SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Download to read offline
Topik  Pengetahuan 
       5                     Asas dalam 
                             Muzik
     HASIL PEMBELAJARAN
    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
    1. Memperkenalkan asas-asas muzik kepada pelajar dan membolehkan
       pelajar memahami prinsip-prinsip muzik;
    2. Menjelaskan maksud muzik serta memahami matlamat dan objektif
       muzik;
    3. Menyatakan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang perlu ada
       pada setiap pelajar;
    4. Menjelaskan faedah Seni dalam Pendidikan dalam proses pengajaran
       dan pembelajaran;
    5. Menjelaskan kepada peserta tentang aktiviti-aktiviti muzikal yang
       perlu ada pada setiap pelajar seperti nyanyian, pergerakan dan
       permainan alat; dan
    6. Merancang aktiviti-aktiviti muzikal yang bersesuaian mengikut tahap
       kemampuan pelajar.



     PENGENALAN
Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh
dipisahkan. Tanpa muzik, dunia bagi pelajar adalah kosong. Selain daripada itu,
muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar sentiasa
memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat
melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan
ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung
86      TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK



kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam
proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiahnya.
Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi
aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Penglibatan pelajar
secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan
perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu,
pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran lain.


5.1       PENGENALAN ASAS MUZIK
Biasanya apabila disebut muzik, kita akan membayangkan lagu-lagu nyanyian,
mainan alat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya, atau
mendengar lagu-lagu dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain.

Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu, pada
hakikatnya tiada orang yang sepatutnya berkata: „Saya tidak suka muzik.‰
Melalui muzik, seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan
kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan,
kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan. Muzik boleh
menggambarkan emosi seseorang, malahan ia mampu menggantikan
pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku.

Kegiatan muzik merupakan satu saluran komunikasi yang sangat penting.
Fahaman dan penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik yang meluas dan sejagat
akan dapat membantu mengeratkan perhubungan dan persefahaman
kemanusiaan.


5.1.1     Definisi Muzik
Hampir semua orang pernah mendengar perkataan „muzik‰ dan mungkin ramai
juga yang mengatakan yang ia tahu maksud perkataan „muzik‰. Tetapi untuk
mendapatkan persetujuan tentang definisi „muzik‰ mungkin tidak begitu
mudah. Pada amnya, muzik diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang
menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan/atau instrumental termasuk bunyi-
bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap
memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga
boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas
dan bunyi-bunyi lain yang didengar di persekitaran boleh didefinisikan sebagai
muzik juga.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK             87



Dalam bahasa Arab, pengertian „muzik‰ adalah sebagai handasah alsawt yang
bermaksud „kejuruteraan bunyi secara artistik.‰ Sebenarnya, „muzik‰ ialah satu
perkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman purba
Yunani. Perkataan Yunani „Muses‰ bermaksud semua bentuk seni halus
termasuk muzik. Tetapi pada hari ini, perkataan „muzik‰ ini digunakan secara
universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian.


5.1.2        Matlamat dan Objektif
(a)   Matlamat
      Pendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi
      dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui
      pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup
      dalam konteks budaya dan aspirasi negara.

(b) Objektif
    Dengan memahami muzik, pelajar akan dapat:
      (i)    menikmati pelbagai pengalaman muzik;
      (ii)   memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri;
      (iii) merasai dan mengenal konsep muzik;
      (iv) meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;
      (v)    mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas;
      (vi) memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian,
           muzik dengan gerakan dan permainan alat;
      (vii) memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;
      (viii) mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;
      (ix) mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional
           dan semasa yang sesuai;
      (x)    mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan
      (xi) menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.
88       TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK




5.1.3      Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
Principles of the Pestalozzian System of Music mengenai prinsip pengajaran dan
pembelajaran muzik adalah seperti berikut:

(a)   Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau simbologi
      (kaedah hafalan sebelum catatan) dan biarlah pelajar menyanyi dahulu
      sebelum mempelajari notasi muzik.

(b)   Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya
      memerhati, mendengar, meniru, serta membezakan bunyi-bunyi yang
      didengarnya itu dan menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka
      sendiri sama ada bunyi-bunyi itu sama atau berlainan, dan seronok untuk
      didengar atau tidak. Perkara ini dilakukan dengan penerangan atau
      panduan yang paling minimum daripada guru. Ini bererti pembelajaran
      yang aktif dan bukan yang berbentuk pasif (kaedah penemuan kendiri).

(c)   Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi,
      bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. Perkara ini harus
      dijalankan dengan teliti sebelum melakukan aktiviti gabungan dengan
      unsur muzik yang lain. Setiap pelajar harus mahir dan cekap dengan setiap
      unsur muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi, sistematik dan
      berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang berikut (pembelajaran
      mengikut urutan).

(d)   Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik
      dijalankan. Dengan itu, pelajar akan dapat mengaitkan amalan praktik dan
      teori dengan usaha sendiri (pembelajaran heuristik).

(e)   Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan
      membuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha
      sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan
      berkonsep).

(f)   Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik               instrumental   harus
      diselaraskan. Nyanyian solfa tidak digalakkan.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK               89



Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

Rajah 5.1 di bawah menunjukkan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran
muzik serta pengasasnya:




      Rajah 5.1: Pendekatan pengajaran Pembelajaran Muzik serta pengasasnya

Kebanyakan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik telah
diasaskan berdasarkan kepada Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi
Suzuki, Zoltan Kodaly dan Edwin Gordon. Walaupun setiap pengkaedah muzik
mempunyai latar belakang yang berbeza, tetapi setiap daripada mereka banyak
memberi perhatian kepada bagaimana konsep-konsep muzik seharusnya
diperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Di antara kelima-lima pendekatan itu,
pendekatan Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat
atau sequential.

Pendekatan Dalcroze, Orff, Kodaly dan Gordon lebih memberikan penumpuan
kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Manakala
Suzuki lebih menumpukan kepada pembelajaran muzik instrumental dan
berkait dengan pembelajaran muzik untuk pelajar prasekolah.

Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti eurhythmic adalah
merupakan pendekatan Dalcroze. Dengan itu, gerakan, improvisasi dan
nyanyian solfa diberikan keutamaan dalam pendidikan muzik oleh Dalcroze.
Bagi Dalcroze, perkembangan kebolehan muzik di kalangan pelajar boleh
berlaku dengan baik tanpa tumpuan yang mengongkong dan formal kepada
90       TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK



aktiviti-aktiviti muzik pada peringkat awal pelajar. Bagi Dalcroze, aktiviti-
aktiviti formal seperti latihan teori dan pembacaan notasi lebih melibatkan
intelek sahaja. Oleh itu, Dalcroze telah banyak menggunakan gerak-geri tubuh
badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti
terhadap aspek-aspek muzik seperti irama, rangkai lagu, melodi dan bentuk atau
struktur muzik di kalangan pelajar. Beliau berpendapat bahawa tubuh badan
manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan otak melalui satu sistem urat
saraf atau otot-otot yang begitu kompleks. Kajian dan penyelidikan dalam
bidang neurologi telah banyak memberi bukti kepada pendapat Dalcroze
mengenai kaedah kinestetik yang dinamakan eurhythmics.

Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beraneka jenis pengalaman
muzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan
peralatan muzik yang direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik bagi
pelajar. Sifat semulajadi kanak-kanak untuk bermain diberi makna sepenuhnya
dalam pendekatan Orff. Idea-idea Dalcroze telah mempengaruhi Orff. Beliau
telah mengaitkan muzik dengan gerakan dan pertuturan pelajar yang berirama
(chants) dalam bukunya Orff Schulwerk. Orff berpendapat bahawa irama
bahasa/lagu dan pergerakan secara spontan kesemuanya boleh banyak
membantu pelajar supaya mempelajari dan memahami dengan lebih berkesan
konsep-konsep muzikal. Pelajar yang mempelajari muzik melalui pendekatan
Orff diberi peluang yang mencukupi untuk mempelajari muzik dan melakukan
improvisasi dengan muzik dengan cara „penemuan sendiri.‰

Pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada lima komponen utama:

(a)   Imitasi (Mengajuk Balik)
      Berkait dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan
      menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan. Irama badan
      yang dimaksudkan adalah melalui aktiviti-aktiviti bertepuk tangan, petik
      jari, menampar peha, hentak kaki dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini
      boleh dilakukan bersama pembelajaran nyanyian dan bermain alat muzik.
      Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang berpic (glockenspiel,
      xilofon, metalofon, simbal, dram, kerincing, loceng) banyak digunakan.
      Manakala alat melodi yang utama ialah rekoder.

(b)   Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
      Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi
      muzikal dan membuat gerakan dengan usaha sendiri.

(c)   Improvisasi
      Pelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu atau
      kumpulan dengan kesemua peralatan Orff. Pada mulanya, hanya skel
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK              91



      pentatonik disyorkan. Ia dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu
      pada peralatan genderang Orff yang berpic seperti xilofon dan metalofon.
      Cuma not tonik „do‰ dan not yang kelima „soh‰ dimainkan; kesemua not-not
      lain ditanggalkan. Alat xilofon yang lain pula hanya menggunakan skel
      pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh „ti‰ dan not keempat „fah‰.

Skel pentatonik ialah skel yang mempunya lima ton.




(d)   Mencipta
      Pada tahap ini, pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan
      bahan asas dari fasa-fasa di atas. Bahan itu digunakan untuk mencipta
      rondos, mini suites dan theme and variation. Di peringkat ini, cerita pelajar
      dan puisi digunakan sebagai bahan muzikal untuk penciptaan muzik
      dengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan, nyanyian dan
      permainan alat-alat muzik Orff.

(e)   Literasi
      Pada tahap ini, pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzik
      seperti sight singing, menulis corak irama dan skor muzik.

Kodaly telah mengasaskan satu pendekatan yang begitu terkenal di seluruh
dunia. Beliau telah merancang satu kurikulum muzik untuk kegunaan sekolah
di mana pembelajaran muzik diadakan sebanyak empat hingga enam kali
seminggu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah.
Program muzik ini diaturkan secara berperingkat atau sequential dalam
beberapa aspek pembelajaran muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasi
muzik dan permainan alat muzik. Kodaly telah memberi penekanan yang jelas
kepada aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkat awal lagi
melalui aktiviti nyanyian semerta dan menurunkan melodi dengan notasi.
Kaedah Kodaly banyak menggunakan isyarat tangan, latihan solfa tangga nada
pentatonik dan nyanyian lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan
alat muzik).
92      TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK




 Pendekatan Suzuki pernah digelar „pendekatan bahasa ibunda.‰ Suzuki
 menamakan kaedahnya talent education atau „pendekatan bakat.‰ Seperti
 pendekatan Orff, pendekatan Suzuki juga memerlukan alat-alat khas iaitu
 violin kecil. Ciri-ciri yang istimewa dalam pendekatan Suzuki termasuk
 penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik
 secara individu. Suzuki juga berpendapat bahawa pendidikan muzik harus
 bermula dari peringkat awal kanak-kanak dan pengajaran muzik perlu
 dimulakan dengan bermain secara menghafal rote playing sebelum
 menerima pembelajaran notasi formal. Mendengar muzik secara berulang
 kali atau berkali-kali atau secara bertubi-tubi dianggap amat penting di
 dalam pendekatan Suzuki. Kebanyakan dari ciri-ciri asas dalam pendekatan
 Suzuki masih dikekalkan sehingga kini dalam situasi pengajaran dan
 pembelajaran muzik.



Latihan Solfa Isyarat Tangan Curwen

 Pendekatan Kodaly menekankan kepentingan belajar menyanyi mengikut pic
 yang betul. Pada kurun ke-18, John Spencer Curwen dari England mencipta
 isyarat-isyarat tangan (Rajah 5.2) untuk mengiringi suku kata solfa (do re mi).
 Kodaly menyerapkan isyarat-isyarat tangan ini ke dalam metod
 pengajarannya.

 Isyarat-isyarat tangan merupakan cara mewakili pic vokal menggunakan
 kedudukan fizikal. Do rendah bermula pada paras tengah (midsection). Setiap
 pic yang kemudiannya seharusnya di atas pic yang sebelumnya. Maka, isyarat
 tangan akan sentiasa menaik apabila pic menaik. Do tinggi adalah pada paras
 mata.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK         93




                      Rajah 5.2: Isyarat tangan „Curwen‰

Pendekatan Edwin Gordon adalah berasaskan kepada hasil penyelidikan jangka
panjang mengenai kandungan muzik dan turutan pembelajaran di peringkat
sekolah rendah. Pendekatannya adalah bercorak formal berbanding pendekatan
Dalcroze, Orff, Suzuki atau Kodaly yang lebih berdasarkan kepada falsafah
masing-masing. Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol di mana
keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi
dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Bagi Gordon,
pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar dapat
menguasai satu kebolehan yang dipanggil audiation iaitu satu proses mental
yang membolehkan seorang manusia mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa
rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration).
Dengan itu, punca bunyi dalam audiation adalah dari akal fikiran sendiri dan
bukan dari persekitaran fizikal. Bahan dan strategi dalam pendekatan Gordon
juga diatur secara berperingkat mengikut teori-teori pembelajaran semasa.
Aspek-aspek kognitif juga diberi keutamaan yang sama dengan aspek-aspek
pembelajaran muzik yang lain. Dengan itu, pelajar boleh membezakan irama,
meter dan juga tonaliti selain dari menyanyi, bermain alat muzik, membaca
notasi atau menghayati muzik.
94       TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK




        AKTIVITI 5.1

      Berdasarkan pengetahuan anda, bincangkan pendekatan Kodaly
      dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.




 5.2       KONSEP MUZIK
Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti
tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep
muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi irama, melodi,
harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.

Unsur-unsur Muzik
(a)   Melodi
      Rajah 5.3 menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam melodi:




                        Rajah 5.3: Elemen-elemen dalam melodi

      Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi, contohnya lagu
      Rasa Sayang.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK           95




Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah.

Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu „do re mi‰ (jeda
tiga).

Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut
langkah tertentu, contohnya skel C major.

Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.

Berikut adalah antara contoh-contoh skor muzik:
96          TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK




(b)   Harmoni
      Rajah 5.4 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam
      harmoni:




                               Rajah 5.4: Elemen-elemen harmoni

      Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau
      serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod
      adalah untuk mengiringi melodi.

      Tiga elemen dalam harmoni ialah:

      (i)    Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk
             triad, not yang digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima
             dari satu skel.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK              97



      (ii)   Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu
             persatu, menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan
             arpeggio atau kod curai.

      (iii) Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak ke satu kod yang lain,
            ianya disebut sebagai pergerakan kod. Di antara pergerakan kod yang
            lazim digunakan adalah pergerakan kod I IV V. Kod-kod ini
            dinamakan sebagai kod primer.

(c)   Irama
      Rajah 5.5 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam
      irama:




                                   Rajah 5.5: Elemen-elemen irama

      Irama adalah gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza yang
      menghasilkan irama yang berbeza.

      Lima elemen dalam irama ialah:
      (i)    Detik: Rentak yang konsisten, contohnya denyutan jantung.
      (ii)   Meter: Masa bagi muzik dikawal oleh meter yang ditulis seperti beriku

                               2     3     4     2     6
                               4     4     4     2     8
             Angka di atas menunjukkan bilangan detik dan angka di bawah
             menentukan jenis detik.
      (iii) Corak Irama: Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan
            corak irama yang berbeza.
      (iv) Rentak: Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi
           nyanyian atau permainan alat, contohnya rentak masri.
      (v)    Tempo: Kelajuan sesebuah lagu atau muzik, contohnya allegro (cepat)
             dan moderato (sederhana).
98          TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK



(d) Ekspresi
    Rajah 5.6 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam
    ekspresi:




                            Rajah 5.6: Elemen-elemen ekspresi

     Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu
     persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks,
     istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh
     menghasilkan interpretasi tersendiri.

     Tiga elemen ekspresi ialah:

     (i)     Dinamiks: Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau
             lembut dalam muzik.

                   P     (piano)        Lembut (soft)
                   F     (forte)        Kuat (loud)

     (ii)    Istilah Dinamiks: Tempo             -    berkaitan dengan kelajuan
                                                      dalam muzik
                             Alla marcia         -    rentak march
                             Andante             -    sederhana cepat
                             Allegro             -    rancak dan cepat
                             Coda ( )            -    bahagian tambahan dalam
                                                      sesuatu ciptaan
                             Da capo (D.C)       -    dari permulaan
                             Dal/segno (D.S)     -    dari tanda segno
                             Fine                -    tamat
                             Moderato            -    sederhana
                             Segno               -    tanda
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK          99



(iii) Tanda Isyarat : Simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan
     maksud khusus. Contohnya:
100          TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK



(e)   Bentuk
      Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang
      mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB.
      Contohnya:
      •      Penyusunan idea muzik dalam bentuk berikut:
             −    Bentuk dua bahagian
             −    Bentuk tiga bahagian
             −    Bentuk rondo
             −    Bentuk strofik
             −    Bentuk tradisional

(f)   Warna Ton
      Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton
      dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza
      ialah:
      (i)        Suara lelaki dengan suara perempuan;
      (ii)       Suara perempuan dengan suara pelajar;
      (iii) Suara orang menjerit dengan suara berbisik;
      (iv) Tepukan tangan dengan petikan jari;
      (v)        Ketukan batu dengan ketukan kayu;
      (vi) Kicauan burung dengan salakan anjing;
      (vii) Geseran gelas dengan ketukan kayu;
      (viii) Paluan gong dengan gesekan biola; dan
      (ix)       Petikan gitar dengan tiupan trumpet

      Warna ton bagi bunyi berbeza berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut
      serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah
      seakan-akan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan
      yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut,
      kasar, nyaring, garau, halus, terang, ringan dan berat.

      Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan kepada dua jenis
      iaitu soprano dan alto. Manakala suara lelaki boleh dikategorikan kepada
      tiga jenis iaitu bariton, tenor dan bes. Setiap jenis suara ini mempunyai
      warna ton tertentu. Dalam nyanyian koir yang mempunyai pelbagai jenis
      suara, hasilan warna tonnya adalah menarik dan harmonis.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK                101




      Dalam permainan gabungan alat muzik seperti permainan orkestra,
      terdapat pelbagai jenis alatan muzik seperti alat tali, alat tiup bras, alat tiap
      kayu dan perkusi. Setiap alat mempunyai pembuatan dan cara mainan
      tersendiri yang boleh menghasilkan pelbagai warna ton. Begitu juga
      keadaannya dalam permainan ensembel alat tradisional di mana terdapat
      gabungan warna ton alat ketukan logam, alat ketukan kayu dan alat tiupan
      buluh. Permainan yang mempunyai gabungan alat-alat seperti ini boleh
      menghasilkan warna ton yang menarik dan indah didengar.

(g)   Jalinan
      Jalinan muzik merupakan cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar
      menjadi lebih menarik dan diminati ramai.

      Jalinan boleh dibahagikan kepada:
      (i)    Monofoni
      (ii)   Homofoni
      (iii) Polifoni

      Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa
      ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan
      (no accompaniment). Penggunaan satu alat muzik sahaja.

      Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzik yang berharmoni
      yang mempunyai kod seperti gitar, piano, organ dan sebagainya.

      Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyikan berterusan
      dengan menggunakan alat iringan.
102          TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK




         AKTIVITI 5.2
        1.        Nyatakan 5 contoh warna ton yang berbeza.
        2.        Cuba hasilkan bunyi warna ton           yang   berbeza   dengan
                  menggunakan anggota badan seperti:


                         Bibir                   Gigi

                         Lidah                   Suara

                         Jari                    Tangan

                         Kaki




5.2.2         Kemahiran Muzikal
Untuk membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik secara solo dan
ensembel dengan teknik yang betul, kita haruslah mengadakan aktiviti nyanyian
dan bermain alat muzik bagi membolehkan pelajar mengalami, menikmati dan
menilai persembahan muzik serta mengamalkan nilai-nilai murni. Di bawah ini
ia telah dibahagikan kepada tiga komponen besar dalam pendidikan muzik:
(i)    Kemahiran Muzikal Nyanyian
(ii)   Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan
(iii) Kemahiran Muzikal Permainan alat muzik

(a)    Kemahiran Muzikal Nyanyian
       (i)    Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-
              elemen berikut:
              •     postur
              •     pernafasan
              •     sebutan
              •     artikulasi
              •     ekspresi
              •     penghasilan ton (register)
              •     rangkaian (phrasing)
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK              103



      (ii)   Membina kemahiran menyanyi
             •   Kemahiran Individu
                 −   menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo
                 −   menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun
                 −   menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan
                 −   menyanyi serta-merta mengikut skor muzik
             •   Kemahiran Ensembel
                 −   menyanyi dalam ensembel vokal secara senada (unison)
                 −   menyanyi secara ensembel vokal secara berharmoni dalam
                     lapisan suara (soprano, alto dan tenor)
                 −   Mendengar secara aktif dan selektif
(b)   Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan
      (i)    Bergembira bergerak dengan muzik.
      (ii)   Melibatkan diri secara aktif.
      (iii) Mendengar secara aktif dan selektif.
      (iv) Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan.
      (v)    Memahami konsep muzik melalui pergerakan.
      (vi) Mengenali aspek budaya yang berkaitan pergerakan dengan muzik.
      (vii) Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan.
      (viii) Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

(c)   Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik
      (i)    Bergembira bermain alat muzik.
      (ii)   Melibatkan diri secara aktif.
      (iii) Mendengar secara aktif dan selektif.
      (iv) Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal.
      (v)    Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat.
      (vi) Mengenali alat muzik tradisional.
      (vii) Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti
            alat permainan.
      (viii) Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.
104         TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK




 5.3         PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM
             AKTIVITI MUZIKAL

5.3.1        Nyanyian
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,
pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Kegiatan
ensembel vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara
harmonis dan seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan
disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapan
nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutamanya melalui lagu yang
berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan
dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama.

Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut:

(a)   Mari Menyanyi
      (i)   Menyanyi lagu yang digemari:
            • lagu beraksi
            • lagu berentak tradisional
            • lagu pusingan
            • lagu suara berlapis
      (ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan
      (iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

(b) Menyanyi Secara Muzikal
      (i)   Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan
            kepada tekanan dan latihan sebutan berirama
      (ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:
            • pic, tempo, corak irama, melodi; dan
            • ekspresi mengikut mud dan dinamik.

(c)   Teknik dan Cara Menyanyi
      (i)   Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel
            dan warna ton.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK           105



    (ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur,
         urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada:
           • pernafasan
           • pengeluaran suara
           • artikulasi
           • sebutan
           • postur

(d) Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian
    (i)    Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti
           monofoni dan polifoni.
    (ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik
         seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya.
    (iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek:
           • Lirik;
           • Melodi;
           • Cara menyanyi; dan
           • Cara persembahan.
    (iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian
         kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal.
    (v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar,
        lagenda dan tokoh.
    (vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman
         diri.
    (vii) Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur
          tradisional dan lagu dari negara lain.

          AKTIVITI 5.3
    Anda akan mengajar konsep tempo cepat dan lambat dalam bidang
    permainan alat muzik kepada pelajar tahun 2. Nyatakan langkah-
    langkah yang akan anda ambil dalam penyampaian konsep tersebut.
106          TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK




5.3.2         Muzik dengan Gerakan
Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan
tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini
mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan
ekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami
konsep muzik, khususnya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan
pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari yang
mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut:
(a)    Gerakan mengikut lirik lagu
(b)    Gerakan mengikut konsep muzik
(c)    Interpretasi muzik dengan gerakan
(d)    Gerakan bebas dengan muzik
(e)    Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik

Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu:
•     Imbangan berat badan
•     Ruang
•     Masa
•     Daya/aliran

(a)    Imbangan Berat Badan
       Faktor ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, ketegangan dalam
       otot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah)
       mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan
       (paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat
       memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan
       memerlukan sedikit sahaja tenaga otot.

(b) Ruang
    Pastikan ada ruang di sekeliling anggota badan. Dari satu tempat yang
    tetap, kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras
    tertentu. Ruang ini dinamakan „lingkungan pergerakan.‰ Pergerakan ini
    boleh dibuat mengikut cara-cara berikut:
       •     Dari jauh menuju ke pusat badan
       •     Dalam ruang yang mengelilingi badan, bergerak mengikut aras
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK           107



      •   Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu
          pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat
          pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya

      Bila sahaja badan digerakkan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa
      pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang,
      sisi, atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak
      dan berguling di atas lantai.

(c)   Masa
      Faktor ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat
      sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa. Pergerakan
      yang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat
      menggunakan banyak masa.

      Kederasan pergerakan itu atau penurutan pergerakan tidak semestinya
      berterusan. Had kederasan boleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa
      boleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta-merta.

      Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan
      kemalangan. Kebolehan mempercepat / melambat dan memberhenti /
      memulakan sesuatu pergerakan serta-merta sangat perlu untuk kawalan
      dan kemahiran dalam pergerakan.

(d) Aliran
    Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah
    pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa
    sahaja.

      Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta-merta. Aliran
      pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan
      atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan pergerakan
      itu.
108      TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK




        AKTIVITI 5.4

       Muzik dengan pergerakan merupakan satu cabang pendidikan muzik
       yang sangat diminati oleh setiap pelajar.
           (a)   Nyatakan dua unsur pergerakan yang diberi keutamaan
                 dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan
                 pergerakan.
           (b) Bincangkan tiga jenis kegiatan muzik dengan pergerakan
                 untuk pelajar sekolah rendah.



5.3.3     Permainan Alat
Permainan alat muzik melatih pelajar dalam pelbagai aspek (koordinasi mata,
pendengaran dan psikomotor) melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan
permainan alat muzik. Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan
bereksperimen dengan pelbagai alat muzik termasuk penggunaan anggota tubuh
badan mereka. Seterusnya, kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk
pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui
improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui
penglibatan mereka bermain alat muzik.

Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama
yang berlaku di dalam kegiatan permainan alat secara ensembel. Konsep muzik
yang ditegaskan di dalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi
dan ekspresi. Kebanyakan alat muzik yang digunakan di dalam permainan alat
secara ensembel ini ialah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa
alat tradisional tempatan yang difikirkan sesuai.




•   Topik ini memberi tumpuan kepada pengetahuan asas dalam muzik. Ianya
    merangkumi pengertian muzik, matlamat dan objektif pendidikan muzik di
    Malaysia.

•   Beberapa pendekatan muzik yang menjadi panduan kepada guru untuk
    mengajar pendidikan muzik dikembangkan oleh tokoh-tokoh muzik seperti
    Carl Orff, Dalcroze, Suzuki, Kodaly dan Gordon.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK          109



•   Di samping itu, penekanan terhadap konsep muzik yang hendak
    disampaikan juga diberi penerangan secara teliti berserta dengan aktiviti-
    aktiviti yang biasa dijalankan semasa berinteraksi dalam pengajaran dan
    pembelajaran.

•   Terdapat tiga komponen penting yang diberi tumpuan di dalam mengajar
    pendidikan muzik iaitu bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan dan
    permainan alat muzik.




Homofoni                                Monofoni
Kemahiran ensembel                      Polifoni
Komposisi




Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran pendidikan muzik
  sekolah rendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK.
Loh, P. K. (1991). A handbook of music       theory. Kuala Lumpur: Penerbit
   Muzikal.
Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory (Part 1).       Great Britain:
   Associated Board.
Hargreaves, D. J. & Zimmerman, M. P. (1992). Development theories of music
   learning. In R. Colwell (Ed.), Handbook of research on music teaching and
   learning. New York: Schirmer Books.

More Related Content

What's hot

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakanguest4b329ff
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanPengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanEzzatul Nadeera Idris
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruAnsar Azman
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibDenne Freddy
 
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Elemen muzik dalam p&p
Elemen muzik dalam p&pElemen muzik dalam p&p
Elemen muzik dalam p&pnoreenrudy
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANnoor izieyana
 

What's hot (20)

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakan
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanPengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
 
Asas muzik
Asas muzikAsas muzik
Asas muzik
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
 
Dalcroze
DalcrozeDalcroze
Dalcroze
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Elemen muzik dalam p&p
Elemen muzik dalam p&pElemen muzik dalam p&p
Elemen muzik dalam p&p
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
 

Viewers also liked

Skideshow "HARI KANTIN SEKOLAH"
Skideshow "HARI KANTIN SEKOLAH"Skideshow "HARI KANTIN SEKOLAH"
Skideshow "HARI KANTIN SEKOLAH"Ainul Shaffiee
 
Teknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarik
Teknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarikTeknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarik
Teknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarikohdmoh
 
Assignment muzik
Assignment muzikAssignment muzik
Assignment muzikErwan Hamid
 
Unit 1 asas teori muzik
Unit 1 asas teori muzikUnit 1 asas teori muzik
Unit 1 asas teori muzikSanty Humvee
 

Viewers also liked (6)

Skideshow "HARI KANTIN SEKOLAH"
Skideshow "HARI KANTIN SEKOLAH"Skideshow "HARI KANTIN SEKOLAH"
Skideshow "HARI KANTIN SEKOLAH"
 
Kaedah kodaly
Kaedah kodalyKaedah kodaly
Kaedah kodaly
 
Kajian ringkas boneka
Kajian ringkas bonekaKajian ringkas boneka
Kajian ringkas boneka
 
Teknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarik
Teknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarikTeknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarik
Teknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarik
 
Assignment muzik
Assignment muzikAssignment muzik
Assignment muzik
 
Unit 1 asas teori muzik
Unit 1 asas teori muzikUnit 1 asas teori muzik
Unit 1 asas teori muzik
 

Similar to 5AsasMuzik

Dsk dunia muzik thn 1
Dsk dunia muzik thn 1Dsk dunia muzik thn 1
Dsk dunia muzik thn 1Rosli Jamiran
 
Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1Chuiwen Ang
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1UstZulZul
 
MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...
MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...
MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...Ta'allum: Jurnal Pendidikan Islam
 
Pentingkah pendidikan musik? - Oleh Riyan Hdidayatullah
Pentingkah pendidikan musik? - Oleh Riyan HdidayatullahPentingkah pendidikan musik? - Oleh Riyan Hdidayatullah
Pentingkah pendidikan musik? - Oleh Riyan HdidayatullahRiyan Hidayatullah
 
DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2Nor Azlina
 
dunia muzik tahun 1
dunia muzik tahun 1 dunia muzik tahun 1
dunia muzik tahun 1 IPGM
 
Pppm pend muzik ld tahun 1 edited
Pppm pend muzik ld tahun 1 editedPppm pend muzik ld tahun 1 edited
Pppm pend muzik ld tahun 1 editedDeevannesa Mia
 
Sp muzik f123
Sp muzik f123Sp muzik f123
Sp muzik f123asnur87
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1eikhwa
 
Bab 3 menyanyi dengan satu suara
Bab 3 menyanyi dengan satu suaraBab 3 menyanyi dengan satu suara
Bab 3 menyanyi dengan satu suaraSMPK Stella Maris
 
Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)
Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)
Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)LamhotSihombing
 
PPT MEMAHAMI KONSEP MUSIK BARAT.pptx
PPT MEMAHAMI KONSEP MUSIK BARAT.pptxPPT MEMAHAMI KONSEP MUSIK BARAT.pptx
PPT MEMAHAMI KONSEP MUSIK BARAT.pptxNurulIlmi91
 

Similar to 5AsasMuzik (20)

Dsk dunia muzik thn 1
Dsk dunia muzik thn 1Dsk dunia muzik thn 1
Dsk dunia muzik thn 1
 
Metodologi
Metodologi Metodologi
Metodologi
 
Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1
 
Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
 
Dsk dunia muzik tahun 2
Dsk dunia muzik tahun 2Dsk dunia muzik tahun 2
Dsk dunia muzik tahun 2
 
MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...
MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...
MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...
 
Pentingkah pendidikan musik? - Oleh Riyan Hdidayatullah
Pentingkah pendidikan musik? - Oleh Riyan HdidayatullahPentingkah pendidikan musik? - Oleh Riyan Hdidayatullah
Pentingkah pendidikan musik? - Oleh Riyan Hdidayatullah
 
DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2
 
Apa itu muzik
Apa itu muzikApa itu muzik
Apa itu muzik
 
Seni musik
Seni musikSeni musik
Seni musik
 
dunia muzik tahun 1
dunia muzik tahun 1 dunia muzik tahun 1
dunia muzik tahun 1
 
Pppm pend muzik ld tahun 1 edited
Pppm pend muzik ld tahun 1 editedPppm pend muzik ld tahun 1 edited
Pppm pend muzik ld tahun 1 edited
 
HDPS4603.docx
HDPS4603.docxHDPS4603.docx
HDPS4603.docx
 
Sp muzik f123
Sp muzik f123Sp muzik f123
Sp muzik f123
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
 
HDPS 4503 assignment.doc
HDPS 4503 assignment.docHDPS 4503 assignment.doc
HDPS 4503 assignment.doc
 
Bab 3 menyanyi dengan satu suara
Bab 3 menyanyi dengan satu suaraBab 3 menyanyi dengan satu suara
Bab 3 menyanyi dengan satu suara
 
Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)
Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)
Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)
 
PPT MEMAHAMI KONSEP MUSIK BARAT.pptx
PPT MEMAHAMI KONSEP MUSIK BARAT.pptxPPT MEMAHAMI KONSEP MUSIK BARAT.pptx
PPT MEMAHAMI KONSEP MUSIK BARAT.pptx
 

More from Wany Hardy

Tugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxTugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxWany Hardy
 
Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Wany Hardy
 
Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Wany Hardy
 
Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Wany Hardy
 
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Wany Hardy
 
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Wany Hardy
 
Pendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifPendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifWany Hardy
 
3 tamadun islam
3   tamadun islam3   tamadun islam
3 tamadun islamWany Hardy
 
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
2   pembinaan dan kejatuhan tamadun2   pembinaan dan kejatuhan tamadun
2 pembinaan dan kejatuhan tamadunWany Hardy
 
1 pengenalan tamadun
1   pengenalan tamadun1   pengenalan tamadun
1 pengenalan tamadunWany Hardy
 
4 masyarakat jahiliah
4  masyarakat jahiliah4  masyarakat jahiliah
4 masyarakat jahiliahWany Hardy
 
Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Wany Hardy
 
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERTeori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERWany Hardy
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasiWany Hardy
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanWany Hardy
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiWany Hardy
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 

More from Wany Hardy (20)

Tugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxTugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptx
 
Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2
 
Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1
 
Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Word card for English Year 1
Word card for English Year 1
 
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
 
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
 
2 bahan audio
2   bahan audio2   bahan audio
2 bahan audio
 
1 asas grafik
1  asas grafik1  asas grafik
1 asas grafik
 
Pendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifPendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatif
 
3 tamadun islam
3   tamadun islam3   tamadun islam
3 tamadun islam
 
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
2   pembinaan dan kejatuhan tamadun2   pembinaan dan kejatuhan tamadun
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
 
1 pengenalan tamadun
1   pengenalan tamadun1   pengenalan tamadun
1 pengenalan tamadun
 
4 masyarakat jahiliah
4  masyarakat jahiliah4  masyarakat jahiliah
4 masyarakat jahiliah
 
Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008
 
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERTeori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasi
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitan
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 

5AsasMuzik

  • 1. Topik  Pengetahuan  5 Asas dalam  Muzik HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Memperkenalkan asas-asas muzik kepada pelajar dan membolehkan pelajar memahami prinsip-prinsip muzik; 2. Menjelaskan maksud muzik serta memahami matlamat dan objektif muzik; 3. Menyatakan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang perlu ada pada setiap pelajar; 4. Menjelaskan faedah Seni dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran; 5. Menjelaskan kepada peserta tentang aktiviti-aktiviti muzikal yang perlu ada pada setiap pelajar seperti nyanyian, pergerakan dan permainan alat; dan 6. Merancang aktiviti-aktiviti muzikal yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan pelajar. PENGENALAN Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik, dunia bagi pelajar adalah kosong. Selain daripada itu, muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung
  • 2. 86 TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiahnya. Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu, pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain. 5.1 PENGENALAN ASAS MUZIK Biasanya apabila disebut muzik, kita akan membayangkan lagu-lagu nyanyian, mainan alat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya, atau mendengar lagu-lagu dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain. Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu, pada hakikatnya tiada orang yang sepatutnya berkata: „Saya tidak suka muzik.‰ Melalui muzik, seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan. Muzik boleh menggambarkan emosi seseorang, malahan ia mampu menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku. Kegiatan muzik merupakan satu saluran komunikasi yang sangat penting. Fahaman dan penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik yang meluas dan sejagat akan dapat membantu mengeratkan perhubungan dan persefahaman kemanusiaan. 5.1.1 Definisi Muzik Hampir semua orang pernah mendengar perkataan „muzik‰ dan mungkin ramai juga yang mengatakan yang ia tahu maksud perkataan „muzik‰. Tetapi untuk mendapatkan persetujuan tentang definisi „muzik‰ mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya, muzik diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan/atau instrumental termasuk bunyi- bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan bunyi-bunyi lain yang didengar di persekitaran boleh didefinisikan sebagai muzik juga.
  • 3. TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 87 Dalam bahasa Arab, pengertian „muzik‰ adalah sebagai handasah alsawt yang bermaksud „kejuruteraan bunyi secara artistik.‰ Sebenarnya, „muzik‰ ialah satu perkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman purba Yunani. Perkataan Yunani „Muses‰ bermaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Tetapi pada hari ini, perkataan „muzik‰ ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian. 5.1.2 Matlamat dan Objektif (a) Matlamat Pendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara. (b) Objektif Dengan memahami muzik, pelajar akan dapat: (i) menikmati pelbagai pengalaman muzik; (ii) memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri; (iii) merasai dan mengenal konsep muzik; (iv) meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif; (v) mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas; (vi) memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengan gerakan dan permainan alat; (vii) memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri; (viii) mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama; (ix) mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan semasa yang sesuai; (x) mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan (xi) menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.
  • 4. 88 TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 5.1.3 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Principles of the Pestalozzian System of Music mengenai prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik adalah seperti berikut: (a) Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau simbologi (kaedah hafalan sebelum catatan) dan biarlah pelajar menyanyi dahulu sebelum mempelajari notasi muzik. (b) Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, serta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu dan menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka sendiri sama ada bunyi-bunyi itu sama atau berlainan, dan seronok untuk didengar atau tidak. Perkara ini dilakukan dengan penerangan atau panduan yang paling minimum daripada guru. Ini bererti pembelajaran yang aktif dan bukan yang berbentuk pasif (kaedah penemuan kendiri). (c) Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. Perkara ini harus dijalankan dengan teliti sebelum melakukan aktiviti gabungan dengan unsur muzik yang lain. Setiap pelajar harus mahir dan cekap dengan setiap unsur muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi, sistematik dan berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang berikut (pembelajaran mengikut urutan). (d) Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan. Dengan itu, pelajar akan dapat mengaitkan amalan praktik dan teori dengan usaha sendiri (pembelajaran heuristik). (e) Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan berkonsep). (f) Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan. Nyanyian solfa tidak digalakkan.
  • 5. TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 89 Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Rajah 5.1 di bawah menunjukkan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik serta pengasasnya: Rajah 5.1: Pendekatan pengajaran Pembelajaran Muzik serta pengasasnya Kebanyakan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik telah diasaskan berdasarkan kepada Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Edwin Gordon. Walaupun setiap pengkaedah muzik mempunyai latar belakang yang berbeza, tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada bagaimana konsep-konsep muzik seharusnya diperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Di antara kelima-lima pendekatan itu, pendekatan Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential. Pendekatan Dalcroze, Orff, Kodaly dan Gordon lebih memberikan penumpuan kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Manakala Suzuki lebih menumpukan kepada pembelajaran muzik instrumental dan berkait dengan pembelajaran muzik untuk pelajar prasekolah. Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti eurhythmic adalah merupakan pendekatan Dalcroze. Dengan itu, gerakan, improvisasi dan nyanyian solfa diberikan keutamaan dalam pendidikan muzik oleh Dalcroze. Bagi Dalcroze, perkembangan kebolehan muzik di kalangan pelajar boleh berlaku dengan baik tanpa tumpuan yang mengongkong dan formal kepada
  • 6. 90 TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK aktiviti-aktiviti muzik pada peringkat awal pelajar. Bagi Dalcroze, aktiviti- aktiviti formal seperti latihan teori dan pembacaan notasi lebih melibatkan intelek sahaja. Oleh itu, Dalcroze telah banyak menggunakan gerak-geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik seperti irama, rangkai lagu, melodi dan bentuk atau struktur muzik di kalangan pelajar. Beliau berpendapat bahawa tubuh badan manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan otak melalui satu sistem urat saraf atau otot-otot yang begitu kompleks. Kajian dan penyelidikan dalam bidang neurologi telah banyak memberi bukti kepada pendapat Dalcroze mengenai kaedah kinestetik yang dinamakan eurhythmics. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beraneka jenis pengalaman muzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan peralatan muzik yang direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik bagi pelajar. Sifat semulajadi kanak-kanak untuk bermain diberi makna sepenuhnya dalam pendekatan Orff. Idea-idea Dalcroze telah mempengaruhi Orff. Beliau telah mengaitkan muzik dengan gerakan dan pertuturan pelajar yang berirama (chants) dalam bukunya Orff Schulwerk. Orff berpendapat bahawa irama bahasa/lagu dan pergerakan secara spontan kesemuanya boleh banyak membantu pelajar supaya mempelajari dan memahami dengan lebih berkesan konsep-konsep muzikal. Pelajar yang mempelajari muzik melalui pendekatan Orff diberi peluang yang mencukupi untuk mempelajari muzik dan melakukan improvisasi dengan muzik dengan cara „penemuan sendiri.‰ Pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada lima komponen utama: (a) Imitasi (Mengajuk Balik) Berkait dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan. Irama badan yang dimaksudkan adalah melalui aktiviti-aktiviti bertepuk tangan, petik jari, menampar peha, hentak kaki dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan bersama pembelajaran nyanyian dan bermain alat muzik. Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang berpic (glockenspiel, xilofon, metalofon, simbal, dram, kerincing, loceng) banyak digunakan. Manakala alat melodi yang utama ialah rekoder. (b) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan membuat gerakan dengan usaha sendiri. (c) Improvisasi Pelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu atau kumpulan dengan kesemua peralatan Orff. Pada mulanya, hanya skel
  • 7. TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 91 pentatonik disyorkan. Ia dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu pada peralatan genderang Orff yang berpic seperti xilofon dan metalofon. Cuma not tonik „do‰ dan not yang kelima „soh‰ dimainkan; kesemua not-not lain ditanggalkan. Alat xilofon yang lain pula hanya menggunakan skel pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh „ti‰ dan not keempat „fah‰. Skel pentatonik ialah skel yang mempunya lima ton. (d) Mencipta Pada tahap ini, pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa di atas. Bahan itu digunakan untuk mencipta rondos, mini suites dan theme and variation. Di peringkat ini, cerita pelajar dan puisi digunakan sebagai bahan muzikal untuk penciptaan muzik dengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan, nyanyian dan permainan alat-alat muzik Orff. (e) Literasi Pada tahap ini, pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzik seperti sight singing, menulis corak irama dan skor muzik. Kodaly telah mengasaskan satu pendekatan yang begitu terkenal di seluruh dunia. Beliau telah merancang satu kurikulum muzik untuk kegunaan sekolah di mana pembelajaran muzik diadakan sebanyak empat hingga enam kali seminggu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah. Program muzik ini diaturkan secara berperingkat atau sequential dalam beberapa aspek pembelajaran muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasi muzik dan permainan alat muzik. Kodaly telah memberi penekanan yang jelas kepada aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkat awal lagi melalui aktiviti nyanyian semerta dan menurunkan melodi dengan notasi. Kaedah Kodaly banyak menggunakan isyarat tangan, latihan solfa tangga nada pentatonik dan nyanyian lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan alat muzik).
  • 8. 92 TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK Pendekatan Suzuki pernah digelar „pendekatan bahasa ibunda.‰ Suzuki menamakan kaedahnya talent education atau „pendekatan bakat.‰ Seperti pendekatan Orff, pendekatan Suzuki juga memerlukan alat-alat khas iaitu violin kecil. Ciri-ciri yang istimewa dalam pendekatan Suzuki termasuk penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik secara individu. Suzuki juga berpendapat bahawa pendidikan muzik harus bermula dari peringkat awal kanak-kanak dan pengajaran muzik perlu dimulakan dengan bermain secara menghafal rote playing sebelum menerima pembelajaran notasi formal. Mendengar muzik secara berulang kali atau berkali-kali atau secara bertubi-tubi dianggap amat penting di dalam pendekatan Suzuki. Kebanyakan dari ciri-ciri asas dalam pendekatan Suzuki masih dikekalkan sehingga kini dalam situasi pengajaran dan pembelajaran muzik. Latihan Solfa Isyarat Tangan Curwen Pendekatan Kodaly menekankan kepentingan belajar menyanyi mengikut pic yang betul. Pada kurun ke-18, John Spencer Curwen dari England mencipta isyarat-isyarat tangan (Rajah 5.2) untuk mengiringi suku kata solfa (do re mi). Kodaly menyerapkan isyarat-isyarat tangan ini ke dalam metod pengajarannya. Isyarat-isyarat tangan merupakan cara mewakili pic vokal menggunakan kedudukan fizikal. Do rendah bermula pada paras tengah (midsection). Setiap pic yang kemudiannya seharusnya di atas pic yang sebelumnya. Maka, isyarat tangan akan sentiasa menaik apabila pic menaik. Do tinggi adalah pada paras mata.
  • 9. TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 93 Rajah 5.2: Isyarat tangan „Curwen‰ Pendekatan Edwin Gordon adalah berasaskan kepada hasil penyelidikan jangka panjang mengenai kandungan muzik dan turutan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Pendekatannya adalah bercorak formal berbanding pendekatan Dalcroze, Orff, Suzuki atau Kodaly yang lebih berdasarkan kepada falsafah masing-masing. Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol di mana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Bagi Gordon, pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan yang dipanggil audiation iaitu satu proses mental yang membolehkan seorang manusia mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration). Dengan itu, punca bunyi dalam audiation adalah dari akal fikiran sendiri dan bukan dari persekitaran fizikal. Bahan dan strategi dalam pendekatan Gordon juga diatur secara berperingkat mengikut teori-teori pembelajaran semasa. Aspek-aspek kognitif juga diberi keutamaan yang sama dengan aspek-aspek pembelajaran muzik yang lain. Dengan itu, pelajar boleh membezakan irama, meter dan juga tonaliti selain dari menyanyi, bermain alat muzik, membaca notasi atau menghayati muzik.
  • 10. 94 TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK AKTIVITI 5.1 Berdasarkan pengetahuan anda, bincangkan pendekatan Kodaly dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. 5.2 KONSEP MUZIK Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi. Unsur-unsur Muzik (a) Melodi Rajah 5.3 menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam melodi: Rajah 5.3: Elemen-elemen dalam melodi Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi, contohnya lagu Rasa Sayang.
  • 11. TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 95 Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah. Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu „do re mi‰ (jeda tiga). Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu, contohnya skel C major. Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C. Berikut adalah antara contoh-contoh skor muzik:
  • 12. 96 TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK (b) Harmoni Rajah 5.4 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam harmoni: Rajah 5.4: Elemen-elemen harmoni Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi. Tiga elemen dalam harmoni ialah: (i) Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk triad, not yang digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel.
  • 13. TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 97 (ii) Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu, menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod curai. (iii) Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak ke satu kod yang lain, ianya disebut sebagai pergerakan kod. Di antara pergerakan kod yang lazim digunakan adalah pergerakan kod I IV V. Kod-kod ini dinamakan sebagai kod primer. (c) Irama Rajah 5.5 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam irama: Rajah 5.5: Elemen-elemen irama Irama adalah gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza yang menghasilkan irama yang berbeza. Lima elemen dalam irama ialah: (i) Detik: Rentak yang konsisten, contohnya denyutan jantung. (ii) Meter: Masa bagi muzik dikawal oleh meter yang ditulis seperti beriku 2 3 4 2 6 4 4 4 2 8 Angka di atas menunjukkan bilangan detik dan angka di bawah menentukan jenis detik. (iii) Corak Irama: Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan corak irama yang berbeza. (iv) Rentak: Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian atau permainan alat, contohnya rentak masri. (v) Tempo: Kelajuan sesebuah lagu atau muzik, contohnya allegro (cepat) dan moderato (sederhana).
  • 14. 98 TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK (d) Ekspresi Rajah 5.6 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam ekspresi: Rajah 5.6: Elemen-elemen ekspresi Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri. Tiga elemen ekspresi ialah: (i) Dinamiks: Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam muzik. P (piano) Lembut (soft) F (forte) Kuat (loud) (ii) Istilah Dinamiks: Tempo - berkaitan dengan kelajuan dalam muzik Alla marcia - rentak march Andante - sederhana cepat Allegro - rancak dan cepat Coda ( ) - bahagian tambahan dalam sesuatu ciptaan Da capo (D.C) - dari permulaan Dal/segno (D.S) - dari tanda segno Fine - tamat Moderato - sederhana Segno - tanda
  • 15. TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 99 (iii) Tanda Isyarat : Simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan maksud khusus. Contohnya:
  • 16. 100 TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK (e) Bentuk Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB. Contohnya: • Penyusunan idea muzik dalam bentuk berikut: − Bentuk dua bahagian − Bentuk tiga bahagian − Bentuk rondo − Bentuk strofik − Bentuk tradisional (f) Warna Ton Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah: (i) Suara lelaki dengan suara perempuan; (ii) Suara perempuan dengan suara pelajar; (iii) Suara orang menjerit dengan suara berbisik; (iv) Tepukan tangan dengan petikan jari; (v) Ketukan batu dengan ketukan kayu; (vi) Kicauan burung dengan salakan anjing; (vii) Geseran gelas dengan ketukan kayu; (viii) Paluan gong dengan gesekan biola; dan (ix) Petikan gitar dengan tiupan trumpet Warna ton bagi bunyi berbeza berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah seakan-akan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halus, terang, ringan dan berat. Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu soprano dan alto. Manakala suara lelaki boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu bariton, tenor dan bes. Setiap jenis suara ini mempunyai warna ton tertentu. Dalam nyanyian koir yang mempunyai pelbagai jenis suara, hasilan warna tonnya adalah menarik dan harmonis.
  • 17. TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 101 Dalam permainan gabungan alat muzik seperti permainan orkestra, terdapat pelbagai jenis alatan muzik seperti alat tali, alat tiup bras, alat tiap kayu dan perkusi. Setiap alat mempunyai pembuatan dan cara mainan tersendiri yang boleh menghasilkan pelbagai warna ton. Begitu juga keadaannya dalam permainan ensembel alat tradisional di mana terdapat gabungan warna ton alat ketukan logam, alat ketukan kayu dan alat tiupan buluh. Permainan yang mempunyai gabungan alat-alat seperti ini boleh menghasilkan warna ton yang menarik dan indah didengar. (g) Jalinan Jalinan muzik merupakan cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar menjadi lebih menarik dan diminati ramai. Jalinan boleh dibahagikan kepada: (i) Monofoni (ii) Homofoni (iii) Polifoni Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan (no accompaniment). Penggunaan satu alat muzik sahaja. Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzik yang berharmoni yang mempunyai kod seperti gitar, piano, organ dan sebagainya. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.
  • 18. 102 TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK AKTIVITI 5.2 1. Nyatakan 5 contoh warna ton yang berbeza. 2. Cuba hasilkan bunyi warna ton yang berbeza dengan menggunakan anggota badan seperti: Bibir Gigi Lidah Suara Jari Tangan Kaki 5.2.2 Kemahiran Muzikal Untuk membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik secara solo dan ensembel dengan teknik yang betul, kita haruslah mengadakan aktiviti nyanyian dan bermain alat muzik bagi membolehkan pelajar mengalami, menikmati dan menilai persembahan muzik serta mengamalkan nilai-nilai murni. Di bawah ini ia telah dibahagikan kepada tiga komponen besar dalam pendidikan muzik: (i) Kemahiran Muzikal Nyanyian (ii) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan (iii) Kemahiran Muzikal Permainan alat muzik (a) Kemahiran Muzikal Nyanyian (i) Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen- elemen berikut: • postur • pernafasan • sebutan • artikulasi • ekspresi • penghasilan ton (register) • rangkaian (phrasing)
  • 19. TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 103 (ii) Membina kemahiran menyanyi • Kemahiran Individu − menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo − menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun − menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan − menyanyi serta-merta mengikut skor muzik • Kemahiran Ensembel − menyanyi dalam ensembel vokal secara senada (unison) − menyanyi secara ensembel vokal secara berharmoni dalam lapisan suara (soprano, alto dan tenor) − Mendengar secara aktif dan selektif (b) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan (i) Bergembira bergerak dengan muzik. (ii) Melibatkan diri secara aktif. (iii) Mendengar secara aktif dan selektif. (iv) Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan. (v) Memahami konsep muzik melalui pergerakan. (vi) Mengenali aspek budaya yang berkaitan pergerakan dengan muzik. (vii) Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan. (viii) Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik. (c) Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik (i) Bergembira bermain alat muzik. (ii) Melibatkan diri secara aktif. (iii) Mendengar secara aktif dan selektif. (iv) Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal. (v) Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat. (vi) Mengenali alat muzik tradisional. (vii) Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti alat permainan. (viii) Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.
  • 20. 104 TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 5.3 PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM AKTIVITI MUZIKAL 5.3.1 Nyanyian Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Kegiatan ensembel vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutamanya melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama. Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut: (a) Mari Menyanyi (i) Menyanyi lagu yang digemari: • lagu beraksi • lagu berentak tradisional • lagu pusingan • lagu suara berlapis (ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan (iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik (b) Menyanyi Secara Muzikal (i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama (ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada: • pic, tempo, corak irama, melodi; dan • ekspresi mengikut mud dan dinamik. (c) Teknik dan Cara Menyanyi (i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warna ton.
  • 21. TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 105 (ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada: • pernafasan • pengeluaran suara • artikulasi • sebutan • postur (d) Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian (i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. (ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya. (iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek: • Lirik; • Melodi; • Cara menyanyi; dan • Cara persembahan. (iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal. (v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh. (vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. (vii) Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari negara lain. AKTIVITI 5.3 Anda akan mengajar konsep tempo cepat dan lambat dalam bidang permainan alat muzik kepada pelajar tahun 2. Nyatakan langkah- langkah yang akan anda ambil dalam penyampaian konsep tersebut.
  • 22. 106 TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 5.3.2 Muzik dengan Gerakan Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik, khususnya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari yang mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut: (a) Gerakan mengikut lirik lagu (b) Gerakan mengikut konsep muzik (c) Interpretasi muzik dengan gerakan (d) Gerakan bebas dengan muzik (e) Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu: • Imbangan berat badan • Ruang • Masa • Daya/aliran (a) Imbangan Berat Badan Faktor ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, ketegangan dalam otot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenaga otot. (b) Ruang Pastikan ada ruang di sekeliling anggota badan. Dari satu tempat yang tetap, kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu. Ruang ini dinamakan „lingkungan pergerakan.‰ Pergerakan ini boleh dibuat mengikut cara-cara berikut: • Dari jauh menuju ke pusat badan • Dalam ruang yang mengelilingi badan, bergerak mengikut aras
  • 23. TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 107 • Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya Bila sahaja badan digerakkan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi, atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak dan berguling di atas lantai. (c) Masa Faktor ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa. Pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat menggunakan banyak masa. Kederasan pergerakan itu atau penurutan pergerakan tidak semestinya berterusan. Had kederasan boleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa boleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta-merta. Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan kemalangan. Kebolehan mempercepat / melambat dan memberhenti / memulakan sesuatu pergerakan serta-merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran dalam pergerakan. (d) Aliran Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta-merta. Aliran pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan pergerakan itu.
  • 24. 108 TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK AKTIVITI 5.4 Muzik dengan pergerakan merupakan satu cabang pendidikan muzik yang sangat diminati oleh setiap pelajar. (a) Nyatakan dua unsur pergerakan yang diberi keutamaan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan pergerakan. (b) Bincangkan tiga jenis kegiatan muzik dengan pergerakan untuk pelajar sekolah rendah. 5.3.3 Permainan Alat Permainan alat muzik melatih pelajar dalam pelbagai aspek (koordinasi mata, pendengaran dan psikomotor) melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan bereksperimen dengan pelbagai alat muzik termasuk penggunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya, kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain alat muzik. Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama yang berlaku di dalam kegiatan permainan alat secara ensembel. Konsep muzik yang ditegaskan di dalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan ekspresi. Kebanyakan alat muzik yang digunakan di dalam permainan alat secara ensembel ini ialah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat tradisional tempatan yang difikirkan sesuai. • Topik ini memberi tumpuan kepada pengetahuan asas dalam muzik. Ianya merangkumi pengertian muzik, matlamat dan objektif pendidikan muzik di Malaysia. • Beberapa pendekatan muzik yang menjadi panduan kepada guru untuk mengajar pendidikan muzik dikembangkan oleh tokoh-tokoh muzik seperti Carl Orff, Dalcroze, Suzuki, Kodaly dan Gordon.
  • 25. TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 109 • Di samping itu, penekanan terhadap konsep muzik yang hendak disampaikan juga diberi penerangan secara teliti berserta dengan aktiviti- aktiviti yang biasa dijalankan semasa berinteraksi dalam pengajaran dan pembelajaran. • Terdapat tiga komponen penting yang diberi tumpuan di dalam mengajar pendidikan muzik iaitu bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan dan permainan alat muzik. Homofoni Monofoni Kemahiran ensembel Polifoni Komposisi Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK. Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal. Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory (Part 1). Great Britain: Associated Board. Hargreaves, D. J. & Zimmerman, M. P. (1992). Development theories of music learning. In R. Colwell (Ed.), Handbook of research on music teaching and learning. New York: Schirmer Books.