1. LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
SMK TAMBULION, KOTA BELUD
2012
12 JANUARI 2012 (KHAMIS)
Disediakan oleh : Disemak oleh :
............................ ..........................
Azmie Trip Pn. Hajah Sharina Bt. Mohd. Majimin
Pengarah Kejohanan Merentas Desa Pengetua
SMK Tambulion 2012. SMK Tambulion, Kota Belud.
2. 1. PENDAHULUAN
Kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini adalah satu acara tahunan yang
dijalankan sebagai pembuka tirai untuk kejohanan sukan mengikut calendar MSSS
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Kejohanan ini memupuk semangat
juang pada setiap atlit yang bertanding untuk menjadi juara individu serta kerjasama
berpasukan untuk memastikan pasukan yang diwakili mereka menjadi juara
berpasukan. Setiap tahun SMK Tambulion telah Berjaya menghasilkan pelari
merentas desa yang baik dan kompetitif serta berupaya untuk mewakili daerah Kota
Belud ke peringkat Zon Utara.
2. MASA DAN TEMPAT
Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 12 Januari 2012
Masa: 8.00 – 10.30 pagi
Tempat : Laluan sekitar kampung Piasau, Kota Belud.
3. KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN
Semua warga SMK Tambulion telah bekerjasama untuk memastikan perjalanan
kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua murid (kecuali yang mempunyai masalah
kesihatan) telah turut serta berlari di sepanjang laluan yang telah disediakan. Para
guru juga telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dengan
begitu cemerlang. Puan Pengetua sendiri telah turun padang untuk melepaskan para
peserta.
4. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
Terdapat empat kategori yang telah dipertandingkan mengikut apa yang telah
ditetapkan iaitu :-
1. Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun
2. Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun
3. Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun
4. Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun
3. 5. KEKUATAN
Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan pengelolaan
kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada kali ini. Pihak pentadbiran sekolah
telah bersetuju untuk member dana yang diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan.
Para guru juga begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing. Para pelajar
pula begitu bersemangat untuk mengikuti acara ini. Ini adalah ciri-ciri positif yang
telah menjadikan kejohanan ini satu kejayaan.
6. KELEMAHAN
Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan ini memang ada tetapi ianya tidak
mencacatkan perjalanan acara yang berlangsung. Salah satunya ialah kawalan lalu
lintas yang kurang teratur di mana para peserta berlari menggunakan keseluruhan
permukaan jalan raya sehingga menyukarkan kenderaan-kenderaan lain untuk
memintas. Sewaktu kejohanan ini berlangsung, terdapat juga lori-lori besar yang
sedang mengangkut tanah untuk tujuan pembinaan. Ini telah mengakibat habuk dan
debu berterbangan ke udara sewaktu para peserta berlari. Para petugas kecemasan
juga (PBSM) perlu ditambah kerana pada satu ketika bilangan mereka tidak
mencukupi untuk merawat atau mengangkat para peserta yang pengsan di garisan
penamat. Walapun begitu mereka telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu
para peserta yang terlibat.
7. KEWANGAN
Pihak sekolah telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM537 untuk
perbelanjaan pengurusan kejohanan ini. Duit ini telah dibelanjakan untuk membeli
barang-barang serta bahan yang diperlukan seperti yang terkandung dalam kertas
kerja.
8. PENUTUP
Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang
masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapkan agar kejohanan
ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa-masa akan datang.
Disediakan oleh:
.........................
Azmie B. Trip
Pengarah Kejohanan Merentas Desa
SMK Tambulion 2012.