SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 7
Baixar para ler offline
TERBITAN JABATAN MUFTI KERAJAAN • NEGARA BRUNEI DARUSSALAM •
                  Jamadilakhir- Sya'ban 1426 July - September 2005 Bilangan 3

    Bolehkah Kanak-Kanak Bukan Islam Belajar Al-Qur’an Dan
                       Sembahyang?




                                   Gambar Kiri:

                                   Yang Berhormat Pehin Datu Seri
                                   Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz
                                   Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti
                                   Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.




Soalan:

Ada beberapa perkara yang menimbulkan keraguan di kalangan guru-guru dalam
                                                                   ‑
memberikan pelajaran kepada kanak-kanak bukan Islam yang belajar al‑ Qur’an dan
sembahyang khususnya kepada murid yang berada di dalam darjah 3 ke atas,
seperti:

1. Pembelajaran al-Qur’an:
i. Menyentuh.
ii. Mengangkat.
iii. Membaca.
iv. Khatam.

2. Sembahyang fardhu berjemaah di surau.
Sehubungan dengan itu besarlah harapan pihak sekolah bagi mendapatkan fatwa
Mufti Kerajaan berkaitan dengan perkara di atas.
Jawapan:




(1) Kanak-Kanak Bukan Islam Belajar Al-Qur’an

Cara Menghormati Dan Memuliakan Al-Qur’an

Sesungguhnya al-Qur’an itu kalâmullâh, ia wajib dihormati dan dimuliakan serta tidak
terdedah kepada sebarang perkara yang boleh mendatangkan kehinaan. Menghina al-Qur’an
bukan hanya berdosa bahkan menjadikan seseorang Islam itu kafir, misalnya seorang Islam
mencampakkan al-Qur’an ke tempat yang kotor.

Antara cara menghormati al-Qur’an itu tidak boleh (bahkan haram) menyentuh, memegang
atau membawanya melainkan dalam keadaan suci yakni berwudhu. Haram menyentuh
al-Qur’an tanpa wudhu berdasarkan dalil al-Qur’an:




Tafsirnya: “Tidak boleh menyentuhnya (al-Qur’an) kecuali orang-orang yang suci.”
(Surah al-Wâqi‘ah: 79)

Sementara dalil daripada hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pula ialah:




Maksudnya: “Tidak boleh menyentuh al-Qur’an kecuali orang yang suci.”
(Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Ketika hendak membaca al-Qur’an adalah sangat elok terlebih dahulu membersihkan mulut
dan menghias diri.

Al-Qur’an yang wajib disentuh dengan berwudhu itu ialah sama ada Mushaf yang lengkap
sepenuhnya atau hanya beberapa ayat yang ditulis di atas kertas, papan, besi, kain dan
sebagainya.

Oleh kerana cara menghormati al-Qur’an atau Mushaf itu sangat penting diketahui, maka elok
sangat kita perturunkan beberapa perkara yang menyentuh tentang cara menghormati dan
memuliakan al-Qur’an (Mushaf) itu. Ini kerana kalau orang Islam tidak faham atau kurang
faham cara menghormati dan memuliakan al-Qur’an, bagaimanakah mungkin orang bukan
Islam dapat berbuat demikian? Berikut ini dicatatkan sebahagian daripada cara menghormati
dan memuliakan al-Qur’an itu:

1. Tidak diletakkan Mushaf pada tempat yang mudah terdedah kepada pencemaran, seperti
terkena najis, kotoran, atau jika ditiup angin ia akan berselerak, bertaburan dan sebagainya.

2. Tidak diletakkan sesuatu di atas Mushaf, sama ada buku atau yang lainnya. Mushaf
mestilah berada di tempat yang lebih terhormat dan di atas segala buku.

3. Ketika membaca Mushaf, ia dipangku atau diletakkan di atas sesuatu di hadapan dan tidak
meletakkannya secara langsung di atas lantai.

4. Jika dituliskan ia pada sesuatu, jangan dihapus dengan memakai air liur, tetapi boleh
memakai air bersih.

Apabila dihapus dengan memakai air, hendaklah bekas larutan basuhannya itu tidak jatuh ke
tempat yang bernajis, atau tempat yang selalu dipijak-pijak, kerana larutan basuhan itu juga
perlu dihormati.

5. Setiap hari elok memandang Mushaf, paling sedikit sekali setiap hari.

Abu Musa al-Asy‘ari berkata: “Aku merasa malu jika tidak memandang Kitab Tuhanku sekali
dalam setiap hari….”

Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, katanya: “Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:




Maksudnya: “Kamu berikanlah bahagian ibadat untuk mata kamu.” Lalu sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah apa dia bahagian ibadat mata?” Baginda menjawab: “(Bahagian ibadat
mata) ialah memandang Mushaf, memikirkan kandungannya dan mengambil i‘tibâr daripada
keajaiban-keajaibannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

6. Mencantikkan tulisan Mushaf.

7. Jangan menjadikan Mushaf sebagai bantal dan tempat bersandar,                dan   jangan
melemparkannya kepada kawan apabila kawan itu hendak mengambilnya.

8. Jangan dikecilkan ukuran Mushaf. Diriwayatkan bahawa Ali Radhiallahu ‘anhu pernah
berkata: “Jangan engkau mengecilkan Mushaf.”

9. Jangan mencampur-adukkannya dengan benda-benda lain yang bukan daripada Mushaf.

10. Jangan dihiasi dengan emas dan jangan ditulis dengan emas supaya tidak bercampur
dengan perhiasan dunia.
11. Apabila tulisannya dijadikan bahan mandian kerana berubat daripada penyakit yang
sedang dideritai, ianya janganlah jatuh ke lantai kotor atau tempat yang bernajis, atau
tempat pijak-pijakan, akan tetapi hendaklah jatuh ke tanah yang tidak menjadi pijakan orang
ramai, atau ke lubang yang digali pada tempat yang bersih, sehinggalah kesemua airnya
jatuh ke dalam lubang itu, kemudian barulah lubang itu ditutup, atau ke sungai yang airnya
akan bercampur dengan air mandian itu, lalu ia mengalir bersama.

12. Jangan menulis ayat pelindung yang dibawa masuk ke dalam tandas, kecuali ianya
dimasukkan dalam kulit atau perak atau di dalam selain keduanya. Dengan meletakkannya
begitu, maka ianya seperti berada di dalam dada.

13. Apabila ianya ditulis, kemudian (airnya) diminum, hendaklah membaca basmalah setiap
kali meneguknya dan hendaklah meluruskan niat, kerana Allah hanya akan memberi
mengikut kadar niatnya.

Beberapa Hukum Berkaitan Dengan Mushaf Bagi Orang Yang Tidak Berwudhu

Mengenai hukum orang yang berhadas dengan Mushaf telah disebutkan oleh ulama seperti
yang telah disebutkan sebelum ini. Di bawah ini disebutkan lagi sebahagian yang disebutkan
oleh Syeikh al-Malibari dan as-Sayyid al-Bakri.

(i) Tidak haram membawa Mushaf bersama barang lain sekiranya tujuan sebenarnya bukan
membawa Mushaf sahaja. Mengikut kitab at-Tuhfah, sekiranya maksudnya hanya:

a. Membawa Mushaf atau;
b. Membawa Mushaf bersama barang, atau;
c. Membawa secara mutlak,

maka ketiga-tiga cara ini adalah haram, dan yang tidak haram hanyalah satu cara, iaitu jika
niatnya hanya membawa barang.

Ulama lain ada yang berpendapat bahawa cara yang diharamkan itu hanya satu, iaitu
sekiranya niatnya membawa Mushaf sahaja. Adapun sekiranya niatnya membawa bersama-
samanya dengan barang atau membawa barang sahaja atau membawanya secara mutlak,
adalah tidak haram.

(ii) Haram menyentuh kertasnya, sama ada di tepi atau di tengah, sama ada masih
bersambung, sudah putus atau sudah hapus tulisannya.

(iii) Haram menyentuh sampulnya, sarungnya atau petinya, tetapi dengan syarat bahawa
sampul, sarung dan petinya itu disediakan khas hanya untuk Mushaf saja dan ketika itu
Mushaf memang ada di dalamnya. Jika tidak demikian, adalah harus membawanya.

Tersebut dalam at-Tuhfah: “Zahir pendapat ulama, adalah tidak ada perbezaan (hukum) di
antara sampul, sarung dan peti yang memang disediakan khas untuk Mushaf sahaja sama ada
ukurannya sama dengan Mushaf atau tidak, dan jika sekiranya pada kebiasaanya tempat itu
memang tidak disediakan untuk Mushaf.”

Berkata al-Halabi dalam Hawâsyi al-Manhaj: “Adalah haram menyentuh almari yang
disediakan untuk meletakkan Mushaf, walaupun almari itu dalam ukuran yang sangat besar.
Inilah pendapat al-‘Alqami dan ar‑Ramli.”

Dalam at-Tuhfah disebutkan juga bahawa yang sama kedudukannya dengan peti ini
termasuklah kerusi (rehal) yang diletakkan Mushaf di atasnya.
Dalam al-Bujairami disebutkan: “Yang muktamadnya, bahawa adalah haram menyentuh
semua kerusi (rehal) kecil itu, dan tidak haram menyentuh rehal besar, kecuali tempat
Mushaf.”

Adapun kulit Mushaf adalah haram menyentuhnya sekiranya masih bersambung dengannya.
Demikian pendapat Ibnu Hajar dan ar-Ramli. Pendapat lain mengatakan, sama ada
bersambung dengannya atau ianya sudah terpisah, adalah tetap haram menyentuhnya, tetapi
dengan syarat sekiranya kulitnya itu masih tetap dibangsakan kepada Mushaf. Pendapat lain
menyebutkan lagi bahawa sekiranya kulitnya diganti dengan yang baru, maka kulit lama itu
tetap juga haram disentuh dan sekiranya kertas Mushaf hilang atau terbakar, yang tinggal
hanya kulit, maka kulit itu tidak haram disentuh.

(iv) Tidak haram membalikkan kertas dengan menggunakan benda lain seperti kayu kerana
cara itu tidak disebutkan sebagai membawa.

(v) Tidak haram membawa Mushaf bersama tafsirnya, iaitu sekiranya tafsirnya lebih banyak.
Sekiranya sama banyaknya, atau tafsirnya sedikit atau diragukan mana yang lebih banyak,
maka tidak boleh menyentuhnya.

Yang menjadi panduan dalam ukuran banyak sedikitnya antara Mushaf dan tafsir ialah tulisan
‘Utsmani dalam Mushaf dan kaedah tulisan dalam tafsir. Jadi ketika membawanya yang
diambil kira ialah jumlah al-Qur’an dan tafsir, manakala dalam perkara menyentuh, yang
diambil kira ialah tempat di mana dia meletakkan tangannya, jika pada lembaran itu tafsir
lebih banyak, maka hukumnya boleh, tetapi jika ayat al-Qur’an lebih banyak, maka
hukumnya haram.

(vi) Guru atau penjaga, tidak mengapa membiarkan kanak-kanak mumayyiz, walaupun dia
berjunub membawa dan menyentuh Mushaf kerana keperluan mempelajarinya, seperti
membawanya ke sekolah dan membawanya ke tempat guru untuk mempelajarinya. Selain
Mushaf lengkap, termasuklah seperti papan dan buku tulis yang mengandungi ayat-ayat
al-Qur’an.

Dibenarkan perkara ini adalah kerana ia akan membebani kanak-kanak itu supaya terus
berwudhu, ini suatu perkara yang amat berat bagi mereka, kerana pada lazimnya masa
memperlajari al-Qur’an itu memakan masa yang lama.

Walaupun kanak-kanak berkenaan dibenarkan menyentuh dan membawa Mushaf, mengikut
fatwa Ibnu Hajar, adalah dimaafkan bagi guru kanak-kanak yang tidak berupaya terus
menerus dalam keadaan suci (berwudhu) untuk menyentuh papan tulis yang ada padanya
ayat-ayat al-Qur’an, kerana berwudhu itu mungkin susah dilakukan, akan tetapi hendaklah
dia bertayammum kerana tayammum itu lebih mudah.

(vii) Haram ke atas penjaga atau guru membiarkan kanak-kanak yang belum mumayyiz
dengan Mushaf, walaupun setengah ayat kerana ditakuti ianya akan tercemar. (Al‑Malibari,
Fath al-Mu’în: 10, dan as-Sayyid al‑Bakri: I‘ânah ath-Thâlibîn: 1/65-69)

Kita huraikan perkara: Cara menghormati dan memuliakan al-Qur’an dan hukum menyentuh
Mushaf, bagi orang berwudhu dan tidak berwudhu itu, supaya memberikan ingatan kepada
orang-orang Islam tentang kepentingan al-Qur’an itu sendiri, akan tetapi ini tidak kena
mengena dengan orang bukan Islam, bahkan kita tidak banyak mengharapkan orang bukan
Islam akan menghormati dan memuliakan al-Qur’an sebagaimana yang dikehendaki oleh
syara‘ lebih-lebih lagi di antara syarat-syarat wudhu itu hendaklah dia orang Islam, yakni
tidak sah wudhu orang kafir. Ini bererti jika orang bukan Islam, walaupun dia berwudhu,
namun wudhunya itu tidaklah sah.
Di samping itu antara perkara-perkara yang diharamkan ke atas orang haidh pula ialah, selain
menyentuh al-Qur’an ialah membacanya.

Mengajar Atau Memperdengarkan Bacaan Al-Qur’an Kepada Orang Bukan Islam

Persoalan yang ditimbulkan oleh ulama ialah mengenai orang bukan Islam sebelum membaca
dan menyentuh al-Qur’an. Adakah boleh diajar membaca atau didengarkan bacaan al‑Qur’an
kepada mereka?

Menurut al-Imam an-Nawawi dalam kitabnya at-Tibyân (halaman 137), bahawa tidaklah
ditegah orang kafir mendengar al-Qur’an berdasarkan firman Allah:




Tafsirnya: “Dan jika seseorang daripada kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu,
maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar kalâmullâh.”
(Surah at-Taubah: 6)

Ahli tafsir ada yang mentafsirkan ‘mendengar kalâmullâh’ itu, antaranya, ialah supaya orang
musyrikin mendengar keterangan-keterangan atau dalil kebenaran Islam. Ada pula yang
mentafsirkan kalâmullâh itu al-Qur’an dan membacakannya kepada orang musyrikin.

Adapun mengajar al-Qur’an kepada orang kafir, berkata ulama-ulama asy-Syafi‘e: “Jika
sekiranya tidak diharapkan dia masuk Islam, maka tidaklah harus diajarkan kepadanya. Akan
tetapi jika diharapkan dia masuk Islam menurut wajh yang lebih ashah, haruslah diajarkan
kepadanya. (At-Tibyân li an-Nawawi 137).

Ditanya kepada Ahmad bin Hanbal (mengenai mengajar al-Qur’an kepada kanak-kanak
Majusi):




Ertinya: “Apa pendapat tuan bagi seorang lelaki Muslim mengajar kanak-kanak Majusi
sesuatu daripada al-Qur’an?” Jawabnya: “Jika dia masuk Islam ‘ya”, jika tidak, maka makruh
meletakkan al-Qur’an bukan pada tempatnya.” (Al-Jâmi‘ li al-Khallal: 1/120-121)

Khatam Al-Qur’an
Mengenai khatam al-Qur’an yang biasanya diadakan di sekolah secara bermajlis beramai-
ramai, maka melihat kepada sambutan orang-orang bukan Islam terhadap Islam, khasnya
orang-orang Iban dan Dusun, iaitu dengan merujuk kepada pengalaman Negara Brunei
Darussalam, mereka itu ramai yang memeluk Islam. Berasaskan ini, harapan untuk orang
bukan Islam memeluk Islam di negara ini adalah sentiasa ada. Oleh hal yang demikian, jika
terdapat tanda-tanda adanya harapan bagi orang bukan Islam itu akan masuk Islam, seperti
kanak-kanak bukan Islam dan termasuk ibu bapa mereka sendiri suka anak-anak mereka itu
belajar al-Qur’an dan menghadiri majlis khatam al-Qur’an, maka harus kanak-kanak itu
menyertai majlis khatam al-Qur’an atau sebagai dakwah kepada mereka agar lebih terbuka
hati kepada Islam, tetapi dengan ingatan, mereka jangan (haram) menyentuh al-Qur’an
dalam keadaan apa jua sama ada kerana berhadas atau haidh, dan haram membacanya bagi
yang ada haidh atau yang berhadas besar. Untuk memudahkan membawanya dan membuka
lambaran-lambarannya bolehlah menggunakan al-Qur’an yang ada terjemahannya
(tafsirnya). Namun huruf-huruf al-Qur’an tidak boleh disentuh. (Sila lihat Fatwa Mufti Kerajaan
2002, halaman 14)

(2) Kanak-Kanak Bukan Islam Mengerjakan Sembahyang

Mendirikan sembahyang merupakan ibadat bagi orang-orang Islam dan salah satu daripada
rukun Islam. Sembahyang itu hanya diwajibkan ke atas setiap orang Islam, baligh, berakal
dan suci daripada hadas dan najis. Adapun bagi orang bukan Islam, sembahyang itu tidak
wajib ke atasnya.

Jika sembahyang itu dilakukan dengan tidak menurut syarat-syaratnya, maka tidaklah ia
menjadi ibadat yang sah di sisi Allah seperti sembahyang yang dilakukan oleh orang bukan
Islam. Tidak sah sembahyang berjemaah yang dilakukan oleh kanak-kanak yang bukan Islam
itu kerana tidak memenuhi syarat peribadatan tersebut dan sembahyang itu juga tidak
disyariatkan ke atas mereka.

Syarat Islam itu adalah syarat semua perkara ibadat. Oleh kerana itu kanak-kanak bukan
Islam tidak dituntut untuk mengerjakan sembahyang sama ada bersendirian atau berjemaah.

Walau bagaimanapun jika sekolah berhajat untuk mengajar kanak-kanak bukan Islam itu
bersembahyang, memadailah mereka itu duduk di surau melihat rakan-rakan yang beragama
Islam mengerjakan sembahyang. Bolehlah juga dilakukan seperti dengan menggunakan alat
pandang-dengar, cara-cara lakonan bersembahyang atau melalui video dan lain-lain dengan
menerangkan hikmat atau faedah-faedah sembahyang itu dengan penerangan atau
penjelasan yang munasabah sesuai dengan keupayaan berfikir kanak-kanak tersebut.
Pendeknya jadikan kanak-kanak bukan Islam yang belajar di sekolah-sekolah agama ini suatu
kesempatan untuk menerangkan kebaikan dan keindahan Islam secara terancang dan
berhikmah.




Back to top | Print this page

                                               © Copyright 2003-6
                                 Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri
                         Last Updated on1 January 2006. Read the Disclaimer Information

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Desain Materi Ajar Al-Qur'an Hadits Kelas 4 MI
Desain Materi Ajar Al-Qur'an Hadits Kelas 4 MIDesain Materi Ajar Al-Qur'an Hadits Kelas 4 MI
Desain Materi Ajar Al-Qur'an Hadits Kelas 4 MI
DwiTiara24
 
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Rabithah Ma'ahid Islamiyah Nahdlatul Ulama
 
3 akhlak kpd alquran
3 akhlak kpd alquran3 akhlak kpd alquran
3 akhlak kpd alquran
Agus Candra
 
Bertutur Santun dalam Islam
Bertutur Santun dalam IslamBertutur Santun dalam Islam
Bertutur Santun dalam Islam
yuniarkowahyu
 
MATERI AL-QUR'AN HADIST KELAS SATU
MATERI AL-QUR'AN HADIST KELAS SATUMATERI AL-QUR'AN HADIST KELAS SATU
MATERI AL-QUR'AN HADIST KELAS SATU
CINFIT
 
Copy of bab ii2
Copy of bab ii2Copy of bab ii2
Copy of bab ii2
andisalwa
 
Bagaimana menjadi ahlul qur'an
Bagaimana menjadi ahlul qur'anBagaimana menjadi ahlul qur'an
Bagaimana menjadi ahlul qur'an
Hastha Sunardi
 

Mais procurados (20)

Desain Materi Ajar Al-Qur'an Hadits Kelas 4 MI
Desain Materi Ajar Al-Qur'an Hadits Kelas 4 MIDesain Materi Ajar Al-Qur'an Hadits Kelas 4 MI
Desain Materi Ajar Al-Qur'an Hadits Kelas 4 MI
 
Asbabul wurud
Asbabul wurudAsbabul wurud
Asbabul wurud
 
Adab al-quran
Adab al-quranAdab al-quran
Adab al-quran
 
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
 
Adab Terhadap Al Qur'an
Adab Terhadap Al Qur'anAdab Terhadap Al Qur'an
Adab Terhadap Al Qur'an
 
Teknik menghafaz al quran
Teknik menghafaz al quranTeknik menghafaz al quran
Teknik menghafaz al quran
 
Alqur'an, Memahami Dan menghampiri
Alqur'an, Memahami Dan menghampiriAlqur'an, Memahami Dan menghampiri
Alqur'an, Memahami Dan menghampiri
 
Adab Membaca Al Quran
Adab Membaca Al QuranAdab Membaca Al Quran
Adab Membaca Al Quran
 
Adab membaca alquran
Adab membaca alquranAdab membaca alquran
Adab membaca alquran
 
3 akhlak kpd alquran
3 akhlak kpd alquran3 akhlak kpd alquran
3 akhlak kpd alquran
 
Bertutur Santun dalam Islam
Bertutur Santun dalam IslamBertutur Santun dalam Islam
Bertutur Santun dalam Islam
 
MATERI AL-QUR'AN HADIST KELAS SATU
MATERI AL-QUR'AN HADIST KELAS SATUMATERI AL-QUR'AN HADIST KELAS SATU
MATERI AL-QUR'AN HADIST KELAS SATU
 
Copy of bab ii2
Copy of bab ii2Copy of bab ii2
Copy of bab ii2
 
169102081 prilaku-jujur
169102081 prilaku-jujur169102081 prilaku-jujur
169102081 prilaku-jujur
 
Al quran dan ‘ulumul qur’an kosasih
Al quran dan ‘ulumul qur’an kosasihAl quran dan ‘ulumul qur’an kosasih
Al quran dan ‘ulumul qur’an kosasih
 
Etika komunikasi dan jamuan
Etika komunikasi dan jamuanEtika komunikasi dan jamuan
Etika komunikasi dan jamuan
 
Al qur’an hadist kelas 5 semester 1
Al qur’an hadist kelas 5 semester 1Al qur’an hadist kelas 5 semester 1
Al qur’an hadist kelas 5 semester 1
 
Adab membaca alqur’an
Adab membaca alqur’anAdab membaca alqur’an
Adab membaca alqur’an
 
Bagaimana menjadi ahlul qur'an
Bagaimana menjadi ahlul qur'anBagaimana menjadi ahlul qur'an
Bagaimana menjadi ahlul qur'an
 
Surah al alaq
Surah al alaqSurah al alaq
Surah al alaq
 

Destaque

32494199 1-alat-alat-ukur-dan-pengukuran
32494199 1-alat-alat-ukur-dan-pengukuran32494199 1-alat-alat-ukur-dan-pengukuran
32494199 1-alat-alat-ukur-dan-pengukuran
Daeng Makassar
 
Structure & Infrastructure Planning
Structure & Infrastructure PlanningStructure & Infrastructure Planning
Structure & Infrastructure Planning
Ir. Abdul Aziz Abas
 
Chapter 5(sewagetreatment)
Chapter 5(sewagetreatment)Chapter 5(sewagetreatment)
Chapter 5(sewagetreatment)
Inazarina Ady
 
18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan
18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan
18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan
amnik86
 
Bab 4 macam2 alat-ukur-penggunaanya
Bab 4 macam2 alat-ukur-penggunaanyaBab 4 macam2 alat-ukur-penggunaanya
Bab 4 macam2 alat-ukur-penggunaanya
Agus Subowo
 
L1 Planning for Earthwork Construction
L1 Planning for Earthwork ConstructionL1 Planning for Earthwork Construction
L1 Planning for Earthwork Construction
Don W. Lewis
 
Earthwork notes
Earthwork notesEarthwork notes
Earthwork notes
Adilen Del
 

Destaque (20)

Bab 7- alat-alat-ukur
Bab 7- alat-alat-ukurBab 7- alat-alat-ukur
Bab 7- alat-alat-ukur
 
32494199 1-alat-alat-ukur-dan-pengukuran
32494199 1-alat-alat-ukur-dan-pengukuran32494199 1-alat-alat-ukur-dan-pengukuran
32494199 1-alat-alat-ukur-dan-pengukuran
 
Kaedah menempatkan konkrit
Kaedah menempatkan konkritKaedah menempatkan konkrit
Kaedah menempatkan konkrit
 
Structure & Infrastructure Planning
Structure & Infrastructure PlanningStructure & Infrastructure Planning
Structure & Infrastructure Planning
 
Chapter 5(sewagetreatment)
Chapter 5(sewagetreatment)Chapter 5(sewagetreatment)
Chapter 5(sewagetreatment)
 
Sistem rawatan kumbahan sanitari
Sistem rawatan kumbahan   sanitariSistem rawatan kumbahan   sanitari
Sistem rawatan kumbahan sanitari
 
Ilmu Ukur Tanah Pertemuan 1
Ilmu Ukur Tanah Pertemuan 1Ilmu Ukur Tanah Pertemuan 1
Ilmu Ukur Tanah Pertemuan 1
 
18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan
18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan
18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan
 
Bab 4 macam2 alat-ukur-penggunaanya
Bab 4 macam2 alat-ukur-penggunaanyaBab 4 macam2 alat-ukur-penggunaanya
Bab 4 macam2 alat-ukur-penggunaanya
 
Sistem rawatan kumbahan
Sistem rawatan kumbahanSistem rawatan kumbahan
Sistem rawatan kumbahan
 
L1 Planning for Earthwork Construction
L1 Planning for Earthwork ConstructionL1 Planning for Earthwork Construction
L1 Planning for Earthwork Construction
 
Cerucukjkr
CerucukjkrCerucukjkr
Cerucukjkr
 
Earthwork notes
Earthwork notesEarthwork notes
Earthwork notes
 
Ilmu Ukur Tanah by Yuli Kusumawati
Ilmu Ukur Tanah by Yuli KusumawatiIlmu Ukur Tanah by Yuli Kusumawati
Ilmu Ukur Tanah by Yuli Kusumawati
 
Change Management For Building Information Modelling (BIM)
Change Management For Building Information Modelling (BIM)Change Management For Building Information Modelling (BIM)
Change Management For Building Information Modelling (BIM)
 
Standard Operating Procedure (SOP) proposal for flood preparedness in shah al...
Standard Operating Procedure (SOP) proposal for flood preparedness in shah al...Standard Operating Procedure (SOP) proposal for flood preparedness in shah al...
Standard Operating Procedure (SOP) proposal for flood preparedness in shah al...
 
Earthwork
EarthworkEarthwork
Earthwork
 
Struktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunanStruktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunan
 
Merancang tanda tapak, asas bangunan dan binaan
Merancang tanda tapak, asas bangunan dan binaanMerancang tanda tapak, asas bangunan dan binaan
Merancang tanda tapak, asas bangunan dan binaan
 
Sistem bekalan air
Sistem bekalan air Sistem bekalan air
Sistem bekalan air
 

Semelhante a Adap Alquran

Lingkungan dan Masyarakat Perspektif Hadist. INAIFAS 2022.pptx
Lingkungan dan Masyarakat Perspektif Hadist. INAIFAS 2022.pptxLingkungan dan Masyarakat Perspektif Hadist. INAIFAS 2022.pptx
Lingkungan dan Masyarakat Perspektif Hadist. INAIFAS 2022.pptx
UlilMansur
 
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimatHukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Mohamad_Nizam_Zafael
 
Sebab Umat Islam Abaikan Bacaan al-Quran Sebagai Rutin Harian
Sebab Umat Islam Abaikan Bacaan al-Quran Sebagai Rutin HarianSebab Umat Islam Abaikan Bacaan al-Quran Sebagai Rutin Harian
Sebab Umat Islam Abaikan Bacaan al-Quran Sebagai Rutin Harian
Saffawati Kadir
 
Ajaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnyaAjaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnya
Faizah Yahya
 

Semelhante a Adap Alquran (20)

PRESENTASI DASAR PENDIDIKAN (SEMESTER 3)
PRESENTASI DASAR PENDIDIKAN (SEMESTER 3)PRESENTASI DASAR PENDIDIKAN (SEMESTER 3)
PRESENTASI DASAR PENDIDIKAN (SEMESTER 3)
 
Lingkungan dan Masyarakat Perspektif Hadist. INAIFAS 2022.pptx
Lingkungan dan Masyarakat Perspektif Hadist. INAIFAS 2022.pptxLingkungan dan Masyarakat Perspektif Hadist. INAIFAS 2022.pptx
Lingkungan dan Masyarakat Perspektif Hadist. INAIFAS 2022.pptx
 
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docx
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docxStudi Pendidikan Al-Qur'an.docx
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docx
 
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdfStudi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
 
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu 02
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu 02Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu 02
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu 02
 
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu 02
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu 02Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu 02
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu 02
 
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmuHadits nabi saw tentang menuntut ilmu
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu
 
I'jaz tarbawi
I'jaz tarbawiI'jaz tarbawi
I'jaz tarbawi
 
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 1
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 1Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 1
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 1
 
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimatHukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
menuntu ilmu
menuntu ilmumenuntu ilmu
menuntu ilmu
 
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptxEtika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
 
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdf
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdfMAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdf
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdf
 
Sebab Umat Islam Abaikan Bacaan al-Quran Sebagai Rutin Harian
Sebab Umat Islam Abaikan Bacaan al-Quran Sebagai Rutin HarianSebab Umat Islam Abaikan Bacaan al-Quran Sebagai Rutin Harian
Sebab Umat Islam Abaikan Bacaan al-Quran Sebagai Rutin Harian
 
Makalah tasawuf
Makalah tasawufMakalah tasawuf
Makalah tasawuf
 
Manusia di luar bumi menurut Al Quran
Manusia di luar bumi menurut Al QuranManusia di luar bumi menurut Al Quran
Manusia di luar bumi menurut Al Quran
 
Ajaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnyaAjaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnya
 
Ta'lim mutaalim bab 3.pdf
Ta'lim mutaalim bab 3.pdfTa'lim mutaalim bab 3.pdf
Ta'lim mutaalim bab 3.pdf
 
Keawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmuKeawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmu
 

Mais de Ir. Abdul Aziz Abas (6)

Complexity of Project And Impacts on Preliminaries of Construction Project At...
Complexity of Project And Impacts on Preliminaries of Construction Project At...Complexity of Project And Impacts on Preliminaries of Construction Project At...
Complexity of Project And Impacts on Preliminaries of Construction Project At...
 
Building maintenance
Building maintenanceBuilding maintenance
Building maintenance
 
Water Supply - Design Approach And Methodologies
Water  Supply - Design Approach And MethodologiesWater  Supply - Design Approach And Methodologies
Water Supply - Design Approach And Methodologies
 
Earth Comp
Earth CompEarth Comp
Earth Comp
 
Doa Awal Kerja
Doa  Awal  KerjaDoa  Awal  Kerja
Doa Awal Kerja
 
Code Of Hammurabi
Code Of  HammurabiCode Of  Hammurabi
Code Of Hammurabi
 

Adap Alquran

  • 1. TERBITAN JABATAN MUFTI KERAJAAN • NEGARA BRUNEI DARUSSALAM • Jamadilakhir- Sya'ban 1426 July - September 2005 Bilangan 3 Bolehkah Kanak-Kanak Bukan Islam Belajar Al-Qur’an Dan Sembahyang? Gambar Kiri: Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam. Soalan: Ada beberapa perkara yang menimbulkan keraguan di kalangan guru-guru dalam ‑ memberikan pelajaran kepada kanak-kanak bukan Islam yang belajar al‑ Qur’an dan sembahyang khususnya kepada murid yang berada di dalam darjah 3 ke atas, seperti: 1. Pembelajaran al-Qur’an: i. Menyentuh. ii. Mengangkat. iii. Membaca. iv. Khatam. 2. Sembahyang fardhu berjemaah di surau. Sehubungan dengan itu besarlah harapan pihak sekolah bagi mendapatkan fatwa Mufti Kerajaan berkaitan dengan perkara di atas.
  • 2. Jawapan: (1) Kanak-Kanak Bukan Islam Belajar Al-Qur’an Cara Menghormati Dan Memuliakan Al-Qur’an Sesungguhnya al-Qur’an itu kalâmullâh, ia wajib dihormati dan dimuliakan serta tidak terdedah kepada sebarang perkara yang boleh mendatangkan kehinaan. Menghina al-Qur’an bukan hanya berdosa bahkan menjadikan seseorang Islam itu kafir, misalnya seorang Islam mencampakkan al-Qur’an ke tempat yang kotor. Antara cara menghormati al-Qur’an itu tidak boleh (bahkan haram) menyentuh, memegang atau membawanya melainkan dalam keadaan suci yakni berwudhu. Haram menyentuh al-Qur’an tanpa wudhu berdasarkan dalil al-Qur’an: Tafsirnya: “Tidak boleh menyentuhnya (al-Qur’an) kecuali orang-orang yang suci.” (Surah al-Wâqi‘ah: 79) Sementara dalil daripada hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pula ialah: Maksudnya: “Tidak boleh menyentuh al-Qur’an kecuali orang yang suci.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) Ketika hendak membaca al-Qur’an adalah sangat elok terlebih dahulu membersihkan mulut dan menghias diri. Al-Qur’an yang wajib disentuh dengan berwudhu itu ialah sama ada Mushaf yang lengkap sepenuhnya atau hanya beberapa ayat yang ditulis di atas kertas, papan, besi, kain dan sebagainya. Oleh kerana cara menghormati al-Qur’an atau Mushaf itu sangat penting diketahui, maka elok sangat kita perturunkan beberapa perkara yang menyentuh tentang cara menghormati dan memuliakan al-Qur’an (Mushaf) itu. Ini kerana kalau orang Islam tidak faham atau kurang faham cara menghormati dan memuliakan al-Qur’an, bagaimanakah mungkin orang bukan Islam dapat berbuat demikian? Berikut ini dicatatkan sebahagian daripada cara menghormati
  • 3. dan memuliakan al-Qur’an itu: 1. Tidak diletakkan Mushaf pada tempat yang mudah terdedah kepada pencemaran, seperti terkena najis, kotoran, atau jika ditiup angin ia akan berselerak, bertaburan dan sebagainya. 2. Tidak diletakkan sesuatu di atas Mushaf, sama ada buku atau yang lainnya. Mushaf mestilah berada di tempat yang lebih terhormat dan di atas segala buku. 3. Ketika membaca Mushaf, ia dipangku atau diletakkan di atas sesuatu di hadapan dan tidak meletakkannya secara langsung di atas lantai. 4. Jika dituliskan ia pada sesuatu, jangan dihapus dengan memakai air liur, tetapi boleh memakai air bersih. Apabila dihapus dengan memakai air, hendaklah bekas larutan basuhannya itu tidak jatuh ke tempat yang bernajis, atau tempat yang selalu dipijak-pijak, kerana larutan basuhan itu juga perlu dihormati. 5. Setiap hari elok memandang Mushaf, paling sedikit sekali setiap hari. Abu Musa al-Asy‘ari berkata: “Aku merasa malu jika tidak memandang Kitab Tuhanku sekali dalam setiap hari….” Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, katanya: “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Kamu berikanlah bahagian ibadat untuk mata kamu.” Lalu sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah apa dia bahagian ibadat mata?” Baginda menjawab: “(Bahagian ibadat mata) ialah memandang Mushaf, memikirkan kandungannya dan mengambil i‘tibâr daripada keajaiban-keajaibannya.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) 6. Mencantikkan tulisan Mushaf. 7. Jangan menjadikan Mushaf sebagai bantal dan tempat bersandar, dan jangan melemparkannya kepada kawan apabila kawan itu hendak mengambilnya. 8. Jangan dikecilkan ukuran Mushaf. Diriwayatkan bahawa Ali Radhiallahu ‘anhu pernah berkata: “Jangan engkau mengecilkan Mushaf.” 9. Jangan mencampur-adukkannya dengan benda-benda lain yang bukan daripada Mushaf. 10. Jangan dihiasi dengan emas dan jangan ditulis dengan emas supaya tidak bercampur dengan perhiasan dunia.
  • 4. 11. Apabila tulisannya dijadikan bahan mandian kerana berubat daripada penyakit yang sedang dideritai, ianya janganlah jatuh ke lantai kotor atau tempat yang bernajis, atau tempat pijak-pijakan, akan tetapi hendaklah jatuh ke tanah yang tidak menjadi pijakan orang ramai, atau ke lubang yang digali pada tempat yang bersih, sehinggalah kesemua airnya jatuh ke dalam lubang itu, kemudian barulah lubang itu ditutup, atau ke sungai yang airnya akan bercampur dengan air mandian itu, lalu ia mengalir bersama. 12. Jangan menulis ayat pelindung yang dibawa masuk ke dalam tandas, kecuali ianya dimasukkan dalam kulit atau perak atau di dalam selain keduanya. Dengan meletakkannya begitu, maka ianya seperti berada di dalam dada. 13. Apabila ianya ditulis, kemudian (airnya) diminum, hendaklah membaca basmalah setiap kali meneguknya dan hendaklah meluruskan niat, kerana Allah hanya akan memberi mengikut kadar niatnya. Beberapa Hukum Berkaitan Dengan Mushaf Bagi Orang Yang Tidak Berwudhu Mengenai hukum orang yang berhadas dengan Mushaf telah disebutkan oleh ulama seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Di bawah ini disebutkan lagi sebahagian yang disebutkan oleh Syeikh al-Malibari dan as-Sayyid al-Bakri. (i) Tidak haram membawa Mushaf bersama barang lain sekiranya tujuan sebenarnya bukan membawa Mushaf sahaja. Mengikut kitab at-Tuhfah, sekiranya maksudnya hanya: a. Membawa Mushaf atau; b. Membawa Mushaf bersama barang, atau; c. Membawa secara mutlak, maka ketiga-tiga cara ini adalah haram, dan yang tidak haram hanyalah satu cara, iaitu jika niatnya hanya membawa barang. Ulama lain ada yang berpendapat bahawa cara yang diharamkan itu hanya satu, iaitu sekiranya niatnya membawa Mushaf sahaja. Adapun sekiranya niatnya membawa bersama- samanya dengan barang atau membawa barang sahaja atau membawanya secara mutlak, adalah tidak haram. (ii) Haram menyentuh kertasnya, sama ada di tepi atau di tengah, sama ada masih bersambung, sudah putus atau sudah hapus tulisannya. (iii) Haram menyentuh sampulnya, sarungnya atau petinya, tetapi dengan syarat bahawa sampul, sarung dan petinya itu disediakan khas hanya untuk Mushaf saja dan ketika itu Mushaf memang ada di dalamnya. Jika tidak demikian, adalah harus membawanya. Tersebut dalam at-Tuhfah: “Zahir pendapat ulama, adalah tidak ada perbezaan (hukum) di antara sampul, sarung dan peti yang memang disediakan khas untuk Mushaf sahaja sama ada ukurannya sama dengan Mushaf atau tidak, dan jika sekiranya pada kebiasaanya tempat itu memang tidak disediakan untuk Mushaf.” Berkata al-Halabi dalam Hawâsyi al-Manhaj: “Adalah haram menyentuh almari yang disediakan untuk meletakkan Mushaf, walaupun almari itu dalam ukuran yang sangat besar. Inilah pendapat al-‘Alqami dan ar‑Ramli.” Dalam at-Tuhfah disebutkan juga bahawa yang sama kedudukannya dengan peti ini termasuklah kerusi (rehal) yang diletakkan Mushaf di atasnya.
  • 5. Dalam al-Bujairami disebutkan: “Yang muktamadnya, bahawa adalah haram menyentuh semua kerusi (rehal) kecil itu, dan tidak haram menyentuh rehal besar, kecuali tempat Mushaf.” Adapun kulit Mushaf adalah haram menyentuhnya sekiranya masih bersambung dengannya. Demikian pendapat Ibnu Hajar dan ar-Ramli. Pendapat lain mengatakan, sama ada bersambung dengannya atau ianya sudah terpisah, adalah tetap haram menyentuhnya, tetapi dengan syarat sekiranya kulitnya itu masih tetap dibangsakan kepada Mushaf. Pendapat lain menyebutkan lagi bahawa sekiranya kulitnya diganti dengan yang baru, maka kulit lama itu tetap juga haram disentuh dan sekiranya kertas Mushaf hilang atau terbakar, yang tinggal hanya kulit, maka kulit itu tidak haram disentuh. (iv) Tidak haram membalikkan kertas dengan menggunakan benda lain seperti kayu kerana cara itu tidak disebutkan sebagai membawa. (v) Tidak haram membawa Mushaf bersama tafsirnya, iaitu sekiranya tafsirnya lebih banyak. Sekiranya sama banyaknya, atau tafsirnya sedikit atau diragukan mana yang lebih banyak, maka tidak boleh menyentuhnya. Yang menjadi panduan dalam ukuran banyak sedikitnya antara Mushaf dan tafsir ialah tulisan ‘Utsmani dalam Mushaf dan kaedah tulisan dalam tafsir. Jadi ketika membawanya yang diambil kira ialah jumlah al-Qur’an dan tafsir, manakala dalam perkara menyentuh, yang diambil kira ialah tempat di mana dia meletakkan tangannya, jika pada lembaran itu tafsir lebih banyak, maka hukumnya boleh, tetapi jika ayat al-Qur’an lebih banyak, maka hukumnya haram. (vi) Guru atau penjaga, tidak mengapa membiarkan kanak-kanak mumayyiz, walaupun dia berjunub membawa dan menyentuh Mushaf kerana keperluan mempelajarinya, seperti membawanya ke sekolah dan membawanya ke tempat guru untuk mempelajarinya. Selain Mushaf lengkap, termasuklah seperti papan dan buku tulis yang mengandungi ayat-ayat al-Qur’an. Dibenarkan perkara ini adalah kerana ia akan membebani kanak-kanak itu supaya terus berwudhu, ini suatu perkara yang amat berat bagi mereka, kerana pada lazimnya masa memperlajari al-Qur’an itu memakan masa yang lama. Walaupun kanak-kanak berkenaan dibenarkan menyentuh dan membawa Mushaf, mengikut fatwa Ibnu Hajar, adalah dimaafkan bagi guru kanak-kanak yang tidak berupaya terus menerus dalam keadaan suci (berwudhu) untuk menyentuh papan tulis yang ada padanya ayat-ayat al-Qur’an, kerana berwudhu itu mungkin susah dilakukan, akan tetapi hendaklah dia bertayammum kerana tayammum itu lebih mudah. (vii) Haram ke atas penjaga atau guru membiarkan kanak-kanak yang belum mumayyiz dengan Mushaf, walaupun setengah ayat kerana ditakuti ianya akan tercemar. (Al‑Malibari, Fath al-Mu’în: 10, dan as-Sayyid al‑Bakri: I‘ânah ath-Thâlibîn: 1/65-69) Kita huraikan perkara: Cara menghormati dan memuliakan al-Qur’an dan hukum menyentuh Mushaf, bagi orang berwudhu dan tidak berwudhu itu, supaya memberikan ingatan kepada orang-orang Islam tentang kepentingan al-Qur’an itu sendiri, akan tetapi ini tidak kena mengena dengan orang bukan Islam, bahkan kita tidak banyak mengharapkan orang bukan Islam akan menghormati dan memuliakan al-Qur’an sebagaimana yang dikehendaki oleh syara‘ lebih-lebih lagi di antara syarat-syarat wudhu itu hendaklah dia orang Islam, yakni tidak sah wudhu orang kafir. Ini bererti jika orang bukan Islam, walaupun dia berwudhu, namun wudhunya itu tidaklah sah.
  • 6. Di samping itu antara perkara-perkara yang diharamkan ke atas orang haidh pula ialah, selain menyentuh al-Qur’an ialah membacanya. Mengajar Atau Memperdengarkan Bacaan Al-Qur’an Kepada Orang Bukan Islam Persoalan yang ditimbulkan oleh ulama ialah mengenai orang bukan Islam sebelum membaca dan menyentuh al-Qur’an. Adakah boleh diajar membaca atau didengarkan bacaan al‑Qur’an kepada mereka? Menurut al-Imam an-Nawawi dalam kitabnya at-Tibyân (halaman 137), bahawa tidaklah ditegah orang kafir mendengar al-Qur’an berdasarkan firman Allah: Tafsirnya: “Dan jika seseorang daripada kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar kalâmullâh.” (Surah at-Taubah: 6) Ahli tafsir ada yang mentafsirkan ‘mendengar kalâmullâh’ itu, antaranya, ialah supaya orang musyrikin mendengar keterangan-keterangan atau dalil kebenaran Islam. Ada pula yang mentafsirkan kalâmullâh itu al-Qur’an dan membacakannya kepada orang musyrikin. Adapun mengajar al-Qur’an kepada orang kafir, berkata ulama-ulama asy-Syafi‘e: “Jika sekiranya tidak diharapkan dia masuk Islam, maka tidaklah harus diajarkan kepadanya. Akan tetapi jika diharapkan dia masuk Islam menurut wajh yang lebih ashah, haruslah diajarkan kepadanya. (At-Tibyân li an-Nawawi 137). Ditanya kepada Ahmad bin Hanbal (mengenai mengajar al-Qur’an kepada kanak-kanak Majusi): Ertinya: “Apa pendapat tuan bagi seorang lelaki Muslim mengajar kanak-kanak Majusi sesuatu daripada al-Qur’an?” Jawabnya: “Jika dia masuk Islam ‘ya”, jika tidak, maka makruh meletakkan al-Qur’an bukan pada tempatnya.” (Al-Jâmi‘ li al-Khallal: 1/120-121) Khatam Al-Qur’an
  • 7. Mengenai khatam al-Qur’an yang biasanya diadakan di sekolah secara bermajlis beramai- ramai, maka melihat kepada sambutan orang-orang bukan Islam terhadap Islam, khasnya orang-orang Iban dan Dusun, iaitu dengan merujuk kepada pengalaman Negara Brunei Darussalam, mereka itu ramai yang memeluk Islam. Berasaskan ini, harapan untuk orang bukan Islam memeluk Islam di negara ini adalah sentiasa ada. Oleh hal yang demikian, jika terdapat tanda-tanda adanya harapan bagi orang bukan Islam itu akan masuk Islam, seperti kanak-kanak bukan Islam dan termasuk ibu bapa mereka sendiri suka anak-anak mereka itu belajar al-Qur’an dan menghadiri majlis khatam al-Qur’an, maka harus kanak-kanak itu menyertai majlis khatam al-Qur’an atau sebagai dakwah kepada mereka agar lebih terbuka hati kepada Islam, tetapi dengan ingatan, mereka jangan (haram) menyentuh al-Qur’an dalam keadaan apa jua sama ada kerana berhadas atau haidh, dan haram membacanya bagi yang ada haidh atau yang berhadas besar. Untuk memudahkan membawanya dan membuka lambaran-lambarannya bolehlah menggunakan al-Qur’an yang ada terjemahannya (tafsirnya). Namun huruf-huruf al-Qur’an tidak boleh disentuh. (Sila lihat Fatwa Mufti Kerajaan 2002, halaman 14) (2) Kanak-Kanak Bukan Islam Mengerjakan Sembahyang Mendirikan sembahyang merupakan ibadat bagi orang-orang Islam dan salah satu daripada rukun Islam. Sembahyang itu hanya diwajibkan ke atas setiap orang Islam, baligh, berakal dan suci daripada hadas dan najis. Adapun bagi orang bukan Islam, sembahyang itu tidak wajib ke atasnya. Jika sembahyang itu dilakukan dengan tidak menurut syarat-syaratnya, maka tidaklah ia menjadi ibadat yang sah di sisi Allah seperti sembahyang yang dilakukan oleh orang bukan Islam. Tidak sah sembahyang berjemaah yang dilakukan oleh kanak-kanak yang bukan Islam itu kerana tidak memenuhi syarat peribadatan tersebut dan sembahyang itu juga tidak disyariatkan ke atas mereka. Syarat Islam itu adalah syarat semua perkara ibadat. Oleh kerana itu kanak-kanak bukan Islam tidak dituntut untuk mengerjakan sembahyang sama ada bersendirian atau berjemaah. Walau bagaimanapun jika sekolah berhajat untuk mengajar kanak-kanak bukan Islam itu bersembahyang, memadailah mereka itu duduk di surau melihat rakan-rakan yang beragama Islam mengerjakan sembahyang. Bolehlah juga dilakukan seperti dengan menggunakan alat pandang-dengar, cara-cara lakonan bersembahyang atau melalui video dan lain-lain dengan menerangkan hikmat atau faedah-faedah sembahyang itu dengan penerangan atau penjelasan yang munasabah sesuai dengan keupayaan berfikir kanak-kanak tersebut. Pendeknya jadikan kanak-kanak bukan Islam yang belajar di sekolah-sekolah agama ini suatu kesempatan untuk menerangkan kebaikan dan keindahan Islam secara terancang dan berhikmah. Back to top | Print this page © Copyright 2003-6 Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri Last Updated on1 January 2006. Read the Disclaimer Information