Dokumen ini membahas konsep keusahawanan yang telah ada sejak zaman dahulu dan memainkan peranan penting dalam perkembangan negara. Istilah keusahawanan menjadi populer di Malaysia pada tahun 1970-an tetapi konsep ini telah lama dipraktikkan sejak peradaban awal. Usahawan memainkan peranan kunci dalam pembangunan ekonomi negara dengan mengejar peluang ekonomi dan menggabungkan faktor-faktor produksi.
1. KONSEP KEUSAHAWANAN
Pengenalan Keusahawanan
Perkataan "usahawan" popular di kalangan masyarakat Malaysia hanya dalam pertengahan tahun 1970an
bersempena dengan penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Walaupun istilah ini mungkin
baru tetapi konsep keusahawanan itu sebenarnya telah lama diamalkan.
Kalau kita menyingkap sejarah peradaban manusia, nilai keusahawanan telah lama dipraktikkan. Kita
lihat bagaimana perdagangan pada suatu masa dahulu, walaupun pada ketika itu kekurangan segala
kemudahan asas, ianya memainkan peranan penting dalam perkembangan sesebuah negara dan
tamaddun manusia. Sikap dan amalan mereka adalah sikap dan amalan yang ada pada diri orang yang
dipanggil sebagai usahawan pada hari ini.
Kita lihat kepada empayar Rom dan Parsi, kelahiran negara Islam di Madinah, empayar Islam di Baghdad
dan Turki, revolusi perindustrian, kewujudan Amerika Syarikat , Kerajaan Melayu Melaka dan Kepulauan
Melayu serta percaturan masyarakat pada hari ini. Perkembangan ini sebenarnya berkembang selaras
dengan perkembangan dalam bidang perniagaan atau perdagangan.
Namun apakah sebenarnya keusahawanan dan mengapa pada hari ini istilah keusahawanan sering
menjadi perbualan. Dari peringkat menteri yang menggubal dasar hingga ke peringkat buruh yang
melaksanakan segala kerja. Istilah Keusahawanan menjadi tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia.
PERANAN USAHAWAN "Allah tidak akan menolong sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri
menolong dirinya". Ini menunjukkan tanpa usaha, tidak akan ada pembangunan. Pembangunan negara,
khususnya pembangunan ekonomi, bergantung kepada manusia yang mengejar peluang-peluang
ekonomi. Pembangunan ekonomi bergantung kepada manusia yang berupaya menggembleng faktor-
faktor pengeluaran. Manusia itu adalah usahawan.