SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 10
1
HNS 2013
KENEGARAAN
NAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR KAD MATRIK:
1. ASWA AMANINA BT ABU SHAIRI D20121058086
2. NUR SYARAFINA BINTI CHE MOHD SABRI D20121058087
3. DAVINDRAN A/L RAMESH D20121058090
4. AMIRAH BINTI AB WAHAB D20121058091
5. NURAISYAH BT ADZMAN D20121058094
6. ATIKAH ISLAMIAH BT AZMAN D20121058098
7. NUR SHAHIRA BT SARJUNI D20121058108
SOALAN 5
TAJUK TUGASAN : USAHA YANG DIRANGKA KERAJAAN UNTUK
MEMUPUK PERPADUAN DI KALANGAN MASYARAKAT YANG
TERPISAH OLEH DASAR PENJAJAH
NAMA PENSYARAH : CIK NADIRAH BINTI MOHD AZMI
KUMPULAN : F
2
PENGENALAN
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Tanpa
perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan Perpaduan ialah satu proses
yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara
supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara.
Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara
kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan,
kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi
kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Pelbagai usaha dari aspek
politik, ekonomi dan sosial telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi mencapai dan
mengukuhkan perpaduan di negara kita.
3
USAHA-USAHA YANG DIRANGKA OLEH KERAJAAN UNTUK MEMUPUK
PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT YANG TERPISAH OLEH DASAR PENJAJAH
Aspek Politik
Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2000), “Malaysia
adalah sebuah Kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.”
Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara
perwakilan. Dalam kerajaan demokrasi berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah
negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang
memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Menurut Prof.
Madya Dr. Zainal Abidin Ahamad Mazlan Zulkifly (2006), "Satu cara untuk mewujudkan
perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan." Rakyat Persekutuan
Tanah Melayu telah didedahkan serta dilatih untuk memimpin kerajaan, dan dididik dengan
pengalaman pilihanraya iaitu sebagai persiapan ke arah kerajaan berparlimen.
Pada tahun 1951, Sistem Ahli telah diperkenalkan iaitu beberapa orang anggota Majlis
Perundingan Persekutuan diberi tanggungjawab ke atas beberapa jabatan dan agensi kerajaan.
Perubahan baharu itu juga boleh dianggap sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah
perkauman serta bentuk masa depan politik di Tanah Melayu. Dalam satu rombakan Sistem Ahli
pada tahun 1954, beberapa portfolio yang diwujudkan telah dijawat oleh warganegara
Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi anggota Majlis Perundangan Persekutuan.
Pilihanraya Majlis Perbandaran George Town yang diadakan pada tahun 1951 menjadi
tumpuan parti-parti politik ketika itu khususnya Parti Buruh dan Parti Radikal.
Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada tahun 1952. Dalam pilihanraya itu,
UMNO Selangor telah membuat pakatan politik dengan MCA Selangor bagi menguasai Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur. Pakatan ini telah menyebabkan parti IMP mengalami kekalahan
teruk. Pakatan tersebut telah memulakan sejarah gabungan parti UMNO dan MCA yang
dinamakan parti Perikatan. Menjelang pilihanraya tahun 1955, Malayan Indian Congress (MIC)
telah turut serta dalam Perikatan. Perikatan UMNO, MCA dan MIC telah mengemukakan
manifestonya ke arah kemerdekaan Tanah Melayu iaitu kemerdekaan bersama kaum-kaum lain.
4
Parti Perikatan telah mengemukakan satu manifesto untuk mencapai kemerdekaan.
Manifesto itu menjadi prinsip utama perjuangan parti Perikatan yang mewakili semua kaum di
negara ini. Manifesto itu juga menjadi panduan parti Perikatan dalam merangka memorandum
untuk diserahkan kepada suruhanjaya menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya tersebut juga telah mendapatkan pandangan parti politik,
organisasi bukan politik, dan orang perseorangan tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara
kita. Namun demikian, memorandum parti Perikatan, iaitu parti yang memerintah telah mendapat
keutamaan. Memorandum parti Perikatan boleh dikatakan sebagai pakatan murni iaitu
persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama, serta menghormati hak orang lain.
Dalam pakatan murni itu, terdapat lima perkara utama yang memberi kesan kepada
perkembangan politik di tanah air kita iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa
Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan.
Kerakyatan menjadi isu kontroversi ketika itu. Orang bukan Melayu mahu prinsip
kerakyatan secara jus-soli, Kerakyatan ini akan memberi hak yang sama rata di kalangan
warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Dalam suasana negara masih menghadapi keadaan
darurat, Tunku Abdul Rahman Putra menghadapi tekanan daripada UMNO yang masih meragui
kesetiaan orang Cina. Pemimpin Melayu dalam Perikatan akhirnya bersetuju untuk bertolak
ansur menerima prinsip jus soli.
Sementara itu, sebagai menghormati sikap tolak ansur orang Melayu terhadap
persetujuan kelonggaran syarat kerakyatan untuk orang bukan Melayu, pemimpin bukan Melayu
dalam Perikatan telah bersetuju menerima empat perkara penting. Perkara itu ialah kedudukan
Raja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Keempat-empat perkara itu sebenarnya
adalah unsur-unsur tradisi yang telah sedia wujud di negara kita. Dari sini bermulalah sikap
bertolak ansur antara kaum di Malaysia yang menjadi asas kepada perpaduan negara hari ini.
Aspek Ekonomi
Dari aspek ekonomi pula, mantan Perdana Menteri negara, Tun Abdul Razak Dato’
Hussien telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Dua langkah telah
diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk mengurang dan
5
seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan
peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah kedua
pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi
membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah kesan daripada dasar pecah dan perintah yang
dilaksanakan oleh penjajah. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) "Proses ini
telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai
objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat."
Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu terhad di kawasan perkampungan yang mana
hanya melibatkan pertanian dan perikanan manakala kaum India pula dikhususkan untuk
mengerjakan ladang-ladang kepunyaan penjajah. Kaum Cina pula berada di bandar-bandar
mengerjakan lombong malah diberi sedikit keistimewaan untuk menjalankan perniagaan.
Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah punca utama berlakunya peristiwa
rusuhan kaum 13 Mei 1969 apabila berlakunya ketidaktegasan melaksanakan apa yang telah
termaktub dalam kontrak sosial terutama sekali perkara yang melibatkan isu-isu kemiskinan
orang Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang. Pengasingan kaum mengikut fungsi-fungsi
ekonomi juga turut mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi-ekonomi dan taraf pendidikan
serta jurang perbezaan ekonomi yang sangat ketara di antara kaum Melayu dan Bumiputera
dengan bukan Bumiputera semakin melebar hingga mengakibatkan jumlah kemiskinan dan
pengangguran di desa semakin bertambah sehingga memaksa anak-anak muda Melayu berhijrah
ke kota mencari pekerjaan.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun
1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu Kerajaan
Perikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan bukan
Bumiputera dari segi semua bidang. DEB telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia
ke-2, RMK-2 (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang tujuan
utamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari segi ekonomi
tanpa mengira kaum.
6
Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun adalah untuk
meningkatkan peratus penanaman modal dalam syarikat-syarikat berhad kerana peratusan kaum
bumiputera pada ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 hingga semasa dasar ini baru
diperkenalkan adalah sangat rendah dan wujud jurang yang sangat besar di antara kaum
Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan pihak asing. Matlamat akhir dasar ini ialah pada
tahun 1990, peratusan penanaman modal Bumiputera dalam syarikat-syarikat berhad akan dapat
ditingkatkan dari hanya 1.5 peratus sahaja pada tahun 1971 kepada 30 peratus pada tahun1990.
Sementara itu, kaum bukan Bumiputera yang menguasai sebanyak 23.7 peratus penanaman
modal akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40 peratus pada tahun 1990. Bagi pihak asing yang
menguasai sebanyak 62.1 peratus pada tahun 1971 akan cuba dikurangkan kepada hanya 30
peratus sahaja apabila cukup tempoh 20 tahun.
Kewujudan Federal Land Development Activity (FELDA) pada 1 Julai 1956 telah
mengubah banyak nasib rakyat Malaysia. Penyediaan tanah untuk diterokai membolehkan
mereka mengubah nasib hidup dan juga mengekalkan perpaduan kaum. FELDA terdiri daripada
pelbagai kaum di Malaysia yang mendiami satu kelompok.
Dengan pelaksanaan DEB ini, ianya secara tidak langsung telah membawa kesan yang positif
dalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah
keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu
pendidikan, pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam
dasar-dasar dan program-program tertentu.
Aspek Sosial
Dari aspek sosial pula, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi memupuk
perpaduan antara penduduk pelbagai kaum. Antaranya ialah pengenalan Rukun Negara. Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan
dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari
1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Tun Abdul Razak.Setelah berbincang
serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah
merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu
diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara yang
7
telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang
tahun ke-13 kemerdekaan Negara. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu
membentuk perpaduan yang kukuh. Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan
rakyat. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunan sosial adalah
penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara. Pembangunan sosial dijalankan dalam
bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.” Ia juga merupakan landasan yang
menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan
bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat.
Dari aspek pendidikan pula, suatu sistem pendidikan nasional tidak wujud sehingga
penubuhan Penyata Razak. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan
proses pencapaian perpaduan.Sebagai contoh, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing
sebagai bahasa pengantar. Malah SJKC dan SJKT menggunakan kurikulum pendidikan yang
digunakan di China dan India. Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai
melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak
1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Beberapa langkah telah diambil bagi memenuhi
matlamat dasar ini. Antaranya termasuklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi, menyediakan sukatan
pelajaran yang seragam kandungannya untuk semua sekolah di Malaysia dan melaksanakan
kegiatan kokurikulum.
Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan
memperkayakan Bahasa Melayu. DBP telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program-
program seperti Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan pengaplikasian
Bahasa Melayu oleh semua kaum dan cogan kata “Bahasa Jiwa Bangsa” telah diwujudkan pada
1960. Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967 telah mengukuhkan lagi
kedudukan Bahasa Melayu dan memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
perpaduan integrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan
belajar semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam
Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan
8
rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar-
pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan
yuran persekolahan sehingga tingkatan lima tanpa mengira latar belakang pelajar dan ini
memastikan peluang pelajaran yang saksama bagi setiap kaum. Selain itu, Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT) yang sebelum ini hanya diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dari
segi ekonomi turut diberikan kepada semua pelajar tanpa berkecuali kini. Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) juga merupakan salah satu program yang masih lagi diteruskan sehingga
sekarang. Semua ini telah membuktikan bahawa kerajaan telah menggunakan pendidikan sebagai
medium utama bagi memupuk perpaduan.
Inisiatif kerajaan yang seterusnya ialah penggubalan Dasar Kebudayaan Negara pada
tahun 1971. Objektifnya adalah bagi memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta
memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Strategi dan pelaksanaan dasar ini adalah
seperti berikut:
(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas
kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya;
(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan
melatih peminat, mendukung dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan;
(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme Malaysia;
(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya;
(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Melalui dasar ini juga, kerajaan telah memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan
seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk menggalakkan
masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung-mengunjungi di antara satu
sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya.
9
KESIMPULAN
Sesungguhnya, perpaduan dan integrasi adalah suatu unsur yang sangat penting bagi
mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur, kestabilan politik dan perkembangan
ekonomi yang pesat. Tugas ini tidak seharusnya dipertanggungjawabkan hanya kepada pihak
kerajaan sahaja, tetapi semua lapisan masyarakat harus menyumbangkan tenaga bagi
merealisasikan impian murni ini.
Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawipernah mengingatkan rakyat
bahawa perpaduan adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan
daya saing ekonomi negara. Oleh yang demikian, kita semua haruslah bersama-sama membantu
pihak kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan integrasi ini.
10
BIBLIOGRAFI
Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan. (n.d). Diperoleh pada 15 April 2013
daripada http://pmr.inform.gov.my/index.php/component/content/article/460-nkra
pendidikan/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html
Dasar Ekonomi Baru. (n.d). Diperoleh pada 17 April 2013 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/237-dasar-ekonomi
baru-.html
Dasar Kebudayaan Kebangsaan. (n.d). Diperoleh pada 16 April 2013 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar
negara/238-dasar-kebudayaan-kebangsaan.html
Pembentukan Kerajaan Demokrasi Berparlimen. (n.d). Diperoleh pada 17 April 2013 daripada
http://members.multimania.co.uk/nabirz/pol3.html
Rukun Negara 1M. (n.d). Diperoleh pada 16 April 2013 daripada
http://yds2u.com/?page_id=1279

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politikMaizatul Akmal
 
Pembangunan Politik Dlam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Pembangunan Politik Dlam Konteks Hubungan Etnik Di MalaysiaPembangunan Politik Dlam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Pembangunan Politik Dlam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysiazue5588
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakatintan mastura
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)almadinasakinah
 
Bab 4 pembangunan politik dalam konteks he
Bab 4   pembangunan politik dalam konteks heBab 4   pembangunan politik dalam konteks he
Bab 4 pembangunan politik dalam konteks heNorisuwanah Jaffar
 
Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Then Moli
 
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Irwan John Imbayan
 
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysiaBab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysiaAre Matt
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikKevin Vin
 
Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTan Fen
 
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.Sharmeen Rahman
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaanIntegrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaanfiro HAR
 
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)Mieys Yueyu
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiMahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 

Mais procurados (20)

Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politik
 
Pembangunan Politik Dlam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Pembangunan Politik Dlam Konteks Hubungan Etnik Di MalaysiaPembangunan Politik Dlam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Pembangunan Politik Dlam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
 
Bab 4 pembangunan politik dalam konteks he
Bab 4   pembangunan politik dalam konteks heBab 4   pembangunan politik dalam konteks he
Bab 4 pembangunan politik dalam konteks he
 
Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11
 
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
 
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysiaBab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnik
 
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab5 permuafakatan politik
Bab5 permuafakatan politikBab5 permuafakatan politik
Bab5 permuafakatan politik
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaanIntegrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
 
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
 

Destaque

M9 Definisi Politik Dan Parti Politik
M9 Definisi Politik Dan Parti PolitikM9 Definisi Politik Dan Parti Politik
M9 Definisi Politik Dan Parti Politikcucur
 
5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayuNur Az
 
Jawapan bab4-t3
Jawapan bab4-t3Jawapan bab4-t3
Jawapan bab4-t3Cg Man
 
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanmothy
 
Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)
Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)
Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)Kim Afaka
 
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020Adha Rain
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957Didiy Otto
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)Ieta Sa'ad
 
Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020Mis Sem
 
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuankepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuanCt Muna
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Dinesh Madhavan
 
Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020aimm reka
 
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaSejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaASMANIZA ABDULLAH
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negaraHome
 
60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnik60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnikAzlyn Juliana
 
Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020munnianwar
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negaramunnianwar
 

Destaque (20)

M9 Definisi Politik Dan Parti Politik
M9 Definisi Politik Dan Parti PolitikM9 Definisi Politik Dan Parti Politik
M9 Definisi Politik Dan Parti Politik
 
5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu
 
Jawapan bab4-t3
Jawapan bab4-t3Jawapan bab4-t3
Jawapan bab4-t3
 
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
 
Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)
Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)
Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)
 
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
 
Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
 
Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020
 
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuankepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020
 
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaSejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan Malaysia
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnik60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnik
 
Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negara
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 

Semelhante a Kenegaraan

Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanAswa Nina
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4Muhammad Fansuri
 
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiBab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiDhani Ahmad
 
WAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan EtnikWAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan EtnikErica Leenya
 
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaKonsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaAzhzhahir
 
Dari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke IntegrasiDari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke Integrasihaneyhazwani
 
Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integritiJacq95
 
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajarFormat laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajarAfnanHamimi1
 
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaE Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdekaisharsmiaa
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1su ana
 
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiPengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiBrenda Rachel Marie
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1razali1982
 
9.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.20119.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.2011043799
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1NikHaris1
 

Semelhante a Kenegaraan (20)

Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4
 
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 meiTutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
 
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiBab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
 
WAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan EtnikWAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan Etnik
 
Esei 1
Esei 1Esei 1
Esei 1
 
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaKonsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
 
Dari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke IntegrasiDari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke Integrasi
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
13 mei 1969
13 mei 196913 mei 1969
13 mei 1969
 
Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integriti
 
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajarFormat laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
 
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaE Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
 
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiPengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1
 
9.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.20119.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.2011
 
BAB_1.pptx
BAB_1.pptxBAB_1.pptx
BAB_1.pptx
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 

Mais de Aswa Nina

Wec 8013 speaking skills
Wec 8013 speaking skillsWec 8013 speaking skills
Wec 8013 speaking skillsAswa Nina
 
Issues in Heroes
Issues in HeroesIssues in Heroes
Issues in HeroesAswa Nina
 
Pengurusan & pembelajaran pelajar
Pengurusan & pembelajaran pelajarPengurusan & pembelajaran pelajar
Pengurusan & pembelajaran pelajarAswa Nina
 
Araby (James Joyce)
Araby (James Joyce)Araby (James Joyce)
Araby (James Joyce)Aswa Nina
 
Past perfect progressive
Past perfect progressivePast perfect progressive
Past perfect progressiveAswa Nina
 
Oedipus settings
Oedipus settingsOedipus settings
Oedipus settingsAswa Nina
 
Pembentukan kssr
Pembentukan kssrPembentukan kssr
Pembentukan kssrAswa Nina
 
Adolescent changes
Adolescent changesAdolescent changes
Adolescent changesAswa Nina
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahAswa Nina
 
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)Aswa Nina
 

Mais de Aswa Nina (11)

Wec 8013 speaking skills
Wec 8013 speaking skillsWec 8013 speaking skills
Wec 8013 speaking skills
 
Issues in Heroes
Issues in HeroesIssues in Heroes
Issues in Heroes
 
Pengurusan & pembelajaran pelajar
Pengurusan & pembelajaran pelajarPengurusan & pembelajaran pelajar
Pengurusan & pembelajaran pelajar
 
Word stress
Word stressWord stress
Word stress
 
Araby (James Joyce)
Araby (James Joyce)Araby (James Joyce)
Araby (James Joyce)
 
Past perfect progressive
Past perfect progressivePast perfect progressive
Past perfect progressive
 
Oedipus settings
Oedipus settingsOedipus settings
Oedipus settings
 
Pembentukan kssr
Pembentukan kssrPembentukan kssr
Pembentukan kssr
 
Adolescent changes
Adolescent changesAdolescent changes
Adolescent changes
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiah
 
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
 

Kenegaraan

  • 1. 1 HNS 2013 KENEGARAAN NAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR KAD MATRIK: 1. ASWA AMANINA BT ABU SHAIRI D20121058086 2. NUR SYARAFINA BINTI CHE MOHD SABRI D20121058087 3. DAVINDRAN A/L RAMESH D20121058090 4. AMIRAH BINTI AB WAHAB D20121058091 5. NURAISYAH BT ADZMAN D20121058094 6. ATIKAH ISLAMIAH BT AZMAN D20121058098 7. NUR SHAHIRA BT SARJUNI D20121058108 SOALAN 5 TAJUK TUGASAN : USAHA YANG DIRANGKA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI KALANGAN MASYARAKAT YANG TERPISAH OLEH DASAR PENJAJAH NAMA PENSYARAH : CIK NADIRAH BINTI MOHD AZMI KUMPULAN : F
  • 2. 2 PENGENALAN Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Pelbagai usaha dari aspek politik, ekonomi dan sosial telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi mencapai dan mengukuhkan perpaduan di negara kita.
  • 3. 3 USAHA-USAHA YANG DIRANGKA OLEH KERAJAAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT YANG TERPISAH OLEH DASAR PENJAJAH Aspek Politik Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2000), “Malaysia adalah sebuah Kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.” Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan. Dalam kerajaan demokrasi berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahamad Mazlan Zulkifly (2006), "Satu cara untuk mewujudkan perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan." Rakyat Persekutuan Tanah Melayu telah didedahkan serta dilatih untuk memimpin kerajaan, dan dididik dengan pengalaman pilihanraya iaitu sebagai persiapan ke arah kerajaan berparlimen. Pada tahun 1951, Sistem Ahli telah diperkenalkan iaitu beberapa orang anggota Majlis Perundingan Persekutuan diberi tanggungjawab ke atas beberapa jabatan dan agensi kerajaan. Perubahan baharu itu juga boleh dianggap sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah perkauman serta bentuk masa depan politik di Tanah Melayu. Dalam satu rombakan Sistem Ahli pada tahun 1954, beberapa portfolio yang diwujudkan telah dijawat oleh warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi anggota Majlis Perundangan Persekutuan. Pilihanraya Majlis Perbandaran George Town yang diadakan pada tahun 1951 menjadi tumpuan parti-parti politik ketika itu khususnya Parti Buruh dan Parti Radikal. Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada tahun 1952. Dalam pilihanraya itu, UMNO Selangor telah membuat pakatan politik dengan MCA Selangor bagi menguasai Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Pakatan ini telah menyebabkan parti IMP mengalami kekalahan teruk. Pakatan tersebut telah memulakan sejarah gabungan parti UMNO dan MCA yang dinamakan parti Perikatan. Menjelang pilihanraya tahun 1955, Malayan Indian Congress (MIC) telah turut serta dalam Perikatan. Perikatan UMNO, MCA dan MIC telah mengemukakan manifestonya ke arah kemerdekaan Tanah Melayu iaitu kemerdekaan bersama kaum-kaum lain.
  • 4. 4 Parti Perikatan telah mengemukakan satu manifesto untuk mencapai kemerdekaan. Manifesto itu menjadi prinsip utama perjuangan parti Perikatan yang mewakili semua kaum di negara ini. Manifesto itu juga menjadi panduan parti Perikatan dalam merangka memorandum untuk diserahkan kepada suruhanjaya menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya tersebut juga telah mendapatkan pandangan parti politik, organisasi bukan politik, dan orang perseorangan tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara kita. Namun demikian, memorandum parti Perikatan, iaitu parti yang memerintah telah mendapat keutamaan. Memorandum parti Perikatan boleh dikatakan sebagai pakatan murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama, serta menghormati hak orang lain. Dalam pakatan murni itu, terdapat lima perkara utama yang memberi kesan kepada perkembangan politik di tanah air kita iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan. Kerakyatan menjadi isu kontroversi ketika itu. Orang bukan Melayu mahu prinsip kerakyatan secara jus-soli, Kerakyatan ini akan memberi hak yang sama rata di kalangan warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Dalam suasana negara masih menghadapi keadaan darurat, Tunku Abdul Rahman Putra menghadapi tekanan daripada UMNO yang masih meragui kesetiaan orang Cina. Pemimpin Melayu dalam Perikatan akhirnya bersetuju untuk bertolak ansur menerima prinsip jus soli. Sementara itu, sebagai menghormati sikap tolak ansur orang Melayu terhadap persetujuan kelonggaran syarat kerakyatan untuk orang bukan Melayu, pemimpin bukan Melayu dalam Perikatan telah bersetuju menerima empat perkara penting. Perkara itu ialah kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Keempat-empat perkara itu sebenarnya adalah unsur-unsur tradisi yang telah sedia wujud di negara kita. Dari sini bermulalah sikap bertolak ansur antara kaum di Malaysia yang menjadi asas kepada perpaduan negara hari ini. Aspek Ekonomi Dari aspek ekonomi pula, mantan Perdana Menteri negara, Tun Abdul Razak Dato’ Hussien telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Dua langkah telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk mengurang dan
  • 5. 5 seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah kedua pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah kesan daripada dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) "Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat." Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu terhad di kawasan perkampungan yang mana hanya melibatkan pertanian dan perikanan manakala kaum India pula dikhususkan untuk mengerjakan ladang-ladang kepunyaan penjajah. Kaum Cina pula berada di bandar-bandar mengerjakan lombong malah diberi sedikit keistimewaan untuk menjalankan perniagaan. Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah punca utama berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 apabila berlakunya ketidaktegasan melaksanakan apa yang telah termaktub dalam kontrak sosial terutama sekali perkara yang melibatkan isu-isu kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang. Pengasingan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi juga turut mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi-ekonomi dan taraf pendidikan serta jurang perbezaan ekonomi yang sangat ketara di antara kaum Melayu dan Bumiputera dengan bukan Bumiputera semakin melebar hingga mengakibatkan jumlah kemiskinan dan pengangguran di desa semakin bertambah sehingga memaksa anak-anak muda Melayu berhijrah ke kota mencari pekerjaan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu Kerajaan Perikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan bukan Bumiputera dari segi semua bidang. DEB telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-2, RMK-2 (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari segi ekonomi tanpa mengira kaum.
  • 6. 6 Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun adalah untuk meningkatkan peratus penanaman modal dalam syarikat-syarikat berhad kerana peratusan kaum bumiputera pada ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 hingga semasa dasar ini baru diperkenalkan adalah sangat rendah dan wujud jurang yang sangat besar di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan pihak asing. Matlamat akhir dasar ini ialah pada tahun 1990, peratusan penanaman modal Bumiputera dalam syarikat-syarikat berhad akan dapat ditingkatkan dari hanya 1.5 peratus sahaja pada tahun 1971 kepada 30 peratus pada tahun1990. Sementara itu, kaum bukan Bumiputera yang menguasai sebanyak 23.7 peratus penanaman modal akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40 peratus pada tahun 1990. Bagi pihak asing yang menguasai sebanyak 62.1 peratus pada tahun 1971 akan cuba dikurangkan kepada hanya 30 peratus sahaja apabila cukup tempoh 20 tahun. Kewujudan Federal Land Development Activity (FELDA) pada 1 Julai 1956 telah mengubah banyak nasib rakyat Malaysia. Penyediaan tanah untuk diterokai membolehkan mereka mengubah nasib hidup dan juga mengekalkan perpaduan kaum. FELDA terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia yang mendiami satu kelompok. Dengan pelaksanaan DEB ini, ianya secara tidak langsung telah membawa kesan yang positif dalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu pendidikan, pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam dasar-dasar dan program-program tertentu. Aspek Sosial Dari aspek sosial pula, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi memupuk perpaduan antara penduduk pelbagai kaum. Antaranya ialah pengenalan Rukun Negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Tun Abdul Razak.Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara yang
  • 7. 7 telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Negara. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunan sosial adalah penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara. Pembangunan sosial dijalankan dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.” Ia juga merupakan landasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat. Dari aspek pendidikan pula, suatu sistem pendidikan nasional tidak wujud sehingga penubuhan Penyata Razak. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan.Sebagai contoh, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Malah SJKC dan SJKT menggunakan kurikulum pendidikan yang digunakan di China dan India. Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Beberapa langkah telah diambil bagi memenuhi matlamat dasar ini. Antaranya termasuklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi, menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandungannya untuk semua sekolah di Malaysia dan melaksanakan kegiatan kokurikulum. Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan memperkayakan Bahasa Melayu. DBP telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program- program seperti Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan pengaplikasian Bahasa Melayu oleh semua kaum dan cogan kata “Bahasa Jiwa Bangsa” telah diwujudkan pada 1960. Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967 telah mengukuhkan lagi kedudukan Bahasa Melayu dan memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi perpaduan integrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan
  • 8. 8 rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar- pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan yuran persekolahan sehingga tingkatan lima tanpa mengira latar belakang pelajar dan ini memastikan peluang pelajaran yang saksama bagi setiap kaum. Selain itu, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang sebelum ini hanya diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi turut diberikan kepada semua pelajar tanpa berkecuali kini. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga merupakan salah satu program yang masih lagi diteruskan sehingga sekarang. Semua ini telah membuktikan bahawa kerajaan telah menggunakan pendidikan sebagai medium utama bagi memupuk perpaduan. Inisiatif kerajaan yang seterusnya ialah penggubalan Dasar Kebudayaan Negara pada tahun 1971. Objektifnya adalah bagi memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Strategi dan pelaksanaan dasar ini adalah seperti berikut: (i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; (ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; (v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian. Melalui dasar ini juga, kerajaan telah memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk menggalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung-mengunjungi di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya.
  • 9. 9 KESIMPULAN Sesungguhnya, perpaduan dan integrasi adalah suatu unsur yang sangat penting bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur, kestabilan politik dan perkembangan ekonomi yang pesat. Tugas ini tidak seharusnya dipertanggungjawabkan hanya kepada pihak kerajaan sahaja, tetapi semua lapisan masyarakat harus menyumbangkan tenaga bagi merealisasikan impian murni ini. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawipernah mengingatkan rakyat bahawa perpaduan adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan daya saing ekonomi negara. Oleh yang demikian, kita semua haruslah bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan integrasi ini.
  • 10. 10 BIBLIOGRAFI Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan. (n.d). Diperoleh pada 15 April 2013 daripada http://pmr.inform.gov.my/index.php/component/content/article/460-nkra pendidikan/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html Dasar Ekonomi Baru. (n.d). Diperoleh pada 17 April 2013 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/237-dasar-ekonomi baru-.html Dasar Kebudayaan Kebangsaan. (n.d). Diperoleh pada 16 April 2013 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar negara/238-dasar-kebudayaan-kebangsaan.html Pembentukan Kerajaan Demokrasi Berparlimen. (n.d). Diperoleh pada 17 April 2013 daripada http://members.multimania.co.uk/nabirz/pol3.html Rukun Negara 1M. (n.d). Diperoleh pada 16 April 2013 daripada http://yds2u.com/?page_id=1279