SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 4
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh..

Jika semalam AM cerita mengenai Al-Quran : Antara Tuntutan Kefahaman yakni mengenai kepentingan membaca dan memahami serta beramal
dengan Quran, maka dalam posting kali ini, AM akan ceritakan mengenai hak-hak Al-Quran. Sebagaimana manusia, Al-Quran juga mempunyai hak.
Ini kerana, Al-Quran bukan sahaja boleh membela kita di akhirat, Al-Quran juga boleh melemparkan kita ke neraka kerana kita sebagai manusia tidak
melaksanakan hak-hak Al-Quran. InsyaAllah dalam posting ini, AM akan ceritakan serba sedikit mengenai beberapa hak Al-Quran.

Baiklah, pertamanya, bukankah Al-Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia? Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 2




                                                                              ‫بسم اَللرح ٰ َن الرحميم‬
                                                                              ِ ‫هّ ا ِ ا‬          ‫م‬
                                                                                                  ِ ‫ا ِ ِمْ ا ِ الهّ هّ ِمْ ا‬
                                                                                                             ِ ‫ا‬
                                                                  ‫ٰ لك الكتباب ل ريبۛ فميهۛ هد ى للمتقمين‬
                                                                  َ ِ ‫ا ِ َ ِمْ ا ِ َ  ُ َ َ ِمْ َ ا ِ ا ِ  ُ  ىً ّ ِمْ  ُ هّ ا‬
                                                                                                                              ‫َذ‬
Yang bermaksud : Kitab (Al-Quran) ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi
petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.

Jadi, walaupun masih ramai lagi yang membaca Al-Quran, tapi kenapa seringkali kita masih mencari petunjuk lain selain daripada Al-Quran?
Dimanakah silap kita?

Ye AM, dimana silap AM? Hehe

Cheit.. AM pulak kena..

Gurau je AM..

Baiklah, sebenarnya kita belum jumpa dengan petunjuk Al-Quran sebab kita belum menunaikan hak-hak Al-Quran.

Eyh, Al-Quran pun ada hak jugak ke AM?

Ada la, ingat manusia je ke yang ada hak?

Al-Quran pun ada hak, Cuma kadang-kadang kita sibuk mempelajari Al-Quran hinggakan sibuk untuk mengetahui hak-hak Al-Quran yang perlu
ditepati. Jika kita betul-betul tepati hak Al-Quran, InsyaAllah Al-Quran itu sendiri akan membela kita bahkan akan menjadi rahmat dan pemberi
syafaat bagi kita di yaumil akhir nanti.

Hemm. Apa hak-hak Al-Quran tu AM?

Sekurangnya terdapat 5 hak Al-Quran yang perlu kita penuhi dan yang paling utama ialah membacanya dengan tartil. Ini adalah tuntutan dari Allah
dalam Firmannya :




                                                                          ‫بسم اَللرح ٰ َن الرحميم‬
                                                                          ِ ‫هّ ا ِ ا‬      ‫م‬
                                                                                          ِ ‫ا ِ ِمْ ا ِ الهّ هّ ِمْ ا‬
                                                                                                        ِ ‫ا‬
                      ‫لن َِبت به فؤاد ۖ و ََتلنباه َت ِمَْتميل‬
                      ً‫ا ِ ُثّ َ ا ِ ا ِ  ُ َ َك َرهّ ِمْ َ  ُ َرا ِ  ى‬
                                              َ                               ‫وقبال الذين كفروا لول نِزل عَميه القرنآن جملة واحدةۚ ٰ لك‬
                                                                              َ ِ ‫َ َ َ هّ ا ِ َ َ َ  ُ َ ِمْ َ  ُ ّ َ َلِمْ ا ِ ِمْ  ُ ِمْ  ُ  ُ ِمَْ  ىً َ ا ِ َك ا‬
                                                                                  ‫ ىًَ َذ‬
Surah Al-furqaan ayat 32 yang bermaksud : Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad
semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai
Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan tartil (teratur satu persatu)
Ketahuilah wahai sahabat yang AM kasihi. Sesungguhnya, Allah tak minta kita melagukan Al-Quran, tak pula membacanya berserta taranum,
sebaliknya Allah menyuruh kita membacanya dengan tartil. Jadi itulah hak Al-Quran yang pertama. Zaman era globalisasi ini, terdapat banyak
kaedah-kaedah membaca Al-Quran, tidak pula kurangnya kaedah-kaedah yang memudahkan orang membaca dan menghafaz Al-Quran, namun,
masih ada di antara mereka yang membaca Al-Quran seolah-olah membaca buku.

Jadi AM, apa pula hak Al-Quran yang kedua?

Sesungguhnya hak Al-Quran yang kedua ialah memahami makna ayat itu sendiri samada yang tersurat mahupun yang tersirat. AM nak tanya, kamu
tahu makna-makna yang terkandung didalam Al-Quran?

Hehe.. Boleh la, tapi kalau nak secara umum, Al-Quran mengandungi ilmu dan petunjuk dari segi tauhid, hukum-hakam, syariat, kisah bangsa-bangsa
terdahulu dan banyak lagi la.. hehe

Sebab itulah kita kena faham apa yang kita baca. Supaya kita boleh mengamalkan apa yang terkandung di dalam Quran serta mengamalkan hukum-
hukum yang telah ditetapkan oleh Allah di dalamnya. Selain itu, kita boleh mengambil pengajaran yang diceritakan oleh Allah di dalam Al-Quran
sebagai iktibar.

Betul tu AM.. Yang ketiga pulak? Hehe

Kamu agak-agak apa hak Al-Quran yang ketiga?

Hemm.. Tak tahu la AM, hafal Al-Quran kot.

Betul dah tu, hak Al-Quran yang ketiga perlu kita tepati ialah menghafaznya. Awak tahu tak kelebihan-kelebihan orang yang menghafal Al-Quran.

Tahu la juga sikit-sikit AM, ada hadis yang menyatakan kelebihan orang yang menghafaz Al-Quran.

Awak ingat lagi tak hadis-hadis tu?

Ingat AM.

1. “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab
baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)

2. “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

3. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal
al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

Itu serba sedikit ganjaran di dunia. Kalau akhirat macam mana pula sahabatku?

Kalau di akhirat

1. Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari
kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini.
(Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

2. Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi
syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
Betul tu sahabat. Di zaman Baginda Rasulullah dahulu, penghafaz yang terbanyak akan dianggak sebagai pemimpin. Bukan seperti memimpin
Negara, tapi seperti pemimpin rombongan atau peperangan. Bahkan, orang yang menghafaz Quran bukan saja mendapat penghormatan dari Baginda,
malah akan mendapat penghormatal dari Allah sendiri. Seperti sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :

‘Penghafaz Al Quran akan datang pada hari kiamat, kemudian Al Quran akan berkata: Wahai Tuhanku, bebaskanlah dia, kemudian orang itu
dipakaikan mahkota karamah (kehormatan), Al Quran kembali meminta: Wahai Tuhanku tambahkanlah, maka orang itu dipakaikan jubah karamah.
Kemudian Al Quran memohon lagi: Wahai Tuhanku, redhailah dia, maka Allah SWT meredhainya. Dan diperintahkan kepada orang itu: bacalah dan
teruslah naiki (darjat-darjat syurga), dan Allah SWT menambahkan dari setiap ayat yang dibacanya tambahan nikmat dan kebaikan.




Hebat sungguh ya ganjaran Allah AM. Yang seterusnya apa pula AM?

Selepas kita membaca dengan betul, memahami apa yang dibaca, dan menghafaznya, seterusnya kita perlu mengamalkan isinya. Cuba AM bagi
contoh, sahabat AM belajar medic, dia baca buku-buku mengenai medic, dia faham dan menghafaznya, agak-agak bila dia dah kerja nak bedah orang,
adakah dia kan guna kaedah sendiri atau kaedah yang telah dipelajarinya?

Mesti la ikut kaedah yang dia belajar AM. Apa la AM ni.

AM tanya je. Macam tu juga la dengan Al-Quran, Al-Quran kan diturunkan sebagai petunjuk. Banyak ilmu dan nilai-nilai yang terkandung
didalamnya untuk kita amalkan. Kalau kita baca dengan betul, kita faham maknanya, serta kita menghafalnya tetapi tak amalkan sama la macam
pokok yang lebat tapi tak mengeluarkan buah. Tak member manfaat kepada yang menanamnya.

Hehehe.

Amboi, suka pulak dia.

Tak boleh ea?

Boleh.

Hehe. Tapikan AM, kalau macam orang yang mengamalkan Al-Quran tapi tak membaca Al-Quran macam mana pulak tuh?

Amboi-amboi tak nak baca ke?

Ala Am ni, tanya je pun.

La, mana ada marah, tanya jugak tu. Lagipun, kan mempelajari Al-Quran Fardhu Ain. Walaupun dia mengamalkan, tapi tak membacanya, tak
sempurna juga. Sama juga dengan seorang mujahid. Ianya akan lengkap untuk berperang jika kelengkapannya lengkap. Seperti baju perisai, pedang,
mungkin topi atau helmet besi dan segala kelengkapan lain. Barulah betul-betul bersedia untuk berperang.

Owh, macam tu. Yang akhir sekali apa pulak AM?

Akhir sekali, selepas kita membaca dengan betul, mengetahui maknanya, manghafaznya serta mengamalkan isinya kita perlulah mengajarkan Al-
Quran. Ingat lagi pesan Nabi mengenai menyampaikan ilmu?

Ingat AM, Sampaikanlah pesanku walau satu ayat sekalipun.
Betul tuh. Buah yang masak dan ranum, tidak akan dapat kita rasa manis dan nikmatnya kalau kita hanya biarkan ia di atas pokok, oleh itu, kita perlu
petik buah itu dan kita sampaikan, agar orang lain pun boleh menikmati manis dan nikmat buah yang Allah hasilkan melalui usaha kita menanamnya.
Tak gitu sahabat?

Hemm..

Kenapa sahabatku?

Nampaknya, saya masih banyak hutang dengan Al-Quran AM. Jangan kata menghafal dan mengamal, baca pun tunggang langgang lagi.. :(

Sabarlah wahai sahabat. AM pun macam tu juga. Kita ni hanya manusia biasa. Kadangkala kita lalai dengan keindahan duniawi. Tapi kita tak boleh
berputus asa. Seharunya kita teruskan usaha kita. Pernah dengar cerita mengenai Ibnu Umar tak? Macam mana Ibnu Umar mengambil masa 8 tahun
untuk menghafaz surah Al-Baqarah sahaja?

8 tahun? Mak ai. Lamanya..

Benar, kenapa 8 tahun? Sebab, Ibnu Umar bukan sahaja membaca dan menghafaz ayat Quran tu, beliau juga mengamalkannya. Selagi beliau tidak
menghafaz dan mengamalkan ayat tersebut, beliau tidak akan berpindah kepada ayat seterusnya. Sebab tu la memakan masa sehingga 8 tahun.

Macam mana nak memudahkan saya membaca dan menghafal Al-Quran AM?

Yang itu, AM telah jelaskan pada posting sebelum ini yakni Al-Quran : Antara Tuntutan Kefahaman. Kalau sahabat tak faham boleh tanya AM.
InsyaAllah kita beramal sama-sama ye sahabat

Ye AM. Syukran Jazilan ya Ustaz..

AM bukan ustaz la.

Hehe.. Ye la.. Syukran Sahabat.

Sama-samalah kita membantu antara satu sama lain ya sahabat. Jika hari ini diriku terlalu gembira dengan duniawi, sedarkanlah aku dengan amaran
Allah. Jika aku bersedih, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika antara kita ada tembok memisahkan leraikan ia dengan ukhwah dan jika pernah
hatimu terluka lantaran sikapku luahkanlah agar aku berubah. Namun satu pintaku, berjanjilah..ukhwah kita untuk selamanya

Ye Sahabatku AM.. Terima Kasih lagi sekali.. :)



Read more: http://mahabbahislamiyah.blogspot.com/2011/10/hak-al-quran-yang-perlu-ditepati.html#ixzz21WnXGCjI

Mais conteúdo relacionado

Destaque

Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Applitools
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at WorkGetSmarter
 

Destaque (20)

Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 

Hak hak al quran

  • 1. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.. Jika semalam AM cerita mengenai Al-Quran : Antara Tuntutan Kefahaman yakni mengenai kepentingan membaca dan memahami serta beramal dengan Quran, maka dalam posting kali ini, AM akan ceritakan mengenai hak-hak Al-Quran. Sebagaimana manusia, Al-Quran juga mempunyai hak. Ini kerana, Al-Quran bukan sahaja boleh membela kita di akhirat, Al-Quran juga boleh melemparkan kita ke neraka kerana kita sebagai manusia tidak melaksanakan hak-hak Al-Quran. InsyaAllah dalam posting ini, AM akan ceritakan serba sedikit mengenai beberapa hak Al-Quran. Baiklah, pertamanya, bukankah Al-Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia? Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 2 ‫بسم اَللرح ٰ َن الرحميم‬ ِ ‫هّ ا ِ ا‬ ‫م‬ ِ ‫ا ِ ِمْ ا ِ الهّ هّ ِمْ ا‬ ِ ‫ا‬ ‫ٰ لك الكتباب ل ريبۛ فميهۛ هد ى للمتقمين‬ َ ِ ‫ا ِ َ ِمْ ا ِ َ ُ َ َ ِمْ َ ا ِ ا ِ ُ ىً ّ ِمْ ُ هّ ا‬ ‫َذ‬ Yang bermaksud : Kitab (Al-Quran) ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Jadi, walaupun masih ramai lagi yang membaca Al-Quran, tapi kenapa seringkali kita masih mencari petunjuk lain selain daripada Al-Quran? Dimanakah silap kita? Ye AM, dimana silap AM? Hehe Cheit.. AM pulak kena.. Gurau je AM.. Baiklah, sebenarnya kita belum jumpa dengan petunjuk Al-Quran sebab kita belum menunaikan hak-hak Al-Quran. Eyh, Al-Quran pun ada hak jugak ke AM? Ada la, ingat manusia je ke yang ada hak? Al-Quran pun ada hak, Cuma kadang-kadang kita sibuk mempelajari Al-Quran hinggakan sibuk untuk mengetahui hak-hak Al-Quran yang perlu ditepati. Jika kita betul-betul tepati hak Al-Quran, InsyaAllah Al-Quran itu sendiri akan membela kita bahkan akan menjadi rahmat dan pemberi syafaat bagi kita di yaumil akhir nanti. Hemm. Apa hak-hak Al-Quran tu AM? Sekurangnya terdapat 5 hak Al-Quran yang perlu kita penuhi dan yang paling utama ialah membacanya dengan tartil. Ini adalah tuntutan dari Allah dalam Firmannya : ‫بسم اَللرح ٰ َن الرحميم‬ ِ ‫هّ ا ِ ا‬ ‫م‬ ِ ‫ا ِ ِمْ ا ِ الهّ هّ ِمْ ا‬ ِ ‫ا‬ ‫لن َِبت به فؤاد ۖ و ََتلنباه َت ِمَْتميل‬ ً‫ا ِ ُثّ َ ا ِ ا ِ ُ َ َك َرهّ ِمْ َ ُ َرا ِ ى‬ َ ‫وقبال الذين كفروا لول نِزل عَميه القرنآن جملة واحدةۚ ٰ لك‬ َ ِ ‫َ َ َ هّ ا ِ َ َ َ ُ َ ِمْ َ ُ ّ َ َلِمْ ا ِ ِمْ ُ ِمْ ُ ُ ِمَْ ىً َ ا ِ َك ا‬ ‫ ىًَ َذ‬ Surah Al-furqaan ayat 32 yang bermaksud : Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan tartil (teratur satu persatu)
  • 2. Ketahuilah wahai sahabat yang AM kasihi. Sesungguhnya, Allah tak minta kita melagukan Al-Quran, tak pula membacanya berserta taranum, sebaliknya Allah menyuruh kita membacanya dengan tartil. Jadi itulah hak Al-Quran yang pertama. Zaman era globalisasi ini, terdapat banyak kaedah-kaedah membaca Al-Quran, tidak pula kurangnya kaedah-kaedah yang memudahkan orang membaca dan menghafaz Al-Quran, namun, masih ada di antara mereka yang membaca Al-Quran seolah-olah membaca buku. Jadi AM, apa pula hak Al-Quran yang kedua? Sesungguhnya hak Al-Quran yang kedua ialah memahami makna ayat itu sendiri samada yang tersurat mahupun yang tersirat. AM nak tanya, kamu tahu makna-makna yang terkandung didalam Al-Quran? Hehe.. Boleh la, tapi kalau nak secara umum, Al-Quran mengandungi ilmu dan petunjuk dari segi tauhid, hukum-hakam, syariat, kisah bangsa-bangsa terdahulu dan banyak lagi la.. hehe Sebab itulah kita kena faham apa yang kita baca. Supaya kita boleh mengamalkan apa yang terkandung di dalam Quran serta mengamalkan hukum- hukum yang telah ditetapkan oleh Allah di dalamnya. Selain itu, kita boleh mengambil pengajaran yang diceritakan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai iktibar. Betul tu AM.. Yang ketiga pulak? Hehe Kamu agak-agak apa hak Al-Quran yang ketiga? Hemm.. Tak tahu la AM, hafal Al-Quran kot. Betul dah tu, hak Al-Quran yang ketiga perlu kita tepati ialah menghafaznya. Awak tahu tak kelebihan-kelebihan orang yang menghafal Al-Quran. Tahu la juga sikit-sikit AM, ada hadis yang menyatakan kelebihan orang yang menghafaz Al-Quran. Awak ingat lagi tak hadis-hadis tu? Ingat AM. 1. “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah) 2. “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim) 3. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari) Itu serba sedikit ganjaran di dunia. Kalau akhirat macam mana pula sahabatku? Kalau di akhirat 1. Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud) 2. Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • 3. Betul tu sahabat. Di zaman Baginda Rasulullah dahulu, penghafaz yang terbanyak akan dianggak sebagai pemimpin. Bukan seperti memimpin Negara, tapi seperti pemimpin rombongan atau peperangan. Bahkan, orang yang menghafaz Quran bukan saja mendapat penghormatan dari Baginda, malah akan mendapat penghormatal dari Allah sendiri. Seperti sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah bersabda : ‘Penghafaz Al Quran akan datang pada hari kiamat, kemudian Al Quran akan berkata: Wahai Tuhanku, bebaskanlah dia, kemudian orang itu dipakaikan mahkota karamah (kehormatan), Al Quran kembali meminta: Wahai Tuhanku tambahkanlah, maka orang itu dipakaikan jubah karamah. Kemudian Al Quran memohon lagi: Wahai Tuhanku, redhailah dia, maka Allah SWT meredhainya. Dan diperintahkan kepada orang itu: bacalah dan teruslah naiki (darjat-darjat syurga), dan Allah SWT menambahkan dari setiap ayat yang dibacanya tambahan nikmat dan kebaikan. Hebat sungguh ya ganjaran Allah AM. Yang seterusnya apa pula AM? Selepas kita membaca dengan betul, memahami apa yang dibaca, dan menghafaznya, seterusnya kita perlu mengamalkan isinya. Cuba AM bagi contoh, sahabat AM belajar medic, dia baca buku-buku mengenai medic, dia faham dan menghafaznya, agak-agak bila dia dah kerja nak bedah orang, adakah dia kan guna kaedah sendiri atau kaedah yang telah dipelajarinya? Mesti la ikut kaedah yang dia belajar AM. Apa la AM ni. AM tanya je. Macam tu juga la dengan Al-Quran, Al-Quran kan diturunkan sebagai petunjuk. Banyak ilmu dan nilai-nilai yang terkandung didalamnya untuk kita amalkan. Kalau kita baca dengan betul, kita faham maknanya, serta kita menghafalnya tetapi tak amalkan sama la macam pokok yang lebat tapi tak mengeluarkan buah. Tak member manfaat kepada yang menanamnya. Hehehe. Amboi, suka pulak dia. Tak boleh ea? Boleh. Hehe. Tapikan AM, kalau macam orang yang mengamalkan Al-Quran tapi tak membaca Al-Quran macam mana pulak tuh? Amboi-amboi tak nak baca ke? Ala Am ni, tanya je pun. La, mana ada marah, tanya jugak tu. Lagipun, kan mempelajari Al-Quran Fardhu Ain. Walaupun dia mengamalkan, tapi tak membacanya, tak sempurna juga. Sama juga dengan seorang mujahid. Ianya akan lengkap untuk berperang jika kelengkapannya lengkap. Seperti baju perisai, pedang, mungkin topi atau helmet besi dan segala kelengkapan lain. Barulah betul-betul bersedia untuk berperang. Owh, macam tu. Yang akhir sekali apa pulak AM? Akhir sekali, selepas kita membaca dengan betul, mengetahui maknanya, manghafaznya serta mengamalkan isinya kita perlulah mengajarkan Al- Quran. Ingat lagi pesan Nabi mengenai menyampaikan ilmu? Ingat AM, Sampaikanlah pesanku walau satu ayat sekalipun.
  • 4. Betul tuh. Buah yang masak dan ranum, tidak akan dapat kita rasa manis dan nikmatnya kalau kita hanya biarkan ia di atas pokok, oleh itu, kita perlu petik buah itu dan kita sampaikan, agar orang lain pun boleh menikmati manis dan nikmat buah yang Allah hasilkan melalui usaha kita menanamnya. Tak gitu sahabat? Hemm.. Kenapa sahabatku? Nampaknya, saya masih banyak hutang dengan Al-Quran AM. Jangan kata menghafal dan mengamal, baca pun tunggang langgang lagi.. :( Sabarlah wahai sahabat. AM pun macam tu juga. Kita ni hanya manusia biasa. Kadangkala kita lalai dengan keindahan duniawi. Tapi kita tak boleh berputus asa. Seharunya kita teruskan usaha kita. Pernah dengar cerita mengenai Ibnu Umar tak? Macam mana Ibnu Umar mengambil masa 8 tahun untuk menghafaz surah Al-Baqarah sahaja? 8 tahun? Mak ai. Lamanya.. Benar, kenapa 8 tahun? Sebab, Ibnu Umar bukan sahaja membaca dan menghafaz ayat Quran tu, beliau juga mengamalkannya. Selagi beliau tidak menghafaz dan mengamalkan ayat tersebut, beliau tidak akan berpindah kepada ayat seterusnya. Sebab tu la memakan masa sehingga 8 tahun. Macam mana nak memudahkan saya membaca dan menghafal Al-Quran AM? Yang itu, AM telah jelaskan pada posting sebelum ini yakni Al-Quran : Antara Tuntutan Kefahaman. Kalau sahabat tak faham boleh tanya AM. InsyaAllah kita beramal sama-sama ye sahabat Ye AM. Syukran Jazilan ya Ustaz.. AM bukan ustaz la. Hehe.. Ye la.. Syukran Sahabat. Sama-samalah kita membantu antara satu sama lain ya sahabat. Jika hari ini diriku terlalu gembira dengan duniawi, sedarkanlah aku dengan amaran Allah. Jika aku bersedih, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika antara kita ada tembok memisahkan leraikan ia dengan ukhwah dan jika pernah hatimu terluka lantaran sikapku luahkanlah agar aku berubah. Namun satu pintaku, berjanjilah..ukhwah kita untuk selamanya Ye Sahabatku AM.. Terima Kasih lagi sekali.. :) Read more: http://mahabbahislamiyah.blogspot.com/2011/10/hak-al-quran-yang-perlu-ditepati.html#ixzz21WnXGCjI