SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 23
SEMESTER 3 SESI2013/2014
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS
TUGASAN 2
TAJUK: PENDEKATAN PENGAJARAN
DISEDIAKAN OLEH
BIL NAMA NO MATRIK
1 BETTY CHIEW MEE HUI M20131000387
2 LO SIEW LING M20131000397
3 NGAN JIA ING M20131000406
4 MUHAMMAD AZWAN BIN MOHD. TALAL M20131000519
5 WONGE-MANN M20131000523
PENSYARAH:DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE ABDULLAH
PEMARKAHAN
2 | P a g e
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 1
2.0 Isu-isuPendekatanPengajaran
2.1 Transformasi Pendidikan Negara 2
2.2 PenerapanNilai 3
2.3 PenghabisanSukatan 4
2.4 Kreativiti Guru dan Murid 5
2.5 Kepelbagaian Kecerdasan Murid 7
2.6 Trend ICT 9
2.7 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 10
2.8 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 10
3.0 PendekatanPengajaran
3.1 Pendekatan Berpusatkan Guru 11
3.2 Pendekatan Berpusatkan Murid 12
3.3 Kajian Kes 13
3.4 Inkuiri 13
3.5 Simulasi 14
3.6 Pendekatan Penyelesaian Masalah 15
3.7 Koperatif dan Kolaboratif 16
4.0 Pendekatan Pengajaran Matematik di Luar Negara 18
5.0 Kesimpulan 19
Rujukan 20
1 | P a g e
1.0 Pengenalan
Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan sesebuah negara. Pendidikan juga merupakan tunjang pembangunan bagi
sesebuah negara dimana ia mencetus kreativiti dan penjana innovasi yang melengkapkan
generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja,
dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Proses pembelajaran
dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik bagi
kemajuan masa depan sesebuah negara. Oleh yang demikian, pendekatan pengajaran
yang sesuai haruslah digunakan oleh para pendidik supaya memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan
untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan yang dilaksanakan mestilah
mencerminkan satu persepsi atau pendapat tentang matlamat sesuata pelajaran. Ianya
merupakan satu set andaian yang mempunyai hubing kait dengan proses pengajaran dan
pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik. Ini bertujuan untuk memudahkan
pelajar menerima dan memahami isi kandungan pelajaran yang cuba disampaikan.
Dengan adanya pendekatan, maka sebagai tenaga pengajar, kita mampu membuat
tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip di mana sesuatu situasi yang kita pelajari
secara keseluruhannya dan kemudian dibuat perincian setiap intipatinya untuk dijadikan
teori pembelajaran.
Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian
yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur
aksiomatik. Melalui pendapat ini dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus
berlandaskan kepada model , prinsip atau teori pembelajaran. Contohnya: konkrit kepada
abstrak, mudah kepada kompleks, keseluruhan kepada bahagian, umum kepada spesifik
2 | P a g e
(deduktif), spesifik kepada umum (induktif), dekat kepada jauh dan diketahui kepada
belum diketahui.
2.0 Isu-isu Pendekatan Pengajaran
2.1 Transformasi Pendidikan Negara
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan kurikulum
persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR)
mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha
melonjak sistem pendidikan negara.
Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi
memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini
memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global. Ia merangkumi
dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan
serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang
melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.
Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun
enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) semata-mata.Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun
enam tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali
dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.
Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan
memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi
meningkatkan sistem penyampaian.Kementerian sedar masih banyak yang perlu
dilakukan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek kurikulum baru
ini, untuk itu gelombang pertama transformasi pendidikan akan memberi tumpuan
kepada inisiatif jangka pendek.Ia bagi memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang
3 | P a g e
diajar dan kurikulum pentaksiran dapat ditambah baik selain meletakkan asas kepada
perubahan fundamental sebelum gelombang kedua dan ketiga dilaksana dan dikaji
semula untuk melihat tahap pencapaian.
Dalam menyahut transformasi pendidikan negara, guru memainkan peranan yang
serba penting. Pendekatan pengajaran guru perlu berkembang selaras dengan
transformasi pendidikan negara untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara (FPK)
demi menghasilkan modal insan kelas pertama
2.2 Penerapan Nilai
Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat,
termasuklah kemusnahan alam sekitar dan konflik senjata. Kejayaan mengharungi segala
cabaran ini bukan sahaja memerlukan murid yang mempunyai kemahiran memimpin,
tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi
membimbing mereka dalam membuat keputusan yang beretika. Pada masa yang sama,
pembangunan identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi dengan pembangunan
warganegara yang global.
Setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global
yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh.
Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan seharian, yang seterusnya
menghasilkan tingkah laku sivik seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela, penerimaan
individu berlainan bangsa, agama dan etnik; amanah dan berintegrasi. Selain itu, setiap
murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga
mereka, atau bagi sebahagian komuniti yang lebih besar serta negara.
Namun begitu pelbagai pihak, seperti pakar pendidikan dan kerajaan,melahirkan
kerisauan tentang keberkesanan dalam penerapan nilai di sekolahke arah membentuk
generasi akan datang (Wan Mohd Zahid, 1993; Dato’ Sri Hishamuddin, 2005). Gambaran
4 | P a g e
tentangkepincangan nilai generasi masa kini dijelaskan oleh Dato’ Sri Hishamuddin(2005)
bekas Menteri Pendidikan Malaysia seperti berikut:
Hari ini kita jarang-jarang dapat melihat warga tua dipimpin oleh anak-anak
muda untuk melintas jalan. Kita juga sudah ketandusan budaya
sapa-menyapa,kurangnya rasa hormat-menghormati, tidak menghargai
harta benda awam dan tidak mengutamakan kepada kebersihan.
Keadaan ini jika dibiarkan, lama-kelamaan akan merosakkan tamadun
dan mencemarkan budaya bangsa yang kaya dengan budi pekerti serta
nilai-nilai murni yang tinggi. (Halaman 3).
Bukan begitu sahaja, terdapat guru yang menganggap pengajaran matematik
adalah bebasdaripada proses penerapan nilai (Bishop, 1988). Malahan, terdapat juga
guruyang mempunyai kefahaman yang terhad tentang nilai yang perludiajar dan
digalakkan kepada pelajar dalam pembelajaran bilik darjah(Clarkson et al., 2000b).
Penerapan nilai murni seharusnya dijalankan secara merentas
kurikulum.Matlamat kurikulum matematik sekolah beberapa negara telah
memperlihatkan secara jelas penekanan diberikan kepada penerapan nilai(Singapore
Ministry of Education, 2007; Australian Government, 2005).Sebagai contoh, kurikulum
di Australia menggariskan sembilan nilai asas kearah kesejahteraan rakyat yang berbilang
budaya. Nilai berkenaan ialah: belaskasihan; melaksanakan tugasan secara yang terbaik;
saksama; bebas; jujurdan boleh dipercayai; integriti; hormat; bertanggungjawab; dan
memahami,bertoleransi dan turut serta (Australian Government, 2005).
Oleh itu, guru perlu bijak memilih pendekatan pengajaran yang bersesuaian dan
berkesan demi menggalakkan penerapan nilai murni ke dalam jiwa dan sanubari murid.
2.3 Penghabisan Sukatan
Menurut Noraini (2001), kebanyakan guru pada hari ini hanya tertumpu kepada
buku tekssahaja dan mengajar berpusatkan guru. Alasan yang diberikan adalah untuk
5 | P a g e
menghabiskansukatan pelajaran dan kekurangan masa.Kemungkinan perkara ini berlaku
kepada guru-guruyang mengajar Matematik untuk kelas peperiksaan seperti Penilaian
Menengah Rendah (PMR)dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Mereka lebih menumpukan
kepada untuk menghabiskansukatan pelajaran semata-mata sebelum peperiksaan
menjelang tiba. Menurut Ee Ah Meng(2003), aspek peperiksaan yang ditekankan dalam
sistem pendidikan menyebabkan guru-gurucuba menghabiskan sukatan pelajaran
walaupun masih ada pelajar yang lemah.Walaubagaimanapun, penggunaan buku teks
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematikperlulah mengikut keadaan dan aktiviti
yang dijalankan.
2.4 Kreativiti Guru dan Murid
Amalan kreatif dalam pengajaran semakin mendapat perhatian di seluruh
dunia.Pelaksanaan amalan iniberupaya membentuk suasana pembelajaran yang kondusif,
membina perkembangan kognitif murid, peramal kepadapencapaian dan kejayaan
akademik serta menjadikan pembelajaran lebih bermakna (Freund & Holling, 2008).
Malaysia juga tidak terkecuali dalam mempelopori amalan dan budaya
kreativiti.Dalam usaha membudayakanamalan kreativiti dalam kalangan rakyat, Perdana
Menteri telah mengisytiharkan tahun 2010 sebagai tahun inovasi dan kreativiti.Inisiatif
inovasi dan kreativiti diwujudkan sebagai salah satu strategi dalam Pelan Strategik
InterimKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2011-2020.Hal ini selaras dengan
matlamat Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) yang menekankan pembinaan insan
yang baik, seimbang dan bersepadu supaya dapat menganjak diri kekedudukan yang
terkehadapan.Strategi ini adalah untuk melahirkan murid yang inovatif dan kreatif
dengankemahiran dan pengetahuan terkini (KPM 2012).Penekananini diperkasakan lagi
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Keupayaan
individu yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan idea dan ciptaan diharapkan akan
menjadi amalan dan budaya dalamkehidupan mereka.
Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi merupakan pemangkin kepada agenda
transformasi negara.Dalamkonteks pendidikan, proses kreativiti dan inovasi berjalan
6 | P a g e
seiring dan menjadi elemen penting dalam pengajarandan pembelajaran. Kreativiti dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat apabila murid suka menyoal danmencari
jawapan, menjangka peristiwa yang akan berlaku, membuat hubung kait, meneroka idea,
membuatspekulasi tentang kemungkinan, sentiasa membuat refleksi secara kritikal
tentang idea, tindakan dan hasil serta bolehberfikir secara lateral.
Masalah kurangnya kualiti dari segi pencapaian subjek sains dan matematik di
negara kita ada kaitannyadengan kompetensi guru matematik.Beberapa kajian dalam dan
luar negara menunjukkan permasalahan bahawaguru-guru khususnya guru matematik
masih kurang kompeten dalam mengamalkan pengajaran kreatif.Kajian oleh Tengku
Zawawi (1999) mendapati strategi pengajaran guru-guru matematik di
Malaysiakebanyakannya masih lagi berpusatkan guru dan bersifat tradisional serta hanya
mementingkan pencapaianakademik dalam peperiksaan khususnya peperiksaan
awam.Guru-guru kekurangan masa untuk melaksanakanamalan kreatif kerana terlalu
mengejar sukatan yang perlu diselesaikan segera bagi melaksanakan pula latih-tubisoalan
tahun-tahun lepas. Guru-guru matematik juga didapati lebih gemar menggunakan papan
hitam dalampengajaran kerana mendapati kaedah tersebut lebih berkesan dalam
menyampaikan pengetahuan dan kemahiranmatematik (Subahan, 2007). Keadaan ini
kurang menggalakkan suasana kreatif di bilik darjah.Dapatan ini selari dengan kajian
(Saracho, 2012) yang mendapati prosedur pengajaran guru masih lagiberfokuskan kepada
kepatuhan, tingkah laku yang baik dan pemikiran tradisional yang menghalang
kreativiti.Pengajaran matematik dilihat masih lagi tertumpu pada amalan kemahiran
prosedural (Goldrick-Rab, 2007) sertakurang mengaitkan dengan masalah dunia sebenar
(Tengku Zawawi, 1999; Grub, 2010).
Kajian oleh Rohani et al., (2005) mendapati sikap guru terhadap matematik
mempengaruhi cara danpendekatan mereka dalam pengajaran. Adalah sukar untuk
melaksanakan amalan kreatif dalam pengajaran sekiranyaguru sendiri bersikap negatif.
Menurut Beghetto (2008) dan Fleith (2010) , guru matematik ada yang bersikapnegatif
dengan menganggap mengintegrasikan elemen kreatif dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah satu tugastambahan. Sikap negatif ini pastinya menjadikan guru
7 | P a g e
matematik kurang mengambil berat dalam mengamalkanpengajaran secara kreatif
menyebabkan murid yang menerima pengajaran berasa bosan kerana tidak diberi
peluangmenyerlahkan kreativiti mereka secara optimum. Maka terdapat tanggapan
negatif dalam kalangan murid yangmenyatakan bahawa matematik adalah subjek yang
susah, abstrak dan membosankan (Azizi, Jamaluddin & Yusof,2007).
2.5 Kepelbagaian Kecerdasan Murid
Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh HowardGardner
(1983).Menurut Gardner (1983), terdapat sembilan jenis kecerdasan dalam Teori
Kecerdasan Pelbagaiiaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,
Kecerdasan Muzikal,Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan
Intrapersonal, KecerdasanNaturalis dan Kecerdasan Eksistensial, yang dicadangkan
untuk diaplikasikan di dalampengajaran dan pembelajaran modul Design Dialogue di
dalam aktiviti-aktiviti kelas dan projek tanpa bergantung kepada pengajaran dan
pembelajaran konvensional.
Menurut Gardner (1998) dan Shearer (2004),kecerdasan seseorang meliputi aras-
aras seperti berikut:
1. Kecerdasan verbal
Memiliki kemampuan dan kemahiran yang tinggi di dalam menulis, membaca,
bercakapdan berdebat.
2. Kecerdasan visual
Berbakat mencipta, menyusun, melukis, mengecat, skema warna, garis bentuk
danruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, visual ruang
danmengorientasi diri dalam matriks ruang (Shearer, 2004).
3. Kecerdasan logikal
8 | P a g e
Kecerdasan yang berhubungan dengan kemampuan seseorang dalam
perangkaan,pengenalan pola, dan argumentasi logik.
4. Kecerdasan muzikal
Kemampuan seseorang mencipta irama, peka terhadap bunyi bukan lisan
disekelilingnya seperti nada dan irama.
5. Kecerdasan kinestetik
Kemahiran pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan
dankelenturan badan. Mampu menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea
danperasaan.
6. Kecerdasan Interpersonal
Kemampuan bersosial dengan orang lain. Peka terhadap perasaan orang
lain,cenderung untuk memahami dan berinteraksi dengan orang lain.
7. Kecerdasan Intrapersonal
Kemampuan memahami diri sendiri, peka terhadap perasaaan dirinya sendiri
dancenderung untuk mengenali pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada pada
dirinyasendiri.
8. Kecerdasan naturalis
Kecenderungan meninjau alam seperti beraneka batu-batan, tanah-tanih, pelbagai
floradan fauna, objek-objek di angkasa dan sebagainya (Shearer, 2004)
9. Kecerdasan eksistensial
Merupakan kecerdasan moral. Menurut Chen (2004), kecerdasan ini
melibatkankepekaan dan keupayaan menghadapi persoalan yang mendalam
seperti kewujudanmanusia yang berkaitan dengan makna kehidupan dan kematian.
9 | P a g e
Menurut MarianiMd Nor dan Che Mah Yusof (2003), realiti yang berlaku pada
hari ini ialah staf akademik lebihcenderung mengajar tanpa menghiraukan tahap
kecerdasan pelbagai setiap pelajar. Malah darisegi sistem pengajian, kurikulum, strategi
pengajaran adalah sama untuk setiap pelajarmeskipun mereka sebenarnya mempunyai
kecerdasan yang pelbagai. Segelintir staf akademiksering menggunakan kaedah
pengajaran yang sama untuk setiap pelajar. Kekurangan pendekatan pengajaran mungkin
berpunca daripada kekurangan pengetahuan dan kemahiran dikalangan staf akademik
tentang aspek kecerdasan pelbagai pelajar (Khadijah, 1992).
2.6 Trend ICT
Saidina Omar Al-Khattab r.a pernah berkata, “Didiklah anak kamu mengikut
zamannya.Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu.”Kata-kata ini memang
berhubungkait dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik.Sehubungan
ini peranan seorang guru matematik adalah amat penting dan dia perlu saling
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sezaman supaya pengajaran dan
pembelajarannya sentiasa berkesan.
Alvin Tottler pula pernah berkata, “The illiterates of the future are not those who
cannot read and write, but those who do not want to learn, unlearn and relearn.” Dalam
konteks pendidikan guru dan dalam usaha untuk memartabatkan lagi profesionalisme
keguruan, maka ini bermakna bahawa guru juga perlu “learn”, “unlearn” dan
“relearn”.Dalam masyarakat alaf baru ini yang berorientasi kepada teknologi komunikasi
dan maklumat, teknologi memainkan satu peranan yang besar dalam pendidikan
matematik.Ini telah membawa satu perubahan yang ketara dalam corak pengajaran
pembelajaran matematik tradisional. Guru sekarang menganjak peranannya sebagai
sumber utama memberi dan menyampaikan maklumat kepada peranan sebagai
pemudahcara dan pengurus untuk mendapat maklumat.
Memandangkan, KPM telah membelanjakan lebih daripada RM6 bilion untuk
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah
10 | P a g e
Bestari sepanjang dekad yang lalu, guru digalakkan memaksimumkan pendekatan
pengajaran yang berorientasikan ICT demi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia.
2.7 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Latihan Dalam Perkhidmatan secara school-based adalah sebahagian daripada
proses Pembangunan Profesionalisme Secara Berterusan (CPD) bagi memastikan anggota
KPM sentiasa berpengetahuan dan bermaklumat terkini. Ini selaras dengan perubahan
sistem pendidikan masa kini yang memerlukan setiap anggota KPM sentiasa menambah
ilmu pengetahuan khasnya yang berkaitan dengan pendidikan.Setiap ahli pendidik
memiliki pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tugas pengajaran dan pembelajaran.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk berusaha memperkembangkan serta
meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya sejajar dengan perubahan terkini dalam
dunia pendidikan.
Dalam hal ini, guru sentiasa memperoleh ilmu baharu terhadap pendekatan
pengajaran.Guru berkongsi pengalaman pengajaran dan pembelajaran, bertukar
pandangan dan menjalankan pengajaran mikro untuk memahami satu-satu pendekatan
pengajaran baharu. Usaha sedemikian dilihatkan sebagai perkembangan profesional
individu dan suatu usaha peribadi yang berterusan serta memaparkan semangat,
komitmen dan kematangan individu terhadap profesionnya.Kemahiran dan kecekapan
guru dalam melaksanakan tugas dipertingkatkan.Ini seterusnya memanfaatkan anak-anak
murid.
2.8Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
(KPM, 2003).Untuk menyerap KBAT kepada murid, salah satu elemen yang penting
11 | P a g e
ialah mengubah cara murid diajar.Ini bermakna pendekatan pengajaran guru perlu
berubah. Guru perlu memahami bahawa tiada sesiapa berfikir dengan sempurna atau
berfikir terlalu lemah sepanjang masa,menghafal sesuatu perkara tidak sama dengan
berfikir tentang sesuatu perkara itu dan menghafal sesuatu boleh dilakukan tanpa
memahami perkara itu. Oleh itu, pendekatan pengajaran guru hendaklah menjurus kepada
bentuk perkataan, gambaran atau renungan demi membolehkan murid berfikir.Guru
boleh menggunakan pendekatan pengajaran yang berlainan untuk menerap KBAT bagi
meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.
3.0 Pendekatan Pengajaran
Dewasa ini, pelajar hilang minat terhadap pembelajaran disebabkan oleh pelbagai
faktor seperti bahan pembelajaran yang tidak menarik, tidak menepati objektif pengajaran,
organisasi isi kandungan tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang kurang
memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik (Bums & Okey, 1985). Justeru itu,
langkah-langkah hendaklah diambil untuk membetulkan kelemahan-kelemahan akademik
mereka dan mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya lebih menarik dan mudah
difahami. Namun dengan menggunakan kaedah pembelajaran berbantukan komputer
akan memberikan motivasi kepada pelajar kerana situasinya yang menarik, membolehkan
pelajar belajar secara proaktif, dan memberi penekanan kepada aspek kreativiti.
3.1 Pendekatan Berpusatkan Guru
Sesungguhnya, pelbagai jenis pendekatan pengajaran telah diperkenalkan kepada
para guru. Antaranya termasuklah pendekatan berpusatkan guru. Di bawah pendekatan
ini, guru berperanan sebagai fasilitator, manakala murid sebagai penonton. Interaksi
antara guru dengan murid adalah sehala sahaja, di mana ciri kepimpimpan guru bersifat
autokratik. Hal ini demikian disebabkan pencapaian murid amat dititikberatkan,
terutamanya dalam keputusan ujian dan peperiksaan. Kaedah keseluruhan kelas ini
mengakibatkan murid agak pasif dan tidak kreatif. Nik Faezah (1996 dalam Abdul Razak
& Nor Asmah, 2007) menyatakan kebanyakan guru masih menggunakan pendekatan
12 | P a g e
berpusatkan guru dan ini menyebabkan pelajar menjadi kurang aktif dalam pembelajaran
matematik. Pernyataan ini juga disokong oleh Johnson (dalam Abdul Razak & Nor
Asmah, 2007) menyatakan bahawa pengajaran tradisional merupakan kaedah pengajaran
yang pasif dan tidak memberangsangkan. Menurut Mohd. Nazaruddin, et al (2002),
pembelajaran berpusatkan guru kurang memberi kesempatan kepada pelajar untuk
meneroka sesuatu konsep. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tradisional,
matematik diajar secara terus di papan hitam secara lisan seperti mengajar suatu teori
yang tidak dapat dilihat secara konkrit.
3.2 Pendekatan Berpusatkan Murid
Pendekatan pengajaran yang lain termasuklah pendekatan berpusatkan murid.
Definisi khas bagi pembelajaran berpusatkan pelajar ialah tumpuan kepada
perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu, memberi pilihan kepada pelajar
jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu
membina pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu
membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan
dengan sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk
merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Sabar Afifuddin, et al, 2010).
Strategi pengajaran berpusatkan murid telah banyak digunakan oleh para guru
semasa meyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran bahkan telah menjadi tren
utama dalam inovasi kurikulum seluruh dunia. Noriati (2009) mendefinisikan strategi
pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan tugas atau tanggungjawab
daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran
berpusatkan murid mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya adalah seperti yang
dinyatakan oleh Noriati (2009) iaitu murid lebih minat dalam pelajaran, melibatkan
komunikasi dua hala, kepimpinan bercorak demokratik, membina kreativiti murid dan
pembelajaran bercorak pengarahan kendiri. Strategi ini melibatkan murid secara aktif
dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan seperti yang dinyatakan oleh (Orlich et al.,2007)
dalam Noriati (2009).
13 | P a g e
Dalam strategi ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan
membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan. Selain itu, strategi
ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik, meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan
diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan
murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan murid
(Shahabuddin,2007). Amaljaya (2009) menyatakan aktiviti yang dijalankan mengikut
strategi pemusatan murid menjadikan murid lebih memberi fokus dalam proses
pembelajaran matematik.
3.3 Kajian Kes
Salah satu pendekatan pengajaran ialah kajian kes. Kajian kes ialah satu kaedah
pengajaran di mana pelajar diberi maklumat mengenai satu situasi yang mana mereka
dikehendaki membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berkaitan situasi tersebut.
Biasanya kajian kes berkait rapat dengan situasi-situasi realiti hidup sebenar tetapi para
pengajar lebih cenderung mengelak isu-isu sebenar dengan berbicara secara konseptual
daripada aplikasinya sendiri (Ahmad Fuad, 2002). Sesuatu kes lazimnya akan
menghasilkan satu cadangan, keputusan atau pelan tindakan. Kajian kes boleh jadi
ringkas (pendek) atau panjang. Kebaikan kajian kes termasuklah ia merupakan satu
aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan memerlukan penyertaan pelajar secara
aktif. Dalam pada itu, pelajar dapat membuat pemerhatian ke atas pembelajaran. Pada
sebelah itu, kelemahan kajian kes adalah memakan masa lama dan rumit jika membentuk
kajian kes yang berkualiti. Maklumat yang diberikan mestilah tepat dan dikemaskinikan
agar pelajar akan menaruh minat yang begitu mendalam terhadap pengisian kes.
3.4 Inkuiri
Pendekatan pengajaran yang seterusnya ialah pendekatan penyiasatan atau inkuiri.
Pendekatan inkuiri ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan
14 | P a g e
menyoal dan mengkaji masalah, membuat ramalan, mengumpul maklumat, menganalisis
dan membuat rumusan. Dengan kata lain, pendekatan ini bertujuan untuk mendapatkan
jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dengan demikian, ia dapat
menimbulkan daya refleksi dalam kalangan pelajar. Berdasarkan kepada NCTM dan
pandangan konstruktivis sosial, pendekatan penyiasatan ini dibentuk oleh guru matematik
dan bermula dalam tahun-tahun kebelakangan abad ini (Dr. Effandi Zakaria, 2002).
Andaian utamanya ialah kemahiran asas, konsep dan proses inkuiri adalah perlu bagi
kekuatan matematik. Oleh itu, guru perlu mengajar untuk kemahiran masteri, kefahaman
dan pemikiran matematik. Ini juga bermaksud guru perlu mengajar secara bermakna.
Pendekatan ini menekankan pemahaman yang mendalam dengan melibatkan pelajar
dalam proses inkuiri.
3.5 Simulasi
Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Penggunaan kaedah
simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan,
konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi juga boleh memperbaiki kesihatan mental
dan memudahkan kreativiti. Simulasi juga adakah suatu pembelajaran dalam keadaan
yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Menurut
Noriati (2009), untuk mencapai hasil pembelajaran, murid perlu melalui tugasan dalam
simulasi serta membentuk konsep dan kemahiran yang diperlukan dalam pencapaian
sesuatu aspek atau bidang. Tujuannya adalah untuk menjalankan latihan demi
menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri
aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan
cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-
masalah yang ditimbulkan itu melibatkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau
peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya pasar, sekolah
dan sebagainya.
15 | P a g e
Menurut Joyce et al. (2002) dalam Noriati (2009), kaedah simulasi ini boleh
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu sosiodrama dan main peranan. Sosiodrama adalah
merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita
yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang
menentang social. Biasanya, skrip lakonan akan disediakan lebih awal oleh guru agar
dapat difahami, dibaca dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk
melakonkan sesuatu watak.
Main peranan pula merupakan satu lakonan yang spontan melibatkan sekumpulan
pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia merupakan lakonan yang berdasarkan
kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu. Biasanya, pelajar membayangkan
situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan situasi yang dibayangkan secara
spontan.
Kebaikannya, kaedah simulasi membolehkan murid menggunakan bahasa dengan
lebih berfungsi dan memberi murid peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan
berkesan. Hal ini demikian kerana dalam kaedah simulasi, semua murid perlu
memberikan idea secara verbal. Malah, kaedah simulasi membantu pelajar bekerjasama
dan menanamkan sikap positif. Kaedah simulasi membolehkan murid berbincang dan
berfikir secara kreatif, analisis dan kritis. Kaedah simulasi ini juga dapat membantu
pelajar mempertingkatkan kemahiran mereka seperti kemahiran menjawab, di mana para
pelajar akan memberi pendapat, cadangan, bantahan, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
3.6 Pendekatan Penyelesaian Masalah
Dalam pendekatan ini pelajar adalah aktif dan guru sebagai fasilitator dalam
aktiviti penyelesaian masalah. Guru membantu pelajar merangka strategi penyelesaian
dan pelajar mempunyai peluang untuk membina pengetahuan mereka sendiri. Noriati
(2009) menjelaskan bahawa dalam strategi ini, guru melibatkan murid dalam aktiviti atau
16 | P a g e
tugasan yang memberikan mereka peluang untuk mengaplikasikan apa-apa yang
dipelajari.
Dalam menghasilkan aktiviti menggunakan strategi ini, guru perlu mengambil
kira beberapa kriteria. Pertama, aktiviti yang dipilih mesti berfokus kepada matlamat
utama topik yang ingin diajar. Kedua, guru perlu mempelbagaikan aktiviti berdasarkan
matlamat pengajaran. Ketiga, guru hendaklah memastikan aktiviti yang dirancang
membuka ruang dan peluang kepada murid untuk berinteraksi dan membuat refleksi.
Keempat, guru perlu memastikan setiap aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau bagi
menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
Kajian John Brodi (2008 dalam Azlinda & Noriah, 2009) menunjukkan strategi
pengajaran ini mampu meningkatkan keyakinan dan motivasi murid seterusnya
menjadikan murid lebih aktif. Bagi menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih
bermakna, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan dan objektif-objektif pembelajaran
berdasarkan aktiviti yang bakal dilakukan supaya murid-murid dapat melibatkan diri
dalam aktiviti tersebut. Apabila murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru
boleh memantau kemajuan dan memberi bantuan jika perlu. Di akhir tugasan, guru perlu
membuat sesi perbincangan dan refleksi dengan murid tentang tugasan yang telah
dijalankan.
3.7 Koperatif dan Kolaboratif
Pendekatan koperatif dan kolaboratif ialah suatu strategi pengajaran di mana
pelajar saling membantu dalam sebuah kumpulan kecil, dengan mempunyai tujuan dan
matlamat yang sama. Noriati (2009) menjelaskan bahawa pembelajaran secara koperatif
yang dipelopori oleh Slavin (2005) adalah merupakan pembelajaran aktif yang berupaya
mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta
berpusatkan murid. Noriati (2009) menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip
17 | P a g e
pembelajaran koperatif iaitu kebergantungan positif, interaksi bersemuka, penglibatan
seimbang dan akautabiliti individu. Arends (2001 dalam Noriati, 2009) menjelaskan
bahawa kaedah perbincangan digunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif
pengajaran iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu murid membina kefahaman
kandungan; merangsang penglibatan; serta membantu murid menguasai kemahiran
komunikasi dan proses pemikiran.
Terdapat 5 teknik utama dalam pembelajaran koperatif. Pertama, penyiasatan
berkelompok (Group Investigation). Dalam teknik ini, setiap ahli kumpulan akan
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini
memerlukan murid mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta
menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan
cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik.
Kedua, teknik Student Team Achievement Division (STAD). Dalam teknik ini,
murid-murid perlu berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk
menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu antara satu sama lain
melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.
Ketiga, teknik Jigsaw. Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk
kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian
bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan
pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan
mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap murid dalam
satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi
tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.
Teknik keempat ialah Team-Accelerated Instruction (TAI). Ia merupakan
pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru
boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza
ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang
18 | P a g e
kepada murid yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya
seiring dengan murid lain yang mempunyai pencapaian tinggi.
Teknik kelima ialah Team Games Tournament (TGT). Dalam teknik ini, guru
perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan,
demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang
disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang
disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan
berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah.
Pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan kemahiran sosial antara murid.
Mengikut pendapat Shahabuddin et al. (2007), kaedah koperatif ini dapat memupuk sifat
penyayang, kerjasama, hubungan yang erat antara murid dan sebagainya. Kaedah ini
menggalakkan murid-murid mengajar sesama sendiri dan bantu-membantu antara satu
sama lain dalam kumpulan seterusnya dapat mengukuhkan hubungan persahabatan antara
murid-murid. Implikasi yang negatif dalam kaedah ini pula ialah disiplin sesetengah
murid menjadi tidak terkawal semasa sesi perbincangan. Hal ini dapat mengganggu
murid-murid yang lain yang memberi fokus kepada isi perbincangan.
4.0 Pendekatan Pengajaran Matematik di Luar Negara
Negara Singapura telah memperkenalkan pendekatan Heuristik dalam kurikulum
Matematik semenjak sekolah rendah dengan 10 cara Heuristik iaitu lukis gambar atau
gambarajah, cari pola, teka-semak-ulang, guna objek, buat senarai semak, guna jadual,
guna ayat Matematik, penyelesaian ke belakang, guna kaedah logik dan
permudahkan.Heuristikadalah hukum bagi proses penyelesaian masalah (Polya, 1973). Ia
juga merupakan kaedah yang dirancang untuk membantu dalam penyelsaian masalah
(Schoenfeld, 1985). Menurut Bruner (1960), heuristik merupakan cara dan strategi yang
dapat membantu dalam penyelsaian masalah. Heuristik telah dikenali sebagai komponen
yang wajib dalam penyelesaian masalah (Polya 1973; Schoenfeld, 1985; Rubinstein,
1986; Mayer, 2003).
19 | P a g e
Heuristik dapat membantu kita daripada masalah yang susah. Selain daripada
itu, heuristik juga membantu kita mendapatkan penyelesaian dengan masa yang lebih
singkat jika dibangding dengan penyelesaian menggunakan algorithm. Heuristik “Lukis
gambahrajah” memberitahu bagaimana kita boleh menukarkan masalah dalam bentuk
visual.
Penambahan bahan visualisasi dalam pembelajaran akan menambahkan
tempoh pengingatan. Ini disebabkan sistem visual otak manusia mempunyai ruang yang
besar untuk menyimpan maklumat dan mengimbas kembali. Visual dan verbal akan
melibatkan pelajar dengan lebih aktif dalam pembelajaran. Ini disebabkan daya ingatan
mempunyai kedua-dua komponen visual dan verbal.(Sousa, 2011)
5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis
dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek, proses pembelajaran adalah sangat penting
bagi seseorang individu. Justeru, pendekatan pengajaran sesuai haruslah dikaji dengan
teliti dan diaplikasi dalam pengajaran para pendidik supaya modal insan yang disangjung
tinggi dapat dijana dan memanfaatkan Negara.
20 | P a g e
Rujukan:
Abdul Razak B. Idris & Nor Asmah Binti Salleh. (2007). Pendekatan Pengajaran Yang
Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Ahmad Fuad Muhammad. (2002). Pendekatan Dan Strategi Pengajaran.Kertas Kerja
Bengkel Pendidikan & Multimedia Ke-3 Fasa I. Universiti College of Science and
Technology.
Amaljaya. (2009, May 06). Teaching Strategies. Retrieved Ogos 24, 2010, from Info
Pendidik Guru: http://amaljaya.com/guru/2009/05/06/teaching-strategies/
Azlinda Azman & Noriah Mohamed. (2009). Proses Penyelesaian Masalah. Universiti
Sabah Malaysia.
Beghetto, R. a. (2008). Prospective teachers’ beliefs about imaginative thinking in K-12
schooling. Thinking Skillsand Creativity, 3(2), 134–142.
Bishop, A.J. (1988). Mathematical Enculturation: a cultural perspective on Mathematics
Education. Dordrecht, Holand: D. Reidel Publishing Company.
Bruner, J. S. (1960). The process of education. Cambridge: Harvard University Press.
Bums, J. C., Okey, J.R. & Wise. (1985). Development of An Integrated Process Skill
Test: TIP II.Journal of Research in Science Teaching. 22(2).169-177.
Chen, W. K. (2004). Kewujudan pelbagai jenis kecerdasan (multiple intelligences) dan
pengaruhnya terhadap pencapaian akademik di kalangan pelajar pendidikan
teknik dan vokasional. (Disertasi Sarjana Pendidikan). Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn, Johor.
Clarkson, P.C., Fitzmons, G.E., & Seah, W.T. (2000).Values relevant to mathematics?
I’d like to see that. Reflections, 25(2), 1-3.
Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein. (2005). Pesanan Menteri Pelajaran.
http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/julai05/index.htm.Akses pda 29 Mei
2014
Dr. Effandi Zakaria. (2002). Pendekatan Pengajaran Matematik. Universiti Kebangsaan
Malaysia
Edward, M.A. (1963). Approach, Method and Technique. ELT Journal, XVII (2), 63-67
Ee Ah Meng. (2002).Pedagogi II. Shah Alam: Fajar Bakti.
Fleith, D. D. S. (2010). Roeper Review, (November 2011), 37–41.
Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York:
Basic Books.
Gardner, H. (1998). A multiplicity of intelligences.Scientific American presents:
Exploring intelligence. New York: Basic Books.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran
Malaysia 2011-2020
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Buku Panduan Kreativiri: Pembangunan dan
Amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012).Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025
Khadijah Md. Shahid. (1992). Penyesuaian peribadi dan sosial pelajar bergeliga:
Empat kajian kes. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
21 | P a g e
Mayer, R. E. (2003). Learning and instruction. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
Mohd. Nazaruddin Bin Sarji, et al. (2007). Strategi Pengajaran Pembelajaran Koperatif
Dalam Tajuk Reka Bentuk Dan Penghasilan Projek (Matapelajaran Kemahiran
Hidup). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah. (2009). Murid dan Alam
Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Polya, G. (1973). How to solve it: A new aspect of mathematical model (2nd ed).
Princeton, New Jersey: Princeton University Press.
Sabar Afifuddin Bin Ahmad Sobri, et al. (2010). Pembelajaran Berpusatkan Pelajar:
Satu Ulasan Dalam Pendidikan Semasa. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi:
Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.
Schoenfeld A. H. (1985). Mathematical problem solving. Orlando, FL: Academic Press.
Shearer, C. B. (2004).Multiple intelligence development assessment scales. UK:
Multiple Intelligence Research and Consulting Inc.
Sousa, D. A. (2011).How the brain learns. (4th ed). United States of America: Corwin
Tengku Zawawi (1999). Isu-Isu Dalam PendidikanMatematik.Utusan Publication &
Distributor Sdn Bhd.
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. (1993). Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
cik noorlyda
 
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
Ismail Mamat
 
Pelan pengurusan bilik darjah
Pelan pengurusan bilik darjahPelan pengurusan bilik darjah
Pelan pengurusan bilik darjah
Ambra94
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
cikgusuepkhas
 
Contoh Soalan Ujian
Contoh Soalan UjianContoh Soalan Ujian
Contoh Soalan Ujian
Ariff Izham
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assure
tanaipoh
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Ansar Azman
 

Mais procurados (20)

Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
Rph Sejarah Tahun 5 Yang di Pertuan Agong
Rph Sejarah Tahun 5 Yang di Pertuan Agong Rph Sejarah Tahun 5 Yang di Pertuan Agong
Rph Sejarah Tahun 5 Yang di Pertuan Agong
 
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
 
contoh rph
contoh rphcontoh rph
contoh rph
 
RPH SEJARAH TAHUN 6
RPH SEJARAH TAHUN 6RPH SEJARAH TAHUN 6
RPH SEJARAH TAHUN 6
 
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
 
Pelan pengurusan bilik darjah
Pelan pengurusan bilik darjahPelan pengurusan bilik darjah
Pelan pengurusan bilik darjah
 
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
 
Definisi bbm
Definisi bbmDefinisi bbm
Definisi bbm
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Pengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmkPengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmk
 
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHKESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
 
Contoh Soalan Ujian
Contoh Soalan UjianContoh Soalan Ujian
Contoh Soalan Ujian
 
Hubungan guru murid
Hubungan guru muridHubungan guru murid
Hubungan guru murid
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assure
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
 

Destaque

Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
pikaosman
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
SiTi Nurhidayah
 
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikKemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Cik Niz
 
Pendekatan pdp dlm bilik darjah
Pendekatan pdp dlm bilik darjahPendekatan pdp dlm bilik darjah
Pendekatan pdp dlm bilik darjah
Cahaya Cita-Cita
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pensil Dan Pemadam
 
Kpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliKpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razali
aisyamafiza
 
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdPMengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
cik noorlyda
 
Penilaian individu dengan aplikasi inventori psikologi1
Penilaian individu dengan aplikasi inventori psikologi1Penilaian individu dengan aplikasi inventori psikologi1
Penilaian individu dengan aplikasi inventori psikologi1
Siti Farah Idayu
 
18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes
Chales Etin
 

Destaque (20)

Topik 1 penyelesaian masalah
Topik 1 penyelesaian masalahTopik 1 penyelesaian masalah
Topik 1 penyelesaian masalah
 
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Pendekatan pengajaran matematik
Pendekatan pengajaran matematikPendekatan pengajaran matematik
Pendekatan pengajaran matematik
 
KAJIAN TINDAKAN MENGGUNAKAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PnP
KAJIAN TINDAKAN MENGGUNAKAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PnPKAJIAN TINDAKAN MENGGUNAKAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PnP
KAJIAN TINDAKAN MENGGUNAKAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PnP
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikKemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Powerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaranPowerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaran
 
Presentation 1
Presentation 1Presentation 1
Presentation 1
 
Pendekatan pdp dlm bilik darjah
Pendekatan pdp dlm bilik darjahPendekatan pdp dlm bilik darjah
Pendekatan pdp dlm bilik darjah
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Kpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliKpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razali
 
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdPMengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
 
Penilaian individu dengan aplikasi inventori psikologi1
Penilaian individu dengan aplikasi inventori psikologi1Penilaian individu dengan aplikasi inventori psikologi1
Penilaian individu dengan aplikasi inventori psikologi1
 
Teori Kecerdasan
Teori KecerdasanTeori Kecerdasan
Teori Kecerdasan
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)
 
Pendekatan Pengajaran
Pendekatan PengajaranPendekatan Pengajaran
Pendekatan Pengajaran
 
18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes
 

Semelhante a Pendekatan pengajaran

128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
aapdoank
 
72 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-2020071172 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-20200711
thamil arasi
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
novanisa febrina
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
novanisa febrina
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)
Dewi_Sejarah
 
Tugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum PembelajaranTugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum Pembelajaran
pidiani
 
Kurikulum Pembelajaran
Kurikulum PembelajaranKurikulum Pembelajaran
Kurikulum Pembelajaran
pidiani
 

Semelhante a Pendekatan pengajaran (20)

3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
 
Observasi implementasi pembelajaran ips di kurikulum 2013
Observasi implementasi pembelajaran ips di kurikulum 2013Observasi implementasi pembelajaran ips di kurikulum 2013
Observasi implementasi pembelajaran ips di kurikulum 2013
 
Implementasi Kurikulum 2013
Implementasi Kurikulum 2013Implementasi Kurikulum 2013
Implementasi Kurikulum 2013
 
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiahIsu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitaManajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
 
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
 
72 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-2020071172 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-20200711
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
K13new
K13newK13new
K13new
 
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
 
telaah SLTP
telaah SLTPtelaah SLTP
telaah SLTP
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)
 
Buku Panduan Pendekatan Bertema.pdf
Buku Panduan Pendekatan Bertema.pdfBuku Panduan Pendekatan Bertema.pdf
Buku Panduan Pendekatan Bertema.pdf
 
KKNI dan Kurikulum Merdeka Belajar.docx
KKNI dan Kurikulum Merdeka Belajar.docxKKNI dan Kurikulum Merdeka Belajar.docx
KKNI dan Kurikulum Merdeka Belajar.docx
 
Tugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum PembelajaranTugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum Pembelajaran
 
Kurikulum Pembelajaran
Kurikulum PembelajaranKurikulum Pembelajaran
Kurikulum Pembelajaran
 
E-Paper Esai Kamaresa X Rembang FABs.pdf
E-Paper Esai Kamaresa X Rembang FABs.pdfE-Paper Esai Kamaresa X Rembang FABs.pdf
E-Paper Esai Kamaresa X Rembang FABs.pdf
 

Mais de Ngan Jiaing (14)

Projek
ProjekProjek
Projek
 
Ict for teaching and learning
Ict for teaching and learningIct for teaching and learning
Ict for teaching and learning
 
12. using ict for teaching and learning
12. using ict for teaching and learning12. using ict for teaching and learning
12. using ict for teaching and learning
 
11. school culture
11. school culture11. school culture
11. school culture
 
10. teacher certification
10. teacher certification10. teacher certification
10. teacher certification
 
9. curriculum
9. curriculum9. curriculum
9. curriculum
 
8. assessment
8. assessment8. assessment
8. assessment
 
7. professional teaching standards
7. professional teaching standards7. professional teaching standards
7. professional teaching standards
 
6. pendekatan pengajaran
6. pendekatan pengajaran6. pendekatan pengajaran
6. pendekatan pengajaran
 
5. language of instruction
5. language of instruction5. language of instruction
5. language of instruction
 
4. akses ekuiti
4. akses ekuiti4. akses ekuiti
4. akses ekuiti
 
3. timss
3. timss3. timss
3. timss
 
2. jurang pencapaian
2. jurang pencapaian2. jurang pencapaian
2. jurang pencapaian
 
mathematics anxiety fobia
mathematics anxiety fobiamathematics anxiety fobia
mathematics anxiety fobia
 

Último

Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 

Último (20)

Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 

Pendekatan pengajaran

  • 1. SEMESTER 3 SESI2013/2014 SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS TUGASAN 2 TAJUK: PENDEKATAN PENGAJARAN DISEDIAKAN OLEH BIL NAMA NO MATRIK 1 BETTY CHIEW MEE HUI M20131000387 2 LO SIEW LING M20131000397 3 NGAN JIA ING M20131000406 4 MUHAMMAD AZWAN BIN MOHD. TALAL M20131000519 5 WONGE-MANN M20131000523 PENSYARAH:DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE ABDULLAH PEMARKAHAN
  • 2. 2 | P a g e ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 1 2.0 Isu-isuPendekatanPengajaran 2.1 Transformasi Pendidikan Negara 2 2.2 PenerapanNilai 3 2.3 PenghabisanSukatan 4 2.4 Kreativiti Guru dan Murid 5 2.5 Kepelbagaian Kecerdasan Murid 7 2.6 Trend ICT 9 2.7 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 10 2.8 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 10 3.0 PendekatanPengajaran 3.1 Pendekatan Berpusatkan Guru 11 3.2 Pendekatan Berpusatkan Murid 12 3.3 Kajian Kes 13 3.4 Inkuiri 13 3.5 Simulasi 14 3.6 Pendekatan Penyelesaian Masalah 15 3.7 Koperatif dan Kolaboratif 16 4.0 Pendekatan Pengajaran Matematik di Luar Negara 18 5.0 Kesimpulan 19 Rujukan 20
  • 3. 1 | P a g e 1.0 Pengenalan Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Pendidikan juga merupakan tunjang pembangunan bagi sesebuah negara dimana ia mencetus kreativiti dan penjana innovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara. Oleh yang demikian, pendekatan pengajaran yang sesuai haruslah digunakan oleh para pendidik supaya memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan yang dilaksanakan mestilah mencerminkan satu persepsi atau pendapat tentang matlamat sesuata pelajaran. Ianya merupakan satu set andaian yang mempunyai hubing kait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik. Ini bertujuan untuk memudahkan pelajar menerima dan memahami isi kandungan pelajaran yang cuba disampaikan. Dengan adanya pendekatan, maka sebagai tenaga pengajar, kita mampu membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip di mana sesuatu situasi yang kita pelajari secara keseluruhannya dan kemudian dibuat perincian setiap intipatinya untuk dijadikan teori pembelajaran. Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui pendapat ini dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model , prinsip atau teori pembelajaran. Contohnya: konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks, keseluruhan kepada bahagian, umum kepada spesifik
  • 4. 2 | P a g e (deduktif), spesifik kepada umum (induktif), dekat kepada jauh dan diketahui kepada belum diketahui. 2.0 Isu-isu Pendekatan Pengajaran 2.1 Transformasi Pendidikan Negara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara. Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global. Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum. Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata.Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat. Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.Kementerian sedar masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek kurikulum baru ini, untuk itu gelombang pertama transformasi pendidikan akan memberi tumpuan kepada inisiatif jangka pendek.Ia bagi memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang
  • 5. 3 | P a g e diajar dan kurikulum pentaksiran dapat ditambah baik selain meletakkan asas kepada perubahan fundamental sebelum gelombang kedua dan ketiga dilaksana dan dikaji semula untuk melihat tahap pencapaian. Dalam menyahut transformasi pendidikan negara, guru memainkan peranan yang serba penting. Pendekatan pengajaran guru perlu berkembang selaras dengan transformasi pendidikan negara untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara (FPK) demi menghasilkan modal insan kelas pertama 2.2 Penerapan Nilai Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, termasuklah kemusnahan alam sekitar dan konflik senjata. Kejayaan mengharungi segala cabaran ini bukan sahaja memerlukan murid yang mempunyai kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka dalam membuat keputusan yang beretika. Pada masa yang sama, pembangunan identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi dengan pembangunan warganegara yang global. Setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan seharian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; amanah dan berintegrasi. Selain itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga mereka, atau bagi sebahagian komuniti yang lebih besar serta negara. Namun begitu pelbagai pihak, seperti pakar pendidikan dan kerajaan,melahirkan kerisauan tentang keberkesanan dalam penerapan nilai di sekolahke arah membentuk generasi akan datang (Wan Mohd Zahid, 1993; Dato’ Sri Hishamuddin, 2005). Gambaran
  • 6. 4 | P a g e tentangkepincangan nilai generasi masa kini dijelaskan oleh Dato’ Sri Hishamuddin(2005) bekas Menteri Pendidikan Malaysia seperti berikut: Hari ini kita jarang-jarang dapat melihat warga tua dipimpin oleh anak-anak muda untuk melintas jalan. Kita juga sudah ketandusan budaya sapa-menyapa,kurangnya rasa hormat-menghormati, tidak menghargai harta benda awam dan tidak mengutamakan kepada kebersihan. Keadaan ini jika dibiarkan, lama-kelamaan akan merosakkan tamadun dan mencemarkan budaya bangsa yang kaya dengan budi pekerti serta nilai-nilai murni yang tinggi. (Halaman 3). Bukan begitu sahaja, terdapat guru yang menganggap pengajaran matematik adalah bebasdaripada proses penerapan nilai (Bishop, 1988). Malahan, terdapat juga guruyang mempunyai kefahaman yang terhad tentang nilai yang perludiajar dan digalakkan kepada pelajar dalam pembelajaran bilik darjah(Clarkson et al., 2000b). Penerapan nilai murni seharusnya dijalankan secara merentas kurikulum.Matlamat kurikulum matematik sekolah beberapa negara telah memperlihatkan secara jelas penekanan diberikan kepada penerapan nilai(Singapore Ministry of Education, 2007; Australian Government, 2005).Sebagai contoh, kurikulum di Australia menggariskan sembilan nilai asas kearah kesejahteraan rakyat yang berbilang budaya. Nilai berkenaan ialah: belaskasihan; melaksanakan tugasan secara yang terbaik; saksama; bebas; jujurdan boleh dipercayai; integriti; hormat; bertanggungjawab; dan memahami,bertoleransi dan turut serta (Australian Government, 2005). Oleh itu, guru perlu bijak memilih pendekatan pengajaran yang bersesuaian dan berkesan demi menggalakkan penerapan nilai murni ke dalam jiwa dan sanubari murid. 2.3 Penghabisan Sukatan Menurut Noraini (2001), kebanyakan guru pada hari ini hanya tertumpu kepada buku tekssahaja dan mengajar berpusatkan guru. Alasan yang diberikan adalah untuk
  • 7. 5 | P a g e menghabiskansukatan pelajaran dan kekurangan masa.Kemungkinan perkara ini berlaku kepada guru-guruyang mengajar Matematik untuk kelas peperiksaan seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR)dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Mereka lebih menumpukan kepada untuk menghabiskansukatan pelajaran semata-mata sebelum peperiksaan menjelang tiba. Menurut Ee Ah Meng(2003), aspek peperiksaan yang ditekankan dalam sistem pendidikan menyebabkan guru-gurucuba menghabiskan sukatan pelajaran walaupun masih ada pelajar yang lemah.Walaubagaimanapun, penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran Matematikperlulah mengikut keadaan dan aktiviti yang dijalankan. 2.4 Kreativiti Guru dan Murid Amalan kreatif dalam pengajaran semakin mendapat perhatian di seluruh dunia.Pelaksanaan amalan iniberupaya membentuk suasana pembelajaran yang kondusif, membina perkembangan kognitif murid, peramal kepadapencapaian dan kejayaan akademik serta menjadikan pembelajaran lebih bermakna (Freund & Holling, 2008). Malaysia juga tidak terkecuali dalam mempelopori amalan dan budaya kreativiti.Dalam usaha membudayakanamalan kreativiti dalam kalangan rakyat, Perdana Menteri telah mengisytiharkan tahun 2010 sebagai tahun inovasi dan kreativiti.Inisiatif inovasi dan kreativiti diwujudkan sebagai salah satu strategi dalam Pelan Strategik InterimKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2011-2020.Hal ini selaras dengan matlamat Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) yang menekankan pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu supaya dapat menganjak diri kekedudukan yang terkehadapan.Strategi ini adalah untuk melahirkan murid yang inovatif dan kreatif dengankemahiran dan pengetahuan terkini (KPM 2012).Penekananini diperkasakan lagi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Keupayaan individu yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan idea dan ciptaan diharapkan akan menjadi amalan dan budaya dalamkehidupan mereka. Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi merupakan pemangkin kepada agenda transformasi negara.Dalamkonteks pendidikan, proses kreativiti dan inovasi berjalan
  • 8. 6 | P a g e seiring dan menjadi elemen penting dalam pengajarandan pembelajaran. Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat apabila murid suka menyoal danmencari jawapan, menjangka peristiwa yang akan berlaku, membuat hubung kait, meneroka idea, membuatspekulasi tentang kemungkinan, sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil serta bolehberfikir secara lateral. Masalah kurangnya kualiti dari segi pencapaian subjek sains dan matematik di negara kita ada kaitannyadengan kompetensi guru matematik.Beberapa kajian dalam dan luar negara menunjukkan permasalahan bahawaguru-guru khususnya guru matematik masih kurang kompeten dalam mengamalkan pengajaran kreatif.Kajian oleh Tengku Zawawi (1999) mendapati strategi pengajaran guru-guru matematik di Malaysiakebanyakannya masih lagi berpusatkan guru dan bersifat tradisional serta hanya mementingkan pencapaianakademik dalam peperiksaan khususnya peperiksaan awam.Guru-guru kekurangan masa untuk melaksanakanamalan kreatif kerana terlalu mengejar sukatan yang perlu diselesaikan segera bagi melaksanakan pula latih-tubisoalan tahun-tahun lepas. Guru-guru matematik juga didapati lebih gemar menggunakan papan hitam dalampengajaran kerana mendapati kaedah tersebut lebih berkesan dalam menyampaikan pengetahuan dan kemahiranmatematik (Subahan, 2007). Keadaan ini kurang menggalakkan suasana kreatif di bilik darjah.Dapatan ini selari dengan kajian (Saracho, 2012) yang mendapati prosedur pengajaran guru masih lagiberfokuskan kepada kepatuhan, tingkah laku yang baik dan pemikiran tradisional yang menghalang kreativiti.Pengajaran matematik dilihat masih lagi tertumpu pada amalan kemahiran prosedural (Goldrick-Rab, 2007) sertakurang mengaitkan dengan masalah dunia sebenar (Tengku Zawawi, 1999; Grub, 2010). Kajian oleh Rohani et al., (2005) mendapati sikap guru terhadap matematik mempengaruhi cara danpendekatan mereka dalam pengajaran. Adalah sukar untuk melaksanakan amalan kreatif dalam pengajaran sekiranyaguru sendiri bersikap negatif. Menurut Beghetto (2008) dan Fleith (2010) , guru matematik ada yang bersikapnegatif dengan menganggap mengintegrasikan elemen kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu tugastambahan. Sikap negatif ini pastinya menjadikan guru
  • 9. 7 | P a g e matematik kurang mengambil berat dalam mengamalkanpengajaran secara kreatif menyebabkan murid yang menerima pengajaran berasa bosan kerana tidak diberi peluangmenyerlahkan kreativiti mereka secara optimum. Maka terdapat tanggapan negatif dalam kalangan murid yangmenyatakan bahawa matematik adalah subjek yang susah, abstrak dan membosankan (Azizi, Jamaluddin & Yusof,2007). 2.5 Kepelbagaian Kecerdasan Murid Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh HowardGardner (1983).Menurut Gardner (1983), terdapat sembilan jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagaiiaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal,Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, KecerdasanNaturalis dan Kecerdasan Eksistensial, yang dicadangkan untuk diaplikasikan di dalampengajaran dan pembelajaran modul Design Dialogue di dalam aktiviti-aktiviti kelas dan projek tanpa bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran konvensional. Menurut Gardner (1998) dan Shearer (2004),kecerdasan seseorang meliputi aras- aras seperti berikut: 1. Kecerdasan verbal Memiliki kemampuan dan kemahiran yang tinggi di dalam menulis, membaca, bercakapdan berdebat. 2. Kecerdasan visual Berbakat mencipta, menyusun, melukis, mengecat, skema warna, garis bentuk danruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, visual ruang danmengorientasi diri dalam matriks ruang (Shearer, 2004). 3. Kecerdasan logikal
  • 10. 8 | P a g e Kecerdasan yang berhubungan dengan kemampuan seseorang dalam perangkaan,pengenalan pola, dan argumentasi logik. 4. Kecerdasan muzikal Kemampuan seseorang mencipta irama, peka terhadap bunyi bukan lisan disekelilingnya seperti nada dan irama. 5. Kecerdasan kinestetik Kemahiran pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dankelenturan badan. Mampu menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea danperasaan. 6. Kecerdasan Interpersonal Kemampuan bersosial dengan orang lain. Peka terhadap perasaan orang lain,cenderung untuk memahami dan berinteraksi dengan orang lain. 7. Kecerdasan Intrapersonal Kemampuan memahami diri sendiri, peka terhadap perasaaan dirinya sendiri dancenderung untuk mengenali pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinyasendiri. 8. Kecerdasan naturalis Kecenderungan meninjau alam seperti beraneka batu-batan, tanah-tanih, pelbagai floradan fauna, objek-objek di angkasa dan sebagainya (Shearer, 2004) 9. Kecerdasan eksistensial Merupakan kecerdasan moral. Menurut Chen (2004), kecerdasan ini melibatkankepekaan dan keupayaan menghadapi persoalan yang mendalam seperti kewujudanmanusia yang berkaitan dengan makna kehidupan dan kematian.
  • 11. 9 | P a g e Menurut MarianiMd Nor dan Che Mah Yusof (2003), realiti yang berlaku pada hari ini ialah staf akademik lebihcenderung mengajar tanpa menghiraukan tahap kecerdasan pelbagai setiap pelajar. Malah darisegi sistem pengajian, kurikulum, strategi pengajaran adalah sama untuk setiap pelajarmeskipun mereka sebenarnya mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Segelintir staf akademiksering menggunakan kaedah pengajaran yang sama untuk setiap pelajar. Kekurangan pendekatan pengajaran mungkin berpunca daripada kekurangan pengetahuan dan kemahiran dikalangan staf akademik tentang aspek kecerdasan pelbagai pelajar (Khadijah, 1992). 2.6 Trend ICT Saidina Omar Al-Khattab r.a pernah berkata, “Didiklah anak kamu mengikut zamannya.Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu.”Kata-kata ini memang berhubungkait dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik.Sehubungan ini peranan seorang guru matematik adalah amat penting dan dia perlu saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sezaman supaya pengajaran dan pembelajarannya sentiasa berkesan. Alvin Tottler pula pernah berkata, “The illiterates of the future are not those who cannot read and write, but those who do not want to learn, unlearn and relearn.” Dalam konteks pendidikan guru dan dalam usaha untuk memartabatkan lagi profesionalisme keguruan, maka ini bermakna bahawa guru juga perlu “learn”, “unlearn” dan “relearn”.Dalam masyarakat alaf baru ini yang berorientasi kepada teknologi komunikasi dan maklumat, teknologi memainkan satu peranan yang besar dalam pendidikan matematik.Ini telah membawa satu perubahan yang ketara dalam corak pengajaran pembelajaran matematik tradisional. Guru sekarang menganjak peranannya sebagai sumber utama memberi dan menyampaikan maklumat kepada peranan sebagai pemudahcara dan pengurus untuk mendapat maklumat. Memandangkan, KPM telah membelanjakan lebih daripada RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah
  • 12. 10 | P a g e Bestari sepanjang dekad yang lalu, guru digalakkan memaksimumkan pendekatan pengajaran yang berorientasikan ICT demi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 2.7 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Latihan Dalam Perkhidmatan secara school-based adalah sebahagian daripada proses Pembangunan Profesionalisme Secara Berterusan (CPD) bagi memastikan anggota KPM sentiasa berpengetahuan dan bermaklumat terkini. Ini selaras dengan perubahan sistem pendidikan masa kini yang memerlukan setiap anggota KPM sentiasa menambah ilmu pengetahuan khasnya yang berkaitan dengan pendidikan.Setiap ahli pendidik memiliki pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tugas pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk berusaha memperkembangkan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya sejajar dengan perubahan terkini dalam dunia pendidikan. Dalam hal ini, guru sentiasa memperoleh ilmu baharu terhadap pendekatan pengajaran.Guru berkongsi pengalaman pengajaran dan pembelajaran, bertukar pandangan dan menjalankan pengajaran mikro untuk memahami satu-satu pendekatan pengajaran baharu. Usaha sedemikian dilihatkan sebagai perkembangan profesional individu dan suatu usaha peribadi yang berterusan serta memaparkan semangat, komitmen dan kematangan individu terhadap profesionnya.Kemahiran dan kecekapan guru dalam melaksanakan tugas dipertingkatkan.Ini seterusnya memanfaatkan anak-anak murid. 2.8Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2003).Untuk menyerap KBAT kepada murid, salah satu elemen yang penting
  • 13. 11 | P a g e ialah mengubah cara murid diajar.Ini bermakna pendekatan pengajaran guru perlu berubah. Guru perlu memahami bahawa tiada sesiapa berfikir dengan sempurna atau berfikir terlalu lemah sepanjang masa,menghafal sesuatu perkara tidak sama dengan berfikir tentang sesuatu perkara itu dan menghafal sesuatu boleh dilakukan tanpa memahami perkara itu. Oleh itu, pendekatan pengajaran guru hendaklah menjurus kepada bentuk perkataan, gambaran atau renungan demi membolehkan murid berfikir.Guru boleh menggunakan pendekatan pengajaran yang berlainan untuk menerap KBAT bagi meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa. 3.0 Pendekatan Pengajaran Dewasa ini, pelajar hilang minat terhadap pembelajaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan pembelajaran yang tidak menarik, tidak menepati objektif pengajaran, organisasi isi kandungan tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik (Bums & Okey, 1985). Justeru itu, langkah-langkah hendaklah diambil untuk membetulkan kelemahan-kelemahan akademik mereka dan mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya lebih menarik dan mudah difahami. Namun dengan menggunakan kaedah pembelajaran berbantukan komputer akan memberikan motivasi kepada pelajar kerana situasinya yang menarik, membolehkan pelajar belajar secara proaktif, dan memberi penekanan kepada aspek kreativiti. 3.1 Pendekatan Berpusatkan Guru Sesungguhnya, pelbagai jenis pendekatan pengajaran telah diperkenalkan kepada para guru. Antaranya termasuklah pendekatan berpusatkan guru. Di bawah pendekatan ini, guru berperanan sebagai fasilitator, manakala murid sebagai penonton. Interaksi antara guru dengan murid adalah sehala sahaja, di mana ciri kepimpimpan guru bersifat autokratik. Hal ini demikian disebabkan pencapaian murid amat dititikberatkan, terutamanya dalam keputusan ujian dan peperiksaan. Kaedah keseluruhan kelas ini mengakibatkan murid agak pasif dan tidak kreatif. Nik Faezah (1996 dalam Abdul Razak & Nor Asmah, 2007) menyatakan kebanyakan guru masih menggunakan pendekatan
  • 14. 12 | P a g e berpusatkan guru dan ini menyebabkan pelajar menjadi kurang aktif dalam pembelajaran matematik. Pernyataan ini juga disokong oleh Johnson (dalam Abdul Razak & Nor Asmah, 2007) menyatakan bahawa pengajaran tradisional merupakan kaedah pengajaran yang pasif dan tidak memberangsangkan. Menurut Mohd. Nazaruddin, et al (2002), pembelajaran berpusatkan guru kurang memberi kesempatan kepada pelajar untuk meneroka sesuatu konsep. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tradisional, matematik diajar secara terus di papan hitam secara lisan seperti mengajar suatu teori yang tidak dapat dilihat secara konkrit. 3.2 Pendekatan Berpusatkan Murid Pendekatan pengajaran yang lain termasuklah pendekatan berpusatkan murid. Definisi khas bagi pembelajaran berpusatkan pelajar ialah tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu, memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Sabar Afifuddin, et al, 2010). Strategi pengajaran berpusatkan murid telah banyak digunakan oleh para guru semasa meyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran bahkan telah menjadi tren utama dalam inovasi kurikulum seluruh dunia. Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran berpusatkan murid mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan oleh Noriati (2009) iaitu murid lebih minat dalam pelajaran, melibatkan komunikasi dua hala, kepimpinan bercorak demokratik, membina kreativiti murid dan pembelajaran bercorak pengarahan kendiri. Strategi ini melibatkan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan seperti yang dinyatakan oleh (Orlich et al.,2007) dalam Noriati (2009).
  • 15. 13 | P a g e Dalam strategi ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan. Selain itu, strategi ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik, meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan murid (Shahabuddin,2007). Amaljaya (2009) menyatakan aktiviti yang dijalankan mengikut strategi pemusatan murid menjadikan murid lebih memberi fokus dalam proses pembelajaran matematik. 3.3 Kajian Kes Salah satu pendekatan pengajaran ialah kajian kes. Kajian kes ialah satu kaedah pengajaran di mana pelajar diberi maklumat mengenai satu situasi yang mana mereka dikehendaki membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berkaitan situasi tersebut. Biasanya kajian kes berkait rapat dengan situasi-situasi realiti hidup sebenar tetapi para pengajar lebih cenderung mengelak isu-isu sebenar dengan berbicara secara konseptual daripada aplikasinya sendiri (Ahmad Fuad, 2002). Sesuatu kes lazimnya akan menghasilkan satu cadangan, keputusan atau pelan tindakan. Kajian kes boleh jadi ringkas (pendek) atau panjang. Kebaikan kajian kes termasuklah ia merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan memerlukan penyertaan pelajar secara aktif. Dalam pada itu, pelajar dapat membuat pemerhatian ke atas pembelajaran. Pada sebelah itu, kelemahan kajian kes adalah memakan masa lama dan rumit jika membentuk kajian kes yang berkualiti. Maklumat yang diberikan mestilah tepat dan dikemaskinikan agar pelajar akan menaruh minat yang begitu mendalam terhadap pengisian kes. 3.4 Inkuiri Pendekatan pengajaran yang seterusnya ialah pendekatan penyiasatan atau inkuiri. Pendekatan inkuiri ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan
  • 16. 14 | P a g e menyoal dan mengkaji masalah, membuat ramalan, mengumpul maklumat, menganalisis dan membuat rumusan. Dengan kata lain, pendekatan ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dengan demikian, ia dapat menimbulkan daya refleksi dalam kalangan pelajar. Berdasarkan kepada NCTM dan pandangan konstruktivis sosial, pendekatan penyiasatan ini dibentuk oleh guru matematik dan bermula dalam tahun-tahun kebelakangan abad ini (Dr. Effandi Zakaria, 2002). Andaian utamanya ialah kemahiran asas, konsep dan proses inkuiri adalah perlu bagi kekuatan matematik. Oleh itu, guru perlu mengajar untuk kemahiran masteri, kefahaman dan pemikiran matematik. Ini juga bermaksud guru perlu mengajar secara bermakna. Pendekatan ini menekankan pemahaman yang mendalam dengan melibatkan pelajar dalam proses inkuiri. 3.5 Simulasi Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Penggunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi juga adakah suatu pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Menurut Noriati (2009), untuk mencapai hasil pembelajaran, murid perlu melalui tugasan dalam simulasi serta membentuk konsep dan kemahiran yang diperlukan dalam pencapaian sesuatu aspek atau bidang. Tujuannya adalah untuk menjalankan latihan demi menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah- masalah yang ditimbulkan itu melibatkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya pasar, sekolah dan sebagainya.
  • 17. 15 | P a g e Menurut Joyce et al. (2002) dalam Noriati (2009), kaedah simulasi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu sosiodrama dan main peranan. Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang social. Biasanya, skrip lakonan akan disediakan lebih awal oleh guru agar dapat difahami, dibaca dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan sesuatu watak. Main peranan pula merupakan satu lakonan yang spontan melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu. Biasanya, pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan situasi yang dibayangkan secara spontan. Kebaikannya, kaedah simulasi membolehkan murid menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi murid peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini demikian kerana dalam kaedah simulasi, semua murid perlu memberikan idea secara verbal. Malah, kaedah simulasi membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif. Kaedah simulasi membolehkan murid berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis. Kaedah simulasi ini juga dapat membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran mereka seperti kemahiran menjawab, di mana para pelajar akan memberi pendapat, cadangan, bantahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 3.6 Pendekatan Penyelesaian Masalah Dalam pendekatan ini pelajar adalah aktif dan guru sebagai fasilitator dalam aktiviti penyelesaian masalah. Guru membantu pelajar merangka strategi penyelesaian dan pelajar mempunyai peluang untuk membina pengetahuan mereka sendiri. Noriati (2009) menjelaskan bahawa dalam strategi ini, guru melibatkan murid dalam aktiviti atau
  • 18. 16 | P a g e tugasan yang memberikan mereka peluang untuk mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari. Dalam menghasilkan aktiviti menggunakan strategi ini, guru perlu mengambil kira beberapa kriteria. Pertama, aktiviti yang dipilih mesti berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar. Kedua, guru perlu mempelbagaikan aktiviti berdasarkan matlamat pengajaran. Ketiga, guru hendaklah memastikan aktiviti yang dirancang membuka ruang dan peluang kepada murid untuk berinteraksi dan membuat refleksi. Keempat, guru perlu memastikan setiap aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau bagi menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Kajian John Brodi (2008 dalam Azlinda & Noriah, 2009) menunjukkan strategi pengajaran ini mampu meningkatkan keyakinan dan motivasi murid seterusnya menjadikan murid lebih aktif. Bagi menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih bermakna, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan dan objektif-objektif pembelajaran berdasarkan aktiviti yang bakal dilakukan supaya murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Apabila murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan memberi bantuan jika perlu. Di akhir tugasan, guru perlu membuat sesi perbincangan dan refleksi dengan murid tentang tugasan yang telah dijalankan. 3.7 Koperatif dan Kolaboratif Pendekatan koperatif dan kolaboratif ialah suatu strategi pengajaran di mana pelajar saling membantu dalam sebuah kumpulan kecil, dengan mempunyai tujuan dan matlamat yang sama. Noriati (2009) menjelaskan bahawa pembelajaran secara koperatif yang dipelopori oleh Slavin (2005) adalah merupakan pembelajaran aktif yang berupaya mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan murid. Noriati (2009) menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip
  • 19. 17 | P a g e pembelajaran koperatif iaitu kebergantungan positif, interaksi bersemuka, penglibatan seimbang dan akautabiliti individu. Arends (2001 dalam Noriati, 2009) menjelaskan bahawa kaedah perbincangan digunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif pengajaran iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu murid membina kefahaman kandungan; merangsang penglibatan; serta membantu murid menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran. Terdapat 5 teknik utama dalam pembelajaran koperatif. Pertama, penyiasatan berkelompok (Group Investigation). Dalam teknik ini, setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan murid mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Kedua, teknik Student Team Achievement Division (STAD). Dalam teknik ini, murid-murid perlu berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan. Ketiga, teknik Jigsaw. Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap murid dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari. Teknik keempat ialah Team-Accelerated Instruction (TAI). Ia merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang
  • 20. 18 | P a g e kepada murid yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan murid lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Teknik kelima ialah Team Games Tournament (TGT). Dalam teknik ini, guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan kemahiran sosial antara murid. Mengikut pendapat Shahabuddin et al. (2007), kaedah koperatif ini dapat memupuk sifat penyayang, kerjasama, hubungan yang erat antara murid dan sebagainya. Kaedah ini menggalakkan murid-murid mengajar sesama sendiri dan bantu-membantu antara satu sama lain dalam kumpulan seterusnya dapat mengukuhkan hubungan persahabatan antara murid-murid. Implikasi yang negatif dalam kaedah ini pula ialah disiplin sesetengah murid menjadi tidak terkawal semasa sesi perbincangan. Hal ini dapat mengganggu murid-murid yang lain yang memberi fokus kepada isi perbincangan. 4.0 Pendekatan Pengajaran Matematik di Luar Negara Negara Singapura telah memperkenalkan pendekatan Heuristik dalam kurikulum Matematik semenjak sekolah rendah dengan 10 cara Heuristik iaitu lukis gambar atau gambarajah, cari pola, teka-semak-ulang, guna objek, buat senarai semak, guna jadual, guna ayat Matematik, penyelesaian ke belakang, guna kaedah logik dan permudahkan.Heuristikadalah hukum bagi proses penyelesaian masalah (Polya, 1973). Ia juga merupakan kaedah yang dirancang untuk membantu dalam penyelsaian masalah (Schoenfeld, 1985). Menurut Bruner (1960), heuristik merupakan cara dan strategi yang dapat membantu dalam penyelsaian masalah. Heuristik telah dikenali sebagai komponen yang wajib dalam penyelesaian masalah (Polya 1973; Schoenfeld, 1985; Rubinstein, 1986; Mayer, 2003).
  • 21. 19 | P a g e Heuristik dapat membantu kita daripada masalah yang susah. Selain daripada itu, heuristik juga membantu kita mendapatkan penyelesaian dengan masa yang lebih singkat jika dibangding dengan penyelesaian menggunakan algorithm. Heuristik “Lukis gambahrajah” memberitahu bagaimana kita boleh menukarkan masalah dalam bentuk visual. Penambahan bahan visualisasi dalam pembelajaran akan menambahkan tempoh pengingatan. Ini disebabkan sistem visual otak manusia mempunyai ruang yang besar untuk menyimpan maklumat dan mengimbas kembali. Visual dan verbal akan melibatkan pelajar dengan lebih aktif dalam pembelajaran. Ini disebabkan daya ingatan mempunyai kedua-dua komponen visual dan verbal.(Sousa, 2011) 5.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek, proses pembelajaran adalah sangat penting bagi seseorang individu. Justeru, pendekatan pengajaran sesuai haruslah dikaji dengan teliti dan diaplikasi dalam pengajaran para pendidik supaya modal insan yang disangjung tinggi dapat dijana dan memanfaatkan Negara.
  • 22. 20 | P a g e Rujukan: Abdul Razak B. Idris & Nor Asmah Binti Salleh. (2007). Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Ahmad Fuad Muhammad. (2002). Pendekatan Dan Strategi Pengajaran.Kertas Kerja Bengkel Pendidikan & Multimedia Ke-3 Fasa I. Universiti College of Science and Technology. Amaljaya. (2009, May 06). Teaching Strategies. Retrieved Ogos 24, 2010, from Info Pendidik Guru: http://amaljaya.com/guru/2009/05/06/teaching-strategies/ Azlinda Azman & Noriah Mohamed. (2009). Proses Penyelesaian Masalah. Universiti Sabah Malaysia. Beghetto, R. a. (2008). Prospective teachers’ beliefs about imaginative thinking in K-12 schooling. Thinking Skillsand Creativity, 3(2), 134–142. Bishop, A.J. (1988). Mathematical Enculturation: a cultural perspective on Mathematics Education. Dordrecht, Holand: D. Reidel Publishing Company. Bruner, J. S. (1960). The process of education. Cambridge: Harvard University Press. Bums, J. C., Okey, J.R. & Wise. (1985). Development of An Integrated Process Skill Test: TIP II.Journal of Research in Science Teaching. 22(2).169-177. Chen, W. K. (2004). Kewujudan pelbagai jenis kecerdasan (multiple intelligences) dan pengaruhnya terhadap pencapaian akademik di kalangan pelajar pendidikan teknik dan vokasional. (Disertasi Sarjana Pendidikan). Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Johor. Clarkson, P.C., Fitzmons, G.E., & Seah, W.T. (2000).Values relevant to mathematics? I’d like to see that. Reflections, 25(2), 1-3. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein. (2005). Pesanan Menteri Pelajaran. http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/julai05/index.htm.Akses pda 29 Mei 2014 Dr. Effandi Zakaria. (2002). Pendekatan Pengajaran Matematik. Universiti Kebangsaan Malaysia Edward, M.A. (1963). Approach, Method and Technique. ELT Journal, XVII (2), 63-67 Ee Ah Meng. (2002).Pedagogi II. Shah Alam: Fajar Bakti. Fleith, D. D. S. (2010). Roeper Review, (November 2011), 37–41. Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic Books. Gardner, H. (1998). A multiplicity of intelligences.Scientific American presents: Exploring intelligence. New York: Basic Books. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2020 Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Buku Panduan Kreativiri: Pembangunan dan Amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012).Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Khadijah Md. Shahid. (1992). Penyesuaian peribadi dan sosial pelajar bergeliga: Empat kajian kes. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • 23. 21 | P a g e Mayer, R. E. (2003). Learning and instruction. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. Mohd. Nazaruddin Bin Sarji, et al. (2007). Strategi Pengajaran Pembelajaran Koperatif Dalam Tajuk Reka Bentuk Dan Penghasilan Projek (Matapelajaran Kemahiran Hidup). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. Polya, G. (1973). How to solve it: A new aspect of mathematical model (2nd ed). Princeton, New Jersey: Princeton University Press. Sabar Afifuddin Bin Ahmad Sobri, et al. (2010). Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Satu Ulasan Dalam Pendidikan Semasa. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Schoenfeld A. H. (1985). Mathematical problem solving. Orlando, FL: Academic Press. Shearer, C. B. (2004).Multiple intelligence development assessment scales. UK: Multiple Intelligence Research and Consulting Inc. Sousa, D. A. (2011).How the brain learns. (4th ed). United States of America: Corwin Tengku Zawawi (1999). Isu-Isu Dalam PendidikanMatematik.Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. (1993). Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.