SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 31
Definisi :
Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya
mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud.
Keempat-empat baris itu pula berirama sama. Syair sering membawa makna isi
yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga
berasakan sejarah atau dongeng.
Ciri-ciri bentuk Syair
• Merupakan puisi terikat.
• Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam
rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu. Ini bermakna
syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun. Cerita dalam setiap baris
dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap
untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut
• Perkataan : bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris
• Sukukata : Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata
dalam sebaris
• Rima: Rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a
SYAIR
Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.
Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.
Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.
Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.
Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.
Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.
SYAIR KELEBIHAN ILMU
1. Diksi
 Pilihan kata yang disesuaikan dengan makana-makna dan dapat
meningkatkan keberkesanan gagasan yang disampaikan oleh penulis.
 Contohnya, cerah cahaya ,beramal subur.
2. Repitasi
 Iaitu mengulang sepatah perkataan beberapa kali dalam satu-satu ayat.
 Contohnya, hias senjata si polan si polan.
Ialah sungai ialah telaga
BENTUK DAN CIRI-CIRI BAGI
SYAIR KELEBIHAN ILMU
GAYA BAHASA
3. Simbolik.
 Simbolik ialah gaya bahasa yang memindahkan sifat seseorang atau sesuatu
kepada yang lain atau melukiskan sesutau dengan menggunakan benda-
benda atatu perkara lain seperti lambang atau simbolnya.
 Contohnya , kandil (bekalan)
4. Pengulangan kata sendi.
 Pengulangan kata sendi dalam beberapa baris
 Contohnya, di laut, di darat, di rimba, di peka
5. Anafora
 Pengulangan kata di awal baris secara berturutan
 Contohnya , Ia penerang jalan ke syurga ;
Ia pemuas tekak yang dahaga
6. Bahasa kiasan
 Penggunaan nama lain bagi seseorang dengan menggunakan sifat-sifat
orang itu sendiri.
 Contohnya , Ialah sungai ialah telaga,
laut yang luas ialah juga.
7. Asonansi.
 Merupakan penyamaan satu benda dengan benda yang lain.
 Asosiasi benda yang kedua, ada hubungan dengan benda yang pertama
(yang disebut terlebih dahulu).
 Pengulangan huruf vokal seperti a, e, i, o, u
 Contohnya , Ia pemuas tekak yang dahaga
(pengulangan vokal a)
8. Aliterasi.
 sejenis gaya bahasa yang berwujud perulangan konsonan pada suatu kata
atau beberapa kata
 Contohnya , sebuah dunia belinya bukan
(pengulangan konsonan vokal b)
6. Inversi
 Ia merupakan gaya bahasa pembalikan penyusunan kata dalam satu-satu
kalimat.
 Bahagian yang penting (predikat) mendahului cerita.
 Dalam istilah lama (isyilah Zaaba), ia dikenali sebagai “ayat kena buat” atau
ayat pasif.
 Contohnya, Sebuah dunia belinya bukan
Bahasanya seperti menyanyi atau sekurang-kurangn membawa imbas-imbas
nyanyi, serta menunjukkanada kesempatan boleh melengah-lengahkan masadan
menyuka-nyukaakn hati.
Perkataan banyak menggambarkan keindahan alamdan mengambil
perbandingan daripada keindahan ituseolah-olah untuk melukiskan isinya dengan
warnayang cantik.
Perasaan di dalamnya kebanyakan perasaan sukadan terkadang perasaan
bermain-main dan jenaka Isinya dan maksudnya terus-menerus sahaja seperti syair,
tidak ada apa-apa yang boleh dikatakan pembayangmaksud.
GURINDA
M
Gurindam tua-tua yang telah tetap tersusun semenjak beberapa lama telah
jadi seolah-olah bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut orang ramai. Gurindam
mengandungi dua baris ayat atau lebih bagi serangkap.
Isinya mengandungi kias, ibarat, pengajaran dan nasihat. Gurindam
dibahagikan kepada tiga jenis:
i. Gurindam serangkap dua baris
∗ berbentuk asli-
∗ Baris pertama menjadi buah fikiran kepada buah fikiran seterusnya dalam
baris kedua
∗ Nasihat yang baik dan indahterbentuk daripada irama akhir sama.
ii. Gurindam serangkap empat baris
∗ Empat baris kalimat atau ayat-
∗ Rima akhir seperti puisi pantun abab
∗ Isinya tentang nasihat
iii. Gurindam bebas
∗ Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad
∗ Persamaan akhir tidak dipentingkan
∗ Isinya tetap mempunyai nasihat
Apabila terpelihara mata,
Sedikit cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tidaklah damping.
Apabila terpelihara lidah,
GURINDAM MEMELIHARA
ANGGOTA DAN HATI
DARIPADA KEJAHATAN
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
Jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
Datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
Disitulah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
Nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikit pun berbuat bohong,
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.
BENTUK DAN CIRI-CIRI BAGI GURINDAM
MEMELIHARA ANGGOTA DAN HATI DARIPADA
KEJAHATAN
1. . Diksi
 Pilihan kata yang disesuaikan dengan makana-makna dan dapat
meningkatkan keberkesanan gagasan yang disampaikan oleh penulis.
 Contohnya : bertanah, tergelincir
2. Anafora
 Pengulangan kata pada awal rangkap
 Contohnya: perkataan apabila (Rangkap l, 2 dan 3)
Apabila terpelihara mata,
Apabila terpelihara kuping,
Apabila terpelihara lidah,
3. Simbolik.
 Simbolik ialah gaya bahasa yang memindahkan sifat seseorang atau sesuatu
kepada yang lain atau melukiskan sesutau dengan menggunakan benda-
benda atatu perkara lain seperti lambang atau simbolnya.
 Contohnya; hati itu kerajaan di dalam tubuh
4. Asonansi
GAYA BAHASA
 Merupakan penyamaan satu benda dengan benda yang lain.
 Asosiasi benda yang kedua, ada hubungan dengan benda yang pertama
(yang disebut terlebih dahulu).
 Pengulangan huruf vokal seperti a, e, i, o, u
 Contohnya; khabar yang jahat tidaklah damping
(pengulangan vokal a)
5. Aliterasi
 sejenis gaya bahasa yang berwujud perulangan konsonan pada suatu kata
atau beberapa kata
 Contohnya : nescaya dapat daripadanya faedah
[pengulangan konsonan d]
6. Inversi
 Ia merupakan gaya bahasa pembalikan penyusunan kata dalam satu-satu
kalimat.
 Bahagian yang penting (predikat) mendahului cerita.
 Dalam istilah lama (isyilah Zaaba), ia dikenali sebagai “ayat kena buat” atau
ayat pasif.
 Contohnya, Nanti hilang akal di kepala
7. Simile
 Kiasan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan
menggunakan kata-kata perbandingan
 Contohnya, Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
8. Bahasa Ekonomis
 Bahasa yang tidak berjela-jela,ringkas tetapi mempunyai makna yang tepat
 Bahasa yang tidak membazir
 Bahasa yang mempunyai nilai komersial
 Contohnya, mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
Disitulah banyak orang yang tergelincir.
9. Hiperbola
 Perkataan ini juga berasal dari perkataan Latin “ballein” (yang bermaksud
melemparkan)
 satu gaya bahasa yang cuba menunjukkan atau membesar-besarkan ataupun
melebih-lebihkan sesuatu perkara atau benda.
 Contohnya, Jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk
tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, samaada mempunyai irama atau tidak.
Secara amnya,, ia terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua
baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama.
Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud mengejek,
menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif. Ciri-
ciri bentuk:
∗ Merupakan puis bebas atau tidak terikat
∗ Rangkap - Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap
∗ Perkataan - jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.
∗ Suku kata - jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
∗ Rima - Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.
SELOKA
Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kene suap pisang,
Buntut kene cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.
SELOKA
PAK PANDIR
1. . Diksi
BENTUK DAN CIRI-CIRI BAGI
SELOKA PAK PANDIR
GAYA BAHASA
 Pilihan kata yang disesuaikan dengan makana-makna dan dapat
meningkatkan keberkesanan gagasan yang disampaikan oleh penulis.
 Contohnya: gelagak dagang, dipijak, dijinjing.
2. Anafora.
 Pengulangan kata pada awal rangkap
 Contohnya : Orang berbunga dia berbunga.
Orang berbuah dia haram
3. Sinkof.
 Pemendekan/ penyingkatan sesuatu kata dengan menghilangkan huruf/ suku
kata
 Contohnya : tak sedar bertelanjang.
4. Peribahasa
 Contohnya : mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
5. Paradoks.
 Ialah satu corak gaya yang mempertentangkan kata-kata atau erti dalam satu
kalimat
 Contohnya: kucing diburu tikus dibela
6. Repitisi.
 Iaitu mengulang sepatah perkataan beberapa kali dalam satu-satu ayat.
 Contohnya. orang berbunga dia berbunga
7. Asonasi.
 Merupakan penyamaan satu benda dengan benda yang lain.
 Asosiasi benda yang kedua, ada hubungan dengan benda yang pertama
(yang disebut terlebih dahulu).
 Pengulangan huruf vokal seperti a, e, i, o, u
 Contohnya: kucing dibunuh tikus dibela (pergulangan vokal u)
8. Aliterasi.
 sejenis gaya bahasa yang berwujud perulangan konsonan pada suatu kata
atau beberapa kata
 Contohnya : mendengar gelagak dagang
(pergulagan konsonan g)
NYANYIAN
RAKYAT
Nyanyian rakyat merupakan seni puisi berlagu dan berirama serta
mempunyai kecantikan lirik untuk diwarisi oleh bangsa Melayu sejak berzaman.
Lagu-lagu itu merupakan salah satu genre yang terdapat dalam perkembangan
kesusasteraan Melayu. Lirik-liriknya baik berupa pantun, rangkapan syair mahupun
puisi bebas disampaikan melalui melodi dan irama. Ada lagu yang mempunyai cerita
yang panjang, ada yang berangkap namun tetap mempunyai makna yang tersirat.
Menganalisa lirik dan mendengar irama lagu-lagu rakyat ini serta
menghayatinya jelas kepada kita betapa kebijaksanaan intelektual masa silam
begitu mengkagumkan. Mereka mencipta lirik serta memadankan dengan irama
menjadikan lagu-lagu ini cukup menawan dan mengasyikkan apatah lagi jika
dinyanyikan dengan suara yang merdu.
Dalam satu hal yang lain, nyanyian rakyat memberi rumusan pada kita
bahawa is mempunyai dua togas atau fungsi penting iaitu menghibur dan mendidik.
Nyanyian rakyat merupakan satu institusi pendidikan dalam masyarakat tradisional
khususnya yang disampaikan oleh seorang penyanyi serta mempunyai khalayaknya
yang tersendiri.
Lebih jauh dari itu, melalui lagu-lagu ini juga kita melihat dan memahami
betapa masyarakat masa lalu begitu dekat dan erat hubungannya dengan alam dan
manusia. Lantas kemudiannya mereka mencari pencipta Yang Maha Besar untuk
mereka yakini hidup dan mati. Hal-hal yang sedemikian ini jelas digambarkan oleh
lirik serta irama nyanyian rakyat yang disebutkan itu.
Tu pucuk kayu ara
Di mana tuan hilang
TU BULAN TU
BINTANG
(NYANYIAN RAKYAT)
Di dapur atas para
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Mengapa tuan datang
Nak jengok anak dara
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Siapa tukang bilang
Mak nenek sudah tua
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Mengapa tuan halang
Dah suka sama suka
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Tu dia sudah datang
Dengan lenggang bergaya
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Nak main tumbuk kalang
Buat tungku hidup bara
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Berlagu dan membilang
Ada berbagai cara
BENTUK DAN CIRI-CIRI BAGI
TU BULAN TU BINTANG
(NYANYIAN RAKYAT)
1. Anafora.
 Pengulangan kata pada awal rangkap
 Contohnya : Di mana tuan hilang
Di dapur atas para
2. Sinkof.
 Pemendekan/ penyingkatan sesuatu kata dengan menghilangkan huruf/ suku
kata
 Contohnya : Nak main tumbuk kalang
3. Asonansi
 Pengulangan huruf vokal
 Contohnya : Ada berbagai cara
4. Aliterasi
GAYA BAHASA
 Pengulangan huruf konsonan
 Contohnya : Nak jengok anak dara
5. Repitisi
 Pengulangan kata dalam baris
 Contohnya: Tu bulan tu bintang
Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua
kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun
sepuluh kerat Pergi Ke sini.Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga
talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan
pantun berkait Pergi Ke sini.Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada
pantun yang berbentuk "nasihat", "adat", "agama", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada
sesetengahnya berbentuk "peribahasa".
Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa
dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis
puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan
secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat
Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat
istiadat atau upacara. Justeru itu, pantun pantun dari segi isi atau temanya terdapat
beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang,
nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan
agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah
mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau
PANTUN
persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar
perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan.
Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama"
pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya,
lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang
baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan
"agama" tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya.
Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan
atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah
dan balasan hari kemudian.
Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian
isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta
susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka
setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau
perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk
peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada
pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat
untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir
dengan tepat.
Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada
gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran,
nasihat dan sindirannya di dalamnya.
Ular tedung jangan dipermudah,
Biasanya dapat membawa maut,
Jika tidak maut merana juga;
Berhujan panas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.
Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar angin,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tidak harum lagi.
Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludung dijadikan nyiru;
PANTUN
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.
Sultan Muda dari Lampung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.
BENTUK PANTUN
1. Pantun enam kerat ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu enam baris serangkap.
3. Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah
kata sebaris.
4. Bilangan suku kata dalam setiap baris pun tidak sama, iaitu antara lapan hingga
sebelas suku kata.
5. Rima akhir pantun ialah abcabc
BENTUK DAN CIRI-CIRI BAGI
TU BULAN TU BINTANG
(NYANYIAN RAKYAT)
GAYA BAHASA
1. Pemilihan katanya indah dan baris yang dibentuk adalah puitis.
Contohnya :
penakik pisau raut
setitik dijadikan laut
2. Penggunaan bahasa kiasan.
Contohnya, Telah patah tempat berpijak.
Dalam contoh di atas, telah patah maksudnya telah hilang atau telah tiada,
sementara tempat berpijak maksudnya tempat seseorang bergantung harapan.
3. Perlambangan.
Contohnya, keris lembing
GAYA BAHASA
(pelbagai dugaan atau cabaran) (R1 B5), dan
Alam terbentang dijadikan guru
(Kejadian alam boleh dijadikan renungan dan memberi teladan dalam kehidupan)
(R3 B6)
4. Sinkof. Contohnya, Berhujan berpanas aku tak endah (R1 B4) dan Keris lembing
aku tak takut (R1 B5).
5. Imejan.
Contohnya, imej alam seperti bumi, gunung, laut, dan alam.
6. Unsur bunyi :
(a) Asonansi (pengulangan bunyi vokal).
Contohnya, Jika tak maut merana juga;
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak enam kali.
(b) Aliterasi (pengulangan bunyi konsonan).
Contohnya, Telah patah tempat berpijak,
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi konsonan t sebanyak empat kali.
Sajak ialah hasil kreatif berangkap moden yang dapat dilihat bentuknya.
Panjangnya kira-kira satu muka surat dengan pecahan-pecahan baris dan bait yang
tersusun. Apabila kita berhadapan dengan sajak, kita akan lihat dari kaca mata
luaran atau fizikalnya sebelum jauh menyelami kandungan sajak itu.
Selain 'rangkap', istilah-istilah lain yang digunakan untuk membicarakan sajak
ialah 'bait' dan 'stanza'. Istilah ini ada hubungannya dengan perenggan atau paragraf
dalam karya prosa tetapi mempunyai aturan sendiri. Paling minimum, sesebuah
sajak mempunyai SATU rangkap. Ia boleh mencapai seberapa banyak rangkap.
Bentuk merangkumi jumlah rangkap, baris dan nama baris dalam setiap
rangkap sajak, jumlah suku kata, rima dan bentuk sama ada bebas atau terikat. Ada
beberapa istilah lain yang digunakan selain daripada rangkap. Rangkap disebut juga
sebagai bait dan stanza. Sesebuah sajak boleh mempunyai rangkap paling minimum
satu rangkap dan boleh mencapai rangkap yang banyak terpulang kepada kreativiti
penulis.
Sesebuah sajak akan dapat kita fahami bentuknya daripada baris-baris dalam
sesebuah sajak. Bagi menentukan bentuk sesebuah sajak, kajian juga perlu dibuat
pada jumlah suku katanya. Ini dikaitkan dengan jumlah suku kata yang terdapat
pada pantun dan syair.
SAJAK
Dalam pantun dan syair terdapat lapan hingga dua belas suku kata. Dalam
sajak tidak terikat kepada jumlah suku kata tetapi ada juga terpengaruh dengan
jumlah suku kata pantun dan syair. Jumlah sukukata juga dilihat pada jumlah suku
kata yang paling panjang dan pendek.
Rima merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara pengulangan atau
bertentangan yang terdapat pada baris-baris sajak atau puisi bagi rangkap atau bait-
bait tertentu. Terikat merujuk kepada sajak yang terpengaruh dengan cirri-ciri yang
ada pada puisi lama iaitu pantun dan syair dari segi rima, baris, suku kata dan
sebagainya.
Pada batang pokok
semarak api tua ini
ia tambatkan perahu hidup
di tebing lalu-lalang
di Lumpur sungai manusia
dengan sebilah gunting
sebuah cermin sompek
sebuah sisir rongak
dan bangku kaki tiga
ia ukir nafkah keluarganya
Seperti semarak api
begitulah bersemarak hatinya
seperti bunga semarak api
gugur di tanah
begitulah berbunga denyutnya
terkumpul di darah
Sementara pelanggan tiba
ia duduk di hadapan cermin
SAJAK TUKANG
GUNTING
menyikat remajanya
dan merapikan tuanya
dengan sisir rongak
Pada batang pokok ini
semarak api tua ini
ia tambatkan masa depan
empat orang anak
serta isterinya
BENTUK
1. Lima rangkap.
2. Lima dan enam baris (rangkap ketiga) serangkap.
3. Tiga hingga lima patah kata sebaris.
4. Tiga hingga sepuluh suku kata sebaris.
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI
1. Asonansi. Contoh: di lumpur sungai manusia (pengulangan vokal u).
2. Aliterasi. Contoh: ia ukir nafkah keluarganya (pengulangan konsonan k).
3. Anafora (pengulangan di awal baris). Contoh: di tebing lain lalang; di Lumpur
sungai manusia.
4. Metafora. Contoh: sungai manusia, perahu hidup.
5. Simile. Contoh: Seperti semarak api; begitulah bersernarak hatinya
6. Personifikasi. Contohnya : menyikat remajanya , merapikan tuanya.
Syair

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kaizen Kohana
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacafiro HAR
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantunAzy Shazela
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 

Mais procurados (20)

NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
Ayat Dasar
Ayat DasarAyat Dasar
Ayat Dasar
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membaca
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantun
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 

Destaque (20)

Contoh pantun dan syair moden
Contoh pantun dan syair modenContoh pantun dan syair moden
Contoh pantun dan syair moden
 
Syair
Syair Syair
Syair
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
Syair perahu
Syair perahuSyair perahu
Syair perahu
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
Tugas Kelompok - Contoh Masing Masing Syair dan analisisnya
Tugas Kelompok - Contoh Masing Masing Syair dan analisisnyaTugas Kelompok - Contoh Masing Masing Syair dan analisisnya
Tugas Kelompok - Contoh Masing Masing Syair dan analisisnya
 
Syair agus rusmanto
Syair agus rusmantoSyair agus rusmanto
Syair agus rusmanto
 
Ppsb taklimat
Ppsb taklimatPpsb taklimat
Ppsb taklimat
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Αγγλία
ΑγγλίαΑγγλία
Αγγλία
 
Post-2015 Discussion on Climate Change and the Sustainable Development Goals
Post-2015 Discussion on Climate Change and the Sustainable Development GoalsPost-2015 Discussion on Climate Change and the Sustainable Development Goals
Post-2015 Discussion on Climate Change and the Sustainable Development Goals
 
Climate Finance from COP21
Climate Finance from COP21Climate Finance from COP21
Climate Finance from COP21
 
UNEP Emissions Gap Report
UNEP Emissions Gap Report UNEP Emissions Gap Report
UNEP Emissions Gap Report
 
Multi-stakeholder Engagement in NAPs
Multi-stakeholder Engagement in NAPsMulti-stakeholder Engagement in NAPs
Multi-stakeholder Engagement in NAPs
 
ADP Background
ADP Background ADP Background
ADP Background
 
Adapting to Climate Change
Adapting to Climate Change Adapting to Climate Change
Adapting to Climate Change
 
Sas.Планета. Привязка спутниково снимка
Sas.Планета. Привязка спутниково снимкаSas.Планета. Привязка спутниково снимка
Sas.Планета. Привязка спутниково снимка
 
Representation of social groups
Representation of social groupsRepresentation of social groups
Representation of social groups
 
Cansa Charter
Cansa CharterCansa Charter
Cansa Charter
 

Semelhante a Syair

Semelhante a Syair (20)

Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Pantun Powerpoint
Pantun PowerpointPantun Powerpoint
Pantun Powerpoint
 
Majas
MajasMajas
Majas
 
Diksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasaDiksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasa
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Macam macam majas
Macam macam majasMacam macam majas
Macam macam majas
 
Struktur fisik puisi. aazxskkkkkkkkkkpptx
Struktur fisik puisi. aazxskkkkkkkkkkpptxStruktur fisik puisi. aazxskkkkkkkkkkpptx
Struktur fisik puisi. aazxskkkkkkkkkkpptx
 
Materi wacana
Materi wacanaMateri wacana
Materi wacana
 
Pengertian, Unsur, Karakter, dan Ciri-Ciri Hikayat DOCX
 Pengertian, Unsur, Karakter, dan Ciri-Ciri Hikayat DOCX Pengertian, Unsur, Karakter, dan Ciri-Ciri Hikayat DOCX
Pengertian, Unsur, Karakter, dan Ciri-Ciri Hikayat DOCX
 
Majas
MajasMajas
Majas
 
resensi
resensiresensi
resensi
 
Assignment en azmi..gaya bahasa
Assignment en azmi..gaya bahasaAssignment en azmi..gaya bahasa
Assignment en azmi..gaya bahasa
 
Kelompok 4 bahasa indo thifal sofia
Kelompok 4 bahasa indo thifal sofiaKelompok 4 bahasa indo thifal sofia
Kelompok 4 bahasa indo thifal sofia
 
Bentuk sajak
Bentuk sajakBentuk sajak
Bentuk sajak
 
63 majas Ringkasan Jenis-jenis Majas
63 majas Ringkasan Jenis-jenis Majas63 majas Ringkasan Jenis-jenis Majas
63 majas Ringkasan Jenis-jenis Majas
 
Ringkasan teori sastra
Ringkasan teori sastraRingkasan teori sastra
Ringkasan teori sastra
 
sesi 2.pptx
sesi 2.pptxsesi 2.pptx
sesi 2.pptx
 
Majas.pptx
Majas.pptxMajas.pptx
Majas.pptx
 
Memahami dan menganalisis teks pantun
Memahami dan menganalisis teks pantunMemahami dan menganalisis teks pantun
Memahami dan menganalisis teks pantun
 
2 Gaya Bahasa
2 Gaya Bahasa2 Gaya Bahasa
2 Gaya Bahasa
 

Syair

  • 1. Definisi : Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud. Keempat-empat baris itu pula berirama sama. Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau dongeng. Ciri-ciri bentuk Syair • Merupakan puisi terikat. • Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu. Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun. Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut • Perkataan : bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris • Sukukata : Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris • Rima: Rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a SYAIR
  • 2. Ilmu itulah gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati, Asal puncanya lamun didapati, Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat dinilaikan, Sebuah dunia belinya bukan, Kuasanya besar sukat digunakan, Di laut di darat di rimba di pekan. Masa seorang ialah taulan, Teman berbeka suluh berjalan, Masa berhimpun ia pengenalan, Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur, Ia penerang bagi yang kabur, Ialah kandil di dalam kubur, Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga, Ia pemuas tekak yang dahaga, Ialah sungai ialah telaga, Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna, Idaman orang yang bijaksana, Hamparnya luas amat saujana, Tepinya ajal sempadannya fana. SYAIR KELEBIHAN ILMU
  • 3. 1. Diksi  Pilihan kata yang disesuaikan dengan makana-makna dan dapat meningkatkan keberkesanan gagasan yang disampaikan oleh penulis.  Contohnya, cerah cahaya ,beramal subur. 2. Repitasi  Iaitu mengulang sepatah perkataan beberapa kali dalam satu-satu ayat.  Contohnya, hias senjata si polan si polan. Ialah sungai ialah telaga BENTUK DAN CIRI-CIRI BAGI SYAIR KELEBIHAN ILMU GAYA BAHASA
  • 4. 3. Simbolik.  Simbolik ialah gaya bahasa yang memindahkan sifat seseorang atau sesuatu kepada yang lain atau melukiskan sesutau dengan menggunakan benda- benda atatu perkara lain seperti lambang atau simbolnya.  Contohnya , kandil (bekalan) 4. Pengulangan kata sendi.  Pengulangan kata sendi dalam beberapa baris  Contohnya, di laut, di darat, di rimba, di peka 5. Anafora  Pengulangan kata di awal baris secara berturutan  Contohnya , Ia penerang jalan ke syurga ; Ia pemuas tekak yang dahaga 6. Bahasa kiasan  Penggunaan nama lain bagi seseorang dengan menggunakan sifat-sifat orang itu sendiri.  Contohnya , Ialah sungai ialah telaga, laut yang luas ialah juga. 7. Asonansi.
  • 5.  Merupakan penyamaan satu benda dengan benda yang lain.  Asosiasi benda yang kedua, ada hubungan dengan benda yang pertama (yang disebut terlebih dahulu).  Pengulangan huruf vokal seperti a, e, i, o, u  Contohnya , Ia pemuas tekak yang dahaga (pengulangan vokal a) 8. Aliterasi.  sejenis gaya bahasa yang berwujud perulangan konsonan pada suatu kata atau beberapa kata  Contohnya , sebuah dunia belinya bukan (pengulangan konsonan vokal b) 6. Inversi  Ia merupakan gaya bahasa pembalikan penyusunan kata dalam satu-satu kalimat.  Bahagian yang penting (predikat) mendahului cerita.  Dalam istilah lama (isyilah Zaaba), ia dikenali sebagai “ayat kena buat” atau ayat pasif.  Contohnya, Sebuah dunia belinya bukan
  • 6. Bahasanya seperti menyanyi atau sekurang-kurangn membawa imbas-imbas nyanyi, serta menunjukkanada kesempatan boleh melengah-lengahkan masadan menyuka-nyukaakn hati. Perkataan banyak menggambarkan keindahan alamdan mengambil perbandingan daripada keindahan ituseolah-olah untuk melukiskan isinya dengan warnayang cantik. Perasaan di dalamnya kebanyakan perasaan sukadan terkadang perasaan bermain-main dan jenaka Isinya dan maksudnya terus-menerus sahaja seperti syair, tidak ada apa-apa yang boleh dikatakan pembayangmaksud. GURINDA M
  • 7. Gurindam tua-tua yang telah tetap tersusun semenjak beberapa lama telah jadi seolah-olah bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut orang ramai. Gurindam mengandungi dua baris ayat atau lebih bagi serangkap. Isinya mengandungi kias, ibarat, pengajaran dan nasihat. Gurindam dibahagikan kepada tiga jenis: i. Gurindam serangkap dua baris ∗ berbentuk asli- ∗ Baris pertama menjadi buah fikiran kepada buah fikiran seterusnya dalam baris kedua ∗ Nasihat yang baik dan indahterbentuk daripada irama akhir sama. ii. Gurindam serangkap empat baris ∗ Empat baris kalimat atau ayat- ∗ Rima akhir seperti puisi pantun abab ∗ Isinya tentang nasihat iii. Gurindam bebas ∗ Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad ∗ Persamaan akhir tidak dipentingkan ∗ Isinya tetap mempunyai nasihat
  • 8. Apabila terpelihara mata, Sedikit cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tidaklah damping. Apabila terpelihara lidah, GURINDAM MEMELIHARA ANGGOTA DAN HATI DARIPADA KEJAHATAN
  • 9. Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan, Daripada segala berat dan ringan. Hati itu kerajaan di dalam tubuh, Jikalau zalim segala anggota pun roboh. Apabila dengki sudah bertanah, Datanglah daripadanya beberapa anak panah. Mengumpat dan memuji hendaklah fikir, Disitulah banyak orang yang tergelincir. Pekerjaan marah jangan dibela, Nanti hilang akal di kepala. Jika sedikit pun berbuat bohong, Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung. BENTUK DAN CIRI-CIRI BAGI GURINDAM MEMELIHARA ANGGOTA DAN HATI DARIPADA KEJAHATAN
  • 10. 1. . Diksi  Pilihan kata yang disesuaikan dengan makana-makna dan dapat meningkatkan keberkesanan gagasan yang disampaikan oleh penulis.  Contohnya : bertanah, tergelincir 2. Anafora  Pengulangan kata pada awal rangkap  Contohnya: perkataan apabila (Rangkap l, 2 dan 3) Apabila terpelihara mata, Apabila terpelihara kuping, Apabila terpelihara lidah, 3. Simbolik.  Simbolik ialah gaya bahasa yang memindahkan sifat seseorang atau sesuatu kepada yang lain atau melukiskan sesutau dengan menggunakan benda- benda atatu perkara lain seperti lambang atau simbolnya.  Contohnya; hati itu kerajaan di dalam tubuh 4. Asonansi GAYA BAHASA
  • 11.  Merupakan penyamaan satu benda dengan benda yang lain.  Asosiasi benda yang kedua, ada hubungan dengan benda yang pertama (yang disebut terlebih dahulu).  Pengulangan huruf vokal seperti a, e, i, o, u  Contohnya; khabar yang jahat tidaklah damping (pengulangan vokal a) 5. Aliterasi  sejenis gaya bahasa yang berwujud perulangan konsonan pada suatu kata atau beberapa kata  Contohnya : nescaya dapat daripadanya faedah [pengulangan konsonan d] 6. Inversi  Ia merupakan gaya bahasa pembalikan penyusunan kata dalam satu-satu kalimat.  Bahagian yang penting (predikat) mendahului cerita.  Dalam istilah lama (isyilah Zaaba), ia dikenali sebagai “ayat kena buat” atau ayat pasif.  Contohnya, Nanti hilang akal di kepala 7. Simile  Kiasan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan
  • 12. menggunakan kata-kata perbandingan  Contohnya, Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung 8. Bahasa Ekonomis  Bahasa yang tidak berjela-jela,ringkas tetapi mempunyai makna yang tepat  Bahasa yang tidak membazir  Bahasa yang mempunyai nilai komersial  Contohnya, mengumpat dan memuji hendaklah fikir, Disitulah banyak orang yang tergelincir. 9. Hiperbola  Perkataan ini juga berasal dari perkataan Latin “ballein” (yang bermaksud melemparkan)  satu gaya bahasa yang cuba menunjukkan atau membesar-besarkan ataupun melebih-lebihkan sesuatu perkara atau benda.  Contohnya, Jikalau zalim segala anggota pun roboh.
  • 13. Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, samaada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya,, ia terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama. Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif. Ciri- ciri bentuk: ∗ Merupakan puis bebas atau tidak terikat ∗ Rangkap - Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap ∗ Perkataan - jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap. ∗ Suku kata - jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap. ∗ Rima - Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap. SELOKA
  • 14. Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air di tempayan dicurahkan, Mulut kene suap pisang, Buntut kene cangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga yang menanggung, Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram, Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga berkecundangan. SELOKA PAK PANDIR
  • 15. 1. . Diksi BENTUK DAN CIRI-CIRI BAGI SELOKA PAK PANDIR GAYA BAHASA
  • 16.  Pilihan kata yang disesuaikan dengan makana-makna dan dapat meningkatkan keberkesanan gagasan yang disampaikan oleh penulis.  Contohnya: gelagak dagang, dipijak, dijinjing. 2. Anafora.  Pengulangan kata pada awal rangkap  Contohnya : Orang berbunga dia berbunga. Orang berbuah dia haram 3. Sinkof.  Pemendekan/ penyingkatan sesuatu kata dengan menghilangkan huruf/ suku kata  Contohnya : tak sedar bertelanjang. 4. Peribahasa  Contohnya : mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan 5. Paradoks.  Ialah satu corak gaya yang mempertentangkan kata-kata atau erti dalam satu kalimat  Contohnya: kucing diburu tikus dibela
  • 17. 6. Repitisi.  Iaitu mengulang sepatah perkataan beberapa kali dalam satu-satu ayat.  Contohnya. orang berbunga dia berbunga 7. Asonasi.  Merupakan penyamaan satu benda dengan benda yang lain.  Asosiasi benda yang kedua, ada hubungan dengan benda yang pertama (yang disebut terlebih dahulu).  Pengulangan huruf vokal seperti a, e, i, o, u  Contohnya: kucing dibunuh tikus dibela (pergulangan vokal u) 8. Aliterasi.  sejenis gaya bahasa yang berwujud perulangan konsonan pada suatu kata atau beberapa kata  Contohnya : mendengar gelagak dagang (pergulagan konsonan g) NYANYIAN RAKYAT
  • 18. Nyanyian rakyat merupakan seni puisi berlagu dan berirama serta mempunyai kecantikan lirik untuk diwarisi oleh bangsa Melayu sejak berzaman. Lagu-lagu itu merupakan salah satu genre yang terdapat dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Lirik-liriknya baik berupa pantun, rangkapan syair mahupun puisi bebas disampaikan melalui melodi dan irama. Ada lagu yang mempunyai cerita yang panjang, ada yang berangkap namun tetap mempunyai makna yang tersirat. Menganalisa lirik dan mendengar irama lagu-lagu rakyat ini serta menghayatinya jelas kepada kita betapa kebijaksanaan intelektual masa silam begitu mengkagumkan. Mereka mencipta lirik serta memadankan dengan irama menjadikan lagu-lagu ini cukup menawan dan mengasyikkan apatah lagi jika dinyanyikan dengan suara yang merdu. Dalam satu hal yang lain, nyanyian rakyat memberi rumusan pada kita bahawa is mempunyai dua togas atau fungsi penting iaitu menghibur dan mendidik. Nyanyian rakyat merupakan satu institusi pendidikan dalam masyarakat tradisional khususnya yang disampaikan oleh seorang penyanyi serta mempunyai khalayaknya yang tersendiri. Lebih jauh dari itu, melalui lagu-lagu ini juga kita melihat dan memahami betapa masyarakat masa lalu begitu dekat dan erat hubungannya dengan alam dan manusia. Lantas kemudiannya mereka mencari pencipta Yang Maha Besar untuk mereka yakini hidup dan mati. Hal-hal yang sedemikian ini jelas digambarkan oleh lirik serta irama nyanyian rakyat yang disebutkan itu. Tu pucuk kayu ara Di mana tuan hilang TU BULAN TU BINTANG (NYANYIAN RAKYAT)
  • 19. Di dapur atas para Tu bulan tu bintang Tu pucuk kayu ara Mengapa tuan datang Nak jengok anak dara Tu bulan tu bintang Tu pucuk kayu ara Siapa tukang bilang Mak nenek sudah tua Tu bulan tu bintang Tu pucuk kayu ara Mengapa tuan halang Dah suka sama suka Tu bulan tu bintang Tu pucuk kayu ara Tu dia sudah datang Dengan lenggang bergaya Tu bulan tu bintang Tu pucuk kayu ara Nak main tumbuk kalang Buat tungku hidup bara Tu bulan tu bintang Tu pucuk kayu ara Berlagu dan membilang Ada berbagai cara
  • 20. BENTUK DAN CIRI-CIRI BAGI TU BULAN TU BINTANG (NYANYIAN RAKYAT)
  • 21. 1. Anafora.  Pengulangan kata pada awal rangkap  Contohnya : Di mana tuan hilang Di dapur atas para 2. Sinkof.  Pemendekan/ penyingkatan sesuatu kata dengan menghilangkan huruf/ suku kata  Contohnya : Nak main tumbuk kalang 3. Asonansi  Pengulangan huruf vokal  Contohnya : Ada berbagai cara 4. Aliterasi GAYA BAHASA
  • 22.  Pengulangan huruf konsonan  Contohnya : Nak jengok anak dara 5. Repitisi  Pengulangan kata dalam baris  Contohnya: Tu bulan tu bintang Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat Pergi Ke sini.Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait Pergi Ke sini.Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "adat", "agama", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa". Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru itu, pantun pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau PANTUN
  • 23. persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan. Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian. Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat. Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya.
  • 24. Ular tedung jangan dipermudah, Biasanya dapat membawa maut, Jika tidak maut merana juga; Berhujan panas aku tak endah, Keris lembing aku tak takut, Kehendak hati kuturut juga. Kuda liar berkeliling kota, Kota terbuat dari kayu, Tempat berkawal lasykar Feringgi; Kami mendengar khabar angin, Bunga kembang sudah pun layu, Gugur ke bumi tidak harum lagi. Penakik pisau raut, Ambil galah sebatang lintabung, Seludung dijadikan nyiru; PANTUN
  • 25. Setitik dijadikan laut, Sekepal dijadikan gunung, Alam terbentang dijadikan guru. Sultan Muda dari Lampung, Memikul cangkul dengan bajak, Singgah minum di lepau nasi; Sudah sekah tempat bergantung, Telah patah tempat berpijak, Ke mana hendak digapai lagi. BENTUK PANTUN 1. Pantun enam kerat ini terdiri daripada empat rangkap. 2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu enam baris serangkap. 3. Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata sebaris. 4. Bilangan suku kata dalam setiap baris pun tidak sama, iaitu antara lapan hingga sebelas suku kata. 5. Rima akhir pantun ialah abcabc BENTUK DAN CIRI-CIRI BAGI TU BULAN TU BINTANG (NYANYIAN RAKYAT)
  • 26. GAYA BAHASA 1. Pemilihan katanya indah dan baris yang dibentuk adalah puitis. Contohnya : penakik pisau raut setitik dijadikan laut 2. Penggunaan bahasa kiasan. Contohnya, Telah patah tempat berpijak. Dalam contoh di atas, telah patah maksudnya telah hilang atau telah tiada, sementara tempat berpijak maksudnya tempat seseorang bergantung harapan. 3. Perlambangan. Contohnya, keris lembing GAYA BAHASA
  • 27. (pelbagai dugaan atau cabaran) (R1 B5), dan Alam terbentang dijadikan guru (Kejadian alam boleh dijadikan renungan dan memberi teladan dalam kehidupan) (R3 B6) 4. Sinkof. Contohnya, Berhujan berpanas aku tak endah (R1 B4) dan Keris lembing aku tak takut (R1 B5). 5. Imejan. Contohnya, imej alam seperti bumi, gunung, laut, dan alam. 6. Unsur bunyi : (a) Asonansi (pengulangan bunyi vokal). Contohnya, Jika tak maut merana juga; Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak enam kali. (b) Aliterasi (pengulangan bunyi konsonan). Contohnya, Telah patah tempat berpijak, Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi konsonan t sebanyak empat kali.
  • 28. Sajak ialah hasil kreatif berangkap moden yang dapat dilihat bentuknya. Panjangnya kira-kira satu muka surat dengan pecahan-pecahan baris dan bait yang tersusun. Apabila kita berhadapan dengan sajak, kita akan lihat dari kaca mata luaran atau fizikalnya sebelum jauh menyelami kandungan sajak itu. Selain 'rangkap', istilah-istilah lain yang digunakan untuk membicarakan sajak ialah 'bait' dan 'stanza'. Istilah ini ada hubungannya dengan perenggan atau paragraf dalam karya prosa tetapi mempunyai aturan sendiri. Paling minimum, sesebuah sajak mempunyai SATU rangkap. Ia boleh mencapai seberapa banyak rangkap. Bentuk merangkumi jumlah rangkap, baris dan nama baris dalam setiap rangkap sajak, jumlah suku kata, rima dan bentuk sama ada bebas atau terikat. Ada beberapa istilah lain yang digunakan selain daripada rangkap. Rangkap disebut juga sebagai bait dan stanza. Sesebuah sajak boleh mempunyai rangkap paling minimum satu rangkap dan boleh mencapai rangkap yang banyak terpulang kepada kreativiti penulis. Sesebuah sajak akan dapat kita fahami bentuknya daripada baris-baris dalam sesebuah sajak. Bagi menentukan bentuk sesebuah sajak, kajian juga perlu dibuat pada jumlah suku katanya. Ini dikaitkan dengan jumlah suku kata yang terdapat pada pantun dan syair. SAJAK
  • 29. Dalam pantun dan syair terdapat lapan hingga dua belas suku kata. Dalam sajak tidak terikat kepada jumlah suku kata tetapi ada juga terpengaruh dengan jumlah suku kata pantun dan syair. Jumlah sukukata juga dilihat pada jumlah suku kata yang paling panjang dan pendek. Rima merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara pengulangan atau bertentangan yang terdapat pada baris-baris sajak atau puisi bagi rangkap atau bait- bait tertentu. Terikat merujuk kepada sajak yang terpengaruh dengan cirri-ciri yang ada pada puisi lama iaitu pantun dan syair dari segi rima, baris, suku kata dan sebagainya. Pada batang pokok semarak api tua ini ia tambatkan perahu hidup di tebing lalu-lalang di Lumpur sungai manusia dengan sebilah gunting sebuah cermin sompek sebuah sisir rongak dan bangku kaki tiga ia ukir nafkah keluarganya Seperti semarak api begitulah bersemarak hatinya seperti bunga semarak api gugur di tanah begitulah berbunga denyutnya terkumpul di darah Sementara pelanggan tiba ia duduk di hadapan cermin SAJAK TUKANG GUNTING
  • 30. menyikat remajanya dan merapikan tuanya dengan sisir rongak Pada batang pokok ini semarak api tua ini ia tambatkan masa depan empat orang anak serta isterinya BENTUK 1. Lima rangkap. 2. Lima dan enam baris (rangkap ketiga) serangkap. 3. Tiga hingga lima patah kata sebaris. 4. Tiga hingga sepuluh suku kata sebaris. GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI 1. Asonansi. Contoh: di lumpur sungai manusia (pengulangan vokal u). 2. Aliterasi. Contoh: ia ukir nafkah keluarganya (pengulangan konsonan k). 3. Anafora (pengulangan di awal baris). Contoh: di tebing lain lalang; di Lumpur sungai manusia. 4. Metafora. Contoh: sungai manusia, perahu hidup. 5. Simile. Contoh: Seperti semarak api; begitulah bersernarak hatinya 6. Personifikasi. Contohnya : menyikat remajanya , merapikan tuanya.