SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Download to read offline
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
PEMARKAHAN
1. TUGASAN 1
2. TUGASAN 2
JUMLAH
KAE 3013
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada
pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia.
Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh-contoh
aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
KUMPULAN
GROUP EL-ST01(A122PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
DARMIN BIN LADIRO D20112053772 013-8803681
NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK JUPRI BACOTANG
TARIKH SERAH: 03.05.2013
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3
2.0 DEFINISI KREATIVITI 4
3.0 DEFINISI KANAK-KANAK 6
4.0 TEORI KREATIVITI 7
4.1 TEORI BELAHAN DUA OTAK 7
4.2 TEORI SIX THINGKING HATS 8
4.3 TEORI KREATIVITI PAUL TORRANCE 9
4.4 TEORI MULTIPLE CREATIVE TALENT 11
4.5 TEORI LAWRANCE STAGES OF
ARTISTICS DEVELOPMENT 12
4.6 TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER 13
5.0 CIRI-CIRI KREATIF 13
6.0 AKTIVITI YANG MERANSANG
PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK 15
6.1 AKTIVITI BERMAIN 15
6.2 AKTIVITI SENI LUKIS 16
1
6.3 SENI KRAFTANGAN 17
6.4 MUZIK LAGU DAN NYANYIAN
SERTA PANTUN DAN SAJAK 18
6.5 TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF 19
7.0 PENUTUP 19
2
1.0 PENGENALAN
Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami
perubahan dan pembaharuan seiring dengan tuntukan lokal dan global. Perubahan dan
pembaharuan yang sedang dan akan berlaku bermatlamat untuk membangunkan kapasiti
modal insan secara terancang dan berkesan seperti yang diharapkan. Pendidikan
menjelang wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang
kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi
penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif
bagi membangunkan negara.
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kakan dilahirkan kreatif.
Pernyataan ini disokong dengan sikap semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan
penuh dengan perasaan ingin tahu. Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan
intelektual yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu
kognitif yang libatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemperosesan maklumat,
memori merujuk kepada kaedah mengingat dan menyimpan data, pemikiran korvergen
merujuk kepada satu bentuk kupayaan pemikiran yang memusatkan pemerhatian kepada
penyelesaiaan masalah secara khusus, pemikiran divergen yang dapat dilihat sebagai
kobolehan pemikiran yang besifat pelbagai dan becapah dan akhirnya penilaian merujuk
kepada penilaian dan pertimbangan bagi sesuatu tindakan. Pemikiran kreatif dapat di
klafisikasiakan dalam kumpulan pemikiran divergen kerana sifat dan fitrah pemikiran
kreatif itu pelbagai.
Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. Kanak- kanak
dilahirkan dengan kebolehandan keupayaan yang berbeza.kreativiti yang terdapat di
dalam diri kanak-kanak adalah bersifat semulajadi. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak
diberi galakan dan bimbinganyang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja.
Berdasarkan faktor inilah maka sangat penting penerapan pengetahuan asas mengenai
lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak didedahkan dengan
pelbagai aktiviti.
3
2.0 DEFINISI KREATIVITI
Definisi kreativiti mengikut Kamus Dewan,(2002) ialah satu kemampuan
(kebolehan)mencipta daya kreativiti,kekreatifan manakala kreatif pula sebagai
mempunyai kebolehanmencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang
baru dan asli. Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud
“membuat/ mencipta/ mereka cipta”. Manakala Greek “creare” bermaksud “memenuhi”.
“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be
first to portray and give character to a role or part creation: An original product of
human invention or imagination.”
“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing
elements, disharmonies and so on; identifying the difficult; searching for solutions,
making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting
these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating
the results.” (Torrance, 1974)
Konsep kreativiti boleh dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang
seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli
politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal
mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif.
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan
pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan
bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik.
Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan
pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya,
seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan
dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya
dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh
Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up
possibilities.”
4
Sehubungan itu dapat dirumuskan bahawa kreativiti melibatkan daya berfikir dan
kemahiran berfikir yang menerbitkan idea manakala pemikiran kritis adalah pemikiran
yang menilai ke atas sesuatu idea. Oleh itu pemikiran kreatif mestilah berasaskan
manipulasi dari pengalaman serta pengetahuan yang sedia ada bagi membolehkan
seseorang itu dapat mencetuskan idea atau hasil ciptaan yang baru dan lebih baik
daripada yang sebelumnya.
Manakala menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait
dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang
membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak).
Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir seseorang ,
maka itu ia dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu.
Victor Lowenfeld (1975) menyatakan bahawa, kreativiti sebagai suatu naluri
semula jadi dimiliki oleh setiap insan sejak ia dilahirkan. Naluri itu merupakan faktor
pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah
kehidupan. Gilchrist disebut oleh Yong (1994) yang memetik kreativiti sebagai
keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan bernilai sama ada maujud ataupun tidak.
Jauharah (1995) melihat kreativiti sebagai penglahiran sesuatu yang baru dan mempunyai
nilai yang bermutu.
Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan
dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan
merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu
kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan
kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama
dan lakonan.
Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara
berikut;
Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang
tidak mudah mengalah.
Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau
bidang yang diceburi.
5
Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada
pada tahap kecemerlangan. Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela
diuji dan tidak takut gagal.
Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan
hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.
Secara kesimpulannya kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea
baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga
merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea
baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat
kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini. Manakala inovasi adalah hasil
pemikiran kritis dan kritif yang member makna baru kepada sesuatu yang bersifat kreatif.
3.0 DEFINISI KANAK-KANAK
Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari
peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat
berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi
lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari
rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar
menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki
alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan
seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup
manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan.
Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang
dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta
belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak
ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan
mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi kepada dua
iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari
usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak pertengahan dan akhir di antara
7 tahun sehingga 12 tahun. Akhirnya kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak-
kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan.
6
4.0 TEORI KREATIVITI
Kanak-kanak mempunayi kecenderungan yang tinggi terhadap aktiviti-aktiviti
seni visual dan seni persembahan yang mampu meningkatkan kreativiti mereka. terdapat
banyak teori berkaitan kreativiti antaranya ialah Teori Belahan Dua Otak, Teori Six
Thingking Hats, Teori Kreativiti Paul Torrence, Teori Multiple Creative Talent, Teori
Lowenfeld Stages of Aritistics Development dan Teori Perkembangan Kreativiti Fisher.
Teori Six
Thingking
Hats
Teori
Kreativiti
Paul
Torrence
Teori
Multiple
Creative
Talent
Teori
Lowenfeld
Stages of
Aritistics
Development
Teori Belahan
Dua Otak
Teori
Perkembangan
Kreativiti Fisher.
TEORI KREATIVITI
Rajah 1
4.1 TEORI BELAHAN DUA OTAK
Otak terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kanan dan kiri. Hemisfera kiri
mengawal bahagian kanan anggota badan, manakala hemisfera kanan mengawal
bahagian kiri anggota badan. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza. Otak kanan
lebih focus kepada imaginasi dan kreativiti seseorang kanak-kanak manakala otak kiri
merupakan bahagian otak yang melihat sesuatu secara kritis. Otak kiri lebih fokus kepada
urutan, kemahiran analisis dan pemikiran logik. Kanak-kanak lebih menggunakan otak
7
kiri untuk aktiviti membuat eksperimen dan aktiviti yang berkaitan dengan
numerasi.Ilusrtari pada Rajah 2 menunjukkan peranan otak kiri dan kanak.
Rajah 2
4.2 TEORI SIX THINGKING HATS
Dalam teori ini, de Bono memperkenalkan enam warna yang akan menjadi
pemikiran untuk mengarahkan topi apa yang perlu dipakai ketika berdepan dengan situasi
tertentu. Topi warna putih perlu dipakai semasa situasi ingin mendapatkan informasi
yang meliputi fakta, figura dan maklumat; topi merah perlu dipakai semasa menghadapi
situasi perasaan yang meliputi luahan mood dan emosi; topi warna hitam perlu dipakai
semasa membuat penilaian negatif terhadap kesalahan dan halangan; topi warna kuning
perlu dipakai ialah semasa membuat penilaian positif; topi warna hijau perlu dipakai
semasa situasi yang berkaitan dengan kreativiti; topi biru perlu dipakai semasa
menghadapi situasi metakognitif yang berkaitan aspek seseorang yang berfikir.
Secara ringkasnya dapat diperjelaskan dalam Rajah 3 di bawah ini.
8
Rajah 3
4.3 TEORI KREATIVITI PAUL TORRENCE
Teori Kreativiti Paul Torrence menjelaskan tujuh perkara yang sangat penting di
dalam proses mencungkil kreativiti seseorang individu iaitu;
Penyoalan
Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan
adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga
boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam
proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan
mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.
Penemuan
Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk
memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan
mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga
penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai
ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti
seni visual.
9
Pemerhatian
Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai
deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang
pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di
dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu
pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah
deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.
Percubaan
Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang
terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di
kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari
bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang
terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas
hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu
pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.
Penerokaan
Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan
menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita.
Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk
membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di
sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak
langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan
sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Memanipulasi
Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui
bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang
sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan
dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka
proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran
seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di
10
samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa
menghasilkan karya.
Aktiviti
Aktiviti juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak
aktiviti bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan
dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui
aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak
langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan
kreativiti yang sihat.
4.4 TEORI MULTIPLE CREATIVE TALENT
Teori Multiple Creative Talent diperkenalkan oleh Calvin W Taylor. Beliau
menjelaskan bukan semua individu dikurnia dengan bakat yang sama. Pengembangan
bakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Taylor
mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat iaitu;
Kreativiti bersifat ekspresif.
Berlaku secara bebas. Guru membimbing kanak-kanak meluahkan idea untuk
menghasilkan karya mengikut kemampuan kanak-kanak.
Kreativiti bersifat penghasilan.
Kecekapan menghasilkan sesuatu. Guru membimbing kanak-kanak untuk
menambah baik kemahiran sedia ada.
Kreativiti bersifat Inovatif.
Modifikasi sesuatu andaian asas secara alternatif. Guru membimbing kanak-kanak
membuat modifikasi konsep asas kepada idea baru yang lebih bermakna.
Kreativiti bersifat inventif.
Keupayaan mencipta sesuatu benda atau objek melalui proses penerokaan. Guru
memberikan pujian dan galakan kepada kanak-kanak supaya mereka tidak putus
asa.
11
Kreativiti bersifat emergen
Merupakan bentuk kreativiti yang tertinggi. Keseluruhan prinsip formal
diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak. Contohnya lukisan figura
manusia digambarkan tanpa menitik beratkan bentuk asalnya.
4.5 TEORI LOWENFELD STAGES OF ARITISTICS DEVELOPMENT.
Lowenfeld memperkenalkan Teori Lowenfeld of Artistic Devrlopment yang dapat
menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif. Aktiviti yang dijalankan berterusan
memberi peluang dan pendedahan kepada kanak-kanak untuk menggunakan deria
pancaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod. Teori ini
merangkumi lapan kategori kreatif iaitu,
Cabaran.
Menerima cabaran masalah yang wujud dalam sesuatu situasi. Dapat bersesuaian
dengan situasi persekitaran.
Kelancaran.
Berimaginasi dan berfikiran terbuka untuk mengkaitkan idea dalam menghasilkan
kerja kreatif supaya berjalan lancar.
Kelenturan
Sanggup menerima perubahan dan menyesuaikan diri mengikut situasi.
Keaslian.
Mengeluarkan idea tanpa meniru orang lain.
Pemikiran bercapah.
Dapat mengembangkan idea yang sedia ada.
Keinginan
Mempunyai perasaan ingin tahu dan mampu untuk membuat analisis.
Kompleks.
Berupaya membuat sentesis.
Makna Baru
Menghasilkan sesuatu produk atau idea kreatif dan inovatif.
12
4.6 TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER
Fisher(1943) menerangkan terdapat lima tahap dalam pemikiran kreatif iaitu;
Peringkat Rangsangan
Beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu.
Peringkat Penerokaan
Pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar
kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik.
Peringkat Perancangan
Melalui perancangan melalui proses perbincangan, pemerhatian, interaksi dan
sebagainya.
Peringkat aktiviti
Lakukan tindakan berdasarkan persoalan bagaimana harus kita mengambil
tindakan ke atas cadangan tersebut.
Kajian Semula
Membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah
dijalankan untuk tujuan penambahbaikan.
5.0 CIRI-CIRI KREATIF.
Sehingga hari ini telah banyak kajian dan penyelidikan tentang ciri-ciri idea kreatif.
Antara tokoh yang banyak menjalankan kajian terhadap idea-idea kreatif ini ialah
Graham Wallas (1926), Guilford (1950), Lehman (1953), Osborn (1954), Taylor (1956),
Getzels (1962), deBono (1970), Foster (1971), Hermann (1984), Trefingger (1986) dan
lain-lain lagi.Secara rumusannya terdapat empat cirri kreatif iaitu,
Pengurusan Imaginasi.
Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli.
Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini
melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai
permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana
ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai
perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada
digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau
13
diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada
kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan
yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini
belum pernah dilihat.
Mempunyai Tujuan.
Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya
berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang
dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya
tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau
bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru,
objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini
menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan
tujuan. Contohnya, basikal Kamal rosak dalam perjalanan pulang, Kamal
memikirkan cara lain untuk pulang dengan basikalnya.
Bersifat Asli.
Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini
bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh
individu atau pun berkumpulan.Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:
1. Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan
dengan hasil kerjanya sendiri yang terdahulu.
2. Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil
kerja rakan-rakannya.
3. Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan
sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang.
Kategori keaslian pertama dan kedua lebih memfokuskan kepada perkembangan
individu manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat
secara global.
Bernilai.
Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada
tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat
untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana
14
sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai
sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria
penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti
berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan,
kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.
6.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG MERANSANG PEMIKIRAN KREATIF
KANAK-KANAK.
Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi kreatif. Mereka berhak
diberi peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka, dan menggunakan
sepenuhnya potensi mereka. Sebagai ibu bapa, kita boleh memainkan peranan penting
untuk menggalakkan mereka. Meskipun kreativiti tidak boleh diajar, kita boleh
menyediakan persekitaran dan merancang aktiviti-aktiviti yang boleh meransang
pemikiran kreatif kanak-kanak.
6.1 AKTIVITI BERMAIN
Feldman (1991) menyatakan kanak-kanak belajar secara semulajadi. Mereka
ingin tahu, berminat, bersemangat dan memberi perhatian bagi mempelajari perkara-
perkara baharu. Mungkin antara cara yang terbaik mengajar kanak-kanak adalah melalui
bermain. Di samping aktiviti ini juga membolehkan mereka terlibat dalam mengaktifkan
gaya pembelajaran mereka yang semulajadi.
Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti belajar melalui permainan, mereka terlibat
dengan akviti yang mereka gemarkan. Semasa aktiviti bermain ini terdapat beberapa
perkembangan yang dapat dipupuk seperti;
perkembangan kognitif, bahasa dan fizikal.
kestabilan emosi.
kreativiti kanak-kanak.
perkembangan dan kemahiran social.
memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak.
Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) mengketogerikan pembelajaran yang
bersandarkan aktiviti permainan kepada empat jenis. Keseimbangan diantara aktiviti
15
bermain dan belajar merupakan rangka kerja yang penting dalam membentuk kurikulum
dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Terdapat empat jenis permainan yang
dikenal pasti iaitu:
Permainan 'solitary'
Permainan 'parallel'
Permainan 'associative'
Permainan 'cooperative'
6.2 AKTIVITI SENI LUKIS
Aktiviti seni lukis jika diberi perhatian boleh memperkembangkan kebolehan
kreativiti semulajadi kanak-kanak. Proses penghasilan lukisan, misalannya dapat
menggabungkan jalinan emosi, sosial dan nilai estetika. Aktiviti melukis dikatakan
sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa
bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti melukis merupakan aktiviti
yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya
sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah
pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan
meningkatkan daya persepsi mereka seperti dalam Rajah 4 ini.
Rajah 4
Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria
kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain
itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya
mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada
16
kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi
penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang
unik dan kreatif.
6.3 SENI KRAFTANGAN
engaplikasikan teknik aktiviti menggambar,
membu
Rajah 5
Kraf mudah ini dapat membantu p gan motor kasar dan halus murid.
Aktivit
an di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978)
menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir
Kraf mudah uintuk kanak-kanak m
at corak dan rekaan serta bentuk binaan.Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak
terdiri daripada aktiviti seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan resis, gosokan,
stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek. Aktiviti membuat corak dan rekaan untuk
kanak-kanak pula adalah seperti ikatan, ceupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan,
lukisan, catan, cetakan, capan, resis,kolaj, pualaman, lipatan dan guntingan. Manakala
aktiviti binaan pula adalah seperti membuat topeng, boneka, origami, mobail, model dan
diorama.Aktiviti tersebut seperti yang terdapat dalam Rajah 5 di bawah ini.
erkemban
i kraf mudah menggalakkan penggunaaan dan kawalan otot secara
berkesan.Aktiviti seperti mengunting, melipat, membentuk dan mengubah suai dapat
mengembangkan daya imaginasi kanak-kanak sekaligus dapat meningkatkan daya
kreativiti kanak-kanak
Laura H. Chapm
17
sama d
Muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun dapat mempertingkatkan
kemahi mu
Emile J
Rajah 6
Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk mengambil perl ktiviti menyanyi dan juga berbalas
dan me
engan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau,
proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik
yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-
ulang.
6.4 MUZIK, LAGU, DAN NYANYIAN SERTA PANTUN DAN SAJAK.
ran zikal dan juga kreativiti kanak-kanak. Tokoh-tokoh seni muzik seperti
acques Dalcroze, Carl Offf, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon
memfokuskan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap
pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada
mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang
tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan
kemaahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat.Rajah 6 di bawah ini
menunjukkan aktiviti lagu dan nyanyian
u dalam a
ndeklamasi sajak.Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun yang
dilaksanakan untuk kanak-kanak memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif.
Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan
pantun menggalakkan kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam
aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun melibatkan imaginasi atau
khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika kanak-kanak juga dapat dipupuk.
18
6.5 TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF
ehendak untuk bergerak mengikut irama muzik merupakan kreativiti semula
jadi ba na memberi peluang kepada
kanak-k
i mempunyai keistimewaan dan apa yang mereka tonjolkan itu
merupa
Rajah 7
.0 PENUTUP
a
m kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal
dikenal
K
gi ka k-kanak. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif
anak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Aktiviti-aktiviti gerakan
yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif kepada
kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan tarian
dan pergerakan kreatif.
Melalui tarian dan pergerakan kreatif, kanak-kanak dapat membina kreativiti
tersendiri. Setiap penar
kan satu kreativiti. Melalui tarian dapat meningkatkan keupayaan pemikiran
kanak-kanak. Kanak-kanak perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan
menilai karya. Tarian dan pergerakan kreatif seperti Rajah 7 di bawah ini membantu
murid menggerakkan daya pemikiran mereka.
7
Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membin
minda yang kreatif dala
i sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena
antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa
kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh
persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak
19
dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah
semula jadi proses tumbesaran mereka.
Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara. Mereka
lebih banyak menggunakan imaginasi mereka, bersedia untuk mencuba perkara yang
berlainan, dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Di samping
itu, mereka dapat membina ketabahan, keyakinan diri, keupayaan untuk berdikari,
toleransi terhadap kekaburan, dan mungkin juga, suka berjenaka.
20
RUJUKAN
inin Mohd,Abdullah Hassan.(1997).Seni Berfikir Kreatif.Kuala Lumpur:PTS
ltans Sdn Bhd.
: Open Universiti Malaysia.
amid k Genius. Shah Alam
logspot.com/2009/08/attention-num2.html
A
Consu
Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim.(2011).HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak
Kanak. Selangor Darul Ehsan
Ekspresi Kreatifviti Kanak-Kanak. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris
H ah Sulaiman, Farrah Dina Yusop.(2006). Mendidik Ana
Selangor: PTS Millennia Sdn Bhd
Tony Windura.(2011).Melatih Anak Berfikir.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing
Sdn Bhd.
SUMBER DARI INTERNET
http://itukamibudakseni.b
http://zulprasekolah.blogspot.com/2012_03_05_archive.html
http://ummisalsabila.blogspot.com/2013/02/kreativiti-kanak-kanak-bermula-dengan.html
21

More Related Content

What's hot

Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean PiagetCHIANG JIE CHYNG
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 
Unit 4 prinsip nctm
Unit 4   prinsip  nctmUnit 4   prinsip  nctm
Unit 4 prinsip nctmAdilah Said
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotskymohamad293823
 
Perkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifPerkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifAinismaira Smile
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Akta 308 dan_550 (1)
Akta 308 dan_550 (1)Akta 308 dan_550 (1)
Akta 308 dan_550 (1)norafika90
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatansyazwanie suhaimi
 

What's hot (20)

Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Unit 4 prinsip nctm
Unit 4   prinsip  nctmUnit 4   prinsip  nctm
Unit 4 prinsip nctm
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Nota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdfNota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdf
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
Metakognitif
MetakognitifMetakognitif
Metakognitif
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
 
Perkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifPerkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitif
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Akta 308 dan_550 (1)
Akta 308 dan_550 (1)Akta 308 dan_550 (1)
Akta 308 dan_550 (1)
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
 

Similar to Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.

Modul pengembangan bakat dan kreativitas
Modul pengembangan bakat dan kreativitasModul pengembangan bakat dan kreativitas
Modul pengembangan bakat dan kreativitascindrya
 
Ikrar Agung D - 12119072 - PPT TB Bisnis Kreatif dan Inovasi Kelompok 3.pptx
Ikrar Agung D - 12119072 - PPT TB Bisnis Kreatif dan Inovasi Kelompok 3.pptxIkrar Agung D - 12119072 - PPT TB Bisnis Kreatif dan Inovasi Kelompok 3.pptx
Ikrar Agung D - 12119072 - PPT TB Bisnis Kreatif dan Inovasi Kelompok 3.pptxIKRARAGUNGDEWANTORO1
 
Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Robotgerm King
 
Dimensi kreatif dalam filsafat ilmu
Dimensi kreatif dalam filsafat ilmuDimensi kreatif dalam filsafat ilmu
Dimensi kreatif dalam filsafat ilmuDody Perdana
 
Dimensi kreativitas dalam psikologi pendidikan
Dimensi kreativitas dalam psikologi pendidikanDimensi kreativitas dalam psikologi pendidikan
Dimensi kreativitas dalam psikologi pendidikanAlamsyah Hsb
 
(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud
(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud
(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan audDiana Fakhriyani
 
MENGELOLA KREATIFITAS.pptx
MENGELOLA KREATIFITAS.pptxMENGELOLA KREATIFITAS.pptx
MENGELOLA KREATIFITAS.pptxdasephidayah1
 
Kajian teori kreativitas
Kajian teori kreativitasKajian teori kreativitas
Kajian teori kreativitasTriyani Suranto
 
Perkembangan kreatifitas dan implikasinya dalam pendidikan
Perkembangan kreatifitas dan implikasinya dalam pendidikanPerkembangan kreatifitas dan implikasinya dalam pendidikan
Perkembangan kreatifitas dan implikasinya dalam pendidikanAndalia Ayu Putry
 
Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...
Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...
Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...dechavns
 
TUGAS AKHIR PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptx
TUGAS AKHIR PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptxTUGAS AKHIR PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptx
TUGAS AKHIR PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptxunknownmukti
 
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativitipeggylau9318
 
4. KWH. Ananda Putri Pratami. Hapzi Ali. Pengantar Kewirausahaan, Universitas...
4. KWH. Ananda Putri Pratami. Hapzi Ali. Pengantar Kewirausahaan, Universitas...4. KWH. Ananda Putri Pratami. Hapzi Ali. Pengantar Kewirausahaan, Universitas...
4. KWH. Ananda Putri Pratami. Hapzi Ali. Pengantar Kewirausahaan, Universitas...Ananda Putri Pratami
 

Similar to Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. (20)

Kelompok 5 ppd
Kelompok 5 ppdKelompok 5 ppd
Kelompok 5 ppd
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Karya ilmiah
Karya ilmiahKarya ilmiah
Karya ilmiah
 
Modul pengembangan bakat dan kreativitas
Modul pengembangan bakat dan kreativitasModul pengembangan bakat dan kreativitas
Modul pengembangan bakat dan kreativitas
 
Ikrar Agung D - 12119072 - PPT TB Bisnis Kreatif dan Inovasi Kelompok 3.pptx
Ikrar Agung D - 12119072 - PPT TB Bisnis Kreatif dan Inovasi Kelompok 3.pptxIkrar Agung D - 12119072 - PPT TB Bisnis Kreatif dan Inovasi Kelompok 3.pptx
Ikrar Agung D - 12119072 - PPT TB Bisnis Kreatif dan Inovasi Kelompok 3.pptx
 
Makalah ppd ttg kreativitas
Makalah ppd ttg kreativitasMakalah ppd ttg kreativitas
Makalah ppd ttg kreativitas
 
Dasar dasar kreativitas
Dasar dasar kreativitasDasar dasar kreativitas
Dasar dasar kreativitas
 
Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2
 
Dimensi kreatif dalam filsafat ilmu
Dimensi kreatif dalam filsafat ilmuDimensi kreatif dalam filsafat ilmu
Dimensi kreatif dalam filsafat ilmu
 
Dimensi kreativitas dalam psikologi pendidikan
Dimensi kreativitas dalam psikologi pendidikanDimensi kreativitas dalam psikologi pendidikan
Dimensi kreativitas dalam psikologi pendidikan
 
(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud
(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud
(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud
 
MENGELOLA KREATIFITAS.pptx
MENGELOLA KREATIFITAS.pptxMENGELOLA KREATIFITAS.pptx
MENGELOLA KREATIFITAS.pptx
 
Ppd laspiyarni
Ppd laspiyarniPpd laspiyarni
Ppd laspiyarni
 
Ppd laspiyarni
Ppd laspiyarniPpd laspiyarni
Ppd laspiyarni
 
Kajian teori kreativitas
Kajian teori kreativitasKajian teori kreativitas
Kajian teori kreativitas
 
Perkembangan kreatifitas dan implikasinya dalam pendidikan
Perkembangan kreatifitas dan implikasinya dalam pendidikanPerkembangan kreatifitas dan implikasinya dalam pendidikan
Perkembangan kreatifitas dan implikasinya dalam pendidikan
 
Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...
Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...
Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...
 
TUGAS AKHIR PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptx
TUGAS AKHIR PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptxTUGAS AKHIR PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptx
TUGAS AKHIR PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptx
 
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
 
4. KWH. Ananda Putri Pratami. Hapzi Ali. Pengantar Kewirausahaan, Universitas...
4. KWH. Ananda Putri Pratami. Hapzi Ali. Pengantar Kewirausahaan, Universitas...4. KWH. Ananda Putri Pratami. Hapzi Ali. Pengantar Kewirausahaan, Universitas...
4. KWH. Ananda Putri Pratami. Hapzi Ali. Pengantar Kewirausahaan, Universitas...
 

Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.

  • 1. RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 PEMARKAHAN 1. TUGASAN 1 2. TUGASAN 2 JUMLAH KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. KUMPULAN GROUP EL-ST01(A122PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON DARMIN BIN LADIRO D20112053772 013-8803681 NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK JUPRI BACOTANG TARIKH SERAH: 03.05.2013
  • 2. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 3 2.0 DEFINISI KREATIVITI 4 3.0 DEFINISI KANAK-KANAK 6 4.0 TEORI KREATIVITI 7 4.1 TEORI BELAHAN DUA OTAK 7 4.2 TEORI SIX THINGKING HATS 8 4.3 TEORI KREATIVITI PAUL TORRANCE 9 4.4 TEORI MULTIPLE CREATIVE TALENT 11 4.5 TEORI LAWRANCE STAGES OF ARTISTICS DEVELOPMENT 12 4.6 TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER 13 5.0 CIRI-CIRI KREATIF 13 6.0 AKTIVITI YANG MERANSANG PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK 15 6.1 AKTIVITI BERMAIN 15 6.2 AKTIVITI SENI LUKIS 16 1
  • 3. 6.3 SENI KRAFTANGAN 17 6.4 MUZIK LAGU DAN NYANYIAN SERTA PANTUN DAN SAJAK 18 6.5 TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF 19 7.0 PENUTUP 19 2
  • 4. 1.0 PENGENALAN Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan pembaharuan seiring dengan tuntukan lokal dan global. Perubahan dan pembaharuan yang sedang dan akan berlaku bermatlamat untuk membangunkan kapasiti modal insan secara terancang dan berkesan seperti yang diharapkan. Pendidikan menjelang wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kakan dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sikap semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan intelektual yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu kognitif yang libatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemperosesan maklumat, memori merujuk kepada kaedah mengingat dan menyimpan data, pemikiran korvergen merujuk kepada satu bentuk kupayaan pemikiran yang memusatkan pemerhatian kepada penyelesaiaan masalah secara khusus, pemikiran divergen yang dapat dilihat sebagai kobolehan pemikiran yang besifat pelbagai dan becapah dan akhirnya penilaian merujuk kepada penilaian dan pertimbangan bagi sesuatu tindakan. Pemikiran kreatif dapat di klafisikasiakan dalam kumpulan pemikiran divergen kerana sifat dan fitrah pemikiran kreatif itu pelbagai. Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. Kanak- kanak dilahirkan dengan kebolehandan keupayaan yang berbeza.kreativiti yang terdapat di dalam diri kanak-kanak adalah bersifat semulajadi. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak diberi galakan dan bimbinganyang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja. Berdasarkan faktor inilah maka sangat penting penerapan pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. 3
  • 5. 2.0 DEFINISI KREATIVITI Definisi kreativiti mengikut Kamus Dewan,(2002) ialah satu kemampuan (kebolehan)mencipta daya kreativiti,kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehanmencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli. Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud “membuat/ mencipta/ mereka cipta”. Manakala Greek “creare” bermaksud “memenuhi”. “To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be first to portray and give character to a role or part creation: An original product of human invention or imagination.” “A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing elements, disharmonies and so on; identifying the difficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating the results.” (Torrance, 1974) Konsep kreativiti boleh dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.” 4
  • 6. Sehubungan itu dapat dirumuskan bahawa kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir yang menerbitkan idea manakala pemikiran kritis adalah pemikiran yang menilai ke atas sesuatu idea. Oleh itu pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi dari pengalaman serta pengetahuan yang sedia ada bagi membolehkan seseorang itu dapat mencetuskan idea atau hasil ciptaan yang baru dan lebih baik daripada yang sebelumnya. Manakala menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak). Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir seseorang , maka itu ia dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu. Victor Lowenfeld (1975) menyatakan bahawa, kreativiti sebagai suatu naluri semula jadi dimiliki oleh setiap insan sejak ia dilahirkan. Naluri itu merupakan faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Gilchrist disebut oleh Yong (1994) yang memetik kreativiti sebagai keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan bernilai sama ada maujud ataupun tidak. Jauharah (1995) melihat kreativiti sebagai penglahiran sesuatu yang baru dan mempunyai nilai yang bermutu. Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan. Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut; Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah. Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi. 5
  • 7. Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan. Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal. Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti. Secara kesimpulannya kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini. Manakala inovasi adalah hasil pemikiran kritis dan kritif yang member makna baru kepada sesuatu yang bersifat kreatif. 3.0 DEFINISI KANAK-KANAK Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak pertengahan dan akhir di antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Akhirnya kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak- kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan. 6
  • 8. 4.0 TEORI KREATIVITI Kanak-kanak mempunayi kecenderungan yang tinggi terhadap aktiviti-aktiviti seni visual dan seni persembahan yang mampu meningkatkan kreativiti mereka. terdapat banyak teori berkaitan kreativiti antaranya ialah Teori Belahan Dua Otak, Teori Six Thingking Hats, Teori Kreativiti Paul Torrence, Teori Multiple Creative Talent, Teori Lowenfeld Stages of Aritistics Development dan Teori Perkembangan Kreativiti Fisher. Teori Six Thingking Hats Teori Kreativiti Paul Torrence Teori Multiple Creative Talent Teori Lowenfeld Stages of Aritistics Development Teori Belahan Dua Otak Teori Perkembangan Kreativiti Fisher. TEORI KREATIVITI Rajah 1 4.1 TEORI BELAHAN DUA OTAK Otak terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kanan dan kiri. Hemisfera kiri mengawal bahagian kanan anggota badan, manakala hemisfera kanan mengawal bahagian kiri anggota badan. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza. Otak kanan lebih focus kepada imaginasi dan kreativiti seseorang kanak-kanak manakala otak kiri merupakan bahagian otak yang melihat sesuatu secara kritis. Otak kiri lebih fokus kepada urutan, kemahiran analisis dan pemikiran logik. Kanak-kanak lebih menggunakan otak 7
  • 9. kiri untuk aktiviti membuat eksperimen dan aktiviti yang berkaitan dengan numerasi.Ilusrtari pada Rajah 2 menunjukkan peranan otak kiri dan kanak. Rajah 2 4.2 TEORI SIX THINGKING HATS Dalam teori ini, de Bono memperkenalkan enam warna yang akan menjadi pemikiran untuk mengarahkan topi apa yang perlu dipakai ketika berdepan dengan situasi tertentu. Topi warna putih perlu dipakai semasa situasi ingin mendapatkan informasi yang meliputi fakta, figura dan maklumat; topi merah perlu dipakai semasa menghadapi situasi perasaan yang meliputi luahan mood dan emosi; topi warna hitam perlu dipakai semasa membuat penilaian negatif terhadap kesalahan dan halangan; topi warna kuning perlu dipakai ialah semasa membuat penilaian positif; topi warna hijau perlu dipakai semasa situasi yang berkaitan dengan kreativiti; topi biru perlu dipakai semasa menghadapi situasi metakognitif yang berkaitan aspek seseorang yang berfikir. Secara ringkasnya dapat diperjelaskan dalam Rajah 3 di bawah ini. 8
  • 10. Rajah 3 4.3 TEORI KREATIVITI PAUL TORRENCE Teori Kreativiti Paul Torrence menjelaskan tujuh perkara yang sangat penting di dalam proses mencungkil kreativiti seseorang individu iaitu; Penyoalan Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik. Penemuan Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual. 9
  • 11. Pemerhatian Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar. Percubaan Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya. Penerokaan Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Memanipulasi Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di 10
  • 12. samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya. Aktiviti Aktiviti juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak aktiviti bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat. 4.4 TEORI MULTIPLE CREATIVE TALENT Teori Multiple Creative Talent diperkenalkan oleh Calvin W Taylor. Beliau menjelaskan bukan semua individu dikurnia dengan bakat yang sama. Pengembangan bakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Taylor mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat iaitu; Kreativiti bersifat ekspresif. Berlaku secara bebas. Guru membimbing kanak-kanak meluahkan idea untuk menghasilkan karya mengikut kemampuan kanak-kanak. Kreativiti bersifat penghasilan. Kecekapan menghasilkan sesuatu. Guru membimbing kanak-kanak untuk menambah baik kemahiran sedia ada. Kreativiti bersifat Inovatif. Modifikasi sesuatu andaian asas secara alternatif. Guru membimbing kanak-kanak membuat modifikasi konsep asas kepada idea baru yang lebih bermakna. Kreativiti bersifat inventif. Keupayaan mencipta sesuatu benda atau objek melalui proses penerokaan. Guru memberikan pujian dan galakan kepada kanak-kanak supaya mereka tidak putus asa. 11
  • 13. Kreativiti bersifat emergen Merupakan bentuk kreativiti yang tertinggi. Keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak. Contohnya lukisan figura manusia digambarkan tanpa menitik beratkan bentuk asalnya. 4.5 TEORI LOWENFELD STAGES OF ARITISTICS DEVELOPMENT. Lowenfeld memperkenalkan Teori Lowenfeld of Artistic Devrlopment yang dapat menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif. Aktiviti yang dijalankan berterusan memberi peluang dan pendedahan kepada kanak-kanak untuk menggunakan deria pancaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod. Teori ini merangkumi lapan kategori kreatif iaitu, Cabaran. Menerima cabaran masalah yang wujud dalam sesuatu situasi. Dapat bersesuaian dengan situasi persekitaran. Kelancaran. Berimaginasi dan berfikiran terbuka untuk mengkaitkan idea dalam menghasilkan kerja kreatif supaya berjalan lancar. Kelenturan Sanggup menerima perubahan dan menyesuaikan diri mengikut situasi. Keaslian. Mengeluarkan idea tanpa meniru orang lain. Pemikiran bercapah. Dapat mengembangkan idea yang sedia ada. Keinginan Mempunyai perasaan ingin tahu dan mampu untuk membuat analisis. Kompleks. Berupaya membuat sentesis. Makna Baru Menghasilkan sesuatu produk atau idea kreatif dan inovatif. 12
  • 14. 4.6 TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER Fisher(1943) menerangkan terdapat lima tahap dalam pemikiran kreatif iaitu; Peringkat Rangsangan Beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu. Peringkat Penerokaan Pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik. Peringkat Perancangan Melalui perancangan melalui proses perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Peringkat aktiviti Lakukan tindakan berdasarkan persoalan bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut. Kajian Semula Membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah dijalankan untuk tujuan penambahbaikan. 5.0 CIRI-CIRI KREATIF. Sehingga hari ini telah banyak kajian dan penyelidikan tentang ciri-ciri idea kreatif. Antara tokoh yang banyak menjalankan kajian terhadap idea-idea kreatif ini ialah Graham Wallas (1926), Guilford (1950), Lehman (1953), Osborn (1954), Taylor (1956), Getzels (1962), deBono (1970), Foster (1971), Hermann (1984), Trefingger (1986) dan lain-lain lagi.Secara rumusannya terdapat empat cirri kreatif iaitu, Pengurusan Imaginasi. Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau 13
  • 15. diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini belum pernah dilihat. Mempunyai Tujuan. Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, basikal Kamal rosak dalam perjalanan pulang, Kamal memikirkan cara lain untuk pulang dengan basikalnya. Bersifat Asli. Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun berkumpulan.Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu: 1. Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya sendiri yang terdahulu. 2. Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya. 3. Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang. Kategori keaslian pertama dan kedua lebih memfokuskan kepada perkembangan individu manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat secara global. Bernilai. Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana 14
  • 16. sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok. 6.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG MERANSANG PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK. Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi kreatif. Mereka berhak diberi peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka, dan menggunakan sepenuhnya potensi mereka. Sebagai ibu bapa, kita boleh memainkan peranan penting untuk menggalakkan mereka. Meskipun kreativiti tidak boleh diajar, kita boleh menyediakan persekitaran dan merancang aktiviti-aktiviti yang boleh meransang pemikiran kreatif kanak-kanak. 6.1 AKTIVITI BERMAIN Feldman (1991) menyatakan kanak-kanak belajar secara semulajadi. Mereka ingin tahu, berminat, bersemangat dan memberi perhatian bagi mempelajari perkara- perkara baharu. Mungkin antara cara yang terbaik mengajar kanak-kanak adalah melalui bermain. Di samping aktiviti ini juga membolehkan mereka terlibat dalam mengaktifkan gaya pembelajaran mereka yang semulajadi. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti belajar melalui permainan, mereka terlibat dengan akviti yang mereka gemarkan. Semasa aktiviti bermain ini terdapat beberapa perkembangan yang dapat dipupuk seperti; perkembangan kognitif, bahasa dan fizikal. kestabilan emosi. kreativiti kanak-kanak. perkembangan dan kemahiran social. memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak. Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) mengketogerikan pembelajaran yang bersandarkan aktiviti permainan kepada empat jenis. Keseimbangan diantara aktiviti 15
  • 17. bermain dan belajar merupakan rangka kerja yang penting dalam membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Terdapat empat jenis permainan yang dikenal pasti iaitu: Permainan 'solitary' Permainan 'parallel' Permainan 'associative' Permainan 'cooperative' 6.2 AKTIVITI SENI LUKIS Aktiviti seni lukis jika diberi perhatian boleh memperkembangkan kebolehan kreativiti semulajadi kanak-kanak. Proses penghasilan lukisan, misalannya dapat menggabungkan jalinan emosi, sosial dan nilai estetika. Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka seperti dalam Rajah 4 ini. Rajah 4 Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada 16
  • 18. kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik dan kreatif. 6.3 SENI KRAFTANGAN engaplikasikan teknik aktiviti menggambar, membu Rajah 5 Kraf mudah ini dapat membantu p gan motor kasar dan halus murid. Aktivit an di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir Kraf mudah uintuk kanak-kanak m at corak dan rekaan serta bentuk binaan.Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak terdiri daripada aktiviti seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek. Aktiviti membuat corak dan rekaan untuk kanak-kanak pula adalah seperti ikatan, ceupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis,kolaj, pualaman, lipatan dan guntingan. Manakala aktiviti binaan pula adalah seperti membuat topeng, boneka, origami, mobail, model dan diorama.Aktiviti tersebut seperti yang terdapat dalam Rajah 5 di bawah ini. erkemban i kraf mudah menggalakkan penggunaaan dan kawalan otot secara berkesan.Aktiviti seperti mengunting, melipat, membentuk dan mengubah suai dapat mengembangkan daya imaginasi kanak-kanak sekaligus dapat meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak Laura H. Chapm 17
  • 19. sama d Muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun dapat mempertingkatkan kemahi mu Emile J Rajah 6 Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil perl ktiviti menyanyi dan juga berbalas dan me engan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang- ulang. 6.4 MUZIK, LAGU, DAN NYANYIAN SERTA PANTUN DAN SAJAK. ran zikal dan juga kreativiti kanak-kanak. Tokoh-tokoh seni muzik seperti acques Dalcroze, Carl Offf, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon memfokuskan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemaahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat.Rajah 6 di bawah ini menunjukkan aktiviti lagu dan nyanyian u dalam a ndeklamasi sajak.Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun yang dilaksanakan untuk kanak-kanak memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun menggalakkan kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun melibatkan imaginasi atau khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika kanak-kanak juga dapat dipupuk. 18
  • 20. 6.5 TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF ehendak untuk bergerak mengikut irama muzik merupakan kreativiti semula jadi ba na memberi peluang kepada kanak-k i mempunyai keistimewaan dan apa yang mereka tonjolkan itu merupa Rajah 7 .0 PENUTUP a m kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenal K gi ka k-kanak. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif anak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Aktiviti-aktiviti gerakan yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif. Melalui tarian dan pergerakan kreatif, kanak-kanak dapat membina kreativiti tersendiri. Setiap penar kan satu kreativiti. Melalui tarian dapat meningkatkan keupayaan pemikiran kanak-kanak. Kanak-kanak perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan menilai karya. Tarian dan pergerakan kreatif seperti Rajah 7 di bawah ini membantu murid menggerakkan daya pemikiran mereka. 7 Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membin minda yang kreatif dala i sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak 19
  • 21. dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara. Mereka lebih banyak menggunakan imaginasi mereka, bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan, dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Di samping itu, mereka dapat membina ketabahan, keyakinan diri, keupayaan untuk berdikari, toleransi terhadap kekaburan, dan mungkin juga, suka berjenaka. 20
  • 22. RUJUKAN inin Mohd,Abdullah Hassan.(1997).Seni Berfikir Kreatif.Kuala Lumpur:PTS ltans Sdn Bhd. : Open Universiti Malaysia. amid k Genius. Shah Alam logspot.com/2009/08/attention-num2.html A Consu Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim.(2011).HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak Kanak. Selangor Darul Ehsan Ekspresi Kreatifviti Kanak-Kanak. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris H ah Sulaiman, Farrah Dina Yusop.(2006). Mendidik Ana Selangor: PTS Millennia Sdn Bhd Tony Windura.(2011).Melatih Anak Berfikir.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn Bhd. SUMBER DARI INTERNET http://itukamibudakseni.b http://zulprasekolah.blogspot.com/2012_03_05_archive.html http://ummisalsabila.blogspot.com/2013/02/kreativiti-kanak-kanak-bermula-dengan.html 21