Dokumen tersebut berisi peraturan-peraturan Projek MALT Apprentice Programme. Ia menjelaskan tentang pendaftaran peserta, kehadiran di makmal komputer, penggunaan fasilitas makmal, tugasan dan penilaian peserta, serta penggunaan perisian dan perkakasan komputer. Pelanggaran peraturan dapat mengakibatkan peserta didiskualifikasi atau didakwa secara hukum.
1. LAMPIRAN C: 1/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
Peraturan I Penyertaan dan Pendaftaran
(a) Pendaftaran hanya dibuka kepada pelajar sekolah menengah sahaja.
(b) Pelajar yang ingin menjadi peserta Projek MALT Apprentice Programme
(dari ini disebut MAP) mestilah mendaftarkan diri terlebih dahulu.
(c) Penyertaan dibuka kepada pelajar-pelajar naungan Jemaah Pengurus
Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong (dari ini disebut
Jemaah) dan pelajar-pelajar bukan naungan Jemaah.
(d) Tiada yuran pendaftaran dan yuran bulanan dikenakan kepada pelajar
naungan Jemaah.
(e) Pelajar bukan naungan Jemaah dikenakan yuran pendaftaran dan bulanan.
Yuran pendaftaran mesti dibayar semasa mendaftar sebagai peserta. Yuran
bulanan mesti dibayar pada awal setiap bulan sebelum menggunakan fasiliti-
fasiliti yang disediakan. Maksud fasiliti atau fasiliti-fasiliti yang termaktub di
dalam peraturan ini adalah terhad kepada perkakasan-perkakasan dan
kemudahan-kemudahan yang diperuntukkan bagi tujuan MAP sahaja. Peserta
yang tidak atau masih belum menjelaskan pembayaran yuran tidak
dibenarkan untuk masuk ke makmal komputer MAP (dari ini disebut
makmal) dan status pesertanya seperti dijelaskan di dalam Peraturan I(h)
tidak terpakai selama tempoh itu.
(f) Yuran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan MAP (dari ini disebut
Pengurusan). Pembayaran yuran tidak boleh ditangguhkan atau dihutangkan
atau apa-apa kaedah yang membawa kepada maksud yang sama seperti di
dalam Peraturan I(f).
(g) Pengurangan atau diskaun kepada jumlah yuran yang dikenakan bagi maksud
promosi atau atas tujuan-tujuan lain yang difikirkan perlu adalah tertakluk
kepada Pengurusan. Segala keputusan yang dibuat oleh Pengurusan adalah
muktamad dan tidak boleh dipersoalkan sama sekali oleh mana-mana pihak
sama ada terlibat secara langsung atau tidak.
(h) Hanya pelajar berdaftar (dari ini disebut peserta) sahaja yang dibenarkan
mengikuti program ini dan menikmati segala kemudahan yang disediakan di
dalam program ini termasuk penggunaan fasiliti.
(i) Pendaftaran ini hanya dibuka kepada pelajar yang berminat sahaja. Pelajar
yang tidak berminat tidak dibenarkan langsung menyertai MAP.
(j) Setiap peserta adalah tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan MAP.
Pengingkaran kepada mana-mana peraturan akan disabitkan kesalahan dan
boleh disingkirkan dari MAP.
(k) Individu yang ingin menyertai MAP tetapi bukan berstatus pelajar sekolah,
dibenarkan menjadi peserta dengan persetujuan dan kelulusan Pengurusan
dan perlu mengikut prosedur-prosedur MAP dan adalah tertakluk kepada
Peraturan-Peraturan MAP.
(l) Peserta yang disingkirkan dari MAP tidak dibenarkan menggunakan fasiliti-
fasiliti dan perlu membuat rayuan secara bertulis kepada Pengurusan bagi
memohon untuk menyertai semula MAP.
2. LAMPIRAN C: 2/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
Peraturan II Kehadiran Ke Makmal
(a) Kehadiran ke makmal adalah bagi tujuan utamanya untuk menyelesaikan
tugasan yang diberikan atau bagi menghadiri sesi bimbingan sahaja.
Kehadiran dan penggunaan komputer di makmal bagi tujuan selain akademik
atau seperti yang dijelaskan dalam Peraturan II(a) adalah dilarang sama sekali
dan perlu mendapatkan keizinan dan persetujuan Pengurusan terlebih dahulu
jika perlu. Peserta yang didapati menggunakan makmal bagi tujuan selain
daripada tujuan yang dibenarkan atau jika didapati menyalahgunakan fasiliti
yang disediakan, akan disingkirkan dari menjadi peserta MAP. Pengurusan
boleh merujuk kes ini kepada pihak berkuasa dan boleh mengambil tindakan
undang-undang mengikut peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia.
(b) Peserta perlu menggunakan makmal dengan masa minimum selama satu jam
bagi satu minggu. Tiada tempoh maksimum bagi penggunaan komputer di
makmal.
(c) Di dalam kes tertentu, jika terpakai, dan mendapat keizinan dari Pengurusan,
peserta dibenar menggunakan makmal dengan masa minimum satu jam
dalam tempoh sepuluh hari.
(d) Peserta yang tidak memenuhi tempoh minimum penggunaan komputer di
makmal akan dianggap sebagai tidak berminat dan akan disingkirkan dari
MAP.
Peraturan III Penggunaan Makmal dan Sesi Bimbingan
(a) Penggunaan komputer di makmal termasuk kerja-kerja penyelenggaraan
wajib direkodkan di dalam buku log penggunaan komputer bagi tujuan
keselamatan dan perekodan. Pengguna komputer berdaftar (dari ini disebut
Pengguna Berdaftar) mesti mengisikan butiran penting seperti nama, jawatan,
tujuan penggunaan dan tandatangan di buku log penggunaan komputer.
Pengguna Berdaftar membawa maksud peserta, Pengurusan dan wakil sah
atau wakil-wakil sah yang dilantik oleh Pengurusan untuk kerja-kerja
penyelenggaraan makmal.
(b) Hanya Pengguna Berdaftar sahaja yang dibenarkan menggunakan fasiliti-
fasiliti yang disediakan di dalam makmal termasuk penggunaan media
penyimpanan data yang disediakan.
(c) Pengguna yang bukan Pengguna Berdaftar yang didapati menggunakan
fasiliti-fasiliti akan didakwa menceroboh dan kes ini akan dirujuk kepada
pihak berkuasa dan akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut
peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia.
(d) Sesi bimbingan akan diadakan mengikut jadual dan peserta tidak diwajibkan
untuk mengikuti sesi bimbingan. Sebarang perubahan pada jadual sesi
bimbingan akan dihebahkan kepada peserta secara mel elektronik atau
melalui laman web MAP.
(e) Peserta yang ingin mengikuti sesi bimbingan perlu membuat tempahan awal.
Hanya peserta yang membuat tempahan sahaja yang dibenarkan mengikuti
sesi bimbingan.
(f) Peserta yang tidak menghadirkan diri mengikut tempahan tanpa
3. LAMPIRAN C: 3/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
mengemukakan alasan yang kukuh atau alasan yang diberikan ditolak oleh
Pengurusan di atas sebab-sebab tertentu, tidak dibenarkan untuk membuat
tempahan di masa akan datang.
(g) Peserta yang dikenakan tindakan di bawah Peraturan III(f), masih menjadi
peserta MAP dan boleh menggunakan fasiliti-fasiliti yang disediakan selagi
tidak mengingkari peraturan-peraturan lain.
(h) Peserta yang mengikuti sesi bimbingan mesti berada di dalam makmal dua
minit lebih awal daripada jadual yang ditetapkan atau lewat tidak melebihi
tempoh lima minit dari jadual yang ditetapkan.
(i) Pelajar yang lewat tidak akan dibenarkan masuk dan dianggap sebagai tidak
hadir seperti mana ditafsirkan di dalam Peraturan III(f).
(j) Rayuan secara bertulis boleh dibuat kepada Pengurusan dengan menyatakan
sebab-sebab mengapa peserta perlu mengikuti sesi bimbingan dan
menandatangani surat akujanji untuk mematuhi segala peraturan di masa
akan datang. Peserta yang didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan
III(i) bagi kali kedua sama ada secara berturutan atau tidak, akan digantung
daripada menjadi peserta.
(k) Sebuah komputer hanya boleh digunakan oleh seorang peserta sahaja. Peserta
yang mengganggu atau membuat perkara yang mendatangkan gangguan
kepada peserta lain di dalam makmal akan dihalau keluar dari makmal dan
digantung dari menjadi peserta MAP.
(l) Setiap peserta diwajibkan membawa buku catatan khas (dari ini disebut buku
log) masing-masing semasa menghadiri sesi bimbingan dan tidak boleh
dipindahmilik kepada mana-mana peserta lain. Kegunaan buku log adalah
untuk mencatatkan apa-apa sahaja maklumat penting semasa sesi bimbingan
dan untuk digunakan sebagai rujukan peserta sendiri. Peserta yang tidak
membawa bersama buku log ketika menghadiri sesi bimbingan tidak akan
dibenarkan masuk ke makmal dan boleh dikenakan tindakan mengikut
Peraturan III(f).
(m)Setiap peserta wajib menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang
ditetapkan (dari ini disebut tugasan). Peserta yang tidak menyiapkan atau
tidak menghantar tugasan tanpa alasan yang kukuh akan dianggap sebagai
tidak berminat untuk menjadi peserta dan akan disingkirkan dari MAP.
(n) Setiap peserta akan dibekalkan dengan media penyimpanan data (dari ini
disebut media USB) untuk menyimpan segala kerja yang dibuat. Peserta
adalah dilarang sama sekali untuk memasukkan apa-apa bahan atau perisian
atau apa-apa jua kandungan selain daripada tugasan yang dibuat sendiri.
Mana-mana peserta yang didapati mengingkari Peraturan III(n) akan
disingkirkan dari MAP dan tidak dibenarkan untuk membuat rayuan untuk
penyertaan semula. Jika didapati akibat daripada perbuatan peserta yang
berkenaan memudaratkan fasiliti atau fasiliti-fasiliti, pihak pengurusan boleh
merujuk kes ini kepada pihak berkuasa dan boleh mengambil tindakan
undang-undang mengikut peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia.
(o) Semua tugasan yang dibuat oleh peserta mesti disimpan di dalam media USB
yang disediakan oleh Pengurusan. Segala tugasan oleh peserta yang disimpan
di dalam cakera keras komputer akan dihapuskan tanpa amaran.
4. LAMPIRAN C: 4/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
(p) Setiap peserta adalah dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan
media USB masing-masing termasuklah tugasan yang terkandung di
dalamnya.
(q) Media USB yang dibekalkan Pengurusan adalah hak milik Pengurusan dan
hanya diberikan kepada peserta ketika peserta berada di makmal dan
bertujuan untuk menyelesaikan tugasan seperti mana yang diterangkan di
dalam Peraturan II(a). Media USB tidak boleh dibawa keluar dari makmal
pada sebarang masa. Media USB mesti dipulangkan selepas digunakan dan
sebelum keluar dari makmal. Peserta yang didapati mencuri atau
menyebabkan Media USB yang dipinjamkan kepadanya hilang atau
dirosakkan dengan sengaja atau dengan niat untuk merosakkan atau tanpa
niat akan dikenakan disingkirkan dari MAP dan kes ini akan dibawa kepada
pihak berkuasa dan akan didakwa di bawah peruntukan undang-undang di
dalam perlembagaan Malaysia.
(r) Peserta tidak dibenarkan untuk membawa masuk sebarang jenis dan bentuk
media penyimpanan data ke dalam makmal selain daripada yang dibekalkan
oleh Pengurusan. Peserta yang didapati mengingkari perintah ini akan
digantung dan dihalau keluar dari makmal dengan serta-merta.
(s) Sebarang kerosakan yang berlaku pada mana-mana unit komputer mestilah
dilaporkan kepada Pengurusan dengan segera. Kegagalan berbuat demikian
akan dianggap sebagai kecuaian peserta dan peserta yang berkenaan akan
disingkirkan dari MAP.
(t) Peserta perlu memastikan makmal di dalam keadaan kemas dan tersusun
setelah selesai digunakan termasuk memastikan bahawa semua suis telah
dimatikan sebelum beredar keluar.
Peraturan IV Tugasan dan Penilaian Peserta
(a) Setiap peserta akan diberikan tugasan di dalam setiap fasa MAP. Tugasan
yang diberikan adalah bertujuan untuk menilai tahap pencapaian dan
kefahaman peserta.
(b) Setiap tugasan akan dinilai oleh panel penilai MAP yang dilantik oleh
Pengurusan.
(c) Secara umumnya, penilaian akan dibuat berdasarkan kepada aspek-aspek
berikut:
(1) Kekerapan menggunakan komputer yang disediakan di
makmal
(2) Kreativiti pengolahan dan persembahan tugasan.
(d) Peserta yang didapati menipu, meniru, tidak jujur atau tidak menyelesaikan
tugasan sendiri atau didapati menyeleweng dengan apa cara sekali pun akan
disingkirkan serta merta dari MAP dan tidak dibenarkan membuat rayuan dan
tidak dibenarkan menggunakan fasiliti-fasiliti MAP.
Peraturan V Perisian dan Perkakasan Komputer
(a) Peserta adalah dilarang sama sekali untuk membuat pengubahsuaian kepada
5. LAMPIRAN C: 5/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
sistem komputer dengan apa cara jua sekali pun termasuk memasang atau
membuang perisian bagi semua komputer yang digunakan untuk tujuan
MAP.
(b) Peserta adalah dilarang sama sekali untuk membuka atau memasang atau
meleraikan atau menambah bahagian-bahagian komputer yang digunakan
bagi tujuan MAP.
(c) Peserta yang didapati bersalah melanggar Peraturan V(a) atau V(b) atau V(c)
atau mana-mana pasangan atau ketiga-tiganya sekali akan didakwa dengan
segaja mendatangkan mudarat kepada harta benda MAP mengikut
peruntukan undang-undang dan perlembagaan Malaysia.
(d) Perisian-perisian yang digunakan atau akan digunakan atau dirancang akan
penggunaannya bagi tujuan MAP, mestilah terdiri daripada perisian-perisian
yang dilesenkan di bawah mana-mana lesen-lesen sumber terbuka (open
source licenses) atau yang dilesenkan di bawah perlesenan Creative
Commons atau lesen percuma (Freeware) sahaja. Perisian dengan lesen
tertutup dibenarkan dan adalah diterhadkan kepada sistem-sistem yang
ditentukan oleh Pengurusan sahaja dan perlu mempunyai bukti perlesenan.
Jika terdapat mana-mana perisian termasuklah sistem pengoperasian
komputer yang tidak mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan sebelum ini,
maka seluruh sistem komputer berkenaan tidak boleh digunakan oleh mana-
mana peserta dan sesiapa jua pun sebelum sistem komputer berkenaan diubah
kepada keadaan yang ditetapkan di dalam Peraturan V(d) ini.
Peraturan VI Format Dokumen-Dokumen
(a) Semua format dokumen-dokumen yang digunapakai di dalam MAP dan
urusan-urusan rasminya mestilah menggunakan dan mengikut piawaian Open
Document Format oleh Organization for the Advancement Structured
Information Standards (singkatannya OASIS). Maklumat mengenainya boleh
didapati di laman web rasminya: http://oasis-open.org.
Peraturan VII Polisi Penggunaan Internet
(a) Pengguna makmal boleh menggunakan kemudahan internet dengan sekatan-
sekatan tertentu iaitu:
(1) Pelayaran internet dihadkan kepada laman-laman yang bersifat
neutral, ilmiah, tidak prejudis, tidak meragukan, tidak merosakkan
sistem komputer makmal, tidak mengandungi malicious code, tidak
menyeleweng dan tidak bersifat hasutan sahaja. Pengguna yang
didapati yang melayari laman-laman web yang mempunyai unsur
lucah, keganasan, politik sempit, bersifat hasutan, perkauman,
perjudian, permainan, hiburan melampau, menyeleweng, menghina
agama Islam, meragukan, mempunyai malicious code, dan unsur-
unsur yang dirasakan tidak sesuai oleh Pengurusan akan dihalau
keluar serta-merta dan dilarang terus daripada memasuki makmal.
Peraturan VIII Penyelenggaraan Makmal
(a) Makmal perlu diselenggara dengan kadar minimum satu kali pada setiap
6. LAMPIRAN C: 6/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
bulan.
(b) Penyelenggaraan makmal hanya boleh dilakukan oleh wakil yang dilantik
oleh Pengurusan sahaja. Pihak lain tidak dibenarkan langsung dan tidak
diberikan autoriti untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan makmal
atau melantik wakil bagi tujuan penyelenggaraan dan tidak dibenarkan
berada di dalam makmal semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. Jika
didapati ada pihak yang menyelenggara atau cuba menyelenggara atau akan
menyelenggara fasiliti-fasiliti makmal tanpa kebenaran dan persetujuan dari
Pengurusan atau berada di makmal semasa kerja-kerja penyelengaraan
dijalankan, maka pihak yang berkenaan dan mana-mana pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dengan perkara ini adalah dianggap telah
melakukan kesalahan dan kes ini boleh dibawa ke pihak berkuasa dan boleh
didakwa dengan segaja mendatangkan mudarat kepada harta benda MAP
mengikut peruntukan undang-undang dan perlembagaan Malaysia.
Peraturan IX Penggantungan, Penyingkiran dan Larangan Memasuki Makmal
(a) Penggantungan peserta akan dilakukan mengikut peruntukan-peruntukan
Peraturan III(j),(k),(r). Penggantungan membawa maksud penangguhan
sementara status Pengguna Berdaftar bagi tempoh tiga minggu berturut-
berturut bermula dari tarikh penggantungan. Individu yang digantung tidak
dibenarkan memasuki makmal selama tempoh penggantungan berkuatkuasa.
(b) Penyingkiran peserta akan dilakukan mengikut peruntukan-peruntukan
Peraturan I(j),(l), Peraturan II(a),(d), Peraturan III(m),(n),(q),(s) dan
Peraturan IV(d). Penyingkiran dan disingkirkan membawa maksud
pemansuhan kekal status Pengguna Berdaftar. Individu yang disingkirkan
tidak mempunyai akses dan kebenaran untuk memasuki makmal dan tidak
dilarang menggunakan fasiliti atau fasiliti-fasiliti yang disediakan dan tidak
mendapat apa-apa keistimewaan dari MAP tidak mengira apa-apa status yang
disandangnya.
(c) Larangan masuk ke makmal akan dilakukan mengikut peruntukan-
peruntukan Peraturan III(k),(r), dan Peraturan VII(a)(1). Larangan masuk ke
makmal membawa maksud pencegahan penggunaan fasiliti atau fasiliti-
fasiliti kepada individu yang dikenakan tindakan di bawah Peraturan IX(c),
(a),(b) yang terpakai kepada Pengguna Berdaftar.
Peraturan X Pendakwaan
(a) Pengurusan mempunyai kuasa dan hak untuk menuduh, mendakwa dan
menghukum mana-mana Pengguna Berdaftar yang pada penafsiran
berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di dalam Peraturan-Peraturan
MAP, telah mengingkari atau cuba mengingkari atau telah melanggar atau
cuba melanggar atau dengan apa-apa cara sekali pun untuk tidak mematuhi
mana-mana peraturan atau semua peraturan yang ditetapkan.
(b) Pengurusan mempunyai kuasa dan hak untuk mendakwa mana-mana individu
atau pihak yang bukan Pengguna Berdaftar dengan kadar serta-merta tanpa
kompromi dan tanpa tangguh dan akan mendakwa dengan dakwaan
maksimum yang diperuntukan di dalam peruntukan-peruntukan undang-
undang di dalam perlembagaan Malaysia.
7. LAMPIRAN C: 7/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
(c) Pengurusan mempunyai kuasa dan hak untuk menafsir mana-mana bahagian
di dalam Peraturan-Peraturan MAP yang kurang jelas atau tidak jelas
maksudnya dan penjelasannya bagi maksud dan tujuan penuduhan,
pendakwaan dan penghukuman.
(d) Mana-mana individu atau pihak yang pernah didakwa atau telah didakwa
sedang didakwa (dari ini disebut orang yang didakwa) oleh Pengurusan
mengikut peruntukan-peruntukan di dalam Peraturan-Peraturan MAP tidak
dibenarkan terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan MAP. Jika
didapati ada mana-mana pihak yang mempunyai urusan atau sedang
berurusan dengan Pengurusan mempunyai kaitan langsung dengan orang
yang didakwa, maka urusan yang sedang dijalankan akan dibatalkan.
Peraturan XI Takrifan, Maksud-Maksud, Penguatkuasaan dan Pemakaian Peraturan
(a) “akan” membawa maksud mesti dan wajib dilaksanakan tanpa kompromi dan
tidak boleh ditangguhkan.
(b) “boleh” membawa maksud pilihan sama ada mahu melaksanakan atau tidak
mahu dilaksanakan dan adalah terletak di atas budi bicara Pengurusan
(c) Tarikh penguatkuasaan Peraturan-Peraturan MAP adalah pada satu haribulan
April tahun dua ribu sembilan dan berkuatkuasa bagi tempoh perlaksanaan.
Peraturan-Peraturan MAP adalah terpakai kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung sama ada berdaftar atau tidak sebelum penguatkuasaan
peraturan ini.
Peraturan XII Pindaan
(a) Pengurusan berhak melakukan pindaan, penambahan, pemansuhan, atau apa-
apa jua bentuk perubahan kepada Peraturan-Peraturan Projek MALT
Apprentice Programme tanpa sebarang sekatan dan tanpa perlu membuat
makluman awal kepada semua pihak yang terlibat di dalam MAP.
Peraturan XIII Format Perlaksanaan
(a) Penyingkiran peserta akan dibuat pada setiap fasa sebagai suatu bentuk
penapisan dan penyaringan peserta. Hanya peserta yang terbaik sahaja akan
dipilih untuk dididik.
(b) Peserta yang layak mara ke fasa lebih tinggi diwajibkan untuk memeterai
perjanjian dengan Pengurusan sebelum dibenarkan berbuat demikian. Peserta
yang enggan memeterai perjanjian akan disingkirkan.