SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 14
Apakah disleksia
Kepayahan memahami perkataan.Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengar sebutan perkataan,
menyebut perkataan dan sebagainya.ia juga disebut kesukaran dalam mentafsir fonologi yang
bermaksud kesukaran dalam menggambarkan dan menghubungkaitkan perkataan dalam ingatan untuk
mengingati perkataan itu.

Jenis-jenis disleksia
1) Disleksia Visual
Tidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya ianya
bermakna.Perkataan –perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik.
Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol.

2) Disleksia Auditori
Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyi huruf yang
diperdengarkan padanya.
Sukar mengingatai bunyi huruf, memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusun atau
menggabungkan suku kata untuk menyebut perkataan.

3) Disgraphia
Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulis dengan baik dan
tulisannya dapat dibaca.

Bagaimana Disleksia terjadi?

• Kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini banyak persamaan dengan kesilapan yang dilakukan
oleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak. Perbezaannya adalah mangsa aphasia
telah pun mempunyai kemahiran membaca dan menulis tetapi disebabkan kecederaan di otak, dia tidak
dapat lagi membaca dan menulis sementara kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyai
kemahiran membaca dan menulis.
• Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Ini telah dibuktikan
oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati
kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-
kanak.
• Didapati penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan dengan
kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding orang
perempuan.
• Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit.
Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatan
pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan
tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya.
• Berlaku perlawanan dalam dua cerebral hemisphere dalam menguasai kemahiran bacaan dan ejaan.
Pada kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai bacaan tetapi kerana ianya lemah maka terjadilah
keterbalikkan perkataan dan huruf kepada kanak-kanak ini.
• Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masalah dysleksia adalah disebabkan oleh pengajaran
guru yang tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang hebat dengan alasan jika pengajaran guru tidak
sesuai, sudah tentu terdapat satu kumpulan murid di dalam kelas yang menghadapi disleksia.
• Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak-kanak itu.

Ciri-ciri kanak-kanak disleksia
1) perkembangan motor yang kurang matang termasuk kelakuan-kelakuan hiperkinetik
2) gangguan penglihatan
3) singkat ingatan
4) gangguan dalam bahasa
5) kebolehan kognitif yang rendah
6) kesukaran dalam kematangan emosi dan social
7) tidak dapat membezakan lambing bertulis dengan bunyi lambing tersebut
8) tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan lambang iaitu tidak dapat mengingat lambang mana yang
harus ditulis untuk dipadankan dengan bunyi-bunyi tersebut
9) tidak dapat menyusun lambang tulisan supaya betul dan bersesuaian dengan bunyi-bunyinya agar
menjadi perkataan yang beermakna
10) tidak dapat menulis dari kiri ke kanan dan juga tidak dapat menulis susunan huruf atau perkataan
agar tidak terbalik kedudukannya.
11) Tidak dapat menyusun atau mengurus masa dan ruang mengikut susunannya.
12) Tidak dapat membuat koordinasi motor mata-tangan kiri kanan serta menumpukan perhatian
13) Sukar mengikuti latihan sukan yang kompleks
14) Peningkatan tumpuan kepada aktiviti pendengaran
15) Lebih tumpuan kepada aktiviti pendebgaran yang mana menutup kemahiran pandangan
16) Sukar belalar bahasa, ketidakseimbangan kebolehan intelektual
17) Tidak lancar membaca,menulis daya tumpuan yang lemah

Kesalahan-kesalahan bacaan yang dilakukan oleh kanak-kanak disleksia
• Mereka-reka cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan walaupun cerita tersebut tiada kaitan
dengan isi bacaan.
• Membaca lambat dan teragak-agak.
• Mengikut bacaan dengan jari.
• Kerap hilang tempat bacaan, sama ada hilang terus atau membaca baris tersebut dua kali.
• Membaca kuat tetapi teragak-agak dengan satu intonasi.
• Cuba mengeja tetapi sebutannya salah misalnya mengeja ketat tetapi menyebut kelat.
• Meramal perkataan tanpa mengira ianya bermakna atau tidak.
• Membaca secara terbalik misalnya aman dibaca nama dan sebagainya.
• Menyusun perkataan dengan susunan yang salah.
• Memendekkan perkataan yang panjang misalnya kerosakan dibaca rosak sahaja.
• Salah membaca perkataan yang mempunyai bentuk yang sama misalnya kakak=katak, baju=bayu.
• Menggantikan perkataan lain yang sama maknanya misalnya ayahanda=bapa.
Kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia
• Menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulin sanam.
• Menulis secara mirror writing.
• Menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d.
• Menulis perkataan yang didengar misalnya buang menjadi buwang.
• Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi.
• Tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja.
• Menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang.
• Tidak dapat menulis huruf yang disebut.
• Tidak dapat memilih huruf yang disebut.
• Tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama.

Bagaimana guru membantu kanak-kanak di dalam kelas?
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari kaedah
dan teknik mengajar. Antaranya adalah:
• Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.
• Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
• Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
• Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.
• Berikan kelonggaran kepada mereka.
• Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
• Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
• Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak bermasalah itu
membaca secara fonetik.
• Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia.
• Sediakan bahan pengajaran yang baik.
• Gunakan aplikasi teori Gestalt.
• Tekankan ke atas pengamatan butiran.
• Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
• Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
• Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.

Prosedur pengajaran kepada kanak-kanak disleksia pandangan yang tidak dapat belajar melalui
gambaran pandangan kerana tidak dapat mengait perkataan dengan makna dan tidak dapat
mengekalkan ingatan tentang imej sesuatu perkataan ialah melalui kaedah pengajaran fonetik/ linguistik
di mana kaedah ini bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga cara menulis dan
menggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik. Oleh itu guru perlulah
mempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan linguistik. Antara kaedah fonetik dalam
pengajaran adalah melalui:
• Ajar nama dan huruf bunyi.
• Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi.
• Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi.
• Ajar perkataan bunyi huruf.
• Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna.
• Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama.
• Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan.
• Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vocal.
• Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek.

Dalam kaedah fonetik/ linguistic, kanak-kanak hendaklah di ajar secara lankah dan logik.Latih tubi
adalah berdasarkan teknik multy sensory. Teknik ini menggunakan pengamatan penglihatan dan
pengamatan pendengaran kanak-kanak selain dari membabitkan penulisan kembali dan mengulang
pembacaan secara kuat apa yang telah ditulis. Langkah-langkah terperinci adalah seperti berikut:
1) Guru menunjukkan di kad imbasan dengan gambar yang bermula dengan huruf tersebut
dibelakangnya. Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut.
2) Guru menyuruh murid ulang ayat tersebut.
3) Guru sebut sekali lagi, kali ini mengikut suku kata.
4) Murid menulis ayat tersebut. Sambil menulis, sebut ayat tersebut.
5) Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ditulis.
6) Jika terdapat kesilapan, murid mencarai sendiri dengan cara semakan.

Kaedah dan teknik ini dapat mempertingkatkan daya ingatan murid dalam membina ayat kerana guru
telah memulakannya dari ayat pendek kepada ayat yang lebih panjang dan semakin susah.

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dysleksia pendengaran di mana merteka akan memberi
respon positif terhadap pengajaran bacaan awal yang menggunakan pendekatan seluruh perkataan
adalah dengan cara:
• Membentuk kesepadanan pendengaran dan pandangan.
• Mengajar perbendaharaan kata yang berlainan bunya dan bentuk.
• Menggunakan pendekatan pengalaman bahasa.
• Menggunakan mesin pengajaran seperti Language Master, Autoscore dan computer dalam pendidikan.
• Aktiviti pengadunan dan intergrasi.
• Peningkatan keupayaan diskriminasi dan analisis pendengaran.

Kesimpulannya, Disleksia ialah gangguan perkembangan bahasa yang menunjukkan bentuk dalam
kesukaran membaca.Ia melanda 2-8 peratus kanak-kanak sekolah rendah. Kebanyakkan daripada
mereka memberi tindak balas yang baik kepada pemulihan membaca.
DEFINISI

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang
bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan
perkataan. Istilah „buta huruf‟ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887,
merangkap seorang pakar perubatan dan „ophalomotologist‟ telah memperkenalkan perkataan „Disleksia‟
(Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu „Disorder‟ dalam kanak-kanak yang telah terima
Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek”
(World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan
dengan Disleksia, diantaranya ialah:-

        Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun
        matematik
        Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
        Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-
        tangan

APA ITU DISLEKSIA?

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis,
mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.
Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya,
sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan
disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam
sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak,
selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang
berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau
bangsa.Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.

Jenis-jenis Disleksia

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan.
Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat
abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan
menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang
tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan
konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan
secara visual dan audio

.
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-
punca disleksia ialah;

Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama.
Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian
yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh
diperturunkan secara turun-temurun

Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan
oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan
atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan
kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf.Pada
kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan
kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksiaCIRI-CIRI
DISLEKSIA

Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalanKanak-kanak

Sekolah Rendah :

6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan
nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwaSekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiranbersosial

MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran.
Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi
adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi
kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-
masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c–ep–qh–nb–d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t–hf–v

Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-
rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak
berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba

Gula - lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem

cat - cat

Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga
mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang
disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik

Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur.Mereka juga kelihatan seperti
tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat
yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik
mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama.
Contohnya seperti berikut :
3–5-8

9-6
Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai
mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta
pengamatan yang lemah

LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal
bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi
tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang
berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai




KANAK -KANAK AUTISME

KES

Amin yang berusia 31/2 tahun dibawa ke klinik saya kerana dikatakan tidak mahu bergaul
dengan kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa. Menurut ibunya, Amin dilahirkan
dalam keadaan baik, berat badannya 3.1 kg dan perkembangan dari peringkat bayi seperti kanak-
kanak biasa yang lain. Tetapi, menjelang usianya 12/2 tahun, dia didapati suka bersendirian dan
tidak mahu menengok kearah orang. Dia berkelakuan seolah-olah seperti kanak-kanak pekak:
tidak menghiraukan atau seolah-olah tidak mendengar percakapan orang lain. Hampir setiap
waktu dia bersendirian sambil bermain-main denga benda-benda seperti tali, tudung-tudung
botol dan ketul-ketul batu.Dia leka dengan permainannya sehingga berjam-jam lamanya.

Ibu Amin menyatakan bahawa sejak kecil lagi, anaknya itu tidak suka dipegang, dibelai atau
dicium.Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang mudah mesra dan bergelak ketawa dengan ibu
bapa dan orang disekelilingnya.Ibunya mengeluh kerana tidak dapat menjalinkan hubungan
mesra dengan anaknya. Apabila lapar, dia sendiri akan mengambil makanan didapur atau
menarik tangan ibunya kearah makanan yang diingini. Seringkali, bunya terpaksa menyuapkan
makanan dan memberinya minuman.Tetapi, dia tidak suka dibantu melakukan aktiviti-aktiviti
harian seperti makan, minum dan bersalin pakaian.Dia pergi sendiri ketandas untukmembuang
air kecil dan tidak lagi kencing malam. Ibu Amin berasa hairan mengapa anaknya yang mampu
menunjukkan kebolehan seperti menyusun puzzles dan merekabentuk denganmenggunakan alat
permainan lego tidak pula mampu menggunakan bahasa seperti kanak-kanak yang sebaya
dengannya. Dia dan suaminya jarang membawa Amin menziarahi kawan-kawan atau majlis-
majlis sosialkerana malu dengan tingkah lakunya yang luar biasa yang mungkin akan menarik
perhatian orang lain. Amin pernah dimasukkan ketadika untuk memberinya peluang
bergauldengan kanak-kanak lain tetapi selepas sebulan, guru tadika menyatakanbahawa pihaknya
tidak sanggup menerima Amin lagi kerana sikapnya yang ganjil.Dia suka bersendirian, tidak
boleh berinteraki dengan kanak-kanak lain, Asyik bermain seorang diri, tidak bercakap dan tidak
menerima atau menumpukan perhatian pada arahan guru-guru atau orang lain.Dia akan keluar
dari kelas dan merayau-rayau disekitar kawasanTadika pada bila-bila masa sahaja yang
disukainya dan guru kelaskerap terpaksa mencarinya kerana khuatir akan keselematannya.

Kes ini mengetengahkan riwayat sesorang kanak -kanak yang menunjukkan ciri -ciri
austisma.Kes -kes autisma yang dikesan dan dikenal pasti masing -masing mempunyai perbezaan
dari segi perkembangan dan tingkah laku penghidap autisma. Ini ada kaitannya dengan faktor
baka ,pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempergaruhi perkembangan seorang anak
yang autistik dan cara dia membentuk personalitinya. Tetapi , hampir semua kanak -kanak
autisma menunjukkan ciri -ciri seperti di bawah ini :

1.Masalah komunikasi. Dia tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak -kanak lain.
   Tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut.Bahasanya
   agak ganjil dan sukar difahami.Umpamanya , jika seseorang bertanya " sudah makan ? " , dia
   menjawab " sudah makan ". Jika ditanya " sudah minum ? " , dia jawab " sudah minum ".
   Dalam istilah Inggeris , ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai menggunakan bahasa
   dengan kreatif seperti " sudah kenyang " , " tak dahaga " , "tak mahu minum "dan sebagainya.

2.Suka bersendirian. Kanak -kanak autisma tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara
   spontan dengan orang lain. Dia seolah -olah hidup dalam dunianya sendiri. Ibunya mendapati
   sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai , dicium atau
   dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat gerakbalas. Dia
   berkelakuan seperti kanak -kanak pekak , buta dan bisu.

3.Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak -kanak biasa. Kanak -kanak autisma
    biasanya akan leka bermain sehingga berjam -jam lamanya dengan sesuatu barang yang
    diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil , dialihkan atau hilang.

4.Mempamerkan tingkah laku yang pelik. Kebanyakkan kanak -kanak autistik akan
   menunjukkan tingkah laku yang bermacam -macam ragam dan pelik seperti menepuk -nepuk
   tangan , menjegkit -jengkitkan kakinya apabila berjalan , memutar -mutar benda seperti
   tudung botol dan alat -alat permainan seperti mangkuk -mangkuk plastik serta mengumpul
   batu -batu , bermain suis lampu dan sebagainya .

Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dan sosial yang
terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian , didapati hampir 30 peratus
kanak -kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak -kanak yang
terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi , anak mereka tidak suka didukung atau
dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula
mesra dengan ibunya tetapi ini jarang -jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang
mempunyai anak -anak autistik. Bayi -bayi dari usia sembilan bulan keatas sudah gemar
mengikut -ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak -kanak autistik jarang
berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak -kanak autistik yang didapati normal perkembangan
mereka tetapi mula menunjukkan ciri -ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan
sudah boleh bercakapseperti kanak -kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.

Adakah autisma sering berlaku ?

KES

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisma teklah
dibawa kelinik saya.Tetapi, saya dapati dia boleh menumpukan perhatian dan mengikut arahan
saya.Perkembangan bahasanya terbantut dan dia hanya boleh bercakap sepatah dua sahaja.
Tetapi, dia faham jika disuruh menunjukkan gambar burung , ayam, kapal terbang, kereta dan
sebagainya. Tingkah lakunya dirumah, ditadika dan diklinik berbeza.Adalakanya, dia suka
bermain seorang diri sehingga berjam-jam lamanya. Dia tidak tahu bergaul dengan kanak-kanak
lain.

Bilangan sebenar kanak -kanak yang menghidap autisma dinegara ini sukar didapati kerana
kadangkala , ciri -ciri yang digunakan untuk mengenali kanak -kanak autisma berbeza di
kalangan para penyelidik. Walau bagaimanpun , adalah dianggarkan terdapat empat orang kanak
-kanak autistik bagi setiap sepuluh ribu kanak -kanak. Mereka mempamerkan ciri -ciri kanak -
kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian , tidak boleh bergaul langsung dengan kanak -
kanak lain , menunjukkan tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau memahami
bahasa.

Tetapi , ada ramai juga kanak -kanak yang tidak menunjukkan kesemua ciri -ciri yang disebutkan
ini. Kes berikut menyokong pendapat ini.

Dari pengalaman saya , ramai lagi kanak -kanak yang menunjukan ciri -ciri autisma tetapi tidak
sepenuhnya. Kanak -kanak dalam golongan ini juga perlu dikenal pasti supaya program
pemulihan dapat diaturkan segera. Dengan latihan khas , mereka boleh menunjukkan perubahan
tingkah laku yang diharap -harapkan. Yang anehnya , penyakit autisma ini sering terdapat di
kalangan kanak -kanak lelaki. Dari seramai 40 kanak -kanak autistik yang pernah saya temui ,
hanya empat orang sahaja kanak -kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak -
kanak dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang
menyatakan bahawa kanak -kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga -keluarga
profesional.

Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia sahaja mempunyai hampir 80 kanak -kanak autistik
yang berdaftar.Saya percaya masih ramai lagi kanak -kanak autistik yang tidak diketengahkan
untuk dikenal pasti. Besar kemungkinan juga , para profesional sendiri kebanyakannya kurang
berpengalaman tentang autisma atau tidak dapat meluangkan masa untuk menilai kanak -kanak
autistik ini. Kanak -kanak ini mungkin dikatakan rencat akal , bisu , pekak dan sebagainaya.

Apakah puncanya ?

Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat
mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku . Sesetengah kanak -kanak pekak , kanak -kanak
yang menghidap penyakit seperti congenital rubella , penyakit baka phenylketonuria , sindrom
Fragile - X , tuberous sclerosis , kanak -kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan
( perinatal ashyxia ) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan
menunjukkan ciri -ciri autisma. Tetapi lazimnya , pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan
apa -apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.

Kanak -kanak autisma dan keluarganya.

Cara mengendalikan anak yang autistik berbeza antara satu sama keluarga dengan keluarga yang
lain. Kanak -kanak autistik yang berusia 1 1/2 tahun boleh dipaksa dan diasingkan tempat lain
jika didapati tingkah lakunya mengganggu keadaan. Tetapi , jika dia sudah berusia lebih
daripada tiga tahun dan mempunyai tabiat yang degil , ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya.
Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak -kanak autistik ini dan mempelajari
cara -cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah -kaedah seperti ini
memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan
meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah.

Peluang untuk melawat sahabat - handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan perlu
diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti -aktiviti seperti membeli belah , nersiar -siar
pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau
anak mereka bertindak di luar kawalan.

Kanak -kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluan
mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta terdedah pada
keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu bapa yang terlibat
mengalami ketegangan jiwa.Selalunya , mereka sukar mendapat bantuan orang lain untuk
menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika
anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga .Kelatihan
mental boleh menggugat kesihatan mereka.

Adik -beradik kepada kanak -kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripada masalah
emosi.Ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang kerumah.Mereka juga
mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering tertumpu kepada adik
autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri
daripada keluarga berkenaan. Ada pula yang mungkin memberi komen -komen yang tidak
membina dan menyinggungperasaan keluarga ini.

Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami -isteri dalam usaha mereka mencari jaln
untuk mengatasi masalah -masalah yang timbul sehingga boleh mengugat kestabilan rumah
tangga mereka.Tetapi , apa yang menarik sekali pada saya ialah kebanyakan pasangan yamg
mempunyai anak -anak yang autistik , terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetap
mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Pada pandangan saya , rasa tangungjawab serta
perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala -galanya dan masalah -masalah yang
dihadapi tidak dibarkan menggugat kestabilan rumah tangga mereka.

Cara mendidik dan mengatasi masalah -masalah yang timbul akibat daripada penjagaan kanak -
kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak
itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Saya pernah bertemu kanak
-kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik , bijak menyusun jigsaw -
puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanak
autistik perlu merangkumi aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan fizikalnya
yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan - kelemahan dan
kekuatan -kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.

Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistik
mereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik dan
mengasuh anak itu.

Bolehkah kanak -kanak autistik pulih ?

Kebanyakan kanak -kanak autistik masih menunjukkan tingkah laku yang luar biasa walaupun
setelah meningkat dewasa. Mereka sukar berinteraksi dengan orang lain dan tidak sesuai
memegang jawatan yang memerlukan mereka berbuat demikian. Tetapi , mereka boleh dilatih
untuk pekerjaan -pekerjaan yang memerlukan kemahiran -kemahiran tertentu seperti mekanik
kereta, pembetul anda piano,jurukomputer, jurukira dan sebagainya memandangkan kebolehan
yang mereka miliki. Ramai juga kanak-kanak autistik yang didapati terencat akal dan mereka
akan memerlukan latihan-latihan khas yang sesuai dengan keupayaan intelek mereka.

Untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran , kanak-kanak autistik ini perlu dikenal pasti
dari kecil lagi supaya latihan-latihan khas dapat diaturkan. Matlamat latihan adalah untuk
memperbaiki tingkah laku yang agak aneh, membolehkan mereka mencapai kemahiran
berkomunikasi serta berinteraksi dengan orang lain seberapa baik yang boleh. Teknik-teknik
pendidikan yang boleh digunakan merangkumi teknik pengubahsuain tingkah laku (behaviour
midification techique).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan-keadaan ini, ibu bapa perlukan mendapatkan
nasihat daripada para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan kanak-kanak austisma
supaya mereka sendiri dapat menggunakan teknik-teknik ini setiap hari dirumah.Ibu bapalah
yang menjadi guru terutama yang perlu memahami objetif-objktif latihan dan rawatan untuk
anak mereka.Kadangkala, doktor menggunakan ubat-ubat tertentu untuk merawat kanak-kanak
ini tetapi sehingga kini, masih belum ada ubat yang benar-benar mujarab bagi merawat
sebahagian besar kanak-kanak autistik.

Persatuan kebangsaan Autisma Malaysia telah membuka dua buah kelas yang menawarkan
pendidikan khas kepada kanak-kanak autistik untuk membantu mereka mengatasi masalah-
masalah komunikasi dan sosialisasi serta mengubah tingkah laku yang dianggap tidak
sesuai.Mereka dididik supaya berkelakuan bersesuian dengan sesuatu keadaan.Matlamat kelas-
kelas ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri kanak-kanak autistik serta melatih
mereka agar berjaya dalam bidang akademik dan dapat menguasai kemahiran hidup yang
mungkin berguna apabila dewasa.

Dalam usaha melatih kanak-kanak ini, berbagai-bagai cara pemulihan disediakan termasuk terapi
muzik, terapi perhubungan dan psikoterapi. Ibu bapa yang mempunyai anak autistik perlu
mendapatkan peluang untuk berbincang sesama sendiri tentang masalah-masalah yang dihadapi.

Di negara-negara lain, pihak ibu bapa telah menubuhkan persatuan-persatun untuk membolehkan
mereka berjumpa selalu, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman sesama mereka sambil
saling memberi sokongan bagi mengatasi ketegangan jiwa yang dialami. Sekali-sekala, ibu bapa
kanak-kanak autistik juga memerlukan masa untuk berehat bersama jauh daripada anak autistik
mereka.Ini penting untuk menyegarkan semula fikiran mereka supaya mereka dapat merasai
nikmat kehidupan berumahtangga.

Perkhidmatan seperti pusat-pusat harian yang boleh memberi latihan kepada kanak-kanak
autistik secara sambilan amatlah perlu dan kemudahan seperti ini telah dimulakan di negara-
negara maju untuk membantu keluarga yang terlibat.

sumber : http://home.hamidarshat.com/ITKkanak_austistik.htm




Kategori dan Ciri-ciri Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran

Autisme
* Perlakuan yang bongkak
* Ketawa dengan tiba-tiba
* Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
* Tidak mengenali bahaya.
* Tidak merasai kesakitan.
* Menangis dan marah tanpa sebab.
* Permainan yang luar biasa.
* Tidak mahu didakap.
* Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
* Berkelakuan seperti orang pekak.
* Tiada perhubungan mata bila bercakap.
* Memutar barang.
* Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
* Tingkahlaku aktif keterlaluan.
* Tidak mahu terima pelajaran biasa.
* Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
* Takut dan cemburu berlebihan.
Hyperaktif
* Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
* Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
* Tidur yang tidak tetap.
* Terlalu kerap menangis atau ketawa.
* Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
* Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
* Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
* Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
Pentaksiran dalam Pendidikan KhasPentaksiran dalam Pendidikan Khas
Pentaksiran dalam Pendidikan KhasAdila Dila
 
Konsep umum kssr bm
Konsep umum kssr bm Konsep umum kssr bm
Konsep umum kssr bm NAZRI_1982
 
Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa Hazean Erdawaty
 
39603213 masalah-membaca-dalam-kalangan-murid-bermasalah-pembelajaran
39603213 masalah-membaca-dalam-kalangan-murid-bermasalah-pembelajaran39603213 masalah-membaca-dalam-kalangan-murid-bermasalah-pembelajaran
39603213 masalah-membaca-dalam-kalangan-murid-bermasalah-pembelajaranJuman Kidal
 
Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476awalludinmiskam
 
Kisi kisi ujian praktik, kartu soal, gambar, dan soal 2012-2013 ipa
Kisi kisi ujian praktik, kartu soal, gambar, dan soal 2012-2013 ipaKisi kisi ujian praktik, kartu soal, gambar, dan soal 2012-2013 ipa
Kisi kisi ujian praktik, kartu soal, gambar, dan soal 2012-2013 ipaHesty Wulandari
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa nak4145
 
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
48796690 bacaan-awal-kanak-kanakNorlia Ismail
 
Penilaian kemahiran menulis
Penilaian kemahiran menulisPenilaian kemahiran menulis
Penilaian kemahiran menulisMaryam Ahmad
 

Mais procurados (17)

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
Pentaksiran dalam Pendidikan KhasPentaksiran dalam Pendidikan Khas
Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
 
HURUF MIRING
HURUF MIRINGHURUF MIRING
HURUF MIRING
 
Konsep umum kssr bm
Konsep umum kssr bm Konsep umum kssr bm
Konsep umum kssr bm
 
Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa
 
39603213 masalah-membaca-dalam-kalangan-murid-bermasalah-pembelajaran
39603213 masalah-membaca-dalam-kalangan-murid-bermasalah-pembelajaran39603213 masalah-membaca-dalam-kalangan-murid-bermasalah-pembelajaran
39603213 masalah-membaca-dalam-kalangan-murid-bermasalah-pembelajaran
 
Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476
 
sk kd bhs.ind. sd mi
sk kd bhs.ind. sd misk kd bhs.ind. sd mi
sk kd bhs.ind. sd mi
 
Kisi kisi ujian praktik, kartu soal, gambar, dan soal 2012-2013 ipa
Kisi kisi ujian praktik, kartu soal, gambar, dan soal 2012-2013 ipaKisi kisi ujian praktik, kartu soal, gambar, dan soal 2012-2013 ipa
Kisi kisi ujian praktik, kartu soal, gambar, dan soal 2012-2013 ipa
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa
 
Aspek seni bahasa utama
Aspek seni bahasa  utamaAspek seni bahasa  utama
Aspek seni bahasa utama
 
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
 
Penilaian kemahiran menulis
Penilaian kemahiran menulisPenilaian kemahiran menulis
Penilaian kemahiran menulis
 
SK-KD bhs Indonesia SD-MI
SK-KD bhs Indonesia SD-MISK-KD bhs Indonesia SD-MI
SK-KD bhs Indonesia SD-MI
 
مهارة الكلام
مهارة الكلام مهارة الكلام
مهارة الكلام
 
Kgbk
KgbkKgbk
Kgbk
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
2 model pembelajaran
2 model pembelajaran2 model pembelajaran
2 model pembelajaran
 

Semelhante a Apakah disleksia

MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfAnibintiMisran
 
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimiMasalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimiShamimi Jamudin
 
Disleksiadisgrafia kelompok irma1
Disleksiadisgrafia kelompok irma1Disleksiadisgrafia kelompok irma1
Disleksiadisgrafia kelompok irma1mumtazkia
 
Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Rasimah Imah
 
Masalah masalah belajar
Masalah masalah belajarMasalah masalah belajar
Masalah masalah belajarDedi Yulianto
 
Masalah bahasa kanak2 masalah pembelajaran
Masalah bahasa kanak2 masalah pembelajaranMasalah bahasa kanak2 masalah pembelajaran
Masalah bahasa kanak2 masalah pembelajarankamalslaw
 
Hubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
Hubungan Antara Empat Keterampilan BerbahasaHubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
Hubungan Antara Empat Keterampilan BerbahasaIjal Mustofa
 
Macam macam gangguan komunikasi dan interaksi abk anak berkebutuhan khusus
Macam macam gangguan komunikasi dan interaksi abk anak berkebutuhan khususMacam macam gangguan komunikasi dan interaksi abk anak berkebutuhan khusus
Macam macam gangguan komunikasi dan interaksi abk anak berkebutuhan khususReza Ambari
 
Kelompok 1 bk disleksia
Kelompok 1 bk disleksiaKelompok 1 bk disleksia
Kelompok 1 bk disleksiaannis.tutor
 

Semelhante a Apakah disleksia (20)

Kemahiran membaca
Kemahiran membacaKemahiran membaca
Kemahiran membaca
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimiMasalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
 
Disleksiadisgrafia kelompok irma1
Disleksiadisgrafia kelompok irma1Disleksiadisgrafia kelompok irma1
Disleksiadisgrafia kelompok irma1
 
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Bacaan ekstensif
Bacaan ekstensifBacaan ekstensif
Bacaan ekstensif
 
Pertemuan 13
Pertemuan 13Pertemuan 13
Pertemuan 13
 
Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Assignment bmm3106
Assignment bmm3106
 
Masalah masalah belajar
Masalah masalah belajarMasalah masalah belajar
Masalah masalah belajar
 
Kesulitan belajar spesifik
Kesulitan belajar spesifikKesulitan belajar spesifik
Kesulitan belajar spesifik
 
Masalah bahasa (literasi bahasa)
Masalah bahasa (literasi bahasa)Masalah bahasa (literasi bahasa)
Masalah bahasa (literasi bahasa)
 
Masalah bahasa
Masalah bahasaMasalah bahasa
Masalah bahasa
 
Masalah bahasa kanak2 masalah pembelajaran
Masalah bahasa kanak2 masalah pembelajaranMasalah bahasa kanak2 masalah pembelajaran
Masalah bahasa kanak2 masalah pembelajaran
 
51866319 memahami-disleksia
51866319 memahami-disleksia51866319 memahami-disleksia
51866319 memahami-disleksia
 
Hubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
Hubungan Antara Empat Keterampilan BerbahasaHubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
Hubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
 
Macam macam gangguan komunikasi dan interaksi abk anak berkebutuhan khusus
Macam macam gangguan komunikasi dan interaksi abk anak berkebutuhan khususMacam macam gangguan komunikasi dan interaksi abk anak berkebutuhan khusus
Macam macam gangguan komunikasi dan interaksi abk anak berkebutuhan khusus
 
PPT PPABK.pptx
PPT PPABK.pptxPPT PPABK.pptx
PPT PPABK.pptx
 
Kelompok 1 bk disleksia
Kelompok 1 bk disleksiaKelompok 1 bk disleksia
Kelompok 1 bk disleksia
 
2-DISLEKSIA.pptx
2-DISLEKSIA.pptx2-DISLEKSIA.pptx
2-DISLEKSIA.pptx
 

Apakah disleksia

  • 1. Apakah disleksia Kepayahan memahami perkataan.Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengar sebutan perkataan, menyebut perkataan dan sebagainya.ia juga disebut kesukaran dalam mentafsir fonologi yang bermaksud kesukaran dalam menggambarkan dan menghubungkaitkan perkataan dalam ingatan untuk mengingati perkataan itu. Jenis-jenis disleksia 1) Disleksia Visual Tidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya ianya bermakna.Perkataan –perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik. Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol. 2) Disleksia Auditori Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyi huruf yang diperdengarkan padanya. Sukar mengingatai bunyi huruf, memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusun atau menggabungkan suku kata untuk menyebut perkataan. 3) Disgraphia Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulis dengan baik dan tulisannya dapat dibaca. Bagaimana Disleksia terjadi? • Kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini banyak persamaan dengan kesilapan yang dilakukan oleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak. Perbezaannya adalah mangsa aphasia telah pun mempunyai kemahiran membaca dan menulis tetapi disebabkan kecederaan di otak, dia tidak dapat lagi membaca dan menulis sementara kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyai kemahiran membaca dan menulis. • Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak- kanak. • Didapati penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding orang perempuan. • Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya. • Berlaku perlawanan dalam dua cerebral hemisphere dalam menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai bacaan tetapi kerana ianya lemah maka terjadilah
  • 2. keterbalikkan perkataan dan huruf kepada kanak-kanak ini. • Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masalah dysleksia adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang hebat dengan alasan jika pengajaran guru tidak sesuai, sudah tentu terdapat satu kumpulan murid di dalam kelas yang menghadapi disleksia. • Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak-kanak itu. Ciri-ciri kanak-kanak disleksia 1) perkembangan motor yang kurang matang termasuk kelakuan-kelakuan hiperkinetik 2) gangguan penglihatan 3) singkat ingatan 4) gangguan dalam bahasa 5) kebolehan kognitif yang rendah 6) kesukaran dalam kematangan emosi dan social 7) tidak dapat membezakan lambing bertulis dengan bunyi lambing tersebut 8) tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan lambang iaitu tidak dapat mengingat lambang mana yang harus ditulis untuk dipadankan dengan bunyi-bunyi tersebut 9) tidak dapat menyusun lambang tulisan supaya betul dan bersesuaian dengan bunyi-bunyinya agar menjadi perkataan yang beermakna 10) tidak dapat menulis dari kiri ke kanan dan juga tidak dapat menulis susunan huruf atau perkataan agar tidak terbalik kedudukannya. 11) Tidak dapat menyusun atau mengurus masa dan ruang mengikut susunannya. 12) Tidak dapat membuat koordinasi motor mata-tangan kiri kanan serta menumpukan perhatian 13) Sukar mengikuti latihan sukan yang kompleks 14) Peningkatan tumpuan kepada aktiviti pendengaran 15) Lebih tumpuan kepada aktiviti pendebgaran yang mana menutup kemahiran pandangan 16) Sukar belalar bahasa, ketidakseimbangan kebolehan intelektual 17) Tidak lancar membaca,menulis daya tumpuan yang lemah Kesalahan-kesalahan bacaan yang dilakukan oleh kanak-kanak disleksia • Mereka-reka cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan walaupun cerita tersebut tiada kaitan dengan isi bacaan. • Membaca lambat dan teragak-agak. • Mengikut bacaan dengan jari. • Kerap hilang tempat bacaan, sama ada hilang terus atau membaca baris tersebut dua kali. • Membaca kuat tetapi teragak-agak dengan satu intonasi. • Cuba mengeja tetapi sebutannya salah misalnya mengeja ketat tetapi menyebut kelat. • Meramal perkataan tanpa mengira ianya bermakna atau tidak. • Membaca secara terbalik misalnya aman dibaca nama dan sebagainya. • Menyusun perkataan dengan susunan yang salah. • Memendekkan perkataan yang panjang misalnya kerosakan dibaca rosak sahaja. • Salah membaca perkataan yang mempunyai bentuk yang sama misalnya kakak=katak, baju=bayu. • Menggantikan perkataan lain yang sama maknanya misalnya ayahanda=bapa.
  • 3. Kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia • Menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulin sanam. • Menulis secara mirror writing. • Menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d. • Menulis perkataan yang didengar misalnya buang menjadi buwang. • Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi. • Tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja. • Menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang. • Tidak dapat menulis huruf yang disebut. • Tidak dapat memilih huruf yang disebut. • Tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama. Bagaimana guru membantu kanak-kanak di dalam kelas? Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah: • Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas. • Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas. • Tulisan guru mestilah terang dan jelas. • Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka. • Berikan kelonggaran kepada mereka. • Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan. • Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak. • Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak bermasalah itu membaca secara fonetik. • Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia. • Sediakan bahan pengajaran yang baik. • Gunakan aplikasi teori Gestalt. • Tekankan ke atas pengamatan butiran. • Konsep kedudukan dan orientasi huruf. • Berikan latihan kemahiran urutan pandangan. • Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca. Prosedur pengajaran kepada kanak-kanak disleksia pandangan yang tidak dapat belajar melalui gambaran pandangan kerana tidak dapat mengait perkataan dengan makna dan tidak dapat mengekalkan ingatan tentang imej sesuatu perkataan ialah melalui kaedah pengajaran fonetik/ linguistik di mana kaedah ini bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga cara menulis dan menggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik. Oleh itu guru perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan linguistik. Antara kaedah fonetik dalam pengajaran adalah melalui: • Ajar nama dan huruf bunyi. • Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi.
  • 4. • Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi. • Ajar perkataan bunyi huruf. • Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna. • Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama. • Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan. • Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vocal. • Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek. Dalam kaedah fonetik/ linguistic, kanak-kanak hendaklah di ajar secara lankah dan logik.Latih tubi adalah berdasarkan teknik multy sensory. Teknik ini menggunakan pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran kanak-kanak selain dari membabitkan penulisan kembali dan mengulang pembacaan secara kuat apa yang telah ditulis. Langkah-langkah terperinci adalah seperti berikut: 1) Guru menunjukkan di kad imbasan dengan gambar yang bermula dengan huruf tersebut dibelakangnya. Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut. 2) Guru menyuruh murid ulang ayat tersebut. 3) Guru sebut sekali lagi, kali ini mengikut suku kata. 4) Murid menulis ayat tersebut. Sambil menulis, sebut ayat tersebut. 5) Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ditulis. 6) Jika terdapat kesilapan, murid mencarai sendiri dengan cara semakan. Kaedah dan teknik ini dapat mempertingkatkan daya ingatan murid dalam membina ayat kerana guru telah memulakannya dari ayat pendek kepada ayat yang lebih panjang dan semakin susah. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dysleksia pendengaran di mana merteka akan memberi respon positif terhadap pengajaran bacaan awal yang menggunakan pendekatan seluruh perkataan adalah dengan cara: • Membentuk kesepadanan pendengaran dan pandangan. • Mengajar perbendaharaan kata yang berlainan bunya dan bentuk. • Menggunakan pendekatan pengalaman bahasa. • Menggunakan mesin pengajaran seperti Language Master, Autoscore dan computer dalam pendidikan. • Aktiviti pengadunan dan intergrasi. • Peningkatan keupayaan diskriminasi dan analisis pendengaran. Kesimpulannya, Disleksia ialah gangguan perkembangan bahasa yang menunjukkan bentuk dalam kesukaran membaca.Ia melanda 2-8 peratus kanak-kanak sekolah rendah. Kebanyakkan daripada mereka memberi tindak balas yang baik kepada pemulihan membaca.
  • 5. DEFINISI Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah „buta huruf‟ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan „ophalomotologist‟ telah memperkenalkan perkataan „Disleksia‟ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu „Disorder‟ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:- Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata- tangan APA ITU DISLEKSIA? Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA? Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa.Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. Jenis-jenis Disleksia Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu : Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori Disleksia visual-auditori Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio .
  • 6. PUNCA-PUNCA DISLEKSIA Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca- punca disleksia ialah; Keturunan atau genetik Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf.Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksiaCIRI-CIRI DISLEKSIA Kanak-kanak pra-sekolah : - Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan - Suka mengganti perkataan dan hiperaktif - Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah - Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari - Tidak merangkak semasa bayi - Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri - Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalanKanak-kanak Sekolah Rendah : 6 hingga 9 tahun - Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor - Menggunakan jari untuk mengira dan membaca - Keliru dengan kiri dan kanan - Tulisan cermin atau terbalik 9 hingga 12 tahun - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman - Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan - Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks - Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang - Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah - Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwaSekolah Menengah : - Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten - Kesukaran menulis karangan - Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral - Kesukaran mempelajari bahasa lain - Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan - Jenis orang yang suka senyap
  • 7. - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten - Kurang kemahiranbersosial MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah- masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m – w y –g – j u – n m – n c–ep–qh–nb–d Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti t–hf–v Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan- rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti: Batu – tuba Gula - lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama – dapa masa yang masa Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut : Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam – jem cat - cat Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik Bercakap dan mendengar Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur.Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut : 3–5-8 9-6
  • 8. Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial - Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut - Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh - Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA - Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya - Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. - Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi - Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. - Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa - Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika - Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni - Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik - Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri - Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai KANAK -KANAK AUTISME KES Amin yang berusia 31/2 tahun dibawa ke klinik saya kerana dikatakan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa. Menurut ibunya, Amin dilahirkan dalam keadaan baik, berat badannya 3.1 kg dan perkembangan dari peringkat bayi seperti kanak- kanak biasa yang lain. Tetapi, menjelang usianya 12/2 tahun, dia didapati suka bersendirian dan tidak mahu menengok kearah orang. Dia berkelakuan seolah-olah seperti kanak-kanak pekak: tidak menghiraukan atau seolah-olah tidak mendengar percakapan orang lain. Hampir setiap waktu dia bersendirian sambil bermain-main denga benda-benda seperti tali, tudung-tudung botol dan ketul-ketul batu.Dia leka dengan permainannya sehingga berjam-jam lamanya. Ibu Amin menyatakan bahawa sejak kecil lagi, anaknya itu tidak suka dipegang, dibelai atau dicium.Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang mudah mesra dan bergelak ketawa dengan ibu bapa dan orang disekelilingnya.Ibunya mengeluh kerana tidak dapat menjalinkan hubungan mesra dengan anaknya. Apabila lapar, dia sendiri akan mengambil makanan didapur atau menarik tangan ibunya kearah makanan yang diingini. Seringkali, bunya terpaksa menyuapkan makanan dan memberinya minuman.Tetapi, dia tidak suka dibantu melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti makan, minum dan bersalin pakaian.Dia pergi sendiri ketandas untukmembuang
  • 9. air kecil dan tidak lagi kencing malam. Ibu Amin berasa hairan mengapa anaknya yang mampu menunjukkan kebolehan seperti menyusun puzzles dan merekabentuk denganmenggunakan alat permainan lego tidak pula mampu menggunakan bahasa seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Dia dan suaminya jarang membawa Amin menziarahi kawan-kawan atau majlis- majlis sosialkerana malu dengan tingkah lakunya yang luar biasa yang mungkin akan menarik perhatian orang lain. Amin pernah dimasukkan ketadika untuk memberinya peluang bergauldengan kanak-kanak lain tetapi selepas sebulan, guru tadika menyatakanbahawa pihaknya tidak sanggup menerima Amin lagi kerana sikapnya yang ganjil.Dia suka bersendirian, tidak boleh berinteraki dengan kanak-kanak lain, Asyik bermain seorang diri, tidak bercakap dan tidak menerima atau menumpukan perhatian pada arahan guru-guru atau orang lain.Dia akan keluar dari kelas dan merayau-rayau disekitar kawasanTadika pada bila-bila masa sahaja yang disukainya dan guru kelaskerap terpaksa mencarinya kerana khuatir akan keselematannya. Kes ini mengetengahkan riwayat sesorang kanak -kanak yang menunjukkan ciri -ciri austisma.Kes -kes autisma yang dikesan dan dikenal pasti masing -masing mempunyai perbezaan dari segi perkembangan dan tingkah laku penghidap autisma. Ini ada kaitannya dengan faktor baka ,pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempergaruhi perkembangan seorang anak yang autistik dan cara dia membentuk personalitinya. Tetapi , hampir semua kanak -kanak autisma menunjukkan ciri -ciri seperti di bawah ini : 1.Masalah komunikasi. Dia tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak -kanak lain. Tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut.Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami.Umpamanya , jika seseorang bertanya " sudah makan ? " , dia menjawab " sudah makan ". Jika ditanya " sudah minum ? " , dia jawab " sudah minum ". Dalam istilah Inggeris , ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif seperti " sudah kenyang " , " tak dahaga " , "tak mahu minum "dan sebagainya. 2.Suka bersendirian. Kanak -kanak autisma tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah -olah hidup dalam dunianya sendiri. Ibunya mendapati sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai , dicium atau dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat gerakbalas. Dia berkelakuan seperti kanak -kanak pekak , buta dan bisu. 3.Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak -kanak biasa. Kanak -kanak autisma biasanya akan leka bermain sehingga berjam -jam lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil , dialihkan atau hilang. 4.Mempamerkan tingkah laku yang pelik. Kebanyakkan kanak -kanak autistik akan menunjukkan tingkah laku yang bermacam -macam ragam dan pelik seperti menepuk -nepuk tangan , menjegkit -jengkitkan kakinya apabila berjalan , memutar -mutar benda seperti tudung botol dan alat -alat permainan seperti mangkuk -mangkuk plastik serta mengumpul batu -batu , bermain suis lampu dan sebagainya . Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dan sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian , didapati hampir 30 peratus kanak -kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak -kanak yang
  • 10. terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi , anak mereka tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang -jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak -anak autistik. Bayi -bayi dari usia sembilan bulan keatas sudah gemar mengikut -ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak -kanak autistik jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak -kanak autistik yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri -ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakapseperti kanak -kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali. Adakah autisma sering berlaku ? KES Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisma teklah dibawa kelinik saya.Tetapi, saya dapati dia boleh menumpukan perhatian dan mengikut arahan saya.Perkembangan bahasanya terbantut dan dia hanya boleh bercakap sepatah dua sahaja. Tetapi, dia faham jika disuruh menunjukkan gambar burung , ayam, kapal terbang, kereta dan sebagainya. Tingkah lakunya dirumah, ditadika dan diklinik berbeza.Adalakanya, dia suka bermain seorang diri sehingga berjam-jam lamanya. Dia tidak tahu bergaul dengan kanak-kanak lain. Bilangan sebenar kanak -kanak yang menghidap autisma dinegara ini sukar didapati kerana kadangkala , ciri -ciri yang digunakan untuk mengenali kanak -kanak autisma berbeza di kalangan para penyelidik. Walau bagaimanpun , adalah dianggarkan terdapat empat orang kanak -kanak autistik bagi setiap sepuluh ribu kanak -kanak. Mereka mempamerkan ciri -ciri kanak - kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian , tidak boleh bergaul langsung dengan kanak - kanak lain , menunjukkan tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa. Tetapi , ada ramai juga kanak -kanak yang tidak menunjukkan kesemua ciri -ciri yang disebutkan ini. Kes berikut menyokong pendapat ini. Dari pengalaman saya , ramai lagi kanak -kanak yang menunjukan ciri -ciri autisma tetapi tidak sepenuhnya. Kanak -kanak dalam golongan ini juga perlu dikenal pasti supaya program pemulihan dapat diaturkan segera. Dengan latihan khas , mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap -harapkan. Yang anehnya , penyakit autisma ini sering terdapat di kalangan kanak -kanak lelaki. Dari seramai 40 kanak -kanak autistik yang pernah saya temui , hanya empat orang sahaja kanak -kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak - kanak dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak -kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga -keluarga profesional. Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia sahaja mempunyai hampir 80 kanak -kanak autistik yang berdaftar.Saya percaya masih ramai lagi kanak -kanak autistik yang tidak diketengahkan untuk dikenal pasti. Besar kemungkinan juga , para profesional sendiri kebanyakannya kurang
  • 11. berpengalaman tentang autisma atau tidak dapat meluangkan masa untuk menilai kanak -kanak autistik ini. Kanak -kanak ini mungkin dikatakan rencat akal , bisu , pekak dan sebagainaya. Apakah puncanya ? Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku . Sesetengah kanak -kanak pekak , kanak -kanak yang menghidap penyakit seperti congenital rubella , penyakit baka phenylketonuria , sindrom Fragile - X , tuberous sclerosis , kanak -kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan ( perinatal ashyxia ) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri -ciri autisma. Tetapi lazimnya , pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa -apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan. Kanak -kanak autisma dan keluarganya. Cara mengendalikan anak yang autistik berbeza antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak autistik yang berusia 1 1/2 tahun boleh dipaksa dan diasingkan tempat lain jika didapati tingkah lakunya mengganggu keadaan. Tetapi , jika dia sudah berusia lebih daripada tiga tahun dan mempunyai tabiat yang degil , ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak -kanak autistik ini dan mempelajari cara -cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah -kaedah seperti ini memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah. Peluang untuk melawat sahabat - handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti -aktiviti seperti membeli belah , nersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan. Kanak -kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa.Selalunya , mereka sukar mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga .Kelatihan mental boleh menggugat kesihatan mereka. Adik -beradik kepada kanak -kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripada masalah emosi.Ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang kerumah.Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Ada pula yang mungkin memberi komen -komen yang tidak membina dan menyinggungperasaan keluarga ini. Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami -isteri dalam usaha mereka mencari jaln untuk mengatasi masalah -masalah yang timbul sehingga boleh mengugat kestabilan rumah tangga mereka.Tetapi , apa yang menarik sekali pada saya ialah kebanyakan pasangan yamg
  • 12. mempunyai anak -anak yang autistik , terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetap mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Pada pandangan saya , rasa tangungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala -galanya dan masalah -masalah yang dihadapi tidak dibarkan menggugat kestabilan rumah tangga mereka. Cara mendidik dan mengatasi masalah -masalah yang timbul akibat daripada penjagaan kanak - kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Saya pernah bertemu kanak -kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik , bijak menyusun jigsaw - puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanak autistik perlu merangkumi aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan - kelemahan dan kekuatan -kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti. Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistik mereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik dan mengasuh anak itu. Bolehkah kanak -kanak autistik pulih ? Kebanyakan kanak -kanak autistik masih menunjukkan tingkah laku yang luar biasa walaupun setelah meningkat dewasa. Mereka sukar berinteraksi dengan orang lain dan tidak sesuai memegang jawatan yang memerlukan mereka berbuat demikian. Tetapi , mereka boleh dilatih untuk pekerjaan -pekerjaan yang memerlukan kemahiran -kemahiran tertentu seperti mekanik kereta, pembetul anda piano,jurukomputer, jurukira dan sebagainya memandangkan kebolehan yang mereka miliki. Ramai juga kanak-kanak autistik yang didapati terencat akal dan mereka akan memerlukan latihan-latihan khas yang sesuai dengan keupayaan intelek mereka. Untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran , kanak-kanak autistik ini perlu dikenal pasti dari kecil lagi supaya latihan-latihan khas dapat diaturkan. Matlamat latihan adalah untuk memperbaiki tingkah laku yang agak aneh, membolehkan mereka mencapai kemahiran berkomunikasi serta berinteraksi dengan orang lain seberapa baik yang boleh. Teknik-teknik pendidikan yang boleh digunakan merangkumi teknik pengubahsuain tingkah laku (behaviour midification techique). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan-keadaan ini, ibu bapa perlukan mendapatkan nasihat daripada para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan kanak-kanak austisma supaya mereka sendiri dapat menggunakan teknik-teknik ini setiap hari dirumah.Ibu bapalah yang menjadi guru terutama yang perlu memahami objetif-objktif latihan dan rawatan untuk anak mereka.Kadangkala, doktor menggunakan ubat-ubat tertentu untuk merawat kanak-kanak ini tetapi sehingga kini, masih belum ada ubat yang benar-benar mujarab bagi merawat sebahagian besar kanak-kanak autistik. Persatuan kebangsaan Autisma Malaysia telah membuka dua buah kelas yang menawarkan pendidikan khas kepada kanak-kanak autistik untuk membantu mereka mengatasi masalah- masalah komunikasi dan sosialisasi serta mengubah tingkah laku yang dianggap tidak
  • 13. sesuai.Mereka dididik supaya berkelakuan bersesuian dengan sesuatu keadaan.Matlamat kelas- kelas ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri kanak-kanak autistik serta melatih mereka agar berjaya dalam bidang akademik dan dapat menguasai kemahiran hidup yang mungkin berguna apabila dewasa. Dalam usaha melatih kanak-kanak ini, berbagai-bagai cara pemulihan disediakan termasuk terapi muzik, terapi perhubungan dan psikoterapi. Ibu bapa yang mempunyai anak autistik perlu mendapatkan peluang untuk berbincang sesama sendiri tentang masalah-masalah yang dihadapi. Di negara-negara lain, pihak ibu bapa telah menubuhkan persatuan-persatun untuk membolehkan mereka berjumpa selalu, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman sesama mereka sambil saling memberi sokongan bagi mengatasi ketegangan jiwa yang dialami. Sekali-sekala, ibu bapa kanak-kanak autistik juga memerlukan masa untuk berehat bersama jauh daripada anak autistik mereka.Ini penting untuk menyegarkan semula fikiran mereka supaya mereka dapat merasai nikmat kehidupan berumahtangga. Perkhidmatan seperti pusat-pusat harian yang boleh memberi latihan kepada kanak-kanak autistik secara sambilan amatlah perlu dan kemudahan seperti ini telah dimulakan di negara- negara maju untuk membantu keluarga yang terlibat. sumber : http://home.hamidarshat.com/ITKkanak_austistik.htm Kategori dan Ciri-ciri Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran Autisme * Perlakuan yang bongkak * Ketawa dengan tiba-tiba * Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap. * Tidak mengenali bahaya. * Tidak merasai kesakitan. * Menangis dan marah tanpa sebab. * Permainan yang luar biasa. * Tidak mahu didakap. * Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain. * Berkelakuan seperti orang pekak. * Tiada perhubungan mata bila bercakap. * Memutar barang. * Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal. * Tingkahlaku aktif keterlaluan. * Tidak mahu terima pelajaran biasa. * Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri. * Takut dan cemburu berlebihan.
  • 14. Hyperaktif * Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan. * Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna. * Tidur yang tidak tetap. * Terlalu kerap menangis atau ketawa. * Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan. * Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. * Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang. * Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.