SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 11
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
(ELEKTIF SAINS)
SEKSYEN 1
__________________________________________________
KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS
BBR3690
~ TUGASAN INDIVIDU ~
Karya Akademik
NORAZURA BT. MOHD. JOHAR
DB 100309
UNTUK PERHATIAN
ENCIK GHAZALLY SPAHAT

1
ISI KANDUNGAN

1.

Tajuk Karya………………………………………. m/s 2

2.

Pengenalan…………………………………………. m/s 4

3.

Isi…………………………………………………… m/s 7- 10

i)

Bermulanya Proton……………………. m/s 5 - 6

ii)

Kejayaan Proton………………………. m/s 7 - 8

4.

Penutup…………………………………………….. m/s 9 - 10

5.

Rujukan …………………………………………… m/s 11

2
Tajuk

: Proton, Dari Dahulu Hingga Kini.

Tarikh

: 20 September 2013

Masa

: 11:08 pagi

Kamera

:
Nama

: Samsung Tab 7.0

Speed

:-

Accessory : -

3
PENGENALAN
PROTON adalah nama singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd
yang telah ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit.
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd juga ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin
Mohamad berasaskan idea beliau kepada Presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke
Malaysia pada tahun 1981. PROTON juga merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia.
Penubuhannya PROTON adalah berhasrat untuk mencapai aspirasi Negara menuju ke
arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia
(HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.
Kilang PROTON telah didirikan di Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000
Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak.
Tiga objektif dalam pembangunan nasional yang telah dihasratkan ialah menerajui
proses perindustrian pembuatan dan automotif dalam negara, meningkatkan pengetahuan dan
penguasaan teknologi dalam bidang industri pembuatan automotif dan memperkukuhkan
keupayaan industri automotif Malaysia bagi menembusi pasaran antarabangsa.
Setelah 28 tahun, PROTON telah berupaya berkembang pesat dan menguasai pasaran
automobil tempatan. PROTON juga telah berjaya menembusi pasaran luar seperti pasaran
Negara ASEAN, China, India, United Kingdom, Afrika Selatan, Timur Tengah dan Afrika
Utara.
Aktiviti utama PROTON adalah merangkumi bidang Kejuruteraan Kenderaan,
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Pengilangan Otomobil, Pengedar Kenderaan, Jualan
Kenderaan dan Perkhidmatan Selepas Jualan.
Sehingga kini, model kereta yang dikeluarkan PROTON merangkami Saga, sebagai
kereta keluaran pertama, Iswara, Satria, Wira, Juara, Putra, Savvy, Tiara, Waja, Perdana,
Persona, Inspira, Gen-2, Arena, Exora, Preve dan yang terbaru ialah Suprima.

4
BERMULANYA PROTON
Pada dekad 80-an, Malaysia merupakan sebuah negara yang baru pulih daripada
kegawatan ekonomi. Namun begitu, Malaysia masih berada di dalam kalangan negara
membangun dunia. Pelbagai usaha yang telah dan sedang dijalankan serta dilaksanakan oleh
Mantan Perdana Menteri Malaysia pada ketika iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, dan
salah satunya adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri. Pada ketika itu
beliau juga cuba menaikkan semula ekonomi Negara. Beliau juga telah bercita-cita untuk
mengeluarkan kereta buatan sendiri. Cita-cita beliau telah menimbulkan perasaan tidak yakin
dan ragu-ragu di kalangan rakyat. Ini kerana, pada masa itu kepakaran Malaysia dalam
bidang pembuatan kereta amat terhad kerana Malaysia belum mampu lagi melahirkan anakanak Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam bidang otomobil.
Namun, kekurangan pakar dari kalangan anak Malaysia sendiri bukan penghalang
bagi Tun Dr. Mahathir untuk meneruskan cita-citanya. Beliau telah mencari pelbagai cara dan
peluang yang ada untuk membolehkan Malaysia mengeluarkan kereta buatan sendiri. Sifat
dan semangat yang telah ditunjukkan oleh beliau iaitu berani mencuba harus dicontohi oleh
rakyat Malaysia khususnya.
Pada tahun 1981, Presiden Mitsubishi telah membuat lawatan ke Malaysia. Peluang
yang ada telah digunakan oleh Tun Dr. Mahathir

untuk merealisasikan cita-citanya

memajukan Malaysia dalam bidang otomobil dengan menerajui proses perindustrian dan
automotif Malaysia, meningkatkan pengetahuan dan penguasaan teknologi dalam bidang
industri pembuatan automotif dengan melibatkan dan melatih tenaga anak-anak Malaysia
serta memperkukuhkan keupayaan industri automotif Malaysia bagi menembusi pasaran
antarabangsa. Beliau telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Mitsubishi supaya
memberi kerjasama dan berkongsi pengalaman dengan Malaysia untuk mengeluarkan kereta
buatan sendiri.
Kemudian, pada bulan Febuari 1982, satu pasukan projek telah ditubuhkan untuk
membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi. Ketika itu,
pasukan projek telah diketuai oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).
Hasrat beliau telah mendapat persetujuan daripada pihak Mitsubishi Corporatian
Jepun dan mendapat sokongan daripada Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) serta
rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

5
Pada 13 Mei 1983, Syarikat PROTON telah ditubuhkan di bawah arahan beliau
sendiri. Pemegang saham PROTON pada masa itu terdiri daripada Perbadanan Industri Berat
Malaysia Berhad sebanyak 70%, Mitsubishi Motors Corporation, Jepun, sebanyak 15% dan
Mitsubishi Corporation, Jepun sebanyak 15%.
Berdasarkan teknologi dan bahagian-bahagian dari Mitsubishi Motors, pengeluaran
model pertama berasaskan model Mitsubishi Lanser Fiore, Proton Saga bermula pada bulan
September 1985. Ia dibangunkan buat kali pertama kali di kilang yang terletak di Shah Alam,
Selangor.
Pada mulanya, komponen kereta adalah sepenuhnya dibuat oleh Mitsubishi, kerana
pada masa itu Malaysia belum lagi mempunyai kelengkapan yang secukupnya dan tenaga
pakar, tetapi secara perlahan-lahan, bahagian komponen yang digunakan sebagai teknologi
dan kemahiran yang telah diperolehi telah dipindahkan. Proton Saga yang ke 100, 000 telah
dikeluarkan pada Januari 1989.
Pada tahun 1993, model yang dikenali sebagai Proton Wira diperkenalkan
berdasarkan Mitsubishi Lancer Colt. Model ini telah mendapat sambutan dan lebih 220,000
unit dijual antara tahun 2996 dan 1998. Proton Perdana juga telah diperkenalkan berdasarkan
Mitsubishi Galant Eterna yang pertama kali dihasilkan pada tahun 1995 yang bertujuan untuk
pasaran akhir yang lebih tinggi. Proton Waja juga yang dilancarkan pada awal tahun 2001
juga menjadi Proton Impian di UK, ia juga adalah model pertama yang direka dalaman oleh
Proton.
Bermula dari detik itulah PROTON telah mengorak langkah demi langkah
membentuk dan melakar kejayaan mengeluarkan model demi model terbaru dengan
menggunakan teknologi dan pakar dari tempatan dan sehingga kini Proton telah
mengeluarkan dan melancarkan ‘Proton Suprima’ yang telah mendapat sambutan hangat dari
penduduk tempatan. Ini terbukti rakyat Malaysia telah mempercayai dan memberikan
sokongan terhadap produk keluaran tempatan yang standing dengan antarabangsa.
Proton Holdings Berhad juga telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak
RM186 juta pada separuh pertama memberi manfaat kepada tahun kewangan 2010/2011
daripada sentimen pasaran yang bertambah baik dan peningkatan 13% dalam penjualan
kenderaan. Permintaan yang semakin meningkat bagi kenderaan Proton dengan ketara
disumbangkan oleh tiga model teras iaitu Saga, Persona dan Exora.

6
KEJAYAAN PROTON
Jika Jepun terkenal dengan pembangunan serba maju dan kejayaan dalam industri
otomobil, begitu juga Malaysia. Walaupun tidak sehebat dan setanding Jepun, tetapi Malaysia
juga boleh dikatakan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara seperti
Jepun kerana Malaysia juga berjaya dalam bidang otomobil dengan tertubuhnya PROTON
pada tahun 1983 yang telah sedikit sebanyak membuatkan rakyat Malaysia berasa amat
bangga.
Tarikh 7 Mei 1983 tersemat di ingatan rakyat Malaysia apabila kerajaan menubuhkan
syarikat kereta nasional pertama di negara ini, iaitu Perusahaan Otomobil Nasional
(PROTON). Matlamat penubuhan PROTON adalah untuk mengeluar, memasang dan
menjual kereta jenama Malaysia serta produk-produk yang berkaitan seperti alat ganti,
aksesori dan komponen-komponen lain telah pun tercapai walaupun pelbagai cabaran dan
rintangan telah dilalui. Jatuh dan bangun PROTON adalah batu loncatan untuk PROTON
melakar kejayaan demi kejayaan.
Setelah dua tahun menjalani pelbagai eksperimen, bermula daripada sekecil-kecil
komponen sehinggalah kepada pandu uji, maka lahirlah kereta pertama kebanggaan negara
yang dinamakan sebagai SAGA pada 9 Julai 1985. Semangat, aspirasi serta rasa bangga
pengasas PROTON, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu meresapi minda rakyat Malaysia
yang tidak sabar-sabar untuk memandu kereta jenama tempatan.
Sebelum kereta nasional pertama dilancarkan, PROTON telah mempelawa rakyat
Malaysia menyertai pertandingan menamakan kereta tersebut. Dari 102,823 penyertaan
diterima, nama SAGA yang diilhamkan oleh Encik Ismail Jaafar, Staf Sarjan dari Markas
Tentera Dua Divisyen Pulau Pinang, telah dipilih sebagai pemenang. Menurut Ismail, SAGA
adalah singkatan ‘safety, achievement, greatnese and ability’.
SAGA menjadi anak sulung PROTON yang kemudiannya melahirkan beberapa
model baru iaitu Iswara, Satria, Tiara, Wira, Putera, Perdana, Satria GTI, Perdana V6, Waja,
Savvy, Persona, Exora, Preve, Inspira, dan Suprima. Lebih membanggakan lagi, ‘anak-anak’
PROTON dibawa dengan megahnya menjenguk arena antarabangsa dan singgah di negaranegara seperti United Kingdom, Australia, Mauritius, Afrika Selatan, Mesir, Singapura, Iran,
Indonesia, Taiwan, Pakistan, Thailand dan banyak lagi. PROTON yang kina telah
mengeluarkan ratusan ribu kenderaan mampu milik untuk kegunaan rakyat Malaysia.
7
Biarpun pelbagai pandangan dan kritikan yang kurang menyenangkan telah diterima,
namun siapa pun tidak boleh menyangkal bahawa anak-anak PROTON masih menjadi
pilihan utama. Setiap kali model baru PROTON dilancarkan, tempahan yang diterima
melimpah ruah, sebanyak mana sekalipun rungutan yang dilemparkan terhadap mutu kereta
jenama itu tidak pernah menggugat pasaran PROTON.
Data mengenai pencapaian PROTON juga amat membanggakan. Bermula dengan
pelaburan asas berjumlah RM224 juta, PROTON berjaya meraih jualan terkumpul sebanyak
RM120 billion sepanjang 25 tahun. Tahun 2002 merupakan tahap yang paling
membanggakan apabila PROTON meraih rekod jualan yang paling tinggi iaitu RM10.307
billion.
Kejayaan ini adalah perancangan pelaburan yang terancang dan strategik, termasuk
dalam pembangunan produk. Pelaburan yang ditambah untuk meningkatkan keupayaan dan
kemampuan termasuk kapasiti dan effisiensi dijana dari dana dalaman. Dalam tempoh itu,
PROTON dalam usaha peningkatan strategik telah memiliki syarikat pembikinan motokar
lumba ternama Lotus dari United Kingdom dan pengalaman serta teknologi yang
dibangunkan oleh Lotus mula diserapkan ke dalam produk-produk PROTON yang bermula
dengan Satria 16V.
Kejayaan PROTON ini memungkinkan ianya disenaraikan di papan Bursa Malaysia
pada tahun 1993. PROTON sendiri tidak pernah berdiam diri atau selesa dengan jualan yang
meberangsangkan. Kerja keras dan mengamalkan sikap berdaya saing untuk memastikan
jaminan kualiti sentiasa dilaksanakan sepanjang perjalanan syarikat kebanggaan negara untuk
membina nama serta jenama. Proton Holding Berhad juga telah melancarkan kempen kualiti
yang menekankan komitmen syarikat itu dalam soal peningkatan kualiti selaras dengan
matlamatnya untuk menjadi pengeluar bertaraf antarabangsa.
Penerokaan dan penyelididkan (R&D) termasuk dari sudut reka bentuk sentiasa
menjadi keutamaan biarpun setiap kali mengeluarkan produk baru pasti kedengaran rungutan
yang tidak berkesudahan. Namun, usaha penambahbaikan yang dilaksanakan oleh PROTON
menampakkan kesan yang amat ketara. Proton Persona, produk kelima keluaran PROTON
sepenuhnya dilancar pada bulan Ogos empat tahun yang lalu telah menerima pujian yang
amat menyenangkan. Ia amat sejajar dengan falsafah penubuhan PROTON itu sendiri iaitu
mengeluarkan kereta untuk pasaran yang bersesuaian dan dijual pada harga yang berpatutan.

8
PENUTUP

PROTON bukan hanya memainkan peranan penting dalam pembangunan negara,
malahan ia telah membantu dalam mencapai matlamat negara untuk menjadi sebuah negara
perindustrian. Industri kereta nasional merupakan antara tulang belakang dalam
mempercepatkan proses perindustrian dan merealisasikan Wawasan 2020. Industri kereta
nasional juga adalah penting kepada negara kita kerana sumbangannya yang besar dari segi
kewangan dan perkembangan teknologi.
Kini, Malaysia boleh berbangga dengan kejayaannya kerana mampu mengeluarkan
kereta-kereta buatan tempatan seperti Proton Saga, Proton Wira, Proton Iswara, dan banyak
lagi serta sehingga kini keluaran yang terbaru iaitu Proton Suprima yang dikatakan dapat
bersaing dan standing dengan kereta-kereta yang diimport.
Proton yang memulakan operasinya dengan menggunakan teknologi Mitsubishi untuk
mengeluarkan model yang pertama iaitu Proton Saga yang berdasarkan Mitsubishi Lancer
Fiore, namun sedikit demi sedikit kandungan tempatan yang boleh dipertingkatkan dan
sistem perolehan dan pembekalan dari pengilang anak tempatan dapat dipertingkatkan.
Ternyata kebolehan dan kepakaran anak tempatan dalam industri ini tidak boleh
diperlekehkan.
Proton juga telah mengambil langkah bergerak ke hadapan setiap tahun dengan
memperkenalkan pelbagai jenis pengeluaran kereta tempatan yang direka dan dibangunkan
sendiri oleh jurutera Malaysia sendiri. Model-model derivatif juga turut diperkenalkan.
Walaupun tedapat pelbagai krisis dalaman yang agak mencabar, namun Proton dapat
bertahan sehingga kini dengan kekuatan dan semangat anak-anak tempatan yang
menerajuinya.
Impian Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan hanya melihat Malaysia mampu
mengeluarkan kereta, malah Proton menjadi industri induk bagi negara untuk mengorak
langkah ke arah negara maju jelas terbukti. Pengalaman dan pemikiran strategik dari Proton
ini amat berguna bagi industri berat dan teknologi tinggi.
Anak Melayu melaui Proton kini berjaya menguasai kemampuan untuk mereka,
merancang, menbagunkan secara end-to-end dan memasarkannya dan ini memberikan
peluang untuk program pembangunan modal insan bagi industri berat dan teknologi tinggi.

9
Proton merupakan langkah strategik Tun Dr. Mahathir untuk membuktikan peluang
bawah Dasar Ekonomi Bari memungkinkan orang Melayu menguasai kecekapan dan
kemampuan arus globalisasi.
Proton berjaya membuktikan ‘Malaysia Boleh’. Wawasan dan pandangan jauh Tun.
Dr. Mahathir menyediakan ‘kotak untuk dipijak’ agar rakyat Malaysia berdiri sama tinggi
dan megah dengan bangsa lain, termasuk negara maju berhasil. Maruah bangsa dan negara
dipelihara dengan kejayaan Proton.

10
RUJUKAN

http://suaragamb.blogspot.com/2011/02/sejarah-penubuhan-proton.html
http://www.azri.my/2012/04/sejarah-asal-usul-proton.html
http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f0482567320029f144/
6561049cbe900ab4482570a0002d87a2?OpenDocument
http://www.arenakereta.com/2011/12/04/kejayaan-proton-dalam-aprc-2011-diiktiraf-the-malaysiabook-of-records/
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/8/18/mstar_berita/20100818091840
http://www.bharian.com.my/articles/KeputusanperniagaanbetulpentinguntukkejayaanPROTON_Te
ngkuMahaleel/Article/
http://www.malaysiakini.com/letters/8961
http://www.astroawani.com/videos/show/malaysia-at-50/proton-lambang-kejayaan-56-tahunmalaysia-merdeka-14516
http://chewal.blogspot.com/2012/04/tahniah-proton.html
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=622
http://darkkurosaki.blogspot.com/2010/11/sebelum-ini-proton-menang-tempat.html
http://parpukari.blogspot.com/2010/07/proton-exora-mc-satu-kejayaan-proton_20.html
https://www.facebook.com/notes/blog-oh-malaysia/kejayaan-proton-kebanggaan-rakyatmalaysia/167034516650477
http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_19682004/1996-1998/1997pz/proton%20simysia.pdf
http://hazmanfadzil.com/2010/11/14/tahniah-pasukan-proton-cipta-kejayaan-di-aprc/
http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/detik-detik-kebangkitan-malaysia-di-matadunia-2/
http://sharinginfoz.blogspot.com/2010/11/kejayaan-proton-di-kejuaraan-perlumbaan.html

11

Mais conteúdo relacionado

Destaque

How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
ThinkNow
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 

Destaque (20)

Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 

Karya Akademik - Kemahiran Tumpuan Dalam Sains - NOV 2013

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH (ELEKTIF SAINS) SEKSYEN 1 __________________________________________________ KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS BBR3690 ~ TUGASAN INDIVIDU ~ Karya Akademik NORAZURA BT. MOHD. JOHAR DB 100309 UNTUK PERHATIAN ENCIK GHAZALLY SPAHAT 1
  • 2. ISI KANDUNGAN 1. Tajuk Karya………………………………………. m/s 2 2. Pengenalan…………………………………………. m/s 4 3. Isi…………………………………………………… m/s 7- 10 i) Bermulanya Proton……………………. m/s 5 - 6 ii) Kejayaan Proton………………………. m/s 7 - 8 4. Penutup…………………………………………….. m/s 9 - 10 5. Rujukan …………………………………………… m/s 11 2
  • 3. Tajuk : Proton, Dari Dahulu Hingga Kini. Tarikh : 20 September 2013 Masa : 11:08 pagi Kamera : Nama : Samsung Tab 7.0 Speed :- Accessory : - 3
  • 4. PENGENALAN PROTON adalah nama singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd yang telah ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd juga ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada Presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. PROTON juga merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya PROTON adalah berhasrat untuk mencapai aspirasi Negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut. Kilang PROTON telah didirikan di Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak. Tiga objektif dalam pembangunan nasional yang telah dihasratkan ialah menerajui proses perindustrian pembuatan dan automotif dalam negara, meningkatkan pengetahuan dan penguasaan teknologi dalam bidang industri pembuatan automotif dan memperkukuhkan keupayaan industri automotif Malaysia bagi menembusi pasaran antarabangsa. Setelah 28 tahun, PROTON telah berupaya berkembang pesat dan menguasai pasaran automobil tempatan. PROTON juga telah berjaya menembusi pasaran luar seperti pasaran Negara ASEAN, China, India, United Kingdom, Afrika Selatan, Timur Tengah dan Afrika Utara. Aktiviti utama PROTON adalah merangkumi bidang Kejuruteraan Kenderaan, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Pengilangan Otomobil, Pengedar Kenderaan, Jualan Kenderaan dan Perkhidmatan Selepas Jualan. Sehingga kini, model kereta yang dikeluarkan PROTON merangkami Saga, sebagai kereta keluaran pertama, Iswara, Satria, Wira, Juara, Putra, Savvy, Tiara, Waja, Perdana, Persona, Inspira, Gen-2, Arena, Exora, Preve dan yang terbaru ialah Suprima. 4
  • 5. BERMULANYA PROTON Pada dekad 80-an, Malaysia merupakan sebuah negara yang baru pulih daripada kegawatan ekonomi. Namun begitu, Malaysia masih berada di dalam kalangan negara membangun dunia. Pelbagai usaha yang telah dan sedang dijalankan serta dilaksanakan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia pada ketika iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, dan salah satunya adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri. Pada ketika itu beliau juga cuba menaikkan semula ekonomi Negara. Beliau juga telah bercita-cita untuk mengeluarkan kereta buatan sendiri. Cita-cita beliau telah menimbulkan perasaan tidak yakin dan ragu-ragu di kalangan rakyat. Ini kerana, pada masa itu kepakaran Malaysia dalam bidang pembuatan kereta amat terhad kerana Malaysia belum mampu lagi melahirkan anakanak Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam bidang otomobil. Namun, kekurangan pakar dari kalangan anak Malaysia sendiri bukan penghalang bagi Tun Dr. Mahathir untuk meneruskan cita-citanya. Beliau telah mencari pelbagai cara dan peluang yang ada untuk membolehkan Malaysia mengeluarkan kereta buatan sendiri. Sifat dan semangat yang telah ditunjukkan oleh beliau iaitu berani mencuba harus dicontohi oleh rakyat Malaysia khususnya. Pada tahun 1981, Presiden Mitsubishi telah membuat lawatan ke Malaysia. Peluang yang ada telah digunakan oleh Tun Dr. Mahathir untuk merealisasikan cita-citanya memajukan Malaysia dalam bidang otomobil dengan menerajui proses perindustrian dan automotif Malaysia, meningkatkan pengetahuan dan penguasaan teknologi dalam bidang industri pembuatan automotif dengan melibatkan dan melatih tenaga anak-anak Malaysia serta memperkukuhkan keupayaan industri automotif Malaysia bagi menembusi pasaran antarabangsa. Beliau telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Mitsubishi supaya memberi kerjasama dan berkongsi pengalaman dengan Malaysia untuk mengeluarkan kereta buatan sendiri. Kemudian, pada bulan Febuari 1982, satu pasukan projek telah ditubuhkan untuk membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi. Ketika itu, pasukan projek telah diketuai oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM). Hasrat beliau telah mendapat persetujuan daripada pihak Mitsubishi Corporatian Jepun dan mendapat sokongan daripada Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut. 5
  • 6. Pada 13 Mei 1983, Syarikat PROTON telah ditubuhkan di bawah arahan beliau sendiri. Pemegang saham PROTON pada masa itu terdiri daripada Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad sebanyak 70%, Mitsubishi Motors Corporation, Jepun, sebanyak 15% dan Mitsubishi Corporation, Jepun sebanyak 15%. Berdasarkan teknologi dan bahagian-bahagian dari Mitsubishi Motors, pengeluaran model pertama berasaskan model Mitsubishi Lanser Fiore, Proton Saga bermula pada bulan September 1985. Ia dibangunkan buat kali pertama kali di kilang yang terletak di Shah Alam, Selangor. Pada mulanya, komponen kereta adalah sepenuhnya dibuat oleh Mitsubishi, kerana pada masa itu Malaysia belum lagi mempunyai kelengkapan yang secukupnya dan tenaga pakar, tetapi secara perlahan-lahan, bahagian komponen yang digunakan sebagai teknologi dan kemahiran yang telah diperolehi telah dipindahkan. Proton Saga yang ke 100, 000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Pada tahun 1993, model yang dikenali sebagai Proton Wira diperkenalkan berdasarkan Mitsubishi Lancer Colt. Model ini telah mendapat sambutan dan lebih 220,000 unit dijual antara tahun 2996 dan 1998. Proton Perdana juga telah diperkenalkan berdasarkan Mitsubishi Galant Eterna yang pertama kali dihasilkan pada tahun 1995 yang bertujuan untuk pasaran akhir yang lebih tinggi. Proton Waja juga yang dilancarkan pada awal tahun 2001 juga menjadi Proton Impian di UK, ia juga adalah model pertama yang direka dalaman oleh Proton. Bermula dari detik itulah PROTON telah mengorak langkah demi langkah membentuk dan melakar kejayaan mengeluarkan model demi model terbaru dengan menggunakan teknologi dan pakar dari tempatan dan sehingga kini Proton telah mengeluarkan dan melancarkan ‘Proton Suprima’ yang telah mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan. Ini terbukti rakyat Malaysia telah mempercayai dan memberikan sokongan terhadap produk keluaran tempatan yang standing dengan antarabangsa. Proton Holdings Berhad juga telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM186 juta pada separuh pertama memberi manfaat kepada tahun kewangan 2010/2011 daripada sentimen pasaran yang bertambah baik dan peningkatan 13% dalam penjualan kenderaan. Permintaan yang semakin meningkat bagi kenderaan Proton dengan ketara disumbangkan oleh tiga model teras iaitu Saga, Persona dan Exora. 6
  • 7. KEJAYAAN PROTON Jika Jepun terkenal dengan pembangunan serba maju dan kejayaan dalam industri otomobil, begitu juga Malaysia. Walaupun tidak sehebat dan setanding Jepun, tetapi Malaysia juga boleh dikatakan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara seperti Jepun kerana Malaysia juga berjaya dalam bidang otomobil dengan tertubuhnya PROTON pada tahun 1983 yang telah sedikit sebanyak membuatkan rakyat Malaysia berasa amat bangga. Tarikh 7 Mei 1983 tersemat di ingatan rakyat Malaysia apabila kerajaan menubuhkan syarikat kereta nasional pertama di negara ini, iaitu Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON). Matlamat penubuhan PROTON adalah untuk mengeluar, memasang dan menjual kereta jenama Malaysia serta produk-produk yang berkaitan seperti alat ganti, aksesori dan komponen-komponen lain telah pun tercapai walaupun pelbagai cabaran dan rintangan telah dilalui. Jatuh dan bangun PROTON adalah batu loncatan untuk PROTON melakar kejayaan demi kejayaan. Setelah dua tahun menjalani pelbagai eksperimen, bermula daripada sekecil-kecil komponen sehinggalah kepada pandu uji, maka lahirlah kereta pertama kebanggaan negara yang dinamakan sebagai SAGA pada 9 Julai 1985. Semangat, aspirasi serta rasa bangga pengasas PROTON, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu meresapi minda rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk memandu kereta jenama tempatan. Sebelum kereta nasional pertama dilancarkan, PROTON telah mempelawa rakyat Malaysia menyertai pertandingan menamakan kereta tersebut. Dari 102,823 penyertaan diterima, nama SAGA yang diilhamkan oleh Encik Ismail Jaafar, Staf Sarjan dari Markas Tentera Dua Divisyen Pulau Pinang, telah dipilih sebagai pemenang. Menurut Ismail, SAGA adalah singkatan ‘safety, achievement, greatnese and ability’. SAGA menjadi anak sulung PROTON yang kemudiannya melahirkan beberapa model baru iaitu Iswara, Satria, Tiara, Wira, Putera, Perdana, Satria GTI, Perdana V6, Waja, Savvy, Persona, Exora, Preve, Inspira, dan Suprima. Lebih membanggakan lagi, ‘anak-anak’ PROTON dibawa dengan megahnya menjenguk arena antarabangsa dan singgah di negaranegara seperti United Kingdom, Australia, Mauritius, Afrika Selatan, Mesir, Singapura, Iran, Indonesia, Taiwan, Pakistan, Thailand dan banyak lagi. PROTON yang kina telah mengeluarkan ratusan ribu kenderaan mampu milik untuk kegunaan rakyat Malaysia. 7
  • 8. Biarpun pelbagai pandangan dan kritikan yang kurang menyenangkan telah diterima, namun siapa pun tidak boleh menyangkal bahawa anak-anak PROTON masih menjadi pilihan utama. Setiap kali model baru PROTON dilancarkan, tempahan yang diterima melimpah ruah, sebanyak mana sekalipun rungutan yang dilemparkan terhadap mutu kereta jenama itu tidak pernah menggugat pasaran PROTON. Data mengenai pencapaian PROTON juga amat membanggakan. Bermula dengan pelaburan asas berjumlah RM224 juta, PROTON berjaya meraih jualan terkumpul sebanyak RM120 billion sepanjang 25 tahun. Tahun 2002 merupakan tahap yang paling membanggakan apabila PROTON meraih rekod jualan yang paling tinggi iaitu RM10.307 billion. Kejayaan ini adalah perancangan pelaburan yang terancang dan strategik, termasuk dalam pembangunan produk. Pelaburan yang ditambah untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan termasuk kapasiti dan effisiensi dijana dari dana dalaman. Dalam tempoh itu, PROTON dalam usaha peningkatan strategik telah memiliki syarikat pembikinan motokar lumba ternama Lotus dari United Kingdom dan pengalaman serta teknologi yang dibangunkan oleh Lotus mula diserapkan ke dalam produk-produk PROTON yang bermula dengan Satria 16V. Kejayaan PROTON ini memungkinkan ianya disenaraikan di papan Bursa Malaysia pada tahun 1993. PROTON sendiri tidak pernah berdiam diri atau selesa dengan jualan yang meberangsangkan. Kerja keras dan mengamalkan sikap berdaya saing untuk memastikan jaminan kualiti sentiasa dilaksanakan sepanjang perjalanan syarikat kebanggaan negara untuk membina nama serta jenama. Proton Holding Berhad juga telah melancarkan kempen kualiti yang menekankan komitmen syarikat itu dalam soal peningkatan kualiti selaras dengan matlamatnya untuk menjadi pengeluar bertaraf antarabangsa. Penerokaan dan penyelididkan (R&D) termasuk dari sudut reka bentuk sentiasa menjadi keutamaan biarpun setiap kali mengeluarkan produk baru pasti kedengaran rungutan yang tidak berkesudahan. Namun, usaha penambahbaikan yang dilaksanakan oleh PROTON menampakkan kesan yang amat ketara. Proton Persona, produk kelima keluaran PROTON sepenuhnya dilancar pada bulan Ogos empat tahun yang lalu telah menerima pujian yang amat menyenangkan. Ia amat sejajar dengan falsafah penubuhan PROTON itu sendiri iaitu mengeluarkan kereta untuk pasaran yang bersesuaian dan dijual pada harga yang berpatutan. 8
  • 9. PENUTUP PROTON bukan hanya memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, malahan ia telah membantu dalam mencapai matlamat negara untuk menjadi sebuah negara perindustrian. Industri kereta nasional merupakan antara tulang belakang dalam mempercepatkan proses perindustrian dan merealisasikan Wawasan 2020. Industri kereta nasional juga adalah penting kepada negara kita kerana sumbangannya yang besar dari segi kewangan dan perkembangan teknologi. Kini, Malaysia boleh berbangga dengan kejayaannya kerana mampu mengeluarkan kereta-kereta buatan tempatan seperti Proton Saga, Proton Wira, Proton Iswara, dan banyak lagi serta sehingga kini keluaran yang terbaru iaitu Proton Suprima yang dikatakan dapat bersaing dan standing dengan kereta-kereta yang diimport. Proton yang memulakan operasinya dengan menggunakan teknologi Mitsubishi untuk mengeluarkan model yang pertama iaitu Proton Saga yang berdasarkan Mitsubishi Lancer Fiore, namun sedikit demi sedikit kandungan tempatan yang boleh dipertingkatkan dan sistem perolehan dan pembekalan dari pengilang anak tempatan dapat dipertingkatkan. Ternyata kebolehan dan kepakaran anak tempatan dalam industri ini tidak boleh diperlekehkan. Proton juga telah mengambil langkah bergerak ke hadapan setiap tahun dengan memperkenalkan pelbagai jenis pengeluaran kereta tempatan yang direka dan dibangunkan sendiri oleh jurutera Malaysia sendiri. Model-model derivatif juga turut diperkenalkan. Walaupun tedapat pelbagai krisis dalaman yang agak mencabar, namun Proton dapat bertahan sehingga kini dengan kekuatan dan semangat anak-anak tempatan yang menerajuinya. Impian Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan hanya melihat Malaysia mampu mengeluarkan kereta, malah Proton menjadi industri induk bagi negara untuk mengorak langkah ke arah negara maju jelas terbukti. Pengalaman dan pemikiran strategik dari Proton ini amat berguna bagi industri berat dan teknologi tinggi. Anak Melayu melaui Proton kini berjaya menguasai kemampuan untuk mereka, merancang, menbagunkan secara end-to-end dan memasarkannya dan ini memberikan peluang untuk program pembangunan modal insan bagi industri berat dan teknologi tinggi. 9
  • 10. Proton merupakan langkah strategik Tun Dr. Mahathir untuk membuktikan peluang bawah Dasar Ekonomi Bari memungkinkan orang Melayu menguasai kecekapan dan kemampuan arus globalisasi. Proton berjaya membuktikan ‘Malaysia Boleh’. Wawasan dan pandangan jauh Tun. Dr. Mahathir menyediakan ‘kotak untuk dipijak’ agar rakyat Malaysia berdiri sama tinggi dan megah dengan bangsa lain, termasuk negara maju berhasil. Maruah bangsa dan negara dipelihara dengan kejayaan Proton. 10
  • 11. RUJUKAN http://suaragamb.blogspot.com/2011/02/sejarah-penubuhan-proton.html http://www.azri.my/2012/04/sejarah-asal-usul-proton.html http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f0482567320029f144/ 6561049cbe900ab4482570a0002d87a2?OpenDocument http://www.arenakereta.com/2011/12/04/kejayaan-proton-dalam-aprc-2011-diiktiraf-the-malaysiabook-of-records/ http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/8/18/mstar_berita/20100818091840 http://www.bharian.com.my/articles/KeputusanperniagaanbetulpentinguntukkejayaanPROTON_Te ngkuMahaleel/Article/ http://www.malaysiakini.com/letters/8961 http://www.astroawani.com/videos/show/malaysia-at-50/proton-lambang-kejayaan-56-tahunmalaysia-merdeka-14516 http://chewal.blogspot.com/2012/04/tahniah-proton.html http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=622 http://darkkurosaki.blogspot.com/2010/11/sebelum-ini-proton-menang-tempat.html http://parpukari.blogspot.com/2010/07/proton-exora-mc-satu-kejayaan-proton_20.html https://www.facebook.com/notes/blog-oh-malaysia/kejayaan-proton-kebanggaan-rakyatmalaysia/167034516650477 http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_19682004/1996-1998/1997pz/proton%20simysia.pdf http://hazmanfadzil.com/2010/11/14/tahniah-pasukan-proton-cipta-kejayaan-di-aprc/ http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/detik-detik-kebangkitan-malaysia-di-matadunia-2/ http://sharinginfoz.blogspot.com/2010/11/kejayaan-proton-di-kejuaraan-perlumbaan.html 11