SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 26
MATHEMATICS
  ANXIETY
NUR KHAIRINA BT ABD MANAF
                                   D200832206




1. Apakah “mathematics anxiety”?

Ia adalah rasa dan persepsi yang menjurus kepada ketakutan dan kerisauan masyarakat
terutama pelajar tentang matematik. Kerisauan dan ketakutan ini selalunya akan hadir pada
pesakitnya apabila melihat sesuatu berkaitan nombor, dan symbol berkaitan matematik. Ia


                                          1
juga adalah sesuatu rasa yang akan membuat pesakitnya mengalami perpeluhan, sakit perut,
panik, takut, sejuk, tekanan dan sebagainya apabila mereka diminta untuk menyelesaikan
soalan berkaitan matematik walaupun hanya soalan yang paling asas. Mereka yang
mengalami “mathematics anxiety” ini juga akan menyebabkan otak mereka menjadi kosong
sementara dan tidak mampu berfikir apabila diminta untuk menyelesaikan soalan matematik.


2. Mengapa hal ini terjadi?

Hal ini terjadi berpunca daripada “mathematics anxiety” yang terdapat pada diri seorang
guru. Apabila seseorang guru itu mempunyai penyakit ini, ia akan seterusnya mendorong
pelajar juga mempunyai perkara yang sama. Hal ini kerana apabila guru mempunyai penyakit
ini, ia akan memberi kesan kepada gaya pengajaran guru yang tidak berkeyakinan dan
seterusnya tidak dapat menarik minat pelajar. Kedua, hal ini terjadi kerana terdapatnya
persepsi yang negatif terhadap matematik. Apabila seseorang itu mempunyai persepsi yang
menyatakan matematik itu susah, secara automatik ia akan membuat seseorang itu takut,
risau dan akan mengelakkan dari menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Hal ini kerana
apabila seseorang itu tidak mempunyai seseorang yang berminat untuk memberi semangat
dan mengajar mereka, dan mereka hanya dikelilingi orang-orang yang tidak mempunyai ilmu
pengetahuan tentang matematik, mereka akan merasakan matematik ini susah dan seterusnya
ia akan menjurus kepada penyakit “mathematics anxiety” ini. Ketiga, anggapan mereka pada
awal lagi bahawa matematik ini susah juga mendorong terutama pelajar untuk tidak meminati
matematik. Apabila mereka telah awal-awal lagi memberi persepsi bahawa matematik ini
susah, mereka terus sahaja akan mengelakkan diri dari menyelesaikan masalah berkaitan
matematik dan seterusnya menjadi satu kerisauan bagi mereka apabila berurusan dengan
nombor.




3. Siapa yang menghidapinya?

Impak yang terbesar yang akan diterima apabila guru yang mengajar matematik itu sendiri
mengidapinya. Apabila seseorang guru itu mengidapinya, ia akan membawa dan
menunjukkan kepada para pelajar dan seterusnya membuatkan pelajar walau dari peringkat


                                          2
rendah lagi sudah merasa takut dengan matematik. Seterusnya ibubapa. Ibubapa yang juga
pernah mengalami alam persekolahan dan juga diajar oleh guru yang mengalami
“mathematics anxiety” ini seterusnya akan mengalami penyakit yang sama. Apabila ibubapa
turut merasakan penyakit ini, ia akan menutup peluang anak-anak untuk bertanya seterusnya
membuatkan anak-anak merasakan matematik ini sememangnya susah kerana ibubapa
mereka sendiri tidak tahu untuk mengajar mereka. Hal ini juga dihadapi oleh ibubapa yang
tidak mempunyai pendidikan awal tentang matematik seterusnya tidak mempunyai ilmu
pengetahuan untuk mengajar anak-anak mereka.


4. Bila ia mula terjadi?

Ia khususnya terjadi kepada pelajar sekolah apabila mereka mula naik ke sekolah menengah
kerana matematik sekolah menengah yang lebih subjektif dan memerlukan jalan kerja yang
berperingkat-peringkat dan mempunyai rumus yang banyak. Pelajar mula takut apabila
melihat rumus yang banyak ini seterusnya mereka akan menyebabkan pelajar ini mendapat
keputusan yang kurang baik yang tetap dan jarang mendapatkan gred yang tinggi dalam
subjek ini. Gred ini juga menyebabkan mereka kurang bermotivasi dan seterusnya tidak
mahu berusaha kerana mereka seolah-olah dapat menjangka keputusan yang mereka akan
dapat. Dan ini juga terjadi akibat apabila adanya peperiksaan besar seperti SPM atau PMR
subjek yang paling ramai pelajar gagal adalah gagal ialah matematik. Ini sedikit sebanyak
menyebabkan pelajar yang belum mengambil peperiksaan itu telah menjadi risau dan takut
pada matematik dan menjadi tidak bermotivasi seterusnya mengelakkan untuk menjawab
soalan penyelesaian berkaitan matematik. Ia juga terjadi akibat tiada pendedahan awal
tentang matematik daripada ibubapa dan pelajar terpaksa bergantung sepenuhnya kepada
guru. Dan apabila guru itu sendiri tidak mempunyai motivasi dan mempunyai penyakit yang
sama, guru-guru ini juga tidak dapat menolong pelajarnya lalu menyebabkan para pelajar
juga tidak bermotivasi dan mengalami “mathematics anxiety”.

5. Apa yang menciptakannya?

Ia bermula apbila pelajar dan guru tidak mempunyai hubungan yang baik. Ini akan
menyebabkan guru selalu merendahkan pelajar, guru terlalu tegas terhadap pelajar, ini akan
menjurus kepada pelajar berasa takut untuk bertanya. Guru seperti ini akan seterusnya akan

                                          3
menyalahkan pelajarnya kerana tidak memahami pembelajaran yang diajar sedangkan guru
sendiri tidak pernah mengambil tahu kebajikan pelajarnya dan keperluan mereka. Guru yang
tidak menunjukkan minat dengan kerjayanya juga menyebabkan hal ini terjadi. Hal ini
kerana apabila guru ini tidak berminat untuk mengajar dan tidak bermotivasi, mereka akan
menarik dan menunjukkan pengaruh ini kepada pelajar. Guru ini juga akan menunjukkan
gaya pengajaran yang kurang menarik dan juga tidak mampu untuk menarik perhatian dan
minat pelajar. Selain itu, hal ini juga terkesan oleh keputusan peperiksaan. Apabila pelajar
sering mendapat atau mendengar keputusan yang paling sedikit adalah matematik, hal ini
seterusnya menyebabkan pelajar ini mempunyai rasa takut dan risau dengan subjek
matematik ini. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi suatu perasaan yang kurang enak
apabila mereka akan menghadapi peperiksaan kertas matematik. Dengan kurangnya
keyakinan ini, mereka juga akan memburukkan keadaan dan seterusnya mendorong mereka
untuk mendapat gred yang rendah. Selain itu, sikap ibubapa juga adalah penyebab terjadinya
perkara ini. Ibubapa yang kurang memberikan semangat akan menyebabkan anak-anak
mereka kurang mempunyai keyakinan. Ibubapa yang memberi tekanan juga akan
menyebabkan masalah ini menjadi lebih teruk. Ibubapa yang tidak mempunyai ilmu
pengetahuan, namun mengharapkan kejayaan anak-anak dan terus memberi tekanan kepada
anak-anak mereka menyebabkan masalah atau penyakit ini semakin berleluasa. Ibubapa yang
tidak memberi sokongan ini juga hanya menambahkan tekanan pada anak-anak mereka.


6. Bagaimana mengurangkannya?

Ia dapat dikurangkan dengan mendedahkan kepada guru-guru matematik dengan satu kaedah
pengajaran matematik yang menarik selain memberi motivasi kepada guru-guru matematik
supaya dapat mengurangkan “mathematics anxiety” dalam diri mereka. Selain itu, guru-guru
ini juga perlu membuat satu perbincangan tentang kaedah pengajaran yang paling memberi
kesan kepada pelajar mengikut aras pelajar itu sendiri.

7. Bagaimana untuk menyingkirkannya?

“Mathematics anxiety” ini dapat dibuang atau disingkirkan dengan mengubah persepsi
masyarakat terhadap matematik. Paling penting ialah mengubah dahulu persepsi guru-guru
matematik itu sendiri terhadap matematik. Seterusnya, memberi pendedahan kepada ibubapa

                                             4
tentang “kehebatan” matematik supaya dapat menarik minat mereka untuk mengajar anak
mereka seterusnya mengubah tanggapan mereka terhadap subjek ini. Pelajar juga perlulah
didedahkan oleh ibubapa pada peringkat awal lagi tentang kegunaan matematik dalam
kehidupan seharian supaya dapat menarik minat kanak-kanak ini untuk mendalami lagi
subjek ini pada peringkat seterusnya. Kesimpulannya, masyarakat iaitu semua pihak harus
diberi pendedahan tentang menariknya matematik dan menyedarkan mereka tentang
kegunaan matematik dalam kehidupan seharian supaya dapat mengubah persepsi mereka
terhadap matematik seterusnya dapat membantu dan memupuk anak-anak mereka tentang
kepentingan matematik di dalam kehidupan.




                                            5
ATIQAH BT MOHD AZMI
                                 D20081032227




1.0    Maksud kebimbangan Matematik

Dalam era teknolgi yang serba canggih, Matematik boleh dianggap sebagai suatu alat yang amat
diperlukan. Bioteknologi, telekomunikasi reka bentuk pesawat, penyelidikan genetik dan banyak
lagi aplikasi tekonologi yang menggunakan teori Matematik. Bukan itu sahaja Matematik juga
banyak digunakan di dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari seperti membeli keperluan
harian di supermarket, melihat masa, diskaun ketika membeli belah dan sebagainya.

       Kebimbangan ialah perasaan tertekan, ketakutan, gementar dan bimbang yang boleh
menbangkitkan atau menimbulkan perasaan gementar secara automatik. Apabila dilanda


                                              6
kebimbangan seseorang itu boleh hilang kawalan emosi. Dengan kata lain kebimbangan
Matematik adalah perasaan ketegangan yang menggangu manipulasi nombor dan menyelesaikan
masalah Matematik dalam pelbagai kehidupan biasa dan situasi akademik. Fenomena ini juga
adalah perasaan ketegangan emosi yang didapati oleh seseorang mengenai ketidakupayaan untuk
memahami dan melakukan matematik. Seseorang yang mengalami kebimbangan matematik
merasakan bahawa mereka tidak mampu melakukan apa-apa kursus atau aktiviti yang
memerlukan Matematik.

       Selepas membaca buku Mathematics Anxiety (Marzita Puteh) ini, baru disedari bahawa
kebimbangan Matematik ini juga terdapat dalam diri sendiri iaitu ketika saya membayar
makanan menggunakan duit sendiri di salah sebuah restoran makanan segera dan kemudian ingin
membahagikan kepada raka-rakan. Perasaan ketegangan berada dalam diri apabila ingin
membahagikan jumlah tersebut iaitu Rm23.19 kepada tiga orang rakan.


2.0    Mengapa kejadian ini berlaku

Perasaan seseorang terhadap Matematik adalah kebanyakannya sama antara satu sama lain.
Malah ahli Matematik terbaik juga termasuk dalam golongan kebimbangan matematik walaupun
mereka membuat kerja seharian yang mereka suka. Faktor individu, guru, ibu bapa dan kerajaan
memainkan peranan yang penting terjadinya kebimbangan Matematik ini kepada seseorang.

       Tiga faktor utama yang mempengaruhi individu dalam proses pembelajaran Matematik
ialah faktor tidak berminat, anggapan bahawa Matematik itu susah dan pengetahuan asas
Matematik yang lemah. Kaedah pengajaran dan minat guru untuk mengajar merupakan faktor
seseorang itu menghidap kebimbangan Matematik. Seterusnya kita lihat dari aspek ibu bapa
pula. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik daripada anaknya walaupun tidak mengetahu
kebolehan yang berada dalam diri anaknya.

       Begitu juga dalam kerajaan, subjek Matematik boleh dikatakan subjek yang penting
ketika anda berada di sekolah dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dimana anda
perlu mendapat gred yang cemerlang untuk meneruskan pembelajaran atau hanya bekerja dengan
gaji yang tidak seberapa.




                                             7
3.0    Siapakah yang mengalami fenomena ini

Boleh dikatakan hampir semua manusia pernah merasai kebimbangan Matematik tanpa disedari
atau tidak. Kebimbangan Matematik boleh menjadi teruk sekiranya tidak dibendung. Sesetengah
pelajar mendapati sukar untuk memberi tumpuan apabila dibentangkan dengan masalah
Matematik. Keadaan yang lebih teruk apabila mereka melihat masalah Matematik fikiran
seseorang akan kosong, tangan mereka berpeluh dan penafasan mereka laju.


4.0    Bilakah fenomena ini berlaku

Proses pengajaran Matematik yang dilakukan oleh guru tidak dapat dipisahkan dengan proses
pembelajaran. Kaedah pengajaran Matematik yang kaku dan tidak mempamerkan unsur kreatif
tidak dapat menarik perhatian dan minat seseorang pelajar. Konsep yang terdapat dalam subjek
Matematik kebanyakannya berbentuk abstrak dan guru perlu meningkatkan prestasi diri dan
menggunakan kaedah yang bersesuaian dalam penerangan mengenai konsep Matematik.

       Sesetengah guru kurang kreatif dan proaktif untuk mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran Matematik yang produktif sehinggakan pelajar kehilangan minat terhadap
Matematik. Pelajar akan cuba mengelak daripada belajar subjek ini dan seterusnya membenci
subjek Matematik ini.

       Pengalaman pertama ketika menduduki peperiksaan Matematik dan pengalaman yang
negatif seperti pencapaian rendah dan kegagalan dalam Matematik boleh mengakibatkan
perasaan kecewa dalam kalangan pelajar dan seterusnya mewujudkan kebimbangan Matematik.

       Kebimbangan Matematik juga boleh dikenalpasti apabila seseorang pelajar mengalami
perasaan tidak terdaya dan merka tidak boleh melakukan lebih baik tidak kira melakukan lebih
baik tidak kira berapa banyak usaha yang mereka buat. Kebimbangan Matematik juga wujud
apabila perasan yang semua orang tahu jawapan kecuali kecuali dirinya sendiri. Pelajar juga
berasa mereka telah berpura-pura melakukan matematik untuk jangka masa yang panjang.


5.0    Apakah yang telah membentuk kebimbangan Matematik




                                             8
Tidak ada sebab yang tunggal bagi kebimbangan Matematik. Pelajar adalah golongan yang besar
mempunyai fenomena ini. Tidak ketinggalan juga adalah guru. Sering kali seseorang pelajar
mempunyai pengalaman negatif dengan guru matematik pada tahun-tahun sebelumnya,
pengalaman itu boleh meninggalkan pelajar bahawa mereka mempunyai keupayaan Matematik
yang kurang. Kepercayaan ini biasanya hasil daripada prestasi pelajar yang lemah.


6.0    Bagaimana mengurangkan kebimbangan Matematik

Bagi sesetengah pelajar, subjek Matematik mewujudkan kebimbangan dan ketakutan. Pelajar-
pelajar ini bergelut dalam Matematik dan akibatnya telah membangunkan kebencian dalam diri
mereka. Guru boleh membantu pelajar yang mengalami kebimbangan Matematik dengan
mempelbagaikan kaedah dan gaya pembelajaran dalam bilik darjah mereka dan mengubah
amalan pengajaran guru untuk memastikan pelajar boleh mengalami kejayaan Matematik.

       Guru perlu menentukan gaya pembelajaran pelajar anda sebelum guru menggunakan
kaedah pengajaran mereka. Selain itu guru perlu mewujudkan pengalaman pembelajaran yang
aktif, konsep Matematik yang baru dan memasukkan muzik dalam pengajaran Matematik.

       Bagi pelajar amalan melakukan dan membuat Matematik adalah penting dalam
mengurangkannya. Pelajar tidak boleh menguasai Matematik dengan hanya melihat tanpa
membuat latihan. Selain itu pelajar harus mengetahui perkara-perkara asas Matematik dan
sentiasa memastikan bahawa pelajar tidak tertinggal satu perkara asas dalam Matematik.
Sesetengah pelajar merasakan apabila mereka bertanya soalan, itu akan menunjukkan kelemahan
mereka. Sebenarnya soalan-soalan ini yang akam membantu pelajar dalam mengurangkan
kebimbangan Matematik yang mereka alami selama ini.

       Rakan-rakan juga penting dalam mengurangkan fenomena ini. Sekiranya pelajar terlalu
malu untuk mengangkat tangan di dalam kelas dan bertanya soalan kepada guru, jalan yang
kedua adalah belajar secara kumpulan. Buat latihan Matematik dengan cara semulajadi. Terdapat
lebih daripada satu cara dalam Matematik. Mungkin cara guru anda tidak dapat membuatkan
anda faham tetapi buatlah cara anda sendiri sekiranya anda lebih faham.



7.0    Bagaimana melumpuhkan kebimbangan Matematik

                                               9
Bagi menghilangkan terus kebimbangan Matematik, pelajar mesti berhadapan dengan hakikat
bahawa kebimbangan mereka adalah respons yang semata-mata hanya emosi. Mereka boleh
bertindak balas dengan secara membina atau tidak membina. Pelajar akan menyembunyikan
masalah dan mengelakkan apa-apa yang berkaitan dengan Matematik. Tindak balas yang
membina akan melihat ke belakang dan mencari pengalaman yang mengelak kebimbangan
Matematik.

      Motivasi diri pelajar amat penting dalam menghilangkan fenomena ini. Buangkan
pemikiran negatif yang membelenggu fikiran anda tentang Matematik. Sering kali pelajar yang
mempunyai kebimbangan Matematik ini mengatakan bahawa diri mereka tidak bagus dalam
Matematik. Mulai hari ini gantikan pemikiran negatif anda dengan ikrar yang positif dan
bayangkan anda sekarang selesa dengan Matematik dan menggunakannya untuk menyelesaikan
soalan-soalan Matematik yang selama ini anda hanya melihat tanpa mencubanya. Katakan pada
diri sendiri bahawa “setiap hari saya akan mendapat yang lebih baik dan lebih baik dengan
menggunakan Matematik!”.




                                            10
SITI NOR AFAF BINTI MAHASAN

                                  D20081032219




   1. Apakah Kebimbangan Matematik ?

Kebimbangan Matematik adalah satu perasaan kurang yakin yang boleh menyebabkan timbulnya
tekanan dalam diri seseorang terhadap Matematik sama ada melibatkan kehidupan seharian
mahupun di dalam situasi akademik di sekolah atau institusi pengajian. Pengalaman yang negatif
seperti pencapaian rendah dan kegagalan dalam Matematik boleh mengakibatkan perasaan
kecewa di kalangan pelajar dan seterusnya mendorong kewujudan kebimbangan Matematik
mengakibatkan pelajar cuba mengelakkan diri daripada Matematik. Oleh itu, pengalaman serta
sikap yang negatif terhadap Matematik boleh menjanakan kebimbangan Matematik di kalangan
pelajar. Kebimbangan Matematik merupakan perasaan takut dan tidak suka pada, serta ingin
mengelakkan diri daripada situasi berkenaan dengan Matematik.




                                             11
Menurut Richardson & Suinn (1972), ia berkaitan dengan perasaan tekanan dan takut yang
berkaitan dengan manipulasi nombor serta penyelesaian masalah Matematik dalam pelbagai
situasi akademik dan kehidupan seharian.

   2. Kenapa fenomena ini berlaku?

Perkara ini berlaku kerana sifat fobia terhadap Matematik telah ditanam dalam diri individu itu
dari awal mereka yang mengenali Matematik. kebimbangan Matematik juga wujud di kalangan
guru pelatih opsyen Matematik. Menurut Aiken (1970), kewujudan kebimbangan Matematik
mengakibatkan pelajar cuba mengelakkan diri daripada Matematik. Oleh itu, pengalaman serta
sikap yang negatif terhadap Matematik boleh menjanakan kebimbangan Matematik di kalangan
pelajar. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa guru boleh memindahkan kebimbangan
Matematik yang wujud di kalangan mereka kepada pelajar mereka (Lazarus, 1974; Bulmahn &
Young, 1982; Kelly & Tomhave, 1985).

       Menurut Puteh (1998), satu kajian telah dibuat tentang kebimbangan Matematik yang
berlaku kerana personaliti seseorang guru itu dan kaedah atau teknik pengajaran yang digunakan
di dalam kelas. guru tersebut tidak mempunyai keyakinan yang tinggi ketika mereka
menyampaikan ilmu di dalam kelas yang akhirnya boleh mendorong sifat kurang yakin dan
kurang berminat pelajar untuk mempelajari matapelajaran ini. Seterusnya perkara ini akan
menyebabkan pelajar menanamkan sifat takut dan kebimbangan ketika menjawab soalan yang
berkaitan dengan Matematik. Persepsi pelajar terhadap Matematik juga menjadi negatif. Antara
sebab lain ialah pengaruh rakan sebaya di mana rakan sebaya boleh mempengaruhi minat pelajar
terhadap Matematik.

   3. Siapakah yang mempunyai kebimbangan Matematik?

Antara individu yang mempunyai sifat kebimbangan Matematik ialah guru Matematik itu
sendiri. Kajian Bulmahn & Young (1982) pula merumuskan bahawa kebimbangan Matematik
juga wujud di kalangan guru pelatih opsyen Matematik. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa
guru boleh memindahkan kebimbangan Matematik yang wujud di kalangan mereka kepada
pelajar mereka (Lazarus, 1974; Bulmahn & Young, 1982; Kelly & Tomhave, 1985). Oleh itu,
seseorang guru tu boleh mempengaruhi persepsi pelajar terhadap matapelajaran ini. Pelajar yang


                                              12
mempunyai kebimbangan Matematik disebabkan tiada galak galakan daripada guru agar mereka
mempunyai minat dalam mendalami ilmu Matematik.

   4. Bilakah ianya berlaku?

Kebimbangan Matematik boleh terjadi apabila tahap keyakinan seseoran itu lemah. Dalam
kalangan guru pelatih terutamanya, mereka bukan mempunyai kebimbangan terhadap mata
pelajaran ini tetapi mereka tidak dapat menerima kenyataan kemungkinan mereka tidak dapat
menyelesaikan masalah yang mempunyai kaitan dengan Matematik.

       Selain itu, guru pelatih yang mula tidak meminati apabila mereka berpindah dari
menengah rendah ke menengah atas iaitu dari tingkatan tiga ke tingkatan empat atau selepas
Peperiksaan Menengah Rendah (Puteh, 1998). Perkara ini berlaku kerana ketika pelajar berada di
peringkat menengah rendah mereka belum lagi didedahkan dengan langkah logik Matematik
yang sebenar. Ketika pelajar berada diperingkat akhir menengah rendah yakni ketika mereka
menduduki PMR di tingkatan tiga, format peperiksaan hanya diberi penekanan kepada jawapan
semata-mata dan bukan bagaimana jawapan itu diperoleh dan soalan yang dikemukan adalah
berbentuk objektif.

       Kebimbangan Matematik ini juga sering berlaku apabila pelajar tersebut akan menduduki
peperiksaan atau ujian atau ketika mereka menunggu keputusan peperiksaan.




   5. Apa dan siapa yang membentuknya?

Kebimbangan Matematik ini boleh terbentuk apabila seseorang itu sering gagal dalam
penyelesaian masalah Matematik. Tambahan pula, apabila pelajar itu tidak dapat memahami
pelajaran atau sering membuat kesalahan dalam Matematik guru terus menyalahi pelajar tersebut
dan tidak mengenalpasti apakah faktor yang menyebabkan pelajar tersebut lemah dalam
matapelajaran ini. Perkara ini akan menyebabkan timbulnya perasaan takut dalam diri pelajar
tersebut untuk menyuarakan apa yang mereka tidak faham tentang matapelajaran ini lantas
menyebabkan pelajar itu mempunyai kebimbangan Matematik.



                                             13
Antara sebab lain yang boleh membentuk kebimbangan Matematik adalah pengaruh ibu
bapa. Menurut kajian, kebanyakan ibubapa tidak memberitahu pelajar untuk sentiasa membuat
latihan Matematik tetapi hanya memberi semangat untuk belajar atau membuat tugasa yang
diberikan oleh guru.

   6. Bagaimanakah untuk mengurangkannya?

Guru Matematik adalah bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran dan minat dalam
Matematik kepada pelajar mereka. Mereka seharusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang memberangsangkan agar minat terhadap Matematik dapat dipupuk di kalangan pelajar
mereka. Bagi mencapai matlamat tersebut, guru Matematik perlulah membina konsep kendiri
yang positif dalam diri mereka terhadap Matematik (Purkey, 1970).
   Pembinaan konsep kendiri yang positif dan realistik dapat mengurangkan tahap kebimbangan
Matematik. Maka bolehlah diandaikan bahawa dengan membina konsep kendiri yang positif
terhadap Matematik, tahap kebimbangan Matematik boleh dikurangkan.

   7. Bagaimanakah untuk menghentikannya?

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab para pendidik guru Matematik untuk mengadakan
suasana pembelajaran dan latihan yang memberangsangkan agar minat terhadap Matematik di
kalangan para guru pelatih dapat dikekalkan dan seterusnya ditingkatkan. Apabila guru pelatih
bermotivasi, persepsi mereka terhadap keupayaan dan potensi mereka dapat dipertingkatkan.
Sekiranya guru pelatih itu mempunyai konsep kendiri yang positif terhadap keupayaan diri
dalam Matematik, tahap kebimbangan Matematik dapat dikurangkan dan seterusnya pencapaian
Matematik dapat ditingkatkan. Guru perlu menitikberatkan pencapaian pelajar berbanding
dengan memfokuskan kesilapan pelajar agar dapat mewujudkan suasana kejayaan dalam proses
pembelajaran pelajar. Peneguhan positif juga dapat menyumbang kepada kemajuan pelajar.
selain mempunyai konsep kendiri yang positif, guru juga perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah
pengajaran yang terbaik bagi mempengaruhi sifat minat dan kecintaan pelajar terhadap
Matematik.




                                             14
NUR AKMA BINTI MAKHTAR
        15
D20081032217




1) Maksud Mathematics anxiety:

Mathematics anxiety atau fobia terhadap matematik ialah satu fenomena di mana seseorang
itu mempunyai tekanan dan kebimbangan terhadap sesuatu yang berkaitan dengan nombor
dan penyelesaian untuk masalah matematik di dalam kehidupan seharian. Perasaan yang di
alami adalah seperti takut, tertekan apabila masalah yang berkaitan dengan matematik.
Fenomena ini terjadi apabila seseorang itu ditanya mengenai soalan berkaitan masalah
matematik secara spontan.

   Tanda-tanda apabila seseorang itu mengalami fenomena ini adalah seperti kesejukan,
panik, sakit perut, berpeluh dan sebagainya. Fenomena ini boleh menyebabkan seseorang itu
lupa dan kehilangan keyakinan diri. Pelajar yang mengalami fenomena ini menjadikan
mereka tidak boleh atau tidak yakin untuk melakukan aktiviti matematik di dalam kelas.
Pemikiran mereka juga akan kosong untuk seketika walaupun hanya untuk menjawab soalan
matematik yang sangat mudah.


                                         16
2) Mengapa fenomena ini berlaku?

Fenomena ini berlaku adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang juga mempunyai
masalah ini. ini akan menjejaskan kemahiran guru dalam mengajar matematik dan seterusnya
membuatkan pelajar akan bosan dan tidak memahami isi pelajaran. Selain itu, keyakinan
dalam diri yang amat rendah juga boleh menyebabkan timbulnya fenomena ini dalam diri
seseorang. Bagi pelajar, mereka yang kurang mencapai pencapaian dalam matematik dan
mempunyai pengalaman yang kurang dalam kelas matematik terdahulu juga menyebabkan
fenomena ini berlaku. Masalah ini berlaku juga apabila seseorang itu secara spontan untuk
menjawab soalan penyelesaian matematik. Contohnya pelajar di dalam kelas, mereka yang
kurang faham akan sesuatu topik tetapi malu untuk bertanya guru. Jika guru menyuruh
mereka untuk menjawab soalan di hadapan, mereka gagal untuk menyelesaikannya.




3) Siapa yang ada fenomena ini?

Fenomena ini terjadi dalam kalangan orang lelaki dan perempuan. Fenomena ini terjadi
dalam kalangan pelajar kolej dan universiti termasuklah mereka yang berada di dalam kelas
matematik lanjutan di mana latar belakang mereka sangat berkait rapat dengan matematik.
Selain itu, ada sebahagian pegawai yang berjaya dalam pekerjaannya juga mengalami
fenomena ini. Di samping itu, guru dan ibu bapa juga mengalami masalah ini.

   Di samping itu, sudah tentulah perkara ini banyak terjadi dalam kalangan pelajar sekolah.
Pelajar-pelajar ini kebanyakannya akan mengalami masalah apabila diarah untuk menjawab
soalan matematik secara spontan mengikut pengalaman latihan praktikum saya sebelum ini.
Boleh dikatakan sebahagian besar pelajar saya mengalami fenomena ini. Mereka akan
teragak-agak untuk menjawab soalan dan membentangkannya di hadapan. Perkara ini terjadi
mungkin disebabkan kurangnya keyakinan dalam diri untuk bercakap di hadapan rakan
sekelas yang lain. Pelajar yang mengalami masalah ini akan berkata kepada dirinya sendiri



                                          17
seperti “saya seorang yang bodoh”, “saya tahu saya tidak boleh memahami matematik” dan
sebagainya.

4) Bila fenomena ini berlaku?

Fenomena ini berlaku apabila seseorang itu mempunyai pengalaman lampau yang buruk
dengan matematik seperti mendapat gred yang lemah dalam matematik. Ini akan menjadikan
pelajar akan kurang bermotivasi dan kurang untuk berusaha kerana persepsi mereka
matematik adalah satu subjek yang sukar.

   Fenomena ini biasanya berlaku apabila seseorang itu diberi soalan matematik. Jika
seseorang itu terlebih bimbang, jadi mereka akan gagal untuk menjawab soalan yang
diberikan. Begitu juga dalam kehidupan seharian yang melibatkan pengiraan matematik,
mereka yang mengalami masalah ini akan gagal untuk menjawab atau lambat untuk
mendapatkan jawapan.




5) Apa yang menciptanya?

Bagi pelajar yang mengalami masalah ini, keadaan sekolah dan guru yang tidak menyolong
kerana dalam keadaan sekarang pelajar tersebut biasanya dilayan tanpa mengambil kira
keperluan diri mereka. Mereka biasanya tidak dilayan dengan baik. Sekolah cenderung untuk
meletakkan mereka di dalam kelas dan program yang kurang berkualiti serta tidak menaruh
harapan yang tinggi terhadap pembelajaran pelajar ini. Akibatnya, pelajar ini terasa
diasingkan dan berikutan dengan itu mereka menjadi kurang yakin kepada diri sendiri dan
tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam menghadapi kehidupan pada masa depan lantas
tercipta satu fenomena ini.

   Guru merupakan faktor terpenting sebagai agen pelaksana pendidikan. Bagaimanapun,
guru sama ada sedar mahupun tidak, sering memandang setiap pelajarnya dengan cara yang
berbeza. Proses ini mempengaruhi jangkaan mereka terhadap seseorang pelajar hinggakan
layanan yang diberikan kepada pelajar itu yang kadangkala menjadi berat sebelah. Misalnya,


                                           18
guru akan lebih mesra dengan pelajar yang hanya pandai matematik manakala yang kurang
atau lambat faham akan diketepikan. Kesemua ini akan mempengaruhi interaksi guru
terhadap seseorang pelajar.


6) Bagaimana untuk mengurangkan fenomena ini?

Untuk mengurangkan masalah ini dalam kalangan pelajar, guru boleh membina strategi
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan merangkumi aspek-aspek pendekatan yang
boleh menarik perhatian, tertumpu kepada pelajar dengan menggunakan bahan bantu
mengajar yang bersesuaian dengan tahap pelajar.

   Guru boleh mempelbagaikan bahan bantu mengajar supaya pelbagai pendekatan
pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara berkesan dan boleh meningkatkan
kreativiti guru dalam penggunaan bahan-bahan pengajaran.

   Sebagai seorang guru yang akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai karenah dan naik
turun prestasi pelajar, maka sewajarnya guru tersebut harus mengambilkira beberapa faktor
terutamanya latar belakang kemampuan dan kemahiran pelajar dalam menyesuaikan kaedah
pengajaran mereka. Pelajar akan merasa dihargai dan ini boleh meningkatkan minat
seterusnya pencapaian mereka di dalam pelajaran. Kenalpasti tahap pelajar sama ada mereka
tergolong dalam golongan sasaran cemerlang, sederhana ataupun sangat lemah.

   Untuk menjadi role model, guru Matematik perlu meningkatkan lagi kemahiran mereka
dalam penggunaan sumber pengajaran yang pelbagai dan strategi pengajaran yang terkini.
Guru perlu menggunakan pelbagai strategi, memilih yang paling sesuai untuk digunakan
dalam konteks tertentu dan menyesuaikannya jika perlu untuk kumpulan pelajar tertentu.


7) Bagaimana untuk menghilangkan masalah ini?

Pada pendapat saya, masalah mathematics anxiety ini boleh dihilangkan sedikit demi sedikit
dengan mengubah tanggapan atau persepsi terhadap matematik bahawa matematik adalah
subjek yang sukar. Dengan adanya persepsi ini, pelajar dan sesiapa sahaja tidak akan lagi
fobia terhadap nombor, rumus dan sebagainya. Kesimpulannya, semua pihak iaitu guru, ibu


                                          19
bapa dan masyarakat perlu mengubah persepsi mereka supaya dapat mendidik pelajar dan
anak-anak mereka bahawa subjek matematik adalah satu subjek yang tidak perlu ditakuti.




                             NUR FARHANA BT

                                          20
DAGLON DOL HAMID
                                   D20081032214




Apa itu „Mathematics Anxiety‟?

Kebimbangan dalam matematik atau lebih dikenali sebagai „Mathematics Anxiety‟ adalah satu
fenomena yang berlaku apabila seseorang itu mempunyai perasaan tertekan dan takut serta
bimbang dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan nombor mahupun menyelesaikan
masalah dalam matematik. Fenomena ini akan menyebabkan seseorang itu kurang berkeyakinan
dalam menyelesaikan permasalahan yang melibatkan sebarang nombor. Takut salah jawab, takut
digelakkan oleh rakan apabila menjawab soalan dengan salah adalah salah satu contoh
kebimbangan dalam matematik ini. Selalunya seseorang yang mengalami „Mathematics Anxiety‟
ini akan mengalami panik, takut, rasa tidak berdaya, kecut perut dan lain-lain apabila mereka
terlihat satu permasalahan yang melibatkan nombor. Fenomena seperti inilah yang akan
menyebabkan seseorang itu tidak minat untuk belajar matematik dengan lebih terperinci. Mereka
yang mengalami masalah ini akan mengatakan bahawa matematik ini tidak berkaitan dengan
kehidupan seharian walaupun hakikatnya amat berkait.


                                             21
Mengapa „Mathematics Anxiety‟ ini berlaku?

Banyak faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku. Antaranya adalah personaliti guru dan
teknik pengajaran yang guru gunakan di sekolah, harapan yang tinggi diletakkan kepada mereka
oleh ibu bapa dan sikap mereka sendiri yang mengalami „Mathematics Anxiety‟ ini. Kebanyakan
guru mengajar dengan teknik yang hampir sama dan tidak diperbaharui dari semasa ke semasa.
Ini akan menyebabkan pelajar mudah hilang minat untuk belajar. Apabila disebut sahaja guru
matematik, ramai pelajar yang akan kecut perut dan takut untuk belajar. Alasan mereka, guru
tersebut garang dan tegas sehingga mereka takut untuk bertanya apa-apa. Setiap ibu bapa
mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka sehinggakan ada di antara ibu bapa yang
terlalu memaksa anak mereka untuk belajar matematik. Ada juga ibu bapa yang membanding-
bandingkan anak mereka dengan orang lain yang lebih pandai. Ini akan menyebabkan anak
mereka hilang keyakinan dan merasakan diri mereka teruk apabila dibandingkan dengan orang
lain. Sikap mereka yang negative juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini
berlaku. Takut digelakkan oleh rakan-rakan apabila menjawab soalan dengan salah dan „mindset‟
yang sedia ada mengatakan bahawa matematik susah adalah sikap yang sentiasa ada dalam diri
seseorang yang mengalami masalah ini.

Siapa yang mengalami „Mathematics Anxiety‟?

Siapa yang mengalami „Mathematics Anxiety‟? Bukan sahaja pelajar yang mengalami masalah
ini malah ibu bapa serta guru juga mengalami „Mathematics Anxiety‟ ini. Kebanyakan pelajar
yang mengalami masalah ini disebabkan oleh ibu bapa mereka yang mengalami masalah yang
sama. Mereka berharap agar anak mereka tidak mengikut jejak mereka yang kurang pandai
dalam matematik. Mereka memberi dorongan kepada anak mereka supaya belajar tetapi kadang-
kadang dorongan mereka membuatkan anak mereka merasa tertekan utuk belajar. Ada juga ibu
bapa yang memikirkan bahawa matematik tidak penting dan ini akan menyebabkan anak mereka
memikirkan benda yang sama. Sikap ibu bapa terhadap matematik akan memberi kesan kepada
sikap anak mereka terhadap matematik. Sikap guru juga akan mempengaruhi sikap pelajarnya
dalam matematik. Guru yang mengalami masalah ini akan menurunkan masalah mereka kepada
pelajarnya.


Bila „Mathematics Anxiety‟ berlaku?

                                             22
Fenomena ini berlaku selalunya apabila seseorang pelajar bertukar sekolah, dari sekolah rendah
ke sekolah menengah dan dari sekolah menengah ke universiti. Selalunya semasa sekolah
rendah, pelajar suka matematik. Mendapat keputusan yang cemerlang dan mendapat pujian dari
guru adalah satu inisiatif yang menyebabkan pelajar menyukai subjek ini. Tetapi, apabila masuk
kea lam sekolah menengah, lain pula jadinya. Pelajar yang dahulunya suka matematik tidak lagi
menyukai subjek tersebut. Faktornya adalah guru mereka sendiri. Guru mudah naik marah
apabila pelajar bertanyakan soalan yang mereka tidak faham. Ini akan menyebabkan pelajar takut
untuk bertanya dengan lebih lanjut. Sama juga apabila pelajar tersebut masuk ke alam universiti.
Pensyarah hanya mengajar tanpa mempedulikan pelajarnya faham ataupun tidak. Ini secara tidak
langsung akan menyebabkan pelajar membenci matematik dan mengalami „Mathematics
Anxiety‟.


Apa yang menjadikan „Mathematics Anxiety‟?

Terdapat banyak faktor yang menjadikan masalah ini. Salah satunya adalah peperiksaan awam
seperti UPSR, PMR dan SPM. Sistem pendidikan di Malaysia adalah mengikut „exam-oriented‟.
Maka pelajar dikehendaki mendapat keputusan yang bagus dalam matematik untuk melanjutkan
pelajaran yang lebih tinggi. Subjek matematik boleh dianggap sebagai passport kepada pelajar
untuk melanjutkan pelajaran. Pelajar yang tidak mendapat keputusan yang bagus dalam
matematik tidak akan berpeluang untuk menyambung pelajaran mereka. Ramai pelajar yang
menyalahkan ketakutan mereka terhadap peperiksaan awam apabila mendapat keputusan yang
kurang memberangsangkan.


Bagaimana hendak mengurangkan „Mathematics Anxiety‟?

Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan masalah ini. Untuk pelajar, perlu mempunyai sikap
yang positif terhadap subjek matematik. Sikap yang positif akan membuatkan pelajar lebih
seronok untuk belajar matematik. Selain itu, pelajar juga perlu membuat banyak latihan
matematik untuk memahirkan mereka. Latihan yang banyak akan membuatkan mereka lebih
yakin untuk menjawab setiap persoalan yang bakal diberikan oleh guru mereka serta soalan
peperiksaan. Gaya pembelajaran secara berkumpulan juga adalah salah satu cara untuk
mengurangkan masalah ini. Gaya pembelajaran ini akan membuatkan pelajar belajar apa yang


                                              23
mereka tidak tahu dengan rakan mereka. Bertukar-tukar maklumat sesama rakan akan
membuatkan mereka lebih banyak belajar dan mengetahui maklumat yang lebih penting. Guru
juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah ini. Pelajar pada zaman
sekarang lebih suka menggunakan ICT dan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk belajar. Guru
perlu mempelbagaikan teknik pengajaran supaya lebih menarik akan menarik minat pelajar
untuk belajar subjek matematik. Penggunaan ICT, bahan-bahan yang maujud akan menjadikan
pelajar lebih mudah faham dan minat untuk belajar matematik. Pengajaran dengan cara lama
akan menyebabkan pelajar mudah bosan dan tidak minat untuk belajar.


Bagaimana hendak menghapuskan „Mathematics Anxiety‟?

„Mathematics Anxiety‟ ini sukar untuk dihapuskan. Pada pendapat saya, sikap seseorang pelajar
perlu diubah daripada sikap yang negatif kepada sikap yang lebih positif dan baik dalam
mempelajari subjek matematik. Sikap seseorang itu bermula dari pengalaman seseorang yang
lepas. Ibu bapa dan guru juga memainkan peranan yang penting untuk menghapuskan
„Mathematics Anxiety‟ ini. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang lebih baik dan sikap yang
baik terhadap matematik supaya anak mereka tidak terikut dengan sikap negatif mereka. Guru
juga perlu bersikap dengan lebih baik, tidak terlalu tegas supaya pelajar tidak takut untuk
bertanykan soalan. Terdapat kesan positif apabila seorang guru itu mudah untuk berkomunikasi
dengan pelajarnya. Pelajar tidak takut untuk bertanyakan soalan yang mereka tidak faham dan ini
sekaligus dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek matematik seterusnya dapat
menghapuskan „Mathematics Anxiety‟ ini.




                                              24
25

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Maths anxiety ahmad sahir-d20081032207
Maths anxiety  ahmad sahir-d20081032207Maths anxiety  ahmad sahir-d20081032207
Maths anxiety ahmad sahir-d20081032207Fifi Zulkifli
 
Math anxiety jenifer
Math anxiety jeniferMath anxiety jenifer
Math anxiety jenifermoshi89
 
Mathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part MusyrifahMathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part Musyrifahmoshi89
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyizwan_ismail
 
math anxiety-hayati
math anxiety-hayatimath anxiety-hayati
math anxiety-hayatiAtie Sakura
 
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematikaStrategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematikawww.didiarsandi.com
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyizwan_ismail
 
4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr
4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr
4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsrAmy Karamah
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanPuput Putri
 

Mais procurados (14)

Maths anxiety ahmad sahir-d20081032207
Maths anxiety  ahmad sahir-d20081032207Maths anxiety  ahmad sahir-d20081032207
Maths anxiety ahmad sahir-d20081032207
 
Zul
ZulZul
Zul
 
Math anxiety jenifer
Math anxiety jeniferMath anxiety jenifer
Math anxiety jenifer
 
Math anxiety
Math anxietyMath anxiety
Math anxiety
 
Mathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part MusyrifahMathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part Musyrifah
 
mathematics anxiety
mathematics anxietymathematics anxiety
mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
math anxiety-hayati
math anxiety-hayatimath anxiety-hayati
math anxiety-hayati
 
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematikaStrategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
 
Matematika? Siapa Takut?
Matematika? Siapa Takut?Matematika? Siapa Takut?
Matematika? Siapa Takut?
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr
4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr
4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 

Destaque (7)

SoE edtech(23march2011)
SoE edtech(23march2011)SoE edtech(23march2011)
SoE edtech(23march2011)
 
50 preguntas
50 preguntas50 preguntas
50 preguntas
 
10 langkah kemampuan membaca
10 langkah  kemampuan membaca10 langkah  kemampuan membaca
10 langkah kemampuan membaca
 
1222
12221222
1222
 
ApresentaçãO Ea D 2
ApresentaçãO Ea D 2ApresentaçãO Ea D 2
ApresentaçãO Ea D 2
 
Efecte maqueta
Efecte maquetaEfecte maqueta
Efecte maqueta
 
Latihan Pengukuhan
Latihan PengukuhanLatihan Pengukuhan
Latihan Pengukuhan
 

Semelhante a Mathematics anxiety

Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Math Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part HayatiMath Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part Hayatimoshi89
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajakecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajaOlivia Tifani
 
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)Novriheriyani
 
Assginment 1: Math Anxiety
 Assginment 1: Math Anxiety Assginment 1: Math Anxiety
Assginment 1: Math AnxietyHasnidi Fara
 
Apakah kebimbangan matematik
Apakah kebimbangan matematikApakah kebimbangan matematik
Apakah kebimbangan matematikAtiqah Aizan
 
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar MatematikaAplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematikaimasniranuryani
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMela Azizah
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanPuput Putri
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanPuput Putri
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanPuput Putri
 

Semelhante a Mathematics anxiety (18)

Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Math Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part HayatiMath Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part Hayati
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajakecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
 
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
 
Onday
OndayOnday
Onday
 
Esei gc
Esei gcEsei gc
Esei gc
 
Tesis pmri bab i
Tesis pmri bab iTesis pmri bab i
Tesis pmri bab i
 
Assginment 1: Math Anxiety
 Assginment 1: Math Anxiety Assginment 1: Math Anxiety
Assginment 1: Math Anxiety
 
Apakah kebimbangan matematik
Apakah kebimbangan matematikApakah kebimbangan matematik
Apakah kebimbangan matematik
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
 
Mathofobia
MathofobiaMathofobia
Mathofobia
 
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar MatematikaAplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 

Mais de Afaf CyNofa

Problem solving
Problem solving Problem solving
Problem solving Afaf CyNofa
 
Problem solving full
Problem solving fullProblem solving full
Problem solving fullAfaf CyNofa
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...Afaf CyNofa
 
TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS)
TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS)TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS)
TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS)Afaf CyNofa
 
Pendekatan Pengajaran - Persembahan Isu
Pendekatan Pengajaran - Persembahan IsuPendekatan Pengajaran - Persembahan Isu
Pendekatan Pengajaran - Persembahan IsuAfaf CyNofa
 
Pendekatan Pengajaran - Penulisan Isu
Pendekatan Pengajaran - Penulisan IsuPendekatan Pengajaran - Penulisan Isu
Pendekatan Pengajaran - Penulisan IsuAfaf CyNofa
 
Academic writing
Academic writingAcademic writing
Academic writingAfaf CyNofa
 
Pendekatan Pengajaran
Pendekatan PengajaranPendekatan Pengajaran
Pendekatan PengajaranAfaf CyNofa
 

Mais de Afaf CyNofa (18)

Problem solving
Problem solving Problem solving
Problem solving
 
Problem solving full
Problem solving fullProblem solving full
Problem solving full
 
Ina
InaIna
Ina
 
Afaf
AfafAfaf
Afaf
 
Akma
AkmaAkma
Akma
 
Farah
FarahFarah
Farah
 
Atiqah
AtiqahAtiqah
Atiqah
 
Atiqah
AtiqahAtiqah
Atiqah
 
Akma
AkmaAkma
Akma
 
Farah
FarahFarah
Farah
 
Ina
InaIna
Ina
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
 
TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS)
TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS)TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS)
TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS)
 
Pendekatan Pengajaran - Persembahan Isu
Pendekatan Pengajaran - Persembahan IsuPendekatan Pengajaran - Persembahan Isu
Pendekatan Pengajaran - Persembahan Isu
 
Pendekatan Pengajaran - Penulisan Isu
Pendekatan Pengajaran - Penulisan IsuPendekatan Pengajaran - Penulisan Isu
Pendekatan Pengajaran - Penulisan Isu
 
Academic writing
Academic writingAcademic writing
Academic writing
 
Pendekatan Pengajaran
Pendekatan PengajaranPendekatan Pengajaran
Pendekatan Pengajaran
 

Mathematics anxiety

  • 2. NUR KHAIRINA BT ABD MANAF D200832206 1. Apakah “mathematics anxiety”? Ia adalah rasa dan persepsi yang menjurus kepada ketakutan dan kerisauan masyarakat terutama pelajar tentang matematik. Kerisauan dan ketakutan ini selalunya akan hadir pada pesakitnya apabila melihat sesuatu berkaitan nombor, dan symbol berkaitan matematik. Ia 1
  • 3. juga adalah sesuatu rasa yang akan membuat pesakitnya mengalami perpeluhan, sakit perut, panik, takut, sejuk, tekanan dan sebagainya apabila mereka diminta untuk menyelesaikan soalan berkaitan matematik walaupun hanya soalan yang paling asas. Mereka yang mengalami “mathematics anxiety” ini juga akan menyebabkan otak mereka menjadi kosong sementara dan tidak mampu berfikir apabila diminta untuk menyelesaikan soalan matematik. 2. Mengapa hal ini terjadi? Hal ini terjadi berpunca daripada “mathematics anxiety” yang terdapat pada diri seorang guru. Apabila seseorang guru itu mempunyai penyakit ini, ia akan seterusnya mendorong pelajar juga mempunyai perkara yang sama. Hal ini kerana apabila guru mempunyai penyakit ini, ia akan memberi kesan kepada gaya pengajaran guru yang tidak berkeyakinan dan seterusnya tidak dapat menarik minat pelajar. Kedua, hal ini terjadi kerana terdapatnya persepsi yang negatif terhadap matematik. Apabila seseorang itu mempunyai persepsi yang menyatakan matematik itu susah, secara automatik ia akan membuat seseorang itu takut, risau dan akan mengelakkan dari menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Hal ini kerana apabila seseorang itu tidak mempunyai seseorang yang berminat untuk memberi semangat dan mengajar mereka, dan mereka hanya dikelilingi orang-orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang matematik, mereka akan merasakan matematik ini susah dan seterusnya ia akan menjurus kepada penyakit “mathematics anxiety” ini. Ketiga, anggapan mereka pada awal lagi bahawa matematik ini susah juga mendorong terutama pelajar untuk tidak meminati matematik. Apabila mereka telah awal-awal lagi memberi persepsi bahawa matematik ini susah, mereka terus sahaja akan mengelakkan diri dari menyelesaikan masalah berkaitan matematik dan seterusnya menjadi satu kerisauan bagi mereka apabila berurusan dengan nombor. 3. Siapa yang menghidapinya? Impak yang terbesar yang akan diterima apabila guru yang mengajar matematik itu sendiri mengidapinya. Apabila seseorang guru itu mengidapinya, ia akan membawa dan menunjukkan kepada para pelajar dan seterusnya membuatkan pelajar walau dari peringkat 2
  • 4. rendah lagi sudah merasa takut dengan matematik. Seterusnya ibubapa. Ibubapa yang juga pernah mengalami alam persekolahan dan juga diajar oleh guru yang mengalami “mathematics anxiety” ini seterusnya akan mengalami penyakit yang sama. Apabila ibubapa turut merasakan penyakit ini, ia akan menutup peluang anak-anak untuk bertanya seterusnya membuatkan anak-anak merasakan matematik ini sememangnya susah kerana ibubapa mereka sendiri tidak tahu untuk mengajar mereka. Hal ini juga dihadapi oleh ibubapa yang tidak mempunyai pendidikan awal tentang matematik seterusnya tidak mempunyai ilmu pengetahuan untuk mengajar anak-anak mereka. 4. Bila ia mula terjadi? Ia khususnya terjadi kepada pelajar sekolah apabila mereka mula naik ke sekolah menengah kerana matematik sekolah menengah yang lebih subjektif dan memerlukan jalan kerja yang berperingkat-peringkat dan mempunyai rumus yang banyak. Pelajar mula takut apabila melihat rumus yang banyak ini seterusnya mereka akan menyebabkan pelajar ini mendapat keputusan yang kurang baik yang tetap dan jarang mendapatkan gred yang tinggi dalam subjek ini. Gred ini juga menyebabkan mereka kurang bermotivasi dan seterusnya tidak mahu berusaha kerana mereka seolah-olah dapat menjangka keputusan yang mereka akan dapat. Dan ini juga terjadi akibat apabila adanya peperiksaan besar seperti SPM atau PMR subjek yang paling ramai pelajar gagal adalah gagal ialah matematik. Ini sedikit sebanyak menyebabkan pelajar yang belum mengambil peperiksaan itu telah menjadi risau dan takut pada matematik dan menjadi tidak bermotivasi seterusnya mengelakkan untuk menjawab soalan penyelesaian berkaitan matematik. Ia juga terjadi akibat tiada pendedahan awal tentang matematik daripada ibubapa dan pelajar terpaksa bergantung sepenuhnya kepada guru. Dan apabila guru itu sendiri tidak mempunyai motivasi dan mempunyai penyakit yang sama, guru-guru ini juga tidak dapat menolong pelajarnya lalu menyebabkan para pelajar juga tidak bermotivasi dan mengalami “mathematics anxiety”. 5. Apa yang menciptakannya? Ia bermula apbila pelajar dan guru tidak mempunyai hubungan yang baik. Ini akan menyebabkan guru selalu merendahkan pelajar, guru terlalu tegas terhadap pelajar, ini akan menjurus kepada pelajar berasa takut untuk bertanya. Guru seperti ini akan seterusnya akan 3
  • 5. menyalahkan pelajarnya kerana tidak memahami pembelajaran yang diajar sedangkan guru sendiri tidak pernah mengambil tahu kebajikan pelajarnya dan keperluan mereka. Guru yang tidak menunjukkan minat dengan kerjayanya juga menyebabkan hal ini terjadi. Hal ini kerana apabila guru ini tidak berminat untuk mengajar dan tidak bermotivasi, mereka akan menarik dan menunjukkan pengaruh ini kepada pelajar. Guru ini juga akan menunjukkan gaya pengajaran yang kurang menarik dan juga tidak mampu untuk menarik perhatian dan minat pelajar. Selain itu, hal ini juga terkesan oleh keputusan peperiksaan. Apabila pelajar sering mendapat atau mendengar keputusan yang paling sedikit adalah matematik, hal ini seterusnya menyebabkan pelajar ini mempunyai rasa takut dan risau dengan subjek matematik ini. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi suatu perasaan yang kurang enak apabila mereka akan menghadapi peperiksaan kertas matematik. Dengan kurangnya keyakinan ini, mereka juga akan memburukkan keadaan dan seterusnya mendorong mereka untuk mendapat gred yang rendah. Selain itu, sikap ibubapa juga adalah penyebab terjadinya perkara ini. Ibubapa yang kurang memberikan semangat akan menyebabkan anak-anak mereka kurang mempunyai keyakinan. Ibubapa yang memberi tekanan juga akan menyebabkan masalah ini menjadi lebih teruk. Ibubapa yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan, namun mengharapkan kejayaan anak-anak dan terus memberi tekanan kepada anak-anak mereka menyebabkan masalah atau penyakit ini semakin berleluasa. Ibubapa yang tidak memberi sokongan ini juga hanya menambahkan tekanan pada anak-anak mereka. 6. Bagaimana mengurangkannya? Ia dapat dikurangkan dengan mendedahkan kepada guru-guru matematik dengan satu kaedah pengajaran matematik yang menarik selain memberi motivasi kepada guru-guru matematik supaya dapat mengurangkan “mathematics anxiety” dalam diri mereka. Selain itu, guru-guru ini juga perlu membuat satu perbincangan tentang kaedah pengajaran yang paling memberi kesan kepada pelajar mengikut aras pelajar itu sendiri. 7. Bagaimana untuk menyingkirkannya? “Mathematics anxiety” ini dapat dibuang atau disingkirkan dengan mengubah persepsi masyarakat terhadap matematik. Paling penting ialah mengubah dahulu persepsi guru-guru matematik itu sendiri terhadap matematik. Seterusnya, memberi pendedahan kepada ibubapa 4
  • 6. tentang “kehebatan” matematik supaya dapat menarik minat mereka untuk mengajar anak mereka seterusnya mengubah tanggapan mereka terhadap subjek ini. Pelajar juga perlulah didedahkan oleh ibubapa pada peringkat awal lagi tentang kegunaan matematik dalam kehidupan seharian supaya dapat menarik minat kanak-kanak ini untuk mendalami lagi subjek ini pada peringkat seterusnya. Kesimpulannya, masyarakat iaitu semua pihak harus diberi pendedahan tentang menariknya matematik dan menyedarkan mereka tentang kegunaan matematik dalam kehidupan seharian supaya dapat mengubah persepsi mereka terhadap matematik seterusnya dapat membantu dan memupuk anak-anak mereka tentang kepentingan matematik di dalam kehidupan. 5
  • 7. ATIQAH BT MOHD AZMI D20081032227 1.0 Maksud kebimbangan Matematik Dalam era teknolgi yang serba canggih, Matematik boleh dianggap sebagai suatu alat yang amat diperlukan. Bioteknologi, telekomunikasi reka bentuk pesawat, penyelidikan genetik dan banyak lagi aplikasi tekonologi yang menggunakan teori Matematik. Bukan itu sahaja Matematik juga banyak digunakan di dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari seperti membeli keperluan harian di supermarket, melihat masa, diskaun ketika membeli belah dan sebagainya. Kebimbangan ialah perasaan tertekan, ketakutan, gementar dan bimbang yang boleh menbangkitkan atau menimbulkan perasaan gementar secara automatik. Apabila dilanda 6
  • 8. kebimbangan seseorang itu boleh hilang kawalan emosi. Dengan kata lain kebimbangan Matematik adalah perasaan ketegangan yang menggangu manipulasi nombor dan menyelesaikan masalah Matematik dalam pelbagai kehidupan biasa dan situasi akademik. Fenomena ini juga adalah perasaan ketegangan emosi yang didapati oleh seseorang mengenai ketidakupayaan untuk memahami dan melakukan matematik. Seseorang yang mengalami kebimbangan matematik merasakan bahawa mereka tidak mampu melakukan apa-apa kursus atau aktiviti yang memerlukan Matematik. Selepas membaca buku Mathematics Anxiety (Marzita Puteh) ini, baru disedari bahawa kebimbangan Matematik ini juga terdapat dalam diri sendiri iaitu ketika saya membayar makanan menggunakan duit sendiri di salah sebuah restoran makanan segera dan kemudian ingin membahagikan kepada raka-rakan. Perasaan ketegangan berada dalam diri apabila ingin membahagikan jumlah tersebut iaitu Rm23.19 kepada tiga orang rakan. 2.0 Mengapa kejadian ini berlaku Perasaan seseorang terhadap Matematik adalah kebanyakannya sama antara satu sama lain. Malah ahli Matematik terbaik juga termasuk dalam golongan kebimbangan matematik walaupun mereka membuat kerja seharian yang mereka suka. Faktor individu, guru, ibu bapa dan kerajaan memainkan peranan yang penting terjadinya kebimbangan Matematik ini kepada seseorang. Tiga faktor utama yang mempengaruhi individu dalam proses pembelajaran Matematik ialah faktor tidak berminat, anggapan bahawa Matematik itu susah dan pengetahuan asas Matematik yang lemah. Kaedah pengajaran dan minat guru untuk mengajar merupakan faktor seseorang itu menghidap kebimbangan Matematik. Seterusnya kita lihat dari aspek ibu bapa pula. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik daripada anaknya walaupun tidak mengetahu kebolehan yang berada dalam diri anaknya. Begitu juga dalam kerajaan, subjek Matematik boleh dikatakan subjek yang penting ketika anda berada di sekolah dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dimana anda perlu mendapat gred yang cemerlang untuk meneruskan pembelajaran atau hanya bekerja dengan gaji yang tidak seberapa. 7
  • 9. 3.0 Siapakah yang mengalami fenomena ini Boleh dikatakan hampir semua manusia pernah merasai kebimbangan Matematik tanpa disedari atau tidak. Kebimbangan Matematik boleh menjadi teruk sekiranya tidak dibendung. Sesetengah pelajar mendapati sukar untuk memberi tumpuan apabila dibentangkan dengan masalah Matematik. Keadaan yang lebih teruk apabila mereka melihat masalah Matematik fikiran seseorang akan kosong, tangan mereka berpeluh dan penafasan mereka laju. 4.0 Bilakah fenomena ini berlaku Proses pengajaran Matematik yang dilakukan oleh guru tidak dapat dipisahkan dengan proses pembelajaran. Kaedah pengajaran Matematik yang kaku dan tidak mempamerkan unsur kreatif tidak dapat menarik perhatian dan minat seseorang pelajar. Konsep yang terdapat dalam subjek Matematik kebanyakannya berbentuk abstrak dan guru perlu meningkatkan prestasi diri dan menggunakan kaedah yang bersesuaian dalam penerangan mengenai konsep Matematik. Sesetengah guru kurang kreatif dan proaktif untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran Matematik yang produktif sehinggakan pelajar kehilangan minat terhadap Matematik. Pelajar akan cuba mengelak daripada belajar subjek ini dan seterusnya membenci subjek Matematik ini. Pengalaman pertama ketika menduduki peperiksaan Matematik dan pengalaman yang negatif seperti pencapaian rendah dan kegagalan dalam Matematik boleh mengakibatkan perasaan kecewa dalam kalangan pelajar dan seterusnya mewujudkan kebimbangan Matematik. Kebimbangan Matematik juga boleh dikenalpasti apabila seseorang pelajar mengalami perasaan tidak terdaya dan merka tidak boleh melakukan lebih baik tidak kira melakukan lebih baik tidak kira berapa banyak usaha yang mereka buat. Kebimbangan Matematik juga wujud apabila perasan yang semua orang tahu jawapan kecuali kecuali dirinya sendiri. Pelajar juga berasa mereka telah berpura-pura melakukan matematik untuk jangka masa yang panjang. 5.0 Apakah yang telah membentuk kebimbangan Matematik 8
  • 10. Tidak ada sebab yang tunggal bagi kebimbangan Matematik. Pelajar adalah golongan yang besar mempunyai fenomena ini. Tidak ketinggalan juga adalah guru. Sering kali seseorang pelajar mempunyai pengalaman negatif dengan guru matematik pada tahun-tahun sebelumnya, pengalaman itu boleh meninggalkan pelajar bahawa mereka mempunyai keupayaan Matematik yang kurang. Kepercayaan ini biasanya hasil daripada prestasi pelajar yang lemah. 6.0 Bagaimana mengurangkan kebimbangan Matematik Bagi sesetengah pelajar, subjek Matematik mewujudkan kebimbangan dan ketakutan. Pelajar- pelajar ini bergelut dalam Matematik dan akibatnya telah membangunkan kebencian dalam diri mereka. Guru boleh membantu pelajar yang mengalami kebimbangan Matematik dengan mempelbagaikan kaedah dan gaya pembelajaran dalam bilik darjah mereka dan mengubah amalan pengajaran guru untuk memastikan pelajar boleh mengalami kejayaan Matematik. Guru perlu menentukan gaya pembelajaran pelajar anda sebelum guru menggunakan kaedah pengajaran mereka. Selain itu guru perlu mewujudkan pengalaman pembelajaran yang aktif, konsep Matematik yang baru dan memasukkan muzik dalam pengajaran Matematik. Bagi pelajar amalan melakukan dan membuat Matematik adalah penting dalam mengurangkannya. Pelajar tidak boleh menguasai Matematik dengan hanya melihat tanpa membuat latihan. Selain itu pelajar harus mengetahui perkara-perkara asas Matematik dan sentiasa memastikan bahawa pelajar tidak tertinggal satu perkara asas dalam Matematik. Sesetengah pelajar merasakan apabila mereka bertanya soalan, itu akan menunjukkan kelemahan mereka. Sebenarnya soalan-soalan ini yang akam membantu pelajar dalam mengurangkan kebimbangan Matematik yang mereka alami selama ini. Rakan-rakan juga penting dalam mengurangkan fenomena ini. Sekiranya pelajar terlalu malu untuk mengangkat tangan di dalam kelas dan bertanya soalan kepada guru, jalan yang kedua adalah belajar secara kumpulan. Buat latihan Matematik dengan cara semulajadi. Terdapat lebih daripada satu cara dalam Matematik. Mungkin cara guru anda tidak dapat membuatkan anda faham tetapi buatlah cara anda sendiri sekiranya anda lebih faham. 7.0 Bagaimana melumpuhkan kebimbangan Matematik 9
  • 11. Bagi menghilangkan terus kebimbangan Matematik, pelajar mesti berhadapan dengan hakikat bahawa kebimbangan mereka adalah respons yang semata-mata hanya emosi. Mereka boleh bertindak balas dengan secara membina atau tidak membina. Pelajar akan menyembunyikan masalah dan mengelakkan apa-apa yang berkaitan dengan Matematik. Tindak balas yang membina akan melihat ke belakang dan mencari pengalaman yang mengelak kebimbangan Matematik. Motivasi diri pelajar amat penting dalam menghilangkan fenomena ini. Buangkan pemikiran negatif yang membelenggu fikiran anda tentang Matematik. Sering kali pelajar yang mempunyai kebimbangan Matematik ini mengatakan bahawa diri mereka tidak bagus dalam Matematik. Mulai hari ini gantikan pemikiran negatif anda dengan ikrar yang positif dan bayangkan anda sekarang selesa dengan Matematik dan menggunakannya untuk menyelesaikan soalan-soalan Matematik yang selama ini anda hanya melihat tanpa mencubanya. Katakan pada diri sendiri bahawa “setiap hari saya akan mendapat yang lebih baik dan lebih baik dengan menggunakan Matematik!”. 10
  • 12. SITI NOR AFAF BINTI MAHASAN D20081032219 1. Apakah Kebimbangan Matematik ? Kebimbangan Matematik adalah satu perasaan kurang yakin yang boleh menyebabkan timbulnya tekanan dalam diri seseorang terhadap Matematik sama ada melibatkan kehidupan seharian mahupun di dalam situasi akademik di sekolah atau institusi pengajian. Pengalaman yang negatif seperti pencapaian rendah dan kegagalan dalam Matematik boleh mengakibatkan perasaan kecewa di kalangan pelajar dan seterusnya mendorong kewujudan kebimbangan Matematik mengakibatkan pelajar cuba mengelakkan diri daripada Matematik. Oleh itu, pengalaman serta sikap yang negatif terhadap Matematik boleh menjanakan kebimbangan Matematik di kalangan pelajar. Kebimbangan Matematik merupakan perasaan takut dan tidak suka pada, serta ingin mengelakkan diri daripada situasi berkenaan dengan Matematik. 11
  • 13. Menurut Richardson & Suinn (1972), ia berkaitan dengan perasaan tekanan dan takut yang berkaitan dengan manipulasi nombor serta penyelesaian masalah Matematik dalam pelbagai situasi akademik dan kehidupan seharian. 2. Kenapa fenomena ini berlaku? Perkara ini berlaku kerana sifat fobia terhadap Matematik telah ditanam dalam diri individu itu dari awal mereka yang mengenali Matematik. kebimbangan Matematik juga wujud di kalangan guru pelatih opsyen Matematik. Menurut Aiken (1970), kewujudan kebimbangan Matematik mengakibatkan pelajar cuba mengelakkan diri daripada Matematik. Oleh itu, pengalaman serta sikap yang negatif terhadap Matematik boleh menjanakan kebimbangan Matematik di kalangan pelajar. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa guru boleh memindahkan kebimbangan Matematik yang wujud di kalangan mereka kepada pelajar mereka (Lazarus, 1974; Bulmahn & Young, 1982; Kelly & Tomhave, 1985). Menurut Puteh (1998), satu kajian telah dibuat tentang kebimbangan Matematik yang berlaku kerana personaliti seseorang guru itu dan kaedah atau teknik pengajaran yang digunakan di dalam kelas. guru tersebut tidak mempunyai keyakinan yang tinggi ketika mereka menyampaikan ilmu di dalam kelas yang akhirnya boleh mendorong sifat kurang yakin dan kurang berminat pelajar untuk mempelajari matapelajaran ini. Seterusnya perkara ini akan menyebabkan pelajar menanamkan sifat takut dan kebimbangan ketika menjawab soalan yang berkaitan dengan Matematik. Persepsi pelajar terhadap Matematik juga menjadi negatif. Antara sebab lain ialah pengaruh rakan sebaya di mana rakan sebaya boleh mempengaruhi minat pelajar terhadap Matematik. 3. Siapakah yang mempunyai kebimbangan Matematik? Antara individu yang mempunyai sifat kebimbangan Matematik ialah guru Matematik itu sendiri. Kajian Bulmahn & Young (1982) pula merumuskan bahawa kebimbangan Matematik juga wujud di kalangan guru pelatih opsyen Matematik. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa guru boleh memindahkan kebimbangan Matematik yang wujud di kalangan mereka kepada pelajar mereka (Lazarus, 1974; Bulmahn & Young, 1982; Kelly & Tomhave, 1985). Oleh itu, seseorang guru tu boleh mempengaruhi persepsi pelajar terhadap matapelajaran ini. Pelajar yang 12
  • 14. mempunyai kebimbangan Matematik disebabkan tiada galak galakan daripada guru agar mereka mempunyai minat dalam mendalami ilmu Matematik. 4. Bilakah ianya berlaku? Kebimbangan Matematik boleh terjadi apabila tahap keyakinan seseoran itu lemah. Dalam kalangan guru pelatih terutamanya, mereka bukan mempunyai kebimbangan terhadap mata pelajaran ini tetapi mereka tidak dapat menerima kenyataan kemungkinan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang mempunyai kaitan dengan Matematik. Selain itu, guru pelatih yang mula tidak meminati apabila mereka berpindah dari menengah rendah ke menengah atas iaitu dari tingkatan tiga ke tingkatan empat atau selepas Peperiksaan Menengah Rendah (Puteh, 1998). Perkara ini berlaku kerana ketika pelajar berada di peringkat menengah rendah mereka belum lagi didedahkan dengan langkah logik Matematik yang sebenar. Ketika pelajar berada diperingkat akhir menengah rendah yakni ketika mereka menduduki PMR di tingkatan tiga, format peperiksaan hanya diberi penekanan kepada jawapan semata-mata dan bukan bagaimana jawapan itu diperoleh dan soalan yang dikemukan adalah berbentuk objektif. Kebimbangan Matematik ini juga sering berlaku apabila pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan atau ujian atau ketika mereka menunggu keputusan peperiksaan. 5. Apa dan siapa yang membentuknya? Kebimbangan Matematik ini boleh terbentuk apabila seseorang itu sering gagal dalam penyelesaian masalah Matematik. Tambahan pula, apabila pelajar itu tidak dapat memahami pelajaran atau sering membuat kesalahan dalam Matematik guru terus menyalahi pelajar tersebut dan tidak mengenalpasti apakah faktor yang menyebabkan pelajar tersebut lemah dalam matapelajaran ini. Perkara ini akan menyebabkan timbulnya perasaan takut dalam diri pelajar tersebut untuk menyuarakan apa yang mereka tidak faham tentang matapelajaran ini lantas menyebabkan pelajar itu mempunyai kebimbangan Matematik. 13
  • 15. Antara sebab lain yang boleh membentuk kebimbangan Matematik adalah pengaruh ibu bapa. Menurut kajian, kebanyakan ibubapa tidak memberitahu pelajar untuk sentiasa membuat latihan Matematik tetapi hanya memberi semangat untuk belajar atau membuat tugasa yang diberikan oleh guru. 6. Bagaimanakah untuk mengurangkannya? Guru Matematik adalah bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran dan minat dalam Matematik kepada pelajar mereka. Mereka seharusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan agar minat terhadap Matematik dapat dipupuk di kalangan pelajar mereka. Bagi mencapai matlamat tersebut, guru Matematik perlulah membina konsep kendiri yang positif dalam diri mereka terhadap Matematik (Purkey, 1970). Pembinaan konsep kendiri yang positif dan realistik dapat mengurangkan tahap kebimbangan Matematik. Maka bolehlah diandaikan bahawa dengan membina konsep kendiri yang positif terhadap Matematik, tahap kebimbangan Matematik boleh dikurangkan. 7. Bagaimanakah untuk menghentikannya? Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab para pendidik guru Matematik untuk mengadakan suasana pembelajaran dan latihan yang memberangsangkan agar minat terhadap Matematik di kalangan para guru pelatih dapat dikekalkan dan seterusnya ditingkatkan. Apabila guru pelatih bermotivasi, persepsi mereka terhadap keupayaan dan potensi mereka dapat dipertingkatkan. Sekiranya guru pelatih itu mempunyai konsep kendiri yang positif terhadap keupayaan diri dalam Matematik, tahap kebimbangan Matematik dapat dikurangkan dan seterusnya pencapaian Matematik dapat ditingkatkan. Guru perlu menitikberatkan pencapaian pelajar berbanding dengan memfokuskan kesilapan pelajar agar dapat mewujudkan suasana kejayaan dalam proses pembelajaran pelajar. Peneguhan positif juga dapat menyumbang kepada kemajuan pelajar. selain mempunyai konsep kendiri yang positif, guru juga perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran yang terbaik bagi mempengaruhi sifat minat dan kecintaan pelajar terhadap Matematik. 14
  • 16. NUR AKMA BINTI MAKHTAR 15
  • 17. D20081032217 1) Maksud Mathematics anxiety: Mathematics anxiety atau fobia terhadap matematik ialah satu fenomena di mana seseorang itu mempunyai tekanan dan kebimbangan terhadap sesuatu yang berkaitan dengan nombor dan penyelesaian untuk masalah matematik di dalam kehidupan seharian. Perasaan yang di alami adalah seperti takut, tertekan apabila masalah yang berkaitan dengan matematik. Fenomena ini terjadi apabila seseorang itu ditanya mengenai soalan berkaitan masalah matematik secara spontan. Tanda-tanda apabila seseorang itu mengalami fenomena ini adalah seperti kesejukan, panik, sakit perut, berpeluh dan sebagainya. Fenomena ini boleh menyebabkan seseorang itu lupa dan kehilangan keyakinan diri. Pelajar yang mengalami fenomena ini menjadikan mereka tidak boleh atau tidak yakin untuk melakukan aktiviti matematik di dalam kelas. Pemikiran mereka juga akan kosong untuk seketika walaupun hanya untuk menjawab soalan matematik yang sangat mudah. 16
  • 18. 2) Mengapa fenomena ini berlaku? Fenomena ini berlaku adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang juga mempunyai masalah ini. ini akan menjejaskan kemahiran guru dalam mengajar matematik dan seterusnya membuatkan pelajar akan bosan dan tidak memahami isi pelajaran. Selain itu, keyakinan dalam diri yang amat rendah juga boleh menyebabkan timbulnya fenomena ini dalam diri seseorang. Bagi pelajar, mereka yang kurang mencapai pencapaian dalam matematik dan mempunyai pengalaman yang kurang dalam kelas matematik terdahulu juga menyebabkan fenomena ini berlaku. Masalah ini berlaku juga apabila seseorang itu secara spontan untuk menjawab soalan penyelesaian matematik. Contohnya pelajar di dalam kelas, mereka yang kurang faham akan sesuatu topik tetapi malu untuk bertanya guru. Jika guru menyuruh mereka untuk menjawab soalan di hadapan, mereka gagal untuk menyelesaikannya. 3) Siapa yang ada fenomena ini? Fenomena ini terjadi dalam kalangan orang lelaki dan perempuan. Fenomena ini terjadi dalam kalangan pelajar kolej dan universiti termasuklah mereka yang berada di dalam kelas matematik lanjutan di mana latar belakang mereka sangat berkait rapat dengan matematik. Selain itu, ada sebahagian pegawai yang berjaya dalam pekerjaannya juga mengalami fenomena ini. Di samping itu, guru dan ibu bapa juga mengalami masalah ini. Di samping itu, sudah tentulah perkara ini banyak terjadi dalam kalangan pelajar sekolah. Pelajar-pelajar ini kebanyakannya akan mengalami masalah apabila diarah untuk menjawab soalan matematik secara spontan mengikut pengalaman latihan praktikum saya sebelum ini. Boleh dikatakan sebahagian besar pelajar saya mengalami fenomena ini. Mereka akan teragak-agak untuk menjawab soalan dan membentangkannya di hadapan. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan kurangnya keyakinan dalam diri untuk bercakap di hadapan rakan sekelas yang lain. Pelajar yang mengalami masalah ini akan berkata kepada dirinya sendiri 17
  • 19. seperti “saya seorang yang bodoh”, “saya tahu saya tidak boleh memahami matematik” dan sebagainya. 4) Bila fenomena ini berlaku? Fenomena ini berlaku apabila seseorang itu mempunyai pengalaman lampau yang buruk dengan matematik seperti mendapat gred yang lemah dalam matematik. Ini akan menjadikan pelajar akan kurang bermotivasi dan kurang untuk berusaha kerana persepsi mereka matematik adalah satu subjek yang sukar. Fenomena ini biasanya berlaku apabila seseorang itu diberi soalan matematik. Jika seseorang itu terlebih bimbang, jadi mereka akan gagal untuk menjawab soalan yang diberikan. Begitu juga dalam kehidupan seharian yang melibatkan pengiraan matematik, mereka yang mengalami masalah ini akan gagal untuk menjawab atau lambat untuk mendapatkan jawapan. 5) Apa yang menciptanya? Bagi pelajar yang mengalami masalah ini, keadaan sekolah dan guru yang tidak menyolong kerana dalam keadaan sekarang pelajar tersebut biasanya dilayan tanpa mengambil kira keperluan diri mereka. Mereka biasanya tidak dilayan dengan baik. Sekolah cenderung untuk meletakkan mereka di dalam kelas dan program yang kurang berkualiti serta tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap pembelajaran pelajar ini. Akibatnya, pelajar ini terasa diasingkan dan berikutan dengan itu mereka menjadi kurang yakin kepada diri sendiri dan tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam menghadapi kehidupan pada masa depan lantas tercipta satu fenomena ini. Guru merupakan faktor terpenting sebagai agen pelaksana pendidikan. Bagaimanapun, guru sama ada sedar mahupun tidak, sering memandang setiap pelajarnya dengan cara yang berbeza. Proses ini mempengaruhi jangkaan mereka terhadap seseorang pelajar hinggakan layanan yang diberikan kepada pelajar itu yang kadangkala menjadi berat sebelah. Misalnya, 18
  • 20. guru akan lebih mesra dengan pelajar yang hanya pandai matematik manakala yang kurang atau lambat faham akan diketepikan. Kesemua ini akan mempengaruhi interaksi guru terhadap seseorang pelajar. 6) Bagaimana untuk mengurangkan fenomena ini? Untuk mengurangkan masalah ini dalam kalangan pelajar, guru boleh membina strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan merangkumi aspek-aspek pendekatan yang boleh menarik perhatian, tertumpu kepada pelajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap pelajar. Guru boleh mempelbagaikan bahan bantu mengajar supaya pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara berkesan dan boleh meningkatkan kreativiti guru dalam penggunaan bahan-bahan pengajaran. Sebagai seorang guru yang akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai karenah dan naik turun prestasi pelajar, maka sewajarnya guru tersebut harus mengambilkira beberapa faktor terutamanya latar belakang kemampuan dan kemahiran pelajar dalam menyesuaikan kaedah pengajaran mereka. Pelajar akan merasa dihargai dan ini boleh meningkatkan minat seterusnya pencapaian mereka di dalam pelajaran. Kenalpasti tahap pelajar sama ada mereka tergolong dalam golongan sasaran cemerlang, sederhana ataupun sangat lemah. Untuk menjadi role model, guru Matematik perlu meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam penggunaan sumber pengajaran yang pelbagai dan strategi pengajaran yang terkini. Guru perlu menggunakan pelbagai strategi, memilih yang paling sesuai untuk digunakan dalam konteks tertentu dan menyesuaikannya jika perlu untuk kumpulan pelajar tertentu. 7) Bagaimana untuk menghilangkan masalah ini? Pada pendapat saya, masalah mathematics anxiety ini boleh dihilangkan sedikit demi sedikit dengan mengubah tanggapan atau persepsi terhadap matematik bahawa matematik adalah subjek yang sukar. Dengan adanya persepsi ini, pelajar dan sesiapa sahaja tidak akan lagi fobia terhadap nombor, rumus dan sebagainya. Kesimpulannya, semua pihak iaitu guru, ibu 19
  • 21. bapa dan masyarakat perlu mengubah persepsi mereka supaya dapat mendidik pelajar dan anak-anak mereka bahawa subjek matematik adalah satu subjek yang tidak perlu ditakuti. NUR FARHANA BT 20
  • 22. DAGLON DOL HAMID D20081032214 Apa itu „Mathematics Anxiety‟? Kebimbangan dalam matematik atau lebih dikenali sebagai „Mathematics Anxiety‟ adalah satu fenomena yang berlaku apabila seseorang itu mempunyai perasaan tertekan dan takut serta bimbang dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan nombor mahupun menyelesaikan masalah dalam matematik. Fenomena ini akan menyebabkan seseorang itu kurang berkeyakinan dalam menyelesaikan permasalahan yang melibatkan sebarang nombor. Takut salah jawab, takut digelakkan oleh rakan apabila menjawab soalan dengan salah adalah salah satu contoh kebimbangan dalam matematik ini. Selalunya seseorang yang mengalami „Mathematics Anxiety‟ ini akan mengalami panik, takut, rasa tidak berdaya, kecut perut dan lain-lain apabila mereka terlihat satu permasalahan yang melibatkan nombor. Fenomena seperti inilah yang akan menyebabkan seseorang itu tidak minat untuk belajar matematik dengan lebih terperinci. Mereka yang mengalami masalah ini akan mengatakan bahawa matematik ini tidak berkaitan dengan kehidupan seharian walaupun hakikatnya amat berkait. 21
  • 23. Mengapa „Mathematics Anxiety‟ ini berlaku? Banyak faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku. Antaranya adalah personaliti guru dan teknik pengajaran yang guru gunakan di sekolah, harapan yang tinggi diletakkan kepada mereka oleh ibu bapa dan sikap mereka sendiri yang mengalami „Mathematics Anxiety‟ ini. Kebanyakan guru mengajar dengan teknik yang hampir sama dan tidak diperbaharui dari semasa ke semasa. Ini akan menyebabkan pelajar mudah hilang minat untuk belajar. Apabila disebut sahaja guru matematik, ramai pelajar yang akan kecut perut dan takut untuk belajar. Alasan mereka, guru tersebut garang dan tegas sehingga mereka takut untuk bertanya apa-apa. Setiap ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka sehinggakan ada di antara ibu bapa yang terlalu memaksa anak mereka untuk belajar matematik. Ada juga ibu bapa yang membanding- bandingkan anak mereka dengan orang lain yang lebih pandai. Ini akan menyebabkan anak mereka hilang keyakinan dan merasakan diri mereka teruk apabila dibandingkan dengan orang lain. Sikap mereka yang negative juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Takut digelakkan oleh rakan-rakan apabila menjawab soalan dengan salah dan „mindset‟ yang sedia ada mengatakan bahawa matematik susah adalah sikap yang sentiasa ada dalam diri seseorang yang mengalami masalah ini. Siapa yang mengalami „Mathematics Anxiety‟? Siapa yang mengalami „Mathematics Anxiety‟? Bukan sahaja pelajar yang mengalami masalah ini malah ibu bapa serta guru juga mengalami „Mathematics Anxiety‟ ini. Kebanyakan pelajar yang mengalami masalah ini disebabkan oleh ibu bapa mereka yang mengalami masalah yang sama. Mereka berharap agar anak mereka tidak mengikut jejak mereka yang kurang pandai dalam matematik. Mereka memberi dorongan kepada anak mereka supaya belajar tetapi kadang- kadang dorongan mereka membuatkan anak mereka merasa tertekan utuk belajar. Ada juga ibu bapa yang memikirkan bahawa matematik tidak penting dan ini akan menyebabkan anak mereka memikirkan benda yang sama. Sikap ibu bapa terhadap matematik akan memberi kesan kepada sikap anak mereka terhadap matematik. Sikap guru juga akan mempengaruhi sikap pelajarnya dalam matematik. Guru yang mengalami masalah ini akan menurunkan masalah mereka kepada pelajarnya. Bila „Mathematics Anxiety‟ berlaku? 22
  • 24. Fenomena ini berlaku selalunya apabila seseorang pelajar bertukar sekolah, dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan dari sekolah menengah ke universiti. Selalunya semasa sekolah rendah, pelajar suka matematik. Mendapat keputusan yang cemerlang dan mendapat pujian dari guru adalah satu inisiatif yang menyebabkan pelajar menyukai subjek ini. Tetapi, apabila masuk kea lam sekolah menengah, lain pula jadinya. Pelajar yang dahulunya suka matematik tidak lagi menyukai subjek tersebut. Faktornya adalah guru mereka sendiri. Guru mudah naik marah apabila pelajar bertanyakan soalan yang mereka tidak faham. Ini akan menyebabkan pelajar takut untuk bertanya dengan lebih lanjut. Sama juga apabila pelajar tersebut masuk ke alam universiti. Pensyarah hanya mengajar tanpa mempedulikan pelajarnya faham ataupun tidak. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar membenci matematik dan mengalami „Mathematics Anxiety‟. Apa yang menjadikan „Mathematics Anxiety‟? Terdapat banyak faktor yang menjadikan masalah ini. Salah satunya adalah peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. Sistem pendidikan di Malaysia adalah mengikut „exam-oriented‟. Maka pelajar dikehendaki mendapat keputusan yang bagus dalam matematik untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Subjek matematik boleh dianggap sebagai passport kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran. Pelajar yang tidak mendapat keputusan yang bagus dalam matematik tidak akan berpeluang untuk menyambung pelajaran mereka. Ramai pelajar yang menyalahkan ketakutan mereka terhadap peperiksaan awam apabila mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan. Bagaimana hendak mengurangkan „Mathematics Anxiety‟? Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan masalah ini. Untuk pelajar, perlu mempunyai sikap yang positif terhadap subjek matematik. Sikap yang positif akan membuatkan pelajar lebih seronok untuk belajar matematik. Selain itu, pelajar juga perlu membuat banyak latihan matematik untuk memahirkan mereka. Latihan yang banyak akan membuatkan mereka lebih yakin untuk menjawab setiap persoalan yang bakal diberikan oleh guru mereka serta soalan peperiksaan. Gaya pembelajaran secara berkumpulan juga adalah salah satu cara untuk mengurangkan masalah ini. Gaya pembelajaran ini akan membuatkan pelajar belajar apa yang 23
  • 25. mereka tidak tahu dengan rakan mereka. Bertukar-tukar maklumat sesama rakan akan membuatkan mereka lebih banyak belajar dan mengetahui maklumat yang lebih penting. Guru juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah ini. Pelajar pada zaman sekarang lebih suka menggunakan ICT dan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk belajar. Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran supaya lebih menarik akan menarik minat pelajar untuk belajar subjek matematik. Penggunaan ICT, bahan-bahan yang maujud akan menjadikan pelajar lebih mudah faham dan minat untuk belajar matematik. Pengajaran dengan cara lama akan menyebabkan pelajar mudah bosan dan tidak minat untuk belajar. Bagaimana hendak menghapuskan „Mathematics Anxiety‟? „Mathematics Anxiety‟ ini sukar untuk dihapuskan. Pada pendapat saya, sikap seseorang pelajar perlu diubah daripada sikap yang negatif kepada sikap yang lebih positif dan baik dalam mempelajari subjek matematik. Sikap seseorang itu bermula dari pengalaman seseorang yang lepas. Ibu bapa dan guru juga memainkan peranan yang penting untuk menghapuskan „Mathematics Anxiety‟ ini. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang lebih baik dan sikap yang baik terhadap matematik supaya anak mereka tidak terikut dengan sikap negatif mereka. Guru juga perlu bersikap dengan lebih baik, tidak terlalu tegas supaya pelajar tidak takut untuk bertanykan soalan. Terdapat kesan positif apabila seorang guru itu mudah untuk berkomunikasi dengan pelajarnya. Pelajar tidak takut untuk bertanyakan soalan yang mereka tidak faham dan ini sekaligus dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek matematik seterusnya dapat menghapuskan „Mathematics Anxiety‟ ini. 24
  • 26. 25