SlideShare a Scribd company logo
1 of 59
BAB 2
TEORI DAN KONSEP KONSEP ASAS
BAB 2
TEORI DAN KONSEP ASAS HUBUNGAN DALAM ETNIK

ZT1043m
ZT1043m
LIPUTAN KULIAH
• Pengenalan

•Teori Hubungan Etnik
Teori Ekologi
Teori Freudian
Teori Struktur Fungsionalisme
Teori Kelas
Teori Masyarakat Majmuk
Teori Pasaran Buruh Terpisah
Teori Pilihan Rasional Tentang Hubungan Etnik
LIPUTAN KULIAH
• Konsep Konsep Hubungan Etnik
Konsep Masyarakat
Masyarakat Majmuk
Konsep Kebudayaan

Konsep Ras
Konsep Etnik
Konsep Perpaduan dan Integrasi
TEORI HUBUNGAN ETNIK
1. TEORI EKOLOGI
Diperkenalkan oleh Robert E.Park (sarjana sosiologi terawal
membincangkan persoalan ras dan beliau banyak dipengaruhi oleh
Charles Darwin mengenai teori survival of the fittest.
Menurut Park, manusia mewarisi 2 perkara
1. Mewarisi pusaka biological yg dipindahkan melalui perkahwinan.
2. Sebagai ahli kumpulan social, manusia memindahkannya melalui
komunikasi warisan social kumpulannya.

Teori Park dirumuskan kepada 4 asal-usul:
TEORI HUBUNGAN ETNIK
 Teori Ekologi

Teori Park dirumuskan kpd 4 unsur

1. Penghijrahan membawa bersama dalam perhubungan yg tidak sama rata,
manusia yg memiliki fenotaip yg berbeza.
2. Dalam perhubungan persaingan, individu-individu sedar ciri-ciri status yang
membezakan mereka.
3. Manusia yg berstatus tinggi tidak mahu bersaing atas dasar sama rata
dengan mereka yg memiliki status rendah; kumpulan yg kemudian ini
dianggap memiliki kategori semulajadi tersendiri dan dgn itu layak berada di
tempat yg lain dlm pembahagian buruh.
4. Prejudis ialah luahan kesedaran kumpulan oleh kelompok manusia yg
istemewa, yg mempertahankan kepentingan mereka dan memperkukuh
struktur kategori itu.
TEORI HUBUNGAN ETNIK
2. TEORI FREUDIAN
Teori ini merujuk kepada konsep prejudis sbg satu sikap utk mempertahankan hak org kulit putih.
Dollard (1937) yg mengaplikasikan teori ini mengusulkan;
I.

Kehidupan social mengakibatkan lahir pelbagai kekecewaan psikologidalam diri individu.
Kekecewaan itu dikurangkan dgn melepaskan geram dan kekerasan kpd kumpulan sasaran
tertentu

I.

Bagi orang kulit putih , kehitaman dikaitkan dgn ketakutan dan keinginan yg terpendam.

I.

Semakin lemah sesebuah kumpulan minority adalah semakin sesuai kelompok ini dijadikan
sasaran.

I.

Di mana sahaja kekerasan secara berterusan diluahkan, ianya akan diikuti oleh kekerasan
melimpah hingga menambahkan lagi elemen irasional kpd tindakan rasional pada peringkat
awal lagi.
TEORI HUBUNGAN ETNIK
3. Teori Struktur-Fungtionalisme
Teori ini pernah dirujuk oleh Talcott Parsons (1975), W.Lloyd
Warner(1945), Kingsley Davis(1948) dan Gunnar Myrdal(1944). Teori
ini membayangkan individu bertindak secara intensif dan dikawal oleh
hokum dan denda. Individu mengejar kepentingannya tetapi
masyarakat mengikut kepentingan ini dalam pola yg sama sebab
wujudnya pembahagian buruh dan individu juga berkongsi nilai
bersama yang memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat.
TEORI HUBUNGAN ETNIK
4. Teori Kelas
 Diperkenal – Oliver Cox (1948) dgn merujuk masalah kelas dan kasta
di Amerika
 Usul:
1. Kapitalis mengaut keuntungan dan meletakkan buruh kelas
bawahan
2. Mendukung ketidaksamarataan iaitu kulit putih dan hitam
3. Wujud ras kr menguntungkan kapitalis
TEORI HUBUNGAN ETNIK
5. Masyarakat majmuk
• J. S Furnivall (1948) dan M. G. Smith (1965) yang menggunakan konsep
masyarakat majmuk untuk mengenal pasti masyarakat di Asia Tenggara di
mana wujud satu rantai manusia seperti orang Eropah, Cina, India dan
pelbagai kumpulan anak tempatan. Masyarakat majmuk itu didefinisikan
sebagai mereka bergaul tetapi tidak bergabung.
• Setiap kumpulan berpegang dengan agama masing-masing, kebudayaan,
bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. Sebagai individu mereka bertemu,
tetapi hanya di pasar iaitu semasa membeli dan menjual.
• Wujud satu masyarakat plural di mana pelbagai bahagian komuniti hidup
sebelah menyebelah, tetapi berasingan dalam unit politik yang sama.
Manakala dalam bidang ekonomi berlaku pembahagian buruh mengikut
garisan ras
• Loe Kuper (1974-1977) mengkritik teori struktur fungtionalisme dan
Marxisme kerana tidak menjelaskan teori masyarakat yang dipisahkan
oleh etnik dan ras.
• Usul:
1. Masyrakat dibezakan dgn fenotaip, ekonomi dan politik
2. konflik berlaku disebabkan garis pemisah ras, bukan kelas
3. ras ditentukan oleh sejarah
TEORI HUBUNGAN ETNIK
6. Teori HE: Pasaran Buruh Terpisah
• Diperkenal – Edna Bonacich (1972) akibat perebutan kuasa dlm
pasaran buruh
• Ciri
1. Buruh dipisahkan dgn garis etnik
2. tiga kelas utama i. peniaga nak buruh murah ii. Buruh yang
dibayar gaji tinggi disaingi dgn buruh murah iii. Buruh murah
dikuasai oleh peniaga
TEORI HUBUNGAN ETNIK
7. Teori HE; Pilihan Rasional

• Teori Pilihan Rasional yang menjurus kepada realiti sosial dengan cara
melihat pilihan tingkah laku manusia di peringkat individu dan
kumpulan.
• Teori ini dipopularkan antara lain oleh Thomas Sowell (1975), Thomas
Schelling (1978), Michael Banton (1983) dan Mansor Mohd. Noor
(2000).
• Teori pilihan rasional tentang hubungan etnik mengandaikan;
• individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza dan bertindak untuk
memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial.
• Manakala tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan
terhadap kelompok sebayanya.
• Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan
tertutup.
• Seterusnya, semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat, individu
berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu lain yang terlibat
hingga terbina ikatan sosial di antara individu.
• Namun, apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi
kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, dia akan berpaling kepada soal-soal
keagamaan dan ketuhanan
KONSEP KONSEP HUBUNGAN ETNIK
Konsep Masyarakat
• Definisi Masyarakat :Kamus Dewan :kumpulan manusia, yang hidup
bersama,di sesuatu tempat,dengan aturan tertentu.
• Lucy Mair – satu gagasan yang terdiri drp manusia yang saling
berhubung secara kolektif dgn hak dan tanggungjawab yang saling
mengiktiraf
Konsep Masyarakat
Ciri-Ciri Masyarakat
1. Manusia Yang Hidup Berkelompok
1. Satu hakikat yang nyata di kalangan manusia ialah mereka hidup bersama
dan membentuk kelompok.
2. Kelompok ini yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu
sama lain dan saling bergantungan.
3. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang
manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung
kepada manusia lain.
Konsep Masyarakat
Ciri-ciri Masyarakat
2. Melahirkan Kebudayaan
• Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya.
• Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan
kebendaan.
• Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses
penyesuaian.
Konsep Masyarakat
• Ciri-ciri Masyarakat
3. Mengalami Perubahan
• Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan.
• Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu
sendiri.
• Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan
perubahan kepada masyarakat itu.
Konsep Masyarakat
Ciri-ciri Masyarakat
4.Terdapat Kepimpinan
• Dalam Masyarakat wujud kepimpinan. Setiap individu dilahirkan
sebagai peminpin. Mereka boleh berperanan sebagai pemimpin
dikalangan keluarga, komuniti, daerah,negeri dan Negara.
Konsep Masyarakat
5. Stratifikasi Sosial
• Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang
harus dimainkannya atau merujuk kepada susun lapis masyarakat.
• Stratifikasi sosial dibahagikan kepada tiga:
• kelas,
• status
• kasta
• Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat
berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang
kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan.
• Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh
individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran
iaitu Haji, Lebai, Dato’ dan sebagainya.
• Kasta ialah kelas sosial yang keahliannya ditentukan hanya
melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku
mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional
India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria,
Vaisya dan Sudra.
Budaya
• Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai ‘The way of life of a people,
including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought
and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too persive to be readily
noticed from within’.
•
• Budaya dapat didefinisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota
kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh
mereka sebagai anggota masyarakat
• Budaya boleh dibahagikan kepada dua:
• budaya kebendaan
• budaya bukan kebendaan

• Budaya kebendaan
• peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya.
• Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan
orang Inggeris atau orang Eskimo.

• Budaya bukan kebendaan
• kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
• Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbezabeza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat
Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak
perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri)
perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki
Ciri-Ciri Budaya
• Dipelajari
• Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari

• Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada
beberapa faktor iaitu:
• i.
Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran,
latihan dan sebagainya.
• ii.
Nilai yang mendapat keutamaan dalam
masyarakat itu.
• iii.
Umur seseorang.
• iv.
Tahap pendidikan
• v.
Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

sekolah, institusi
sesebuah
Ciri Budaya
• Perkongsian
• Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu diramal dan
didokong oleh sekumpulan manusia.
• Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat
menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana
dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

• Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk
dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam
masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan
bukannya perlakuan masyarakat.
Ciri Budaya
• Kesejagatan
• Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua
kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki
kebudayaan.
• budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor
pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

• Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua
budaya iaitu:
•
•
•
•
•
•
•

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
sistem sosial.
bahasa.
kesenian.
sistem pengetahuan.
agama dan kepercayaan.
Ciri Budaya
• Diwarisi
• Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini
bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini
adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu.
• Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu
juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan
hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.
Ciri Budaya
• Berubah
• Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami
perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan
proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan dengan
rumah beratap rumbia.
• Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti
perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun,
perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.
• Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:
• i.

•
•
•
•
•

ii.
iii.
iv.
v.
vi.

pertambahan bilangan anggota masyarakat.
pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
penemuan dan penciptaan teknologi baru.
pertembungan budaya.
konflik yang berlaku.
perubahan alam sekitar.
Ciri Budaya
• Perlambangan
• Perlambangan ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan
makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo,
lambaian tangan dan sebagainya.
• Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan
berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.
Ciri Budaya
• Pandangan Semesta
• Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
• Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam
sekitarnya.
• Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan
bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak
nasi) dan sebagainya.
Masyarakat Majmuk
• Masyarakat yg terdiri drp pelbagai kelompok ras dan etnik berlainan
di bawah satu ssistem pemerintahan
• Diperkenalkan oleh J.S Furnivall (1948)
• M.S. Smith (1960) – masyarakat yang mempunyai kepelbagaian
budaya yang wujud atas dasar konflik dan paksaan dan bukan atas
nilai bersama

ZT1042
• Masyarakat Kepelbagaian
• Tidak lagi dicirikan dgn perbezaan besar dari segi ekonomi
• Masyarakat Malaysia lebih kpd masyarakat kepelbagaian, kurang konflik

ZT1042
Konsep Etnik
• Berasal dari perkataan ethnos
• Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara
serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
• Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula
etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri
budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
• Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak
memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau
membuang unsur sesuatu kaum
• Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.
• Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu
mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri.
• Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai
kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza

.
• Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak
memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau
membuang unsur sesuatu kaum
• Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.
• Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu
mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri.
• Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai
kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza

.
Konsep Etnisiti
• Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik
tertentu.
• Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya jelas di mana
anggotanya berasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan
tingkah laku yang sama.
Etnosentrisme
• Manakala etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa
bangga yang wujud dikalangan anggota sesebuah kelompok etnik
bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat
daripada kelompok lain.
• Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif melihat
kelompok etnik lain daripada lensa dan kacamata etnik sendiri.
Konsep Ras dan Rasisme
• Istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun membawa
makna berbeza.
• Di Malaysia, istilah ras dan etnik sering kali dicampuraduk dan digunakan secara
bertukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.
• Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak
sepatutnya dikenali sebagai etnik tetapi juga dipanggil ras dalam kehidupan
seharian.
• Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang
mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata,
seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan selainnya.
• Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah
warna kulit.
• Manakala rasisme ditakrifkan sebagai pandangan,
pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial atau para anggotanya mengenai
sesuatu kelompok lain berdasarkan perbedaan wajah
fizikal-bilogikal atau ras semata-mata dan ini
ditunjukkan secara terbuka melalui prilaku atau
tindakan terbuka.
• Rasisme adalah gabungan prejudis dan kuasa
diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna
kulit, mata dan ciri-ciri fizikal-biologikal selainnya.
• Rasisme wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan tahap
institusi.
• Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk
kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi
dan ada yang berstatus lebih rendah.
• Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk
kepercayaan dan sikap individu.
•
• Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan
pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk
ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.
• Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat di
dalam struktur sosial.
Jarak Sosial
• Merujuk kpd pengasingan secara fizikal atau emosi antara individu
yang mempunyai perbezaan tanggapan
• Wujud kr sikap negatif terhadap etnik lain, perbezaan tempat tinggal,
pekerjaan, bahasa, agama, adat dan etnik

ZT1042
Integrasi
• Integrasi Sosial – merujuk kpd proses menyatupadukan pelbagai
kelompok dlm masyrakat melalui satu identiti bersama

ZT1043m
• Akomodasi
• Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan
nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun,
mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara
satu sama lain.
• Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai
wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka
saling bergantungan.
• Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan
etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman,
Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara
mereka

A+B+C=A+B+C
• Akulturasi
• Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan
di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berlainan.
• Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan
suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur
dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga
unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan
diolah ke dalam kebudayaan sendiri.
• Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang
menerima.
• Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku
pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih
kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses
pinjam-meminjam.
• Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara
langsung dan kemudian diolah dan dijadikan unsur
kebudayaan sendiri.
• Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti
penggunaan tali leher, ‘angpow’, makanan, hiburan dan
sebagainya
• Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:
• i. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima
seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan
tersebut memberi manfaat yang besar.
• ii.Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan
sukar diterima seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya.

A + B + C = Ai + Bi + Ci
• Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:
• i. Etnik yang berbeza budaya.
• ii.Individu di dalam atau di antara etnik
sering berinteraksi.
• iii.
Interaksi berlaku dalam tempoh yang
lama.
• Kejayaan asimilasi bergantung kepada:
• i.
•
•
•
•

Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan
identiti mereka dan menerima identiti etnik
lain.
ii.Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik
lain.
iii.
Perbezaan saiz kelompok majoriti dan
minoriti tidak besar atau kelompok minoriti
adalah kecil.
iv.
Terdapat banyak persamaan budaya antara
etnik.
v. Penguasaan dalam sesuatu bidang
khususnya etnik minoriti akan menyukarkan
proses asimilasi.
• Faktor penghalang asimilasi ialah:
• i. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga
menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.
• ii.Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari
etnik lain.
• iii.
Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang
terlibat.

A+B+C=A
Konsep Prejudis dan Stereotaip
• Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif yang tersemat di dalam hati seseorang
atau satu kelompok etnik, yang sering tidak diluahkan secara terbuka, mengenai ahli
atau kelompok etnik lain.
• Selalunya pandangan ini adalah tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau
mencukupi. Apabila prejudis disuarakan ianya menjadi stereotaip.
• Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah etnik memandangn negatif terhadap
etnik lain. Mengubah prejudis yang tinggi terhadap sesebuah etnik lain adalah sukar
diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa
pemahaman tersebut adalah salah.
• Prejudis yang wujud biasanya berasaskan sokongan yang aktif daripada masyarakat
sekeliling. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan dari satu generasi
kepada satu generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila
berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dari aspek
politik, ekonomi sosial dan sebagainya.
• Manakala stereotaip pula ialah kenyataan-kenyataan umum yang negatif
terhadap sesuatu etnik seperti semua orang Arab itu Islam, orang Belanda
itu kedekut dan sebagainya.
• Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang
sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu etnik
oleh etnik lain. Ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih
komuniti etnik.
• Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam
kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia.
• Ini kerana fahaman stereotaip akan menjadikan sesuatu etnik itu akan
memandang rendah kepada etnik lain dan seterusnya membawa implikasi
kepada terbatasnya interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat
perkauman yang menebal.
Konsep Diskriminasi
• Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau
sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi prilaku pihak
yang berpandangan negatif.
•
• Ringkasnya, diskriminasi adalah perbuatan membezakan seseorang individu atau sesuatu
kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
• Diskriminasi merupakan hasil terjemahan daripada prasangka yang ada pada sesuatu etnik.
• Ia semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah
masyarakat, sama ada di peringkat individu ataupun kumpulan etnik.
Interaksi sosial
• Proses sosial yang melibatkan dua atau lebih individu atau kelompok
yg saling membalas tingkah laku dan mempengaruhi

ZT1042
Etnik dan Ras dlm Konteks HE di Malaysia
• Amalan mengaitkan konsep ras dengan ciri-ciri fizikal dan etnik dengan ciri-ciri kebudayaan
seseorang individu itu sudah diterima pakai secara meluas.
• Namun demikian, batas dalam sesuatu kumpulan etnik dan ras tidaklah begitu jelas dan tetap
seperti yang diandaikan oleh orang ramai. Kedua-dua konsep ini sering bertindih dan dalam
banyak perkara maknanya kabur.
• Individu daripada kumpulan ras dan etnik yang berlainan juga boleh berkahwin dan menghasilkan
percampuran ras. Percampuran ras ini menyebabkan ciri-ciri fizikal seperti warna kulit dan
sebagainya berubah.

•

ZT1042
• Di Malaysia, konsep ras tidak digunakan dalam memahami hubungan
antara rakyat yang pelbagai budaya.
• Konsep yang digunakan untuk mentakrifkan kaum Melayu ialah konsep
etnik iaitu bercirikan budaya, bahasa dan agama (Fazilah Idris 2008).
• Konsep etnik telah diguna pakai di Alam Melayu sebelum kedatangan
penjajah Barat lagi. Jelas menunjukkan bahawa orang Melayu ditakrifkan
berdasarkan konsep etnik, bukan ras.
• Penggunaan konsep ras akan menyulitkan pengkategorian kumpulan
Melayu disebabkan berlakunya percampuran ras dengan tiga kategori
fenotaip, pertama, fenotaip Kaukasian seperti orang Inggeris, Belanda,
Turki, Arab, Portugis, India dan lain-lain, kedua fenotaip Mongoloid seperti
Cina, orang rumpun Melayu, orang Asli dan lain-lain dan ketiga ialah
fenotaip Afrika (Nur Syam 2007). Percampuran ras tiga kategori fenotaip ini
telah menyebabkan ciri-ciri fizikal orang Melayu menjadi kabur (Mansor
Mohd Noor 2005).

ZT1042
2.6 Kesimpulan
• 1. Masyarakat Malaysia mempunyai unsur dalaman yg
positif ke arah perpaduan spt yg terkandung dalam
Kebudayaan Kebangsaan
• 2. Kebudayaan Kebangsaan yg menyatukan
kebudayaan asal, asing dan Islam adalah wahana
hubungan etnik yg ampuh dlm mencapai perpaduan
acuan Malaysia.

ZT1042
Tamat

More Related Content

What's hot

Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikINSTAQLIM
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8  pemerkasaan _ pendidikanBab 8  pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikanINSTAQLIM
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikFarid Hasan
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosialHalizawwh
 
Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2Fadhil Ismail
 
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Norisuwanah Jaffar
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi barumunnianwar
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsasafeqa
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaCTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaMahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan EtnikWanBK Leo
 
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)surrenderyourthrone
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasiINSTAQLIM
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Dinesh Madhavan
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 

What's hot (20)

Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8  pemerkasaan _ pendidikanBab 8  pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikan
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosial
 
Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2
 
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsa
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaCTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
 
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
 
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnik
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
 
Bab 3.
Bab 3.Bab 3.
Bab 3.
 

Similar to Bab 2power point

He bab 2 (a)
He bab 2 (a)He bab 2 (a)
He bab 2 (a)farah6919
 
Masyarakat multikultural sosiologi kelas xi
Masyarakat multikultural sosiologi kelas xiMasyarakat multikultural sosiologi kelas xi
Masyarakat multikultural sosiologi kelas ximeldaayub
 
Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Zubidah Naim
 
Sosiologi sebagai ilmu pengetahuan
Sosiologi sebagai ilmu pengetahuanSosiologi sebagai ilmu pengetahuan
Sosiologi sebagai ilmu pengetahuanayu larissa
 
Pancasila Sebagai Ideologi
Pancasila Sebagai IdeologiPancasila Sebagai Ideologi
Pancasila Sebagai IdeologiMuhammad Ridwan
 
Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Jean Dcedric
 
Konsep konsep asas hubungan etnik
Konsep konsep asas hubungan etnikKonsep konsep asas hubungan etnik
Konsep konsep asas hubungan etnikFirdaus Khalid
 
Masyarakat Multikultural
Masyarakat MultikulturalMasyarakat Multikultural
Masyarakat Multikulturaltuti handayani
 
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Muhd Hasrul
 
Manusia dan masyarakat
Manusia dan masyarakatManusia dan masyarakat
Manusia dan masyarakatfeggyernes
 
Manusia dan Kebudayaan
Manusia dan KebudayaanManusia dan Kebudayaan
Manusia dan KebudayaanValentinusAdr
 
Topik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikTopik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikDatoknye
 
ar__sos_bud_007_lengkap.ppt
ar__sos_bud_007_lengkap.pptar__sos_bud_007_lengkap.ppt
ar__sos_bud_007_lengkap.pptFajarSubekti7
 
ideologi-pendidikan-.ppt
ideologi-pendidikan-.pptideologi-pendidikan-.ppt
ideologi-pendidikan-.pptkontalkantul1
 
Bab 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MA.pptx
Bab 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MA.pptxBab 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MA.pptx
Bab 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MA.pptxSharmillisaSulydia
 
Sosiologi - Kebudayaan dan kepribadian
Sosiologi - Kebudayaan dan kepribadianSosiologi - Kebudayaan dan kepribadian
Sosiologi - Kebudayaan dan kepribadianAthia Nabila Faqiha
 
TUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdf
TUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdfTUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdf
TUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdfAmbarwati7620
 
Sosiologi by dwi ayu
Sosiologi by dwi ayuSosiologi by dwi ayu
Sosiologi by dwi ayuDwi Ayu
 

Similar to Bab 2power point (20)

He bab 2 (a)
He bab 2 (a)He bab 2 (a)
He bab 2 (a)
 
Masyarakat multikultural sosiologi kelas xi
Masyarakat multikultural sosiologi kelas xiMasyarakat multikultural sosiologi kelas xi
Masyarakat multikultural sosiologi kelas xi
 
Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]
 
Sosiologi sebagai ilmu pengetahuan
Sosiologi sebagai ilmu pengetahuanSosiologi sebagai ilmu pengetahuan
Sosiologi sebagai ilmu pengetahuan
 
Pancasila Sebagai Ideologi
Pancasila Sebagai IdeologiPancasila Sebagai Ideologi
Pancasila Sebagai Ideologi
 
Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)
 
Konsep konsep asas hubungan etnik
Konsep konsep asas hubungan etnikKonsep konsep asas hubungan etnik
Konsep konsep asas hubungan etnik
 
Masyarakat Multikultural
Masyarakat MultikulturalMasyarakat Multikultural
Masyarakat Multikultural
 
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
 
Manusia dan masyarakat
Manusia dan masyarakatManusia dan masyarakat
Manusia dan masyarakat
 
Dasar dasar sosiologi
Dasar dasar sosiologiDasar dasar sosiologi
Dasar dasar sosiologi
 
Manusia dan Kebudayaan
Manusia dan KebudayaanManusia dan Kebudayaan
Manusia dan Kebudayaan
 
Topik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikTopik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnik
 
ar__sos_bud_007_lengkap.ppt
ar__sos_bud_007_lengkap.pptar__sos_bud_007_lengkap.ppt
ar__sos_bud_007_lengkap.ppt
 
ideologi-pendidikan-.ppt
ideologi-pendidikan-.pptideologi-pendidikan-.ppt
ideologi-pendidikan-.ppt
 
Bab 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MA.pptx
Bab 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MA.pptxBab 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MA.pptx
Bab 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MA.pptx
 
Sosiologi - Kebudayaan dan kepribadian
Sosiologi - Kebudayaan dan kepribadianSosiologi - Kebudayaan dan kepribadian
Sosiologi - Kebudayaan dan kepribadian
 
Sosiologi multikultur
Sosiologi multikulturSosiologi multikultur
Sosiologi multikultur
 
TUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdf
TUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdfTUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdf
TUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdf
 
Sosiologi by dwi ayu
Sosiologi by dwi ayuSosiologi by dwi ayu
Sosiologi by dwi ayu
 

Bab 2power point

  • 1. BAB 2 TEORI DAN KONSEP KONSEP ASAS
  • 2. BAB 2 TEORI DAN KONSEP ASAS HUBUNGAN DALAM ETNIK ZT1043m
  • 4. LIPUTAN KULIAH • Pengenalan •Teori Hubungan Etnik Teori Ekologi Teori Freudian Teori Struktur Fungsionalisme Teori Kelas Teori Masyarakat Majmuk Teori Pasaran Buruh Terpisah Teori Pilihan Rasional Tentang Hubungan Etnik
  • 5. LIPUTAN KULIAH • Konsep Konsep Hubungan Etnik Konsep Masyarakat Masyarakat Majmuk Konsep Kebudayaan Konsep Ras Konsep Etnik Konsep Perpaduan dan Integrasi
  • 6. TEORI HUBUNGAN ETNIK 1. TEORI EKOLOGI Diperkenalkan oleh Robert E.Park (sarjana sosiologi terawal membincangkan persoalan ras dan beliau banyak dipengaruhi oleh Charles Darwin mengenai teori survival of the fittest. Menurut Park, manusia mewarisi 2 perkara 1. Mewarisi pusaka biological yg dipindahkan melalui perkahwinan. 2. Sebagai ahli kumpulan social, manusia memindahkannya melalui komunikasi warisan social kumpulannya. Teori Park dirumuskan kepada 4 asal-usul:
  • 7. TEORI HUBUNGAN ETNIK  Teori Ekologi Teori Park dirumuskan kpd 4 unsur 1. Penghijrahan membawa bersama dalam perhubungan yg tidak sama rata, manusia yg memiliki fenotaip yg berbeza. 2. Dalam perhubungan persaingan, individu-individu sedar ciri-ciri status yang membezakan mereka. 3. Manusia yg berstatus tinggi tidak mahu bersaing atas dasar sama rata dengan mereka yg memiliki status rendah; kumpulan yg kemudian ini dianggap memiliki kategori semulajadi tersendiri dan dgn itu layak berada di tempat yg lain dlm pembahagian buruh. 4. Prejudis ialah luahan kesedaran kumpulan oleh kelompok manusia yg istemewa, yg mempertahankan kepentingan mereka dan memperkukuh struktur kategori itu.
  • 8. TEORI HUBUNGAN ETNIK 2. TEORI FREUDIAN Teori ini merujuk kepada konsep prejudis sbg satu sikap utk mempertahankan hak org kulit putih. Dollard (1937) yg mengaplikasikan teori ini mengusulkan; I. Kehidupan social mengakibatkan lahir pelbagai kekecewaan psikologidalam diri individu. Kekecewaan itu dikurangkan dgn melepaskan geram dan kekerasan kpd kumpulan sasaran tertentu I. Bagi orang kulit putih , kehitaman dikaitkan dgn ketakutan dan keinginan yg terpendam. I. Semakin lemah sesebuah kumpulan minority adalah semakin sesuai kelompok ini dijadikan sasaran. I. Di mana sahaja kekerasan secara berterusan diluahkan, ianya akan diikuti oleh kekerasan melimpah hingga menambahkan lagi elemen irasional kpd tindakan rasional pada peringkat awal lagi.
  • 9. TEORI HUBUNGAN ETNIK 3. Teori Struktur-Fungtionalisme Teori ini pernah dirujuk oleh Talcott Parsons (1975), W.Lloyd Warner(1945), Kingsley Davis(1948) dan Gunnar Myrdal(1944). Teori ini membayangkan individu bertindak secara intensif dan dikawal oleh hokum dan denda. Individu mengejar kepentingannya tetapi masyarakat mengikut kepentingan ini dalam pola yg sama sebab wujudnya pembahagian buruh dan individu juga berkongsi nilai bersama yang memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat.
  • 10. TEORI HUBUNGAN ETNIK 4. Teori Kelas  Diperkenal – Oliver Cox (1948) dgn merujuk masalah kelas dan kasta di Amerika  Usul: 1. Kapitalis mengaut keuntungan dan meletakkan buruh kelas bawahan 2. Mendukung ketidaksamarataan iaitu kulit putih dan hitam 3. Wujud ras kr menguntungkan kapitalis
  • 11. TEORI HUBUNGAN ETNIK 5. Masyarakat majmuk • J. S Furnivall (1948) dan M. G. Smith (1965) yang menggunakan konsep masyarakat majmuk untuk mengenal pasti masyarakat di Asia Tenggara di mana wujud satu rantai manusia seperti orang Eropah, Cina, India dan pelbagai kumpulan anak tempatan. Masyarakat majmuk itu didefinisikan sebagai mereka bergaul tetapi tidak bergabung. • Setiap kumpulan berpegang dengan agama masing-masing, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. Sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar iaitu semasa membeli dan menjual. • Wujud satu masyarakat plural di mana pelbagai bahagian komuniti hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Manakala dalam bidang ekonomi berlaku pembahagian buruh mengikut garisan ras
  • 12. • Loe Kuper (1974-1977) mengkritik teori struktur fungtionalisme dan Marxisme kerana tidak menjelaskan teori masyarakat yang dipisahkan oleh etnik dan ras. • Usul: 1. Masyrakat dibezakan dgn fenotaip, ekonomi dan politik 2. konflik berlaku disebabkan garis pemisah ras, bukan kelas 3. ras ditentukan oleh sejarah
  • 13. TEORI HUBUNGAN ETNIK 6. Teori HE: Pasaran Buruh Terpisah • Diperkenal – Edna Bonacich (1972) akibat perebutan kuasa dlm pasaran buruh • Ciri 1. Buruh dipisahkan dgn garis etnik 2. tiga kelas utama i. peniaga nak buruh murah ii. Buruh yang dibayar gaji tinggi disaingi dgn buruh murah iii. Buruh murah dikuasai oleh peniaga
  • 14. TEORI HUBUNGAN ETNIK 7. Teori HE; Pilihan Rasional • Teori Pilihan Rasional yang menjurus kepada realiti sosial dengan cara melihat pilihan tingkah laku manusia di peringkat individu dan kumpulan. • Teori ini dipopularkan antara lain oleh Thomas Sowell (1975), Thomas Schelling (1978), Michael Banton (1983) dan Mansor Mohd. Noor (2000).
  • 15. • Teori pilihan rasional tentang hubungan etnik mengandaikan; • individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza dan bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial. • Manakala tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap kelompok sebayanya. • Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan tertutup. • Seterusnya, semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat, individu berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu lain yang terlibat hingga terbina ikatan sosial di antara individu. • Namun, apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, dia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan
  • 17. Konsep Masyarakat • Definisi Masyarakat :Kamus Dewan :kumpulan manusia, yang hidup bersama,di sesuatu tempat,dengan aturan tertentu. • Lucy Mair – satu gagasan yang terdiri drp manusia yang saling berhubung secara kolektif dgn hak dan tanggungjawab yang saling mengiktiraf
  • 18. Konsep Masyarakat Ciri-Ciri Masyarakat 1. Manusia Yang Hidup Berkelompok 1. Satu hakikat yang nyata di kalangan manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. 2. Kelompok ini yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. 3. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.
  • 19. Konsep Masyarakat Ciri-ciri Masyarakat 2. Melahirkan Kebudayaan • Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. • Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. • Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses penyesuaian.
  • 20. Konsep Masyarakat • Ciri-ciri Masyarakat 3. Mengalami Perubahan • Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. • Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. • Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu.
  • 21. Konsep Masyarakat Ciri-ciri Masyarakat 4.Terdapat Kepimpinan • Dalam Masyarakat wujud kepimpinan. Setiap individu dilahirkan sebagai peminpin. Mereka boleh berperanan sebagai pemimpin dikalangan keluarga, komuniti, daerah,negeri dan Negara.
  • 22. Konsep Masyarakat 5. Stratifikasi Sosial • Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau merujuk kepada susun lapis masyarakat. • Stratifikasi sosial dibahagikan kepada tiga: • kelas, • status • kasta
  • 23. • Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan. • Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran iaitu Haji, Lebai, Dato’ dan sebagainya. • Kasta ialah kelas sosial yang keahliannya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra.
  • 24. Budaya • Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai ‘The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too persive to be readily noticed from within’. • • Budaya dapat didefinisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat
  • 25. • Budaya boleh dibahagikan kepada dua: • budaya kebendaan • budaya bukan kebendaan • Budaya kebendaan • peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. • Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo. • Budaya bukan kebendaan • kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. • Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbezabeza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki
  • 26. Ciri-Ciri Budaya • Dipelajari • Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari • Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu: • i. Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, latihan dan sebagainya. • ii. Nilai yang mendapat keutamaan dalam masyarakat itu. • iii. Umur seseorang. • iv. Tahap pendidikan • v. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku. sekolah, institusi sesebuah
  • 27. Ciri Budaya • Perkongsian • Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. • Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. • Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
  • 28. Ciri Budaya • Kesejagatan • Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. • budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota. • Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu: • • • • • • • i. ii. iii. iv. v. vi. vii. peralatan dan kelengkapan hidup manusia. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi. sistem sosial. bahasa. kesenian. sistem pengetahuan. agama dan kepercayaan.
  • 29. Ciri Budaya • Diwarisi • Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. • Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.
  • 30. Ciri Budaya • Berubah • Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. • Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah. • Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya: • i. • • • • • ii. iii. iv. v. vi. pertambahan bilangan anggota masyarakat. pertambahan keperluan dan keinginan manusia. penemuan dan penciptaan teknologi baru. pertembungan budaya. konflik yang berlaku. perubahan alam sekitar.
  • 31. Ciri Budaya • Perlambangan • Perlambangan ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. • Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.
  • 32. Ciri Budaya • Pandangan Semesta • Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. • Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. • Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.
  • 33. Masyarakat Majmuk • Masyarakat yg terdiri drp pelbagai kelompok ras dan etnik berlainan di bawah satu ssistem pemerintahan • Diperkenalkan oleh J.S Furnivall (1948) • M.S. Smith (1960) – masyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya yang wujud atas dasar konflik dan paksaan dan bukan atas nilai bersama ZT1042
  • 34. • Masyarakat Kepelbagaian • Tidak lagi dicirikan dgn perbezaan besar dari segi ekonomi • Masyarakat Malaysia lebih kpd masyarakat kepelbagaian, kurang konflik ZT1042
  • 35. Konsep Etnik • Berasal dari perkataan ethnos • Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. • Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
  • 36. • Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum • Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. • Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. • Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza .
  • 37. • Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum • Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. • Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. • Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza .
  • 38. Konsep Etnisiti • Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. • Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya jelas di mana anggotanya berasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.
  • 39. Etnosentrisme • Manakala etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dikalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. • Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif melihat kelompok etnik lain daripada lensa dan kacamata etnik sendiri.
  • 40. Konsep Ras dan Rasisme • Istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun membawa makna berbeza. • Di Malaysia, istilah ras dan etnik sering kali dicampuraduk dan digunakan secara bertukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. • Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak sepatutnya dikenali sebagai etnik tetapi juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian. • Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan selainnya. • Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
  • 41. • Manakala rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain berdasarkan perbedaan wajah fizikal-bilogikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui prilaku atau tindakan terbuka. • Rasisme adalah gabungan prejudis dan kuasa diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit, mata dan ciri-ciri fizikal-biologikal selainnya.
  • 42. • Rasisme wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan tahap institusi. • Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada yang berstatus lebih rendah. • Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. • • Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. • Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat di dalam struktur sosial.
  • 43. Jarak Sosial • Merujuk kpd pengasingan secara fizikal atau emosi antara individu yang mempunyai perbezaan tanggapan • Wujud kr sikap negatif terhadap etnik lain, perbezaan tempat tinggal, pekerjaan, bahasa, agama, adat dan etnik ZT1042
  • 44. Integrasi • Integrasi Sosial – merujuk kpd proses menyatupadukan pelbagai kelompok dlm masyrakat melalui satu identiti bersama ZT1043m
  • 45. • Akomodasi • Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. • Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. • Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka A+B+C=A+B+C
  • 46. • Akulturasi • Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. • Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. • Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.
  • 47. • Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam. • Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah dan dijadikan unsur kebudayaan sendiri. • Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, ‘angpow’, makanan, hiburan dan sebagainya
  • 48. • Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada: • i. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar. • ii.Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya. A + B + C = Ai + Bi + Ci
  • 49. • Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya: • i. Etnik yang berbeza budaya. • ii.Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi. • iii. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.
  • 50. • Kejayaan asimilasi bergantung kepada: • i. • • • • Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain. ii.Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain. iii. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil. iv. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik. v. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.
  • 51. • Faktor penghalang asimilasi ialah: • i. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. • ii.Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain. • iii. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat. A+B+C=A
  • 52. Konsep Prejudis dan Stereotaip • Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif yang tersemat di dalam hati seseorang atau satu kelompok etnik, yang sering tidak diluahkan secara terbuka, mengenai ahli atau kelompok etnik lain. • Selalunya pandangan ini adalah tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan ianya menjadi stereotaip. • Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah etnik memandangn negatif terhadap etnik lain. Mengubah prejudis yang tinggi terhadap sesebuah etnik lain adalah sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah. • Prejudis yang wujud biasanya berasaskan sokongan yang aktif daripada masyarakat sekeliling. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada satu generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dari aspek politik, ekonomi sosial dan sebagainya.
  • 53. • Manakala stereotaip pula ialah kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik seperti semua orang Arab itu Islam, orang Belanda itu kedekut dan sebagainya. • Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik lain. Ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. • Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. • Ini kerana fahaman stereotaip akan menjadikan sesuatu etnik itu akan memandang rendah kepada etnik lain dan seterusnya membawa implikasi kepada terbatasnya interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.
  • 54. Konsep Diskriminasi • Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi prilaku pihak yang berpandangan negatif. • • Ringkasnya, diskriminasi adalah perbuatan membezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. • Diskriminasi merupakan hasil terjemahan daripada prasangka yang ada pada sesuatu etnik. • Ia semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat, sama ada di peringkat individu ataupun kumpulan etnik.
  • 55. Interaksi sosial • Proses sosial yang melibatkan dua atau lebih individu atau kelompok yg saling membalas tingkah laku dan mempengaruhi ZT1042
  • 56. Etnik dan Ras dlm Konteks HE di Malaysia • Amalan mengaitkan konsep ras dengan ciri-ciri fizikal dan etnik dengan ciri-ciri kebudayaan seseorang individu itu sudah diterima pakai secara meluas. • Namun demikian, batas dalam sesuatu kumpulan etnik dan ras tidaklah begitu jelas dan tetap seperti yang diandaikan oleh orang ramai. Kedua-dua konsep ini sering bertindih dan dalam banyak perkara maknanya kabur. • Individu daripada kumpulan ras dan etnik yang berlainan juga boleh berkahwin dan menghasilkan percampuran ras. Percampuran ras ini menyebabkan ciri-ciri fizikal seperti warna kulit dan sebagainya berubah. • ZT1042
  • 57. • Di Malaysia, konsep ras tidak digunakan dalam memahami hubungan antara rakyat yang pelbagai budaya. • Konsep yang digunakan untuk mentakrifkan kaum Melayu ialah konsep etnik iaitu bercirikan budaya, bahasa dan agama (Fazilah Idris 2008). • Konsep etnik telah diguna pakai di Alam Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat lagi. Jelas menunjukkan bahawa orang Melayu ditakrifkan berdasarkan konsep etnik, bukan ras. • Penggunaan konsep ras akan menyulitkan pengkategorian kumpulan Melayu disebabkan berlakunya percampuran ras dengan tiga kategori fenotaip, pertama, fenotaip Kaukasian seperti orang Inggeris, Belanda, Turki, Arab, Portugis, India dan lain-lain, kedua fenotaip Mongoloid seperti Cina, orang rumpun Melayu, orang Asli dan lain-lain dan ketiga ialah fenotaip Afrika (Nur Syam 2007). Percampuran ras tiga kategori fenotaip ini telah menyebabkan ciri-ciri fizikal orang Melayu menjadi kabur (Mansor Mohd Noor 2005). ZT1042
  • 58. 2.6 Kesimpulan • 1. Masyarakat Malaysia mempunyai unsur dalaman yg positif ke arah perpaduan spt yg terkandung dalam Kebudayaan Kebangsaan • 2. Kebudayaan Kebangsaan yg menyatukan kebudayaan asal, asing dan Islam adalah wahana hubungan etnik yg ampuh dlm mencapai perpaduan acuan Malaysia. ZT1042
  • 59. Tamat