SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Download to read offline
MENGENALPASTI CORAK PEMBELAJARAN YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR
                 YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI
                  CEMERLANG DAN JUGA LEMAH

                           Mohd. Kamarul Yusri bin Khaidzir
                             Unit Pengurusan Perniagaan
                              Kolej Matrikulasi Pahang
                           Kementerian Pendidikan Malaysia
                                   26300 Gambang
                               Pahang Darul Makmur


                                      ABSTRAK


Pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan bagi seorang pelajar. Di dalam
usaha untuk mencapai kecemerlangan di dalam akademik, pelajar perlu untuk
mengulangkaji semula topik pelajaran yang dipelajari di dalam kuliah atau tutoran. Bagi
tujuan tersebut setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri di mana gaya
pembelajaran tersebut mungkin dirasakan berkesan atau selesa bagi diri pelajar terbabit.
Namun begitu, tidak semestinya usaha yang diberikan di dalam ulang kaji membuahkan
keputusan yang dikehendaki. Keberkesanan corak pembelajaran yang diamalkan oleh
pelajar   boleh dilihat berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi. Kajian ini
bertujuan untuk melihat akan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar jurusan
perakaunan sesi 2003 / 2004. Sampel bagi kajian ini merupakan pelajar jurusan perakaunan
sesi 2003 / 2004 yang memperolehi PNGK 3.5 ke atas dan juga 2.65 ke bawah bagi semester
1. Dengan itu suatu corak pembelajaran yang berkesan boleh dikenal pasti seterusnya
dijadikan panduan kepada pelajar lain terutama pelajar yang memperolehi keputusan yang
kurang memuaskan. Secara lebih khusus lagi kajian ini mempunyai 3 objektif iaitu: ( a )
Untuk mengenal pasti corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar, ( b ) Untuk
mengenalpasti faktor – faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar dan (
c ) Untuk meninjau prinsip yang diamalkan oleh pelajar sewaktu mengikuti pengajian di
kolej matrikulasi.. Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat bagaimana pelajar
menjalani proses pembelajaran mereka. Dengan adanya maklumat ini, pihak kolej boleh
memperbaiki atau mengubahsuai samada peraturan atau infratruktur di dalam usaha


                                           1
menyokong proses pembelajaran pelajar.
PENDAHULUAN


        Sering kali terdengar rungutan daripada pelajar setiap kali setelah keputusan peperiksaan
diumumkan. Mereka mengulangkaji pelajaran sama seperti pelajar yang lain tetapi hasil yang
diperolehi seolah – olah tidak mencerminkan daya usaha sebenar mereka. Lebih menambahkan lagi
tekanan kepada mereka ialah apabila ada rakan yang mengulang kaji pelajaran dengan peruntukan
masa yang kecil tetapi memperolehi keputusan yang amat membanggakan.


        Secara umumnya, seorang individu berbeza di antara satu sama lain. Menurut C.
Parameswary Chelliah, perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada
norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau
bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.
Antara aspek – aspek perbezaan adalah seperti berikut :


( a) Fizikal
Perbezaan yang boleh dlihat dengan mata kasar dari segi rupa paras, susuk badan, jantina, kemahiran
fizikal dan kebolehan kerja tangan.


( b ) Emosi
Aspek – aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan menanggung
kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. Emosi seseorang itu seperti gembira, duka, suka,
marah, benci, cinta, kasih sayang, takut dan sebagainya.


( c ) Mental
Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada pada murid, pengalaman, latar
belakang, kebolehan akal ( imaginasi dan penaakulan ), keupayaan belajar, kebolehan bertindak,
kebolehan meninjau ke hadapan dan kebolehan menggunakan bahasa.


( d ) Tingkah laku
Perbezaan tingkah laku boleh diperhatikan dari aspek pergaulan, perhubungan, tingkah laku
berinteraksi ( bahasa dan gaya ), unsur – unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap dan ketegasan
bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama.


                                                  2
( e ) Sosial
Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang,
kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek ini mempengaruhi kehidupan semua kanak – kanak
sejak dilahirkan.


Kesan Perbezaan Individu Terhadap Pembelajaran


( a ) Kesediaan untuk Belajar
Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu kanak – kanak yang
sama umur tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan disebabkan
oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan pengalaman prasekolah. Fahaman
guru terhadap perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu atau
kumpulan mengikut kaedah yang berbeza.


( b ) Konsep Kendiri
         ( i ) Konsep kendiri positif ( mereka akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan aktif )
         ( ii ) Konsep kendiri negatif ( tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran
         malah mereka tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap diri sendiri )


( c ) Persepsi
Setiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza terhadap pembelajaran. Guru hendaklah
mengenal pasti murid yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap pembelajaran. Setelah itu beri
mereka motivasi agar mereka mrngubah daripada berpandangan atau bersikap negatif terhadap
pelajaran kepada sikap positif.


( d ) Nilai
Setiap pelajar mempunyai nilai yang berbeza berdasarkan perbezaan individu dan latar belakang
kehidupan mereka. Tugas guru ialah mengubah pelajar agar mempunyai nilai yang baik terhadap
pelajaran.


( e ) Tingkah Laku
Tingkah laku seseorang berbeza dengan seseorang yang lain. Tingkah laku ini mempunyai perkaitan

                                                   3
yang rapat dengan personaliti mereka. Mungkin sukar untuk mengubah personaliti, tetapi seseorang
guru itu boleh mengubah sikap murid – muridnya.
( f ) Perasaan
Perasaan seseorang berbeza dengan orang lain. Antara perasaan yang selalu mempengaruhi
pembelajaran ialah perasaan gemuruh, tenang, stabil, kecewa, duka dan takut. Tugas guru ialah
mendorong dan melatih murid supaya mempunyai perasaan yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran.


( g ) Mental
Kebolehan mental ( kecerdasan ) seseorang itu berbeza antara seseorang dengan seorang yang lain.
Ada murid yang mempunyai kekuatan daya ingatan, tetapi lemah dalam kreativiti, begitu juga
sebaliknya. Kekurangan dalam sesuatu bidang tidak bermakna mereka akan kecewa dalam kehidupan.
Sejarah telah membuktikan orang yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak semestinya berjaya di
dalam mengendalikan kehidupan seharian. Tugas guru ialah mencungkil potensi pelajar dalam bidang
– bidang tertentu.


REFLEKSI MASALAH


        Sebagai seorang pelajar mereka memikul tanggungjawab yang berat di dalam usaha untuk
memastikan mereka beroleh kecemerlangan di dalam pengajian mereka di peringkat matrikulasi. Bagi
tujuan tersebut masing – masing mempunyai corak pembelajaran mereka yang tersendiri. Gaya
pembelajaran yang dipilih dibuat berdasarkan keselesaan dan kesesuaian diri seseorang pelajar
terbabit. Keberkesanan corak pembelajaran yang diamalkan boleh dilihat berdasarkan keputusan
peperiksaan yang diperolehi. Dengan itu suatu corak pembelajaran yang berkesan boleh dikenal pasti
seterusnya dijadikan panduan kepada pelajar lain terutama pelajar yang memperolehi keputusan yang
kurang memuaskan. Suasana persekitaran juga secara tidak langsung boleh diperbaiki bagi
menyediakan suatu suasana persekitaran yang kondusif.


        Namun begitu, sering kali juga terdengar alasan daripada pelajar apabila mereka mendapat
keputusan peperiksaan yang kurang cemerlang. Mereka menyatakan bahawa mereka telah mengulang
kaji pelajaran dengan memperuntukkan masa yang banyak dan juga tidak ketinggalan di dalam
membuat latihan – latihan yang dibekalkan. Seolah – olah keputusan yang diperolehi tidak
mencerminkan kesungguhan usaha yang telah disumbangkan di dalam aktiviti ulang kaji. Lebih
menambahkan lagi tekanan kepada mereka ialah apabila ada rakan yang mengulang kaji pelajaran
dengan peruntukan masa yang kecil tetapi memperolehi keputusan yang amat membanggakan. Secara

                                                  4
tidak langsung keadaan ini akan mewujudkan perasaan putus asa di dalam diri pelajar terbabit kerana
pada pandangan mereka, walau sebanyak mana usaha yang dilakukan, keputusan peperiksaan mereka
tetap rendah.


        Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat bagaimana pelajar menjalani proses
pembelajaran mereka. Dengan adanya maklumat ini, pihak kolej boleh memperbaiki atau
mengubahsuai samada peraturan atau infratruktur di dalam usaha menyokong proses pembelajaran
pelajar. Hasil kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh kolej – kolej matrikulasi yang lain di dalam
menyediakan suatu suasana persekitaran yang kondusif bagi tujuan pembelajaran.


DEFINISI OPERASI
Satu definisi istilah digunakan dalam kajian ini bagi menjelaskan objektif kajian.


( a ) Belajar
        Belajar adalah suatu proses penyesuaian yang berlangsung secara progresif. Proses
penyesuaian tersebut dapat mendatangkan hasil yang optimum apabila ia diberi pengukuhan.
Berdasarkan proses pelaziman yang pada prinsipnya memperkuatkan dugaan bahawa timbulnya
tingkah laku itu lantaran adanya hubungan antara rangsangan dengan gerak balas. Skinner ( 1938 )


        Wittig ( 1981 ) mendefinikan belajar sebagai perubahan relatif yang terjadi pada tingkah laku
suatu organisma sebagai hasil pengalaman


        Reber ( 1989 ) mendefinisikan belajar sebagai proses memperoleh pengetahuan dan suatu
perubahan tingkah laku yang relatif sebagai hasil latihan yang iperkukuh.


        Dirumuskan, kebanyakkan ahli psikologi bersetuju bahawa belajar ialah bidang yang
mengurus perubahan seluruh tingkah laku pelajar supaya belajar berdasarkan pengalaman dan
pemerhatian yang melibatkan proses kognitif.


OBJEKTIF KAJIAN


        Kajian ini bertujuan untuk melihat akan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar –
pelajar jurusan perakaunan. Secara lebih khusus lagi kajian ini mempunyai objektif iaitu:



                                                   5
( a ) Untuk mengenal pasti corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar.
( b ) Untuk mengenalpasti faktor – faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar.


( c ) Untuk meninjau prinsip atau pegangan diri yang diamalkan oleh pelajar sewaktu mengikuti
pengajian.


PERSOALAN KAJIAN


Kajian ini akan cuba menjawap persoalan – persoalan yang berikut :


( a ) Apakah bentuk corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar ?


( b ) Apakah faktor – faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar ?


( c ) Apakah prinsip yang menjadi pegangan hidup pelajar sewaktu mengikuti pengajian ?


PERANCANGAN TINDAKAN


        Kajian ini akan melihat corak pembelajaran yang diamalkan oleh dua kumpulan pelajar. Bagi
tujuan tersebut, responden akan dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan mereka di semester 1.
Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan kumpulan pelajar cemerlang dan juga lemah. Pelajar
yang dikategorikan sebagai cemerlang merupakan pelajar yang memperolehi PNGK 3.5 ke atas
manakala pelajar yang dikategorikan sebagai lemah pula ialah yang mendapat PNGK 2.65 ke bawah.


        Data dan maklumat pelajar tersebut akan diperolehi daripada Bahagian Peperiksaan, Kolej
Matrikulasi Pahang. Setelah itu borang – borang soal selidik akan diserahkan kepada pelajar terbabit
bagi tujuan mengumpul maklumat.




                                                 6
METODOLOGI KAJIAN


Reka bentuk Kajian


Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan melalui penggunaan borang soal selidik. Tinjauan
digunakan untuk melihat corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar sehingga menyumbang
kepada pencapaian PNGK yang tertentu. Kaedah ini dipilih kerana ia berupaya menyediakan
maklumat yang diperlukan bagi setiap kumpulan responden.


Sampel Kajian


Seramai 27 orang pelajar masing – masing yang mencatatkan keputusan PNGK 3.5 ke atas dan 2.65
ke bawah dikenal pasti melalui data di Bahagian Peperiksaan, Kolej Matrikulasi Pahang. Kepurtusan
peperiksaan yang dicatatkan ialah di dalam peperiksaan Semester I sesi 2003 / 2004.


Alat Kajian


Alat kajian yang digunakan untuk mengutip data di dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang
dibentuk oleh penyelidik berdasarkan pengalaman, bahan bacaan dan kursus penyelidikan yang
dihadiri.


Soal selidik ini mempunyai dua bahagian. Bahagian A meliputi maklumat tentang latar belakang
sampel iaitu nama kolej, jantina, jurusan, kaum, jenis sekolah dan PNGK. Bahagian B pula
mengandungi item – item berkenaan corak pembelajaran pelajar. Item – item pada bahagian B diukur
dengan menggunakan skala berikut : 1 “ Sangat Tidak Setuju “, 2 “ Tidak Setuju “, 3 “ Setuju “ dan 4
“ Sangat Setuju “.




BATASAN KAJIAN




                                                 7
( a ) Dapatan kajian ini hanya terbatas kepada kumpulan sasaran kajian. Sebarang generalisasi yang
dibuat berasaskan dapatan kajian ini terhad kepada pelajaran jurusan perakaunan yang menuntut di
Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2003 / 2004. Kajian ini memfokuskan kepada corak pembelajaran yang
diamalkan oleh pelajar dan data hanya diperolehi dari responden yang telah dipilih dengan
menggunakan borang soal selidik.


( b ) Kajian ini tidak menggunakan sebarang peruntukkan penyelidikan yang khusus. Kajian ini
dilakukan mengikut masa terluang penyelidik sebagai pensyarah yang terikat dengan jadual waktu
mengajar sebanyak 14 jam seminggu.


( c ) Penyelidik juga masih belum pakar di dalam aktiviti penyelidikan.


TINJAUAN LITERATUR
Menurut kajian tinjauan yang dilakukan oleh Kherun Nita dan Zakaria ( 1995 ) terhadap pelajar
cemerlang di UTM, pelajar – pelajar yang dikategorikan sebagai cemerlang mempunyai ciri – ciri
seperti berikut :


( a ) Mempunyai matlamat dan wawasan yang jelas
( b ) Baik di dalam mata pelajaran matematik dan sains
( c ) Baik di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
( d ) Dapat memahami sistem pengajian
( e ) Tahu mengurus masa
( f ) Baik dalam mengambil nota
( g ) Memberi penumpuan di dalam kuliah atau tutoran
( h ) Tidak suka bertangguh atau belajar di saat akhir
( i ) Suka bertanya dan berjumpa pensyarah
( j ) Hadir ke kuliah dengan berkesan


DAPATAN KAJIAN


Ujian Rintis
Sebelum borang soal selidik diedarkan kepada pelajar, soalan dibincangkan dahulu dengan para
pensyarah berkenaan kesesuaian penggunaan bahasa. Setelah itu ujian kebolehpercayaan model (



                                                   8
reliability alpa ) ke atas 35 item ujian menunjukkan nilai pekali 0.7. Ini menunjukkan data – data
dapatan kajian ini melebihi kebolehpercayaan 0.6 seperti yang diutarakan oleh Mohd. Salleh dan
Zaiton ( 2001 ).


Prosedur Memungut Data


Borang soal selidik diedarkan selepas pelajar selesai mengikuti kuliah atau tutoran dan soal selidik
akan ditadbir sendiri oleh penyelidik. Nama pelajar tertentu berdasarkan PNGK yang diperolehi akan
dipanggil untuk mengisi soal selidik. Penerangan ringkas diberikan kepada pelajar yang dikehendaki
menjawab soal selidik. Pelajar diberikan masa 2 hari untuk menjawab soal selidik dan soal selidik
yang telah siap dijawap diserahkan kepada penyedlidik atau dihantar ke meja penyelidik.


Prosedur Menganalisis Data


Data yang dipungut akan dikod dan diproses dengan menggunakan perisian SPSS Ver 12 mengikut
keperluan kajian. Analisis data menggunakan statistik kekerapan dan bagi melihat amalan corak
pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar.


Hubungan Antara Pembolehubah
Analisis khi kuasa dua digunakan untuk menguji kekuatan perkaitan antara pembolehubah.
Pembolehubah yang dinilai ialah jantina, sekolah asal dan kaum pelajar. Ujian akan melihat samada
pembolehubah ini mempunyai perkaitan dengan PNGK yang diperolehi oleh pelajar. Bagi tujuan
tersebut beberapa hipotesis akan dibangunkan.


Hipotesis Pertama
Ho: Tidak terdapat perkaitan di antara sekolah asal pelajar dengan PNGK yang diperolehi.


Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara sekolah asal pelajar dengan
PNGK yang diperolehi oleh pelajar ( Nilai Khi – Kuasa Dua = 1.979, p > 0.05 ). Oleh itu, hipotesis
nol diterima.


Kesimpulan: Tidak wujud perkaitan antara sekolah asal pelajar dengan PNGK yang diperolehi.




                                                 9
Implikasi: Sekolah asal pelajar tidak memainkan peranan dalam menentukan PNGK yang diperolehi
oleh pelajar.




Hipotesis Kedua
Ho: Tidak terdapat perkaitan di antara jantina pelajar dengan PNGK yang diperolehi.


Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara jantina pelajar dengan
PNGK yang diperolehi oleh pelajar ( Nilai Khi – Kuasa Dua = 0.889, p > 0.05 ). Oleh itu, hipotesis
nol diterima.


Kesimpulan: Tidak wujud perkaitan antara jantina pelajar dengan PNGK yang diperolehi.


Implikasi: Jantina pelajar tidak memainkan peranan dalam menentukan PNGK yang diperolehi oleh
pelajar.


Hipotesis Ketiga
Ho: Tidak terdapat perkaitan di antara kaum pelajar dengan PNGK yang diperolehi.


Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara kaum pelajar dengan PNGK
yang diperolehi oleh pelajar ( Nilai Khi – Kuasa Dua = 0.114, p > 0.05 ). Oleh itu, hipotesis nol
diterima.


Kesimpulan: Tidak wujud perkaitan antara kaum pelajar dengan PNGK yang diperolehi.


Implikasi: Kaum pelajar tidak memainkan peranan dalam menentukan PNGK yang diperolehi oleh
pelajar.


Corak Pembelajaran yang Diamalkan Oleh Pelajar yang Dikategorikan Sebagai Cemerlang


Melalui soal selidik yang dikemukakan kepada pelajar yang mendapat PNGK 3.5 ke atas, berikut
merupakan corak pembelajaran yang diamalkan :


                                                10
Jadual 1 ( Lampiran 1 )
Corak Pembelajaran Pelajar Cemerlang


( a ) Pelajar – pelajar ini lebih mengemari proses belajar secara berkumpulan.
( b ) Kemudahan – kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan lain – lain merupakan
perkara penting di dalam menyokong proses pembelajaran mereka.
( c ) Pelajar – pelajar ini tidak hanya bergantung kepada nota yang diperolehi daripada kuliah sahaja
bahkan dari masa ke semasa mereka turut membuat rujukan tambahan .
( d ) Setiap latihan yang diberikan oleh pensyarah akan cuba dibuat walau pun tidak diminta oleh
pensyarah kerana ini merupakan peluang bagi mereka untuk memperbaiki kelemahan diri mereka.
( e ) Pelajar ini juga tidak lokek untuk memberi penerangan kepada rakan lain apabila rakan meminta
mereka untuk menerangkan akan sesuatu topik atau soalan. Ini kerana secara tidak langsung mereka
berasakan ia merupakan kaedah terbaik untuk memperbaiki kefahaman yang sedia ada.
( f ) Dari segi pembahagian masa untuk tujuan beriadah, masa yang lebih banyak diperuntukkan bagi
hal – hal yang berkaitan aktiviti mengulang kaji pelajaran.
( g ) Setiap pensyarah yang ada akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan untuk membuat rujukan atau
penyelesaian sesuatu latihan.
( h ) Masa belajar yang paling sesuai bagi mereka ialah pada sebalah malam iaitu sebelum waktu
tidur.
( i ) Setiap kehadiran samada ke kuliah atau tutoran adalah penting bagi mereka. Ini kerana perkara
yang diajarkan mampu menyumbang kepada keputusan peperiksaan yang cemerlang.
( j ) Pelajar ini tidak malu untuk bertanya kepada pensyarah berkenaan sesuatu perkara yang mereka
tidak fahami walaupun pertanyaan mereka itu mungkin akan digelakkan oleh rakan mereka yang lain.
( k ) Tempat belajar yang paling sesuai bagi mereka ialah di bilik.
( l ) Sikap rajin yang ditunjukkan oleh rakan – rakan mereka yang lain membuatkan mereka makin
terdorong untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.
( m ) Kumpulan pelajar ini saling bertukar nota, buku atau soalan dengan rakan – rakan yang lain. Ini
dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemhiran yang sedia ada pada diri pelajar terbabit.
( n ) Aktiviti ibadat tidak dilupakan sepanjang tempoh mengikuti pengajian di kolej walau apa pun
bangsa pelajar.
( o ) Keputusan cemerlang yang dicatatkan oleh pelajar lain membuatkan mereka rasa tercabar untuk
turut mencatatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.
( p ) Setiap perkara atau topik yang disampaikan oleh pensyarah samada di kuliah atau tutoran adalah

                                                  11
penting bagi mereka. Mereka akan membuat catatan berkenaan dengan perkara yang disampaikan.
( q ) Komitmen yang ditunjukaan oleh para pensyarah amat mempengaruhi kecemerlangan pelajar
terbabit. Sekiranya pensyarah memperuntukkan usaha yang gigih terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran, secara tidak langsung akan membantu pelajar tersebut untuk mencatatkan keputusan
yang cemerlang.
( r ) Pada minggu – minggu terakhir sebelum peperiksaan, kebanyakan silibus mata pelajaran yang
berkaitan telah pun diulang kaji.
( s ) Pelajar ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan – kelamahan yang terdapat pada diri
mereka.




Jadual 2 ( Lampiran 2 )
Corak Pembelajaran Pelajar Lemah
          Secara keseluruhannya pelajar yang dikategorikan sebagai lemah juga mempunyai ciri corak
pembelajaran yang hampir sama dengan pelajar cemerlang. Cuma aspek yang paling ketara ialah dari
segi kandungan pelajaran yang diualang kaji. Bagi pelajar lemah, masih terdapat topik atau
kandungan yang belus habis diulang kaji menjelang minggu – minggu peperiksaan. Keadaan ini
secara tidak langsung akan mewujudkan tekanan di dalam diri pelajar terbabit seterusnya menjejaskan
penumpuan terhadap proses ulang kaji keseluruhan subjek.


Jadual 3 ( Lampiran 3 )
Prinsip dan Pegangan Diri Pelajar Cemerlang.


( a ) Pelajar sentiasa mengingati akan pesan keluarga sepanjang mengikuti pengajian di kolej.
( b ) Pelajar menganggap pensyarah lebih dari seorang pensyarah.
( c ) Jika diberi peluang, pelajar ingin memilih sendiri rakan sebilik.
( d ) Kemasukan pelajar ke program matrikulasi bukanlah kerana terpaksa.
( e ) Pelajar amat menghormati pensyarah samada pensyarah yang mengajar mereka atau tidak.
( f ) Pelajar ada mengamalkan sikap bertangguh di dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
( g ) Setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej adalah untuk kepentingan pelajar.
( h ) Pelajar tidak kisah apa yang diperkatakan terhadap diri mereka asalkan mereka beroleh
kecemerlangan.
( i ) Jika diberi peluang, pelajar ingin memiliki teman istimewa.
( j ) Pelajar akan pulang ke kampung jika diberi peluang.

                                                   12
( k ) Nasib memainkan peranan yang kecil di dalam keputusan peperiksaan.
( l ) Markah penilaian berterusan adalah penting walaupun nilainya kecil.




Jadual 4 ( Lampiran 4 )
Prinsip dan Pegangan Diri Pelajar Lemah.
Secara keseluruhannya adalah hampir sama dengan pelajar – pelajar cemerlang.


CADANGAN DAN TINDAKAN PEMBAIKAN


        Hasil daripada ciri – ciri pelajar yang telah dikenal pasti, pihak kolej boleh mengambil
tindakan – tindakan yang berikut bagi memastikan persekitaran pembelajaran pelajar – pelajar ini
tidak terjejas dan dapat dikekalkan.


( a ) Pihak kolej boleh menggalakkan para pelajar untuk menbentuk kumpulan bagi tujuan – tujuan
pembelajaran atau ulang kaji. Pembelajaran secara kumpulan memudahkan proses pertukaran idea
atau malumat seterusnya pelajar yang lebih mahir dapat membantu pelajar yang kurang mahir. Selain
itu juga, bagi pelajar mahir ini merupakan peluang untuk memperbaiki lagi kefahaman mereka
berkenaan sesuatu topik atau perkara melalui tunjuk ajar yang diberikan kepada rakan mereka.


( b ) Kemudahan – kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan lain – lain kemudahan
hendaklah diperbaiki. Bagi pusat sumber, buku – buku rujukan yang terdapat di dalamnya hendaklah
mencukupui dengan nisbah bilangan pelajar yang ada dan juga menepati kehendak sukatan pelajaran
topik – topik yang tertentu. Ini kerana pelajar – pelajar ini turut membuat rujukan tambahan untuk
menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada dan juga bagi tujuan penyelesaia soalan – soalan
latihan yang diberikan oleh pensyarah. Begitu juga dengan makmal komputer, komputer hendaklah
mencukupi bagi tujuan penyiapan tugasan beserta dengan mesin pencetak. Kekurangan peralatan
menyebabkan pelajar sukar untuk menyiapkan sesuatu tugasan hasilnya motivasi pelajar akan jatuh
dan begitu juga dengan hasil kerja mereka.


( c ) Sekiranya pensyarah bercadang untuk memberikan soalan – soalan tambahan, lebih baik
sekiranya soalan tersebut diedarkan lebih awal. Dengan kata lain sebelum sesuatu topik tersebut



                                                 13
diajar atau sewaktu topik tersebut sedang diajar. Ini memudahlan lagi pelajar terutama pelajar –
pelajar yang rajin dan memiliki inisiatif yang tinggi untuk menyudahkan soalan – soalan terbabit.


( d ) Bagi setiap unit atau jabatan hendaklah memaparkan atau mengedarkan perancangan aktiviti –
aktiviti yang bakal mereka lakukan. Dengan ini para pelajar boleh menyelarasakan dan menyusun
aktivitiyang akan mereka lakukan.


( e ) Pensyarah hendaklah memaparkan jadual peribadi mereka agar senang untuk dilihat oleh pelajar.
Waktu perundingan juga hendaklah dinyatakan dengan jelas agar pelajar mudah untuk berjumpa
dengan pensyarah. Sekiranya waktu perundingan pensyarah bertembung dengan jadual pelajar, sistem
temu janji hendaklah digunakan. Yang penting pensyarah hendaklah mudah dihubungi oleh pelajar
dengan cara mereka berada di meja masing – masing pada ketika waktu yang telah dtetapkan. Selain
itu juga, setiap pensyarah juga hendaklah menunjukkan tahap profesionalisma yang tinggi terhadap
kerjaya mereka.


( f ) Pihak asrama mungkin boleh untuk menimbangkan untuk melanjutkan tempoh masa sebelum
light off. Dengan ini para pelajar boleh memperuntukkan masa yang lebih banyak bagi tujuan
pembelajaran dan juga persediaan sebelum ke kuliah pada keesokan harinya.


( g ) Jangan hadkan pelajar untuk mengulang kaji di tempat tertentu sahaja. Sebaliknya benarkan
mereka mengulang kaji pelajaran di tempat – tempat yang dirasakan selesa dan menyenangkan bagi
mereka. Bagi tujuan tersebut pihak kolej boleh menyediakan tempat – tempat seperti perpustakaan,
bilik tutoran, bilik bacaan, asrama dan lain – lain lagi.


( h ) Setiap kejayaan yang diperolehi oleh pelajar hendaklah diumumkan atau dihebahkan kepada
pelajar lain. Ini dapat membuatkan pelajar tersebut merasakan kejayaan mereka diiktiraf seterusnya
dapat mendorong pelajar yang lain untuk turut berusaha mendapatkan kejayaan.


( i ) Pensyarah perlu memastikan silibus telah habis diajar seminggu atau 2 minggu sebelum
peperiksaan sebenar bermuka. Dengan adanya tempoh masa ini, pelajar boleh menumpukan sepenuh
perhatian terhadap pelajaran dan juga berupaya untuk mewujudkan rasa tenang dan tenteram di dalam
diri pelajar.




                                                    14
KESIMPULAN


        Secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara corak pembelajaran
yang diamalkan oleh pelajar. Cuma apa yang memberi kesan ialah dari persediaan yang dilakukan
oleh pelajar. Walaupun aktiviti pembelajaran yang dijalani hampir sama, tetapi tempoh masa
bermulanya sesuatu proses ulang kaji itu adalah penting. Pelajar cemerlang akan konsisten di dalam
melakukan ulang kaji dan semua topik telah habis diulang kaji seminggu sebelum sesuatu peperiksaan
bermula. Dengan itu, mereka boleh menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dengan sepenuh
penumpuan. Dari segi prinsip dan pegangan diri pelajar pula, tidak terdapat perbezaan yang ketara di
antara dua kumpulan pelajar terbabit.




BIBLIOGRAFI


Abd. Rahim M. Ali ( 2001 ) Ilmu Pendidikan DPM, Pendidikan di Malaysia & Psikologi
Pendidikan, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Moadon ( 2003 ) Tip Pandai Belajar, PTS Publications &
Distributor Sdn Bhd, Bentong, Pahang

Jerald Greenberg ( 1995 ) Behavior In Organization. Prentice Hall, New Jersey

Kherun Nita & Zakaria ( 1995 ) Budaya Belajar Pelajar – pelajar Cemerlang di UTM,
Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Asrama Peringkat Kebangsaan ( SPARK ‘ 95 ) pada 3 –
5 Mei 1995 di Dewan Persidangan Universiti USM




                                                15
Borang Soal Selidik

PANDUAN
Anda dikehendaki memberikan pemeringkatan dari 1 hingga 5, secara membulatkan
nombor berkenaan. Pemeringkatannya adalah seperti berikut:

          1     :     Sangat Tidak Setuju
          2     :     Tidak Setuju
          3     :     Setuju
          4     :     Sangat Setuju

Anda diharapkan tidak menjawab secara terburu – buru dan masa yang mencukupi
akan diberikan supaya setiap jawapan menepati kehendak soalan.


BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG PELAJAR

     1.  Nama Kolej   :   .........................................................................
     2.  Jantina      :   Lelaki / Perempuan
     3.  Jurusan      :   Sains Hayat / Fizikal / Perakaunan
     4.  Kaum         :   Bumiputera / Bukan Bumiputera
     5.  Sekolah      :   Asrama Penuh / MRSM / Vokasional / Teknik / Harian /
         Lain-lain
     6. PNGK          : ........................................

BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK

1.        Saya sentiasa mengingati akan pesan keluarga                               1      2     3   4
          sepanjang tempoh saya belajar di sini
2.        Saya menganggap pensyarah lebih dari seorang                               1      2     3   4
          pensyarah, sebagai rakan, ibu, bapa, abang, kakak –
          tempat untuk meluahkan masalah / perasaan.
3.        Saya lebih suka belajar secara berkumpulan.                                1      2     3   4
4.        Kehadiran saya ke kuliah / tutoran adalah kerana                           1      2     3   4
          dipaksa dan tidak mahu markah penilaian berterusan

                                                    16
saya
      dipotong.
5.    Jika diberi pilihan, saya ingin memilih sendiri rakan     1   2   3   4
      sebilik yang akan tinggal bersama saya.
6.    Kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer           1   2   3   4
      dan lain – lain merupakan faktor penting yang boleh
      mempengaruhi prestasi pembelajaran saya.
7.    Kemasukan saya ke program matrikulasi adalah kerana       1   2   3   4
      terpaksa dan tiada pilihan lain.
8.    Saya amat menghormati pensyarah saya samada beliau        1   2   3   4
      mengajar saya atau tidak.
9.    Saya berusaha untuk membuat rujukan tambahan dan          1   2   3   4
      tidak bergantung kepada nota kuliah sahaja.
10.   Saya kadang – kala ada mengamalkan sikap bertangguh       1   2   3   4
      di dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
11.   Setiap latihan yang diberikan akan cuba dibuat walaupun   1   2   3   4
      tidak diminta oleh pensyarah.
12.   Apabila rakan meminta penerangan sesuatu topik atau       1   2   3   4
      soalan, saya merasakan ia peluang untuk memperbaiki
      kefahaman saya sendiri.
13.   Pada saya, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kolej     1   2   3   4
      adalah untuk kebaikan diri saya sendiri.
14.   Saya selalu membayangkan bagaimana keadaan saya           1   2   3   4
      beberapa tahun yang akan datang.
15.   Saya lebih suka menelaah pelajaran berbanding beriadah    1   2   3   4
      atau bersukan.
16.   Saya suka menggunakan sepenuhnya pensyarah –              1   2   3   4
      pensyarah yang terdapat di kolej saya di dalam usaha
      menuntut ilmu.
17.   Saya tidak kisah apa yang diperkatakan orang terhadap     1   2   3   4
      saya, asalkan saya beroleh kecemerlangan di dalam
      akademik.
18.   Masa belajar yang paling sesuai bagi saya ialah sebelah   1   2   3   4
      malam sebelum tidur.
19.   Saya beranggapan setiap kehadiran ke kuliah atau          1   2   3   4
      tutoran adalah penting di dalam mencapai
      kecemerlangan akademik.
20.   Jika diberi peluang, saya ingin mempunyai teman           1   2   3   4
      istimewa sepanjang belajar di kolej ini.
21.   Jika ada cuti atau peluang untuk balik ke kampung, saya   1   2   3   4
      akan pulang.
22.   Rasa malu masih menebal untuk bertanya di dalam kelas     1   2   3   4
      dan didengari oleh rakan yang lain.

                                      17
23.   Tempat belajar yang terbaik bagi saya ialah dibilik.     1   2   3   4
24.   Hubungan saya dan rakan sebilik adalah amat baik dan     1   2   3   4
      mesra.
25.   Hubungan saya dengan rakan tutoran adalah amat baik      1   2   3   4
      dan mesra.
26.   Saya bukanlah seorang yang kuat belajar, tetapi nasib    1   2   3   4
      selalu menyebelahi saya di mana markah peperiksaan
      saya selalu tinggi.
27.   Sikap rajin yang ditunjukkan oleh pelajar lain           1   2   3   4
      membuatkan saya tidak senang duduk.
28.   Saya tidak bertukar nota, buku dan soalan dengan rakan   1   2   3   4
      – rakan yang lain.
29.   Saya sering dan tidak pernah lupa melakukan ibadah       1   2   3   4
      selama kehidupan saya di kolej.
30.   Saya merasa tercabar apabila pelajar lain berjaya        1   2   3   4
      mencatat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
31.   Markah penilaian berterusan bagi saya amat penting       1   2   3   4
      walaupun jumlahnya adalah kecil.
32.   Setiap apa yang disampaikan oleh penyarah samada di      1   2   3   4
      kuliah atau tutoran adalah penting bagi saya.
33.   Komitmen para pensyarah amat mempengaruhi                1   2   3   4
      kecemerlangan diri saya.
34.   Selalunya di minggu akhir peperiksaan, keseluruhan       1   2   3   4
      silibus matapelajaran yang berkaitan telah pun habis
      diulangkaji.
35.   Saya menyedari akan kelemahan yang terdapat pada diri    1   2   3   4
      saya dan saya berusaha untuk memperbaikinya.




                                      18
N   STS   TS   S   SS




19
Item Ujian - Corak Pembelajaran Pelajar Cemerlang
Saya lebih suka belajar secara berkumpulan                    27    2    9    15   1
Kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan
                                                              27    1    7    13   6
lain - lain amat mempengaruhi prestasi saya
Saya berusaha membuat rujukan tambahan dan tidak
                                                              27    0    3    20   4
hanya bergantung kepada nota kuliah sahaja
Setiap latihan yang diberikan akan cuba dibuat
                                                              27    1    3    20   3
walaupun tidak diminta oleh pensyarah
Apabila rakan meminta penerangan, ia merupakan peluang        27    0    1    9    17
untuk saya memperbaiki kefahaman
Saya lebih suka menelaah pelajaran berbanding
                                                              27    2    4    14   7
bersukan
Saya suka menggunakan sepenuhnya pensyarah -
                                                              27    0    5    19   3
pensyarah yang terdapat di kolej saya
Masa belajar yang sesuai bagi saya ialah sebelah malam
                                                              27    2    5    10   10
sebelum tidur
Setiap kehadiran ke kuliah atau tutoran adalah penting        27    0    1    4    22
Rasa malu masih menebal untuk bertanya di dalam kelas
                                                              27    7    10   8    2
dan didengari oleh rakan yang lain
Tempat belajar yang terbaik bagi saya ialah di bilik          27    2    6    14   5
Sikap rajin yang ditunjukkan pelajar lain membuatkan
                                                              27    1    6    13   7
saya tidak senang duduk
Saya tidak bertukar buku, soalan dan nota dengan
                                                              27    4    15   7    1
pelajar - pelajar lain
Saya sering dan tidak pernah lupa untuk melakukan
                                                              27    1    0    5    21
ibadah selama kehidupan saya di kolej
Saya merasa tercabar apabila mendapati pelajar lain berjaya
                                                              27    0    0    8    19
mencatat keputusan peperiksaan yang cemerlang
Setiap apa yang disampaikan oleh pensyarah samada
                                                              27    0    0    6    21
di kuliah atau tutoran adalah penting
Komitmen para pensyarah amat mempengaruhi
kecemerlangan                                                 27    0    0    7    20
diri saya
Di minggu akhir peperiksaan, keseluruhan silibus telah
                                                              27    1    6    12   8
habis diualang kaji
Saya menyedari dan sentiasa memperbaiki kelemahan
                                                              27    0    1    6    20
yang ada pada diri saya


        Item Ujian - Corak Pembelajaran Pelajar Lemah         N    STS   TS   S    SS
Saya lebih suka belajar secara berkumpulan                    27    1    11   11    4
Kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan
                                                              27    0    6    11   10
lain - lain amat mempengaruhi prestasi saya
Saya berusaha membuat rujukan tambahan dan tidak
                                                              27    1    4    19   3
hanya bergantung kepada nota kuliah sahaja
Setiap latihan yang diberikan akan cuba dibuat
                                                              27    0    8    16   3
walaupun tidak diminta oleh pensyarah
Apabila rakan meminta penerangan, ia merupakan peluang
                                                              27    1    3    7    16
untuk saya memperbaiki kefahaman
Saya lebih suka menelaah pelajaran berbanding
                                                              27    3    9    11   4
bersukan
Saya suka menggunakan sepenuhnya pensyarah -
                                                              27    0    9    16   2
pensyarah yang terdapat di kolej saya
Masa belajar yang sesuai bagi saya ialah sebelah malam        27    1    3    15   8
sebelum tidur

                                              20
Setiap kehadiran ke kuliah atau tutoran adalah penting         27       1       2       8       16
Rasa malu masih menebal untuk bertanya di dalam kelas
                                                               27       7       13      5       2
dan didengari oleh rakan yang lain
Tempat belajar yang terbaik bagi saya ialah di bilik           27       2       11      6       8
Sikap rajin yang ditunjukkan pelajar lain membuatkan
                                                               27       3       5       8       11
saya tidak senang duduk
Saya tidak bertukar buku, soalan dan nota dengan
                                                               27       3       17      6       1
pelajar - pelajar lain
Saya sering dan tidak pernah lupa untuk melakukan
                                                               27       2       1       9       15
ibadah selama kehidupan saya di kolej
Saya merasa tercabar apabila mendapati pelajar lain berjaya
                                                               27       2       2       9       14
mencatat keputusan peperiksaan yang cemerlang
Setiap apa yang disampaikan oleh pensyarah samada
                                                               27       1       1       10      15
di kuliah atau tutoran adalah penting
Komitmen para pensyarah amat mempengaruhi
kecemerlangan                                                  27       0       2       8       17
diri saya
Di minggu akhir peperiksaan, keseluruhan silibus telah
                                                               27       2       12      6       7
habis diualang kaji
Saya menyedari dan sentiasa memperbaiki kelemahan
                                                               27       1       0       12      14
yang ada pada diri saya


   Item Ujian - Prinsip & Pegangan Diri Pelajar Cemerlang          N    STS      TS         S    SS
Saya sentiasa mengingati akan pesan keluarga sepanjang
                                                                27          0       1       4    22
tempoh belajar di sini
Saya menganggap pensyarah lebih dari seorang pensyarah iaitu
                                                                27          6       0    17         4
sebagai rakan, ibu, bapa, abang, kakak
Saya ingin memilih sendiri rakan sebilik saya                   27          1       8    12         6
Kemasukan saya ke program matrikulasi adalah kerana
terpaksa                                                        27      19          6       0       2
dan tiada pilihan lain
Saya amat menghormati pensyarah saya samada beliau
                                                                27          1       0       8    18
mengajar saya atau tidak
Saya kadang kala ada mengamalkan sikap bertangguh di dalam
                                                                27          0       4    19         4
menyiapkan sesuatu tugasan
Pada saya, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kolej adalah
                                                                27          0       5    16         6
untuk kebaikan diri saya sendiri
Saya tidak kisah apa yang diperkatakan orang terhadap diri
                                                                27          1       4    14         8
saya asalkan saya beroleh kecemerlangan akademik
Jika diberi peluang, saya ingin mempunyai teman istimewa
                                                                27          5       9    11         2
sepanjang belajar di kolej ini
Jika ada cuti atau peluang untuk balik ke kampung, saya akan
                                                                27          1       4    13         9
pulang
Nasib selalu menyebelahi saya di dalam sesuatu peperiksaan      27          4    10      11         2
Markah penilaian berterusan amat penting bagi saya walau pun
                                                                27          0       0       9    18
jumlahnya adalah kecil


      Item Ujian - Prinsip & Pegangan Diri Pelajar Lemah       N       STS      TS      S       SS
Saya sentiasa mengingati akan pesan keluarga sepanjang
                                                               27       1       0       8       17
tempoh belajar di sini
Saya menganggap pensyarah lebih dari seorang pensyarah
iaitu                                                          27       0       6       15      6
sebagai rakan, ibu, bapa, abang, kakak

                                              21
Saya ingin memilih sendiri rakan sebilik saya                  27   3    5    12   7
Kemasukan saya ke program matrikulasi adalah kerana
terpaksa                                                       27   14   8    3    2
dan tiada pilihan lain
Saya amat menghormati pensyarah saya samada beliau
                                                               27   1    0    6    20
mengajar saya atau tidak
Saya kadang kala ada mengamalkan sikap bertangguh di
dalam                                                          27   2    4    17   4
menyiapkan sesuatu tugasan
Pada saya, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kolej adalah
                                                               27   1    3    11   12
untuk kebaikan diri saya sendiri
Saya tidak kisah apa yang diperkatakan orang terhadap diri
                                                               27   1    3    10   13
saya asalkan saya beroleh kecemerlangan akademik
Jika diberi peluang, saya ingin mempunyai teman istimewa
                                                               27   7    9    6    5
sepanjang belajar di kolej ini
Jika ada cuti atau peluang untuk balik ke kampung, saya akan
                                                               27   1    5    14   7
pulang
Nasib selalu menyebelahi saya di dalam sesuatu peperiksaan     27   5    16   5    1
Markah penilaian berterusan amat penting bagi saya walau
pun                                                            27   1    2    6    18
jumlahnya adalah kecil




                                              22

More Related Content

What's hot

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pmrsakmar
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )Mohd Norrazli Md Rasdi
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikBaju Bundle
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
PentaksiranRoyal Fu
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Abu Bakar Sani
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik Jerry Jessy
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8daripenacikgu
 
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabHamidah Samsiah
 

What's hot (20)

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
Borang kaji selidik
Borang kaji selidikBorang kaji selidik
Borang kaji selidik
 
Kajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpmKajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpm
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8
 
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
 

Viewers also liked

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Borang soal selidik m.teching b.tampar
Borang soal selidik m.teching b.tamparBorang soal selidik m.teching b.tampar
Borang soal selidik m.teching b.tamparHidayatul Hairani
 
62540931 T O P I K 1 K H S R T E R K I N I
62540931  T O P I K 1  K H S R  T E R K I N I62540931  T O P I K 1  K H S R  T E R K I N I
62540931 T O P I K 1 K H S R T E R K I N ITan C.EAN
 
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadahAishah Umairah
 
Buku manual kajian tindakan edisi ketiga
Buku manual kajian tindakan edisi ketigaBuku manual kajian tindakan edisi ketiga
Buku manual kajian tindakan edisi ketigaJin Kazuya
 
Tugasan 1 yang lengkap (teselasi)
Tugasan 1 yang lengkap (teselasi)Tugasan 1 yang lengkap (teselasi)
Tugasan 1 yang lengkap (teselasi)Ifrahim jamil
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Gaya pembelajaran vak
Gaya  pembelajaran  vakGaya  pembelajaran  vak
Gaya pembelajaran vakHas Mira
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosialaishahwan
 
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mentalMalenna Omar
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikWorld wide
 
Pengenalan mengenai pepejal
Pengenalan mengenai pepejalPengenalan mengenai pepejal
Pengenalan mengenai pepejalIfrahim jamil
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidikCik BaCo
 
Kajian sosial (Keluarga)
Kajian sosial (Keluarga)Kajian sosial (Keluarga)
Kajian sosial (Keluarga)PAKLONG CIKGU
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranNazri Halim
 
Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran
Perbezaan Individu Dan Gaya PembelajaranPerbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran
Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajarancikgu Farhana
 
Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Nur Dalila Zamri
 

Viewers also liked (20)

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik m.teching b.tampar
Borang soal selidik m.teching b.tamparBorang soal selidik m.teching b.tampar
Borang soal selidik m.teching b.tampar
 
62540931 T O P I K 1 K H S R T E R K I N I
62540931  T O P I K 1  K H S R  T E R K I N I62540931  T O P I K 1  K H S R  T E R K I N I
62540931 T O P I K 1 K H S R T E R K I N I
 
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
 
Buku manual kajian tindakan edisi ketiga
Buku manual kajian tindakan edisi ketigaBuku manual kajian tindakan edisi ketiga
Buku manual kajian tindakan edisi ketiga
 
Tugasan 1 yang lengkap (teselasi)
Tugasan 1 yang lengkap (teselasi)Tugasan 1 yang lengkap (teselasi)
Tugasan 1 yang lengkap (teselasi)
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Gaya pembelajaran vak
Gaya  pembelajaran  vakGaya  pembelajaran  vak
Gaya pembelajaran vak
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
 
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Pengenalan mengenai pepejal
Pengenalan mengenai pepejalPengenalan mengenai pepejal
Pengenalan mengenai pepejal
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Peraturan dan undang bola jaring
Peraturan dan undang bola jaringPeraturan dan undang bola jaring
Peraturan dan undang bola jaring
 
Kajian sosial (Keluarga)
Kajian sosial (Keluarga)Kajian sosial (Keluarga)
Kajian sosial (Keluarga)
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaran
 
Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran
Perbezaan Individu Dan Gaya PembelajaranPerbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran
Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran
 
Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)
 

Similar to 2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan

K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridK01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridJANGAN TENGOK
 
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
Bab11  pengurusan pelbagai budayaBab11  pengurusan pelbagai budaya
Bab11 pengurusan pelbagai budayazuraidanasri
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANNoor Syazwanni
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpkTham Mee
 
Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1balqis umairah
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...PBK0619MohamadAkmalB
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridAsyikin4996
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdfMUHAMADAIZATBINMDYUS
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Ahmad Fuad Abdullah
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Mohd Farid Ismail
 
Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Sohib AlQuran
 

Similar to 2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan (20)

K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridK01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
 
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
Bab11  pengurusan pelbagai budayaBab11  pengurusan pelbagai budaya
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpk
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1
 
Slide kps
Slide kpsSlide kps
Slide kps
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan murid
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Uji minda
Uji mindaUji minda
Uji minda
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
 
Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)
 
Phototalk
PhototalkPhototalk
Phototalk
 

2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan

  • 1. MENGENALPASTI CORAK PEMBELAJARAN YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI CEMERLANG DAN JUGA LEMAH Mohd. Kamarul Yusri bin Khaidzir Unit Pengurusan Perniagaan Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia 26300 Gambang Pahang Darul Makmur ABSTRAK Pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan bagi seorang pelajar. Di dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan di dalam akademik, pelajar perlu untuk mengulangkaji semula topik pelajaran yang dipelajari di dalam kuliah atau tutoran. Bagi tujuan tersebut setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri di mana gaya pembelajaran tersebut mungkin dirasakan berkesan atau selesa bagi diri pelajar terbabit. Namun begitu, tidak semestinya usaha yang diberikan di dalam ulang kaji membuahkan keputusan yang dikehendaki. Keberkesanan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar boleh dilihat berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi. Kajian ini bertujuan untuk melihat akan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar jurusan perakaunan sesi 2003 / 2004. Sampel bagi kajian ini merupakan pelajar jurusan perakaunan sesi 2003 / 2004 yang memperolehi PNGK 3.5 ke atas dan juga 2.65 ke bawah bagi semester 1. Dengan itu suatu corak pembelajaran yang berkesan boleh dikenal pasti seterusnya dijadikan panduan kepada pelajar lain terutama pelajar yang memperolehi keputusan yang kurang memuaskan. Secara lebih khusus lagi kajian ini mempunyai 3 objektif iaitu: ( a ) Untuk mengenal pasti corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar, ( b ) Untuk mengenalpasti faktor – faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar dan ( c ) Untuk meninjau prinsip yang diamalkan oleh pelajar sewaktu mengikuti pengajian di kolej matrikulasi.. Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat bagaimana pelajar menjalani proses pembelajaran mereka. Dengan adanya maklumat ini, pihak kolej boleh memperbaiki atau mengubahsuai samada peraturan atau infratruktur di dalam usaha 1
  • 2. menyokong proses pembelajaran pelajar. PENDAHULUAN Sering kali terdengar rungutan daripada pelajar setiap kali setelah keputusan peperiksaan diumumkan. Mereka mengulangkaji pelajaran sama seperti pelajar yang lain tetapi hasil yang diperolehi seolah – olah tidak mencerminkan daya usaha sebenar mereka. Lebih menambahkan lagi tekanan kepada mereka ialah apabila ada rakan yang mengulang kaji pelajaran dengan peruntukan masa yang kecil tetapi memperolehi keputusan yang amat membanggakan. Secara umumnya, seorang individu berbeza di antara satu sama lain. Menurut C. Parameswary Chelliah, perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Antara aspek – aspek perbezaan adalah seperti berikut : ( a) Fizikal Perbezaan yang boleh dlihat dengan mata kasar dari segi rupa paras, susuk badan, jantina, kemahiran fizikal dan kebolehan kerja tangan. ( b ) Emosi Aspek – aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan menanggung kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. Emosi seseorang itu seperti gembira, duka, suka, marah, benci, cinta, kasih sayang, takut dan sebagainya. ( c ) Mental Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada pada murid, pengalaman, latar belakang, kebolehan akal ( imaginasi dan penaakulan ), keupayaan belajar, kebolehan bertindak, kebolehan meninjau ke hadapan dan kebolehan menggunakan bahasa. ( d ) Tingkah laku Perbezaan tingkah laku boleh diperhatikan dari aspek pergaulan, perhubungan, tingkah laku berinteraksi ( bahasa dan gaya ), unsur – unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap dan ketegasan bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama. 2
  • 3. ( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek ini mempengaruhi kehidupan semua kanak – kanak sejak dilahirkan. Kesan Perbezaan Individu Terhadap Pembelajaran ( a ) Kesediaan untuk Belajar Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu kanak – kanak yang sama umur tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan pengalaman prasekolah. Fahaman guru terhadap perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu atau kumpulan mengikut kaedah yang berbeza. ( b ) Konsep Kendiri ( i ) Konsep kendiri positif ( mereka akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan aktif ) ( ii ) Konsep kendiri negatif ( tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran malah mereka tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap diri sendiri ) ( c ) Persepsi Setiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza terhadap pembelajaran. Guru hendaklah mengenal pasti murid yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap pembelajaran. Setelah itu beri mereka motivasi agar mereka mrngubah daripada berpandangan atau bersikap negatif terhadap pelajaran kepada sikap positif. ( d ) Nilai Setiap pelajar mempunyai nilai yang berbeza berdasarkan perbezaan individu dan latar belakang kehidupan mereka. Tugas guru ialah mengubah pelajar agar mempunyai nilai yang baik terhadap pelajaran. ( e ) Tingkah Laku Tingkah laku seseorang berbeza dengan seseorang yang lain. Tingkah laku ini mempunyai perkaitan 3
  • 4. yang rapat dengan personaliti mereka. Mungkin sukar untuk mengubah personaliti, tetapi seseorang guru itu boleh mengubah sikap murid – muridnya. ( f ) Perasaan Perasaan seseorang berbeza dengan orang lain. Antara perasaan yang selalu mempengaruhi pembelajaran ialah perasaan gemuruh, tenang, stabil, kecewa, duka dan takut. Tugas guru ialah mendorong dan melatih murid supaya mempunyai perasaan yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran. ( g ) Mental Kebolehan mental ( kecerdasan ) seseorang itu berbeza antara seseorang dengan seorang yang lain. Ada murid yang mempunyai kekuatan daya ingatan, tetapi lemah dalam kreativiti, begitu juga sebaliknya. Kekurangan dalam sesuatu bidang tidak bermakna mereka akan kecewa dalam kehidupan. Sejarah telah membuktikan orang yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak semestinya berjaya di dalam mengendalikan kehidupan seharian. Tugas guru ialah mencungkil potensi pelajar dalam bidang – bidang tertentu. REFLEKSI MASALAH Sebagai seorang pelajar mereka memikul tanggungjawab yang berat di dalam usaha untuk memastikan mereka beroleh kecemerlangan di dalam pengajian mereka di peringkat matrikulasi. Bagi tujuan tersebut masing – masing mempunyai corak pembelajaran mereka yang tersendiri. Gaya pembelajaran yang dipilih dibuat berdasarkan keselesaan dan kesesuaian diri seseorang pelajar terbabit. Keberkesanan corak pembelajaran yang diamalkan boleh dilihat berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi. Dengan itu suatu corak pembelajaran yang berkesan boleh dikenal pasti seterusnya dijadikan panduan kepada pelajar lain terutama pelajar yang memperolehi keputusan yang kurang memuaskan. Suasana persekitaran juga secara tidak langsung boleh diperbaiki bagi menyediakan suatu suasana persekitaran yang kondusif. Namun begitu, sering kali juga terdengar alasan daripada pelajar apabila mereka mendapat keputusan peperiksaan yang kurang cemerlang. Mereka menyatakan bahawa mereka telah mengulang kaji pelajaran dengan memperuntukkan masa yang banyak dan juga tidak ketinggalan di dalam membuat latihan – latihan yang dibekalkan. Seolah – olah keputusan yang diperolehi tidak mencerminkan kesungguhan usaha yang telah disumbangkan di dalam aktiviti ulang kaji. Lebih menambahkan lagi tekanan kepada mereka ialah apabila ada rakan yang mengulang kaji pelajaran dengan peruntukan masa yang kecil tetapi memperolehi keputusan yang amat membanggakan. Secara 4
  • 5. tidak langsung keadaan ini akan mewujudkan perasaan putus asa di dalam diri pelajar terbabit kerana pada pandangan mereka, walau sebanyak mana usaha yang dilakukan, keputusan peperiksaan mereka tetap rendah. Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat bagaimana pelajar menjalani proses pembelajaran mereka. Dengan adanya maklumat ini, pihak kolej boleh memperbaiki atau mengubahsuai samada peraturan atau infratruktur di dalam usaha menyokong proses pembelajaran pelajar. Hasil kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh kolej – kolej matrikulasi yang lain di dalam menyediakan suatu suasana persekitaran yang kondusif bagi tujuan pembelajaran. DEFINISI OPERASI Satu definisi istilah digunakan dalam kajian ini bagi menjelaskan objektif kajian. ( a ) Belajar Belajar adalah suatu proses penyesuaian yang berlangsung secara progresif. Proses penyesuaian tersebut dapat mendatangkan hasil yang optimum apabila ia diberi pengukuhan. Berdasarkan proses pelaziman yang pada prinsipnya memperkuatkan dugaan bahawa timbulnya tingkah laku itu lantaran adanya hubungan antara rangsangan dengan gerak balas. Skinner ( 1938 ) Wittig ( 1981 ) mendefinikan belajar sebagai perubahan relatif yang terjadi pada tingkah laku suatu organisma sebagai hasil pengalaman Reber ( 1989 ) mendefinisikan belajar sebagai proses memperoleh pengetahuan dan suatu perubahan tingkah laku yang relatif sebagai hasil latihan yang iperkukuh. Dirumuskan, kebanyakkan ahli psikologi bersetuju bahawa belajar ialah bidang yang mengurus perubahan seluruh tingkah laku pelajar supaya belajar berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang melibatkan proses kognitif. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk melihat akan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar – pelajar jurusan perakaunan. Secara lebih khusus lagi kajian ini mempunyai objektif iaitu: 5
  • 6. ( a ) Untuk mengenal pasti corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar. ( b ) Untuk mengenalpasti faktor – faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar. ( c ) Untuk meninjau prinsip atau pegangan diri yang diamalkan oleh pelajar sewaktu mengikuti pengajian. PERSOALAN KAJIAN Kajian ini akan cuba menjawap persoalan – persoalan yang berikut : ( a ) Apakah bentuk corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar ? ( b ) Apakah faktor – faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar ? ( c ) Apakah prinsip yang menjadi pegangan hidup pelajar sewaktu mengikuti pengajian ? PERANCANGAN TINDAKAN Kajian ini akan melihat corak pembelajaran yang diamalkan oleh dua kumpulan pelajar. Bagi tujuan tersebut, responden akan dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan mereka di semester 1. Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan kumpulan pelajar cemerlang dan juga lemah. Pelajar yang dikategorikan sebagai cemerlang merupakan pelajar yang memperolehi PNGK 3.5 ke atas manakala pelajar yang dikategorikan sebagai lemah pula ialah yang mendapat PNGK 2.65 ke bawah. Data dan maklumat pelajar tersebut akan diperolehi daripada Bahagian Peperiksaan, Kolej Matrikulasi Pahang. Setelah itu borang – borang soal selidik akan diserahkan kepada pelajar terbabit bagi tujuan mengumpul maklumat. 6
  • 7. METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk Kajian Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan melalui penggunaan borang soal selidik. Tinjauan digunakan untuk melihat corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar sehingga menyumbang kepada pencapaian PNGK yang tertentu. Kaedah ini dipilih kerana ia berupaya menyediakan maklumat yang diperlukan bagi setiap kumpulan responden. Sampel Kajian Seramai 27 orang pelajar masing – masing yang mencatatkan keputusan PNGK 3.5 ke atas dan 2.65 ke bawah dikenal pasti melalui data di Bahagian Peperiksaan, Kolej Matrikulasi Pahang. Kepurtusan peperiksaan yang dicatatkan ialah di dalam peperiksaan Semester I sesi 2003 / 2004. Alat Kajian Alat kajian yang digunakan untuk mengutip data di dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik berdasarkan pengalaman, bahan bacaan dan kursus penyelidikan yang dihadiri. Soal selidik ini mempunyai dua bahagian. Bahagian A meliputi maklumat tentang latar belakang sampel iaitu nama kolej, jantina, jurusan, kaum, jenis sekolah dan PNGK. Bahagian B pula mengandungi item – item berkenaan corak pembelajaran pelajar. Item – item pada bahagian B diukur dengan menggunakan skala berikut : 1 “ Sangat Tidak Setuju “, 2 “ Tidak Setuju “, 3 “ Setuju “ dan 4 “ Sangat Setuju “. BATASAN KAJIAN 7
  • 8. ( a ) Dapatan kajian ini hanya terbatas kepada kumpulan sasaran kajian. Sebarang generalisasi yang dibuat berasaskan dapatan kajian ini terhad kepada pelajaran jurusan perakaunan yang menuntut di Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2003 / 2004. Kajian ini memfokuskan kepada corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dan data hanya diperolehi dari responden yang telah dipilih dengan menggunakan borang soal selidik. ( b ) Kajian ini tidak menggunakan sebarang peruntukkan penyelidikan yang khusus. Kajian ini dilakukan mengikut masa terluang penyelidik sebagai pensyarah yang terikat dengan jadual waktu mengajar sebanyak 14 jam seminggu. ( c ) Penyelidik juga masih belum pakar di dalam aktiviti penyelidikan. TINJAUAN LITERATUR Menurut kajian tinjauan yang dilakukan oleh Kherun Nita dan Zakaria ( 1995 ) terhadap pelajar cemerlang di UTM, pelajar – pelajar yang dikategorikan sebagai cemerlang mempunyai ciri – ciri seperti berikut : ( a ) Mempunyai matlamat dan wawasan yang jelas ( b ) Baik di dalam mata pelajaran matematik dan sains ( c ) Baik di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris ( d ) Dapat memahami sistem pengajian ( e ) Tahu mengurus masa ( f ) Baik dalam mengambil nota ( g ) Memberi penumpuan di dalam kuliah atau tutoran ( h ) Tidak suka bertangguh atau belajar di saat akhir ( i ) Suka bertanya dan berjumpa pensyarah ( j ) Hadir ke kuliah dengan berkesan DAPATAN KAJIAN Ujian Rintis Sebelum borang soal selidik diedarkan kepada pelajar, soalan dibincangkan dahulu dengan para pensyarah berkenaan kesesuaian penggunaan bahasa. Setelah itu ujian kebolehpercayaan model ( 8
  • 9. reliability alpa ) ke atas 35 item ujian menunjukkan nilai pekali 0.7. Ini menunjukkan data – data dapatan kajian ini melebihi kebolehpercayaan 0.6 seperti yang diutarakan oleh Mohd. Salleh dan Zaiton ( 2001 ). Prosedur Memungut Data Borang soal selidik diedarkan selepas pelajar selesai mengikuti kuliah atau tutoran dan soal selidik akan ditadbir sendiri oleh penyelidik. Nama pelajar tertentu berdasarkan PNGK yang diperolehi akan dipanggil untuk mengisi soal selidik. Penerangan ringkas diberikan kepada pelajar yang dikehendaki menjawab soal selidik. Pelajar diberikan masa 2 hari untuk menjawab soal selidik dan soal selidik yang telah siap dijawap diserahkan kepada penyedlidik atau dihantar ke meja penyelidik. Prosedur Menganalisis Data Data yang dipungut akan dikod dan diproses dengan menggunakan perisian SPSS Ver 12 mengikut keperluan kajian. Analisis data menggunakan statistik kekerapan dan bagi melihat amalan corak pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar. Hubungan Antara Pembolehubah Analisis khi kuasa dua digunakan untuk menguji kekuatan perkaitan antara pembolehubah. Pembolehubah yang dinilai ialah jantina, sekolah asal dan kaum pelajar. Ujian akan melihat samada pembolehubah ini mempunyai perkaitan dengan PNGK yang diperolehi oleh pelajar. Bagi tujuan tersebut beberapa hipotesis akan dibangunkan. Hipotesis Pertama Ho: Tidak terdapat perkaitan di antara sekolah asal pelajar dengan PNGK yang diperolehi. Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara sekolah asal pelajar dengan PNGK yang diperolehi oleh pelajar ( Nilai Khi – Kuasa Dua = 1.979, p > 0.05 ). Oleh itu, hipotesis nol diterima. Kesimpulan: Tidak wujud perkaitan antara sekolah asal pelajar dengan PNGK yang diperolehi. 9
  • 10. Implikasi: Sekolah asal pelajar tidak memainkan peranan dalam menentukan PNGK yang diperolehi oleh pelajar. Hipotesis Kedua Ho: Tidak terdapat perkaitan di antara jantina pelajar dengan PNGK yang diperolehi. Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara jantina pelajar dengan PNGK yang diperolehi oleh pelajar ( Nilai Khi – Kuasa Dua = 0.889, p > 0.05 ). Oleh itu, hipotesis nol diterima. Kesimpulan: Tidak wujud perkaitan antara jantina pelajar dengan PNGK yang diperolehi. Implikasi: Jantina pelajar tidak memainkan peranan dalam menentukan PNGK yang diperolehi oleh pelajar. Hipotesis Ketiga Ho: Tidak terdapat perkaitan di antara kaum pelajar dengan PNGK yang diperolehi. Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara kaum pelajar dengan PNGK yang diperolehi oleh pelajar ( Nilai Khi – Kuasa Dua = 0.114, p > 0.05 ). Oleh itu, hipotesis nol diterima. Kesimpulan: Tidak wujud perkaitan antara kaum pelajar dengan PNGK yang diperolehi. Implikasi: Kaum pelajar tidak memainkan peranan dalam menentukan PNGK yang diperolehi oleh pelajar. Corak Pembelajaran yang Diamalkan Oleh Pelajar yang Dikategorikan Sebagai Cemerlang Melalui soal selidik yang dikemukakan kepada pelajar yang mendapat PNGK 3.5 ke atas, berikut merupakan corak pembelajaran yang diamalkan : 10
  • 11. Jadual 1 ( Lampiran 1 ) Corak Pembelajaran Pelajar Cemerlang ( a ) Pelajar – pelajar ini lebih mengemari proses belajar secara berkumpulan. ( b ) Kemudahan – kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan lain – lain merupakan perkara penting di dalam menyokong proses pembelajaran mereka. ( c ) Pelajar – pelajar ini tidak hanya bergantung kepada nota yang diperolehi daripada kuliah sahaja bahkan dari masa ke semasa mereka turut membuat rujukan tambahan . ( d ) Setiap latihan yang diberikan oleh pensyarah akan cuba dibuat walau pun tidak diminta oleh pensyarah kerana ini merupakan peluang bagi mereka untuk memperbaiki kelemahan diri mereka. ( e ) Pelajar ini juga tidak lokek untuk memberi penerangan kepada rakan lain apabila rakan meminta mereka untuk menerangkan akan sesuatu topik atau soalan. Ini kerana secara tidak langsung mereka berasakan ia merupakan kaedah terbaik untuk memperbaiki kefahaman yang sedia ada. ( f ) Dari segi pembahagian masa untuk tujuan beriadah, masa yang lebih banyak diperuntukkan bagi hal – hal yang berkaitan aktiviti mengulang kaji pelajaran. ( g ) Setiap pensyarah yang ada akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan untuk membuat rujukan atau penyelesaian sesuatu latihan. ( h ) Masa belajar yang paling sesuai bagi mereka ialah pada sebalah malam iaitu sebelum waktu tidur. ( i ) Setiap kehadiran samada ke kuliah atau tutoran adalah penting bagi mereka. Ini kerana perkara yang diajarkan mampu menyumbang kepada keputusan peperiksaan yang cemerlang. ( j ) Pelajar ini tidak malu untuk bertanya kepada pensyarah berkenaan sesuatu perkara yang mereka tidak fahami walaupun pertanyaan mereka itu mungkin akan digelakkan oleh rakan mereka yang lain. ( k ) Tempat belajar yang paling sesuai bagi mereka ialah di bilik. ( l ) Sikap rajin yang ditunjukkan oleh rakan – rakan mereka yang lain membuatkan mereka makin terdorong untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. ( m ) Kumpulan pelajar ini saling bertukar nota, buku atau soalan dengan rakan – rakan yang lain. Ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemhiran yang sedia ada pada diri pelajar terbabit. ( n ) Aktiviti ibadat tidak dilupakan sepanjang tempoh mengikuti pengajian di kolej walau apa pun bangsa pelajar. ( o ) Keputusan cemerlang yang dicatatkan oleh pelajar lain membuatkan mereka rasa tercabar untuk turut mencatatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. ( p ) Setiap perkara atau topik yang disampaikan oleh pensyarah samada di kuliah atau tutoran adalah 11
  • 12. penting bagi mereka. Mereka akan membuat catatan berkenaan dengan perkara yang disampaikan. ( q ) Komitmen yang ditunjukaan oleh para pensyarah amat mempengaruhi kecemerlangan pelajar terbabit. Sekiranya pensyarah memperuntukkan usaha yang gigih terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, secara tidak langsung akan membantu pelajar tersebut untuk mencatatkan keputusan yang cemerlang. ( r ) Pada minggu – minggu terakhir sebelum peperiksaan, kebanyakan silibus mata pelajaran yang berkaitan telah pun diulang kaji. ( s ) Pelajar ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan – kelamahan yang terdapat pada diri mereka. Jadual 2 ( Lampiran 2 ) Corak Pembelajaran Pelajar Lemah Secara keseluruhannya pelajar yang dikategorikan sebagai lemah juga mempunyai ciri corak pembelajaran yang hampir sama dengan pelajar cemerlang. Cuma aspek yang paling ketara ialah dari segi kandungan pelajaran yang diualang kaji. Bagi pelajar lemah, masih terdapat topik atau kandungan yang belus habis diulang kaji menjelang minggu – minggu peperiksaan. Keadaan ini secara tidak langsung akan mewujudkan tekanan di dalam diri pelajar terbabit seterusnya menjejaskan penumpuan terhadap proses ulang kaji keseluruhan subjek. Jadual 3 ( Lampiran 3 ) Prinsip dan Pegangan Diri Pelajar Cemerlang. ( a ) Pelajar sentiasa mengingati akan pesan keluarga sepanjang mengikuti pengajian di kolej. ( b ) Pelajar menganggap pensyarah lebih dari seorang pensyarah. ( c ) Jika diberi peluang, pelajar ingin memilih sendiri rakan sebilik. ( d ) Kemasukan pelajar ke program matrikulasi bukanlah kerana terpaksa. ( e ) Pelajar amat menghormati pensyarah samada pensyarah yang mengajar mereka atau tidak. ( f ) Pelajar ada mengamalkan sikap bertangguh di dalam menyiapkan sesuatu tugasan. ( g ) Setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej adalah untuk kepentingan pelajar. ( h ) Pelajar tidak kisah apa yang diperkatakan terhadap diri mereka asalkan mereka beroleh kecemerlangan. ( i ) Jika diberi peluang, pelajar ingin memiliki teman istimewa. ( j ) Pelajar akan pulang ke kampung jika diberi peluang. 12
  • 13. ( k ) Nasib memainkan peranan yang kecil di dalam keputusan peperiksaan. ( l ) Markah penilaian berterusan adalah penting walaupun nilainya kecil. Jadual 4 ( Lampiran 4 ) Prinsip dan Pegangan Diri Pelajar Lemah. Secara keseluruhannya adalah hampir sama dengan pelajar – pelajar cemerlang. CADANGAN DAN TINDAKAN PEMBAIKAN Hasil daripada ciri – ciri pelajar yang telah dikenal pasti, pihak kolej boleh mengambil tindakan – tindakan yang berikut bagi memastikan persekitaran pembelajaran pelajar – pelajar ini tidak terjejas dan dapat dikekalkan. ( a ) Pihak kolej boleh menggalakkan para pelajar untuk menbentuk kumpulan bagi tujuan – tujuan pembelajaran atau ulang kaji. Pembelajaran secara kumpulan memudahkan proses pertukaran idea atau malumat seterusnya pelajar yang lebih mahir dapat membantu pelajar yang kurang mahir. Selain itu juga, bagi pelajar mahir ini merupakan peluang untuk memperbaiki lagi kefahaman mereka berkenaan sesuatu topik atau perkara melalui tunjuk ajar yang diberikan kepada rakan mereka. ( b ) Kemudahan – kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan lain – lain kemudahan hendaklah diperbaiki. Bagi pusat sumber, buku – buku rujukan yang terdapat di dalamnya hendaklah mencukupui dengan nisbah bilangan pelajar yang ada dan juga menepati kehendak sukatan pelajaran topik – topik yang tertentu. Ini kerana pelajar – pelajar ini turut membuat rujukan tambahan untuk menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada dan juga bagi tujuan penyelesaia soalan – soalan latihan yang diberikan oleh pensyarah. Begitu juga dengan makmal komputer, komputer hendaklah mencukupi bagi tujuan penyiapan tugasan beserta dengan mesin pencetak. Kekurangan peralatan menyebabkan pelajar sukar untuk menyiapkan sesuatu tugasan hasilnya motivasi pelajar akan jatuh dan begitu juga dengan hasil kerja mereka. ( c ) Sekiranya pensyarah bercadang untuk memberikan soalan – soalan tambahan, lebih baik sekiranya soalan tersebut diedarkan lebih awal. Dengan kata lain sebelum sesuatu topik tersebut 13
  • 14. diajar atau sewaktu topik tersebut sedang diajar. Ini memudahlan lagi pelajar terutama pelajar – pelajar yang rajin dan memiliki inisiatif yang tinggi untuk menyudahkan soalan – soalan terbabit. ( d ) Bagi setiap unit atau jabatan hendaklah memaparkan atau mengedarkan perancangan aktiviti – aktiviti yang bakal mereka lakukan. Dengan ini para pelajar boleh menyelarasakan dan menyusun aktivitiyang akan mereka lakukan. ( e ) Pensyarah hendaklah memaparkan jadual peribadi mereka agar senang untuk dilihat oleh pelajar. Waktu perundingan juga hendaklah dinyatakan dengan jelas agar pelajar mudah untuk berjumpa dengan pensyarah. Sekiranya waktu perundingan pensyarah bertembung dengan jadual pelajar, sistem temu janji hendaklah digunakan. Yang penting pensyarah hendaklah mudah dihubungi oleh pelajar dengan cara mereka berada di meja masing – masing pada ketika waktu yang telah dtetapkan. Selain itu juga, setiap pensyarah juga hendaklah menunjukkan tahap profesionalisma yang tinggi terhadap kerjaya mereka. ( f ) Pihak asrama mungkin boleh untuk menimbangkan untuk melanjutkan tempoh masa sebelum light off. Dengan ini para pelajar boleh memperuntukkan masa yang lebih banyak bagi tujuan pembelajaran dan juga persediaan sebelum ke kuliah pada keesokan harinya. ( g ) Jangan hadkan pelajar untuk mengulang kaji di tempat tertentu sahaja. Sebaliknya benarkan mereka mengulang kaji pelajaran di tempat – tempat yang dirasakan selesa dan menyenangkan bagi mereka. Bagi tujuan tersebut pihak kolej boleh menyediakan tempat – tempat seperti perpustakaan, bilik tutoran, bilik bacaan, asrama dan lain – lain lagi. ( h ) Setiap kejayaan yang diperolehi oleh pelajar hendaklah diumumkan atau dihebahkan kepada pelajar lain. Ini dapat membuatkan pelajar tersebut merasakan kejayaan mereka diiktiraf seterusnya dapat mendorong pelajar yang lain untuk turut berusaha mendapatkan kejayaan. ( i ) Pensyarah perlu memastikan silibus telah habis diajar seminggu atau 2 minggu sebelum peperiksaan sebenar bermuka. Dengan adanya tempoh masa ini, pelajar boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan juga berupaya untuk mewujudkan rasa tenang dan tenteram di dalam diri pelajar. 14
  • 15. KESIMPULAN Secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar. Cuma apa yang memberi kesan ialah dari persediaan yang dilakukan oleh pelajar. Walaupun aktiviti pembelajaran yang dijalani hampir sama, tetapi tempoh masa bermulanya sesuatu proses ulang kaji itu adalah penting. Pelajar cemerlang akan konsisten di dalam melakukan ulang kaji dan semua topik telah habis diulang kaji seminggu sebelum sesuatu peperiksaan bermula. Dengan itu, mereka boleh menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dengan sepenuh penumpuan. Dari segi prinsip dan pegangan diri pelajar pula, tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara dua kumpulan pelajar terbabit. BIBLIOGRAFI Abd. Rahim M. Ali ( 2001 ) Ilmu Pendidikan DPM, Pendidikan di Malaysia & Psikologi Pendidikan, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Moadon ( 2003 ) Tip Pandai Belajar, PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, Bentong, Pahang Jerald Greenberg ( 1995 ) Behavior In Organization. Prentice Hall, New Jersey Kherun Nita & Zakaria ( 1995 ) Budaya Belajar Pelajar – pelajar Cemerlang di UTM, Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Asrama Peringkat Kebangsaan ( SPARK ‘ 95 ) pada 3 – 5 Mei 1995 di Dewan Persidangan Universiti USM 15
  • 16. Borang Soal Selidik PANDUAN Anda dikehendaki memberikan pemeringkatan dari 1 hingga 5, secara membulatkan nombor berkenaan. Pemeringkatannya adalah seperti berikut: 1 : Sangat Tidak Setuju 2 : Tidak Setuju 3 : Setuju 4 : Sangat Setuju Anda diharapkan tidak menjawab secara terburu – buru dan masa yang mencukupi akan diberikan supaya setiap jawapan menepati kehendak soalan. BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG PELAJAR 1. Nama Kolej : ......................................................................... 2. Jantina : Lelaki / Perempuan 3. Jurusan : Sains Hayat / Fizikal / Perakaunan 4. Kaum : Bumiputera / Bukan Bumiputera 5. Sekolah : Asrama Penuh / MRSM / Vokasional / Teknik / Harian / Lain-lain 6. PNGK : ........................................ BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK 1. Saya sentiasa mengingati akan pesan keluarga 1 2 3 4 sepanjang tempoh saya belajar di sini 2. Saya menganggap pensyarah lebih dari seorang 1 2 3 4 pensyarah, sebagai rakan, ibu, bapa, abang, kakak – tempat untuk meluahkan masalah / perasaan. 3. Saya lebih suka belajar secara berkumpulan. 1 2 3 4 4. Kehadiran saya ke kuliah / tutoran adalah kerana 1 2 3 4 dipaksa dan tidak mahu markah penilaian berterusan 16
  • 17. saya dipotong. 5. Jika diberi pilihan, saya ingin memilih sendiri rakan 1 2 3 4 sebilik yang akan tinggal bersama saya. 6. Kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer 1 2 3 4 dan lain – lain merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi prestasi pembelajaran saya. 7. Kemasukan saya ke program matrikulasi adalah kerana 1 2 3 4 terpaksa dan tiada pilihan lain. 8. Saya amat menghormati pensyarah saya samada beliau 1 2 3 4 mengajar saya atau tidak. 9. Saya berusaha untuk membuat rujukan tambahan dan 1 2 3 4 tidak bergantung kepada nota kuliah sahaja. 10. Saya kadang – kala ada mengamalkan sikap bertangguh 1 2 3 4 di dalam menyiapkan sesuatu tugasan. 11. Setiap latihan yang diberikan akan cuba dibuat walaupun 1 2 3 4 tidak diminta oleh pensyarah. 12. Apabila rakan meminta penerangan sesuatu topik atau 1 2 3 4 soalan, saya merasakan ia peluang untuk memperbaiki kefahaman saya sendiri. 13. Pada saya, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kolej 1 2 3 4 adalah untuk kebaikan diri saya sendiri. 14. Saya selalu membayangkan bagaimana keadaan saya 1 2 3 4 beberapa tahun yang akan datang. 15. Saya lebih suka menelaah pelajaran berbanding beriadah 1 2 3 4 atau bersukan. 16. Saya suka menggunakan sepenuhnya pensyarah – 1 2 3 4 pensyarah yang terdapat di kolej saya di dalam usaha menuntut ilmu. 17. Saya tidak kisah apa yang diperkatakan orang terhadap 1 2 3 4 saya, asalkan saya beroleh kecemerlangan di dalam akademik. 18. Masa belajar yang paling sesuai bagi saya ialah sebelah 1 2 3 4 malam sebelum tidur. 19. Saya beranggapan setiap kehadiran ke kuliah atau 1 2 3 4 tutoran adalah penting di dalam mencapai kecemerlangan akademik. 20. Jika diberi peluang, saya ingin mempunyai teman 1 2 3 4 istimewa sepanjang belajar di kolej ini. 21. Jika ada cuti atau peluang untuk balik ke kampung, saya 1 2 3 4 akan pulang. 22. Rasa malu masih menebal untuk bertanya di dalam kelas 1 2 3 4 dan didengari oleh rakan yang lain. 17
  • 18. 23. Tempat belajar yang terbaik bagi saya ialah dibilik. 1 2 3 4 24. Hubungan saya dan rakan sebilik adalah amat baik dan 1 2 3 4 mesra. 25. Hubungan saya dengan rakan tutoran adalah amat baik 1 2 3 4 dan mesra. 26. Saya bukanlah seorang yang kuat belajar, tetapi nasib 1 2 3 4 selalu menyebelahi saya di mana markah peperiksaan saya selalu tinggi. 27. Sikap rajin yang ditunjukkan oleh pelajar lain 1 2 3 4 membuatkan saya tidak senang duduk. 28. Saya tidak bertukar nota, buku dan soalan dengan rakan 1 2 3 4 – rakan yang lain. 29. Saya sering dan tidak pernah lupa melakukan ibadah 1 2 3 4 selama kehidupan saya di kolej. 30. Saya merasa tercabar apabila pelajar lain berjaya 1 2 3 4 mencatat keputusan peperiksaan yang cemerlang. 31. Markah penilaian berterusan bagi saya amat penting 1 2 3 4 walaupun jumlahnya adalah kecil. 32. Setiap apa yang disampaikan oleh penyarah samada di 1 2 3 4 kuliah atau tutoran adalah penting bagi saya. 33. Komitmen para pensyarah amat mempengaruhi 1 2 3 4 kecemerlangan diri saya. 34. Selalunya di minggu akhir peperiksaan, keseluruhan 1 2 3 4 silibus matapelajaran yang berkaitan telah pun habis diulangkaji. 35. Saya menyedari akan kelemahan yang terdapat pada diri 1 2 3 4 saya dan saya berusaha untuk memperbaikinya. 18
  • 19. N STS TS S SS 19
  • 20. Item Ujian - Corak Pembelajaran Pelajar Cemerlang Saya lebih suka belajar secara berkumpulan 27 2 9 15 1 Kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan 27 1 7 13 6 lain - lain amat mempengaruhi prestasi saya Saya berusaha membuat rujukan tambahan dan tidak 27 0 3 20 4 hanya bergantung kepada nota kuliah sahaja Setiap latihan yang diberikan akan cuba dibuat 27 1 3 20 3 walaupun tidak diminta oleh pensyarah Apabila rakan meminta penerangan, ia merupakan peluang 27 0 1 9 17 untuk saya memperbaiki kefahaman Saya lebih suka menelaah pelajaran berbanding 27 2 4 14 7 bersukan Saya suka menggunakan sepenuhnya pensyarah - 27 0 5 19 3 pensyarah yang terdapat di kolej saya Masa belajar yang sesuai bagi saya ialah sebelah malam 27 2 5 10 10 sebelum tidur Setiap kehadiran ke kuliah atau tutoran adalah penting 27 0 1 4 22 Rasa malu masih menebal untuk bertanya di dalam kelas 27 7 10 8 2 dan didengari oleh rakan yang lain Tempat belajar yang terbaik bagi saya ialah di bilik 27 2 6 14 5 Sikap rajin yang ditunjukkan pelajar lain membuatkan 27 1 6 13 7 saya tidak senang duduk Saya tidak bertukar buku, soalan dan nota dengan 27 4 15 7 1 pelajar - pelajar lain Saya sering dan tidak pernah lupa untuk melakukan 27 1 0 5 21 ibadah selama kehidupan saya di kolej Saya merasa tercabar apabila mendapati pelajar lain berjaya 27 0 0 8 19 mencatat keputusan peperiksaan yang cemerlang Setiap apa yang disampaikan oleh pensyarah samada 27 0 0 6 21 di kuliah atau tutoran adalah penting Komitmen para pensyarah amat mempengaruhi kecemerlangan 27 0 0 7 20 diri saya Di minggu akhir peperiksaan, keseluruhan silibus telah 27 1 6 12 8 habis diualang kaji Saya menyedari dan sentiasa memperbaiki kelemahan 27 0 1 6 20 yang ada pada diri saya Item Ujian - Corak Pembelajaran Pelajar Lemah N STS TS S SS Saya lebih suka belajar secara berkumpulan 27 1 11 11 4 Kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan 27 0 6 11 10 lain - lain amat mempengaruhi prestasi saya Saya berusaha membuat rujukan tambahan dan tidak 27 1 4 19 3 hanya bergantung kepada nota kuliah sahaja Setiap latihan yang diberikan akan cuba dibuat 27 0 8 16 3 walaupun tidak diminta oleh pensyarah Apabila rakan meminta penerangan, ia merupakan peluang 27 1 3 7 16 untuk saya memperbaiki kefahaman Saya lebih suka menelaah pelajaran berbanding 27 3 9 11 4 bersukan Saya suka menggunakan sepenuhnya pensyarah - 27 0 9 16 2 pensyarah yang terdapat di kolej saya Masa belajar yang sesuai bagi saya ialah sebelah malam 27 1 3 15 8 sebelum tidur 20
  • 21. Setiap kehadiran ke kuliah atau tutoran adalah penting 27 1 2 8 16 Rasa malu masih menebal untuk bertanya di dalam kelas 27 7 13 5 2 dan didengari oleh rakan yang lain Tempat belajar yang terbaik bagi saya ialah di bilik 27 2 11 6 8 Sikap rajin yang ditunjukkan pelajar lain membuatkan 27 3 5 8 11 saya tidak senang duduk Saya tidak bertukar buku, soalan dan nota dengan 27 3 17 6 1 pelajar - pelajar lain Saya sering dan tidak pernah lupa untuk melakukan 27 2 1 9 15 ibadah selama kehidupan saya di kolej Saya merasa tercabar apabila mendapati pelajar lain berjaya 27 2 2 9 14 mencatat keputusan peperiksaan yang cemerlang Setiap apa yang disampaikan oleh pensyarah samada 27 1 1 10 15 di kuliah atau tutoran adalah penting Komitmen para pensyarah amat mempengaruhi kecemerlangan 27 0 2 8 17 diri saya Di minggu akhir peperiksaan, keseluruhan silibus telah 27 2 12 6 7 habis diualang kaji Saya menyedari dan sentiasa memperbaiki kelemahan 27 1 0 12 14 yang ada pada diri saya Item Ujian - Prinsip & Pegangan Diri Pelajar Cemerlang N STS TS S SS Saya sentiasa mengingati akan pesan keluarga sepanjang 27 0 1 4 22 tempoh belajar di sini Saya menganggap pensyarah lebih dari seorang pensyarah iaitu 27 6 0 17 4 sebagai rakan, ibu, bapa, abang, kakak Saya ingin memilih sendiri rakan sebilik saya 27 1 8 12 6 Kemasukan saya ke program matrikulasi adalah kerana terpaksa 27 19 6 0 2 dan tiada pilihan lain Saya amat menghormati pensyarah saya samada beliau 27 1 0 8 18 mengajar saya atau tidak Saya kadang kala ada mengamalkan sikap bertangguh di dalam 27 0 4 19 4 menyiapkan sesuatu tugasan Pada saya, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kolej adalah 27 0 5 16 6 untuk kebaikan diri saya sendiri Saya tidak kisah apa yang diperkatakan orang terhadap diri 27 1 4 14 8 saya asalkan saya beroleh kecemerlangan akademik Jika diberi peluang, saya ingin mempunyai teman istimewa 27 5 9 11 2 sepanjang belajar di kolej ini Jika ada cuti atau peluang untuk balik ke kampung, saya akan 27 1 4 13 9 pulang Nasib selalu menyebelahi saya di dalam sesuatu peperiksaan 27 4 10 11 2 Markah penilaian berterusan amat penting bagi saya walau pun 27 0 0 9 18 jumlahnya adalah kecil Item Ujian - Prinsip & Pegangan Diri Pelajar Lemah N STS TS S SS Saya sentiasa mengingati akan pesan keluarga sepanjang 27 1 0 8 17 tempoh belajar di sini Saya menganggap pensyarah lebih dari seorang pensyarah iaitu 27 0 6 15 6 sebagai rakan, ibu, bapa, abang, kakak 21
  • 22. Saya ingin memilih sendiri rakan sebilik saya 27 3 5 12 7 Kemasukan saya ke program matrikulasi adalah kerana terpaksa 27 14 8 3 2 dan tiada pilihan lain Saya amat menghormati pensyarah saya samada beliau 27 1 0 6 20 mengajar saya atau tidak Saya kadang kala ada mengamalkan sikap bertangguh di dalam 27 2 4 17 4 menyiapkan sesuatu tugasan Pada saya, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kolej adalah 27 1 3 11 12 untuk kebaikan diri saya sendiri Saya tidak kisah apa yang diperkatakan orang terhadap diri 27 1 3 10 13 saya asalkan saya beroleh kecemerlangan akademik Jika diberi peluang, saya ingin mempunyai teman istimewa 27 7 9 6 5 sepanjang belajar di kolej ini Jika ada cuti atau peluang untuk balik ke kampung, saya akan 27 1 5 14 7 pulang Nasib selalu menyebelahi saya di dalam sesuatu peperiksaan 27 5 16 5 1 Markah penilaian berterusan amat penting bagi saya walau pun 27 1 2 6 18 jumlahnya adalah kecil 22