SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
KSSR: Kurikulum Standard Sekolah
Rendah
by kulanz on 09/01/2011 · 22 comments

Jumaat lepas saya berpeluang mengikuti taklimat ringkas pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2011.
Walaupun pada masa ini saya sebenarnya tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan atau
pelaksanaan KSSR yang dimaksudkan, namun sejujurnya saya amat berminat untuk mengetahui
dan memahami lebih banyak berkenaan KSSR. Sekurang-kurangnya ia adalah pengetahuan asas
tentang kurikulum standard berkenaan adalah input berguna yang bukan sahaja perlu diketahui
oleh guru atau pihak pengurusan pendidikan, tetapi termasuklah juga ibu bapa.

Pada saya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai
pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada
tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah
dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan,
KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang
holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah.

Transformasi kurikulum itu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama: Standard
Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau
indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan
memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.

Kepada guru-guru atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan
pelaksanaan KSSR, boleh merujuk terus di laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Penerangan tentang Konsep, Bahan Sokongan, dan Buku
Panduan Guru telahpun dimuatkan di laman web tersebut.
Konflik Dalam Organisasi Pendidikan
by kulanz on 29/02/2012 · 2 comments

Konflik Dalam Organisasi Pendidikan

Tulisan kali ini khusus untuk membincangkan punca-punca, jenis dan peringkat konflik
khususnya dalam organisasi pendidikan. Ini adalah kisinambungan daripada artikel Kenapa
Wujud Konflik Dalam Organisasi?. Adalah dicadangkan pembaca mengikuti artikel tersebut
untuk mendapatkan kefahaman tentang definisi konflik sebelum mengikuti artikel ini.

Punca Konflik dalam Pendidikan

Berdasarkan pandangan Hellriegel dan rakan-rakan (2001), konflik merujuk kepada satu proses
di mana satu pihak mempunyai tanggapan bahawa keinginannya ditentang atau dipengaruhi
secara negatif oleh pihak yang lain. Definisi ini menunjukkan bahawa wujud ketidaksepadanan
dalam pandangan di kalangan manusia yang terlibat dan pertikaian tentang pelbagai isu dan
peristiwa konflik yang berbeza.

Apabila individu-individu atau kumpulan-kumpulan dengan matlamat, nilai dan persepsi yang
berbeza bersaing bersama-sama untuk mendapatkan sumber yang tidak mencukupi atau bersaing
untuk mencapai matlamat masing-masing, konflik kemungkinan besar akan timbul (Assael,
1969). Loewen (1983) telah menjangka lebih kurang sepuluh peratus daripada aktiviti manusia
dalam organisasi pendidikan terlibat dalam konflik. Beliau menegaskan bahawa konflik boleh
dilihat sebagai satu daya yang diperlukan untuk membentuk aktiviti manusia dalam organisasi.

Merujuk kepada konflik dalam organisasi, Roethlisberger (1959) telah menyatakan bahawa
amalan pengurusan yang tidak mempertimbangkan sentimen pekerja sering kali didapati
bercanggah dengan kehendak pekerja. Ini mengakibatkan perselisihan faham antara kedua-dua
pihak pengurusan dan pekerja-pekerja. Ruben (1978) pula melihat aspek komunikasi sebagai
satu punca konflik berlaku di mana dikatakan konflik merupakan hasil langsung daripada
komunikasi yang tidak betul atau perselisihan faham. Pendapat ini disokong oleh para penyelidik
lain seperti Achoka (1990), Bondesio (1992) dan Robbins (2001) yang juga menyatakan bahawa
komunikasi memainkan peranan penting dalam pembentukan konflik. Ketiga-tiga penyelidik
berkenaan telah membahagikan punca konflik kepada tiga faktor utama iaitu faktor tingkah laku
peribadi (pembolehubah peribadi), faktor struktur dan faktor komunikasi. Kesemua punca
konflik ini dikatakan merupakan syarat berlakunya konflik dan diletakkan pada peringkat
pertama dalam proses konflik yang dicadangkan oleh Robbins (2001) iaitu peringkat ‘Potensi
Percanggahan atau Ketidaksepadanan’.

Satu penyelidik lain iaitu Pondy (1967) juga berpendapat bahawa halangan fizikal dalam
komunikasi boleh mengakibatkan konflik. Menurut beliau, konflik dalam suatu organisasi adalah
disebabkan oleh keraguan, tanggapan tentang peningkatan perselisihan antara jabatan-jabatan,
saling kebergantungan antara jabatan-jabatan untuk mencapai matlamat organisasi di samping
faktor komunikasi.
Dalam konteks sekolah, Corwin (1969) yang mengkaji konflik di kalangan staf dalam 28 buah
sekolah awam telah mengenalpasti lima pembolehubah yang menyebabkan konflik:

   1. pembezaan struktur – di mana konflik dikaitkan dengan darjah pembezaan dalam
      organisasi, pengkhususan staf, dan bilangan peringkat autoriti
   2. penyertaan dalam struktur autoriti – di mana konflik adalah akibat daripada desentralisasi
      dalam proses membuat keputusan
   3. prosedur pengawalaturan – konflik dikaitkan dengan darjah kawalan dalam organisasi
   4. kestabilan dan kepelbagaian – di mana kepelbagaian staf dikaitkan dengan konflik
   5. struktur interpersonal – di mana hubungan interaksi tak formal di kalangan staf juga
      mempengaruhi tahap ketegangan dan konflik di kalangan mereka
Mengurus Konflik Dalam Organisasi
Pendidikan
by kulanz on 01/03/2012 · 4 comments

Tulisan kali ini khusus untuk membincangkan definisi konsep, pendekatan, teknik, gaya dan
strategi pengurusan konflik khususnya dalam organisasi pendidikan. Ini adalah kisinambungan
daripada artikel Kenapa Wujud Konflik Dalam Organisasi? dan Konflik Dalam Organisasi
Pendidikan. Adalah dicadangkan pembaca mengikuti artikel tersebut untuk mendapatkan
kefahaman tentang definisi konflik sebelum mengikuti artikel ini.

Mengurus Konflik Dalam Organisasi Pendidikan

Konflik merupakan sebahagian daripada kewujudan manusia (a part of human existence). Ia
tidak dapat dielakkan selagi ada interaksi sesama manusia. Justeru itu, konflik wujud dalam
semua organisasi. Sekolah sebagai sebuah organisasi juga tidak terasing daripada didedahkan
dengan konflik. Interaksi yang berlaku di sekolah seperti hubungan antara pelajar-pelajar, guru-
guru, guru besar atau pengetua, pegawai pelajaran, ibu bapa mahupun masyarakat, mungkin
mencetuskan konflik yang tidak diingini. Walau bagaimanapun, konflik juga boleh dilihat
sebagai sesuatu yang bermanfaat kepada organisasi dan tidak semua konflik yang wujud di
sekolah mempunyai kesan yang negatif. Pengurusan konflik yang berkesan dapat menjadikan
konflik lebih berfaedah dan memberikan kesan yang positif kepada sekolah. Konflik yang diurus
secara konstruktif dapat merangsang perkembangan dan perubahan yang diperlukan oleh
sesebuah sekolah. Di sebaliknya, kelemahan dalam pengurusan konflik boleh mengakibatkan
masalah-masalah lain di sekolah seperti gangguan-gangguan ke atas sistem pentadbiran sekolah,
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan sebagainya yang mungkin akan
menyukarkan pencapaian matlamat sekolah.

Definisi Pengurusan Konflik

Menurut Hellriegel dan rakan-rakan (2001), pengurusan konflik mengandungi proses-proses
diagnostik, gaya-gaya interpersonal, strategi-strategi perundingan, dan kaedah-kaedah lain yang
mana direka untuk mengelakkan sebarang konflik yang tidak diperlukan dan mengurangkan atau
menyelesaikan konflik yang berlebihan. Kebolehan untuk memahami dan mengdiagnos konflik
dengan betul merupakan satu perkara penting untuk mengurus konflik. Robbins (2001) pula
menyatakan pengurusan konflik sebagai penggunaan teknik resolusi dan stimulasi untuk
mencapai                tahap                 konflik                yang               diingini.
Folberg dan Taylor (1984) pula menyatakan bahawa pengurusan konflik melibatkan pihak-pihak
yang terlibat dalam konflik untuk mengasingkan isu, mencari pilihan-pilihan,
mempertimbangkan alternatif dan mencapai konsensus yang memuaskan kehendak pihak-pihak
terbabit sama ada sesama mereka sendiri atau melalui bantuan pihak ketiga yang neutral.

Pendekatan Pengurusan Konflik dalam Pendidikan
Borisoff dan Victor (1989) telah mencadangkan satu pendekatan pengurusan konflik yang terdiri
daripada lima langkah iaitu pentaksiran, pengakuan, sikap, tindakan dan analisis. Pengurusan
konflik bermula dengan pentaksiran punca-punca konflik, sifat-sifat individu yang terlibat dan
matlamat mereka, serta persekitaran komunikasi. Pihak-pihak yang terlibat dalam konflik perlu
mengaku atau membenarkan penyuaraan pandangan masing-masing dan mesti mempunyai sikap
bekerjasama untuk sama-sama melibatkan diri dalam proses pengurusan. Tindakan secara lisan
dan bukan lisan boleh diambil oleh mana-mana pihak terlibat untuk mencapai matlamat mereka.
Ciri-ciri tindakan inilah yang memainkan peranan penting dalam perkembangan konflik.
Sepanjang proses pengurusan konflik, analisis perlu dijalankan untuk memastikan konflik diurus
secara konstruktif.

Mengikut Moorhead dan rakan-rakan (2004), terdapat dua teknik yang boleh digunakan dalam
pengurusan konflik iaitu :

   1. Teknik Penyelesaian / Resolusi Konflik
   2. Teknik Perangsangan / Stimulasi Konflik

Pemilihan teknik bagi mengurus sesuatu konflik adalah bergantung kepada keadaan. Dalam
situasi konflik yang serius dan merugikan, seseorang pengurus harus melibatkan diri dalam
penyelesaian konflik. Apabila konflik menjadi destruktif atau membinasa, bukan berfokuskan
matlamat organisasi dan memakan masa yang panjang serta usaha yang sia-sia tanpa
memberikan hasil yang produktif, maka teknik resolusi adalah lebih sesuai digunakan untuk
mengurus konflik. Contoh teknik resolusi konflik yang boleh digunakan adalah penyelesaian
masalah menerusi perbincangan terbuka, pengelakan, kompromi, penambahan sumber dan
sebagainya.
Rajah: Teknik Pengurusan Konflik (diubahsuai daripada Moorhead dan rakan-rakan, 2004)
Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi di
Malaysia 2012
by kulanz on 04/02/2012 · 11 comments

Semalam Kementerian Pelajaran Malaysia mengiktiraf 14 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
membabitkan 10 buah sekolah rendah dan 4 sekolah menengah di bawah Kohort 3 tahun ini.
Watikah pengiktirafan dan peruntukan dana khas disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebagai makluman bersama, pengikhtirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dibuat sejajar
dengan salah satu tumpuan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Pendidikan, khususnya untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik melalui
peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi
dalam pengurusan masing-masing. Program itu juga bermatlamat untuk menghasilkan pelajar
holistik yang cemerlang dengan menjadikan SBT sebagai tempat melatih murid cemerlang
bertaraf antarabangsa di samping menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

Baca juga artikel sebelum ini:

   1. Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2010 – 2011 (Kohot 1 & 2)
   2. Sekolah Daif di Malaysia

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohot 3 Tahun 2012

10 Buah Sekolah Rendah

   1. SK(P) Sultan Ibrahim, Johor Baharu
   2. SK Infant Jesus Convent, Johor Baharu
   3. SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah
   4. SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu
   5. SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu
   6. SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang
   7. SK Minden Height, Pulau Pinang
   8. SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang
   9. SJKC Keat Hwa (H) Alor Setar, Kedah
   10. SJKC Foon Yew 2 Johor Baharu, Johor

4 Buah Sekolah Menengah

   1.   SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
   2.   SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
   3.   SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor
   4.   SM Sains Johor, Kluang, Johor.
Semoga pertambahan SBT ini turut menambah bilangan pelajar yang bukan sahaja cemerlang
dari segi akademik, tetapi juga sahsiah moral dan agama di negara ini.




Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
by kulanz on 09/11/2010 · 34 comments

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukanlah suatu perkara yang baru. Seingat saya,
beberapa siri taklimat berkenaannya telah dibuat sekitar akhir tahun lepas (2009) lepas dan saya
sendiri telah menghadiri taklimat pertama bagi seluruh negeri Sabah yang melibatkan salah satu
sub-NKRA berkenaan. Taklimat berkenaan waktu itu diadakan di Labuan.

Setelah beberapa bulan pelaksanaannya, kedengaran juga perbualan tidak rasmi berkenaan
beberapa isu yang berkaitan dengan NKRA (Pendidikan) ini. Bahkan saya pernah menerima
pertanyaan daripada email untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang bidang yang
terkandung dalam NKRA dan isu-isu yang mula dibangkitkan.

Bagaimanapun kali ini saya tidak akan terus menyentuh tentang isu-isu yang melibatkan NKRA.
Lebih elok sekiranya buat permulaan dimuatkan secara ringkas kandungan Sub-NKRA
Pendidikan di blog ini dan jika ada kelapangan nanti, isu-isu yang berkenaan akan dibincangkan
kemudian.

NKRA – National Key Result Area

       “The Government is set to begin the transformation process in strengthening the
       efficiency of its delivery system”
       “ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure
       that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians”
       “ Our real work will begin as we make the transformation of government services happen”

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi
tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan.
Sub-NKRA 1: Prasekolah

7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:

       Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah
       dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
       Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
       Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
       Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
       Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan
       pedalaman
       Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
       Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi

       NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
       Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun
       mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
       *Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran,
       masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal,
       mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi
       dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi

- Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap
       autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam
       pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota
       perkhidmatan)

- Menghasilkan pelajar yang cemerlang

       Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang
       menjadi personaliti unggul dalam semua bidang

- Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem

       Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan
       tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah

Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di
Malaysia:
Ada bezanya antara KBSR dengan KSSR
Pilih yang lebih baik dari yang baik-baik, kerana itulah kehendak
naluri manusia. Begitu jugalah dalam aspek penambahbaikan
kurikulum. Kurikulum yang lebih baik menjadi keutamaan dalam
merealisasikan kehendak masa depan manusia yang berada dalam
zamannya. Khalifah Umar pernah menasihatkan agar didiklah anak-
anak mu untuk hidup di zamannya. Ya, zaman kita ini adalah untuk
kita manakala zaman anak cucu cicit kita adalah untuk mereka,
maka kitalah yang perlu menunjuk ajar mereka ini sebagai
persediaan      buat    menghadapi      hari    depan     mereka.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui inisiatif
setiap 5   tahun   semakan,     maka   KSSR    dihasilkan  dari
penambahbaikan KBSR. Inilah perbezaan antara kedua-duanya.



A. Asas Reka Bentuk Kurikulum

KBSR : Berasaskan 3 Bidang
i. Komunikasi
2. Manusia dan Alam Sekeliling
3. Perkembangan Diri Individu

KSSR : Berasaskan 6 Tunjang
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Perkembangan fizikal dan estetika
5. Sains dan Teknologi
6. Keterampilan Diri

B. Bahan Kurikulum

KBSR : Suktan Pelajaran
KSSR : Dokumen Standard Kurikulum

C. Jenis Reka Bentuk Kurikulum

KBSR : Linear
KSSR : Modular
D. Organisasi Kurikulum

KBSR :
Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

KSSR :
Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3) : Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan
Modul Elektif
Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6) : Mata Pelajaran Teras dan Elektif

E. Elemen
KBSR : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
KSSR : Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Makluma &
Komunikasi (TMK) secara eksplisit

F. Fokus
KBSR : 3 M ( Menulis, Membaca dan Mengira )
KSSR : 4 M ( Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul

Kini sudah terang lagi bersuluh... bersama kita jayakan.
Anda mungkin juga meminati:

More Related Content

Similar to Kssr

BAB 3 teori kajian masyarakat.pdf
BAB 3 teori kajian masyarakat.pdfBAB 3 teori kajian masyarakat.pdf
BAB 3 teori kajian masyarakat.pdfNurulHudaHusin
 
Ahmad tajuddin dan gogilavanan
Ahmad tajuddin dan gogilavananAhmad tajuddin dan gogilavanan
Ahmad tajuddin dan gogilavananMohandas Naidu
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatifsk zainab 2
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Ameer Chann
 
Bab 4 Teori Sosiologi dan Pendidikan Moden_Nur Amalina Binti Zahari_L20221012...
Bab 4 Teori Sosiologi dan Pendidikan Moden_Nur Amalina Binti Zahari_L20221012...Bab 4 Teori Sosiologi dan Pendidikan Moden_Nur Amalina Binti Zahari_L20221012...
Bab 4 Teori Sosiologi dan Pendidikan Moden_Nur Amalina Binti Zahari_L20221012...amal319877
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)Saranya Selvadorai
 
28.9 pembelajaran koperatif
28.9 pembelajaran koperatif28.9 pembelajaran koperatif
28.9 pembelajaran koperatifAmy Kong
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALWan Nor Faezah
 
Assingment bostingl
Assingment bostinglAssingment bostingl
Assingment bostinglmdsaufee
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiVince Here
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)Aliaa Ismail
 
Slide kps 4043 (4)
Slide kps 4043 (4)Slide kps 4043 (4)
Slide kps 4043 (4)khalahdah
 
Taksonomi Bloom Dan Domain Krathwohl
Taksonomi Bloom Dan Domain KrathwohlTaksonomi Bloom Dan Domain Krathwohl
Taksonomi Bloom Dan Domain Krathwohlhaidah
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 

Similar to Kssr (20)

BAB 3 teori kajian masyarakat.pdf
BAB 3 teori kajian masyarakat.pdfBAB 3 teori kajian masyarakat.pdf
BAB 3 teori kajian masyarakat.pdf
 
article review
article reviewarticle review
article review
 
41404857 4-model-tl
41404857 4-model-tl41404857 4-model-tl
41404857 4-model-tl
 
Ahmad tajuddin dan gogilavanan
Ahmad tajuddin dan gogilavananAhmad tajuddin dan gogilavanan
Ahmad tajuddin dan gogilavanan
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Bab 4 Teori Sosiologi dan Pendidikan Moden_Nur Amalina Binti Zahari_L20221012...
Bab 4 Teori Sosiologi dan Pendidikan Moden_Nur Amalina Binti Zahari_L20221012...Bab 4 Teori Sosiologi dan Pendidikan Moden_Nur Amalina Binti Zahari_L20221012...
Bab 4 Teori Sosiologi dan Pendidikan Moden_Nur Amalina Binti Zahari_L20221012...
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
Luas dan perimeter
Luas dan perimeterLuas dan perimeter
Luas dan perimeter
 
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
 
28.9 pembelajaran koperatif
28.9 pembelajaran koperatif28.9 pembelajaran koperatif
28.9 pembelajaran koperatif
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
 
Assingment bostingl
Assingment bostinglAssingment bostingl
Assingment bostingl
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah Integrasi
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)
 
Slide kps 4043 (4)
Slide kps 4043 (4)Slide kps 4043 (4)
Slide kps 4043 (4)
 
Taksonomi Bloom Dan Domain Krathwohl
Taksonomi Bloom Dan Domain KrathwohlTaksonomi Bloom Dan Domain Krathwohl
Taksonomi Bloom Dan Domain Krathwohl
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 

Recently uploaded

Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 

Recently uploaded (7)

Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 

Kssr

  • 1. KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah by kulanz on 09/01/2011 · 22 comments Jumaat lepas saya berpeluang mengikuti taklimat ringkas pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2011. Walaupun pada masa ini saya sebenarnya tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan atau pelaksanaan KSSR yang dimaksudkan, namun sejujurnya saya amat berminat untuk mengetahui dan memahami lebih banyak berkenaan KSSR. Sekurang-kurangnya ia adalah pengetahuan asas tentang kurikulum standard berkenaan adalah input berguna yang bukan sahaja perlu diketahui oleh guru atau pihak pengurusan pendidikan, tetapi termasuklah juga ibu bapa. Pada saya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Transformasi kurikulum itu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama: Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa. Kepada guru-guru atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan KSSR, boleh merujuk terus di laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penerangan tentang Konsep, Bahan Sokongan, dan Buku Panduan Guru telahpun dimuatkan di laman web tersebut.
  • 2. Konflik Dalam Organisasi Pendidikan by kulanz on 29/02/2012 · 2 comments Konflik Dalam Organisasi Pendidikan Tulisan kali ini khusus untuk membincangkan punca-punca, jenis dan peringkat konflik khususnya dalam organisasi pendidikan. Ini adalah kisinambungan daripada artikel Kenapa Wujud Konflik Dalam Organisasi?. Adalah dicadangkan pembaca mengikuti artikel tersebut untuk mendapatkan kefahaman tentang definisi konflik sebelum mengikuti artikel ini. Punca Konflik dalam Pendidikan Berdasarkan pandangan Hellriegel dan rakan-rakan (2001), konflik merujuk kepada satu proses di mana satu pihak mempunyai tanggapan bahawa keinginannya ditentang atau dipengaruhi secara negatif oleh pihak yang lain. Definisi ini menunjukkan bahawa wujud ketidaksepadanan dalam pandangan di kalangan manusia yang terlibat dan pertikaian tentang pelbagai isu dan peristiwa konflik yang berbeza. Apabila individu-individu atau kumpulan-kumpulan dengan matlamat, nilai dan persepsi yang berbeza bersaing bersama-sama untuk mendapatkan sumber yang tidak mencukupi atau bersaing untuk mencapai matlamat masing-masing, konflik kemungkinan besar akan timbul (Assael, 1969). Loewen (1983) telah menjangka lebih kurang sepuluh peratus daripada aktiviti manusia dalam organisasi pendidikan terlibat dalam konflik. Beliau menegaskan bahawa konflik boleh dilihat sebagai satu daya yang diperlukan untuk membentuk aktiviti manusia dalam organisasi. Merujuk kepada konflik dalam organisasi, Roethlisberger (1959) telah menyatakan bahawa amalan pengurusan yang tidak mempertimbangkan sentimen pekerja sering kali didapati bercanggah dengan kehendak pekerja. Ini mengakibatkan perselisihan faham antara kedua-dua pihak pengurusan dan pekerja-pekerja. Ruben (1978) pula melihat aspek komunikasi sebagai satu punca konflik berlaku di mana dikatakan konflik merupakan hasil langsung daripada komunikasi yang tidak betul atau perselisihan faham. Pendapat ini disokong oleh para penyelidik lain seperti Achoka (1990), Bondesio (1992) dan Robbins (2001) yang juga menyatakan bahawa komunikasi memainkan peranan penting dalam pembentukan konflik. Ketiga-tiga penyelidik berkenaan telah membahagikan punca konflik kepada tiga faktor utama iaitu faktor tingkah laku peribadi (pembolehubah peribadi), faktor struktur dan faktor komunikasi. Kesemua punca konflik ini dikatakan merupakan syarat berlakunya konflik dan diletakkan pada peringkat pertama dalam proses konflik yang dicadangkan oleh Robbins (2001) iaitu peringkat ‘Potensi Percanggahan atau Ketidaksepadanan’. Satu penyelidik lain iaitu Pondy (1967) juga berpendapat bahawa halangan fizikal dalam komunikasi boleh mengakibatkan konflik. Menurut beliau, konflik dalam suatu organisasi adalah disebabkan oleh keraguan, tanggapan tentang peningkatan perselisihan antara jabatan-jabatan, saling kebergantungan antara jabatan-jabatan untuk mencapai matlamat organisasi di samping faktor komunikasi.
  • 3. Dalam konteks sekolah, Corwin (1969) yang mengkaji konflik di kalangan staf dalam 28 buah sekolah awam telah mengenalpasti lima pembolehubah yang menyebabkan konflik: 1. pembezaan struktur – di mana konflik dikaitkan dengan darjah pembezaan dalam organisasi, pengkhususan staf, dan bilangan peringkat autoriti 2. penyertaan dalam struktur autoriti – di mana konflik adalah akibat daripada desentralisasi dalam proses membuat keputusan 3. prosedur pengawalaturan – konflik dikaitkan dengan darjah kawalan dalam organisasi 4. kestabilan dan kepelbagaian – di mana kepelbagaian staf dikaitkan dengan konflik 5. struktur interpersonal – di mana hubungan interaksi tak formal di kalangan staf juga mempengaruhi tahap ketegangan dan konflik di kalangan mereka
  • 4. Mengurus Konflik Dalam Organisasi Pendidikan by kulanz on 01/03/2012 · 4 comments Tulisan kali ini khusus untuk membincangkan definisi konsep, pendekatan, teknik, gaya dan strategi pengurusan konflik khususnya dalam organisasi pendidikan. Ini adalah kisinambungan daripada artikel Kenapa Wujud Konflik Dalam Organisasi? dan Konflik Dalam Organisasi Pendidikan. Adalah dicadangkan pembaca mengikuti artikel tersebut untuk mendapatkan kefahaman tentang definisi konflik sebelum mengikuti artikel ini. Mengurus Konflik Dalam Organisasi Pendidikan Konflik merupakan sebahagian daripada kewujudan manusia (a part of human existence). Ia tidak dapat dielakkan selagi ada interaksi sesama manusia. Justeru itu, konflik wujud dalam semua organisasi. Sekolah sebagai sebuah organisasi juga tidak terasing daripada didedahkan dengan konflik. Interaksi yang berlaku di sekolah seperti hubungan antara pelajar-pelajar, guru- guru, guru besar atau pengetua, pegawai pelajaran, ibu bapa mahupun masyarakat, mungkin mencetuskan konflik yang tidak diingini. Walau bagaimanapun, konflik juga boleh dilihat sebagai sesuatu yang bermanfaat kepada organisasi dan tidak semua konflik yang wujud di sekolah mempunyai kesan yang negatif. Pengurusan konflik yang berkesan dapat menjadikan konflik lebih berfaedah dan memberikan kesan yang positif kepada sekolah. Konflik yang diurus secara konstruktif dapat merangsang perkembangan dan perubahan yang diperlukan oleh sesebuah sekolah. Di sebaliknya, kelemahan dalam pengurusan konflik boleh mengakibatkan masalah-masalah lain di sekolah seperti gangguan-gangguan ke atas sistem pentadbiran sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan sebagainya yang mungkin akan menyukarkan pencapaian matlamat sekolah. Definisi Pengurusan Konflik Menurut Hellriegel dan rakan-rakan (2001), pengurusan konflik mengandungi proses-proses diagnostik, gaya-gaya interpersonal, strategi-strategi perundingan, dan kaedah-kaedah lain yang mana direka untuk mengelakkan sebarang konflik yang tidak diperlukan dan mengurangkan atau menyelesaikan konflik yang berlebihan. Kebolehan untuk memahami dan mengdiagnos konflik dengan betul merupakan satu perkara penting untuk mengurus konflik. Robbins (2001) pula menyatakan pengurusan konflik sebagai penggunaan teknik resolusi dan stimulasi untuk mencapai tahap konflik yang diingini. Folberg dan Taylor (1984) pula menyatakan bahawa pengurusan konflik melibatkan pihak-pihak yang terlibat dalam konflik untuk mengasingkan isu, mencari pilihan-pilihan, mempertimbangkan alternatif dan mencapai konsensus yang memuaskan kehendak pihak-pihak terbabit sama ada sesama mereka sendiri atau melalui bantuan pihak ketiga yang neutral. Pendekatan Pengurusan Konflik dalam Pendidikan
  • 5. Borisoff dan Victor (1989) telah mencadangkan satu pendekatan pengurusan konflik yang terdiri daripada lima langkah iaitu pentaksiran, pengakuan, sikap, tindakan dan analisis. Pengurusan konflik bermula dengan pentaksiran punca-punca konflik, sifat-sifat individu yang terlibat dan matlamat mereka, serta persekitaran komunikasi. Pihak-pihak yang terlibat dalam konflik perlu mengaku atau membenarkan penyuaraan pandangan masing-masing dan mesti mempunyai sikap bekerjasama untuk sama-sama melibatkan diri dalam proses pengurusan. Tindakan secara lisan dan bukan lisan boleh diambil oleh mana-mana pihak terlibat untuk mencapai matlamat mereka. Ciri-ciri tindakan inilah yang memainkan peranan penting dalam perkembangan konflik. Sepanjang proses pengurusan konflik, analisis perlu dijalankan untuk memastikan konflik diurus secara konstruktif. Mengikut Moorhead dan rakan-rakan (2004), terdapat dua teknik yang boleh digunakan dalam pengurusan konflik iaitu : 1. Teknik Penyelesaian / Resolusi Konflik 2. Teknik Perangsangan / Stimulasi Konflik Pemilihan teknik bagi mengurus sesuatu konflik adalah bergantung kepada keadaan. Dalam situasi konflik yang serius dan merugikan, seseorang pengurus harus melibatkan diri dalam penyelesaian konflik. Apabila konflik menjadi destruktif atau membinasa, bukan berfokuskan matlamat organisasi dan memakan masa yang panjang serta usaha yang sia-sia tanpa memberikan hasil yang produktif, maka teknik resolusi adalah lebih sesuai digunakan untuk mengurus konflik. Contoh teknik resolusi konflik yang boleh digunakan adalah penyelesaian masalah menerusi perbincangan terbuka, pengelakan, kompromi, penambahan sumber dan sebagainya.
  • 6. Rajah: Teknik Pengurusan Konflik (diubahsuai daripada Moorhead dan rakan-rakan, 2004)
  • 7. Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia 2012 by kulanz on 04/02/2012 · 11 comments Semalam Kementerian Pelajaran Malaysia mengiktiraf 14 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 10 buah sekolah rendah dan 4 sekolah menengah di bawah Kohort 3 tahun ini. Watikah pengiktirafan dan peruntukan dana khas disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebagai makluman bersama, pengikhtirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dibuat sejajar dengan salah satu tumpuan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, khususnya untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing. Program itu juga bermatlamat untuk menghasilkan pelajar holistik yang cemerlang dengan menjadikan SBT sebagai tempat melatih murid cemerlang bertaraf antarabangsa di samping menjadi personaliti unggul dalam semua bidang. Baca juga artikel sebelum ini: 1. Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2010 – 2011 (Kohot 1 & 2) 2. Sekolah Daif di Malaysia Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohot 3 Tahun 2012 10 Buah Sekolah Rendah 1. SK(P) Sultan Ibrahim, Johor Baharu 2. SK Infant Jesus Convent, Johor Baharu 3. SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah 4. SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu 5. SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu 6. SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang 7. SK Minden Height, Pulau Pinang 8. SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang 9. SJKC Keat Hwa (H) Alor Setar, Kedah 10. SJKC Foon Yew 2 Johor Baharu, Johor 4 Buah Sekolah Menengah 1. SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah 2. SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan 3. SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor 4. SM Sains Johor, Kluang, Johor.
  • 8. Semoga pertambahan SBT ini turut menambah bilangan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga sahsiah moral dan agama di negara ini. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) by kulanz on 09/11/2010 · 34 comments Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukanlah suatu perkara yang baru. Seingat saya, beberapa siri taklimat berkenaannya telah dibuat sekitar akhir tahun lepas (2009) lepas dan saya sendiri telah menghadiri taklimat pertama bagi seluruh negeri Sabah yang melibatkan salah satu sub-NKRA berkenaan. Taklimat berkenaan waktu itu diadakan di Labuan. Setelah beberapa bulan pelaksanaannya, kedengaran juga perbualan tidak rasmi berkenaan beberapa isu yang berkaitan dengan NKRA (Pendidikan) ini. Bahkan saya pernah menerima pertanyaan daripada email untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang bidang yang terkandung dalam NKRA dan isu-isu yang mula dibangkitkan. Bagaimanapun kali ini saya tidak akan terus menyentuh tentang isu-isu yang melibatkan NKRA. Lebih elok sekiranya buat permulaan dimuatkan secara ringkas kandungan Sub-NKRA Pendidikan di blog ini dan jika ada kelapangan nanti, isu-isu yang berkenaan akan dibincangkan kemudian. NKRA – National Key Result Area “The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system” “ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians” “ Our real work will begin as we make the transformation of government services happen” Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
  • 9. Sub-NKRA 1: Prasekolah 7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan: Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012 *Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi - Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
  • 10. Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan) - Menghasilkan pelajar yang cemerlang Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang - Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut. Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:
  • 11. Ada bezanya antara KBSR dengan KSSR Pilih yang lebih baik dari yang baik-baik, kerana itulah kehendak naluri manusia. Begitu jugalah dalam aspek penambahbaikan kurikulum. Kurikulum yang lebih baik menjadi keutamaan dalam merealisasikan kehendak masa depan manusia yang berada dalam zamannya. Khalifah Umar pernah menasihatkan agar didiklah anak- anak mu untuk hidup di zamannya. Ya, zaman kita ini adalah untuk kita manakala zaman anak cucu cicit kita adalah untuk mereka, maka kitalah yang perlu menunjuk ajar mereka ini sebagai persediaan buat menghadapi hari depan mereka. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui inisiatif setiap 5 tahun semakan, maka KSSR dihasilkan dari penambahbaikan KBSR. Inilah perbezaan antara kedua-duanya. A. Asas Reka Bentuk Kurikulum KBSR : Berasaskan 3 Bidang i. Komunikasi 2. Manusia dan Alam Sekeliling 3. Perkembangan Diri Individu KSSR : Berasaskan 6 Tunjang 1. Komunikasi 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai 3. Kemanusiaan 4. Perkembangan fizikal dan estetika 5. Sains dan Teknologi 6. Keterampilan Diri B. Bahan Kurikulum KBSR : Suktan Pelajaran KSSR : Dokumen Standard Kurikulum C. Jenis Reka Bentuk Kurikulum KBSR : Linear KSSR : Modular
  • 12. D. Organisasi Kurikulum KBSR : Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan KSSR : Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3) : Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6) : Mata Pelajaran Teras dan Elektif E. Elemen KBSR : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif KSSR : Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Makluma & Komunikasi (TMK) secara eksplisit F. Fokus KBSR : 3 M ( Menulis, Membaca dan Mengira ) KSSR : 4 M ( Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul Kini sudah terang lagi bersuluh... bersama kita jayakan. Anda mungkin juga meminati: