5. Kapur tukang jahit adalah kapur yang tidak
mudah pecah, pilih warna yang sesuai
dengan fabrik
Membuat tanda-tanda dari pola ke fabrik. Ia
mudah dipadam dan adalah baik mempunyai
sekurang-kurang tiga warna
Simpan di dalam bekas supaya tidak pecah.
6. Roda surih diperbuat daripada keluli berkilat
supaya tidak berkarat, pilih roda surih
mengikut jenis fabrik dan mudah bergerak
apabila ditolak.
Memindahkan tanda dan garisan pola pada
fabrik.
Simpan di dalam kotak jahitan
7. Penebuk lubang butang
Boleh juga diguna untuk tetas jahitan.
8. Peniti
Peniti berkepala bulat dan peniti untuk
sutera. Kusyennya untuk menjaga peniti dari
berselerakan
9. Kertas karbon ada pelbagai warna sesuai
mengikut warna fabrik. Roda surih diguna
bersama kertas karbon untuk memindahkan
tanda-tanda dari pola ke fabrik
11. Pola adalah potongan-potongan kertas yang
merupakan ukuran sesuatu bahan yang
hendak dijahit .
Pola dijadikan contoh agar tidak terjadi
kesalahan sewaktu menggunting kain
14. Susun pola di atas sehelai fabrik.
Masukkan kertas karbon di bawah pola
dan sematkan dengan jarum peniti
15. Pindahkan tanda pola ke atas fabrik
dengan menggunakan roda surih.
Kemudian gunting
16.
17. Lipat fabrik ke S.D pada bahagian atas
(A) untuk membuat kelepet selebar 3 cm.
Semat dengan jarum peniti
18. Tetapkan kelepet dengan jahitan jelujur
halus ataupun sembat.
19. Jahit sebaris jahitan kia 2cm dari tepi
kelepet untuk memasukkan tali atau
reben.
20. Ulangi langkah 5, 6, dan 7 pada bahagian
bawah (B) fabrik
21. Temukan kedua-dua S.L fabrik dan semat
dengan jarum peniti.
Jahit jelujur kasar pada garis pemadan
sehingga pada jahitan kia untuk
tempatreben.
Tinggalkan bahagian yang telah dibuat
kelepet tadi
22.
23. Jahit uncang dengan jahitan jelujur halus.
Kemudian, cabut jahitan jelujur kasar
Terbalikkan uncang ke S.L
24. Potong dua helai reben atau tali
berukuran 50cm
Masukkan reben A dengan menggunakan
pin dari bahagian kanan lubang tali
uncang dan tarik sehingga punca reben
keluar dari lubang kiri.
Reben B dimasukkan dari bahagian kiri ke
kanan uncang