SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 3
Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi
pemangkin utama proses mengglobalisasikan dunia. Globalisasi merujuk kepada satu
cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain.
Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia,
namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali.

      Globalisasi merupakan satu proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti
ekonomi dan kebudayaan dan lain- lain disebarkan ke peringkat antarabangsa
terutamanya melalui kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya
(Kamus Dewan). Ia terjadi apabila berlakunya perpindahan manusia, barang fizikalatau
idea-idea antara negara (Orozco & Hilliard 2004). Maka, globalisasi boleh ditakrifkan
sebagai satu transisi untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa
dibatasi oleh sempadan atau kedudukan geografi sesebuah negara.

      Menurut O’Rourke dan Williamson (2000), kehadiran globalisasi kepada dunia
memberi impak yang positif dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat ketika itu
masyarakat Scadinavian yang kurang berpengetahuan pada sekitar tahun 1870 hingga
1913 terpaksa menerima perkembangan pendidikan yang dibawa oleh Amerika dan
Britain. Kedua-dua negara ini adalah negara yang terkehadapan dalam bidang
pendidikan di mana mempunyai kepakaran, pengalaman dan kemahiran yang tinggi.
Melalui peralihan pendidikan secara global ini, masyarakat Scadinavian terpaksa
hadapan. Akhirnya, masyarakat Scadanivian maju melalui kesan dari globalisasi
tersebut.

      Negara Malaysia merupakan sebahagian daripada komuniti kehidupan global.
Realitinya, Malaysia juga menerima tempias hasil dari ledakan globalisasi. Selain dari
kesan yang positif seperti kebanjiran maklumat dan dunia tanpa sempadan, kesan yang
buruk juga menimpa masyarakat di Malaysia seperti akses yang mudah kepada dunia
hiburan dan bahan porno menjadikan gejala negatif yang dominan di luar batasan moral
masyarakat setempat sukar dipintas dan ditapis (Habib & Megat 2001). Hal ini memberi
cabaran yang besar kepada dunia Pendidikan Islam dalam mendidik masyarakat
terutama para remaja yang mudah terpengaruh dengan budaya kuning.
Fenomena ini berlaku mencetuskan perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar
yang baru mengenali dunia. Perkembangan ini telah mendorong para perancang
kurikulum di kebanyakan negara terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum
sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut
(Habib   &    Megat    2001). Cabaran         untuk   membangunkan   keseluruhan   aspek
kemanusiaan yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti
yang terkandung di dalam FPK akan lebih mencabar di era globalisasi berbanding era
sebelumnya.


Orozco, M. S & Hilliard, D. B. 2004. Globalization: Culture and education in the new
    millenium.Berkeley: University of California Press.



Mohd Aliff Mohd Nawi et.al 2011. Impak Globalisasi terhadap Pendidikan Islam Masa
    Kini. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (Nun) Iv, Fakulti Pendidikan, Universiti
    Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Habib, M. S. & Megat, A. K. 2001. Globalisasi dan cabaran pendidikan di Malaysia.
Masalah Pendidikan, 31(1): 91-101.
Latar belakang globalisasi pendidikan

Mais conteúdo relacionado

Semelhante a Latar belakang globalisasi pendidikan

Semelhante a Latar belakang globalisasi pendidikan (20)

Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21
 
Kb 1 modul 1
Kb 1 modul 1Kb 1 modul 1
Kb 1 modul 1
 
Makalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasiMakalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasi
 
Makalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasiMakalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasi
 
Makalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasiMakalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasi
 
Retro Modern Pink Purple and Yellow Geometric Shapes Science Education Pres_2...
Retro Modern Pink Purple and Yellow Geometric Shapes Science Education Pres_2...Retro Modern Pink Purple and Yellow Geometric Shapes Science Education Pres_2...
Retro Modern Pink Purple and Yellow Geometric Shapes Science Education Pres_2...
 
pendidikan
pendidikanpendidikan
pendidikan
 
Hdr3
Hdr3Hdr3
Hdr3
 
Makalah pengaruh globaliasi
Makalah pengaruh globaliasiMakalah pengaruh globaliasi
Makalah pengaruh globaliasi
 
K lipping globalisasi
K lipping globalisasiK lipping globalisasi
K lipping globalisasi
 
Bab i golbal
Bab i golbalBab i golbal
Bab i golbal
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikan
 
Bab i golbal
Bab i golbalBab i golbal
Bab i golbal
 
Makalah globalisasi dalam sosial
Makalah globalisasi dalam sosialMakalah globalisasi dalam sosial
Makalah globalisasi dalam sosial
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Manusia dan peradaban
Manusia dan peradabanManusia dan peradaban
Manusia dan peradaban
 
ppt pkn.pptx
ppt pkn.pptxppt pkn.pptx
ppt pkn.pptx
 
Makalah pengaruh globalisasi terhadap eksistensi kebudayaan
Makalah pengaruh globalisasi terhadap eksistensi kebudayaanMakalah pengaruh globalisasi terhadap eksistensi kebudayaan
Makalah pengaruh globalisasi terhadap eksistensi kebudayaan
 
Perkembangan IPTEK di Era Globalisasi
Perkembangan IPTEK di Era GlobalisasiPerkembangan IPTEK di Era Globalisasi
Perkembangan IPTEK di Era Globalisasi
 
Dampak globalisasi
Dampak globalisasiDampak globalisasi
Dampak globalisasi
 

Latar belakang globalisasi pendidikan

  • 1. Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi pemangkin utama proses mengglobalisasikan dunia. Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Globalisasi merupakan satu proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi dan kebudayaan dan lain- lain disebarkan ke peringkat antarabangsa terutamanya melalui kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya (Kamus Dewan). Ia terjadi apabila berlakunya perpindahan manusia, barang fizikalatau idea-idea antara negara (Orozco & Hilliard 2004). Maka, globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu transisi untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan atau kedudukan geografi sesebuah negara. Menurut O’Rourke dan Williamson (2000), kehadiran globalisasi kepada dunia memberi impak yang positif dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat ketika itu masyarakat Scadinavian yang kurang berpengetahuan pada sekitar tahun 1870 hingga 1913 terpaksa menerima perkembangan pendidikan yang dibawa oleh Amerika dan Britain. Kedua-dua negara ini adalah negara yang terkehadapan dalam bidang pendidikan di mana mempunyai kepakaran, pengalaman dan kemahiran yang tinggi. Melalui peralihan pendidikan secara global ini, masyarakat Scadinavian terpaksa hadapan. Akhirnya, masyarakat Scadanivian maju melalui kesan dari globalisasi tersebut. Negara Malaysia merupakan sebahagian daripada komuniti kehidupan global. Realitinya, Malaysia juga menerima tempias hasil dari ledakan globalisasi. Selain dari kesan yang positif seperti kebanjiran maklumat dan dunia tanpa sempadan, kesan yang buruk juga menimpa masyarakat di Malaysia seperti akses yang mudah kepada dunia hiburan dan bahan porno menjadikan gejala negatif yang dominan di luar batasan moral masyarakat setempat sukar dipintas dan ditapis (Habib & Megat 2001). Hal ini memberi cabaran yang besar kepada dunia Pendidikan Islam dalam mendidik masyarakat terutama para remaja yang mudah terpengaruh dengan budaya kuning.
  • 2. Fenomena ini berlaku mencetuskan perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar yang baru mengenali dunia. Perkembangan ini telah mendorong para perancang kurikulum di kebanyakan negara terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut (Habib & Megat 2001). Cabaran untuk membangunkan keseluruhan aspek kemanusiaan yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang terkandung di dalam FPK akan lebih mencabar di era globalisasi berbanding era sebelumnya. Orozco, M. S & Hilliard, D. B. 2004. Globalization: Culture and education in the new millenium.Berkeley: University of California Press. Mohd Aliff Mohd Nawi et.al 2011. Impak Globalisasi terhadap Pendidikan Islam Masa Kini. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (Nun) Iv, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Habib, M. S. & Megat, A. K. 2001. Globalisasi dan cabaran pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan, 31(1): 91-101.