SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 11
BAHAGIAN A
Tugasan 1 : Pendekatan Sosio-Saintifik
Mata pelajaran
Kelas
Masa
Bab / tajuk
Isu sosio-saintifik/
konteks
Scenario masalah

: Sains
: 3A10
: 12.10 – 1.10 ( 60 minit)
: Pembiakan
: Penjagaan Pra natal.

: Isu – isu berkaitan kesan rokok ke atas janin, rokok jejas kesihatan bayi
serta Kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat semasa
kehamilan.
Pendekatan
: SSA
Tema
: Penyenggaraan dan kesinambungan hidup
Bidang pembelajaran : Pembiakan
Objektif pembelajaran: 4.6 Memahami kepentingan penjagaan pra natal
Hasil pembelajaran : di akhir pembelajaran, pelajar dapat
i)
Mengetahui kepentingan pengambilan makanan berkhasiat
kepada ibu mengandung
ii)
Menghubungkait kepentingan pengambilan makanan yang
berkhasiat kepada kesihatan ibu dan fetus semasa kehamilan.
iii)
Menerangkan pentingnya mengelak daripada mengambil bahan
yang boleh memudaratkan fetus. Menerangkan fungsi ginjal
iv)
Memahami bahaya merokok dan kesannya ke atas bayi
Pengetahuan sedia
: Merokok dan kesannya ke atas ibu mengandung.
KBAT
: i) Mengetahui makanan berkhasiat bagi ibu mengandung.
ii) menilai kesan pengambilan rokok terhadap kesihatan dan bayi
yang dikandung
Sikap saintifik & nilai murni : Mengambil makanan berkhasiat dan menjaga kesihatan semasa
hamil
Sumber PdP
(1) Rujukan
(2) Alat

:
: Buku Teks
: Komputer, Projektor, Wi-Fi Internet .

(3) Bahan

: Artikel bertajuk “Merokok Jejas Kesihatan Bayi”, “Rokok ancam janin” Dan
“Bakal
ibu usah abai asid folik”

Artikel Penuh:
1. http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=438
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
3. http://www.hmetro.com.my/articles/Bakalibuusahabaiasidfolik/Article/
Fasa/ Langkah /
Masa
Orientasi
(5 minit)

Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
1. Guru bertanya kepada
pelajar cara untuk
mendapatkan bayi yang
cantik dan sihat.

Pencetus idea
(5 minit)

2. Pelajar diminta melihat
tayangan media dan artikel
berkaitan kesan rokok
terhadap ibu mengandung
Pelajar membaca artikel
laman web yang diberi.

Komunikasi dan nota
Soalan: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan
bayi yang cantik dan sihat.
Jawapan:
1.Makan makanan berkhasiat
2. Banyak minum air soya
3. Banyakkan bersenam
4. Makan makanan tambahan
Soalan: Mengapakah rokok berbahaya kepada ibu
mengandung
Jawapan:
1.Ibu mengalami sesak nafas
2. Ibu boleh mendapat penyakit berkaitan rokok.
3.Kesihatan ibu terjejas.
Soalan: Apakah kesan rokok kepada bayi
Jawapan:
1. Memberi kecacatan kepada bayi
2. Bayi lahir pra natal
3. Bayi tidak sihat

Penstrukturan
semula idea
(20 minit)

3. Pelajar diminta mencari
artikel berkaitan dengan
ibu mengandung dan rokok
4. Pelajar diminta dan
menyertakan satu laman
web yang berkaitan makan
berkhasiat bagi ibu
mengandung

Soalan: Mengapakah punca ibu mengandung
menghisap rokok
Jawapan:
1.Tekanan perasaan
2.Pengaruh suami atau rakan yang menghisap
rokok

Aplikasi
(20 minit)

5. Pelajar diminta membuat
perbincangan berkumpulan
dan membentangkan di
hadapan kelas

Soalan :
Apakah makanan berkhasiat dan amalan yang
perlu dilakukan oleh ibu mengandung untuk
memastikan bayi yang dilahirkan cantik dan sihat
Jawapan:
Pembentangan berkumpulan

Refleksi
( 10 minit)

6. Guru merumuskan dan
memberi kesedaran kepada
pelajar tentang bahaya

Perbincangan dan Soal jawab

Soalan:Apakah contoh makanan berkhasiat bagi
ibu mengandung
Jawapan:
1.Buah-buahan, sayur-sayuran, susu , makanan
tambahan
rokok terhadap ibu yang
mengandung dan bayi

Nikotin juga boleh berpindah kepada bayi secara langsung
melalui susu badan.

LAMPIRAN:

Merokok jejas kesihatan bayi
Soalan: Saya mempunyai seorang adik ipar wanita yang merokok. Ketika ini dia sedang mengandung tetapi masih
lagi merokok? Apakah kesan merokok kepada dirinya dan bayi yang dikandungkan?
Insan simpati, Johor.
Syabas. Anda adalah seorang wanita yang amat prihatin. Isu peningkatan wanita merokok kembali menjadi topik
hangat.
Pelbagai faktor menjadi punca dan penyebab kepada pertambahan golongan hawa ini merokok. Faktor fizikal
merupakan penyebab utama. Alasannya yang tidak munasabah di kalangan wanita yang menganggap bahawa
merokok dapat mengurangkan berat badan. Ada antara mereka percaya bahawa merokok juga boleh mengawal selera
makan.
Selain itu, faktor psikologi yang dikaitkan dengan merokok ialah dapat menangani perasaan rendah diri dengan cara
mengasingkan diri dari orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri gundah gulana. Manakala
faktor lain pula ialah faktor persekitaran dan sosial. Golongan muda lebih terpengaruh dengan pengaruh luar dan
rakan sebaya yang menyumbang untuk merokok.
Ada juga yang mengikut arus semasa yang berpendapat golongan wanita hari ini mempunyai persamaan taraf dengan
golongan lelaki. Mereka percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Bagi mereka, adalah
menjadi suatu kebanggaan dan kehebatan jika seseorang wanita boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh
kaum lelaki.
Merokok bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada wanita itu sendiri. Malahan ia juga dapat memudaratkan
bayi yang dikandung. Kepentingan gaya hidup ibu-ibu yang hamil seperti merokok tidak boleh dipandang remeh.
Wanita hamil yang merokok lebih banyak melahirkan bayi yang meninggal dunia bila dibandingkan dengan wanita
hamil yang bukan perokok. Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita perokok lebih sering meninggal pada
bulan-bulan pertama kehidupannya. Dalam daun tembakau umumnya terdapat 1-3 peratus dadah nikotin.
Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin. Asap daripada setiap batang rokok
mengandungi tar asapdan apabila meluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang
menyebabkan penyakit kanser. Nikotin akan menyebabkan ketagihan dan karbon monoksida sejenis gas yang
mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen.
Tambahan lagi, nikotin juga boleh berpindah kepada bayi secara langsung melalui susu badan. Bahaya merokok
boleh memberi kesan kepada pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta,
peningkatan kadar kematian janin (semasa peringkat perinatal), kecacatan kepada bayi seperti kecacatan kepada
bibir dan lelangit (cleft lip dan palate), peningkatan risiko untuk mengalami sawan, kelahiran sebelum tempoh
matang (atau tidak cukup bulan), keguguran, penurunan berat badan bayi sebanyak 150-200 gram dan
perkembangan sistem saraf yang tidak normal. Bayi juga berisiko tinggi untuk mendapat asma dan sindrom kematian
bayi mengejut (cot death). Kesemua risiko di atas lebih besar kemungkinan berlaku ke atas wanita atau ibu yang
merokok berbanding dengan yang tidak merokok. Alangkah tidak adilnya jika wanita yang merokok yang memilih
untuk menderita juga ‘mendera’ bayi dalam kandungannya. Jika bayi ini terus hidup, tempoh penderitaan bayi
tersebut mungkin akan berpanjangan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz2kaQo4Fl1
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rokok ancam janin
Oleh: Dr. Mohd Izham Mohd Ibrahim
Sumber: Utusan Malaysia, Sabtu, 7 Jun, 1997

MASALAH merokok di kalangan wanita di negara ini adalah tidak ketara jika
dibandingkan dengan peratusan wanita yang merokok di negara-negara maju.
Bagaimanapun tahap permasalahan ini di Malaysia perlu dikenal pasti
terutamanya di kalangan wanita yang hamil kerana ia boleh membahayakan
bukan sahaja kepada ibu malah boleh memburukkan keadaan janin dalam
kandungannya.
Fakta-fakta jelas mengatakan bahawa rokok boleh meracuni dan memudaratkan
janin atau bayi yang akan dilahirkan. Tahap kesihatan persekitaran dalam rahim
(intrautein) adalahamat penting kepada kesejahteraan bayi dalam kandungan.
Kepentingan gaya hidup ibu-ibu yang hamil (seperti merokok) tidak boleh
dipandang remeh. Wanita hamil yang merokok lebih banyak melahirkan bayi yang
mati bila dibandingkan dengan wanita hamil yang bukan perokok.
Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita perokok lebih sering
meninggal pada bulan-bulan pertama kehidupannya.
Dalam daun tembakau umumnya terdapat 1-3 peratus dadah nikotin. Nikotin
sememangnya bahan racun dan digunakan sebagai agen pembasmi makhluk
perosak.
Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin. Asap dari
setiap batang rokok mengandungi tar asap yang apabila termeluap mengandungi
pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan barah, nikotin
akan menyebabkan ketagihan, dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu
membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen.
Tambahan lagi, nikotin juga boleh berpindah kepada bayi secara langsung
melalui susu badan. Di antara akibat kesan toksik merokok terhadap janin yang
telah dibuktikan oleh kajian-kajian ditunjukkan di dalam jadual di bawah.
Jadual 1 : Kesan bahaya rokok terhadap janin
• Perencatan pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah
ke dalam plasenta.
• Peningkatan kadar kamatian janin (perinatal).
•

Kecacatan kepada bayi seperti kecacatan kepada bibir dan palate (`cleft
lip dan palate')

•

Peningkatan risiko untuk mengalami sawan.

•

Kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan)

•

Keguguran

•

Penurunan berat badan bayi sebanyak 150-200 gm

•

Perkembangan sistem saraf yang tidak normal (contoh: strabismus)

•

Berisiko tinggi untuk mendapat lelah/asma

•

Sindrom kematian bayi mengejut

•

Semua kesan di atas lebih besar kemungkinan berlaku ke atas wanita
atau ibu yang merokok berbanding dengan yang tidak merokok.

Alangkah tidak adilnya jika wanita yang merokok yang memilih untuk menderita
juga `mendera' kandungannya. Jika bayi ini terus hidup, tempoh penderitaan bayi
tersebut mungkin berpanjangan.
Rancangan kaedah pencegahan harus ditumpukan kepada kanak-kanak dan
remaja. Proses ini memerlukan kombinasi penyelidikan yang terperinci mengenai
masalah merokok di kalangan ibu-ibu yang mengandung dan kesannya kepada
janin serta bayi yang dilahirkan, dan pendidikan yang berkesan kepada
masyarakat tentang bahaya merokok.
Program penerangan mengenai bahaya merokok perlu dijalankan di awal lawatan
prenatal. Setiap wanita yang hamil harus berhenti merokok terutamanya semasa
hamil dan dalam tempoh tahun pertama selepas bayi dilahirkan.
Bahaya rokok bukan sahaja memudaratkan si ibu malah turut membahayakan
anaknya. Setiap individu dan agensi seperti Kementerian Kesihatan, organisasi
bukan kerajaan, dan penduduk tempatan mesti bertanggungjawab serta
menggembeling tenaga serta kepakaran untuk mengenal pasti punca masalah
dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah ini. Jika
anda mengandung dan masih merokok, berhentilah sekarang!
Sesiapa yang ingin mendapatkan naskhah percuma buletin umum dari Pusat Racun Negara sila hantar
sampul surat (6" x 9") bersetem 40 sen dan beralamat sendiri kepada Pengarah, Pusat Racun Negara, USM,
11800 Minden, Pulau Pinang.

Artikel Penuh:

http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=438
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bakal ibu usah abai asid folik
84

0 Google +

2

1

0

Cetak

Oleh Siti Zarinah Sahib
“IBU mengandung kena makan dua kali ganda kerana untuk dua orang, satu untuk ibu dan satu
untuk bayi dalam kandungan.”
Seringkali kita mendengar ayat ini diucapkan terutama bagi wanita yang baru pertama kali
mengandung. Kadangkala ia mungkin diluahkan sekadar untuk bergurau, namun daripada segi
konsep matematiknya, seakan-akan ada logiknya.
Bagaimana pula daripada segi diet serta pemakanan sebenar untuk ibu hamil?

Ramai wanita terutama yang baru pertama kali hamil mengajukan pelbagai soalan mengenai
makanan boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana mereka berasakan
perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar sedangkan pada trimester
pertama, makan adalah untuk menambah tenaga dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori
setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri.
Namun, bagi ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu makan dalam
jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan supaya bayi mendapat zat
mencukupi manakala ibu tetap bertenaga sepanjang tiga bulan pertama.
Alahan ketika mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening, perut sebu dan
tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku terutama ketika bangun tidur, namun bagi wanita yang
bernasib baik mereka langsung tiada alahan.

Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya alahan
wanita hamil disebabkan perubahan fizikal dan hormon pada badan.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada
rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti kerana alahan yang terlalu teruk.

Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan
bayi. Namun, bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah kembali, bayi
berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan
pula, ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan dan mengalami pening, dahaga dan air
kencing sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini, anda memerlukan rawatan segera.
Biasanya doktor akan menambah cecair dalam badan dan makanan tambahan melalui drip.

Bagi mengurangkan penghidratan, ibu hamil dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang
banyak bagi menggantikan kehilangan bendalir. Makan jenis makanan yang mudah dicerna
seperti nasi, jagung, kentang dan ubi serta mengelak makanan mengandungi kadar lemak
tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng. Bagi yang alah kepada baubauan, elakkan aneka aroma yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. Makan sedikit,
tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan
bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah dengan teruk.

Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor.
Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan
saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu
penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung.

Ini kerana asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube
defect atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini
sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku.

Asid folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang manakala
satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada
wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil.

Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan
asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau
0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil.
Sumber asid folik juga boleh diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai,
beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu,
cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.

Pada trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang
menganggap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam
kandungan. Dengan itu ada yang menambah pengambilan makanan mungkin daripada tiga kali
sehari kepada lima kali sehari dalam jumlah yang banyak.

Namun sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang lebih penting adalah jenis
makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan.

Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada biasa
terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas.
Penambahan 300 kalori sehari perlu diperoleh daripada makanan berkhasiat supaya boleh
menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi.

Sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak, diet yang sihat merangkumi semua yang
terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral
dan air yang mencukupi.

INFO:

Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua
keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:
 Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.
 Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin
penuh.
 Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita
digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
 Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.
 Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai
makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya.
Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga
(kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga).

Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan
dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang
dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori
makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian
bagi diet seharian.

Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:
 Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi.
 Berkhasiat untuk kesihatan bayi.
 Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada
kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana
makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan
sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.
Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:
 Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
 Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.
 Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap
kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.
 Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi
bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang
membesar.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/09
Artikel Penuh:

http://www.hmetro.com.my/articles/Bakalibuusahabaiasidfolik/Article/

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

KEBUTUHAN GIZI IBU HAMIL DAN MENYUSUI
KEBUTUHAN GIZI IBU HAMIL DAN MENYUSUI KEBUTUHAN GIZI IBU HAMIL DAN MENYUSUI
KEBUTUHAN GIZI IBU HAMIL DAN MENYUSUI pjj_kemenkes
 
Mata Kuliah Gizi dan Kesehatan: "Tetap Sehat dan Ramping"
Mata Kuliah Gizi dan Kesehatan: "Tetap Sehat dan Ramping"Mata Kuliah Gizi dan Kesehatan: "Tetap Sehat dan Ramping"
Mata Kuliah Gizi dan Kesehatan: "Tetap Sehat dan Ramping"Rolly Maulana Awangga
 
KESEHATAN IBU DALAM 270 HPK
KESEHATAN IBU DALAM 270 HPKKESEHATAN IBU DALAM 270 HPK
KESEHATAN IBU DALAM 270 HPKAnnisa Nabila
 
Kehamilan, Gizi Ibu Hamil dan Menyusui
Kehamilan, Gizi Ibu Hamil dan Menyusui Kehamilan, Gizi Ibu Hamil dan Menyusui
Kehamilan, Gizi Ibu Hamil dan Menyusui MJM Networks
 
Sap & materi penyuluhan Gizi pada Ibu Hamil
Sap & materi penyuluhan Gizi pada Ibu HamilSap & materi penyuluhan Gizi pada Ibu Hamil
Sap & materi penyuluhan Gizi pada Ibu HamilPutu Eka Lestari
 
gizi seimbang pada ibu hamil
gizi seimbang pada ibu hamilgizi seimbang pada ibu hamil
gizi seimbang pada ibu hamilsri wahyuni
 
gizi pada ibu hamil
gizi pada ibu hamilgizi pada ibu hamil
gizi pada ibu hamilzazius
 
Gizi selama kehamilan dalam pelayanan kesehatan ibu
Gizi selama kehamilan dalam pelayanan kesehatan ibuGizi selama kehamilan dalam pelayanan kesehatan ibu
Gizi selama kehamilan dalam pelayanan kesehatan ibuDokter Tekno
 
Islamic guidance to create great generation [autosaved]
Islamic guidance to create great generation [autosaved]Islamic guidance to create great generation [autosaved]
Islamic guidance to create great generation [autosaved]mila anisa
 
Gizi dan nutrisi bagi ibu hamil ppt
Gizi dan nutrisi bagi ibu hamil ppt Gizi dan nutrisi bagi ibu hamil ppt
Gizi dan nutrisi bagi ibu hamil ppt Hardianti Darmatika
 
Gizi pada ibu hamil trimester iii power point
Gizi pada ibu hamil trimester iii power pointGizi pada ibu hamil trimester iii power point
Gizi pada ibu hamil trimester iii power pointDitna Ginting
 
Makalah prinsip diet pada ibu hamil dengan anemia
Makalah prinsip diet pada ibu hamil dengan anemiaMakalah prinsip diet pada ibu hamil dengan anemia
Makalah prinsip diet pada ibu hamil dengan anemiaOperator Warnet Vast Raha
 
Gizi pada anak sekolah & remaja
Gizi pada anak sekolah & remajaGizi pada anak sekolah & remaja
Gizi pada anak sekolah & remajaAgnescia Sera
 
PPT Metabolisme Gizi Ibu Hamil
PPT Metabolisme Gizi Ibu HamilPPT Metabolisme Gizi Ibu Hamil
PPT Metabolisme Gizi Ibu Hamilanismaulida
 
Gizi ibu hamil hertina
Gizi ibu hamil hertinaGizi ibu hamil hertina
Gizi ibu hamil hertinahertina putra
 
Menjaga Kesehatan Tubuh di Era Pandemi (Tetap Sehat dan Ramping)
Menjaga Kesehatan Tubuh di Era Pandemi (Tetap Sehat dan Ramping)Menjaga Kesehatan Tubuh di Era Pandemi (Tetap Sehat dan Ramping)
Menjaga Kesehatan Tubuh di Era Pandemi (Tetap Sehat dan Ramping)mila anisa
 
Keb. nutrisi ibu hamil normal
Keb. nutrisi ibu hamil normalKeb. nutrisi ibu hamil normal
Keb. nutrisi ibu hamil normalFanny K. Sari
 
Gizi bumil dan laktasi
Gizi bumil dan laktasi Gizi bumil dan laktasi
Gizi bumil dan laktasi Dedi Kun
 

Mais procurados (20)

Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
KEBUTUHAN GIZI IBU HAMIL DAN MENYUSUI
KEBUTUHAN GIZI IBU HAMIL DAN MENYUSUI KEBUTUHAN GIZI IBU HAMIL DAN MENYUSUI
KEBUTUHAN GIZI IBU HAMIL DAN MENYUSUI
 
Mata Kuliah Gizi dan Kesehatan: "Tetap Sehat dan Ramping"
Mata Kuliah Gizi dan Kesehatan: "Tetap Sehat dan Ramping"Mata Kuliah Gizi dan Kesehatan: "Tetap Sehat dan Ramping"
Mata Kuliah Gizi dan Kesehatan: "Tetap Sehat dan Ramping"
 
KESEHATAN IBU DALAM 270 HPK
KESEHATAN IBU DALAM 270 HPKKESEHATAN IBU DALAM 270 HPK
KESEHATAN IBU DALAM 270 HPK
 
Kehamilan, Gizi Ibu Hamil dan Menyusui
Kehamilan, Gizi Ibu Hamil dan Menyusui Kehamilan, Gizi Ibu Hamil dan Menyusui
Kehamilan, Gizi Ibu Hamil dan Menyusui
 
Sap & materi penyuluhan Gizi pada Ibu Hamil
Sap & materi penyuluhan Gizi pada Ibu HamilSap & materi penyuluhan Gizi pada Ibu Hamil
Sap & materi penyuluhan Gizi pada Ibu Hamil
 
gizi seimbang pada ibu hamil
gizi seimbang pada ibu hamilgizi seimbang pada ibu hamil
gizi seimbang pada ibu hamil
 
gizi pada ibu hamil
gizi pada ibu hamilgizi pada ibu hamil
gizi pada ibu hamil
 
Gizi selama kehamilan dalam pelayanan kesehatan ibu
Gizi selama kehamilan dalam pelayanan kesehatan ibuGizi selama kehamilan dalam pelayanan kesehatan ibu
Gizi selama kehamilan dalam pelayanan kesehatan ibu
 
Islamic guidance to create great generation [autosaved]
Islamic guidance to create great generation [autosaved]Islamic guidance to create great generation [autosaved]
Islamic guidance to create great generation [autosaved]
 
Gizi dan nutrisi bagi ibu hamil ppt
Gizi dan nutrisi bagi ibu hamil ppt Gizi dan nutrisi bagi ibu hamil ppt
Gizi dan nutrisi bagi ibu hamil ppt
 
Gizi pada ibu hamil trimester iii power point
Gizi pada ibu hamil trimester iii power pointGizi pada ibu hamil trimester iii power point
Gizi pada ibu hamil trimester iii power point
 
Makalah prinsip diet pada ibu hamil dengan anemia
Makalah prinsip diet pada ibu hamil dengan anemiaMakalah prinsip diet pada ibu hamil dengan anemia
Makalah prinsip diet pada ibu hamil dengan anemia
 
Gizi pada anak sekolah & remaja
Gizi pada anak sekolah & remajaGizi pada anak sekolah & remaja
Gizi pada anak sekolah & remaja
 
PPT Metabolisme Gizi Ibu Hamil
PPT Metabolisme Gizi Ibu HamilPPT Metabolisme Gizi Ibu Hamil
PPT Metabolisme Gizi Ibu Hamil
 
Gizi kecantikan
Gizi kecantikanGizi kecantikan
Gizi kecantikan
 
Gizi ibu hamil hertina
Gizi ibu hamil hertinaGizi ibu hamil hertina
Gizi ibu hamil hertina
 
Menjaga Kesehatan Tubuh di Era Pandemi (Tetap Sehat dan Ramping)
Menjaga Kesehatan Tubuh di Era Pandemi (Tetap Sehat dan Ramping)Menjaga Kesehatan Tubuh di Era Pandemi (Tetap Sehat dan Ramping)
Menjaga Kesehatan Tubuh di Era Pandemi (Tetap Sehat dan Ramping)
 
Keb. nutrisi ibu hamil normal
Keb. nutrisi ibu hamil normalKeb. nutrisi ibu hamil normal
Keb. nutrisi ibu hamil normal
 
Gizi bumil dan laktasi
Gizi bumil dan laktasi Gizi bumil dan laktasi
Gizi bumil dan laktasi
 

Destaque (14)

pembentangan artikal band 6 sains bab 4
pembentangan artikal band 6 sains bab 4pembentangan artikal band 6 sains bab 4
pembentangan artikal band 6 sains bab 4
 
4.6
4.64.6
4.6
 
Sains Bab 4 (Tingkatan 3) - PEMBIAKAN
Sains Bab 4 (Tingkatan 3) - PEMBIAKANSains Bab 4 (Tingkatan 3) - PEMBIAKAN
Sains Bab 4 (Tingkatan 3) - PEMBIAKAN
 
Sains tingkatan 3
Sains tingkatan 3Sains tingkatan 3
Sains tingkatan 3
 
Bab 4 pembiakan
Bab 4 pembiakanBab 4 pembiakan
Bab 4 pembiakan
 
Projek izzah
Projek izzahProjek izzah
Projek izzah
 
Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"
Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"
Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"
 
DSP SAINS TING 3 IKUT BAB (DIBAIKI)
DSP SAINS TING 3 IKUT BAB (DIBAIKI)DSP SAINS TING 3 IKUT BAB (DIBAIKI)
DSP SAINS TING 3 IKUT BAB (DIBAIKI)
 
Memahami polimer asli
Memahami polimer asliMemahami polimer asli
Memahami polimer asli
 
DSP Sains Ikut Bab Tingkatan 2
DSP Sains Ikut Bab Tingkatan 2DSP Sains Ikut Bab Tingkatan 2
DSP Sains Ikut Bab Tingkatan 2
 
4.5
4.54.5
4.5
 
SCIENCE PROCESS SKILLS
SCIENCE PROCESS SKILLSSCIENCE PROCESS SKILLS
SCIENCE PROCESS SKILLS
 
PENJAGAAN ANTENATAL
PENJAGAAN ANTENATALPENJAGAAN ANTENATAL
PENJAGAAN ANTENATAL
 
Sistem pembiakan
Sistem pembiakanSistem pembiakan
Sistem pembiakan
 

Semelhante a PRA NATAL

Makalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janin
Makalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janinMakalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janin
Makalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janinAmir Uddin
 
Kempen nafas segar dan program anti rokok
Kempen nafas segar dan program anti rokokKempen nafas segar dan program anti rokok
Kempen nafas segar dan program anti rokokAhmad NazRi
 
M E N G U B A H C A R A P A N D A N G M A S Y A R A K A T
M E N G U B A H  C A R A  P A N D A N G  M A S Y A R A K A TM E N G U B A H  C A R A  P A N D A N G  M A S Y A R A K A T
M E N G U B A H C A R A P A N D A N G M A S Y A R A K A TBebaskita Ginting
 
Penambahan bahan plastik dalam proses penggorengan berdampak bagi kesehatan
Penambahan bahan plastik dalam proses penggorengan berdampak bagi kesehatanPenambahan bahan plastik dalam proses penggorengan berdampak bagi kesehatan
Penambahan bahan plastik dalam proses penggorengan berdampak bagi kesehatanasriss
 
Kelompok 4 (alkohol, rokok dan narkoba)
Kelompok 4 (alkohol, rokok dan narkoba)Kelompok 4 (alkohol, rokok dan narkoba)
Kelompok 4 (alkohol, rokok dan narkoba)AdetyaWulandari
 
Bayi prematur kelompok 8
Bayi prematur kelompok 8Bayi prematur kelompok 8
Bayi prematur kelompok 8Anse Safitri
 
Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Ahmad NazRi
 
M5 kb4 kesehatan ibu dan anak
M5 kb4   kesehatan ibu dan anakM5 kb4   kesehatan ibu dan anak
M5 kb4 kesehatan ibu dan anakppghybrid4
 
Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi
Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi
Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi pjj_kemenkes
 
FFT Dampak bahaya rokok pada remaja dan pengendaliannya.pptx
FFT Dampak bahaya rokok pada remaja dan pengendaliannya.pptxFFT Dampak bahaya rokok pada remaja dan pengendaliannya.pptx
FFT Dampak bahaya rokok pada remaja dan pengendaliannya.pptxfitriwahyuni100
 
makalah Bahaya Rokok
makalah Bahaya Rokokmakalah Bahaya Rokok
makalah Bahaya Rokoknovatri sifu
 
16_Kendali Jumlah Perokok Untuk Melindungi Kesehatan Perempuan
16_Kendali Jumlah Perokok Untuk Melindungi Kesehatan Perempuan16_Kendali Jumlah Perokok Untuk Melindungi Kesehatan Perempuan
16_Kendali Jumlah Perokok Untuk Melindungi Kesehatan Perempuansakuramochi
 

Semelhante a PRA NATAL (20)

Makalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janin
Makalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janinMakalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janin
Makalah olahraga pengaruh merokok bagi perkembangan janin
 
Kempen nafas segar dan program anti rokok
Kempen nafas segar dan program anti rokokKempen nafas segar dan program anti rokok
Kempen nafas segar dan program anti rokok
 
M E N G U B A H C A R A P A N D A N G M A S Y A R A K A T
M E N G U B A H  C A R A  P A N D A N G  M A S Y A R A K A TM E N G U B A H  C A R A  P A N D A N G  M A S Y A R A K A T
M E N G U B A H C A R A P A N D A N G M A S Y A R A K A T
 
Penambahan bahan plastik dalam proses penggorengan berdampak bagi kesehatan
Penambahan bahan plastik dalam proses penggorengan berdampak bagi kesehatanPenambahan bahan plastik dalam proses penggorengan berdampak bagi kesehatan
Penambahan bahan plastik dalam proses penggorengan berdampak bagi kesehatan
 
Kelompok 4 (alkohol, rokok dan narkoba)
Kelompok 4 (alkohol, rokok dan narkoba)Kelompok 4 (alkohol, rokok dan narkoba)
Kelompok 4 (alkohol, rokok dan narkoba)
 
195137392 askep-pada-ibu-hamil-1
195137392 askep-pada-ibu-hamil-1195137392 askep-pada-ibu-hamil-1
195137392 askep-pada-ibu-hamil-1
 
195137392 askep-pada-ibu-hamil-1
195137392 askep-pada-ibu-hamil-1195137392 askep-pada-ibu-hamil-1
195137392 askep-pada-ibu-hamil-1
 
ppt Kel 12 kppk .pptx
ppt Kel 12 kppk .pptxppt Kel 12 kppk .pptx
ppt Kel 12 kppk .pptx
 
Bayi prematur kelompok 8
Bayi prematur kelompok 8Bayi prematur kelompok 8
Bayi prematur kelompok 8
 
Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013
 
Bahaya merokok
Bahaya merokokBahaya merokok
Bahaya merokok
 
Karya ilmiah merokok
Karya ilmiah merokokKarya ilmiah merokok
Karya ilmiah merokok
 
Kb 2re
Kb 2reKb 2re
Kb 2re
 
M5 kb4 kesehatan ibu dan anak
M5 kb4   kesehatan ibu dan anakM5 kb4   kesehatan ibu dan anak
M5 kb4 kesehatan ibu dan anak
 
Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi
Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi
Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi
 
FFT Dampak bahaya rokok pada remaja dan pengendaliannya.pptx
FFT Dampak bahaya rokok pada remaja dan pengendaliannya.pptxFFT Dampak bahaya rokok pada remaja dan pengendaliannya.pptx
FFT Dampak bahaya rokok pada remaja dan pengendaliannya.pptx
 
Masa Antara
Masa Antara Masa Antara
Masa Antara
 
makalah Bahaya Rokok
makalah Bahaya Rokokmakalah Bahaya Rokok
makalah Bahaya Rokok
 
129676074 bab1
129676074 bab1129676074 bab1
129676074 bab1
 
16_Kendali Jumlah Perokok Untuk Melindungi Kesehatan Perempuan
16_Kendali Jumlah Perokok Untuk Melindungi Kesehatan Perempuan16_Kendali Jumlah Perokok Untuk Melindungi Kesehatan Perempuan
16_Kendali Jumlah Perokok Untuk Melindungi Kesehatan Perempuan
 

Mais de Ety Sue

F1bab4 lakaran
F1bab4 lakaranF1bab4 lakaran
F1bab4 lakaranEty Sue
 
Dr qis assignment
Dr qis assignmentDr qis assignment
Dr qis assignmentEty Sue
 
Teori anomie suziana 2
Teori anomie suziana 2Teori anomie suziana 2
Teori anomie suziana 2Ety Sue
 
Kps 6014 ulasan jurnal
Kps 6014 ulasan jurnalKps 6014 ulasan jurnal
Kps 6014 ulasan jurnalEty Sue
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
Kps 6014 tugasan 1
Kps 6014 tugasan 1Kps 6014 tugasan 1
Kps 6014 tugasan 1Ety Sue
 
Kps 6014 ulasan jurnal (2)
Kps 6014 ulasan jurnal (2)Kps 6014 ulasan jurnal (2)
Kps 6014 ulasan jurnal (2)Ety Sue
 
Kps 6014 tugasan 1
Kps 6014 tugasan 1Kps 6014 tugasan 1
Kps 6014 tugasan 1Ety Sue
 
Biologi f4
Biologi f4Biologi f4
Biologi f4Ety Sue
 
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)Ety Sue
 
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)Ety Sue
 
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)Ety Sue
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Ety Sue
 
Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044Ety Sue
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Ety Sue
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Ety Sue
 
Food chains-and-food-webs-1202604883662869-3
Food chains-and-food-webs-1202604883662869-3Food chains-and-food-webs-1202604883662869-3
Food chains-and-food-webs-1202604883662869-3Ety Sue
 
5 senses science f2
5 senses science f25 senses science f2
5 senses science f2Ety Sue
 
5 senses science f2
5 senses science f25 senses science f2
5 senses science f2Ety Sue
 
5 senses science f2
5 senses science f25 senses science f2
5 senses science f2Ety Sue
 

Mais de Ety Sue (20)

F1bab4 lakaran
F1bab4 lakaranF1bab4 lakaran
F1bab4 lakaran
 
Dr qis assignment
Dr qis assignmentDr qis assignment
Dr qis assignment
 
Teori anomie suziana 2
Teori anomie suziana 2Teori anomie suziana 2
Teori anomie suziana 2
 
Kps 6014 ulasan jurnal
Kps 6014 ulasan jurnalKps 6014 ulasan jurnal
Kps 6014 ulasan jurnal
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Kps 6014 tugasan 1
Kps 6014 tugasan 1Kps 6014 tugasan 1
Kps 6014 tugasan 1
 
Kps 6014 ulasan jurnal (2)
Kps 6014 ulasan jurnal (2)Kps 6014 ulasan jurnal (2)
Kps 6014 ulasan jurnal (2)
 
Kps 6014 tugasan 1
Kps 6014 tugasan 1Kps 6014 tugasan 1
Kps 6014 tugasan 1
 
Biologi f4
Biologi f4Biologi f4
Biologi f4
 
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
 
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
 
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
Tugasan 4 kpt 6044( pembacaan & penilaian kendiri)
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
 
Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044
 
Food chains-and-food-webs-1202604883662869-3
Food chains-and-food-webs-1202604883662869-3Food chains-and-food-webs-1202604883662869-3
Food chains-and-food-webs-1202604883662869-3
 
5 senses science f2
5 senses science f25 senses science f2
5 senses science f2
 
5 senses science f2
5 senses science f25 senses science f2
5 senses science f2
 
5 senses science f2
5 senses science f25 senses science f2
5 senses science f2
 

Último

tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 

Último (20)

tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 

PRA NATAL

  • 1. BAHAGIAN A Tugasan 1 : Pendekatan Sosio-Saintifik Mata pelajaran Kelas Masa Bab / tajuk Isu sosio-saintifik/ konteks Scenario masalah : Sains : 3A10 : 12.10 – 1.10 ( 60 minit) : Pembiakan : Penjagaan Pra natal. : Isu – isu berkaitan kesan rokok ke atas janin, rokok jejas kesihatan bayi serta Kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat semasa kehamilan. Pendekatan : SSA Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup Bidang pembelajaran : Pembiakan Objektif pembelajaran: 4.6 Memahami kepentingan penjagaan pra natal Hasil pembelajaran : di akhir pembelajaran, pelajar dapat i) Mengetahui kepentingan pengambilan makanan berkhasiat kepada ibu mengandung ii) Menghubungkait kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat kepada kesihatan ibu dan fetus semasa kehamilan. iii) Menerangkan pentingnya mengelak daripada mengambil bahan yang boleh memudaratkan fetus. Menerangkan fungsi ginjal iv) Memahami bahaya merokok dan kesannya ke atas bayi Pengetahuan sedia : Merokok dan kesannya ke atas ibu mengandung. KBAT : i) Mengetahui makanan berkhasiat bagi ibu mengandung. ii) menilai kesan pengambilan rokok terhadap kesihatan dan bayi yang dikandung Sikap saintifik & nilai murni : Mengambil makanan berkhasiat dan menjaga kesihatan semasa hamil Sumber PdP (1) Rujukan (2) Alat : : Buku Teks : Komputer, Projektor, Wi-Fi Internet . (3) Bahan : Artikel bertajuk “Merokok Jejas Kesihatan Bayi”, “Rokok ancam janin” Dan “Bakal ibu usah abai asid folik” Artikel Penuh: 1. http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=438 2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm 3. http://www.hmetro.com.my/articles/Bakalibuusahabaiasidfolik/Article/
  • 2. Fasa/ Langkah / Masa Orientasi (5 minit) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru bertanya kepada pelajar cara untuk mendapatkan bayi yang cantik dan sihat. Pencetus idea (5 minit) 2. Pelajar diminta melihat tayangan media dan artikel berkaitan kesan rokok terhadap ibu mengandung Pelajar membaca artikel laman web yang diberi. Komunikasi dan nota Soalan: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bayi yang cantik dan sihat. Jawapan: 1.Makan makanan berkhasiat 2. Banyak minum air soya 3. Banyakkan bersenam 4. Makan makanan tambahan Soalan: Mengapakah rokok berbahaya kepada ibu mengandung Jawapan: 1.Ibu mengalami sesak nafas 2. Ibu boleh mendapat penyakit berkaitan rokok. 3.Kesihatan ibu terjejas. Soalan: Apakah kesan rokok kepada bayi Jawapan: 1. Memberi kecacatan kepada bayi 2. Bayi lahir pra natal 3. Bayi tidak sihat Penstrukturan semula idea (20 minit) 3. Pelajar diminta mencari artikel berkaitan dengan ibu mengandung dan rokok 4. Pelajar diminta dan menyertakan satu laman web yang berkaitan makan berkhasiat bagi ibu mengandung Soalan: Mengapakah punca ibu mengandung menghisap rokok Jawapan: 1.Tekanan perasaan 2.Pengaruh suami atau rakan yang menghisap rokok Aplikasi (20 minit) 5. Pelajar diminta membuat perbincangan berkumpulan dan membentangkan di hadapan kelas Soalan : Apakah makanan berkhasiat dan amalan yang perlu dilakukan oleh ibu mengandung untuk memastikan bayi yang dilahirkan cantik dan sihat Jawapan: Pembentangan berkumpulan Refleksi ( 10 minit) 6. Guru merumuskan dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya Perbincangan dan Soal jawab Soalan:Apakah contoh makanan berkhasiat bagi ibu mengandung Jawapan: 1.Buah-buahan, sayur-sayuran, susu , makanan tambahan
  • 3. rokok terhadap ibu yang mengandung dan bayi Nikotin juga boleh berpindah kepada bayi secara langsung melalui susu badan. LAMPIRAN: Merokok jejas kesihatan bayi Soalan: Saya mempunyai seorang adik ipar wanita yang merokok. Ketika ini dia sedang mengandung tetapi masih lagi merokok? Apakah kesan merokok kepada dirinya dan bayi yang dikandungkan? Insan simpati, Johor. Syabas. Anda adalah seorang wanita yang amat prihatin. Isu peningkatan wanita merokok kembali menjadi topik hangat. Pelbagai faktor menjadi punca dan penyebab kepada pertambahan golongan hawa ini merokok. Faktor fizikal merupakan penyebab utama. Alasannya yang tidak munasabah di kalangan wanita yang menganggap bahawa merokok dapat mengurangkan berat badan. Ada antara mereka percaya bahawa merokok juga boleh mengawal selera makan. Selain itu, faktor psikologi yang dikaitkan dengan merokok ialah dapat menangani perasaan rendah diri dengan cara mengasingkan diri dari orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri gundah gulana. Manakala
  • 4. faktor lain pula ialah faktor persekitaran dan sosial. Golongan muda lebih terpengaruh dengan pengaruh luar dan rakan sebaya yang menyumbang untuk merokok. Ada juga yang mengikut arus semasa yang berpendapat golongan wanita hari ini mempunyai persamaan taraf dengan golongan lelaki. Mereka percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Bagi mereka, adalah menjadi suatu kebanggaan dan kehebatan jika seseorang wanita boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh kaum lelaki. Merokok bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada wanita itu sendiri. Malahan ia juga dapat memudaratkan bayi yang dikandung. Kepentingan gaya hidup ibu-ibu yang hamil seperti merokok tidak boleh dipandang remeh. Wanita hamil yang merokok lebih banyak melahirkan bayi yang meninggal dunia bila dibandingkan dengan wanita hamil yang bukan perokok. Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita perokok lebih sering meninggal pada bulan-bulan pertama kehidupannya. Dalam daun tembakau umumnya terdapat 1-3 peratus dadah nikotin. Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin. Asap daripada setiap batang rokok mengandungi tar asapdan apabila meluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan penyakit kanser. Nikotin akan menyebabkan ketagihan dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen. Tambahan lagi, nikotin juga boleh berpindah kepada bayi secara langsung melalui susu badan. Bahaya merokok boleh memberi kesan kepada pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta, peningkatan kadar kematian janin (semasa peringkat perinatal), kecacatan kepada bayi seperti kecacatan kepada bibir dan lelangit (cleft lip dan palate), peningkatan risiko untuk mengalami sawan, kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan), keguguran, penurunan berat badan bayi sebanyak 150-200 gram dan perkembangan sistem saraf yang tidak normal. Bayi juga berisiko tinggi untuk mendapat asma dan sindrom kematian bayi mengejut (cot death). Kesemua risiko di atas lebih besar kemungkinan berlaku ke atas wanita atau ibu yang merokok berbanding dengan yang tidak merokok. Alangkah tidak adilnya jika wanita yang merokok yang memilih untuk menderita juga ‘mendera’ bayi dalam kandungannya. Jika bayi ini terus hidup, tempoh penderitaan bayi tersebut mungkin akan berpanjangan. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz2kaQo4Fl1 © Utusan Melayu (M) Bhd Rokok ancam janin Oleh: Dr. Mohd Izham Mohd Ibrahim Sumber: Utusan Malaysia, Sabtu, 7 Jun, 1997 MASALAH merokok di kalangan wanita di negara ini adalah tidak ketara jika dibandingkan dengan peratusan wanita yang merokok di negara-negara maju. Bagaimanapun tahap permasalahan ini di Malaysia perlu dikenal pasti terutamanya di kalangan wanita yang hamil kerana ia boleh membahayakan bukan sahaja kepada ibu malah boleh memburukkan keadaan janin dalam kandungannya. Fakta-fakta jelas mengatakan bahawa rokok boleh meracuni dan memudaratkan janin atau bayi yang akan dilahirkan. Tahap kesihatan persekitaran dalam rahim (intrautein) adalahamat penting kepada kesejahteraan bayi dalam kandungan. Kepentingan gaya hidup ibu-ibu yang hamil (seperti merokok) tidak boleh dipandang remeh. Wanita hamil yang merokok lebih banyak melahirkan bayi yang mati bila dibandingkan dengan wanita hamil yang bukan perokok.
  • 5. Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita perokok lebih sering meninggal pada bulan-bulan pertama kehidupannya. Dalam daun tembakau umumnya terdapat 1-3 peratus dadah nikotin. Nikotin sememangnya bahan racun dan digunakan sebagai agen pembasmi makhluk perosak. Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin. Asap dari setiap batang rokok mengandungi tar asap yang apabila termeluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan barah, nikotin akan menyebabkan ketagihan, dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen. Tambahan lagi, nikotin juga boleh berpindah kepada bayi secara langsung melalui susu badan. Di antara akibat kesan toksik merokok terhadap janin yang telah dibuktikan oleh kajian-kajian ditunjukkan di dalam jadual di bawah. Jadual 1 : Kesan bahaya rokok terhadap janin • Perencatan pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta. • Peningkatan kadar kamatian janin (perinatal). • Kecacatan kepada bayi seperti kecacatan kepada bibir dan palate (`cleft lip dan palate') • Peningkatan risiko untuk mengalami sawan. • Kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan) • Keguguran • Penurunan berat badan bayi sebanyak 150-200 gm • Perkembangan sistem saraf yang tidak normal (contoh: strabismus) • Berisiko tinggi untuk mendapat lelah/asma • Sindrom kematian bayi mengejut • Semua kesan di atas lebih besar kemungkinan berlaku ke atas wanita atau ibu yang merokok berbanding dengan yang tidak merokok. Alangkah tidak adilnya jika wanita yang merokok yang memilih untuk menderita juga `mendera' kandungannya. Jika bayi ini terus hidup, tempoh penderitaan bayi tersebut mungkin berpanjangan. Rancangan kaedah pencegahan harus ditumpukan kepada kanak-kanak dan remaja. Proses ini memerlukan kombinasi penyelidikan yang terperinci mengenai masalah merokok di kalangan ibu-ibu yang mengandung dan kesannya kepada janin serta bayi yang dilahirkan, dan pendidikan yang berkesan kepada masyarakat tentang bahaya merokok. Program penerangan mengenai bahaya merokok perlu dijalankan di awal lawatan prenatal. Setiap wanita yang hamil harus berhenti merokok terutamanya semasa hamil dan dalam tempoh tahun pertama selepas bayi dilahirkan. Bahaya rokok bukan sahaja memudaratkan si ibu malah turut membahayakan anaknya. Setiap individu dan agensi seperti Kementerian Kesihatan, organisasi bukan kerajaan, dan penduduk tempatan mesti bertanggungjawab serta menggembeling tenaga serta kepakaran untuk mengenal pasti punca masalah dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah ini. Jika
  • 6. anda mengandung dan masih merokok, berhentilah sekarang! Sesiapa yang ingin mendapatkan naskhah percuma buletin umum dari Pusat Racun Negara sila hantar sampul surat (6" x 9") bersetem 40 sen dan beralamat sendiri kepada Pengarah, Pusat Racun Negara, USM, 11800 Minden, Pulau Pinang. Artikel Penuh: http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=438 © Utusan Melayu (M) Bhd Bakal ibu usah abai asid folik 84 0 Google + 2 1 0 Cetak Oleh Siti Zarinah Sahib “IBU mengandung kena makan dua kali ganda kerana untuk dua orang, satu untuk ibu dan satu untuk bayi dalam kandungan.”
  • 7. Seringkali kita mendengar ayat ini diucapkan terutama bagi wanita yang baru pertama kali mengandung. Kadangkala ia mungkin diluahkan sekadar untuk bergurau, namun daripada segi konsep matematiknya, seakan-akan ada logiknya. Bagaimana pula daripada segi diet serta pemakanan sebenar untuk ibu hamil? Ramai wanita terutama yang baru pertama kali hamil mengajukan pelbagai soalan mengenai makanan boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana mereka berasakan perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar sedangkan pada trimester pertama, makan adalah untuk menambah tenaga dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri. Namun, bagi ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu makan dalam jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan supaya bayi mendapat zat mencukupi manakala ibu tetap bertenaga sepanjang tiga bulan pertama. Alahan ketika mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening, perut sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku terutama ketika bangun tidur, namun bagi wanita yang bernasib baik mereka langsung tiada alahan. Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya alahan wanita hamil disebabkan perubahan fizikal dan hormon pada badan. Kebanyakan wanita yang mengalami alahan akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti kerana alahan yang terlalu teruk. Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun, bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan pula, ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan dan mengalami pening, dahaga dan air
  • 8. kencing sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini, anda memerlukan rawatan segera. Biasanya doktor akan menambah cecair dalam badan dan makanan tambahan melalui drip. Bagi mengurangkan penghidratan, ibu hamil dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi menggantikan kehilangan bendalir. Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang dan ubi serta mengelak makanan mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng. Bagi yang alah kepada baubauan, elakkan aneka aroma yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. Makan sedikit, tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah dengan teruk. Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor. Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung. Ini kerana asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku. Asid folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil. Sumber asid folik juga boleh diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu,
  • 9. cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin. Pada trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang menganggap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Dengan itu ada yang menambah pengambilan makanan mungkin daripada tiga kali sehari kepada lima kali sehari dalam jumlah yang banyak. Namun sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang lebih penting adalah jenis makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan. Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari perlu diperoleh daripada makanan berkhasiat supaya boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi. Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi. Sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak, diet yang sihat merangkumi semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. INFO: Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:  Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.
  • 10.  Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.  Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.  Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.  Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit. Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga). Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:  Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi.  Berkhasiat untuk kesihatan bayi.  Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.
  • 11. Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:  Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.  Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.  Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.  Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar. Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/09 Artikel Penuh: http://www.hmetro.com.my/articles/Bakalibuusahabaiasidfolik/Article/