Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Universiti malaya
1. >Universiti Malaya
Program ditawarkan di bawah Fakulti Perubatan dan Pusat Perubatan dengan
syarat kelayakan program kepujian BM, Matematik, BI dan kepada aliran
sastera wajib mendapat kepujian Sains Teras (AM) dan bagi aliran sains
sekurang-kurangnya lulus salah satu daripada subjek sains berikut iaitu Biologi /
Kimia / Fizik (Sumber Internet, http://paramedik.bbfr.net).
>Universiti Kebangsaan Malaysia
Program ditawarkan di Fakulti Perubatan Kampus Cheras di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan syarat kelayakan kepujian BM dan
sekurang-kurangnya lulus Matematik dan BI. Manakala bagi pelajar aliran
sastera diwajibkan mendapat kepujian dalam Sains Teras dan bagi pelajar aliran
sains pula perlu lulus salah satu subjek sains berikut iaitu Biologi / Fizik / Kimia
(Sumber Internet, http://paramedik.bbfr.net).
>Universiti Sains Malaysia
Menawarkan program diploma sepenuh masa dan ditawarkan di Kampus
Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan. Syarat kelayakan kepujian BM dan
sekurang-kurangnya lulus Matematik dan BI. Pelajar aliran sastera diwajibkan
mendapat kepujian dalam Sains Teras dan bagi pelajar aliran sains pula perlu
lulus salah satu subjek sains samada Biologi / Fizik / Kimia (Sumber Internet,
http://paramedik.bbfr.net).
Sementara itu, terdapat juga IPTA yang memperkenalkan kursus kejururawatan di peringkat
sarjana muda. Antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan
Universiti Putra Malaysia (UPM). Untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ini, calon
perlulah mempunyai kelayakan Diploma Kejururawatan (Sumber
Internet, http://www.utusan.com.my/)
.
Bagi kelayakan peringkat sarjana muda antaranya di UNIMAS dan USM calon
lepasan STPM boleh memohon dengan syarat lulus STPM aliran sains serta mendapat purata
nilai gred kumulatif 3.5. Sementara UPM mengambil calon-calon yang memiliki diploma
yang bersesuaian atau yang berkhidmat sebagai jururawat atau pembantu perubatan.
Demikian juga, calon juga perlu lulus SPM, memiliki Sijil atau Diploma Kejururawatan serta
pengalaman kerja dalam bidang kesihatan. Pengalaman kerja setahun bagi pemegang diploma
dan lima tahun bagi pemegang sijil (Sumber Internet,http://www.utusan.com.my/).