1. PENGENALAN
Malaysia berhasrat menukar wajah sistem pendidikan seiring dengan visi negara dalam
memenuhi Wawasan 2020. Pelaksanaan konsep Sekolah Bestari merupakan satu daripada
tujuh aplikasi „flagship‟ dalam projek Koridor Raya Multimedia (MSC). Sekolah Bestari
acuan Malaysia berfokuskan kepada pembudayaan amalan berfikir untuk membina kekuatan
minda di kalangan pelajar untuk menghadapi pelbagai cabaran zaman mereka di masa muka
dalam era teknologi maklumat dan perkembangan global.
Secara amnya, pelaksanaan Sekolah Bestari mengubah paradigma proses pengurusan,
kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum. Antara lain kurikulum sekolah akan
mengambilkira kebolehan atau kemampuan pelajar. Sebagai contoh, pelajar cemerlang boleh
mempelajari kandungan sukatan pelajaran yang lebih tinggi dan kompleks sementara pelajar
yang lemah akan meneruskan segala aktiviti pembelajaran sehingga mereka bersedia untuk
mempelajari kandungan yang lebih tinggi. Sementara sistem pengurusan sekolah, penilaian
serta lain-lain komponen pengurusan juga melalui proses anjakan, selaras dengan arus
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau‘Information Communication
Technology’(ICT).
Walaupun pelaksanaan Sekolah Bestari menuntut sistem pendidikan
melaksanakantransformasi yang ketara, namun dua asas penting dalam sistem pendidikan di
Malaysia iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan nilai-nilai moral tidak diketepikan.
Kedua-dua asas perkara tersebut yang menekankan kepada pembinaan dan pembangunan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta pembentukan nilai-nilai murni
menjadikan Sekolah Bestari sesuatu yang bitara.
2. Definisi Sekolah Bestari
Konsep Sekolah Bestari
Sekolah Bestari merupakan sebuah institusi pembelajaran yang telah direka bentuk semula
secara sistematik dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan untuk
membantu pelajar menghadapi era maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan
pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ia
berasaskan kepada konsep teknologi berhubung dengan mesin pintar ( smart machine )melalui
pendekatan pengurusan bersepadu secara berpusat ( centralized) dan pengagihan kuasa pusat
(decentralized). Dalam pengurusan pendidikan sekolah bestari ini, kedua-dua pendekatan ini
digunakan secara serentak.
Sekolah Bestari memberi penekanan kepada perkembangan individu secara
menyeluruh dengan memberi fokus bukan sahaja kepada dominan intelektual tetapi juga
dominan afektif. Justeru itu, teknologi terbaru digunakan untuk memperkembangkan peranan
pengajaran melampaui bilik darjah biasa, mempertingkatkan kualiti pengajaran ke arah akses
kendiri iaitu pmbelajaran berpusatkan pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu.
Bilik darjah masih menjadi fokus pengajaran terus di mana interaksi harian di antara guru dan
pelajar lain akan terus menjadi bahagian penting dalam sekolah Bestari.
Selain itu, kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Ianya dirancang
supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, refletif, holistik, global dan terbuka
berdasarkan matlamat. Ini menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak-kanak
maju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan
keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak-kanak dididik dan digalakkan meningkatkan
kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari ini, direka untuk membentuk pelajar
mencapai perkembangan yang seimbang iaitu secara menyeluruh (systematically) dari proses
pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi
cabaran zaman maklumat. Mulai tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran
3. kritis dan kreatif. Penggunaan teknologi sebagai pengupaya atau pemboleh menjadi
komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila projek ini diwujudkan sebagai satu
daripadaaplikasi perdana MSC.
Menurut Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak,Sekolah Bestari merupakan:
“An exciting development of our education system isthe creation of SmartSchools. Smart
schools are being planned in stagesnationally, not only to meet the requirements of the
Multimedia Super Corridor, but also to create a new generation of Malaysians – Malaysians
who aremore creative and innovative in their thinking, adopt with new technologies, and able
toaccess and manage completely the information explosion.” (Blueprint Projek Rintis
Sekolah Bestari, 1998)
Berlandaskan pernyataan di atas, Konsep Sekolah Bestari menurut Mashitoh Yaacob
dan MaharamMamat (2001) adalah bermatlamatkan memberi penekanan kepada
perkembangan individu secara menyeluruh dengan memberikan fokus kepada bukan pada
domain intelektual semata-mata tetapi juga domain afektif. Teknologi digunakan untuk
memperkembangkan peranan pengajaran melampaui bilik darjah, mempertingkatkan kualiti
pengajaran ke arah akses kendiri, terarah dan mengikut kadar pembelajaran individu. Dengan
lain perkataan. melalui program ini akan lahirlah individu yang berilmu, berakhlak mulia,
cekap teknologi, bersifat global dan mampu beroperasi di persada antarabangsa.
4. Rumusan
Walaupun berdasarkan konsep universal, Sekolah Bestari di Malaysia adalah
mengikutacuannya tersendiri. Di Malaysia, Sekolah Bestari akan memberi pendidikan
menggunakan pendekatan yang terbaik dan berkesan bagi mencapai matlamat FPK,
menggunakan teknologi sebagai kaedah utama serta disokong oleh polisi, proses dan dijana
oleh manusia yang berketerampilan dan berkemahiran. Usaha-usaha pendidikan melalui
Sekolah Bestari adalah difokuskan untuk melahirkan ‘generasi bestari’ iaitu mereka yang
kritis dan kreatif serta berupaya menjana maklumat baru