SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 27
950214115006
1.0 PENGENALAN
Sukan bola sepak merupakan sejenis permainan padang yang dimainkan di antara
dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain dan 7 orang pemain simpanan.
Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA
yang dianjurkan oleh Federation International de Football Association (FIFA). Piala
Dunia FIFA diadakan setiap empat tahun sekali dan bermula di Uruguay pada tahun
1930. Piala Dunia FIFA diperkenalkan dan ianya terus kekal hingga ke hari ini.
Pertandingan ini merupakan salah satu pertandingan yang terunggul dalam arena bola
sepak.
Pada masa sekarang, sukan bola sepak berkembang dengan pesat. Terdapat banyak
padang bola sepak dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang lain merasai sendiri
keseronokan bermain bola sepak. Permainan tersebut bukan sahaja terhad kepada
golongan lelaki malahan juga golongan perempuan serta kanak-kanak. Permainan sukan
bola sepak telah dapat menyemarakkan perpaduan dalam kalangan warga Kampung Batu
14.
Rasional kepada kajian saya ialah, saya mendapati kebanyakan penduduk Kampung
Batu 14 akan berkumpul dan bermain bola sepak pada setiap petang walaupun hari
minggu. Kesibukan masyarakat Kampung Batu 14 yang keluar mencari rezeki dan
bekerja hingga petang masih lagi membolehkan mereka berkumpul bersama-sama bagi
bermain bola sepak yang telah menjadi rutin harian mereka pada waktu petang.
Kerjasama yang ditunjukkan oleh warga Kampung Batu 14 yang tidak mengira
lapisan usia untuk menyertai aktiviti sukan bola sepak telah menyebabkan saya tertarik
melihat mereka bermain dan disebabkan itu juga saya memilih sukan bola sepak untuk
dijadikan bahan kajian kerana sangat jelaslah bahawa perpaduan dalam kalangan
penduduk Kampung Batu 14 amat kukuh menerusi permainan sukan bola sepak.
Keluasan padang bola sepak Kampung Batu 14 telah menempatkan pelbagai kemudahan
untuk penduduk sekitar seperti pentas, taman permainan kanak-kanak, gelanggang bola
1
950214115006
jaring dan tempat untuk beriadah. Hal ini telah dapat menjamin perpaduan dalam
kalangan penduduk Kampung Batu 14.
Padang bola sepak yang ditubuhkan di Kampung Batu 14 telah dapat menyediakan
satu alternatif bagi penduduk kampung meluangkan masa mereka pada waktu petang
dengan aktiviti sukan bola sepak. Keadaan ini telah dapat merapatkan tali persaudaraan
sesama mereka dan seterusnya berjaya memupuk perpaduan menerusi permainan sukan
bola sepak.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, saya mendapati bahawa setiap lapisan
masyarakat tidak mengira umur akan melibatkan diri dalam sukan bola sepak bersama-
sama golongan dewasa. Perpaduan di antara mereka amat jelas dilihat apabila golongan
muda bermain bersama dengan golongan tua dalam satu kumpulan. Saya juga mendapati
ramai pihak yang berpuas hati, kerana dengan adanya padang bola sepak tersebut, para
remaja khususnya akan menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti bersukan.
Selain itu, warga Kampung Batu 14 juga dapat berkumpul bersama dan bermain. Hal ini
sekaligus dapat menjalinkan dan mengeratkan perpaduan sesama masyarakat.
Kesimpulannya, sukan bola sepak bukan sahaja memberi faedah kepada kesihatan
malah dapat memupuk semangat berpasukan seterusnya dapat menjamin perpaduan
warga Kampung Batu 14.
2
950214115006
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang saya jalankan adalah untuk :
1. Mengenalpasti faktor-faktor utama yang menarik minat setiap lapisan masyarakat
Kampung Batu 14 untuk menyertai sukan bola sepak.
2. Mengenalpasti kesan-kesan sukan bola sepak kepada permainan bola sepak dalam
memupuk integrasi penduduk Kampung Batu 14.
3
950214115006
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1PETA
PETA 1 : PADANG KAMPUNG BATU 14
SUMBER : GOOGLE MAP
Padang bola sepak Kampung Batu 14 ini terletak kira-kira 22 kilometer dari pusat
bandar iaitu Bandar Chukai, Kemaman. Kawasan padang bola ini merupakan kawasan
yang strategik kerana terletak di tengah-tengah Kampung Seberang Tayor dan Kampung
Ayer Puteh. Kawasan padang bola sepak ini dikenali sebagai padang bola Batu 14.
Kawasan ini juga berhampiran dengan Sungai Tebak. Kawasan sekitar kawasan kajian ini
mempunyai beberapa kemudahan untuk masyarakat sekeliling.
4
950214115006
Antaranya ialah tempat riadah seperti taman permainan untuk kanak-kanak,
gelanggang bola jaring, dan pentas. Seterusnya, terdapat juga beberapa kedai runcit dan
warung di kawasan kajian. Kedai runcit ini menyediakan minuman untuk pemain-pemain
bola sepak selepas habis waktu permainan. Oleh itu, warung yang tersedia ada
memudahkan para pemain bola sepak untuk melepaskan lelah mereka selepas bermain.
Penduduk kampung juga dapat berkumpul bersama-sama pada waktu petang sambil
minum petang di warung sekitar kawasan padang. Selain itu, terdapat juga kawasan
perumahan di sekitar kajian. Kemudahan-kemudahan yang ada di sekeliling lokasi kajian
telah banyak membawa faedah kepada penduduk Kampung Batu 14.
3.2 Gambar
GAMBAR 1 : PENDUDUK KAMPUNG BATU 14 BERMAIN BOLA SEPAK
5
950214115006
GAMBAR 2 : TAMAN PERMAINAN DI KAWASAN SEKITAR PADANG KAMPUNG BATU 14
4.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian,
cara pengumpulan data dan cara analisis data.
4.1 Reka bentuk kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan iaitu kaedah pengumpulan maklumat. Kajian ini
adalah untuk melihat sejauh mana persepsi masyarakat yang melihat padang bola sepak
sebagai satu tempat untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan lapisan
masyarakat.
4.2 Sampel kajian
Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak dan mudah melibatkan 30
respondan dalam kalangan penduduk Kampung Batu 14. Bilangan sampel bersesuaian
dengan kuantatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi
yang dikaji.
6
950214115006
4.3 Instrumen kajian
Kajian ini menggunakan instrumen temubual, kaedah soal selidik, dan kaedah
pemerhatian.
4.3.1 Kaedah soal selidik
Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat
dan terperinci. Dalam kajian ini, borang soal selidik diperlukan untuk melengkapkan
tugasan yang diberikan. Melalui kaedah soal selidik, beberapa helaian borang telah
diedarkan secara rawak kepada 30 orang pemain bola sepak.
Borang tersebut mempunyai lima bahagian iaitu Bahagian A adalah tentang
maklumat diri pemain. Dalam bahagian A, arahan telah diberikan dan jawapan mestilah
ditandakan dengan ( / ) dalam ruang yang disediakan. Soalan yang diajukan ialah nama
pemain, jantina, umur, bangsa, taraf pendidikan, pekerjaan, dan penglibatan pemain
dalam sukan bola sepak.
Dalam Bahagian B pula ialah soalan tentang faktor-faktor sukan bola sepak menjadi
pilihan penduduk Kampung Batu 14 dalam memupuk semangat perpaduan kaum. Dalam
bahagian ini terdapat 8 soalan yang harus diisi dengan petunjuk jawapan YA atau
TIDAK.
Bahagian C pula ialah soalan tentang kadar kekerapan aktiviti sukan bola sepak
melalui kategori umur dalam kalangan penduduk Kampung Batu 14. Bahagian ini ialah
untuk mengetahui sejauh mana penglibatan penduduk mengikut kategori umur dalam
sukan bola sepak.
Bahagian D pula ialah soalan tentang kesan-kesan permainan bola sepak dalam
kalangan penduduk Kampung Batu 14. Dalam bahagian ini terdapat 8 soalan. Skala telah
diberikan bagi memudahkan para pemain untuk menanda dalam ruang yang dibekalkan.
Bahagian terakhir ialah komen pemain. Bahagian ini akan diisi oleh para pemain
7
950214115006
sekiranya mereka mempunyai komen tentang kajian yang dilakukan.
Soalan yang dikemukan juga telah dapat memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam
objektif kajian. Kaedah ini juga memudahkan saya untuk penghasilan data jadual dan graf
yang menunjukkan respon mereka sama ada positif atau sebaliknya. Kesemua respondan
memberikan kerjasama yang sangat baik semasa borang diedarkan dan tiada sebarang
masalah yang berlaku semasa kaedah tersebut dijalankan.
4.3.2 Kaedah pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah kaedah memerhati suasana dan persekitaran kawasan
padang bola Kampung Batu 14. Selain itu, kaedah ini juga telah digunakan bagi
memerhati reaksi penduduk tentang kawasn padang bola di kampung tersebut. Kaedah
pemerhatian ini juga berkesan untuk menilai sejauh mana penduduk di kawasan tersebut
menyokong aktiviti permainan sukan bola sepak lebih-lebih lagi padang bola sepak ini
menberikan impak yang sangat positif kepada setiap lapisan masyarakat.
Saya juga mendapati bahawa kebanyakan mereka telah menemui kawasan untuk
melakukan aktiviti riadah dan hanya kawasan padang bola sepak yang menjadi tumpuan
para remaja, golongan dewasa, dan kanak-kanak untuk mereka bersama-sama melakukan
riadah dan tempat berkumpul untuk memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk.
4.4 Cara pengumpulan data
Data dan maklumat kajian ini di kumpul melalui beberapa cara seperti dokumentasi,
perpustakaan, soal selidik, pemerhatian.
4.4.1 Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah
diterbitkan seperti buku, jurnal, akhbar, majalah, dan sumber daripada internet bagi
mendapatkan maklumat berkenaan dengan sukan bola sepak.
8
950214115006
4.4.2 Perpustakaan
Kajian menggunakan kaedah perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data
tentang sukan bola sepak. Pengkaji mendapatkan bahan rujukan daripada :
i. Perpustakaan Awam Daerah Kemaman.
ii. Perpustakaan Desa Kampung Seberang Tayor.
4.4.3 Soal Selidik
Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
tentang faktor-faktor yang mendorong penduduk kampung Batu 14 untuk bermain bola
sepak. Borang soal selidik diberikan kepada respondan yang sudi bekerjasama.
Respondan diberi masa lima minit untuk menjawab semua soalan.
4.5 Cara Analisis Data
Pada peringkat akhir ujian ini, analisis secara deskriptif telah dijalankan unutuk
menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian soalan untuk menghasilkan laporan
kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan peratusan.
9
950214115006
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Faktor - faktor sukan bola sepak di minati
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas
respondan terhadap faktor-faktor yang mendorong penduduk Kampung Batu 14 untuk
melakukan aktiviti permainan bola sepak, kadar permainan bola sepak dan kesan
permainan bola sepak.
Bil
.
Faktor - faktor Ya % Tidak %
1 Adakah anda meminati sukan bola sepak
sejak dari kecil lagi?
30 100 0 0
2 Adakah anda menyertai sukan bola sepak
untuk mendapat ramai kenalan?
22 73 8 27
3 Adakah anda mengenali pemain lain
sebelum menyertai sukan bola sepak?.
23 77 7 23
4 Adakah tempat permainan berdekatan
dengan rumah anda?.
13 43 17 57
10
950214115006
5 Adakah sukan bola sepak ini dapat
menghilangkan tekanan kerja?.
23 77 7 23
6 Adakah kemudahan padang bola sepak
menjadi faktor anda meminati sukan bola
sepak?.
23 77 7 23
7 Adakah rakan - rakan sekolah anda
berkongsi minat yang sama dengan anda?.
12 40 18 60
8 Adakah anda setuju sukan bola sepak dapat
menjadi faktor perpaduan kaum?.
30 100 0 0
RAJAH 1 : PERATUS FAKTOR - FAKTOR SUKAN BOLA SEPAK DIMINATI
SUMBER: KAEDAH SOAL SELIDIK
11
950214115006
Respondan dan pemerhatian terdiri daripada 30 orang pemain bola sepak Kampung
Batu 14. Dalam rajah 1, terdapat dua petunjuk iaitu (ya) dan (tidak) yang mewakili setiap
peratus faktor sukan bola sepak diminati.
Mengenai faktor utama iaitu sukan bola sepak telah diminati dari kecil oleh 30
respondan yang mengatakan (ya) iaitu 100% kepada faktor berkenaan, manakala tiada
peratusan respondan yang mengatakan (tidak) terhadap faktor utama. Oleh hal yang
demikian, respondan yang dikaji telah meminati sukan bola sepak sejak dari kecil lagi.
Hal ini kerana, minat pemain yang mendalam terhadap bola sepak telah mendorong
mereka untuk menyertai sukan bola sepak pada waktu petang dan menyertai pertandingan
yang dianjurkan.
Seterusnya, faktor sukan bola sepak diminati ialah untuk para pemain mendapatkan
lebih ramai kenalan. Sebanyak 22 orang yang memilih kategori (ya) yang mencapai
peratusan sebanyak 73%. Manakala, seramai 8 orang yang memilih kategori (tidak) iaitu
sebanyak 27%. Dengan kata lain, ramai respondan yang bersetuju bahawa faktor kedua
ini ialah antara cara mereka bagi mendapatkan lebih ramai kenalan. Hal ini kerana, jika
ada pertandingan bola sepak, maka lebih ramai lagi orang luar yang datang untuk
bertanding dan hal ini sekaligus dapat mengenali pemain lain melalui sukan bola sepak.
Selain itu, pemain juga akan lebih mengenali pemain dan keluarga pemain lain dengan
lebih mendalam. Hal ini sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama
agama dan perpaduan yang utuh akan terjalin.
Faktor yang ketiga pula ialah menerusi sukan bola sepak pemain dapat mengenali
pemain lain. Sebanyak 77% yang mengatakan (ya) kepada faktor ini. Manakala, hanya
23% yang mengatakan (tidak). Dengan ini, walaupun tanpa sukan bola sepak, pemain
dapat mengenali pemain lain.
Faktor mengenai tempat permainan berdekatan dengan rumah pemain mendapat 43%
iaitu respondan yang memilih kategori (ya). 57% lagi ialah respondan yang memilih
12
950214115006
kategori (tidak). Selain itu, faktor kemudahan padang bola sepak menunjukkan bilangan
peratus (ya) sebanyak 77%, manakala peratus (tidak) menunjukkan bilangan peratus
23%.
Kemudahan padang bola sepak dan jarak tempat tinggal pemain dengan padang juga
menyebabkan para pemain dapat menyertai sukan bola sepak pada setiap waktu petang
dengan kemudahan yang sedia ada. Pemain juga tidak perlu ke padang bola yang lain
untuk menghabiskan waktu petang mereka.
Sukan bola sepak dapat menghilangkan tekanan kerja pemain ialah salah satu faktor
sukan bola sepak diminati oleh penduduk Kampung Batu 14. Faktor ini mendapat
peratusan (ya) sebanyak 77% dan 23% (tidak). Pemain yang berstatus pekerja biasanya
akan turun padang untuk bermain bola sepak pada waktu petang selepas selesai urusan
bekerja. Segala masalah dan tekanan yang dihadapi akan berkurangan apabila mereka
bermain bola sepak bersama rakan dan penduduk kampung yang lain.
Perkongsian minat yang sama dengan rakan sekolah menjadikan salah satu faktor
pemain meminati sukan bola sepak. Tetapi, bilangan peratus (ya) yang ditunjukkan hanya
40% berbanding bilangan peratus (tidak) iaitu 60%.
Akhir sekali, faktor yang mendapat peratus (ya) sebanyak 100% ialah faktor sukan
bola sepak diminati kerana dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Hal ini jelaslah
bahawa sukan bola sepak dapat menjamin perpaduan sesama kaum kerana kesemua
respondan memilih kategori ya untuk faktor ini. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti
kerjasama dan tolenrasi dapat diwujudkan. Justeru, permainan bola sepak dapat mendidik
masyarakat bekerjasama dan bersatu padu dalam pertandingan untuk meraih
kemenangan.
13
950214115006
5.2 Kesan sukan bola sepak kepada penduduk kampung
KESAN-KESAN YA % TIDAK %
1. Sukan bola sepak dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal
dan mental.
29 97 1 3
2. Sukan bola sepak juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah
kesihatan.
25 83 5 17
3. Sukan bola sepak mampu menangani ketegangan fikiran dan
bebanan mental.
23 77 7 23
4. Bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. 28 93 2 7
5. Sukan bola sepak juga dapat menghindarkan para remaja daripada
melakukan perkara yang tidak bermoral.
25 83 5 17
6. Sukan bola sepak dapat mengeratkan hubungan perpaduan dan
integrasi penduduk kampung.
30 100 0 0
7. Sukan bola sepak mampu menambahkan pendapatan secara
individu dan kumpulan.
5 17 15 83
8. Sukan bola sepak dapat mengembangkan bakat dan potensi
pemain.
15 50 15 50
14
950214115006
RAJAH 2 : PERATUS KESAN SUKAN BOLA SEPAK KEPADA PENDUDUK
KAMPUNG BATU 14
SUMBER : SOAL SELIDIK
Dalam rajah 2, terdapat dua petunjuk iaitu ya dan tidak yang mewakili setiap
peratus kesan sukan bola sepak.
Kesan pertama ialah sukan bola sepak dapat membantu mengekalkan kesihatan
fizikal dan mental. Kesan ini menunjukkan bilangan peratus sebanyak 97% dalam
kategori (ya) dan 3% kategori (tidak). Kehidupan zaman moden telah mempengaruhi
15
950214115006
aktiviti sukan seseorang. Sukan bola sepak telah membantu masyarakat kini untuk
mendekati aktiviti sukan bola sepak. Penglibatan dalam sukan bola sepak merupakan
usaha yang efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat. Masyarakat yang sihat dapat
mengaktifkan diri mereka dalam pelbagai aktiviti – aktiviti yang dijalankan dalam
komuniti Kampung Batu 14. Aktiviti yang dijalankan antaranya ialah pertandingan sukan
antara kampung-kampung seperti perlawanan futsal. Oleh itu, integrasi antara penduduk
kampung bukan sahaja dapat di lihat dalam permainan bola sepak dan penduduk
Kampung Batu 14, malahan dapat di lihat di luar padang bola sepak dan melalui aktiviti
luar juga yang melibatkan penglibatan keseluruhan penduduk kampung Batu 14 dan
penduduk kampung lain. Hal ini sememangnya meningkatkan perpaduan sesama pemain
dan penduduk kampung.
Kesan kedua ialah sukan bola sepak dapat menyelesaikan pelbagai masalah
kesihatan. Peratus (ya) menunjukkan 83% manakala peratus (tidak) ialah 17%. Sukan
bola sepak telah dapat mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes
dan penyakit jantung dalam kalangan pemain dan penduduk Kampung Batu 14. Hal ini
telah dapat meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan penduduk. Taraf kesihatan yang
baik telah menggalakkan penduduk kampung untuk melakukan akiviti luar bersama-
sama. Kesihatan yang baik tidak membataskan seseorang itu untuk melakukan sesuatu
aktiviti contohnya aktiviti bergotong-royong. Dengan sukan bola sepak, pemain bola
sepak dapat berpakat dengan pemain lain untuk mengadakan aktiviti bergotong-royong di
sekeliling kawasan kampung dan sekitar kawasan padang bola untuk membersihkan
kawasan tersebut. Aktiviti gotong-royong yang melibatkan warga Kampung Batu 14
dapat memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat kampung. Hal ini jelas
dapat di lihat menerusi permainan padang bola sepak yang membawa kepada perpaduan
kaum.
Seterusnya, bola sepak juga mampu menangani ketegangan fikiran dan bebanan
mental. Peratusan (ya) kesan ini ialah 77% dan peratusan (tidak) ialah 23%. Kegiatan
sukan juga dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan,
16
950214115006
membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Oleh
itu, masyarakat yang sihat dapat diwujudkan dalam kalangan penduduk Kampung Batu
14. Dengan kehidupan masyarakat yang tenang, mereka akan lebih terbuka untuk
melakukan sesuatu aktiviti dalam kalangan komuniti.
Selain itu, sukan bola sepak juga membantu seseorang individu mengisi masa
lapang mereka dan hal ini telah menunjukkan peratus kesan (ya) sebanyak 93%
berbanding peratus kesan (tidak) yang hanya menunjukkan 7%.
Menerusi sukan bola sepak, para remaja juga dapat menghindarkan diri mereka
daripada melakukan aktiviti yang tidak bermoral. Kesan ini disokong oleh respondan dan
ia menunjukkan peratusan (ya) sebanyak 83% dan peratusan (tidak) 17%. Penglibatan
para remaja dalam sukan bola sepak dapat menghindarkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak bermoral seperti vandalisme, dan membuang masa sia-sia
seperti melepak, merokok dan terlibat dalam pengambilan dadah. Hal ini sekaligus dapat
melahirkan masyarakat muda yang berdisiplin dalam kalangan penduduk Kampung Batu
14. Masyarakat yang berdisiplin mampu mencipta integrasi perpaduan yang kukuh.
Kesan yang menunjukkan 100% dalam kategori (ya) ialah kesan bola sepak dapat
mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi penduduk kampung. Hal ini demikian
kerana, aktiviti sukan bola sepak dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan dan
sifat bersatu padu juga dapat dipupuk. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan
sebuah pasukan yang kuat dan perpaduan yang terjalin sesame pemain akan lebih erat
lagi.
Peratus yang menunjukkan nilai 17% kategori (ya) ialah peratus kesan bola sepak
dapat menambah pendapatan secara individu dan kumpulan. Dalam kategori (tidak) pula,
peratus telah menunjukkan nilai sebanyak 83%. Sukan juga telah memberi ruang kepada
pemain untuk menambahkan pendapatan secara individu dan berkumpulan. Pemain yang
mencapai tahap profesional boleh menjadikan sukan bola sepak sebagai kerjaya yang
17
950214115006
lumayan. Sukan bola sepak dalam kalangan penduduk Kampung Batu 14 juga dapat
menjana pendapatan sampingan melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Hal
ini sekaligus dapat menjalin perpaduan yang erat.
Kesan yang terakhir ialah melalui sukan bola sepak, pemain dapat
mengembangkan bakat dan potensi mereka. Kesan ini menunjukkan bilangan peratus
yang sama banyak iaitu 50% kategori (ya) dan 50% kategori tidak. Bakat yang ada pada
pemain dapat diasah melalui sukan bola sepak khususnya pelajar sekolah. Bakat-bakat
pemain akan di kumpulkan bersama-sama pelajar sekolah lain untuk menjalani sesi
latihan ataupun sesi pemilihan ke peringkat seterusnya. Kehidupan sesama beberapa hari
di sesi latihan akan merapatkan lagi jurang perpaduan antara mereka dengan mengenali
kenalan yang berlainan agama, bangsa, dan keturunan. Hal ini secara tidak langsung
dapat mewujudkan integrasi kaum.
18
950214115006
6.0 RUMUSAN
Kajian ini telah mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini
akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dijalankan.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, telah didapati bahawa faktor-faktor yang
mendorong permainan bola sepak di minati oleh penduduk Kampung Batu 14 adalah
seperti yang dibincangkan iaitu faktor minat pemain terhadap sukan bola sepak sejak dari
kecil lagi, menyertai sukan bola sepak untuk mendapat lebih ramai kenalan, sebelum
menyertai sukan bola sepak pemain tidak mengenali pemain lain, kemudahan padang
bola sepak yang berhampiran dengan tempat tinggal pemain, untuk menghilangkan penat
selepas waktu bekerja, berkongsi minat yang sama dengan pemain lain, dan juga dapat
memupuk semangat berpasukan dan perpaduan sesama kaum.
Faktor yang paling utama sukan bola sepak di minati oleh penduduk Kampung Batu
14 ialah sukan bola sepak di minati penduduk kampung sejak dari kecil lagi dan sukan
bola sepak dapat memupuk perpaduan perpaduan kaum. Faktor ini mendapat sokongan
sepenuhnya daripada kesemua respondan. Hal ini kerana, permainan sukan bola sepak
benar-benar menjadi nadi utama untuk menyatupadukan penduduk Kampung Batu 14
tanpa mengira agama, kaum, dan darjat. Sukan bola sepak telah memainkan peranan
penting dalam kehidupan masyarakat majmuk dalam memupuk perpaduan kaum.
Berdasarkan kajian yang dilakukan juga, telah didapati bahawa sukan bola sepak
telah meninggalkan pelbagai kesan iaitu sukan bola sepak dapat membantu mengekalkan
kesihatan fizikal dan mental, sukan bola sepak dapat menyelesaikan pelbagai masalah
kesihatan, seterusnya mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan
mental, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang, sukan bola sepak dapat
menghindarkan para remaja daripada melakukan perkara yang tidak bermoral, melalui
sukan bola sepak juga hubungan perpaduan dan integrasi penduduk kampung
19
950214115006
dapatdieratkan, sukan bola sepak juga dapat menambahkan pendapatan secara individu
dan kumpulan. Kesan terakhir ialah, pemain dapat mengembangkan bakat dan potensi
mereka dalam sukan bola sepak.
Kesan yang di sokong penuh oleh respondan ialah mereka mendapati kesan sukan
bola sepak kepada penduduk Kampung Batu 14 dapat mengeratkan hubungan perpaduan
dan integrasi dalam kalangan masyarakat. Kajian merumuskan bahawa, perhubungan
yang berterusan di luar waktu sukan telah mempengaruhi masyarakat umum untuk
mengadakan aktiviti-aktiviti luar. Sukan yang di wakili pelbagai kaum juga mengundang
kehadiran lebih ramai penyokong tanpa mengira bangsa, latar belakang agama,
keturunan, dan kepercayaan. Maka, perpaduan yang terjalin bukan sekadar dalam
kalangan masyarakat, tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi
sukan.
Kesimpulannya, sukan bola sepak adalah ‘penjana’ dalam mempertahankan
keharmonian, kemuafakatan, dan perpaduan dalam kalangan penduduk Kampung Batu 14
dan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.
20
950214115006
RUJUKAN
1. BUKU
Amran Lee Abdullah, 2007, Bola Sepak, Petaling Jaya, SUTRAPADU ( M ) SDN BHD.
Alan Yong dan Helen Ten, 1995, Bola Sepak, Shah Alam, Penerbitan Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Helen Ten dan Hong Beng, 1992, Pengelolaan dan Pengurusan Pertandingan Sukan,
Kuala Lumpur, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Lim Chuan Beng dan George Joseph, 1995, Teknik Pengadilan Sukan Padang, Kulala
Lumpur, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ian Marisson, 1992, Rules and Equipment Of The Games, London, Pelham Books.
2. BAHAN INTERNET
www.foxsports.my/bola-sepak/
www.ligabolasepakmalaysia.com/
3. SURAT KHABAR ATAU BULETIN
Azwaliza Azman. “Integrasi perpaduan dalam permainan sukan bola sepak” dalam
Utusan Malaysia, 23 Januari 2014.
4. ORANG SUMBER
Azmi bin Ramli
21
950214115006
Ramlan bin Endut
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1 : GAMBAR
22
950214115006
LAMPIRAN 2 : CONTOH BORANG SOAL SELIDIK
BORANG SOAL SELIDIK
Untuk makluman tuan dan puan, saya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Chukai Kemaman sedang menjalankan satu kajian tentang sukan bola sepak yang dapat
memupuk integrasi dan perpaduan antara golongan muda dan golongan tua serta sesama
rakan sebaya, dan antara kaum melalui sukan bola sepak di Kampung Batu 14. Kerjasama
yang tuan puan berikan amat dihargai. Sekian, terima kasih.
Arahan : Sila tandakan ( / ) dalam ruang yang disediakan.
BAHAGIAN A : MAKLUMAT PEMAIN
Nama :
Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( )
Umur :
Bangsa :
Taraf pendidikan : 1. Tiada pendidikan formal ( )
2. Sekolah Rendah ( )
3. Sekolah Menengah ( )
4. Politeknik ( )
5. Universiti ( )
Status : Pelajar ( ) Bekerja ( )
Penglibatan dalam sukan bola sepak : 1. Sekolah ( )
2. Daerah ( )
3.Negeri ( )
4. Antarabangsa ( )
Tandatangan pemain :
23
950214115006
BAHAGIAN B : FAKTOR - FAKTOR SUKAN BOLA SEPAK DIMINATI
Arahan : Sila bulatkan jawapan YA atau TIDAK.
1. Adakah anda meminati sukan bola sepak sejak dari kecil lagi?.
YA TIDAK
2. Adakah anda menyertai sukan bola sepak untuk mendapat ramai kenalan?.
YA TIDAK
3. Adakah anda mengenali pemain lain sebelum menyertai sukan bola sepak?.
YA TIDAK
4. Adakah tempat permainan berdekatan dengan rumah anda?.
YA TIDAK
5. Adakah sukan bola sepak ini dapat menghilangkan tekanan kerja?.
YA TIDAK
6. Adakah kemudahan padang bola sepak menjadi faktor anda meminati sukan bola
sepak?.
YA TIDAK
7. Adakah rakan-rakan sekolah anda berkongsi minat yang sama dengan anda?.
YA TIDAK
8. Adakah anda setuju sukan bola sepak dapat menjadi faktor perpaduan kaum?.
YA TIDAK
24
950214115006
BAHAGIAN D : KESAN - KESAN AKTIVITI SUKAN BOLA SEPAK KEPADA
PENDUDUK KAMPUNG BATU 14
Arahan : Adakah anda bersetuju dengan kesan - kesan di bawah?. Sila nyatakan dan
berikan respon anda dengan jawapan YA atau TIDAK.
KESAN-KESAN YA TIDAK
1. Sukan bola sepak dapat membantu mengekalkan kesihatan
fizikal dan mental.
2. Sukan bola sepak juga dapat menyelesaikan pelbagai
masalah kesihatan.
3. Sukan bola sepak mampu menangani ketegangan fikiran
dan bebanan mental.
4. Bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang.
5. Sukan bola sepak juga dapat menghindarkan para remaja
daripada melakukan perkara yang tidak bermoral.
6. Sukan bola sepak dapat mengeratkan hubungan perpaduan
dan integrasi penduduk kampung.
7. Sukan bola sepak mampu menambahkan pendapatan secara
individu dan kumpulan.
8. Sukan bola sepak dapat mengembangkan bakat dan potensi
pemain.
BAHAGIAN D : KOMEN PEMAIN
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
25
950214115006
26
950214115006
27

Mais conteúdo relacionado

Destaque

Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Applitools
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at WorkGetSmarter
 

Destaque (20)

Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 

Half pa 2

  • 1. 950214115006 1.0 PENGENALAN Sukan bola sepak merupakan sejenis permainan padang yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain dan 7 orang pemain simpanan. Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang dianjurkan oleh Federation International de Football Association (FIFA). Piala Dunia FIFA diadakan setiap empat tahun sekali dan bermula di Uruguay pada tahun 1930. Piala Dunia FIFA diperkenalkan dan ianya terus kekal hingga ke hari ini. Pertandingan ini merupakan salah satu pertandingan yang terunggul dalam arena bola sepak. Pada masa sekarang, sukan bola sepak berkembang dengan pesat. Terdapat banyak padang bola sepak dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang lain merasai sendiri keseronokan bermain bola sepak. Permainan tersebut bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki malahan juga golongan perempuan serta kanak-kanak. Permainan sukan bola sepak telah dapat menyemarakkan perpaduan dalam kalangan warga Kampung Batu 14. Rasional kepada kajian saya ialah, saya mendapati kebanyakan penduduk Kampung Batu 14 akan berkumpul dan bermain bola sepak pada setiap petang walaupun hari minggu. Kesibukan masyarakat Kampung Batu 14 yang keluar mencari rezeki dan bekerja hingga petang masih lagi membolehkan mereka berkumpul bersama-sama bagi bermain bola sepak yang telah menjadi rutin harian mereka pada waktu petang. Kerjasama yang ditunjukkan oleh warga Kampung Batu 14 yang tidak mengira lapisan usia untuk menyertai aktiviti sukan bola sepak telah menyebabkan saya tertarik melihat mereka bermain dan disebabkan itu juga saya memilih sukan bola sepak untuk dijadikan bahan kajian kerana sangat jelaslah bahawa perpaduan dalam kalangan penduduk Kampung Batu 14 amat kukuh menerusi permainan sukan bola sepak. Keluasan padang bola sepak Kampung Batu 14 telah menempatkan pelbagai kemudahan untuk penduduk sekitar seperti pentas, taman permainan kanak-kanak, gelanggang bola 1
  • 2. 950214115006 jaring dan tempat untuk beriadah. Hal ini telah dapat menjamin perpaduan dalam kalangan penduduk Kampung Batu 14. Padang bola sepak yang ditubuhkan di Kampung Batu 14 telah dapat menyediakan satu alternatif bagi penduduk kampung meluangkan masa mereka pada waktu petang dengan aktiviti sukan bola sepak. Keadaan ini telah dapat merapatkan tali persaudaraan sesama mereka dan seterusnya berjaya memupuk perpaduan menerusi permainan sukan bola sepak. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, saya mendapati bahawa setiap lapisan masyarakat tidak mengira umur akan melibatkan diri dalam sukan bola sepak bersama- sama golongan dewasa. Perpaduan di antara mereka amat jelas dilihat apabila golongan muda bermain bersama dengan golongan tua dalam satu kumpulan. Saya juga mendapati ramai pihak yang berpuas hati, kerana dengan adanya padang bola sepak tersebut, para remaja khususnya akan menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti bersukan. Selain itu, warga Kampung Batu 14 juga dapat berkumpul bersama dan bermain. Hal ini sekaligus dapat menjalinkan dan mengeratkan perpaduan sesama masyarakat. Kesimpulannya, sukan bola sepak bukan sahaja memberi faedah kepada kesihatan malah dapat memupuk semangat berpasukan seterusnya dapat menjamin perpaduan warga Kampung Batu 14. 2
  • 3. 950214115006 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang saya jalankan adalah untuk : 1. Mengenalpasti faktor-faktor utama yang menarik minat setiap lapisan masyarakat Kampung Batu 14 untuk menyertai sukan bola sepak. 2. Mengenalpasti kesan-kesan sukan bola sepak kepada permainan bola sepak dalam memupuk integrasi penduduk Kampung Batu 14. 3
  • 4. 950214115006 3.0 LOKASI KAJIAN 3.1PETA PETA 1 : PADANG KAMPUNG BATU 14 SUMBER : GOOGLE MAP Padang bola sepak Kampung Batu 14 ini terletak kira-kira 22 kilometer dari pusat bandar iaitu Bandar Chukai, Kemaman. Kawasan padang bola ini merupakan kawasan yang strategik kerana terletak di tengah-tengah Kampung Seberang Tayor dan Kampung Ayer Puteh. Kawasan padang bola sepak ini dikenali sebagai padang bola Batu 14. Kawasan ini juga berhampiran dengan Sungai Tebak. Kawasan sekitar kawasan kajian ini mempunyai beberapa kemudahan untuk masyarakat sekeliling. 4
  • 5. 950214115006 Antaranya ialah tempat riadah seperti taman permainan untuk kanak-kanak, gelanggang bola jaring, dan pentas. Seterusnya, terdapat juga beberapa kedai runcit dan warung di kawasan kajian. Kedai runcit ini menyediakan minuman untuk pemain-pemain bola sepak selepas habis waktu permainan. Oleh itu, warung yang tersedia ada memudahkan para pemain bola sepak untuk melepaskan lelah mereka selepas bermain. Penduduk kampung juga dapat berkumpul bersama-sama pada waktu petang sambil minum petang di warung sekitar kawasan padang. Selain itu, terdapat juga kawasan perumahan di sekitar kajian. Kemudahan-kemudahan yang ada di sekeliling lokasi kajian telah banyak membawa faedah kepada penduduk Kampung Batu 14. 3.2 Gambar GAMBAR 1 : PENDUDUK KAMPUNG BATU 14 BERMAIN BOLA SEPAK 5
  • 6. 950214115006 GAMBAR 2 : TAMAN PERMAINAN DI KAWASAN SEKITAR PADANG KAMPUNG BATU 14 4.0 KAEDAH KAJIAN Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, cara pengumpulan data dan cara analisis data. 4.1 Reka bentuk kajian Kajian ini berbentuk kajian tinjauan iaitu kaedah pengumpulan maklumat. Kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana persepsi masyarakat yang melihat padang bola sepak sebagai satu tempat untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan lapisan masyarakat. 4.2 Sampel kajian Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak dan mudah melibatkan 30 respondan dalam kalangan penduduk Kampung Batu 14. Bilangan sampel bersesuaian dengan kuantatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji. 6
  • 7. 950214115006 4.3 Instrumen kajian Kajian ini menggunakan instrumen temubual, kaedah soal selidik, dan kaedah pemerhatian. 4.3.1 Kaedah soal selidik Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan terperinci. Dalam kajian ini, borang soal selidik diperlukan untuk melengkapkan tugasan yang diberikan. Melalui kaedah soal selidik, beberapa helaian borang telah diedarkan secara rawak kepada 30 orang pemain bola sepak. Borang tersebut mempunyai lima bahagian iaitu Bahagian A adalah tentang maklumat diri pemain. Dalam bahagian A, arahan telah diberikan dan jawapan mestilah ditandakan dengan ( / ) dalam ruang yang disediakan. Soalan yang diajukan ialah nama pemain, jantina, umur, bangsa, taraf pendidikan, pekerjaan, dan penglibatan pemain dalam sukan bola sepak. Dalam Bahagian B pula ialah soalan tentang faktor-faktor sukan bola sepak menjadi pilihan penduduk Kampung Batu 14 dalam memupuk semangat perpaduan kaum. Dalam bahagian ini terdapat 8 soalan yang harus diisi dengan petunjuk jawapan YA atau TIDAK. Bahagian C pula ialah soalan tentang kadar kekerapan aktiviti sukan bola sepak melalui kategori umur dalam kalangan penduduk Kampung Batu 14. Bahagian ini ialah untuk mengetahui sejauh mana penglibatan penduduk mengikut kategori umur dalam sukan bola sepak. Bahagian D pula ialah soalan tentang kesan-kesan permainan bola sepak dalam kalangan penduduk Kampung Batu 14. Dalam bahagian ini terdapat 8 soalan. Skala telah diberikan bagi memudahkan para pemain untuk menanda dalam ruang yang dibekalkan. Bahagian terakhir ialah komen pemain. Bahagian ini akan diisi oleh para pemain 7
  • 8. 950214115006 sekiranya mereka mempunyai komen tentang kajian yang dilakukan. Soalan yang dikemukan juga telah dapat memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam objektif kajian. Kaedah ini juga memudahkan saya untuk penghasilan data jadual dan graf yang menunjukkan respon mereka sama ada positif atau sebaliknya. Kesemua respondan memberikan kerjasama yang sangat baik semasa borang diedarkan dan tiada sebarang masalah yang berlaku semasa kaedah tersebut dijalankan. 4.3.2 Kaedah pemerhatian Kaedah pemerhatian ialah kaedah memerhati suasana dan persekitaran kawasan padang bola Kampung Batu 14. Selain itu, kaedah ini juga telah digunakan bagi memerhati reaksi penduduk tentang kawasn padang bola di kampung tersebut. Kaedah pemerhatian ini juga berkesan untuk menilai sejauh mana penduduk di kawasan tersebut menyokong aktiviti permainan sukan bola sepak lebih-lebih lagi padang bola sepak ini menberikan impak yang sangat positif kepada setiap lapisan masyarakat. Saya juga mendapati bahawa kebanyakan mereka telah menemui kawasan untuk melakukan aktiviti riadah dan hanya kawasan padang bola sepak yang menjadi tumpuan para remaja, golongan dewasa, dan kanak-kanak untuk mereka bersama-sama melakukan riadah dan tempat berkumpul untuk memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk. 4.4 Cara pengumpulan data Data dan maklumat kajian ini di kumpul melalui beberapa cara seperti dokumentasi, perpustakaan, soal selidik, pemerhatian. 4.4.1 Dokumentasi Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti buku, jurnal, akhbar, majalah, dan sumber daripada internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan sukan bola sepak. 8
  • 9. 950214115006 4.4.2 Perpustakaan Kajian menggunakan kaedah perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data tentang sukan bola sepak. Pengkaji mendapatkan bahan rujukan daripada : i. Perpustakaan Awam Daerah Kemaman. ii. Perpustakaan Desa Kampung Seberang Tayor. 4.4.3 Soal Selidik Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor yang mendorong penduduk kampung Batu 14 untuk bermain bola sepak. Borang soal selidik diberikan kepada respondan yang sudi bekerjasama. Respondan diberi masa lima minit untuk menjawab semua soalan. 4.5 Cara Analisis Data Pada peringkat akhir ujian ini, analisis secara deskriptif telah dijalankan unutuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian soalan untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan peratusan. 9
  • 10. 950214115006 5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 5.1 Faktor - faktor sukan bola sepak di minati Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas respondan terhadap faktor-faktor yang mendorong penduduk Kampung Batu 14 untuk melakukan aktiviti permainan bola sepak, kadar permainan bola sepak dan kesan permainan bola sepak. Bil . Faktor - faktor Ya % Tidak % 1 Adakah anda meminati sukan bola sepak sejak dari kecil lagi? 30 100 0 0 2 Adakah anda menyertai sukan bola sepak untuk mendapat ramai kenalan? 22 73 8 27 3 Adakah anda mengenali pemain lain sebelum menyertai sukan bola sepak?. 23 77 7 23 4 Adakah tempat permainan berdekatan dengan rumah anda?. 13 43 17 57 10
  • 11. 950214115006 5 Adakah sukan bola sepak ini dapat menghilangkan tekanan kerja?. 23 77 7 23 6 Adakah kemudahan padang bola sepak menjadi faktor anda meminati sukan bola sepak?. 23 77 7 23 7 Adakah rakan - rakan sekolah anda berkongsi minat yang sama dengan anda?. 12 40 18 60 8 Adakah anda setuju sukan bola sepak dapat menjadi faktor perpaduan kaum?. 30 100 0 0 RAJAH 1 : PERATUS FAKTOR - FAKTOR SUKAN BOLA SEPAK DIMINATI SUMBER: KAEDAH SOAL SELIDIK 11
  • 12. 950214115006 Respondan dan pemerhatian terdiri daripada 30 orang pemain bola sepak Kampung Batu 14. Dalam rajah 1, terdapat dua petunjuk iaitu (ya) dan (tidak) yang mewakili setiap peratus faktor sukan bola sepak diminati. Mengenai faktor utama iaitu sukan bola sepak telah diminati dari kecil oleh 30 respondan yang mengatakan (ya) iaitu 100% kepada faktor berkenaan, manakala tiada peratusan respondan yang mengatakan (tidak) terhadap faktor utama. Oleh hal yang demikian, respondan yang dikaji telah meminati sukan bola sepak sejak dari kecil lagi. Hal ini kerana, minat pemain yang mendalam terhadap bola sepak telah mendorong mereka untuk menyertai sukan bola sepak pada waktu petang dan menyertai pertandingan yang dianjurkan. Seterusnya, faktor sukan bola sepak diminati ialah untuk para pemain mendapatkan lebih ramai kenalan. Sebanyak 22 orang yang memilih kategori (ya) yang mencapai peratusan sebanyak 73%. Manakala, seramai 8 orang yang memilih kategori (tidak) iaitu sebanyak 27%. Dengan kata lain, ramai respondan yang bersetuju bahawa faktor kedua ini ialah antara cara mereka bagi mendapatkan lebih ramai kenalan. Hal ini kerana, jika ada pertandingan bola sepak, maka lebih ramai lagi orang luar yang datang untuk bertanding dan hal ini sekaligus dapat mengenali pemain lain melalui sukan bola sepak. Selain itu, pemain juga akan lebih mengenali pemain dan keluarga pemain lain dengan lebih mendalam. Hal ini sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama agama dan perpaduan yang utuh akan terjalin. Faktor yang ketiga pula ialah menerusi sukan bola sepak pemain dapat mengenali pemain lain. Sebanyak 77% yang mengatakan (ya) kepada faktor ini. Manakala, hanya 23% yang mengatakan (tidak). Dengan ini, walaupun tanpa sukan bola sepak, pemain dapat mengenali pemain lain. Faktor mengenai tempat permainan berdekatan dengan rumah pemain mendapat 43% iaitu respondan yang memilih kategori (ya). 57% lagi ialah respondan yang memilih 12
  • 13. 950214115006 kategori (tidak). Selain itu, faktor kemudahan padang bola sepak menunjukkan bilangan peratus (ya) sebanyak 77%, manakala peratus (tidak) menunjukkan bilangan peratus 23%. Kemudahan padang bola sepak dan jarak tempat tinggal pemain dengan padang juga menyebabkan para pemain dapat menyertai sukan bola sepak pada setiap waktu petang dengan kemudahan yang sedia ada. Pemain juga tidak perlu ke padang bola yang lain untuk menghabiskan waktu petang mereka. Sukan bola sepak dapat menghilangkan tekanan kerja pemain ialah salah satu faktor sukan bola sepak diminati oleh penduduk Kampung Batu 14. Faktor ini mendapat peratusan (ya) sebanyak 77% dan 23% (tidak). Pemain yang berstatus pekerja biasanya akan turun padang untuk bermain bola sepak pada waktu petang selepas selesai urusan bekerja. Segala masalah dan tekanan yang dihadapi akan berkurangan apabila mereka bermain bola sepak bersama rakan dan penduduk kampung yang lain. Perkongsian minat yang sama dengan rakan sekolah menjadikan salah satu faktor pemain meminati sukan bola sepak. Tetapi, bilangan peratus (ya) yang ditunjukkan hanya 40% berbanding bilangan peratus (tidak) iaitu 60%. Akhir sekali, faktor yang mendapat peratus (ya) sebanyak 100% ialah faktor sukan bola sepak diminati kerana dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Hal ini jelaslah bahawa sukan bola sepak dapat menjamin perpaduan sesama kaum kerana kesemua respondan memilih kategori ya untuk faktor ini. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti kerjasama dan tolenrasi dapat diwujudkan. Justeru, permainan bola sepak dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu dalam pertandingan untuk meraih kemenangan. 13
  • 14. 950214115006 5.2 Kesan sukan bola sepak kepada penduduk kampung KESAN-KESAN YA % TIDAK % 1. Sukan bola sepak dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. 29 97 1 3 2. Sukan bola sepak juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. 25 83 5 17 3. Sukan bola sepak mampu menangani ketegangan fikiran dan bebanan mental. 23 77 7 23 4. Bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. 28 93 2 7 5. Sukan bola sepak juga dapat menghindarkan para remaja daripada melakukan perkara yang tidak bermoral. 25 83 5 17 6. Sukan bola sepak dapat mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi penduduk kampung. 30 100 0 0 7. Sukan bola sepak mampu menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. 5 17 15 83 8. Sukan bola sepak dapat mengembangkan bakat dan potensi pemain. 15 50 15 50 14
  • 15. 950214115006 RAJAH 2 : PERATUS KESAN SUKAN BOLA SEPAK KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BATU 14 SUMBER : SOAL SELIDIK Dalam rajah 2, terdapat dua petunjuk iaitu ya dan tidak yang mewakili setiap peratus kesan sukan bola sepak. Kesan pertama ialah sukan bola sepak dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kesan ini menunjukkan bilangan peratus sebanyak 97% dalam kategori (ya) dan 3% kategori (tidak). Kehidupan zaman moden telah mempengaruhi 15
  • 16. 950214115006 aktiviti sukan seseorang. Sukan bola sepak telah membantu masyarakat kini untuk mendekati aktiviti sukan bola sepak. Penglibatan dalam sukan bola sepak merupakan usaha yang efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat. Masyarakat yang sihat dapat mengaktifkan diri mereka dalam pelbagai aktiviti – aktiviti yang dijalankan dalam komuniti Kampung Batu 14. Aktiviti yang dijalankan antaranya ialah pertandingan sukan antara kampung-kampung seperti perlawanan futsal. Oleh itu, integrasi antara penduduk kampung bukan sahaja dapat di lihat dalam permainan bola sepak dan penduduk Kampung Batu 14, malahan dapat di lihat di luar padang bola sepak dan melalui aktiviti luar juga yang melibatkan penglibatan keseluruhan penduduk kampung Batu 14 dan penduduk kampung lain. Hal ini sememangnya meningkatkan perpaduan sesama pemain dan penduduk kampung. Kesan kedua ialah sukan bola sepak dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Peratus (ya) menunjukkan 83% manakala peratus (tidak) ialah 17%. Sukan bola sepak telah dapat mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung dalam kalangan pemain dan penduduk Kampung Batu 14. Hal ini telah dapat meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan penduduk. Taraf kesihatan yang baik telah menggalakkan penduduk kampung untuk melakukan akiviti luar bersama- sama. Kesihatan yang baik tidak membataskan seseorang itu untuk melakukan sesuatu aktiviti contohnya aktiviti bergotong-royong. Dengan sukan bola sepak, pemain bola sepak dapat berpakat dengan pemain lain untuk mengadakan aktiviti bergotong-royong di sekeliling kawasan kampung dan sekitar kawasan padang bola untuk membersihkan kawasan tersebut. Aktiviti gotong-royong yang melibatkan warga Kampung Batu 14 dapat memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat kampung. Hal ini jelas dapat di lihat menerusi permainan padang bola sepak yang membawa kepada perpaduan kaum. Seterusnya, bola sepak juga mampu menangani ketegangan fikiran dan bebanan mental. Peratusan (ya) kesan ini ialah 77% dan peratusan (tidak) ialah 23%. Kegiatan sukan juga dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan, 16
  • 17. 950214115006 membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Oleh itu, masyarakat yang sihat dapat diwujudkan dalam kalangan penduduk Kampung Batu 14. Dengan kehidupan masyarakat yang tenang, mereka akan lebih terbuka untuk melakukan sesuatu aktiviti dalam kalangan komuniti. Selain itu, sukan bola sepak juga membantu seseorang individu mengisi masa lapang mereka dan hal ini telah menunjukkan peratus kesan (ya) sebanyak 93% berbanding peratus kesan (tidak) yang hanya menunjukkan 7%. Menerusi sukan bola sepak, para remaja juga dapat menghindarkan diri mereka daripada melakukan aktiviti yang tidak bermoral. Kesan ini disokong oleh respondan dan ia menunjukkan peratusan (ya) sebanyak 83% dan peratusan (tidak) 17%. Penglibatan para remaja dalam sukan bola sepak dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral seperti vandalisme, dan membuang masa sia-sia seperti melepak, merokok dan terlibat dalam pengambilan dadah. Hal ini sekaligus dapat melahirkan masyarakat muda yang berdisiplin dalam kalangan penduduk Kampung Batu 14. Masyarakat yang berdisiplin mampu mencipta integrasi perpaduan yang kukuh. Kesan yang menunjukkan 100% dalam kategori (ya) ialah kesan bola sepak dapat mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi penduduk kampung. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan bola sepak dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan dan sifat bersatu padu juga dapat dipupuk. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat dan perpaduan yang terjalin sesame pemain akan lebih erat lagi. Peratus yang menunjukkan nilai 17% kategori (ya) ialah peratus kesan bola sepak dapat menambah pendapatan secara individu dan kumpulan. Dalam kategori (tidak) pula, peratus telah menunjukkan nilai sebanyak 83%. Sukan juga telah memberi ruang kepada pemain untuk menambahkan pendapatan secara individu dan berkumpulan. Pemain yang mencapai tahap profesional boleh menjadikan sukan bola sepak sebagai kerjaya yang 17
  • 18. 950214115006 lumayan. Sukan bola sepak dalam kalangan penduduk Kampung Batu 14 juga dapat menjana pendapatan sampingan melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Hal ini sekaligus dapat menjalin perpaduan yang erat. Kesan yang terakhir ialah melalui sukan bola sepak, pemain dapat mengembangkan bakat dan potensi mereka. Kesan ini menunjukkan bilangan peratus yang sama banyak iaitu 50% kategori (ya) dan 50% kategori tidak. Bakat yang ada pada pemain dapat diasah melalui sukan bola sepak khususnya pelajar sekolah. Bakat-bakat pemain akan di kumpulkan bersama-sama pelajar sekolah lain untuk menjalani sesi latihan ataupun sesi pemilihan ke peringkat seterusnya. Kehidupan sesama beberapa hari di sesi latihan akan merapatkan lagi jurang perpaduan antara mereka dengan mengenali kenalan yang berlainan agama, bangsa, dan keturunan. Hal ini secara tidak langsung dapat mewujudkan integrasi kaum. 18
  • 19. 950214115006 6.0 RUMUSAN Kajian ini telah mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dijalankan. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, telah didapati bahawa faktor-faktor yang mendorong permainan bola sepak di minati oleh penduduk Kampung Batu 14 adalah seperti yang dibincangkan iaitu faktor minat pemain terhadap sukan bola sepak sejak dari kecil lagi, menyertai sukan bola sepak untuk mendapat lebih ramai kenalan, sebelum menyertai sukan bola sepak pemain tidak mengenali pemain lain, kemudahan padang bola sepak yang berhampiran dengan tempat tinggal pemain, untuk menghilangkan penat selepas waktu bekerja, berkongsi minat yang sama dengan pemain lain, dan juga dapat memupuk semangat berpasukan dan perpaduan sesama kaum. Faktor yang paling utama sukan bola sepak di minati oleh penduduk Kampung Batu 14 ialah sukan bola sepak di minati penduduk kampung sejak dari kecil lagi dan sukan bola sepak dapat memupuk perpaduan perpaduan kaum. Faktor ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada kesemua respondan. Hal ini kerana, permainan sukan bola sepak benar-benar menjadi nadi utama untuk menyatupadukan penduduk Kampung Batu 14 tanpa mengira agama, kaum, dan darjat. Sukan bola sepak telah memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat majmuk dalam memupuk perpaduan kaum. Berdasarkan kajian yang dilakukan juga, telah didapati bahawa sukan bola sepak telah meninggalkan pelbagai kesan iaitu sukan bola sepak dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental, sukan bola sepak dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan, seterusnya mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang, sukan bola sepak dapat menghindarkan para remaja daripada melakukan perkara yang tidak bermoral, melalui sukan bola sepak juga hubungan perpaduan dan integrasi penduduk kampung 19
  • 20. 950214115006 dapatdieratkan, sukan bola sepak juga dapat menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Kesan terakhir ialah, pemain dapat mengembangkan bakat dan potensi mereka dalam sukan bola sepak. Kesan yang di sokong penuh oleh respondan ialah mereka mendapati kesan sukan bola sepak kepada penduduk Kampung Batu 14 dapat mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi dalam kalangan masyarakat. Kajian merumuskan bahawa, perhubungan yang berterusan di luar waktu sukan telah mempengaruhi masyarakat umum untuk mengadakan aktiviti-aktiviti luar. Sukan yang di wakili pelbagai kaum juga mengundang kehadiran lebih ramai penyokong tanpa mengira bangsa, latar belakang agama, keturunan, dan kepercayaan. Maka, perpaduan yang terjalin bukan sekadar dalam kalangan masyarakat, tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan. Kesimpulannya, sukan bola sepak adalah ‘penjana’ dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan, dan perpaduan dalam kalangan penduduk Kampung Batu 14 dan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia. 20
  • 21. 950214115006 RUJUKAN 1. BUKU Amran Lee Abdullah, 2007, Bola Sepak, Petaling Jaya, SUTRAPADU ( M ) SDN BHD. Alan Yong dan Helen Ten, 1995, Bola Sepak, Shah Alam, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Helen Ten dan Hong Beng, 1992, Pengelolaan dan Pengurusan Pertandingan Sukan, Kuala Lumpur, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Lim Chuan Beng dan George Joseph, 1995, Teknik Pengadilan Sukan Padang, Kulala Lumpur, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ian Marisson, 1992, Rules and Equipment Of The Games, London, Pelham Books. 2. BAHAN INTERNET www.foxsports.my/bola-sepak/ www.ligabolasepakmalaysia.com/ 3. SURAT KHABAR ATAU BULETIN Azwaliza Azman. “Integrasi perpaduan dalam permainan sukan bola sepak” dalam Utusan Malaysia, 23 Januari 2014. 4. ORANG SUMBER Azmi bin Ramli 21
  • 23. 950214115006 LAMPIRAN 2 : CONTOH BORANG SOAL SELIDIK BORANG SOAL SELIDIK Untuk makluman tuan dan puan, saya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai Kemaman sedang menjalankan satu kajian tentang sukan bola sepak yang dapat memupuk integrasi dan perpaduan antara golongan muda dan golongan tua serta sesama rakan sebaya, dan antara kaum melalui sukan bola sepak di Kampung Batu 14. Kerjasama yang tuan puan berikan amat dihargai. Sekian, terima kasih. Arahan : Sila tandakan ( / ) dalam ruang yang disediakan. BAHAGIAN A : MAKLUMAT PEMAIN Nama : Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( ) Umur : Bangsa : Taraf pendidikan : 1. Tiada pendidikan formal ( ) 2. Sekolah Rendah ( ) 3. Sekolah Menengah ( ) 4. Politeknik ( ) 5. Universiti ( ) Status : Pelajar ( ) Bekerja ( ) Penglibatan dalam sukan bola sepak : 1. Sekolah ( ) 2. Daerah ( ) 3.Negeri ( ) 4. Antarabangsa ( ) Tandatangan pemain : 23
  • 24. 950214115006 BAHAGIAN B : FAKTOR - FAKTOR SUKAN BOLA SEPAK DIMINATI Arahan : Sila bulatkan jawapan YA atau TIDAK. 1. Adakah anda meminati sukan bola sepak sejak dari kecil lagi?. YA TIDAK 2. Adakah anda menyertai sukan bola sepak untuk mendapat ramai kenalan?. YA TIDAK 3. Adakah anda mengenali pemain lain sebelum menyertai sukan bola sepak?. YA TIDAK 4. Adakah tempat permainan berdekatan dengan rumah anda?. YA TIDAK 5. Adakah sukan bola sepak ini dapat menghilangkan tekanan kerja?. YA TIDAK 6. Adakah kemudahan padang bola sepak menjadi faktor anda meminati sukan bola sepak?. YA TIDAK 7. Adakah rakan-rakan sekolah anda berkongsi minat yang sama dengan anda?. YA TIDAK 8. Adakah anda setuju sukan bola sepak dapat menjadi faktor perpaduan kaum?. YA TIDAK 24
  • 25. 950214115006 BAHAGIAN D : KESAN - KESAN AKTIVITI SUKAN BOLA SEPAK KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BATU 14 Arahan : Adakah anda bersetuju dengan kesan - kesan di bawah?. Sila nyatakan dan berikan respon anda dengan jawapan YA atau TIDAK. KESAN-KESAN YA TIDAK 1. Sukan bola sepak dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. 2. Sukan bola sepak juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. 3. Sukan bola sepak mampu menangani ketegangan fikiran dan bebanan mental. 4. Bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. 5. Sukan bola sepak juga dapat menghindarkan para remaja daripada melakukan perkara yang tidak bermoral. 6. Sukan bola sepak dapat mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi penduduk kampung. 7. Sukan bola sepak mampu menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. 8. Sukan bola sepak dapat mengembangkan bakat dan potensi pemain. BAHAGIAN D : KOMEN PEMAIN ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… 25