SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 15
KOD KURSUS KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan
Guru-Guru Sekolah Kebangsaan

Disediakan oleh:
JULIZA BT AHMAD ZAHARI
M20121000778

Disemak oleh :
PROF. MADYA DATO’ DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR
PENSYARAH KPT6044
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UPSI
1.0 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali.
Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pendidik
menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Untuk itu beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM
sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998.
(Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan
kesungguhan KPM menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan.
Kesinambungan

daripada

memperkenalkan

matapelajaran

Teknologi

Maklumat,

kementerian telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan ICT seperti
program pengenalan kepada komputer pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992, projek
pelajaran berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada
tahun 1995 telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah
untuk memperluaskan penggunaan ICT dalam pendidikan. Selaras dengan program-program ICT
yang dilancarkan, kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang
berpandukan penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran dan pengajaran dan
pembelajaran. Segala kemudahan dan kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya.
Menyedari kepentingan dan keberkesanan penggunaan ICT dalam pendidikan, kerajaan telah
menambahkan pelbagai projek dan perancangan berkaitan dengan ICT yang bermula di sekolah
kebangsaan lagi.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun
langkah-langkah untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah
memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program
pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah
diwujudkan. Program pembestarian sekolah melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk melaksanakan program-program tersebut,
KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti
komputer, computer riba, projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta
melatih guru berkaitan ICT.
Oleh itu para pendidik digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan
dan teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia
perguruan yang serba mencabar ini. Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu bersedia dengan
pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT. Ini kerana, tidak mustahil
jika suatu hari nanti pelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa
komputer riba sebagai penganti buku. Perkara ini sudah berlaku di negara-negara maju.

1.1 Pernyataan masalah
Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan
guru-guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan juga dilakukan untuk mengetahui
sikap guru terhadap penggunaan ICT dan masalah-masalah penggunaan ICT yang dihadapi
semasa pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dilakukan di sekolah kebangsaan zon Pantai
Remis di Negeri Perak. Sebanyak enam buah sekolah kebangsaan yang terlibat dalam kajian ini.
1.2 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan terhadap
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru-guru sekolah kebangsaan terhadap
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Untuk mengetahui sikap guru-guru tentang penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
4. Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru terhadap
penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Kepentingan kajian
Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tahap pengetahuan dan
kemahiran guru dalam bidang ICT, serta sikap dan masalah–masalah yang dihadapi oleh guru
dalam menggunakan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kajian terhad
kepada enam buah sekolah sahaja namun dapatan kajian dijangka dapat memberi petunjukpetunjuk tentang pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang ICT, serta sikap dan masalah –
masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan ini boleh membantu para guru dan pihak kementerian pendidikan
memahami situasi yang sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan membantu guru- guru
menggubal aktiviti yang sesuai untuk sesi pengajaran mereka, serta membantu pihak KPM
mengubal program-program yang bersesuaian dengan kehendak dan kemampuan guru-guru
sekolah rendah dalam melaksanakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak KPM juga
boleh menggunakan dapatan ini sebagai garis panduan untuk melaksanakan kursus-kursus
berkaitan ICT kepada guru-guru di sekolah, terutama guru-guru sekolah rendah. Di samping itu,
kajian ini diharap dapat membantu pihak perancang program menyediakan bahan yang sesuai
untuk guru dan pelajar.
1.4 Definisi Konsep
I.

Pengajaran
Pengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk pelajar bertujuan
untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses pembelajaran.
Ianya melibatkan kegiatan Merancang dan Menentukan objektif pengajaran dan
pembelajaran, Memilih strategi pengajaran, Aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
Menilai dalam satu-satu pengajaran.

II.

Pembelajaran
Pembelajaran diertikan sebagai proses perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat
pengalaman atau latihan.
III.

ICT
ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan „Information and
Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat
Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk
memindah, menyebar dan memapar maklumat. ICT merupakan teknologi yang
diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan
segalaaspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat danmudah
penggunaan

komputer

dan

perisian

untuk

mengubah,

menyimpan,melindungi,

memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumattanpa mengira tempat dan
waktu.

2.0 Sorotan Literatur
2.1 Kajian Literatur Dalam Negara
Kajian yang dijalankan oleh Ahmad Fisol dan Muazam (2010), ke atas 13 orang murid
pemulihan Tahun dua dan tiga di SK Pulau Meranti Sepang, Selangor mendapati pencapaian
murid menunjukkan peningkatan yang agak ketara selepas murid mengikuti kem ICT. Hasil
kajian tersebut menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan ICT seperti
CD-ROM banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman
terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan
menyeronokkan.
Jonassen (2003) pula berpandangan kemudahan hiperteks dan hipermedia dalam ICT
dapat menyediakan suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif. Penggunaan ICT
menjadikan proses pencarian maklumat menyeronok dan menghiburkan. Interaktiviti
membolehkan proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan cita
rasa pelajar.
Menurut Alessi dan Trollip (2001) pula, pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak
kelebihan. Antara kelebihan itu ialah murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila
masa dan di mana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber
tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kini bahan menjadi
semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi
kegunaan pelajar dan guru.
2.2 Kajian Literatur Luar Negara
Sawsan et al. (2012) telah menjalankan kajian mengenai impak penggunaan multimedia dalam
pelajaran asas Matematik kanak-kanak di sebuah sekolah rendah di Jordan mendapati bahawa
penggunaan multimedia dalam pengajaran telah memberikan kesan positif terhadap tumpuan
kanak-kanak serta memotivasikan mereka untuk belajar melalui grafik dan animasi serta
permainan berbentuk pendidikan yang terdapat dalam perisian multimedia tersebut.
Suzan dan Serife (2010) telah menjalankan kajian ke atas sekumpulan murid sekolah
rendah berbangsa Turki di Norway turut mendapati keberkesanan pembelajaran secara interaktif
telah membantu murid untuk memahami pelajaran berbanding sebelumnya. Seramai 17 orang
murid juga menyatakan pembelajaran menggunakan media interaktif lebih berkesan dan
menyeronokkan, sekaligus membantu murid mengatasi masalah kelemahan dari segi
perbendaharaan kata dan kemahiran kendiri.
Kajian oleh Debra et. (2009) turut memfokuskan kepada kaedah pengajaran
menggunakan media digital dan pembelajaran ke atas kanak-kanak berumur tiga hingga enam
tahun. Dapatan kajian menunjukkan media digital membolehkan kanak-kanak belajar pelbagai
konsep Matematik, kemahiran artistik di samping mengekspresikan imaginasi mereka dalam
muzik, seni lukis, animasi, penulisan cerita mahupun puisi. Ini membuktikan kaedah pengajaran
berbantukan multimedia mampu memberi pelbagai kemahiran kepada kanak-kanak.
3.0 Metodologi
3.1 Reka bentuk kajian
Kajian yang dijalankan adalah kajian jenis deskriptif, iaitu satu tinjauan secara soal selidik yang
mana bermatlamat untuk mengetahui tahap kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh
golongan guru berkaitan dengan penggunaan ICT dalam P&P. Soal selidik juga bertujuan untuk
mengetahui sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta
masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan ICT untuk pengajaran dan
pembelajaran. Mohd Najib (1999) mengatakan kajian berbentuk ini adalah sesuai digunakan
dalam penyelidikan yang menerangkan suatu fenomena yang sedang berlaku, iaitu merujuk
kepada penggunaan ICT yang semakin penting dalam sistem pendidikan pada masa kini, serta
kepentingan guru-guru menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran ICT untuk kegunaan
peribadi atau dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala data-data mengenai persoalan
kajian diperolehi dengan kaedah soal selidik. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana
merasakan ianya paling sesuai untuk mendapatkan maklumat secara terperinci tentang kajian
yang dijalankan. Kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan bagi mendapatkan maklumat
daripada responden selain membuat pemerhatian tingkah laku mereka. Selain itu ia dapat
mengumpulkan data dengan lebih mudah dan sesuai dengan responden dalam kajian ini.
Penggunaan soal selidik juga dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan semasa mengumpul
data. Hasil dari soal selidik juga dapat menghasilkan item-item yang konsisten.
3.2 Populasi Kajian
Populasi kajian terdiri dari guru-guru tahap satu dan tahap dua yang mengajar di sekolah
kebangsaan di Zon Pantai Remis, Perak. Guru-guru tersebut adalah di kalangan guru-guru yang
mengajar dalam pelbagai mata pelajaran seperti, Kemahiran Hidup, Sains, Matematik, Bahasa
Melayu dan sebagainya.
3.3 Sampel Kajian
Menurut Mohd Najib (1999) sampel adalah sumber mendapatkan data. Prinsip persampelan yang
diamalkan adalah berdasarkan konsep kebarangkalian dan setiap eleman yang dipilih adalah
mempunyai peluang yang sama. Pada asasnya, persampelan adalah merupakan satu usaha bagi
seorang penyelidik untuk memperolehi maklumat daripada sampel yang dapat mewakili populasi
tersebut.
3.4 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan soalan selidik sebagai instrumen kajian. Menurut Mohd. Majid (1994)
soal selidik adalah alat ukur yang terbaik digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Soal selidik
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalahmasalah berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketepatan dan
kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang diberikan juga akan
diperolehi.
Borang soal selidik terdiri daripada bahagian A, B, C dan D. Nombor-nombor item untuk
persoalan kajian seperti berikut:

Jadual 1: Pembahagian dan Taburan Bilangan Soal Selidik.
Bil

Bahagian

Perkara dan Persoalan Kajian

No soalan
1 hingga 8

1

A

Maklumat demografi responden.

2

B

SK 1: Apakah tahap pengetahuan guru-guru sekolah 9 hingga 19
kebangsaan

terhadap

penggunaan

ICT

dalam

proses

pengajaran dan pembelajaran?
3

C

SK

2:

Apakah

kebangsaan

tahap

terhadap

kemahiran

penggunaan

guru-guru
ICT

sekolah 20 hingg 31

dalam

proses

pengajaran dan pembelajaran?
SK 3: Apakah sikap guru-guru sekolah kebangsaan tentang 32 hingg 40
penggunaan
4

D

ICT

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran?
SK 4: Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru 41 hingga 50
sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT semasa proses
pengajaran dan pembelajaran?
3.5 Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam
soal selidik yang dipilih sebelum kajian dijalankan. Selain itu juga, kajian rintis ini digunakan
untuk mengkaji masalah-masalah yang akan timbul sewaktu proses soal selidik berjalan. Kajian
rintis ini juga dijalankan bertujuan untuk mendapat kebolehpercayaan yang tinggi, nilai indeks
kebolehpercayaan yang melebihi 0.6 boleh dianggap mencukupi (Mohd Majid, 1994). Kajian
rintis dijalankan kepada 10 orang guru- guru PKPG sesi 2006/2009 yang sedang belajar di
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Setelah dianalisis menggunakan perisian
„Statistical Packages For The Sosial Science‟ (SPSS) hasil indeks Alpha adalah 0.640. Ini
menunjukkan soal selidik ini boleh digunakan.

4.0 Dapatan Kajian
Aspek pengetahuan berkaitan dengan penggunaan perisian menunjukkan peratusan yang tinggi,
didapati item 11 menunjukan hampir semua responden (98.3 %) tahu bahawa arahan “sort”
dalam Microsoft Word digunakan untuk menyusun rekod mengikut abjad atau nombor. Bagi
item 13 pula, sebahagian besar responden (95.8%) tahu bahawa arahan untuk “Sum, Average dan
Count” tidak terdapat dalam Microsoft Powerpoint. Manakala item 16 menunjukan majoriti
responden (92.5%) tahu bahawa “slide transition” tidak terdapat dalam Microsoft Excel.
Sementara itu, item 10 menunjukkan paling ramai responden (56.7%) tidak tahu bahawa
Microsoft Frontpage adalah bukan perisian untuk pemprosesan perkataan dan hanya hampir
separuh sahaja iaitu 43.3% responden tahu berkaitan pernyataan tersebut.
Bagi aspek pengetahuan yang berkaitan dengan perkakasan komputer menunjukkan
peratusan yang sederhana sahaja. Sebilangan besar responden (85.8%) tahu fungsi sesebuah
modem iaitu menghubungkan komputer dengan internet. Manakala terdapat hampir sebilangan
kecil responden (36.7%) tidak tahu bahawa perkakasan Random Acces Memory (RAM)
dilekatkan di permukaan motherboard. Penyelidik menggunakan Microsoft Excel untuk
menganalisis keputusan ujian supaya dapat mengetahui keputusan keseluruhan ujian yang
dijalankan berdasarkan tahap skala dan markah ujian.
Bagi aspek kemahiran berkaitan dengan perisian menunjukkan sebahagian besar
responden (60.0%) boleh menggunakan perisian pemprosesan perkataan dan segelintir sahaja
iaitu 10.0% responden tidak boleh menggunakan perisian pemprosesan perkataan. Manakala
item 22 yang berkaitan dengan penggunaan perisian grafik menunjukkan lebih separuh
responden (54.2%) memerlukan bantuan untuk menggunakannya dan hanya seorang responden
(0.8%) daripada 120 responden boleh membantu orang lain berkaitan dengan penggunaan
perisian grafik. Bagi item 28, hampir separuh responden (46.7%) boleh membina jadual dan
carta menggunakan Microsoft Excel. Item 27 pula, menunjukkan hampir separuh responden
(42.5%) boleh mencipta dan membuat persembahan elektronik menggunakan Microsoft
Powerpoint dan sebahagian kecil responden (24.2%) boleh mengajar orang lain berkaitan dengan
membuat persembahan elektronik menggunakan Microsoft Powerpoint.
Bagi aspek kemahiran berkaitan dengan penggunaan internet menunjukan bahawa item
23, hampir separuh responden (46.7%) memerlukan pertolongan untuk membina laman web,
manakala 42.5% lagi langsung tidak boleh membina laman web serta hanya segelintir (10.8%)
sahaja yang boleh membina laman web dan tiada seorang pun yang boleh membantu mengajar
orang lain dalam membina laman web. Manaka hampir separuh responden (31.7%) boleh
membantu orang lain dalam melayari internet untuk mendapatkan maklumat dan sebahagian
besarnya (46.7%) boleh melayari internet dengan sendiri tanpa bantuan orang lain, manakala
hanya segelintir kecil responden (3.3%) tidak boleh melayari internet untuk mendapatkan
maklumat. Bagi item 32 yang berkaitan dengan memuat turun perisian menggunakan internet,
menunjukkan hampir separuh responden (46.6%) menyatakan mereka memerlukan bantuan
orang lain untuk melakukannya dan hanya 32.5% responden boleh membuat sendiri serta
segelintir kecil responden (14.2%) boleh mengajar orang lain berkaitan dengan kemahiran
tersebut.
Berdasarkan analisis yang diperolehi didapati item 32 dan 34 menunjukkan majority
responden (90.8%) menyatakan penggunaan ICT memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran dan mereka sanggup meluangkan masa untuk mempelajari dan mendalami
kemahiran menggunakan ICT. Bagi item 35, sebahagian besar responden (89.2%) berminat
menggunakan ICT semasa pengajaran dan hanya segelintir sahaja iaitu 5.0% yang tidak berminat
menggunakan ICT semasa pengajaran. Manakala sebahagian besar responden iaitu 88.3%
sentiasa menyimpan bahan pengajaran di dalam computer untuk digunakan semula pada masa
akan datang. Mereka ini bersedia menggunakanICT dalam pengajaran dan pembelajaran pada
masa akan datang dan sanggup mengikuti kursus ICT untuk meningkatkan kemahiran dalam
bidang tersebut.
Bagi item 36, majoriti responden (82.5%) menyatakan mereka seronok menggunakan
komputer dan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan hanya sebilangan kecil
responden (8.3%) menyatakan penggunaan komputer dan ICT ini tidak menyeronokkan mereka.
Begitu juga dengan item 39, sebahagian besar responden (80.0%) sudah memulakan pencarian
bahan-bahan pengajaran melalui internet. Maka didapati purata keseluruhan yang diperolehi bagi
persoalan kajian yang ketiga ini, menunjukkan hampir majoriti responden (85.6%) mengamalkan
sikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sebaliknya hanya segelintir responden (7.7 %) menunjukan sikap negative terhadap penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selebihnya iaitu 6.7% responden menjawab
tidak pasti terhadap soalan yang dikemukakan. Oleh itu, hasil analisis ini menunjukkan guruguru bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

5.0 Rumusan dan Cadangan
Perbincangan bab ini adalah hasil dari maklum balas daripada guru-guru dalam bahagian A iaitu
latar belakang guru-guru yang diterangkan secara menyeluruh. Seterusnya, disusuli dengan
perbincangan bahagian B mengenai aspek pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan terhadap
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala bahagian C mengenai
kemahiran guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dan bahagian D pula berkaitan dengan sikap guru-guru dan masalah-masalah
yang dihadapi oleh guru-guru terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Analisis data berkaitan dengan kursus dihadiri menunjukkan kebanyakkan guru-guru
pernah mengikuti kursus ICT, iaitu 76.7% menghadiri kursus sebanyak 1 hingga 5 kali sahaja
dan masin-masing sebanyak 5.8% untuk guru-guru yang menghadiri kursus 6 hingga 10 kali dan
lebih 11 kali. Walau bagaimanapun terdapat guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus
ICT, iaitu sebanyak 11.7%. Boleh dikatakan kursus-kursus ICT yang dihadiri oleh guru amat
sederhana jika dibandingkan dengan sebahagian besar guru-guru telah berpengalaman mengajar
selama lebih 10 tahun.
Penggunaan makmal komputer oleh guru-guru memang menggalakkan iaitu boleh
dikatakan hampir keseluruhan pernah menggunakan makmal komputer di sekolah untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan dapatan kajian yang dibuat oleh Sani (2008)
yang menyatakan penggunan makmal komputer di kalangan guru-guru adalah sederhana.
Penggunaan makmal komputer yang tinggi ini mungkin disebabkan oleh guru-guru yang
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang ICT dan bersikap positif tentang penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penguasaan pengetahuan ICT merupakan prasyarat bagi seseorang guru untuk menguasai
lebih banyak ilmu pengetahuan pada zaman globalisasi ini. Guru perlu mempunyai pengetahuan
yang baik dalam ICT bagi melaksanakan tugas-tugas peribadi atau pengurusan dan sebagai satu
kelebihan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian yang dijalankan oleh
Rohana (2001) yang mendapati bahawa kesedaran terhadap perlunya peningkatan pengetahuan
di dalam bidang tertentu merupakan pemangkin utama yang membantu mempercepatkan lagi
proses pemantapan diri guru-guru dengan kemahiran tambahan.
Kajian ini mendapati bahawa guru-guru banyak pengetahuan dalam aspek penggunaan
perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word) dan pencarian maklumat melalui internet. Ini
selaras dengan kajian Lim Bee Yeok (2008) menyatakan guru-guru mempunyai pengetahuan
yang tinggi terutama dalam perisian pemprosesan perkataan kerana mereka kerap menggunakan
computer untuk menyiapkan tugasan mereka. Ini bersamaan dengan kajian Mohd Fadzri (2006)
yang menyatakan kebanyakan guru-guru didapati menggunakan komputer untuk proses
penghasilan nota pengajaran berbanding dengan menggunakan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran di kelas. Manakala penggunaan internet untuk tujuan pencarian maklumat dalam
kajian ini menunjukan peratusan yang tinggi mungkin disebabkan oleh terdapatnya kemudahan
pencapaian internet di semua sekolah yang dikaji. Ini menunjukkan guru mempunyai inisiatif
sendiri dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka berkaitan dengan ICT secara
menggunakan internet yang ada di sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan komputer juga begitu meluas dalam bidang pengajian perguruan, terutama di
institusi-institusi perguruan. Maka tidak hairanlah guru-guru keluaran daripada bidang perguruan
mempunyai pengetahuan yang banyak berkaitan dengan komputer, kerana ianya digunakan
semasa proses pembelajaran.
Pencarian maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran ini di sokong dalam kajian
Mohd Fadzri (2006), penggunaan komputer dari sudut teknologi internet, guru-guru
menggunakan kemudahan internet untuk mencari bahan-bahan pengajaran semasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang baik. Selain dari menjimatkan masa kerana
pencarian maklumat melalui internet hanya mengambil masa beberapa minit berbanding dengan
pencarian secara manual di perpustakaan, penggunaan internet oleh guru dalam pengajarannya
akan menarik minat pelajar dalam matapelajaran yang diajar kerana kepelbagaian corak
pengajarannya, umpamanya pengajaran secara simulasi yang membolehkan pelajar melihat dan
merasai seperti situasai yang sebenar.
Walau bagaimanapun guru-guru tiada pengetahuan dalam aspek yang berkaitan tentang
fungsi dan penggunaan Microsoft Frontpage. Mungkin guru-guru kurang menggunakan perisian
ini, kerana penggunaan Microsoft Frontpage hanyalah bertujuan untuk membina laman web.
Kekurangan dalam aspek ini boleh mengakibatkan guru-guru kurang mahir membina laman web
dengan menggunakan Microsoft Frontpage. Guru sepatutnya tahu membina laman web sekolah
atau sendiri, kerana melalui laman web ini, pelajar-pelajar boleh mengakses segala nota-nota,
soalan-soalan dan maklumat dalam laman web tersebut. Terdapat juga perbincangan secara atas
talian dalam laman web, ini memudahkan guru untuk berbincang dengan pelajar berkaitan
dengan pelajaran di luar waktu sekolah. Kekurangan ini perlu diatasi dengan pihak sekolah perlu
mengadakan kursus-kursus dalam serta guru-guru itu sendiri perlu mempertingkatkan
pengetahuan mereka dengan menghadiri kelas atau kursus yang di anjurkan oleh badan tertentu
seperti Kolej Komuniti, Pusat Kegiatan Guru dan sebagainya. Menurut kajian Izham, Jamalul
dan Siti (2001) Kementerian Pendidikan yang diharapkan dapat mempertimbangkan lagi
penyediaan program-program latihan peningkatan ilmu dalam bidang teknologi maklumat
kepada guru-guru. Guru-guru sendiri perlulah mengambil inisiatif dengan meningkatkan lagi
pengetahuan serta memperkukukan kemahiran mereka selaras dengan perubahan paradigma
dalam sistem pendidikan kini.
Rujukan

Abang Ahmad Ridzuan dan Salawati Talib (1998) Sikap Pentadbir Terhadap Penggunaan
Komputer Dalam Pengurusan Sekolah. Projek Sarjana Muda. Universiti Malaya.

Azmi Hj. Maad dan Norhayati Isa (2000). Peranan Guru Dalam Era IT. Arussains. Kuala
Lumpur : Arus Intelek Sdn. Bhd. m.s. 2-5.

Balakrishnan,M.(2002). Penggunaan Computer Oleh Guru Pelatih: Dahulu, Sekarang
Dan Harapan Masa Depan. Seminar teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan,Maktab Perguruan Batu Lintang.
Dupange, M.& Krendl,K.A. (1992). Teachers’ Attitudes Towards Computers. A review of the
literature. Computer educatian.

Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur.

Ekhwan bin Besah / Sitam (2004). Kemahiran Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah
Batu Pahat Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti
Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Geisert & Futrell, (1990). Teacher, Computer And Curriculum-Micro Computer In The
Classroom. Boston: Allyn and Bacon.

Haynes, C. & Holmevik, J.R. (1998). High Wired: On The Design, Use And Theory Of
Educational MOOs. Ann Arbor, MI: University of Michigan Press.

Kamus Dewan Edisi Ketiga(2002). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kay, R.H (1990). Predicting Student Teacher Commitment to use the computers. Journal of
Education Computing Research.
Lim Bee Yeok (2008).Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer
Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Universiti Teknologi
Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Newell, A. (1990). Unified Theories Of Cognition. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Piaget, J. (1981). The psychology of intelligence. Littlefield, NJ: Adams & Co.

Skinner, B.F.(1974). About Behaviourism. London: Penguin Books.
Tan Ai Ngoh (1998). Penggunaan Computer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah
Kebangsaan Convent Kajang. Jurnal pendidikan TigaENF. Jabatan Teknologi Maklumat.

Yahya Emat (1993). Cabaran dan Strategi Pendidikan Teknik dan Vokasional ke Arah Mencapai
Wawasan 2020. Malaysia : KPM (Jilid 37, Keluaran 78).

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatTeori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatWan Farid Nazrin
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUAmeer Chann
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALWan Nor Faezah
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
Kepelbagaian Pelajar RPH
Kepelbagaian Pelajar RPHKepelbagaian Pelajar RPH
Kepelbagaian Pelajar RPHwanhafshah
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
kemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajarankemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajaranmazlan81
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 

Mais procurados (20)

Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatTeori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan Maklumat
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Kit penerangan pak21
Kit penerangan pak21Kit penerangan pak21
Kit penerangan pak21
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Jadual Penentu Kandungan
Jadual Penentu KandunganJadual Penentu Kandungan
Jadual Penentu Kandungan
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Kepelbagaian Pelajar RPH
Kepelbagaian Pelajar RPHKepelbagaian Pelajar RPH
Kepelbagaian Pelajar RPH
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Rubrik
RubrikRubrik
Rubrik
 
kemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajarankemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajaran
 
tmk dalam pdp
tmk dalam pdptmk dalam pdp
tmk dalam pdp
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 

Semelhante a Tugasan 3 (kajian tinjauan)

Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanHidayu Jamali
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikImplikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikEi Mans
 

Semelhante a Tugasan 3 (kajian tinjauan) (20)

Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikImplikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 

Tugasan 3 (kajian tinjauan)

  • 1. KOD KURSUS KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Disediakan oleh: JULIZA BT AHMAD ZAHARI M20121000778 Disemak oleh : PROF. MADYA DATO’ DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR PENSYARAH KPT6044 FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UPSI
  • 2. 1.0 Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk itu beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan. Kesinambungan daripada memperkenalkan matapelajaran Teknologi Maklumat, kementerian telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan ICT seperti program pengenalan kepada komputer pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992, projek pelajaran berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995 telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah untuk memperluaskan penggunaan ICT dalam pendidikan. Selaras dengan program-program ICT yang dilancarkan, kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran. Segala kemudahan dan kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya. Menyedari kepentingan dan keberkesanan penggunaan ICT dalam pendidikan, kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan perancangan berkaitan dengan ICT yang bermula di sekolah kebangsaan lagi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkah-langkah untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestarian sekolah melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk melaksanakan program-program tersebut,
  • 3. KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, computer riba, projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru berkaitan ICT. Oleh itu para pendidik digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba mencabar ini. Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari nanti pelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa komputer riba sebagai penganti buku. Perkara ini sudah berlaku di negara-negara maju. 1.1 Pernyataan masalah Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan juga dilakukan untuk mengetahui sikap guru terhadap penggunaan ICT dan masalah-masalah penggunaan ICT yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dilakukan di sekolah kebangsaan zon Pantai Remis di Negeri Perak. Sebanyak enam buah sekolah kebangsaan yang terlibat dalam kajian ini. 1.2 Objektif kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Untuk mengetahui sikap guru-guru tentang penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 4. 1.3 Kepentingan kajian Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang ICT, serta sikap dan masalah–masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kajian terhad kepada enam buah sekolah sahaja namun dapatan kajian dijangka dapat memberi petunjukpetunjuk tentang pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang ICT, serta sikap dan masalah – masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini boleh membantu para guru dan pihak kementerian pendidikan memahami situasi yang sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan membantu guru- guru menggubal aktiviti yang sesuai untuk sesi pengajaran mereka, serta membantu pihak KPM mengubal program-program yang bersesuaian dengan kehendak dan kemampuan guru-guru sekolah rendah dalam melaksanakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak KPM juga boleh menggunakan dapatan ini sebagai garis panduan untuk melaksanakan kursus-kursus berkaitan ICT kepada guru-guru di sekolah, terutama guru-guru sekolah rendah. Di samping itu, kajian ini diharap dapat membantu pihak perancang program menyediakan bahan yang sesuai untuk guru dan pelajar. 1.4 Definisi Konsep I. Pengajaran Pengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk pelajar bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses pembelajaran. Ianya melibatkan kegiatan Merancang dan Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, Memilih strategi pengajaran, Aktiviti pengajaran dan pembelajaran, Menilai dalam satu-satu pengajaran. II. Pembelajaran Pembelajaran diertikan sebagai proses perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman atau latihan.
  • 5. III. ICT ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan „Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segalaaspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat danmudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumattanpa mengira tempat dan waktu. 2.0 Sorotan Literatur 2.1 Kajian Literatur Dalam Negara Kajian yang dijalankan oleh Ahmad Fisol dan Muazam (2010), ke atas 13 orang murid pemulihan Tahun dua dan tiga di SK Pulau Meranti Sepang, Selangor mendapati pencapaian murid menunjukkan peningkatan yang agak ketara selepas murid mengikuti kem ICT. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan ICT seperti CD-ROM banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan. Jonassen (2003) pula berpandangan kemudahan hiperteks dan hipermedia dalam ICT dapat menyediakan suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif. Penggunaan ICT menjadikan proses pencarian maklumat menyeronok dan menghiburkan. Interaktiviti membolehkan proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar. Menurut Alessi dan Trollip (2001) pula, pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan itu ialah murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila
  • 6. masa dan di mana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kini bahan menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan guru. 2.2 Kajian Literatur Luar Negara Sawsan et al. (2012) telah menjalankan kajian mengenai impak penggunaan multimedia dalam pelajaran asas Matematik kanak-kanak di sebuah sekolah rendah di Jordan mendapati bahawa penggunaan multimedia dalam pengajaran telah memberikan kesan positif terhadap tumpuan kanak-kanak serta memotivasikan mereka untuk belajar melalui grafik dan animasi serta permainan berbentuk pendidikan yang terdapat dalam perisian multimedia tersebut. Suzan dan Serife (2010) telah menjalankan kajian ke atas sekumpulan murid sekolah rendah berbangsa Turki di Norway turut mendapati keberkesanan pembelajaran secara interaktif telah membantu murid untuk memahami pelajaran berbanding sebelumnya. Seramai 17 orang murid juga menyatakan pembelajaran menggunakan media interaktif lebih berkesan dan menyeronokkan, sekaligus membantu murid mengatasi masalah kelemahan dari segi perbendaharaan kata dan kemahiran kendiri. Kajian oleh Debra et. (2009) turut memfokuskan kepada kaedah pengajaran menggunakan media digital dan pembelajaran ke atas kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun. Dapatan kajian menunjukkan media digital membolehkan kanak-kanak belajar pelbagai konsep Matematik, kemahiran artistik di samping mengekspresikan imaginasi mereka dalam muzik, seni lukis, animasi, penulisan cerita mahupun puisi. Ini membuktikan kaedah pengajaran berbantukan multimedia mampu memberi pelbagai kemahiran kepada kanak-kanak.
  • 7. 3.0 Metodologi 3.1 Reka bentuk kajian Kajian yang dijalankan adalah kajian jenis deskriptif, iaitu satu tinjauan secara soal selidik yang mana bermatlamat untuk mengetahui tahap kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh golongan guru berkaitan dengan penggunaan ICT dalam P&P. Soal selidik juga bertujuan untuk mengetahui sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran. Mohd Najib (1999) mengatakan kajian berbentuk ini adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang menerangkan suatu fenomena yang sedang berlaku, iaitu merujuk kepada penggunaan ICT yang semakin penting dalam sistem pendidikan pada masa kini, serta kepentingan guru-guru menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran ICT untuk kegunaan peribadi atau dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala data-data mengenai persoalan kajian diperolehi dengan kaedah soal selidik. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana merasakan ianya paling sesuai untuk mendapatkan maklumat secara terperinci tentang kajian yang dijalankan. Kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden selain membuat pemerhatian tingkah laku mereka. Selain itu ia dapat mengumpulkan data dengan lebih mudah dan sesuai dengan responden dalam kajian ini. Penggunaan soal selidik juga dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan semasa mengumpul data. Hasil dari soal selidik juga dapat menghasilkan item-item yang konsisten. 3.2 Populasi Kajian Populasi kajian terdiri dari guru-guru tahap satu dan tahap dua yang mengajar di sekolah kebangsaan di Zon Pantai Remis, Perak. Guru-guru tersebut adalah di kalangan guru-guru yang mengajar dalam pelbagai mata pelajaran seperti, Kemahiran Hidup, Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan sebagainya. 3.3 Sampel Kajian Menurut Mohd Najib (1999) sampel adalah sumber mendapatkan data. Prinsip persampelan yang diamalkan adalah berdasarkan konsep kebarangkalian dan setiap eleman yang dipilih adalah mempunyai peluang yang sama. Pada asasnya, persampelan adalah merupakan satu usaha bagi
  • 8. seorang penyelidik untuk memperolehi maklumat daripada sampel yang dapat mewakili populasi tersebut. 3.4 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan soalan selidik sebagai instrumen kajian. Menurut Mohd. Majid (1994) soal selidik adalah alat ukur yang terbaik digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalahmasalah berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang diberikan juga akan diperolehi. Borang soal selidik terdiri daripada bahagian A, B, C dan D. Nombor-nombor item untuk persoalan kajian seperti berikut: Jadual 1: Pembahagian dan Taburan Bilangan Soal Selidik. Bil Bahagian Perkara dan Persoalan Kajian No soalan 1 hingga 8 1 A Maklumat demografi responden. 2 B SK 1: Apakah tahap pengetahuan guru-guru sekolah 9 hingga 19 kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran? 3 C SK 2: Apakah kebangsaan tahap terhadap kemahiran penggunaan guru-guru ICT sekolah 20 hingg 31 dalam proses pengajaran dan pembelajaran? SK 3: Apakah sikap guru-guru sekolah kebangsaan tentang 32 hingg 40 penggunaan 4 D ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran? SK 4: Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru 41 hingga 50 sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran?
  • 9. 3.5 Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian dijalankan. Selain itu juga, kajian rintis ini digunakan untuk mengkaji masalah-masalah yang akan timbul sewaktu proses soal selidik berjalan. Kajian rintis ini juga dijalankan bertujuan untuk mendapat kebolehpercayaan yang tinggi, nilai indeks kebolehpercayaan yang melebihi 0.6 boleh dianggap mencukupi (Mohd Majid, 1994). Kajian rintis dijalankan kepada 10 orang guru- guru PKPG sesi 2006/2009 yang sedang belajar di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Setelah dianalisis menggunakan perisian „Statistical Packages For The Sosial Science‟ (SPSS) hasil indeks Alpha adalah 0.640. Ini menunjukkan soal selidik ini boleh digunakan. 4.0 Dapatan Kajian Aspek pengetahuan berkaitan dengan penggunaan perisian menunjukkan peratusan yang tinggi, didapati item 11 menunjukan hampir semua responden (98.3 %) tahu bahawa arahan “sort” dalam Microsoft Word digunakan untuk menyusun rekod mengikut abjad atau nombor. Bagi item 13 pula, sebahagian besar responden (95.8%) tahu bahawa arahan untuk “Sum, Average dan Count” tidak terdapat dalam Microsoft Powerpoint. Manakala item 16 menunjukan majoriti responden (92.5%) tahu bahawa “slide transition” tidak terdapat dalam Microsoft Excel. Sementara itu, item 10 menunjukkan paling ramai responden (56.7%) tidak tahu bahawa Microsoft Frontpage adalah bukan perisian untuk pemprosesan perkataan dan hanya hampir separuh sahaja iaitu 43.3% responden tahu berkaitan pernyataan tersebut. Bagi aspek pengetahuan yang berkaitan dengan perkakasan komputer menunjukkan peratusan yang sederhana sahaja. Sebilangan besar responden (85.8%) tahu fungsi sesebuah modem iaitu menghubungkan komputer dengan internet. Manakala terdapat hampir sebilangan kecil responden (36.7%) tidak tahu bahawa perkakasan Random Acces Memory (RAM) dilekatkan di permukaan motherboard. Penyelidik menggunakan Microsoft Excel untuk menganalisis keputusan ujian supaya dapat mengetahui keputusan keseluruhan ujian yang dijalankan berdasarkan tahap skala dan markah ujian.
  • 10. Bagi aspek kemahiran berkaitan dengan perisian menunjukkan sebahagian besar responden (60.0%) boleh menggunakan perisian pemprosesan perkataan dan segelintir sahaja iaitu 10.0% responden tidak boleh menggunakan perisian pemprosesan perkataan. Manakala item 22 yang berkaitan dengan penggunaan perisian grafik menunjukkan lebih separuh responden (54.2%) memerlukan bantuan untuk menggunakannya dan hanya seorang responden (0.8%) daripada 120 responden boleh membantu orang lain berkaitan dengan penggunaan perisian grafik. Bagi item 28, hampir separuh responden (46.7%) boleh membina jadual dan carta menggunakan Microsoft Excel. Item 27 pula, menunjukkan hampir separuh responden (42.5%) boleh mencipta dan membuat persembahan elektronik menggunakan Microsoft Powerpoint dan sebahagian kecil responden (24.2%) boleh mengajar orang lain berkaitan dengan membuat persembahan elektronik menggunakan Microsoft Powerpoint. Bagi aspek kemahiran berkaitan dengan penggunaan internet menunjukan bahawa item 23, hampir separuh responden (46.7%) memerlukan pertolongan untuk membina laman web, manakala 42.5% lagi langsung tidak boleh membina laman web serta hanya segelintir (10.8%) sahaja yang boleh membina laman web dan tiada seorang pun yang boleh membantu mengajar orang lain dalam membina laman web. Manaka hampir separuh responden (31.7%) boleh membantu orang lain dalam melayari internet untuk mendapatkan maklumat dan sebahagian besarnya (46.7%) boleh melayari internet dengan sendiri tanpa bantuan orang lain, manakala hanya segelintir kecil responden (3.3%) tidak boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat. Bagi item 32 yang berkaitan dengan memuat turun perisian menggunakan internet, menunjukkan hampir separuh responden (46.6%) menyatakan mereka memerlukan bantuan orang lain untuk melakukannya dan hanya 32.5% responden boleh membuat sendiri serta segelintir kecil responden (14.2%) boleh mengajar orang lain berkaitan dengan kemahiran tersebut. Berdasarkan analisis yang diperolehi didapati item 32 dan 34 menunjukkan majority responden (90.8%) menyatakan penggunaan ICT memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dan mereka sanggup meluangkan masa untuk mempelajari dan mendalami kemahiran menggunakan ICT. Bagi item 35, sebahagian besar responden (89.2%) berminat menggunakan ICT semasa pengajaran dan hanya segelintir sahaja iaitu 5.0% yang tidak berminat menggunakan ICT semasa pengajaran. Manakala sebahagian besar responden iaitu 88.3% sentiasa menyimpan bahan pengajaran di dalam computer untuk digunakan semula pada masa
  • 11. akan datang. Mereka ini bersedia menggunakanICT dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang dan sanggup mengikuti kursus ICT untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang tersebut. Bagi item 36, majoriti responden (82.5%) menyatakan mereka seronok menggunakan komputer dan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan hanya sebilangan kecil responden (8.3%) menyatakan penggunaan komputer dan ICT ini tidak menyeronokkan mereka. Begitu juga dengan item 39, sebahagian besar responden (80.0%) sudah memulakan pencarian bahan-bahan pengajaran melalui internet. Maka didapati purata keseluruhan yang diperolehi bagi persoalan kajian yang ketiga ini, menunjukkan hampir majoriti responden (85.6%) mengamalkan sikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebaliknya hanya segelintir responden (7.7 %) menunjukan sikap negative terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selebihnya iaitu 6.7% responden menjawab tidak pasti terhadap soalan yang dikemukakan. Oleh itu, hasil analisis ini menunjukkan guruguru bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 5.0 Rumusan dan Cadangan Perbincangan bab ini adalah hasil dari maklum balas daripada guru-guru dalam bahagian A iaitu latar belakang guru-guru yang diterangkan secara menyeluruh. Seterusnya, disusuli dengan perbincangan bahagian B mengenai aspek pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala bahagian C mengenai kemahiran guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bahagian D pula berkaitan dengan sikap guru-guru dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis data berkaitan dengan kursus dihadiri menunjukkan kebanyakkan guru-guru pernah mengikuti kursus ICT, iaitu 76.7% menghadiri kursus sebanyak 1 hingga 5 kali sahaja dan masin-masing sebanyak 5.8% untuk guru-guru yang menghadiri kursus 6 hingga 10 kali dan lebih 11 kali. Walau bagaimanapun terdapat guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus ICT, iaitu sebanyak 11.7%. Boleh dikatakan kursus-kursus ICT yang dihadiri oleh guru amat
  • 12. sederhana jika dibandingkan dengan sebahagian besar guru-guru telah berpengalaman mengajar selama lebih 10 tahun. Penggunaan makmal komputer oleh guru-guru memang menggalakkan iaitu boleh dikatakan hampir keseluruhan pernah menggunakan makmal komputer di sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan dapatan kajian yang dibuat oleh Sani (2008) yang menyatakan penggunan makmal komputer di kalangan guru-guru adalah sederhana. Penggunaan makmal komputer yang tinggi ini mungkin disebabkan oleh guru-guru yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang ICT dan bersikap positif tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan pengetahuan ICT merupakan prasyarat bagi seseorang guru untuk menguasai lebih banyak ilmu pengetahuan pada zaman globalisasi ini. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam ICT bagi melaksanakan tugas-tugas peribadi atau pengurusan dan sebagai satu kelebihan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Rohana (2001) yang mendapati bahawa kesedaran terhadap perlunya peningkatan pengetahuan di dalam bidang tertentu merupakan pemangkin utama yang membantu mempercepatkan lagi proses pemantapan diri guru-guru dengan kemahiran tambahan. Kajian ini mendapati bahawa guru-guru banyak pengetahuan dalam aspek penggunaan perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word) dan pencarian maklumat melalui internet. Ini selaras dengan kajian Lim Bee Yeok (2008) menyatakan guru-guru mempunyai pengetahuan yang tinggi terutama dalam perisian pemprosesan perkataan kerana mereka kerap menggunakan computer untuk menyiapkan tugasan mereka. Ini bersamaan dengan kajian Mohd Fadzri (2006) yang menyatakan kebanyakan guru-guru didapati menggunakan komputer untuk proses penghasilan nota pengajaran berbanding dengan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Manakala penggunaan internet untuk tujuan pencarian maklumat dalam kajian ini menunjukan peratusan yang tinggi mungkin disebabkan oleh terdapatnya kemudahan pencapaian internet di semua sekolah yang dikaji. Ini menunjukkan guru mempunyai inisiatif sendiri dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka berkaitan dengan ICT secara menggunakan internet yang ada di sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer juga begitu meluas dalam bidang pengajian perguruan, terutama di institusi-institusi perguruan. Maka tidak hairanlah guru-guru keluaran daripada bidang perguruan
  • 13. mempunyai pengetahuan yang banyak berkaitan dengan komputer, kerana ianya digunakan semasa proses pembelajaran. Pencarian maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran ini di sokong dalam kajian Mohd Fadzri (2006), penggunaan komputer dari sudut teknologi internet, guru-guru menggunakan kemudahan internet untuk mencari bahan-bahan pengajaran semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang baik. Selain dari menjimatkan masa kerana pencarian maklumat melalui internet hanya mengambil masa beberapa minit berbanding dengan pencarian secara manual di perpustakaan, penggunaan internet oleh guru dalam pengajarannya akan menarik minat pelajar dalam matapelajaran yang diajar kerana kepelbagaian corak pengajarannya, umpamanya pengajaran secara simulasi yang membolehkan pelajar melihat dan merasai seperti situasai yang sebenar. Walau bagaimanapun guru-guru tiada pengetahuan dalam aspek yang berkaitan tentang fungsi dan penggunaan Microsoft Frontpage. Mungkin guru-guru kurang menggunakan perisian ini, kerana penggunaan Microsoft Frontpage hanyalah bertujuan untuk membina laman web. Kekurangan dalam aspek ini boleh mengakibatkan guru-guru kurang mahir membina laman web dengan menggunakan Microsoft Frontpage. Guru sepatutnya tahu membina laman web sekolah atau sendiri, kerana melalui laman web ini, pelajar-pelajar boleh mengakses segala nota-nota, soalan-soalan dan maklumat dalam laman web tersebut. Terdapat juga perbincangan secara atas talian dalam laman web, ini memudahkan guru untuk berbincang dengan pelajar berkaitan dengan pelajaran di luar waktu sekolah. Kekurangan ini perlu diatasi dengan pihak sekolah perlu mengadakan kursus-kursus dalam serta guru-guru itu sendiri perlu mempertingkatkan pengetahuan mereka dengan menghadiri kelas atau kursus yang di anjurkan oleh badan tertentu seperti Kolej Komuniti, Pusat Kegiatan Guru dan sebagainya. Menurut kajian Izham, Jamalul dan Siti (2001) Kementerian Pendidikan yang diharapkan dapat mempertimbangkan lagi penyediaan program-program latihan peningkatan ilmu dalam bidang teknologi maklumat kepada guru-guru. Guru-guru sendiri perlulah mengambil inisiatif dengan meningkatkan lagi pengetahuan serta memperkukukan kemahiran mereka selaras dengan perubahan paradigma dalam sistem pendidikan kini.
  • 14. Rujukan Abang Ahmad Ridzuan dan Salawati Talib (1998) Sikap Pentadbir Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Sekolah. Projek Sarjana Muda. Universiti Malaya. Azmi Hj. Maad dan Norhayati Isa (2000). Peranan Guru Dalam Era IT. Arussains. Kuala Lumpur : Arus Intelek Sdn. Bhd. m.s. 2-5. Balakrishnan,M.(2002). Penggunaan Computer Oleh Guru Pelatih: Dahulu, Sekarang Dan Harapan Masa Depan. Seminar teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan,Maktab Perguruan Batu Lintang. Dupange, M.& Krendl,K.A. (1992). Teachers’ Attitudes Towards Computers. A review of the literature. Computer educatian. Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur. Ekhwan bin Besah / Sitam (2004). Kemahiran Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Batu Pahat Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Geisert & Futrell, (1990). Teacher, Computer And Curriculum-Micro Computer In The Classroom. Boston: Allyn and Bacon. Haynes, C. & Holmevik, J.R. (1998). High Wired: On The Design, Use And Theory Of Educational MOOs. Ann Arbor, MI: University of Michigan Press. Kamus Dewan Edisi Ketiga(2002). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kay, R.H (1990). Predicting Student Teacher Commitment to use the computers. Journal of Education Computing Research.
  • 15. Lim Bee Yeok (2008).Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Newell, A. (1990). Unified Theories Of Cognition. Cambridge, MA: Harvard University Press. Piaget, J. (1981). The psychology of intelligence. Littlefield, NJ: Adams & Co. Skinner, B.F.(1974). About Behaviourism. London: Penguin Books. Tan Ai Ngoh (1998). Penggunaan Computer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Convent Kajang. Jurnal pendidikan TigaENF. Jabatan Teknologi Maklumat. Yahya Emat (1993). Cabaran dan Strategi Pendidikan Teknik dan Vokasional ke Arah Mencapai Wawasan 2020. Malaysia : KPM (Jilid 37, Keluaran 78).