1. PENGURUSAN KOKURIKULUM
Tutorial 1
Pada pendapat anda, bagaimanakah kokurikulum membantu dalam perkembangan diri
seseorang pelajar?
Pengurusan kokurikulum amat penting dalam diri setiap pelajar. Aktiviti
kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar harus
melibatkan diri. Pihak sekolah seharusnya menitikberatkan penyertaan kokurikulum
bagi setiap pelajar kerana selain bidang akademik, kokurikulum juga membantu pelajar
untuk cemerlang serta melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi.
Aktiviti kokurikulum dapat melatih para pelajar dari segi keterampilan sama ada
komunikasi mahupun pemakaian. Di sini, cara-cara berkomunikasi serta bersosial akan
dapat diterapkan kepada para pelajar melalui penglibatan pelajar dalam pertandingan
pidato, syarahan mahupun debat. Selain itu, hal ini juga dapat meningkatkan keyakinan
para pelajar untuk berhadapan dengan orang ramai. Aktiviti kokurikulum juga mampu
melatih sikap kepimpinan dalam diri pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti perkhemahan
di mana memerlukan seorang ketua untuk memberi arahan dan tugasan kepada anak-
anak buahnya. Penglibatan kokurikulum yang aktif juga seperti aktiviti bersukan di
padang mampu membuatkan pelajar lebih cergas dan sihat serta mampu berfikir
dengan lebih baik. Bersukan juga mampu menenangkan fikiran. Dengan ini, mereka
akan lebih fokus terhadap pelajaran dan akan mencapai keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan. Dalam pada itu juga, pelajar-pelajar dapat mengasah bakat
masing-masing melalui aktiviti kokurikulum seperti kebolehan berkawad dan
sebagainya.
Kesimpulannya, aktivitivi kokurikulum amat penting dalam kehidupan seseorang
pelajar kerana mampu memperkembangkan diri mereka ke tahap yang lebih tinggi. Hal
ini kerana, selain cemerlang dalam bidang akademik, bidang kokurikulum juga amat
dititikberatkan untuk melayakkan seseorang itu diterima masuk ke institut pengajian
tinggi bagi melanjutkan pelajaran mereka.