SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 34
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Berkuat kuasa mulai Jun 2011
KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2
2. Falsafah Pendidikan Guru 2
3. Model Konseptual Pendidikan Guru 3
4. Jadual Pelaksanaan BIG PPG 6
5 Pengenalan Program Bina Insan Guru 6
6. Matlamat dan Objektif Program BIG PPG 14
7. Objektif Modul Pelaksanaan BIG PPG 15
8. Jawatankuasa Pelaksanaan dan Bidang Tugas 16
9 Struktur Ahli Jawatankuasa Kerja 17
10. Jadual Pelaksanaan Program BIG PPG 19
11. Panduan dan Prosedur Pelaksanaan 20
12. Peraturan dan Arahan Tetap Program Perkhemahan BIG PPG 25
13. Prosedur Keselamatan BIG PPG 25
14. Panel Modul 33
10JAN2012-IPGKIPTI MK 2
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 3
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU
Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah
Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah
di bawah:
Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri,
kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan
seperti berikut:
10JAN2012-IPGKIPTI MK 4
ROHANI
Kemahiran
Pengetahuan Nilai
INTELEK EMOSI
KEMASYARAKATANKENDIRI
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU
KETUHANAN
JASMANI
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Ketuhanan :Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya
dan patuh kepada ajaran agama.
Kemasyarakatan :Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan.
Kendiri :Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya
ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.
Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru
berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan
kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai
keguruan.Kurikulum Bina Insan Guru Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP ) digubal dengan
mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang
diperjelas seperti berikut:
Pengetahuan: Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan ilmu bidang pengajian, teori
pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta sumber
berkaitan bidang pengajian.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 5
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Kemahiran : Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan ilmu dan kemahiran dalam
pelaksanaan pengajaran pembelajaran; dan keupayaan memindahkan pengetahuan dan kemahiran
yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar.
Nilai : Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan
patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat serta memiliki dan menampilkan
nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika
Keguruan Malaysia.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 6
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
JADUAL PELAKSAAN BINA INSAN GURU
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )
Peringkat
Semester
Perlaksanaan
Pro Forma Kursus
Jumlah
Jam
Catatan
1 2 dan 3 WAJ 3114 ( Perkhemahan 1 )
Pro Forma Fasa 1 ( 45 Jam )
A. Aktiviti di IPG ( IPG Based )
• Taklimat Umum BIG ( 1 Jam )
• Taklimat Perkhemahan ( 1 Jam )
• Taklimat Keselamatan di air ( 1 Jam )
• Taklimat LDK ( 2 Jam )
1
1
1
2
5 • Taklimat
dilaksanakan di
IPG oleh
Pensyarah
kepada pelajar
PPG
• ( 1 pensyarah :30
pelajar )
B. Kem Kepimpinan – perkhemahan 2H1M ***
• Mendirikan khemah
• Malaysia Cergas
• Latihan Dalam Kumpulan
• Kembara / Orienteering
• Tazkirah dan Moral
• Persembahan Kumpulan
• Refleksi
• Pelaporan
• Refleksi
• Persediaan
Perkhemahan
2
2
2
3
3
3
3
2
5
5
10
15
40 Dilaksanakan di
sekolah
( school based )
***Semua aktiviti ini
hendaklah
diuruskan/dijalankan
oleh pelajar PPG
semasa
perkhemahan
10JAN2012-IPGKIPTI MK 7
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Peringkat
Semester
Perlaksanaan
Pro Forma Kursus
Jumlah
Jam
Catatan
2 4 dan 5 WAJ 3114 ( Ceramah / Aktiviti Kemasyarakatan )
Pro Forma Fasa 2 (10 Jam )
1. Ceramah
A. Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang ( kumpulan sasaran - rakan
sejawat )
i. Guru sebagai insan mulia
ii. Kualiti peribadi dan profesionalisma seorang guru.
iii. Pembelajaran berterusan dan seluas hayat.
B. Guru dan Hubungan Komuniti ( kumpulan sasaran - masyarakat
setempat )
i. Cabaran guru merealisasikan pendemokrasian pendidikan.
ii. Guru sebagai agen perubahan masyarakat.
iii. Hubungan sekolah dan komuniti ke arah pembangunan
pendidikan.
C. Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme ( kumpulan sasaran - rakan
sejawat )
i. Pembinaan semula sikap ke arah perkhidmatan pendidikan
bertaraf dunia
ii. Guru reflektif menjana keberkesanan tugas.
iii. Etika dan moral profesional.
iv. Dasar dan wawasan pendidikan dan implikasinya kepada
peranan dan tanggungjawab guru.
3
• Dilaksanakan di
sekolah ( school
based )
• Pelajar PPG
boleh memilih
tajuk A, B atau C
untuk
dilaksanakan
10JAN2012-IPGKIPTI MK 8
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Peringkat
Semester
Perlaksanaan
Pro Forma Kursus
Jumlah
Jam
Catatan
2. Aktiviti Kemasyarakatan
A. Khidmat sosial ( sasaran adalah murid sekolah )
i. khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital,
rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas dan lain-
lain)
ii. bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam)
iii. gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah
ibadat, pusat-pusat komuniti, khidmat kebajikan dan lain-
lain).
7 • Dilaksanakan di
sekolah ( school
based ) atau
persekitaran
setempat.
• Pelajar PPG
boleh memilih
tajuk i, ii atau iii
untuk
dilaksanakan
WAJ 3114 ( Bengkel / Aktiviti Kemasyarakatan )
Pro Forma Fasa 3 (10 Jam )
1. Bengkel ( kumpulan sasaran - murid sekolah )
• Bengkel Etiket dan Sosial
i. Pengucapan awam
ii. Kesantunan berbahasa
iii. Tertib / adab di meja makan
iv. Pengendalian Majlis
v. Etika berpakaian
3 • Dilaksanakan di
sekolah ( school
based )
• Pelajar PPG
boleh memilih
sekurang-kurang
SATU tajuk untuk
dilaksanakan
2. Aktiviti Kemasyarakatan ( kumpulan sasaran – murid )
1. Khidmat kepada komuniti
i. Kelas tambahan
ii. Klinik subjek bimbingan / pembelajaran
iii. Kempen kesedaran ( AADK, ASNB dan sebagainya )
7 • Dilaksanakan di
sekolah ( school
based )
• Pelajar PPG
boleh memilih
sekurang-kurang
SATU tajuk untuk
dilaksanakan
10JAN2012-IPGKIPTI MK 9
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Peringkat
Semester
Perlaksanaan
Pro Forma Kursus
Jumlah
Jam
Catatan
WAJ3114 ( Perkhemahan II / Khidmat Kemasyarakatan / Kem
Motivasi dan Bimbingan )
Pro Forma Fasa 4
1. Perkhemahan II - 3H2M ( kelas bimbingan / motivasi )
a. Penyediaan tapak
b. Interaksi dengan komuniti setempat
c. Aktiviti kerohanian / moral
d. Kem Motivasi / kerjaya / Kem Akil Baligh / Kem Solat / Kem Pintar
Cerdas
e. Malaysia Cergas dan patriotik
f. Latihan Dalam Kumpulan ( LDK )
i. Reengineering – interpersonal
ii. EIC (Emotional & Spiritual Competency -interpersonel)
35 • Dilaksanakan di
sekolah ( school
based )
• 3H2M
***Semua aktiviti ini
hendaklah
diuruskan/dijalankan
oleh pelajar PPG
semasa
perkhemahan
g. Jenis Khidmat Masyarakat –
i. Khidmat sosial (khidmat sosial dan kebajikan (rumah
kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan
warga emas)
ii. gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah
ibadat, pusat-pusat komuniti, dan khidmat kebajikan).
iii. Bantuan bencana bantuan bencana (banjir, kebakaran,
bencana alam)
• Dilaksanakan di
sekolah ( school
based ) atau
masyarakat
setempat.
• Pelajar PPG
boleh memilih
sekurang-kurang
satu jenis khidmat
masyarakat untuk
dilaksanakan
3 6 WAJ3114 ( Bengkel / Lawatan Benchmarking-Sekolah Cemerlang
) Pro Forma Fasa 5 ( 10 Jam )
10JAN2012-IPGKIPTI MK 10
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Peringkat
Semester
Perlaksanaan
Pro Forma Kursus
Jumlah
Jam
Catatan
1. Bengkel – ( kumpulan sasaran rakan sejawat )
a. Guru dan Perundangan ( Akta Kanak-kanak )
b. Standard Guru Malaysia ( SGM )
c. Akta 550 / Akta Pendidikan
d. Surat Pekeliling Ikhtisas / Perkhidmatan / Perintah Am Perkhidmatan
e. NKRA
3 • Dilaksanakan di
sekolah ( school
based )
• Pelajar PPG
boleh memilih
sekurang-kurang
satu tajuk untuk
LADAP di
sekolah.
2. Lawatan Benchmarking ( sasaran murid sekolah )
a. Lawatan ke sekolah cemerlang ( sekolah harapan Negara / Sekolah
Cluster / Sekolah Amanah / Sekolah Bestari / Sekolah Wawasan /
Sekolah Berprestasi Tinggi )
i. Ciri-ciri kepimpinan (jenis kepimpinan )
ii. Pengurusan ( sistematik, misi sekolah, visi sekolah )
iii. Iklim sekolah / Budaya sekolah
iv. Infrastruktur / Infostruktur Kurikulum
7 • Dilaksanakan di
sekolah ( school
based ) dan
berdekatan
dengan sekolah
anda.
WAJ3114 ( Bengkel / Lawatan Benchmarking-Guru Cemerlang )
Pro Forma Fasa 6 ( 10 Jam )
1. Lawatan Benchmarking – ( kumpulan sasaran - kumpulan pelajar PPG )
a. Inovasi pedagogi Guru Cemerlang
b. Amalan pengajaran dan pembelajaran Guru Cemerlang
c. Ciri-ciri Profesionalisme dan Komitmen Guru Cemerlang
Laporan dan Penilaian Reflektif
7 • Pelajar PPG
secara
berkumpulan
dalam sesebuah
daerah
melakukan
lawatan
Benchmarking
10JAN2012-IPGKIPTI MK 11
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Peringkat
Semester
Perlaksanaan
Pro Forma Kursus
Jumlah
Jam
Catatan
2. Bengkel
a. Refleksi WAJIB BIG Peringkat 1 hingga 3
b. Majlis Penutupan BIG PPG peringkat IPG
3 Dilaksanakan di IPG
dengan pensyarah /
jurulatih
• ( 1 pensyarah :30
pelajar )
10JAN2012-IPGKIPTI MK 12
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
PROGRAM BINA INSAN GURU
BAGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )
1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU
Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan
dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi
menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan
intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan
teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat
negara.
YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia
ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik,
menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika
dan moral yang tinggi.
Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen
untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan
profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 13
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru
yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program
ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan dalam
tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing –masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang,
pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran
pendidikan dan arus globalisasi.
Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah
dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di
kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul
ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).
10JAN2012-IPGKIPTI MK 14
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG
Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-
nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun
Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha
berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan
guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Peringkat 1- Perkhemahan I ( 45 Jam ) yang
akan dilaksanakan pada semester ke dua dan ke tiga. 5 jam pertama di laksanakan di IPGK dan 40 jam lagi dilaksanakan
secara berasaskan sekolah ( school based ). Fokus aktiviti Peringkat 1 ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:
1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza.
2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti
3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya
keguruan.
5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri
yang sesuai.
6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan sosial.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 15
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara
berkumpulan.
9. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil
tindakan penambahbaikan secara berterusan
3. OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIG PPG
Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
a. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG PPG di Institut Pendidikan Guru di Malaysia
b. Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG PPG di Institut Pendidikan Guru
di Malaysia
c. Memastikan pelaksanaan BIG PPG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan.
.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 16
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
4. CADANGAN JAWATANKUASA PELAKSANA PERINGKAT SEKOLAH DAN BIDANG TUGAS
Struktur Jawatankuasa Program Bina Insan Guru PPG ( MENGIKUT KEPERLUAN AKTIVITI )
Pengerusi : Guru Pelatih PPG
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan KK
Setiausaha : Pelajar PPG ( Program Pensiswazahan Guru )
Bendahari : ( Lantikan sekolah )
Ahli Jawatankuasa :
i. Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral
ii. Pengerusi Jawatankuasa Peralatan
iii. Pengerusi Jawatankuasa Makanan
iv. Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti
v. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan
10JAN2012-IPGKIPTI MK 17
Dilantik mengikut keperluan aktiviti
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
SENARAI TUGAS PELAJAR PPG UNTUK
PERLAKSANAAN PERINGKAT 1 BIG - PERKHEMAHAN
Bil Jawatan Bidang Tugas
1. Pelajar PPG • Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan BIG PPG
• Mengadakan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan aktiviti.
• Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi luar yang terlibat
• Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG PPG
• Menyediakan laporan penilaian BIG PPG
• Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program
• Menyediakan anggaran perbelanjaan BIG PPG.
• Menyediakan laporan kewangan pelaksanaan BIG PPG
• Mengendalikan aktiviti kerohanian / moral
• Mengenalpasti fasilitator aktiviti kerohanian / moral
• Menyediakan dan memastikan semua peralatan perkhemahan boleh digunakan.
• Menyediakan peralatan memasak
• Menyediakan peralatan siaraya
• Menyediakan bahan alat tulis
• Menyediakan peralatan komunikasi
• Menyediakan peralatan kembara dan orienteering
• Mengawasi kuantiti bekalan makanan
• Menyediakan menu makanan
• Mengawasi kebersihan penyediaan makanan dan mengawal mutu penyediaan makanan
• Memberi taklimat kepada semua jurulatih dan jawatankuasa.
• Menyelaraskan semua aktiviti sepanjang perkhemahan.
• Mengadakan mesyuarat “O Group” setiap malam
• Memastikan semua aktiviti sepanjang perkhemahan berjalan mengikut jadual.
• Sentiasa berada di tapak perkhemahan.
• Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan jurulatih dan peserta
• Menjadi pegawai perhubungan dengan pihak luar sepanjang perkhemahan
• Menjadi pegawai pengiring ”LO” kepada VIP semasa perasmian penutup
10JAN2012-IPGKIPTI MK 18
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Bil Jawatan Bidang Tugas
• Merancang dan mengendali aktiviti
• Memilih dan menentukan jurulatih / fasilitator mengikut kepakaran.
• Menjadi tempat rujuk bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti.
• Memastikan pelaksanaan aktiviti mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan
• Menyediakan peralatan kecemasan dan ubat-ubatan
• Menguruskan pengangkutan peserta ke tapak perkhemahan
• Menguruskan insuran peserta
• Menyediakan kawasan selamat bagi setiap program BIG PPG
• Dan lain-lain yang difikirkan perlu.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 19
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) PERINGKAT 1
Hari/
Masa
1.00 – 2.00 petang 2.00 – 4.00 petang
4.00
4.30 4.30 – 6.30 petang
6.30 –
8.00 malam
9.00
11.00
Hari 1
Taklimat Penyediaan Tapak
Perkhemahan, Ikatan asas &
mendirikan khemah
Penyediaan dan
mendirikan khemah
Solat Zohor
Rehat
Taklimat Keselamatan /
Panduan Ketika Kecemasan
dan Asas bantu Mula
Pengurusan Diri,
Solat dan Tazkirah
" Ice
Breaking "
Hari /
Masa
5.30 –
6.30 pagi
6.30 – 7.30
pagi
8.00 –
10.00
pagi
10.00 –
10.30
pagi
10.30 –
12.30
tengahari
12.30 – 2.00
petang
2.00 –
5.00
petang
5.00 –
6.00
petang
6.00 –
8.00
mlm
8.00 – 11.00
mlm
Hari 2
Qiyamullai/tazkirah/Moral
MalaysiaCergas/Menaikkan
Bendera/LaguNegaraku
Aktiviti
KUDAPAN
Aktiviti
Rehat / Solat .
Makan
Aktiviti
Rehat /
Solat
Makan
Malam
Aktiviti
Malam
kebudayaan
Hari 3
Majlis
Penutupan
Rasmi /
Menurunkan
Khemah dan
Pembersihan
Kawasan
Bersurai
10JAN2012-IPGKIPTI MK 20
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
PANDUAN DAN PROSEDUR PELAKSANAAN
1. PERANCANGAN AWAL DAN PERSEDIAAN PROGRAM
Program BIG PPG akan menjadi satu aktiviti yang sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan dibuat
dengan teliti dan sistematik. Oleh sebab itu, pelajar PPG perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan
dalam mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan.
Antara perkara yang perlu diuruskan ialah:
a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja
b. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak sekolah untuk tujuan kelulusan
c. Memilih dan menentukan lokasi program
d. Merancang pengisian aktiviti.
e. Merancang perbelanjaan
f. Memberi taklimat dan merancang latihan asas kepada murid-murid / peserta taklimat kepada jurulatih /
fasilitator dan urusetia
g. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan
h. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan
10JAN2012-IPGKIPTI MK 21
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
2. TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN
SEBELUM AKTIVITI PERINGKAT 1
Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan
1. Taklimat Pertama Program BIG
PPG Kepada Pelajar
A. Taklimat Umum BIG
a. Rasional BIG PPG
b. Objektif BIG PPG
c. Model Konseptual BIG PPG ( Rujuk
pro Forma Fasa 1 hingga 6 BIG
PPG)
d. Struktur Organisasi
B. Taklimat Perkhemahan
a. Panduan pelaksanaan perkhemahan
( rujuk Buku Panduan Pelaksanaan )
b. Penulisan Refleksi / Folio
c. Persiapan awal
d. Etika Peserta BIG PPG
e. Keadaan Fizikal
f. Peralatan
g. Status Kesihatan
h. Kuatermaster makanan
i. Kuatermaster peralatan
j. Kebajikan dan Keselamatan
k. Jadual Pelaksanaan
C. Taklimat Keselamatan di air
a. Teori keselamatan di air
b. Arahan, ciri dan dan langkah
keselamatan di air
• Diadakan di IPG
• Dikendalikan oleh Penyelaras
Program BIG PPG IPG
• Bahan-bahan taklimat
 VCD dan LCD
 Bahan bercetak
10JAN2012-IPGKIPTI MK 22
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
D. Taklimat LDK
a. Taklimat dan panduan pelaksanaan
LDK.
b. Cara dan pengendalian LDK
c. Bentuk-bentuk permainan LDK
2. Mesyuarat Perancangan
Pelaksanaan BIG PPG
Perancangan Pelaksanaan Program
i. Lokasi Program
ii. Tarikh Program
iii. Lawatan Tapak
iv. Perhubungan luar
v. Peralatan
vi. Pembahagian tugas Kem Komander
/Jurulatih / Fasilitator
vii. Kos
viii. Kebajikan / makanan
• Pelajar PPG dengan
Jawatankuasa Pelaksana BIG
PPG peringkat sekolah.
SEMASA AKTIVITI PERINGKAT 1
Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan
1. Taklimat kepada peserta
program
i. Memperkenalkan Jurulatih / Fasilitator
Siri BIG PPG kepada peserta.
ii. Pembahagian Tugas kepada peserta
iii. Keadaan Fizikal
iv. Peralatan
v. Status Kesihatan
vi. Kuatermaster makanan
vii. Kuatermaster peralatan
viii. Kebajikan dan Keselamatan
ix. Jadual Pelaksanaan
x. Pergerakan Aktiviti
• Urusan pelajar PPG
10JAN2012-IPGKIPTI MK 23
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
xi. Disiplin Peserta
xii. Peraturan Perkhemahan
xiii. Jadual Aktiviti
xiv. Pembahagian Nombor Peserta
(Numbering).
2. Pelaksanaan Aktiviti i. Arahan tetap yang merangkumi
prosedur sebelum aktiviti.
ii. Melaksanakan semua komponen dalam
jadual
iii. Penilaian dan penulisan refleksi
Urusan pelajar PPG
3. Penutup Aktiviti i. Protokol acara penutup siri BIG PPG
ii. Perbarisan
iii. Ucapan VVIP
Urusan pelajar PPG
4. Tindakan sebelum perjalanan
pulang
1. Membersihkan peralatan dan kawasan
perkhemahan.
2. Memastikan peralatan adalah dalam
keadaan yang baik.
3. Pemulangan peralatan dengan amaun
yang sama.
4. Menyusun peralatan.
Urusan pelajar PPG
SELEPAS AKTIVITI PERINGKAT 1
Bil Perkara Isi Kandungan
Tindakan
1. Tindakan Selepas Aktiviti 1. Membuat refleksi / laporan
perlaksanaan BIG PPG
2. Menyediakan dokumentasi audio/video
Penyelaras Program BIG
PPG IPG
10JAN2012-IPGKIPTI MK 24
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
SELEPAS AKTIVITI PERINGKAT 1
untuk tujuan pelaporan dan penilaian
( Rujuk Pentaksiran BIG PPG )
3. Menyiapkan portfolio.
4. Surat Penghargaan kepada agensi
yang membantu program BIG PPG (cth:
Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba
dan Penyelamat, , Jabatan Laut / Marin,
Penghulu) – jika perlu.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 25
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM BIG PPG
Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya
program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.
Peraturan dan arahan tetap yang dikendalikan oleh pelajar PPG kepada peserta adalah seperti berikut:
1. Mematuhi arahan, jadual aktiviti dan penglibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG PPG.
2. Hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain.
3. Hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan
4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk
waktu solat.
5. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan.
6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau
memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)
7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.
8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.
9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar.
10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.
11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang
perkhemahan adalah ditegah.
12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang
memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan.
13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 26
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.
15. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 11.00 malam.
16. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.
17. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan.
18. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.
19. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.
20. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.
21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator.
22. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.
23. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.
24. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan /
Urusetia.
PERINGATAN
• Pelajar PPG dikehendaki berada bersama pelajar dari mula sehingga tamat aktiviti perkhemahan dan pada setiap
aktiviti yang dijalankan.
• Kenderaan kecemasan perlu disediakan dan berada sepanjang masa di kawasan perkhemahan.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 27
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
SPESIFIKASI TAJUK BINA INSAN GURU PPG
PERINGKAT 1
TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI
1. Aktiviti di IPG • Taklimat umum BIG
• Taklimat perkhemahan
• Taklimat keselamatan di air
• Taklimat LDK
5 Jam
2. Mendirikan Khemah • Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas
• Pembinaan khemah, penyediaan dan penyajian
makanan
• Pembubaran khemah
40 jam.
3. Malaysia cergas dan patriotik. • Nyanyian patriotik
• Menaikkan bendera
• Kawad kaki
• Senamrobik / aktiviti kalistenik
4. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Cadangan tajuk dan aktiviti LDK
• Ice Breaking
• Personaliti Guru dan Konflik Personaliti
• Realiti persekitaran
• Realiti diri dan motivasi keguruan
10JAN2012-IPGKIPTI MK 28
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI
• Perubahan sikap
• Pembinaan self –esteem
Catatan:
Pelajar PPG boleh memilih tajuk-tajuk atau aktiviti LDK
selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan
peserta.
5. Kembara dan Orienteering Cadangan aktiviti semasa kembara dan orienteering.
• Berjalan lasak
• Aktiviti penghayatan alam
• Pengenalan arah mata angin / kiblat
• Penyelesaian masalah berkaitan dengan bila berlaku
kecemasan / kecederaan.
• Permainan " Tresure-hunt"
Catatan:
Pelajar PPG boleh memilih sebarang aktiviti selain di atas yang
bersesuaian dengan kursus dan peserta.
6. Tazkirah / aktiviti moral Cadangan tajuk-tajuk tazkirah / moral
 Aku Ingin Menjadi Anak Soleh
 Mencontohi Saidina Ali : Remaja Cemerlang
 Bila Quran berbicara " .....perihal kepimpinan.."
 Rasulullah Pemimpin Teladan
10JAN2012-IPGKIPTI MK 29
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI
Cadangan tajuk-tajuk moral
 Rakyat Cemerlang Negara Gemilang
 ( SAM ) Saya Anak Malaysia
 Pemimpin dan Kepimpinan
 Malaysia Negaraku Tercinta
Catatan:
Pelajar PPG boleh memilih sebarang tajuk tazkirah / moral
selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta.
7. Persembahan kumpulan • Pembahagian tajuk persembahan
• Perlantikan hakim persembahan
• Mengumumkan keputusan
8. Refleksi • Refleksi aktiviti
• Refleksi umum
10JAN2012-IPGKIPTI MK 30
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
PROSEDUR KESELAMATAN BIG PPG PERINGKAT 1
SEBELUM AKTIVITI
1. Pelajar PPG
a. Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga.
b. Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB.
c. Taklimat pelaksanaan BIG PPG Jurulatih, dan semua AJK.
d. Taklimat pelaksanaan BIG PPG peserta / pelajar
e. Memilih & Memastikan tapak perkhemahan
f. Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan
g. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Polis,Bomba dan Penyelamat dan hospital
terdekat
h. Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas
i. Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut
j. Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama
k. Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG PPG
l. Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik
m. Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan
10JAN2012-IPGKIPTI MK 31
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
SEMASA AKTIVITI
1. KEM KOMANDAN
a. Tiba lebih awal di tapak perkhemahan
b. Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan eletrik
c. Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak perkhemahan sebelum memulakan aktiviti
d. Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar
e. Taklimat kepada peserta/ pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan
f. Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan
g. Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini / waktu
kecemasan
2. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN
a. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti
b. ”Head Count” untuk memastikan semuanya selamat
c. Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan
d. Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatan
e. Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada kem komandan
f. Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat
g. Memberi penerangan tentang keselamatan diri
h. Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktiviti
i. Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti
10JAN2012-IPGKIPTI MK 32
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
SELEPAS AKTIVITI
1. KEM KOMANDAN
a. Menerima Laporan ketua jurulatih
b. Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan
c. Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan
d. Menerima Laporan Kuarter Master Makanan
e. Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari.
f. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1hari selepas perkhemahan
g. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik
h. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG PPG contoh Polis,
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Hutan dan lain-lain lagi
i. Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian.
j. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan perkhemahan dihantar kepada mentor kuliah
berkenaan di IPG masing-masing ( Mesti dihantar pada interaksi bersemuka berikutnya )
10JAN2012-IPGKIPTI MK 33
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
AHLI PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIAN
BUKU PANDUAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG
JULAI 2011
Bil. Nama Jabatan / Institut
1 Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd,Rashid Penyelaras Pengarah
Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM
2
Tuan Haji Ust.Aleas bin Mat Isa Pen.Penyelaras Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM
3
En.Baharuddin bin Ab. Latiff Pen.Penyelaras Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM
4
En. Ahmad Sukri b. Mustaffa Ahli IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman
5
Tuan Haji Ruslan bin Saad Ahli IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman
5
En. Mohamad Hafedz b. Salleh Ahli IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman
7
En. Hishamuddin bin Hassan Ahli
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT
8
En.Zakaria bin Mustaffa Ahli
IPG Kampun Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
9 Tuan Haji Norhizan b. Zainol Ahli IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT
10 En.Zulkapli bin Wagini Ahli IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
10JAN2012-IPGKIPTI MK 34

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Suplemen kb 2 modul pedagogik strategi pembelajaran top
Suplemen kb 2 modul pedagogik strategi pembelajaran topSuplemen kb 2 modul pedagogik strategi pembelajaran top
Suplemen kb 2 modul pedagogik strategi pembelajaran topIstna Zakia Iriana
 
C1 pedoman ekstrakurikuler.iis
C1 pedoman ekstrakurikuler.iisC1 pedoman ekstrakurikuler.iis
C1 pedoman ekstrakurikuler.iisIis Nurhayati
 
02. panduan bimtek
02. panduan bimtek02. panduan bimtek
02. panduan bimtekNawang Wulan
 
K01947 20180426221838 k4 kepimpinan dan organisasi bhg_a
K01947 20180426221838 k4 kepimpinan dan organisasi  bhg_aK01947 20180426221838 k4 kepimpinan dan organisasi  bhg_a
K01947 20180426221838 k4 kepimpinan dan organisasi bhg_aJANGAN TENGOK
 
Mpu2062 bina insan guru
Mpu2062 bina insan guruMpu2062 bina insan guru
Mpu2062 bina insan guruRohana Khalid
 
Strategi-strategi Pengembangan Jasmani, Olahraga, dan Kesehatan PDBK
Strategi-strategi Pengembangan Jasmani, Olahraga, dan Kesehatan PDBKStrategi-strategi Pengembangan Jasmani, Olahraga, dan Kesehatan PDBK
Strategi-strategi Pengembangan Jasmani, Olahraga, dan Kesehatan PDBKSumber Belajar PPPPTK TK dan PLB
 
Kokurikuler
KokurikulerKokurikuler
KokurikulerMuhtrii7
 
Cara meningkatkan 4_kompetensi_pada_guru
Cara meningkatkan 4_kompetensi_pada_guruCara meningkatkan 4_kompetensi_pada_guru
Cara meningkatkan 4_kompetensi_pada_gurumacilpecil
 
Profesi keguruan (presentasi final)
Profesi keguruan (presentasi final)Profesi keguruan (presentasi final)
Profesi keguruan (presentasi final)Nurul Cahaya Hatimu
 
Dokumen 1 sd impian
Dokumen 1 sd impianDokumen 1 sd impian
Dokumen 1 sd impianNawang Wulan
 
Lampiran permendikbud-no-105-tahun-2014
Lampiran permendikbud-no-105-tahun-2014Lampiran permendikbud-no-105-tahun-2014
Lampiran permendikbud-no-105-tahun-2014Irma Muthiara Sari
 
Tugas Psikolog A Doni
Tugas Psikolog A DoniTugas Psikolog A Doni
Tugas Psikolog A Donidoniandriyana
 
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...ook lebung
 
Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...
Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...
Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...AGUS SETIYONO
 

Mais procurados (16)

Suplemen kb 2 modul pedagogik strategi pembelajaran top
Suplemen kb 2 modul pedagogik strategi pembelajaran topSuplemen kb 2 modul pedagogik strategi pembelajaran top
Suplemen kb 2 modul pedagogik strategi pembelajaran top
 
C1 pedoman ekstrakurikuler.iis
C1 pedoman ekstrakurikuler.iisC1 pedoman ekstrakurikuler.iis
C1 pedoman ekstrakurikuler.iis
 
Manajemen sekolah
Manajemen sekolahManajemen sekolah
Manajemen sekolah
 
02. panduan bimtek
02. panduan bimtek02. panduan bimtek
02. panduan bimtek
 
K01947 20180426221838 k4 kepimpinan dan organisasi bhg_a
K01947 20180426221838 k4 kepimpinan dan organisasi  bhg_aK01947 20180426221838 k4 kepimpinan dan organisasi  bhg_a
K01947 20180426221838 k4 kepimpinan dan organisasi bhg_a
 
Mpu2062 bina insan guru
Mpu2062 bina insan guruMpu2062 bina insan guru
Mpu2062 bina insan guru
 
Strategi-strategi Pengembangan Jasmani, Olahraga, dan Kesehatan PDBK
Strategi-strategi Pengembangan Jasmani, Olahraga, dan Kesehatan PDBKStrategi-strategi Pengembangan Jasmani, Olahraga, dan Kesehatan PDBK
Strategi-strategi Pengembangan Jasmani, Olahraga, dan Kesehatan PDBK
 
Kokurikuler
KokurikulerKokurikuler
Kokurikuler
 
Cara meningkatkan 4_kompetensi_pada_guru
Cara meningkatkan 4_kompetensi_pada_guruCara meningkatkan 4_kompetensi_pada_guru
Cara meningkatkan 4_kompetensi_pada_guru
 
Profesi keguruan (presentasi final)
Profesi keguruan (presentasi final)Profesi keguruan (presentasi final)
Profesi keguruan (presentasi final)
 
Dokumen 1 sd impian
Dokumen 1 sd impianDokumen 1 sd impian
Dokumen 1 sd impian
 
Lampiran permendikbud-no-105-tahun-2014
Lampiran permendikbud-no-105-tahun-2014Lampiran permendikbud-no-105-tahun-2014
Lampiran permendikbud-no-105-tahun-2014
 
Tugas Psikolog A Doni
Tugas Psikolog A DoniTugas Psikolog A Doni
Tugas Psikolog A Doni
 
Profesi keguruan
Profesi keguruanProfesi keguruan
Profesi keguruan
 
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
 
Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...
Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...
Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...
 

Destaque

Jadual Kandungan Kajian Tindakan
Jadual Kandungan  Kajian TindakanJadual Kandungan  Kajian Tindakan
Jadual Kandungan Kajian TindakanAmir Aiman Akashah
 
Social media @ Onlined
Social media @ OnlinedSocial media @ Onlined
Social media @ OnlinedMihai Stanciu
 
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pjeida Idahyunizah
 
แนวทางแก้ไขปัญหาความรับผิดของ อปท.
แนวทางแก้ไขปัญหาความรับผิดของ อปท.แนวทางแก้ไขปัญหาความรับผิดของ อปท.
แนวทางแก้ไขปัญหาความรับผิดของ อปท.ภัฏ พงศ์ธามัน
 
Hybrid format resume workshop
Hybrid format resume workshopHybrid format resume workshop
Hybrid format resume workshopJesseButler
 
Педагогический сюрприз.
Педагогический сюрприз.Педагогический сюрприз.
Педагогический сюрприз.Svetlana1973
 
Tatap muka 2 hidup yg sukses
Tatap muka 2  hidup yg suksesTatap muka 2  hidup yg sukses
Tatap muka 2 hidup yg suksesstephaniejessey
 
Bab i etika tanggung jwb bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
Bab i etika tanggung jwb bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016Bab i etika tanggung jwb bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
Bab i etika tanggung jwb bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016stephaniejessey
 
Pertemuan ii mankiw krugman
Pertemuan ii mankiw krugmanPertemuan ii mankiw krugman
Pertemuan ii mankiw krugmanstephaniejessey
 
Bab 9 ppt memotivasi karyawan - stephanie akuntansi A UNJ 2016
Bab 9 ppt memotivasi karyawan -  stephanie akuntansi A UNJ 2016Bab 9 ppt memotivasi karyawan -  stephanie akuntansi A UNJ 2016
Bab 9 ppt memotivasi karyawan - stephanie akuntansi A UNJ 2016stephaniejessey
 
Kekuatan impian Stephanie Akuntansi A UNJ 2016
Kekuatan impian Stephanie Akuntansi A UNJ 2016Kekuatan impian Stephanie Akuntansi A UNJ 2016
Kekuatan impian Stephanie Akuntansi A UNJ 2016stephaniejessey
 
Tatap muka 4 tujuan hidup orang kristen
Tatap muka 4 tujuan hidup orang kristenTatap muka 4 tujuan hidup orang kristen
Tatap muka 4 tujuan hidup orang kristenstephaniejessey
 
Kertas kerja program bulan matematik
Kertas kerja program bulan matematikKertas kerja program bulan matematik
Kertas kerja program bulan matematiksoulmoon
 
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)Amir Aiman Akashah
 
Como crear una blog en blogger marcony
Como crear una blog en blogger marconyComo crear una blog en blogger marcony
Como crear una blog en blogger marconymarcopapa
 

Destaque (18)

Jadual Kandungan Kajian Tindakan
Jadual Kandungan  Kajian TindakanJadual Kandungan  Kajian Tindakan
Jadual Kandungan Kajian Tindakan
 
Sexy
SexySexy
Sexy
 
Social media @ Onlined
Social media @ OnlinedSocial media @ Onlined
Social media @ Onlined
 
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
 
Content is king
Content is kingContent is king
Content is king
 
แนวทางแก้ไขปัญหาความรับผิดของ อปท.
แนวทางแก้ไขปัญหาความรับผิดของ อปท.แนวทางแก้ไขปัญหาความรับผิดของ อปท.
แนวทางแก้ไขปัญหาความรับผิดของ อปท.
 
Hybrid format resume workshop
Hybrid format resume workshopHybrid format resume workshop
Hybrid format resume workshop
 
Педагогический сюрприз.
Педагогический сюрприз.Педагогический сюрприз.
Педагогический сюрприз.
 
Toopeeornottopee
ToopeeornottopeeToopeeornottopee
Toopeeornottopee
 
Tatap muka 2 hidup yg sukses
Tatap muka 2  hidup yg suksesTatap muka 2  hidup yg sukses
Tatap muka 2 hidup yg sukses
 
Bab i etika tanggung jwb bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
Bab i etika tanggung jwb bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016Bab i etika tanggung jwb bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
Bab i etika tanggung jwb bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
 
Pertemuan ii mankiw krugman
Pertemuan ii mankiw krugmanPertemuan ii mankiw krugman
Pertemuan ii mankiw krugman
 
Bab 9 ppt memotivasi karyawan - stephanie akuntansi A UNJ 2016
Bab 9 ppt memotivasi karyawan -  stephanie akuntansi A UNJ 2016Bab 9 ppt memotivasi karyawan -  stephanie akuntansi A UNJ 2016
Bab 9 ppt memotivasi karyawan - stephanie akuntansi A UNJ 2016
 
Kekuatan impian Stephanie Akuntansi A UNJ 2016
Kekuatan impian Stephanie Akuntansi A UNJ 2016Kekuatan impian Stephanie Akuntansi A UNJ 2016
Kekuatan impian Stephanie Akuntansi A UNJ 2016
 
Tatap muka 4 tujuan hidup orang kristen
Tatap muka 4 tujuan hidup orang kristenTatap muka 4 tujuan hidup orang kristen
Tatap muka 4 tujuan hidup orang kristen
 
Kertas kerja program bulan matematik
Kertas kerja program bulan matematikKertas kerja program bulan matematik
Kertas kerja program bulan matematik
 
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)
 
Como crear una blog en blogger marcony
Como crear una blog en blogger marconyComo crear una blog en blogger marcony
Como crear una blog en blogger marcony
 

Semelhante a Big ppg panduan dan jadual pelaksanaan ppg10jan2012

LA-Paket-1 Modul 1.4 - Arif Kusumanjaya.pdf
LA-Paket-1 Modul 1.4 - Arif Kusumanjaya.pdfLA-Paket-1 Modul 1.4 - Arif Kusumanjaya.pdf
LA-Paket-1 Modul 1.4 - Arif Kusumanjaya.pdfarifkusumanjaya42
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru huda hamdan
 
PROGRAM BK SD ISLAM NURUL FATAH BONTANG (1) (1).docx
PROGRAM BK  SD ISLAM NURUL FATAH BONTANG (1) (1).docxPROGRAM BK  SD ISLAM NURUL FATAH BONTANG (1) (1).docx
PROGRAM BK SD ISLAM NURUL FATAH BONTANG (1) (1).docxEndangSulistiawaty
 
Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011
Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011
Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011Khuzaini Ku
 
Intip Secuplik Program Pendidikan Guru Penggerak-Sosialisasi.pptx
Intip Secuplik Program Pendidikan Guru Penggerak-Sosialisasi.pptxIntip Secuplik Program Pendidikan Guru Penggerak-Sosialisasi.pptx
Intip Secuplik Program Pendidikan Guru Penggerak-Sosialisasi.pptxSTEFANISANGGELIAALFA
 
Program kerja gugus 1
Program kerja gugus 1Program kerja gugus 1
Program kerja gugus 1Jamaludin ..
 
Modul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdf
Modul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdfModul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdf
Modul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdfIrman Ramly
 
Modul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdf
Modul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdfModul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdf
Modul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdfpkgnedusi2021
 
Modul 1.4. Budaya Positif - Final.pdf
Modul 1.4. Budaya Positif - Final.pdfModul 1.4. Budaya Positif - Final.pdf
Modul 1.4. Budaya Positif - Final.pdfAnaliaNesa1
 
RENCANA PENGEMBANGAN PROGRAM SEKOLAH - FENTI MEGAWATI.pptx
RENCANA PENGEMBANGAN PROGRAM SEKOLAH - FENTI MEGAWATI.pptxRENCANA PENGEMBANGAN PROGRAM SEKOLAH - FENTI MEGAWATI.pptx
RENCANA PENGEMBANGAN PROGRAM SEKOLAH - FENTI MEGAWATI.pptxbasori cemil
 
Cacahan Konten Bimtek PSP 3 KOSP #1_09012023 (1).pptx
Cacahan Konten Bimtek PSP 3 KOSP #1_09012023 (1).pptxCacahan Konten Bimtek PSP 3 KOSP #1_09012023 (1).pptx
Cacahan Konten Bimtek PSP 3 KOSP #1_09012023 (1).pptxErmantoErmanto4
 
Prinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswa
Prinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswaPrinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswa
Prinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswaiskawia
 
PresentationBest Practice Walinah.pptx
PresentationBest Practice Walinah.pptxPresentationBest Practice Walinah.pptx
PresentationBest Practice Walinah.pptxrina luthfi
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKDeviIndriaMustikorin
 
Bk silabus xi ktsp
Bk silabus xi ktspBk silabus xi ktsp
Bk silabus xi ktspJeny Hardiah
 

Semelhante a Big ppg panduan dan jadual pelaksanaan ppg10jan2012 (20)

87412774 big
87412774 big87412774 big
87412774 big
 
LA-Paket-1 Modul 1.4 - Arif Kusumanjaya.pdf
LA-Paket-1 Modul 1.4 - Arif Kusumanjaya.pdfLA-Paket-1 Modul 1.4 - Arif Kusumanjaya.pdf
LA-Paket-1 Modul 1.4 - Arif Kusumanjaya.pdf
 
Prog kerja
Prog kerjaProg kerja
Prog kerja
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
PROGRAM BK SD ISLAM NURUL FATAH BONTANG (1) (1).docx
PROGRAM BK  SD ISLAM NURUL FATAH BONTANG (1) (1).docxPROGRAM BK  SD ISLAM NURUL FATAH BONTANG (1) (1).docx
PROGRAM BK SD ISLAM NURUL FATAH BONTANG (1) (1).docx
 
4. P5 MGMP BIOLOGI.pptx
4. P5 MGMP BIOLOGI.pptx4. P5 MGMP BIOLOGI.pptx
4. P5 MGMP BIOLOGI.pptx
 
Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011
Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011
Taklimat big ppg semester 6 untuk ambilan jun 2011
 
Intip Secuplik Program Pendidikan Guru Penggerak-Sosialisasi.pptx
Intip Secuplik Program Pendidikan Guru Penggerak-Sosialisasi.pptxIntip Secuplik Program Pendidikan Guru Penggerak-Sosialisasi.pptx
Intip Secuplik Program Pendidikan Guru Penggerak-Sosialisasi.pptx
 
Program kerja gugus 1
Program kerja gugus 1Program kerja gugus 1
Program kerja gugus 1
 
Kurikulum.pptx
Kurikulum.pptxKurikulum.pptx
Kurikulum.pptx
 
Modul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdf
Modul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdfModul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdf
Modul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdf
 
Modul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdf
Modul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdfModul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdf
Modul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final.pdf
 
Modul 1.4. Budaya Positif - Final.pdf
Modul 1.4. Budaya Positif - Final.pdfModul 1.4. Budaya Positif - Final.pdf
Modul 1.4. Budaya Positif - Final.pdf
 
RENCANA PENGEMBANGAN PROGRAM SEKOLAH - FENTI MEGAWATI.pptx
RENCANA PENGEMBANGAN PROGRAM SEKOLAH - FENTI MEGAWATI.pptxRENCANA PENGEMBANGAN PROGRAM SEKOLAH - FENTI MEGAWATI.pptx
RENCANA PENGEMBANGAN PROGRAM SEKOLAH - FENTI MEGAWATI.pptx
 
Cacahan Konten Bimtek PSP 3 KOSP #1_09012023 (1).pptx
Cacahan Konten Bimtek PSP 3 KOSP #1_09012023 (1).pptxCacahan Konten Bimtek PSP 3 KOSP #1_09012023 (1).pptx
Cacahan Konten Bimtek PSP 3 KOSP #1_09012023 (1).pptx
 
Prinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswa
Prinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswaPrinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswa
Prinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswa
 
PresentationBest Practice Walinah.pptx
PresentationBest Practice Walinah.pptxPresentationBest Practice Walinah.pptx
PresentationBest Practice Walinah.pptx
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
 
BK Di Sekolah
BK Di SekolahBK Di Sekolah
BK Di Sekolah
 
Bk silabus xi ktsp
Bk silabus xi ktspBk silabus xi ktsp
Bk silabus xi ktsp
 

Big ppg panduan dan jadual pelaksanaan ppg10jan2012

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 2. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG Berkuat kuasa mulai Jun 2011 KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2 2. Falsafah Pendidikan Guru 2 3. Model Konseptual Pendidikan Guru 3 4. Jadual Pelaksanaan BIG PPG 6 5 Pengenalan Program Bina Insan Guru 6 6. Matlamat dan Objektif Program BIG PPG 14 7. Objektif Modul Pelaksanaan BIG PPG 15 8. Jawatankuasa Pelaksanaan dan Bidang Tugas 16 9 Struktur Ahli Jawatankuasa Kerja 17 10. Jadual Pelaksanaan Program BIG PPG 19 11. Panduan dan Prosedur Pelaksanaan 20 12. Peraturan dan Arahan Tetap Program Perkhemahan BIG PPG 25 13. Prosedur Keselamatan BIG PPG 25 14. Panel Modul 33 10JAN2012-IPGKIPTI MK 2
  • 3. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. 10JAN2012-IPGKIPTI MK 3
  • 4. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah di bawah: Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan seperti berikut: 10JAN2012-IPGKIPTI MK 4 ROHANI Kemahiran Pengetahuan Nilai INTELEK EMOSI KEMASYARAKATANKENDIRI MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU KETUHANAN JASMANI
  • 5. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG Ketuhanan :Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama. Kemasyarakatan :Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan. Kendiri :Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia. Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.Kurikulum Bina Insan Guru Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP ) digubal dengan mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang diperjelas seperti berikut: Pengetahuan: Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan ilmu bidang pengajian, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta sumber berkaitan bidang pengajian. 10JAN2012-IPGKIPTI MK 5
  • 6. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG Kemahiran : Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan pengajaran pembelajaran; dan keupayaan memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar. Nilai : Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat serta memiliki dan menampilkan nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia. 10JAN2012-IPGKIPTI MK 6
  • 7. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG JADUAL PELAKSAAN BINA INSAN GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) Peringkat Semester Perlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah Jam Catatan 1 2 dan 3 WAJ 3114 ( Perkhemahan 1 ) Pro Forma Fasa 1 ( 45 Jam ) A. Aktiviti di IPG ( IPG Based ) • Taklimat Umum BIG ( 1 Jam ) • Taklimat Perkhemahan ( 1 Jam ) • Taklimat Keselamatan di air ( 1 Jam ) • Taklimat LDK ( 2 Jam ) 1 1 1 2 5 • Taklimat dilaksanakan di IPG oleh Pensyarah kepada pelajar PPG • ( 1 pensyarah :30 pelajar ) B. Kem Kepimpinan – perkhemahan 2H1M *** • Mendirikan khemah • Malaysia Cergas • Latihan Dalam Kumpulan • Kembara / Orienteering • Tazkirah dan Moral • Persembahan Kumpulan • Refleksi • Pelaporan • Refleksi • Persediaan Perkhemahan 2 2 2 3 3 3 3 2 5 5 10 15 40 Dilaksanakan di sekolah ( school based ) ***Semua aktiviti ini hendaklah diuruskan/dijalankan oleh pelajar PPG semasa perkhemahan 10JAN2012-IPGKIPTI MK 7
  • 8. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG Peringkat Semester Perlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah Jam Catatan 2 4 dan 5 WAJ 3114 ( Ceramah / Aktiviti Kemasyarakatan ) Pro Forma Fasa 2 (10 Jam ) 1. Ceramah A. Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang ( kumpulan sasaran - rakan sejawat ) i. Guru sebagai insan mulia ii. Kualiti peribadi dan profesionalisma seorang guru. iii. Pembelajaran berterusan dan seluas hayat. B. Guru dan Hubungan Komuniti ( kumpulan sasaran - masyarakat setempat ) i. Cabaran guru merealisasikan pendemokrasian pendidikan. ii. Guru sebagai agen perubahan masyarakat. iii. Hubungan sekolah dan komuniti ke arah pembangunan pendidikan. C. Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme ( kumpulan sasaran - rakan sejawat ) i. Pembinaan semula sikap ke arah perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia ii. Guru reflektif menjana keberkesanan tugas. iii. Etika dan moral profesional. iv. Dasar dan wawasan pendidikan dan implikasinya kepada peranan dan tanggungjawab guru. 3 • Dilaksanakan di sekolah ( school based ) • Pelajar PPG boleh memilih tajuk A, B atau C untuk dilaksanakan 10JAN2012-IPGKIPTI MK 8
  • 9. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG Peringkat Semester Perlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah Jam Catatan 2. Aktiviti Kemasyarakatan A. Khidmat sosial ( sasaran adalah murid sekolah ) i. khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas dan lain- lain) ii. bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam) iii. gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusat komuniti, khidmat kebajikan dan lain- lain). 7 • Dilaksanakan di sekolah ( school based ) atau persekitaran setempat. • Pelajar PPG boleh memilih tajuk i, ii atau iii untuk dilaksanakan WAJ 3114 ( Bengkel / Aktiviti Kemasyarakatan ) Pro Forma Fasa 3 (10 Jam ) 1. Bengkel ( kumpulan sasaran - murid sekolah ) • Bengkel Etiket dan Sosial i. Pengucapan awam ii. Kesantunan berbahasa iii. Tertib / adab di meja makan iv. Pengendalian Majlis v. Etika berpakaian 3 • Dilaksanakan di sekolah ( school based ) • Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang SATU tajuk untuk dilaksanakan 2. Aktiviti Kemasyarakatan ( kumpulan sasaran – murid ) 1. Khidmat kepada komuniti i. Kelas tambahan ii. Klinik subjek bimbingan / pembelajaran iii. Kempen kesedaran ( AADK, ASNB dan sebagainya ) 7 • Dilaksanakan di sekolah ( school based ) • Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang SATU tajuk untuk dilaksanakan 10JAN2012-IPGKIPTI MK 9
  • 10. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG Peringkat Semester Perlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah Jam Catatan WAJ3114 ( Perkhemahan II / Khidmat Kemasyarakatan / Kem Motivasi dan Bimbingan ) Pro Forma Fasa 4 1. Perkhemahan II - 3H2M ( kelas bimbingan / motivasi ) a. Penyediaan tapak b. Interaksi dengan komuniti setempat c. Aktiviti kerohanian / moral d. Kem Motivasi / kerjaya / Kem Akil Baligh / Kem Solat / Kem Pintar Cerdas e. Malaysia Cergas dan patriotik f. Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) i. Reengineering – interpersonal ii. EIC (Emotional & Spiritual Competency -interpersonel) 35 • Dilaksanakan di sekolah ( school based ) • 3H2M ***Semua aktiviti ini hendaklah diuruskan/dijalankan oleh pelajar PPG semasa perkhemahan g. Jenis Khidmat Masyarakat – i. Khidmat sosial (khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas) ii. gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusat komuniti, dan khidmat kebajikan). iii. Bantuan bencana bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam) • Dilaksanakan di sekolah ( school based ) atau masyarakat setempat. • Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang satu jenis khidmat masyarakat untuk dilaksanakan 3 6 WAJ3114 ( Bengkel / Lawatan Benchmarking-Sekolah Cemerlang ) Pro Forma Fasa 5 ( 10 Jam ) 10JAN2012-IPGKIPTI MK 10
  • 11. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG Peringkat Semester Perlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah Jam Catatan 1. Bengkel – ( kumpulan sasaran rakan sejawat ) a. Guru dan Perundangan ( Akta Kanak-kanak ) b. Standard Guru Malaysia ( SGM ) c. Akta 550 / Akta Pendidikan d. Surat Pekeliling Ikhtisas / Perkhidmatan / Perintah Am Perkhidmatan e. NKRA 3 • Dilaksanakan di sekolah ( school based ) • Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang satu tajuk untuk LADAP di sekolah. 2. Lawatan Benchmarking ( sasaran murid sekolah ) a. Lawatan ke sekolah cemerlang ( sekolah harapan Negara / Sekolah Cluster / Sekolah Amanah / Sekolah Bestari / Sekolah Wawasan / Sekolah Berprestasi Tinggi ) i. Ciri-ciri kepimpinan (jenis kepimpinan ) ii. Pengurusan ( sistematik, misi sekolah, visi sekolah ) iii. Iklim sekolah / Budaya sekolah iv. Infrastruktur / Infostruktur Kurikulum 7 • Dilaksanakan di sekolah ( school based ) dan berdekatan dengan sekolah anda. WAJ3114 ( Bengkel / Lawatan Benchmarking-Guru Cemerlang ) Pro Forma Fasa 6 ( 10 Jam ) 1. Lawatan Benchmarking – ( kumpulan sasaran - kumpulan pelajar PPG ) a. Inovasi pedagogi Guru Cemerlang b. Amalan pengajaran dan pembelajaran Guru Cemerlang c. Ciri-ciri Profesionalisme dan Komitmen Guru Cemerlang Laporan dan Penilaian Reflektif 7 • Pelajar PPG secara berkumpulan dalam sesebuah daerah melakukan lawatan Benchmarking 10JAN2012-IPGKIPTI MK 11
  • 12. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG Peringkat Semester Perlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah Jam Catatan 2. Bengkel a. Refleksi WAJIB BIG Peringkat 1 hingga 3 b. Majlis Penutupan BIG PPG peringkat IPG 3 Dilaksanakan di IPG dengan pensyarah / jurulatih • ( 1 pensyarah :30 pelajar ) 10JAN2012-IPGKIPTI MK 12
  • 13. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG PROGRAM BINA INSAN GURU BAGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) 1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji. 10JAN2012-IPGKIPTI MK 13
  • 14. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing –masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG). 10JAN2012-IPGKIPTI MK 14
  • 15. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG 2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai- nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Peringkat 1- Perkhemahan I ( 45 Jam ) yang akan dilaksanakan pada semester ke dua dan ke tiga. 5 jam pertama di laksanakan di IPGK dan 40 jam lagi dilaksanakan secara berasaskan sekolah ( school based ). Fokus aktiviti Peringkat 1 ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar: 1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti 3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. 5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. 6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan sosial. 10JAN2012-IPGKIPTI MK 15
  • 16. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG 8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. 9. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan 3. OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIG PPG Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut: a. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG PPG di Institut Pendidikan Guru di Malaysia b. Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG PPG di Institut Pendidikan Guru di Malaysia c. Memastikan pelaksanaan BIG PPG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. . 10JAN2012-IPGKIPTI MK 16
  • 17. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG 4. CADANGAN JAWATANKUASA PELAKSANA PERINGKAT SEKOLAH DAN BIDANG TUGAS Struktur Jawatankuasa Program Bina Insan Guru PPG ( MENGIKUT KEPERLUAN AKTIVITI ) Pengerusi : Guru Pelatih PPG Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan KK Setiausaha : Pelajar PPG ( Program Pensiswazahan Guru ) Bendahari : ( Lantikan sekolah ) Ahli Jawatankuasa : i. Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral ii. Pengerusi Jawatankuasa Peralatan iii. Pengerusi Jawatankuasa Makanan iv. Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti v. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan 10JAN2012-IPGKIPTI MK 17 Dilantik mengikut keperluan aktiviti
  • 18. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG SENARAI TUGAS PELAJAR PPG UNTUK PERLAKSANAAN PERINGKAT 1 BIG - PERKHEMAHAN Bil Jawatan Bidang Tugas 1. Pelajar PPG • Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan BIG PPG • Mengadakan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan aktiviti. • Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi luar yang terlibat • Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG PPG • Menyediakan laporan penilaian BIG PPG • Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program • Menyediakan anggaran perbelanjaan BIG PPG. • Menyediakan laporan kewangan pelaksanaan BIG PPG • Mengendalikan aktiviti kerohanian / moral • Mengenalpasti fasilitator aktiviti kerohanian / moral • Menyediakan dan memastikan semua peralatan perkhemahan boleh digunakan. • Menyediakan peralatan memasak • Menyediakan peralatan siaraya • Menyediakan bahan alat tulis • Menyediakan peralatan komunikasi • Menyediakan peralatan kembara dan orienteering • Mengawasi kuantiti bekalan makanan • Menyediakan menu makanan • Mengawasi kebersihan penyediaan makanan dan mengawal mutu penyediaan makanan • Memberi taklimat kepada semua jurulatih dan jawatankuasa. • Menyelaraskan semua aktiviti sepanjang perkhemahan. • Mengadakan mesyuarat “O Group” setiap malam • Memastikan semua aktiviti sepanjang perkhemahan berjalan mengikut jadual. • Sentiasa berada di tapak perkhemahan. • Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan jurulatih dan peserta • Menjadi pegawai perhubungan dengan pihak luar sepanjang perkhemahan • Menjadi pegawai pengiring ”LO” kepada VIP semasa perasmian penutup 10JAN2012-IPGKIPTI MK 18
  • 19. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG Bil Jawatan Bidang Tugas • Merancang dan mengendali aktiviti • Memilih dan menentukan jurulatih / fasilitator mengikut kepakaran. • Menjadi tempat rujuk bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti. • Memastikan pelaksanaan aktiviti mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan • Menyediakan peralatan kecemasan dan ubat-ubatan • Menguruskan pengangkutan peserta ke tapak perkhemahan • Menguruskan insuran peserta • Menyediakan kawasan selamat bagi setiap program BIG PPG • Dan lain-lain yang difikirkan perlu. 10JAN2012-IPGKIPTI MK 19
  • 20. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) PERINGKAT 1 Hari/ Masa 1.00 – 2.00 petang 2.00 – 4.00 petang 4.00 4.30 4.30 – 6.30 petang 6.30 – 8.00 malam 9.00 11.00 Hari 1 Taklimat Penyediaan Tapak Perkhemahan, Ikatan asas & mendirikan khemah Penyediaan dan mendirikan khemah Solat Zohor Rehat Taklimat Keselamatan / Panduan Ketika Kecemasan dan Asas bantu Mula Pengurusan Diri, Solat dan Tazkirah " Ice Breaking " Hari / Masa 5.30 – 6.30 pagi 6.30 – 7.30 pagi 8.00 – 10.00 pagi 10.00 – 10.30 pagi 10.30 – 12.30 tengahari 12.30 – 2.00 petang 2.00 – 5.00 petang 5.00 – 6.00 petang 6.00 – 8.00 mlm 8.00 – 11.00 mlm Hari 2 Qiyamullai/tazkirah/Moral MalaysiaCergas/Menaikkan Bendera/LaguNegaraku Aktiviti KUDAPAN Aktiviti Rehat / Solat . Makan Aktiviti Rehat / Solat Makan Malam Aktiviti Malam kebudayaan Hari 3 Majlis Penutupan Rasmi / Menurunkan Khemah dan Pembersihan Kawasan Bersurai 10JAN2012-IPGKIPTI MK 20
  • 21. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG PANDUAN DAN PROSEDUR PELAKSANAAN 1. PERANCANGAN AWAL DAN PERSEDIAAN PROGRAM Program BIG PPG akan menjadi satu aktiviti yang sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan dibuat dengan teliti dan sistematik. Oleh sebab itu, pelajar PPG perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan. Antara perkara yang perlu diuruskan ialah: a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja b. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak sekolah untuk tujuan kelulusan c. Memilih dan menentukan lokasi program d. Merancang pengisian aktiviti. e. Merancang perbelanjaan f. Memberi taklimat dan merancang latihan asas kepada murid-murid / peserta taklimat kepada jurulatih / fasilitator dan urusetia g. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan h. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan 10JAN2012-IPGKIPTI MK 21
  • 22. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG 2. TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN SEBELUM AKTIVITI PERINGKAT 1 Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan 1. Taklimat Pertama Program BIG PPG Kepada Pelajar A. Taklimat Umum BIG a. Rasional BIG PPG b. Objektif BIG PPG c. Model Konseptual BIG PPG ( Rujuk pro Forma Fasa 1 hingga 6 BIG PPG) d. Struktur Organisasi B. Taklimat Perkhemahan a. Panduan pelaksanaan perkhemahan ( rujuk Buku Panduan Pelaksanaan ) b. Penulisan Refleksi / Folio c. Persiapan awal d. Etika Peserta BIG PPG e. Keadaan Fizikal f. Peralatan g. Status Kesihatan h. Kuatermaster makanan i. Kuatermaster peralatan j. Kebajikan dan Keselamatan k. Jadual Pelaksanaan C. Taklimat Keselamatan di air a. Teori keselamatan di air b. Arahan, ciri dan dan langkah keselamatan di air • Diadakan di IPG • Dikendalikan oleh Penyelaras Program BIG PPG IPG • Bahan-bahan taklimat  VCD dan LCD  Bahan bercetak 10JAN2012-IPGKIPTI MK 22
  • 23. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG D. Taklimat LDK a. Taklimat dan panduan pelaksanaan LDK. b. Cara dan pengendalian LDK c. Bentuk-bentuk permainan LDK 2. Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan BIG PPG Perancangan Pelaksanaan Program i. Lokasi Program ii. Tarikh Program iii. Lawatan Tapak iv. Perhubungan luar v. Peralatan vi. Pembahagian tugas Kem Komander /Jurulatih / Fasilitator vii. Kos viii. Kebajikan / makanan • Pelajar PPG dengan Jawatankuasa Pelaksana BIG PPG peringkat sekolah. SEMASA AKTIVITI PERINGKAT 1 Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan 1. Taklimat kepada peserta program i. Memperkenalkan Jurulatih / Fasilitator Siri BIG PPG kepada peserta. ii. Pembahagian Tugas kepada peserta iii. Keadaan Fizikal iv. Peralatan v. Status Kesihatan vi. Kuatermaster makanan vii. Kuatermaster peralatan viii. Kebajikan dan Keselamatan ix. Jadual Pelaksanaan x. Pergerakan Aktiviti • Urusan pelajar PPG 10JAN2012-IPGKIPTI MK 23
  • 24. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG xi. Disiplin Peserta xii. Peraturan Perkhemahan xiii. Jadual Aktiviti xiv. Pembahagian Nombor Peserta (Numbering). 2. Pelaksanaan Aktiviti i. Arahan tetap yang merangkumi prosedur sebelum aktiviti. ii. Melaksanakan semua komponen dalam jadual iii. Penilaian dan penulisan refleksi Urusan pelajar PPG 3. Penutup Aktiviti i. Protokol acara penutup siri BIG PPG ii. Perbarisan iii. Ucapan VVIP Urusan pelajar PPG 4. Tindakan sebelum perjalanan pulang 1. Membersihkan peralatan dan kawasan perkhemahan. 2. Memastikan peralatan adalah dalam keadaan yang baik. 3. Pemulangan peralatan dengan amaun yang sama. 4. Menyusun peralatan. Urusan pelajar PPG SELEPAS AKTIVITI PERINGKAT 1 Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan 1. Tindakan Selepas Aktiviti 1. Membuat refleksi / laporan perlaksanaan BIG PPG 2. Menyediakan dokumentasi audio/video Penyelaras Program BIG PPG IPG 10JAN2012-IPGKIPTI MK 24
  • 25. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG SELEPAS AKTIVITI PERINGKAT 1 untuk tujuan pelaporan dan penilaian ( Rujuk Pentaksiran BIG PPG ) 3. Menyiapkan portfolio. 4. Surat Penghargaan kepada agensi yang membantu program BIG PPG (cth: Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, , Jabatan Laut / Marin, Penghulu) – jika perlu. 10JAN2012-IPGKIPTI MK 25
  • 26. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM BIG PPG Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif. Peraturan dan arahan tetap yang dikendalikan oleh pelajar PPG kepada peserta adalah seperti berikut: 1. Mematuhi arahan, jadual aktiviti dan penglibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG PPG. 2. Hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. 3. Hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan 4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu solat. 5. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan. 6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran) 7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan. 8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan. 9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar. 10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran. 11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah. 12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan. 13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan. 10JAN2012-IPGKIPTI MK 26
  • 27. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG 14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali. 15. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 11.00 malam. 16. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya. 17. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan. 18. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran. 19. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian. 20. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran. 21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator. 22. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran. 23. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. 24. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia. PERINGATAN • Pelajar PPG dikehendaki berada bersama pelajar dari mula sehingga tamat aktiviti perkhemahan dan pada setiap aktiviti yang dijalankan. • Kenderaan kecemasan perlu disediakan dan berada sepanjang masa di kawasan perkhemahan. 10JAN2012-IPGKIPTI MK 27
  • 28. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG SPESIFIKASI TAJUK BINA INSAN GURU PPG PERINGKAT 1 TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI 1. Aktiviti di IPG • Taklimat umum BIG • Taklimat perkhemahan • Taklimat keselamatan di air • Taklimat LDK 5 Jam 2. Mendirikan Khemah • Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas • Pembinaan khemah, penyediaan dan penyajian makanan • Pembubaran khemah 40 jam. 3. Malaysia cergas dan patriotik. • Nyanyian patriotik • Menaikkan bendera • Kawad kaki • Senamrobik / aktiviti kalistenik 4. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Cadangan tajuk dan aktiviti LDK • Ice Breaking • Personaliti Guru dan Konflik Personaliti • Realiti persekitaran • Realiti diri dan motivasi keguruan 10JAN2012-IPGKIPTI MK 28
  • 29. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI • Perubahan sikap • Pembinaan self –esteem Catatan: Pelajar PPG boleh memilih tajuk-tajuk atau aktiviti LDK selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta. 5. Kembara dan Orienteering Cadangan aktiviti semasa kembara dan orienteering. • Berjalan lasak • Aktiviti penghayatan alam • Pengenalan arah mata angin / kiblat • Penyelesaian masalah berkaitan dengan bila berlaku kecemasan / kecederaan. • Permainan " Tresure-hunt" Catatan: Pelajar PPG boleh memilih sebarang aktiviti selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta. 6. Tazkirah / aktiviti moral Cadangan tajuk-tajuk tazkirah / moral  Aku Ingin Menjadi Anak Soleh  Mencontohi Saidina Ali : Remaja Cemerlang  Bila Quran berbicara " .....perihal kepimpinan.."  Rasulullah Pemimpin Teladan 10JAN2012-IPGKIPTI MK 29
  • 30. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI Cadangan tajuk-tajuk moral  Rakyat Cemerlang Negara Gemilang  ( SAM ) Saya Anak Malaysia  Pemimpin dan Kepimpinan  Malaysia Negaraku Tercinta Catatan: Pelajar PPG boleh memilih sebarang tajuk tazkirah / moral selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta. 7. Persembahan kumpulan • Pembahagian tajuk persembahan • Perlantikan hakim persembahan • Mengumumkan keputusan 8. Refleksi • Refleksi aktiviti • Refleksi umum 10JAN2012-IPGKIPTI MK 30
  • 31. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG PROSEDUR KESELAMATAN BIG PPG PERINGKAT 1 SEBELUM AKTIVITI 1. Pelajar PPG a. Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga. b. Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB. c. Taklimat pelaksanaan BIG PPG Jurulatih, dan semua AJK. d. Taklimat pelaksanaan BIG PPG peserta / pelajar e. Memilih & Memastikan tapak perkhemahan f. Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan g. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Polis,Bomba dan Penyelamat dan hospital terdekat h. Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas i. Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut j. Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama k. Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG PPG l. Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik m. Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan 10JAN2012-IPGKIPTI MK 31
  • 32. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG SEMASA AKTIVITI 1. KEM KOMANDAN a. Tiba lebih awal di tapak perkhemahan b. Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan eletrik c. Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak perkhemahan sebelum memulakan aktiviti d. Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar e. Taklimat kepada peserta/ pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan f. Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan g. Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini / waktu kecemasan 2. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN a. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti b. ”Head Count” untuk memastikan semuanya selamat c. Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan d. Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatan e. Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada kem komandan f. Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat g. Memberi penerangan tentang keselamatan diri h. Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktiviti i. Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti 10JAN2012-IPGKIPTI MK 32
  • 33. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG SELEPAS AKTIVITI 1. KEM KOMANDAN a. Menerima Laporan ketua jurulatih b. Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan c. Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan d. Menerima Laporan Kuarter Master Makanan e. Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari. f. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1hari selepas perkhemahan g. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik h. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG PPG contoh Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Hutan dan lain-lain lagi i. Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian. j. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan perkhemahan dihantar kepada mentor kuliah berkenaan di IPG masing-masing ( Mesti dihantar pada interaksi bersemuka berikutnya ) 10JAN2012-IPGKIPTI MK 33
  • 34. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG AHLI PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG JULAI 2011 Bil. Nama Jabatan / Institut 1 Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd,Rashid Penyelaras Pengarah Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM 2 Tuan Haji Ust.Aleas bin Mat Isa Pen.Penyelaras Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM 3 En.Baharuddin bin Ab. Latiff Pen.Penyelaras Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM 4 En. Ahmad Sukri b. Mustaffa Ahli IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman 5 Tuan Haji Ruslan bin Saad Ahli IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman 5 En. Mohamad Hafedz b. Salleh Ahli IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman 7 En. Hishamuddin bin Hassan Ahli IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT 8 En.Zakaria bin Mustaffa Ahli IPG Kampun Bahasa Melayu, Kuala Lumpur 9 Tuan Haji Norhizan b. Zainol Ahli IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT 10 En.Zulkapli bin Wagini Ahli IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur 10JAN2012-IPGKIPTI MK 34