SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 22
Baixar para ler offline
1
KPD 3026 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENTAKSIRAN 2
TAJUK
PORTFOLIO
KUMPULAN
EL – A04 ( A122 PJJ )
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
Fazida bt Haji Pohat @ Puad D20121061572 013-5103820
NAMA TUTOR E-LEARNING : Mohmad Noor bin Mohmad Taib
PEMARKAHAN
1. BAHAN PP
2. ESEI
3. FORUM
JUMLAH
2
Isi kandungan
1.0 MICRO PENGAJARAN 1 - 6
- Refleksi
2.0 MACRO PENGAJARAN 7-10
- Refleksi
3.0 KAJIAN TINDAKAN 11 - 18
4.0 BIBLIOGRAFI 19
5.0 LAMPIRAN 20 - 22
.
3
1.0 PENGAJARAN ( 10 MINIT )
Tarikh : 4 April 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 – 8.10 pagi
Bil. Pelajar : 23 Orang
Kelas : Prasekolah Sri Baiduri
M/pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Haiwan Liar
Subtema : Matematik
Standard Kandungan : (ST 7.1) Memahami nombor 1-5
Standard Penbelajaran : (ST 7.1.7) Membilang secara menaik 1-5
(KTI 1.2.6) Melukis rupa geometri iaitu
segitiga, bulat dan bujur.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-
1. Membilang nombor satu hingga lima dengan betul
2. Mengenali jenis-jenis haiwan liar contohnya beruang.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, bertutur, mengecam,
4
Langkah /
Masa Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Set Induksi
( 10 minit )
-Bercerita
tentang
haiwan liar
-Bersoaljawab
tentang nama
haiwan.
-Mendengar dan
mencungkil
pengetahuan
murid
-melukis sambil
menyanyikan
lagu beruang
-Murid meneka
dan memberi
respon dengan
soalan
daripada guru.
-Murid melukis
gambar
beruang
Teknik :
-Penyoalan
seluruh kelas
REFLEKSI
RANCANGAN PENGAJARAN MICRO
PENGENALAN
Refleksi sangat penting kepada setipa guru kerana ianya satu langkah yang
dilakukan leh guru setiap kali selepas waktu pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
Refleksi ini lebih kepada tindakan aktiviti mengkaji semula proses keberkerkesanan
pengajaran guru yang dilakukan melalui renungan kendiri yang bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran guru itu. Ia mestilah dilakukan selepas proses pengajaran dan
dan guru mestilah mencatatnya diruang fefleksi dalam buku persediaan.
KEPENTINGAN REFLEKSI
Penyediaan refleksi sangat penting kerana dengan itu guru dapat mengenalpasti
setiap kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajarannya. Oleh itu, guru
dapat mengambil tindakan susulan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu
pengajaran dan pembelajarannya dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran guru
tersebut.
5
Cara melaksanakan refleksi adalah dengan guru menggambarkan semula
keseluruhan pengajaran yang telah dilakukan. Guru juga perlu menilai semula adakah
objektif pengajaran da pembelajarannya telah tercapai. Selain itu juga guru haruslah
menganalisis maklumat dan menilai kualiti pengajaran dan pembelajarannya supaya guru
dapat merancang, mengambil langkah susulan dan membuat keputusan untuk
memperbaiki serta meingkatkan mutu pengajaran dan pembelajarannya.
REFLEKSI PENGAJARAN MICRO
Untuk pelaksanaan Tugasan KPD 3026 iaitu pengajaran Teknologi dan
Penaksiran 2, saya telah ditugaskan untuk melaksanakan pengajaran micro. Rakan
sejawat telah membantu saya untuk merakam pengajaran micro yang saya lakukan.
Saya telah memilih tema Haiwan liar dan sub temanya adalah matematik. Objektif
pengajaran saya adalah supaya murid-murid saya boleh mengira nombor satu hingga
lima dengan betul dan mengenal haiwan liar. Sepanjang tempoh proses pengajaran dan
pembejaran saya berlangsung, saya dapati terdapat beberap kelemahan dan kekuatan.
KELEMAHAN
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan, saya dapati
terdapat kelemahan dalam pengajaran saya iaitu masa untuk saya melaksanakan set
induksi terlalu lama. Sepatutnya ia hanya dilakukan dalam tempoh 5 minit sahaja. Bagi
murid prasekolah mereka ini mudah hilang tumpuan kerana daya tumpuan mereka ini
pendek. Mereka mudah merasa bosan jika pengajaran berlaku agak lama. Selain itu juga
saya telah melakukan pengajaran secara berulang-ulang di mana murid-murid akan
menyanyi dan melukiskan gambar beruang sebanyak lima kali dan murid merasa bosan.
Selain itu juga saya tidak menggunakan bahan bantu mengajar yang baik dan
sesuai supaya set induksi saya berjalan lancar Sebagai contohnya saya sepatutnya
boleh meletakkan gambar beruang yang asli supaya murid lebih memahami rupa
sebenar beruang. Kebanyakkan murid tidak pernah melihat beruang dan itu salah satu
sebab mereka tidak dapat menjawab soalan yang ditanya guru dengan betul.
6
Saya juga seharusnya lebih melakukan aktiviti yang berpusatkan murid dan teknik
penyoalan yang lebih baik. Selain itu, saya juga sepatutnya memberikan peneguhan
yang positif dan pujian seperti pandai dan bagus supaya dapat lebih galakan dan
motivasi kepada mereka.
KEKUATAN
Terdapat beberapa kekuatan kepada set induksi yang saya lakukan iaitu, saya
telah menggunakan teknik melukis menghasilkan gambar untuk membantu murid
meransang untuk berfikir secara kritis. Selain itu juga pengajaran saya dapat membantu
murid yang lemah untuk mengingati pelajaran pada hari tersebut. Murid gembira
melakukan aktiviti ini kerana mereka dapat melukis gambar beruang. Oleh itu sebagai
tambahan saya boleh menyelitkan lagu rakaman supaya lebih menarik minat murid-murid
untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
TINDAKAN SUSULAN
Daripada pemerhatian melalui kelemahan dan kekurangan dalam proses
pengajaran guru, perkara yang perlu di buat penambah baikan adalah seperti merancang
pengurusan masa supaya set induksi tidak terlalu lama tetapi mempunyai pengisian yang
padat dan teratur. Selain itu juga mengurangkan penggunaan pengajaran yang berulang-
ulang terlalu lama. Guru juga boleh memaparkan gambar objek yang asal supaya dapat
menarik minat murid untuk mengetahui isi pengajaran yang selanjutnya.
7
2.0 MACRO PENGAJARAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 5 April 2013
Hari : Jumaa
Masa : 8.00 – 9.00 pagi
Bil. Pelajar : 23 Orang
Kelas : Prasekolah Sri Baiduri
M/pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Haiwan
Subtema : Haiwan liar
Standard Kandungan : ( BM 1.1 ) Mendengar dengan penuh perhatian
Standard Penbelajaran : ( BM 1.1.8 ) Mengecam pelbagai bunyi di
persekitaran murid.
( PFK 2.1.22 ) Membuat pergerakan menggunakan
seluruh anggota badan.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-
1. Mengenali jenis-jenis haiwan dan menyatakan tentang
habitatnya.
2. Mengecam bunyi haiwan.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, bertutur, mengecam
8
Langkah /
Masa Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Set Induksi
( 5 minit )
Bersoaljawab
tentang nama
haiwan.
Mendengar dan
mencungkil
pengetahuan
murid
Murid memberi
Respon dengan
soalan daripada
guru.
Teknik :
-puppet
Penyoalan
seluruh kelas
Langkah 1
( 20 minit )
Menerangkan
tentang gambar-
gambar haiwan
dengan
menggunakan
slaid power ponit
Guru
menerangkan
tentang gambar
haiwan-haiwan
Guru
membimbing
menyebut
nama-nama
haiwan dengan
sebutan yang
betul
Murid menyebut
nama haiwan
secara
keseluruhan
kelas.
Teknik :
Penyolan
secara kelas.
Nilai :
Bekerjasama
Bertolak ansur
Langkah 2
( 30 minit )
-Mendengar
bunyi haiwan liar
-Mewarnakan
gambar haiwan
liar.
- gajah
-Guru
memasang
bunyi haiwan
liar dan murid
meneka bunyi
haiwan liar.
-Penerangan
tentang gajah
dan warna
gajah.
Murid meneka
dan
membunyikan
bunyi haiwan
liar.
-Murid
mewarnakan
gambar gajah
secara individu
Teknik :
Perbincangan
Nilai :
Bekerjasama
Tolong -
menolong
Bersungguh-
9
sungguh
Refleksi /
penutup
( 5 minit )
Pengukuhan dan
pengayaan
Guru
merumuskan
tentang
pembelajaran
pada hari ini.
Murid
menceritakan
semula secara
ringkas
pembelajaran
pada hari ini.
Nilai :
Menjana idea
REFLEKSI
Saya telah melaksanakan Tugasan KPD 3026 Pengajaran Teknologi dan
Penaksiran 2. Kali ini saya menjalankan pengajaran macro pula. Pengajan macro adalah
selama 30 minit dan sekali lagi saya telah meminta bantuan rakan sejawatan untuk
mengambil rakaman pengajaran makro itu. Saya telah memilih set induksi dalam
menyiapkan tugasan pengajaran mikro tersebut. Sepanjang tempoh pelaksanaan
pengajaran mikro Bahasa Melayu yang bertema Haiwan dan subtema pula Haiwa Liar
saya telah kenalpasti beberapa kelemahan dan kekuatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut.
KEKUATAN
Dalam melaksanakan pengajaran ini, saya dapati terdapat beberapa kekuatan
yang telah dikesan. Antaranya ialah menggunakan puppet haiwan di mana secara
lazimnya kanak-kanak memang gemarkan boneka juga dapat menarik minat murid untuk
mengetahui pada pengajaran guru pada masa itu. Penggunaan puppet dapat
mengembangkan potensi murid berdasarkan tahap kebolehan dan kemahiran mereka. Ini
adalah kerana penggunaan puppet juga membantu murid dalam perkembangan bahasa,
emosi, sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan murid-murid.
Selain itu juga menggunakan intonasi dan suara yang lantang berkesan kepada
murid kerana ia memudahkan murid memahami penyampaian guru. ini adalah kerana
kelantangan bersuara menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan isi pengajaran
supaya murid lebih fokus terhadap pengajaran guru kerana penyampaian guru amat
10
penting dalam kefahaman murid supaya arahan yang diberikan jelas agar tindakan
susulan dapat dilaksanakan.
KELEMAHAN
Terdapat kelemahan dalam pengajaran saya ini. Antaranya petetapan masa di
mana ketetapan masa dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Ketetapan
masa amat penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar
dan teratur. Berdasarkan pemerhatian antara rakaman dan rancangan mengajar harian,
terdapat ketetapan masa yang tidak seiring. Walaubagaimanapun masa keseluruhan
kelas tidak terlalu terjejas.
penambah baikan yang perlu dilakukan ialah langkah-langkah yang dirancangkan mesti
lebih teliti dengan
TINDAKAN SUSULAN
Untuk memastikan penambah baikan dilakukan pada pemerhatian melalui setiap
kelemahan dan kekurangan yang dikesan, maka berdasarkan kelemahan dan
kekurangan dalam tugasan pengajaran ini pertamanya perlu mengambil kira tahap
kebolehan pembelajaran setiap murid, ketepatan penggunaan masa dalam
melaksanakan masa pembelajaran dan juga cara memantau murid di dalam kelas. Guru
perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam rancangan pengajaran
harian. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian
penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
Guru juga perlulah sentisa bergerak untuk memantau setiap sudut murid supaya
guru dapat memastikan pembelajaran dapat diperolehi oleh semua murid di dalam kelas.
Guru juga perlu melayan soalan murid dan memberikan peluang kepada murid-murid
yang mengangkat tangan untuk menjawab soalan supaya murid-murid tidak akan merasa
terpinggir dan seterusnya mereka tidak lagi mahu mencuba menjawab soalan guru.
Perkara ini adalah sangat penting kerana mengelakkan murid daripada merasa rendah
diri dan sepatutnya membantu murid membina keyakinan diri mereka.
11
KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN
PENAKSIRAN 2
TAJUK
KUMPULAN
EL – A04 ( A122 PJJ )
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
Fazida bt Haji Pohat @ Puad D20121061572 013-5103820
NAMA TUTOR E-LEARNING : Mohmad Noor bin Mohmad Taib
PEMARKAHAN
1. LAPORAN KT
JUMLAH
12
3-0 Laporan Kajian Tindakan
Nama sekolah: Prasekolah Sri Baiduri
Sekolah Kebangsaan Talang,
Jalan Taiping,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
Nama guru : Pn. Fazida binti Haji Pohat @ Puad
Tajuk :
Meningkatkan kemahiran membaca kvkv dengan betul kepada lima orang murid
di kelas Prasekolah Sri Baiduri. Kaedah yang hendak digunakan ialah kaedah
latih tubi.
Abstrak
Setiap murid mempunyai kepelbagaian kecerdasan yang berbeza sama
ada dari segi cara berfikir, bertindak dan belajar. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengenalpasti serta kaedah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid di kelas
Prasekolah Sri Baiduri dalam memperkukuhkan lagi kemahiran membaca kvkv. Terdapat
lima orang murid di dalam kelas Prasekolah Sri Baiduri yang belum menguasai
kemahiran tersebut.Kajian ini saya tumpukan kepada semua murid di dalam kelas
Prasekolah Sri Baiduri dalam memperkukuhkan lagi kemahiran membaca suku kata kvkv
dengan betul. Perancangan tindakan saya bagi mengatasi masalah ini ialah saya akan
menggunakan kaedah latih tubi yang melibatkan aktiviti seperti “Ingat Saya”
PENDAHULUAN :
Saya adalah seorang guru prasekolah. Murid-murid di kelas saya adalah murid
yang berusia enam tahun. Dikalangan Murid-murid ini ada yang tidak pernah bersekolah
13
.Oleh sebab itu, seseorang guru itu perlu mahir dan mengetahui kaedah yang sesuai
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Di dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran saya yang lalu, segala aktiviti yang dirancangkan
dapat berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, semasa saya meminta murid
membaca suku kata kvkv secara individu, saya dapati terdapat juga murid yang tidak
dapat membatangkan sukukata dengan betul . Oleh sebab itu, saya membantu mereka
membaca suku kata dengan betul. Murid-murid ini lemah dari segi membaca kerana
keluarga murid kebanyakkan bekerja dan pulang lewat malam. Sikap sesetengah ibu
bapa yang tidak mengambil berat kepada murid juga menyumbang kepada kemerosotan
pelajaran murid. Murid hanya bergantung terhadap pengajaran guru semata-mata.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencadangkan kepada murid agar
menyediakan buku „Ingat Saya‟ kepada setiap murid dan guru pula berperanan
menjalankan aktiviti „Bijak Bahasa‟. Bagi aktiviti „Ingat Saya, saya menyediakan lima
perkataan untuk seminggu dan murid akan membawa pulang ke rumah. Murid
dikehendaki membaca kad suku kata setiap kali datang ke sekolah dan akan dibantu
oleh guru. Setelah murid mengeja bagi perkataan yang dikehendaki, murid akan
berjumpa dengan guru untuk memastikan mereka dapat mengeja dengan betul. Bagi
aktiviti „Bijak Bahasa‟ pula, ianya boleh diadakan sebelum pengajaran bermula. Aktiviti
„Bijak Bahasa‟ ini hanya mengambil masa lebih kurang lima minit. Murid diminta berdiri
dan guru mengajukan soalan kepada murid. Murid dikehendaki mengeja perkataan yang
diberi oleh guru dengan betul. Sekiranya murid boleh mengeja dengan betul, guru akan
memberi lima lagi perkataan yang baru dan murid perlu mencatatkannya di dalam buku
„Ingat Saya‟.
Buku „Ingat Saya‟ ini boleh digunakan oleh murid di mana sahaja tanpa mengira
tempat dan masa. Aktiviti „Bijak Bahasa‟ yang digunakan oleh guru juga boleh digunakan
pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Situasi ini akan menjadikan murid agar
sentiasa bersiap sedia. Sekiranya murid dapat menguasai kemahiran membaca, maka
murid boleh membaca perkataan yang diberikan oleh guru dengan lancar. Melalui
penggunaan buku „Ingat Saya‟ ini secara tidak langsung ibu bapa juga boleh menilai
tahap kemampuan anak mereka (murid).
14
METODOLOGI
Perkembangan kajian tindakan, didapati beberapa model atau skema
dikemukakan oleh beberapa pengkaji seperti Stephen Kemmis, John Elliott, Dave Ebbutt,
Jack Whitehead, Somekh, Stringer dan lain-lain Sumbangan Kemmis dalam
meningkatkan penggunaan kajian tindakan dalam bidang pendidikan terlalu banyak.
Buku beliau yang bertajuk „Action Research Planner‟ memperincikan penggunaan
pendekatan kajian tindakan dalam pendidikan. Elliott pula telah mengembangkan model
Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang
terdapat dalam proses kajian tindakan.
Somekh (1989), telah mengembangkan langkah-langkah kajian tindakan dengan
lebih terperinci seperti yang terdapat dalam Rajah 2
Berdasarkan beberapa model kajian tindakan seperti yang telah dinyatakan, saya
telah memilih „Model Somekh (1989)‟ sebagai panduan langkah-langkah untuk
digunapakai di sekolah saya bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid di
sekolah saya.
Menurut Model Somekh (1989), langkah pertama ialah guru harus mengenalpasti
masalah yang dihadapi oleh murid. Pada langkah pertama ini, saya perlu peka dengan
keadaan sekeliling terutama semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang
15
dijalankan. Ini adalah kerana semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan, guru boleh melihat, menilai dan mengesan tahap, kebolehan serta
kemampuan setiap murid di dalam kelas. Guru cuba mengenalpasti masalah utama yang
dihadapi oleh kelas. Contohnya, saya dapat mengesan murid di dalam kelas mengalami
dua masalah iaitu masalah dari segi kemahiran membaca dan juga dari segi kemahiran
menulis. Sekiranya saya mendapati masalah kemahiran membaca mempunyai peratusan
yang tinggi berbanding dengan masalah kemahiran menulis, saya hendaklahlah memberi
penekanan kepada aspek kemahiran membaca. Walaubagaimanapun, saya juga boleh
memilih kemahiran menulis untuk dijadikan kajian tindakan.
Pada langkah kedua, guru perlu mengumpul data. Tinjauan pengumpulan data
boleh dilaksanakan dengan cara membuat ujian berdasarkan beberapa perkataan yang
diberi oleh guru.Maklumat dan data yang diperolehi ini digunakan sebagai untuk
membuat perancangan dan mengenalpasti aspek yang ingin dipenambahbaikan.
Pada langkah ketiga, guru perlu menganalisis data dan membentuk hipotesis.
Hasil daripada pengumpula data yang saya telah perolehi, saya perlu membuat satu
analisis terperinci tentang data berkenaan iaitu seperti jadual di bawah :
Kekerapan kesalahan
Murid
Jenis kesalahan
Membaca
kvkv
Menulis kvkv
Muhammad Ashraf *** -
Muhammad Amir Ziqri **** ***
Muhammad Ameer Haiqal **** ***
Nur Aliya Humaira ** -
Muhammad sufiyan * -
Daripada analisis yang diperolehi seperti di atas, didapati bahawa kelima-lima
murid mempunyai masalah yang sama. Pada langkah keempat, guru perlu membuat
perancangan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti melalui analisis data yang
dijalankan. Antara aktiviti yang saya rancangkan bagi mengatasi masalah ini ialah
dengan menggunakan buku „Ingat Saya‟ dan „Bijak Bahasa‟.
16
Pada langkah kelima, guru perlu melaksanakan pelan yang telah dirancangkan
dan seterusnya membuat penilaian terhadap tindakan tersebut.
Aktiviti ‘Ingat Saya’..
Cara pelaksanaan :
i. Guru memberi murid lima perkataan untuk seminggu.
ii. Setiap murid perlu mencatakan perkataan yang diberi pada buku kecil yang
dibekalkan oleh guru.
iii. Buku kecil tersebut hendaklah sentiasa disimpan di dalam saku baju atau seluar
pada sesi persekolahan dan disambung bacaanya di rumah dengan bantuan ibu
bapa.
iv. Guru akan memeriksa buku tersebut pada hari terakhir dalam minggu berkenaan.
v. Guru boleh menyoal murid pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Aktiviti ‘Bijak Bahasa’.
Cara pelaksanaan :
i. Boleh dijalankan di dalam kelas sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
ii. Guru mengulang perkataan yang telah diberi.
iii. Murid memberi jawapan dengan mengeja secara individu
iv. Murid boleh bertanya kepada rakan sekiranya tidak dapat mengeja dengan betul.
v. Guru juga boleh menayangkan slide.
Walaubagaimanapun, langkah-langkah dalam aktiviti yang dirancangkan boleh
diubah mengikut kesesuaian dan pencapaian murid. Contohnya iaitu bagi aktiviti „Ingat
Saya‟, sekiranya pada awal perancangan guru menetapkan semua murid mempunyai
perkataan yang sama, tetapi ianya boleh berubah. Perubahan ini boleh dilakukan seperti
guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan mendapat lima
perkataan yang berbeza. Seterusnya jika terdapat perubahan, guru boleh
membahagikan murid kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan mendapat lima
perkataan yang berbeza. Perubahan boleh berterusan dengan memberi setiap murid di
17
dalam kelas perkataan yang berbeza antara satu sama lain. Aktiviti kumpulan yang
diadakan boleh menggalakkan lagi kerjasama murid.
Contoh Jadual Pelaksanaan Kajian :
Bil. Perancangan tindakan Tarikh
1. Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data awal
11 Februari 2013
2. Menganalisis data 13 Februari 2013
3. Merancang tindakan 13 Februari 2013
4. Penyediaan bahan 15 Februari 2013
5. Melaksanakan tindakan pertama
(memberi murid lima perkataan)
18 Februari 2013
6. Aktiviti „Ingat Saya‟ 21 Februari 2013
7. Memberi murid lima perkataan 28 Februari 2013
8. Aktiviti „Ingat Saya‟ 01 Mac 2013
Langkah keenam ialah guru perlu mengumpul data untuk mengesahkan
perubahan. Semasa aktiviti ini dijalankan, guru boleh meminta Ketua Panitia atau rakan
setugas untuk menilai dan memberi komen. Ini sama seperti yang dilaksanakan di
sekolah saya iaitu dikenali sebagai „Lesson Study‟. Komen atau pandangan yang
diperolehi ini boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan untuk guru.
Langkah ketujuh ialah menganalisis data. Hasil daripada aktiviti yang dijalankan
akan dianalisis sekali lagi. Sekiranya hasil yang diingini tidak tercapai maka guru perlu
mengulang semula langkah bermula dari langkah pertama hingga langkah ketujuh.
REFLEKSI
Semasa membuat aktiviti „Ingat Saya‟ kali pertama, saya mendapati masih lagi
terdapat tiga orang murid tidak dapat memahami arahan tentang penggunaan buku „Ingat
Saya‟ ini. Tetapi apabila aktiviti ini dilakukan setiap hari, murid –murid ini telah
menampakkan perubahannya. Guru akan sering bertanya kepada murid tentang
18
perkataan yang diberikan dan murid akan mula mengeja. Jika dia tidak dapat mengeja
maka murid ini akan bertanya kepada rakan murid yang lain sebagai bantuan dan ia di
kenali sebagi cikgu kecil.
KESIMPULAN
Kepentingan melaksanakan penyelidikan tindakan adalah untuk memperbaiki
amalan melalui mengenalpasti punca masalah amalan yang kurang berkesan agar
menjadi lebih baik. Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk memperbaiki proses
pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat murid, mewujudkan aktiviti yang
menonjolkan kreativiti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan
produk yang bermutu dan meningkatkan pengetahuan dan pengalaman profesionalisme
sebagai pendidik.
19
4.0 BIBLIOGRAFI
Rosinah Edinin, PhD (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Edisi Kedua.
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Modul Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2, KPD 3026, Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Ee Ah Meng, (1998). Pedagogi III Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan
Pendidikan Inklusif. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
http://www.scribd.com/doc/12778402/Kemahiran-Mengenal-Bentuk-Huruf-Kecil-Dalam-
Kalangan-Murid-Pemulihan-Melalui-Kaedah-nyanyi-Dan-Lukis
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2009/11%20Meimon.pdf
http://cikguhijau.blogspot.com/2012/08/contoh-kajian-tindakan-meningkatkan.html
5.0
20
21
22
CONTOH BUKU “ INGAT SAYA”
baju
topi
mata
bola
roti

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1joe zulkefli
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiShamsul Amir
 
Proposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamProposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamAdam Kamaludin
 
Refleksi makropengajaran pendidikan seni
Refleksi makropengajaran pendidikan seniRefleksi makropengajaran pendidikan seni
Refleksi makropengajaran pendidikan senieeiwee
 
78661342 refleksi
78661342 refleksi78661342 refleksi
78661342 refleksiIpgkrm123
 
Jurnal Pendidikan_Penggunaan Media Cerita Bergambar
Jurnal Pendidikan_Penggunaan Media Cerita BergambarJurnal Pendidikan_Penggunaan Media Cerita Bergambar
Jurnal Pendidikan_Penggunaan Media Cerita BergambarAdy Setiawan
 
Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)
Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)
Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)Arvina Frida Karela
 
Proposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiaProposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiabcirohil
 
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4saiful_7304
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1Noraini Che Embong
 

Mais procurados (20)

Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1
 
Kaedah1
Kaedah1Kaedah1
Kaedah1
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawi
 
Ptk paud
Ptk paudPtk paud
Ptk paud
 
Proposal ptk.1
Proposal ptk.1Proposal ptk.1
Proposal ptk.1
 
Proposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamProposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adam
 
Refleksi makropengajaran pendidikan seni
Refleksi makropengajaran pendidikan seniRefleksi makropengajaran pendidikan seni
Refleksi makropengajaran pendidikan seni
 
Rafisah 1
Rafisah 1Rafisah 1
Rafisah 1
 
78661342 refleksi
78661342 refleksi78661342 refleksi
78661342 refleksi
 
Jurnal Pendidikan_Penggunaan Media Cerita Bergambar
Jurnal Pendidikan_Penggunaan Media Cerita BergambarJurnal Pendidikan_Penggunaan Media Cerita Bergambar
Jurnal Pendidikan_Penggunaan Media Cerita Bergambar
 
Penelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelasPenelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelas
 
Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)
Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)
Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)
 
Proposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiaProposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesia
 
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
 
Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1
 
Ptk kelas 1 ips
Ptk kelas 1 ipsPtk kelas 1 ips
Ptk kelas 1 ips
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
 
Seminar refleksi
Seminar refleksiSeminar refleksi
Seminar refleksi
 
Internship
InternshipInternship
Internship
 

Semelhante a Tugasan kpd 3026 sem 2 fazida

Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikroArra Asri
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rphRyabbi Imp
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V Eman Syukur
 
KAJIAN TINDAKAN
KAJIAN TINDAKANKAJIAN TINDAKAN
KAJIAN TINDAKANnornadiya
 
Refleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro PengajaranRefleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro Pengajaranmarziana80
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 
Slide Observasi Psikolgi Pendidikan
Slide Observasi Psikolgi PendidikanSlide Observasi Psikolgi Pendidikan
Slide Observasi Psikolgi Pendidikaneprida
 
1_materi KULIAH PGSD micro_teaching.ppt
1_materi KULIAH PGSD  micro_teaching.ppt1_materi KULIAH PGSD  micro_teaching.ppt
1_materi KULIAH PGSD micro_teaching.pptlilikeffendi
 
Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasMasriqon Masriqon
 
Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH
Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAHKps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH
Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAHFymila Nandoh
 
Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikroaku_ hafif
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"suciherna
 
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"yuniasih331
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaranmarziana80
 

Semelhante a Tugasan kpd 3026 sem 2 fazida (20)

REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
PdP Cemerlang
PdP CemerlangPdP Cemerlang
PdP Cemerlang
 
P & P CEMERLANG
P & P CEMERLANGP & P CEMERLANG
P & P CEMERLANG
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
54d277876feef.ppt
54d277876feef.ppt54d277876feef.ppt
54d277876feef.ppt
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V
 
KAJIAN TINDAKAN
KAJIAN TINDAKANKAJIAN TINDAKAN
KAJIAN TINDAKAN
 
Refleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro PengajaranRefleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro Pengajaran
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
micro teaching
micro teachingmicro teaching
micro teaching
 
Slide Observasi Psikolgi Pendidikan
Slide Observasi Psikolgi PendidikanSlide Observasi Psikolgi Pendidikan
Slide Observasi Psikolgi Pendidikan
 
1_materi KULIAH PGSD micro_teaching.ppt
1_materi KULIAH PGSD  micro_teaching.ppt1_materi KULIAH PGSD  micro_teaching.ppt
1_materi KULIAH PGSD micro_teaching.ppt
 
RPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian TindakanRPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian Tindakan
 
Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelas
 
Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH
Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAHKps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH
Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH
 
Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikro
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
 
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaran
 

Tugasan kpd 3026 sem 2 fazida

  • 1. 1 KPD 3026 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENTAKSIRAN 2 TAJUK PORTFOLIO KUMPULAN EL – A04 ( A122 PJJ ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON Fazida bt Haji Pohat @ Puad D20121061572 013-5103820 NAMA TUTOR E-LEARNING : Mohmad Noor bin Mohmad Taib PEMARKAHAN 1. BAHAN PP 2. ESEI 3. FORUM JUMLAH
  • 2. 2 Isi kandungan 1.0 MICRO PENGAJARAN 1 - 6 - Refleksi 2.0 MACRO PENGAJARAN 7-10 - Refleksi 3.0 KAJIAN TINDAKAN 11 - 18 4.0 BIBLIOGRAFI 19 5.0 LAMPIRAN 20 - 22 .
  • 3. 3 1.0 PENGAJARAN ( 10 MINIT ) Tarikh : 4 April 2013 Hari : Khamis Masa : 8.00 – 8.10 pagi Bil. Pelajar : 23 Orang Kelas : Prasekolah Sri Baiduri M/pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Haiwan Liar Subtema : Matematik Standard Kandungan : (ST 7.1) Memahami nombor 1-5 Standard Penbelajaran : (ST 7.1.7) Membilang secara menaik 1-5 (KTI 1.2.6) Melukis rupa geometri iaitu segitiga, bulat dan bujur. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :- 1. Membilang nombor satu hingga lima dengan betul 2. Mengenali jenis-jenis haiwan liar contohnya beruang. Kemahiran Bahasa : Mendengar, bertutur, mengecam,
  • 4. 4 Langkah / Masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Set Induksi ( 10 minit ) -Bercerita tentang haiwan liar -Bersoaljawab tentang nama haiwan. -Mendengar dan mencungkil pengetahuan murid -melukis sambil menyanyikan lagu beruang -Murid meneka dan memberi respon dengan soalan daripada guru. -Murid melukis gambar beruang Teknik : -Penyoalan seluruh kelas REFLEKSI RANCANGAN PENGAJARAN MICRO PENGENALAN Refleksi sangat penting kepada setipa guru kerana ianya satu langkah yang dilakukan leh guru setiap kali selepas waktu pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Refleksi ini lebih kepada tindakan aktiviti mengkaji semula proses keberkerkesanan pengajaran guru yang dilakukan melalui renungan kendiri yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran guru itu. Ia mestilah dilakukan selepas proses pengajaran dan dan guru mestilah mencatatnya diruang fefleksi dalam buku persediaan. KEPENTINGAN REFLEKSI Penyediaan refleksi sangat penting kerana dengan itu guru dapat mengenalpasti setiap kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajarannya. Oleh itu, guru dapat mengambil tindakan susulan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajarannya dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran guru tersebut.
  • 5. 5 Cara melaksanakan refleksi adalah dengan guru menggambarkan semula keseluruhan pengajaran yang telah dilakukan. Guru juga perlu menilai semula adakah objektif pengajaran da pembelajarannya telah tercapai. Selain itu juga guru haruslah menganalisis maklumat dan menilai kualiti pengajaran dan pembelajarannya supaya guru dapat merancang, mengambil langkah susulan dan membuat keputusan untuk memperbaiki serta meingkatkan mutu pengajaran dan pembelajarannya. REFLEKSI PENGAJARAN MICRO Untuk pelaksanaan Tugasan KPD 3026 iaitu pengajaran Teknologi dan Penaksiran 2, saya telah ditugaskan untuk melaksanakan pengajaran micro. Rakan sejawat telah membantu saya untuk merakam pengajaran micro yang saya lakukan. Saya telah memilih tema Haiwan liar dan sub temanya adalah matematik. Objektif pengajaran saya adalah supaya murid-murid saya boleh mengira nombor satu hingga lima dengan betul dan mengenal haiwan liar. Sepanjang tempoh proses pengajaran dan pembejaran saya berlangsung, saya dapati terdapat beberap kelemahan dan kekuatan. KELEMAHAN Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan, saya dapati terdapat kelemahan dalam pengajaran saya iaitu masa untuk saya melaksanakan set induksi terlalu lama. Sepatutnya ia hanya dilakukan dalam tempoh 5 minit sahaja. Bagi murid prasekolah mereka ini mudah hilang tumpuan kerana daya tumpuan mereka ini pendek. Mereka mudah merasa bosan jika pengajaran berlaku agak lama. Selain itu juga saya telah melakukan pengajaran secara berulang-ulang di mana murid-murid akan menyanyi dan melukiskan gambar beruang sebanyak lima kali dan murid merasa bosan. Selain itu juga saya tidak menggunakan bahan bantu mengajar yang baik dan sesuai supaya set induksi saya berjalan lancar Sebagai contohnya saya sepatutnya boleh meletakkan gambar beruang yang asli supaya murid lebih memahami rupa sebenar beruang. Kebanyakkan murid tidak pernah melihat beruang dan itu salah satu sebab mereka tidak dapat menjawab soalan yang ditanya guru dengan betul.
  • 6. 6 Saya juga seharusnya lebih melakukan aktiviti yang berpusatkan murid dan teknik penyoalan yang lebih baik. Selain itu, saya juga sepatutnya memberikan peneguhan yang positif dan pujian seperti pandai dan bagus supaya dapat lebih galakan dan motivasi kepada mereka. KEKUATAN Terdapat beberapa kekuatan kepada set induksi yang saya lakukan iaitu, saya telah menggunakan teknik melukis menghasilkan gambar untuk membantu murid meransang untuk berfikir secara kritis. Selain itu juga pengajaran saya dapat membantu murid yang lemah untuk mengingati pelajaran pada hari tersebut. Murid gembira melakukan aktiviti ini kerana mereka dapat melukis gambar beruang. Oleh itu sebagai tambahan saya boleh menyelitkan lagu rakaman supaya lebih menarik minat murid-murid untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. TINDAKAN SUSULAN Daripada pemerhatian melalui kelemahan dan kekurangan dalam proses pengajaran guru, perkara yang perlu di buat penambah baikan adalah seperti merancang pengurusan masa supaya set induksi tidak terlalu lama tetapi mempunyai pengisian yang padat dan teratur. Selain itu juga mengurangkan penggunaan pengajaran yang berulang- ulang terlalu lama. Guru juga boleh memaparkan gambar objek yang asal supaya dapat menarik minat murid untuk mengetahui isi pengajaran yang selanjutnya.
  • 7. 7 2.0 MACRO PENGAJARAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh : 5 April 2013 Hari : Jumaa Masa : 8.00 – 9.00 pagi Bil. Pelajar : 23 Orang Kelas : Prasekolah Sri Baiduri M/pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Haiwan Subtema : Haiwan liar Standard Kandungan : ( BM 1.1 ) Mendengar dengan penuh perhatian Standard Penbelajaran : ( BM 1.1.8 ) Mengecam pelbagai bunyi di persekitaran murid. ( PFK 2.1.22 ) Membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :- 1. Mengenali jenis-jenis haiwan dan menyatakan tentang habitatnya. 2. Mengecam bunyi haiwan. Kemahiran Bahasa : Mendengar, bertutur, mengecam
  • 8. 8 Langkah / Masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Set Induksi ( 5 minit ) Bersoaljawab tentang nama haiwan. Mendengar dan mencungkil pengetahuan murid Murid memberi Respon dengan soalan daripada guru. Teknik : -puppet Penyoalan seluruh kelas Langkah 1 ( 20 minit ) Menerangkan tentang gambar- gambar haiwan dengan menggunakan slaid power ponit Guru menerangkan tentang gambar haiwan-haiwan Guru membimbing menyebut nama-nama haiwan dengan sebutan yang betul Murid menyebut nama haiwan secara keseluruhan kelas. Teknik : Penyolan secara kelas. Nilai : Bekerjasama Bertolak ansur Langkah 2 ( 30 minit ) -Mendengar bunyi haiwan liar -Mewarnakan gambar haiwan liar. - gajah -Guru memasang bunyi haiwan liar dan murid meneka bunyi haiwan liar. -Penerangan tentang gajah dan warna gajah. Murid meneka dan membunyikan bunyi haiwan liar. -Murid mewarnakan gambar gajah secara individu Teknik : Perbincangan Nilai : Bekerjasama Tolong - menolong Bersungguh-
  • 9. 9 sungguh Refleksi / penutup ( 5 minit ) Pengukuhan dan pengayaan Guru merumuskan tentang pembelajaran pada hari ini. Murid menceritakan semula secara ringkas pembelajaran pada hari ini. Nilai : Menjana idea REFLEKSI Saya telah melaksanakan Tugasan KPD 3026 Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 2. Kali ini saya menjalankan pengajaran macro pula. Pengajan macro adalah selama 30 minit dan sekali lagi saya telah meminta bantuan rakan sejawatan untuk mengambil rakaman pengajaran makro itu. Saya telah memilih set induksi dalam menyiapkan tugasan pengajaran mikro tersebut. Sepanjang tempoh pelaksanaan pengajaran mikro Bahasa Melayu yang bertema Haiwan dan subtema pula Haiwa Liar saya telah kenalpasti beberapa kelemahan dan kekuatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. KEKUATAN Dalam melaksanakan pengajaran ini, saya dapati terdapat beberapa kekuatan yang telah dikesan. Antaranya ialah menggunakan puppet haiwan di mana secara lazimnya kanak-kanak memang gemarkan boneka juga dapat menarik minat murid untuk mengetahui pada pengajaran guru pada masa itu. Penggunaan puppet dapat mengembangkan potensi murid berdasarkan tahap kebolehan dan kemahiran mereka. Ini adalah kerana penggunaan puppet juga membantu murid dalam perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan murid-murid. Selain itu juga menggunakan intonasi dan suara yang lantang berkesan kepada murid kerana ia memudahkan murid memahami penyampaian guru. ini adalah kerana kelantangan bersuara menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan isi pengajaran supaya murid lebih fokus terhadap pengajaran guru kerana penyampaian guru amat
  • 10. 10 penting dalam kefahaman murid supaya arahan yang diberikan jelas agar tindakan susulan dapat dilaksanakan. KELEMAHAN Terdapat kelemahan dalam pengajaran saya ini. Antaranya petetapan masa di mana ketetapan masa dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Ketetapan masa amat penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan teratur. Berdasarkan pemerhatian antara rakaman dan rancangan mengajar harian, terdapat ketetapan masa yang tidak seiring. Walaubagaimanapun masa keseluruhan kelas tidak terlalu terjejas. penambah baikan yang perlu dilakukan ialah langkah-langkah yang dirancangkan mesti lebih teliti dengan TINDAKAN SUSULAN Untuk memastikan penambah baikan dilakukan pada pemerhatian melalui setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan, maka berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran ini pertamanya perlu mengambil kira tahap kebolehan pembelajaran setiap murid, ketepatan penggunaan masa dalam melaksanakan masa pembelajaran dan juga cara memantau murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam rancangan pengajaran harian. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat. Guru juga perlulah sentisa bergerak untuk memantau setiap sudut murid supaya guru dapat memastikan pembelajaran dapat diperolehi oleh semua murid di dalam kelas. Guru juga perlu melayan soalan murid dan memberikan peluang kepada murid-murid yang mengangkat tangan untuk menjawab soalan supaya murid-murid tidak akan merasa terpinggir dan seterusnya mereka tidak lagi mahu mencuba menjawab soalan guru. Perkara ini adalah sangat penting kerana mengelakkan murid daripada merasa rendah diri dan sepatutnya membantu murid membina keyakinan diri mereka.
  • 11. 11 KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 TAJUK KUMPULAN EL – A04 ( A122 PJJ ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON Fazida bt Haji Pohat @ Puad D20121061572 013-5103820 NAMA TUTOR E-LEARNING : Mohmad Noor bin Mohmad Taib PEMARKAHAN 1. LAPORAN KT JUMLAH
  • 12. 12 3-0 Laporan Kajian Tindakan Nama sekolah: Prasekolah Sri Baiduri Sekolah Kebangsaan Talang, Jalan Taiping, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Nama guru : Pn. Fazida binti Haji Pohat @ Puad Tajuk : Meningkatkan kemahiran membaca kvkv dengan betul kepada lima orang murid di kelas Prasekolah Sri Baiduri. Kaedah yang hendak digunakan ialah kaedah latih tubi. Abstrak Setiap murid mempunyai kepelbagaian kecerdasan yang berbeza sama ada dari segi cara berfikir, bertindak dan belajar. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti serta kaedah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid di kelas Prasekolah Sri Baiduri dalam memperkukuhkan lagi kemahiran membaca kvkv. Terdapat lima orang murid di dalam kelas Prasekolah Sri Baiduri yang belum menguasai kemahiran tersebut.Kajian ini saya tumpukan kepada semua murid di dalam kelas Prasekolah Sri Baiduri dalam memperkukuhkan lagi kemahiran membaca suku kata kvkv dengan betul. Perancangan tindakan saya bagi mengatasi masalah ini ialah saya akan menggunakan kaedah latih tubi yang melibatkan aktiviti seperti “Ingat Saya” PENDAHULUAN : Saya adalah seorang guru prasekolah. Murid-murid di kelas saya adalah murid yang berusia enam tahun. Dikalangan Murid-murid ini ada yang tidak pernah bersekolah
  • 13. 13 .Oleh sebab itu, seseorang guru itu perlu mahir dan mengetahui kaedah yang sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya yang lalu, segala aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, semasa saya meminta murid membaca suku kata kvkv secara individu, saya dapati terdapat juga murid yang tidak dapat membatangkan sukukata dengan betul . Oleh sebab itu, saya membantu mereka membaca suku kata dengan betul. Murid-murid ini lemah dari segi membaca kerana keluarga murid kebanyakkan bekerja dan pulang lewat malam. Sikap sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil berat kepada murid juga menyumbang kepada kemerosotan pelajaran murid. Murid hanya bergantung terhadap pengajaran guru semata-mata. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencadangkan kepada murid agar menyediakan buku „Ingat Saya‟ kepada setiap murid dan guru pula berperanan menjalankan aktiviti „Bijak Bahasa‟. Bagi aktiviti „Ingat Saya, saya menyediakan lima perkataan untuk seminggu dan murid akan membawa pulang ke rumah. Murid dikehendaki membaca kad suku kata setiap kali datang ke sekolah dan akan dibantu oleh guru. Setelah murid mengeja bagi perkataan yang dikehendaki, murid akan berjumpa dengan guru untuk memastikan mereka dapat mengeja dengan betul. Bagi aktiviti „Bijak Bahasa‟ pula, ianya boleh diadakan sebelum pengajaran bermula. Aktiviti „Bijak Bahasa‟ ini hanya mengambil masa lebih kurang lima minit. Murid diminta berdiri dan guru mengajukan soalan kepada murid. Murid dikehendaki mengeja perkataan yang diberi oleh guru dengan betul. Sekiranya murid boleh mengeja dengan betul, guru akan memberi lima lagi perkataan yang baru dan murid perlu mencatatkannya di dalam buku „Ingat Saya‟. Buku „Ingat Saya‟ ini boleh digunakan oleh murid di mana sahaja tanpa mengira tempat dan masa. Aktiviti „Bijak Bahasa‟ yang digunakan oleh guru juga boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Situasi ini akan menjadikan murid agar sentiasa bersiap sedia. Sekiranya murid dapat menguasai kemahiran membaca, maka murid boleh membaca perkataan yang diberikan oleh guru dengan lancar. Melalui penggunaan buku „Ingat Saya‟ ini secara tidak langsung ibu bapa juga boleh menilai tahap kemampuan anak mereka (murid).
  • 14. 14 METODOLOGI Perkembangan kajian tindakan, didapati beberapa model atau skema dikemukakan oleh beberapa pengkaji seperti Stephen Kemmis, John Elliott, Dave Ebbutt, Jack Whitehead, Somekh, Stringer dan lain-lain Sumbangan Kemmis dalam meningkatkan penggunaan kajian tindakan dalam bidang pendidikan terlalu banyak. Buku beliau yang bertajuk „Action Research Planner‟ memperincikan penggunaan pendekatan kajian tindakan dalam pendidikan. Elliott pula telah mengembangkan model Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses kajian tindakan. Somekh (1989), telah mengembangkan langkah-langkah kajian tindakan dengan lebih terperinci seperti yang terdapat dalam Rajah 2 Berdasarkan beberapa model kajian tindakan seperti yang telah dinyatakan, saya telah memilih „Model Somekh (1989)‟ sebagai panduan langkah-langkah untuk digunapakai di sekolah saya bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah saya. Menurut Model Somekh (1989), langkah pertama ialah guru harus mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid. Pada langkah pertama ini, saya perlu peka dengan keadaan sekeliling terutama semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang
  • 15. 15 dijalankan. Ini adalah kerana semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan, guru boleh melihat, menilai dan mengesan tahap, kebolehan serta kemampuan setiap murid di dalam kelas. Guru cuba mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh kelas. Contohnya, saya dapat mengesan murid di dalam kelas mengalami dua masalah iaitu masalah dari segi kemahiran membaca dan juga dari segi kemahiran menulis. Sekiranya saya mendapati masalah kemahiran membaca mempunyai peratusan yang tinggi berbanding dengan masalah kemahiran menulis, saya hendaklahlah memberi penekanan kepada aspek kemahiran membaca. Walaubagaimanapun, saya juga boleh memilih kemahiran menulis untuk dijadikan kajian tindakan. Pada langkah kedua, guru perlu mengumpul data. Tinjauan pengumpulan data boleh dilaksanakan dengan cara membuat ujian berdasarkan beberapa perkataan yang diberi oleh guru.Maklumat dan data yang diperolehi ini digunakan sebagai untuk membuat perancangan dan mengenalpasti aspek yang ingin dipenambahbaikan. Pada langkah ketiga, guru perlu menganalisis data dan membentuk hipotesis. Hasil daripada pengumpula data yang saya telah perolehi, saya perlu membuat satu analisis terperinci tentang data berkenaan iaitu seperti jadual di bawah : Kekerapan kesalahan Murid Jenis kesalahan Membaca kvkv Menulis kvkv Muhammad Ashraf *** - Muhammad Amir Ziqri **** *** Muhammad Ameer Haiqal **** *** Nur Aliya Humaira ** - Muhammad sufiyan * - Daripada analisis yang diperolehi seperti di atas, didapati bahawa kelima-lima murid mempunyai masalah yang sama. Pada langkah keempat, guru perlu membuat perancangan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti melalui analisis data yang dijalankan. Antara aktiviti yang saya rancangkan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan buku „Ingat Saya‟ dan „Bijak Bahasa‟.
  • 16. 16 Pada langkah kelima, guru perlu melaksanakan pelan yang telah dirancangkan dan seterusnya membuat penilaian terhadap tindakan tersebut. Aktiviti ‘Ingat Saya’.. Cara pelaksanaan : i. Guru memberi murid lima perkataan untuk seminggu. ii. Setiap murid perlu mencatakan perkataan yang diberi pada buku kecil yang dibekalkan oleh guru. iii. Buku kecil tersebut hendaklah sentiasa disimpan di dalam saku baju atau seluar pada sesi persekolahan dan disambung bacaanya di rumah dengan bantuan ibu bapa. iv. Guru akan memeriksa buku tersebut pada hari terakhir dalam minggu berkenaan. v. Guru boleh menyoal murid pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Aktiviti ‘Bijak Bahasa’. Cara pelaksanaan : i. Boleh dijalankan di dalam kelas sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. ii. Guru mengulang perkataan yang telah diberi. iii. Murid memberi jawapan dengan mengeja secara individu iv. Murid boleh bertanya kepada rakan sekiranya tidak dapat mengeja dengan betul. v. Guru juga boleh menayangkan slide. Walaubagaimanapun, langkah-langkah dalam aktiviti yang dirancangkan boleh diubah mengikut kesesuaian dan pencapaian murid. Contohnya iaitu bagi aktiviti „Ingat Saya‟, sekiranya pada awal perancangan guru menetapkan semua murid mempunyai perkataan yang sama, tetapi ianya boleh berubah. Perubahan ini boleh dilakukan seperti guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan mendapat lima perkataan yang berbeza. Seterusnya jika terdapat perubahan, guru boleh membahagikan murid kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan mendapat lima perkataan yang berbeza. Perubahan boleh berterusan dengan memberi setiap murid di
  • 17. 17 dalam kelas perkataan yang berbeza antara satu sama lain. Aktiviti kumpulan yang diadakan boleh menggalakkan lagi kerjasama murid. Contoh Jadual Pelaksanaan Kajian : Bil. Perancangan tindakan Tarikh 1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 11 Februari 2013 2. Menganalisis data 13 Februari 2013 3. Merancang tindakan 13 Februari 2013 4. Penyediaan bahan 15 Februari 2013 5. Melaksanakan tindakan pertama (memberi murid lima perkataan) 18 Februari 2013 6. Aktiviti „Ingat Saya‟ 21 Februari 2013 7. Memberi murid lima perkataan 28 Februari 2013 8. Aktiviti „Ingat Saya‟ 01 Mac 2013 Langkah keenam ialah guru perlu mengumpul data untuk mengesahkan perubahan. Semasa aktiviti ini dijalankan, guru boleh meminta Ketua Panitia atau rakan setugas untuk menilai dan memberi komen. Ini sama seperti yang dilaksanakan di sekolah saya iaitu dikenali sebagai „Lesson Study‟. Komen atau pandangan yang diperolehi ini boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan untuk guru. Langkah ketujuh ialah menganalisis data. Hasil daripada aktiviti yang dijalankan akan dianalisis sekali lagi. Sekiranya hasil yang diingini tidak tercapai maka guru perlu mengulang semula langkah bermula dari langkah pertama hingga langkah ketujuh. REFLEKSI Semasa membuat aktiviti „Ingat Saya‟ kali pertama, saya mendapati masih lagi terdapat tiga orang murid tidak dapat memahami arahan tentang penggunaan buku „Ingat Saya‟ ini. Tetapi apabila aktiviti ini dilakukan setiap hari, murid –murid ini telah menampakkan perubahannya. Guru akan sering bertanya kepada murid tentang
  • 18. 18 perkataan yang diberikan dan murid akan mula mengeja. Jika dia tidak dapat mengeja maka murid ini akan bertanya kepada rakan murid yang lain sebagai bantuan dan ia di kenali sebagi cikgu kecil. KESIMPULAN Kepentingan melaksanakan penyelidikan tindakan adalah untuk memperbaiki amalan melalui mengenalpasti punca masalah amalan yang kurang berkesan agar menjadi lebih baik. Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat murid, mewujudkan aktiviti yang menonjolkan kreativiti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan produk yang bermutu dan meningkatkan pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai pendidik.
  • 19. 19 4.0 BIBLIOGRAFI Rosinah Edinin, PhD (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Edisi Kedua. Freemind Horizons Sdn. Bhd. Choong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Modul Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2, KPD 3026, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ee Ah Meng, (1998). Pedagogi III Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif. Fajar Bakti Sdn. Bhd. http://www.scribd.com/doc/12778402/Kemahiran-Mengenal-Bentuk-Huruf-Kecil-Dalam- Kalangan-Murid-Pemulihan-Melalui-Kaedah-nyanyi-Dan-Lukis http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2009/11%20Meimon.pdf http://cikguhijau.blogspot.com/2012/08/contoh-kajian-tindakan-meningkatkan.html 5.0
  • 20. 20
  • 21. 21
  • 22. 22 CONTOH BUKU “ INGAT SAYA” baju topi mata bola roti