SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
1.0) TAJUK KAJIAN
‘Folio-Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei, Kertas II Bahagian A bagi mata
pelajaran Perdagangan dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat’.
2.0) NAMA PENYELIDIK
i) Nur Jauharatudini binti Noordin.
ii) Samsiah binti Hapi.
iii) Damsiah binti Darlis.
3.0) NAMA SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Perantau Damai,
26700 Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur.
4.0) LATAR BELAKANG KAJIAN
Mata pelajaran Perdagangan ialah satu mata pelajaran elektif untuk tingkatan empat dan
tingkatan lima dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan
Sastera Ikhtisas. Mata pelajaran ini memperkembang dan memperluas lagi pengetahuan dan
kemahiran asas perdagangan dan keusahawanan (kecuali aspek simpan kira) yang telah
dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah. Melaluinya
juga, nilai-nilai murni dan sikap positif yang berkaitan akan dapat dipupuk dan diperkukuhkan
lagi dalam kalangan pelajar.
Tujuan pendidikan Perdagangan ini adalah untuk memberi pendidikan perdagangan
dan keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan
prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang
bersangkutan. Dengan ini dapat membantu pelajar menjadi insan yang bertanggungjawab,
berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri,
sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa jua bidang yang diceburi
berlandaskan sikap amanah dan jujur, untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
1
KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
Merujuk kepada format menjawab soalan Perdagangan peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), huraian fakta bagi isi-isi penting merupakan aspek yang ditekankan bagi
memantapkan jawapan calon. Bagi mata pelajaran Perdagangan ini, kertas II mempunyai
pemberat 60 peratus daripada jumlah markah keseluruhan. Justeru, pelajar perlu memahami
konsep dan fakta-fakta penting bagi tajuk-tajuk tertentu supaya dapat memudahkan pelajar
membuat huraian yang bernas bagi soalan esei (bahagian A) dan soalan berbentuk kajian
kes (bahagian B)
5.0) PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan kepada permasalahan kajian ini, topik kertas kerja kajian tindakan ini diperoleh
hasil temubual yang dilakukan di antara pengkaji dengan guru Perdagangan tingkatan
empat, SMK Perantau Damai iaitu Puan Rozita bte Mohd Ghazali. Melalui temubual ini,
pengkaji dapat mengetahui serba sedikit mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar
Tingkatan 4 Cekap di sekolah tersebut dalam mendapatkan skor yang tinggi bagi mata
pelajaran Perdagangan. Didapati masih terdapat sebilangan pelajar yang tidak mengetahui
dan menguasai cara atau kaedah menjawab soalan esei, kertas II bahagian A. Walaupun
guru berkenaan telah menerangkan beberapa kali kaedah menjawab soalan berbentuk esei
semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas, namun pelajar tersebut
masih tidak dapat menghurai dan menghubungkaitkan jawapan mereka dengan tajuk-tajuk
yang telah dipelajari. Selain itu, maklumat berkaitan masalah ini juga diperoleh dan
dibincangkan melalui penggunaan laman web iaitu perhubungan melalui ‘Facebook’ dengan
menggunakan kaedah ‘chatting’ dan mesej.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji dan guru berkenaan terhadap para pelajar
Tingkatan 4 cekap, mereka didapati masih dapat memahami sesuatu topik yang diajarkan
semasa proses P&P dijalankan. Namun demikian, melalui pemerhatian kami ketika pelajar
dikehendaki menjawab soalan esei, didapati terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak
dapat menulis jawapan esei dengan baik, lebih mudah dan jelas. Hal ini kerana pelajar tidak
mengembangkan sesuatu isi penting itu untuk mengukuhkan lagi jawapan mereka. Bagi
mereka, mengingati isi penting itu adalah mudah, tetapi pelajar tidak tahu bagaimana untuk
menjawab soalan tersebut mengikut kehendak soalan. Di sini, pelajar secara tidak langsung
tidak menjawab soalan yang diberikan mengikut format yang betul walhal mereka tahu
jawapan bagi soalan tersebut. Kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran menghurai isi
2
KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
dan fakta jawapan dengan baik dan jelas dalam menjawab soalan esei menyebabkan
mereka sukar mendapatkan skor yang tinggi dalam peperiksaan.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri, terdapat dua
jangkaan yang menyebabkan pelajar tidak tahu teknik menjawab soalan esei dengan baik.
Pertama, pelajar mungkin tidak didedahkan dengan satu teknik khas atau cara yang
memudahkan mereka untuk mengingati fakta-fakta yang penting yang mempunyai
hubungkait dengan topik-topik yang lain dalam sesuatu topik yang dibincangkan. Selain itu,
guru dilihat lebih banyak menekankan teori pembelajaran semata-mata, di mana pelajar
mudah berasa bosan semasa proses P&P berlangsung. Hal ini kerana, bagi mata pelajaran
Perdagangan aktiviti di luar bilik darjah boleh dijalankan secara praktikal di mana ianya dapat
memberi gambaran kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan. Berdasarkan
pemerhatian dan praktikal yang pernah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini di tempat lain,
pelajar didapati lebih mudah mengingati sesuatu perkara itu berdasarkan praktikal
berbanding teori semata-mata.
6.0) FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Selain masalah yang wujud dalam menjawab soalan esei, kertas II bahagian A, pelajar juga
sebenarnya mempunyai kelemahan tertentu dalam menjawab soalan kertas I dan soalan
kertas II bahagian B. Namun, kajian ini hanya memfokus kepada kertas II bahagian A kerana
mendapati pelajar mempunyai kelemahan yang paling ketara dalam bahagian ini. Kajian ini
penting untuk dijalankan kerana guru perlu mengetahui punca kelemahan pelajar dalam
menghurai jawapan esei dan mengenal pasti kaedah yang paling berkesan untuk
meningkatkan kemahiran berfikir, menulis serta keyakinan pelajar dalam menjawab soalan.
Didapati, pelajar mengetahui isi penting bagi jawapan kepada soalan tersebut, tetapi
mereka mempunyai kesukaran dalam menyampaikan jawapan dalam bentuk esei yang jelas
dan tepat. Justeru, dalam kajian ini masalah berfokus kepada cara untuk menjawab soalan
esei, kertas II bahagian A.
Antara kelemahan yang dihadapi ialah:-
i. Pelajar tidak tahu untuk menghubungkaitkan isi penting dengan huraian yang
bersesuaian.
3
KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
ii. Pelajar tidak memahami kehendak soalan yang sebenar.
iii. Pelajar tidak dapat membezakan antara isi penting dengan konsep atau fakta bagi
sesuatu topik.
Contoh: sukar untuk membezakan konsep pengeluaran dengan kepentingan
pengeluaran.
7.0) OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian yang dijalankan, diharap agar pelajar-pelajar akan mencapai objektif
berikut:
7.1 Objektif Umum
i. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan esei Kertas II Bahagian
A Perdagangan.
7.2 Objektif Khusus
i. Memberi penekanan dan minat kepada pelajar dalam mata pelajaran
Perdagangan.
ii. Dapat membezakan topik-topik yang ada dari segi konsep, penggunaan,
kepentingan dan kesan-kesannya.
iii. Memahami sesuatu soalan berdasarkan kata kunci yang diberikan dan
dikaitkan dengan isi penting yang ada.
iv. Memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan aktiviti di luar bilik
darjah secara praktikal berbanding dengan teori semata-mata supaya
memudahkan mereka untuk mengingati sesuatu fakta atau isi penting.
v. Memberi idea kepada guru mata pelajaran dalam menyelesaikan masalah
dan mengatasi kelemahan pelajar berkenaan.
4
KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
8.0) METODOLOGI KAJIAN
8.1) Reka Bentuk Kajian
Metodologi ialah unsur penting dalam rancangan kajian tindakan supaya kajian tindakan
yang ingin dilaksanakan mencapai objektifnya. Penggunaan model kajian tindakan dapat
membantu penyelidik merancang langkah yang perlu dilaksanakan dalam kajian tindakan
yang dirancang dengan lebih tersusun. Hal ini seterusnya dapat memudahkan proses
pelaksanaan tindakan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Model kajian tindakan yang dipilih oleh penyelidik ialah Model Somekh (1989).
Menurut Somekh (1989), kajian tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang
melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk
memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Rajah 1 di bawah menunjukkan langkah-langkah
kajian tindakan dalam Model Somekh.
Rajah 1: Model Somekh (1989).
Terdapat lapan langkah dalam model kajian Somekh,1989. Pada langkah pertama,
penyelidik perlu mengenal pasti masalah atau memfokuskan kepada kajian yang diminati.
5
KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
Pada langkah dua, penyelidik perlu mengumpul data dan seterusnya menganalisis data atau
menghipotesis data pada langkah yang ketiga. Pada langkah keempat, penyelidik perlu
merancang pelan tindakan yang ingin dilakukan dan melaksanakan tindakan tersebut dalam
langkah kelima. Seterusnya pada langkah keenam penyelidik akan mengumpul data untuk
mengesahkan perubahan pelajarnya. Pada langkah yang ketujuh, penyelidik perlu
menganalisis dan menilai data yang diperolehi dan langkah ke lapan adalah putaran
seterusnya.
8.2) Sasaran Kajian
Kajian ini dilaksanakan secara kolaboratif di antara tiga orang pengkaji. Kumpulan sasaran
bagi kajian tindakan ini juga melibatkan seorang guru mata pelajaran Perdagangan dan
sebuah kelas pelajar Tingkatan 4 Cekap, seramai 35 orang.
8.3) Instrument Kajian
Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang dicadangkan, pengkaji telah meninjau
masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap keseriusan ketidakupayaan pelajar
dalam mengingati fakta dan menghurai jawapan bagi Kertas II Bahagian A, mata pelajaran
Perdagangan. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa ketidakupayaan mengingati fakta dan
menghurai jawapan ini menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam usaha membina
keyakinan pelajar untuk memahami fakta dan mengaplikasikanya dalam menjawab soalan
esei. Tinjauan dijalankan dengan mengutip data menggunakan kaedah-kaedah berikut:
8.3.1) Ujian-ujian Penilaian
a) Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada para pelajar Tingkatan 4 Cekap untuk mengesan sejauhmana
kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian pra ini
mengandungi 1 soalan esei dan perlu dijawab dalam masa 25 minit.
6
KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
b) Ujian Pos
Untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil, satu Ujian Post diberikan kepada pelajar.
Langkah dan soalan yang sama dengan Ujian Pra sebelum ini diberikan bertujuan untuk
menilai peningkatan dalam pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan menghurai jawapan
bagi soalan esei. Seterusnya pengkaji melakukan analisis untuk melihat perubahan dalam
peningkatan pengetahuan pelajar berkaitan kemahiran tersebut sebelum dan selepas
tindakan dijalankan.
8.3.2) Soal Selidik
Pengkaji juga akan mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca kelemahan
murid-murid ini tidak menguasai kemahiran tersebut. Borang soal selidik diberikan kepada
murid sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan ujian
pra dengan betul.
8.3.3) Pemerhatian
Pemerhatian secara langsung dilakukan supaya pengkaji dapat mengamati dan mengenal
pasti sesuatu tingkah laku. Pemerhatian dilakukan terhadap perubahan-perubahan tingkah
laku, mendengar, serta reaksi atau gerak balas terhadap sesuatu tindakan, keadaan atau
suasana yang wujud disebabkan tindakan, perkembangan hubungan dan interaksi dan
sebagainya di dalam bilik darjah sewaktu proses P&P berlaku.
8.4) METOD ANALISIS
8.4.1) Ujian-ujian Penilaian
Analisis markah pencapaian pelajar melalui Ujian Pra dan Ujian Post yang akan dijalankan.
8.4.2) Pemerhatian
7
KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
Pemerhatian secara langsung akan dilakukan oleh para pengkaji disertai dengan membuat
catatan tentang pergerakan, tindak balas dan keaktifan pelajar, suasana pembelajaran dan
penerimaan aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
8.5) PERANCANGAN TINDAKAN
8.5.1) Aktiviti yang Dirancang
Penyelidik memberi bimbingan klinikal kepada ketiga-tiga pelajar sasaran selama empat
minggu. Masa yang diperuntukkan adalah berbeza bagi setiap aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan ialah:
i) Aktiviti 1: Membuat Folio Perdagangan mengikut topik-topik yang telah diberikan.
ii) Aktiviti 2: Penulisan Jurnal
Kamus (DBP, 1993) mentakrifkan jurnal sebagai buku catatan harian. Kini, aktiviti
menulis jurnal jarang dilakukan di sekolah. Melalui penulisan jurnal, pelajar dapat menulis
catatan mereka mengenai apa yang telah dipelajari, pendapat, komen ataupun kritikan.
Secara tidak langsung, penulisan jurnal dapat membantu pelajar membiasakan diri membuat
penulisan. Penulisan ini akan dijalankan selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P). Mengambil masa lebih kurang 15 minit dan dilakukan sekali sahaja dalam setiap
minggu.
iii) Aktiviti 3: Pembentangan
Pembentangan merupakan aktiviti di mana pelajar diminta untuk menerangkan
kepada guru tentang kefahaman mereka tentang sesuatu topik yang diajar menggunakan
bahan yang disediakan. Pembentangan dilakukan pada akhir proses P&P supaya pelajar
dapat mengingati kembali topik yang diajar oleh guru sepanjang proses P&P. Aktiviti ini
membantu guru mengenalpasti sama ada proses P&P berjalan dengan baik iaitu sama ada
proses P&P mencapai objektif seperti yang dikehendaki oleh guru. Maklumat yang diperolehi
boleh digunakan oleh guru untuk menambahbaik proses P&P pada masa-masa akan datang.
8
KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
8.5.2) Bahan-bahan yang diperlukan
Jadual di bawah menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang
dirancang.
8.6) PELAKSANAAN TINDAKAN
8.6.1) Aktiviti 1: Folio
i) Memberi pelajar tajuk berkaitan dengan topik yang bersesuaian
ii) Memberi pelajar tempoh 2 minggu untuk menyiapkan folio tersebut
iii) Guru memberi arahan kepada pelajar cara dan teknik untuk membuat folio secara
ringkas dan tepat.
iv) Pelajar diarahkan untuk membuat huraian secara gambarajah, peta minda dan carta
aliran.
v) Tinjauan akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memudahkan pelajar
bertanya sebarang masalah berkaitan dengan proses membuat folio mereka.
vi) Pembetulan boleh dilakukan selepas guru membuat pemeriksaan sehingga folio yang
dikehendaki siap dilakukan.
vii) Pelajar mudah memahami dan mengaitkan sesuatu topik tersebut dengan lebih jelas
dan terperinci.
Bil AKTIVITI 1:
FOLIO
AKTIVITI 2:
PENULISAN JURNAL
AKTIVITI 3:
PEMBENTANGAN
1. Kertas Buku Latihan Kertas Mahjong
2. Pensil Rak Khas di dalam kelas Marker Pen
3. Pen
4. Kad Manila
5. Warna
6. Ring
9
KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
8.6.2) Aktiviti 2: Penulisan Jurnal
i) Pelajar perlu menyediakan sebuah buku latihan sama ada baru atau terpakai. Pelajar
perlu menulis nama masing-masing di atas kulit jurnal mereka.
ii) Setelah selesai proses P&P, dalam masa 15 minit pelajar akan menulis dalam jurnal
masing-masing tentang apa yang baru mereka pelajari, pendapat, komen ataupun
kritikan. Dengan cara ini, mereka boleh membuat renungan yang lebih menyeluruh.
iii) Setiap kali selepas pelajar menulis dalam jurnal, penyelidik akan membaca dan
menulis maklum balas penyelidik di bawah komen pelajar.
iv) Setelah selesai dibaca, buku jurnal itu akan dikembalikan ke rak buku yang
disediakan di dalam bilik darjah supaya pelajar bebas membacanya pada bila-bila
masa. Peyelidik akan sentiasa memberi maklum balas yang positif untuk
meningkatkan keyakinan pelajar melalui catatan penulisan mereka.
8.6.3) Aktiviti 3: Pembentangan
i) Pelajar sasaran seramai 3 orang dikehendaki duduk dalam 1 kumpulan dan
merumuskan tentang kefahaman mereka tentang topik yang telah diajar oleh guru
semasa proses P&P.
ii) Dengan menggunakan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong dan marker pen,
pelajar diminta melakarkan (peta minda) atau menulis kefahaman mereka pada kertas
mahjong.
iii) Pelajar kemudiannya diarahkan untuk membuat pembentangan di hadapan guru.
iv) Guru akan menilai kefahaman pelajar.
v) Guru akan membuat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan fakta atau konsep
dalam topik yang dibincangkan setelah mendengar pembentangan daripada pelajar.
vi) Aktiviti ini dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar
dalam memperbaiki kelemahan pelajar dalam menjawab soalan struktur kertas II
Bahagian A, Perdagangan.
10
KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
9.0) KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan menjadi panduan berguna kepada
pihak-pihak tertentu seperti Ahli Jawatankuasa Kajian Tindakan Sekolah Menengah
Kebangsaan Perantau Damai, Muadzam Shah, Pahang, guru-guru sekolah melalui aktiviti
perkembangan staf, dan juga guru-guru Perdagangan.
10.0) PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
10.1) Jadual Pelaksanaan Kajian
Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian
tindakan ini.
BIL. AKTIVITI
TARIKH
PELAKSANAAN
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 12 Julai 2010
2 Menulis proposal kajian 15 Julai 2010
3 Merancang tindakan 19 Julai 2010
4 Mesyuarat pembinaan ujian pra / pos 22 Julai 2010
5 Pelaksanaan ujian pra 26 Julai 2010
6 Memproses data ujian pra 29 Julai 2010
7 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 2 Ogos 2010
8 Analisis data untuk ujian pra dan pemerhatian 9 Ogos 2010
9 Pelaksanaan ujian pos 16 Ogos 2010
10 Refleksi kajian 23 Ogos 2010
11 Penulisan laporan kajian 24 Ogos 2010
12 Pembentangan dapatan kajian 2 September 2010
11
KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
10.2) Kos Kajian
Kos yang terlibat sepanjang perancangan kajian tindakan ini ditunjukkan pada jadual kos
kajian di bawah.
BIL. JENIS BAHAN
KUANTITI X HARGA
SEUNIT
JUMLAH KOS
1 Kertas A4 2 x RM 8.50 RM 17.00
2 Printer Cartridge 1 x RM 50.00 RM 50.00
3 Kamus Dewan 1 x RM 45.00 RM 45.00
4 Fotostat bahan & laporan kajian RM 30.00
5 Buku catatan guru 3 x RM 2.00 RM 6.00
JUMLAH
RM 148.00
12

More Related Content

What's hot

Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Junaidah Jusoh
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
firo HAR
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
Qamariah sabariah
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
Fawwaz Fathanah
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Pensil Dan Pemadam
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
GabanSiam
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
MahmudAhmad21
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
tbb7177
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Huiping Lu
 
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Liza Ahmad
 
Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaran
cik noorlyda
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
Lee Roy
 

What's hot (20)

Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianPerbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
 
Rubrik
RubrikRubrik
Rubrik
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Kritik artikel
Kritik artikelKritik artikel
Kritik artikel
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
 
Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaran
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 

Similar to Proposal Kajian Tindakan

Power point Proposal Kajian Tindakan
Power point Proposal Kajian TindakanPower point Proposal Kajian Tindakan
Power point Proposal Kajian Tindakan
Hamidah Samsiah
 
Proposal kajian tindakan Presentation
Proposal kajian tindakan PresentationProposal kajian tindakan Presentation
Proposal kajian tindakan Presentation
Hamidah Samsiah
 
Penerapan pembelajaran berbasis masalah
Penerapan pembelajaran berbasis masalahPenerapan pembelajaran berbasis masalah
Penerapan pembelajaran berbasis masalah
Wirawan Sutrisno Utomo
 
Marti enulis ptk yang praktis
Marti enulis ptk yang praktisMarti enulis ptk yang praktis
Marti enulis ptk yang praktis
Suaidin -Dompu
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
Izudin Hasan
 
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah kelas
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah kelasPengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah kelas
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah kelas
AmalinaAzizah
 

Similar to Proposal Kajian Tindakan (20)

Power point Proposal Kajian Tindakan
Power point Proposal Kajian TindakanPower point Proposal Kajian Tindakan
Power point Proposal Kajian Tindakan
 
Proposal kajian tindakan Presentation
Proposal kajian tindakan PresentationProposal kajian tindakan Presentation
Proposal kajian tindakan Presentation
 
Power Point Proposal
Power Point ProposalPower Point Proposal
Power Point Proposal
 
Penerapan pembelajaran berbasis masalah
Penerapan pembelajaran berbasis masalahPenerapan pembelajaran berbasis masalah
Penerapan pembelajaran berbasis masalah
 
Ptk jual-beli
Ptk jual-beliPtk jual-beli
Ptk jual-beli
 
Karya ilmiah faltin
Karya ilmiah faltinKarya ilmiah faltin
Karya ilmiah faltin
 
Bab i bilangan bulat
Bab i bilangan bulatBab i bilangan bulat
Bab i bilangan bulat
 
Marti enulis ptk yang praktis
Marti enulis ptk yang praktisMarti enulis ptk yang praktis
Marti enulis ptk yang praktis
 
Tugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghari
Tugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghariTugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghari
Tugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghari
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah kelas
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah kelasPengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah kelas
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah kelas
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Handout Pelatihan Penyusunan Proposal PTK
Handout Pelatihan Penyusunan Proposal PTKHandout Pelatihan Penyusunan Proposal PTK
Handout Pelatihan Penyusunan Proposal PTK
 
skripsi BaB I
skripsi BaB Iskripsi BaB I
skripsi BaB I
 
PTK PROPOSAL.docx
PTK PROPOSAL.docxPTK PROPOSAL.docx
PTK PROPOSAL.docx
 
PTK PROPOSAL..pdf
PTK PROPOSAL..pdfPTK PROPOSAL..pdf
PTK PROPOSAL..pdf
 
Demostratos
DemostratosDemostratos
Demostratos
 
Ipi350130
Ipi350130Ipi350130
Ipi350130
 
PTK.docx
PTK.docxPTK.docx
PTK.docx
 
PROPOSAL_PTK.pdf
PROPOSAL_PTK.pdfPROPOSAL_PTK.pdf
PROPOSAL_PTK.pdf
 

Recently uploaded

mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
saptari3
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
NurindahSetyawati1
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 

Recently uploaded (20)

mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 

Proposal Kajian Tindakan

  • 1. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 1.0) TAJUK KAJIAN ‘Folio-Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei, Kertas II Bahagian A bagi mata pelajaran Perdagangan dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat’. 2.0) NAMA PENYELIDIK i) Nur Jauharatudini binti Noordin. ii) Samsiah binti Hapi. iii) Damsiah binti Darlis. 3.0) NAMA SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Perantau Damai, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur. 4.0) LATAR BELAKANG KAJIAN Mata pelajaran Perdagangan ialah satu mata pelajaran elektif untuk tingkatan empat dan tingkatan lima dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Sastera Ikhtisas. Mata pelajaran ini memperkembang dan memperluas lagi pengetahuan dan kemahiran asas perdagangan dan keusahawanan (kecuali aspek simpan kira) yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah. Melaluinya juga, nilai-nilai murni dan sikap positif yang berkaitan akan dapat dipupuk dan diperkukuhkan lagi dalam kalangan pelajar. Tujuan pendidikan Perdagangan ini adalah untuk memberi pendidikan perdagangan dan keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang bersangkutan. Dengan ini dapat membantu pelajar menjadi insan yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa jua bidang yang diceburi berlandaskan sikap amanah dan jujur, untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. 1
  • 2. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN Merujuk kepada format menjawab soalan Perdagangan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), huraian fakta bagi isi-isi penting merupakan aspek yang ditekankan bagi memantapkan jawapan calon. Bagi mata pelajaran Perdagangan ini, kertas II mempunyai pemberat 60 peratus daripada jumlah markah keseluruhan. Justeru, pelajar perlu memahami konsep dan fakta-fakta penting bagi tajuk-tajuk tertentu supaya dapat memudahkan pelajar membuat huraian yang bernas bagi soalan esei (bahagian A) dan soalan berbentuk kajian kes (bahagian B) 5.0) PENYATAAN MASALAH Berdasarkan kepada permasalahan kajian ini, topik kertas kerja kajian tindakan ini diperoleh hasil temubual yang dilakukan di antara pengkaji dengan guru Perdagangan tingkatan empat, SMK Perantau Damai iaitu Puan Rozita bte Mohd Ghazali. Melalui temubual ini, pengkaji dapat mengetahui serba sedikit mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 Cekap di sekolah tersebut dalam mendapatkan skor yang tinggi bagi mata pelajaran Perdagangan. Didapati masih terdapat sebilangan pelajar yang tidak mengetahui dan menguasai cara atau kaedah menjawab soalan esei, kertas II bahagian A. Walaupun guru berkenaan telah menerangkan beberapa kali kaedah menjawab soalan berbentuk esei semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas, namun pelajar tersebut masih tidak dapat menghurai dan menghubungkaitkan jawapan mereka dengan tajuk-tajuk yang telah dipelajari. Selain itu, maklumat berkaitan masalah ini juga diperoleh dan dibincangkan melalui penggunaan laman web iaitu perhubungan melalui ‘Facebook’ dengan menggunakan kaedah ‘chatting’ dan mesej. Berdasarkan pemerhatian pengkaji dan guru berkenaan terhadap para pelajar Tingkatan 4 cekap, mereka didapati masih dapat memahami sesuatu topik yang diajarkan semasa proses P&P dijalankan. Namun demikian, melalui pemerhatian kami ketika pelajar dikehendaki menjawab soalan esei, didapati terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak dapat menulis jawapan esei dengan baik, lebih mudah dan jelas. Hal ini kerana pelajar tidak mengembangkan sesuatu isi penting itu untuk mengukuhkan lagi jawapan mereka. Bagi mereka, mengingati isi penting itu adalah mudah, tetapi pelajar tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan tersebut mengikut kehendak soalan. Di sini, pelajar secara tidak langsung tidak menjawab soalan yang diberikan mengikut format yang betul walhal mereka tahu jawapan bagi soalan tersebut. Kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran menghurai isi 2
  • 3. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN dan fakta jawapan dengan baik dan jelas dalam menjawab soalan esei menyebabkan mereka sukar mendapatkan skor yang tinggi dalam peperiksaan. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri, terdapat dua jangkaan yang menyebabkan pelajar tidak tahu teknik menjawab soalan esei dengan baik. Pertama, pelajar mungkin tidak didedahkan dengan satu teknik khas atau cara yang memudahkan mereka untuk mengingati fakta-fakta yang penting yang mempunyai hubungkait dengan topik-topik yang lain dalam sesuatu topik yang dibincangkan. Selain itu, guru dilihat lebih banyak menekankan teori pembelajaran semata-mata, di mana pelajar mudah berasa bosan semasa proses P&P berlangsung. Hal ini kerana, bagi mata pelajaran Perdagangan aktiviti di luar bilik darjah boleh dijalankan secara praktikal di mana ianya dapat memberi gambaran kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan. Berdasarkan pemerhatian dan praktikal yang pernah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini di tempat lain, pelajar didapati lebih mudah mengingati sesuatu perkara itu berdasarkan praktikal berbanding teori semata-mata. 6.0) FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Selain masalah yang wujud dalam menjawab soalan esei, kertas II bahagian A, pelajar juga sebenarnya mempunyai kelemahan tertentu dalam menjawab soalan kertas I dan soalan kertas II bahagian B. Namun, kajian ini hanya memfokus kepada kertas II bahagian A kerana mendapati pelajar mempunyai kelemahan yang paling ketara dalam bahagian ini. Kajian ini penting untuk dijalankan kerana guru perlu mengetahui punca kelemahan pelajar dalam menghurai jawapan esei dan mengenal pasti kaedah yang paling berkesan untuk meningkatkan kemahiran berfikir, menulis serta keyakinan pelajar dalam menjawab soalan. Didapati, pelajar mengetahui isi penting bagi jawapan kepada soalan tersebut, tetapi mereka mempunyai kesukaran dalam menyampaikan jawapan dalam bentuk esei yang jelas dan tepat. Justeru, dalam kajian ini masalah berfokus kepada cara untuk menjawab soalan esei, kertas II bahagian A. Antara kelemahan yang dihadapi ialah:- i. Pelajar tidak tahu untuk menghubungkaitkan isi penting dengan huraian yang bersesuaian. 3
  • 4. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN ii. Pelajar tidak memahami kehendak soalan yang sebenar. iii. Pelajar tidak dapat membezakan antara isi penting dengan konsep atau fakta bagi sesuatu topik. Contoh: sukar untuk membezakan konsep pengeluaran dengan kepentingan pengeluaran. 7.0) OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian yang dijalankan, diharap agar pelajar-pelajar akan mencapai objektif berikut: 7.1 Objektif Umum i. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan esei Kertas II Bahagian A Perdagangan. 7.2 Objektif Khusus i. Memberi penekanan dan minat kepada pelajar dalam mata pelajaran Perdagangan. ii. Dapat membezakan topik-topik yang ada dari segi konsep, penggunaan, kepentingan dan kesan-kesannya. iii. Memahami sesuatu soalan berdasarkan kata kunci yang diberikan dan dikaitkan dengan isi penting yang ada. iv. Memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan aktiviti di luar bilik darjah secara praktikal berbanding dengan teori semata-mata supaya memudahkan mereka untuk mengingati sesuatu fakta atau isi penting. v. Memberi idea kepada guru mata pelajaran dalam menyelesaikan masalah dan mengatasi kelemahan pelajar berkenaan. 4
  • 5. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 8.0) METODOLOGI KAJIAN 8.1) Reka Bentuk Kajian Metodologi ialah unsur penting dalam rancangan kajian tindakan supaya kajian tindakan yang ingin dilaksanakan mencapai objektifnya. Penggunaan model kajian tindakan dapat membantu penyelidik merancang langkah yang perlu dilaksanakan dalam kajian tindakan yang dirancang dengan lebih tersusun. Hal ini seterusnya dapat memudahkan proses pelaksanaan tindakan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan. Model kajian tindakan yang dipilih oleh penyelidik ialah Model Somekh (1989). Menurut Somekh (1989), kajian tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Rajah 1 di bawah menunjukkan langkah-langkah kajian tindakan dalam Model Somekh. Rajah 1: Model Somekh (1989). Terdapat lapan langkah dalam model kajian Somekh,1989. Pada langkah pertama, penyelidik perlu mengenal pasti masalah atau memfokuskan kepada kajian yang diminati. 5
  • 6. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN Pada langkah dua, penyelidik perlu mengumpul data dan seterusnya menganalisis data atau menghipotesis data pada langkah yang ketiga. Pada langkah keempat, penyelidik perlu merancang pelan tindakan yang ingin dilakukan dan melaksanakan tindakan tersebut dalam langkah kelima. Seterusnya pada langkah keenam penyelidik akan mengumpul data untuk mengesahkan perubahan pelajarnya. Pada langkah yang ketujuh, penyelidik perlu menganalisis dan menilai data yang diperolehi dan langkah ke lapan adalah putaran seterusnya. 8.2) Sasaran Kajian Kajian ini dilaksanakan secara kolaboratif di antara tiga orang pengkaji. Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini juga melibatkan seorang guru mata pelajaran Perdagangan dan sebuah kelas pelajar Tingkatan 4 Cekap, seramai 35 orang. 8.3) Instrument Kajian Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang dicadangkan, pengkaji telah meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap keseriusan ketidakupayaan pelajar dalam mengingati fakta dan menghurai jawapan bagi Kertas II Bahagian A, mata pelajaran Perdagangan. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa ketidakupayaan mengingati fakta dan menghurai jawapan ini menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam usaha membina keyakinan pelajar untuk memahami fakta dan mengaplikasikanya dalam menjawab soalan esei. Tinjauan dijalankan dengan mengutip data menggunakan kaedah-kaedah berikut: 8.3.1) Ujian-ujian Penilaian a) Ujian Pra Ujian pra diberikan kepada para pelajar Tingkatan 4 Cekap untuk mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian pra ini mengandungi 1 soalan esei dan perlu dijawab dalam masa 25 minit. 6
  • 7. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN b) Ujian Pos Untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil, satu Ujian Post diberikan kepada pelajar. Langkah dan soalan yang sama dengan Ujian Pra sebelum ini diberikan bertujuan untuk menilai peningkatan dalam pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan menghurai jawapan bagi soalan esei. Seterusnya pengkaji melakukan analisis untuk melihat perubahan dalam peningkatan pengetahuan pelajar berkaitan kemahiran tersebut sebelum dan selepas tindakan dijalankan. 8.3.2) Soal Selidik Pengkaji juga akan mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca kelemahan murid-murid ini tidak menguasai kemahiran tersebut. Borang soal selidik diberikan kepada murid sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan ujian pra dengan betul. 8.3.3) Pemerhatian Pemerhatian secara langsung dilakukan supaya pengkaji dapat mengamati dan mengenal pasti sesuatu tingkah laku. Pemerhatian dilakukan terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta reaksi atau gerak balas terhadap sesuatu tindakan, keadaan atau suasana yang wujud disebabkan tindakan, perkembangan hubungan dan interaksi dan sebagainya di dalam bilik darjah sewaktu proses P&P berlaku. 8.4) METOD ANALISIS 8.4.1) Ujian-ujian Penilaian Analisis markah pencapaian pelajar melalui Ujian Pra dan Ujian Post yang akan dijalankan. 8.4.2) Pemerhatian 7
  • 8. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN Pemerhatian secara langsung akan dilakukan oleh para pengkaji disertai dengan membuat catatan tentang pergerakan, tindak balas dan keaktifan pelajar, suasana pembelajaran dan penerimaan aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 8.5) PERANCANGAN TINDAKAN 8.5.1) Aktiviti yang Dirancang Penyelidik memberi bimbingan klinikal kepada ketiga-tiga pelajar sasaran selama empat minggu. Masa yang diperuntukkan adalah berbeza bagi setiap aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan ialah: i) Aktiviti 1: Membuat Folio Perdagangan mengikut topik-topik yang telah diberikan. ii) Aktiviti 2: Penulisan Jurnal Kamus (DBP, 1993) mentakrifkan jurnal sebagai buku catatan harian. Kini, aktiviti menulis jurnal jarang dilakukan di sekolah. Melalui penulisan jurnal, pelajar dapat menulis catatan mereka mengenai apa yang telah dipelajari, pendapat, komen ataupun kritikan. Secara tidak langsung, penulisan jurnal dapat membantu pelajar membiasakan diri membuat penulisan. Penulisan ini akan dijalankan selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Mengambil masa lebih kurang 15 minit dan dilakukan sekali sahaja dalam setiap minggu. iii) Aktiviti 3: Pembentangan Pembentangan merupakan aktiviti di mana pelajar diminta untuk menerangkan kepada guru tentang kefahaman mereka tentang sesuatu topik yang diajar menggunakan bahan yang disediakan. Pembentangan dilakukan pada akhir proses P&P supaya pelajar dapat mengingati kembali topik yang diajar oleh guru sepanjang proses P&P. Aktiviti ini membantu guru mengenalpasti sama ada proses P&P berjalan dengan baik iaitu sama ada proses P&P mencapai objektif seperti yang dikehendaki oleh guru. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan oleh guru untuk menambahbaik proses P&P pada masa-masa akan datang. 8
  • 9. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 8.5.2) Bahan-bahan yang diperlukan Jadual di bawah menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang dirancang. 8.6) PELAKSANAAN TINDAKAN 8.6.1) Aktiviti 1: Folio i) Memberi pelajar tajuk berkaitan dengan topik yang bersesuaian ii) Memberi pelajar tempoh 2 minggu untuk menyiapkan folio tersebut iii) Guru memberi arahan kepada pelajar cara dan teknik untuk membuat folio secara ringkas dan tepat. iv) Pelajar diarahkan untuk membuat huraian secara gambarajah, peta minda dan carta aliran. v) Tinjauan akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memudahkan pelajar bertanya sebarang masalah berkaitan dengan proses membuat folio mereka. vi) Pembetulan boleh dilakukan selepas guru membuat pemeriksaan sehingga folio yang dikehendaki siap dilakukan. vii) Pelajar mudah memahami dan mengaitkan sesuatu topik tersebut dengan lebih jelas dan terperinci. Bil AKTIVITI 1: FOLIO AKTIVITI 2: PENULISAN JURNAL AKTIVITI 3: PEMBENTANGAN 1. Kertas Buku Latihan Kertas Mahjong 2. Pensil Rak Khas di dalam kelas Marker Pen 3. Pen 4. Kad Manila 5. Warna 6. Ring 9
  • 10. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 8.6.2) Aktiviti 2: Penulisan Jurnal i) Pelajar perlu menyediakan sebuah buku latihan sama ada baru atau terpakai. Pelajar perlu menulis nama masing-masing di atas kulit jurnal mereka. ii) Setelah selesai proses P&P, dalam masa 15 minit pelajar akan menulis dalam jurnal masing-masing tentang apa yang baru mereka pelajari, pendapat, komen ataupun kritikan. Dengan cara ini, mereka boleh membuat renungan yang lebih menyeluruh. iii) Setiap kali selepas pelajar menulis dalam jurnal, penyelidik akan membaca dan menulis maklum balas penyelidik di bawah komen pelajar. iv) Setelah selesai dibaca, buku jurnal itu akan dikembalikan ke rak buku yang disediakan di dalam bilik darjah supaya pelajar bebas membacanya pada bila-bila masa. Peyelidik akan sentiasa memberi maklum balas yang positif untuk meningkatkan keyakinan pelajar melalui catatan penulisan mereka. 8.6.3) Aktiviti 3: Pembentangan i) Pelajar sasaran seramai 3 orang dikehendaki duduk dalam 1 kumpulan dan merumuskan tentang kefahaman mereka tentang topik yang telah diajar oleh guru semasa proses P&P. ii) Dengan menggunakan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong dan marker pen, pelajar diminta melakarkan (peta minda) atau menulis kefahaman mereka pada kertas mahjong. iii) Pelajar kemudiannya diarahkan untuk membuat pembentangan di hadapan guru. iv) Guru akan menilai kefahaman pelajar. v) Guru akan membuat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan fakta atau konsep dalam topik yang dibincangkan setelah mendengar pembentangan daripada pelajar. vi) Aktiviti ini dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar dalam memperbaiki kelemahan pelajar dalam menjawab soalan struktur kertas II Bahagian A, Perdagangan. 10
  • 11. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 9.0) KEPENTINGAN KAJIAN Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan menjadi panduan berguna kepada pihak-pihak tertentu seperti Ahli Jawatankuasa Kajian Tindakan Sekolah Menengah Kebangsaan Perantau Damai, Muadzam Shah, Pahang, guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf, dan juga guru-guru Perdagangan. 10.0) PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN 10.1) Jadual Pelaksanaan Kajian Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian tindakan ini. BIL. AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 12 Julai 2010 2 Menulis proposal kajian 15 Julai 2010 3 Merancang tindakan 19 Julai 2010 4 Mesyuarat pembinaan ujian pra / pos 22 Julai 2010 5 Pelaksanaan ujian pra 26 Julai 2010 6 Memproses data ujian pra 29 Julai 2010 7 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 2 Ogos 2010 8 Analisis data untuk ujian pra dan pemerhatian 9 Ogos 2010 9 Pelaksanaan ujian pos 16 Ogos 2010 10 Refleksi kajian 23 Ogos 2010 11 Penulisan laporan kajian 24 Ogos 2010 12 Pembentangan dapatan kajian 2 September 2010 11
  • 12. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 10.2) Kos Kajian Kos yang terlibat sepanjang perancangan kajian tindakan ini ditunjukkan pada jadual kos kajian di bawah. BIL. JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT JUMLAH KOS 1 Kertas A4 2 x RM 8.50 RM 17.00 2 Printer Cartridge 1 x RM 50.00 RM 50.00 3 Kamus Dewan 1 x RM 45.00 RM 45.00 4 Fotostat bahan & laporan kajian RM 30.00 5 Buku catatan guru 3 x RM 2.00 RM 6.00 JUMLAH RM 148.00 12