5 sm dalam. Biji benih akan bercambah
dalam masa 14 hari. Cabut dan tinggalkan hanya 1 anak benih yang
sihat pada setiap lubang. Untuk kawasan seluas 0.4 ha, lebih kurang
7 kg biji benih diperlukan.




C. Menyedia Junjung


Untuk mendapatkan hasil yang baik, kacang botor perlu diberi
junjung. Sokong anak-anak tanaman dengan menggunakan kayu
pancang berukuran 2.0 m - 2.5 m panjang. Condongkan kayu-kayu
sokongan yang bertentangan supaya bersilang dan ikat di bahagian
atas tempat bertemu untuk mendapatkan sokongan yang kuat.
Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap tempat persilangan.
Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Cara ini sesuai
untuk kawasan penanaman yang kecil. (Rajah 1)


Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis.
Pacakkan sebatang kayu/tiang-tiang beruti yang berukuran lebih
kurang 2.5 m panjang dan bergaris pusat 8 - 10 sm di bahagian
tengah kedua-dua hujung tiap-tiap batas. Pacakkan pula tiang kayu
berukuran 0.6 m panjang dan 5 - 6 sm garis pusat di hujung penjuru
tiap-tiap batas (Rajah 2). Sambungkan tiang-tiang kayu yang
bertentangan antara kedua hujung batas dengan dawai kasar.
Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.
PENANAMAN CILI




PENANAMAN

Penyediaan Tanah

1. Di Ladang

  •   Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.
  •   Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi.
      Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
  •   Jarak antara batas - 45 cm.
  •   Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi
      kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

  •   Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1
      bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan
pasu.




  •


Menyedia Anak Benih

1. Di ladang

  •     Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm.
  •     Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian
        tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.
  •     Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan
        dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.
  •     Jarak tanaman - 5 cm x 2 cm
  •     Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari
  •     Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan
        yang berlebihan.
  •     Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai.
  •     Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada
        cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk
        mengeraskannya.

Menanam

1. Di Ladang
•   Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas.
  •   Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak
      benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan
      segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
  •   Jarak tanaman - 90 cm antara pokok x 150 cm antara baris

2. Dalam Pasu atau bekas lain

  •   Semai terus 3 - 4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5
      cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas
      menanam.




PENJAGAAN

Sungkupan

1. Diladang

  •   Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai
      sungkupan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

  •   Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput
•   Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan tanah,
      cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau
      untuk mengawalnya.




KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAK

Penyakit           Kawalan
Bintik daun        Sembur racun kulat Benomyl
Antraknos buah     Sembur racun kulat seperti mancozeb
Kutu daun          Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos atau
                   Imidachloprid
Hamama merah       Sembur racun seperti dicofol atau malathion
Kerekot daun dan   (a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh itu kawal
mozek daun         kutu daun adalah penting.
                   (b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.
Layu bakteria      Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan
                   bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran yang
                   elok.




MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang
•   Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.
  •   Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.
  •   Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 - 200 kg.

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain

  •   Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran
      hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.
PENANAMAN PETOLA SEGI (Luffa acutangula)

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

  •   Bajak dan gembur tanah sedalam 20 - 30 cm untuk
      memudahkan pertumbuhan akar.
  •   Lakukan pengemburan dengan cangkul atau traktor.
•    Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/ sampah sarap
       sebelum menyediakan batas.

PENJAGAAN

Membaja

  •    Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan / 0.4
       ha) digunakan sebagai baja asas.
  •    Baja sebatian seperto NPK - 12:12:17:2 juga diperlukan.
  •    Program pembajaan

      Masa Pembajaan           Kadar Baja          Cara Membaja
                              (kg/0.4 ha)
 3 minggu lepas tanam              100          Tabur di keliling pokok
 5 minggu lepas tanam              200           Tabur antara pokok
 7 minggu lepas tanam              200           Tabur antara pokok

Menyiram

  •    Siram dua kali sehari apabila cuaca terlampau panas.

Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok

  •    Biar hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan
       buah.
  •    Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan
       utama hendaklah dibuang. Ini bertujuan untuk menggalakkan
pengeluaran bunga yang banyak dan pembentukan buah yang
      lebih besar.
  •   Pokok-pokok juga elok digalakkan memanjat dan menjalar di
      atas para.
  •   Buah muda terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya
      tergantung dan pembesarannya tidak terganggu.

Membalut buah

  •   Boleh dibuat apabila pokok mula berbuah.
  •   Buah-buah yang sedang membesar boleh dibalut dengan beg-
      beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.

MEMUNGUT HASIL

  •   Petola boleh dipetik apabila berumur lebih kurang 45 hari.
      Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali. Petik buah setiap hari
      iaitu waktu pagi dengan menggunakan pisau yang tajam. Petik
      buah yang masih lembut dan belum bersabut.

Tempoh umur pokok petola - 105 - 110 hari.
PENANAMAN TERUNG
PENYEDIAAN TANAH

1. Di Ladang

  •   Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.
  •   Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi.
      Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
  •   Jarak antara batas - 45 cm.
  •   Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi
      kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

  •   Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1
      bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
  •   Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari
      permukaan pasu.
MENYEDIA ANAK BENIH

  •   Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm
      lebar dan 10 cm tinggi.
  •   Isikan kotak semaian dengan tanah campurah 3 bahagian
      tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.
  •   Semai 3 biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan
      tutup benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup
      benih dengan lapirsan nipis tanah.
  •   Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm dan 2 cm antara biji
      benih.
  •   Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua
      kali sehari.
  •   Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan
      air hujan yang berlebihan.
  •   Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai.
  •   Sebelum diubah ke ladang, dedah anak benih kepada cahaya
      matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk
      mengeraskannya.

MENANAM

1. Di Ladang

  •   Anak benih berumur 3 - 4 minggu boleh diubah terus ke batas.
  •   Basahkan kotak semaian sebelum mencabut supaya anak
      benih senang digali.
•   Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke
      batas.
  •   Jarak tanaman ialah 90 cm x 60 cm

2. Dalam Pasu atau bekas lain

  •   Tanam terus 3 - 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 - 5 cm.
  •   Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

PENJAGAAN

Menyiram

Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali
hujan.

Membaja

1. Di Ladang

  •   Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok
      dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua
      minggu.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

  •   Tabur 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2)
      sepasu di keliling pokok setiap minggu.

Sungkupan
1. Di Ladang

Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai
sungkupan.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput

Bersihkan batas-batas daripada rumpai dengan tangan, cangkul atau
tajak. Cabut rumpai yang tumbuh dalam pasu.

Menyedia Sokongan

1. Di Ladang

  •   Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1½ meter dipacak
      berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan
      tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

  •   Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan
      sokongan di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2
      m panjang.

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT
•   Sembur racun seranggan carbaryl (Sevin) pada kadar 1 sudu
      besar (10 g) dengan segelen air untuk mengawal ulat lipat
      daun, kumbang daun dan pengorek buah.
  •   Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1
      sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit
      reput buah dan racun kulat benomyl seperti Benlate pada kadar
      1 sudu teh atau 3 g segelen air untuk mengawal bintik daun.

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

  •   Terung boleh dipetik 6 minggu selepas diubah ke ladang.
  •   Punggutan hasil dibuat setiap 4 hari.
  •   Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 75 - 125 kg
      dengan harga purata 60 sen sekilo, pendapatan kasar adalah
      RM45 hingga RM75.

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain

  •   Mulalah memetik buah 10 minggu selepas ditanam. Anggaran
      hasil ialah 1 kg sepokok.
PENANAMAN TIMUN

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

1. Di Ladang

  •   Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.
  •   Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 25 cm tinggi. Panjang
      batas mengikut keadaan kawasan.
  •   Jarak antara batas - 30cm.
•   Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 100 meter
      persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

  •   Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1
      bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
  •   Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari
      permukaan pasu.

Menanam

1. Di ladang

  •   Semai terus 2 biji benih selubang se dalam 2.5 cm.
  •   Jarak tanaman - 60 cm x 60 cm
  •   15 g biji benih bagi kawasan seluas 100 meter persegi
  •   Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam, tinggalkan
      sepokok selubang.

2. Dalam Pasu dan bekas-bekas lain

  •   Semai terus 2 biji benih dalam pasu sedalam 2.5 cm.
  •   Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.




PENJAGAAN

Sungkupan
1. Di Ladang

  •   Rumput kering, jerami padi atau lalang boleh diletakkan di
      atasnya sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu atau bekas lain

  •   Gunakan rumput kering sebagai sungkupan.

Menyedia Junjung

1. Di Ladang

  •   Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh berukuran
      2 m pancang dipacak berhampiran dengan anak benih dan
      dicondongkan supaya bertentangan dan bertemu di atas.
  •   Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk
      mendapatkan sokongan yang kuat.

Menyiram

Siram dua kali sehari kecuali pada hari hujan.

Membaja

1. Di Ladang

  •   Gunakan baja NPK Blue Special 12:12:17:2 sebanyak 10 kg
      bagi kawasan seluas 100 m persegi
  •   Baja dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu
      ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.
2. Dalam Pasu dan Bekas lain

  •   Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special sepasu
      setiap minggu.

Merumput

  •   Kawal rumput sepanjang masa.




KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT

Penyakit / Perosak      Kawalan
Kumbang daun            Sembur racun kulat Carbaryl dengan kadar
                        0.1% bahan aktif (b.a)
Kutu daun               Sembur racun serangga seperti malathion
                        dengan kadar 0.1% bahan aktif
Kulapuk berdebu/        Semburan benomyl dengan kadar 0.025% b.a.
Kulapok downy




MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

  •   Timun boleh dipetik 7-8 minggu selepas diubah ke ladang.
  •   Buah dipetik apabila buah mencapai panjang lebih kurang 15
      hingga 20 cm.
•   Kutipan hasil dibuat 2 hari sekali selama satu bulan.
•   Hasil dianggar 200 kg hingga 300 kg bagi 100 meter persegi
    kawasan.
•   Pendapatan kasar RM200 - RM300 dengan harga purata
    RM1.00/kg.
| Atas |


Sumber: Panduan Menanam Timun, Jabatan Pertanian Semenanjung
Malaysia
TERUNG (Solanum melongena) - varieti baru
ARC-BJ-105 merupakan varieti yang telah diuji sepenuhnya resistan dengan layu
bakteria (Pseudomonas solanacearum). Lebih daripada 10 pusingan tanaman, varieti
ini mengeluarkan hasil tinggi dan saiz buah yang berkualiti untuk dimakan. Terung
ARC-BJ-105 merupakan varieti yang dicadangkan untuk penanaman.


Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia.
Buahnya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanggang. Banyak varieti terung
terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk panjang berwarna ungu, panjang berwarna
putih, berbentuk bulat berwarna ungu gelap dan bulat berwarna putih. Biasanya, buah
yang pankang mempunyai biji benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk
bulat.


Layu bakteria merupakan penyakit serius dan sebagai penghalang utama dalam
penanaman terung. Varieti berhasil baik yang resistan kepada penyakit ini merupakan
perkara utama bagi penanam sayur ini. Bagi membantu petani, Pegawai Penyelidik di
Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok telah menjalankan projek untuk memilih,
menulen, menguji dan mencadangkan varieti yang sesuai ditanam di bawah kondisi
tempatan. Variety ARC-BJ-105 merupakan hasil daripada kajian ini.

Terung Varieti ARC-BJ-105




>> ARC-BJ-105 yang menarik
PENANAMAN KACANG BUNCIS
1. Nama Tempatan: Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris )




                                           2. Pendahuluan:
 Kacang buncis merupakan sejenis sayuran kekacang yang berbuah dan
 sangat kaya dengan kandungan protin. Ia dipercayai berasal dari Amerika
 Tengah dan Amerika Selatan.

 Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai akar tunjang
 dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat.                3.
Jenis:
  Terdapat 2 jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat. Jenis
  yang biasa ditanam di negara ini ialah jenis memanjat di mana terdapat 2
  varieti yang dipilih oleh MARDI iaitu:
a. MBK 1 - Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga ungu. Jenis
  ini biasa ditanam dan disyorkan oleh MARDI.
b. MBK 2 - Berbiji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga putih.
  Jenis ini ditanam terutama di kawasan Utara dan Melaka.                    4.
Tanah:
Kacang buncis boleh ditanam pada berbagai jenis tanah daripada pasir
 peroi hingga kepada tanah liat. Tanah yang gembur, subur, baik
 salirannya dan pH 5.5 - 6.8 adalah paling sesuai untuk penanamannya.   3.
Penanaman:
A.         Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm untuk
Menyedia pertumbuhan akar yang baik. Sediakan batas berukuran 1.2
Kawasan    m lebar, 0.3 m tinggi dan panjangnya mengikut keadaan
           kawasan. Jarak antara batas ialah 0.6 m.

B.         Tanam 4 biji benih selubang dalam 2 barisan dengan jarak
Menanam 0.6 m antara baris dan 0.5 m antara pokok. Setelah anah
           benih bercambah dan membesar, tinggalkan 2 pokok
           selubang sahaja. Sebanyak 9.5 kg biji benih diperlukan untuk
           kawasan seluas 0.4 ha.

C.         Untuk mendapatkan hasil yang tinggi, kacang buncis perlu
Menyedia diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman yang berumur 3
Junjung    minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 1.8
           m - 2.4 m. Condongkan kayu-kayu sokongan supaya
           bertentangan dan ikat di bahagian atas. Kemudian
           lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu.
           Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan.


           Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem
           trellis. Sambung 2 tiang beruti atau batang kayu yang
           berhampiran dengan dawai kasar untuk dijadikan junjung.
           Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini
           dengan cara memanjang dan melintang. Gunakan tali rafia
           untuk membantu anak pokok memanjat junjung.
Rajah
menunjukkan
rupa bentuk
  junjung
   untuk
  pokok
  kacang
  buncis




              4.
Penjagaan:
A.           Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali hari
 Menyiram     hujan.

 B. Membaja Gunakan baja asas, baja tahi ayam, sebanyak 7 tan untuk
              0.4 ha. Tabur baja dalam satu parit di tengah batas atau
              tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah.


              Selain daripada itu, baja kimia NPK 15:15:15 juga boleh
              digunakan sebanyak 400 kg/0.4 ha. Baja ini dibahagi kepada
              3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas
              menanam.
 C.           Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk
 Merumput     mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai.                    5.
Memungut Hasil:
  Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menanam. Kutip kacang
  sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul. Kutip 2 - 3 hari sekali dalam
  masa 3 minggu. Hasil purata dianggarkan 4,235 kg bagi 0.4 ha.
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Pembiakan tumbuhan Sains Tahun 4
Pembiakan tumbuhan Sains Tahun 4Pembiakan tumbuhan Sains Tahun 4
Pembiakan tumbuhan Sains Tahun 4Lela Taip
 
T1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuranT1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuranmnorzainiz
 
Sejarah an-teknologi-tanaman-sayuran-dan-hiasan
Sejarah an-teknologi-tanaman-sayuran-dan-hiasanSejarah an-teknologi-tanaman-sayuran-dan-hiasan
Sejarah an-teknologi-tanaman-sayuran-dan-hiasanTan C.EAN
 
Kaedah pembiakan tut
Kaedah pembiakan  tutKaedah pembiakan  tut
Kaedah pembiakan tutfadzleen93
 
Tingkatan 1 Pertanian Kompos
Tingkatan 1  Pertanian  KomposTingkatan 1  Pertanian  Kompos
Tingkatan 1 Pertanian Komposmnorzainiz
 
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamidamuradhamid edidik edu my
 
Refleksi Program Riadah dan Rekreasi
Refleksi Program Riadah dan RekreasiRefleksi Program Riadah dan Rekreasi
Refleksi Program Riadah dan RekreasiAhmad Fahmi
 
Penjagaan tanaman ting 1
Penjagaan tanaman   ting 1Penjagaan tanaman   ting 1
Penjagaan tanaman ting 1Sabri Zain
 
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman LandskapPenanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskapcasia biflora
 
Pembiakan aseksual
Pembiakan aseksualPembiakan aseksual
Pembiakan aseksualIzzat Najmi
 
suku kata kv+kv+kv
suku kata kv+kv+kvsuku kata kv+kv+kv
suku kata kv+kv+kvelishasofiya
 
Pembiakan pokok hias
Pembiakan pokok hiasPembiakan pokok hias
Pembiakan pokok hiasTan C.EAN
 
Kaedah Penanaman Sayur
Kaedah Penanaman SayurKaedah Penanaman Sayur
Kaedah Penanaman SayurJuradi Durjari
 
Cara pembiakan tumbuhan
Cara pembiakan tumbuhanCara pembiakan tumbuhan
Cara pembiakan tumbuhanSiti Noraisyah
 

Mais procurados (20)

Jenis rumput
Jenis rumputJenis rumput
Jenis rumput
 
Pembiakan tumbuhan Sains Tahun 4
Pembiakan tumbuhan Sains Tahun 4Pembiakan tumbuhan Sains Tahun 4
Pembiakan tumbuhan Sains Tahun 4
 
T1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuranT1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuran
 
Sejarah an-teknologi-tanaman-sayuran-dan-hiasan
Sejarah an-teknologi-tanaman-sayuran-dan-hiasanSejarah an-teknologi-tanaman-sayuran-dan-hiasan
Sejarah an-teknologi-tanaman-sayuran-dan-hiasan
 
1.pembiakan secara keratan batang
1.pembiakan secara keratan batang1.pembiakan secara keratan batang
1.pembiakan secara keratan batang
 
Pelan dalam
Pelan dalamPelan dalam
Pelan dalam
 
Kaedah pembiakan tut
Kaedah pembiakan  tutKaedah pembiakan  tut
Kaedah pembiakan tut
 
Tingkatan 1 Pertanian Kompos
Tingkatan 1  Pertanian  KomposTingkatan 1  Pertanian  Kompos
Tingkatan 1 Pertanian Kompos
 
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
 
pokok renek
pokok renekpokok renek
pokok renek
 
Keratan daun
Keratan daunKeratan daun
Keratan daun
 
Refleksi Program Riadah dan Rekreasi
Refleksi Program Riadah dan RekreasiRefleksi Program Riadah dan Rekreasi
Refleksi Program Riadah dan Rekreasi
 
Penjagaan tanaman ting 1
Penjagaan tanaman   ting 1Penjagaan tanaman   ting 1
Penjagaan tanaman ting 1
 
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman LandskapPenanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
 
Pembiakan aseksual
Pembiakan aseksualPembiakan aseksual
Pembiakan aseksual
 
Bab 4 pembiakan
Bab 4 pembiakanBab 4 pembiakan
Bab 4 pembiakan
 
suku kata kv+kv+kv
suku kata kv+kv+kvsuku kata kv+kv+kv
suku kata kv+kv+kv
 
Pembiakan pokok hias
Pembiakan pokok hiasPembiakan pokok hias
Pembiakan pokok hias
 
Kaedah Penanaman Sayur
Kaedah Penanaman SayurKaedah Penanaman Sayur
Kaedah Penanaman Sayur
 
Cara pembiakan tumbuhan
Cara pembiakan tumbuhanCara pembiakan tumbuhan
Cara pembiakan tumbuhan
 

Semelhante a Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...
Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...
Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...amuradhamid edidik edu my
 
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman SayuranKHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman SayuranZasni @ Zaxx
 
Kacang Buncis Panduan Menanam
Kacang Buncis Panduan MenanamKacang Buncis Panduan Menanam
Kacang Buncis Panduan MenanamJuradi Durjari
 
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawahPenyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawahTatang Kostaman
 
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)MNapi
 
Bunga semusim
Bunga semusimBunga semusim
Bunga semusimokbeb
 
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =DTanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =DLeonardo Leo
 
Cili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan MenanamCili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan MenanamJuradi Durjari
 
Tanaman hiasan
Tanaman hiasanTanaman hiasan
Tanaman hiasanazi honey
 

Semelhante a Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia (20)

Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...
Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...
Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...
 
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman SayuranKHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
 
Kacang Buncis Panduan Menanam
Kacang Buncis Panduan MenanamKacang Buncis Panduan Menanam
Kacang Buncis Panduan Menanam
 
Asinmen 3101 tumbuhan
Asinmen 3101 tumbuhanAsinmen 3101 tumbuhan
Asinmen 3101 tumbuhan
 
Tanaman hiasan
Tanaman hiasan Tanaman hiasan
Tanaman hiasan
 
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawahPenyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
 
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
 
Bunga semusim
Bunga semusimBunga semusim
Bunga semusim
 
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =DTanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
 
Pembiakan tanaman-hiasan
Pembiakan tanaman-hiasanPembiakan tanaman-hiasan
Pembiakan tanaman-hiasan
 
Genetik
GenetikGenetik
Genetik
 
Cili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan MenanamCili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan Menanam
 
Panduan Menanam Bayam
Panduan Menanam BayamPanduan Menanam Bayam
Panduan Menanam Bayam
 
Durian belanda
Durian belandaDurian belanda
Durian belanda
 
Rumput Turf
Rumput TurfRumput Turf
Rumput Turf
 
Pengeluaran Cendawan
Pengeluaran CendawanPengeluaran Cendawan
Pengeluaran Cendawan
 
T2 tanaman hiasan
T2 tanaman hiasanT2 tanaman hiasan
T2 tanaman hiasan
 
Kepentingan proses pencaran
Kepentingan proses pencaranKepentingan proses pencaran
Kepentingan proses pencaran
 
3.penjagaan anak pokok
3.penjagaan  anak pokok3.penjagaan  anak pokok
3.penjagaan anak pokok
 
Tanaman hiasan
Tanaman hiasanTanaman hiasan
Tanaman hiasan
 

Mais de Juradi Durjari

Pada waktu siang,cahaya matahari membolehkan kita melihat untuk
Pada waktu siang,cahaya  matahari   membolehkan  kita melihat untukPada waktu siang,cahaya  matahari   membolehkan  kita melihat untuk
Pada waktu siang,cahaya matahari membolehkan kita melihat untukJuradi Durjari
 
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 4
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 4Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 4
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 4Juradi Durjari
 
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 3
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 3Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 3
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 3Juradi Durjari
 
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 2
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 2Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 2
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 2Juradi Durjari
 
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 1
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 1Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 1
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 1Juradi Durjari
 
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 5
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 5Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 5
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 5Juradi Durjari
 
Modul pengajaran-tmk-tahun-3-sk
Modul pengajaran-tmk-tahun-3-skModul pengajaran-tmk-tahun-3-sk
Modul pengajaran-tmk-tahun-3-skJuradi Durjari
 
DSKP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) TAHUN 4
DSKP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) TAHUN 4DSKP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) TAHUN 4
DSKP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) TAHUN 4Juradi Durjari
 
Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011Juradi Durjari
 
Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011Juradi Durjari
 
Rancangan pelajaran th 6 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 6 khsr plan j 2011Rancangan pelajaran th 6 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 6 khsr plan j 2011Juradi Durjari
 
Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011Juradi Durjari
 
Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011Juradi Durjari
 

Mais de Juradi Durjari (20)

Pada waktu siang,cahaya matahari membolehkan kita melihat untuk
Pada waktu siang,cahaya  matahari   membolehkan  kita melihat untukPada waktu siang,cahaya  matahari   membolehkan  kita melihat untuk
Pada waktu siang,cahaya matahari membolehkan kita melihat untuk
 
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 4
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 4Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 4
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 4
 
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 3
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 3Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 3
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 3
 
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 2
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 2Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 2
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 2
 
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 1
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 1Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 1
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 1
 
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 5
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 5Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 5
Modul dunia pengkalanan data tahun 5 bhg 5
 
DSKP TMK TAHUN 5
DSKP TMK TAHUN 5DSKP TMK TAHUN 5
DSKP TMK TAHUN 5
 
Modul pengajaran-tmk-tahun-3-sk
Modul pengajaran-tmk-tahun-3-skModul pengajaran-tmk-tahun-3-sk
Modul pengajaran-tmk-tahun-3-sk
 
DSKP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) TAHUN 4
DSKP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) TAHUN 4DSKP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) TAHUN 4
DSKP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) TAHUN 4
 
Alatan tangan
Alatan tangan Alatan tangan
Alatan tangan
 
Plan j khsr4
Plan j khsr4Plan j khsr4
Plan j khsr4
 
Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011
 
Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011
 
Plan j khsr tahun 5
Plan j khsr tahun 5Plan j khsr tahun 5
Plan j khsr tahun 5
 
Plan j khsr62011
Plan j khsr62011Plan j khsr62011
Plan j khsr62011
 
Rancangan pelajaran th 6 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 6 khsr plan j 2011Rancangan pelajaran th 6 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 6 khsr plan j 2011
 
Plan j khsr62011
Plan j khsr62011Plan j khsr62011
Plan j khsr62011
 
Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 5 khsr plan j 2011
 
Plan j khsr4
Plan j khsr4Plan j khsr4
Plan j khsr4
 
Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011
Rancangan pelajaran th 4 khsr plan j 2011
 

Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

  • 1. SMK SRI RAHMAT KELAS PENDIDIKAN KHAS
  • 2. MATA PELAJARAN VOKASIONAL PERTANIAN BAHAGIAN 1 PENANAMAN SAYURAN intisari 1.0 PENANAMAN SAYURAN 1.1 Jenis sayuran 1.2 Pemilihan tapak 1.3 Penyediaan tapak 1.4 Pembinaan batas 1.5 Pemilihan benih 1.6 Kaedah menanam sayuran
  • 3. 1.6.1 Menyemai benih besar 1.6.2 Menyemai benih kecil 1.6.3 Semaian terus 1.6.4 Mengubah/memindah semaian 1.6.5 Mengekalkan kesegaran 1.6.6 Perlindungan semaian 1.6.7 Sungkupan 1.6.8 Penjarangan 1.6.9 Memancang 1.6.10 Kawalan Penyakit dan Serangga 1.6.10.1 Jenis racun 1.6.10.2 Teknik Meracun 1.6.11 Membaja 1.6.11.1 Jenis baja 1.6.11.2 Teknik membaja 1.1 JENIS SAYURAN Sayuran daun Sayuran kekacang Sawi Kacang panjang Kailan Kacang botor Bayam Kacang buncis Kangkung Kacang sepat
  • 4. Sayuran berubi / akar Sayuran Berbuah Bendi Petola Keledek Bendi Ubi kayu Cili Sengkuang Peria Lobak putih Timun Lobak merah Tomato Latihan 1 1. Tandakan ( / ) jika ia sayuran daun • Kubis _____________ petola ______________ • Timun _____________ kangkung ______________ • Bayam _____________ buah naga ______________ • Peria _____________ kalian ______________
  • 5. 2. Gariskan sayuran buah • Cili bendi • Peria keledek • Ubi kayu kacang tanah • Kacang buncis kacang sepat 3. BULATKAN sayuran berubi • Keledek labu • Labu air kentang • Keladi rozel • Lobak merah sengkuang 4. Sayuran ______________ memerlukan junjung untuk menjalar. A . daun B. berbuah C. kekacang D. berubi BATAS 1.2 Pemilihan Tapak Batas o Tanah sebaik-baiknya rata o Kawasan yang lapang o Dekat jalan raya o Dekat bekalan air o Dekat dengan rumah
  • 6. o Saliran yang baik 1.3 Penyediaan Batas o Buangkan batu-batan, akar, kayu, rumput o Gali tanah untuk dibuat batas sedalam 25 hingga 30 sm bagi gemburkan tanah dan membunuh akar rumpai o Gemburkan tanah dengan penggembur o Buat parit saliran o Tebang pokok besar disekeliling bagi memudahkan pencahayaan o Bina batas dengan ukuran yang sama 1.4 Pembinaan batas o Terdapat 2 jenis batas iaitu :  Batas tunggal  Tinggi – 20-25sm, Lebar 30-45sm,  Batas rata  Tinggi 15-25sm, Lebar – 0.75-1.2m dan Panjang – 5-9 meter o Jarak di antara batas ialah 30-60 sm o Batas berguna bagi mengelak air bertakung dan memudahkan menjaga tanaman 1.5 Pemilihan Benih dan Penyimpanan Benih
  • 7. o Cukup matang/tua o Besar dan berisi penuh o Bebas dari haiwan perosak atau penyakit seperti kulat o Simpan benih di bekas kedap udara o Labelkan bekas simpan benih 1.6 Kaedah menanam sayuran Terdapat 3 cara menanam sayuran: o Penanaman 4 segi o Penanaman 3 segi o Penanaman silang/ kuinkuk 1.6.1 Menyemai benih besar o Semaian terusMenyemai benih kecil o Semaian terus ( seperti langkah di atas) 1.6.2 Semaian terus  Langkah –langkah semaian:  Rendamkan biji benih sehari bagi memudahkan percambahan
  • 8. Tanam 2 / 3 biji benih dalam 1 lubang  Selepas bercambah ,buang semaian yang kurang sihat, tinggalkan 1 benih yang sihat saja. • Terdapat 2 kaedah semai tabur: o 1. Kaedah Jalur  Bina jalur  Tabur benih dan timbus tanah  Selepas bercambah buat penjarangan dalam jarak tertentu o 2. Semai Tabur  Tabur benih  Timbuskan dengan tanah nipis  Siram  Selepas bercambah, buat penjarangan dalam jarak tetentu 1.6.3 Semaian di Tapak Semaian • Terdapat 3 cara penyemaian bukan terus iaitu : • 1. Mengguna Polibeg
  • 9. o Sesuai untuk cili, tomato dan terung o Pindahkan ke tanah setelah matang • 2. Kotak Percambahan o Menggunakan kotak kayu yang berlubang o Tanah mengandungi 2 bahagian tanah peroi, 1 bahagian baja organic , 1 bahagian pasir o Tabur benih dan tutup dgn tanah halus o Pindahkan ke tanah selepas percambahan • 3. Batas semaian o Bubuh baja asas dan baja fosforus ke tanah sebelum semaian o Semai kaedah jalur / tabor o Siram dan ubah benih selepas bercambah 1.6.4 Mengubah/memindah semaian • Semai di tapak semaian • Guna sudip dan pastikan akar benih tidak rosak • Ubah/pindah setelah cukup matang
  • 10. Tanam ikut jarak yang sesuai 1.6.5 Mengekalkan kesegaran Penyegaran tumbuhan boleh dilakukan menggunakan 2 cara iaitu: • 1. bekalan air berterusan sama ada melalui siraman tangan atau penyebar air • 2. perlindungan- menggunakan pelindung jaring plastic hitam/hijau telus air atau sungkupan daun kelapa 1.6.6 Perlindungan semaian Tujuannya ialah bagi mengelakkan panacaran matahari terlalu terik dan timpaan hujan lebat yang boleh menghanyutkan dan merosakkan anak benih. Kaedah sungkupan merupakan kaedah tradisi yang masih digunakan iaitu menggunakan daun kelapa atau rumput menutup permukaan tanah yang telah disemai benih
  • 11. Kaedah moden adalah menggunakan jarring hijau,hitam atau plastic telus cahaya 1.6.7 Penjarangan • Pembuangan anak benih yang tumbuh terlalu rapat dan memindahkan kepada jarak tertentu. • Mengurangkan anak benih berebut baja, cahaya air, dan zat makanan 1.6.8 Memancang Memancang ialah proses membuat sokongan kepada pokok terutama pokok menjalar atau tumbuhan memanjat. Terdapat 3 jenis pancangan iaitu : • 1. Pancang 3 segi • 2. Pancang jenis jarring • 3. Pancang jenis pagar 1.6.9 Kawalan Penyakit dan Serangga
  • 12. Haiwan perosak dan serangga akan membawa pengakit, merosakkan daun dan memakan anak benih. Haiwan perosak • Kutu daun, ulat bulu, teritip,belalang,kumbang, pianggang (mengkerintingkan daun), bari-bari ( warna kuning yang menbuk dan memakan daun), nematola,siput dan koya( debu putih) Jenis racun • Racun serangga • Racun rumput Penyakit Sayuran • Melecur - akibat kulat • Reput akar – akibat kulat dan bacteria • Bintik daun – akibat kulat • Kulapuk – akibat kulat • Karat batang- akibat kulat • Pokok terbantut- akibat virus
  • 13. 1.6.9.1 Langkah Mengawal • Sembur racun serangga • Buang siput/ulat bulu • Tabur umpan racun bagi mengawal siput atau tikus • Tanaman giliran • Menjaga kebun dengan bersih 1.6.10 Tanaman giliran • Pusingan Giliran: • I – Tanaman Kekacang • II- Sayuran daun • III- Tanaman berubi • IV- Sayuran berbuah Tujuan tanaman digilirkan ialah supaya dapat mengawal makluk perosak, men yerap zat makanan dengan sekata dan menambah nitrogen dalam tanah terutama jika menanam tanaman kekacang. 1.6.11 Membaja
  • 14. 1.6.11.1 Tujuan Membaja • Membekalkan zat makanan • Membaiki struktur tanah 1.6.11.2 Zat makanan pokok (N.P.K) • N – Nitrogen ( tumbesaran) • P – Phosforus (akar) • K – Kalium ( bunga dan buah) 1.6.11.3 Jenis Baja Terdapat 2 jenis baja iaitu baja organan dan baja organan Baja organan • Sumber asli dari najis haiwand an pokok reput seperti tahi ayam, tahi lembu, rtahi kambing, kompos dan tanah bakar Baja kimia Terdapat 2 jenis baja kimia iaitu baja tunggal dan baja campuran sebatian • Baja tunggal
  • 15. o Baja Nitrogen ( urea 46%, ammonium sulfat 20 % dan ammonium nitrate 33% o Baja Phosforus ( CIRP-Baja asli pra Natal, Fosfat Super) o Baja Kalium ( Kalium klorida 50% dan Kalium sulfat 50%) • Baja Campuran/sebatian o Mengandungi N.P.K ( nitrogen,phosphorus dan kalium) o Nisbah : N -15%, P – 15% , K – 17 % dan Magnesium – 2% Teknik Membaja • Pembajaan asas – dicampur dengan tanah o Membaja sebelum menanam  5 kg baja organan/0.3 kg baja sebatian  Baja fosforus CIRP 50 gram  Kapur 0.5 kg • Pembajaan permukaan o Tabur sekeliling pokok o Tabur setiap 2 minggu
  • 16. o Elak baja terkena pokok o Boleh juga mencampur dengan air nisbah 5 air 1 baja dan sembur Pemungutan Sayuran Sayuran Cara Tanam Jarak Jarak Mula Kutip tanam Tanam hasil (minggu) Antara Antara tumbuhan barisan Peria Semaian terus 45 cm 60 cm 10 -12 minggu Perlu junjungan Petola Semaian terus 45 cm 60cm 8-10 minggu Perlu junjungan Sawi Semai dan 25 cm 30cm 4-6 minggu pindah ke batas Terung Semai di 45 cm 60 cm 10-12 polibeg minggu Dan ubah ke batas Timun Semain terus 45 cm 60 cm 6-8 minggu ke batas Perlu
  • 17. junjuungan Tomato Semai terus ke 45 cm 50 cm 12-14 batas atau minggu polibeg MAKLUMAT TANAMAN
  • 18. PENANAMAN BENDI 1. Nama Tempatan: Bendi, Okra (Hibiscus esculentus) 2. Pendahuluan: Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian- bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi 3. Tanah: Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik A. Menyedia Kawasan
  • 19. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah, baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar B. Menanam Tanam biji benih sedalam 2.5sm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 sm antara pokok. Selepas 2 minggu, cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gm biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 m panjang (Rajah 1). C. Membaja Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja. D. Menyiram
  • 20. Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah E. Merumput Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut. F. Sungkupan Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan. G. MeSetelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40 sm hingga 60 sm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaanmangkas 4. Kawalan Musuh Dan Penyakit: Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon. Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada daun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok
  • 21. hitam dan berjelaga. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label. 5. Penuaian: Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula dilakukan ketika: i. 50 - 55 hari selepas menanam. ii. 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebugaan. iii.Buah berukuran 10 - 12 sm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur. Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan 10,000 - 15,000 kg sehektar. 6. Pengendalian Lepas Tuai Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh
  • 22. disimpan selama 2 - 3 hari sahaja tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkan supaya pengudaraan menjadi lembab. Buah-buah yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 - 8 hari dalam keadaan suhu 24 darjah Celcius - 26 darjah Celcius dan kelembapan bandingan 70 - 75 %. |
  • 23.
  • 24. PENANAMAN KACANG PANJANG 1. Nama Tempatan: Kacang Panjang (Vigna sinensis) 2. Penanaman: • Penyediaan Tanah: Di Ladang Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 sm ke 22 sm ( 6 ke 9 inci) supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batas berukuran 1.2 m (4 kaki) lebar, 25 sm (10 inci) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 60 sm (2 kaki). Gaulkan 50 kg tahi ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi.
  • 25. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 sm dari permukaan permukaan pasu. • Menanam: Di Ladang Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 60 sm (2 kaki) antara barisan dan 45 sm (18 inci) antara pokok. Setelah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 1 pokok selubang sahaja. Sebanyak 70 g biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki persegi). Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 sm ( 1 inci ). Selepas 2 minggu ditanam, tinggalkan 1 pokok sahaja dalam satu pasu. • Menyedia Junjung: Di Ladang Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Condongkan
  • 26. kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kayu sokongan. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan anak pokok meliliti kayu sokongan. 3. Penjagaan: • Menyiram air: Siram tanaman di ladang atau dalam pasu pada waktu pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan • Membaja:
  • 27. Di Ladang Gunakan baja kimia NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak 7 kg bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 7 selepas menanam. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tabur 1 sudu teh (5 g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu. • Merumput: Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai. 4. Kawalan Penyakit Dan Serangga: Untuk kawalan ulat pengorek buah, sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1% b.a. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1% b.a. 5. Memungut Hasil:
  • 28. Di Ladang Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata antara Rm4.00 - RM6.00/kg. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Anggaran hasil ialah 0.5 kg/pokok.
  • 29. PENANAMAN KACANG BOTOR 1. Nama Tempatan: Kacang Botor, kacang kelisa (Psophocarpus tetragonolobus D.C. ) 2. Pendahuluan: Kacang botor atau kacang kelisa adalah sejenis sayuran berbuah yang sangat kaya dengan protin dan lemak serta vitamin A & B. Ia dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara. Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan pancang/kayu junjung untuk memanjat. Ia selalu ditanam sebagai tanaman jangka pendek di kebun sayur atau di tepi-tepi pagar rumah.
  • 30. Buah polong berukuran 15 - 20 sm panjang dan mempunyai 4 sayap yang bergerigis. Biasanya buah digunakan dalam masakan dan juga dimakan mentah sebagai ulam. 3. Tanah: Kacang botor boleh ditanam di berbagai jenis tanah iaitu daripada ringan berpasir hingga kepada tanah lempong serta tanah gambut. Elakkan dari menanam di kawasan yang bertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH5.5-6.0 adalah paling sesuai. 4. Penanaman: A. Menyedia Kawasan Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20 - 30 sm untuk memudahkan akar tumbuh dengan baik. Sediakan batas berukuran 1.3 m lebar, 30 sm tinggi dan panjangnya 7.5 m atau mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 30 sm. B. Menanam Kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya boleh diambil dari buah-buah yang telah cukup tua yang berwarna perang kehitaman. Gaul biji benih dengan racun kulat, contohnya thiram
  • 31. dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih sebelum menanam. Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 sm antara pokok dan 1 m antara barisan ataupun 60 sm x 60 sm. Tiap-tiap batas mengandungi 2 barisan pokok. Tanam terus biji benih ke batas sebanyak 2 biji selubang, lebih kurang 2.5 sm dalam. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari. Cabut dan tinggalkan hanya 1 anak benih yang sihat pada setiap lubang. Untuk kawasan seluas 0.4 ha, lebih kurang 7 kg biji benih diperlukan. C. Menyedia Junjung Untuk mendapatkan hasil yang baik, kacang botor perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2.0 m - 2.5 m panjang. Condongkan kayu-kayu sokongan yang bertentangan supaya bersilang dan ikat di bahagian atas tempat bertemu untuk mendapatkan sokongan yang kuat. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap tempat persilangan. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Cara ini sesuai untuk kawasan penanaman yang kecil. (Rajah 1) Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Pacakkan sebatang kayu/tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2.5 m panjang dan bergaris pusat 8 - 10 sm di bahagian tengah kedua-dua hujung tiap-tiap batas. Pacakkan pula tiang kayu
  • 32. berukuran 0.6 m panjang dan 5 - 6 sm garis pusat di hujung penjuru tiap-tiap batas (Rajah 2). Sambungkan tiang-tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas dengan dawai kasar. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.
  • 33. PENANAMAN CILI PENANAMAN Penyediaan Tanah 1. Di Ladang • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. • Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. • Jarak antara batas - 45 cm. • Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan. 2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
  • 34. Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu. • Menyedia Anak Benih 1. Di ladang • Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm. • Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. • Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. • Jarak tanaman - 5 cm x 2 cm • Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari • Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang berlebihan. • Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai. • Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya. Menanam 1. Di Ladang
  • 35. Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas. • Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. • Jarak tanaman - 90 cm antara pokok x 150 cm antara baris 2. Dalam Pasu atau bekas lain • Semai terus 3 - 4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam. PENJAGAAN Sungkupan 1. Diladang • Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. 2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan rumput-rumput kering. Merumput
  • 36. Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya. KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAK Penyakit Kawalan Bintik daun Sembur racun kulat Benomyl Antraknos buah Sembur racun kulat seperti mancozeb Kutu daun Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos atau Imidachloprid Hamama merah Sembur racun seperti dicofol atau malathion Kerekot daun dan (a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh itu kawal mozek daun kutu daun adalah penting. (b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Layu bakteria Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran yang elok. MEMUNGUT HASIL 1. Di Ladang
  • 37. Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. • Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. • Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 - 200 kg. 2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain • Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.
  • 38. PENANAMAN PETOLA SEGI (Luffa acutangula) PENANAMAN Penyediaan Tanah • Bajak dan gembur tanah sedalam 20 - 30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar. • Lakukan pengemburan dengan cangkul atau traktor.
  • 39. Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/ sampah sarap sebelum menyediakan batas. PENJAGAAN Membaja • Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan / 0.4 ha) digunakan sebagai baja asas. • Baja sebatian seperto NPK - 12:12:17:2 juga diperlukan. • Program pembajaan Masa Pembajaan Kadar Baja Cara Membaja (kg/0.4 ha) 3 minggu lepas tanam 100 Tabur di keliling pokok 5 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokok 7 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokok Menyiram • Siram dua kali sehari apabila cuaca terlampau panas. Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok • Biar hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah. • Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama hendaklah dibuang. Ini bertujuan untuk menggalakkan
  • 40. pengeluaran bunga yang banyak dan pembentukan buah yang lebih besar. • Pokok-pokok juga elok digalakkan memanjat dan menjalar di atas para. • Buah muda terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan pembesarannya tidak terganggu. Membalut buah • Boleh dibuat apabila pokok mula berbuah. • Buah-buah yang sedang membesar boleh dibalut dengan beg- beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah. MEMUNGUT HASIL • Petola boleh dipetik apabila berumur lebih kurang 45 hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali. Petik buah setiap hari iaitu waktu pagi dengan menggunakan pisau yang tajam. Petik buah yang masih lembut dan belum bersabut. Tempoh umur pokok petola - 105 - 110 hari.
  • 42. PENYEDIAAN TANAH 1. Di Ladang • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. • Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. • Jarak antara batas - 45 cm. • Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi kawasan. 2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. • Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.
  • 43. MENYEDIA ANAK BENIH • Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. • Isikan kotak semaian dengan tanah campurah 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. • Semai 3 biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapirsan nipis tanah. • Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm dan 2 cm antara biji benih. • Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. • Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. • Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai. • Sebelum diubah ke ladang, dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya. MENANAM 1. Di Ladang • Anak benih berumur 3 - 4 minggu boleh diubah terus ke batas. • Basahkan kotak semaian sebelum mencabut supaya anak benih senang digali.
  • 44. Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. • Jarak tanaman ialah 90 cm x 60 cm 2. Dalam Pasu atau bekas lain • Tanam terus 3 - 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 - 5 cm. • Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam. PENJAGAAN Menyiram Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hujan. Membaja 1. Di Ladang • Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua minggu. 2. Dalam Pasu dan bekas lain • Tabur 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu. Sungkupan
  • 45. 1. Di Ladang Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. 2. Dalam Pasu dan bekas lain Gunakan rumput-rumput kering. Merumput Bersihkan batas-batas daripada rumpai dengan tangan, cangkul atau tajak. Cabut rumpai yang tumbuh dalam pasu. Menyedia Sokongan 1. Di Ladang • Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1½ meter dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah. 2. Dalam Pasu dan bekas lain • Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2 m panjang. KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT
  • 46. Sembur racun seranggan carbaryl (Sevin) pada kadar 1 sudu besar (10 g) dengan segelen air untuk mengawal ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah. • Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g segelen air untuk mengawal bintik daun. MEMUNGUT HASIL 1. Di Ladang • Terung boleh dipetik 6 minggu selepas diubah ke ladang. • Punggutan hasil dibuat setiap 4 hari. • Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 75 - 125 kg dengan harga purata 60 sen sekilo, pendapatan kasar adalah RM45 hingga RM75. 2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain • Mulalah memetik buah 10 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 1 kg sepokok.
  • 47. PENANAMAN TIMUN PENANAMAN Penyediaan Tanah 1. Di Ladang • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. • Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 25 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. • Jarak antara batas - 30cm.
  • 48. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 100 meter persegi kawasan. 2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. • Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu. Menanam 1. Di ladang • Semai terus 2 biji benih selubang se dalam 2.5 cm. • Jarak tanaman - 60 cm x 60 cm • 15 g biji benih bagi kawasan seluas 100 meter persegi • Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam, tinggalkan sepokok selubang. 2. Dalam Pasu dan bekas-bekas lain • Semai terus 2 biji benih dalam pasu sedalam 2.5 cm. • Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam. PENJAGAAN Sungkupan
  • 49. 1. Di Ladang • Rumput kering, jerami padi atau lalang boleh diletakkan di atasnya sebagai sungkupan. 2. Dalam Pasu atau bekas lain • Gunakan rumput kering sebagai sungkupan. Menyedia Junjung 1. Di Ladang • Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh berukuran 2 m pancang dipacak berhampiran dengan anak benih dan dicondongkan supaya bertentangan dan bertemu di atas. • Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk mendapatkan sokongan yang kuat. Menyiram Siram dua kali sehari kecuali pada hari hujan. Membaja 1. Di Ladang • Gunakan baja NPK Blue Special 12:12:17:2 sebanyak 10 kg bagi kawasan seluas 100 m persegi • Baja dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.
  • 50. 2. Dalam Pasu dan Bekas lain • Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special sepasu setiap minggu. Merumput • Kawal rumput sepanjang masa. KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT Penyakit / Perosak Kawalan Kumbang daun Sembur racun kulat Carbaryl dengan kadar 0.1% bahan aktif (b.a) Kutu daun Sembur racun serangga seperti malathion dengan kadar 0.1% bahan aktif Kulapuk berdebu/ Semburan benomyl dengan kadar 0.025% b.a. Kulapok downy MEMUNGUT HASIL 1. Di Ladang • Timun boleh dipetik 7-8 minggu selepas diubah ke ladang. • Buah dipetik apabila buah mencapai panjang lebih kurang 15 hingga 20 cm.
  • 51. Kutipan hasil dibuat 2 hari sekali selama satu bulan. • Hasil dianggar 200 kg hingga 300 kg bagi 100 meter persegi kawasan. • Pendapatan kasar RM200 - RM300 dengan harga purata RM1.00/kg.
  • 52. | Atas | Sumber: Panduan Menanam Timun, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia
  • 53.
  • 54. TERUNG (Solanum melongena) - varieti baru
  • 55. ARC-BJ-105 merupakan varieti yang telah diuji sepenuhnya resistan dengan layu bakteria (Pseudomonas solanacearum). Lebih daripada 10 pusingan tanaman, varieti ini mengeluarkan hasil tinggi dan saiz buah yang berkualiti untuk dimakan. Terung ARC-BJ-105 merupakan varieti yang dicadangkan untuk penanaman. Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia. Buahnya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanggang. Banyak varieti terung terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk panjang berwarna ungu, panjang berwarna putih, berbentuk bulat berwarna ungu gelap dan bulat berwarna putih. Biasanya, buah yang pankang mempunyai biji benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk bulat. Layu bakteria merupakan penyakit serius dan sebagai penghalang utama dalam penanaman terung. Varieti berhasil baik yang resistan kepada penyakit ini merupakan perkara utama bagi penanam sayur ini. Bagi membantu petani, Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok telah menjalankan projek untuk memilih, menulen, menguji dan mencadangkan varieti yang sesuai ditanam di bawah kondisi tempatan. Variety ARC-BJ-105 merupakan hasil daripada kajian ini. Terung Varieti ARC-BJ-105 >> ARC-BJ-105 yang menarik
  • 56. PENANAMAN KACANG BUNCIS 1. Nama Tempatan: Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris ) 2. Pendahuluan: Kacang buncis merupakan sejenis sayuran kekacang yang berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protin. Ia dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat. 3. Jenis: Terdapat 2 jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat. Jenis yang biasa ditanam di negara ini ialah jenis memanjat di mana terdapat 2 varieti yang dipilih oleh MARDI iaitu: a. MBK 1 - Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga ungu. Jenis ini biasa ditanam dan disyorkan oleh MARDI. b. MBK 2 - Berbiji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga putih. Jenis ini ditanam terutama di kawasan Utara dan Melaka. 4. Tanah:
  • 57. Kacang buncis boleh ditanam pada berbagai jenis tanah daripada pasir peroi hingga kepada tanah liat. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH 5.5 - 6.8 adalah paling sesuai untuk penanamannya. 3. Penanaman:
  • 58. A. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm untuk Menyedia pertumbuhan akar yang baik. Sediakan batas berukuran 1.2 Kawasan m lebar, 0.3 m tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 0.6 m. B. Tanam 4 biji benih selubang dalam 2 barisan dengan jarak Menanam 0.6 m antara baris dan 0.5 m antara pokok. Setelah anah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 2 pokok selubang sahaja. Sebanyak 9.5 kg biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 0.4 ha. C. Untuk mendapatkan hasil yang tinggi, kacang buncis perlu Menyedia diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman yang berumur 3 Junjung minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 1.8 m - 2.4 m. Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Sambung 2 tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan dawai kasar untuk dijadikan junjung. Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan melintang. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.
  • 59. Rajah menunjukkan rupa bentuk junjung untuk pokok kacang buncis 4. Penjagaan:
  • 60. A. Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali hari Menyiram hujan. B. Membaja Gunakan baja asas, baja tahi ayam, sebanyak 7 tan untuk 0.4 ha. Tabur baja dalam satu parit di tengah batas atau tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah. Selain daripada itu, baja kimia NPK 15:15:15 juga boleh digunakan sebanyak 400 kg/0.4 ha. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam. C. Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk Merumput mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai. 5. Memungut Hasil: Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul. Kutip 2 - 3 hari sekali dalam masa 3 minggu. Hasil purata dianggarkan 4,235 kg bagi 0.4 ha.