SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 16
1.0 Pendahuluan

       Assalamulaikum, syukur kepada tuhan kerana saya dan tiga rakan
sekumpulan yang lain iaitu Mohd Azri B Mat Idris, Norhidayahne Bte Jamil dan
Nuranis Lyana Bte Zambery telah berjaya melaksanakan satu tugasan kerja kursus
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Berdasarkan lampiran 8, saya dan
kumpulan telah menjalankan suatu analisis kes yang bertajuk ” Is Kevin Bluffng ”
oleh Carol Yake. Artikel ini menceritakan tentang kepayahan seorang guru iaitu
Carol Yake yang berpengalaman mengajar selama 14 tahun, dalam mengurus
masalah tingkah laku yang terjadi pada anak muridnya. Selain itu, ia juga
menyelitkan tentang konflik dalaman yang dialami oleh murid tersebut iaitu Kevin.

       Saya boleh katakan bahawa artikel ini lebih menjurus kepada aspek masalah
dalaman yang dihadapi oleh murid. Dalam konteks zaman menuju wawasan 2020
ini, terdapat pelbagai masalah dalaman yang di alami oleh pelajar. Pelbagai pekara
boleh juga di kaitkan dalam artikel Is Kevin Bluffing ini kerana masalah seperti
pergolakan rumah tangga tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat zaman ini.
Sebagai contoh Kevin di dalam artikel ini telah mengalami masalah emosi yang agak
kritikal kerana semasa di rumah dia sering di pukul oleh ayahnya. Tambahan pula,
Kevin tidak mendapat kasih sayang seorang ibu kerana ibunya telah berkahwin
dengan lelaki lain.

       Walaupun kisah ini merupakan artikel dari luar negara, namun ianya sudah
tidak asing lagi berlaku di negara kita sendiri. Kes penceraian dan masalah rumah
tangga terus meningkat dari semasa ke semasa sekaligus mengakibatkan anak-
anak   mereka     mengalami    pelbagai   masalah    yang    berbeza-beza.   Hal    ini
menyebabkan mereka terbawa-bawa emosi yang tidak stabil itu ke sekolah. Berbalik
kepada artikel yang saya kaji, antara tindakan yang akan di lakukan oleh murid yang
mengalami masalah seperti ini ialah akan memberontak, membaling kerusi dan
melawan kata gurunya.

       Jesteru, terdapat pelbagai strategi dan kaedah untuk mengawal dan
memulihkan murid seperti Kevin dalam artikel Is Kevin Blufffing ini.




                                          ii
2.0 Sinopsis



      Lampiran ini bermula apabila seramai 23 orang murid tahun enam di
Lockhaven Elementary School tergamam melihat aksi rakan sekelas mereka, Kevin
yang bertenggek di bahagian kekisi tangga diluar kelas mereka seperti mahu
membunuh diri. (m/s 143, perenggan 1 baris 3-4).

      Kevin merupakan seorang murid yang bermasalah dan didiagnosis sebagai
psikotik serta sepatutnya dimasukkan ke dalam kelas masalah tingkah laku, namun
disebabkan beberapa masalah dia ditempatkan kedalam kelas Miss Carol(m/s 143,
perenggan 3 baris 1-4).

      Kebanyakan rakan kelas Kevin takutkannya kerana mereka pernah melihat
dia memukul Miss Carol (m/s 144, perenggan 4 baris 3-6). Disebabkan masalah
tingkahlaku yang ditimbulkan, Guru Besar sekolah akan meminta John Patterson,
pembantu sekolah untuk mengeluarkan Kevin dari kelasnya dan dihantar ke bilik
Miss Allison King, guru kelas masalah tingkahlaku. Di situ dia akan dikenakan “Time-
out” dalam kurungan kayu sehinggalah dia bertenang. Dia akan dimasukkan ke
kurungan, jika melakukan kesalahan kerana dia telah difahamkan oleh Miss carol
dan Allison tentang salah laku yang boleh menyebabkan dia ke situ. (m/s 144,
perenggan 8).

      Beberapa minggu sebelum itu, dia juga pernah mengugut untuk memecahkan
tingkap kelasnya dengan tujuan untuk menakutkan Miss Carol namun membatalkan
hasratnya apabila Miss Carol memberitahu bahawa ibu Kevin yang terpaksa
membayar kesemua cermin tingkap yang dia pecahkan. (m/s 144, perenggan 9&10).

      Pada suatu hari, semasa di kawasan tapak permainan Kevin telah
memberitahu kepada Miss Carol tentang bapanya yang suka memukulnya dan Miss
Carol juga tahu yang Ibu Kevin telah pun berkahwin lain tetapi hasil penderaan itu
telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Kevin. Pada masa inilah yang
Miss carol menyedari bahawa melalui pengalaman lampaunya, dia belajar
mengawal orang di sekelilingnya dengan keganasan termasuklah keluarganya
sendiri. (m/s 145, perenggan 13).



                                         ii
Miss Carol juga kesal dengan sikap Ibu Kevin yang tidak mengambil berat
tentang Kevin dalam menyelesaikan masalah tingkah laku Kevin. (m/s 145,
perenggan 15). Pada penghujung lampiran ini, ditimbulkan persoalan adakah Miss
carol bersalah jika Kevin mati. (m/s 145, perenggan 17).




2.1 Watak dan perwatakan

      Watak utama aritikel ini ialah Kevin. Murid berkeperluan khas tahun 6,
didianosis mempunyai psikotik iaitu gangguang jiwa,agresif, suka mengamuk dan
memberontak,semasa kecil selalu menjadi mangsa pukul ayahnya,mempunyai
seorang ibu dan telah berkahwin lain.

      Seterusnya ialah Carol Yake. Carol Yake merupakan guru kelas Kelvin,
mengajar murid berkeperluan khas, mempunyai 24 orang murid,penyayang,
sabar,simpati pada muridnya, positif dan dedikasi terhadap proses mendidik,pernah
putus asa mengawal Kelvin.

      Selain itu terdapat juga watak Miss Rice. Beliau merupakan seorang Guru
Besar sekolah Kelvin, menolong Carol dengan mencadangkan agar Kelvin
dipindahkan ke bilik Allison iaitu bilik kaunseling jika Kelvin tidak dapat dapat
dikawal. Antara watak lain dalam artikel ini ialah Mr John Patterson, seorang guru
yang mengawal masalah tingkah laku pelajar tahun 1 dan Allison King iaitu
pembantu di Lockhaven Elementary School.




                                          ii
3.0 Analsis Kes

3.1 Teori Yang Berkaitan Kajian Kes



      Teori yang terlibat dalam kajian kes ini ialah teori Ekologi Bronfenbrenner
dimana ia menekankan tentang pengaruh persekitaran sosio-budaya terhadap
perkembangan individu.

      Dalam teori ini terdapat lima sistem ekologi yang berasaskan interaksi
diantara individu dengan ibu bapanya, gurunya, rakan-rakan dan lain-lain. Terdapat
satu system yang dikenali sebagai mikrosistem iaitu persekitaran yang mana
individu itu menghabiskan paling banyak masa dan berlaku secara langsung. Dan
pada tahap yang lebih tinggi, terdapat pula mesosistem yang terdiri daripada
gabungan mikrosistem.

      Contohnya interaksi antara guru dengan ibu bapa, keluarga dengan sekolah.
Apabila terdapat masalah dalam satu mikrosistem,ia akan menjejaskan mikrosistem
yang lain. Misalnya keadaan di rumah mempengaruhi keadaan seseorang di
sekolah. Dalam kes yang dikaji, dapat dilihat perkaitan teori ini apabila tingkah laku
ganas Kevin telah menakutkan rakan-rakan sekelasnya yang lain (m/s 144,
perenggan 4 baris 3-6) ataupun Kevin yang menghadapi konflik dalaman tidak dapat
menjalinkan hubungan dengan Miss Carol.

      Teori seterusnya yang berkaitan adalah teori keperluan permodelan Albert
Bandura. Hasil kajian Bandura & Walters pada 1963, didapati pelbagai tingkahlaku
sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil
pemerhatian daripada gerakbalas yang ditonjolkan oleh orang lain. Dalam kes ini,
sikap ganas bapa Kevin telah menyebabkan Kevin menjadi sepertinya apabila cuba
mmengawal orang lain melalui keganasan. (m/s 145, perenggan 13)

      Konsep kecerdasan emosi ialah dimana individu mempunyai beberapa
kemahiran sosial serta kemahiran mengawal emosi seperti kemahiran berempati,
kemahiran mengenalpasti emosi orang lain dan lain-lain. Dalam kes ini, kemahiran
bersosial dan tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat dilihat pada Miss Carol
yang mampu mendekati Kevin dan bersimpati terhadap perasaannya. (m/s 144,


                                          ii
perenggan 11, baris 3). Manakala bagi Kevin pula, dia dilihat tidak mempunyai
kemahiran meregulasikan emosinya dan tidak mengenalpasti emosi orang lain.




4.0 Model Yang Berkaitan

4.1 MODEL Akibat Logikal Dreikurs

      Model yang telah saya bentangkan semasa persembahan multimedia ialah
model Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968), berpendapat murid boleh dibantu
oleh guru untuk memahami motif dan menyingkirkan salahlaku, dan ini lebih
berkesan dilakukan apabila murid merasai akibat logikal tingkah laku mereka sendiri.
Murid perlu diberi pilihan dan bukan dipaksa untuk berkelakuan seperti dimahukan
oleh guru. Ini tidak langsung akan mengajar murid tentang tanggungjawab. Dalam
kes yang dikaji, Miss Carol telah memberikan Kevin pilihan untuk berfikir tentang
akibat tingkahlakunya dan berjaya menghalang gangguan darinya.

(m/s 144, perenggan 9&10 )

      Untuk konteks isu semasa pula, seorang guru di sekolah haruslah sentiasa
mengenalpasti masalah yang di alami oleh muridnya. Hal ini boleh dilakukan dengan
berjumpa secara dua hala dengan murid yang telah dikenal pasti mengalami
masalah seperti yang dialami oleh Kevin. Ciri –ciri jelas ketara abila seseorang murid
itu menunjukkan motif-motif untuk mendapatkan perhatian, mencabar kuasa,
membalas dendam dan mempamerkan kekurangan.

      Setalah berjumpa secara individu, guru hendaklah cuba menyelami masalah
murid tersebut. Berikanlah kata-kata semangat dan motivasi serta jangan kurang
untuk memberikan mereka perhatian semasa di dalam kelas. Jika murid tersebut
sama gender dengan guru, digalakkan seseorang guru itu memeluk anak muridnya
yang bermasalah. Tindakan ini akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah
yang dihadapi oleh murid tersebut.

      Selain daripada ini, guru juga oleh memberikan nasihat kepada murid untuk
tidak menonton aksi-aksi ganas yang terdapat dalam televisyen dan internet.
Kemudahan yang ada ini memberi banyak manfaat kepada kita namun terdapat juga



                                          ii
keburukannya. Contohnya jika Kevin tidak dilarang untuk menonton aksi-aksi pukul-
memukul dan aksi ganas, dia akan bertindak lebih agresif semasa di sekolah jika
emosi nya telah digangu. Hal ini sudah tentu akan menyukarkan guru untuk
memulihkan murid yang bermasalah seperti Kevin ini.

        Bagaimana hendak mengurangkan tindakan agresif murid jika murid tersebut
sentiasa melihat tindakan agresif di dalam kehidupan? Oleh itu, guru haruslah
menasihatkan ibu bapa untuk mengawal anak-anak mereka daripada menonton
video-video dan aksi-aksi ganas yang terdapat di televisyen dan internet.




5.0 Strategi Penyelesaian Kajian Kes

        Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan iaitu dengan membawa
Kevin kepada guru disiplin. Miss Carol boleh membawanya berjumpa dengan guru
disiplin.   Tindakan yang dikenakan adalah berpatutan dengan kesalahan dan
dilakukan dengan tujuan pengajaran bukannya bersifat mendera. Ini kerana
dikhuatiri ia akan meninggalkan kesan yang lebih buruk lagi terhadap psikologi dan
fisiologi murid yang berkenaan.

        Cadangan kedua pula ialah dengan menghantar Kevin, murid bermasalah
tingkah laku berjumpa dengan kaunselor atau pakar psikiatrik. Ini kerana mereka ini
merupakan golongan professional yang lebih pakar untuk membantu menyelesaikan
masalah tingkah lakunya. Tambahan lagi, kaunseling juga boleh diadakan kepada
pihak penjaga Kevin.

        Bagi cadangan pertama, kevin akan dibawa ke guru displin sekolahnya. Hal
ini akan sedikit memberi kesan yang negatif kerana Kevin akan lebih memberontak
jika dia dihukum oleh guru displinnya. Namun begitu, terdapat juga kesan positif iaitu
Kevin akan sedar akan kesalahannya dan takut untuk melakukannya lagi. Hal ini
sedikit sebanyak akan menyebabkan Kevin berfikir dahulu sebelum melakukan
sesuatu perkara.

        Untuk cadangan kedua pula, pendekatan ini lebih kepada bersifat lembut.
Jika Kevin dihantar ke guru kounselor, Kevin akan mendapat motivasi dalaman
secara tidak lansung. Perkara seperti ini sangat penting bagi seorang murid seperti


                                          ii
Kevin kerana die telah mengalami masalah tekanan emosi akibat pergolakan dalam
keluarganya sendiri. Sesi kounselor yang dilakukan haruslah dilakukan secara
berhati-hati bagi menjaga perasaan Kevin. Jika tersilap dalam memberikan motivasi
kepada Kevin, berkemungkinan dia akan lebih bersifat agresif seperti mengatakan
bahawa ayahnya memang seorang yang tidak baik dan harus dihukum. Kata-kata
seperti ini haruslah dielakkan agar Kevin tidak berdendam dengan ayahnya dan
meluahkan perasaan marahnya semasa di sekolah.

      Untuk konteks masalah di negara ini, saya boleh kupaskan bahawa seorang
guru haruslah memberi peneguhan positif dan bukannya peneguhan negatif.
Peneguhan positif berlaku apabila ganjaran diberikan seperti hadiah, pujian, markah
merit, dan sebagainya. Sebagai contohnya ialah apabila murid berlakuan baik
seperti tidak membuat bising, membuat kerja tepat pada masa dan lain-lain
kelakuan, murid tersebut akan diberi ganjaran.

      Guru haruslah mengelakkan daripada menggunakan peneguhan secara
negatif pada zaman sekarang kerana tidak sesuai dengan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah yang baru diperkenalkan awal-awal ini. Peneguhan negatif berlaku
apabila apabila rangsangan seperti majalah , komik dikeluarkan supaya murid-murid
kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.

      Apakah perasaan seseorang jika barang kepunyaannya diambil orang lain?
Perasaan inilah yang akan dirasai oleh murid jika guru melakukan secara demikian.
Antara implikasi daripada peneguhan negatif ini ialah murid akan berdendam
dengan gurunya, bertindak agresif dan tidak memberikan tumpuan kepada guru
tersebut lagi. Oleh itu, seorang guru tidak harus melakukan perkara yang
sedemikian, tetapi boleh menggunakan cara lain yang lebih baik seperti memberikan
amaran awal terlebih dahulu kepada murid tersebut. Jika masih tidak mendengar
kata guru hendaklah bertindak dengan mengalihkan tumpuan kelas kepada murid
itu. Hal ini akan menyebabkan murid berkenaan merasa dirinya diperhatikan
seterusnya menyebabkan die menumpukan tumpuan semula kepada pengajaran
dan pembelajaran (P&P).




                                         ii
6.0 Rumusan

      Guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini
termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang
hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai
dan penilaian yang akan dijalankan.

      Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan atau penerapan nilai
ilmu. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan
kepada murid, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjolkan
supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa apa –
apa mata pelajaran bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi
seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, emosi dan sosial.

      Oleh itu, penekanannya ialah penghayatan Ilmu, bukannya peperiksaan.
Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya
berjaya menyampaikan ilmu, tetapi gagal memberi pendidikan ilmu tersebut, iaitu
gagal mendidik manusia untuk menjadi manusia kerana tugas utama guru ialah
„memanusiakan manusia‟.

      Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Ia bukan
sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan
diminati oleh murid, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala
aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap murid. (Huitt, 1994).
Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai ilmu,
penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap
perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru
Muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976).




                                         ii
7.0 Refleksi



      Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja
kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku saya. Saya Mohd Aidil Bin
Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya dan
ahli kumpulan saya yang lain sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika
kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

      Refleksi saya ini telah saya kembangakan kepada beberapa aspek iaitu
aspek kekuatan dan kelemahan semasa setelah membuat kajian kes berkenaan
artikel, hubungkait dalam konteks kajian kes dengan kurikulum di dalam negaran
dan implikasi yang dikenalpasti dalam kajian kes yang telah saya dan ahli kumpulan
saya kaji serta strategi sebagai seorang bakal guru untuk mengatasi masalah murid
seperti kes yang dikaji. Saya mulakan refleksi saya dengan aspek kekuatan dan
kelemahan yang telah saya perolehi semasa melakukan kajian kes dalam kerja
kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.

      Refleksi   selepas   menyelesaikan      sangat   menarik   kerana   saya   tidak
menyangka bahawa saya dan tiga orang lagi rakan saya telah melakukannya
dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan
yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa
masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah
untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai aritikel kajian kes yang telah diberikan
kepada kumpulan saya iaitu artikel yang bertajuk „Is Kevin Bluffing‟. Selepas itu,
saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai model, teori dan strategi mengenai
masalah tingkah laku murid pada zaman sekarang untuk kerja kursus saya. Saya
tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham
untuk membina sebuah laporan kajian kes berdasarkan persembahan multimedia
oleh kumpulan kami tetapi setelah di terangkan oleh Pn Kamisah Bte Buang, saya
dan ahli kumpulan saya akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk
menghasilkan sebuah laporan untuk kerja kursus ini.




                                         ii
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan
untuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan
secara berkumpulan. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum
dimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn
Kamisah Bte Buang telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus
saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan
kerja kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk mencari
pelbagai contoh kes displin murid di dalam negara kita sendiri. Selepas itu saya
telah cuba mengambil isi di dalam kes tersebutuntuk dijadikan contoh dalam kerja
kursus yang telah diberikan. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang
dimasukkan haruslah tepat dan haruslah sesuai dengan situasi murid sekolah
rendah.

      Bagi aspek hubungkait kajian kes dalam konteks kurikulum pendidikan
di dalam negara sekarang ialah pada zaman moden hari ini, dalam dunia
pendidikan di seluruh dunia banyak konsep bilik darjah telah diperkenalkan.
Tujuannya adalah untuk mewujudkan suasana kondusif yang mana mementingkan
keselesaan murid untuk belajar, ruang pergerakan untuk interaksi guru dan murid
serta sudut-sudut tertentu untuk bahan pengajaran dan informasi.

      Konsep pengurusan yang diperkenalkan juga adalah bergantung kepada
jenis-jenis murid seperti murid bekeperluan khas termasuklah kanak-kanak pintar
cerdas yang berbeza dari murid normal, selain perubahan susunan kerusi meja dari
bentuk tradisi kepada pelbagai susunan lain yang memberikan murid persekitaran
yang lebih bebas. Selain itu, sebagai pengurus bilik darjah, guru harus mememenuhi
beberapa ciri-ciri untuk menjadi guru yang efektif, lebih-lebih lagi di zaman alaf baru
ini. Antaranya ialah beriltizam, berwawasan, berpandangan global, sentiasa bersikap
positif dan sentiasa berorientasikan maklumat. Selain itu, pengamalan budaya
keguruan juga harus dihayati seperti amalan membaca, bermusyawarah dan
berpandangan global.

      guru sebagai seorang pemandu yang sentiasa mengawal persekitaran
pembelajaran untuk mencipta suasana pembelajaran yang kondusif. Ini kerana
persekitaran murid mampu mempengaruhi proses pembelajarannya dan memberi
kesan kepada tingkah laku murid tersebut baik dari segi fizikal mahupun psiko-



                                           ii
sosial. Dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif, guru harus
mewujudkan set peraturan di dalam bilik darjah. Ini dilakukan sebagai memberi garis
panduan kepada murid tentang batasan-batasan yang perlu mereka patuhi semasa
berada di dalam kelas. Akan tetapi, peraturan yang diwujudkan adalah dibawah
kuasa guru sepenuhnya dan jika boleh, sila dapatkan persetujuan dan sokongan
daripada ibu bapa untuk mengelakkan masalah di masa akan datang. Tetapi guru
juga boleh bertindak bijak dengan memberikan murid peluang untuk menentukan
peraturan mengawal tingkahlaku sendiri dan dipersetujui oleh guru yang dikenali
juga sebagai kontrak.

      Selain mengurus insan, guru juga bertanggungjawab mengurus pentaksiran
dalam bilik darjah. Ini merangkumi aspek ujian dan peperiksaan serta pengurusan
sumber maklumat murid. Perkara ini penting untuk menilai kemajuan prestasi murid
disamping merekod perkembangan atau masalah murid untuk rujukan ibu bapa
mahupun pihak-pihak lain seperti kementerian pendidikan dan pihak hospital.

      Seterusnya adalah berkaitan juga dengan pengurusan bilik darjah tetapi
dalam aspek hubungan guru-murid. Saya banyak mempelajari kepentingan
membina hubungan guru-murid, faktor-faktor yang mempengaruhinya dan strategi-
strategi untuk membina hubungan positif bersama murid. Antara contohnya ialah
dari perkara yang paling ringkas dengan menghafal nama murid dan juga
menghubungi pihak keluarga, biarpun sekadar bertanya khabar mereka.

      Pengajaran berkesan merupakan salah satu tanggungjawab dan tugas utama
yang harus dipikul oleh semua guru. Ia memperlihatkan lagi bahawa tanggungjawab
seorang guru bukan hanya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, guru
juga perlu memastikan bahawa ilmu yang ingin disampaikannya mesti diterima oleh
murid walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

      Untuk memastikan bahawa murid menerima ilmu tersebut, guru harus
mengkaji bagaimana cara pengajaran yang perlu dilakukannya supaya murid dapat
menerimanya dengan mudah.

      Antara Dapatan saya daripada kerja kursus ini ialah, saya memahami dengan
lebih mendalam bagaimana untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran
apabila berdepan dengan murid – murid yang mempunyai perbezaan dari segi aras



                                         ii
kecerdasan. Isu ini sememangnya menghantui guru –guru sekarang. Guru tidak
sepatutnya mempersalahkan murid yang dilahirkan sedemikian, guru perlu mengkaji
bagaimana murid tersebut belajar atau boleh menerima ilmu dengan mudah dan
gunakan kajian tersebut sebgai kekuatan untuk berdepan murid tersebut.

      Guru   juga   perlu   kreatif   dalam    merancang   proses   pengajaran   dan
pembelajaran agar ia sesuai untuk muridnya. Sememangnya ia agak sukar tapi
itulah tanggungjawab guru. walau macam mana pun murid yang dihadapinya dia
mesti juga mencorak kehidupan mereka.

      Model yang telah saya bentangkan semasa persembahan multimedia ialah
Model Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968), berpendapat murid boleh dibantu
oleh guru untuk memahami motif dan menyingkirkan salahlaku, dan ini lebih
berkesan dilakukan apabila murid merasai akibat logikal tingkah laku mereka sendiri.
Murid perlu diberi pilihan dan bukan dipaksa untuk berkelakuan seperti dimahukan
oleh guru. Ini tidak langsung akan mengajar murid tentang tanggungjawab. Dalam
kes yang dikaji, Miss Carol telah memberikan Kevin pilihan untuk berfikir tentang
akibat tingkahlakunya dan berjaya menghalang gangguan darinya.

      Strategi yang telah saya bentangkan pula ialah strategi secara peneguhan
positif. Sebagai seorang guru peneguhan secara positif ialah pendekatan yang
terbaek bagi mengatasi masalah tingkah laku murid di sekolah. Namun begitu tidak
dinafikan bahawa peneguhan negatif juga mempunyai kebaikan tetapi tidak sesuai
untuk di aplikasikan pada zaman sekarang.

      Antara implikasi daripada peneguhan negatif ini ialah murid akan
berdendam dengan gurunya, bertindak agresif dan tidak memberikan tumpuan
kepada guru tersebut lagi. Oleh itu, seorang guru tidak harus melakukan perkara
yang sedemikian, tetapi boleh menggunakan cara lain yang lebih baik seperti
memberikan amaran awal terlebih dahulu kepada murid tersebut. Jika masih tidak
mendengar kata guru hendaklah bertindak dengan mengalihkan tumpuan kelas
kepada murid itu. Hal ini akan menyebabkan murid berkenaan merasa dirinya
diperhatikan seterusnya menyebabkan die menumpukan tumpuan semula kepada
pengajaran dan pembelajaran (P&P).




                                          ii
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa
dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah
diberikan   telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja
kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku yang diberikan telah berjaya saya
siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu Pn
Kamisah Bte Buang.




                                        ii
8.0 Bibliografi



Ee Ah Meng (1997) Pedagogi lll. Fajar bakti Sdn. Bhd.

Eggen, P.D. , Kauchak, D.P (1998). Learning and teaching : research based

      methods. USA: Allyn & Bacon

Howard gardner (1991), multiple intelegences : the theory in practice. Basic books,

      new york.

Kamus dewan edisi ke – 4 (200..)

Mok soon sang (2003), ilmu pendidikan untuk KPLI (sekolah rendah : komponen

      1&2) psikologi pendidikan dan pedagogi. Kumpulan budiman sdn bhd,

      s. Jaya.

Yaxley, B. G. Developing teachers‟ theories of teaching, falmer press, London, 1991.




                                          ii
Isi Kandungan




                                      Perkara        Muka
                                                     Surat
Biodata                                                i

Penghargaan                                            ii

1.0 Pendahaluan                                       1
                                                     2-3
2.0 Sipnosis
   2.1 watak dan perwatakan
                                                     4-5
3.0 Analsis kes
   3.1 teori yang berkaitan kajian kes
                                                     5-6
4.0 model yang berkaitan kajian kes
   4.1 model logikal Dreikurs
                                                     6- 7
5.0 strategi penyelesaian kajian kes


6.0 Rumusan                                           8
7.0 Refleksi Kajian Kes                              9-13

      Kekuatan dan kelemahan
      Hubungkait dengan konteks kurikulum sekarang
      Strategi, model dan teori yang terlibat

8.0 Bibliografi                                       14

9.0 Lampiran                                          15

Nota dan maklumat daripada internet

Pembentangan powerpoint kumpulan




                                          ii
Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t.

      Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan kerja kursus pendek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku dengan
jayanya.

      Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing, Pn Kamisah Bte Buang kerana membimbing saya
dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan
kerja kursus ini. Tidak lupa saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-
rakan sekelas saya kerana banyak membantu saya dalam menjalankan kajian kes
ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu
saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua
tidak saya lupakan.

      Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan
kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi
satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang
sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan – rakan saya
agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa
proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.




                                         ii

Mais conteúdo relacionado

Semelhante a Asimen pbd

Konsep dan Perkembangan Anak dengan hambatan emosi dan sosial (Tunalaras)
Konsep dan Perkembangan Anak dengan hambatan emosi dan sosial (Tunalaras)Konsep dan Perkembangan Anak dengan hambatan emosi dan sosial (Tunalaras)
Konsep dan Perkembangan Anak dengan hambatan emosi dan sosial (Tunalaras)Wulan Yulian
 
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2wakzar
 
Hubungan antara harga diri dengan kecenderungan cinderella complex pada remaj...
Hubungan antara harga diri dengan kecenderungan cinderella complex pada remaj...Hubungan antara harga diri dengan kecenderungan cinderella complex pada remaj...
Hubungan antara harga diri dengan kecenderungan cinderella complex pada remaj...hanafieminence
 
2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx
2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx
2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptxWahyuRamdani24
 
2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx
2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx
2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptxheri388849
 
Karya Ilmiah Ilmu Komunikasi
Karya Ilmiah Ilmu KomunikasiKarya Ilmiah Ilmu Komunikasi
Karya Ilmiah Ilmu KomunikasiFinnland
 
Analisis film taare zamen par
Analisis film taare zamen parAnalisis film taare zamen par
Analisis film taare zamen paradi
 
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...syahidolly
 
Tugas ina diskusi
Tugas ina diskusiTugas ina diskusi
Tugas ina diskusirhysari
 
perilaku kelekatan attachment behavior (a review)
perilaku kelekatan  attachment behavior (a review)perilaku kelekatan  attachment behavior (a review)
perilaku kelekatan attachment behavior (a review)Boyolali
 

Semelhante a Asimen pbd (16)

Konsep dan Perkembangan Anak dengan hambatan emosi dan sosial (Tunalaras)
Konsep dan Perkembangan Anak dengan hambatan emosi dan sosial (Tunalaras)Konsep dan Perkembangan Anak dengan hambatan emosi dan sosial (Tunalaras)
Konsep dan Perkembangan Anak dengan hambatan emosi dan sosial (Tunalaras)
 
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
 
BULLY
BULLY BULLY
BULLY
 
Guru mencabul emosi murid
Guru mencabul  emosi muridGuru mencabul  emosi murid
Guru mencabul emosi murid
 
Hubungan antara harga diri dengan kecenderungan cinderella complex pada remaj...
Hubungan antara harga diri dengan kecenderungan cinderella complex pada remaj...Hubungan antara harga diri dengan kecenderungan cinderella complex pada remaj...
Hubungan antara harga diri dengan kecenderungan cinderella complex pada remaj...
 
Makalah tawuran
Makalah tawuranMakalah tawuran
Makalah tawuran
 
Makalah tawuran SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Makalah tawuran SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA Makalah tawuran SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Makalah tawuran SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
 
Makalah tawuran
Makalah tawuranMakalah tawuran
Makalah tawuran
 
Perilaku bully
Perilaku bullyPerilaku bully
Perilaku bully
 
2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx
2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx
2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx
 
2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx
2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx
2.-slide-ppt-dan-ice-breaking-motivasi-belajar-bagi-pelajar.pptx
 
Karya Ilmiah Ilmu Komunikasi
Karya Ilmiah Ilmu KomunikasiKarya Ilmiah Ilmu Komunikasi
Karya Ilmiah Ilmu Komunikasi
 
Analisis film taare zamen par
Analisis film taare zamen parAnalisis film taare zamen par
Analisis film taare zamen par
 
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
 
Tugas ina diskusi
Tugas ina diskusiTugas ina diskusi
Tugas ina diskusi
 
perilaku kelekatan attachment behavior (a review)
perilaku kelekatan  attachment behavior (a review)perilaku kelekatan  attachment behavior (a review)
perilaku kelekatan attachment behavior (a review)
 

Mais de Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

Mais de Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Asimen pbd

  • 1. 1.0 Pendahuluan Assalamulaikum, syukur kepada tuhan kerana saya dan tiga rakan sekumpulan yang lain iaitu Mohd Azri B Mat Idris, Norhidayahne Bte Jamil dan Nuranis Lyana Bte Zambery telah berjaya melaksanakan satu tugasan kerja kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Berdasarkan lampiran 8, saya dan kumpulan telah menjalankan suatu analisis kes yang bertajuk ” Is Kevin Bluffng ” oleh Carol Yake. Artikel ini menceritakan tentang kepayahan seorang guru iaitu Carol Yake yang berpengalaman mengajar selama 14 tahun, dalam mengurus masalah tingkah laku yang terjadi pada anak muridnya. Selain itu, ia juga menyelitkan tentang konflik dalaman yang dialami oleh murid tersebut iaitu Kevin. Saya boleh katakan bahawa artikel ini lebih menjurus kepada aspek masalah dalaman yang dihadapi oleh murid. Dalam konteks zaman menuju wawasan 2020 ini, terdapat pelbagai masalah dalaman yang di alami oleh pelajar. Pelbagai pekara boleh juga di kaitkan dalam artikel Is Kevin Bluffing ini kerana masalah seperti pergolakan rumah tangga tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat zaman ini. Sebagai contoh Kevin di dalam artikel ini telah mengalami masalah emosi yang agak kritikal kerana semasa di rumah dia sering di pukul oleh ayahnya. Tambahan pula, Kevin tidak mendapat kasih sayang seorang ibu kerana ibunya telah berkahwin dengan lelaki lain. Walaupun kisah ini merupakan artikel dari luar negara, namun ianya sudah tidak asing lagi berlaku di negara kita sendiri. Kes penceraian dan masalah rumah tangga terus meningkat dari semasa ke semasa sekaligus mengakibatkan anak- anak mereka mengalami pelbagai masalah yang berbeza-beza. Hal ini menyebabkan mereka terbawa-bawa emosi yang tidak stabil itu ke sekolah. Berbalik kepada artikel yang saya kaji, antara tindakan yang akan di lakukan oleh murid yang mengalami masalah seperti ini ialah akan memberontak, membaling kerusi dan melawan kata gurunya. Jesteru, terdapat pelbagai strategi dan kaedah untuk mengawal dan memulihkan murid seperti Kevin dalam artikel Is Kevin Blufffing ini. ii
  • 2. 2.0 Sinopsis Lampiran ini bermula apabila seramai 23 orang murid tahun enam di Lockhaven Elementary School tergamam melihat aksi rakan sekelas mereka, Kevin yang bertenggek di bahagian kekisi tangga diluar kelas mereka seperti mahu membunuh diri. (m/s 143, perenggan 1 baris 3-4). Kevin merupakan seorang murid yang bermasalah dan didiagnosis sebagai psikotik serta sepatutnya dimasukkan ke dalam kelas masalah tingkah laku, namun disebabkan beberapa masalah dia ditempatkan kedalam kelas Miss Carol(m/s 143, perenggan 3 baris 1-4). Kebanyakan rakan kelas Kevin takutkannya kerana mereka pernah melihat dia memukul Miss Carol (m/s 144, perenggan 4 baris 3-6). Disebabkan masalah tingkahlaku yang ditimbulkan, Guru Besar sekolah akan meminta John Patterson, pembantu sekolah untuk mengeluarkan Kevin dari kelasnya dan dihantar ke bilik Miss Allison King, guru kelas masalah tingkahlaku. Di situ dia akan dikenakan “Time- out” dalam kurungan kayu sehinggalah dia bertenang. Dia akan dimasukkan ke kurungan, jika melakukan kesalahan kerana dia telah difahamkan oleh Miss carol dan Allison tentang salah laku yang boleh menyebabkan dia ke situ. (m/s 144, perenggan 8). Beberapa minggu sebelum itu, dia juga pernah mengugut untuk memecahkan tingkap kelasnya dengan tujuan untuk menakutkan Miss Carol namun membatalkan hasratnya apabila Miss Carol memberitahu bahawa ibu Kevin yang terpaksa membayar kesemua cermin tingkap yang dia pecahkan. (m/s 144, perenggan 9&10). Pada suatu hari, semasa di kawasan tapak permainan Kevin telah memberitahu kepada Miss Carol tentang bapanya yang suka memukulnya dan Miss Carol juga tahu yang Ibu Kevin telah pun berkahwin lain tetapi hasil penderaan itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Kevin. Pada masa inilah yang Miss carol menyedari bahawa melalui pengalaman lampaunya, dia belajar mengawal orang di sekelilingnya dengan keganasan termasuklah keluarganya sendiri. (m/s 145, perenggan 13). ii
  • 3. Miss Carol juga kesal dengan sikap Ibu Kevin yang tidak mengambil berat tentang Kevin dalam menyelesaikan masalah tingkah laku Kevin. (m/s 145, perenggan 15). Pada penghujung lampiran ini, ditimbulkan persoalan adakah Miss carol bersalah jika Kevin mati. (m/s 145, perenggan 17). 2.1 Watak dan perwatakan Watak utama aritikel ini ialah Kevin. Murid berkeperluan khas tahun 6, didianosis mempunyai psikotik iaitu gangguang jiwa,agresif, suka mengamuk dan memberontak,semasa kecil selalu menjadi mangsa pukul ayahnya,mempunyai seorang ibu dan telah berkahwin lain. Seterusnya ialah Carol Yake. Carol Yake merupakan guru kelas Kelvin, mengajar murid berkeperluan khas, mempunyai 24 orang murid,penyayang, sabar,simpati pada muridnya, positif dan dedikasi terhadap proses mendidik,pernah putus asa mengawal Kelvin. Selain itu terdapat juga watak Miss Rice. Beliau merupakan seorang Guru Besar sekolah Kelvin, menolong Carol dengan mencadangkan agar Kelvin dipindahkan ke bilik Allison iaitu bilik kaunseling jika Kelvin tidak dapat dapat dikawal. Antara watak lain dalam artikel ini ialah Mr John Patterson, seorang guru yang mengawal masalah tingkah laku pelajar tahun 1 dan Allison King iaitu pembantu di Lockhaven Elementary School. ii
  • 4. 3.0 Analsis Kes 3.1 Teori Yang Berkaitan Kajian Kes Teori yang terlibat dalam kajian kes ini ialah teori Ekologi Bronfenbrenner dimana ia menekankan tentang pengaruh persekitaran sosio-budaya terhadap perkembangan individu. Dalam teori ini terdapat lima sistem ekologi yang berasaskan interaksi diantara individu dengan ibu bapanya, gurunya, rakan-rakan dan lain-lain. Terdapat satu system yang dikenali sebagai mikrosistem iaitu persekitaran yang mana individu itu menghabiskan paling banyak masa dan berlaku secara langsung. Dan pada tahap yang lebih tinggi, terdapat pula mesosistem yang terdiri daripada gabungan mikrosistem. Contohnya interaksi antara guru dengan ibu bapa, keluarga dengan sekolah. Apabila terdapat masalah dalam satu mikrosistem,ia akan menjejaskan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan di rumah mempengaruhi keadaan seseorang di sekolah. Dalam kes yang dikaji, dapat dilihat perkaitan teori ini apabila tingkah laku ganas Kevin telah menakutkan rakan-rakan sekelasnya yang lain (m/s 144, perenggan 4 baris 3-6) ataupun Kevin yang menghadapi konflik dalaman tidak dapat menjalinkan hubungan dengan Miss Carol. Teori seterusnya yang berkaitan adalah teori keperluan permodelan Albert Bandura. Hasil kajian Bandura & Walters pada 1963, didapati pelbagai tingkahlaku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerakbalas yang ditonjolkan oleh orang lain. Dalam kes ini, sikap ganas bapa Kevin telah menyebabkan Kevin menjadi sepertinya apabila cuba mmengawal orang lain melalui keganasan. (m/s 145, perenggan 13) Konsep kecerdasan emosi ialah dimana individu mempunyai beberapa kemahiran sosial serta kemahiran mengawal emosi seperti kemahiran berempati, kemahiran mengenalpasti emosi orang lain dan lain-lain. Dalam kes ini, kemahiran bersosial dan tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat dilihat pada Miss Carol yang mampu mendekati Kevin dan bersimpati terhadap perasaannya. (m/s 144, ii
  • 5. perenggan 11, baris 3). Manakala bagi Kevin pula, dia dilihat tidak mempunyai kemahiran meregulasikan emosinya dan tidak mengenalpasti emosi orang lain. 4.0 Model Yang Berkaitan 4.1 MODEL Akibat Logikal Dreikurs Model yang telah saya bentangkan semasa persembahan multimedia ialah model Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968), berpendapat murid boleh dibantu oleh guru untuk memahami motif dan menyingkirkan salahlaku, dan ini lebih berkesan dilakukan apabila murid merasai akibat logikal tingkah laku mereka sendiri. Murid perlu diberi pilihan dan bukan dipaksa untuk berkelakuan seperti dimahukan oleh guru. Ini tidak langsung akan mengajar murid tentang tanggungjawab. Dalam kes yang dikaji, Miss Carol telah memberikan Kevin pilihan untuk berfikir tentang akibat tingkahlakunya dan berjaya menghalang gangguan darinya. (m/s 144, perenggan 9&10 ) Untuk konteks isu semasa pula, seorang guru di sekolah haruslah sentiasa mengenalpasti masalah yang di alami oleh muridnya. Hal ini boleh dilakukan dengan berjumpa secara dua hala dengan murid yang telah dikenal pasti mengalami masalah seperti yang dialami oleh Kevin. Ciri –ciri jelas ketara abila seseorang murid itu menunjukkan motif-motif untuk mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Setalah berjumpa secara individu, guru hendaklah cuba menyelami masalah murid tersebut. Berikanlah kata-kata semangat dan motivasi serta jangan kurang untuk memberikan mereka perhatian semasa di dalam kelas. Jika murid tersebut sama gender dengan guru, digalakkan seseorang guru itu memeluk anak muridnya yang bermasalah. Tindakan ini akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Selain daripada ini, guru juga oleh memberikan nasihat kepada murid untuk tidak menonton aksi-aksi ganas yang terdapat dalam televisyen dan internet. Kemudahan yang ada ini memberi banyak manfaat kepada kita namun terdapat juga ii
  • 6. keburukannya. Contohnya jika Kevin tidak dilarang untuk menonton aksi-aksi pukul- memukul dan aksi ganas, dia akan bertindak lebih agresif semasa di sekolah jika emosi nya telah digangu. Hal ini sudah tentu akan menyukarkan guru untuk memulihkan murid yang bermasalah seperti Kevin ini. Bagaimana hendak mengurangkan tindakan agresif murid jika murid tersebut sentiasa melihat tindakan agresif di dalam kehidupan? Oleh itu, guru haruslah menasihatkan ibu bapa untuk mengawal anak-anak mereka daripada menonton video-video dan aksi-aksi ganas yang terdapat di televisyen dan internet. 5.0 Strategi Penyelesaian Kajian Kes Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan iaitu dengan membawa Kevin kepada guru disiplin. Miss Carol boleh membawanya berjumpa dengan guru disiplin. Tindakan yang dikenakan adalah berpatutan dengan kesalahan dan dilakukan dengan tujuan pengajaran bukannya bersifat mendera. Ini kerana dikhuatiri ia akan meninggalkan kesan yang lebih buruk lagi terhadap psikologi dan fisiologi murid yang berkenaan. Cadangan kedua pula ialah dengan menghantar Kevin, murid bermasalah tingkah laku berjumpa dengan kaunselor atau pakar psikiatrik. Ini kerana mereka ini merupakan golongan professional yang lebih pakar untuk membantu menyelesaikan masalah tingkah lakunya. Tambahan lagi, kaunseling juga boleh diadakan kepada pihak penjaga Kevin. Bagi cadangan pertama, kevin akan dibawa ke guru displin sekolahnya. Hal ini akan sedikit memberi kesan yang negatif kerana Kevin akan lebih memberontak jika dia dihukum oleh guru displinnya. Namun begitu, terdapat juga kesan positif iaitu Kevin akan sedar akan kesalahannya dan takut untuk melakukannya lagi. Hal ini sedikit sebanyak akan menyebabkan Kevin berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Untuk cadangan kedua pula, pendekatan ini lebih kepada bersifat lembut. Jika Kevin dihantar ke guru kounselor, Kevin akan mendapat motivasi dalaman secara tidak lansung. Perkara seperti ini sangat penting bagi seorang murid seperti ii
  • 7. Kevin kerana die telah mengalami masalah tekanan emosi akibat pergolakan dalam keluarganya sendiri. Sesi kounselor yang dilakukan haruslah dilakukan secara berhati-hati bagi menjaga perasaan Kevin. Jika tersilap dalam memberikan motivasi kepada Kevin, berkemungkinan dia akan lebih bersifat agresif seperti mengatakan bahawa ayahnya memang seorang yang tidak baik dan harus dihukum. Kata-kata seperti ini haruslah dielakkan agar Kevin tidak berdendam dengan ayahnya dan meluahkan perasaan marahnya semasa di sekolah. Untuk konteks masalah di negara ini, saya boleh kupaskan bahawa seorang guru haruslah memberi peneguhan positif dan bukannya peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila ganjaran diberikan seperti hadiah, pujian, markah merit, dan sebagainya. Sebagai contohnya ialah apabila murid berlakuan baik seperti tidak membuat bising, membuat kerja tepat pada masa dan lain-lain kelakuan, murid tersebut akan diberi ganjaran. Guru haruslah mengelakkan daripada menggunakan peneguhan secara negatif pada zaman sekarang kerana tidak sesuai dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang baru diperkenalkan awal-awal ini. Peneguhan negatif berlaku apabila apabila rangsangan seperti majalah , komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini. Apakah perasaan seseorang jika barang kepunyaannya diambil orang lain? Perasaan inilah yang akan dirasai oleh murid jika guru melakukan secara demikian. Antara implikasi daripada peneguhan negatif ini ialah murid akan berdendam dengan gurunya, bertindak agresif dan tidak memberikan tumpuan kepada guru tersebut lagi. Oleh itu, seorang guru tidak harus melakukan perkara yang sedemikian, tetapi boleh menggunakan cara lain yang lebih baik seperti memberikan amaran awal terlebih dahulu kepada murid tersebut. Jika masih tidak mendengar kata guru hendaklah bertindak dengan mengalihkan tumpuan kelas kepada murid itu. Hal ini akan menyebabkan murid berkenaan merasa dirinya diperhatikan seterusnya menyebabkan die menumpukan tumpuan semula kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P). ii
  • 8. 6.0 Rumusan Guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan atau penerapan nilai ilmu. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada murid, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjolkan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa apa – apa mata pelajaran bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, emosi dan sosial. Oleh itu, penekanannya ialah penghayatan Ilmu, bukannya peperiksaan. Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu, tetapi gagal memberi pendidikan ilmu tersebut, iaitu gagal mendidik manusia untuk menjadi manusia kerana tugas utama guru ialah „memanusiakan manusia‟. Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh murid, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap murid. (Huitt, 1994). Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai ilmu, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru Muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976). ii
  • 9. 7.0 Refleksi Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku saya. Saya Mohd Aidil Bin Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya dan ahli kumpulan saya yang lain sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi saya ini telah saya kembangakan kepada beberapa aspek iaitu aspek kekuatan dan kelemahan semasa setelah membuat kajian kes berkenaan artikel, hubungkait dalam konteks kajian kes dengan kurikulum di dalam negaran dan implikasi yang dikenalpasti dalam kajian kes yang telah saya dan ahli kumpulan saya kaji serta strategi sebagai seorang bakal guru untuk mengatasi masalah murid seperti kes yang dikaji. Saya mulakan refleksi saya dengan aspek kekuatan dan kelemahan yang telah saya perolehi semasa melakukan kajian kes dalam kerja kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya dan tiga orang lagi rakan saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai aritikel kajian kes yang telah diberikan kepada kumpulan saya iaitu artikel yang bertajuk „Is Kevin Bluffing‟. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai model, teori dan strategi mengenai masalah tingkah laku murid pada zaman sekarang untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk membina sebuah laporan kajian kes berdasarkan persembahan multimedia oleh kumpulan kami tetapi setelah di terangkan oleh Pn Kamisah Bte Buang, saya dan ahli kumpulan saya akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk menghasilkan sebuah laporan untuk kerja kursus ini. ii
  • 10. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara berkumpulan. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Kamisah Bte Buang telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk mencari pelbagai contoh kes displin murid di dalam negara kita sendiri. Selepas itu saya telah cuba mengambil isi di dalam kes tersebutuntuk dijadikan contoh dalam kerja kursus yang telah diberikan. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan haruslah tepat dan haruslah sesuai dengan situasi murid sekolah rendah. Bagi aspek hubungkait kajian kes dalam konteks kurikulum pendidikan di dalam negara sekarang ialah pada zaman moden hari ini, dalam dunia pendidikan di seluruh dunia banyak konsep bilik darjah telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk mewujudkan suasana kondusif yang mana mementingkan keselesaan murid untuk belajar, ruang pergerakan untuk interaksi guru dan murid serta sudut-sudut tertentu untuk bahan pengajaran dan informasi. Konsep pengurusan yang diperkenalkan juga adalah bergantung kepada jenis-jenis murid seperti murid bekeperluan khas termasuklah kanak-kanak pintar cerdas yang berbeza dari murid normal, selain perubahan susunan kerusi meja dari bentuk tradisi kepada pelbagai susunan lain yang memberikan murid persekitaran yang lebih bebas. Selain itu, sebagai pengurus bilik darjah, guru harus mememenuhi beberapa ciri-ciri untuk menjadi guru yang efektif, lebih-lebih lagi di zaman alaf baru ini. Antaranya ialah beriltizam, berwawasan, berpandangan global, sentiasa bersikap positif dan sentiasa berorientasikan maklumat. Selain itu, pengamalan budaya keguruan juga harus dihayati seperti amalan membaca, bermusyawarah dan berpandangan global. guru sebagai seorang pemandu yang sentiasa mengawal persekitaran pembelajaran untuk mencipta suasana pembelajaran yang kondusif. Ini kerana persekitaran murid mampu mempengaruhi proses pembelajarannya dan memberi kesan kepada tingkah laku murid tersebut baik dari segi fizikal mahupun psiko- ii
  • 11. sosial. Dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif, guru harus mewujudkan set peraturan di dalam bilik darjah. Ini dilakukan sebagai memberi garis panduan kepada murid tentang batasan-batasan yang perlu mereka patuhi semasa berada di dalam kelas. Akan tetapi, peraturan yang diwujudkan adalah dibawah kuasa guru sepenuhnya dan jika boleh, sila dapatkan persetujuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mengelakkan masalah di masa akan datang. Tetapi guru juga boleh bertindak bijak dengan memberikan murid peluang untuk menentukan peraturan mengawal tingkahlaku sendiri dan dipersetujui oleh guru yang dikenali juga sebagai kontrak. Selain mengurus insan, guru juga bertanggungjawab mengurus pentaksiran dalam bilik darjah. Ini merangkumi aspek ujian dan peperiksaan serta pengurusan sumber maklumat murid. Perkara ini penting untuk menilai kemajuan prestasi murid disamping merekod perkembangan atau masalah murid untuk rujukan ibu bapa mahupun pihak-pihak lain seperti kementerian pendidikan dan pihak hospital. Seterusnya adalah berkaitan juga dengan pengurusan bilik darjah tetapi dalam aspek hubungan guru-murid. Saya banyak mempelajari kepentingan membina hubungan guru-murid, faktor-faktor yang mempengaruhinya dan strategi- strategi untuk membina hubungan positif bersama murid. Antara contohnya ialah dari perkara yang paling ringkas dengan menghafal nama murid dan juga menghubungi pihak keluarga, biarpun sekadar bertanya khabar mereka. Pengajaran berkesan merupakan salah satu tanggungjawab dan tugas utama yang harus dipikul oleh semua guru. Ia memperlihatkan lagi bahawa tanggungjawab seorang guru bukan hanya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu memastikan bahawa ilmu yang ingin disampaikannya mesti diterima oleh murid walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Untuk memastikan bahawa murid menerima ilmu tersebut, guru harus mengkaji bagaimana cara pengajaran yang perlu dilakukannya supaya murid dapat menerimanya dengan mudah. Antara Dapatan saya daripada kerja kursus ini ialah, saya memahami dengan lebih mendalam bagaimana untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran apabila berdepan dengan murid – murid yang mempunyai perbezaan dari segi aras ii
  • 12. kecerdasan. Isu ini sememangnya menghantui guru –guru sekarang. Guru tidak sepatutnya mempersalahkan murid yang dilahirkan sedemikian, guru perlu mengkaji bagaimana murid tersebut belajar atau boleh menerima ilmu dengan mudah dan gunakan kajian tersebut sebgai kekuatan untuk berdepan murid tersebut. Guru juga perlu kreatif dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran agar ia sesuai untuk muridnya. Sememangnya ia agak sukar tapi itulah tanggungjawab guru. walau macam mana pun murid yang dihadapinya dia mesti juga mencorak kehidupan mereka. Model yang telah saya bentangkan semasa persembahan multimedia ialah Model Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968), berpendapat murid boleh dibantu oleh guru untuk memahami motif dan menyingkirkan salahlaku, dan ini lebih berkesan dilakukan apabila murid merasai akibat logikal tingkah laku mereka sendiri. Murid perlu diberi pilihan dan bukan dipaksa untuk berkelakuan seperti dimahukan oleh guru. Ini tidak langsung akan mengajar murid tentang tanggungjawab. Dalam kes yang dikaji, Miss Carol telah memberikan Kevin pilihan untuk berfikir tentang akibat tingkahlakunya dan berjaya menghalang gangguan darinya. Strategi yang telah saya bentangkan pula ialah strategi secara peneguhan positif. Sebagai seorang guru peneguhan secara positif ialah pendekatan yang terbaek bagi mengatasi masalah tingkah laku murid di sekolah. Namun begitu tidak dinafikan bahawa peneguhan negatif juga mempunyai kebaikan tetapi tidak sesuai untuk di aplikasikan pada zaman sekarang. Antara implikasi daripada peneguhan negatif ini ialah murid akan berdendam dengan gurunya, bertindak agresif dan tidak memberikan tumpuan kepada guru tersebut lagi. Oleh itu, seorang guru tidak harus melakukan perkara yang sedemikian, tetapi boleh menggunakan cara lain yang lebih baik seperti memberikan amaran awal terlebih dahulu kepada murid tersebut. Jika masih tidak mendengar kata guru hendaklah bertindak dengan mengalihkan tumpuan kelas kepada murid itu. Hal ini akan menyebabkan murid berkenaan merasa dirinya diperhatikan seterusnya menyebabkan die menumpukan tumpuan semula kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P). ii
  • 13. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu Pn Kamisah Bte Buang. ii
  • 14. 8.0 Bibliografi Ee Ah Meng (1997) Pedagogi lll. Fajar bakti Sdn. Bhd. Eggen, P.D. , Kauchak, D.P (1998). Learning and teaching : research based methods. USA: Allyn & Bacon Howard gardner (1991), multiple intelegences : the theory in practice. Basic books, new york. Kamus dewan edisi ke – 4 (200..) Mok soon sang (2003), ilmu pendidikan untuk KPLI (sekolah rendah : komponen 1&2) psikologi pendidikan dan pedagogi. Kumpulan budiman sdn bhd, s. Jaya. Yaxley, B. G. Developing teachers‟ theories of teaching, falmer press, London, 1991. ii
  • 15. Isi Kandungan Perkara Muka Surat Biodata i Penghargaan ii 1.0 Pendahaluan 1 2-3 2.0 Sipnosis 2.1 watak dan perwatakan 4-5 3.0 Analsis kes 3.1 teori yang berkaitan kajian kes 5-6 4.0 model yang berkaitan kajian kes 4.1 model logikal Dreikurs 6- 7 5.0 strategi penyelesaian kajian kes 6.0 Rumusan 8 7.0 Refleksi Kajian Kes 9-13 Kekuatan dan kelemahan Hubungkait dengan konteks kurikulum sekarang Strategi, model dan teori yang terlibat 8.0 Bibliografi 14 9.0 Lampiran 15 Nota dan maklumat daripada internet Pembentangan powerpoint kumpulan ii
  • 16. Penghargaan Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku dengan jayanya. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Pn Kamisah Bte Buang kerana membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tidak lupa saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan- rakan sekelas saya kerana banyak membantu saya dalam menjalankan kajian kes ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua tidak saya lupakan. Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan – rakan saya agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih. ii