SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 9
Baixar para ler offline
Topik 7 Semantik
                                   Leksikal
        HASIL PEMBELAJARAN
   Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
   1.    Menghuraikan hubungan erti berdasarkan semantik leksikal;
   2.    Membezakan antara sinonim dan antonim;
   3.    Membina contoh-contoh ayat yang mempunyai struktur makna
         bertindih; dan
   4.    Menilai ketaksaan sesuatu ayat bagi membayangkan maksud lain
         yang mempunyai kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan
         yang diberikan.




        PENGENALAN
Cara kita mengetahui makna secara berperingkat adalah dengan berdasarkan
sesuatu benda yang ditunjuk. Contohnya semasa anda dalam usia kanak-kanak,
ayah anda mungkin ada menunjukkan kereta kepada anda sambil menyebut „Itu
kereta‰.     Tindakan      tersebut
merupakan proses bagi anda
untuk mengetahui makna apabila
ayah anda menunjukkan kereta
berkenaan. Maka dengan itu juga,
jelas    bahawa    sesuatu    yang
bermakna akan wujud apabila
terdapat sesuatu yang ditunjuk.
Makna juga berkait dengan
penggunaan kata yang berhubung
dengan kebudayaan masyarakat
(Tallerman, 2000:45).
70      TOPIK 7   SEMANTIK LEKSIKAL



Dalam semantik leksikal, kita boleh memberikan makna bagi perkataan dengan
meninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna
bagi sesuatu perkataan. Struktur makna perkataan dikenali dengan istilah
sinonim, antonim, honmonim, homofon, homograf, hiponim, hipernim, polisem,
pertindihan dan ketaksaan. Di dalam topik ini juga, kita akan membincangkan
kaedah mengkaji makna perkataan menerusi perbandingan dengan struktur
makna bagi perkataan-perkataan yang sama.


 7.1        SINONIM DAN ANTONIM
7.1.1       Sinonim
Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi
mempunyai makna yang sama atau hampir sama (OÊ Grady, 2000: 118). Contoh
bagi sinonim, iaitu induk ialah ibu atau emak atau yang terutama. Antonim pula
ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai
makna yang berlawanan (Kuiper & Allan, 2004: 57). Contoh bagi antonim pula
ialah tinggi yang lawannya rendah. Makna ini juga disebut sebagai antonim
berperingkat yang menunjukkan bahawa skalanya adalah mutlak tetapi
berterusan. Terdapat juga antonim saling melengkapi, iaitu hidup lawannya
mati. Bagi contoh antonim berhubungan pula adalah seperti pensyarah lawannya
siswa yang hubungannya adalah berkait-kait dan bersimetri. Selain itu, terdapat
juga antonim resiprokal, misalnya majikan lawannya pekerja.

Istilah sinonim juga merujuk kepada fenomena bahasa apabila terdapatnya
perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun,
tidak semestinya ada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama
secara keseluruhannya. Walaupun ada perkataan-perkataan yang sama makna,
contohnya kereta dan motokar, tetapi penggunaannya tidaklah menyeluruh.
Maknanya memang sama dalam frasa seperti kereta besar dan motokar besar.

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks,
laras sosial, dan kolokasi. Kesemua jenis sinonim dijelaskan dalam Jadual 7.1.
TOPIK 7   SEMANTIK LEKSIKAL        71



                     Jadual 7.1: Jenis Sinonim dan Contohnya

  Jenis Sinonim                               Contoh
Sinonim Pinjaman   Belalang bermakna patung dalam kebanyakan dialek Melayu.
                   Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna
                   cakcibau.
                   Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud
                   konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan
                   petak-petak sawah.
Sinonim Konteks    Perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks
                   protokol.
                   Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala
                   undang dalam konteks tulisan.
                   Nota: Konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.
Sinonim Laras      Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan
Sosial             status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi, manakala
                   biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

Sinonim Kolokasi   Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang
                   tersendiri.
                   Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang
                   sama.
                   Contoh ayat, „Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir‰
                   dan „Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian
                   baik dalam peperiksaan tersebut‰.
                   Perkataan banyak boleh digunakan, sama ada bagi manusia,
                   tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda, tetapi pastikan perkataan
                   tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.
                   Jika anda menyebut „Banyak pelajar yang gembira setelah
                   memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut‰ akan
                   menunjukkan makna yang salah. Alasannya, ramai (untuk
                   manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira)
                   dalam ayat tersebut.


7.1.2           Antonim
Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya berdasarkan penelitian. Jenis-jenis
tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan, seperti
yang dijelaskan dalam Jadual 7.2.
72      TOPIK 7   SEMANTIK LEKSIKAL



                        Jadual 7.2: Jenis Antonim dan Contohnya
   Jenis Antonim                                   Contoh
Antonim Berpasangan      Misalnya perkataan siang lawannya malam. Perkataan-
                         perkataan tersebut menunjukkan makna yang berlawan
                         tentang alam semula jadi.
Antonim Berperingkat     Antonim ini dinamakan antonim berperingkat kerana
                         terdapatnya peringkat, sama ada usia, ukuran, bentuk dan
                         sebagainya. Peringkat ini berasaskan kata sifat atau kata yang
                         menunjukkan kead aan dalam kategori yang sama sahaja.
                         Contohnya ialah muda lawannya tua dan tinggi lawannya
                         rendah.
Antonim                  Maksud antonym ini ialah perkataan yang berlawan makna
Berhubungan (Kata        tetapi mempunyai hubungan. Misalnya pensyarah lawannya
Bertentangan yang        pelajar.
Berhubungan)
                         Jelasnya, jika ada pensyarah, pelajar pun wujud.


 7.2        HONMONIM, HOMOFON DAN
            HOMOGRAF
Honmonim merujuk kepada homofon dan homograf (Finegan, 2004: 195-196).
Homofon pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan (OÊ Grady,
2000: 120-121). Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan
(Finegan, 2004: 195). Lihat Jadual 7.3 untuk melihat contoh homofon dan
homograf.

                       Jadual 7.3: Contoh Homofon dan Homograf

Homofon           Penggunaan dua bahasa, antara perkataan nun yang
                  menunjukkan jauh di sana dan noon (tengah hari) dalam
                  bahasa Inggeris.
Homograf          Contohnya bedak (bahan yang disapu pada muka lazimnya)
                  dan bedak (bahagi sesuatu).


7.2.1       Hiponim dan Hipernim
Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh
mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan
sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang
superordinat (OÊ Grady, 2000: 119-120). Lihat Rajah 7.1.
TOPIK 7    SEMANTIK LEKSIKAL     73




                         Rajah 7.1 Hiponim dan Hipernim

Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi
segolongan perkataan (Abdullah Hassan, 2006: 233). Dalam sesetengah bahasa
lain, golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika anda dapat meneliti
struktur tatatingkatnya. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, saya
mendedahkan kepada anda dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang
linguistik makna, iaitu berdasarkan Jadual 3.4.

                             Jadual 7.4: Jenis Hiponim

Hiponim Tulen        Padi ialah perkataan yang mencakupi dua perkataan yang
                     segolongan dengannya, iaitu beras dan nasi.

Hiponim Umum         Hiponim ini bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama
                     umum, seperti rumah teres dan rumah banglo. Ini bererti
                     bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan
                     rumah untuk membentuk satu komponnen kata nama am.


 7.3        POLISEM, PERTINDIHAN DAN
            KETAKSAAN
7.3.1       Polisem
Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang
berkaitan secara konseptual (Kuiper & Allan, 2004: 55). Abdullah Hassan (2006:
231) pula memberikan maksud perkataan yang semula jadi mempunyai banyak
makna. Selepas anda mempelajari dua jenis polisem, saya akan menunjukkan
kepada anda tentang cara-cara untuk menentukan polisem.

(a)   Polisem Tulen
      Berdasarkan sebuah kamus, kata polisem mengandungi satu senarai makna
      yang berlainan yang kesemuanya dihuraikan bawah satu kata masukan
      sahaja. Contohnya, kata pelat bermakna kurang betul cara pengucapan dan
      gaya tertentu mengucapkan sesuatu ungkapan (Kamus Dewan, 2000: 999).
74      TOPIK 7   SEMANTIK LEKSIKAL



      Terdapat dua makna berlainan wujud yang bermaksud polisem tulen. Pada
      situasi lain pula, jika sesuatu perkataan sekadar mempunyai sama sebutan
      atau sama ejaan dibentuk sebagai kata masukan berlainan, maka perkataan
      berkenaan bukan tergolong dalam polisem yang mempunyai banyak
      makna.

(b)   Polisem Konteks
      Jika anda melihat secara teliti makna sesuatu perkataan, maka terdapat
      perkataan yang mempunyai makna yang berlainan yang bergantung pada
      konteks. Misalnya kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitan sesuatu
      perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa makna lawan,
      seperti dalam ayat „Kita tentang secara habis-habisan‰. Contoh lain ialah
      perkataan bisa yang membawa sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di
      Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan
      perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh di atas, tentang dan bisa
      bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan
      berasaskan konteks penggunaan.


7.3.2         Pertindihan
Jika anda menulis artikel atau seumpamanya, anda mungkin pernah menulis
ayat yang mempunyai struktur makna bertindih. Lihat Jadual 7.5 berikut untuk
meneliti contoh yang membawa maksud pertindihan.

                                 Jadual 7.5: Pertindihan

Pertindihan       Contoh ayat:
                  Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah.
                  Jika anda membaca ayat ini dengan teliti, anda tentu ingin tahu
                  tugasan ilmiah tersebut. Tugasan ilmiah boleh berbentuk tesis,
                  jurnal dan artikel.
                  Justeru, cara terbaik bagi anda menunjukkan struktur makna
                  pertindihan dengan tepat, maka anda akan menulis ayat tersebut
                  „Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah
                  tesis, jurnal dan artikel.


7.3.3         Ketaksaan
Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga tergolong sebagai struktur
makna berdasarkan teori semantik. Contoh berkaitan boleh anda lihat pada
Jadual 7.6 berikut:
TOPIK 7   SEMANTIK LEKSIKAL         75



                                 Jadual 7.6: Ketaksaan

Ketaksaan                                    Pelajar perempuan itu      begitu   teliti
                                             menyiapkan tugasannya.

Ketaksaan menunjukkan kepada anda            Perkataan teliti mungkin membawa erti
tentang struktur makna digunakan untuk       kemas, terancang dan sebagainya.
membayangkan      maksud    lain    yang
mempunyai kaitan rapat dengan ciri
makna sesuatu perkataan yang diberikan.

Dalam contoh di ruang sebelah, anda
seharusnya dapat membayangkan makna
teliti meliputi perkataan kemas, terancang
dan     perkataan-perkataan   lain    yang
relevan.

(a)   Ketaksaan Struktural
      Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu
      konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, „Dua orang pelajar
      menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universiti‰.

(b)   Ketaksaan Leksikal
      Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu
      perkataan. Contoh, „Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam
      kamarnya‰.

(c)   Ketaksaan Metafora
      Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-
      unsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh,
      „Perbuatan rakan anda itu biadab‰.


           SEMAK KENDIRI 7.1

      1.     Huraikan jenis struktur makna dan berikan contoh-contoh yang
             bersesuaian.
      2.     Apakah ciri-ciri utama bagi setiap jenis struktur makna?
76       TOPIK 7   SEMANTIK LEKSIKAL




     Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi
     mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

     Dalam semantik leksikal, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman,
     konteks, laras sosial, dan kolokasi.

     Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi
     mempunyai makna yang berlawanan.

     Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya berdasarkan penelitian. Jenis-jenis
     tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan.

     Honmonim merujuk kepada homofon dan homograf. Homofon pula bererti
     sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan. Homograf ialah ejaan sama
     tetapi sebutan berlainan.

     Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh
     mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hierarki dengan
     sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang
     superordinat.

     Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas
     bagi segolongan perkataan.

     Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang
     berkaitan secara konseptual. Perkataan yang semula jadi mempunyai banyak
     makna.

     Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu
     konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, „Dua orang pelajar
     menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universiti‰.

     Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu
     perkataan. Contoh, „Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam
     kamarnya‰.

     Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-
     unsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh,
     „Perbuatan rakan anda itu biadab‰.
TOPIK 7   SEMANTIK LEKSIKAL      77




Abdullah Hassan (2006). Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Tallerman, M. (2000). Understanding syntax. http://www.angelfire.com/id/
    meaning. html accessed on 29 June 2007.

Finegan, E. (2004). Language: Its structure and use. (4th ed.). Thomson
   Wadsworth.

Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuiper, K., & Allan, S. (2004). An introduction to English language: Word,
   sound and sentence (2nd ed). Palgrave Macmillan.

OÊ Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addison Wesley
   Longman.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kataAsri Mohad
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatifNadwah Khalid
 
Definisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohDefinisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohHarerra Pink
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...faizzuddinz
 
Ketaksaan dalam penterjemahan
Ketaksaan dalam penterjemahanKetaksaan dalam penterjemahan
Ketaksaan dalam penterjemahanMaheram Ahmad
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Mohammad Yaqin
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayuAhmad NazRi
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuErica Leenya
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolikDinesh Dinesh
 

Mais procurados (20)

1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatif
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Bahasa pijin
Bahasa pijinBahasa pijin
Bahasa pijin
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Definisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohDefinisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokoh
 
Makna leksikal
Makna leksikalMakna leksikal
Makna leksikal
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
Ketaksaan dalam penterjemahan
Ketaksaan dalam penterjemahanKetaksaan dalam penterjemahan
Ketaksaan dalam penterjemahan
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Polisemi
PolisemiPolisemi
Polisemi
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik
 
Kaedah diftong
Kaedah diftongKaedah diftong
Kaedah diftong
 

Semelhante a Semantik Topik 7

Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGEeikarshdn
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuRama Danty
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik fitri norlida
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistikNoryatimah Ismail
 
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1Mohamad Saad Mohamad Nain
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1FakhaiMD
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Fir Aziz
 

Semelhante a Semantik Topik 7 (20)

Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Bml3063
Bml3063Bml3063
Bml3063
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
 
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
 
WACANA DAN LARAS BAHASA
WACANA DAN LARAS BAHASAWACANA DAN LARAS BAHASA
WACANA DAN LARAS BAHASA
 
KRB3033 bahasa melayu
KRB3033 bahasa melayuKRB3033 bahasa melayu
KRB3033 bahasa melayu
 
Bmm3102
Bmm3102Bmm3102
Bmm3102
 
Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 

Mais de PAKLONG CIKGU

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017PAKLONG CIKGU
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihPAKLONG CIKGU
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihPAKLONG CIKGU
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3PAKLONG CIKGU
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3PAKLONG CIKGU
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 PAKLONG CIKGU
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4PAKLONG CIKGU
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.PAKLONG CIKGU
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanPAKLONG CIKGU
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuPAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4PAKLONG CIKGU
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4PAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4PAKLONG CIKGU
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016PAKLONG CIKGU
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 

Mais de PAKLONG CIKGU (20)

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersih
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataan
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayu
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
 

Semantik Topik 7

  • 1. Topik 7 Semantik Leksikal HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan hubungan erti berdasarkan semantik leksikal; 2. Membezakan antara sinonim dan antonim; 3. Membina contoh-contoh ayat yang mempunyai struktur makna bertindih; dan 4. Menilai ketaksaan sesuatu ayat bagi membayangkan maksud lain yang mempunyai kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan yang diberikan. PENGENALAN Cara kita mengetahui makna secara berperingkat adalah dengan berdasarkan sesuatu benda yang ditunjuk. Contohnya semasa anda dalam usia kanak-kanak, ayah anda mungkin ada menunjukkan kereta kepada anda sambil menyebut „Itu kereta‰. Tindakan tersebut merupakan proses bagi anda untuk mengetahui makna apabila ayah anda menunjukkan kereta berkenaan. Maka dengan itu juga, jelas bahawa sesuatu yang bermakna akan wujud apabila terdapat sesuatu yang ditunjuk. Makna juga berkait dengan penggunaan kata yang berhubung dengan kebudayaan masyarakat (Tallerman, 2000:45).
  • 2. 70 TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL Dalam semantik leksikal, kita boleh memberikan makna bagi perkataan dengan meninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu perkataan. Struktur makna perkataan dikenali dengan istilah sinonim, antonim, honmonim, homofon, homograf, hiponim, hipernim, polisem, pertindihan dan ketaksaan. Di dalam topik ini juga, kita akan membincangkan kaedah mengkaji makna perkataan menerusi perbandingan dengan struktur makna bagi perkataan-perkataan yang sama. 7.1 SINONIM DAN ANTONIM 7.1.1 Sinonim Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama (OÊ Grady, 2000: 118). Contoh bagi sinonim, iaitu induk ialah ibu atau emak atau yang terutama. Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan (Kuiper & Allan, 2004: 57). Contoh bagi antonim pula ialah tinggi yang lawannya rendah. Makna ini juga disebut sebagai antonim berperingkat yang menunjukkan bahawa skalanya adalah mutlak tetapi berterusan. Terdapat juga antonim saling melengkapi, iaitu hidup lawannya mati. Bagi contoh antonim berhubungan pula adalah seperti pensyarah lawannya siswa yang hubungannya adalah berkait-kait dan bersimetri. Selain itu, terdapat juga antonim resiprokal, misalnya majikan lawannya pekerja. Istilah sinonim juga merujuk kepada fenomena bahasa apabila terdapatnya perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, tidak semestinya ada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama secara keseluruhannya. Walaupun ada perkataan-perkataan yang sama makna, contohnya kereta dan motokar, tetapi penggunaannya tidaklah menyeluruh. Maknanya memang sama dalam frasa seperti kereta besar dan motokar besar. Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. Kesemua jenis sinonim dijelaskan dalam Jadual 7.1.
  • 3. TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL 71 Jadual 7.1: Jenis Sinonim dan Contohnya Jenis Sinonim Contoh Sinonim Pinjaman Belalang bermakna patung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah. Sinonim Konteks Perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Nota: Konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. Sinonim Laras Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan Sosial status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi, manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni. Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, „Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir‰ dan „Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut‰. Perkataan banyak boleh digunakan, sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda, tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika anda menyebut „Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut‰ akan menunjukkan makna yang salah. Alasannya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut. 7.1.2 Antonim Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya berdasarkan penelitian. Jenis-jenis tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan, seperti yang dijelaskan dalam Jadual 7.2.
  • 4. 72 TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL Jadual 7.2: Jenis Antonim dan Contohnya Jenis Antonim Contoh Antonim Berpasangan Misalnya perkataan siang lawannya malam. Perkataan- perkataan tersebut menunjukkan makna yang berlawan tentang alam semula jadi. Antonim Berperingkat Antonim ini dinamakan antonim berperingkat kerana terdapatnya peringkat, sama ada usia, ukuran, bentuk dan sebagainya. Peringkat ini berasaskan kata sifat atau kata yang menunjukkan kead aan dalam kategori yang sama sahaja. Contohnya ialah muda lawannya tua dan tinggi lawannya rendah. Antonim Maksud antonym ini ialah perkataan yang berlawan makna Berhubungan (Kata tetapi mempunyai hubungan. Misalnya pensyarah lawannya Bertentangan yang pelajar. Berhubungan) Jelasnya, jika ada pensyarah, pelajar pun wujud. 7.2 HONMONIM, HOMOFON DAN HOMOGRAF Honmonim merujuk kepada homofon dan homograf (Finegan, 2004: 195-196). Homofon pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan (OÊ Grady, 2000: 120-121). Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan (Finegan, 2004: 195). Lihat Jadual 7.3 untuk melihat contoh homofon dan homograf. Jadual 7.3: Contoh Homofon dan Homograf Homofon Penggunaan dua bahasa, antara perkataan nun yang menunjukkan jauh di sana dan noon (tengah hari) dalam bahasa Inggeris. Homograf Contohnya bedak (bahan yang disapu pada muka lazimnya) dan bedak (bahagi sesuatu). 7.2.1 Hiponim dan Hipernim Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat (OÊ Grady, 2000: 119-120). Lihat Rajah 7.1.
  • 5. TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL 73 Rajah 7.1 Hiponim dan Hipernim Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan (Abdullah Hassan, 2006: 233). Dalam sesetengah bahasa lain, golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika anda dapat meneliti struktur tatatingkatnya. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, saya mendedahkan kepada anda dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguistik makna, iaitu berdasarkan Jadual 3.4. Jadual 7.4: Jenis Hiponim Hiponim Tulen Padi ialah perkataan yang mencakupi dua perkataan yang segolongan dengannya, iaitu beras dan nasi. Hiponim Umum Hiponim ini bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum, seperti rumah teres dan rumah banglo. Ini bererti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponnen kata nama am. 7.3 POLISEM, PERTINDIHAN DAN KETAKSAAN 7.3.1 Polisem Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan secara konseptual (Kuiper & Allan, 2004: 55). Abdullah Hassan (2006: 231) pula memberikan maksud perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna. Selepas anda mempelajari dua jenis polisem, saya akan menunjukkan kepada anda tentang cara-cara untuk menentukan polisem. (a) Polisem Tulen Berdasarkan sebuah kamus, kata polisem mengandungi satu senarai makna yang berlainan yang kesemuanya dihuraikan bawah satu kata masukan sahaja. Contohnya, kata pelat bermakna kurang betul cara pengucapan dan gaya tertentu mengucapkan sesuatu ungkapan (Kamus Dewan, 2000: 999).
  • 6. 74 TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL Terdapat dua makna berlainan wujud yang bermaksud polisem tulen. Pada situasi lain pula, jika sesuatu perkataan sekadar mempunyai sama sebutan atau sama ejaan dibentuk sebagai kata masukan berlainan, maka perkataan berkenaan bukan tergolong dalam polisem yang mempunyai banyak makna. (b) Polisem Konteks Jika anda melihat secara teliti makna sesuatu perkataan, maka terdapat perkataan yang mempunyai makna yang berlainan yang bergantung pada konteks. Misalnya kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa makna lawan, seperti dalam ayat „Kita tentang secara habis-habisan‰. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh di atas, tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan. 7.3.2 Pertindihan Jika anda menulis artikel atau seumpamanya, anda mungkin pernah menulis ayat yang mempunyai struktur makna bertindih. Lihat Jadual 7.5 berikut untuk meneliti contoh yang membawa maksud pertindihan. Jadual 7.5: Pertindihan Pertindihan Contoh ayat: Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah. Jika anda membaca ayat ini dengan teliti, anda tentu ingin tahu tugasan ilmiah tersebut. Tugasan ilmiah boleh berbentuk tesis, jurnal dan artikel. Justeru, cara terbaik bagi anda menunjukkan struktur makna pertindihan dengan tepat, maka anda akan menulis ayat tersebut „Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah tesis, jurnal dan artikel. 7.3.3 Ketaksaan Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga tergolong sebagai struktur makna berdasarkan teori semantik. Contoh berkaitan boleh anda lihat pada Jadual 7.6 berikut:
  • 7. TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL 75 Jadual 7.6: Ketaksaan Ketaksaan Pelajar perempuan itu begitu teliti menyiapkan tugasannya. Ketaksaan menunjukkan kepada anda Perkataan teliti mungkin membawa erti tentang struktur makna digunakan untuk kemas, terancang dan sebagainya. membayangkan maksud lain yang mempunyai kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan yang diberikan. Dalam contoh di ruang sebelah, anda seharusnya dapat membayangkan makna teliti meliputi perkataan kemas, terancang dan perkataan-perkataan lain yang relevan. (a) Ketaksaan Struktural Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, „Dua orang pelajar menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universiti‰. (b) Ketaksaan Leksikal Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu perkataan. Contoh, „Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam kamarnya‰. (c) Ketaksaan Metafora Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur- unsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh, „Perbuatan rakan anda itu biadab‰. SEMAK KENDIRI 7.1 1. Huraikan jenis struktur makna dan berikan contoh-contoh yang bersesuaian. 2. Apakah ciri-ciri utama bagi setiap jenis struktur makna?
  • 8. 76 TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Dalam semantik leksikal, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan. Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya berdasarkan penelitian. Jenis-jenis tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan. Honmonim merujuk kepada homofon dan homograf. Homofon pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan. Homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan. Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hierarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat. Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan. Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan secara konseptual. Perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna. Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, „Dua orang pelajar menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universiti‰. Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu perkataan. Contoh, „Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam kamarnya‰. Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur- unsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh, „Perbuatan rakan anda itu biadab‰.
  • 9. TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL 77 Abdullah Hassan (2006). Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS Professional. Tallerman, M. (2000). Understanding syntax. http://www.angelfire.com/id/ meaning. html accessed on 29 June 2007. Finegan, E. (2004). Language: Its structure and use. (4th ed.). Thomson Wadsworth. Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuiper, K., & Allan, S. (2004). An introduction to English language: Word, sound and sentence (2nd ed). Palgrave Macmillan. OÊ Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addison Wesley Longman.