SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
NilaiSubjektif, Objektif, Instrumental (Ekstrinsik),
Intrinsik, Relatif, Multak (Absolute)
NilaiSubjektif, Objektif, Instrumental
(Ekstrinsik), Intrinsik, Relatif, Multak
(Absolute)
Pengenalan
Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan
oleh individu dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai instrumental (juga
dikenali sebagai nilai ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai
relatif dan nilai mutlak (absolute).
Sebenarnya, nilai mempunyai beberapa fungsinya. Yang berikut
adalah antara fungsi-fungsi terpenting bagi nilai. ( Eow B.H., 2001)
Nilai berperanan sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang
konsisten agar individu atau masyarakat bertindak dengan baik, betul dan
boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi
agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan
dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.
Selain itu, fungsi nilai juga sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan
panduan untuk menyelesaikan konflik moral. Ini bermaksud, walaupun dalam
keadaan beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu
akan membantunya menyelesaikan konflik yang dialami. Nilai bukan hanya
sebagai perangsang, malahan membataskan perlakuan seseorang. Ini
bermakna seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak
akan melakukan sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang
dihayati.
Di samping itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction)
terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut
kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita dapat memahami dan
menghayati nilai, maka kita akan melakukan perbuatan mengikut kehendak
dan kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan orang lain.
Dalam asas nilai etika, terdapat pelbagai cara dan konteks dalam
menggunakan sesuatu nilai. Jadual berikut adalah tiga konteks utama yang
boleh membantu seseorang itu memahami sesuatu nilai:
Jenis-jenis nilai Peranan
Nilai Instrumental
(Ekstrinsik)
Nilai Intrinsik
Nilai yang digunakan untuk menunjukan
hubungan antara nilai.
Nilai Subjektif
Nilai Objektif
Nilai yang digunakan untuk menunjuk
pandangan seseorang terhadap nilai.
Nilai Relatif
Nilai Mutlak
(Absolute)
Nilai yang digunakan untuk menunjukkan
apa yang dinilai.
Nilai Subjektif
Definisi bagi Nilai Subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau
ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya
sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara. Sebenarnya, Nilai subjektif
adalah berasal daripada “dunia dalaman” individu, iaitu berpunca daripada
dalaman individu.
Berdasarkan maklumat, boleh dirumuskan bahawa nilai Subjektif
mempunyai beberapa fungsi yang penting. Antaranya adalah membayangkan
keinginan, minat dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara. Nilai
Subjektif juga berperanan dapat membayangkan perasaan gemar atau tidak
gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.
Terdapat banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan Nilai Subjektif
dalam proses pembentukan moral individu, antaranya ialah pengunaan buku
teks dalam pengajaran Pendidikan Moral. Secara amnya, penggunaan buku
teks Pendidikan Moral adalah membantu pelajar mengkaji perkara-perkara
yang dibincangkan. Pelajar boleh memberi nilai atau pendapatnya
berdasarkan kehendakan soalan-soalan dalam buku tersebut dan ini dapat
membentuk yakin diri dalam pelajar sendiri. Akan tetapi, sekiranya buku ini
dibaca oleh individu yang mempunyai pemikiran kasar, maka buku itu tidak
nilai bagi mereka. Kerana mereka akan berpendapat bahawa segala
pengajaran atau maklumat dalam buku adalah tidak relevan dalam
kehidupan.
Selain itu, kes hukuman rotan ke atas murid di dalam kelas juga
merupakan salah satu contoh yang hangat dibincangkan dalam isu
pendidikan. Sebenarnya, terdapat sebabnya guru merotan muridnya dalam
kelas. Mungkin ia berlaku disebabkan murid tersebut terlalu nakal atau malas
dalam kelas sehingga menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh ini amat sesuai kerana ia boleh memberi impak kepada murid supaya
mengamalkan amalan yang bagus dan bertanggungjawab sebagai penerima
ilmu. Justeru, ia akan membantu remaja dalam membentuk sikap dan moral
yang baik.
Nilai Objektif
Definisi bagiNilai Objektif adalah nilai yang bebasdaripadapilihanperibadi.
Nilai yang diterimaatauditolakberdasarkanpengalaman dalaman yang dialami
atauberpunca dari aspek luaryang dipersetujuiolehkebanyakkan orang.
Nilai Objektif berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap barangan
atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya. Dengan
dapat mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat
pertimbangan selanjutnya.
Bagi contoh nilai ini, seperti isu pergaduhan dalam masyarakat hendak
dielakkan menjadi satu pengajaran bagi remaja masa kini bagi aspek
perpaduan. Contoh ini adalah diterima dengan sokongan bukti pengajaran
daripada tragedi 13 Mei 1969. Secara umunnya, pengaduhan sememangnya
akan membawa kesan yang negatif kepada banyak pihak dan harus
dielakkan. Jadi, ia secara langsung dijadikan pembentukan moral yang kukuh
dalam jiwa anak bangsa yang cinta kepada keamanan.
Seterusnya, contoh lain seperti pandangan tentang penderaan haiwan
adalah tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan. Sebenarnya haiwan
memang memberi banyak kegunaan dan kelebihan kepada manusia. Dengan
itu, segala kebajikan bagi haiwan harus dijaga oleh tuannya. Akan tetapi,
masih terdapat penderaan haiwan dengan cara dendaan atau deraan
memang harus dikejikan. Ini dapat membolehkan remaja mengamalkan nilai
moral dengan tidak mengabaikan kebajikan pihak lain.
Nilai Instrumental (Ektrinsik)
Definisi bagi nilai instrumental adalah nilai yang memerlukan kepada
nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Kualiti yang diterima atau ditolak
sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Nilai instrumental ini adalah nilai
peringkat kedua (second order value), misalnya berani, rajin, dan hormat-
menghormati.
Nilai Instrumental dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang
dilaksanakan serta membentu adalam menunjukan arah dan menjadi penentu
dan dalam membuat pilihan dan tindakan. Akan tetapi, nilai ini menegaskan
unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan.
Bagi contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai instrumental ini adalah:
Albert suka membantu rakan-rakannya menyelesaikan masalah matematik
bukannya mengharapkan sebarang balasan daripada rakan-rakannya tetapi
untuk memantapkan kemahirannya dalam menyelesaikan masalah
matematik pada diri sendiri. Contoh ini dapat membantu remaja
mengamalkan nilai baik dan diberi pengetahuan bahawa memberi bantuan
juga boleh mendatangkan kelebihan pada diri sendiri.
Selain itu, contoh seperti Cikgu Lee mendenda Siew Ming, seorang
pelajar yang gagal dalam Bahasa Cina. Akan tetapi, sekirannya dipandang
secara positif bagi tindakan Cikgu Lee tersebut sebenarnya adalah untuk
meningkatkan semangat memajukan diri dan mengharapkan prestasinya
akan bertambah baik pada ujian yang akan datang. Ini membolehkan remaja
berfikiran jauh bahawa terdapat niat baik sebelah dendaan dan mengikis
perasaan dengki atau benci antara murid dengan guru.
Di samping itu, contoh yang biasa dilihat adalah pihak sekolah mengenakan
tindakan disiplin bagi pelajar yang merokok demi menjaga tatatertib para pelajar.
Tindakan sekolah ini bukan sahaja boleh menjaga tingkah laku murid-murid, malah ia
juga dapat membentuk nilai moral dalam kalangan murid, khasnya remaja kini.
Nilai Instrinsik
Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu
bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu
sendiri merupakan matlamat akhir.Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak
semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya. Nilai ini
merupakan nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati,
kasih saying, keadilan dan sebagainya.
Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah menjadi
penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai ini juga menegaskan
menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan dalam
setiap perbuatan.
Contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai ini adalah seperti Situasi
Musan ialah seorang ketua kelas tingkatan Enam Biru. Walaupun Musan
sebagai pengadil dalam pertandingan banner antara kelas. Walaupun rakan
sekelasnya menyuruhnya memberi markah yang tinggi kepada kelas mereka
atas statusnya. Namun, Musan tidak berbuat demikan kerana dia menilai
semua karya dengan teliti dan adil tanpa dipengaruhi oleh permintaan rakan-
rakanya. Contoh ini dapat memberi gambaran kepada remaja supaya
bertindak dengan saksama dalam segala hal.
Selain itu, contoh yang boleh diambil seperti Zaini sedang menunggu
bas di sebuah pondok bas. Tiba-tiba seorang gadis yang kelihatan dalam
keadaan takut dan menyembunyikan diri di belakang pokok. Kemudian,
terdapat tiga orang pemuda garang muncul dan bertanya kepada Zaina sama
ada ternampak gadis itu. Zaini berbohong mengatakan bahawa gadis itu telah
menaiki teksi beberapa saat yang lalu. TIndakan Zaini ini adalah ingin
menolong gadis melepaskan diri daripada kesusahan. Contoh ini dapat
menerapkan nilai menghulur bantuan dengan tanpa keraguan dalam
kalangan remaja. Ini dapat memberi impak kepada remaja supaya mereka
mengetahui bahawa kadang-kala pembohongan juga boleh membantu
orang.
Nilai Relatif
Secara umunya, nilai realatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang
diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk
mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrary, iaitu
tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang
berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut semasa dan fahaman
mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang dibincangankan.
Nilai relatif membolehkan semua manusia membentuk nilai norma
masyarakat yang berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat
masing-masing. Nilai ini mampu mengubah nilai norma masyarakat mengikut
masalah yang dihadapi dan juga pemikiran manusia. Nilai relatif yang
berdasarkan pandangan digunakan untuk menggantikan nilai atau norma
masyarakat yang tidak sesuai atau kurang relavan.
Contoh bagi nilai relatif ini adalah seperti situasi pergaulan bebas
antara remaja yang berleluasa serta menjadi isu hangat pada masa kini.
Walaupun perkara ini adalah biasa di negara barat, tetapi ia adalah masalah
sosial yang hangat di Malaysia. Negera Barat berpandangan perkara ini
adalah tidak bersalah dari sisi undang-undang, manakala Malaysia
berpandangan serius tentang isu ini kerana ia membawa kesan seperti orang
yang terlibat akan dipandang keji dan dikutuk oleh orang lain. Ini membawa
pengajaran kepada remaja supaya mengamalkan nilai relatid yang
mengutamakan pandangan dan peraturan dalam masyarakay yang mana ia
berada.
Selain itu, kes bersedudukan sebelum berkahwin juga merupakan
contoh bagi nilai relatif. Kita tahu bahawa amalan suami isteri tinggal bersama
tanpa nikah adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dari segi agama dan
dikeji oleh masyarakat. Akan tetapi, kes ini dialukan semata-mata bertujuan
untuk memadankan bakal pasangan suami isteri. Disebabkan kes ini
dipandang serius di Malaysia, maka ia beri pengajaran kepada remaja masa
kini supaya bertindak dengan rasional dan mesti selaras dengan pandangan
masyarakat.
Di samping itu, contoh kebebasan memilih pasangan perkahwinan
pada dahulu dan kini. Pasa masa dahulu, orang tiada kebebasan untuk
memilih pasangan hidupnya. Tetapi, masa kini remaja diberi bebas untuk
memilih pasangannya. Menerusi contoh ini, dapat dilihat perubahan zaman
membawa ubahan dan pemikiran remaja masa kini harus selaras dengan
faham masyarakat dan bukannya mementingkan hasrat diri sahaja.
Nilai Mutlak (Absolute)
Nilai Mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu
kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima
secara umun dan diuji atau terbukti samada ia baik ataupun buruk. Nilai ini
adalah berkekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama
bagi semua situasi norma masyarakat.
Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsiten dan kukuh bagi
seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka
adalah berhala niat baik dan betul serta dapat diterima oleh pihak lain. Selain
itu, nilai ini juga berperanan untuk sebagai batasan terhadap perbuatan dan
kelakuan individu supaya seseorang dapat bertindak secara rasional dan
tidak keterlaluan.
Contoh yang berkenaan dengan nilai mutlak ini adalah seperti gambaran
Hidup berkeluarga adalah kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang positif
kepada remaja kini supaya mengamalkan amalan hidup berkeluarga yang sihat
mendatangkan keharmonian antara ahli keluarga serta menyumbang kepada
perpaduan masyarakat dan negara. Justeru, pengamalan nilai yang baik akan
mendatangkan kebaikan kepada diri dan pihak lain.
Selain itu, contoh yang biasa sepertitindakan membunuh tanpa sebab adalah
perbuatan yang perlu dikejikan. Ini terbukti perbuatan membunuh adalah
perbuatan yang tidak bermoral dan ia akan menjadi ingatan mendalam
kepada orang lain dengan kekal sepanjang masa serta tidak kira di mana jua
berada. Ini dapat mengingatkan remaja supaya sentiasa berniat baik dan
harus mempunyai batasan dalam segala tindakan dan memahami betapa
mendalamnya ingatan atau kenangan terhadap tindakan yang dibuat kepada orang
lain.
Penutup / Kesimpulan
Moral merupakan satu nilai tetapi bukan semua nilai itu adalah moral.
Moral adalah sesuatu benda yang dapat dilihat dan menunjukkan harga
nilainya serta sesuatu yang dapat dirasai secara dalaman.
Terdapat 3 konteks utama yang boleh membantu memahami sesuatu
nilai. Pertama, nilai yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara
nilai, iaitu nilai Instrumental / Ekstrinsik dan nilai Intrinsik. Nilai Instrumental
merupakan nilai yang bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu
matlamat. Nilai Intrinsik tidak mengambil kira kesan dengan nilai sendiri
sebagai matlamat. Kedua, nilai yang digunakan untuk menunjukkan
pandangan seseorang terhadap nilai, iaitu Nilai Subjektif dan Nilai Objektif.
Nilai subjektif mengikuti pandangan seseorang individu.Nilai Objektif
berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua orang. Ketiga, nilai
yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dnilai, iaitu Nilai Relatif dan
Nilai Mutlak. Nilai Relatif tidak sempurna, tidak tertentu dan berbeza-beza
antara masyarakat yang berlainan. Nilai Mutlak diterima umum dan telah diuji
atau terbukti sebagai baik atau buruk.
Sesetengah nilai boleh berubah tetapi sesetengah masih stabil dalam
kehidupan seseorang dan masyarakat. Sesuatu nilai itu, kadang-kadang
berbeza di antara seseorang dengan yang lain atau sesuatu masyarakat
dengan masyarakat yang lain.
Oleh itu, kita perlu memahami fungsi nilai iaitu satu piawai yang
konsisten agar kita dapat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima.
Kita dapat menjadi agen moral, mengetahui apa yang boleh dilakukan dan
menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.
Posted by Tree Builder

More Related Content

What's hot

PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychologyPSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychologyAmin Upsi
 
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)Aiman34
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPieja Hanhae
 
behavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakubehavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakuzakwan azhar
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaDhashink
 
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanBNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanMagdalinaNdong
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMJanet Jouti
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moralSucram Suna
 

What's hot (20)

PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychologyPSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
 
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
behavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakubehavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah laku
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Hubungan guru murid
Hubungan guru muridHubungan guru murid
Hubungan guru murid
 
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi PendidikanPemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Teori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosiTeori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosi
 
Kelebihan ujian objektif
Kelebihan ujian objektifKelebihan ujian objektif
Kelebihan ujian objektif
 
teori kematangan
teori kematanganteori kematangan
teori kematangan
 
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanBNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
 
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURANKEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
 
Sahsiah guru
Sahsiah guruSahsiah guru
Sahsiah guru
 
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaranTajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moral
 
Konsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusiaKonsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusia
 

Viewers also liked

sifat-sifat insan moral
sifat-sifat insan moralsifat-sifat insan moral
sifat-sifat insan moralwoeitian
 
Nilai moral dan definisi
Nilai moral dan definisiNilai moral dan definisi
Nilai moral dan definisiChen Wei Jiang
 
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabpengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabVertigo Nopristine
 
Moral wajib notes
Moral wajib notesMoral wajib notes
Moral wajib notesElayne Khaw
 
Penerapan Nilai Moral
Penerapan Nilai MoralPenerapan Nilai Moral
Penerapan Nilai Moralevhi susanti
 
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islamCabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islamAre Matt
 
Assingment full sains
Assingment full sainsAssingment full sains
Assingment full sainsMummy Rayyan
 
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etikaMohd Khairom
 
Dasar Penerapan Nilai Nilai Islam Dalam Pentadbiran
Dasar Penerapan Nilai Nilai Islam Dalam PentadbiranDasar Penerapan Nilai Nilai Islam Dalam Pentadbiran
Dasar Penerapan Nilai Nilai Islam Dalam Pentadbirankarence
 
Kertas kerja persatuan bahasa tamil siap
Kertas kerja persatuan bahasa tamil siapKertas kerja persatuan bahasa tamil siap
Kertas kerja persatuan bahasa tamil siapPonggiannan Ganasan
 
Kuliah 1 akhlak, moral dan etika copy - copy
Kuliah 1 akhlak, moral dan etika   copy - copyKuliah 1 akhlak, moral dan etika   copy - copy
Kuliah 1 akhlak, moral dan etika copy - copySucram Suna
 

Viewers also liked (20)

Konsep asas nilai
Konsep asas nilaiKonsep asas nilai
Konsep asas nilai
 
Maksud nilai
Maksud nilaiMaksud nilai
Maksud nilai
 
Nilai 1
Nilai 1Nilai 1
Nilai 1
 
sifat-sifat insan moral
sifat-sifat insan moralsifat-sifat insan moral
sifat-sifat insan moral
 
Nilai moral dan definisi
Nilai moral dan definisiNilai moral dan definisi
Nilai moral dan definisi
 
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabpengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
 
Moral wajib notes
Moral wajib notesMoral wajib notes
Moral wajib notes
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Penerapan Nilai Moral
Penerapan Nilai MoralPenerapan Nilai Moral
Penerapan Nilai Moral
 
Buddha 9
Buddha 9Buddha 9
Buddha 9
 
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islamCabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
 
Assingment full sains
Assingment full sainsAssingment full sains
Assingment full sains
 
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
 
Nilai perkembangan diri
Nilai perkembangan diriNilai perkembangan diri
Nilai perkembangan diri
 
Dasar Penerapan Nilai Nilai Islam Dalam Pentadbiran
Dasar Penerapan Nilai Nilai Islam Dalam PentadbiranDasar Penerapan Nilai Nilai Islam Dalam Pentadbiran
Dasar Penerapan Nilai Nilai Islam Dalam Pentadbiran
 
Spe Bab1
Spe Bab1Spe Bab1
Spe Bab1
 
Konsep asas nilai
Konsep asas nilaiKonsep asas nilai
Konsep asas nilai
 
Kertas kerja persatuan bahasa tamil siap
Kertas kerja persatuan bahasa tamil siapKertas kerja persatuan bahasa tamil siap
Kertas kerja persatuan bahasa tamil siap
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Kuliah 1 akhlak, moral dan etika copy - copy
Kuliah 1 akhlak, moral dan etika   copy - copyKuliah 1 akhlak, moral dan etika   copy - copy
Kuliah 1 akhlak, moral dan etika copy - copy
 

Similar to Nilai Moral Remaja

Jenis jenisnilai-130720113732-phpapp02
Jenis jenisnilai-130720113732-phpapp02Jenis jenisnilai-130720113732-phpapp02
Jenis jenisnilai-130720113732-phpapp02Ang Xiao Yean
 
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep dirimakalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep dirisiakadurban
 
Prinsip dan nilai-nilai pemberantasan korupsi
Prinsip dan nilai-nilai pemberantasan korupsiPrinsip dan nilai-nilai pemberantasan korupsi
Prinsip dan nilai-nilai pemberantasan korupsiDidikSusetiyanto
 
50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seniadeq1012
 
Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)
Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)
Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)Hadi Pramana
 
Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)
Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)
Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)Nanang Galing
 
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2wakzar
 
Lanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptx
Lanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptxLanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptx
Lanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptxkikiaisyah
 
Perkembangan nilai dan moral kelompok 7
Perkembangan nilai dan moral kelompok 7Perkembangan nilai dan moral kelompok 7
Perkembangan nilai dan moral kelompok 7rayn mboeik
 
Pendidikan berkualitas
Pendidikan berkualitasPendidikan berkualitas
Pendidikan berkualitasEri Azis
 
Konsep diri remaja
Konsep diri remajaKonsep diri remaja
Konsep diri remajadantirm
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemmasriyah91
 
Pendidikan berkualitas
Pendidikan berkualitasPendidikan berkualitas
Pendidikan berkualitasEri Azis
 
Pendekatan konseling trait n factors
Pendekatan konseling trait n factors Pendekatan konseling trait n factors
Pendekatan konseling trait n factors varizalamir
 
Materi Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdf
Materi Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdfMateri Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdf
Materi Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdfSitikhofiyah
 

Similar to Nilai Moral Remaja (20)

Jenis jenisnilai-130720113732-phpapp02
Jenis jenisnilai-130720113732-phpapp02Jenis jenisnilai-130720113732-phpapp02
Jenis jenisnilai-130720113732-phpapp02
 
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep dirimakalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
 
Prinsip dan nilai-nilai pemberantasan korupsi
Prinsip dan nilai-nilai pemberantasan korupsiPrinsip dan nilai-nilai pemberantasan korupsi
Prinsip dan nilai-nilai pemberantasan korupsi
 
50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni
 
Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)
Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)
Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)
 
Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)
Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)
Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)
 
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
 
Lanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptx
Lanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptxLanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptx
Lanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptx
 
Perkembangan nilai dan moral kelompok 7
Perkembangan nilai dan moral kelompok 7Perkembangan nilai dan moral kelompok 7
Perkembangan nilai dan moral kelompok 7
 
Self & self esteem
Self & self esteemSelf & self esteem
Self & self esteem
 
Pendidikan berkualitas
Pendidikan berkualitasPendidikan berkualitas
Pendidikan berkualitas
 
Konsep diri remaja
Konsep diri remajaKonsep diri remaja
Konsep diri remaja
 
Artikel 1 & 2
Artikel 1 & 2Artikel 1 & 2
Artikel 1 & 2
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
 
Pendidikan berkualitas
Pendidikan berkualitasPendidikan berkualitas
Pendidikan berkualitas
 
Pendekatan konseling trait n factors
Pendekatan konseling trait n factors Pendekatan konseling trait n factors
Pendekatan konseling trait n factors
 
Pentaksiran holistik
Pentaksiran holistikPentaksiran holistik
Pentaksiran holistik
 
Semua norma dan nilai ^^
Semua norma dan nilai ^^Semua norma dan nilai ^^
Semua norma dan nilai ^^
 
Dasar pendidikan ii
Dasar pendidikan iiDasar pendidikan ii
Dasar pendidikan ii
 
Materi Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdf
Materi Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdfMateri Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdf
Materi Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdf
 

Nilai Moral Remaja

  • 1. NilaiSubjektif, Objektif, Instrumental (Ekstrinsik), Intrinsik, Relatif, Multak (Absolute) NilaiSubjektif, Objektif, Instrumental (Ekstrinsik), Intrinsik, Relatif, Multak (Absolute) Pengenalan Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh individu dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai instrumental (juga dikenali sebagai nilai ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak (absolute). Sebenarnya, nilai mempunyai beberapa fungsinya. Yang berikut adalah antara fungsi-fungsi terpenting bagi nilai. ( Eow B.H., 2001) Nilai berperanan sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten agar individu atau masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain. Selain itu, fungsi nilai juga sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral. Ini bermaksud, walaupun dalam keadaan beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang dialami. Nilai bukan hanya sebagai perangsang, malahan membataskan perlakuan seseorang. Ini bermakna seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan melakukan sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati. Di samping itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction) terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita dapat memahami dan menghayati nilai, maka kita akan melakukan perbuatan mengikut kehendak dan kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan orang lain. Dalam asas nilai etika, terdapat pelbagai cara dan konteks dalam menggunakan sesuatu nilai. Jadual berikut adalah tiga konteks utama yang boleh membantu seseorang itu memahami sesuatu nilai:
  • 2. Jenis-jenis nilai Peranan Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik Nilai yang digunakan untuk menunjukan hubungan antara nilai. Nilai Subjektif Nilai Objektif Nilai yang digunakan untuk menunjuk pandangan seseorang terhadap nilai. Nilai Relatif Nilai Mutlak (Absolute) Nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dinilai. Nilai Subjektif Definisi bagi Nilai Subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara. Sebenarnya, Nilai subjektif adalah berasal daripada “dunia dalaman” individu, iaitu berpunca daripada dalaman individu. Berdasarkan maklumat, boleh dirumuskan bahawa nilai Subjektif mempunyai beberapa fungsi yang penting. Antaranya adalah membayangkan keinginan, minat dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara. Nilai Subjektif juga berperanan dapat membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda. Terdapat banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan Nilai Subjektif dalam proses pembentukan moral individu, antaranya ialah pengunaan buku teks dalam pengajaran Pendidikan Moral. Secara amnya, penggunaan buku teks Pendidikan Moral adalah membantu pelajar mengkaji perkara-perkara yang dibincangkan. Pelajar boleh memberi nilai atau pendapatnya berdasarkan kehendakan soalan-soalan dalam buku tersebut dan ini dapat membentuk yakin diri dalam pelajar sendiri. Akan tetapi, sekiranya buku ini dibaca oleh individu yang mempunyai pemikiran kasar, maka buku itu tidak nilai bagi mereka. Kerana mereka akan berpendapat bahawa segala pengajaran atau maklumat dalam buku adalah tidak relevan dalam kehidupan. Selain itu, kes hukuman rotan ke atas murid di dalam kelas juga merupakan salah satu contoh yang hangat dibincangkan dalam isu pendidikan. Sebenarnya, terdapat sebabnya guru merotan muridnya dalam kelas. Mungkin ia berlaku disebabkan murid tersebut terlalu nakal atau malas dalam kelas sehingga menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh ini amat sesuai kerana ia boleh memberi impak kepada murid supaya mengamalkan amalan yang bagus dan bertanggungjawab sebagai penerima ilmu. Justeru, ia akan membantu remaja dalam membentuk sikap dan moral yang baik.
  • 3. Nilai Objektif Definisi bagiNilai Objektif adalah nilai yang bebasdaripadapilihanperibadi. Nilai yang diterimaatauditolakberdasarkanpengalaman dalaman yang dialami atauberpunca dari aspek luaryang dipersetujuiolehkebanyakkan orang. Nilai Objektif berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya. Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya. Bagi contoh nilai ini, seperti isu pergaduhan dalam masyarakat hendak dielakkan menjadi satu pengajaran bagi remaja masa kini bagi aspek perpaduan. Contoh ini adalah diterima dengan sokongan bukti pengajaran daripada tragedi 13 Mei 1969. Secara umunnya, pengaduhan sememangnya akan membawa kesan yang negatif kepada banyak pihak dan harus dielakkan. Jadi, ia secara langsung dijadikan pembentukan moral yang kukuh dalam jiwa anak bangsa yang cinta kepada keamanan. Seterusnya, contoh lain seperti pandangan tentang penderaan haiwan adalah tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan. Sebenarnya haiwan memang memberi banyak kegunaan dan kelebihan kepada manusia. Dengan itu, segala kebajikan bagi haiwan harus dijaga oleh tuannya. Akan tetapi, masih terdapat penderaan haiwan dengan cara dendaan atau deraan memang harus dikejikan. Ini dapat membolehkan remaja mengamalkan nilai moral dengan tidak mengabaikan kebajikan pihak lain. Nilai Instrumental (Ektrinsik) Definisi bagi nilai instrumental adalah nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Nilai instrumental ini adalah nilai peringkat kedua (second order value), misalnya berani, rajin, dan hormat- menghormati. Nilai Instrumental dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan serta membentu adalam menunjukan arah dan menjadi penentu dan dalam membuat pilihan dan tindakan. Akan tetapi, nilai ini menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan. Bagi contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai instrumental ini adalah: Albert suka membantu rakan-rakannya menyelesaikan masalah matematik bukannya mengharapkan sebarang balasan daripada rakan-rakannya tetapi untuk memantapkan kemahirannya dalam menyelesaikan masalah matematik pada diri sendiri. Contoh ini dapat membantu remaja mengamalkan nilai baik dan diberi pengetahuan bahawa memberi bantuan juga boleh mendatangkan kelebihan pada diri sendiri. Selain itu, contoh seperti Cikgu Lee mendenda Siew Ming, seorang pelajar yang gagal dalam Bahasa Cina. Akan tetapi, sekirannya dipandang
  • 4. secara positif bagi tindakan Cikgu Lee tersebut sebenarnya adalah untuk meningkatkan semangat memajukan diri dan mengharapkan prestasinya akan bertambah baik pada ujian yang akan datang. Ini membolehkan remaja berfikiran jauh bahawa terdapat niat baik sebelah dendaan dan mengikis perasaan dengki atau benci antara murid dengan guru. Di samping itu, contoh yang biasa dilihat adalah pihak sekolah mengenakan tindakan disiplin bagi pelajar yang merokok demi menjaga tatatertib para pelajar. Tindakan sekolah ini bukan sahaja boleh menjaga tingkah laku murid-murid, malah ia juga dapat membentuk nilai moral dalam kalangan murid, khasnya remaja kini. Nilai Instrinsik Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir.Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya. Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati, kasih saying, keadilan dan sebagainya. Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai ini juga menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan. Contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai ini adalah seperti Situasi Musan ialah seorang ketua kelas tingkatan Enam Biru. Walaupun Musan sebagai pengadil dalam pertandingan banner antara kelas. Walaupun rakan sekelasnya menyuruhnya memberi markah yang tinggi kepada kelas mereka atas statusnya. Namun, Musan tidak berbuat demikan kerana dia menilai semua karya dengan teliti dan adil tanpa dipengaruhi oleh permintaan rakan- rakanya. Contoh ini dapat memberi gambaran kepada remaja supaya bertindak dengan saksama dalam segala hal. Selain itu, contoh yang boleh diambil seperti Zaini sedang menunggu bas di sebuah pondok bas. Tiba-tiba seorang gadis yang kelihatan dalam keadaan takut dan menyembunyikan diri di belakang pokok. Kemudian, terdapat tiga orang pemuda garang muncul dan bertanya kepada Zaina sama ada ternampak gadis itu. Zaini berbohong mengatakan bahawa gadis itu telah menaiki teksi beberapa saat yang lalu. TIndakan Zaini ini adalah ingin menolong gadis melepaskan diri daripada kesusahan. Contoh ini dapat menerapkan nilai menghulur bantuan dengan tanpa keraguan dalam kalangan remaja. Ini dapat memberi impak kepada remaja supaya mereka mengetahui bahawa kadang-kala pembohongan juga boleh membantu orang. Nilai Relatif
  • 5. Secara umunya, nilai realatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut semasa dan fahaman mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang dibincangankan. Nilai relatif membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat yang berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Nilai ini mampu mengubah nilai norma masyarakat mengikut masalah yang dihadapi dan juga pemikiran manusia. Nilai relatif yang berdasarkan pandangan digunakan untuk menggantikan nilai atau norma masyarakat yang tidak sesuai atau kurang relavan. Contoh bagi nilai relatif ini adalah seperti situasi pergaulan bebas antara remaja yang berleluasa serta menjadi isu hangat pada masa kini. Walaupun perkara ini adalah biasa di negara barat, tetapi ia adalah masalah sosial yang hangat di Malaysia. Negera Barat berpandangan perkara ini adalah tidak bersalah dari sisi undang-undang, manakala Malaysia berpandangan serius tentang isu ini kerana ia membawa kesan seperti orang yang terlibat akan dipandang keji dan dikutuk oleh orang lain. Ini membawa pengajaran kepada remaja supaya mengamalkan nilai relatid yang mengutamakan pandangan dan peraturan dalam masyarakay yang mana ia berada. Selain itu, kes bersedudukan sebelum berkahwin juga merupakan contoh bagi nilai relatif. Kita tahu bahawa amalan suami isteri tinggal bersama tanpa nikah adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dari segi agama dan dikeji oleh masyarakat. Akan tetapi, kes ini dialukan semata-mata bertujuan untuk memadankan bakal pasangan suami isteri. Disebabkan kes ini dipandang serius di Malaysia, maka ia beri pengajaran kepada remaja masa kini supaya bertindak dengan rasional dan mesti selaras dengan pandangan masyarakat. Di samping itu, contoh kebebasan memilih pasangan perkahwinan pada dahulu dan kini. Pasa masa dahulu, orang tiada kebebasan untuk memilih pasangan hidupnya. Tetapi, masa kini remaja diberi bebas untuk memilih pasangannya. Menerusi contoh ini, dapat dilihat perubahan zaman membawa ubahan dan pemikiran remaja masa kini harus selaras dengan faham masyarakat dan bukannya mementingkan hasrat diri sahaja. Nilai Mutlak (Absolute)
  • 6. Nilai Mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima secara umun dan diuji atau terbukti samada ia baik ataupun buruk. Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat. Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsiten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah berhala niat baik dan betul serta dapat diterima oleh pihak lain. Selain itu, nilai ini juga berperanan untuk sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu supaya seseorang dapat bertindak secara rasional dan tidak keterlaluan. Contoh yang berkenaan dengan nilai mutlak ini adalah seperti gambaran Hidup berkeluarga adalah kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang positif kepada remaja kini supaya mengamalkan amalan hidup berkeluarga yang sihat mendatangkan keharmonian antara ahli keluarga serta menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan negara. Justeru, pengamalan nilai yang baik akan mendatangkan kebaikan kepada diri dan pihak lain. Selain itu, contoh yang biasa sepertitindakan membunuh tanpa sebab adalah perbuatan yang perlu dikejikan. Ini terbukti perbuatan membunuh adalah perbuatan yang tidak bermoral dan ia akan menjadi ingatan mendalam kepada orang lain dengan kekal sepanjang masa serta tidak kira di mana jua berada. Ini dapat mengingatkan remaja supaya sentiasa berniat baik dan harus mempunyai batasan dalam segala tindakan dan memahami betapa mendalamnya ingatan atau kenangan terhadap tindakan yang dibuat kepada orang lain. Penutup / Kesimpulan Moral merupakan satu nilai tetapi bukan semua nilai itu adalah moral. Moral adalah sesuatu benda yang dapat dilihat dan menunjukkan harga nilainya serta sesuatu yang dapat dirasai secara dalaman. Terdapat 3 konteks utama yang boleh membantu memahami sesuatu nilai. Pertama, nilai yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai, iaitu nilai Instrumental / Ekstrinsik dan nilai Intrinsik. Nilai Instrumental merupakan nilai yang bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai Intrinsik tidak mengambil kira kesan dengan nilai sendiri sebagai matlamat. Kedua, nilai yang digunakan untuk menunjukkan pandangan seseorang terhadap nilai, iaitu Nilai Subjektif dan Nilai Objektif. Nilai subjektif mengikuti pandangan seseorang individu.Nilai Objektif berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua orang. Ketiga, nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dnilai, iaitu Nilai Relatif dan Nilai Mutlak. Nilai Relatif tidak sempurna, tidak tertentu dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. Nilai Mutlak diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk.
  • 7. Sesetengah nilai boleh berubah tetapi sesetengah masih stabil dalam kehidupan seseorang dan masyarakat. Sesuatu nilai itu, kadang-kadang berbeza di antara seseorang dengan yang lain atau sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Oleh itu, kita perlu memahami fungsi nilai iaitu satu piawai yang konsisten agar kita dapat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Kita dapat menjadi agen moral, mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain. Posted by Tree Builder