SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 9
Prosa Tradisional
                                  (Hikayat Indera Nata)


Sinopsis

           Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian
lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya
tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera
Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang.
Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera
Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah
Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka.

           Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit
yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat
sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan
dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya
mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata
dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang
puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh
sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma
bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu
Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.

            Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan
puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka
cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas.
Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak
dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi
berburu . Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik
gajah bergading emas.

             Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari
kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai
tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk
emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada
masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah
bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.

             Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan
memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading
emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera
mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera
Nata di atas gajah.    Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila
mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara
Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan
naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga
tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik
Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik
raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.

            Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh
malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat
gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku
dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka
semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.




Tema

Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran

Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja
Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang
buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri
daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa.
Persoalan

1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja
    Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada
     dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan.
    Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri.
    Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan.


2.   Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
    Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada
     mengembara.
    Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika
     menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.


3. Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri
    Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah
     bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia
     bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas segera.
    Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah sekali lagi dengan menyuruh raksasa lelaki
     mencari kijang putih bertanduk emas dan raksasa perempuan mencuci kain hitam menjadi
     putih sebagai tanda sayang kepada mereka. Sebenarnya dia bertujuan untuk melarikan diri
     bersama Indera Nata dan puteri-puteri yang lain semasa ketiadaan raksasa.


4. Persoalan tolong-menolong sesama manusia
 Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di
   hutan.
 Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan raksasa.
Watak dan Perwatakan


Watak Utama

Indera Nata
 Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati
 Digelar Si Piatu
 Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat
    bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.
   Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh
    bercakap dengan binatang.
   Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas
   Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa.



Watak Sampingan

Tuan Puteri Cendera Kesuma

   Anak Raja Mesir
   Memiliki rupa paras yang cantik
   Menjadi tawanan raksasa .
   Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan
    berpantun.
   Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan
    diri daripada raksasa


Raksasa suami isteri

   Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi.
   Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan.
   Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut
   Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk
    mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom
   Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma
Indera Jenaka

    Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar
    Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan
     dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya.
    Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si
     Piatu iaitu Indera Nata.

Latar

Latar Tempat

i.   Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)
    Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata


ii. Negeri Pattani
    Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata
     boleh bercakap dengan haiwan.


iii. Sebuah bukit yang tinggi
    Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-
     sama tujuh orang puteri yang ditawan.


iv. Sebuah peti emas
    Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa
     balik ke mahligai.


v. Tepi Laut / Pantai
    Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.

 Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati)

    Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.
    Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ.
Latar Masa

   Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.
   Waktu petang – raksasa tidur.
   Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.
   Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh
    puteri.
   Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.



Latar Masyarakat

   Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan
    Puteri Cendera Kesuma
   Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya
    dimakan oleh raksasa
   Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara
    mencari gajah bergading emas
   Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan
    bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta
    bantuan Betara Gangga.
   Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit.
   Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga

Gaya Bahasa

   Bahasa Klasik – sebermula, hatta
   Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda .
   Simile – maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala binatang itu
    adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga.
   Puisi – pantun contoh:
    Ikan pari bertelur beribu
        Bertelur sejengkal juga;
    Hujan arah ke langit biru,
        Tawakalku dapat juga.
   Bahasa Arab – Allah
   Hiperbola – gajah bergadingkan emas , kijang putih bertandukkan emas , parasnya gilang-
    gemilang, cahayanya kilau-kilauan.

Nilai

   Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.
   Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan
    tujuh puteri.
   Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.
   Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan
    raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah
    bergading emas bagi membantu Indera Nata.

Pengajaran

   Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
   Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.
   Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.
   Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.
   Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.
Latihan

1. Nyatakan empat latar masyarakat yang terdapat dalam prosa tradisional Hikayat Indera
   Nata.
2. Jelaskan 3 watak sampingan dan perwatakannya dalam prosa tradisonal Hikayat Indera
   Nata.


Jawapan:
1. Latar Masyarakat
      Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan
       Puteri Cendera Kesuma
      Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya
       dimakan oleh raksasa
      Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom
       mengembara mencari gajah bergading emas
      Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan
       bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta
       bantuan Betara Gangga.


1. Watak Sampingan

   Tuan Puteri Cendera Kesuma

         Anak Raja Mesir
         Memiliki rupa paras yang cantik
         Menjadi tawanan raksasa bersama enam puteri yang lain untuk dimakan oleh raksasa
          apaabila mereka besar
         Petah berkata-kata
         Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk
          menyelamatkan diri daripada raksasa
         Menetap di rumah Tuan Puteri Cenderawati bonda Indera Nata selepas bebas daripada
          tawanan raksasa
Raksasa suami isteri

   Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi bersama tujuh orang puteri yang
    ditawan.
   Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut
   Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk
    mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom
   Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma

Indera Jenaka

   Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar
   Pernah bersama-sama Indera Nata dan diselamatkan oleh Indera Nata daripada serangan
    binatang buas di dalam hutan
   Menghargai jasa Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera Nata
    kepada kedua-dua ibu bapanya.
   Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

KEPIMPINAN M TELADAN Sinopsis
KEPIMPINAN M TELADAN SinopsisKEPIMPINAN M TELADAN Sinopsis
KEPIMPINAN M TELADAN SinopsisShamsul Ponijan
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaAzwira Ariwana
 
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892permysurylyeenda
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanHana Roxstar
 
Legenda aceh batu mustika bertuah
Legenda aceh   batu mustika bertuahLegenda aceh   batu mustika bertuah
Legenda aceh batu mustika bertuahChia Ie
 
Antologi kasut kelopak jantung prosa tradisional
Antologi kasut kelopak jantung prosa tradisionalAntologi kasut kelopak jantung prosa tradisional
Antologi kasut kelopak jantung prosa tradisionalsjj_jamilah
 
bahasa indonesia - hikayat
 bahasa indonesia - hikayat bahasa indonesia - hikayat
bahasa indonesia - hikayatSalVani SalVani
 
UNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIA
UNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIAUNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIA
UNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIAamrinarosada7x
 

Mais procurados (20)

KEPIMPINAN M TELADAN Sinopsis
KEPIMPINAN M TELADAN SinopsisKEPIMPINAN M TELADAN Sinopsis
KEPIMPINAN M TELADAN Sinopsis
 
Ceramah komsas 2016
Ceramah komsas 2016Ceramah komsas 2016
Ceramah komsas 2016
 
Naskah 2
Naskah 2Naskah 2
Naskah 2
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang Buana
 
Syair Misa Gumitar
Syair Misa GumitarSyair Misa Gumitar
Syair Misa Gumitar
 
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladan
 
Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)
 
Prosa Tradisi Kepimpinan Melalui Teladan
Prosa Tradisi Kepimpinan Melalui TeladanProsa Tradisi Kepimpinan Melalui Teladan
Prosa Tradisi Kepimpinan Melalui Teladan
 
wayang golek
wayang golekwayang golek
wayang golek
 
Syair bidasari
Syair bidasariSyair bidasari
Syair bidasari
 
Legenda aceh batu mustika bertuah
Legenda aceh   batu mustika bertuahLegenda aceh   batu mustika bertuah
Legenda aceh batu mustika bertuah
 
Antologi kasut kelopak jantung prosa tradisional
Antologi kasut kelopak jantung prosa tradisionalAntologi kasut kelopak jantung prosa tradisional
Antologi kasut kelopak jantung prosa tradisional
 
Prosa klasik merah silu
Prosa klasik  merah siluProsa klasik  merah silu
Prosa klasik merah silu
 
bahasa indonesia - hikayat
 bahasa indonesia - hikayat bahasa indonesia - hikayat
bahasa indonesia - hikayat
 
Adit
AditAdit
Adit
 
Merah silu
Merah siluMerah silu
Merah silu
 
Hikayat raja
Hikayat rajaHikayat raja
Hikayat raja
 
UNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIA
UNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIAUNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIA
UNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIA
 
Hikayat Raja Pasai
Hikayat Raja PasaiHikayat Raja Pasai
Hikayat Raja Pasai
 

Semelhante a Hikayat Indera Nata

DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS Idrus Aizat
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Zalina Razali
 
Ahmad hizqil tugasan
Ahmad hizqil   tugasanAhmad hizqil   tugasan
Ahmad hizqil tugasanDAINURI Net
 
Prosa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPM
Prosa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPMProsa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPM
Prosa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPMhanif_azraei
 
Cerita Rakyat Nusantara.pptx
Cerita Rakyat Nusantara.pptxCerita Rakyat Nusantara.pptx
Cerita Rakyat Nusantara.pptxlinkgoods
 
Cerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docxCerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docxsitizhakiyah1
 
Cerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong MasCerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong Masnadiamunasalma
 
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.jimoh370
 
bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihanabidin1961
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaopen_kraken98
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdfLIMXINGHOOIMoe
 
Sastera panji
Sastera panjiSastera panji
Sastera panjilauchen32
 
Contoh Macam-macam Teks Kelas IX
Contoh Macam-macam Teks Kelas IX Contoh Macam-macam Teks Kelas IX
Contoh Macam-macam Teks Kelas IX Felix net
 
Legenda aceh asal usul tari guel
Legenda aceh   asal usul tari guelLegenda aceh   asal usul tari guel
Legenda aceh asal usul tari guelChia Ie
 

Semelhante a Hikayat Indera Nata (20)

Hikayat Inderaputera
Hikayat InderaputeraHikayat Inderaputera
Hikayat Inderaputera
 
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)
 
Hikayat si miski1
Hikayat si miski1Hikayat si miski1
Hikayat si miski1
 
Ahmad hizqil tugasan
Ahmad hizqil   tugasanAhmad hizqil   tugasan
Ahmad hizqil tugasan
 
Prosa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPM
Prosa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPMProsa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPM
Prosa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPM
 
Cerita Rakyat Nusantara.pptx
Cerita Rakyat Nusantara.pptxCerita Rakyat Nusantara.pptx
Cerita Rakyat Nusantara.pptx
 
Cerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docxCerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docx
 
Hikayat langlang buana
Hikayat langlang buanaHikayat langlang buana
Hikayat langlang buana
 
Cerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong MasCerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong Mas
 
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
 
Iis sholikhati ( keong emas)
Iis sholikhati ( keong emas)Iis sholikhati ( keong emas)
Iis sholikhati ( keong emas)
 
bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihan
 
Drama7orang
Drama7orangDrama7orang
Drama7orang
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwa
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
 
Sastera panji
Sastera panjiSastera panji
Sastera panji
 
Contoh Macam-macam Teks Kelas IX
Contoh Macam-macam Teks Kelas IX Contoh Macam-macam Teks Kelas IX
Contoh Macam-macam Teks Kelas IX
 
Myth legend
Myth legendMyth legend
Myth legend
 
Legenda aceh asal usul tari guel
Legenda aceh   asal usul tari guelLegenda aceh   asal usul tari guel
Legenda aceh asal usul tari guel
 

Mais de Azwira Ariwana

Mais de Azwira Ariwana (20)

Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1
 
Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
 
Sajak Bangkitlah
Sajak BangkitlahSajak Bangkitlah
Sajak Bangkitlah
 
Sajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek KotaSajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek Kota
 
Sajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar PerasaanSajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar Perasaan
 
Hikayat Siak
Hikayat SiakHikayat Siak
Hikayat Siak
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu Menambun
 
Pantun Lapan Kerat
Pantun Lapan KeratPantun Lapan Kerat
Pantun Lapan Kerat
 
Syair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan PataniSyair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan Patani
 
Seloka Si Luncai
Seloka Si LuncaiSeloka Si Luncai
Seloka Si Luncai
 
Syair Makna Riak
Syair Makna RiakSyair Makna Riak
Syair Makna Riak
 
Pantun Enam Kerat
Pantun Enam KeratPantun Enam Kerat
Pantun Enam Kerat
 
Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12
 
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding SayangDrama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
 
Drama Dato Onn
Drama Dato OnnDrama Dato Onn
Drama Dato Onn
 
Drama 1400
Drama 1400Drama 1400
Drama 1400
 
Cerpen Pungut
Cerpen PungutCerpen Pungut
Cerpen Pungut
 
Cerpen Tanggar Amanat
Cerpen Tanggar AmanatCerpen Tanggar Amanat
Cerpen Tanggar Amanat
 

Hikayat Indera Nata

  • 1. Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata) Sinopsis Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka. Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera. Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas. Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai
  • 2. tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu. Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati. Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati. Tema Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa.
  • 3. Persoalan 1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja  Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan.  Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri.  Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan. 2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya  Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada mengembara.  Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara. 3. Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri  Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas segera.  Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah sekali lagi dengan menyuruh raksasa lelaki mencari kijang putih bertanduk emas dan raksasa perempuan mencuci kain hitam menjadi putih sebagai tanda sayang kepada mereka. Sebenarnya dia bertujuan untuk melarikan diri bersama Indera Nata dan puteri-puteri yang lain semasa ketiadaan raksasa. 4. Persoalan tolong-menolong sesama manusia  Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di hutan.  Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan raksasa.
  • 4. Watak dan Perwatakan Watak Utama Indera Nata  Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati  Digelar Si Piatu  Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.  Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang.  Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas  Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa. Watak Sampingan Tuan Puteri Cendera Kesuma  Anak Raja Mesir  Memiliki rupa paras yang cantik  Menjadi tawanan raksasa .  Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun.  Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan diri daripada raksasa Raksasa suami isteri  Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi.  Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan.  Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut  Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom  Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma
  • 5. Indera Jenaka  Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar  Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya.  Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata. Latar Latar Tempat i. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)  Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata ii. Negeri Pattani  Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata boleh bercakap dengan haiwan. iii. Sebuah bukit yang tinggi  Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama- sama tujuh orang puteri yang ditawan. iv. Sebuah peti emas  Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa balik ke mahligai. v. Tepi Laut / Pantai  Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati)  Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.  Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ.
  • 6. Latar Masa  Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.  Waktu petang – raksasa tidur.  Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.  Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh puteri.  Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri. Latar Masyarakat  Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma  Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa  Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading emas  Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara Gangga.  Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit.  Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga Gaya Bahasa  Bahasa Klasik – sebermula, hatta  Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda .  Simile – maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga.
  • 7. Puisi – pantun contoh: Ikan pari bertelur beribu Bertelur sejengkal juga; Hujan arah ke langit biru, Tawakalku dapat juga.  Bahasa Arab – Allah  Hiperbola – gajah bergadingkan emas , kijang putih bertandukkan emas , parasnya gilang- gemilang, cahayanya kilau-kilauan. Nilai  Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.  Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri.  Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.  Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata. Pengajaran  Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.  Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.  Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.  Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.  Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.
  • 8. Latihan 1. Nyatakan empat latar masyarakat yang terdapat dalam prosa tradisional Hikayat Indera Nata. 2. Jelaskan 3 watak sampingan dan perwatakannya dalam prosa tradisonal Hikayat Indera Nata. Jawapan: 1. Latar Masyarakat  Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma  Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa  Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading emas  Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara Gangga. 1. Watak Sampingan Tuan Puteri Cendera Kesuma  Anak Raja Mesir  Memiliki rupa paras yang cantik  Menjadi tawanan raksasa bersama enam puteri yang lain untuk dimakan oleh raksasa apaabila mereka besar  Petah berkata-kata  Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan diri daripada raksasa  Menetap di rumah Tuan Puteri Cenderawati bonda Indera Nata selepas bebas daripada tawanan raksasa
  • 9. Raksasa suami isteri  Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi bersama tujuh orang puteri yang ditawan.  Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut  Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom  Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma Indera Jenaka  Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar  Pernah bersama-sama Indera Nata dan diselamatkan oleh Indera Nata daripada serangan binatang buas di dalam hutan  Menghargai jasa Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya.  Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata.