SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 46
SESI KEPIMPINAN 2010/2011
1. Mengapa ‘ta`dib’?
“faktor barah umat hari ini bukan disebabkan
kejahilan mereka dalam agama
memandangkan penyebaran ilmu tentang
Islam telah tersebar secara meluas, tetapi
faktor dari kekeliruan mereka dalam
meletakkan al-Din, Allah, Nabi & diri mereka
di tempat yang sepatutnya sepertimana yang
dituntut agama.” –Faisal Aziz (Ucapan Dasar
Presiden PKPIM, 2010), hal. 4
1. Mengapa ‘ta`dib’?
“Gagasan Ta`dib ini bukan sesuatu perkara yang
baru tetapi lahir dari usaha penjenamaan semula
kepada penegasan agenda besar yang telah
diangkat oleh PKPIM semenjak detik
penubuhannya. Ia menjadi teras kepada maudu’
dan halatuju perjuangan PKPIM dan intipatinya
telah dilangsungkan secara holistik dan integral
bagi fasa pertama dalam setiap fokus PKPIM
iaitu pemerkasaan tarbiyah, pemantapan
kaderisasi, pelestarian gerakan massa, dan
penambahbaikan pengurusan dan
professionalisme.” – ibid., hal. 5
2. 10 Nilai Ta`dib menurut Siddiq Fadzil (Multaqa` Nuqaba
Kebangsaan PKPIM 2010)‘
i. Kekuatan Fizikal
ii. Kebolehmandirian
iii. Kesaliman Tauhid
iv. Kesahihan Ibadah
v. Kemuliaan akhlak
vi. Keluasan & kebernasan pemikiran
vii. Kecermatan masa
viii.Kesempurnaan perancangan
ix. Kemanfaatan menyeluruh
x. Kesanggupan mujahadah
3. Sumber Rujukan Utama
4. Bagaimana untuk memahami ‘Ta`dib’
i. Sumber
ii. Sistematik
iii. Kesediaan
iv. Kesungguhan
v. Kreativiti
5. Relevensi Ta`dib & PKPIM
- jenguk Budaya 7 PKPIM, 9 Orientasi PKPIM & Sejarah
Perjuangan PKPIM
6. Cabaran Semasa
- Wajah Peradaban Barat – “Globalisasi”
Tapak 1 Pemahaman Ta`dib
1. Keputusan dan Dapatan: Kajian Kebejatan Sosial
2. Globalisasi: Fenomena Sejagat yang
Membimbangkan
3. Pandangan Alam Islam: Hakikat Realiti dan
Kebenaran
4. Punca Masalah Remaja Islam dan Psikologi Jiwa
Manusia
5. Ta`dib Sebagai Pendidikan yang Bercitra Islami
dan Komprehensif
Globalisasi membadai dunia. Fenomena ini tidak mampu
dibendung kemaraannya. Suka atau tidak, lambat laun globalisasi
tetap memberi dampak dalam kehidupan seseorang. Tanpa mengenal
usia, globalisasi bawaan Barat yang sarat dengan pengalaman dan
falsafahnya, dengan begitu rakus membaham kemanusiaan dan jati
diri, malah membangkitkan kekeliruan. Paling teruk menjadi mangsa,
golongan remaja yang dirundung ‘krisis identiti’ dan ‘jurang generasi’.
Sebagai satu fenomena sejagat yang begitu berpengaruh dan tidak
terelakkan, aspek pendidikan turut merasakan kesannya. Jauh dari
motif menyemarak perasaan anti-Barat, tinjauan ini bermaksud
melakukan sesuatu yang wajar, bersikap objektif dan adil dengan
melakukan analisis kritikal terhadap bahana globalisasi yang secara
senyap menjalar dalam sistem dan pengamalan pendidikan di negara-
negara umat Islam umumnya dan Malaysia khususnya. Kebejatan
akhlak yang membelenggu remaja menimbulkan pelbagai persoalan
mengenai keberkesanan sistem pendidikan yang diajar di institusi
pengajian formal sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun
tinggi. Justeru, penulis cuba mengetengahkan beberapa ide besar yang
dicetus para pemikir terutamanya gagasan ‘Ta`dib’ sebagai solusi
kepada pemasalahan yang berlaku.
–Fazril Saleh (2010), Pendidikan Remaja Dalam Era Globalisasi;Tinjauan Terhadap Konsep
Ta`dib Sebagai Pendidikan Yang Komprehensif
 (1) salah laku dan masalah disiplin pelajar sekolah;
 (2) penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
 (3) jenayah rogol;
 (3) sumbang mahram dan seks sebelum perkahwinan;
 (4) kecelaruan gender;
 (5) gejala hidu gam;
 (6) perlumbaan haram yang dilakukan mat motor;
 (7) jenayah juvana;
 (8) pelacuran;
 (9) pornografi internet;
 (10) penagihan dadah;
Azlina Abdullah, “Penyelidikan tentang Gejala Sosial di Malaysia dalam Dekat 2000-an”,
The 7th International Malaysian Studies Conference (MSC7), Critical Transitions:
Repositioning the State, Market and Society, 16-18March2010
 Kamus Dewan (2000) - "fenomena yang menjadikan dunia kelihatan
mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat“
 Stanford Encyclopedia of Philosophy (2002) –
(1) liberalisasi ekonomi iaitu kegelojohan polisi ekonomi pasaran bebas
oleh kelompok ‘Liberal Klasik’ dalam usaha menguasasi ekonomi
dunia
(2) Westernisasi atau perkembangan dominasi Barat terhadap sektor
politik, ekonomi, dan budaya dunia,
(3) Revolusi jaringan internet iaitu perkembangan teknologi maklumat
yang canggih dan terkini,
(4) Integrasi Global iaitu kesedaran masyarakat dunia membentuk
kesatuan sejagat tanpa sebarang konflik sosial. rujuk
 Dr. Muhammad Abid al-Jabiri – “globalisasi bermaksud menjadikan
sesuatu berada di peringkat antarabangsa iaitu memindahkan sesuatu
dari kawasan yang terhad dan dapat diawasi ke kawasan tanpa had
yang jauh daripada sebarang pengawasan. Justeru, globalisasi
mencakupi maksud membatalkan sempadan negara, beridentitikan
kebangsaan dalam lapangan ekonomi dan membiarkan segala urusan
dapat bergerak bebas menyeberangi alam dan ruang angkasa yang
berada dalam lingkungan planet Bumi.”
 Yusuf al-Qaradhawi -“globalisasi adalah pemaksaan penguasaan
politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada Amerika Syarikat terhadap
dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih
khusus, dunia Islam.”
 Siddiq Fadzil - “Globalisasi tidak dapat ditanggapi secara simplistik
sebagai natijah atau fenomena konsekuensial dari revolusi teknologi
komunikasi. la adalah suatu agenda yang harus difahami bersama
dengan pelbagai gagasan dan ramalan tentang dunia pada abad 21,
termasuk apa yang dinamakan Tatanan Baru Dunia. (New World
Order). Perbenturan Tamadun (Clash of Civilisations) dan Tamatnya
Sejarah dan Manusia Terakhir (The End of History and the Last
Man). Seperti yang disebut oleh Francis Fukuyama, tamadun Barat
telah mencapai puncak kesempurnaannya pada sistem liberal-
demokratik-kapitalistik. Menurut penilaiannya tamadun tersebut
dapat memberikan segala keperluan manusia sejagat dan dengan
demikian berakhirlah proses pencarian ideologi dan sistem hidup yang
muktamad. Atas asas itu ia adalah tamadun yang universal dan
manusia Barat adalah manusia universal, jelmaan terakhir manusia
yang telah mencapai puncak kesempurnaan. Rasa unggul diri dan
optimisme Fukuyama yang sebenarnya sangat simplistik dan
kontroversial itulah yang dijadikan salah satu asas pewajaran
globalisasi tamadun Barat, hegemoni dan dominasi Amerika.”
klasifikasi globalisasi
(1) Globalisasi kewangan dan
pemilikan modal,
(2) Globalisasi pasaran dan
stategi,
(3) globalisasi teknologi,
(4) globalisasi cara kehidupan
dan pola kepenggunaan atau
globalisasi budaya,
(5) globalisasi keupayaan
mengawal dan governans,
(6) globalisasi sebagai
penyatuan dunia
(7) globalisasi persepsi dan
kesedaran
 Pandangan alam Islam (worldview of Islam) atau diistilahkan
dalam Bahasa Arab sebagai ru`yat al-Islam li al-wujud bertitik
tolak daripada pandangan bahawa kewujudan alam ini bukan
sekadar hanya yang tertanggap oleh indera manusiawi, bahkan
juga yang tidak mampu dicerap dengan fakulti rasio insan
 Ciri-ciri pandangan alam Islam termasuklah merangkumi aspek
fizikal dan spiritual, ruh dan jasad, Tuhan dan manusia, serta
akhirat dan dunia. Pandangan alam Islam memberi penekanan
terhadap perkara yang kekal dan mutlak sebagai asas kepada
perkara yang berubah, kebenaran yang diwahyukan yang
sempurna dan menyeluruh dari awal kehadirannya.
 Dengan itu, kemunculan Islam bukan merupakan terbitan
daripada elemen falsafah atau kebudayaan sesuatu kaum yang
melalui proses evolusi merentas zaman kerana Islam hadir
dengan kesempurnaan tanpa memerlukan perubahan.
Unsur-
unsur
dalam
Pandangan
Alam Islam
Tuhan
Kenabian
Hari
Akhirat
Agama
Wahyu
Manusia
Alam
Ilmu
Pendidikan
Nilai &
Hikmah
 1. Faktor Dalaman – “Keruntuhan Adab”
(3) Kebangkitan para
pemimpin palsu
(1) Masalah kesalahan dan
kekeliruan ilmu
(2) Kehilangan
Adab
Aspek luaran
Aspek dalaman
2. Faktor Luaran – Ancaman Kebudayaan Barat,
‘Globalisasi’
-Krisis Identiti (identity crisis) & Jurang Generasi
(generation gap)
[Masyarakat Barat VS Masyarakat Islam]
i. Deconsecration of Values
ii. Role model
Psikologi Jiwa Manusia
 Pada asalnya, manusia mengetahui Hakikat Tuhan dan kesatuan Mutlak-Nya
(al-tawhid) sebagaimana yang disebut dalam al-Quran, surah al-A’raf (7), ayat 172
yang bermaksud:
 “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari
sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya
berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau
Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari
kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-
orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).”
 Ayat di atas merujuk kepada perjanjian (al-mithaq/ al-‘ahd) manusia dengan
Tuhan semasa di alam roh. Manusia telah mengenali dan mengakui keadaan dan
keesaan Tuhan lalu mengikat perjanjian yang menentukan tujuan, tindakan dan
sikap mereka terhadap diri dan Tuhan. Ikatan perjanjian ini merupakan ikatan
dan penentuan dalam agama (al-din) yang merupakan pengabdian sebenar (al-
Islam). Tujuan kewujudan manusia adalah untuk mengenal Allah dan
mengabdikan diri kepada-Nya dan tugasnya adalah untuk taat (ta’ah) kepada
Tuhan sesuai dengan fitrah insaniahnya Al-Quran al-Karim, Surah al-Dzariyat
(51) ayat 56, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka mengabdi kepada-Ku.”
Psikologi Jiwa Manusia
 Walau bagaimanapun, manusia juga mempunyai masalah
‘lupa’ (nisyan). Menurut Abdullah Ibn Abbas, merujuk
kepada surah Tha Ha (20), ayat 115: “Dan sesungguhnya telah
Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan
perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang
kuat”, perkataan insan terbit daripada kalimah nasiya kerana
kata Ibn Abbas, manusia telah melakukan perjanjian
dengan Tuhan tetapi mereka lupa (nasiya). Kelupaan
merupakan penyebab keengkaran, dan kesan penderhakaan
ini menjatuhkan manusia ke dalam kezaliman (zulm) dan
kejahilan (jahl). Namun begitu, Tuhan telah melengkapkan
manusia dengan akal dan wahyu yang mampu melorongkan
mereka ke jalan yang benar. Untuk memilih kepada
kebaikan (ikhtiyar), terserah kepada manusia itu sendiri
Psikologi Jiwa Manusia
Jiwa manusia juga mengandungi beberapa ‘keadaan
upaya’ (quwa) yang termanifestasi dalam
hubungannya dengan aspek jasmani manusia.
‘Keadaan upaya’ tersebut ialah jenis-jenis jiwa iaitu :
(1) jiwa tumbuhan (al-nafs al-nabatiyah),
(2) jiwa haiwan (al-nafs al-hayawaniyah), dan
(3) jiwa rasional (al-nafs al-natiqah).
Psikologi Jiwa Manusia
1. Terdapat beberapa peringkat/ martabat (level/ stages) bagi
jiwa manusia. Apabila manusia cenderung kepada jalan
yang benar, ketenangan sebenar yang transenden (al-
sakinah) akan hadir dan mereka akan berada dalam
kebebasan dan ketenangan dalam ingatan kepada Tuhan.
Keadaan jiwa seperti ini dinamakan keadaan jiwa yang
tenang (al-nafs al-mutma’innah) dan merupakan
peringkat tertinggi jiwa manusia.
2. Kadangkala, jiwa manusia bergelora dan berlawanan
antara daya akliahnya dan daya kebinatangannya. Apabila
jiwa berada dalam keadaan yang jahat, kemudian ia sedar
lalu berusaha melawan kejahatan tersebut dan mengutuk
kelakuannya. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan al-nafs
al-lawwamah iaitu jiwa yang mengutuk diri sendiri.
3. Manakala, keadaan jiwa yang terperangkap dalam
kejahilan dan kejahatan dinamakan al-nafs al-amarah bi
al-su`.
 Umat Muslim seharusnya memahami visi dan citra Islami
sebagai tujuan utama pendidikan atas sebab prinsip-prinsip asas
kehidupan terbit daripada al-Qur`an. Unsur-unsur utama sistem
pendidikan Islam adalah berdasarkan beberapa kata kunci (key
concepts) seperti
i. konsep agama (din);
ii. konsep manusia (al-insan);
iii. konsep ilmu pengetahuan (‘ilm and ma’rifah);
iv. konsep kebijaksanaan (hikmah);
v. konsep keadilan (‘adl);
vi. konsep amal baik (‘amal or adab);
vii. dan konsep universiti (kulliyah—jami’ah).
 Kesemua elemen utama ini merupakan manifestasi ‘pandangan
alam Islam’ yang terbit daripada wahyu dan telahpun dijelaskan
sebelum ini.
Konsep Pendidikan Secara Umum
‘suatu proses menerapkan/menyuntik sesuatu terhadap
manusia’ (a process of instilling something into human
being).
‘suatu proses menerapkan/menyuntik’ (a process of
instilling) - kaedah atau metodologi dan sistem
penyaluran pendidikan (mekanisme).
‘sesuatu’ (something) - kandungan dan bahan yang ingin
dimasukkan
manusia (human being) - penerima proses dan
kandungan.
1. Persoalannya, bagaimana pendidikan sebagai proses
penyaluran ilmu kepada manusia berlaku?
2. Apa kandungan ataupun ilmu yang diajarkan?
3. Apa tujuan pendidikan?
4. Apa hasil yang bakal dikecapi oleh penerima kandungan
melalui proses pendidikan itu?
5. Melihat suasana institusi pendidikan dewasa ini, juga
graduannya menimbulkan lebih banyak persoalan.
6. Apakah pendidikan hanya sebagai alat untuk
mendapatkan profesyen yang baik?
7. Apakah matlamat institusi pendidikan yang sebenarnya,
mendidik atau mengaut keuntungan? Realiti pendidikan
hari ini
8. Pendidikan telah di’komoditi’kan, di’komersialisasi’kan
dan di’politisasi’kan
 “Masalah yang kita hadapi sebenarnya bukan hanya kelesuan
IPT, tetapi dunia pendidikan keseluruhannya sedang ditimpa
krisis. Sistem pendidikan di pelbagai rantau dunia ketika ini
sedang dipersoalkan dari pelbagai sudut. Ada yang
mempersoalkannya dari segi biayanya yang terlalu tinggi
melewati batas jangkauan majoriti rakyat. Akibat komersialisasi
yang bermotif mengaut keuntungan, rakyat harus membayar
mahal sedang kualitinya belum pasti. Dengan ketiadaan
biasiswa dan bantuan yang mencukupi biaya pendidikan terbeban
sepenuhnya di bahu ibu-bapa. Untuk itu mereka yang kurang
mampu akan terpaksa bergolok bergadai. Keadaan inilah yang
meresahkan masyarakat. Di Indonesia misalnya, telah terbit
buku-buku dengan judul bernada protes seperti, “Pendidikan
Yang Memiskinkan” dan “Orang Miskin Dilarang
Sekolah”. Andainya demokratisasi pendidikan mahu
direalisasikan harus dipastikan semua lapisan rakyat dapat
menikmati pendidikan berkualiti dengan kos yang
terjangkau. Kegagalan melaksanakan dasar ini akan
mewujudkan keadaan survival of the richest, di mana pendidikan
berkualiti menjadi monopoli segelintir kaum elit.”
Siddiq Fadzil, “KRISIS KEPENDIDIKAN MASA KINI: Cabaran Membina Generasi
Berjiwa Merdeka”, Khairaummah.com, 26-10-06
 Makna Pendidikan dalam Islam
 “pengenalan dan pengakuan, yang secara progresif
diterapkan kepada manusia, tentang kedudukan
sebenar segala sesuatu menurut martabat
kejadiannya, dengan itu membawa kepada
pengenalan dan pengakuan tentang kedudukan/
martabat Tuhan menurut susunan kewujudan”
(recognition and acknowledgement, progressively
instilled into man, of the proper places of things in
order of creation, such that it leads to the recognition
and acknowledgement of the proper place of God in
order of being and existence) – Al-Attas
Makna Pendidikan dalam Islam
 “pengenalan dan pengakuan, yang secara progresif
diterapkan kepada manusia, tentang kedudukan
sebenar segala sesuatu menurut martabat
kejadiannya, dengan itu membawa kepada
pengenalan dan pengakuan tentang kedudukan/
martabat Tuhan menurut susunan kewujudan”
(recognition and acknowledgement, progressively
instilled into man, of the proper places of things in
order of creation, such that it leads to the recognition
and acknowledgement of the proper place of God in
order of being and existence) – Al-Attas
 Surah al-Nisa`, ayat 58 - amru / ahlu / hikmah / ’adlu
Ta`dib Sebagai Pendidikan
 Ta`dib terbit daripada kata akar a-d-b yang juga
menerbitkan perkataan adab. Perkataan adab atau
perkataan yang terbit daripada kalimah adaba disebut
dalam hadith Nabi Muhammad SAW.
 Perkataan-perkataan ini membawa maksud ‘perangai’,
‘tingkah laku yang baik’, dan ‘latihan, menjinakkan
atau suruhan berkelakuan baik’.
 hadith nabi yang bermaksud, “Tuhanku telah
mendidik aku, maka elok/ cemerlanglah pendidikanku”
(addabani rabbi fa ahsana ta`dibi).
Adab al-Dars & Adab al-Nafs
 “sesungguhnya, kelakuan yang paling tinggi dan
sempurna, perbuatan yang paling baik dan cantik
adalah adab dalam agama yang mana melaluinya
orang-orang beriman mengikuti sifat ketuhanan dan
tingkah laku para nabi dan rasul. Tuhan telah
mengajarkan kita (addabani) dengan apa yang telah
ditayang dan dijelaskan dalam al-Qur`an. Dia juga
mengajarkan kita (addabani) dengan kehadiran
pesuruh-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW melalui
hadith Baginda. Sebegitu juga, kita harus mengikuti
jejak para sahabat dan pengikut mereka, juga
mengikuti langkah orang-orang ahli adab (ahl al-
adab) dalam kalangan mukmin”. -Al-Ghazali
1. perkataan ta`dib itu sendiri sudah merangkum
dalam struktur konsepnya elemen-elemn seperti
ilmu pengetahuan (‘ilm), pengajaran (ta’lim), and
penjagaan yang baik (tarbiyah)
2. Ta`dib – Perbuatan memasukkan/menerapkan adab
kepada manusia . Adab termanifestasi dalam
kesemua unsur fundamental pendidikan iaitu
‘proses’, ‘kandungan’, dan ‘penerima’
Ta`dib & Adab
 (1) perbuatan mendisiplinkan jiwa dan minda,
 (2) pencarian kualiti dan sifat jiwa dan minda,
 (3) perilaku yang benar dan sesuai yang berlawanan
dengan perilaku salah dan buruk,
 (4) ilmu yang dapat menyelamatkan manusia,
 (5) pengenalan dan pengakuan kedudukan sesuatu
secara benar dan tepat,
 (6) suatu kaedah mengetahui yang menghasilkan
kedudukan sesuatu secara tepat dan benar,
 (7) jelmaan keadilan (‘adl) sebagaimana ditonjolkan
oleh kebijaksanaan (hikmah).
-Wan Daud
 Konsep Ta`dib ini juga bukanlah satu teori yang
bersifat utopia. Bukan juga suatu perbahasan
‘melangit’.
 Konsep in telah teruji dan ‘dibumikan’ kerana
sejarah manusia telah membuktikan kejayaannya.
Ini dapat dilihat pada zaman Nabi Muhammad SAW
dan para sahabat, pada zaman Tabi’in dan
selepasnya, dan juga zaman kegemilangan tamadun
dan peradaban Islam.
 Justeru, ta`dib harus dibugar semula dalam
kehidupan masyarakat Islam hari ini.
 “Masalah yang kita hadapi sebenarnya bukan hanya kelesuan IPT, tetapi
dunia pendidikan keseluruhannya sedang ditimpa krisis. Sistem
pendidikan di pelbagai rantau dunia ketika ini sedang dipersoalkan dari
pelbagai sudut. Ada yang mempersoalkannya dari segi biayanya yang
terlalu tinggi melewati batas jangkauan majoriti rakyat. Akibat
komersialisasi yang bermotif mengaut keuntungan, rakyat harus
membayar mahal sedang kualitinya belum pasti. Dengan ketiadaan
biasiswa dan bantuan yang mencukupi biaya pendidikan terbeban
sepenuhnya di bahu ibu-bapa. Untuk itu mereka yang kurang mampu
akan terpaksa bergolok bergadai. Keadaan inilah yang meresahkan
masyarakat. Di Indonesia misalnya, telah terbit buku-buku dengan
judul bernada protes seperti, “Pendidikan Yang Memiskinkan” dan
“Orang Miskin Dilarang Sekolah”. Andainya demokratisasi pendidikan
mahu direalisasikan harus dipastikan semua lapisan rakyat dapat
menikmati pendidikan berkualiti dengan kos yang
terjangkau. Kegagalan melaksanakan dasar ini akan mewujudkan
keadaan survival of the richest, di mana pendidikan berkualiti menjadi
monopoli segelintir kaum elit.”
Siddiq Fadzil, “KRISIS KEPENDIDIKAN MASA KINI: Cabaran Membina Generasi Berjiwa
Merdeka”, Khairaummah.com, 26-10-06
Good Man VS Good Citizen
 Jika setiap individu dalam masyarakat itu baik, maka
masyarakat itu juga akan menjadi baik.
 Pada asalnya, ‘masyarakat’ tak punya jiwa, sedangkan
individu dlm masyarakatlah yang mempunyai jiwa.
 Jiwa-jiwa individu ini berpadu membentuk jiwa
masyarakat.
 Di hari akhirat kelak, hisab dilakukan kepada individu,
bukan masyarakat.
Pengalaman Umat Islam – Selepas kejatuhan khilafah
Uthmaniyah, secara ketara umat Islam menderita
penyakit :
1. “inferiority complex”
2. “al-fikr al-mayyit”
3. “Identity crisis”
-kesemua di atas merupakan gejala “Loss of Adab”
Kemunduran umat Islam – Usaha reformasi yang
merobohkan :
1. Dakwaan Islam agama jumud
2. Dakwaan tradisi keilmuwan Islam tidak maju &
semasa
3. Tersilau dengan kemajuan Barat
4. Ukuran kemunduran umat – faktor sosio-ekonomi
 Fokus kepada perkembangan idividu membuang masa
 Individu sebagai alat menyuburkan produktiviti
 Pendidikan & latihan individu untuk keperluan industri.
 Tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan rasa
berTuhan (taqwa). Insan yg bertaqwa : Seseorang
yang mentaati suruhan Tuhannya dan menjauhi
larangan-Nya dan berguna kepada masyarakat
( al-Ghazali)
 Al-Ghazali juga sangat prihatin terhadap
pembentukan akhlak mulia (al-akhlaq al-karimah),
pembugaran nilai-nilai mulia, dan usaha
melenyapkan kejahilan
“pendidikan seharusnya menumpukan kepada
pertumbuhan seimbang peribadi keseluruhan
manusia melalui latihan terhadap rohani (spirit),
intelek (intellect, rational self), emosi (feeling) dan
jasmani (bodily sense). Latihan yang diterapkan
kepada Muslim perlu ditunjangi ‘Iman’ dalam setiap
aspek peribadinya dan menciptakan ‘jalinan
hubungan rohani-emosi’ (emotional attachment)
kepada Islam dan membolehkannya mengikuti
Qur`an dan Sunnah serta sistem nilai Islam secara
sukarela (willingly & joyfully), agar dia mampu
menyedari hakikat diri sebagai hamba dan khalifah
yang diberi mandat oleh Allah ke atas dunia.”
Resolusi Persidangan Dunia tentang Pendidikan Islam kali Pertama, Mekah 1977
 Maka, dapat dirumuskan tujuan pendidikan dalam Islam
adalah seperti berikut:
1. Fokus utama : Pembangunan individu
2. Tema :
• Keagamaan/religiosity (insan bertakwa & berakhlak
mulia) &
• Intelektualisme (meletakkan ilmu pengetahuan untuk
berkhidmat kepada Tuhan).
 Tamadun dan peradaban Barat sedang berkuasa dan
mendominasi dunia pada waktu ini. Sifat budayanya yang
memaksa masyarakat lain untuk menganut faham Barat berjalan
melalui perlbagai kaedah termasuklah ‘globalisasi’. Berkali-kali
ditegaskan, penulis tidak menderita penyakit xenophobia tetapi
bersikap tegas terhadap anasir perosak ini. Jelas, remaja di
Malaysia sudahpun merasai penderitaan penyakit berkaitan jiwa
sehingga memaksa perlakuan yang sama sekali jauh daripada
norma-norma ketimuran. Penyakit jiwa manusia ini telah
mendorong pelbagai perilaku yang menyalahi norma
kemanusiaan. Dua faktor utama masalah ini dikenal pasti, faktor
dalam insan iaitu kehilangan adab dan ditambahburukkan oleh
faktor luaran yakni cabaran kebudayaan Barat seperti
globalisasi.

 Hakikatnya, pandangan alam Islam adalah sama
sekali berbeza dan bertentangan dengan pandangan
hidup Barat yang ditonjolkan melalui globalisasi.
Pandangan alam Islam adalah komprehensif dan
integral dan menunjukkan manusia nilai-nilai Islam
yang hakiki. Manakala pandangan hidup Barat bersifat
rencam dan rancu sehingga menyebabkan masyarakat
Barat hidup dalam penderitaan mencari makna diri.
Psikologi jiwa manusia jelas menunjukkan hakikat
kemanusiaan berdasarkan fitrah yang Tuhan ciptakan.
 Hasil daripada sumber wahyu yang tulen dan terpelihara,
intipati agama Islam tidak mengalami perubahan sebagaimana
yang berlaku dalam agama-agama lain. Justeru, masyarakat
Islam tidak sewajarnya terikut-ikut dan hanyut dibawa arus
globalisasi dan semboyan perubahan dan kemajuan yang ditiup
oleh Barat. Sebaliknya, sesuai dengan makna al-din yang antara
lain membawa maksud ‘pengembalian kepada fitrah asal yang
tunduk kepada Tuhan’, setiap tindakan dan pemikiran Muslim
harus dilihat sebagai proses pengembalian diri (raj’) melalui
penghambaan diri (‘ubudiyah) kepada Tuhan. Kedudukan Nabi
Muhammad SAW sebagai contoh tauladan akhlaqiyah yang
kekal dan berterusan kepada semua generasi umat Islam juga
amat penting dalam menanggapi isu-isu yang dicanang oleh
Barat seperti kebebasan, akhlak, krisis identiti, jurang generasi,
perubahan dan kemajuan.
 Konsep ta`dib sebagai pendidikan yang tulen
sepatutnya diterap kembali dalam sistem pendidikan
remaja. Hakikat pendidikan semasa telah berubah
daripada fitrah pendidikan yang sebenarnya.
Pendidikan hanya dilihat sebagai sarana mendapat
pekerjaan, dengan pekerjaan yang baik dapat
mengumpul harta benda keduniaan dan hidup akan
bahagia. Sedangkan kebahagiaan sebenar hanya akan
terbit daripada jiwa yang tenang (al-nafs al-
mutma’innah).
Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Kuliah Pertama: TITAS- KONSEP & PANDANGAN ALAM
Kuliah Pertama: TITAS- KONSEP & PANDANGAN ALAMKuliah Pertama: TITAS- KONSEP & PANDANGAN ALAM
Kuliah Pertama: TITAS- KONSEP & PANDANGAN ALAMRatna Razak
 
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islamCTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islamMuhd Iqball
 
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editModul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editSK Batu Sembilan
 
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Afiq Izzudin
 
Prinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhariPrinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhariAhmadi Alimuddin
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratsakura rena
 
(Sadn1013 h) kump 6
(Sadn1013 h) kump 6(Sadn1013 h) kump 6
(Sadn1013 h) kump 6sadn1013
 
Course outline ac301 shj
Course outline ac301 shjCourse outline ac301 shj
Course outline ac301 shjsafwanpbs
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Niesma Alfina
 
titas Titas 1 [autosaved]
titas Titas 1 [autosaved]titas Titas 1 [autosaved]
titas Titas 1 [autosaved]Khazlena
 
Dasar-dasar Tamadun Islam
Dasar-dasar Tamadun IslamDasar-dasar Tamadun Islam
Dasar-dasar Tamadun IslamDiana Lee
 
Topik 1 pengertian tamadun islam
Topik 1    pengertian tamadun islamTopik 1    pengertian tamadun islam
Topik 1 pengertian tamadun islamNorhidayu Rosman
 
Tamadun islam bahagian 1 - TITAS
Tamadun islam bahagian 1 - TITASTamadun islam bahagian 1 - TITAS
Tamadun islam bahagian 1 - TITASAkma Iman
 
3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan
3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan
3.Pembinaan, Perkembangan & KemerosotanWanBK Leo
 

Mais procurados (20)

Kuliah Pertama: TITAS- KONSEP & PANDANGAN ALAM
Kuliah Pertama: TITAS- KONSEP & PANDANGAN ALAMKuliah Pertama: TITAS- KONSEP & PANDANGAN ALAM
Kuliah Pertama: TITAS- KONSEP & PANDANGAN ALAM
 
Contoh soalan TITAS
Contoh soalan TITASContoh soalan TITAS
Contoh soalan TITAS
 
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islamCTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
 
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editModul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
 
tamadun islam
tamadun islamtamadun islam
tamadun islam
 
Titas ppg
Titas ppgTitas ppg
Titas ppg
 
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
 
Prinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhariPrinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhari
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
 
Konsep Tamadun islam
Konsep Tamadun islamKonsep Tamadun islam
Konsep Tamadun islam
 
(Sadn1013 h) kump 6
(Sadn1013 h) kump 6(Sadn1013 h) kump 6
(Sadn1013 h) kump 6
 
Course outline ac301 shj
Course outline ac301 shjCourse outline ac301 shj
Course outline ac301 shj
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
 
TAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAMTAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAM
 
titas Titas 1 [autosaved]
titas Titas 1 [autosaved]titas Titas 1 [autosaved]
titas Titas 1 [autosaved]
 
Dasar-dasar Tamadun Islam
Dasar-dasar Tamadun IslamDasar-dasar Tamadun Islam
Dasar-dasar Tamadun Islam
 
Topik 1 pengertian tamadun islam
Topik 1    pengertian tamadun islamTopik 1    pengertian tamadun islam
Topik 1 pengertian tamadun islam
 
Tamadun islam bahagian 1 - TITAS
Tamadun islam bahagian 1 - TITASTamadun islam bahagian 1 - TITAS
Tamadun islam bahagian 1 - TITAS
 
Bab 6 (2)
Bab 6 (2)Bab 6 (2)
Bab 6 (2)
 
3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan
3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan
3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan
 

Semelhante a Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Hamid Worldview Sebagai Asas Islamisasi
Hamid  Worldview Sebagai  Asas IslamisasiHamid  Worldview Sebagai  Asas Islamisasi
Hamid Worldview Sebagai Asas IslamisasiSuardi Al-Bukhari
 
Pandangan hidup islam cegah kebingungan intelektual
Pandangan hidup islam cegah kebingungan intelektualPandangan hidup islam cegah kebingungan intelektual
Pandangan hidup islam cegah kebingungan intelektualAnwar Ma'rufi
 
JURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docx
JURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docxJURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docx
JURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docxSoniaSembiring
 
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan SejarahIran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarahestoreportal
 
Bunga Rampai dalam Jambangan Media Sosial
Bunga Rampai dalam Jambangan Media SosialBunga Rampai dalam Jambangan Media Sosial
Bunga Rampai dalam Jambangan Media SosialKiki Alhadiida
 
Krisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaan
Krisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaanKrisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaan
Krisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaanOperator Warnet Vast Raha
 
Makalah Akhlak Sarjana Muslim Dalam Menuntut Ilmu
Makalah Akhlak Sarjana Muslim Dalam Menuntut IlmuMakalah Akhlak Sarjana Muslim Dalam Menuntut Ilmu
Makalah Akhlak Sarjana Muslim Dalam Menuntut IlmuMuhammad Aqil Ghazali
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Niesma Alfina
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Niesma Alfina
 
Islam dan Teknologi yang berkembang di indonesia
Islam dan Teknologi yang berkembang di indonesiaIslam dan Teknologi yang berkembang di indonesia
Islam dan Teknologi yang berkembang di indonesiaNurulUtami53
 
Kapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDA
Kapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDAKapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDA
Kapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDAWandi Budiman
 
Kebijakan pendidikan diindonesia
Kebijakan pendidikan diindonesiaKebijakan pendidikan diindonesia
Kebijakan pendidikan diindonesiaHaubibBro
 
Filsafat pendidikan islam
Filsafat pendidikan islamFilsafat pendidikan islam
Filsafat pendidikan islamIdrus Abidin
 
David Ben Usolin Jawaban Modul 7-13.docx
David Ben Usolin Jawaban Modul 7-13.docxDavid Ben Usolin Jawaban Modul 7-13.docx
David Ben Usolin Jawaban Modul 7-13.docxoktavianusbaptista1
 
Ke arah islamisasi bimbingan dan kaunseling
Ke arah islamisasi bimbingan dan kaunselingKe arah islamisasi bimbingan dan kaunseling
Ke arah islamisasi bimbingan dan kaunselingismail liasra
 
Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)
Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)
Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)Khairunnisa Nazhifah
 
Islam dan dunia kontemporer
Islam dan dunia kontemporerIslam dan dunia kontemporer
Islam dan dunia kontemporerdmantikha
 

Semelhante a Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show (20)

Hamid Worldview Sebagai Asas Islamisasi
Hamid  Worldview Sebagai  Asas IslamisasiHamid  Worldview Sebagai  Asas Islamisasi
Hamid Worldview Sebagai Asas Islamisasi
 
Pandangan hidup islam cegah kebingungan intelektual
Pandangan hidup islam cegah kebingungan intelektualPandangan hidup islam cegah kebingungan intelektual
Pandangan hidup islam cegah kebingungan intelektual
 
JURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docx
JURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docxJURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docx
JURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docx
 
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan SejarahIran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
 
titas
titastitas
titas
 
Bunga Rampai dalam Jambangan Media Sosial
Bunga Rampai dalam Jambangan Media SosialBunga Rampai dalam Jambangan Media Sosial
Bunga Rampai dalam Jambangan Media Sosial
 
Krisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaan
Krisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaanKrisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaan
Krisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaan
 
Makalah Akhlak Sarjana Muslim Dalam Menuntut Ilmu
Makalah Akhlak Sarjana Muslim Dalam Menuntut IlmuMakalah Akhlak Sarjana Muslim Dalam Menuntut Ilmu
Makalah Akhlak Sarjana Muslim Dalam Menuntut Ilmu
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
 
Tamadun Islam
Tamadun IslamTamadun Islam
Tamadun Islam
 
Islam dan Teknologi yang berkembang di indonesia
Islam dan Teknologi yang berkembang di indonesiaIslam dan Teknologi yang berkembang di indonesia
Islam dan Teknologi yang berkembang di indonesia
 
Kapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDA
Kapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDAKapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDA
Kapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDA
 
Kebijakan pendidikan diindonesia
Kebijakan pendidikan diindonesiaKebijakan pendidikan diindonesia
Kebijakan pendidikan diindonesia
 
Filsafat pendidikan islam
Filsafat pendidikan islamFilsafat pendidikan islam
Filsafat pendidikan islam
 
David Ben Usolin Jawaban Modul 7-13.docx
David Ben Usolin Jawaban Modul 7-13.docxDavid Ben Usolin Jawaban Modul 7-13.docx
David Ben Usolin Jawaban Modul 7-13.docx
 
Propeftik
PropeftikPropeftik
Propeftik
 
Ke arah islamisasi bimbingan dan kaunseling
Ke arah islamisasi bimbingan dan kaunselingKe arah islamisasi bimbingan dan kaunseling
Ke arah islamisasi bimbingan dan kaunseling
 
Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)
Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)
Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)
 
Islam dan dunia kontemporer
Islam dan dunia kontemporerIslam dan dunia kontemporer
Islam dan dunia kontemporer
 

Último

Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 

Último (20)

Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 

Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

  • 2.
  • 3. 1. Mengapa ‘ta`dib’? “faktor barah umat hari ini bukan disebabkan kejahilan mereka dalam agama memandangkan penyebaran ilmu tentang Islam telah tersebar secara meluas, tetapi faktor dari kekeliruan mereka dalam meletakkan al-Din, Allah, Nabi & diri mereka di tempat yang sepatutnya sepertimana yang dituntut agama.” –Faisal Aziz (Ucapan Dasar Presiden PKPIM, 2010), hal. 4
  • 4. 1. Mengapa ‘ta`dib’? “Gagasan Ta`dib ini bukan sesuatu perkara yang baru tetapi lahir dari usaha penjenamaan semula kepada penegasan agenda besar yang telah diangkat oleh PKPIM semenjak detik penubuhannya. Ia menjadi teras kepada maudu’ dan halatuju perjuangan PKPIM dan intipatinya telah dilangsungkan secara holistik dan integral bagi fasa pertama dalam setiap fokus PKPIM iaitu pemerkasaan tarbiyah, pemantapan kaderisasi, pelestarian gerakan massa, dan penambahbaikan pengurusan dan professionalisme.” – ibid., hal. 5
  • 5. 2. 10 Nilai Ta`dib menurut Siddiq Fadzil (Multaqa` Nuqaba Kebangsaan PKPIM 2010)‘ i. Kekuatan Fizikal ii. Kebolehmandirian iii. Kesaliman Tauhid iv. Kesahihan Ibadah v. Kemuliaan akhlak vi. Keluasan & kebernasan pemikiran vii. Kecermatan masa viii.Kesempurnaan perancangan ix. Kemanfaatan menyeluruh x. Kesanggupan mujahadah
  • 7. 4. Bagaimana untuk memahami ‘Ta`dib’ i. Sumber ii. Sistematik iii. Kesediaan iv. Kesungguhan v. Kreativiti 5. Relevensi Ta`dib & PKPIM - jenguk Budaya 7 PKPIM, 9 Orientasi PKPIM & Sejarah Perjuangan PKPIM 6. Cabaran Semasa - Wajah Peradaban Barat – “Globalisasi”
  • 8. Tapak 1 Pemahaman Ta`dib 1. Keputusan dan Dapatan: Kajian Kebejatan Sosial 2. Globalisasi: Fenomena Sejagat yang Membimbangkan 3. Pandangan Alam Islam: Hakikat Realiti dan Kebenaran 4. Punca Masalah Remaja Islam dan Psikologi Jiwa Manusia 5. Ta`dib Sebagai Pendidikan yang Bercitra Islami dan Komprehensif
  • 9. Globalisasi membadai dunia. Fenomena ini tidak mampu dibendung kemaraannya. Suka atau tidak, lambat laun globalisasi tetap memberi dampak dalam kehidupan seseorang. Tanpa mengenal usia, globalisasi bawaan Barat yang sarat dengan pengalaman dan falsafahnya, dengan begitu rakus membaham kemanusiaan dan jati diri, malah membangkitkan kekeliruan. Paling teruk menjadi mangsa, golongan remaja yang dirundung ‘krisis identiti’ dan ‘jurang generasi’. Sebagai satu fenomena sejagat yang begitu berpengaruh dan tidak terelakkan, aspek pendidikan turut merasakan kesannya. Jauh dari motif menyemarak perasaan anti-Barat, tinjauan ini bermaksud melakukan sesuatu yang wajar, bersikap objektif dan adil dengan melakukan analisis kritikal terhadap bahana globalisasi yang secara senyap menjalar dalam sistem dan pengamalan pendidikan di negara- negara umat Islam umumnya dan Malaysia khususnya. Kebejatan akhlak yang membelenggu remaja menimbulkan pelbagai persoalan mengenai keberkesanan sistem pendidikan yang diajar di institusi pengajian formal sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun tinggi. Justeru, penulis cuba mengetengahkan beberapa ide besar yang dicetus para pemikir terutamanya gagasan ‘Ta`dib’ sebagai solusi kepada pemasalahan yang berlaku. –Fazril Saleh (2010), Pendidikan Remaja Dalam Era Globalisasi;Tinjauan Terhadap Konsep Ta`dib Sebagai Pendidikan Yang Komprehensif
  • 10.  (1) salah laku dan masalah disiplin pelajar sekolah;  (2) penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.  (3) jenayah rogol;  (3) sumbang mahram dan seks sebelum perkahwinan;  (4) kecelaruan gender;  (5) gejala hidu gam;  (6) perlumbaan haram yang dilakukan mat motor;  (7) jenayah juvana;  (8) pelacuran;  (9) pornografi internet;  (10) penagihan dadah; Azlina Abdullah, “Penyelidikan tentang Gejala Sosial di Malaysia dalam Dekat 2000-an”, The 7th International Malaysian Studies Conference (MSC7), Critical Transitions: Repositioning the State, Market and Society, 16-18March2010
  • 11.  Kamus Dewan (2000) - "fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat“  Stanford Encyclopedia of Philosophy (2002) – (1) liberalisasi ekonomi iaitu kegelojohan polisi ekonomi pasaran bebas oleh kelompok ‘Liberal Klasik’ dalam usaha menguasasi ekonomi dunia (2) Westernisasi atau perkembangan dominasi Barat terhadap sektor politik, ekonomi, dan budaya dunia, (3) Revolusi jaringan internet iaitu perkembangan teknologi maklumat yang canggih dan terkini, (4) Integrasi Global iaitu kesedaran masyarakat dunia membentuk kesatuan sejagat tanpa sebarang konflik sosial. rujuk
  • 12.  Dr. Muhammad Abid al-Jabiri – “globalisasi bermaksud menjadikan sesuatu berada di peringkat antarabangsa iaitu memindahkan sesuatu dari kawasan yang terhad dan dapat diawasi ke kawasan tanpa had yang jauh daripada sebarang pengawasan. Justeru, globalisasi mencakupi maksud membatalkan sempadan negara, beridentitikan kebangsaan dalam lapangan ekonomi dan membiarkan segala urusan dapat bergerak bebas menyeberangi alam dan ruang angkasa yang berada dalam lingkungan planet Bumi.”  Yusuf al-Qaradhawi -“globalisasi adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih khusus, dunia Islam.”
  • 13.  Siddiq Fadzil - “Globalisasi tidak dapat ditanggapi secara simplistik sebagai natijah atau fenomena konsekuensial dari revolusi teknologi komunikasi. la adalah suatu agenda yang harus difahami bersama dengan pelbagai gagasan dan ramalan tentang dunia pada abad 21, termasuk apa yang dinamakan Tatanan Baru Dunia. (New World Order). Perbenturan Tamadun (Clash of Civilisations) dan Tamatnya Sejarah dan Manusia Terakhir (The End of History and the Last Man). Seperti yang disebut oleh Francis Fukuyama, tamadun Barat telah mencapai puncak kesempurnaannya pada sistem liberal- demokratik-kapitalistik. Menurut penilaiannya tamadun tersebut dapat memberikan segala keperluan manusia sejagat dan dengan demikian berakhirlah proses pencarian ideologi dan sistem hidup yang muktamad. Atas asas itu ia adalah tamadun yang universal dan manusia Barat adalah manusia universal, jelmaan terakhir manusia yang telah mencapai puncak kesempurnaan. Rasa unggul diri dan optimisme Fukuyama yang sebenarnya sangat simplistik dan kontroversial itulah yang dijadikan salah satu asas pewajaran globalisasi tamadun Barat, hegemoni dan dominasi Amerika.”
  • 14. klasifikasi globalisasi (1) Globalisasi kewangan dan pemilikan modal, (2) Globalisasi pasaran dan stategi, (3) globalisasi teknologi, (4) globalisasi cara kehidupan dan pola kepenggunaan atau globalisasi budaya, (5) globalisasi keupayaan mengawal dan governans, (6) globalisasi sebagai penyatuan dunia (7) globalisasi persepsi dan kesedaran
  • 15.  Pandangan alam Islam (worldview of Islam) atau diistilahkan dalam Bahasa Arab sebagai ru`yat al-Islam li al-wujud bertitik tolak daripada pandangan bahawa kewujudan alam ini bukan sekadar hanya yang tertanggap oleh indera manusiawi, bahkan juga yang tidak mampu dicerap dengan fakulti rasio insan  Ciri-ciri pandangan alam Islam termasuklah merangkumi aspek fizikal dan spiritual, ruh dan jasad, Tuhan dan manusia, serta akhirat dan dunia. Pandangan alam Islam memberi penekanan terhadap perkara yang kekal dan mutlak sebagai asas kepada perkara yang berubah, kebenaran yang diwahyukan yang sempurna dan menyeluruh dari awal kehadirannya.  Dengan itu, kemunculan Islam bukan merupakan terbitan daripada elemen falsafah atau kebudayaan sesuatu kaum yang melalui proses evolusi merentas zaman kerana Islam hadir dengan kesempurnaan tanpa memerlukan perubahan.
  • 17.  1. Faktor Dalaman – “Keruntuhan Adab” (3) Kebangkitan para pemimpin palsu (1) Masalah kesalahan dan kekeliruan ilmu (2) Kehilangan Adab Aspek luaran Aspek dalaman
  • 18. 2. Faktor Luaran – Ancaman Kebudayaan Barat, ‘Globalisasi’ -Krisis Identiti (identity crisis) & Jurang Generasi (generation gap) [Masyarakat Barat VS Masyarakat Islam] i. Deconsecration of Values ii. Role model
  • 19. Psikologi Jiwa Manusia  Pada asalnya, manusia mengetahui Hakikat Tuhan dan kesatuan Mutlak-Nya (al-tawhid) sebagaimana yang disebut dalam al-Quran, surah al-A’raf (7), ayat 172 yang bermaksud:  “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang- orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).”  Ayat di atas merujuk kepada perjanjian (al-mithaq/ al-‘ahd) manusia dengan Tuhan semasa di alam roh. Manusia telah mengenali dan mengakui keadaan dan keesaan Tuhan lalu mengikat perjanjian yang menentukan tujuan, tindakan dan sikap mereka terhadap diri dan Tuhan. Ikatan perjanjian ini merupakan ikatan dan penentuan dalam agama (al-din) yang merupakan pengabdian sebenar (al- Islam). Tujuan kewujudan manusia adalah untuk mengenal Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya dan tugasnya adalah untuk taat (ta’ah) kepada Tuhan sesuai dengan fitrah insaniahnya Al-Quran al-Karim, Surah al-Dzariyat (51) ayat 56, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”
  • 20. Psikologi Jiwa Manusia  Walau bagaimanapun, manusia juga mempunyai masalah ‘lupa’ (nisyan). Menurut Abdullah Ibn Abbas, merujuk kepada surah Tha Ha (20), ayat 115: “Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat”, perkataan insan terbit daripada kalimah nasiya kerana kata Ibn Abbas, manusia telah melakukan perjanjian dengan Tuhan tetapi mereka lupa (nasiya). Kelupaan merupakan penyebab keengkaran, dan kesan penderhakaan ini menjatuhkan manusia ke dalam kezaliman (zulm) dan kejahilan (jahl). Namun begitu, Tuhan telah melengkapkan manusia dengan akal dan wahyu yang mampu melorongkan mereka ke jalan yang benar. Untuk memilih kepada kebaikan (ikhtiyar), terserah kepada manusia itu sendiri
  • 21. Psikologi Jiwa Manusia Jiwa manusia juga mengandungi beberapa ‘keadaan upaya’ (quwa) yang termanifestasi dalam hubungannya dengan aspek jasmani manusia. ‘Keadaan upaya’ tersebut ialah jenis-jenis jiwa iaitu : (1) jiwa tumbuhan (al-nafs al-nabatiyah), (2) jiwa haiwan (al-nafs al-hayawaniyah), dan (3) jiwa rasional (al-nafs al-natiqah).
  • 22. Psikologi Jiwa Manusia 1. Terdapat beberapa peringkat/ martabat (level/ stages) bagi jiwa manusia. Apabila manusia cenderung kepada jalan yang benar, ketenangan sebenar yang transenden (al- sakinah) akan hadir dan mereka akan berada dalam kebebasan dan ketenangan dalam ingatan kepada Tuhan. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan keadaan jiwa yang tenang (al-nafs al-mutma’innah) dan merupakan peringkat tertinggi jiwa manusia. 2. Kadangkala, jiwa manusia bergelora dan berlawanan antara daya akliahnya dan daya kebinatangannya. Apabila jiwa berada dalam keadaan yang jahat, kemudian ia sedar lalu berusaha melawan kejahatan tersebut dan mengutuk kelakuannya. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan al-nafs al-lawwamah iaitu jiwa yang mengutuk diri sendiri. 3. Manakala, keadaan jiwa yang terperangkap dalam kejahilan dan kejahatan dinamakan al-nafs al-amarah bi al-su`.
  • 23.  Umat Muslim seharusnya memahami visi dan citra Islami sebagai tujuan utama pendidikan atas sebab prinsip-prinsip asas kehidupan terbit daripada al-Qur`an. Unsur-unsur utama sistem pendidikan Islam adalah berdasarkan beberapa kata kunci (key concepts) seperti i. konsep agama (din); ii. konsep manusia (al-insan); iii. konsep ilmu pengetahuan (‘ilm and ma’rifah); iv. konsep kebijaksanaan (hikmah); v. konsep keadilan (‘adl); vi. konsep amal baik (‘amal or adab); vii. dan konsep universiti (kulliyah—jami’ah).  Kesemua elemen utama ini merupakan manifestasi ‘pandangan alam Islam’ yang terbit daripada wahyu dan telahpun dijelaskan sebelum ini.
  • 24. Konsep Pendidikan Secara Umum ‘suatu proses menerapkan/menyuntik sesuatu terhadap manusia’ (a process of instilling something into human being). ‘suatu proses menerapkan/menyuntik’ (a process of instilling) - kaedah atau metodologi dan sistem penyaluran pendidikan (mekanisme). ‘sesuatu’ (something) - kandungan dan bahan yang ingin dimasukkan manusia (human being) - penerima proses dan kandungan.
  • 25.
  • 26. 1. Persoalannya, bagaimana pendidikan sebagai proses penyaluran ilmu kepada manusia berlaku? 2. Apa kandungan ataupun ilmu yang diajarkan? 3. Apa tujuan pendidikan? 4. Apa hasil yang bakal dikecapi oleh penerima kandungan melalui proses pendidikan itu? 5. Melihat suasana institusi pendidikan dewasa ini, juga graduannya menimbulkan lebih banyak persoalan. 6. Apakah pendidikan hanya sebagai alat untuk mendapatkan profesyen yang baik? 7. Apakah matlamat institusi pendidikan yang sebenarnya, mendidik atau mengaut keuntungan? Realiti pendidikan hari ini 8. Pendidikan telah di’komoditi’kan, di’komersialisasi’kan dan di’politisasi’kan
  • 27.  “Masalah yang kita hadapi sebenarnya bukan hanya kelesuan IPT, tetapi dunia pendidikan keseluruhannya sedang ditimpa krisis. Sistem pendidikan di pelbagai rantau dunia ketika ini sedang dipersoalkan dari pelbagai sudut. Ada yang mempersoalkannya dari segi biayanya yang terlalu tinggi melewati batas jangkauan majoriti rakyat. Akibat komersialisasi yang bermotif mengaut keuntungan, rakyat harus membayar mahal sedang kualitinya belum pasti. Dengan ketiadaan biasiswa dan bantuan yang mencukupi biaya pendidikan terbeban sepenuhnya di bahu ibu-bapa. Untuk itu mereka yang kurang mampu akan terpaksa bergolok bergadai. Keadaan inilah yang meresahkan masyarakat. Di Indonesia misalnya, telah terbit buku-buku dengan judul bernada protes seperti, “Pendidikan Yang Memiskinkan” dan “Orang Miskin Dilarang Sekolah”. Andainya demokratisasi pendidikan mahu direalisasikan harus dipastikan semua lapisan rakyat dapat menikmati pendidikan berkualiti dengan kos yang terjangkau. Kegagalan melaksanakan dasar ini akan mewujudkan keadaan survival of the richest, di mana pendidikan berkualiti menjadi monopoli segelintir kaum elit.” Siddiq Fadzil, “KRISIS KEPENDIDIKAN MASA KINI: Cabaran Membina Generasi Berjiwa Merdeka”, Khairaummah.com, 26-10-06
  • 28.  Makna Pendidikan dalam Islam  “pengenalan dan pengakuan, yang secara progresif diterapkan kepada manusia, tentang kedudukan sebenar segala sesuatu menurut martabat kejadiannya, dengan itu membawa kepada pengenalan dan pengakuan tentang kedudukan/ martabat Tuhan menurut susunan kewujudan” (recognition and acknowledgement, progressively instilled into man, of the proper places of things in order of creation, such that it leads to the recognition and acknowledgement of the proper place of God in order of being and existence) – Al-Attas
  • 29. Makna Pendidikan dalam Islam  “pengenalan dan pengakuan, yang secara progresif diterapkan kepada manusia, tentang kedudukan sebenar segala sesuatu menurut martabat kejadiannya, dengan itu membawa kepada pengenalan dan pengakuan tentang kedudukan/ martabat Tuhan menurut susunan kewujudan” (recognition and acknowledgement, progressively instilled into man, of the proper places of things in order of creation, such that it leads to the recognition and acknowledgement of the proper place of God in order of being and existence) – Al-Attas  Surah al-Nisa`, ayat 58 - amru / ahlu / hikmah / ’adlu
  • 30. Ta`dib Sebagai Pendidikan  Ta`dib terbit daripada kata akar a-d-b yang juga menerbitkan perkataan adab. Perkataan adab atau perkataan yang terbit daripada kalimah adaba disebut dalam hadith Nabi Muhammad SAW.  Perkataan-perkataan ini membawa maksud ‘perangai’, ‘tingkah laku yang baik’, dan ‘latihan, menjinakkan atau suruhan berkelakuan baik’.  hadith nabi yang bermaksud, “Tuhanku telah mendidik aku, maka elok/ cemerlanglah pendidikanku” (addabani rabbi fa ahsana ta`dibi).
  • 31. Adab al-Dars & Adab al-Nafs  “sesungguhnya, kelakuan yang paling tinggi dan sempurna, perbuatan yang paling baik dan cantik adalah adab dalam agama yang mana melaluinya orang-orang beriman mengikuti sifat ketuhanan dan tingkah laku para nabi dan rasul. Tuhan telah mengajarkan kita (addabani) dengan apa yang telah ditayang dan dijelaskan dalam al-Qur`an. Dia juga mengajarkan kita (addabani) dengan kehadiran pesuruh-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW melalui hadith Baginda. Sebegitu juga, kita harus mengikuti jejak para sahabat dan pengikut mereka, juga mengikuti langkah orang-orang ahli adab (ahl al- adab) dalam kalangan mukmin”. -Al-Ghazali
  • 32. 1. perkataan ta`dib itu sendiri sudah merangkum dalam struktur konsepnya elemen-elemn seperti ilmu pengetahuan (‘ilm), pengajaran (ta’lim), and penjagaan yang baik (tarbiyah) 2. Ta`dib – Perbuatan memasukkan/menerapkan adab kepada manusia . Adab termanifestasi dalam kesemua unsur fundamental pendidikan iaitu ‘proses’, ‘kandungan’, dan ‘penerima’
  • 33. Ta`dib & Adab  (1) perbuatan mendisiplinkan jiwa dan minda,  (2) pencarian kualiti dan sifat jiwa dan minda,  (3) perilaku yang benar dan sesuai yang berlawanan dengan perilaku salah dan buruk,  (4) ilmu yang dapat menyelamatkan manusia,  (5) pengenalan dan pengakuan kedudukan sesuatu secara benar dan tepat,  (6) suatu kaedah mengetahui yang menghasilkan kedudukan sesuatu secara tepat dan benar,  (7) jelmaan keadilan (‘adl) sebagaimana ditonjolkan oleh kebijaksanaan (hikmah). -Wan Daud
  • 34.  Konsep Ta`dib ini juga bukanlah satu teori yang bersifat utopia. Bukan juga suatu perbahasan ‘melangit’.  Konsep in telah teruji dan ‘dibumikan’ kerana sejarah manusia telah membuktikan kejayaannya. Ini dapat dilihat pada zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, pada zaman Tabi’in dan selepasnya, dan juga zaman kegemilangan tamadun dan peradaban Islam.  Justeru, ta`dib harus dibugar semula dalam kehidupan masyarakat Islam hari ini.
  • 35.  “Masalah yang kita hadapi sebenarnya bukan hanya kelesuan IPT, tetapi dunia pendidikan keseluruhannya sedang ditimpa krisis. Sistem pendidikan di pelbagai rantau dunia ketika ini sedang dipersoalkan dari pelbagai sudut. Ada yang mempersoalkannya dari segi biayanya yang terlalu tinggi melewati batas jangkauan majoriti rakyat. Akibat komersialisasi yang bermotif mengaut keuntungan, rakyat harus membayar mahal sedang kualitinya belum pasti. Dengan ketiadaan biasiswa dan bantuan yang mencukupi biaya pendidikan terbeban sepenuhnya di bahu ibu-bapa. Untuk itu mereka yang kurang mampu akan terpaksa bergolok bergadai. Keadaan inilah yang meresahkan masyarakat. Di Indonesia misalnya, telah terbit buku-buku dengan judul bernada protes seperti, “Pendidikan Yang Memiskinkan” dan “Orang Miskin Dilarang Sekolah”. Andainya demokratisasi pendidikan mahu direalisasikan harus dipastikan semua lapisan rakyat dapat menikmati pendidikan berkualiti dengan kos yang terjangkau. Kegagalan melaksanakan dasar ini akan mewujudkan keadaan survival of the richest, di mana pendidikan berkualiti menjadi monopoli segelintir kaum elit.” Siddiq Fadzil, “KRISIS KEPENDIDIKAN MASA KINI: Cabaran Membina Generasi Berjiwa Merdeka”, Khairaummah.com, 26-10-06
  • 36. Good Man VS Good Citizen  Jika setiap individu dalam masyarakat itu baik, maka masyarakat itu juga akan menjadi baik.  Pada asalnya, ‘masyarakat’ tak punya jiwa, sedangkan individu dlm masyarakatlah yang mempunyai jiwa.  Jiwa-jiwa individu ini berpadu membentuk jiwa masyarakat.  Di hari akhirat kelak, hisab dilakukan kepada individu, bukan masyarakat.
  • 37. Pengalaman Umat Islam – Selepas kejatuhan khilafah Uthmaniyah, secara ketara umat Islam menderita penyakit : 1. “inferiority complex” 2. “al-fikr al-mayyit” 3. “Identity crisis” -kesemua di atas merupakan gejala “Loss of Adab”
  • 38. Kemunduran umat Islam – Usaha reformasi yang merobohkan : 1. Dakwaan Islam agama jumud 2. Dakwaan tradisi keilmuwan Islam tidak maju & semasa 3. Tersilau dengan kemajuan Barat 4. Ukuran kemunduran umat – faktor sosio-ekonomi  Fokus kepada perkembangan idividu membuang masa  Individu sebagai alat menyuburkan produktiviti  Pendidikan & latihan individu untuk keperluan industri.
  • 39.  Tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan rasa berTuhan (taqwa). Insan yg bertaqwa : Seseorang yang mentaati suruhan Tuhannya dan menjauhi larangan-Nya dan berguna kepada masyarakat ( al-Ghazali)  Al-Ghazali juga sangat prihatin terhadap pembentukan akhlak mulia (al-akhlaq al-karimah), pembugaran nilai-nilai mulia, dan usaha melenyapkan kejahilan
  • 40. “pendidikan seharusnya menumpukan kepada pertumbuhan seimbang peribadi keseluruhan manusia melalui latihan terhadap rohani (spirit), intelek (intellect, rational self), emosi (feeling) dan jasmani (bodily sense). Latihan yang diterapkan kepada Muslim perlu ditunjangi ‘Iman’ dalam setiap aspek peribadinya dan menciptakan ‘jalinan hubungan rohani-emosi’ (emotional attachment) kepada Islam dan membolehkannya mengikuti Qur`an dan Sunnah serta sistem nilai Islam secara sukarela (willingly & joyfully), agar dia mampu menyedari hakikat diri sebagai hamba dan khalifah yang diberi mandat oleh Allah ke atas dunia.” Resolusi Persidangan Dunia tentang Pendidikan Islam kali Pertama, Mekah 1977
  • 41.  Maka, dapat dirumuskan tujuan pendidikan dalam Islam adalah seperti berikut: 1. Fokus utama : Pembangunan individu 2. Tema : • Keagamaan/religiosity (insan bertakwa & berakhlak mulia) & • Intelektualisme (meletakkan ilmu pengetahuan untuk berkhidmat kepada Tuhan).
  • 42.  Tamadun dan peradaban Barat sedang berkuasa dan mendominasi dunia pada waktu ini. Sifat budayanya yang memaksa masyarakat lain untuk menganut faham Barat berjalan melalui perlbagai kaedah termasuklah ‘globalisasi’. Berkali-kali ditegaskan, penulis tidak menderita penyakit xenophobia tetapi bersikap tegas terhadap anasir perosak ini. Jelas, remaja di Malaysia sudahpun merasai penderitaan penyakit berkaitan jiwa sehingga memaksa perlakuan yang sama sekali jauh daripada norma-norma ketimuran. Penyakit jiwa manusia ini telah mendorong pelbagai perilaku yang menyalahi norma kemanusiaan. Dua faktor utama masalah ini dikenal pasti, faktor dalam insan iaitu kehilangan adab dan ditambahburukkan oleh faktor luaran yakni cabaran kebudayaan Barat seperti globalisasi. 
  • 43.  Hakikatnya, pandangan alam Islam adalah sama sekali berbeza dan bertentangan dengan pandangan hidup Barat yang ditonjolkan melalui globalisasi. Pandangan alam Islam adalah komprehensif dan integral dan menunjukkan manusia nilai-nilai Islam yang hakiki. Manakala pandangan hidup Barat bersifat rencam dan rancu sehingga menyebabkan masyarakat Barat hidup dalam penderitaan mencari makna diri. Psikologi jiwa manusia jelas menunjukkan hakikat kemanusiaan berdasarkan fitrah yang Tuhan ciptakan.
  • 44.  Hasil daripada sumber wahyu yang tulen dan terpelihara, intipati agama Islam tidak mengalami perubahan sebagaimana yang berlaku dalam agama-agama lain. Justeru, masyarakat Islam tidak sewajarnya terikut-ikut dan hanyut dibawa arus globalisasi dan semboyan perubahan dan kemajuan yang ditiup oleh Barat. Sebaliknya, sesuai dengan makna al-din yang antara lain membawa maksud ‘pengembalian kepada fitrah asal yang tunduk kepada Tuhan’, setiap tindakan dan pemikiran Muslim harus dilihat sebagai proses pengembalian diri (raj’) melalui penghambaan diri (‘ubudiyah) kepada Tuhan. Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh tauladan akhlaqiyah yang kekal dan berterusan kepada semua generasi umat Islam juga amat penting dalam menanggapi isu-isu yang dicanang oleh Barat seperti kebebasan, akhlak, krisis identiti, jurang generasi, perubahan dan kemajuan.
  • 45.  Konsep ta`dib sebagai pendidikan yang tulen sepatutnya diterap kembali dalam sistem pendidikan remaja. Hakikat pendidikan semasa telah berubah daripada fitrah pendidikan yang sebenarnya. Pendidikan hanya dilihat sebagai sarana mendapat pekerjaan, dengan pekerjaan yang baik dapat mengumpul harta benda keduniaan dan hidup akan bahagia. Sedangkan kebahagiaan sebenar hanya akan terbit daripada jiwa yang tenang (al-nafs al- mutma’innah).