SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 7
1. Tugas-Tugas Guru Kelas
1.0 Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru
1.1. Daftar pelajar baru dan serahkan borang pendaftaran pelajar baru kepada Jawatankuasa
Pendaftaran untuk di daftarkan. Dapatkan nombor pendaftaran daripada JK Pendaftaran dan
isi maklumat pelajar ke dalam buku pendaftaran seperti ditentukan oleh JK Pendaftaran.
Tarikh pendaftaran mestilah mengikut tarikh hari pertama pelajar hadir ke sekolah.
1.2. Menyemak dokumen/maklumat peribadi pelajar. Jika tiada fail peibadi dibawa bersama / tidak
diterima dari sekolah asal dalam masa 2 minggu sila buat surat susulan memohon maklumat
/fail peribadi murid daripada sekolah asal. Dapatkan borang permohonan daripada pejabat
dan berurusan dengan PT yang bertanggungjawab.
1.3. Rujuk carta aliran 1 perpindahan masuk pelajar.
2.0 Pertukaran Pelajar ke sekolah lain / luar negeri
2.1. Ibu bapa/waris bagi pelajar yang hendak bertukar perlu berjumpa pengetua/ PK HEM terlebih
dahulu seterusnya mendapatkan borang pertukaran daripada pejabat . Broang yang
dilengkapkan perlu dihantar ke pejabat untuk dipanjangkan ke PPD/ JPN.
2.2. Murid tidak boleh bertukar sekolah selagi tiada jawapan dari PPD/ JPN. PK HEM akan
memaklumkan tentang kelulusan rasmi dari pihak PPD/JPN
2.3. Pertukaran pelajar dan pemoongan nama daripada Jadual Kedatangan hanya dibuat setelah
mendapat kelulusan pihak sekolah dan memastikan hanya ruangan catatan kedatangan saja
dipotong . Jangan potong nama murid berkenaan seperti berikut:
Cara Betul
Mac 1 2 3 4 5 6 7
Aisyah bt Syukri Berhenti mulai 6 . 3. 10
Carmen Lim Ji Bertukar ke SMK Pitas mulai 3.3.10
2.4. Memastikan buku-buku SPBT dipulangkan ( jika pelajar ingin membawa bersama buku-buku
tersebut minta pelajar mengisi borang yang disediakan oleh JK SPBT).
2.5. Pastikan semua bayaran sekolah dijelaskan.
2.6. Serahkan ke pejabat perkara-perkara berikut untuk tindakan:
a. Fail Peribadi
b. Kad 001
c. Kad Kesihatan
d. Markah ujian lisan
e. Markah kerja kursus
f. Peka Sains
g. Markah kokurikulum
h. dan lain-lain yang berkenaan
3.0 Kehadiran
3.1 Jika mana-mana pelajar tidak hadir lebih dari 3 hari, guru kelas hendaklah menghubungi
ibu bapa/penjaga melalui Pengetua berdasarkan jadual berikut:
Surat Hari Tidak Hadir (P)
Berturut-turut
Hari Tidak Hadir (P)
Bukan Berturut-turut
Amaran Pertama Pada hari ke - 3 Pada hari ke - 10
Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari lagi selepas
( Hari Ke - 11) Amaran Pertama (Hari Ke - 20)
Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran
(Hari Ke - 18) Kedua (Hari Ke - 40)
* Surat Tunjuk Sebab Setelah Cukup 31 Hari Setelah Cukup 60 Hari
(Surat Berdaftar)
Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari
* Buang Sekolah
60 hari
* Buang Sekolah
3.2 Surat-surat berkenaan boleh didapatkan dari pejabat dan diiisi dalam 3 salinan – untuk
waris murid, fail sekolah dan fail register.
3.3 Meminta pelajar membawa surat daripada doktor sekiranya tidak hadir ke sekolah. Surat
daripada ibu bapa / penjaga untuk kes-kes kecemasan sahaja. Semua surat menyurat
tidak hadir termasuk surat doktor mesti disimpan dalam fail bersama buku JKM.
3.4 Guru Tingkatan diminta menelefon ibu bapa/ waris sekiranya masih tidak dapat respons
selepas surat-surat dihantar. Rekod komunikasi dengan ibu bapa didalam borang yang
dibekalkan.
4.0 Tugas dan Tanggungjawab Guru Tingkatan dan Penyelia Tingkatan dalam Pengurusan
Buku Jadual Kedatangan Murid
4.1 Buku Jadual Kedatangan Murid adalah dokumen rasmi. Semua butir –butir murid perlu
dilengkapkan dengan kemas, jelas dan tepat. Penggunaan cecair pemadam adalah
dilarang. Sebarang pembetulan hendaklah dipotong dengan satu garis yang kemas serta
ditandatangani.
4.2 Guru akan menerima senarai nama murid dari Pengetua/Penolong Kanan bagi sesebuah
kelas
4.3 Guru tingkatan perlu menyiapkan senarai kedatangan sementara seperti JKM sebenar
selewat-lewatnya pada minggu akhir Januari.
4.4 Senarai nama mestilah ditulis mengikut abjad dan pastikan semua butiran berikut
dilengkapkan
o Nama murid
o Jantina
o Bilangan Sekolah
o Tarikh Masuk
o Bangsa
o Agama
o Nombor Kad Pengenalan
o Tarikh lahir
o Nombor Surat Beranak
o Umur pada 1 Jan. tahun berkenaan
o Nama ibu bapa/penjaga
o Pertalian murid dengan ibu bapa/penjaga
o Alamat ibu bapa/penjaga
o No. telefon ibu bapa/penjaga
o Pekerjaan ibu bapa/penjaga
4.5 Mendapatkan Nombor Bilangan Sekolah daripada buku Daftar Kemasukan Sekolah bagi
murid tingkatan 6 Rendah baru, atau murid baru berpindah masuk ( Pastikan pendaftaran
murid telah dilengkapkan selewat-lewatnya pada minggu pertama Februari). Bagi murid
tingkatan 2 – 6 nombor bilangan sekolah boleh dirujuk dalam Jadual Kedatangan Murid
tahun sebelumnya.
4.6 Semak semua butiran untuk memastikan i tiada berlaku kesilapan sebelum menyalin
senarai nama dan maklumat diri pelajar ke dalam JKM sebenar dan SMM.
4.7 Guru perlu menandakan kedatangan harian murid sendiri dan meletakkan semula JKM ke
rak di pejabat selewat-lewatnya pada pukul 10.00 pagi
4.8 Memenuhkan senarai nama mengikut abjad dalam ruang Ringkasan Yuran-yuran dan
mendapatkan nombor resit yuran daripada Kerani Kewangan di pejabat.
4.9 Pada akhir bulan, pastikan semua ruang diisi, dijumlahkan dan dipindahkan ke bulan
hadapan.
4.10Memastikan nama murid dipindahkan pada akhir bulan sebelumnya.
4.11Sekiranya ada murid yang baru masuk, atur semula senarai nama mengikut abjad,
(susunan murid lelaki didahulukan, diikuti murid permpuan).
4.12Guru tingkatan menandakan kedatangan dengan cara:
o tandakan / untuk murid yang hadir
o tandakan O untuk murid yang tidak hadir
o tandakan L untuk murid yang lewat
o tandakan P untuk murid yang ponteng
o Tandakan untuk murid yang hadir dengan kenyataan.
o Tandakan W untuk murid yang mewakili sekolah
4.13Jumlahkan kedatangan harian:
o jumlah murid yang tidak hadir
o jumlah murid yang hadir
o jumlah murid sepatutnya dalam kelas
4.14 Pada akhir bulan:
o jumlahkan murid tidak hadir dalam bulan berkenaan
o jumlahkan murid tidak hadir sehingga bulan berkenaan
o jumlahkan bilangan hari murid hadir sehingga bulan berkenaan
o jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir dalam bulan berkenaan
o jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir sehingga akhir bulan berkenaan
o menulis jumlah kedatangan sebenar nya dalam ruang Ringkasan
o menulis jumlah kedatangan sepatutnya dalam ruang Ringkasan
o menulis peratus kedatangan
o menulis hitung panjang kedatangan
o menulis bilangan murid yang masuk
o menulis bilangan murid yang keluar
o menulis bilangan murid pada akhir bulan
o menulis hitung panjang ramai murid
o tandatangan guru tingkatan
4.15Semakan JKM akan dibuat oleh penyelia tingkatan pada akhir setiap bulan. Borang
semakan diserahkan kepada PK HEM.
4.16Penyelia Tingkatan akan mengambilalih tugas guru tingkatan apabila guru tingkatan
tiada di sekoah. Guru tingkatan perlu memaklumkan kepada penyelia tingkatan
sekiranya mempunyai maklumat awal ketiadaannya di sekolah pada sesuatu hari
atas hal-hal rasmi. Dalam keadaan di mana kedua-dua guru tingkatan atau penyelia
tingkatan tiada di sekolah, Kaunselor akan mengambilalih tugas ini.
4.17Pada akhir sesi persekolahan tahun berkenaan pastikan
o semua butiran dalam bulan Januari hingga Disember telah dilengkapkan
o semua nombor resit yuran dan pembayaran lengkapkemaskini
o semua ruang dalam Analisa Kedatangan Setahun lengkap dan
ditandatangani
Menyerahkan buku JKM ke pejabat pada Hari Akhir Persekolahan
5.0 Keperluan Fizikal Kelas dan Keselamatan dalam kelas
5.1 Menjaga keadaan fizikal kelas serta alat perabot yang lengkap dan melaporkan Mengenai
kerosakan dengan segera kepada pihak sekolah/ JK Bangunan, Perabot dan
Penyelenggaran supaya tindakan dapat diambil.
5.2 Mempastikan kelas sentiasa di dalam keadaan bersih, kemas, cantik serta selamat.
5.3 Melengkapkan borang dan memastikan perkara-perkara di dalam daftar inventori
dipatuhi.
5.4 Memastikan peralatan dan perabot dalam kelas mencukupi jika tidak perlu dimaklumkan
kepada Jawatan kuasa aset.
5.5 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang keselamatan di dalam kelas.
5.6 Menerima aduan pelajar , merekod dan mengambil tindakan.
5.7 Melaporkan kemalangan yang berlaku.
6.0 Disiplin
6.1 Guru Tingkatan dan guru mata pelajaran harus bekerjasama dengan guru disiplin bagi
mengekalkan disiplin sekolah. Guru kelas perlu melaporkan kepada guru disiplin
tentang sebarang kes pelanggaran disiplin dan tindakan yang dilakukan. Rujuk kes
disiplin dan jenis kesalahahan / hukuman)
6.2 Guru tingkatan / guru mata pelajaran perlu melapor segera tentang sebarang
kemalangan yang berlaku dalam kelas kepada Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid atau Penyelia Petang.
6.3 Semua guru mata pelajaran hendaklah menyelesaikan masalah disiplin yang timbul
semasa waktu P & P dan membuat catatan di dalam Buku Pengesanan Kelas. Jika tidak
dapat diselesaikan bawa kes kepada guru tingkatan dan juga guru disiplin.
6.4 Guru mata pelajaran yang meminjam murid semasa waktu guru lain, sila minta kebenaran
guru tersebut dan catatkan nama-nama murid yang keluar serta waktunya dalam buku
pengesanan kelas.
6.5 Murid yang hendak keluar untuk sesi kaunseling perlu menyerahkan surat daripada
kaunselor . Masa pelajar keluar dan masuk dicatatkan dalam buku pengesanan.
6.6 Guru-guru juga perlu membuat semakan dari masa ke masa kes-kes pelanggaran disiplin
dalam kalangan pelajar seperti rambut, kuku, tag nama. Panefore , warna rambut atau
pemakaian aksesori dan lain-lain barang larangan khususnya telefon bimbit.
7.0 Kebenaran Keluar / Masuk Kelas
7.1 Kebenaran keluar masuk boleh diberi oleh guru yang mengajar pada masa itu sahaja
menggunakan tag nama.
7.2 Semua guru diharap dapat memberi kerjasama supaya hanya pelajar yang perlu sahaja
dibenarkan keluar. Ini bertujuan supaya pelajar tidak menyalahgunakan masa yang
merugikan mereka.
7.3 Pengawas atau Ketua Kelas tidak boleh membenarkan pelajar lain keluar kelas. Jika
berlaku juga mereka hendaklah melaporkan segera kepada guru mata pelajaran
berkenaan.
8.0 Kebersihan Dan Kekemasan
Bilik Darjah
8.1 Memastikan kelas mempunyai organisasi kelas dan telah mempunyai jadual bertugas
harian.
8.2 Guru perlu mengingatkan pelajar tentang kebersihan kelas iaitu sebelum 7.00 pagi.
Seramai 3 orang pelajar yang dibertanggungjawab perlu berada di kelas dan kawasan
angkat untuk melaksanakan tugas.
8.3 Semua sampah di dalam bilik darjah mesti dibuang ke dalam tong sampah (besar) atau di
tempat buang sampah.
8.4 Kerusi dan meja hendaklah disusun teratur dan kemas sepanjang masa.
8.5 ‘White Board’ hendaklah dibersihkan.
8.6 Guru waktu akhir perlu memastikan pelajar membuang sampah , menyusun kerusi meja,
serta menutup suis dan pintu bilik darjah.
8.7 Semua bilik darjah hendaklah dihias dengan sempurna dan papan kenyataan dalam kelas
hendaklah dipenuhi dengan artikel-artikel yang berunsurkan ilmu pengetahuan. Hiasan
kelas boleh mengikut kreativiti murid dengan bimbingan guru
8.8 Mempastikan papan kenyataan dalam kelas digunakan dengan berfaedah dan wajib
dilengkapi dengan :
a. jadual waktu kelas
b. Carta organisasi kelas
c. Jadual bertugas murid
d. Pelan kawad kebakaran
e. Vis dan misi sekolah
f. Rukun negara
g. Inventori bilik darjah
h. Senarai nama pelajar
i. peraturan kelas dan lain-lain bahan ilmiah mengikut subjek.
8.9 Memastikan kelas mempunyai peralatan berikut :
a. penyapu
b. bakul sampah
c. pemadam
d. penyodok
e. marker pen
f. kain pengelap tingkap
g. Buku pengesanan kelas
h. Buku bintang lima
i. Buku laporan mesyuarat MGT- MKT
9.0 Tugas Buku Pengesanan Kelas
9.1 Guru tingkatan / guru mata pelajaran waktu pertama perlu memastikan tarikh, nama guru,
jumlah kehadiran, nama murid tidak hadir , murid yang lewat dicatatkan setiap hari.
9.2 Penyelia Tingkatan perlu menyemak buku pengesanan setiap hari jumaat dan rekodkan
kesalahan murid untuk dipanjangkan kepada guru disiplin
9.3 Buku tingkatan juga perlu sentiasa peka kepada catatan disiplin yang direkodkan oleh
guru-guru subjek.
10.0. Hal ehwal Biasiswa dan bantuan
10.1Guru biasiswa dimnta untuk memberikan senarai nama dan nombor biasiswa murid
yang menerima biasiswa kepada guru-guru tingkatan setelah menerimanya daripada
pihak JPN/ PPD.
10.2 Guru tingkatan perlu mengenalpasti pelajar yang memerlukan biasiswa atau
bantuan lain dan menyerahkan senarai tersebut kepada JK Biasiswa dan Kebajikan
pelajar pada awal tahun dan akhir tahun jika pelajar ini masih belum mendapa apa-apa
bantuan.
11.0 Kad 001 Murid
11.1Guru tingkatan harus memastikan semua pelajar mempunyai fail peribadi dan kad 001,
kad kesihatan, kad pergigian. Jika hilang minta murid beli daripada koperasi sekolah.
11.2Semua butir 1 -7 dalam kad 001 mersti dikemaskini dengan butir terkini beserta foto
pelajar.
11.3Butiran peperiksaan perlu dilengkapkan seminggu selepas keputusan peperiksaan
Pertengahan tahun dan akhir tahun.
11.4Kad yang telah dikemaskini perlu diserahkan kepada kaunselor sebelum minggu akhir
tamat sesi persekolahan .
12.0Skim Insuran Takaful
12.1Guru tingkatan perlu melaporkan dengan segera jika ada murid yang terlibat dalam
sebarang kemalanan yang mengakibatkan kecederaan / kematian atau kemalangan
biasa kepada guru Kebajikan / PK HEM.
12.2Aduan / laporan secara lisan hendaklah dibuat dengan segera dan laporan bertulis
hendaklah dihantar dalam tempoh 30 hari oleh PT kepada pihak Takaful
12.3Pengesahan / Laporan bertulis daripada pihak hospital perlu disertakan semasa
permohonan tuntutan dibuat.
13.0Sijil Berhenti dan Surat Akuan
13.1 Semua guru tingkatan bertanggungjawab menyediakan sijil dan surat akuan
tersebut untuk murid di dalam kelas Tingkatan 5, tingkatan 6 dan pelajar-pelajar
berpindah yang memerlukannya.
13.2 Guru tingkatan perlu memastikan pelajar melengkapkan borang asal dan
memastikan butiran tepat sebelum menaip masuk butiran dalam komputer
mengikut format yang disediakan (rujuk folder masing-masing)
13.3 Sijil sebenar boleh diambil daripada PK HEM dan pastikan butiran yang ditaip
disemak dan tiada kesilapan sebelum dicetak.
13.4 Sijil dan surat akuan yang telah dicetak difailkan dan dihantar ke pejabat untuk
ditandatangani oleh Pengetua.
13.5 Tarikh sijil mestilah berdasarkan tarikh hari akhir persekolahan pada sesuatu
sesi persekolahan.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Intervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxIntervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxLOMAN5
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxAzimahDollah2
 
62761650 contoh-skt-guru
62761650 contoh-skt-guru62761650 contoh-skt-guru
62761650 contoh-skt-guruZuliaty Ismail
 
Borang kategori 1b dg34
Borang kategori 1b   dg34Borang kategori 1b   dg34
Borang kategori 1b dg34Msabh Sari
 
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docxKERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docxnur habibah yusuf
 
Borang permarkahan rumah sukan 2012
Borang permarkahan rumah sukan 2012Borang permarkahan rumah sukan 2012
Borang permarkahan rumah sukan 2012MOHD AZIZUL
 
Format borang permohonan lawatan terbaharu
Format borang permohonan lawatan terbaharuFormat borang permohonan lawatan terbaharu
Format borang permohonan lawatan terbaharuRazak Hisamudin
 
4 contoh penulisan keberhasilan
4 contoh penulisan keberhasilan4 contoh penulisan keberhasilan
4 contoh penulisan keberhasilanRizallminHasan
 
1. TAKLIMAT BENGKEL PENJAMINAN KUALITI 4P PBD SM 2023 (1).pptx
1. TAKLIMAT BENGKEL  PENJAMINAN KUALITI 4P PBD SM 2023 (1).pptx1. TAKLIMAT BENGKEL  PENJAMINAN KUALITI 4P PBD SM 2023 (1).pptx
1. TAKLIMAT BENGKEL PENJAMINAN KUALITI 4P PBD SM 2023 (1).pptxJoseMontgomery
 
UASA SEJARAH TAHUN 456.pptx
UASA SEJARAH TAHUN 456.pptxUASA SEJARAH TAHUN 456.pptx
UASA SEJARAH TAHUN 456.pptxAzrinaAuni
 
Aturcara perhimpunan rasmi sekolah
Aturcara perhimpunan rasmi sekolahAturcara perhimpunan rasmi sekolah
Aturcara perhimpunan rasmi sekolah583132
 
Serah tugas guru faizatul
Serah tugas guru faizatulSerah tugas guru faizatul
Serah tugas guru faizatulFaizatul Halim
 
Contoh surat amaran ponteng
Contoh surat amaran pontengContoh surat amaran ponteng
Contoh surat amaran pontengDydy Diaz
 
Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020
Buku panduan program susu sekolah (pss)  2.0   22 sept 2020Buku panduan program susu sekolah (pss)  2.0   22 sept 2020
Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020Izzati Zaman
 
Contoh Minit mesyuarat guru
Contoh Minit mesyuarat guru Contoh Minit mesyuarat guru
Contoh Minit mesyuarat guru smartware
 
Sijil Graduasi SPM
Sijil Graduasi SPMSijil Graduasi SPM
Sijil Graduasi SPMMiz Malinz
 
kertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docx
kertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docxkertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docx
kertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docxNida654543
 

Mais procurados (20)

Intervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxIntervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docx
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
 
62761650 contoh-skt-guru
62761650 contoh-skt-guru62761650 contoh-skt-guru
62761650 contoh-skt-guru
 
Borang kategori 1b dg34
Borang kategori 1b   dg34Borang kategori 1b   dg34
Borang kategori 1b dg34
 
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docxKERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
 
Borang permarkahan rumah sukan 2012
Borang permarkahan rumah sukan 2012Borang permarkahan rumah sukan 2012
Borang permarkahan rumah sukan 2012
 
Format borang permohonan lawatan terbaharu
Format borang permohonan lawatan terbaharuFormat borang permohonan lawatan terbaharu
Format borang permohonan lawatan terbaharu
 
4 contoh penulisan keberhasilan
4 contoh penulisan keberhasilan4 contoh penulisan keberhasilan
4 contoh penulisan keberhasilan
 
1. TAKLIMAT BENGKEL PENJAMINAN KUALITI 4P PBD SM 2023 (1).pptx
1. TAKLIMAT BENGKEL  PENJAMINAN KUALITI 4P PBD SM 2023 (1).pptx1. TAKLIMAT BENGKEL  PENJAMINAN KUALITI 4P PBD SM 2023 (1).pptx
1. TAKLIMAT BENGKEL PENJAMINAN KUALITI 4P PBD SM 2023 (1).pptx
 
UASA SEJARAH TAHUN 456.pptx
UASA SEJARAH TAHUN 456.pptxUASA SEJARAH TAHUN 456.pptx
UASA SEJARAH TAHUN 456.pptx
 
Aturcara perhimpunan rasmi sekolah
Aturcara perhimpunan rasmi sekolahAturcara perhimpunan rasmi sekolah
Aturcara perhimpunan rasmi sekolah
 
Penilaianku
PenilaiankuPenilaianku
Penilaianku
 
Serah tugas guru faizatul
Serah tugas guru faizatulSerah tugas guru faizatul
Serah tugas guru faizatul
 
Contoh surat amaran ponteng
Contoh surat amaran pontengContoh surat amaran ponteng
Contoh surat amaran ponteng
 
Minit Mesyuarat Bil 2.docx
Minit Mesyuarat Bil 2.docxMinit Mesyuarat Bil 2.docx
Minit Mesyuarat Bil 2.docx
 
Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020
Buku panduan program susu sekolah (pss)  2.0   22 sept 2020Buku panduan program susu sekolah (pss)  2.0   22 sept 2020
Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020
 
Contoh Minit mesyuarat guru
Contoh Minit mesyuarat guru Contoh Minit mesyuarat guru
Contoh Minit mesyuarat guru
 
Sijil Graduasi SPM
Sijil Graduasi SPMSijil Graduasi SPM
Sijil Graduasi SPM
 
kertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docx
kertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docxkertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docx
kertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docx
 
Contoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapaContoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapa
 

Semelhante a Fail Meja Guru Kelas

Fail meja guru kelas
Fail meja guru kelasFail meja guru kelas
Fail meja guru kelasMusa Masra
 
Contoh fail meja
Contoh fail mejaContoh fail meja
Contoh fail mejanur dasima
 
334525019 ketetapan-dasar-unit-hem
334525019 ketetapan-dasar-unit-hem334525019 ketetapan-dasar-unit-hem
334525019 ketetapan-dasar-unit-hemooiweiting
 
Peraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolahPeraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolahnoli dina
 
MESYUARAT-HEM-KALI-PERTAMA-2015.ppt
MESYUARAT-HEM-KALI-PERTAMA-2015.pptMESYUARAT-HEM-KALI-PERTAMA-2015.ppt
MESYUARAT-HEM-KALI-PERTAMA-2015.pptMazlinaZulkifli2
 
Fail meja disiplin
Fail meja disiplinFail meja disiplin
Fail meja disiplinMazlan Samat
 
Borang Lawatan Pelancongan.docx
Borang Lawatan Pelancongan.docxBorang Lawatan Pelancongan.docx
Borang Lawatan Pelancongan.docxtharani85802
 
Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2
Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2
Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2Joyce Robert
 
Documents.tips senarai tugas-guru-kelas
Documents.tips senarai tugas-guru-kelasDocuments.tips senarai tugas-guru-kelas
Documents.tips senarai tugas-guru-kelasFrancis Jessius
 
Dasar pengurusan hem smkadg 2013
Dasar pengurusan hem smkadg 2013Dasar pengurusan hem smkadg 2013
Dasar pengurusan hem smkadg 2013Aliff Hafiz
 
SLIDE TAKLIMAT DAFTAR E MENENGAH 2024.ppt
SLIDE TAKLIMAT DAFTAR E MENENGAH 2024.pptSLIDE TAKLIMAT DAFTAR E MENENGAH 2024.ppt
SLIDE TAKLIMAT DAFTAR E MENENGAH 2024.pptNURULSYUHADABINTIABD5
 
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01Asrulsani Abdul Rahman
 

Semelhante a Fail Meja Guru Kelas (20)

Fail meja guru_kelas
Fail meja guru_kelasFail meja guru_kelas
Fail meja guru_kelas
 
FAIL MEJA GURU KELAS.doc
FAIL MEJA GURU KELAS.docFAIL MEJA GURU KELAS.doc
FAIL MEJA GURU KELAS.doc
 
Fail meja guru kelas
Fail meja guru kelasFail meja guru kelas
Fail meja guru kelas
 
Contoh fail meja
Contoh fail mejaContoh fail meja
Contoh fail meja
 
Fail meja
Fail mejaFail meja
Fail meja
 
334525019 ketetapan-dasar-unit-hem
334525019 ketetapan-dasar-unit-hem334525019 ketetapan-dasar-unit-hem
334525019 ketetapan-dasar-unit-hem
 
Peraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolahPeraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolah
 
MESYUARAT-HEM-KALI-PERTAMA-2015.ppt
MESYUARAT-HEM-KALI-PERTAMA-2015.pptMESYUARAT-HEM-KALI-PERTAMA-2015.ppt
MESYUARAT-HEM-KALI-PERTAMA-2015.ppt
 
Fail meja disiplin
Fail meja disiplinFail meja disiplin
Fail meja disiplin
 
Borang Lawatan Pelancongan.docx
Borang Lawatan Pelancongan.docxBorang Lawatan Pelancongan.docx
Borang Lawatan Pelancongan.docx
 
Skt Lyda
Skt LydaSkt Lyda
Skt Lyda
 
Borang ting1
Borang ting1Borang ting1
Borang ting1
 
Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2
Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2
Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2
 
Skop kerja
Skop kerjaSkop kerja
Skop kerja
 
Sktlyda13
Sktlyda13Sktlyda13
Sktlyda13
 
Dasar pengurusan hem 2012baru
Dasar pengurusan hem 2012baruDasar pengurusan hem 2012baru
Dasar pengurusan hem 2012baru
 
Documents.tips senarai tugas-guru-kelas
Documents.tips senarai tugas-guru-kelasDocuments.tips senarai tugas-guru-kelas
Documents.tips senarai tugas-guru-kelas
 
Dasar pengurusan hem smkadg 2013
Dasar pengurusan hem smkadg 2013Dasar pengurusan hem smkadg 2013
Dasar pengurusan hem smkadg 2013
 
SLIDE TAKLIMAT DAFTAR E MENENGAH 2024.ppt
SLIDE TAKLIMAT DAFTAR E MENENGAH 2024.pptSLIDE TAKLIMAT DAFTAR E MENENGAH 2024.ppt
SLIDE TAKLIMAT DAFTAR E MENENGAH 2024.ppt
 
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
 

Fail Meja Guru Kelas

  • 1. 1. Tugas-Tugas Guru Kelas 1.0 Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru 1.1. Daftar pelajar baru dan serahkan borang pendaftaran pelajar baru kepada Jawatankuasa Pendaftaran untuk di daftarkan. Dapatkan nombor pendaftaran daripada JK Pendaftaran dan isi maklumat pelajar ke dalam buku pendaftaran seperti ditentukan oleh JK Pendaftaran. Tarikh pendaftaran mestilah mengikut tarikh hari pertama pelajar hadir ke sekolah. 1.2. Menyemak dokumen/maklumat peribadi pelajar. Jika tiada fail peibadi dibawa bersama / tidak diterima dari sekolah asal dalam masa 2 minggu sila buat surat susulan memohon maklumat /fail peribadi murid daripada sekolah asal. Dapatkan borang permohonan daripada pejabat dan berurusan dengan PT yang bertanggungjawab. 1.3. Rujuk carta aliran 1 perpindahan masuk pelajar. 2.0 Pertukaran Pelajar ke sekolah lain / luar negeri 2.1. Ibu bapa/waris bagi pelajar yang hendak bertukar perlu berjumpa pengetua/ PK HEM terlebih dahulu seterusnya mendapatkan borang pertukaran daripada pejabat . Broang yang dilengkapkan perlu dihantar ke pejabat untuk dipanjangkan ke PPD/ JPN. 2.2. Murid tidak boleh bertukar sekolah selagi tiada jawapan dari PPD/ JPN. PK HEM akan memaklumkan tentang kelulusan rasmi dari pihak PPD/JPN 2.3. Pertukaran pelajar dan pemoongan nama daripada Jadual Kedatangan hanya dibuat setelah mendapat kelulusan pihak sekolah dan memastikan hanya ruangan catatan kedatangan saja dipotong . Jangan potong nama murid berkenaan seperti berikut: Cara Betul Mac 1 2 3 4 5 6 7 Aisyah bt Syukri Berhenti mulai 6 . 3. 10 Carmen Lim Ji Bertukar ke SMK Pitas mulai 3.3.10 2.4. Memastikan buku-buku SPBT dipulangkan ( jika pelajar ingin membawa bersama buku-buku tersebut minta pelajar mengisi borang yang disediakan oleh JK SPBT). 2.5. Pastikan semua bayaran sekolah dijelaskan. 2.6. Serahkan ke pejabat perkara-perkara berikut untuk tindakan: a. Fail Peribadi b. Kad 001 c. Kad Kesihatan d. Markah ujian lisan e. Markah kerja kursus f. Peka Sains g. Markah kokurikulum h. dan lain-lain yang berkenaan
  • 2. 3.0 Kehadiran 3.1 Jika mana-mana pelajar tidak hadir lebih dari 3 hari, guru kelas hendaklah menghubungi ibu bapa/penjaga melalui Pengetua berdasarkan jadual berikut: Surat Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut Amaran Pertama Pada hari ke - 3 Pada hari ke - 10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari lagi selepas ( Hari Ke - 11) Amaran Pertama (Hari Ke - 20) Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran (Hari Ke - 18) Kedua (Hari Ke - 40) * Surat Tunjuk Sebab Setelah Cukup 31 Hari Setelah Cukup 60 Hari (Surat Berdaftar) Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari * Buang Sekolah 60 hari * Buang Sekolah 3.2 Surat-surat berkenaan boleh didapatkan dari pejabat dan diiisi dalam 3 salinan – untuk waris murid, fail sekolah dan fail register. 3.3 Meminta pelajar membawa surat daripada doktor sekiranya tidak hadir ke sekolah. Surat daripada ibu bapa / penjaga untuk kes-kes kecemasan sahaja. Semua surat menyurat tidak hadir termasuk surat doktor mesti disimpan dalam fail bersama buku JKM. 3.4 Guru Tingkatan diminta menelefon ibu bapa/ waris sekiranya masih tidak dapat respons selepas surat-surat dihantar. Rekod komunikasi dengan ibu bapa didalam borang yang dibekalkan. 4.0 Tugas dan Tanggungjawab Guru Tingkatan dan Penyelia Tingkatan dalam Pengurusan Buku Jadual Kedatangan Murid 4.1 Buku Jadual Kedatangan Murid adalah dokumen rasmi. Semua butir –butir murid perlu dilengkapkan dengan kemas, jelas dan tepat. Penggunaan cecair pemadam adalah dilarang. Sebarang pembetulan hendaklah dipotong dengan satu garis yang kemas serta ditandatangani. 4.2 Guru akan menerima senarai nama murid dari Pengetua/Penolong Kanan bagi sesebuah kelas 4.3 Guru tingkatan perlu menyiapkan senarai kedatangan sementara seperti JKM sebenar selewat-lewatnya pada minggu akhir Januari. 4.4 Senarai nama mestilah ditulis mengikut abjad dan pastikan semua butiran berikut dilengkapkan o Nama murid o Jantina o Bilangan Sekolah o Tarikh Masuk o Bangsa o Agama
  • 3. o Nombor Kad Pengenalan o Tarikh lahir o Nombor Surat Beranak o Umur pada 1 Jan. tahun berkenaan o Nama ibu bapa/penjaga o Pertalian murid dengan ibu bapa/penjaga o Alamat ibu bapa/penjaga o No. telefon ibu bapa/penjaga o Pekerjaan ibu bapa/penjaga 4.5 Mendapatkan Nombor Bilangan Sekolah daripada buku Daftar Kemasukan Sekolah bagi murid tingkatan 6 Rendah baru, atau murid baru berpindah masuk ( Pastikan pendaftaran murid telah dilengkapkan selewat-lewatnya pada minggu pertama Februari). Bagi murid tingkatan 2 – 6 nombor bilangan sekolah boleh dirujuk dalam Jadual Kedatangan Murid tahun sebelumnya. 4.6 Semak semua butiran untuk memastikan i tiada berlaku kesilapan sebelum menyalin senarai nama dan maklumat diri pelajar ke dalam JKM sebenar dan SMM. 4.7 Guru perlu menandakan kedatangan harian murid sendiri dan meletakkan semula JKM ke rak di pejabat selewat-lewatnya pada pukul 10.00 pagi 4.8 Memenuhkan senarai nama mengikut abjad dalam ruang Ringkasan Yuran-yuran dan mendapatkan nombor resit yuran daripada Kerani Kewangan di pejabat. 4.9 Pada akhir bulan, pastikan semua ruang diisi, dijumlahkan dan dipindahkan ke bulan hadapan. 4.10Memastikan nama murid dipindahkan pada akhir bulan sebelumnya. 4.11Sekiranya ada murid yang baru masuk, atur semula senarai nama mengikut abjad, (susunan murid lelaki didahulukan, diikuti murid permpuan). 4.12Guru tingkatan menandakan kedatangan dengan cara: o tandakan / untuk murid yang hadir o tandakan O untuk murid yang tidak hadir o tandakan L untuk murid yang lewat o tandakan P untuk murid yang ponteng o Tandakan untuk murid yang hadir dengan kenyataan. o Tandakan W untuk murid yang mewakili sekolah 4.13Jumlahkan kedatangan harian: o jumlah murid yang tidak hadir o jumlah murid yang hadir o jumlah murid sepatutnya dalam kelas 4.14 Pada akhir bulan: o jumlahkan murid tidak hadir dalam bulan berkenaan o jumlahkan murid tidak hadir sehingga bulan berkenaan o jumlahkan bilangan hari murid hadir sehingga bulan berkenaan o jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir dalam bulan berkenaan o jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir sehingga akhir bulan berkenaan o menulis jumlah kedatangan sebenar nya dalam ruang Ringkasan o menulis jumlah kedatangan sepatutnya dalam ruang Ringkasan o menulis peratus kedatangan o menulis hitung panjang kedatangan
  • 4. o menulis bilangan murid yang masuk o menulis bilangan murid yang keluar o menulis bilangan murid pada akhir bulan o menulis hitung panjang ramai murid o tandatangan guru tingkatan 4.15Semakan JKM akan dibuat oleh penyelia tingkatan pada akhir setiap bulan. Borang semakan diserahkan kepada PK HEM. 4.16Penyelia Tingkatan akan mengambilalih tugas guru tingkatan apabila guru tingkatan tiada di sekoah. Guru tingkatan perlu memaklumkan kepada penyelia tingkatan sekiranya mempunyai maklumat awal ketiadaannya di sekolah pada sesuatu hari atas hal-hal rasmi. Dalam keadaan di mana kedua-dua guru tingkatan atau penyelia tingkatan tiada di sekolah, Kaunselor akan mengambilalih tugas ini. 4.17Pada akhir sesi persekolahan tahun berkenaan pastikan o semua butiran dalam bulan Januari hingga Disember telah dilengkapkan o semua nombor resit yuran dan pembayaran lengkapkemaskini o semua ruang dalam Analisa Kedatangan Setahun lengkap dan ditandatangani Menyerahkan buku JKM ke pejabat pada Hari Akhir Persekolahan 5.0 Keperluan Fizikal Kelas dan Keselamatan dalam kelas 5.1 Menjaga keadaan fizikal kelas serta alat perabot yang lengkap dan melaporkan Mengenai kerosakan dengan segera kepada pihak sekolah/ JK Bangunan, Perabot dan Penyelenggaran supaya tindakan dapat diambil. 5.2 Mempastikan kelas sentiasa di dalam keadaan bersih, kemas, cantik serta selamat. 5.3 Melengkapkan borang dan memastikan perkara-perkara di dalam daftar inventori dipatuhi. 5.4 Memastikan peralatan dan perabot dalam kelas mencukupi jika tidak perlu dimaklumkan kepada Jawatan kuasa aset. 5.5 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang keselamatan di dalam kelas. 5.6 Menerima aduan pelajar , merekod dan mengambil tindakan. 5.7 Melaporkan kemalangan yang berlaku. 6.0 Disiplin 6.1 Guru Tingkatan dan guru mata pelajaran harus bekerjasama dengan guru disiplin bagi mengekalkan disiplin sekolah. Guru kelas perlu melaporkan kepada guru disiplin tentang sebarang kes pelanggaran disiplin dan tindakan yang dilakukan. Rujuk kes disiplin dan jenis kesalahahan / hukuman) 6.2 Guru tingkatan / guru mata pelajaran perlu melapor segera tentang sebarang kemalangan yang berlaku dalam kelas kepada Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau Penyelia Petang.
  • 5. 6.3 Semua guru mata pelajaran hendaklah menyelesaikan masalah disiplin yang timbul semasa waktu P & P dan membuat catatan di dalam Buku Pengesanan Kelas. Jika tidak dapat diselesaikan bawa kes kepada guru tingkatan dan juga guru disiplin. 6.4 Guru mata pelajaran yang meminjam murid semasa waktu guru lain, sila minta kebenaran guru tersebut dan catatkan nama-nama murid yang keluar serta waktunya dalam buku pengesanan kelas. 6.5 Murid yang hendak keluar untuk sesi kaunseling perlu menyerahkan surat daripada kaunselor . Masa pelajar keluar dan masuk dicatatkan dalam buku pengesanan. 6.6 Guru-guru juga perlu membuat semakan dari masa ke masa kes-kes pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar seperti rambut, kuku, tag nama. Panefore , warna rambut atau pemakaian aksesori dan lain-lain barang larangan khususnya telefon bimbit. 7.0 Kebenaran Keluar / Masuk Kelas 7.1 Kebenaran keluar masuk boleh diberi oleh guru yang mengajar pada masa itu sahaja menggunakan tag nama. 7.2 Semua guru diharap dapat memberi kerjasama supaya hanya pelajar yang perlu sahaja dibenarkan keluar. Ini bertujuan supaya pelajar tidak menyalahgunakan masa yang merugikan mereka. 7.3 Pengawas atau Ketua Kelas tidak boleh membenarkan pelajar lain keluar kelas. Jika berlaku juga mereka hendaklah melaporkan segera kepada guru mata pelajaran berkenaan. 8.0 Kebersihan Dan Kekemasan Bilik Darjah 8.1 Memastikan kelas mempunyai organisasi kelas dan telah mempunyai jadual bertugas harian. 8.2 Guru perlu mengingatkan pelajar tentang kebersihan kelas iaitu sebelum 7.00 pagi. Seramai 3 orang pelajar yang dibertanggungjawab perlu berada di kelas dan kawasan angkat untuk melaksanakan tugas. 8.3 Semua sampah di dalam bilik darjah mesti dibuang ke dalam tong sampah (besar) atau di tempat buang sampah. 8.4 Kerusi dan meja hendaklah disusun teratur dan kemas sepanjang masa. 8.5 ‘White Board’ hendaklah dibersihkan. 8.6 Guru waktu akhir perlu memastikan pelajar membuang sampah , menyusun kerusi meja, serta menutup suis dan pintu bilik darjah. 8.7 Semua bilik darjah hendaklah dihias dengan sempurna dan papan kenyataan dalam kelas hendaklah dipenuhi dengan artikel-artikel yang berunsurkan ilmu pengetahuan. Hiasan kelas boleh mengikut kreativiti murid dengan bimbingan guru 8.8 Mempastikan papan kenyataan dalam kelas digunakan dengan berfaedah dan wajib dilengkapi dengan : a. jadual waktu kelas b. Carta organisasi kelas c. Jadual bertugas murid d. Pelan kawad kebakaran e. Vis dan misi sekolah f. Rukun negara g. Inventori bilik darjah
  • 6. h. Senarai nama pelajar i. peraturan kelas dan lain-lain bahan ilmiah mengikut subjek. 8.9 Memastikan kelas mempunyai peralatan berikut : a. penyapu b. bakul sampah c. pemadam d. penyodok e. marker pen f. kain pengelap tingkap g. Buku pengesanan kelas h. Buku bintang lima i. Buku laporan mesyuarat MGT- MKT 9.0 Tugas Buku Pengesanan Kelas 9.1 Guru tingkatan / guru mata pelajaran waktu pertama perlu memastikan tarikh, nama guru, jumlah kehadiran, nama murid tidak hadir , murid yang lewat dicatatkan setiap hari. 9.2 Penyelia Tingkatan perlu menyemak buku pengesanan setiap hari jumaat dan rekodkan kesalahan murid untuk dipanjangkan kepada guru disiplin 9.3 Buku tingkatan juga perlu sentiasa peka kepada catatan disiplin yang direkodkan oleh guru-guru subjek. 10.0. Hal ehwal Biasiswa dan bantuan 10.1Guru biasiswa dimnta untuk memberikan senarai nama dan nombor biasiswa murid yang menerima biasiswa kepada guru-guru tingkatan setelah menerimanya daripada pihak JPN/ PPD. 10.2 Guru tingkatan perlu mengenalpasti pelajar yang memerlukan biasiswa atau bantuan lain dan menyerahkan senarai tersebut kepada JK Biasiswa dan Kebajikan pelajar pada awal tahun dan akhir tahun jika pelajar ini masih belum mendapa apa-apa bantuan. 11.0 Kad 001 Murid 11.1Guru tingkatan harus memastikan semua pelajar mempunyai fail peribadi dan kad 001, kad kesihatan, kad pergigian. Jika hilang minta murid beli daripada koperasi sekolah. 11.2Semua butir 1 -7 dalam kad 001 mersti dikemaskini dengan butir terkini beserta foto pelajar. 11.3Butiran peperiksaan perlu dilengkapkan seminggu selepas keputusan peperiksaan Pertengahan tahun dan akhir tahun. 11.4Kad yang telah dikemaskini perlu diserahkan kepada kaunselor sebelum minggu akhir tamat sesi persekolahan . 12.0Skim Insuran Takaful 12.1Guru tingkatan perlu melaporkan dengan segera jika ada murid yang terlibat dalam sebarang kemalanan yang mengakibatkan kecederaan / kematian atau kemalangan biasa kepada guru Kebajikan / PK HEM. 12.2Aduan / laporan secara lisan hendaklah dibuat dengan segera dan laporan bertulis hendaklah dihantar dalam tempoh 30 hari oleh PT kepada pihak Takaful 12.3Pengesahan / Laporan bertulis daripada pihak hospital perlu disertakan semasa permohonan tuntutan dibuat. 13.0Sijil Berhenti dan Surat Akuan
  • 7. 13.1 Semua guru tingkatan bertanggungjawab menyediakan sijil dan surat akuan tersebut untuk murid di dalam kelas Tingkatan 5, tingkatan 6 dan pelajar-pelajar berpindah yang memerlukannya. 13.2 Guru tingkatan perlu memastikan pelajar melengkapkan borang asal dan memastikan butiran tepat sebelum menaip masuk butiran dalam komputer mengikut format yang disediakan (rujuk folder masing-masing) 13.3 Sijil sebenar boleh diambil daripada PK HEM dan pastikan butiran yang ditaip disemak dan tiada kesilapan sebelum dicetak. 13.4 Sijil dan surat akuan yang telah dicetak difailkan dan dihantar ke pejabat untuk ditandatangani oleh Pengetua. 13.5 Tarikh sijil mestilah berdasarkan tarikh hari akhir persekolahan pada sesuatu sesi persekolahan.